I. PERBEZAAN ANTARA SAHWI, SUJUD SAJADAH DAN SUJUD SYUKUR

 Sujud sahwi dilakukan disebabkan oleh 3 perkara iaitu:

1. Tertinggal perlakuan daripada perkara sunat Ad’adh 2. Terlupa membaca satu daripada perkara sunat Ab’adh. 3. Terlupa atau syak dengan menambah bilangan rakaat , rukuk, atau rukun-rukun yang lain dalam solat

Cara-cara mengerjakan sujud sahwi adalah seperti berikut:

Selepas tahiyyat akhir iaitu sebelum salam dan dalam keadaan duduk antara sujud (iftirasy), kemudian sujudlah dengan dua kali sujud. Bacaan sujud sahwi:

ُس ْب َحا َن َم ْن الَ يَنَا ُم َوالَيَ ْس ُه ْو “Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa.”

 Sujud sajadah

 Sujud Sajadah dikenali juga sebagai sujud tilawah. Ia adalah sujud ketika membaca atau mendengar bacaan ayat-ayat tertentu di dalam Al-Qur’an. Ada 15 tempat semuanya. Sujud ini boleh dilakukan di dalam atau di luar solat. Ia dilakukan sebanyak sekali sujud sahaja.

. Ayat-ayat sajadah daripada surah itu adalah:

1. Al –A’raf: 4. al-Israa: 109 7. al-: 77 10. as. Sajdah: 13. An-Najm: 206 15 62 2. Al-Ra’d: 15 5. Maryam: 58 8. al- Furqan: 11. Sad :24 14. Al – 60 Insyiqaq: 21 3. An-Nahl: 50 6. al-Hajj: 18 9. an –Naml :26 12. Fushshilat: 15. Al- ‘Alaq: 19 38

. Bacaan sujud sajadah ( sujud tilawah )

َس َج َد َو ْج ِهى ِللَّ ِذى َخ َل َقه ُ َو َص َّو َرهُ َو َش َّق َس ْمعَهُ َوبَ َص َرهُ بِ َح ْو ِل ِه َوقُ َّوتِ ِه

َفتَبَا َر َك ََّّللاُ أَ ْح َس ُن ا ْل َخا ِل ِقي َن

“Aku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, memberikan pendengaranku dan penglihatanku dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.”

Syarat –syarat sujud sajadah yang mesti dilakukan ada 4 iaitu: 1. Suci badan, pakaian dan tempat. 2. Menghadap kiblat. 3. Menutup aurat. 4. Sujud setelah selesai membaca ayat sajadah.

Perkara rukun dalam sujud tilawah : 1. Niat Sujud tilawah

نَ َوي ُت ُس ُج ْو َد التِ ََل َوةِ ِ ِلِل تَعَا َلى “Daku melakukan Sujud Tilawah kerana Allah Ta‘ala

2. Bertakbir 3. Sujud 4. Salam

Kaedah –kaedah Sujud Tilawah :

1. Dalam Solat a. Ketika tiba pada ayat-ayat Sajadah, disunatkan berniat sujud untuk Tilawah, mengucapkan lalu terus sujud sekali dan membaca tasbihnya, kemudian berdiri semula tanpa perlu mengangkat tangan dan menyambung baki bacaan ayat tersebut serta teruskan solat seperti biasa sehingga salam. b. Terbatal solat jika melakukan sujud bersendirian pada ketika Imam tidak melakukannya. Sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud kerana makmum wajib mengikut imam.

2. Di Luar Solat

a. Sujud Tilawah sunat dilakukan di luar solat iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam solat. b. Sujud tilawah juga boleh ditangguhkan. Contohnya, ketika sedang dalam perjalanan tiba-tiba kedengaran seseorang membaca ayat sajdah. Maka, tidak diharuskan sujud seketika itu juga kerana untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat suci, sama seperti mahu mengerjakan solat.

 Sujud Syukur

 Perasaan bersyukur kerana terlepas daripada malapetaka boleh diterjemahkan melalui sujud syukur. Sujud ini dilakukan di luar solat. Bacaannya adalah sama seperti bacaan sujud tilawah atau sujud sajadah.

Syarat untuk melakukan sujud syukur . Keadaan dalam berwudhu’ ( harus ) . Menutup aurat . Bersih dari sebarang bagi tubuh badan, pakaian serta tempat sujud . Menghadap kiblat. ( harus )

Cara melakukan sujud syukur adalah seperti berikut:

. Berniat terlebih dahulu untuk melakukan sujud syukur. . Bertakbir sepertimana takbiratul ihram dengan mengangkat tangan kerana diqiyaskan dengan solat. . Bertakbir sekali lagi tanpa mengangkat tangan yang mana takbir pada kali ini adalah untuk turun sujud. . Sujud sekali sepertimana sujudnya di dalam solat. . Adapun bacaan ketika sujud syukur ini adalah bacaan sepertimana sujud di dalam solat dan boleh ditambahkan dengan lafaz tahmid memuji Allah SWT. . Setelah sujud (dalam keadaan duduk) dan memberi salam. Tidak disyaratkan untuk membaca tasyahhud dan tidak juga disunatkan untuk membacanya. DOA QUNUT FARDU SUBUH & QUNUT NAZILAH

Dibaca ketika solat subuh pada rakaat yag kedua selepas I’tidal 1. Qunut Subuh . Bacaannya: اَللّٰ ُه َّم ا ْه ِدنِ ْى فِ ْي َم ْن َه َد ْي َت ، َو َعافِنِي فِ ْي َم ْن َعا َف ْي َت ، َوتَ َولَّنِ ْى فِ ْي َم ْن تَ َولَّ ْي َت ، َوبَا ِر ْك ِل ْى فِ ْي َما ا َ ْع َط ْي َت ، َوقِنِ ْي َش َّر َما َق َض ْي َت، َفإِنَّ َك تَ ْق ِض ْى َوالَ يُ ْق َضى َع َل ْي َك ، َوإِ نَّهُ الَ يَ ِذ ُّل َم ْن َوا َل ْي َت ، َوالَ يَ ِع ُّز َم ْن َعا َد ْي َت ، تَبَا َر ْك َت َربَّنَا َوتَعَا َل ْي َت ، َفلَ َك ا ْل َح ْم ُد َع َلى َما َق َض ْيت،َ أَ ْستَ ْغ ِف ُر َك َواَتُ ْو ُب ِا َل ْي َك َو َص لَّى َّللا ُ َع َلى َسيِ َدنَا ُم َح َّم ٍد النَّبِ يِ اْالُ ِ ميِ َو َع َلى آ ِل ِه َو َص ْحبِ ِه َو َسلَّم

Ertinya: Ya Allah semoga Engkau memberikan petunjuk kepadaku dengan orang yang telah Engkau berikan petunjuk, Dan semoga Engkau memberikan keselamatan kepadaku dengan orang yang telah Engkau berikan keselamatan, Dan semoga Engkau memberikan pertolongan kepadaku dengan orang yang telah Engkau berikan pertolongan, Dan semoga Engkau memberikan berkah kepadaku dari hal yang telah Engkau tetapkan, Dan semoga Engkau memeriksa kami dari rahmat-Mu dari keburukan yang telah Engkau tetapkan, Dan sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menghukumi dan tidak ada yang bisa menghukummu, Dan sesungguhnya Engkau tidak bisa hina, orang yang Engkau sayang, Dengan tidak memuliakan orang yang di musuhi oleh-Mu, Dan Mahatinggi Allah maka tetap segala puji bagi-Mu, Oleh hal yang sudah Engkau hukum, aku memohon pengampunan dan taubat kepada-Mu, Dan semoga Engkau menambahkan rahmatnya kepada gusti kita nabi muhammad yang menjadi nabi, Dan semua umat Nabi Muhammad dan para sahabatnya, Semoga Allah menambahkan keberkahan dan keselamatan.

2.Qunut Nazilah

. Bacaannya:

اَللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر َلنَا َو ِل ْل ُم ْؤ ِمنِ ْي َن َوا ْل ُم ْؤ ِمنَا ِت َوا ْل ُم ْس ِل ِم ْي َن َوا ْل ُم ْس ِل َما ِت َوأَ ِل ْف بَ ْي َن قُلُوبِ ِه ْم َوأَ ْص ِل ْح َذا َت بَ ْينِ ِه ْم َوا ْن ُص ْر ُه ْم َع َلى َع ُد ِو َك َو َع ُد ِو ِه ْم , اَللَّ ُه َّم ا ْلعَ ْن َك َف َرةَ أَ ْه َل ا ْل ِكتَا ِب الَّ ِذ ْي َن يَ ُص ُّدو َن َع ْن َسبِ ْي ِل َك َويُ َك ِ ذبُو َن ُر ُس َل َك َويُ َقاتِلُو َن أَ ْو ِليَائَ َك ,اَللَّ ُه َّم َخا ِل ْف بَ ْي َن َك ِل ِم ِه ْم َو َز ْل ِز ْل أَ ْق َدا َم ُه ْم َوأَ ْن ِز ْل بِ ِه ْم بَأْ َس َك الَّ ِذ ْي الَ تَ ُر ُّدهُ َع ِن ا ْل َق ْو ِم ا ْل ُم ْج ِر ِم ْي َن

Ertinya :"Ya Allah! Ampunilah kami, kaum mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat. Persatukanlah hati mereka. Perbaikilah hubungan di antara mereka dan menangkanlah mereka atas musuh-Mu dan musuh mereka. Ya Allah! Laknatlah orang- orang kafir ahli kitab yang senantiasa menghalangi jalan-Mu, mendustakan rasul-rasul- Mu, dan memerangi wali-wali-Mu. Ya Allah! Cerai-beraikanlah persatuan dan kesatuan mereka. Goyahkanlah langkah-langkah mereka, dan turunkanlah atas mereka siksa-Mu yang tidak akan Engkau jauhkan dari kaum yang berbuat jahat.”