Bil. 60 / 19 APR / JUN 2019 Martabatkan Sejarah Malaysia ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM MENINGGALKAN KITA BUAT SELAMA-LAMANYA Kita terkejut dan sedih di atas pemergian Tan Sri Omar Mohd Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia yang kita kasihi pulang ke rahmatullah pada 6 Jun 2019 yang lalu. Dengan kembalinya Tan Sri Omar Mohd Hashim, negara kehilangan sebutir permata tak ternilai yang terjelma dalam seorang hamba Allah tokoh yang sukar digantikan. Moga-moga Allah mencucuri ke atas rohnya dan meletakkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Amin. Tan Sri Omar Mohd Hashim merupakan tokoh terbilang dalam bidang pendidikan. Sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai kerajaan, beliau berkhidmat dengan tekun dan cekap sehingga memperoleh kepercayaan untuk memimpin beberapa buah agensi antaranya Jabatan Pelajaran Sabah dan Johor, Majlis Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Pilihanraya. Sepanjang tempoh perkhidmatan, Omar dikenali sebagai pegawai kerajaan yang jujur dan ikhlas. Persatuan Sejarah Malaysia amat terasa kehilangan Tan Sri Omar Mohd Hashim yang telah meneraju dan memimpin PSM hampir lebih 30 tahun. Beliau telah memberi sumbangan dan jasa yang amat besar yang akan dikenangi dan diabadikan kepada sebuah bangunan indah tersergam indah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Menarik di dalam: KOLEKSI SURAT-SURAT BELANGSUNGKAWA SERI PATTANI Muka FRANCIS LIGHT Muka TAN SRI OMAR Muka 5 (1771-1794) 6 MOHD HASHIM 8 APR / JUN 2019 PRESIDEN PERDANA MENTERI MALAYSIA NAIB RESIDEN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA DATO’ HAJI JUMAAT DATO’ HAJI MOHD NOOR (FELO PSM) MARTABATKAN PROF MADYA DR MOHD SHAMSUDDIN SEJARAH MALAYSIA Warkah PSM diterbitkan oleh: SIDANG REDAKSI PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA Tel : 03 - 2681 5388 / 2681 6388 DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHID (KETUA EDITOR) Aras 3, Anjung, Wisma Sejarah, Faks : 03 - 2681 4388 MOHD AROF ISHAK 230, Jalan Tun Razak, Email :
[email protected] / DATIN ZURAIDAH MOHAMAD 50400, Kuala Lumpur.