DRAFT Buletin PSM Apr Jun 2019 CS6
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bil. 60 / 19 APR / JUN 2019 Martabatkan Sejarah Malaysia ALLAHYARHAM TAN SRI OMAR MOHD HASHIM MENINGGALKAN KITA BUAT SELAMA-LAMANYA Kita terkejut dan sedih di atas pemergian Tan Sri Omar Mohd Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia yang kita kasihi pulang ke rahmatullah pada 6 Jun 2019 yang lalu. Dengan kembalinya Tan Sri Omar Mohd Hashim, negara kehilangan sebutir permata tak ternilai yang terjelma dalam seorang hamba Allah tokoh yang sukar digantikan. Moga-moga Allah mencucuri ke atas rohnya dan meletakkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Amin. Tan Sri Omar Mohd Hashim merupakan tokoh terbilang dalam bidang pendidikan. Sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai kerajaan, beliau berkhidmat dengan tekun dan cekap sehingga memperoleh kepercayaan untuk memimpin beberapa buah agensi antaranya Jabatan Pelajaran Sabah dan Johor, Majlis Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Pilihanraya. Sepanjang tempoh perkhidmatan, Omar dikenali sebagai pegawai kerajaan yang jujur dan ikhlas. Persatuan Sejarah Malaysia amat terasa kehilangan Tan Sri Omar Mohd Hashim yang telah meneraju dan memimpin PSM hampir lebih 30 tahun. Beliau telah memberi sumbangan dan jasa yang amat besar yang akan dikenangi dan diabadikan kepada sebuah bangunan indah tersergam indah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Menarik di dalam: KOLEKSI SURAT-SURAT BELANGSUNGKAWA SERI PATTANI Muka FRANCIS LIGHT Muka TAN SRI OMAR Muka 5 (1771-1794) 6 MOHD HASHIM 8 APR / JUN 2019 PRESIDEN PERDANA MENTERI MALAYSIA NAIB RESIDEN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA DATO’ HAJI JUMAAT DATO’ HAJI MOHD NOOR (FELO PSM) MARTABATKAN PROF MADYA DR MOHD SHAMSUDDIN SEJARAH MALAYSIA Warkah PSM diterbitkan oleh: SIDANG REDAKSI PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA Tel : 03 - 2681 5388 / 2681 6388 DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHID (KETUA EDITOR) Aras 3, Anjung, Wisma Sejarah, Faks : 03 - 2681 4388 MOHD AROF ISHAK 230, Jalan Tun Razak, Email : [email protected] / DATIN ZURAIDAH MOHAMAD 50400, Kuala Lumpur. [email protected] Senarai Filem Berjiwa Patriotik dan Kenegaraan yang Pernah Dihasilkan APR / JUN 2019 Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Warkah ini merupakan terbitan kali pertama yang tidak memaparkan sudut pandangan dan citra kepimpinan organisasi PSM daripada kaca mata tokoh utamanya, Allahyarham Tan Sri Omar Mohd Hashim. Siri-siri terbitan WARKAH yang terdahulu, beberapa tahun sejak dimulakan, memuatkan pelbagai idea dan fokus kenyataan yang bernas serta bermotivasi daripada Allahyarham Tan Sri. Elok sekali kita merujuk kembali kepada tulisan-tulisan dan cetusan-cetusan pemikiran tersebut, agar dengannya dapat diperolehi serba peringatan dan renungan bagi kita seterusnya lanjut mengasaskan pergerakan PSM yang sentiasa teguh dan progresif. Agak begitu kaya dan pelbagai pengalaman memimpin dan Dato’ Haji Jumaat Dato’ Haji Mohd Noor Pengerusi membentuk satu pasukan berpadu, bergiat dan bergiat yang telah Jawatankuasa Eksekutif beliau wariskan kepada kita. Persatuan Sejarah Malaysia Inilah satu perspektif bimbingan kemajuan kehadapan yang wajar kita tangani. Sekian lama kita telah berjaya menerbitkan WARKAH sebagai satu cerminan PSM menampilkan pelbagai renungan dan refleksi mengenai bibit-bibit sejarah yang mahu kita ungkapkan. Kecil atau kasar rupa dan hakikat unsur-unsur sejarah ini, pastinya ada menzahirkan nilai-nilai kesedaran sejarah tempatan atau ……….., dan mungkin lebih tinggi memberikan kesan kebangsaan yang tidak boleh diabaikan. Unsur-unsur sejarah ini bukan sahaja merupakan warisan kerakyatan dan kebangsaan, tetapi lebih bersifat sebagai ‘khazanah’ yang ada tempat, peranan dan aplikasi dalam pembangunan Negara. Khazanah lazimnya membawa implikasi milik dan modal. Justeru wajar sekali kita takrif dan namakan sejarah itu sebagai suatu “modal budaya” (Cultural capital). Iaitu satu modal keturunan yang kita miliki dan dilestarikan dari zaman ke zaman. Terkini oleh kerana tumpatan daripada globalisasi dan pelbagai aplikasi kaitan-internet banyak menekankan asas dan penggunaan ‘modal ekonomi’ dan ‘modal pelaburan’ (economic and investment capital), demi menentukan karektor atau watak “manusia pekerja” yang hanya memajukan produktiviti dan keuntungan, maka kelihatan manusia pekerja serupa itu, bergerak, bertugas dan wujud sebagai “manusia jentera” berketerampilan berasaskan jiwa ekonomi tetapi kurang atau tanpa lengkap dengan ‘jiwa sosio-budaya’ yang mensejahterakan. Manusia pekerja atau warga masyarakat tanpa berjiwa sosio-budaya yang sepatutnya dapat didikan atau asuhan melalui “cultural capital” bangsa atau kaumnya, adalah merupkan kelompok pekerja atau warga yang rugi, hambar dengan kehilangan kesejahteraan jati diri. Mereka tidak mesra budaya. Terkini di peringkat asuhan awal kanak-kanak (early years education), telah timbul kesedaran betapa perlunya diberikan tekanan kepada proses asuhan-didik yang tidak mengenepikan “cultural capital”. Matlamat murninya ialah demi mempersiap dan melahirkan warga kecil dan dewasa lengkap mewarisi segala aspek sosio-budaya yang mensejahterakan. Sejarah sebagai “cultural capital” memberikan imbangan yang logikal dan humanistik kepada rangka dan agenda pembangunan Negara dan rakyat. 3 APR / JUN 2019 PSM DI SANA SINI KUNJUNGAN KE RUMAH KELAHIRAN TAN SRI ELYAS OMAR Pada 23 April 2019, Dr Zahidi dalam rangka menyiapkan biografi Tan Sri Elyas telah berkunjung ke rumah kelahiran Tan Sri Elyas Omar di alamat rumah No 460, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Sebelum berkunjung ke rumah tersebut, Dr Zahidi telah singgah di Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mendapatkan salinan foto pidato umum ketika Tan Sri Elyas Omar mendapat ijazah doktor kehormat dari USM dan juga mendapatkan salinan akhbar Straits Echo tahun 1936, iaitu tahun kelahiran Tan Sri Elyas di mana pada waktu itu, Pulau Pinang merayakan ulangtahun ke-150 pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light. Ketika berkunjung ke rumah kelahiran Tan Sri Elyas, Dr Zahidi mendapat bantuan Tuan Hj Zakaria Mohd Noh iaitu abang ipar kepada adik Tan Sri Elyas yang tinggal di Tanjung Tokong. Keluarga Tan Sri Elyas tinggal di rumah tersebut yang kini berbumbung zink dan berlantai papan. Rumah tersebut kini telah dijual tetapi masih tersergam indah. Dr Zahidi juga telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong dan Masjid Tuan Guru Haji Hassan yang merupakan datuk kepada Tan Sri Elyas. Selepas itu, Dr Zahidi telah menemui En Effendi Nordin, seorang peguam di Batu Feringgi. Beliau adalah anak saudara kepada Tan Sri Elyas Omar yang mengumpul maklumat tentang salasilah keturunan keluarga Tuan Haji Hassan Alfusanah iaitu datuk sebelah ibunya. LAPORAN BENGKEL MENULIS MEMOIR, BIOGRAFI DAN AUTOBIOGRAFI ANJURAN UIAM DAN MAPIM Majlis telah diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Bilik Kuala Lumpur, PWTC. Majlis bermula pada jam 3.00 petang dengan taklimat tentang pengenalan bengkel oleh Prof Madya Dr Roosfa Hashim dari Penerbit UIAM. Tiga pembentang kertas kerja ialah: 1. Sasterawan Negara Dato’ Dr Zurinah Hassan 2. Puan Sri Fatini Yaakub 3. Sri Diah Shaharuddin RUMUSAN 1. Bengkel ini adalah satu saluran pertemuan antara peserta-peserta bengkel yang terdiri dari penulis-penulis biogra; 2. Di dalam penulisan biogra, penyelidikan perpustakaan/arkib amat perlu dan penting; 3. Banyak mengadakan wawancara untuk mendapatkan sumber maklumat; 4. Mengikut Sri Diah, adalah tidak seharusnya mengikut plot dan tema dalam penulisan. Apa yang dilakukan beliau ialah mengumpul anecdote mengikut folder lepas itu dicantumkan penceritaan tersebut; 5. Fatini mengunakan kaedah mengemukakan soalan–soalan untuk mendapatkan maklumat; 6. Beliau menghadapi masalah apabila tokoh menyemak setiap ayat dan mengedit tulisan beliau; 7. Tidak semua orang bersetuju untuk diwawancara; dan 8. Perlu ada kaedah lain untuk mendapat maklumat dari mereka. 4 APR / JUN 2019 SERI PATTANI Oleh DATO’ DR WAN SHAMSUDDIN MOHD YUSOF Seri Pattani adalah sepucuk meriam seberat 10 tan milik Kerajaan Patani Darusalam di zaman silam. Sejarahnya bermula sebelum tahun 1785 lagi apabila Raja Perempuan kedua Raja Biru (1616-1624) melaksanakan kawalan dan keselamatan yang ketat ke atas negerinya untuk menghadapi ancaman dan serangan dari Siam. Pembuatan bedil atau meriam besar juga telah juga diusahakan tiga laras daripadanya masing-masing diberi nama “Seri Negara”,”Seri Pattani” dan “Maha Lela” dapat disiapkan oleh sekumpulan tukang di bawah pimpinan seorang pandai ina bernama Lim Taw Kin. Beberapa siri serangan dan peperanggan berlaku antara Siam dengan Patani. Namun, Patani tidak dapat ditundukkan dengan mudah. Hanya pada tahun 1785 ketika di bawah Sultan Muhammad Shah, barulah Patani dapat ditewaskan.Tentera Siam melakukan kekejaman ke atas rakyat Patani dan bertindak membakar hangus istana Sultan di Kerisik. Ribuan rakyat Patani ditawan, kaki dan keting mereka dicucuk dengan rotan dibawa kembali ke Bangkok. Di sana, mereka dipaksa menggali sebatang sungai yang terletak di tengah tengah Bandaraya Bangkok yang kini dikenali sebagai “Sungai Sejuta Airmata”. Dua laras meriam besar iaitu “Seri Negara” dan “Seri Pattani” juga dibawa pulang ke Bangkok sebagai cenderamata. Malangnya “Seri Negara” jatuh di Kuala Patani sewaktu diangkut naik ke kapal manakala “Seri Pattani” seberat 10 tan selamat dibawa ke Bangkok dan dipamerkan di hadapan Kementerian Pertahanan Thailand sebagai simbol tawanan dan kemenangan mereka di samping puluhan meriam-meriam lainnya yang terus terperap disini sejak dua abad yang lalu. Meriam agung di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand. 5 APR / JUN 2019