NO.SOALAN : 119

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN , MALAYSIA

PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA : TUAN [ ALOR SETAR ]

Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan senarai syarikat berdaftar SSM yang terima geran kerajaan dan berapa di antara mereka berstatus aktif dan hantar laporan kewangan kepada LHDN.

JAWAPAN:

Skop kawalselia Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap syarikat adalah tertakluk kepada perundangan-perundangan yang ditadbir oleh SSM seperti pembekalan maklumat statutori syarikat, sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Syarikat 2016.

Sehubungan itu, penyimpanan rekod-rekod lain seperti maklumat syarikat yang menerima geran daripada kerajaan dan status pematuhannya terhadap keperluan-keperluan yang telah ditetapkan oleh mana-mana agensi kerajaan terhadap syarikat-syarikat berkenaan adalah di luar bidang kuasa SSM.

1

NO SOALAN : 119

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS ______

PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA : Y.B. TUAN [TANJONG MALIM]

SOALAN NO. 119

Y.B. TUAN CHANG LIH KANG [ TANJONG MALIM ]minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai duti eksais yang diterima dari jualan rokok dari tahun 2014 hingga tahun 2018. NO SOALAN : 119 JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil kutipan duti eksais bagi rokok dan produk tembakau yang telah diterima oleh Kerajaan bagi tempoh tahun 2014 sehingga 2018 adalah sebanyak RM16.4 bilion. Pecahan kutipan duti eksais mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahun Kutipan Duti Eksais (RM juta) 2014 3,416.91 2015 3,318.34 2016 3,553.55 2017 3,167.30 2018 2,944.00* *anggaran