Download P14p2m1-Soalan-Bukanlisan-119

Download P14p2m1-Soalan-Bukanlisan-119

NO.SOALAN : 119 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA : TUAN CHAN MING KAI [ ALOR SETAR ] Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan senarai syarikat berdaftar SSM yang terima geran kerajaan dan berapa di antara mereka berstatus aktif dan hantar laporan kewangan kepada LHDN. JAWAPAN: Skop kawalselia Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap syarikat adalah tertakluk kepada perundangan-perundangan yang ditadbir oleh SSM seperti pembekalan maklumat statutori syarikat, sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Syarikat 2016. Sehubungan itu, penyimpanan rekod-rekod lain seperti maklumat syarikat yang menerima geran daripada kerajaan dan status pematuhannya terhadap keperluan-keperluan yang telah ditetapkan oleh mana-mana agensi kerajaan terhadap syarikat-syarikat berkenaan adalah di luar bidang kuasa SSM. 1 NO SOALAN : 119 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS _______________________________________________________________________________ PERTANYAAN : BERTULIS DARIPADA : Y.B. TUAN CHANG LIH KANG [TANJONG MALIM] SOALAN NO. 119 Y.B. TUAN CHANG LIH KANG [ TANJONG MALIM ]minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai duti eksais yang diterima dari jualan rokok dari tahun 2014 hingga tahun 2018. NO SOALAN : 119 JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil kutipan duti eksais bagi rokok dan produk tembakau yang telah diterima oleh Kerajaan bagi tempoh tahun 2014 sehingga 2018 adalah sebanyak RM16.4 bilion. Pecahan kutipan duti eksais mengikut tahun adalah seperti berikut: Tahun Kutipan Duti Eksais (RM juta) 2014 3,416.91 2015 3,318.34 2016 3,553.55 2017 3,167.30 2018 2,944.00* *anggaran.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    3 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us