Warisan Sejarah dan Pelancongan Serta Kepulauan

Mohd Samsudin, Marsitah Mohd Radzi, Azima Abdul Manaf & Nor Jana Saim

Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan 43600 Bangi Selangor, Malaysia Emel: [email protected]

Pengenalan

Mersing adalah sebuah kawasan yang terletak di kawasan pantai timur negeri . Daerah ini dianggap sebagai pintu masuk kepada kebudayaan yang unik dan juga kehidupan flora dan fauna yang masih belum terganggu. Terdapat beberapa kawasan tarikan pelancong di kawasan ini bermula dengan Pulau Tioman dan juga lebih 40 buah pulau yang terletak di selatan pulau Tioman iaitu di kawasan negeri Johor teurutamanya Mersing. Bandar Mersing juga berfungsi sebagai bandar keluar masuk pengunjung untuk melancong ke Pulau Tioman dan lain-lain kepulauan Johor terutamanya Pulau Besar, Pulau Tinggi dan Pulau Rawa. Walau bagaimanapun bandar Mersing bukanlah sebuah bandar moden yang dilengkapi dengan semua kemudahan, tetapi ia masih dalam bentuk sebuah bandar lama tanpa menghadapi kesesakan seperti bandar-bandar metropolitan. Justeru itu, bandar ini merupakan bandar yang boleh menarik kedatangan pelancong. Bandar ini mempunyai dua lampu trafik utama dan dua bulatan pusingan. Mersing sudahpun berfungsi sebagai bandar utama serta menjadi laluan perhubungan di antara Johor dan negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Pahang, Terengganu dan Kelantan. Nadi utama kepada sistem perhubungan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain ialah jalan raya, malah ia sudahpun dibangunkan oleh pihak British semenjak abad ke-19 lagi. Mersing kaya dengan pelbagai bentuk alam semula jadi yang menarik perhatian pelancong. Kawasan pantainya masih belum terganggu kaya dengan keindahan pantai semula jadi manakala di kawasan lautnya pula kaya dengan batu karang semula jadi. Pada masa dahulu, kawasan lautannya terkenal dengan aktiviti memancing, manakala

57

Bab 5.pmd 57 6/17/2010, 8:34 AM PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

di kawasan pantainya popular dengan aktiviti mencari kulit kerang. Sebahagian besar penduduk yang tinggal di sini terutamanya orang-orang Melayu masih mengekalkan kehidupan tradisional mereka dan bergantung kepada sumber laut. Di Mersing terdapat dua buah pantai yang popular sebagai kawasan perkelahan pelancong tempatan iaitu Pantai Penyabung dan Air Papan. Namun demikian pantai ini hanya menyediakan kemudahan asas kepada pelancong seperti gerai-gerai makanan, cenderamata dan pakaian. Berbanding dengan Port Dickson, pantai ini adalah agak jauh ketinggalan dari segi penyediaan kemudahan kepada pelancong. Dari segi sejarahnya Mersing sudahpun terkenal semenjak abad ke-12 apabila perairan Mersing yang dahulunya dikenali sebagai Johor Tenggara menjadi laluan penting bagi kapal-kapal yang belayar dari Champa, Vietnam dan China. Malahan perairan ini sudah digunakan sebagai laluan perdagangan bagi perdagang-pedagang dan pengembara-pengembara China pada abad ke-12-13. Ia sudah jadi penting sezaman dengan Dinasti besar Cambodia, Thai, dan Khmer. (Coedes, 1975) Pada zaman keagungan empayar Melaka, kawasan perairan Mersing dianggap penting bagi kawasan perlindungan angin dan ombak besar bagi kapal-kapal belayar ke Pahang dan selatan Johor. Pengembaraan Hang Tuah ke Pahang seperti yang dicatatkan dalam kitab Sejarah Melayu adalah menggunakan laluan perairan Mersing untuk sampai ke Pekan, Pahang. Seterusnya perairan Mersing sudah menjadi penting bagi laluan kapal-kapal yang menyusuri pantai timur Semenanjung Malaysia. Pada zaman pentadbiran British Mersing mengekalkan kepentingannya sebagai laluan laut ke negeri-negeri pantai timur iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor (tenggara). Laluan ini penting bagi kegiatan ekonomi dan perdagangan terutama bagi kapal-kapal dagang Eropah mengangkut hasil-hasil hutan (Kayu (Gaharu, Cendana), rotan, damar dan getah. Ia menjadi nadi penting bagi menghubungi kawasan pantai Timur dengan pantai Barat Semenanjung. Apabila teknologi kapal wap (steam-ships) diperkenalkan oleh dunia, kawasan pantai Mersing turut jadi pelopor kepada penggunaan kapal ini. Ia kerana kapal wap telah mula digunakan malahan ia menjadi penting sebagai agen perhubungan menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dengan Singapura. Antara mereka yang pernah mencatatkan kepentingan perairan Mersing ialah Sir Mahmud Mat, bekas Menteri Besar Pahang dan juga bekas Speaker Majlis Perundangan Persekutuan. Sir Mahmud Mat di antara 1920-1930-an telah mencatatkan dalam memoirnya mengenai keindahan pantai mersing sewaktu beliau belayar untuk pergi ke Singapura. Malah laluan pantai Mersing adalah penting bagi pegawai-pegawai British yang dihantar ke Pekan (Pahang) (Mahmud Mat, 1997). Perairan Mersing terus menjadi penting sewaktu berlakunya Perang Dunia Kedua. Atas kebimbangan bahawa tentera Jepun akan memasuki Tanah Melayu melalui Pantai Timur Semenanjung, tentera British telah menjalankan aktiviti pengawasan (surveillance) di sekitar perairan Mersing. Kawasan pulau-pulau sekitar Pulau Tinggi, Besar dan persekitarannya digunakan sebagai kawasan perlindungan kapal-kapal perang British. Dua buah kapal perang British yang terkenal iaitu Repulse dan Prince of Wales terlibat dalam kegiatan pengawasan ini yang telah ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Serang hendap ke atas kapal-kapal perang British ini bermula sewaktu mereka melalui lantai Mersing.

58

Bab 5.pmd 58 6/17/2010, 8:34 AM WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

PETA 1: Sistem Perhubungan Zaman Pentadbiran British yang Menghubungkan Mersing

Kaitan Mersing dengan Sejarah

Mersing mempunyai tinggalan sejarah yang boleh dibangunkan. Malah pembangunan ini dapat menarik kehadiran pelancong. Kaitan Mersing dengan sejarah dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama kawasan tanah besar iaitu di sekitar pantai Mersing. Kedua ialah kawasan kepulauan dan perairan Mersing. Malahan kehadiran pelancong ke Taman Negara -Rompin boleh juga ditarik untuk berkunjung ke Mersing. Di kawasan pantai Mersing terdapat beberapa tinggalan sejarah yang berpotensi dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong. Antara kawasan penting ialah

59

Bab 5.pmd 59 6/17/2010, 8:34 AM PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

Kampung Mawar. Kampung ini adalah merupakan kampung tertua di pantai Mersing. Ia pernah menjadi jeti penting bagi kegunaan memunggah keluar masuk barangan dari Mersing. Kawasan kampung ini pernah menjadi penempatan utama penduduk Mersing serta mempunyai kemudahan-kemudahan seperti sekolah, pejabat penghulu dan kesihatan. Kawasan persekitaran adalah merupakan kawasan landai yang luas. Kedudukan geografi Kampung Mawar adalah amat strategi dengan pantai Mersing. Ia mengadap laut luas serta pemandangannya adalah amat cantik dan unik. Adalah dipercayai kawasan kampung ini pernah menjadi kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi sekitar 1,000-1,500 orang pada sekitar tahun-tahun 1920-an. Namun demikian kawasan ini, telah ditinggalkan kerana tidak lagi sesuai menjadi pangkalan jeti. Ini kerana kawasan muara sungainya dipenuhi dengan lumpur dan tanah. Apabiala tiadakan kegiatan sekitar kampung ini, menyebabkan penduduk tempatan turut meninggalkan kawasan ini. Kepentingan jeti telah diambil alih oleh kawasan baru iaitu jeti Mersing yang ada pada hari ini. Pada hari ini kampung ini didiami oleh sejumlah kecil penduduk iaitu kurang daripada 20 keluarga. Bagaimanapun yang menariknya terdapat tiga buah rumah yang didiami oleh penduduk German dan Perancis yang membina rumah berbentuk rumah tradisional tempatan. Kawasan kedua ialah sekitar perairan dan kepulauan Mersing. Terdapat hampir 12 buah pulau-pulau yang penting di luar perairan Mersing. Kawasan persekitaran pulau ini berfungsi sebagai kawasan tarikan pelancong teruama bagi aktiviti-aktiviti laut seperti berkayak, menyelam dan memancing. Dahulunya kawasan pulau ini terkenal di kalangan pemancing. Terdapat kelong yang dibina sekitar pulau ini dan ia telah menarik pemancing tempatan dan luar negara (Singapura, Taiwan). Bagaimanapun perkembangan ini terganggu apabila kawasan ini diwartakan sebagai Taman Laut dan Taman Negara menjelang akhir 1980-an. Pewartaan Taman Laut telah melarang aktiviti perikanan termasuk memancing di kawasan sekitar kepulauan ini. Ianya telah menyebabkan kawasan perairan ini yang terkenal sebagai kawasan memancing tidak lagi menjadi tumpuan kaki memancing. Kesan serta-merta ialah perkembangan ini menggugat pendapatan penduduk pulau yang sebelum bergantung kepada aktiviti perikanan dan membawa pemancing- pemancing luar.

Kawasan Tinggalan Sejarah Sekitar Pulau Tinggi

Pulau Tinggi adalah sebuah pulau yang dikelilingi oleh Pulau Sibu di sebelah selatan manakala di sebelah utara dikelilingi oleh Pulau Besar. Pulau Tinggi merupakan sebuah mukim dalam Daerah Mersing mengandungi 19 buah kampung seperti tersenarai di bawah. Pulau Tinggi adalah merupakan sebuah kepulauan yang mempunyai kampung- kampung yang masih ketinggalan daripada arus pembangunan. Kampung ini adalah merupakan kampung tradisional dan amat bergantung kepada sumber laut. Jumlah penduduk adalah amat kecil dan amat bergantung kepada laut sebagai sumber pendapatan mereka. Adalah dipercayai pada zaman awal kerajaan Melayu, pada abad ke-12 pulau ini menjadi tempat persinggahan pelayar-pelayar yang belayar sekitar perairan Johor untuk berlindung daripada angin monsun dan mendapatkan bekalan air bersih serta

60

Bab 5.pmd 60 6/17/2010, 8:34 AM WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

PETA 2: Kawasan Mersing dan Kepulauan Sekitar

JADUAL 1: Kampung di bawah Mukim Pulau Tinggi

Kg Tg. Balang Kg Penaga Kg Kota Kg Kelopak Kg Sulor Gading Kg Terih Kg Air Kolam Kg Pasir Panjang Kg Tg Keramat Kg Teluk Sauk Kg Semembar Besar Ks Sebirah Kecil Kg Sebirah Besar Kg Semembar Kecil Kg Semembar Besar Kg Selipas Kg Teluk Siam Kg Teluk Pinang Kg Buluh Kasap Kg Segata

makanan. Antara kelompok awal yang membuat penempatan di pulau ini adalah daripada orang-orang Bugis. Ini dapat dikaitkan dengan kegiatan pelayaran orang-orang Bugis ke negeri Pahang. Walau bagaimanapun pulau ini bukanlah menjadi tumpuan utama penduduk untuk menetap kerana kedudukan pulau ini di lautan luas China Selatan yang terdedah kepada ombak besar angin monsun. Selama empat bulan iaitu di antara bulan November hingga Februari setaip tahun penduduk tidak dapat ke laut untuk menangkap

61

Bab 5.pmd 61 6/17/2010, 8:34 AM PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

ikan kerana musim ombak besar dan cuaca buruk. Ia menjadi faktor utama yang menyebabkan pulau ini tidak menjadi tarikan penduduk untuk tinggal. Pada tahun 1985, perairan sejauh 3 km dari pantai mengelilingi 22 buah pulau di Kedah, Terengganu, Pahang dan Johor diisytiharkan sebagai kawasan larangan perikanan di bawah Akta Perikanan, 1963. Seterusnya pada 1985, Akta Perikanan 1985 telah dipinda di Parlimen tertama mengenai pembentukan taman-taman laut (Abdul Khalil Abdul Karim, 2000). Taman Laut adalah merupakan sebuah kawasan dizonkan sebagai kawasan perlindungan untuk ekosistem marin terutama terumbu karang dan yang berkaitan dengan fauna dan flora. Pada hari ini perairan di sekitar 40 buah pulau yang dikumpulkan dalam 5 kawasan Taman Laut telah diwujudkan di Malaysia iaitu; 1. Taman Laut Pulau Payar di Kedah – 4 pulau 2. Taman Laut Pulau Redang – 11 pulau 3. Taman Laut Pulau Tioman di Pahang – 9 pulau 4. Taman Laut Mersing di Johor – 13 pulau termasuklah Pulau Tinggi 5. Taman Laut Labuan di Labuan – 3 pulau Pewartaan Taman Laut dan Taman Negara memberikan implikasi ekonomi dan sosial kepada penduduk Pulau Tinggi. Penduduk tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tradisional mereka iaitu menangkap ikan di laut, manakala di daratan mereka tidak dilarang daripada meneroka hasil-hasil hutan. Kehidupan mereka tersepit di antara langkah kerajaan mewartakan dua Taman. Punca pendapatan tergugat sebaliknya tiada kegiatan alternatif yang boleh menggantikan kegiatan mereka. Pada peringkat awal selepas perisytiharan Taman Laut di Pulau Tinggi terdapat beberapa usaha dilakukan bagi menjadikan kawasan pulau ini menjadi kawasan tarikan pelancongan berasaskan kepada kegiatan berbentuk eco-tourism. Dua buah chalet dibina di Pulau Tinggi iaitu Nadia’s Inn dan Tinggi Island’ Resort (milik anak syarikat kerajaan negeri Johor). Buat pada peringkat awal pembukaannya Pulau Tinggi menerima jumlah pelancong yang besar membolehkan penduduk tempatan terlibat dalam aktiviti pelancongan bekerja di chalet atau menjadi pemandu pelancong. Ia turut mempengaruhi beberapa penduduk tempatan menukar kegiatan mereka daripada menjadi nelayan kepada menyewa bot kepada pelancong. Namun demikian perkembangan pelancong tidak bertahan lama kerana menjelang akhir 1990-an dan awal 2000 jumlah pelancong yang mengunjungi Pulau Tinggi semakin berkurangan. Penduduk tidak dapat bekerja manakala Chalet Nadia’s Inn ditutup. Tinggi Island Resort turut mengalami masalah tetapi ia telah dipajak kepada pengusaha tempatan. Namun demikian kesukaran menerima pelancong menyebabkan pengurusan chalet ini terbiar. Faktor utama yang dikenal pasti menyebabkan kurangnya jumlah pelancong mengunjungi Pulau Tinggi adalah kerana tiadanya promosi dan tiadanya tarikan pelancong untuk datang ke pulau ini. Sebailknya Pulau Tioman, saingan Pulau Tinggi jauh lebih berjaya menarik pelancong untuk datang. Bagi menarik kembali kedatangan pelancong ke Pulau Tinggi, beberapa usaha boleh dilakukan. Antara yang penting ialah mengenal pasti potensi semula jadi dan warisan sejarah pulau ini dalam menarik perhatian pelancong. Pulau Tinggi mempunyai

62

Bab 5.pmd 62 6/17/2010, 8:34 AM WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

potensi untuk dibangunkan kerana dari segi alam semulajadi, pulau ini mempunyai kawasan pantai yang bersih dan panjang. Di samping itu, pulau ini juga mempunyai gugusan batu karang yang cantik. Manakala di pulaunya pula, hutannya adalah hutan asal yang mempunyai warisan pokok-pkok dan alam semulajadi yang boleh didedahkan kepada pelancong. Di samping itu, pulau ini juga mempunyai tinggalan sejarah yang boleh dibangunkan. Antaranya ialah; 1. Pulau tertua – Pulau Tinggi adalah merupakan antara pulau yang paling awal didiami oleh penduduk yang pada asalnya adalah pelayar-pelayar. Aktiviti ini sudah berkembang semenjak abad ke-12 lagi. Bentuk kapal yang digunakan pada peringkat ini adalah bot-bot yang menggunakan tiang-tiang layar. Oleh itu, Pulau Tinggi boleh dijadikan sebagai kawasan yang membina perkembangan sistem pelayaran semenjak abad ke-12 hingga kini. Beberapa reka bentuk kapal tanpa menggunakan teknologi enjin semenjak abad ke-12 boleh dibina sehingga kini,malahan adanya diantaranya boleh dibina untuk tujuan pelancongan seperti kapal wap zaman pentadbiran British digunakan untuk belayar mengelilingi kawasn kepulaun ini. 2. Makam Tua – Kampung pasir panjang di Pulau Tinggi dipercayai sebagai kawasan penempatan awal. Di kampung ini terdapat kubur-kubur tua yang dipercayai telah digunakan oleh penduduk. Kajian arkeologi boleh dilakukan bagi mengenal pasti usia rangka manusia di kubur ini dan ini boleh mengukuhkan hujah bahawa sudah ada penempatan manusia semenjak dahulu lagi. Paling penting ialah untuk mengenal usia dan masa penduduk awal mendiami pulau ini. Malahan hasil kajian juga dapat mengenal pasti asal usul penghuni pulau ini dan juga kegiatan mereka pada masa itu. 3. Perigi Hang Tuah – ianya adalah merupakan satu keunikan Pulau Tinggi kerana tinggalan ini. Penduduk pulau ini mendakwa terdapat sebuah perigi di pulau ini yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah untuk mendapat air bersih sewaktu pelayarannya. Jika dirujuk kepada Sejarah Melayu memang terdapat peristiwa yang boleh dikaitkan dengannya. Hang Tuah telah belayar ke negeri Pahang untuk meminang Tun Teja untuk dijadikan isteri Sultan Mahmud. Pelayaran Hang Tuah dari Melaka ke Pahang adalah menyusuri pantai Mersing. Dipercayai dalam pelayarannya ini Hang Tuah telah singgah di Pulau Tinggi untuk mendapatkan makanan dan air bersih serta berlindung daripada angin monsun. Tinggalan perigi di pulau ini dipanggil penduduk sebagai perigi Hang Tuah. Bagaimanapun perigi yang ada ini tidak dipulihara dengan baik, malahan hanya penduduk tempatan yang berusaha mengekalkan perigi ini dengan membuat tanda nama. Namun demikian tiada papan penerangan dibuat yang boleh menerangkan perigi ini dengan perkembangan sejarah yang boleh menarik perhatian pelancong. 4. Membina semula bangunan atau rumah dengan seni bina penduduk tradisional yang telah mengalami kepupusan. Antara tarikan pelancong ke sesebuah kawasan pelancongan ialah untuk melihat dan menikmati sendiri binaan rumah yang bercirikan penduduk tradisional. Seni bina rumah tradisional di Pulau Tinggi adalah dari bentuk rumah-rumah Melayu yang simple dan menggunakan sumber hasil

63

Bab 5.pmd 63 6/17/2010, 8:34 AM PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

hutan yang boleh diperolehi dari hasil hutan sekitar. Usaha membina rumah-rumah tradisional sudah terbukti berjaya menarik pelancong untuk datang ke kawasan- kawasan lain di India, Afrika dan kepulauan Mediterranean. Justeru itu beberapa usaha perlu dilakukan bagi mengkaji bentuk seni bina tradisional penduduk dan kemudiannya dibina untuk kediaman pelancong. 5. Membuka hutan kepada aktiviti pelancong. Hutan di Pulau Tinggi adalah merupakan hutan tertua. Ia kaya dengan sumber flora dan fauna yang boleh didedahkan kepada aktiviti pelancongan menyayangi hutan dan alam. Hutan pulau ini sudah menjangkau usia jutaan tahun. Aktiviti seperti jungle tracking dan pendidikan mengenai pemuliharaan hutan dapat disediakan terutama kepada pelancong asing. Pejabat Hutan Johor boleh memainkan peranan untuk mengawasi aktiviti pelancongan ini manakala penduduk juga dapat terlibat dalam aktiviti ini melalui kegiatan menyediakan makanan, penginapan serta sebagai pemandu pelancong.

GAMBAR 3: Perkampungan Nelayan Pantai Mersing Sekitar Tahun 1940-an

GAMBAR 4: Perkampungan Nelayan Pantai Mersing Sekitar Tahun 1940-an

64

Bab 5.pmd 64 6/17/2010, 8:34 AM WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

GAMBAR 4 : Perkuburan Tua di Pulau Tinggi

GAMBAR 5: Perkuburan Tua di Pulau Tinggi

65

Bab 5.pmd 65 6/17/2010, 8:34 AM PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

GAMBAR 6 : Papan Tanda Perigi Hang Tuah di Pulau Tinggi

GAMBAR 7: Gambar Perigi Hang Tuah di Pulau Tinggi

66

Bab 5.pmd 66 6/17/2010, 8:34 AM WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

GAMBAR 8: Gambar Hutan Tertua di Pulau Tinggi

GAMBAR 9: Gambar Chalet Nadia’s Inn

67

Bab 5.pmd 67 6/17/2010, 8:34 AM PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

GAMBAR 10: Chalet Tinggi’s Island Resort di Pulau Tinggi

GAMBAR 11: Pemandangan Pantai Menarik di Pulau Tinggi

68

Bab 5.pmd 68 6/17/2010, 8:35 AM WARISAN SEJARAH DAN PELANCONGAN MERSING SERTA KEPULAUAN

GAMBAR 12: Pemandangan Menarik di Pantai Pulau Tinggi

Kesimpulan

Kajian lapangan yang dilakukan di Mersing dan kepulauan terutama di Pulau Tinggi mendapat terdapat warisan sejarah yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai daya tarikan pelancong. Kedua-dua kawasan di pantai Mersing dan juga Pulau Tinggi sebenarnya merupakan kawasan yang sudah dihuni manusia dan telah terlibat dalam perkembangan sejarah di negara ini. Malahan hasil-hasil yang ditinggalkan adalah semenjak abad ke-12 lagi. Di pantai Mersing terdapat bandar tua yang pernah menjadi nadi utama kepada kawasan Johor Tenggara iaitu Kg Mawar. Kampung ini terbukti menjadi tarikan pelancong apabila terdapat penduduk Eropah yang tinggal menetap di kampung ini. Manakala di kawasan pulau, Pulau Tinggi mempunyai warisan sejarah yang berpotensi dibangunkan untuk tarikan pelancong. Antara yang penting ialah perigi Hang Tuah, kubur tua dan hutan yang berusia jutaan tahun. Ketiga-tiga ini boleh dibangunkan dalam bentuk warisan yang menarik yang boleh dikunjungi pelancong. Dengan cara ini Mersing dan kepulauan sekitarnya dapat bersaing bersama-sama Pulau Tioman dalam aktiviti pelancongan eco-tourism. Hasil daripada kepesatan pelancongan dapatlah dinikmati oleh penduduk yang terlibat.

69

Bab 5.pmd 69 6/17/2010, 8:35 AM PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

Penghargaan

Ahli kumpulan ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Penyelidikan Marin (EKOMAR), Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah memberi peluang terlibat dalam ekspedisi Penyelidikan Pantai Timur Johor, pada 14-17 November 2008. Penghargaan juga kepada Pejabat Daerah Mersing, Johor yang turut terlibat dalam menjayakan ekspedisi Penyelidikan Pantai Timur Johor, 14-17 November 2008 Penduduk Pulau Tinggi, khususnya Kampung Pasir Panjang, Pulau Tinggi, Johor.

Rujukan

Abdul Khalil Abdul Karim. 2000. Malaysian Legislation on the Management of Marine Protected Areas and Marine Parks, Report of the Regional Symposium on Marine Protected Areas and their Management. Cater, Erlet, 1995. Contradictions in Sustainable Tourism. The Geographical Journal, Vol. 161, No 1, pp. 21-28. Coedes, G. 1975, The Indianized States of Southeast Asia, Australian National University Press, Canberra. Hiew, W P Hie, Kevin. 2000. Marine Parks of Malaysia: A Management Tools for fisheries Resources, Report of the Regional Symposium on Marine Protected Areas and their Management. Hussey, Antonia, 1989. Tourism in a Balinese Village. Geographical Review, Vol, 79, no. 3, pp. 311-325. Mahmud Mat. 1997. Tinggal Kenangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nickerson-Tietze, Donna, J. 2000. Scientific Characterization and Monitoring: Its Application to Integrated Coastal Management in Malaysia, Ecological Society of America, pp. 386- 396. Shellabear, W.G. 1967. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

70

Bab 5.pmd 70 6/17/2010, 8:35 AM