Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Pertama
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 6 Selasa 24 Julai 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 11) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 42) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - Dato’ Johari bin Abdul (Sungai Petani) (Halaman 42) DR.24.7.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Selasa, 24 Julai 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah langkah segera kementerian dalam mengawal selia pusat asuhan kanak-kanak termasuk yang di rumah persendirian agar tragedi penderaan seperti yang dialami Allahyarham Adam Rayqal tidak berulang lagi. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang yang telah menanya soalan ini. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius dan bersimpati terhadap tragedi yang telah berlaku pada Allahyarham anakanda Adam Rayqal. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] yang sedia ada hanya mendaftarkan taman asuhan kanak-kanak (taska) ini yang menjaga empat orang kanak- kanak dan ke atas sahaja bagi kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah. Manakala pengasuh yang mengambil kurang daripada empat orang kanak-kanak tidak termaktub dalam Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308], akta ini. Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan menambah baik akta kanak-kanak supaya sistem daftar kanak-kanak sedia ada diperkasakan. Sistem ini akan memastikan sebarang pekerjaan yang melibatkan urusan dengan kanak-kanak termasuk pengasuh disaring untuk meminimumkan risiko keselamatan kanak-kanak. Ini akan melibatkan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kementerian menyasarkan 1Januari 2019 tahun hadapan agar semua agensi kerajaan mewujudkan taska di tempat DR.24.7.2018 2 kerja awam masing-masing terutama yang melibatkan kerja secara syif. Kementerian ingin bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan agar taska dapat diwujudkan di sekolah-sekolah untuk kemudahan guru-guru yang berkhidmat di sekolah berkenaan. Bagi sektor awam, subsidi yuran pengasuhan taska di tempat kerja sebanyak RM180 sebulan bagi seorang anak kepada pegawai perkhidmatan awam yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan disediakan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 38 Tahun 2013. Bagi sektor majikan swasta pula, insentif pelepasan cukai boleh dituntut dari kerajaan mengikut Pekeliling Jabatan Hasil Dalam Negeri bertarikh 15 Februari 1996 yang di mana pengecualian cukai 10 peratus selama 10 tahun bagi ubahsuai dan penyenggaraan bangunan bagi penyediaan taska. Selain itu, bengkel pindaan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] telah pun diadakan pada 11 Julai 2018 ini, yang sudah, bagi memantapkan kawal selia taska di seluruh Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan tahap penyampaian perkhidmatan taman asuhan yang dikendalikan oleh pengusaha berada di tahap keselamatan yang tinggi, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun melaksanakan beberapa perkara. Pertama, mengumpul notifikasi pengasuh di rumah bagi individu yang mengasuh kanak-kanak. Kedua, membimbing pengasuh dan memberi maklumat tentang Kursus Asuhan PERMATA dan program seminar taklimat berkaitan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak melalui 42 buah agensi latihan yang telah diiktiraf oleh JKM. Usaha ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengasuh bagi bidang tersebut dan mengadakan pelbagai program meningkatkan kesedaran masyarakat dan ibu bapa tentang pentingnya dan kelebihan menghantar anak ke taska yang berdaftar dengan JKM. Kita ada program Jom Daftar yang membuka kaunter maklumat, pameran dan dalam program-program yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi kerajaan yang lain. Itu yang juga kita hendak memastikan satu isu ini ditangani dengan menyeluruh, satu jawatankuasa khas akan diwujudkan untuk mewujudkan piawaian kompetensi untuk diguna pakai oleh pengasuh kanak-kanak ini yang merangkumi aspek keselamatan, latihan, kemahiran asas yang diperlukan oleh seorang pengasuh. Kedua, pengawal selia keperluan untuk mewajibkan pengasuh kanak-kanak mendaftar dengan JKM. Ketiga, bekerjasama dengan agensi perundangan untuk memastikan dan mewujudkan bukti pendakwaan bagi prosiding mahkamah yang DR.24.7.2018 3 melibatkan kes kesalahan pengasuh kanak-kanak. Keempat, mengkaji kos yang terlibat dalam pengurusan pengasuhan kanak-kanak. Kementerian amat memahami akan keperluan untuk menyediakan taska yang selamat dan berkualiti. Ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah kepada isu-isu keselamatan kanak-kanak bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka sentiasa terpelihara. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Saya ingin tahu, apakah kerajaan akan memperkenalkan SOP emergency response sebagai satu mandatori kepada semua jenis pusat asuhan untuk memastikan keselamatan, begitu juga tentang keperluan CCTV. Apakah kekerapan ataupun mekanisme pemantauan kepada semua pusat asuhan termasuk juga pusat asuhan persendirian? Bagaimana menangani kos yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh pihak pusat asuhan kepada pelanggannya? Minta penjelasan. ■1010 Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Memanglah kita tahu ada kekangan-kekangan dan bagaimana yang Yang Berhormat katakan pemantauan ini, kita jawab pemantauan. Kita ada 4,293 taska yang diperakui, perakuan taska JKM yang mendaftar sehingga bulan Jun tahun ini. Untuk memantau dan menjadikan bagaimana mereka boleh dipantau itu menggunakan sedikit kekangan kerana jabatan kami tidak mempunyai pegawai- pegawai yang menyeluruh untuk mengatasi dan memantau mereka dengan secara terperinci. Apa yang disyorkan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang tentang CCTV, itu memang diambil kira dan saya telah mengemukakan juga kepada Perdana Menteri. Akan tetapi bagaimana kita hendak berikan satu prasarana di mana pemantauan boleh dilihat juga diberikan satu contoh, kemungkinan ibu bapa juga menyediakan Apps apabila boleh memantau anaknya daripada jauh. Selain itu, apa yang Yang Berhormat katakan tentang memberi satu kit, kita juga ada mempunyai yang diberi oleh kementerian yang dikatakan tadi 42 agensi tadi itu memberikan latihan, seminar dan semuanya. Kita hendak menggalakkan semua taska ini berdaftar. Satunya, mereka kurang mendaftar kerana mereka rasakan ini memberikan kekangan dan memberikan mereka pemantauan yang menyusahkan dan menyulitkan kerja-kerja mereka. Selain itu ada juga perasaan bahawa kalau kita bagi kepada makcik ataupun keluarga mahupun saudara kita, tidak memikirkan itu sebagai taska tetapi DR.24.7.2018 4 hanya bagi kepada keluarga. Jadi mereka tidak notify. Mereka tidak daftar dengan pihak JKM. Selain itu, ada kita memikirkan juga Apps apabila ada berlaku sesuatu emergency, kecemasan, ada tempatnya untuk mendapatkan pertolongan. Mana hendak cari dan mendapatkan pertolongan ini terutamanya kalau ada emergency, accident atau apa- apa. Satu lagi juga untuk mendapatkan satu kit. Apabila mendaftar dengan JKM, JKM telah menyediakan kit untuk diberikan kepada taska-taska ini. Terima kasih. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Soalan saya ialah, kadangkala berlaku ada anggota masyarakat yang mengesyaki berlaku penderaan ataupun berlaku di taska itu perkara-perkara yang tidak diingini. Bukan di taska sahaja tetapi kadang- kadang anggota keluarga yang mengambil tanggungjawab memelihara anak itu. Bolehkah ataupun adakah hotline untuk anggota masyarakat yang terasa ada masalah itu untuk memanggil hotline tadi dan menyampaikan maklumat. Terima kasih. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Saya kira, terima kasih kerana– kalau ada pemantauan begitu oleh ahli keluarga yang lain ataupun jiran-jiran, memang kita mempunyai dengan polis juga kita mempunyai talian untuk mendapatkan maklumat supaya kalau ada apa-apa yang tidak dingini atau kita suspek, kita rasa bahawa ada yang tidak kena dengan taska itu, boleh dilaporkan kepada mereka. JKM juga ada branches kita di negeri-negeri yang boleh dihubungi untuk memberikan apa-apa maklumat demi keselamatan kanak-kanak yang dijaga oleh taska-taska ini. Seperti mana yang saya katakan, kita hendakkan JKM memantau tetapi kadangkala tidak dinotifikasikan kepada jabatan. Jabatan dan mereka terutamanya yang terlepas jaringan, yang menjaga budak-budak atau kanak-kanak kurang daripada empat orang dan kurang daripada empat tahun. Ini tidak termasuk dalam jaringan, mesti akta yang kita cover. Jadi kalau ini berlaku, hendakkan taska terutamanya yang di rumah ini mendaftar supaya mendapat pemantauan. Kita bergantung kepada kalau ada apa-apa laporan daripada siapa-siapa, kita mengalu-alukan untuk kita memberikan pemantauan yang lebih baik. Ini adalah talian yang diberikan, adalah 15999 yang dipanggil Talian Kasih. Terima kasih. 2. Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan usaha yang