EDISI APRIL – JUN 2015 RENCAH MUT ARA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG RENCAH MUT ARA Laman Web Jabatan : http://jps.penang.gov.my/ Emel:
[email protected] Facebook:
[email protected] BAHAGIAN KORPORAT UCAPAN TAHNIAH KEPADA KETUA PENGARAH BARU JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA. YBhg. Dato’ Ir. Zainor Rahim Bin Ibrahim Seluruh warga JPS Pulau Pinang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Ir. Zainor Rahim Bin Ibrahim, yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah JPS Malaysia berkuatkuasa pada 23 Mac 2015, bagi menggantikan mantan Ketua Pengarah YBhg Dato’ Sri Hj Ahmad Husaini bin Sulaiman. Dengan ini, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan semoga JPS akan terus maju di bawah kepimpinan YBhg Dato'. TAHNIAH... MPPP DIISYTIHAR MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG Dato’ Patahiyah Binti Ismail Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas mengumumkan... "Bahawasanya setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mengisytihar, menubuh dan memerintahkan MPPP, hendaklah mulai 1 Jan 2015 menjadi sebuah bandar raya, yang bernama MBPP dan bukan lagi MPPP dengan mempunyai hak tertentu sebagai sebuah bandar raya," kata Abdul Rahman. -Sumber The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015. Sehubungan itu, seluruh warga JPS Pulau Pinang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato’ Patahiyah Ismail sebagai Datuk Bandar Pulau Pinang. Perlantikan ini juga dipandang sebagai satu kebanggaan bagi kaum wanita memandangkan beliau adalah wanita pertama dilantik memegang jawatan itu. RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT TAKLIMAT PROFILING EDISI KE-2 PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PULAU PINANG PULAU PINANG- Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Taklimat Profiling bagi Pegawai dan Kakitangan buat kali kedua pada 18 Mei 2015 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang, KOMTAR dimana pada kali pertama telah pun diadakan pada 25 Mac 2015 (Rabu).