Jurnal Maw‟izah Jilid 3 2020 : 1-16 eISSN: 2636-9354 MALAIKAT DAN ANGELS: ANALISIS PERBANDINGAN CIRI-CIRI DARI PERSPEKTIF AL-QURAN DAN BIBLE Adam Badhrulhisham
[email protected] Fakulti Keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka Khadijah Mohd Khambali@Hambali Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Abstrak Antara dakwaan sarjana Kristian ialah agama Islam meniru konsep-konsep yang wujud dalam agama Kristian dengan alasan wujud banyak persamaan antara Islam dan Kristian dan Islam adalah agama terakhir dalam kelompok agama Samawi. Justeru kertas kerja ini menganalisis perbandingan konsep malaikat yang wujud dalam sumber primer agama Kristian dengan Islam iaitu Bible dan al-Quran khususnya berkenaan ciri-ciri, sekaligus meneliti sejauh mana dakwaan sarjana Kristian berhubung isu ini. Kaedah analisis dokumen digunapakai dalam kajian yang berbentuk kualitatif ini. Hasil kajian mendapati walaupun wujud persamaan dalam kedua-dua agama ini, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menyokong dakwaan mereka kerana beberapa faktor; antaranya kewujudan perbezaan yang nyata dalam ciri-ciri malaikat dan faktor hubungan unik yang dimiliki antara agama Islam dan Kristian. Persamaan dan perbezaan ciri ini juga boleh diketengahkan sebagai medium dakwah terhadap penganut ajaran Kristian. Kata kunci: Malaikat, Angels, Islam, Kristian, Agama Samawi MALAIKAT AND ANGELS: COMPARATIVE ANALYSIS ON ATTRIBUTES FROM THE PERSPECTIVE OF AL-QURAN AND THE BIBLE Abstract Among the claims of Christian scholars is that Islam imitates Christianity with the reason that there are many similarities between Islam and Christianity and Islam is the last religion in Samawi's religious group. Hence this paper analyzes the comparison of angelic concepts that exist in the primary sources of Christianity with Islam, namely the Bible and the Qur'an, in particular on the attributes to examine the extent of the claims of Christian scholars on this issue.