Filem Dokumentari Jejak Rasul Pencetus Inkuiri Masyarakat Malaysia Dalam Memahami Sejarah Islam

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Filem Dokumentari Jejak Rasul Pencetus Inkuiri Masyarakat Malaysia Dalam Memahami Sejarah Islam JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) Filem Dokumentari Jejak Rasul Pencetus Inkuiri Masyarakat Malaysia Dalam Memahami Sejarah Islam Norzaliza Ghazali1, Azman Md Zain, Mohd Nizho Abdul Rahman ABSTRAK Filem sebagai penghubung sesama manusia merupakan salah satu medium yang penting dalam penyampaian maklumat. Filem memaparkan seni dan nilai estetika yang dapat memartabatkan bangsa yang menciptanya. Selain mencipta imej yang bergerak di atas skrin atau layar perak, pembikinan filem juga bergantung kepada teori penggambaran, falsafah persembahan dan cita rasa penonton. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini dilakukan ialah untuk mengenalpasti mesej-mesej dakwah dalam filem dokumentari Jejak Rasul. Terdapat pelbagai genre filem antaranya ialah filem dokumentari. Filem dokumentari mempunyai unsur pembujukan secara jujur, isi kandungan yang objektif dan mempunyai teknik sinematik yang bersifat kandid, tetapi mampu mendapatkan sokongan penonton terhadap perubahan politik, sosial dan ekonomi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan kaedah yang digunakan ialah kaedah analisis terhadap korpus terpilih iaitu filem dokumentari Jejak Rasul. Pemilihan visual oleh penerbit yang merepresentasikan faktor sosial, teknologi dan pengaruh budaya telah mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna oleh penonton, seterusnya menjadikan filem dokumentari ini sebagai medium yang mampu mencetus inkuiri masyarakat Malaysia terhadap nilai pensejarahan Islam dan perjuangan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Hasilnya teknik naratif dan penerbitan yang digunakan dalam filem dokumentari ini telah berjaya membawa mesej yang ingin disampaikan iaitu sebagai wahana pembangunan dengan melihat Islam sebagai unsur pembangunan potensi insan bagi merealisasikan fungsi insan sebagai hamba Allah s.w.t dan khalifah-Nya di bumi ini. Kata kunci: Filem, dokumentari, inkuiri, sejarah, Islam Pendahuluan Pengkarya seni percaya bahawa seni dapat mentransformasikan kehidupan. Manusia pada hari ini menggunakan pelbagai karya seni sebagai sumber inspirasi untuk mencari erti sebuah kehidupan. Manakala fiksyen dalam karya seni memberi makna pada sebuah kehidupan sebenar. Mengikut falsafah Islam, Allah swt adalah Maha Berkuasa, Maha Esa dan Maha Indah. Segala seni perlu dikaitkan dengan kebaikan dan ketinggian akhlak. Seni dalam Islam dijadikan sebagai pemangkin untuk ketakwaan. Filem sebagai karya seni, merupakan salah satu medium yang penting dalam penyampaian maklumat. Malah lebih dari itu, filem berperanan sebagai agen mendidik, memujuk dan menghiburkan. Peranan ini merupakan komponen penting yang boleh memberi kesan mendalam kepada jiwa manusia yang 1 Pusat Pengajian Bahasa, Falsafah dan Tamadun, Universiti Utara Malaysia, [email protected] 110 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) dahagakan keperluan rohaniah tersebut. Malah sebenarnya, peranan filem lebih besar dan hebat daripada itu, kerana filem juga merupakan salah satu medium dakwah dan pembentukan akhlak dan pemikiran masyarakat. Filem memaparkan seni dan nilai estetika yang dapat memartabatkan bangsa yang menciptanya. Terdapat pelbagai genre filem dan antaranya ialah filem dokumentari. Filem dokumentari dikenali sebagai filem bukan cereka. Filem dokumentari adalah satu kaedah penceritaan dan pelaporan realiti kewujudan alam, kehidupan, dan manusia dan sebarang unsur yang berkaitan dengannya ke dalam bentuk audio visual. Genevieve & Andrew (2006) dan Meor Zailan (1985), menyatakan bahawa dokumentari merujuk kepada mereka yang mampu memahami dan menggabungkan kesinambungan pilihan plot untuk membentuk satu jalan cerita. Terdapat dua jenis filem dokumentari yang diterbitkan untuk penayangan kepada penonton iaitu yang bersifat khusus dan umum. Filem dokumentari yang khusus merujuk kepada filem atau video dokumentari yang direka bentuk dan diterbitkan secara khusus dan sistematik berdasarkan pendekatan-pendekatan tertentu dan seterusnya digunakan secara sistematik mengikut kaedah tertentu bagi mencapai keberkesanan objektif yang diharapkan (Galbraith, 1990). Manakala filem dokumentari yang umum pula merupakan sahaja bentuk video atau filem dokumentari yang mengandungi unsur-unsur yang dapat diguna dan dieksploitasikan secara sistematik untuk mencapai objektif penerbitannya (Galbraith, 1990). Galbraith (1990) dan Bernard (2007) juga mengklasifikasikan filem dokumentari sebagai salah satu media komunikasi berkesan yang boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat penyampaian informasi yang diingini. Dokumentari adalah berasal dari kata dasar ‘document’ yang memberi makna ‘to document reality’. Dokumentari merujuk kepada rakaman bersifat non-fiksi yang berperanan dalam memaparkan realiti kehidupan melalui rakaman kamera bagi membolehkan ia ditonton, difahami dan dinikmati merentas masa dan ruang. Dokumentari dianggap sebagai asas dalam penceritaan visual. Sejarah dokumentari dunia bermula apabila terma dokumentari digunapakai dalam ulasan filem berjudul Moana arahan Robert Flaherty pada tahun 1926, meskipun ketepatan terma tersebut pernah dipertikaikan beberapa tahun kemudian. Di Malaysia, sejarah dokumentari bermula pada awal abad ke-20, apabila rakaman video bergerak (motion picture) digunakan sebagai medium propaganda pihak penjajah ketika itu. Penubuhan Malaysian Film 111 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) Unit (MFU) pada tahun 1946 oleh pihak kerajaan ketika itu menjadi titik penting dalam sejarah dokumentari di Malaysia. Pada awal kemunculan dokumentari, penerbitan yang dihasilkan adalah bersifat langsung yang mana menekankan terhadap aspek rakaman realiti. Kamera hanya bertindak sebagai perakam dan merakam situasi sebenar yang kemudiannya ditambahbaik dengan kewujudan audio sebagai narrator di dalam penceritaan. Usaha ini adalah bagi mempertingkatkan kefahaman penonton di samping memberikan nilai tarikan terhadap visual yang dipaparkan. Dari masa ke semasa, revolusi dalam ketamadunan manusia turut merubah corak penontonan filem termasuklah filem dokumentari di seluruh dunia. Penonton global yang menjadi semakin bijak menyebabkan para pembikin filem dokumentari sentiasa mencari pendekatan baru dalam bercerita melalui visual. Kemunculan syarikat dan saluran televisyen khusus bagi dokumentari seperti National Geography turut memberikan dimensi baru dalam pembikinan dokumentari apabila mencipta formula tersendiri dalam penceritaan dokumentari dengan menggunakan pendekatan real life entertainment. Melalui pendekatan ini, National Geography menggunakan elemen story driven dengan aplikasi watak (character) dalam menggerakkan cerita realiti (factual narrative). Ini semua membantu dalam mempelbagaikan dokumentari dalam pasaran sekaligus memastikan minat penonton terhadap filem dokumentari tetap kekal. Filem dokumentari adalah sebuah karya seni, maka pembikinannya mesti ada sentuhan seni. Filem dokumentari adalah gabungan di antara isi dengan bentuk. Isi sebuah filem dokumentari ialah seting, watak dan idea yang terkandung di dalamnya. Bentuk adalah pemilihan dan susunan scene dalam filem dokumentari. Selain itu, sudut estetika dan retorika juga penting untuk memastikan sesebuah filem dokumentari itu berkualiti. Sudut estetika adalah kepelbagaian, keseimbangan dan kesatuan unsur. Manakala sudut retorika dinilai dari struktur penceritaan dan ragam bahasa yang digunakan untuk menyampaikan tema, ajaran dan mesej (Ubaidullah Mustaffa, 2008). Filem dokumentari perlu digarap dengan kawalan yang signifikan melalui kebijaksanaan yang signifikan. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kelangsungan yang signifikan pada struktur dan substruktur, atau plot dengan subplot yang dibina dari peringkat 112 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) awal sehingga akhir. Kawalan yang signifikan mampu membangunkan unsur-unsur filem dengan mencipta imbangan yang kental. Mengikut Jerry. W. Leach (dalam Raja Ahmad Alauddin, 2004), secara kasarnya pembikinan filem dokumentari mempunyai garis panduannya tersendiri iaitu; 1. Cuba bekerjasama dengan subjek filem 2. Elakkan krew yang banyak atau krew asing 3. Berusaha untuk peruntukan masa yang lama/tidak hanya beberapa minggu 4. Menyesuaikan subjek dengan kamera 5. Guna pendekatan turut serta, misalnya hand held bergerak sewaktu mengendalikan kamera 6. Biarkan informan bercakap tentang dirinya dalam filem 7. Elakkan cara persembahan, melakunkan semula atau mengarah sebanyak mungkin, tapi sekiranya tidak dapat dielak, kenalpasti bahan yang ingin difilemkan 8. Guna bunyi yang selaras 9. Elakkan penggunaan muzik yang bukan muzik asli 10. Jangan anggap filem seperti bentuk ceramah, elak memberi komentar yang panjang 11. Kemahiran seni dan keunggulan teknikal datang kemudian yang penting penyampaian perkara subjek dengan baik 12. Membenarkan pergerakan kamera dan pembikin filem dalam filem Garis panduan ini merupakan strategi estetika yang dipersetujui meliputi semua tahap pembikinan filem dari pra penerbitan sehingga ke tahap penerbitan susulan. Filem dokumentari Islam seperti Jejak Rasul ini yang merepresentasikan faktor sosial, teknologi dan pengaruh budaya telah mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna oleh penonton, seterusnya menjadikan filem dokumentari ini sebagai medium yang mampu mencetus inkuiri masyarakat Malaysia terhadap nilai pensejarahan Islam dan perjuangan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti elemen-elemen penting yang diperlukan bagi menghasilkan sebuah dokumentari televisyen yang baik. Selain
Recommended publications
  • 1 Teknik Penjualan Produk Umrah Melalui Pemanfaatan
    TEKNIK PENJUALAN PRODUK UMRAH MELALUI PEMANFAATAN MEDIA SOSIAL PADA PT RAFA LINTAS CAKRAWALA TOUR DAN TRAVEL TANGERANG SKRIPSI Diajukan Untuk Memenuhi Syarat Mencapai Gelar Sarjana Sosial (S. Sos) Oleh : FAWWAZ RAIHAN NIM 1114053000028 KONSENTRASI MANAJEMEN HAJI DAN UMRAH PROGRAM STUDI MANAJEMEN DAKWAH FAKULTAS DAKWAH DAN ILMU KOMUNIKASI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SYARIF HIDAYATULLAH JAKARTA 1441 H/ 2019 M 1 2 TEKNIK PENJUALAN PRODUK UMRAH MELALUI PEMANFAATAN MEDIA SOSIAL PADA PT RAFA LINTAS CAKRAWALA TOUR DAN TRAVEL TANGERANG Skripsi Diajukan untuk Memenuhi Persyaratan Memperoleh Gelar Sarjana Sosial (S.Sos) Oleh Fawwaz Raihan NIM. 11140530000028 Pembimbing Dr. H. Ahmadih Rojali Jawab, MA NIP. 198105226 201411 1 002 KONSENTRASI MANAJEMEN HAJI DAN UMRAH PROGRAM STUDI MANAJEMEN DAKWAH FAKULTAS DAKWAH DAN ILMU KOMUNIKASI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SYARIF HIDAYATULLAH JAKARTA 1441 H/ 2019 3 LEMBAR PERNYATAAN KEASLIAN KARYA Yang bertanda tangan di bawah ini ; Nama : Fawwaz Raihan NIM : 11140530000028 Dengan ini menyatakan bahwa skripsi yang berjudul “TEKNIK PENJUALAN PRODUK UMRAH MELALUI PEMANFAATAN MEDIA SOSIAL PADA PT RAFA LINTAS CAKRAWALA TOUR DAN TRAVEL TANGERANG” adalah benar merupakan karya saya sendiri dan tidak melakukan tindakan plagiat dalam penyusunannya. Adapun kutipan yang ada dalam penyusunan karya ini telah saya cantumkan sumber kutipannya dalam skripsi. Saya bersedia malakukan proses yang semestinya sesuai dengan peraturan perundangan yang berlaku jika temyata skripsi ini sebagian atau keseluruhan merupakan plagiat dari karya orang lain. Demikian pernyataan ini dibuat untuk dipergunakan seperlunya. 4 ABSTRAK Fawwaz Raihan, 11140530000028, Program Studi Manajemen Dakwah, Fakultas Ilmu Dakwah dan Ilmu Komunikasi, Teknik Penjualan Produk Umrah Melalui Pemanfaatan Media Sosial Pada PT. Rafa Lintas Cakrawala Tour Dan Travel Tangerang, Atas bimbingan Dr.
    [Show full text]
  • SOUTHCOM), Joint Task Force Guantanamo, (JTF-GTMO) GTMO Inmate Library Catalogue of Videos/Films/Books/Magazines, 2017
    Description of document: U.S. Southern Command (SOUTHCOM), Joint Task Force Guantanamo, (JTF-GTMO) GTMO inmate library catalogue of videos/films/books/magazines, 2017 Requested date: 25-July-2015 Released date: 11-July-2017 Posted date: 14-August-2017 Source of document: FOIA Request U.S. Southern Command Attn: SCSJA-FOIA 9301 NW 33rd St. Doral, FL 3317-1202 Fax: (305) 437-1320 Email: [email protected] The governmentattic.org web site (“the site”) is noncommercial and free to the public. The site and materials made available on the site, such as this file, are for reference only. The governmentattic.org web site and its principals have made every effort to make this information as complete and as accurate as possible, however, there may be mistakes and omissions, both typographical and in content. The governmentattic.org web site and its principals shall have neither liability nor responsibility to any person or entity with respect to any loss or damage caused, or alleged to have been caused, directly or indirectly, by the information provided on the governmentattic.org web site or in this file. The public records published on the site were obtained from government agencies using proper legal channels. Each document is identified as to the source. Any concerns about the contents of the site should be directed to the agency originating the document in question. GovernmentAttic.org is not responsible for the contents of documents published on the website. DEPARTMENT OF DEFENSE UNITED STATES SOUTHERN COMMAND 9301 NW 33rd STREET DORAL, FL 33172 REPLY TO ATIENTION OF July 11 , 2017 Office of the Staff Judge Advocate, Ref: SC 15-092-S Office of Freedom of Information Act This is our Agency's final response to your electronic Freedom of Information Act (FOIA) request dated July 25, 2015.
    [Show full text]
  • Sejarah Dan Budaya Syiah Di Asia Tenggara
    SEJARAH & BUDAYA SYIAH DI ASIA TENGGARA Penyunting Dicky Sofjan, Ph.D. Sejarah & Budaya Syiah di Asia Tenggara @ Katalog Dalam Terbitan (KDT) Penyunting Dicky Sofjan --cet. 1 -- Yogyakarta: Penerbit Sekolah Pascasarjana Universitas Gadjah Mada, 2013 hlm. xxviii + 330 ISBN 978-979-25-0118-6 1. Sejarah & Budaya Syiah di Asia Tenggara Judul 2. Kumpulan Essai Cetakan Pertama, Juli 2013 Penyunting Ahli: Dicky Sofjan Penyunting Bahasa: Elis Zuliati Anis Desain Cover: Joko Supriyanto Pradiastuti Purwitorosari Tata Letak : Pradiastuti Purwitorosari Foto Cover: Julispong Chularatana Keterangan Gambar Cover: Upacara Maharam pada hari peringatan Asyura di Bangkok, Thailand. Kuda Imam Husein yang bernama “Dzuljanah” membawa keranda matinya yang telah dihiasi sebagai bentuk peringatan terhadap tragedi pembantaian terhadap Imam Husein, keluarga, dan pengikutnya di Karbala. Penerbit: Sekolah Pascasarjana Universitas Gadjah Mada Jl. Teknika Utara, Pogung Sleman, Yogyakarta Anggota IKAPI No: 077/DIY/2012 Hak Cipta @ 2013 pada Penerbit Dicetak oleh: Percetakan Lintang Pustaka Utama (0274-624801) Isi di luar tanggung jawab percetakan SANKSI PELANGGARAN PASAL 72: UNDANG-UNDANG NOMOR 19 TAHUN 2002 TENTANG HAK CIPTA 1. Barangsiapa dengan sengaja dan tanpa hak melakukan perbuatan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 2 ayat (1) atau Pasal 49 ayat (1) dan ayat (2) dipidana penjara masing-masing paling singkat 1 (satu) bulan dan/atau denda paling sedikit Rp. 1.000.000,00 (satu juta rupiah), atau pidana penjara paling lama 7 (tutjuh) tahun dan/ atau denda paling banyak Rp. 5.000.000.000,00 (lima milyar rupiah). 2. Barangsiapa dengan sengaja menyiarkan, memamerkan, mengedarkan, atau, menjual kepada umum suatu Ciptaan atau barang hasil pelanggaran Hak Cipta atau Hak Terkait sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dipidana dengan pidana penjara paling lama 5 (lima) tahun dan/atau denda paling banyak Rp.
    [Show full text]
  • WISATA HALAL JEJAK RASUL HALAL TRAVELING Bersama PT. Indo Citra Tamasya Di PT. Indo Citra Tamasya Cabang Bandung
    WISATA HALAL JEJAK RASUL HALAL TRAVELING Bersama PT. Indo Citra Tamasya Di PT. Indo Citra Tamasya Cabang Bandung Alamat : Ruko Istana Pasteur Regency CR-B 67 (Samping Gerbang Tol Pasteur) Bandung 40175 Telp. (022) 2057 9245 Mekanisme Pendaftaran 1. DP Booking Transfer Rp. 3.000.000,- Ke Rekening PT. Indo Citra Tamasya Jakarta No. Rek. 3010192513 Bank Muamalat Cab. Muamalat Tower Setelah DP Booking akan mendapatkan : - Invoice jadwal berangkat - Goodybag new normal 2. Pembayaran ke dua dan pelunasan maksimal 45 H sebelum jadwal penerbangan. DAY 1 Meeting point di Soekarno-Hatta international airport. >> 3 jam sebelum keberangkatan utk Pemeriksaan dokumen, protocol kesehatan, dan check in bagasi. Menuju Egypt, Cairo Intl airport. Transit di negara sesuai maskapai yg digunakan. Etihad di Abudhabi Qatar di Doha Oman Air di Muscat Total lama perjalanan udara 13-14 Jam Landing Mesir, sudah disambut Asst. Tour Guide (sebelum imigrasi) >> dia akan menempelkan visa (visa group dipegang oleh Tour Leader) & membantu proses di imigrasi. Keluar dari imigrasi, porter & bus sudah standby. Peserta langsung naik ke bus menuju hotel. Bagi peserta yang mau naik ke Gunung Sinai untuk napak tilas pertemuan Nabi Musa AS dengan Allah SWT sperti tertulis dalam Al-Quran surat Al-A’raaf ayat 143, dan diturunkannya Taurat, bisa bersiap tidur lebih awal karena perjalanan dilakukan jam 1 pagi. Kami harap bapak ibu menginfokan pada peserta agar mengerti kondisi fisik masing-masing, dan jika tidak memungkinkan kami sarankan untuk tidak ikut mendaki. DAY 02 Sebelum keliling Mesir, kita sarapan pagi dulu di hotel. Kita akan berangkat jam 9 pagi waktu setempat. Selama di Mesir, akan ada polisi bersenjata yg menemani kita di dalam bus.
    [Show full text]
  • S 2021 Tv9 Aidilfitri Senang Terhibur Schedule
    2021 TV9 AIDILFITRI SENANG TERHIBUR SCHEDULE (12 May - 18 May 2021) as at 16 April 2021 R HRS MONDAY TUESDAY WEDNESDAY THURSDAY FRIDAY SATURDAY SUNDAY HRS Programme TX Live : Note : 1. Buletin 130 & Berita TV9 2. Wow Shop (some slot only) 3. Tanyalah Ustaz (2021) 4. Solat Dari Masjidil Haram NEGARAKU 0600 Takbir Raya (5mins) 0600 KAPSUL SURAH X3 KAPSUL SURAH X3 KAPSUL SURAH X3 Takbir Raya (5mins) 0630 0630 TANYALAH USTAZ (2021) (LIVE) X3 0755 BERITA TERKINI (5mins) 0755 0800 0800 TANYALAH USTAZ (2021) (LIVE) X3 0830 0830 WOW SHOP (LIVE) X3 0930 0930 WOW SHOP (LIVE) X3 1030 1030 WOW SHOP X3 1130 BERITA TERKINI (2mins) 1130 1132 1132 WOW SHOP X3 1230 1230 WOW SHOP X3 1330 1330 BULETIN 130 (2021) X5.5 POSITIF 2015 X3 BULETIN 130 (2021) X5.5 1400 1400 WOW SHOP (DELAYED / REPEAT) X3 1500 1500 WOW SHOP (DELAYED REPEAT) X3 1600 BERITA TERKINI (2mins) 1600 1602 AL KULIYYAH 2009 AL KULIYYAH 2012 AL KULIYYAH 2010 AL KULIYYAH 2014 AL KULIYYAH AL KULIYYAH 2013 1602 AL KULIYYAH AIDILFITRI 2011 (Ep.39) Raya Bertaqwa (Ep.33) Solat Aidilfitri (Ep.37) 1 Syawal (Ep.35) Raya : Putus Asa (Ep.32) Maaf Dulu Maaf Sekarang X3 X3 X3 X3 X3 X3 X3 1700 Waktu Berbuka Puasa (5mins) 1700 1705 1705 WOW SHOP X3 1800 1800 WOW SHOP X3 TADARUS AL - QURAN WOW SHOP X3 X11.5 1900 BOBOIBOY (SS.3) BOBOIBOY (SS.3) 1900 X10 X10 1930 WOW SHOP X3 BIJAK BENAR 1930 JOM GELAK X11.5 (DELAYED REPEAT) JOM GELAK X11.5 X10.5 RAMADAN & HAMDAN RAMADAN & HAMDAN SENANG TERHIBUR 1945 X10.5 1955 OBTV (LIVE) X10.5 1955 2000 2000 BERITA TV9 2021 (L) X10.5 2030 2030 PM Speech (10mins) @9.00pm /
    [Show full text]
  • The All-In-One Media Powerhouse
    THE ALL-IN-ONE MEDIA POWERHOUSE annual report 2011 THE ALL-IN-ONE MEDIA POWERHOUSE Media Prima Berhad, Malaysia’s foremost media powerhouse and the only media group in Southeast-Asia to offer an integrated and comprehensive media solution con- tinues to grow from strength to strength. In 2011, we embarked on a group inte- gration programme to consolidate our TV networks and print operations; ex- pand our radio, outdoor and online op- erations; as well as enhance the synergies and cross-promotions within the Group’s stable of media assets. As a result, Group synergies and business performance were elevated, operational efWciencies were enhanced, and solid developmental and game-changing measures were brought into play. Today, a new and improved Media Prima continues to empower stakeholders and remains the media provider of choice through meeting entertainment and informational needs in a truly integrated and interactive manner. Media Prima operates four free-to-air (FTA) television channels - TV3, ntv7, 8TV and TV9. The four stations collectively command 47% of the nationwide viewership Wgures. Source: Nielsen Audience Measurement The Group owns The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), one of Malaysia’s largest publishing groups with newspaper titles such as New Straits Times, Berita Harian and Harian Metro. The latter is Malaysia’s No.1 Bahasa Malaysia newspaper and newspaper portal. Source: ABC Malaysia The Group’s New Media outWt continues to make Media Prima's Outdoor media strong inroads as it platform comprising brands such leverages on its online as Big Tree Outdoor, Gotcha, and mobile platforms, UPD, The Right Channel and including Malaysia's No.
    [Show full text]
  • Asian Social Science, ISSN 1911-2017, Vol. 4, No. 2, November 2008
    Asian Social Science November, 2008 Contents Political Islam and Democratic Change in Indonesia 3 Paul J. Carnegie Negotiating Chinese Identity in the Internet Age 8 Ritendra Tamang The Modern Significance of Confucianism 13 Yuanxia Zhou Personality and Second Language Learning 17 Alastair Sharp Evading Tactics of Psychological Contract Violations 26 Huiyuan Mao, Xin Liu & Hua Ge Exchange Rates and Export Growth in Asian Economies 30 Saadiah Mohamad, Hj. Kamaruzaman Jusoff Thirty Years’ Financial Support for Chinese Industry Reform of National Defense Science 37 Zhaozhen Fan Theoretical Consideration on Designing the Index System for Evaluation on Good and Fast 41 Development of Jiangsu’s Economy and Society Wenjun Chen, Yi Yang, Yu zhang, Shouyang Xu & Yehua Yue Sanitising and Satanising Malaysia’s Cityscapes: Cultural Power from Malay Decolonialism to Islamic 44 Occidentalism and beyond Kim-Hui Lim, Wai-Mun Har Difficulties in Pressing Forward Advance Pricing Agreement (APA) in China 53 Xinkui Fan Dialectal Movies and Heterogeneity of Contemporary Culture 59 Shen Jiang On the Construction of “Sunny Finance” Frame in China 64 Xiaohui Xu, Guangyu Wang Forecasting Movement of Stock Index – Use of Spread between E/P Ratio and Interest Rate 68 Sathya Swaroop Debasish, Bhagaban Das The Development Status and Problems of Current Digital Artistic Design 79 Yitao Zhou Thoughts on Management Reform in China’s State-Owned Enterprises 83 Shengming Hou From Customer Satisfaction to Citizen Satisfaction: Rethinking Local Government Service Delivery
    [Show full text]
  • Inventory of Archives Photograph Collection
    Inventory of Archives Photograph Collection No. Album No. Titles of Events Date/Year 1 1 Discussion with the new Bosnian Ambassador H.E.M.R Ibrahim Bukric03-Mar-94 2 1 Majlis Meeting 35th 18-Aug-94 3 1 Human Resourse Clinic for Kulliyyah of Law 23-Feb-94 4 1 Management Development Programme 13-Jun-97 5 1 Dr. Nik Norzrul Thani meet with some International students 6 1 Briefing session with Rector Abdul Ahmad Abusulayman 5.3.94 7 1 IIUM President YAB Dato' Seri Anwar at 44th Majlis Meeting 10-Jul-97 8 1 Talk by L.M. Khan, Head of Institute of Homeopathy India 30-Jun-95 9 Alumni1 Women Society of Middle East, Republic of Indonesia listening to a briefing 10 1 Kulliyyah Assembely with Rector 11-Apr-97 11 1 Talk by L.M. Khan, Head of Institute of Homeopathy India 2.3.1994 12 1 Kulliyyah Assembely 11.4.1997 13 1 37th IIUM Council Meeting 30-Mar-95 14 1 Rector discussion with staff at KUSZA 27-Oct-97 15 1 Panel Discussion 'University Graduates and the Crisis of the Ummah15-May-97 16 1 Giving explanation from Rector 31-May-97 17 1 Workshop on 'Islamization of Arabic Language & Literature' 24-Nov-95 18 1 Seminar on Islamization of Curricula 01-Sep-95 19 1 Workshop on 'Islamization of Arabic Language & Literature' 06-Jan-96 20 1 Meeting of Inter Varsity Sports Council 23.2.1994 21 1 Officers of Communications Unit meet with kulliyah 21-Mar-96 22 1 Briefing to 36th International Tilawah Al-Quran 11-Jan-95 23 1 Meet the leadears of IIUM students 10-Jan-95 24 1 Presenting the IIU's Finance Division 14-Jan-94 25 1 Discussion between academic staff 26 1 Talk 'Islamic Criminal Law in Malaysia' January 27 1 Discussion with Prof.
    [Show full text]
  • Cultural Power from Malay Decolonialism to Islamic Occidentalism and Beyond
    Vol. 4, No. 11 Asian Social Science Sanitising and Satanising Malaysia’s Cityscapes: Cultural Power from Malay Decolonialism to Islamic Occidentalism and beyond Kim-Hui Lim Institute of Occidental Studies (IKON) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia E-mail: [email protected] Wai-Mun Har Faculty of Accountancy and Management Universiti Tunku Abdul Rahman Bandar Sungai Long, 43000 Selangor, Malaysia E-mail: [email protected] Abstract When difference is seen as conflict, battle for cultural superiority emerged. Agenda of Ketuanan Melayu-Islam (Malay-Islam Supremacy) in Malaysia did not allow pluralism parity or even the existence of it but solitary cultural power. As the cities in Malaysia are the focal point of Western colonial’s capitalism and potpourri of multiculturalism, they resemble the colonisation identities and pluralism, therefore the focus of de-colonisation and “cleansing” un-Islamic elements. The processes of cleansing un-Islamic elements in the city so as to transform colonial Occidental cities to Islamic cities involve sanitisation of Hinduism (and also Chinese) elements and satanisation of Occidental identities. Sanitisation can be categorised into few aspects, namely destroying temples or deities in places of worship, renaming streets or places names, imposing unfair Malay and Islam dominance, and controlling religion freedom. Meanwhile, Western elements are labeled as “Satan”. Specific targeted satanic Western elements ingrained in the city are “money capitalism”, “Western modernity” and “godlessness civilisation”. Keywords: Cultural power, Malaysia, Islamic Occidentalism, Malay decolonialism, Sanitisation, Satanisation 1. Introduction In contemporary globalisation era, physical colonisation may have been history but identity colonisation is a new concern.
    [Show full text]
  • Appendix III
    Appendix III Manuscript II : Demographic Factors Affecting Employment in Pattani and Songkla Provinces of Thailand 96 Asian Social Science November, 2008 Contents Political Islam and Democratic Change in Indonesia 3 Paul J. Carnegie Negotiating Chinese Identity in the Internet Age 8 Ritendra Tamang The Modern Significance of Confucianism 13 Yuanxia Zhou Personality and Second Language Learning 17 Alastair Sharp Evading Tactics of Psychological Contract Violations 26 Huiyuan Mao, Xin Liu & Hua Ge Exchange Rates and Export Growth in Asian Economies 30 Saadiah Mohamad, Hj. Kamaruzaman Jusoff Thirty Years’ Financial Support for Chinese Industry Reform of National Defense Science 37 Zhaozhen Fan Theoretical Consideration on Designing the Index System for Evaluation on Good and Fast 41 Development of Jiangsu’s Economy and Society Wenjun Chen, Yi Yang, Yu zhang, Shouyang Xu & Yehua Yue Sanitising and Satanising Malaysia’s Cityscapes: Cultural Power from Malay Decolonialism to Islamic 44 Occidentalism and beyond Kim-Hui Lim, Wai-Mun Har Difficulties in Pressing Forward Advance Pricing Agreement (APA) in China 53 Xinkui Fan Dialectal Movies and Heterogeneity of Contemporary Culture 59 Shen Jiang On the Construction of “Sunny Finance” Frame in China 64 Xiaohui Xu, Guangyu Wang Forecasting Movement of Stock Index – Use of Spread between E/P Ratio and Interest Rate 68 Sathya Swaroop Debasish, Bhagaban Das The Development Status and Problems of Current Digital Artistic Design 79 Yitao Zhou Thoughts on Management Reform in China’s State-Owned Enterprises 83 Shengming Hou From Customer Satisfaction to Citizen Satisfaction: Rethinking Local Government Service Delivery in 87 Malaysia Hazman Shah Abdullah, Maniam Kalianan Study on College English Teaching Strategy 93 Sixia Gao 1 Vol.
    [Show full text]
  • 8TV and Nippon TV Jointly Produce Japanese Special Edition of Hit Food Show “Ho Chak! in Japan” – Starts Broadcast from November 2017 Onwards
    ・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・NEWS RELEASE・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・・ July 5, 2017 Primeworks Studios Sdn. Bhd Metropolitan TV Sdn Bhd Nippon Television Network Corporation Fun Japan Communications Co., Ltd. 8TV and Nippon TV Jointly Produce Japanese Special Edition of Hit Food Show “Ho Chak! In Japan” – Starts Broadcast From November 2017 Onwards ~ ~ SNS Influencers go on location in all episodes 8TV, Primeworks Studios Sdn. Bhd. (PWS) and Metropolitan TV Sdn. Bhd. (8TV) are proud to introduce “Ho Chak! In Japan”—a special program borne out of their co-development and co-production efforts with Nippon Television Network Corporation (Nippon TV) and Fun Japan Communications Co., Ltd. (FJC). The show, titled “Ho Chak” which means “delicious” in the Hokkien dialect, is set to air on Malaysia free-to-air TV station, 8TV in November 2017. This project was selected by Japan’s Ministry of Internal Affairs and Communications as part of its “Business Development Projects to Promote Overseas Expansion of Broadcasting Content” initiative, which aims to revitalize regional economies. Adhering to that mission, the program will focus on Japanese food and will feature epicurean delights from not only various regions in Japan, but also in Malaysia. “Ho Chak!” debuted on Malaysian airwaves in 2006 and has been receiving high acclaim from the country’s Chinese community for over a decade. Traditionally, Ho Chak! showcases various dishes and even reveals secrets on how to prepare them like a pro. And now, “Ho Chak! In Japan” will present a series with a total of ten episodes. Two-thirds of each episode will be filmed on location in various sites in Japan such as Sapporo, Fukuoka, Beppu, Hiroshima, Okayama, and Osaka.
    [Show full text]
  • Perkembangan Islam Di Brunei
    TASAMUH: JURNAL STUDI ISLAM ISSN 2086-6291 (p); 2461-0542 (e) Volume 10, Nomor 2, September 2018, 407-421. http://ejournal.stain.sorong.ac.id/indeks.php/tasamuh Perkembangan Islam di Brunei Fikria Najtama Institute Agama Islam Nahdhatul Ulama (IAINU) Kebumen [email protected] Abstract: Brunei has existed since at least the 7th or 8th century. In the history mentioned Islam has come to Brunei since the 7th century, which at that time Brunei has become a center of trade. The king of Brunei Malay kingdom since Sultan Muhammad Shah (1383), is a Muslim sultan who leads the kingdom as well as religious leaders, and is responsible for upholding the implemen- tation of religious teachings in the region. This paper will discuss the development of Islam and the dynamics of Malay politics, reli- gion and traditions in Brunei Darussalam to the present, including how Brunei Islam can pass through the British colonial era with unique conditions, even as they respect Britain as the savior of their country. Brunei reached its heyday from the fifteenth to the seventeenth century at the time of the Bolkiah Sultan, who ruled the entire island of Borneo and the Philippine archipelago, before the arrival of European colonial nations. Together with Malaysia, Brunei was colonized by Britain, and since 1888 the Kingdom of Brunei is a British Commonwealth. After Malaysia Merdeka (1957), Brunei declared its independence on January 1, 1984 from Malaysia. Although not a vast country. Brunei is an Islamic state that plays an important role in maintaining Islamic values in society. This is the success of the mosque coaching program and the advancement of religious education as a top priority.
    [Show full text]