Oleh: Jah Murniwaty M embangunan negara yang seimbang bukan sahaja mengambil kira dimensi ekonomi, tetapi juga "Pmentaliti masyarakat yang mendukung pemikiran kelas pertama melalui amalan etika luhur,budaya kerja cemerlang dan adab sopan yang terpuji,” begitulah antara petikan ucapan Y.B. Tan Sri Mohd Isa bin Dato’ Hj.Abd.Samad, Menteri Wilayah Persekutuan ketika melancarkan Kempen Budi Bahasa di Kg.Sungai Labu pada 10 Mac 2005. Kempen Budi Bahasa yang telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri di peringkat nasional bermula awal tahun ini telah dijalankan serentak di seluruh negara termasuklah . Tujuan utama kempen ini dijalankan adalah untuk mendidik dan mendedahkan amalan nilai-nilai murni dan mewujudkan rasa saling hormat-menghormati di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Y.B. Dato’ Zulhasnan Rafique, Ketua Setiausaha KWP Dato’ Dr. Zulkurnain Hj. Awang, Ahli Parlimen Labuan Y.B. Dato’ Hj. Suhaili Abdul Rahman dan ketua- ketua jabatan serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Pada majlis yang sama, sebanyak 1000 batang pokok bunga raya pelbagai jenis ditanam di persekitaran balai raya dan sepanjang jalan raya Kg.Sg Labu bagi menandakan bermulanya kempen menanam bunga raya di setiap kampung peringkat W. P Labuan. Kempen ini juga adalah saranan Perdana Menteri yang ingin menjadikan sebagai sebuah negara taman dengan mengutamakan penanaman pokok bunga raya di seluruh negara. Acara gotong-royong ini telah disertai oleh pemimpin- pemimpin masyarakat, penduduk kampung, anggota kakitangan kerajaan dan swasta dan pelajar-pelajar sekolah. Dianggarkan lebih 10,000 pokok bunga raya mula ditanam secara gotong- royong di seluruh kampung termasuk kawasan pusat Bandar sebagai usaha ke arah menjadikan Labuan sebagai pulau taman Y.B. Menteri menyiram pokok bunga raya yang menarik untuk dikunjungi pelancong. yang baru ditanam

Suasana majlis pelancaran Kempen Budi Bahasa

Latest Newsletter Layout.indd 1 8/27/2005, 4:46 PM ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI Pelancaran Kempen Budi Bahasa 1 PENAUNG Sekalung Tahniah 2 Sambutan Hari Wilayah di KL 3 Tn. Hj. Abidin Bin Arshad Majlis Penyampaian Watikah Pengerusi PL 4 Kursus Motivasi EDITOR Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah 4 Labuan Menang Pertandingan En. Fadzilah Hj Mahmud Lanskap Kebangsaan 2004 5 Pn. Jah Murniwaty Markum W.P Labuan Destinasi Utama 6 Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan En. Mahathir Abdul Hamid Ketua-Ketua Kampung 7 Cik Dyg Faezealina Bt Awg Tajudin Sekitar Kursus di PL 8 Borneo Cup Yachting Challenge 9 Cabaran Laut Antarabangsa Labuan 2005 10&11 AHLI Tinjauan Ke Singapura dan Johor Bahru 12 En. Sazali Timbang Kesedaran Pentingnya Kebersihan Dalam Premis Dan Penyediaan Makanan 13 Pn. Nor Hanani Ibrahim Merpati Metropolitan 14 Pn. Dyg Salmah Abbas Lawatan Ke Pulau Pinang 14 Pn. Maszanah Sazali Menikmati Kelazatan Ketam 15 Cik Rozana Adnan Sambutan Maulidur Rasul 05 16 Sektor Pembuatan Makanan Berasaskan En. Zulkifely Murah Pertanian dan Perikanan 17 Pn. Hjh Simai Jamil Tahukan Anda? 17 Jom Sembang 18 En. HL Hadi Ruangan Kakitangan 19 Sukan Dan Rekreasi 20 2

Latest Newsletter Layout.indd 2 8/27/2005, 4:46 PM SAMBUTAN HARI WILAYAH DI KL Oleh: Fadzilah M

uat julung kalinya Sambutan Hari Wilayah BPersekutuan diadakan di menggabungkan ketiga-tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan . Sambutan yang sederhana tetapi meriah ini dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Y.B. Tan Sri Isa Abd. Samad bertempat di Dataran Merdeka pada awal pagi 1 Februari 2005. Selain Majlis Pelancaran, pelbagai acara sampingan sepanjang minggu sambutan turut diadakan antaranya ialah Pertandingan Bunga Orkid di Taman Orkid, Pertandingan Memancing, pameran dan lain-lain lagi. Kontinjen Labuan semasa menyertai perbarisan di Dataran Merdeka

Wilayah Persekutuan Labuan turut menghantar satu kontinjen perbarisan yang terdiri daripada ketua-ketua kampung bersama beberapa orang pegawai PL. Seramai 22 orang ketua kampung telah menyertai perbarisan ini yang juga sebagai simbol mewakili setiap kampung di Labuan. Selain untuk menyertai perbarisan, pihak PL juga telah mengatur beberapa lawatan ke beberapa lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur antaranya Taman Bunga Raya, Kampung Melayu Kepong Kuala Lumpur dan Kampung Batu 23 Sungai Nibong, Darul Ehsan. Selain menyertai perbarisan, lawatan ini diharap dapat memberi pendedahan kepada ketua kampung dalam merancang pembangunan di kampung masing-masing. Mendengar taklimat di Kampung Batu 23, Sg. Nibong, Kuala Selangor

Pegawai khas DBKL memberi penerangan semasa rombongan melawat Taman Bunga Raya

Lawatan ke Kampung Melayu Kepong, Kuala Lumpur 3

Latest Newsletter Layout.indd 3 8/27/2005, 4:46 PM Oleh: Dayang Faezealina A.T

ekalung tahniah khas buat Y.B. SDato’ Hj. Suhaili Bin Abdul Rahman, Y.B. Menteri Ahli Parlimen Labuan yang telah menyampaikan amanat dilantik semula bagi memegang jawatan Pengerusi PL. Watikah perlantikan tersebut telah disampaikan pada 11 Mac 2005 oleh Y.B. Menteri Wilayah Y.B. Menteri menyampaikan watikah perlantikan Pengerusi PL Persekutuan di Bilik Persidangan Wisma PL dengan disaksikan oleh ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan PL. Y.B. Dato’ telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada tahun 1999 dan telah dilantik sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah untuk sesi April 2003 hingga Mac 2005. Kini beliau sekali lagi diberi kepercayaan untuk menerajui Ahli Lembaga Pengarah PL untuk sesi April Y.B. Dato’ Suhaili 2005 hingga Mac 2007. memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi PL sehingga 2007

Oleh: Fadzilah M

rogram Pembangunan PMinda Insan (PPMI) merupakan salah satu elemen dalam Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilaksanakan bertujuan menghapuskan kemiskinan TKPE (Pembangunan) di negara ini. Pihak kerajaan En. Omar Kaseh berucap semasa melalui Kementerian Lebih 100 orang peserta Majlis Perasmian kursus yang hadir Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah menyalurkan peruntukan serta garis panduan bagi agensi pelaksana untuk menjalankan program ini. Di W.P Labuan, PL melalui Bahagian Pelaburan dan Sosio Ekonomi telah diberi tanggungjawab dalam melaksanakan pelbagai program PPRT seperti yang telah digariskan.

Sehubungan dengan itu, buat julungkalinya satu kursus motivasi yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Ceramah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah telah diadakan pada 25 Mei 2005 bertempat sentiasa menarik perhatian di Hotel Waterfront Labuan. Kursus yang bertajuk “Ke Arah Seorang Usahawan” ini telah disertai seramai 130 orang yang terdiri daripada peserta PPRT, Peniaga-peniaga Kecil selain beberapa orang kakitangan PL. Kursus sehari itu telah memberi banyak manfaat dan semangat kepada peserta untuk menceburkan diri dalam alam perniagaan. 4

Latest Newsletter Layout.indd 4 8/27/2005, 4:46 PM Oleh: Dayang Salmah A

ari Landskap Negara telah dilancarkan Hpada 3 Mac 2005 berlangsung di Taman Bunga Raya, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Pada kesempatan tersebut KPE turut hadir bersama TKPE (Pembangunan) dan juga beberapa orang pegawai dari Unit Landskap, PL ke majlis pelancaran tersebut.

Sambutan yang diadakan ini juga adalah bertujuan untuk menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Landskap Peringkat Kebangsaan 2004. Sebanyak lima belas kategori yang dipertandingkan di seluruh negeri termasuklah KPE menerima hadiah Pertandingan Landskap 2004 daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Y.A.B. Perdana Menteri

Seperti yang diketahui umum, PL adalah sebuah organisasi badan berkanun yang merupakan tulang belakang kepada pembangunan Labuan sekaligus bertanggungjawab untuk mengindahkan Pulau Labuan ke arah menjadi sebuah Pulau Taman Tercantik di rantau ini. Sebagai bukti dan kesungguhan tersebut, PL telah berjaya meraih johan bagi Kategori Jalan Utama / Jalan Protokol. Jalan yang dimaksudkan ialah kawasan di sepanjang Jalan Tun Mustapha, Jalan Kampung Jawa dan Jalan Mohd Salleh. Sememangnya kesuburan dan kesegaran pohon yang menghijau di sepanjang jalan tersebut telah membawa tuah kepada Labuan untuk mendapatkan sijil pengiktirafan dan juga hadiah wang tunai bernilai RM 3000.

Majlis penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Para pegawai PL mengabadikan kenangan pada majlis tersebut

5

Latest Newsletter Layout.indd 5 8/27/2005, 4:46 PM Oleh: Dayang Faezealina A.T

epanjang bulan Februari hingga Mei 2005, PL Stelah menerima kunjungan daripada pelbagai pihak seperti media, jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Tujuan lawatan pihak terbabit ke W.P Labuan amnya dan PL khasnya adalah untuk melihat secara dekat keadaan Labuan selain bertukar-tukar maklumat berkenaan cara Perbadanan menjalankan fungsi pentadbiran

Taklimat sempena lawatan Majlis Daerah Kuala Selangor sebagai PBT dan agensi kerajaan yang utama di W.P Labuan. Antara agensi kerajaan dan PBT yang berkunjung ke Labuan ialah Jabatan Hal Ehwal Khas Kuala Lumpur (JASA), Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Daerah Kuala Selangor. Selain itu, pada 9 Mac 2005 Labuan turut dikunjungi oleh pihak media antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM), NTV7, Berita Harian, Kosmo dan News Strait Times yang datang bersama- sama dengan Y. B. Menteri Wilayah Persekutuan. Sudah menjadi TKPE (Pengurusan) menerima cenderamata kelaziman, setiap pengunjung yang datang ke PL akan diberikan daripada ketua rombongan JASA Kuala Lumpur satu sesi taklimat berkenaan PL dan pembangunan Labuan secara keseluruhan. Sesi taklimat ini turut dimuatkan dengan satu sesi soal jawab untuk memberi peluang kepada pengunjung berdiskusi dengan pihak PL dengan lebih dekat. Ahli rombongan turut dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar W.P Labuan. Labuan juga menjadi satu destinasi pilihan bagi Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhamad Salahuddin Barieng dan Toh Puan. Tun dan Toh Puan bersama rombongan dibawa membeli-belah di sekitar kawasan bandar W.P Labuan selain majlis jamuan makan tengahari bersama KPE dan pegawai- pegawai kanan PL. Setiap lawatan yang diterima oleh pihak PL sentiasa memberi pelbagai kenangan manis dan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Lawatan pihak media ke PL

Lawatan TYT Negeri Sarawak Bergambar kenangan sempena lawatan Majlis Perbandaran Kajang 6

Latest Newsletter Layout.indd 6 8/27/2005, 4:46 PM Oleh: Fadzilah M

idak dinafikan lagi ketua kampung merupakan wakil Tpentadbiran kerajaan yang paling dekat dengan masyarakat terutamanya masyarakat kampung. Fungsinya sebagai penyampai segala dasar kerajaan selain merancang pembangunan kampung dianggap begitu penting dalam usaha merancakkan lagi proses pembangunan di luar bandar. Justeru itu tanpa bantuan dan khidmat mereka maka akan pincanglah struktur pentadbiran sesebuah pihak berkuasa tempatan. NAMA KETUA KAMPUNG KAMPUNG Bagi meneruskan tradisi pentadbiran di peringkat 1 Tn. Hj. Abd. Rahman B. Hj. Lamudin Kg. Sungai Bedaun 2. Tn. Hj. Yunus B. Hj. Kurus Kg. Sungai Bangat kampung ini, satu majlis Penyampaian Watikah Perlantikan 3. Tn. Hj. Kula B. Abd. Ghani Kg. Bukit Kalam Ketua-ketua Kampung di W.P Labuan telah diadakan pada 11 4. Tn. Hj. Badok B. Taha Kg. Mac 2005 bertempat di Bilik Persidangan, Wisma PL. Majlis 5. Tn. Hj. Majid B. Hj. Magal Kg. Layang-layangan 6. Tn. Hj. Alias B. Hj. Mohammad Kg. Sungai Lada yang ringkas pada petang tersebut telah pun dihadiri oleh 7. Tn. Hj. Sulaiman B. Wan Chi Kg. Patau-patau II tetamu kehormat Y.B. Tan Sri Isa B. Abd. Samad, Menteri 8. En. Hamzani B. Hj. Yaacob Kg. Sungai Buton 9. Tn. Hj. Sulaiman B. Mat Said Kg. Bebuluh Wilayah Persekutuan yang juga berkenan untuk menyampaikan 10. En. Ismar B. Hj. Talip Kg. Pantai watikah kepada ketua-ketua kampung. Turut hadir pada majlis 11. En. Abd. Razak B. Abd. Hamid Kg. Batu Arang tersebut ialah Timbalan Menteri Wilayah, Y.B. Dato’ Zulhasnan 12. En. Matali B. Ibrahim Kg. Durian Tunjong 13. Tn. Hj. Mustapha B. Tangkim Kg. Bukit Kuda Rafique, Ketua Setiausaha Kementerian, Dato’ Dr. Zulkurnain 14. En. Bair B. Sidup Kg. Tanjung Aru Hj. Awang, Pengerusi PL, Y.B. Dato’ Hj. Suhaili Abd. Rahman 15. En. Ronnie Tan Beng Hian Kg. Sungai Keling 16. Tn. Hj. Hashim B. Abdullah Kg. Sungai Labu dan pegawai-pegawai kanan kementerian. 17. Tn. Hj. Mohd Tahir B. Hj. Mohammad Kg. 18. En. Awang B. Wohop @ Wahap Kg. Kerupang/Negalang Seramai 27 orang ketua kampung telah menerima watikah 19. En. Rusli B. Hj. Sapar Kg. Rancha-rancha 20. Tn. Hj. Alias B. Hussin Kg. Lubuk Temiang perlantikan termasuk sembilan daripadanya adalah muka 21. En. Hassan B. Hj. Abd. Ghani Kg. Ganggarak baru. Selain itu, terdapat tiga buah kampung yang baru 22. En. Jumahat B. Kadir Kg. Pohon Batu diwujudkan iaitu Kampung Belukut, Kampung Sungai Miri 23. En. Suhili B. Hj. Razali Kg. Gersik/Saguking 24. Tn. Hj. Gutak B. Ag. Besar Kg. Patau-patau I dan Kampung Kilan. Berikut adalah senarai ketua-ketua 25. En. Brahim B. Malan Kg. Kilan kampung yang dilantik : 26. En. Julkifli B. Osman Kg. Sungai Miri 27. En. Saminan B. Ismail Kg. Belukut

Majlis penyampaian Watikah oleh Y.B. Menteri

Ketua-ketua kampung mengabadikan gambar kenangan di hadapan pejabat PL 7

Latest Newsletter Layout.indd 7 8/27/2005, 4:46 PM Oleh: HL Hadi

Satu sesi kursus untuk meningkatkan pengurusan pencen bagi kakitangan PL khususnya dan Jabatan- 1 jabatan Kerajaan lain di W.P Labuan telah diadakan pada 21 hingga 23 Februari 2005. Seramai lebih kurang 30 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan di W.P Labuan. Kursus ini telah dianjurkan oleh PL dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pencen. Sasaran kursus ini selain meningkatkan tahap pengetahuan, para peserta juga akan dapat mengutarakan kes-kes pencen yang rumit serta persoalan yang timbul dari semasa ke semasa. Acara penyampaian sijil kepada para peserta kursus telah disempurnakan oleh Encik Othman Bin Che Jusoh, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, PL.

Suasana sesi kursus Pengurusan Pencen

Pada 15 Februari 2005 yang lalu, 2 satu sesi Taklimat dan Pengurusan Rekod Jabatan telah diadakan oleh PL dengan kerjasama Jabatan Arkib Cawangan Sabah bertempat di Wisma PL. Sesi taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Ketua-ketua Jabatan di Wilayah Persekutuan Labuan Penceramah memberikan taklimat dalam pengurusan rekod jabatan ke tahap yang lebih cemerlang. Selesai sesi taklimat tersebut, program ini disambung dengan sesi Bengkel Pengurusan Rekod Jabatan khususnya bagi pegawai dan kakitangan PL. Peserta bengkel yang hadir ialah seramai lebih kurang 40 orang. Sesi bengkel ini telah dikelolakan oleh Encik Kasno Bin Paijan, Pemangku Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah. Acara penyampaian cenderahati disampaikan oleh Tuan Haji Abidin B. Arshad, Ketua Pegawai Eksekutif PL. Para peserta kursus yang hadir 38

Latest Newsletter Layout.indd 8 8/27/2005, 4:46 PM Sesayup mata memandang. Kali kedua Labuan menjadi lokasi penganjuran Borneo Cup Yachting Challenge

Oleh: Mahathir A.H

orneo Cup Yachting Challenge ’05 (BCYC ’05) telah diadakan Bdi Labuan pada 18 – 19 April 2005. Ia diadakan sejurus selesai Labuan International Sea Challenge (LISC ’05) dan merupakan acara pengisian Bulan Pesta Air. Acara ini melibatkan tiga program utama iaitu Labuan Harbour Regatta, Labuan-Miri Passage Race dan Miri Bay Regatta. Acara bertaraf antarabangsa ini diadakan dua tahun sekali dan pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003. Ia merupakan anjuran bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Pelancongan Sarawak, PL , Majlis Tindakan Pelancongan Labuan, Lembaga Pelancongan Sarawak dan Persatuan Pelayaran Sarawak. Sebahagian para peserta yang bersiap sedia untuk Pertandingan Labuan Harbour Regatta Y.B. Tan Sri Hj. Mohd. Isa bin Dato’ Hj. Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan telah hadir untuk menyempurnakan majlis flag off di salah sebuah hotel di Labuan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Y.B. En. Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Y.B. Dato’ Hj. Suhaili bin Abd. Rahman, Pengerusi PL, Y.Bhg. Dato’ Dr. Zulkurnain bin Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Y.Bhg. Tuan Hj. Abidin bin Arshad, Ketua Pegawai Eksekutif PL.

Dalam perutusannya, Y.B. Tan Sri Hj. Mohd. Isa melahirkan rasa bangga beliau kerana Labuan diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk bersama-sama menganjurkan acara berprestij ini. Menurut beliau, selain mempromosikan Labuan sebagai pusat aktiviti air, BCYC diharap dapat meletakkan Labuan – Miri dalam siri penganjuran sukan kapal layar setanding dengan Royal Langkawi International Regatta dan Raja Muda International Regatta.

BCYC ’05 telah disertai oleh pasukan dari Malaysia, Brunei, Australia, New Zealand dan Caribbean. Y.B. Menteri telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang Labuan Harbour Regatta semasa majlis makan malam sebelum para peserta meneruskan pertandingan Labuan – Miri Passage Race pada 19 April 2005.

Y.B. Tan Sri Hj. Mohd. Isa melakukan upacara simbolik perasmian diiringi oleh Y.B. En. Lee dan Y.B. Dato’ Hj. Suhaili

39

Latest Newsletter Layout.indd 9 8/27/2005, 4:47 PM Oleh: Mahathir A.H

uat kali ke-9, Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (Labuan International Sea Challenge) telah diadakan pada 10 Bhingga 17 April 2005 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Sebanyak tiga acara utama dipertandingkan iaitu Labuan International Fishing Tournament (LIFT), Round Island Kayak Race (RIKC) dan Cross Channel Swimming Competition (CCSC). Seperti LISC ’04, lokasi untuk acara-acara tersebut masih dikekalkan. Pulau Layang-layang menjadi lokasi pertandingan LIFT. Terletak kira-kira 300km dari Labuan, Pulau Layang-layang tidak menghampakan para pemancing untuk menguji kemahiran fizikal dan kekuatan mental ketika bertarung dalam percubaan untuk menaikkan seekor ikan yang ada kalanya melebihi 200kg. Bagi acara RIKC, para peserta menyusuri pantai mengelilingi Labuan sejauh 50km. Ia merupakan laluan yang terpanjang di Malaysia yang memerlukan para pemenang menghabiskan masa selama 5 hingga 6 jam menuju ke garisan penamat. Manakala CCSC pula, para pemenang telah dicabar mengharungi selat; pergi dan balik dari Kompleks Sukan Laut ke Pulau Papan sejauh 5.4km. Selat yang memisahkan Labuan dan Pulau Papan ini merupakan laluan utama kapal-kapal dagang yang datang ke Labuan.

LISC ’05 yang disenaraikan dalam Bulan Pesta Air Nasional juga menjadi medan pertandingan Lumba Sampan Tradisi, Jet ski, Memancing Pesisir Pantai, Bola Tampar Pantai, Tarik Tali Berperahu serta acara-acara yang disertai oleh kaum ibu dan kanak-kanak. Bagi para pengunjung, selain menjadi penyokong kepada para peserta mereka juga dihiburkan dengan persembahan pentas yang menampilkan Ezlynn, Dato’ M.Daud Kilau dan Farawahida.

Majlis penutupan rasmi LISC ’05 telah disempurnakan oleh Y.B. Tan Sri Hj. Mohd. Isa bin Dato’ Hj. Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 April 2005. Dalam ucapannya, beliau kagum dengan pencapaian Tan Sri Isa teruja melihat ikan-ikan hasil pancingan di LISC terutama peningkatan bilangan peserta Pulau Layang-Layang. Dari kiri: Dato’ Hj . Suhaili, Tan Sri Isa, pertandingan memancing laut dalam (LIFT). Kol. Zainal TUDM, Dato’ Dr. Zulkarnain dan En. Abidin Menurut beliau LISC adalah salah satu cara mempromosikan Labuan ke arena antarabangsa. Malah secara tidak langsung penganjurannya dapat memberi keyakinan kepada pelancong- pelancong bahawa Kerajaan berkemampuan untuk menangani krisis seperti bencana tsunami yang menimpa Negara pada tahun lalu. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan Malaysia yang telah menyumbangkan hadiah wang tunai RM66,500.00 untuk para pemenang pertandingan memancing laut dalam. Semua hadiah acara utama telah disampaikan oleh Y.B. Menteri dan diiringi oleh Y.B. Dato’ Hj. Suhaili Tan Sri Isa tidak melepaskan peluang bergambar di samping bin Abd. Rahman, Pengerusi PL. ikan-ikan para pemenang 10

Latest Newsletter Layout.indd 10 8/27/2005, 4:47 PM Tan Sri Isa menyampaikan hadiah kepada juara bertahan acara Cross Channel Swimming Challenge, Jimmy Way Tee Ming dari Kota Kinabalu

KPE (Dua dari kanan) bergambar bersama-sama para peserta Round Island Kayak Race

En. Abidin berkenalan dengan para peserta Lumba Perahu Tradisi sebelum melakukan “Flag Off” acara tersebut

Mengasyikkan! Pelumba jet ski cuba memintas peserta Peserta kayak mengambil tempat dan bersedia untuk lain untuk muncul juara mengharungi laut mengelilingi Labuan sejauh 50km 11

Latest Newsletter Layout.indd 11 8/27/2005, 4:47 PM PERTEMUAN SATU PERMULAAN…

Oleh: Deruan angin… membelai mulus Rozana A wajahmu… Bagai membicarakan…. keikhlasan jiwa yang nan tulus…. Senyummu… Mengirangkan atu lawatan kerja ke Singapura dan Johor Bahru bersama ahli- Tawamu…. Menceriakan Sahli Penasihat PL kelolaan Bahagian Perkhidmatan Perbandaran Gurauanmu…. Menghiburkan & Kerajaan Tempatan selaku urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan & Kesihatan Umum selama 3 hari bermula dari 1 Mei Pertemuan ini, satu keajaiban… Pertemuan ini, satu 2005 hingga 4 Mei 2005. pengharapan…. Pertemuan ini, satu PERMULAAN… Lawatan kerja ini diketuai oleh Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan iaitu Datuk Hj. Yussof bin Mahal dan disertai oleh Encik Berikan segenggam harapan… Tan Chee Chong dan Puan Hajah Rokiah bin Hj. Ibrahim. Turut serta Untuk dilontarkan ke dalam lubuk hati, dalam rombongan ini adalah Tuan Haji Abidin bin Arshad, Ketua Agar ia bisa segar buat Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan, selamanya…. Encik Omar bin Kaseh dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Menjadikan segumpal memori Perbandaran & Kerajaan Tempatan, Encik Rithuan bin Hj. Mohd indah Ismail. dalam kehidupan… Menjana minda dan jiwa agar ingat Seramai 8 orang pegawai daripada pelbagai bahagian akan pertemuan… dan unit terlibat dalam lawatan ini. Tujuan lawatan adalah seperti PERTEMUAN SATU PERMULAAN….. berikut: Gapaian lembut lambaianmu… Membicarakan episod Ø Memberi pendedahan mengenai fungsi-fungsi Pihak Berkuasa perpisahan… Tempatan (PBT) dan mempelajari konsep pembangunan yang Melakar kerinduan…. dipraktikkan di Singapura dan Johor Bahru. Melakar memori…. Melakar impian… Ø Mendapatkan pendedahan menyeluruh dalam menentukan Yang nanti akan kembali…. reka bentuk, kaedah pengendalian dan pemasangan iklan Mengubati kerinduan… yang boleh menggambarkan imej Labuan sebagai pusat Menjadikan ia… pesisir antarabangsa dan destinasi pelancongan. PERTEMUAN SATU PERMULAAN…..

Ø Meninjau dan mengkaji sistem perancangan bandar dan Nukilan ; landskap yang dilaksanakan di negeri / negara berkenaan. Bujang C Gandam…. Love-ONE 1 Mei 2005.

Lokasi-lokasi menarik yang dilawati dapat memberi pendedahan kepada para pegawai untuk diaplikasikan di Labuan

12

Latest Newsletter Layout.indd 12 8/27/2005, 4:47 PM Kesedaran Pentingnya Kebersihan Dalam Premis Dan Penyediaan Makanan Oleh: Rozana A

erbadanan Labuan sekali Plagi telah menganjurkan Kursus Kebersihan Premis dan Pengendalian Makanan bagi tahun 2005 kepada para pengusaha dan pengendali makanan di Labuan. Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

Memandangkan permintaan dan penyertaan yang begitu menggalakan maka kursus ini telah diadakan dalam dua sesi iaitu pada 13 Mei 2005 yang KPE menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Kursus dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Zaini bin Husin dan sesi kedua pula dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PL, Tuan Haji Abidin bin Arshad pada 14 Mei 2005. Kedua-dua kursus ini telah diadakan di Tingkat 4, Wisma PL. Seramai 129 peserta menghadiri kursus yang diadakan setiap tahun ini.

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran secara berterusan kepada pengusaha makanan mengenai kepentingan kebersihan dalam penyediaan makanan di premis perniagaan masing-masing. Antara tajuk yang dibentangkan sepanjang kursus adalah:

a) Pengenalan Pengamalan Kebersihan Premis dan Pengendalian Makanan

b) Jenis-jenis Penyakit Berjangkit Bawaan Air dan Makanan

Pembentangan ini telah disampaikan oleh Encik Amir Paduan Datu Daniel, Penolong Pegawai Persekitaran PL dan Encik Mohd Daud bin Hamid, Penolong Pegawai Persekitaran, Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

Para peserta yang menghadiri kursus

13

Latest Newsletter Layout.indd 13 8/27/2005, 4:47 PM Oleh: Maszanah S inak-jinak merpati, bila dekat ia lari, begitulah perumpamaan yang pernah kita Jdengar. Tetapi inilah kenyataannya, bila bilangan merpati terlalu banyak maka Jinak-jinak merpati akan mengakibatkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar. Pencemaran najis burung merpati ini dikhuatiri akan menyebarkan wabak penyakit yang berbahaya yang berkaitan dengan saluran pernafasan manusia. Virus Cryptococcosis yang disebarkan oleh najis boleh tersebar melalui udara dengan cara menghidu sahaja. Setakat ini belum ada rekod wabak ini telah menular di Labuan. Sebagai langkah pencegahan Unit Kesihatan PL telah mengambil langkah untuk menangkap burung merpati ini bagi mengurangkan bilangannya.

Burung merpati yang sudah terperangkap Kaedah yang digunakan untuk menangkap burung merpati ini ialah dengan menggunakan jala atau pukat dan ia sangat berkesan. Hasil usaha kerjasama PL dan Jabatan Haiwan Wilayah Persekutuan Labuan, kawasan Bandar khususnya di kaki lima kedai kelihatan bersih dari pencemaran najis burung merpati ini.

Sumber: Unit Kesihatan Merpati sedang mencari makan Lawatan Ke Pulau Pinang Oleh: Nor Hanani I

atu lawatan kerja ke Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Jabatan SPengairan dan Saliran W.P Labuan telah diadakan pada 5 Mei 2005. Tinjauan sehari ini disertai oleh pegawai dari Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan PL yang bertujuan untuk meninjau dan berkongsi pengalaman mengenai kaedah pengawalan hakisan pantai. Hasil tinjauan mendapati kaedah struktur lapis lindung jenis blok konkrit dilaksanakan di Taman Robina, Seberang Perai Utara merupakan perlindungan secara backshare. Cara ini dijamin tidak akan mengganggu perancangan pembangunan masa Ahli rombongan mendengar taklimat depan di kawasan pesisir pantai. Kaedah ini terbukti berkesan, apabila ia tidak mengalami kerosakan ketika Ombak Tsunami melanda kawasan tersebut pada 26 Disember 2004 yang lalu berbanding di kawasan lain.

Tempat-tempat lain yang turut dilawati ialah lokasi hakisan pantai di Sg. Batu dan hakisan pantai di Sg. Sungai bahagian barat daya, Pulau Pinang. Bagi tujuan perbandingan, kawasan pantai yang menggunakan kaedah lain seperti kaedah lapis batu juga dilawati walaupun ia tidak sesuai digunakan di W.P Labuan.

Lawatan ini diharapkan dapat menambah pengalaman dan pengetahuan pegawai dan kakitangan PL untuk meningkatkan perkhidmatan dan memelihara harta awam di W.P Labuan. Lawatan ke tapak projek 14

Latest Newsletter Layout.indd 14 8/27/2005, 4:47 PM Oleh: Nor Hanani I esuai dengan jolokan namanya, Anjung Ketam merupakan Sgerai menjual makanan laut yang terletak di Pantai Tanjung Aru W.P Labuan. Ia merupakan satu-satunya Projek Kecil Geran Khas Kementerian Wilayah Persekutuan yang dibangunkan dengan kos RM120,000.00. Projek ini bertujuan untuk mempromosi makanan laut di Labuan selain meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. Projek ini diharapkan dapat meningkatkan perusahaan dan penternakan ketam di Kg. Tg. Aru.

Tiga buah gerai dibina di Anjung Ketam tersebut yang menyediakan pelbagai sajian makanan laut khususnya ketam. Anjung Ketam beroperasi bermula pada pukul 3 petang hingga 11 malam. Manakala pada hari Ahad dan cuti umum ia dibuka bermula pada pukul 10 pagi.

Para pengunjung boleh menikmati hidangan makanan laut yang segar dengan harga yang berpatutan. Sejak ia beroperasi, Anjung Ketam mendapat sambutan daripada penduduk tempatan termasuk pengunjung-pengunjung dari luar Labuan yang meminati makanan laut. Dengan lokasinya yang terletak di tepi pantai, menjanjikan suasana yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung untuk berkunjung kembali ke Anjung Ketam.

Anjung Ketam, Kg. Tanjung Aru

15

Latest Newsletter Layout.indd 15 8/27/2005, 4:47 PM Sambutan Maulidur Rasul 05 -PL Johan Perarakan Oleh: Nor Hanani I

ada pagi yang cerah tanggal 21 April 2005 yang lalu bersamaan P12 Rabiulawal 1426H, PL tidak ketinggalan menghantar pasukan Berdebar menanti keputusan.... perarakan bagi meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad S. A. W yang lebih dikenali sebagai Maulidur Rasul. Seramai 70 orang kakitangan pelbagai peringkat turut menyertai perarakan tersebut yang bermula dan berakhir di Dataran Labuan mengelilingi bandar Labuan seawal jam 7.30 pagi.

Dengan berpakaian baju melayu lengkap bersamping serta berbaju kurung sedondon, kakitangan lelaki dan wanita berselawat sepanjang perarakan tersebut. Walaupun dalam keadaan letih tetapi semua kakitangan yang menyertai perarakan ini masih ceria dan menunjukkan Selawat beramai-ramai semangat yang tinggi. Semangat yang ditunjukkan ini telah memberikan kemenangan tempat pertama kepada PL bagi kategori Jabatan / Agensi Kerajaan. Sesungguhnya kemenangan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi tanpa kerjasama yang diberikan oleh semua peserta serta sokongan yang tidak berbelah bahagi dari pihak pengurusan.

Hadiah kemenangan berupa wang berjumlah RM500.00 dan piala pusingan telah diterima oleh wakil PL, En. Sudin Bin Samat yang disampaikan oleh Y.B. Dato’ Hj. Suhaili Bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen W. P Labuan yang juga merupakan Pengerusi PL.

Kontinjen PL bersama sepanduk pasukan Ceramah agama turut diadakan sempena Maulidur Rasul

16

Latest Newsletter Layout.indd 16 8/27/2005, 4:47 PM Sektor Pembuatan Makanan Berasaskan Pertanian dan Perikanan ... pengusaha di Pulau ini masih perlu bimbingan Oleh : Zulkifely M

ada 18 Mei 2005, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia P(MARDI) Sabah dengan diwakili oleh Pegawai Penyelidik En. Salahudin Lawatan ke Bengkal Memproses kek Tambi telah membuat lawatan dan tinjauan bagi mengenalpasti potensi (Bakeri) sektor pembuatan makanan di Labuan. Antara lokasi yang sempat dilawati ialah Bengkel Memproses Keropok Ikan di Kampung , Bengkel Memproses Makanan Kering di Kampung Sungai Labu, Bengkel Memproses Kek (Bakeri) di Kampung Pantai, Bengkel Mee Kering (Mee Lidi) di Bukit Kuda, Bengkel Memproses Belacan dan Anjung Ketam di Kampung Tanjung Aru. Sepanjang lawatan, beberapa komen, pendapat, pandangan dan nasihat telah diberikan kepada pengusaha untuk meningkatkan produktiviti hasil keluaran. Bersempena lawatan tersebut, program dialog bersama MARDI Sabah juga diadakan pada 19 Mei 2005, di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ketua Kampung Bebuluh memberi penerangan Pelancongan Labuan (MTPL), Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan (KSLA) yang dipengerusikan oleh Dato’ Hj. Suhaili Bin Abd. Rahman, Ahli Parlimen Labuan merangkap Pengerusi PL. Turut hadir ialah ketua-ketua kampung dan ketua-ketua jabatan teknikal seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Pertanian, LPPK, LKIM dan Persatuan Nelayan Kawasan. Wilayah Persekutuan Labuan mampu melahirkan pengusaha-pengusaha yang berpotensi dan berdaya saing. Contohnya, terdapat pengusaha di Pulau ini yang telah memperluaskan pasaran ke Brunei Darussalam dan tanah besar Sabah selain pasaran tempatan. Idea kreatif pengusaha juga dapat dibanggakan seperti En. Mat Salleh Ali seorang pengusaha Bengkel Memproses Mee Lidi di . Beliau telah mengilhamkan dan Pegawai Penyelidik MARDI meneliti merekacipta sebuah alat pengering Mee Lidi menggunakan tenaga elektrik keropok Kg.Bebuluh dengan dilengkapi sistem kawalan masa dan suhu. Idea beliau ini telah mendapat tempat untuk dipertandingkan di Pertandingan Ilham Desa.

Oleh: Sazali T

PERIHAL MADU, AIR DAN SANG NYAMUK. • Madu adalah satu-satunya makanan yang tidak akan basi sampai bila-bila. • Tulunendo, Colombia, Amerika Selatan, adalah tempat yang paling lembab sekali di dunia. Kawasan ini menerima 11,770 milimeter hujan setahun. • Bagi setitik air mengandungi 1.7 quintillion (1,700,000,000,000,000,000) molekul. • Nyamuk mempunyai 47 batang gigi.

KELUHAN SEORANG PEREKA CIPTA…. “Kalaulah aku dilatih dalam bidang teknikal, sudah lama aku akan menyerah kalah,” kata King Gillete selepas berjaya mencipta pisau cukur. Setelah berusaha tanpa jemu selama lapan tahun..!!

ANTARA ADAB MELAWAT PESAKIT DI HOSPITAL…. • Jika anda membawa hadiah pastikan hadiah tersebut sesuai dengan pesakit. Sebagai contoh, jangan pula membawa buku jika pesakit tersebut baru sahaja menjalani pembedahan mata. Sudah pasti dia tidak dapat membacanya. • Apabila melawat pesakit pastikan anda tidak memakai minyak wangi yang keterlaluan. Bau yang menusuk hidung bukan sahaja boleh membuatkan si pesakit bertambah pening malah bau tersebut turut memeningkan para pelawat lain.

17

Latest Newsletter Layout.indd 17 8/27/2005, 4:47 PM Oleh: Maszanah S Oleh: Maszanah Alamak! Salah lagi... Minum dulu la.. 8/27/2005, 4:47 PM Amalan positif yang mencabar Gigih dalam melaksanakan tugas Rajin dan sentiasa berusaha Tekun dalam menjalankan tugas pekerjaan Sabar dalam menghadapi cabaran Berdisiplin dalam setiap pekerjaan Berpandangan jauh tugas yang Bersemangat dalam melaksanakan diarah organisasi Dedikasi dalam mencapai matlamat Sanggup berkorban bertugas Cekal menghadapi kesulitan semasa Tidak patah semangat Bercita-cita tinggi adalah contoh pegawai dan kakitangan yang kurang berdisiplin. ” boleh dihapuskan dengan menentukan standard yang mesti dicapai ” asal ada “

18 disuruh buat, baru buat “ Tidak kreatif Suka bertangguh Disuruh buat, baru buat Membuat kerja sebarangan idea Tabiat menghargai tidak ketua apabila terjadi kakitangan kalangan di inisiatif Ketiadaan pekerja. setiap oleh dan cadangan baru serta curiga akan kualiti idea dan cadangan yang diberikan. Pegawai dan kakitangan yang mudah berputus asa akan merugikan bukan sahaja dirinya sendiri bahkan organisasinya juga akan rugi kerana kurangnya daya usaha, inisiatif, daya kreatif serta inovatif. sanggup berkorban untuk organisasi dan Negara. Amalan negatif… Mudah tersinggung Kurang berdisiplin Mudah putus asa Tidak tekun Mudah mengalah Tidak bercita-cita tinggi Tidak bersemangat Tidak tahan kena marah tidak ada inisiatif Ketua pejabat yang mempunyai harapan yang tinggi untuk organisasinya tidak mudah apabila melihat kekurangan sumber, contohnya seperti patah kekurangan kakitangan. Setiap cabaran dihadapi semangat dengan tabah dengan melatih kakitangan dan terus berusaha mendapatkan sumber-sumber itu. Beliau tidak mudah hilang pertimbangan dan tidak ragu-ragu tentang kejayaanya. Bersedia menerima apa-apa arahan yang diluar bidang tugasnya. Ini termasuklah urusan-urusan rasmi di luar pejabat. Beliau perlu the most persevering” kata Napaleon Bonaparte. the most persevering” kata Napaleon Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurnanya dan membawa membawa dan sempurnanya dengan selesai hingga kerja sesuatu kepada tumpuan memberi dalam bererti tergambar yang Ketekunan ketekunan sebut kita Bila individu. dan agensi kepada kecemerlangan serta kejayaan seperti sesuatu melakukan apabila lelah penat kenal tidak ini kecil yang Serangga semut. ialah kita ingatan benda- memikul akan semut sang Biasanya kumpulannya. untuk makanan membawa ataupun sarang membina benda yang berpuluh kali lebih berat daripada dirinya. Namun “sedikit-sedikit Peribahasa tercapai. matlamatnya atau kerja selesai begitu sehingga padam akan tidak hatinya kegigihan, kesabaran, kekuatan lama-lama menjadi bukit” memang ditujukan kepada daya usaha sang semut. Daripada arang forbes dan epigramsintan ( ini benda kedua-dua jobs” their to stuck that coal of chunks are diamonds “ dapati kita batu) terdiri daripada unsur yang sama iaitu karbon. Arang batu yang melalui proses perubahan selama to belongs “victory dan berharga. keras paling yang menjadi bahan berjaya akhirnya berjuta-juta tahun Ketekunan Membawa Kejayaan Membawa Ketekunan

JOM SEMBANG.... 18 Latest Newsletter Layout.indd KAKITANGAN YANG TELAH BERSARA SEPANJANG BULAN JANUARI SEHINGGA MEI 2005 Selamat Pengantin Baru Oleh: HL Hadi Oleh: Hjh. Simai I

Encik Jamal Bin Atap (490112-1-5129 ) Tarikh Bersara : 12 Jan 2005 Jawatan : Pekerja Rendah Awam Tempoh Berkhidmat : 25 tahun

Encik Mohd Dani Bin Haji Abdul Kadir (490517-12-5039) Tarikh Bersara : 17 Mei 2005 Jawatan :Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Tempoh Berkhidmat : 34 tahun Ahmad Shahrul Ariffin Bin Osman (Bahagian Khidmat Pengurusan) Dengan Kasmah Bt Kassim Tarikh Perkahwinan: 20 Mac 2005

Oleh: Hjh. Simai I Musmardi @ Joy Bin Mursidi (Unit Pelesenan) Nama Anak: Putri Nur Qhadijah Bte Musmardi @ Joy Bin Mursidi Tarikh Lahir: 10 Mac 2005 Erwiyana Siti Saharah S. Latip dan Mohd. Farid Afie (Unit Perhubungan Awam ) / (Bahagian Perancangan dan Penyelarasan) Nama Anak: Nur Faraa’ain Efdiefa Bt Mohd Farid Afie Tarikh Lahir : 15 Mac 2005

Che Wan Mat Yusdi bin Che Wan Ahmad (Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan) Nama Anak: Che Wan Adilah binti Che Wan Mat Yusdi Tarikh Lahir: 5 April 2005 Anita Thomas Kimsin (Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan) Nama Anak: Ivan Chong Tarikh Lahir : 27 April 2005

19

Latest Newsletter Layout.indd 19 8/27/2005, 4:47 PM abuan telah diberi penghormatan menjadi tuan rumah Kejohanan Bolasepak LVeteran 9 Sebelah MAKSAK 2005. Kejohanan ini telah berlangsung di Dataran Labuan bermula pada 18 hingga 20 Feb 2005. Kejohanan kali Oleh: Dayang Faezealina A.T keempat ini telah disertai oleh 16 pasukan daripada ahli gabungan MAKSAK iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, , ATM, Jabatan Penjara Malaysia, PDRM dan Labuan selaku tuan rumah 2005. Acara perasmian penutupan kejohanan pada 20 Februari 2005 ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan merangkap Naib Yang Dipertua MAKSAK Malaysia, Dato’ Nik Mahmud Nik Yusof. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif PL, Tuan Hj. Abidin Bin Arshad.

Buat kali kedua berturut-turut Kelantan Darulnaim telah menjuarai Kejohanan KSU Kementerian Belia dan Sukan Bolasepak Veteran 9 Sebelah MAKSAK 2005. Juara bertahan itu menang tipis menyampaikan sijil penyertaan 1-0 ke atas Kedah hasil jaringan pemain tengah Kelantan Tengku Marzuki Mat kepada ketua kontinjen pada minit yang ke 10 pada separuh masa yang pertama. Manakala penjaga gol Kelantan, Ismail Mohd telah dianugerahkan sebagai penjaga gol terbaik selepas berjaya mengekang sebarang gol sepanjang kejohanan itu berlangsung.

W.P Labuan turut menghantar pasukan yang tidak kurang memberi saingan kepada pihak lawan. Walaupun tidak berjaya ke pusingan akhir, namun semangat yang ditunjukkan oleh para pemain patut dipuji.

Kontinjen Labuan sedang berarak Oleh: Nor Hanani I

ersatuan Lawn PBowls Malaysia, Cawangan W. P Labuan telah mengadakan perlawanan lawn bowls tiga sepasukan dan berpasangan terbuka pada 21 hingga 25 Mei 2005 yang lalu. Perlawanan ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Labuan. Sambutan daripada warga Labuan amat menggalakan termasuk mereka yang belum pernah bersua dengan ‘green’ dan ‘jack’. Kedua-dua perlawanan ini selain bagi memenuhi kalendar aktiviti persatuan juga merupakan landasan bagi memilih atlit bagi mewakili W. P Labuan ke sukan MAKSAK yang akan diadakan pada bulan Julai di Kota Kinabalu Sabah.

Perlawanan kali ini lebih memihak kepada pasukan daripada PL. Seramai 8 orang kakitangan PL telah terpilih untuk menyertai perlawanan boling padang ini bagi mewakili W. P Labuan iaitu En. Abd. Razak Asri, En. Abd. Razak Sibli, En. Farizal Sabli dan En. Ag. Besar Muhammad. Manakala peserta wanita ialah Pn. Maranih Sarudin, Pn. Hjh. Simai Jamil, Pn. Suzanah Saad dan Pn. Nor Hanani Ibrahim. Setiap pemain bersemangat untuk mengharumkan nama Labuan selain untuk menimba pengalaman daripada perlawanan tersebut. Aksi-aksi para pemain PL

~ Pandangan ~ Berita Perbadanan Labuan akan menjadi sumber informasi mengenai perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti PL khususnya kepada warga W.P Labuan dan orang ramai amnya. Pandangan anda mengenai perkhidmatan PL hendaklah dialamatkan kepada: Unit Perhubungan Awam, Perbadanan Labuan, Peti Surat 235, 87008 W.P Labuan. Sila nyatakan nama, jawatan, alamat surat-menyurat, nombor telefon, faksimili dan alamat e-mel semasa menghantar pandangan anda. Terima Kasih. Diterbitkan Oleh: Unit Perhubungan Awam PL Dicetak Oleh: IE Digital Printing Services, Labuan F.T.

Latest Newsletter Layout.indd 20 8/27/2005, 4:47 PM