PERKEMBANGAN ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI MASYARAKAT KADAZANDUSUN DI MEMBAKUT, , 1960-2010

NORISAH BINTI PIRIN

UNIVERSITI SAINS 2017 PERKEMBANGAN ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI MASYARAKAT KADAZANDUSUN DI MEMBAKUT, SABAH, 1960-2010

oleh

NORISAH BINTI PIRIN

Tesis yang diserahkan untuk Memenuhi Keperluan bagi Ijazah Sarjana Sastera

Mac 2017

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kekuatan semangat agar dapat menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghormatan saya titipkan kepada penyelia utama Dr Low

Choo Chin, penyelia bersama Dr Ku Boon Dar dan Dr Sah Hadiyatan Ismail atas bimbingan, teguran dan nasihat yang menjadi perangsang kepada saya menjana idea yang kritis untuk penulisan ini. Keyakinan dan kata-kata motivasi mereka menjadi pembakar semangat saya untuk terus berusaha dengan gigih demi melaksanakan kajian ini, walaupun saya terpaksa menempuhi pelbagai halangan dan rintangan.

Penghargaan buat keluarga yang tercinta, suami saya Aliamat, anak anak

Mohd Nazry, Mohd Nazrul, Mohd Nazrel, kedua ibubapa saya Encik Pirin dan Puan

Lina, kedua ibubapa mertua saya Haji Kadir dan Hajah Esah serta kepada semua adik beradik saya. Penulisan ini hadiah saya kepada kalian atas pengorbanan, sokongan dan dorongan agar saya terus kental menyiapkan kajian ini. Kalian merupakan sumber inspirasi saya.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penduduk di Membakut terutama sekali Penolong Pegawai Daerah, Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua

Anak Negeri Membakut, Ketua Kampung, Puan Ansiun Pagangan (bobolizan), Puan

Tialum Siwoi (mamadangau), mendiang Encik Olat Aluan (bekas Ketua Kampung

Limadang, telah meninggal dunia pada 17 Februari 2017), mendiang Puan Delima

Sawin (telah meninggal dunia pada 16 Julai 2016), Puan Piunah Sadong (waris bobolizan), Puan Sakiah Baginda (Pastor Gereja Basel Kampung Dungau dan

Kampung Bingkulas), Encik Godfrey Daya (Wakil Gereja St Patrick Membakut) serta Encik Francis Lai. Saya akui tanpa maklumat daripada penduduk Membakut, sudah tentu saya tidak akan dapat menyiapkan penulisan ini dengan jayanya. Budi dan jasa mereka akan saya kenang hingga ke akhir hayat.

ii

Akhir sekali, terima kasih kepada semua kakitangan Arkib Negeri Sabah,

Perpustakaan Negeri Sabah cawangan dan Perpustakaan Negeri

Sabah cawangan Beaufort, kakitangan Perpustakaan Muzium Negeri Sabah, Cik

Laiceh dan Encik Yusuf (Jabatan Pertanian Membakut dan Jabatan Pertanian

Beaufort), Haji AB Sitia Haji Alip (Jabatan Pengairan dan Saliran) serta Puan

Aminah dan Haji Ibrahim (Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah cawangan

Membakut). Terima kasih atas kesabaran melayan saya mencari maklumat kajian.

Jasa kalian dalam ingatan.

iii

SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan………………………………………………………………. ii

Senarai Kandungan……………………………………………………….. iv

Senarai Jadual…………………………………………………………….. viii

Senarai Gambar…………………………………………………………… x

Senarai Peta……………………………………………………………….. xi

Senarai Istilah…………………………………………………………….. xii

Senarai Singkatan…………………………………………………………. xiv

Abstrak……………………………………………………………………. xv

Abstract…………………………………………………………………… xvi

BAB 1 : PENGENALAN

1.0 Latar Belakang Kajian……………………………………………. 1

1.1 Objektif Kajian………………………………………………...... 8

1.2 Kenyataan Hipotesis……………………………………………… 8

1.3 Pendekatan Kajian……………………………………………….. 8

1.3.1 Pendekatan Sejarah….…………………………………… 8

1.3.2 Pendekatan Etnosejarah…….……………………………. 9

1.4 Kaedah Kajian……………………………………………………. 9

1.4.1 Kajian Arkib……………………………………………… 9

1.4.2 Kajian Perpustakaan……………………………………… 10

1.4.3 Kaedah Temubual………………………………………… 10

1.4.4 Kajian Lapangan…………………………………………. 12

1.5 Sorotan Literatur…………………………………………………. 13

1.6 Kepentingan Kajian……………………………………………… 19

iv

1.7 Pembahagian Bab………………………………………………… 22

BAB 2 : MEMBAKUT DAN MASYARAKAT KADAZANDUSUN

2.0 Pengenalan……………………………………………………….. 25

2.1 Sejarah Membakut……………………………………………….. 25

2.2 Demografi Membakut…………………………………………… 34

2.3 Istilah Kadazandusun………………………………………. …... 36

2.4 Asal-Usul Kadazandusun……………………………………….. 38

2.5 Asal-Usul Kadazandusun di Membakut………………………… 47

2.6 Penutup………………………………………………………….. 51

BAB 3 : KEDATANGAN BRITISH DAN ADAT MEMUJA SEMANGAT

PADI

3.0 Pengenalan………………………………………………………. 52

3.1 Tinjauan Adat Masyarakat Kadazandusun…………………...... 53

3.2 Kepercayaan kepada Semangat Padi…………………………… 64

3.2.1 Asal Usul Semangat Padi……………………………….. 66

3.3 Kepentingan Adat Memuja Semangat Padi…………………….. 70

3.3.1 Dipercayai Dapat Meningkatkan Hasil Padi……………. 71

3.3.2 Penghormatan kepada Semangat Padi………………….. 73

3.3.3 Penzahiran Rasa Syukur………………………………… 75

3.3.4 Tamatnya Tempoh Berpantang………………………….. 76

3.3.5 Meraikan Tamatnya Menuai Padi bagi Sesuatu Musim… 77

3.4 Penutup………………………………………………………….. 78

v

BAB 4 : PERKEMBANGAN ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI,

1960-AN HINGGA 1980-AN

4.0 Pengenalan……………………………………………………….. 80

4.1 Pengekalan Tradisi Mendorong kepada Perkembangan Adat

Memuja Semangat Padi………………………………………….. 81

4.1.1 Adanya Bobolizan………………………………………. 81

4.1.2 Pengekalan Kepercayaan Animisme……………………. 87

4.1.3 Kepatuhan kepada Pantang Larang Berpadi………. …… 89

4.2 Faktor-faktor Lain yang Mendorong kepada Perkembangan

Adat Memuja Semangat Padi……….…………………………… 91

4.2.1 Peranan Kadazan Dusun Cultural Association

(KDCA)…………………………………………………. 92

4.2.2 Perkembangan Pesta Menuai………………………. …… 94

4.2.3 Perkembangan Ritual Memuja Semangat Padi…….. …… 98

4.2.4 Perkembangan Penanaman Padi………………………… 100

4.3 Penutup………………………………………………………….. 103

BAB 5 : CABARAN DAN KELANGSUNGAN ADAT MEMUJA

SEMANGAT PADI, 1990-AN

5.0 Pengenalan………………………………………………………. 105

5.1 Cabaran dalam Arus Pemodenan……………………………….. 106

5.2 Faktor Cabaran Adat Memuja Semangat Padi………………….. 107

5.2.1 Faktor Agama……………………………………….…… 108

5.2.2 Dominasi Kaum Brunei dalam Sektor Penanaman

Padi………………………………………………………. 113

5.2.3 Tiada Pakar Ritual Memuja Semangat Padi……………... 116

vi

5.2.4 Penggunaan Teknologi dalam Penanaman Padi………… 119

5.3 Senario Adat Memuja Semangat Padi Selepas 1990-an…………. 122

5.4 Legasi Adat Memuja Semangat Padi……………………………. 125

5.4.1 Perayaan Pesta Menuai…………………………………... 125

5.4.2 Unduk Ngadau dan Sugandoi…………………………… 129

5.4.3 Mempengaruhi Sosiobudaya Masyarakat

Kadazandusun …………………………………………… 134

5.5 Penutup…………………………………………………………... 136

BAB 6 : PENUTUP…………………………………………………… 138

BIBLIOGRAFI…………………………………………………………. 144

vii

SENARAI JADUAL

Muka Surat

Jadual 2.1 Populasi Penduduk di Membakut Mengikut

Kaum………………………………………………………. 35

Jadual 2.2 Pecahan Suku-suku dalam Kaum Kadazandusun

di Negeri Sabah…………………………………………… 46

Jadual 3.1 Lima Peringkat Ritual Memuja Semangat Padi di

Daerah Papar pada Tahun 1895…………………………… 58

Jadual 3.2 Jenis-jenis Semangat Padi dan Peranannya……………….. 69

Jadual 4.1 Senarai Nama Bobolizan Generasi Kedua di Membakut

yang Menjalankan Adat Memuja Semangat Padi,

1960-an hingga 1980-an…………………………………… 87

Jadual 4.2 Pantang Larang Semasa Upacara Ritual Memuja Semangat

Padi………………………………………………………… 90

Jadual 4.3 Pantang Larang Sebelum Selesai Musim Menuai Padi dan

Upacara Paina……………………………………………… 91

Jadual 4.4 Proses Awal Penanaman Padi Masyarakat Kadazandusun

di Membakut, 1960-an hingga 1980-an…………………… 99

Jadual 4.5 Upacara Ritual Memuja Semangat Padi Masyarakat

Kadazandusun di Membakut, 1960-an hingga 1980-an…… 99

Jadual 4.6 Anggaran Statistik Keluasan Tanaman Padi,

1940 – 1963………………………………………………... 103

Jadual 4.7 Populasi Industri Ekonomi di Borneo Utara pada Tahun

1960 Mengikut Peratus……………………………………. 103

Jadual 5.1 Bilangan Masjid dan Surau di Membakut pada Tahun

2010………………………………………………………. 112

viii

Jadual 5.2 Bilangan Gereja Basel di Membakut pada Tahun 2010….. 113

Jadual 5.3 Perbandingan Bilangan Gereja Katolik di Membakut pada

Tahun 1980 dan 2010…………………………………….. 113

Jadual 5.4 Bilangan Pesawah Kaum Kadazandusun di Membakut

pada Tahun 2010…………………………………………. 116

Jadual 5.5 Bilangan Pesawah Kaum Brunei di Membakut pada Tahun

2010………………………………………………………. 116

Jadual 5.6 Aktiviti Sempena Sambutan Pesta Menuai Peringkat

Membakut………………………………………………… 128

ix

SENARAI GAMBAR

Muka Surat

Gambar 3.1 Padi yang disimpan dalam Tajau Umahon (Tajau

yang digunakan untuk Memuja Semangat Padi)……….. 70

Gambar 5.1 Bobolizan Terakhir Kaum Kadazandusun di Membakut,

Puan Ansiun Pagangan…………………………………… 119

Gambar 5.2 Upacara Memotong Padi oleh Pemimpin Masyarakat

Sebagai Simbolik kepada Menuai Padi………………….. 125

Gambar 5.3 Pertandingan Unduk Ngadau atau Ratu Cantik Peringkat

Membakut………………………………………………… 133

Gambar 5.4 Pertandingan Sugandoi atau Nyanyian Peringkat

Membakut…………………………………………………. 134

x

SENARAI PETA

Muka Surat

Peta 1.1 Membakut……………………………………………..... 7

Peta 2.1 Jajahan Kesultanan Brunei di Kawasan Barat

Sabah pada Tahun 1870………………………………… 31

Peta 2.2 Masyarakat Kadazandusun di Sabah…………………… 47

xi

SENARAI ISTILAH

Ba’asik Adat perubatan yang paling besar dan utama

dijalankan dalam tempoh tiga hari.

Bambaazon Gelaran semangat padi dalam masyarakat Kadazan.

Bambarayon Gelaran semangat padi dalam masyarakat Dusun.

Bobohizan Gelaran pawang atau bomoh dalam masyarakat

Kadazandusun di .

Bobolizan Gelaran pawang atau bomoh dalam masyarakat

Kadazandusun di Membakut.

Divato Pembantu di alam ghaib.

Huminodun Anak perempuan Kinohaingan yang mengorbankan

dirinya bertukar kepada tumbuh-tumbuhan.

Inait Mentera.

Kaamatan Pesta Menuai.

Kayamat Kiamat.

Ketawai Bekas tempat menyimpan padi.

Kinohaingan Tuhan pencipta menurut kepercayaan masyarakat

tradisi Kadazandusun.

Kolupis Nasi pulut.

Kungkuvak Batang padi.

Magavau Upacara bertujuan untuk mengucapkan terima kasih.

Magumbali Merajuk.

Mamadangau Seseorang yang berkebolehan untuk menilik penyakit.

Mangkukuvak Meniup batang padi.

Mansuung do umoh Kasih makan semangat padi.

Mikajang Salah satu daripada adat perubatan ba’asik.

xii

Moginakan Pesta selepas menuai padi yang diadakan secara besar-

besaran.

Nassi Minuman keras yang diperbuat daripada nasi

yang ditapai.

Nunuk ragang Pokok besar (pokok ara) yang berwarna

kemerah-merahan.

Orou napangan nanantab Pesta menuai (menurut bahasa Murut Timugon).

Paina Pukulan gong dan kulintangan.

Papunduk Adat perubatan (dijalankan dalam tempoh satu

malam).

Sugandoi Pertandingan nyanyian.

Sulap Pondok kecil.

Sumazau Tarian tradisional masyarakat Kadazandusun.

Umahon Tajau yang digunakan untuk memuja semangat.

Unduk ngadau Pertandingan ratu cantik.

xiii

SENARAI SINGKATAN

AJK Ahli Jawatan Kuasa.

JAHEINS Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

JMBRAS Journal of the Malaysian Branch Royal Asiatic

Society.

KAN Ketua Anak Negeri.

KCA Kadazan Cultural Association.

KD Ketua Daerah.

KDCA Kadazan Dusun Cultural Association.

Kg Kampung.

KK Ketua Kampung.

OKK Orang Kaya-kaya.

SBBU Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

St Saint.

WKAN Wakil Ketua Anak Negeri.

xiv

PERKEMBANGAN ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI MASYARAKAT

KADAZANDUSUN DI MEMBAKUT, SABAH, 1960-2010

ABSTRAK

Kepercayaan terhadap kuasa yang ada pada semangat padi untuk mendatangkan hasil padi yang lumayan telah meresap ke dalam jiwa masyarakat

Kadazandusun di Sabah. Kepercayaan ini telah mendorong masyarakat

Kadazandusun untuk mengadakan upacara memuja semangat padi. Adat ini juga amat signifikan kepada masyarakat Kadazandusun kerana ia berkaitrapat dengan sumber makanan utama masyarakat ini iaitu padi. Kesignifikan adat memuja semangat padi turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan British melalui pengisytiharan Pesta Menuai sebagai perayaan utama di Sabah. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji asal usul dan kepentingan serta menganalisis perkembangan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut.

Hasil kajian mendapati bahawa perkembangan adat memuja semangat padi bagi masyarakat Kadazandusun di Membakut bermula pada tahun 1960-an hingga tahun

1980-an. Mulai 1990-an, adat memuja semangat padi menunjukkan bibit-bibit kemerosotan. Natijahnya, pada masa kini masyarakat Kadazandusun di Membakut tidak lagi menjalankan ritual adat memuja semangat padi. Namun demikian, penghormatan dan tanda syukur terhadap semangat padi dizahirkan melalui upacara simbolik menuai padi semasa perayaan Pesta Menuai. Bagi mengekalkan legasi adat memuja semangat padi, terdapat usaha pemuliharaan adat ini yang dilakukan oleh pemimpin masyarakat Kadazandusun di Membakut. Oleh itu, kajian ini adalah penting untuk mendokumenkan perkembangan, cabaran, legasi dan kelangsungan adat memuja semangat padi yang tidak lagi diamalkan di Membakut untuk generasi akan datang.

xv

THE DEVELOPMENT OF PADDY SPIRITS RELATED RITUAL AMONG

THE KADAZANDUSUN IN MEMBAKUT, SABAH, 1960-2010

ABSTRACT

The belief in paddy spirits has become a traditional custom among the

Kadazandusun community of Sabah. This belief has led the Kadazandusun to perform ceremonial rituals to worship the paddy spirits. The rites and rituals related to the paddy spirits are very significant to the Kadazandusun because they are closely linked with the staple food of the community - rice. The significance of the ceremonial rituals has been recognized by the British government through the declaration of the Harvest Festival as a main festive celebration in Sabah. This research aims to examine the origins and development of the rites and rituals of the paddy spirits among the Kadazandusun community in Membakut. The findings indicate that the development of this ceremonial ritual of Kadazandusun in

Membakut took place between the 1960s and the 1980s. In the 1990s, there were signs of decline of the rites and rituals of paddy spirits. At present, the Kadazandusun community in Membakut is no longer performing the rituals related to the paddy spirits. Nevertheless, the villagers’ respect and gratitude to the paddy spirits are expressed through a symbolic ceremony of rice harvesting when the Harvest Festival is held. In order to preserve the legacy of the tradition, the community leaders of

Kadazandusun in Membakut have taken some measures. Thus, this research is timely and necessary in documenting the developments, challenges, legacies and survival of the rites and rituals of paddy spirits, which are no longer performed in Membakut, for the sake of the future generations.

xvi

BAB SATU

PENGENALAN

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini adalah mengenai adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut, Sabah. Adat merupakan aturan cara hidup yang meliputi segala bentuk ritual, adat istiadat dan hukuman.1 Adat memainkan peranan penting bagi membentuk masyarakat yang teratur dan berdisiplin. Setiap individu dalam masyarakat akan merasakan bahawa mereka merupakan sebahagian daripada masyarakat, apabila berada dalam satu lingkungan adat yang telah menjadi kebiasaan hidup mereka. Sehubungan dengan itu, keseluruhan struktur adat akan melahirkan suatu identiti bagi satu-satu bangsa atau suku kaum.2 Dalam sosiobudaya masyarakat

Kadazandusun di Sabah, adat berperanan penting dalam membentuk nilai murni kehidupan mereka. Menurut kepercayaan masyarakat ini juga setiap tindakan yang menyalahi adat sama ada dilakukan secara individu mahupun secara berkelompok oleh ahli masyarakat akan memberi kesan kepada alam ghaib serta menganggu kehidupan di alam semesta.3 Penggunaan prinsip „biar mati anak jangan mati adat‟ dalam kalangan masyarakat Kadazandusun cukup menggambarkan bahawa adat merupakan pegangan hidup ke arah kebahagiaan dan pengekalan budaya masyarakat ini.

Antara adat yang terpenting dalam budaya masyarakat Kadazandusun ialah adat memuja semangat padi. Kepentingan adat ini dikaitkan dengan kegiatan penghasilan padi. Dalam sistem kepercayaan tradisi masyarakat Kadazandusun, dipercayai bahawa padi mempunyai semangat yang dikenali sebagai bambaazon.

1 Ibrahim Said, “Adat dicipta untuk Keharmonian: Rujukan Undang-undang Adat Suku Kaum Dusun,” Dewan Budaya, Jilid 5, Bil. 6 (1983): 53. 2 Ibid. 3 F.G Whelan, Dusun Stories from Kota Belud (Kuching: Borneo Literature Bureau, 1969), 3.

1

Menurut kepercayaan mereka, untuk mendapatkan hasil padi yang lumayan, maka masyarakat Kadazandusun hendaklah menjalankan upacara ritual memuja semangat padi. Maka tidak hairanlah mengapa masyarakat Kadazandusun amat taat dan patuh kepada amalan memuja semangat padi. Kesignifikan adat ini turut diakui oleh kerajaan British melalui pengisytiharan Pesta Menuai pada tahun 1960 sebagai cuti umum kepada semua penduduk di Sabah.

Menyedari hakikat bahawa pentingnya adat kepada masyarakat maka kajian ini dijalankan bagi meneliti perkembangan, cabaran, serta kelangsungan adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut. Pemilihan tajuk kajian adat memuja semangat padi adalah disebabkan adat ini merupakan adat yang paling penting dan mempunyai signifikan kepada masyarakat Kadazandusun di

Membakut.

Adat memuja semangat padi merupakan satu kemestian yang diamalkan oleh semua pesawah padi kaum Kadazandusun kerana ia berkaitrapat dengan sistem kepercayaan tradisi Kadazandusun bahawa padi mempunyai semangat yang dikenali sebagai bambaazon.4 Semangat ini boleh berpindah ke tempat lain jika ia terkejut atau menerima layanan yang buruk atau tidak memuaskan hatinya. Semangat ini boleh datang atau balik semula ke tempat asal jika dipanggil atau dipujuk.5 Sekiranya tanaman padi mendatangkan hasil yang lumayan, maka dikatakan semangat padi ada bersama-sama dengan pokok padi. Tetapi sekiranya, tanaman padi tidak mendatangkan hasil yang lumayan, maka, dipercayai semangat padi telah lari.

Pengamalan adat memuja semangat padi dipercayai dapat mengekalkan semangat

4 Temubual bersama Ansiun Pagangan, Bekas Bobolizan, Kampung Madang Membakut, Jam 2.30 petang, 18 April 2015. 5 Hanafi Hussin, “Ritual Padi Komuniti Kadazan Dataran Penampang, Sabah,” Jati Bil. 10 (2005): 176.

2 padi agar sentiasa bersama-sama dengan pokok padi dan seterusnya dapat meningkatkan hasil padi.6

Selain itu, adat memuja semangat padi amat penting dan bermakna bagi masyarakat Kadazandusun kerana ianya berkaitrapat dengan Pesta Menuai iaitu perayaan utama bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah. Kepentingan Pesta Menuai juga turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan British melalui pengisytiharannya sebagai cuti umum mulai tahun 1960.7 Pengamalan adat ini juga penting dalam kalangan masyarakat Kadazandusun kerana ia merupakan salah satu cara menzahirkan rasa syukur dan hormat kepada semangat padi.8 Tambahan pula, melalui pengamalan adat ini, mereka dapat menunjukkan penghormatan terhadap semangat padi yang memelihara, menjaga serta meningkatkan hasil tuaian padi. Padi bukan sahaja merupakan sumber makanan utama mahupun sebagai mata pencarian tetapi ia juga merupakan tanaman yang dianggap paling suci kerana turut menjadi makanan para semangat.9 Kesignifikan upacara memuja semangat padi kepada masyarakat Kadazandusun turut diakui oleh Puan Ansiun Pagangan yang merupakan bekas bomoh dan pernah menjalankan ritual adat memuja semangat padi di

Membakut. Bekas bomoh itu menyatakan bahawa sekiranya upacara memuja semangat padi tidak dijalankan maka, padi yang ditanam akan rosak diserang serangga dan tidak akan mengeluarkan hasil yang baik.10

6 Temubual bersama Pitin Junah, Ketua Kampung, Kampung Limadang Membakut, Jam 8. 30 pagi, 11 Julai 2015. 7 “ 101: Pengenalan Sejarah dan Budaya Pesta Ka’amatan Negeri di Bawah Bayu,” (Kota Kinabalu: Jabatan Muzium Sabah, 2014), 15. 8 “Pesta Kaamatan Sangat Bermakna kepada Masyarakat Kadazandusun,” Utusan Borneo, (1994): 8. 9 Edmundson, Anna Baptist-John & Judeth, “Continuing Transformations: The Manarapoh Attire of the Kadazandusun,” The Museum Journal, Bil. VII No. 78-New Series (2002): 72. 10 Temubual bersama Ansiun Pagangan, Bekas Bobolizan Kampung Madang Membakut, Jam 2.30 petang, 18 April 2015.

3

Terdapat dua sebab mengapa Membakut dipilih sebagai kawasan kajian.

Pertama, adat memuja semangat padi di Membakut adalah unik berbanding dengan daerah lain di Sabah kerana adat ini tidak lagi diamalkan di Membakut. Keadaan ini disebabkan oleh faktor ketiadaan bomoh untuk mengendalikan upacara memuja semangat padi. Bomoh yang pernah menjalankan adat ini telah meninggal dunia.

Hanya tinggal seorang sahaja bomoh yang boleh menjalankan adat ini iaitu Puan

Ansiun, namun beliau telah uzur dan tidak mampu lagi menjalankan adat memuja semangat padi. Berbanding dengan daerah Membakut, daerah lain, masih lagi mampu mengekalkan tradisi ini disebabkan masih terdapat bomoh yang boleh mengendalikan adat ini. Ketiadaan bomoh menjelaskan keadaan mengapa adat memuja semangat padi tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun di

Membakut. Walaupun terdapat sebab lain seperti faktor agama, dominasi kaum

Brunei dalam sektor penanaman padi, dan penggunaan teknologi dalam penanaman padi yang mendorong kepada adat ini tidak lagi diamalkan. Peranan bomoh sebagai pengendali ritual memuja semangat padi amat penting kerana mereka dikatakan berkebolehan untuk memanggil semangat padi. Natijahnya, ketiadaan bomoh telah melenyapkan salah satu budaya dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di

Membakut iaitu amalan adat memuja semangat padi.

Kedua, kewajaran pemilihan Membakut sebagai kawasan kajian adalah disebabkan kajian penulis mendapati bahawa terdapat perbezaan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut dengan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di daerah lain di Sabah seperti Papar,

Penampang, Putatan, Kota Belud, dan . Perbezaan ini boleh ditunjukkan melalui aspek peringkat ritual. Bagi masyarakat Kadazandusun di

Membakut, hanya terdapat dua peringkat ritual adat memuja semangat padi iaitu

4 peringkat pertama semasa menuai padi dan peringkat kedua selepas menuai padi.

Masyarakat Kadazandusun di Membakut tidak menjalankan ritual semasa peringkat awal penanaman padi. Menurut kepercayaan masyarakat Kadazandusun di

Membakut, proses penuaian padi menjadi penentu kepada benih padi yang baik untuk penanaman pada musim padi yang akan datang. Benih padi yang baik akan mendatangkan hasil yang lumayan. Oleh itu, bagi memperolehi hasil padi yang baik, upacara memuja semangat padi bermula apabila padi mulai kekuning-kuningan dan sesuai untuk dituai. 11

Manakala, bagi masyarakat Kadazandusun di daerah Papar, Penampang,

Putatan, Kota Belud, Tambunan dan Ranau, terdapat tiga peringkat ritual memuja semangat padi iaitu peringkat awal penanaman padi, peringkat semasa menuai padi dan peringkat selepas menuai padi. Bagi mendapat hasil tuaian yang baik, sepanjang musim penghasilan padi dari proses menyemai benih, menanam, menuai dan meraikan hasil tuaian padi hendaklah dilakukan upacara memuja semangat padi dengan penuh adat dan tertib.12 Perbezaan ini menjadikan adat memuja semangat padi di Membakut sangat unik untuk dikaji kerana mereka tidak menjalankan peringkat ritual proses awal penanaman padi.

Skop kajian merangkumi lima dekad bermula dari 1960 hingga 2010.

Sepanjang lima dekad tersebut, adat memuja semangat padi di kawasan kajian telah mengalami perubahan yang ketara iaitu perkembangan, kerancakan dan kemerosotan dan akhirnya tidak lagi diamalkan. Pemilihan tahun 1960 sebagai permulaan tahun skop kajian adalah disebabkan pada tahun tersebut, kerajaan British telah mengisytiharkan Pesta Menuai sebagai cuti umum bagi negeri Sabah. Sejak itu, adat

11 Temubual bersama Ansiun Pagangan, Bekas Bobolizan Kampung Madang Membakut, Jam 2.30 petang, 18 April 2015. 12 Hussin, “Ritual Padi Komuniti Kadazan,” 176.

5 ini diamalkan dengan rancak. Sekitar 1990-an, amalan adat ini mengalami kemerosotan kesan daripada pelbagai cabaran. Kajian ini membincangkan amalan adat ini sehingga tahun 2010 untuk menggambarkan keadaan semasa pengamalan adat tersebut.

6

Peta 1.1 : Membakut

Sumber : Pejabat Daerah Membakut, 2012

7

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk;

1. Mengkaji asal usul dan kepentingan kepercayaan adat memuja semangat

padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun.

2. Menganalisis perkembangan adat memuja semangat padi masyarakat

Kadazandusun di Membakut.

3. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh adat memuja semangat padi di

Membakut 1990-an hingga 2010.

4. Menghuraikan kelangsungan adat memuja semangat padi pada masa kini serta

usaha pemuliharaan.

1.2 KENYATAAN HIPOTESIS

1. Adat memuja semangat padi mengalami era perkembangan bermula pada tahun

1960-an hingga tahun 1980-an kesan daripada pengiktirafan Pesta Menuai

sebagai perayaan utama di Sabah oleh kerajaan British.

2. Adat ini mengalami pelbagai cabaran bermula pada tahun 1990-an yang

membawa kepada era kemerosotan pengamalan adat ini.

3. Adat memuja semangat padi tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun

di Membakut tetapi sebagai tanda kesyukuran terhadap semangat padi dijalankan

secara simbolik melalui perayaan Pesta Menuai yang diadakan pada setiap tahun.

1.3 PENDEKATAN KAJIAN

1.3.1 Pendekatan Sejarah

Sepanjang kajian ini dijalankan, pengkaji menggunakan pendekatan sejarah.

Pendekatan sejarah merupakan disiplin ilmu yang membincangkan pelbagai peristiwa dengan merujuk kepada unsur, tempat, waktu, objek, latar belakang dan

8 pelaku dari peristiwa tersebut.13 Melalui pendekatan sejarah, kajian dapat dijelaskan secara terperinci mengikut susunan kronologi setiap peristiwa yang telah berlaku.

Penggunaan sumber berdasarkan penelitian sumber primer iaitu melalui dokumen- dokumen penting dan buku-buku ilmiah. Terdapat dua kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi mendapat sumber primer tersebut iaitu melalui kajian arkib dan kajian perpustakaan.

1.3.2 Pendekatan Etnosejarah

Selain daripada menggunakan pendekatan sejarah, kajian ini juga menggunakan satu lagi pendekatan iaitu pendekatan etnosejarah. Pendekatan etnosejarah merupakan pendekatan yang menggabungkan kajian budaya dengan bahan sejarah.14 Melalui pendekatan etnosejarah, kajian mengenai budaya sesuatu masyarakat cuba difahami dengan menyelami adat resam, kebiasaan dan tatacara kehidupan ahli masyarakat berkenaan. Melalui pendekatan ini, maklumat diperolehi menerusi pemerhatian sama ada secara berpartisipasi atau tidak berpartisipasi, temuramah dan soal selidik.15

Penggunaan sumber adalah berdasarkan gabungan sumber bertulis sejarah dengan kajian lapangan.

1.4 KAEDAH KAJIAN

1.4.1 Kajian Arkib

Melalui kaedah ini, pengkaji mengumpul, menilai dan menganalisis data secara sistematik dan objektif terhadap catatan peristiwa masa lampau. Arkib cawangan negeri Sabah merupakan tempat dominan yang digunakan oleh pengkaji untuk memperolehi sumber primer dan sekunder. Antara dokumen penting yang diteliti

13 Kuntowijoyo, Pengantar Ilmu Sejarah, (Yogyakarta: Bentang, 1997), 25. 14 C. A Valentine, Use of Ethnohistory in an Acculturation Study, (Kansas: University of Kansas, 1960), 2. 15 Qasim Ahmad, Penyelidikan: Pendekatan dan Cabaran, (: Penerbit Universiti Malaya, 2016), 50.

9 oleh pengkaji dalam kaedah arkib ini ialah warta kerajaan British seperti Colony Of

North Borneo Government Gazette dan Government Gazette

Extraordinary. warta kerajaan negeri Sabah seperti State of Sabah Government

Gazette. Laporan kerajaan British seperti North Borneo Colonial Report. laporan kerajaan negeri Sabah, akhbar British seperti B.N.B Asiatic Soc. Supplement to The

British North Borneo Herald dan North Borneo News and Sabah Times, surat

Kerajaan British, surat kerajaan negeri Sabah, jurnal kerajaan British, jurnal kerajaan negeri Sabah dan gambar semasa pentadbiran kerajaan British.

1.4.2 Kajian Perpustakaan

Melalui kaedah ini, pengkaji telah memperolehi sumber sekunder di perpustakaan muzium negeri Sabah seperti Sabah Society Journal, Journal of the Malaysian

Branch Royal Asiatic Society, buku cenderahati Pesta Menuai peringkat negeri

Sabah tahun 1989 dan 1999 dan akhbar Borneo Mail, Harian Express serta Utusan

Borneo. Selain itu, pengkaji juga turut membuat penelitian buku mengenai adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Sabah, kertas kerja mengenai masyarakat Kadazandusun di Sabah oleh Benedict Topin dan Rita Lasimbang, majalah Dewan Budaya dan Etnik serta akhbar New Sabah Times di perpustakaan awam negeri Sabah di Penampang, Kota Kinabalu, Beaufort. Kesemua maklumat yang diperolehi, dikumpul, dinilai serta dianalisis oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan adat memuja semangat padi masyarakat

Kadazandusun di Sabah dan khasnya di Membakut.

1.4.3 Kaedah Temubual

Kaedah utama yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah kaedah temubual.

Sesi temu bual dijalankan melalui kaedah temubual separa berstruktur. Responden

10 pula terdiri daripada bobolizan yang pernah menjalankan adat ini, waris bobolizan, mamadangau (seseorang yang berkebolehan untuk menilik penyakit), Penolong

Pegawai Daerah Kecil Membakut, Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua

Anak Negeri, Ketua-ketua Kampung, Pegawai Kerajaan (Jabatan Pertanian

Membakut dan Beaufort, Jabatan Parit dan Saliran Beaufort, Jabatan Haiwan

Membakut, Bahagian Perlesenan Perniagaan Membakut, Jabatan Hal Ehwal Islam negeri Sabah Cawangan Membakut), Pengerusi Perubatan Tradisional Kadazandusun

Sabah (KDCA), wakil pihak gereja St. Patrick Membakut, wakil pihak gereja Basel

Membakut, generasi tua yang pernah menyaksikan upacara tersebut serta penduduk

Kadazandusun di Membakut. Kriteria pemilihan responden adalah berdasarkan mereka yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dengan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut. Temu bual yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting yang diceritakan secara lisan mengenai adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut.

Penggunaan kaedah ini sebagai sumber primer disebabkan kekurangan data dan maklumat penting secara bertulis mengenai adat memuja semangat padi masyarakat

Kadazandusun di Membakut.

Melalui kaedah temubual separa berstruktur ini, pengkaji menjalankan tembual berdasarkan soalan yang disediakan oleh pengkaji. Pengkaji terlebih dahulu menyenaraikan soalan-soalan yang perlu ditanya kepada responden.

Penyenaraian ini penting bagi memastikan soalan-soalan yang ingin diajukan dapat dijawab oleh responden. Selain itu, melalui penyenaraian soalan ini, pengkaji dapat mengelakkan maklumat yang tidak relevan. Seterusnya maklumat-maklumat ini dapat dijadikan data untuk dimasukkan ke dalam kajian ini. Semasa sesi temu ramah, pengkaji menggunakan alat bantu seperti perakam suara dan kamera untuk merakam

11 perbualan dan gambar responden. Hal ini bagi memastikan kaedah penyoalan mempunyai kesahan yang tinggi.

Dapatan maklumat daripada temubual ini dianalisis melalui kaedah tematik.

Melalui kaedah tematik ini, pengkaji akan melakukan penelitian terhadap maklumat yang terikat dengan tema. Antara tema yang dikemukakan oleh pengkaji ialah perkembangan adat, cabaran adat dan usaha pemuliharaan adat yang akan ditonjolkan dalam pembahagian bab. Pengkaji akan meneliti setiap maklumat yang diberikan berdasarkan tema agar dapat memberikan gambaran sebenar adat memuja semangat padi secara tepat, terperinci serta dapat membuktikan dan menghasilkan penemuan kepada penyelidikan yang dijalankan.

1.4.4 Kajian Lapangan

Melalui kaedah ini, pengkaji berkunjung ke Pesta Menuai peringkat negeri Sabah di

Penampang, Pesta Menuai peringkat daerah Beaufort, Pesta Menuai peringkat

Membakut dan Pesta Menuai peringkat kampung di Membakut. Pengkaji juga turut menghadiri upacara ritual memuja semangat laut di Kuala Sungai Membakut, upacara memuja semangat rumah di Kampung Tahak Membakut dan upacara memuja semangat padi penduduk Kadazandusun di Kampung Limadang Membakut.

Selain itu, pengkaji juga menjalankan lawatan ke rumah bobolizan di kampung

Madang Membakut dan waris bobolizan di kampung Tahak Membakut bagi melihat sendiri peralatan yang pernah digunakan untuk kegunaan adat memuja semangat tajau, semangat di sungai dan dilaut, semangat rumah dan memuja semangat padi.

Semasa menjalankan kaedah ini, pengkaji menggunakan alat bantu seperti perakam gambar dan video untuk merakam sambutan Pesta Menuai serta ritual adat memuja semangat di sungai dan di laut, semangat rumah dan khasnya upacara memuja

12 semangat padi yang dijalankan oleh penduduk Kadazandusun di kampung Limadang

Membakut. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk melihat sendiri dan untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting sebagai pelengkap maklumat-maklumat yang diperolehi dari sumber lisan dan sumber bertulis yang lain.

1.5 SOROTAN LITERATUR

Kajian ini meneliti perkembangan adat memuja semangat padi mengikut peringkat masa yang berbeza dengan fokus kepada aspek perkembangan, cabaran, kelangsungan, pemuliharaan dan legasi adat. Kajian ini juga meneliti hubungkait perkembangan adat pada zaman kontemporari dan cuba merungkai mengapa adat ini hilang ditelan zaman. Berdasarkan sorotan literatur, kajian lepas hanya meneliti ritual memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun tanpa melihat perkembangan, cabaran, kelangsungan, pemuliharaan dan legasi adat. Secara umumnya, sorotan literatur mengenai masyarakat Kadazandusun dan adat memuja semangat padi di

Sabah dapat dibahagikan kepada enam iaitu lima bahagian mengikut penzamanan semasa pentadbiran SBBU, semasa pentadbiran kerajaan British, selepas pembentukan Malaysia, abad ke 21, penulisan komprehensif mengenai adat memuja semangat padi di daerah lain seperti Penampang dan Papar serta satu bahagian mengenai adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Melayu di Tanah

Melayu . Semasa pentaddbiran SBBU di Borneo Utara W.B. Pryer,16 J. Whitehead,17 dan Owen Rutter18 ada menulis adat memuja semangat padi dalam kalangan kaum

Dusun dan Murut. Melalui penulisan tersebut, mereka telah berjaya menulis dengan lengkap bagaimana upacara memuja semangat padi dijalankan oleh kaum Dusun dan

Murut. Namun, penulisan dan kajian lebih menumpu kepada adat memuja semangat

16 W.B Pryer, “The Natives of British North Borneo,” The British North Borneo Herald, (1886): 4. 17 John Whitehead, The Exploration of Kinabalu North Borneo, (London: Gurney and Jackson, 1893), 100. 18 Owen Rutter, British North Borneo: An Account of History, Resources and Native Tribes, (London: Constable and Company Limited, 1922), 58.

13 padi di daerah Sandakan, Papar dan Tambunan. Selain itu, G.C Woolley19 telah berjaya menghasilkan penulisan enam naskah buletin mengenai hukum adat secara lengkap kaum Dusun, Timogun dan Murut di Tenom, , , Papar,

Ranau dan Tambunan. Dengan terhasilnya penulisan ini, membuktikan bahawa pihak

SBBU berusaha untuk mengenali serta mengetahui adat dan budaya penduduk

Borneo Utara. Namun penulisan G.C Wolley tidak menyentuh mengenai adat memuja semangat padi. Manakala, Pangeran Osman bin OKK Pangeran Haji

Omar20 bejaya membuat kajian mengenai hukum adat kaum Dusun di Putatan.

Kajian lengkap mengenai hukum adat kaum Dusun di Putatan dianggap satu kejayaan kerana Pangeran Osman merupakan satu-satunya penulis tempatan yang menulis mengenai hukum adat kaum Dusun semasa pentadbiran SBBU.

Semasa pentadbiran British, J. Stall21 telah menulis mengenai adat memuja semangat padi kaum Dusun di Papar. Penulisan ini telah mengupas secara lengkap mengenai corak budaya serta amalan memuja semangat padi kaum Dusun di Papar.

Manakala, Monica Glyn-Jones22 menulis mengenai adat memuja semangat padi kaum Dusun di Penampang. Penulisan ini menyentuh bagaimana kaum Dusun menjalankan adat memuja semangat padi. Kajian yang dijalankan oleh kedua-dua penulis diatas membuktikan bahawa penulis Barat amat tertarik untuk mengkaji amalan budaya sesebuah masyarakat khasnya masyarakat Kadazandusun di Sabah.

19 G.C Woolley, Tuaran Adat: Some Customs of Tuaran, (West Coast Residency, North Borneo, Sandakan NAB No. 2, Government Printer, 1937), 2. 20 Pangeran Osman bin O.K.K Pangeran Haji Omar, “Dusun Custom in Putatan District,” North Borneo Native Affairs Bulletins, No. 7 (1932): 7. 21 J. Staal, “The Dusun of North Borneo: Their Social Life,” ANTHOROPOS, Bil. XVIII (1923): 63. 22 Monica Glyn-Jones, The Dusun of Penampang Plains in North Borneo, (M.A (Cantab), 1953), 117.

14

Selepas pembentukan Malaysia, terdapat juga penulis seperti F.G Whelan,23

T.R Williams,24 Arenawati,25 George Apell,26 Cyrill Aliston27 dan James P. Ongkili28 ada mengkaji masyarakat Kadazandusun di Sabah. Kajian yang dijalankan oleh penulis-penulis tersebut telah meletakkan masyarakat Kadazandusun sebagai masyarakat yang kaya dengan amalan adat istiadat yang menjadi tunjang kepada kehidupan mereka. Namun, kajian yang dijalankan lebih menumpu kepada sosiobudaya Kadazandusun dari aspek sistem kepercayaan dan sistem organsisasi masyarakat tersebut.

Pada awal abad ke-21 ini, naskhah mengenai Kadazandusun di Sabah masih menjadi fokus utama untuk dijadikan sebagai kajian. Antara pengkaji tersebut ialah

Herman J. Luping,29 Dayu Sansalu,30 Rita Lasimbang,31 D.S Ranjit Singh,32 P.S

Shim,33 Mohd Razalee Goroh34 dan Felix Tongkul35. Namun, pengkaji-pengkaji ini lebih menumpukan kepada keadaan ekonomi dan sosiobudaya masyarakat

23 F.G Whelan, A History of Sabah, (Singapore: MacMillan and Co(S) Ltd, 1970), 24. 24 T.R Williams, The Dusun: A North Borneo Society, (New York: Holt, Rinehart and Winston, 1965), 3. 25 Arenawati, Dusun: Satu Tinjauan dalam Konteks Kepercayaan, Kultus dan Hukum Adat di Sabah, (Kota Kinabalu: Penerbitan Yayasan Sabah, 1978), 5 26 George Appell, “Social Anthropological Research among the Rungus Dusun: A Talk for the Sabah Society,” Sabah Society Journal, (1986): 8. 27 Cyrill Alliston, Threatened Paradise North Borneo and Its People, ( London: Robert Hale, 1966), 83. 28 James P. Ongkili, “Kadazan Tribal Leadership and Ethnic Consciousness in Pre-Colonial Sabah,” Sabah Society Journal Bil. 16, (1999): 18. 29 Herman J. Luping, Indigenous Ethnic Communities of Sabah: The Kadazandusun, (Kuala Lumpur: Ministry of Information, Communications and Culture Malaysia, 2009), 95. 30 Dayu Sansalu, Kadazandusun di Sabah: Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967, ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008), 28. 31 Rita Lasimbang, “Exploring the Art of Bobohizan-Keeper of Kadazan Rituals and Chants,” Pembentangan Kertas Seminar di Borneo Research Council: 7th Biennial International Conference, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, (2002): 15-18. 32 D.S Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865-1941: The Dynamics of Indigenous Society, (Kota Kinabalu: Bahagian Kabinet dan Dasar, 2011), 12. 33 P.S. Shim, Inland People of Sabah: Before, During and After Nunuk Ragang, (Putatan: Borneo Cultural Heritage, 2007), 37. 34 Mohd Razalee Goroh, Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/Kadazan Kota Belud, (Kota Kinabalu: Jabatan Muzium dan Arkib Negeri Sabah, 1986), 2. 35 Felix Tongkul, “Traditional Systems of Indigenous People of Sabah, Malaysia: Wisdom Accumulated Through Generations,” PACOS TRUST, (2007): 14.

15

Kadazandusun di Sabah. Hanya sedikit sahaja pengkajian mengenai adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kajian lengkap mengenai adat memuja semangat padi di Sabah seperti I.H.N Evans melalui bukunya The Religion of The

Tempasuk Dusuns of North Borneo.36 Evans menjalankan kajian adat memuja semangat padi ke atas tiga buah kampung kaum Dusun di daerah Tempasuk iaitu

Kampung Kadamaian, Kampung Piasau dan Kampung Toburon. Kajian Evans mendapati bahawa terdapat perbezaan peringkat ritual adat memuja semangat padi mengikut tiga buah kampung yang dikaji. Perbezaan ini menggambarkan bahawa, walaupun tiga buah kampung tersebut berada di satu daerah yang sama, namun cara pengamalan ritual tetap berbeza. Dalam keadaan ini, penulis ingin menyorot kembali cara pengamalan ritual memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di

Membakut kerana terdapat perbezaan ritual antara Daerah Tempasuk dengan

Membakut.

Selain itu, terdapat juga pengkaji tempatan mengkaji adat memuja semangat padi dengan lengkap antaranya ialah Hanafi Hussin,37 Low Kok On dan Lee Yok

Fee,38 J.B Burrough dan A. Jamin,39 Peter R. Phelan40 dan Benedict Topin41.

36 I.H.N. Evans, The Religion of the Tempasuk Dusuns of North Borneo, (London: Cambridge University Press, 1953), 42. 37 Hanafi Hussin, “Ritual, Identiti dan Perubahan di Pantai Barat Sabah: Pengalaman Komuniti Kadazan Penampang,” Jati Bil. 12, (2007): 190. 38 Low Kok On & Lee Yok Fee, “Investigating the Relationship between Kadazandusun Beliefs about Paddy Spirits, Riddling in Harvest-Time and Paddy-Related Sundait,” MALIM-SEA Journal of General Studies, (2012): 72-94. 39 Josephine Boenisch Burrough & Alik Jamin, “Traditional Methods of Dusun Rice Cultivation,” Sabah Society Journal, (1972): 354-364. 40 Peter R. Phelan, “The Monogit Ceremony of the Kadazans (Dusuns) of the Penampang-Putatan Region,” Sabah Society Journal Bil. VI no. 4 (1979-1980), (2012): 151. 41 Benedict Topin, “The Kadazan Kaamatan Festival,” Buku Cenderahati Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri, KDCA (1989): 4.

16

Penulisan Hanafi Hussin, Low Kok On dan Lee Yok Fee, J.B Burrough dan A.

Jamin, Peter R. Phelan serta Benedict Topin berjaya mengupas secara lengkap pengamalan adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Penampang.

Dapatan pertama daripada kajian Hanafi Hussin dan Benedict Topin menunjukkan bahawa terdapat tiga peringkat utama yang perlu dilakukan untuk melaksanakan adat memuja semangat padi iaitu peringkat menanam padi, peringkat menuai padi dan peringkat selepas menuai padi. Setiap peringkat tersebut akan melalui beberapa proses upacara ritual memuja semangat padi. Selain itu, dapatan kedua daripada kajian Hanafi Hussin, J.B Burrough dan A. Jamin, Peter R. Phelan dan Benedict Topin menunjukkan bahawa kepentingan padi dalam kehidupan masyarakat Kadazandusun, ini terbukti melalui proses penghasilan padi yang mesti dilakukan dengan berhati-hati dan penuh adat istiadat. Manakala, kajian Low Kok

On dan Lee Yok Fee pula mendapati bahawa terdapat perkaitan antara kepercayaan semangat padi dengan amalan berteka teki atau sundait yang berunsurkan padi.

Amalan sundait ini biasanya dilakukan semasa musim menuai padi. Walau bagaimanapun, skop kajian ini lebih menekankan masyarakat Kadazandusun di

Penampang.

Setakat yang diketahui oleh pengkaji, belum ada sebarang kajian secara menyeluruh mengenai adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di

Membakut. Hanya seorang sahaja pengkaji yang menulis tentang Membakut iaitu

Francis Lai Teck Lan.42 Pengkajian Francis Lai Teck Lan telah berjaya menyingkap sejarah asal usul Membakut secara lengkap bermula daripada pentadbiran kerajaan

42 Francis Lai Teck Lan, “Membakut Recalled,” Arkib Negeri Sabah (1974): 9.

17

Brunei sehingga kepada pentadbiran kerajaan British. Walau bagaimanapun, kajian tersebut tidak menyentuh mengenai adat memuja semangat padi masyarakat

Kadazandusun di Membakut.

Adat memuja semangat padi bukan hanya diamalkan oleh masyarakat

Kadazandusun di Sabah, malah adat ini juga turut diamalkan oleh masyarakat

Melayu di Tanah Melayu. Abu Talip Ahmad43 dan Michael Gates Peletz44 membuat kajian mengenai adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Melayu di negeri Sembilan. Peletz telah bejaya mengupas dengan lengkap kajian mengenai perkembangan adat memuja semangat padi di negeri Sembilan bermula pada tahun

1957 sehingga tahun1970-an. Manakala, R. D Hill45 telah menjalankan kajian mengenai penanaman padi di Tanah Melayu dengan fokus utama di negeri Kedah,

Perlis, , Pulau Pinang, , Perak, Melaka, dan .

Pengkajian R. D Hill sangat penting kerana kajian mengenai padi dilakukan secara menyeluruh iaitu merangkumi kajian penanaman padi terawal di Selatan Timur Asia.

Sehubungan itu, dengan adanya kajian mengenai adat memuja semangat padi ini, dapat mengisi kelompang ilmu dalam aspek pengkajian mengenai sosiobudaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khasnya masyarakat Kadazandusun di

Membakut. Tambahan pula, setakat ini belum ada sebarang kajian mengenai adat memuja semangat padi yang berfokus kepada perkembangan, cabaran, kelangsungan, pemuliharaan dan legasi adat.

43 Abu Talib Ahmad, Museums, History and Culture in Malaysia, (Singapore: National University of Singapore, 2015), 79. 44 Michael Gates Peletz, A Share of the Harvest: Kinship, Property and Social History among the of Rembau, (California: University of California Press, 1988), 91. 45 R. D Hill, Rice in Malaya: A Study in Historical Geography, (Singapore: National University of Singapore,1977), 55.

18

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah signifikan dan tepat pada masanya memandangkan adat memuja semangat padi tidak lagi diamalkan di Membakut sejak tahun 1990-an dan pakar ritual adat semakin berkurangan. Memandangkan sumber lisan merupakan sumber yang bernilai bagi kajian adat, adalah penting untuk mendapatkan sumber sejarah daripada generasi tua yang terlibat secara langsung dalam upacara adat selagi mereka masih hidup. Oleh yang demikian, kajian mengenai adat ini perlu dilakukan sebagai salah satu usaha pemuliharaan untuk generasi akan datang.

Pendokumentasian ini penting bagi memulihara warisan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut. Pemuliharaan ini perlu, memandangkan ramai bobolizan yang menjalankan adat ini telah meninggal dunia.

Kebanyakan waris bobolizan tidak berminat untuk mempelajari ilmu memuja semangat padi. Tambahan pula, waris-waris bobolizan yang mengetahui pelaksanaan adat ini ada yang telah berpindah dan menetap ke daerah lain. Perpindahan ini menyebabkan maklumat mengenai adat memuja semangat padi sukar diperoleh kerana waris bobolizan tidak dapat di hubungi. Manakala, generasi tua yang pernah menyaksikan adat ini dijalankan pada masa dahulu semakin berkurangan. Ini disebabkan ramai dalam kalangan mereka telah meninggal dunia. Maka, sewajarnya kajian adat memuja semangat padi masyarakat kadazandusun di Membakut dapat direkodkan dan didokumentasikan sebagai bahan rujukan kepada generasi yang akan datang seterusnya dapat memperkayakan nashkah sejarah adat istiadat masyarakat di

Malaysia.

Di samping itu, terdapat percanggahan pendapat antara generasi tua dalam memberikan pendapat ritual adat memuja semangat. Terdapat segelintir generasi tua

19 menyatakan bahawa ritual adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di

Membakut dijalankan melalui tiga peringkat iaitu di peringkat awal penanaman padi, semasa menuai padi dan selepas menuai padi. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar generasi tua yang menyatakan bahawa ritual adat memuja semangat padi dijalankan melalui dua peringkat. Sehubungan itu, kajian ini penting bagi menolak pendapat bahawa terdapat tiga peringkat ritual memuja semangat padi di

Membakut.

Kajian ini juga penting untuk mengenalpasti perbezaan ritual adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut dengan dearah lain yang telah dikaji oleh penulis sejarah seperti Penampang, Tempasuk (Kota Belud), Papar,

Ranau, Tambunan dan Putatan. Kajian penulis mendapati terdapat perbezaan ritual adat memuja semangat padi terutama dari aspek pelaksanaannya. Pelaksanaan ritual adat memuja semangat padi di Penampang, Tempasuk, Papar, Ranau, Tambunan dan

Putatan bermula daripada proses membersihkan tanah sawah, proses menanam padi, proses menuai padi sehingga tamat musim menuai padi. Namun, di Membakut pelaksanaan ritual adat memuja semangat padi bermula apabila padi telah masak dan sesuai untuk dituai sehingga selesai musim menuai padi. Ini menjelaskan bahawa masyarakat Kadazandusun di Membakut tidak menjalankan ritual adat memuja semangat padi bagi proses membersihkan tanah sawah dan proses menanam padi.

Penjelasan ini penting bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat luar bahawa semua masyarakat Kadazandusun di Sabah menjalankan amalan peringkat ritual adat memuja semangat padi yang sama.

Sehubungan itu, maka wajarlah kajian mengenai adat memuja semangat padi ini dapat didokumentasikan. Pendokumentasian ini penting sebagai satu cara untuk

20 masyarakat Malaysia khasnya di Sabah mengetahui secara lengkap mengenai perkembangan, cabaran serta kelangsungan adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut. Malahan, kepentingan ini juga menyebabkan pemimpin-pemimpin masyarakat di Membakut turut menyokong dan mengakui bahawa kajian serta pendokumentasian yang dijalankan oleh pengkaji merupakan salah satu usaha ke arah pemuliharaan adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut ini. Berikut merupakan hasil temubual pengkaji dengan Ketua Daerah iaitu Haji Muadi yang menyatakan sokongan terhadap kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

“Bah…ngam la atu…kau membuat kajian adat ani…sampai sakarang ani balum ada lagi penulisan tantang adat istiadat Kadazandusun di Membakut….minta maaf lah banyak-banyak tidak dapat mambari maklumat yang langkap mengenai adat ani…tapi aku manyokong kau mambuat kajian dan menulis buku manganai adat puja semangat padi…mun kau mamarlukan bantuan maklumat lain…kau jumpa saja kerani yang berkaitan…kami santiasa menyokong kau.”46

Selain itu, Ketua Anak Negeri bagi masyarakat Kadazandusun di Membakut iaitu Encik Robit Awong turut menyatakan sokongan terhadap kajian yang dilakukan oleh penulis. Berikut merupakan temubual penulis dengan beliau,

“Saya menyukung panuh dangan kajian mamuja samangat padi ini…..saya harap dengan adanya kajian ini, urang lain tahu bahawa di Membakut ini pun ada adat mamuja samangat padi….kalau kau tidak buat ini kajian…..mesti ini adat akan hilang begitu saja….sayang pula kalau itu adat hilang begitu saja.”47

Kajian ini adalah untuk meneliti kembali perkembangan adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut. Adat

46 Temubual bersama Haji Muadi Saman, Ketua Daerah, Pejabat Daerah Kecil Membakut, Jam 10.00 pagi, 03 Februari 2014. 47 Temubual bersama Robit Awong, Ketua Anak Negeri (Kadazandusun) Membakut, Jam 2.30 petang, 24 April 2014.

21 merupakan peringatan am yang mencerminkan tingkah laku dan pedoman kepada tatasusila dalam masyarakat tertentu.48

1.7 PEMBAHAGIAN BAB

Kajian ini dibahagikan kepada enam bab yang disusun secara kronologi. Bab satu merupakan bab pengenalan yang menjelaskan tentang prosedur keseluruhan bab merangkumi latar belakang kajian, objektif kajian, kenyataan hipotesis, pendekatan kajian, sorotan literatur, kepentingan kajian dan pembahagian bab.

Bab dua akan meninjau sejarah ringkas latar belakang pengasasan Membakut serta demografi Membakut pada masa kini. Selain itu, bab ini akan menjelaskan istilah Kadazan, Dusun dan Kadazandusun serta sejarah asal usul masyarakat

Kadazandusun di Sabah. Kupasan mengenai asal usul masyarakat Kadazandusun akan dibahagikan kepada tiga iaitu melalui penyelidikan arkeologi, teori migrasi dan melalui cerita mitos. Selanjutnya, pengkaji juga membincangkan mengenai kedatangan masyarakat Kadazandusun ke Membakut.

Bab tiga akan menjelaskan kedatangan British dan adat memuja semangat padi. Perbincangan mengenai kedatangan British meliputi perkembangan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Sabah sebelum dan selepas kedatangan British. Dalam bab ini juga dijelaskan bagaimana penerimaan pentadbir

Sabah sebelum kedatangan British iaitu Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) terhadap amalan memuja semangat padi. Selain itu, huraian mengenai bagaimana penerimaan kerajaan British iaitu selepas kedatangan British ke Sabah terhadap amalan memuja semangat padi. Selanjutnya, bab ini juga akan membincangkan

48 Said, “Adat dicipta untuk Keharmonian,” 53

22 kepercayaan masyarakat Kadazandusun di Membakut terhadap semangat padi.

Perbincangan ini mencakupi asal usul dan kepentingan adat memuja semangat padi.

Bab empat akan membincangkan pengekalan tradisi mendorong kepada perkembangan adat memuja semangat padi, 1960-an sehingga tahun 1980-an di

Membakut. Terdapat tiga aspek utama pengekalan tradisi masyarakat Kadazandusun di Membakut. Antara aspek tersebut ialah adanya bobolizan yang boleh menjalankan ritual memuja semangat padi. Aspek yang kedua ialah masyarakat Kadazandusun yang masih mengamalkan kepercayaan animisme. Aspek yang ketiga ialah kepatuhan kepada pantang larang berpadi. Selain pengekalan tradisi, kupasan mengenai empat faktor lain yang mendorong kepada perkembangan adat memuja semangat padi turut dibincangkan antaranya ialah peranan Kadazan Dusun Cultural

Association (KDCA), perkembangan Pesta Menuai, perkembangan ritual memuja semangat padi dan perkembangan penanaman padi.

Bab lima membincangkan tentang kemerosotan adat memuja semangat padi dalam arus pemodenan, 1990-an. Pengkaji akan menjelaskan senario pengamalan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut, 1990-an sehingga mencapai era kemerosotannya. Turut dibincangkan juga secara jelas tentang sebab berlakunya kemerosotan adat ini. Terdapat empat sebab berlakunya kemerosotan ini iaitu faktor agama, dominasi kaum Brunei dalam sektor penanaman padi, tiada pakar ritual memuja semangat padi dan penggunaan teknologi dalam penanaman padi. Selain itu, bab ini juga meneliti tentang legasi adat memuja semangat padi. Terdapat tiga legasi yang akan dibincangkan dalam bab ini iaitu perayaan Pesta Menuai, unduk ngadau dan sugandoi dan mempengaruhi sosiobudaya masyarakat Kadazandusun.

23

Bab enam merupakan bab penutup penulisan tesis ini, melalui bab ini pengkaji akan memberi suatu rumusan mengenai keseluruhan dapatan kajian.

Pengkaji akan menjelaskan bagaimana masyarakat Kadazandusun dan pihak pentadbir Membakut menjalankan usaha pemuliharaan kelangsungan adat memuja semangat padi. Bab ini turut membincangkan bagaimana perayaan Pesta Menuai menjadi medium utama bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelbagai masyarakat di Sabah khasnya dan secara umumnya di Malaysia.

24

BAB DUA

MEMBAKUT DAN MASYARAKAT KADAZANDUSUN

2.0 PENGENALAN

Semasa pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah yang bermula pada tahun 1881, Pihak SBBU tidak meluaskan pengaruhnya ke Membakut.

Pada tahun 1897, Membakut merupakan satu-satunya kawasan di bahagian Pantai

Borneo Utara yang berada di luar pengaruh SBBU. Usaha pengambilalihan SBBU ke atas Membakut bermula pada tahun 1898 apabila SBBU menyedari bahawa

Membakut merupakan salah satu kawasan yang sama seperti daerah Putatan iaitu kaya dengan hasil padi dan sagu.1 Sehubungan itu, bab ini akan membincangkan sejarah pengambilan Membakut oleh SBBU. Di samping itu bab ini juga akan membincangkan istilah dan asal usul Kadazandusun di Sabah, diikuti dengan asal usul Membakut dan masyarakat Kadazandusun di Membakut. Kupasan mengenai masyarakat Kadazandusun di Membakut adalah penting kerana kajian ini berkaitrapat dengan adat masyarakat tersebut iaitu adat memuja semangat padi.

2.1 SEJARAH MEMBAKUT

Kajian mendapati bahawa sejarah awal mengenai Membakut telah wujud sebelum pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah. Kewujudan

Membakut tercatat di dalam buku Owen Rutter yang bertajuk British North Borneo:

An Account of its History, Resources and Native Tribes.2 Beliau menyatakan bahawa pada 8 Julai 1846 dan 14 Ogos 1846 Laksamana Cochrane, Rajah Brooke dan

Kapten Mundy telah menyerang kubu Haji Saman yang terletak di Membakut.3

Selain itu, The North Borneo Herald juga mencatatkan mengenai perkembangan

1 Rutter, British North Borneo, 137. 2 Ibid, 107. 3 Ibid.

25

Membakut semasa pentadbiran SBBU. Antara lain, akhbar tersebut melaporkan bahawa „the Kingdom of Brunei, apart from its two offshoots Sarawak and North

Borneo, has many fine rivers within its boundaries, including the Limbang, Trusan,

Padas, Kalias, Membakut, Bangawan and Tutong‟.4 Selain itu, laporan akhbar kedua pula menyatakan „A deputation of chiefs from the Membakut and Bangawan rivers waited on the Governor and Mr. Dent and begged that their rivers might be taken over by company‟.5 Laporan akhbar ketiga menyatakan bahawa „the North Borneo

Company believe that in addition to this they shall shortly be able to announce the acquisition by purchase of the Inanam, Membakut and other rivers the native chiefs of which are willing to come under the Company rule.‟6 Tuntasnya, laporan-laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa Membakut merupakan salah sebuah daripada kawasan yang ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

Semasa pentadbiran British di Sabah, terdapat juga laporan mengenai

Membakut di dalam akhbar North Borneo News and Sabah Times. Laporan tersebut menerangkan secara ringkas mengenai sejarah kewujudan Membakut.7 Sejarah awal

Membakut bermula apabila kawasan tersebut dikenali sebagai „boa‟ yang bermaksud perkuburan. Hal ini sedemikian kerana, penduduk yang menetap di kawasan „boa‟ sering mencetuskan pergaduhan. Natijahnya, penduduk yang meninggal dunia akibat pergaduhan tersebut akan dikebumikan di kawasan ini. Pergaduhan demi pergaduhan telah memberi kesan buruk ke atas penduduk yang menetap di kawasan tersebut lalu bagi mengelakkan serangan daripada luar, penduduk „boa‟ telah membina sebuah kubu pertahanan. Oleh yang demikian, „boa‟ telah bertukar nama kepada Membakut

4 The North Borneo Herald, (1883): 2. 5 Ibid. 6 The North Borneo Herald, (1890): 1-2. 7 North Borneo News and Sabah Times, (1961): 5.

26 yang bermaksud kubu yang besar dan kukuh.8 Asal usul nama Membakut tersebut tidak disanggah kebenaran kerana maklumat yang diperolehi daripada pejabat daerah

Membakut juga ada menyatakan bahawa perkataan „Membakut‟ berasal daripada perkataan „bakut‟ yang membawa maksud „kota‟. Pembinaan kota tersebut telah diusahakan oleh oleh Haji Saman. Manakala perkataan „mem‟ adalah kata perbuatan.

Apabila digabungkan perkataan tersebut menjadi Membakut yang memberi maksud

„membuat kota‟.9

Namun, sejarah lengkap mengenai asal usul dan pentadbiran Membakut banyak diperolehi oleh pengkaji melalui buku yang ditulis oleh Francis Lai Teck Lan bertajuk Membakut Recalled serta petikan melalui akhbar Borneo Mail yang bertajuk

Ketua Tentera Sultan Brunei Pengasas Membakut. Menurut Francis Lai dan petikan akhbar Borneo Mail, sebelum kedatangan British, pada penghujung kurun ke- 18 terdapat beberapa buah perkampungan di Membakut. Namun demikian kawasan tersebut tidak mempunyai sebarang nama yang khusus. Penduduk yang menetap di kawasan ini hidup dengan suasana aman dan harmoni tanpa gangguan daripada pihak luar. Oleh kerana tanah tempat mereka tinggal itu tidak dimiliki oleh sesiapa, maka mereka bebas mengerjakan penanaman dan petempatan di mana-mana kawasan tanpa dikenakan cukai. Oleh itu, para penduduk yang menetap di kawasan itu hanya memanggilnya sebagai „Tanah Bebas‟ memandangkan mereka bebas daripada sebarang penguasaan luar. Walau bagaimanapun, panggilan bagi istilah „Tanah

Bebas‟ tidak kekal lama. Hal ini sedemikian kerana pada penghujung kurun ke-18 keadaan mula berubah apabila sekumpulan lanun yang diketuai oleh Haji Saman datang dan mendirikan kubunya di kawasan tersebut.10 Sehubungan itu, kajian mendapati bahawa asal usul Membakut dikaitkan dengan pembinaan kubu

8 North Borneo News and Sabah Times, (1961): 5. 9 Profail Daerah Kecil Membakut, (Membakut: Pejabat Daerah Kecil Membakut, 2012): 13. 10 “Ketua Tentera Sultan Brunei Pengasas Membakut,” Borneo Mail, (1995): 6.

27 pertahanan oleh Haji Saman. Hal ini kerana terdapat persamaan fakta asal usul mengenai Membakut yang dicatat melalui akhbar North Borneo News and Sabah

Times, kajian Francis Lai, petikan akhbar dan maklumat yang diperolehi daripada

Pejabat Daerah Membakut.

Haji Saman merupakan ketua tentera yang telah membelot kepada Kesultanan

Brunei. Pembelotan ini berlaku kerana Haji Saman berpakat dengan Pengiran Hassim yang merupakan anakanda kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk membunuh

Rajah Muda Hassim yang merupakan ayah saudara kepada Sultan Omar Ali

Saifuddin II, Pengiran Berudin yang merupakan salah seorang kerabat Kesultanan

Brunei serta semua kaum kerabatnya, namun perancangan tersebut menemui kegagalan.11 Semasa menduduki Membakut, Haji Saman telah menyerang dan menakluki beberapa perkampungan dan seterusnya menjadikan penduduk yang ditakluknya sebagai hamba abdinya. Bagi penduduk yang enggan menurut perintah, mereka akan dibunuh tanpa belas kasihan. Tindakan Haji Saman yang kurang bijak itu telah menyebabkan beliau mempunyai banyak musuh.12 Bagi mengukuhkan kedudukannya, beliau telah mendirikan sebuah istana yang sangat besar terletak di atas bukit yang curam dan di bawah bukit tersebut terdapat sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Membakut.13 Haji Saman turut membina dinding besar yang diperbuat daripada tanah liat mengelilingi istananya. Dengan terbinanya dinding tersebut, maka terbentuklah sebuah kubu pertahanan.14

Setelah Haji Saman berpindah ke Membakut, beliau tidak lagi diancam oleh

Kesultanan Brunei. Ketiadaan ancaman daripada Kesultanan Brunei, menyebabkan

11 Rutter, British North Borneo, 107. 12 Lai, Membakut Recalled, 9. 13 Rutter, British North Borneo, 107. 14 Lai, Membakut Recalled, 11.

28

Haji Saman mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin Membakut dan mengukuhkan kedudukannya di daerah tersebut.15 Dengan pengisytiharan tersebut telah menukar Membakut sebagai „Tanah Bebas‟ kepada „Tanah Lanun‟. Setelah kedatangan pihak British ke daerah Membakut di bawah pimpinan Kapten Mundy untuk memburu Haji Saman kerana dianggap sebagai lanun dan terlibat dengan penentangan pihak British, akhirnya pihak British berjaya menawan kubu Haji

Saman. Tetapi mereka gagal menangkap Haji Saman. Walaupun Haji Saman telah berjaya melarikan diri dan berlindung di kawasan hutan rimba, namun beliau dipercayai telah meninggal dunia kerana mengalami cedera parah semasa dalam pelarian tersebut.16

Selepas era pemerintahan Haji Saman, pihak British tidak meluaskan pengaruhnya ke atas Membakut kerana menganggap Membakut tidak mempunyai kepentingan ekonomi. Keadaan ini menyebabkan terdapat segelintir penduduk yang mengikuti jejak Haji Saman dengan merompak, mencuri serta menganggu ketenteraman penduduk. Ketiadaan kuasa daripada pihak British, menyebabkan penduduk-penduduk Membakut menjalankan pemilihan untuk melantik seorang ketua bagi memimpin daerah Membakut. Atas persetujuan semua penduduk

Membakut, mereka telah memilih Bauda yang merupakan seorang suku kaum

Kadazandusun berbadan besar dan gagah untuk memimpin penduduk tempatan serta mengetuai penduduk di Membakut. Bauda berasal dan menetap di Ulu Membakut.

Namun, bagi memudahkan tugas-tugas pentadbirannya, beliau telah berpindah dan menetap ke Kampung Limantak Membakut. Bauda turut melantik tiga orang

15 Rutter, British North Borneo, 80. 16 Lai, Membakut Recalled, 11.

29 pembantunya yang terdiri daripada Pengiran Abbas, Ilataraja dan Datu Dasin demi membantu dan mengukuhkan pentadbiran beliau di Membakut.17

Pengiran Abbas yang merupakan seorang yang beragama Islam telah ditempatkan di bahagian Utara-Barat yang mempunyai ramai penduduk beragama

Islam. Kawasan jagaan beliau termasuklah Kampung Pimping dan Kampung Brunei.

Manakala, Ilataraja pula diberi kuasa menjaga di Kampung Bingkulas dan di sekitarnya di bahagian Selatan-Barat. Sementara itu, kawasan Sungai Damit di bahagian Utara dikuasai oleh Datu Dasin. Akhir sekali, Bauda telah menjadi ketua bagi Membakut dan menguasai kawasan-kawasan yang selebihnya di bahagian

Timur. Setahun selepas pelantikannya sebagai pemimpin, Bauda dan ketiga-tiga ketua bahagiannya mendapat pelawaan dari Sultan Brunei untuk mengadap Baginda.

Sebagai tanda pengiktirafan Sultan Brunei, kesemua mereka ini telah dihadiahkan

„Kain Kerai‟(baju kalis peluru), sepasang baju dan sepasang seluar. Sultan Brunei juga telah memberi gelaran Orang Kaya Kaya (O.K.K) Datuk Temenggong kepada

Bauda. Bauda juga diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa yang enggan menurut perintah ataupun para penjenayah.18

Pemberian gelaran OKK kepada Bauda menyebabkan Membakut diminta untuk menghantar ufti setiap tahun kepada Sultan Brunei. Dengan penghantaran ufti ini, penduduk-penduduk Membakut beranggapan bahawa mereka berada di bawah naungan Kesultanan Brunei lalu menamakan wilayah mereka sebagai „Tanah Raja‟.19

Pada tahun 1870-an dan 1880-an, Membakut menjadi salah satu daripada jajahan

Kesultanan Brunei.20 Semasa Membakut menjadi jajahan ini, Kesultanan Brunei

17 Shim, Inland People of Sabah, 37. 18 Lai, Membakut Recalled, 10. 19 Ibid, 11. 20 Lihat peta Lampiran 1.

30 telah melantik pihak yang berkuasa seperti Datuk Amir Bahar, Datuk Bahar, Datuk

Digadong, Datuk Setia dan Pengiran Maharaja Lela menjadi ketua jajahan di daerah tersebut secara bergilir-gilir.21

Peta 2.1 : Jajahan Kesultanan Brunei di kawasan Barat Sabah pada Tahun 1870.

Sumber : D.S. Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865-1941: The Dynamics of Indigenous Society (Kota Kinabalu: Bahagian Kabinet dan Dasar, 2011), 64.

Terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai cara Membakut diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Pendapat yang pertama dikemukakan oleh D. S Ranjit Singh, menunjukkan bahawa semua penduduk

21 Singh, The Making of Sabah 1865-1941, 69.

31

Membakut mahu ditadbir oleh pihak British. Pada tahun 1870-an dan 1880-an ramai ketua tempatan termasuk etnik Brunei-Melayu mendapati kedudukan mereka diketepikan oleh pihak berkuasa Brunei. Mereka tidak diajak berbincang dalam soal percukaian termasuk rundingan tentang keselamatan dan pentadbiran yang adil. Oleh itu, pada tahun 1881 Pengiran Mohamad Abbas dari Padas telah menjalankan pemberontakan dan menentang pihak berkuasa Brunei serta mendesak Sultan Brunei mentadbir secara terus tanpa adanya ketua jajahan yang dipimpin oleh pihak yang berkuasa. Keadaan yang sama juga berlaku di wilayah jajahan Brunei iaitu

Membakut.22

Pada tahun 1886, apabila SBBU mengukuhkan kuasa di Borneo Utara, ketua jajahan Membakut Datuk Abdullah berjumpa dan memberitahu kepada Penolong

Residen, D. D. Daly bahawa semua rakyat telah bersedia memindahkan taat setia kepada SBBU dan memohon keselamatan mereka dapat dijamin oleh SBBU daripada tuntutan oleh pihak berkuasa Brunei. Bermula pada tahun tersebut, SBBU telah mengukuhkan kuasa mereka di Membakut.23

The Chartered Company had bought, for value and in correct form, and form both royal claimants, the rights of overlord throughout the territory it now governs, but the acquisition of the rights of the feudal lords was more lengthy process, which was only concluded in 1902, when the cession of the Membakut District made the Company de facto as well as de jure the real rulers of North Borneo.24

Pendapat kedua yang dikemukakan oleh Francis Lai Teck Lan. Pada tahun

1890-an daerah Beaufort telah diambil alih oleh SBBU dan pengambilalihan daerah

Beaufort ini mendorong SBBU untuk menguasai Membakut memandangkan

Membakut sahaja yang belum dikuasai, SBBU telah berunding dengan Sultan Brunei untuk menjual Membakut kepada mereka. Walau bagaimanapun, Sultan Brunei

22 Singh, The Making of Sabah 1865-1941, 79. 23 Ibid. 24 Rutter, The Pagans of North Borneo, (London: Hutchinson & Co, 1929), 28.

32 enggan menjual Membakut dan keengganan ini turut disuarakan oleh penduduk tempatan. Mereka tahu sekiranya Membakut diambil alih oleh SBBU, penduduk tempatan akan dikenakan cukai dan mereka juga tidak dibenarkan mengerjakan tanah di mana-mana kawasan dalam Membakut. Tambahan pula, penentangan penduduk tempatan terhadap SBBU didorong oleh kumpulan yang dipercayai merupakan penyokong Mat Salleh.25

Kegagalan SBBU mendapatkan Membakut telah mendatangkan masalah kepada SBBU dalam melaksanakan projek pembinaan keretapi. Ini kerana, pada waktu yang sama pihak SBBU sedang menjalankan pembinaan landasan keretapi yang menghubungkan daerah Beaufort ke Jesselton. Pembinaan landasan keretapi ini akan merentasi Membakut, tetapi penduduk tempatan telah membuat bantahan dan tidak membenarkan landasan tersebut dibina di Membakut. Walau bagaimanapun, pihak SBBU tidak berputus asa. Pada tahun 1898, SBBU telah membuat perundingan dengan Sultan Brunei dan setelah empat tahun perundingan dilakukan akhirnya pada tahun 1902, Sultan Brunei telah bersetuju menyerahkan Membakut kepada SBBU.26

Berdasarkan sumber bertulis SBBU, sepertimana yang digunakan oleh penulis Ranjit

Singh didapati bahawa penduduk Membakut bersedia menerima pengambilalihan

Membakut oleh SBBU.

Semasa pentadbiran SBBU di Membakut, jawatan Bauda sebagai ketua penduduk tempatan dikekalkan. Beliau juga dibenarkan untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seperti yang telah ditetapkan oleh adat istiadat tempatan. Bauda juga dibayar gaji sebanyak 40 dollars Sepanyol sebulan dan sebuah rumah besar di Kampung

Kinanap berdekatan dengan Kampung Brunei. Namun begitu, beliau tidak lagi

25 Lai, Membakut Recalled, 10. 26 Ibid.

33 dibenarkan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah-pesalah seperti yang telah beliau lakukan sebelum ini. Pada tahun 1920, setelah kematian Bauda, beliau telah digantikan oleh anaknya iaitu Massu. Pihak SBBU juga mengiktiraf dan membenarkan Massu untuk menggunakan gelaran OKK Datuk Temenggong.

Semasa pemerintahan Massu, pihak SBBU telah membina mahkamah tempatan serta balai polis yang terletak di Pekan Membakut sekarang.27

Selepas kematian Massu ketika berusia 90 tahun, pihak British telah melantik

Tagong sebagai ketua kampung bagi suku kaum Kadazandusun di Membakut.

Sementara itu, Pengiran Abbas telah dilantik menjadi ketua masyarakat Islam di

Membakut. Pada tahun 1913, Pengiran Abbas telah dilantik menjadi Ketua

Mahkamah Daerah Beaufort. Jawatan beliau di Membakut telah diambil alih oleh

Awang Damit. Manakala bagi kawasan Sungai Damit, Datu Mayag telah digantikan oleh Datuk Bahunda.28

2.2 DEMOGRAFI MEMBAKUT

Berdasarkan kajian pengkaji, Membakut dikenali sebagai daerah kecil kerana ia terkandung dalam kawasan daerah Beaufort. Selain daripada Membakut, terdapat lapan buah daerah kecil lain yang terkandung dalam daerah Beaufort iaitu pekan

Beaufort, Bukau, Gadong, Kota Klias, Limbawang, Lingkungan, Padas Damit dan

Weston. Membakut terletak lebih kurang 70 km dari bandar Kota Kinabalu dan 20 km dari daerah Beaufort. Kawasan ini berkeluasan lebih kurang 83 batu atau 132.8 km persegi dengan keadaan bentuk muka bumi yang rendah dan mempunyai ketinggian 20 kaki dari paras laut, 80% adalah tanah rata dan 20% tanah berbukit.29

27 Ibid, 14. 28 Ibid. 29 Profail Daerah Kecil Membakut, 13.

34

Membakut berhadapan dengan Teluk Kimanis dengan bentuk pantai (Pantai

Pimping) yang menganjur sejauh 20 km.30

Membakut ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Daerah Kecil Membakut dibantu oleh dua orang Ketua Daerah, lima orang Ketua Anak Negeri, 17 orang

Wakil Ketua Anak Negeri, dua orang Ketua Masyarakat Cina dan 34 orang Ketua

Kampung. Pentadbiran Membakut berada dibawah pentadbiran pejabat daerah

Beaufort. Namun demikian, segala kegiatan dan kemajuannya adalah di bawah tanggungjawab pejabat daerah kecil Membakut. Membakut dibentuk oleh empat buah mukim iaitu mukim Pimping dan Binsuluk meliputi 26 buah kampung, mukim

Bandau meliputi 43 buah kampung, mukim Mawao meliputi 23 buah kampung dan mukim Bambangan meliputi 11 buah kampung.

Berdasarkan profail Membakut, pada tahun 2012 bilangan penduduk semasa di Membakut adalah seramai 21,900 orang yang terdiri daripada pelbagai kelompok etnik seperti Brunei, Kadazandusun, Cina dan lain-lain. Kaum Melayu/Brunei merupakan yang paling ramai di daerah ini iaitu sebanyak 13,337 orang. diikuti kaum Kadazandusun sebanyak 7, 456 orang, kaum Cina sebanyak 800 orang dan lain-lain sebanyak 307 orang.

Jadual 2.1 : Populasi Penduduk di Membakut Mengikut Kaum.

Bil Etnik Populasi

01. Melayu/Brunei 13,337 orang 02. Kadazan/Dusun 7,456 orang 03. Cina 800 orang 04. Lain-lain 307 orang Jumlah 21,900 orang Sumber : Profail Daerah Kecil Membakut, Pejabat Daerah Kecil Membakut, (2012).

30 Sila lihat Peta 1.

35

2.3 ISTILAH KADAZANDUSUN

Hasil kajian mendapati bahawa banyak istilah yang ditakrifkan oleh penulis-penulis mengenai Kadazan dan Dusun. Takrifan mengenai istilah Kadazan dan Dusun dapat dibahagikan kepada dua iaitu takrifan berdasarkan penulis abad ke-20 dan takrifan berdasarkan penulis abad ke-21. Berdasarkan penulis abad ke-20 seperti Rutter melalui bukunya yang bertajuk The Pagans of North Borneo ada menyatakan bahawa nama Dusun berasal daripada perkataan „dusun‟ yang merujuk kepada kebun atau kawasan pedalaman. Orang Dusun bererti orang dari kebun atau desa atau men of the orchards or gardens. Manakala, Kadazan merupakan mereka yang tinggal di bahagian pantai barat Sabah terutama di Papar dan Penampang.31 Evans melalui bukunya yang bertajuk Among Primitive Peoples in Borneo menyatakan bahawa,

Orang Dusun is not the name used by these natives to describe themselves: the people of each districtor each assemblage of village communities employs a different term, but it is a name, meaning people of the orchards (orang – people, dusun – an orchards) used by the Malays to denote those inhabitants of the greater part of the interior of British North Borneo who appear to them to be of similar culture, and live in villages surrounded by coconut palms and fruits trees.32

Staal melalui catatannya yang bertajuk The Dusun of North Borneo: Their Social Life menyatakan bahawa mereka yang tinggal di kawasan dataran tanah rendah khususnya di kawasan pantai barat menamakan diri mereka sebagai Kadazan.33

Berdasarkan takrifan penulis abad ke-21 seperti Ooi K.G melalui buku yang diterjemahkannya yang bertajuk A Historical Encyclopedia of the People of Asia and

Oceania menyatakan bahawa Kadazan adalah antonim kumpulan Dusun di Papar dan Penampang. Manakala, Dusun pada asalnya merupakan istilah yang digunakan oleh masyarakat Muslim yang menetap di kawasan pesisiran pantai kepada petani di

31 Rutter, The Pagan of North Borneo, 30. 32 I. H. N Evans, Among the Primitive People in Borneo, (London: Seely Service & Co. Ltd, 1922), 35. 33 Staal, The Dusun of North Borneo, 923.

36 kawasan pedalaman yang bertutur bahasa Dusun. Walau bagaimanapun, sejak tahun

1980-an, istilah Dusun yang merupakan antonim kepada sebilangan besar penduduk yang mendiami kawasan Tuaran, Kota Belud sehingga ke kawasan Ranau.34 Dayu

Sansalu melalui bukunya yang bertajuk Kadazandusun di Sabah: Pendidikan dan

Proses Pemodenan 1881-1967 menyatakan perkataan Kadazandusun itu berasal daripada perkataan Kadazan dan Dusun. Kedua-dua perkataan tersebut disatukan menjadi Kadazandusun yang merujuk kepada suatu kaum atau orang atau bangsa atau masyarakat terawal di Sabah.35 West melalui bukunya yang bertajuk

Encyclopedia of the People of Asia and Oceania menyatakan bahawa Kadazan berasal dari lembah-lembah dan delta dataran pantai barat Sabah yang menjalankan kegiatan penanaman sawah padi. Dusun pula mendiami kawasan bukit di bahagian pedalaman negeri Sabah. 36 Manakala, Pugh-Kitingan melalui bukunya yang bertajuk

Kadazan Dusun menyatakan bahawa istilah Kadazan berasal daripada kakadayan

(dialek Dusun Tengah) atau kakadazan (dialek pesisir pantai) yang bermaksud lokasi kedai atau gerai perniagaan yang diambil daripada perkataan kadai yang bermaksud kedai.37

Penggunaan istilah Kadazan semakin dikenali sejak penubuhan Persatuan

Kadazan (The Society of Kadazans) dan pengenalan Kelab Kadazan di pelbagai daerah oleh Donald Stephen pada tahun 1953. Kemuncak kegemilangan penggunaan istilah Kadazan iaitu penubuhan sebuah parti politik iaitu Pertubuhan Kebangsaan

Kadazan Bersatu atau United National Kadazan Organisation (UNKO) pada tahun

34 Ooi Keat Gin (eds), : A Historical Encyclopedia from Angkor Wat to East Timor, (California: ABC Clio, 2004), 705. 35 Sansalu, Kadazandusun di Sabah, 41. 36 Barbara A. West, Encyclopedia of the People of Asia and Oceania (New York: An Imprint of Infobase Publishing, 2009), 356. 37 Jacqueline Pugh-Kitingan, Kadazan Dusun (Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2012), 13.

37

1961.38 Selain itu, pada tahun 1963, penubuhan Persatuan Kebudayaan Kadazan atau

Kadazan Cultural Association (KCA) turut menyumbang kepada kepopularan penggunaan istilah Kadazan.39

Semenjak tahun 1992, kerajaan negeri Sabah secara rasminya mengiktiraf gandingan nama Kadazandusun, dan ini digambarkan pada pertukaran nama

Persatuan Kebudayaan Kadazan atau Kadazan Cultural Association (KCA) kepada

Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun atau Kadazan Dusun Cultural Association

(KDCA).40 Kadazandusun merujuk kepada beberapa kumpulan etnik yang bertutur bahasa yang sama yang dimiliki oleh keluarga bahasa Dusun. Komuniti-komuniti ini berkongsi sejarah yang sama serta ciri-ciri bahasa dan budaya. Selain itu,

Kadazandusun merujuk kepada kolektiviti kumpulan etnik di Sabah yang tergolong dalam keluarga bahasa Dusun. Istilah Kadazandusun dibina dari antonim dua kumpulan etnik dalam keluarga bahasa Dusun.41

2.4 ASAL USUL KADAZANDUSUN

Masyarakat Kadazandusun tradisional di Sabah sering dikaitkan dengan amalan animisme. Animisme merupakan kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat.42 Animisme juga merujuk kepada kepercayaan yang berkisar kepada semangat dan kuasa ghaib yang ada di alam sekeliling. Penganut animisme percaya bahawa setiap pokok, sungai, batu, gua dan objek-objek alam lain mempunyai

38 Ewon Benedick, Aspirasi dan Sumbangan UPKO 1961 – 2012 Memartabatkan Bangsa, (Penampang: Pejabat UPKO, 2012), 4. 39 Pugh-Kitingan, Kadazan Dusun, 15. 40 Ibid. 41 Carl Skutsch, Encyclopedia of the World Minorities (New York: Routledge, 2005), 679. 42 Kamus Dewan Edisi Keempat, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010), 62.

38 semangat yang harus didamaikan oleh mereka.43 Taylor mendefinisikan animisme sebagai „the general belief in spiritual beings.‟44

Manakala, Ryan menyatakan aspek yang paling penting dalam animisme ialah,

„the belief in semangat which exists in both men and things. All things, it was belived have semangat, from particular objects such as a certain tree or rock, to the more general as in the rice field ceremony.‟45 Dalam konteks yang lebih luas, animisme boleh ditakrifkan sebagai satu kepercayaan yang bersifat naturalistik dan berhubung rapat dengan sistem ekonomi alam sekeliling. Sistem kepercayaan ini merujuk kepada ciri-ciri yang terkandung dalam alam sekeliling yang dipercayai mempunyai kuasa dan semangat serta mempunyai hubungkait secara langsung dalam kehidupan manusia. Menurut catatan yang terdapat dalam majalah Malaysian Borneo „Until the mid-1960‟s, about 85% of the native in Sabah lived in the interiors and many practiced their own pagan belief despite the possible influence from Christian

Missionaries and Muslim traders.‟46

Sebelum kedatangan Islam dan Kristian, masyarakat Kadazandusun dianggap pagan atau animis. Malah, selepas kedatangan Islam dan Kristian, masih ada dalam kalangan masyarakat Kadazandusun yang mengamalkan kepercayaan animisme.47

Menurut kepercayaan animisme ini, masyarakat Kadazandusun percaya kepada kuasa luar biasa yang dimiliki tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi dan haiwan yang dinamai penunggu. Terdapat juga kepercayaan terhadap makhluk halus yang berkeliaran dan menunggu masa yang sesuai untuk mempengaruhi diri manusia

43 E. Pritchard, Teori Agama Primitif (terjemahan), (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,1987), 20. 44 Encyclopedia International, Bil. 1,( New York: Grolier Incorporated, 1973), 429. 45 N. J. Ryan, The Cultural Background of the Peoples of Malaya, (Kuala Lumpur: Longsman of Malaya,1962), 29. 46 “History Behind the Ka‟amatan Festival Sabah,” Malaysian Borneo Bil. III, (2010): 6. 47 Sansalu, Kadazandusun di Sabah, 59.

39 dengan cara mendatangkan penyakit, kecelakaan, malapetaka atau kebaikan. Bomoh atau pawang memainkan peranan penting untuk memujuk kuasa luar biasa tersebut supaya tidak mengganas dan merosakkan kehidupan manusia.48

Berlandaskan kepada amalan animisme ini, masyarakat Kadazandusun di

Membakut percaya bahawa terdapat dua jenis semangat iaitu semangat baik dan semangat jahat yang mesti dirayu, disanjung dan dipuja agar dapat membantu, tidak menganggu dan tidak membinasakan manusia. Dalam sistem kepercayaan masyarakat Kadazandusun di Membakut, semangat padi merupakan semangat yang dianggap mempunyai kuasa yang luar biasa untuk mendatangkan rezeki yang lumayan. Ini adalah kerana padi merupakan sumber ekonomi utama bagi masyarakat

Kadazandusun. Ini terbukti melalui catatan Gordon Wells bahawa „the

Kadazandusuns are the most important of the indigenous people. Much of the rice grown in Sabah is nurtured by these people and most days they are to be seen in the padi field- weeding, ploughing, planting, harvesting or threshing.‟49

Menurut kepercayaan masyarakat ini juga, peningkatan dan kemerosotan hasil padi dipercayai banyak bergantung kepada kehadiran semangat padi. Bagi mendatangkan hasil padi yang lumayan, maka masyarakat Kadazandusun hendaklah mengadakan upacara ritual memuja semangat padi. Menurut Wells;

The field which play such an essential part in their lives have their own spirits and the rice soul- something that carries on the life of the crops from year to year- is an important element in traditional religion. Many of the ceremonies are connected in one way or another with the annual cycle of rice cultivation. All are designed to ensure success or at least to lessen malignant spiritual interference and the reasons given.50

48 Ibid, 83. 49 Sabah Times Press, (1963): 1. 50 Alliston, Threatened Paradise, 83.

40

Menyentuh mengenai asal usul masyarakat Kadazandusun antara pengkaji sejarah yang mengkaji asal usul Kadazandusun di Sabah ialah Tom Harrison dan

Barbara Harrison,51 F.G Whelan,52 Owen Rutter,53 I.H.N Evans,54 Charles Hose,55

T.R Williams56 dan Benedict Topin57. Dapatan daripada kajian mereka mengenalpasti bahawa asal usul kewujudan Kadazandusun di Sabah dapat di bahagikan kepada tiga iaitu melalui penyelidikan arkeologi, teori migrasi dan cerita mitos.

Dapatan kajian Tom Harrison dan Barbara Harrison mendapati bahawa hasil penyelidikan arkeologi, terdapat artifak batu zaman pra Neolitik telah dijumpai di

Agop Atas (Gua Madai). Selain itu, terdapat artifak kebudayaan juga dijumpai di

Pusu Lumut, Gua Tapadong dan Sungai Segama di Sabah.58 Daripada penemuan ini dipercayai Sabah didiami oleh manusia kira-kira 40 000 tahun yang lalu. Adalah dipercayai juga bahawa masyarakat Kadazandusun merupakan penduduk asli atau penduduk paling awal mendiami negeri Sabah.59

Berdasarkan teori migrasi, Owen Rutter mengandaikan bahawa suku kaum yang terdapat di Sabah seperti Kadazandusun dipercayai berasal dari rumpun

Mongol yang tiba di Borneo atau Brunei. Rumpun Mongol ini datang dari Tanah

Besar Asia ke Borneo.60 Selain itu, Benedict Topin turut mengandaikan bahawa

51 Tom Harrison & Barbara Harrison, “The Prehistory of Sabah,” Sabah Society Journal Bil. IV, (1971): 363. 52 Whelan, A History of Sabah, 24. 53 Rutter, British North Borneo, 58. 54 Evans, Among Primitive People in Borneo, 30. 55 Charles Hose & William McDougall, The Tribes of Borneo, (London: Oxford University Press, 1912), 28. 56 Williams, The Dusun, 3. 57 Benedict Topin, “Some Aspect of the Kadazandusun Culture,” Kota Kinabalu:The Kadazan Cultural Conference, (1981): 11. 58 Harrison, “The Prehistory of Sabah,” 363. 59 Sansalu, Kadazandusun di Sabah, 28. 60 Rutter, British North Borneo, 58.

41 masyarakat Kadazandusun berasal dari rumpun Mongol. Menurut Topin, perpindahan dari Mongolia menuju ke arah Sunda di sebelah Selatan merangkumi ke arah Filipina, Kepulauan , Pulau Borneo, Semananjung Malaysia dan keseluruhannya di Laut China Selatan.61

F.G Whelan mengandaikan kaum Kadazandusun berasal dari Indo- Malayan iaitu dari . Menurut Whelan, pada kira-kira 15 000 tahun yang dahulu nenek moyang orang Dusun mula berhijrah dari China Selatan ke Vietnam, dari Vietnam ke

Filipina dan dari Filipina ke Borneo. Walau bagaimanapun, Whelan turut mengandaikan bahawa kemungkinan besar orang Kadazandusun berhijrah dari

Kepulauan Filipina ke Sabah. Hal ini disebabkan Whelan mendapati bahawa bahasa penuturan dan gaya hidup orang Kadazandusun sama seperti penduduk peribumi di

Filipina.62 Hujah Whelan turut disokong oleh Hose dan McDougall yang menyatakan bahawa iaitu kumpulan Indo-Malayan dari Indonesia dipercayai merupakan kumpulan manusia yang terakhir dalam siri penghijrahan penduduk di rantau ini pada zaman prasejarah dahulu. Kumpulan itu berhijrah dari tanah besar Asia ke

Kepulauan Asia termasuk Pulau Borneo dan seterusnya ke Sabah.63

Thomas Rhys William pula mengandaikan bahawa orang Negrito adalah suku manusia pertama yang sampai ke Asia Tenggara dan dipercayai pernah datang ke

Borneo. Mereka dipercayai berhijrah keluar dari China Selatan lalu berhijrah ke

Asia Tenggara dan pulau-pulau yang berhampiran termasuk Borneo kira-kira 15 000 hingga 20 000 tahun dahulu.64 William berpendapat bahawa pada masa dahulu daratan di rantau ini bersambung dan ini memungkinkan penghijrahan orang Negrito

61 Topin, “Some Aspect of the Kadazandusun Culture,” 11. 62 Whelan, A History of Sabah, 24. 63 Hose & McDougall, The Tribes of Borneo, 28. 64 Williams, The Dusun, 3.

42 ke Sabah kerana wujud orang Negrito di Pulau Palawan yang terletak di Filipina dan berhampiran dengan Sabah.65

Cerita mitos pada asalnya tidak bertulis kerana masyarakat Kadazandusun pada waktu dulu tidak mempunyai tulisan atau aksara. Oleh sebab itu, semua sumber ini bergantung kepada hafalan turun-temurun. Melalui hafalan dari segi etnologi tidak ada disebut dari mana tempat dan negeri mereka berasal. Masyarakat

Kadazandusun di Sabah hanya mempercayai bahawa asal usul keturunan mereka datangnya dari sebatang pokok ara yang besar berwarna merah yang dikenali sebagai nunuk ragang, Walau bagaimanapun, cerita mitos mengenai nunuk ragang ini boleh didapati dalam pelbagai versi mengikut suku kaum Kadazandusun dan daerah yang terdapat di negeri Sabah. Justeru, demi memelihara sejarah lisan kaum

Kadazandusun, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) pada tahun

1989 telah meminta bantuan daripada kerajaan negeri Sabah untuk mendirikan sebuah Tugu Peringatan Warisan Nunuk Ragang yang telah pun siap dibina pada 23

September 1995.66

Terdapat tiga versi cerita mitos berkaitan dengan asal usul masyarakat ini.

Menurut salah satu cerita mitos masyarakat Kadazandusun, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam.

Danau ini letaknya berdekatan dengan tempat yang sekarang ini bernama

Kampung Tampias di daerah Labuk Sugut, Sandakan. Pokok ara tersebut

65 Ibid, 4 66 Benedict Topin, Adat Resam Masyarakat Kadazandusun, (Kota Kinabalu: Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), 2003), 15.

43 keseluruhannya berwarna merah termasuk daunnya.67 Oleh itu, orang-orang Dusun atau Kadazan menyebut pokok ara itu sebagai nunuk ragang. Pada ketika itu tempat tersebut belum lagi didiami oleh manusia, kawasan tersebut hanya dipenuhi oleh hutan belantara yang didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja.

Pada masa itu, terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa. Semasa ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari makanan, tiba-tiba keluar seorang anak muda yang kacak dari bawah tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus mengais-ngais dan mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula seorang gadis yang sangat jelita. Hasil daripada keturunan mereka ini akhirnya berkembang dan mendiami kawasan nunuk ragang tersebut. Bermula daripada keturunan ini disebut sebagai nunuk ragang, yang dipercayai nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan hingga ke hari ini.68

Cerita mitos yang kedua ialah tentang asal usul Kadazandusun, juga berkaitan dengan nunuk ragang.69 Pada awalnya, ramai manusia dikatakan tinggal di kawasan persekitaran nunuk agang. Oleh kerana terdapat manusia yang jahat maka manusia yang baik mengambil keputusan untuk tinggal di atas pokok nunuk ragang.

Kebahagiaan dan kegembiraan yang dialami oleh manusia baik yang tinggal di atas pokok nunuk ragang tidak di senangi oleh manusia jahat yang tinggal di bawah pokok nunuk ragang. Oleh itu, manusia jahat tersebut telah melakukan pelbagai cara untuk mengganggu kehidupan manusia baik sehinggalah akhirnya semua manusia baik yang tinggal di atas pokok tidak tahan dengan perbuatan manusia jahat lalu

67 Abdul Halim Bandan, Cerita Tradisi Sabah Pelbagai Kaum, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006), 80. 68 Ibid, 6. 69 Temubual bersama Rod Rudolf Saimin, Kampung Minusoh, Telupid, Jam 9.00 pagi, 02 Februari 2014.

44 mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat tersebut dan berhijrah ke tempat lain seperti ke Kampung Telupid, Pitas dan Kudat . Penghijrahan inilah telah membentuk masyarakat Kadazandusun di negeri Sabah hingga ke hari ini.70

Cerita mitos yang ketiga juga berkait dengan nunuk ragang. Di tempat nunuk ragang adanya Sungai Kawanan (mengalir dari arah kanan) dan Sungai Kogibangan

(mengalir dari arah kiri) yang bergabung menjadi sungai besar, yang dinamakan

Sungai Liwogu yang bermaksud dalam dan tenang.71 Di kawasan tebing percantuman dua sungai itu telah ditumbuhi oleh sepohon pokok kayu ara (nunuk) yang besar sekali dan sesuai sebagai tempat berteduh. Mengikut cerita, penduduk asal di situ gemar bermandi-manda di Sungai Liwogu itu sambil yang lain dengan ramainya, naik dan berjemur di atas dahan-dahan pokok nunuk tersebut sehinggalah pokok nunuk itu kelihatan kemerah-merahan (ragang), jika dilihat dari jauh seolah- olah dihiaskan merah daripada warna kulit manusia yang ramai berjemur apabila dipancar cahaya matahari. Justeru pokok itu dipanggil sebagai nunuk ragang.

Sehingga kini, masyarakat Kadazandusun masih mempercayai bahawa pokok dan tempat nunuk ragang itu adalah keramat yang di segani.72

Perbincangan di atas menunjukkan terdapat variasi sumber yang telah diberikan oleh pengkaji terhadap sejarah asal usul orang Kadazandusun, baik berdasarkan penyelidikan arkeologi mahupun melalui teori migrasi. Begitu juga kaitan dengan cerita mitos tentang kewujudan masyarakat Kadazandusun yang dikatakan berasal daripada nunuk ragang, kerana sekiranya sesiapa yang bukan

70 Shim, Inland People of Sabah, 83. 71 Topin, Adat Resam Masyarakat Kadazandusun, 5. 72 Rutter, The Pagans of North Borneo, 228.

45 berasal daripada nunuk ragang bukanlah tergolong dalam masyarakat

Kadazandusun.73

Jadual 2.2 menunjukkan terdapat 53 pecahan suku kaum Kadazandusun di negeri Sabah. Pecahan suku kaum Kadazandusun ini menetap di kawasan yang berbeza mengikut daerah.

Jadual 2.2: Pecahan Suku-suku Kaum Kadazandusun di Negeri Sabah.

01. Abai Sungai 19. Bundu 37. Alumbis 02. Bagahak 20. Dusun 38. Baukan 03. Kawananan 21. 39. Gana 04. Kelobuan 22. Garo 40. Kalabakan 05. Lingkabau 23. Gonsomon 41. 06. Lobou 24. Kadazan 42. Kolod 07. Makiang 25. Kimaragang 43. Lundayeh 08. Melapi 26. Lintaga 44. 09. Paitan 27. Liwan 45. Ngabai/Nabay 10. Pingas 28. Lotud 46. Okolor 11. Sungai 29. Luba 47. Paluan 12. Sukang 30. Manantaga 48. Selungai 13. Sendayo 31. 49. Serundung 14. Tombonuo 32. Nulu 50. Sembangkung 15. Talantang 33. Panansawa 51. Sumambu 16. Ulu Kinabatangan 34. Rumanau 52. Tagol/Tagal 17. 35. Rungus 53. Timugon 18. Bonggi 36. Sindapak Sumber : Dayu Sansalu, Kadazandusun di Sabah:Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008), 431.

73 Jones, The Dusun of Penampang Plains in North Borneo, 117.

46

Peta 2.2 : Masyarakat Kadazandusun di Sabah.

Sumber : D.S. Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865-1941: The Dynamics of Indigenous Society (Bahagian Kabinet dan Dasar, Kota Kinabalu, 2011), 29.

2.5 ASAL USUL KADAZANDUSUN DI MEMBAKUT

Dapatan kajian mendapati bahawa hanya satu sahaja penulisan ringkas mengenai kewujudan masyarakat Kadazandusun di Membakut. Penulisan ringkas oleh P. S.

Shim melalui bukunya yang bertajuk Inland People of Sabah: Before, During and

After Nunuk Ragang menyatakan bahawa kebanyakan masyarakat Kadazandusun yang menetap di Membakut merupakan penduduk asal Kadazandusun dari daerah

Penampang.74 Menurut Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Membakut Encik Jawin, tidak banyak diketahui dari mana asal usul kewujudan masyarakat Kadazandusun di

Membakut. Ini adalah kerana kewujudan masyarakat ini tidak pernah dicatat ataupun

74 Shim, Inland People of Sabah, 37

47 direkod.75 Walau bagaimanapun, kewujudan dan kedatangan kaum Kadazandusun ke

Membakut diperolehi melalui kajian sejarah lisan dengan generasi tua penduduk tempatan. Hasil daripada temubual tersebut, terdapat tiga versi asal usul

Kadazandusun di Membakut yang diwarisi turun-temurun oleh penduduknya.

Versi yang pertama menyatakan bahawa kewujudan orang-orang

Kadazandusun di Membakut adalah hasil daripada perkahwinan campur dengan orang-orang Cina. Pada awalnya, kedatangan orang Cina dari China ke kawasan ini adalah untuk berdagang dengan penduduk-penduduk tempatan, biasanya pedagang

Cina ini datang dengan menggunakan kapal yang besar. Kebanyakan kapal dagang mereka berlabuh di Sungai Dazun yang terletak di Kampung Dungau Membakut.

Sebilangan kecil daripada pedagang-pedagang Cina telah tinggal menetap di kawasan ini dan berkahwin dengan orang tempatan. Dipercayai bahawa hasil daripada perkahwinan antara pedagang-pedagang Cina dengan orang tempatan telah melahirkan keturunan Kadazandusun. 76

Versi yang kedua menyatakan bahawa kedatangan kaum Kadazandusun ke

Membakut turut dikaitkan dengan penghijrahan manusia dari nunuk ragang. Nunuk ragang digambarkan sepohon kayu yang sangat besar, tumbuh berdekatan dengan sebatang sungai. Dikatakan manusia yang tinggal di kawasan nunuk ragang terlalu ramai sehingga bekalan makanan tidak mencukupi untuk menampung semua manusia yang tinggal di kawasan tersebut. Oleh kerana itu, ketua manusia yang tinggal di nunuk ragang menggalakkan manusia yang lain untuk berhijrah ke tempat

75 Temubual bersama Jawin Aji, Wakil Ketua Anak Negeri Membakut, Jam 3.00 petang, 24 April 2014. 76 Temubual bersama Lina Ipit, Kampung Dungau Membakut, Jam 5.15 petang, 01 Februari 2014.

48 lain. Penghijrahan mereka ini telah membawa kepada petempatan awal masyarakat ke Membakut.77

Manakala, versi yang ketiga menyatakan bahawa kewujudan masyarakat

Kadazandusun telah bermula semenjak Kinohaingan mendatangkan hari kayamat

(kiamat) kepada semua manusia. Pada hari kayamat tersebut, Kinohaingan telah memberi mimpi kepada seorang pemuda. Dalam mimpi tersebut, Kinohaingan telah menyuruh si pemuda membuat persiapan bagi menghadapi kayamat. Setelah kayamat berlalu, si pemuda mencari kawasan yang sesuai untuk mengikat rakitnya untuk dia, keluarga serta tunangnya naik ke permukaan tanah, belumpun sempat si pemuda berbuat demikian tunangnya telah terjun ke dalam air untuk mencari ibu bapanya. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain kecuali seorang adik perempuan si pemuda. Akhirnya kesemua ahli keluarga dan tunang si pemuda telah mati lemas. Maka tinggallah si pemuda Kadazan dan adik perempuannya yang masih hidup. Setelah sekian lama, Kinohaingan mengarahkan si pemuda berkahwin dengan adik perempuannya untuk mendapatkan keturunan. Hasil daripada perkahwinan si pemuda dengan adiknya ini telah melahirkan keturunan Kadazan.

Keturunan Kadazan ini telah berhijrah ke semua tempat sehinggalah ke Membakut.78

Pada pendapat pengkaji, berdasarkan ketiga-tiga versi asal usul

Kadazandusun di Membakut, versi pertama dapat diterima sebagai bukti awal asal usul Kadazandusun di Membakut. Hal ini kerana, versi ini turut disokong dengan catatan W.B Pryer melalui The British North Borneo Herald yang menyatakan bahawa, „long ago, when a large trade was being done between Borneo and China many Chinese traders, shopkeepers, sailors and the like married women of the

77 Temubual bersama Rimo Pirin, Kampung Dungau Membakut, Jam 4.15 petang, 02 Februari 2014. 78 Temubual bersama Olat Aluan, Bekas Ketua Kampung Limadang Membakut, Jam 2.30 petang, 14 April 2014.

49 country and settled down thus effecting a slow infiltration of Chinese blood….‟79

Selain itu, Harrison dan Harrison turut mencatatkan bahawa, „some of the oldest cultural features of pagan people in northern Borneo have been described by art historians as “Chinese”, for example, tattoo designs, basket patterns, earthenware pottery of local manufacture do show some striking parallels to those of China,‟80

Versi kedua pula merupakan cerita legenda yang diwarisi secara turun temurun oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah. Walaupun versi ini hanya merupakan sebuah cerita lagenda, namun masyarakat Kadazandusun percaya bahawa asal usul mereka adalah daripada nunuk ragang. Malah, pengkaji-pengkaji

Kadazandusun seperti Rayner Francis Udong,81 Benedict Topin,82 Herman J.

Luping83 dan Jacqueline Pugh-Kitingan84 turut menulis mengenai asal usul

Kadazandusun yang bermula daripada nunuk ragang melalui buku dan jurnal mereka. Selain itu, terdapat juga pengkaji barat seperti G.C Woolley,85 Owen

Rutter86 dan I.H.N Evans87 yang ada merekodkan kaum Kadazandusun berasal daripada nunuk ragang. Manakala, versi yang ketiga merupakan cerita mitos masyarakat Kadazandusun di Membakut. Cerita mitos ini belum pernah didokumentasikan dan pengkaji merupakan orang pertama yang mendokumenkan cerita ini.

79 W.B Pryer, “The Natives of British North Borneo,” The British North Borneo Herald (1886): 222. 80 Harrison, “The Prehistory of Sabah,”25. 81 Rayner Francis Udong, Nunuk Ragang, (Penampang: Koisaan Cultural Development Institute, 2001), 37. 82 Benedict Topin, Kadazandusunologi Om Rinait Doid Kadazandusun Tindal Kota Belud, (Penampang: Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), 2012), 24. 83 Herman J. Luping, “Kadazans: Their Past, Present and the Future,” Sabah Times (1966): 5. 84 Pugh-Kitingan, Kadazan Dusun, 9. 85 G.C Woolley, “Dusun Adat: Some Customs of the Dusuns of Tambunan & Ranau,” Native Affairs Bulletin No.5(1953): 1. 86 Rutter, The Pagans of North Borneo, 42. 87 Evans, The Religion of the Tempasuk, 187.

50

2.6 PENUTUP

Sejarah asal usul Membakut banyak diperolehi melalui catatan pegawai-pegawai

British yang pernah berkhidmat dengan kerajaan British di Sabah. Catatan pegawai

British ini, telah banyak membantu dalam kajian tentang kewujudan Membakut serta pentadbiran Membakut sebelum dan semasa kedatangan British. Sementara itu, sejarah asal usul kaum Kadazandusun di negeri Sabah dan sejarah kedatangan masyarakat Kadazandusun ke Membakut, tidak dapat dipastikan secara tuntas kerana ketiadaan bukti yang kukuh. Walaupun bagaimanapun, penggunaan cerita-cerita mitos dalam menyelidik asal-usul masyarakat Kadazandusun memberi sedikit pencerahan tentang kewujudan masyarakat Kadazandusun. Menurut Campbell dan

Moyers, setiap orang perlu membaca mitos kerana dengan membaca mitos dapat mendidik manusia untuk mengalami perubahan yang positif. Mitos juga merupakan manifestasi simbolik imej. Ini kerana, mitos begitu rapat dan terikat dengan budaya masa serta tempat sesuatu masyarakat.88

Sehubungan itu, amalan budaya seperti adat berkaitrapat dengan kehidupan masyarakat Kadazandusun di Membakut. Salah satu daripada adat tersebut ialah adat memuja semangat padi. Kepentingan amalan memuja semangat padi ini telah wujud sebelum kedatangan British ke Sabah. Hal ini dapat dibuktikan melalui catatan- catatan penulis Barat yang pernah menetap di Sabah. Persoalannya, apakah perspektif Barat mengenai pengamalan adat masyarakat Kadazandusun di Sabah terutamanya adat memuja semangat padi dan apakah kepentingan adat memuja semangat padi kepada masyarakat Kadazandusun hingga mendorong masyarakat ini patuh dan taat kepada amalannya. Semua persoalan tersebut akan dibincangkan di bab tiga.

88 Joseph Campbell & Bill DD. Moyers, The Power of Myth, (New York: Doubleday, 1988), 72.

51

BAB TIGA

KEDATANGAN BRITISH DAN ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI

3.0 PENGENALAN

Kepelbagaian hasil bumi seperti tembakau, getah, pembalakan, emas, arang batu, hasil tradisional seperti sarang burung, abaka dan pokok sagu telah menjadi faktor pendorong kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) ke Sabah pada tahun 1881 hingga 1942.1 Selepas pendudukan Jepun di Sabah pada tahun 1942 hingga 1946, kerajaan British mula menguasai Sabah bermula pada tahun 1946 hingga 1963. Kesan daripada kedatangan pihak SBBU dan pentadbiran British ke atas Sabah telah membawa banyak perubahan dari aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat di negeri tersebut. Salah satu bentuk perubahan yang paling nyata adalah dari aspek politik, iaitu yang berkaitan dengan sistem perundangan di negeri Sabah.

Pada awal pentadbiran SBBU, penduduk asal Sabah terutamanya masyarakat

Kadazandusun tidak mempunyai sistem pelaksanaan undang-undang yang tetap.

Masyarakat ini kebanyakannya hanya bergantung kepada undang-undang lisan dan tidak bertulis berdasarkan pengalaman dan didikan tidak formal secara turun temurun yang dikenali sebagai adat. Adat memainkan peranan penting dalam sistem sosial masyarakat Kadazandusun di Sabah. „Native custom (adat) was accepted, to a great extent as a common law of country, with a gradual leavening of alien laws as time went by.’2 Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai adat masyarakat

Kadazandusun di Sabah sebelum kedatangan British dan pengamalan adat masyarakat Kadazandusun dari pespektif British. Selain itu, perbincangan mengenai

1 James Sarda & Danny Wong, Spirit of Borneo: Martin and Osa Johnson’s Journey 1920 and 1935, (Kuala Lumpur, Irah Communications), 44. 2 Rutter, The Pagans of North Borneo, 28.

52 kepentingan adat memuja semangat padi kepada masyarakat Kadazandusun turut dikupas.

3.1 TINJAUAN ADAT MASYARAKAT KADAZANDUSUN

Kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) ke Sabah telah membuka lembaran baru dalam aspek pengamalan adat dalam kalangan masyarakat

Kadazandusun. Hal ini kerana, semasa pentadbiran SBBU, terdapat banyak catatan mengenai adat Kadazandusun di Sabah dipopularkan oleh pegawai SBBU dan penulis Barat ini. Antara penulis tersebut ialah W. B Pryer, John Whitehead, I. H. N

Evans, Owen Rutter dan G. C Wolley. Pengambilalihan pentadbiran oleh kerajaan

British ke atas Sabah tidak melenyapkan minat pegawai British dan penulis Barat untuk terus menjalankan kajian ke atas adat masyarakat Kadazandusun. Ini dapat dibuktikan melalui usaha I. H. N Evans yang menulis secara lengkap adat masyarakat kadazandusun di daerah Tempasuk melalui bukunya yang bertajuk The

Religion of The Tempasuk Dusuns of North Borneo. Ini diikuti pula oleh pengkaji

Barat yang lain seperti Monica Glyn-Jones, T. R Williams dan J. Stall.

SBBU dan kerajaan British amat menyokong pegawai mereka dan pengkaji

Barat menjalankan kajian dan menulis mengenai adat masyarakat Kadazandusun di

Sabah. Hal ini kerana, masyarakat Kadazandusun merupakan penduduk yang paling ramai di Sabah. Sehubungan itu, pengkajian mengenai adat Kadazandusun merupakan salah satu cara SBBU dan kerajaan British untuk mengenali budaya dan memahami latar kehidupan masyarakat Kadazandusun agar mereka dapat mentadbir

Sabah dengan baik.3

3 Temubual bersama Benedict Topin, Pengerusi Pengamal Perubatan Tradisional Kadazandusun, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Jam 10.00 pagi, 21 Februari 2014.

53

Kajian mendapati bahawa pengamalan adat masyarakat Kadazandusun di

Sabah semasa pentadbiran SBBU mula-mula dicatat oleh pengkaji Barat yang pernah menyaksikan sendiri pengendalian upacara adat seperti adat kematian. Pengalaman mereka ini dicatat oleh Owen Rutter melalui bukunya yang bertajuk The Pagans of

North Borneo. Antaranya ialah Frank Hatton melalui tulisan diarinya bertarikh 12

April 1882, menyaksikan upacara adat kematian masyarakat Dusun. Dalam upacara tersebut, rokok akan diletakkan di mulut mayat sebelum upacara pengkebumian.4

Menurut H. M. Ince, semasa beliau menghadiri upacara kematian seorang anak

Ketua Tempatan yang terkenal di daerah Padas, beliau mendapati sepotong leher ayam telah diletakkan pada hidung mayat tersebut sambil tangan mayat memetik picu senapang. Ketika mayat diusung untuk dibawa turun dari rumah, alatan seperti gong akan dipalu sambil kaum wanita akan meraung-raung bagi menandakan kesedihan.5 Sehubungan itu juga, Witti ada menyebut melalui diarinya yang bertarikh 18 Mac 1882 di Limbawan (Keningau) bahawa mayat akan dikebumikan di bawah rumah keluarga terdekatnya.6 Whitehead menyatakan bahawa bagi masyarakat Dusun Kiau, hanya mayat kanak-kanak akan dikebumikan di bawah rumah keluarga terdekatnya.7

Selain itu, catatan akhbar juga diperolehi oleh pengkaji mengenai upacara adat selepas pengebumian. Catatan The British North Borneo Herald, „On 15 december, an alligator carried off a woman at papar. After the burial a party was told off to take revenge on the tribe of alligator and four of these ugly monsters were

4 Rutter, The Pagans of North Borneo, 214. 5 Ibid, 215. 6 Ibid, 214. 7 Whitehead, The Exploration of Kinabalu, 45.

54 captured, the husband of he deceased taking the first cut and biting the tail of each according to dusun custom.‟8

Bukti lain yang menunjukkan usaha awal pengkaji Barat menjalankan kajian ke atas amalan adat masyarakat Kadazandusun ialah melalui tulisan G. C. Wolley. G.

C.Wolley merupakan salah seorang pengawai SBBU. Wolley berjaya mengumpul maklumat tentang undang-undang adat masyarakat Kadazandusun dan seterusnya ditulis dalam bentuk buletin. Terdapat enam buah buletin penulisan undang-undang adat yang berjaya dihasilkan oleh G. C. Wolley. Antaranya ialah;

1. The Timoguns: A Murut Tribe of the Interior, North Borneo Native Affairs

Bulletin, No. 1, Sandakan: Government Printing Office, 1936.

2. Tuaran Adat : Some Customs of the Dusun, North Borneo, Native Affairs

Bulletin No. 2, Sandakan: Government Printing Office, 1937.

3. Murut Adat: Customs Regulating Inheritance amongst the Nabai Tribe of

Keningau and the Timogun Tribe of Tenom, Native Affairs Bulletin, No. 3,

Sandakan: The Government Printing Office, 1939.

4. Dusun Adat: Customs Regulating Inheritance amongst the Dusun Tribe in the

Coastal Plains of Putatan and Papar, Native Affairs Bulletin, No. 4,

Sandakan: Government Printing Office, 1939.

5. Dusun Adat: Some Customs of the Dusuns of Tambunan and Ranau, West

Coast Residency, North Borneo Native Affairs Bulletin, Sandakan:

Government Printing Office, 1939.

6. Kwijau Adat: Customs Regulating Inheritance amongst the Kwijau Tribe of

the Interior, Native Affairs Bulletin No. 6, Sandakan: Government Printing

Office, 1939.

8 The British North Borneo Herald, (1888): 325.

55

Dengan terhasilnya enam buah buletin mengenai adat istiadat masyarakat

Kadazandusun yang ditulis secara lengkap oleh G.C Wolley menjelaskan bahawa pihak SBBU mengambil berat hal-hal mengenai adat istiadat masyarakat

Kadazandusun. Hal ini kerana, masyarakat Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di Sabah.

Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pihak SBBU bersetuju menggunakan adat sebagai salah satu daripada elemen penting dalam pentadbiran masyarakat Kadazandusun. Antaranya, pada tahun 1930-an, pentadbiran SBBU di

Borneo Utara dengan bantuan Ketua Tempatan telah memberi tunjuk ajar serta membimbing Pegawai Daerah mengenalpasti kesalahan yang melanggar undang- undang serta hukuman yang patut dikenakan.

Pihak SBBU juga berusaha membentuk komuniti kampung masyarakat

Kadazandusun berasaskan pentadbiran adat, seperti yang telah di tulis oleh G. C.

Wolley;

Each village had its recognised Head and Elders, and there was a body of adat (customary law) which was known, though it might vary in different districts or even in different parts of the same district: the Headman were expected to administer this adat but the Elders acquired their position by age and experience and personal character; the Headship was not hereditary; it was a Headship by conset, a position voluntarily given to one whose skill or personality or prowess in fighting had gained him a following; anyone who quarrelled with the Headman or was dissatisfied could leavehim and attach himself to any other leader who would accept him. Finally, and most important of all, the powers of the Headman were not autocratic; any question that cropped up, any dispute that arose, was a matter for general discussion, the Headman and Elders taking the leading part, and even a junior, if he wished, could join in at the end. In the bigger questions the neighbouring villages would be called in, but the method would be still discussion. It would be difficult to find a clearer example of ‘Government by Consent’.9

9Memorandum on Indirect Rule and the System of Administration of the Native of North Borneo, State of North Borneo, (1935): 8-9.

56

Manakala, catatan awal mengenai adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah adalah pada tahun 1895 iaitu semasa pentadbiran SBBU di Sabah. Catatan mengenai amalan memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun ini dapat dibuktikan melalui catatan P.F

Wise di akhbar British North Borneo Asiatic Society Supplement To The British

North Borneo Herald pada 1 Jun 1895 yang bertajuk Notes On Dusun Customs On

The West dengan menyatakan bahawa,

large quantities of paddy and rice are annually exported from the rivers on the West Coast of Borneo, chiefly from the Putatan and Papar rivers, and those who own ponies probably know that the paddi from Papar is the cleanest and best for feeding horses. Variety of rites or ceremonies are performed by the Dusuns to ensure good crop.10

Catatan ini juga membuktikan bahawa SBBU tidak melarang adat ini diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun, malah pihak SBBU turut menjalankan kajian mengenai ritual memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Papar.

Pemilihan Papar sebagai kajian untuk memuja semangat padi adalah kerana Papar mempunyai padi yang bermutu tinggi berbanding di daerah lain. Hasil kajian oleh pengkaji zaman pentadbiran SBBU mendapati bahawa terdapat lima peringkat ritual memuja semangat padi iaitu simavut, murumbigee, maginakan, mohah dan manimpohun.11

10 B. N. B Asiatic Soc. Supplement to the British North Borneo Herald, (1895): 15. 11 Ibid.

57

Jadual 3.1 : Lima Peringkat Ritual Memuja Semangat Padi di Daerah Papar pada Tahun 1895.

Peringkat Ritual Penerangan

1. Simavut Upacara ini dijalankan sebelum proses awal penanaman padi bermula. Seorang bomoh wanita akan dipanggil untuk memberi makan kepada semangat padi. Hidangan yang disediakan seperti beras, telur, pinang dan sirih. Bomoh tersebut akan mengetuk-ngetuk lantai secara berterusan selama sejam sebagai tanda untuk memanggil semangat padi agar datang makan dan minum bersama.

2. Murumbigee Apabila padi telah mula tumbuh dan membesar, sebuah pondok kecil atau sulap di bina sebagai tempat untuk mengadakan ritual. Seekor ayam akan dikorbankan dan bulu pelepah ayam tersebut dibiarkan berselerak di seluruh sawah padi. Selepas itu, upacara jamuan makan dan minum diadakan untuk memohon agar mendapatkan hasil tanaman yang baik.

3. Maginakan Apabila padi hampir masak, sebuah rumah panjang akan dibina khas untuk upacara ini. Rumah panjang ini di bina berdekatan dengan sawah padi. Pembinaan rumah panjang ini bertujuan untuk upacara Maginakan dan untuk menyimpan padi. Pada sebelah malam, bomoh wanita akan menjalankan upacara maginakan dimulai dengan bacaan mentera. Keesokan harinya, seekor ayam dan seekor kambing akan dikorbankan. Semua penduduk kampung bersama-sama memberi sumbangan beberapa ekor ayam bertujuan untuk penyediaan makanan. Upacara maginakan disambut dengan gembira berserta dengan hidangan makanan, minuman,nyanyian serta tarian. Selepas upacara ini, penduduk kampung dilarang menjalankan sebarang kerja di sawah padi.

4. Mohah Setelah padi masak dan sesuai untuk di tuai, kesemua hasil padi akan disimpan di rumah panjang yang telah dibina khas untuk penyimpanan padi. Selepas itu, penduduk kampung akan mengadakan keramaian dengan memukul gong dan gendang. Orang ramai akan menari sambil menyisipkan daun yang panjang di rambut dan tangan mereka. Pada masa yang sama mereka akan melambai-lambaikan tangan, dan sekiranya salah seorang daripada mereka menjumpai sebutir beras di tangan seorang yang lain maka akan diadakan penuaian padi secara besar-besaran.

5. Manimpohun Setelah selesai penuaian padi, maka padi tersebut di simpan ke dalam sebuah sulap yang terletak di sawah padi. Sebuah bakul

58

dikenali sebagai lasuk yang diperbuat daripada pelepah rumbia. Lasuk tersebut di isi dengan padi sambil dibacakan mentera oleh bomoh wanita. Akhir sekali, semua isi kandungan padi tersebut, akan dimasukkan ke dalam bekas yang bulat yang diperbuat daripada kulit kayu ataupun dikenali sebagai katawai. Selepas upacara manimpohun, sesiapa yang tidak dikenali, dilarang memasuki rumah panjang tersebut. Hal ini bertujuan untuk menjaga dan menyejukkan semangat padi yang ada di dalam katawai serta memastikan padi dapat di simpan dengan baik. Penjualan padi adalah dilarang sama sekali selagi upacara ini belum dijalankan.

Sumber : B. N. B. Asiatic Soc. Supplement to the British North Borneo Herald, (1895): 15.

Namun demikian, pengkaji juga mendapati terdapat catatan yang lebih awal daripada Rutter tetapi catatan tersebut menimbulkan kemusykilan mengenai adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun. Catatan pertama diperolehi oleh pengkaji melalui jurnal tulisan Yamamoto Hiroyuki yang bertajuk

Sports, Beauty Contest and The Tamu Besar: The Origins of Harvest Festival In

Sabah (North Borneo). Menurut catatan tersebut, ‘native North Borneans had custom of performing ceremonies at various stage of rice. Such a ceremony is usually explained in connection with bambaazon, the rice spirit, which was the incarnation of the daughter of the creation.’12

Rujukan mengenai amalan memuja semangat padi tersebut diperolehi oleh

Yamamoto Hiroyuki melalui akhbar The North Borneo Herald and Official Gazette.

Namun demikian, tahun terbit bagi akhbar tersebut tidak dinyatakan olehnya.

Persoalan yang timbul pada diri pengkaji ialah pada tahun bilakah amalan tersebut bermula kerana Yamamoto tidak menulis tahun terbit akhbar tersebut. Pernyataan tahun terbit akhbar The North Borneo Herald and Official Gazette pada jurnal tulisan

Yamamoto adalah penting kerana ia dapat membuktikan bahawa berkemungkinan

12 Yamamoto Hiroyuki, “Sports, Beauty Contest and the Tamu Besar: The Origins of Harvest Festival in Sabah (North Borneo),” Sabah Society Journal Bil. 19, (2002): 3.

59 besar catatan mengenai amalan memuja semangat padi ini lebih awal daripada catatan yang didapati pada tahun 1895 oleh P. F Wise. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian melalui koleksi akhbar The North Borneo Herald and Official

Gazette hanya terdapat tahun 1883 sehingga tahun 1891 sahaja di dalam simpanan arkib negeri Sabah. Setelah dirujuki kesemua akhbar The North Borneo Herald and

Official Gazette bermula pada tahun 1883 sehingga tahun 1891, tidak terdapat sebarang fakta yang menyatakan tentang amalan memuja semangat padi yang dinyatakan olehnya.

Catatan yang kedua pula diperolehi pengkaji melalui buku Whitehead yang bertajuk The Exploration of Kinabalu North Borneo yang telah dicatat pada tahun

1893. Beliau menyaksikan sendiri masyarakat Kadazandusun dan beberapa buah kampung di daerah Tempasuk mengadakan jamuan makan dan menyerang orang- orang Ghinambur selepas menuai padi pada tahun lalu.13 Sekiranya menggunakan prinsip urutan peringkat ritual memuja semangat padi oleh masyarakat

Kadazandusun di Membakut, jamuan selepas menuai padi merupakan peringkat akhir upacara memuja semangat padi yang dikenali sebagai paina. Namun demikian, adalah sukar untuk memastikan kesahihan tentang jamuan makan selepas menuai padi oleh masyarakat Kadazandusun dan beberapa buah kampung di daerah

Tempasuk sama ada ia bertujuan untuk memuja semangat padi atau sebaliknya.

Memandangkan, kedua-dua catatan tersebut tidak sahih dan menimbulkan keraguan untuk di terima sebagai bukti untuk catatan awal adat memuja semangat padi, maka pengkaji menganggap catatan awal mengenai adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah adalah pada tahun 1895.

13 Whitehead, The Exploration of Kinabalu North Borneo, 100.

60

Semasa Owen Rutter menjalankan kajian mengenai upacara memuja semangat padi masyarakat Pagan (merangkumi masyarakat Kadazandusun) di Sabah melalui bukunya yang bertajuk The Pagans Of North Borneo pada tahun 1929,

Rutter sendiri merujuk kepada akhbar British North Borneo Asiatic Society

Supplement To The British North Borneo Herald pada 1 Jun 1895 yang bertajuk

Notes On Dusun Customs On The West sebagai sumber kajiannya. Malah, Rutter sendiri membuat temu ramah dengan penulis akhbar tersebut iaitu P. F. Wise untuk bertanya mengenai amalan memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Pagan

(merangkumi masyarakat Kadazandusun).

All the Pagans have ceremonies connected with the planting of rice and the harvest. These ceremonies are most elaborate in the districts like Papar and Putatan, where rice cultivation reaches its height. Some notes on the Papar rites were published in the British North Borneo Herald of June 1, 1895 (B. N. B Branch of the Royal Asiatic Society Supplement), by Mr P. F Wise. Inquiries of my own, made on the spot in 1920, showed that these rites were still performed, and I was able to verify Mr Wise’s notes and in some places to amplify them.14

Oleh itu, pengkaji yakin bahawa catatan terawal mengenai adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah adalah pada 1

Jun 1895. Lebih-lebih lagi Owen Rutter sendiri menggunakan akhbar yang sama dengan pengkaji untuk dijadikan sebagai sumber rujukan mengenai adat tersebut.

Sekiranya terdapat catatan awal mengenai amalan memuja semangat padi ini, sudah pastilah Rutter juga merujuk akhbar tersebut untuk digunakan sebagai sumber rujukannya.

Selain catatan melalui akhbar, terdapat juga catatan lain mengenai amalan memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun. Catatan tersebut banyak terkandung di dalam buku hasil tulisan Owen Rutter dan I. H. N Evans.

Kedua-dua penulis tersebut merupakan penulis Barat yang berperanan penting dalam

14 Rutter, The Pagans of North Borneo, 244.

61 mengkaji dan merekod secara lengkap kehidupan penduduk pribumi di Sabah termasuk etnik Kadazandusun sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

Terdapat dua catatan yang ditulis oleh Rutter berkaitan amalan memuja semangat padi, catatan pertama melalui bukunya yang bertajuk British North Borneo: An

Account of its History, Resources and Native Tribes pada tahun 1922. Penanaman padi di daerah Tambunan merupakan perkara yang amat penting dan bermakna kerana ia dilakukan dengan penuh adat istiadat dan terdapat enam peringkat utama memuja semangat padi. Antara enam peringkat tersebut ialah Simavut, Murumbigi,

Maganakan, Mohah, Manimpohun dan Togongok. Antara keenam-enam peringkat upacara ini, peringkat Manimpohun merupakan peringkat yang terpenting kerana padi tidak boleh dituai selagi upacara ini tidak dijalankan.15

Evans juga ada menjalankan kajian dan mencatat amalan memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah. Catatan tersebut ditulis berdasarkan pengalamannya sendiri menyaksikan sendiri amalan tersebut di

Kampung Kadamaian dan Kampung Piasau dalam daerah Tempasuk melalui bukunya yang bertajuk Studies In Religion, Folk-Lore and Custom In British North

Borneo and The Malay pada tahun 1923.

A ceremony called Masalud takes place after the wet rice plants have been transferred from the nursery to the fields and have attained a fair height. The women as before take chief part in the ceremony and are accompanied by male gong-beaters. A fowl is sacrificed and eaten, and an image of the bird made from its feathers is set up in the crop with a leaf of a certain species of wild ginger behind it. Water also sprinkled over the young rice.16

Di samping itu, pada tahun 1926 iaitu semasa Charles Hose menjalankan kajian ke atas masyarakat Borneo, beliau mendapati bahawa, „to the Borneo people

15 Rutter, British North Borneo, 271. 16 I. H. N Evans, Studies in Religion, Folk-Lore and Custom in British North Borneo and the Malay, (London: Cambridge University Press, 1923), 9.

62 the harvest is certainly the most important event of the year. Men, women and children all take part. A view shared by most of the cultivators of Borneo, science is not sufficient to produce a good rice-crop, but a every stage a variety of rites must be observes.‟17

Manakala, Rutter melalui bukunya yang bertajuk The Pagans Of North

Borneo pada tahun 1929 ada meyatakan bahawa amalan memuja semangat padi amat penting bagi masyarakat Kadazandusun di daerah Papar. Terdapat enam peringkat utama memuja semangat padi di daerah ini. Pengkaji mendapati bahawa terdapat persamaan ritual memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di daerah

Tambunan dan Papar iaitu peringkat pertama Simavut, peringkat kedua Murumbigi, peringkat ketiga Maganakan, peringkat keempat Mohah, peringkat kelima

Manimpohun dan peringkat keenam Togonok.18 Hanya terdapat sedikit perbezaan dari segi sebutan untuk peringkat keenam iaitu bagi daerah Tambunan peringkat keenam di sebut sebagai Togongok, manakala bagi daerah Papar ianya di sebut sebagai Togonok. Walau bagaimanapun, semua bentuk ritual tersebut diadakan atas tujuan yang sama iaitu memuja semangat padi.

Amalan adat masyarakat Kadazandusun telah menarik minat Evans untuk mengkaji adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun. Catatan ini berdasarkan pengalaman Evans yang menyaksikan adat memuja semangat padi di daerah Tempasuk. Segala maklumat mengenai amalan tersebut terkandung dalam buku I. H. N Evans yang bertajuk The Religion Of The Tempasuk Dusuns Of North

17 Charles Hose, Natural Man: A Record from Borneo (London: MacMillan and Co. Limited,1926), 120. 18 Rutter, The Pagans of North Borneo, 245.

63

Borneo. „On 22 December 1940, I saw the whole of rites conducted in the fields, but not those performed in the house.’19

Evans menambah bahawa,

On 22 May 1941, when I was living at Piasau, I was suddenly called, at a little after midday, to attend a ceremony to ask for rain, according to my diaries, since early December 1940, and had severly damaged the crops, while it also threatened new ploughing operations for dry-growing rice, and seedling nurseries for the next crop of wet rice.20

Semasa pentadbiran British, Evans masih lagi meneruskan kajiannya berkaitan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun. Ini terbukti melalui pengalamannya menyaksikan adat tersebut.

I was therefore very glad to have another opportunity of making notes on the ceremony in 1946. It took place on 11 November, being a work day (morobuat), and the second day of the Dusun month (Ko-induoh kosilau), and I was present at most of the rites performed in the field and also those in the house, that of Gador, a well-to-do Kadamaian Dusun.21 The rites that I saw were performed on 23 December 1946, the day of the Dusun month being Tontong, a work day.22

Evans menambah bahawa, „On 22 April 1947, I was present at a Mangangkob- angkob ceremony that was held on Lambang’s field at Kadamaian’.23 „On 18

September, I was present at a part of a ceremony performed in connexion with the native irrigation dam at Kadamaian village.’24

3.2 KEPERCAYAAN KEPADA SEMANGAT PADI

Padi merupakan salah satu daripada tanaman utama di Sabah. Penanaman padi sering dikaitkan dengan masyarakat Kadazandusun. Hal ini kerana, ekonomi utama

19 Evans, The Religion of the Tempasuk, 251. 20 Ibid, 256. 21 Ibid, 223. 22 Ibid, 231. 23 Evans, The Religion of the Tempasuk, 241. 24 Ibid, 242.

64 masyarakat Kadazandusun adalah berasaskan padi.25 Sehubungan itu, maka wujudnya kepercayaan terhadap adanya semangat padi yang menjaga padi agar sentiasa hidup subur serta dapat memberikan hasil tuaian yang lumayan. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat pelbagai upacara ritual memuja semangat padi yang dijalankan dengan tujuan bagi memelihara keseimbangan serta keharmonian antara manusia dan keadaan alam sekitar untuk memberi keberhasilan penanaman dan penuaian padi. Lantaran itu, muncul banyak cerita-cerita mitos mengenai asal usul semangat padi dalam kalangan masyarakat ini. Penggunaan unsur mitos dalam kajian ini releven memandangkan upacara memuja semangat padi bertitik tolak dari kepercayaan masyarakat Kadazandusun terhadap kewujudan semangat padi.

Kewujudan semangat padi pula berkait rapat dengan mitos, seperti mana yang dikaji oleh penulis British seperti I.H.N Evans26 dan Owen Rutter.27

Mitos berasal daripada perkataan Greek iaitu Muthos yang bermaksud satu pengisahan ataupun suatu ungkapan pancaindera yang luas. Ianya juga merupakan pernyataan dan jalan cerita bagi sesuatu drama.28 Mitos juga seringkali dikaitkan dengan upacara-upacara ritual. Kirk menghuraikan pendapat Fontenrose‟s mengenai hubungkait mitos dengan amalan ritual melalui bukunya Myth: It’s Meaning and

Functions in Ancient and Other Cultures bahawa, ‘it is simpler to suppose that a well-know type of story was introduced in many places to serve as the primeval precedent of the rituals than to believe that in so many places the rituals spontaneously generated a uniform pattern of myth.‟29 Manakala, Ruth menyatakan

25 Colonial Report North Borneo, (1949): 22. 26 Evans, The Religion of the Tempasuk, 15. 27 Rutter, The Pagans of North Borneo, 246. 28 G. S. Kirk, Myth: It’s Meaning and Functions in Ancient and Other Cultures, (London: Cambridge University Press, 1970), 8. 29 Ibid, 15.

65 bahawa, ‘the myths necessarily concern gods and are associated for the most part if not always, with rituals.‟30

Maka, cerita-cerita mitos mengenai asal usul semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun turut mempunyai hubungkait dengan upacara ritual iaitu amalan memuja semangat padi. Terdapat pelbagai versi cerita mitos mengikut daerah-daerah lain di Sabah yang menyatakan tentang asal usul kewujudan semangat padi. Namun, hasil kajian penulis mendapati kebanyakan cerita mitos tersebut berdasarkan kepercayaan bahawa semangat padi berasal daripada tubuh badan anak gadis dewa Kinohaingan iaitu Huminodun yang telah dikorbankan bagi membantu manusia daripada kelaparan. Dalam kalangan masyarakat Kadazandusun, semangat padi juga lebih dikenali sebagai bambaazon atau bambarayon.

3.2.1 Asal Usul Semangat Padi

Pada umumnya terdapat lima cerita mitos berkenaan asal usul padi yang sangat terkenal di negeri Sabah. Cerita mitos yang pertama berkaitan dengan kisah penciptaan alam yang umum dalam kalangan masyarakat Kadazandusun. Melalui cerita ini, ada menyatakan bahawa padi berasal daripada darah anak gadis dewa dewi utama iaitu Kinohoringan dan isterinya yang bernama Umunsumundu yang dikorbankan bagi membekalkan makanan untuk manusia.31

Selain itu, cerita mitos yang kedua menyatakan bahawa pada masa lampau tumbuhan padi memang telah wujud tetapi semua tumbuhan tersebut tidak berisi.

Manusia hanya bergantung kepada tumbuh-tumbuhan hutan dan haiwan untuk hidup.

Walau bagaimanapun, makanan seperti tumbuh-tumbuhan hutan dan haiwan tidak

30 Ruth Benedict, Myth, The Encyclopaedia of the Social Science XI, (1933): 179. 31 Padi dan Keajaibannya : Satu Pengenalan Ringkas kepada Budaya Padi di Sabah, (Kota Kinabalu: Jabatan Muzium Sabah, 1993), 9.

66 mampu menampung bekalan makanan yang mencukupi bagi mengalas kelaparan manusia. Semangat padi atau bambaazon merasa kasihan terhadap kesengsaraan yang harus ditempuhi oleh manusia. Untuk itu, bambaazaon mengeluarkan air susunya dan ia mengalir ke tangkai padi yang kosong. Walau bagaimanapun biji-biji padi itu masih juga tidak dapat dipenuhi. Bambaazon mengeluarkan sekali lagi air susunya dengan sepenuh daya sehingga susu yang keluar mengandungi campuran darah. Dengan segala keperitan bambaazon mengeluarkan air susunya telah menghasilkan padi sebagai makanan manusia. Beras yang putih berasal dari susu bambaazon dan beras yang kemerahan berasal dari campuran susu dan darah bambaazon.32

Cerita mitos ketiga menyatakan bahawa dalam sistem kepercayaan momolian,

Kinohaingan telah mengorbankan anak perempuannya yang tunggal iaitu

Ponompuan bagi membolehkan manusia mendapat makanan. Serpihan badan

Ponompuan yang ditanam menjadi biji benih dan disinilah lahirnya pelbagai tumbuhan sebagai sumber makanan yang amat berguna di dunia ini. Darah daging

Ponompuan telah menjadi padi wangi merah (padi pertama) dan yang paling utama ialah rohnya telah tinggal didalam padi dan menjadi bambarayon (bambaazon) iaitu semangat padi. Ponompuan telah menjadi Huminodun iaitu „korban yang telah berubah‟ dalam konteks penyelamatan Kinohaingan terhadap orang Kadazandusun dan dunia mereka.33

Manakala, cerita mitos keempat menyatakan semangat padi atau bambaazon adalah roh anak tuhan Huminodun yang merupakan anak Kinohaingan dan isterinya

Suminundu yang dikorbankan dan ditanam ke dalam tanah. Hasilnya adalah pokok

32 Ibid, 10. 33 Topin, Adat Resam Masyarakat Kadazandusun, 40.

67 padi dan sayur-sayuran serta sumber-sumber utama untuk masyarakat

Kadazandusun. Bagi masyarakat di Membakut, semangat padi atau bambaazon dianggap sebagai penjaga padi dan perlu dihormati agar petani-petani mendapat hasil tanaman padi yang lumayan dan tidak diganggu oleh binatang. Oleh itu, bambaazon perlulah disembah atau dipuji-puji dan upacara penyembahan ini haruslah dilakukan oleh bobolizan.34 Sehubungan dengan itu, apabila padi telah masak dan sesuai untuk dituai maka akan diadakan satu upacara penyembahan kepada bambaazon atau semangat padi yang dikenali sebagai adat memuja semangat padi. Semua masyarakat

Kadazandusun yang mengerjakan padi sawah adalah dilarang menuai padi selagi adat memuja semangat padi ini belum selesai dijalankan oleh bobolizan. Sekiranya ada yang melanggar pantang maka mereka tidak akan mendapat hasil tuaian yang banyak.35

Akhir sekali, cerita mitos yang kelima dipetik daripada buku I. H. N Evans yang bertajuk The Religion Of The Tempasuk Dusuns Of North Borneo menyatakan bahawa menurut kepercayaan penduduk kampung Tombolion di daerah Kota Belud, terdapat tujuh jenis semangat padi yang berperanan penting untuk menjaga, memelihara dan mendatangkan hasil padi yang lumayan.36 Oleh itu, kepercayaan terhadap semangat padi ini dimanifestasikan dalam adat resam dan budaya masyarakat tempatan yang bukan sahaja sangat menghormati semangat padi, malahan mengadakan upacara memuja semangat padi. Berikut dilampirkan bersama jadual jenis-jenis semangat padi serta peranannya menurut kepercayaan penduduk kampung Tombolion di daerah Kota Belud.

34 Buku Cenderahati Perayaan Pesta Kaamatan Daerah KecilMembakut, (Pejabat Daerah Kecil Membakut, 2012), 28-29. 35 Temubual bersama Olat Aluan, Bekas Ketua Kampung Limadang Membakut, Jam 2.30 petang, 14 April 2014. 36 Evans, The Religion of the Tempasuk, 216.

68

Jadual 3.2: Jenis-Jenis Semangat Padi dan Peranannya Menurut Kepercayaan Penduduk Kampung Tombolion, Kota Belud.

Bil Jenis semangat Peranan padi 01. Ohinopot Membantu membekal padi secara berterusan di dalam stor. 02. Sambilod Menjaga beras yang patah agar kerosakan tidak meningkat. 03. Gontolobon Memudahkan beras untuk memenuhi ke dalam batu, apabila semangat padi telah diambil maka batu tersebut akan memenuhi ladang padi. 04. Momiaud Memberikan hasil padi yang sangat banyak. 05. Momiudan Memberikan hasil padi yang sangat banyak. 06. Sompidot Memberikan hasil padi yang lumayan. 07. Kambang Menjadikan nasi bertambah banyak apabila dimasak.

Sumber : I. H. N Evans, The Religion of the Tempasuk Dusuns of North Borneo (London: Cambridge University Press, 1953), 216.

Semangat padi dipercayai memiliki kuasa ghaib yang dapat menyuburkan padi, menjaga ladang atau sawah padi dan meningkatkan hasil tanaman. Oleh kerana padi merupakan sumber makanan utama, beberapa ritual dijalankan bagi menjaga semangat padi. Anak-anak masyarakat Kadazandusun juga diberitahu bahawa semangat padi perlu dipelihara agar dapat membantu meningkatkan hasil ladang atau sawah yang diusahakan. Menurut kepercayaan masyarakat Kadazandusun, semangat padi harus dihormati dengan cara mengadakan beberapa upacara memuja semangat padi yang disebut bambaazon (dialek Kadazan) atau bambarayon (dialek Dusun).

Sekiranya upacara memuja semangat padi itu tidak dilakukan, mereka percaya bahawa hasil padi akan terjejas.37

Kepercayaan terhadap adanya semangat padi inilah yang telah mendorong kepada lahirnya adat yang dikenali sebagai adat memuja semangat padi. Adat ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut. Melalui

37 Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999), 2184.

69 upacara ini juga, golongan bobolizan wanita memainkan peranan penting untuk mengendalikan adat memuja semangat padi. Kepakaran mereka untuk memanggil semangat padi melalui inait amat dipercayai oleh masyarakat Kadazandusun di

Membakut. Upacara pemujaan semangat padi juga dijalankan secara berhati-hati dan penuh dengan adat dan pantang larang. Ini adalah kerana pemujaan ini melibatkan semangat yang dianggap paling penting kerana melibatkan punca rezeki dan sumber makanan utama masyarakat Kadazandusun.

Gambar 3.1 : Padi yang disimpan dalam Tajau Umahon (Tajau yang digunakan untuk Memuja Semangat Padi).

Sumber : Kajian Lapangan Norisah binti Pirin, Kampung Tahak Membakut, 08.04.2014.

3.3 KEPENTINGAN ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI

Etnik Kadazandusun merupakan salah satu suku etnik di Sabah yang sangat terkenal dengan kepatuhan serta ketaatan mereka terhadap amalan adat istiadat. Terdapat banyak adat istiadat yang diamalkan oleh masyarakat ini, antaranya ialah adat memuja semangat padi. Adat memuja semangat padi merupakan adat yang terpenting dan paling utama dalam kehidupan masyarakat Kadazandusun. Kepentingan adat memuja semangat padi adalah kerana ianya dikaitkan dengan padi sebagai sumber

70 ekonomi. Selain itu, semangat padi juga merupakan lambang kesucian kerana padi adalah sumber makanan utama bagi masyarakat Kadazandusun.

Berlandaskan kepercayaan inilah, masyarakat Kadazandusun menjalankan upacara adat memuja semangat padi. Kajian mendapati bahawa terdapat lima kepentingan adat memuja semangat padi kepada masyarakat Kadazandusun di Sabah iaitu yang pertama dipercayai dapat meningkatkan hasil padi. Kedua, menandakan penghormatan kepada semangat padi. Ketiga, menandakan tamatnya tempoh berpantang. Keempat, penzahiran rasa syukur dan yang kelima ialah meraikan tamatnya proses menuai bagi sesuatu musim.

3.3.1 Dipercayai Dapat Meningkatkan Hasil Padi

Menurut kepercayaan masyarakat Kadazandusun bagi memohon semangat padi agar hasil padi terus bertambah dari tahun ke tahun maka masyarakat Kadazandusun mesti mengadakan upacara memuja semangat padi. Semangat padi sangat sensitif dan mempunyai perasaan seperti manusia contohnya semangat padi boleh merajuk atau magumbali sekiranya tidak diberi layanan yang baik. Untuk mendapatkan hasil padi yang baik atau sebaliknya adalah bergantung kepada cara upacara memuja semangat padi itu dilakukan. Benih padi juga mempunyai keunikannya tersendiri yang boleh mempengaruhi hasil padi. Justeru benih tersebut juga hendaklah dijaga dengan baik melalui beberapa upacara memuja semangat padi.38 Oleh itu, beberapa peringkat ritual memuja semangat padi serta pantang larang yang harus dipatuhi oleh masyarakat Kadazandusun agar semangat padi tidak merajuk dan lari ke tempat lain.

Sekiranya semangat padi magumbali dan berpindah ke tempat lain, maka dipercayai para petani tidak mendapat hasil padi yang lumayan.

38 Hose, Natural Man,122.

71

Semangat padi ini perlu dijaga dengan baik kerana ia menentukan jumlah hasil padi yang diperolehi. Sekiranya semangat padi itu telah lari maka pokok-pokok padi berkenaan akan menjadi tidak subur dan berpenyakitan. Maka sudah pastilah hasilnya tidak memuaskan.39 Semangat padi dipercayai boleh berpindah ke tempat lain jika ia terkejut atau menerima layanan yang buruk atau tidak memuaskan hatinya. Dan semangat ini boleh datang atau balik semula ke tempat asal jika ia dipanggil atau dipujuk.40

Di samping itu, adat memuja semangat padi amat penting dijalankan bagi memastikan semangat-semangat yang lain tidak mengganggu tanaman padi. I. H. N

Evans sendiri menyaksikan beberapa adat memuja semangat padi di daerah

Tempasuk pada zaman kolonial dan menulis bahawa ia bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripada menganggu semangat padi. ‘In all these short rites the komburongoh spirits settle affairs with the spirits that haunt such spots, and I heard

Pamaiyak-Baiyak, Ragang Matoh and, in one case, Duarung mentioned, as also turol (‘unlucky praise’).’41 Selain itu, penulisan Owen Rutter juga menunjukkan adat ini dijalankan untuk memastikan semangat-semangat lain tidak mengganggu tanaman padi, ‘The priestess mutters an incantation over it and it is then poured into the Dusun granary, a large circular bin made of bark. This ceremony is to propitiate the spirit of the bin and to ensure that the rice shall keep satisfactorily.’42 Sekiranya tanaman padi diganggu oleh semangat lain ia akan memberi kesan kepada ketidaksuburan penanaman padi.

39 Hashim Awang A.R, Padi dalam Upacara Magis-Perubatan Melayu, (Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 2003), 2. 40 Amat Juhari Moain, Kepercayaan dan Amalan Magis di Sekitar Penanaman Padi di Kalangan Orang Melayu di Malaysia, (Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia, 1990), 2. 41 Evans, The Religion of the Tempasuk, 254. 42 Rutter, British North Borneo, 272.

72

Oleh itu, untuk memanggil semula semangat padi yang telah lari serta bagi mengelakkan semangat jahat menganggu semangat padi, seorang bobolizan iaitu orang perantara dan lazimnya terdiri daripada kaum wanita memainkan peranan yang sangat penting bagi menjalankan ritual memuja semangat padi. Ini adalah kerana

„orang perantara‟ yang berketurunan bobolizan sahaja yang memahami dan dapat berhubung dengan bambaazon atau semangat padi. Perhubungan bobolizan dengan bambaazon dilakukan melalui inait atau mentera. Sebagai bukti untuk menunjukkan layanan yang baik terhadap semangat padi, bobolizan akan memujuk, memanggil- manggil dan memberi makan kepada semangat padi dengan layanan yang lemah lembut agar semangat padi datang semula ke tempat asalnya dan memberi rezeki kepada empunya sawah.43

3.3.2 Penghormatan kepada Semangat Padi

Penanaman padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun penuh dengan unsur spiritual dan rohaniah kerana kepercayaan masyarakat ini bahawa padi mempunyai semangat dan harus diperlakukan dengan penuh hormat. ‘padi, it was a part of

Huminodun, embodies a spirit, namely Bambaazon, and from time immemorial the

Kadazan people have found it befitting that this spirit should be honoured so that bigger and better harvests would be reaped by them.’44 Oleh itu, bagi menunjukkan penghormatan masyarakat Kadazandusun terhadap semangat padi, masyarakat

Kadazandusun hendaklah melakukan proses awal penanaman padi sehinggalah selesai menuai padi dijalankan dengan penuh adat serta pantang larang. „respect is accorded to rice at each of it various stage.45 „The occasion of these pantang is

43 Temubual bersama Delima Sawin, Waris Bobolizan, Kampung Tahak Membakut, Jam 4.15 petang, 09 April 2014. 44 Pesta Menuai Peringkat Negeri Sabah, ANS/PS/KDCA/T/2/6, (1983): 18. 45 Jacqueline M. Piper, Rice in South-East Asia, (Kuala Lumpur: Cultures and Landscapes, 1993), 68.

73 usually at the clearing of the fields, the planting and reaping of their crops, when various good omens are invoked to propitiate on behalf of their crops.’ 46

Pada setiap tahun semangat padi akan dipanggil untuk diberi makan iaitu semasa musim menanam dan musim menuai padi. Selain daripada memberi makan kepada semangat padi, perbuatan seseorang individu juga boleh dilihat sebagai menunjukkan rasa hormat terhadap semangat padi. Perbuatan meletakkan padi di tempat yang tidak sepatutnya atau membuang nasi di merata tempat adalah dilarang sama sekali. Justeru itu, masyarakat Kadazandusun akan meletakkan hasil tuaian mereka di sebuah pondok khas atau sulap agar padi dapat dijaga dengan baik. Begitu juga ketika makan, masyarakat Kadazandusun akan menghabiskan nasi yang dihidang tanpa meninggalkan walau sebiji nasi.47 Menurut Peter R. Phelan masyarakat Kadazandusun di Sabah amat mementingkan pantang larang berkaitan dengan padi dan nasi. Justeru itu Phelan menyatakan, ‘When they eat, children are trained to appreciate every grain of rice. All that is served must be eaten so that there is none wasted and thrown away.’48

Upacara Pesta Menuai juga merupakan bukti penghormatan masyarakat

Kadazandusun terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai perlu selamat dimasukkan ke dalam ketawai iaitu bekas tempat menyimpan padi. Justeru, pesta ini mengingatkan masyarakat pada masa kini mengenai rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kadazandusun terhadap penciptanya iaitu Kinohaingan

46 E. Bank, Rice Planting Customs in the Baram District, Sarawak, JMBRAS – Bil. XVIII Part II, (1940), 83. 47 Temubual bersama Lina Ipit, Kampung Dungau Membakut, Jam 5.15 petang, 01 Februari 2014. 48 Peter R. Phelan, Comparisons: Sabah Local Culture and the Bible, (Nabawan: Bro. Peter R. Phelan, 2007), 124.

74 yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya demi menyelamatkan orang- orangnya supaya mempunyai bahan makanan yang mencukupi.49

3.3.3 Penzahiran Rasa Syukur

Menurut kepercayaan masyarakat Kadazandusun, padi terhasil daripada darah

Huminodun yang telah dikorbankan oleh Kinohaingan untuk membantu manusia daripada mati kelaparan. Sehubungan itu, menurut kepercayaan masyarakat ini juga bahawa setiap padi yang terhasil daripada darah Huminodun mempunyai semangat yang dikenali sebagai semangat padi atau bambaazon. Oleh itu, sebagai tanda penzahiran rasa syukur dan terima kasih kepada Kinohaingan kerana sanggup mengorbankan anaknya untuk umat manusia maka masyarakat Kadazandusun mengadakan upacara memuja semangat padi.

Menurut Susan Sinsua, ‘its purpose was to give thanks to Minamangun the creator of the world and his wife Suminundu for sacrificing their daughter

Huminodun so that rice could grow from her body to feed the Kadazan.’50 ‘The thinking behind this is not hard to grasp. The importance of rice is self-evident, but underlying this is the everlasting gratitude of the Kadazan people to their creator who sacrificed his only begotten daughter in order to provide food for his people.’51

Menurut Asmad, upacara magavau merupakan suatu upacara bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada semangat padi atau dalam bahasa Kadazandusun disebut sebagai bambaazon.52 Bobolizan melakukan puji-pujian ke atas semangat padi dalam bentuk inait atau mentera dengan nada lembut, memujuk rayu serta susun

49 Sejarah Pesta Kaamatan, ( Jabatan Muzium Sabah, 2003), 24. 50 Susan Sinsua, Borneo Travel News No.7 Jun-Julai, (1991): 3. 51 Pesta Menuai Peringkat Negeri Sabah, ANS/PS/KDCA/T/2/6, (1983): 18. 52 Asmad, Seni Kehidupan dan Kemasyarakatan, (Kuala Lumpur: Associated Educational Distributors (M) Sdn Bhd,1990), 59.

75 kata yang penuh dengan kesopanan. Dipercayai kehadiran semangat padi banyak membantu meningkatkan hasil padi. Kenyataan Asmad turut disokong oleh Susan

Sinsua bahawa, ‘families who follow the proper traditions will then hold a Magavau ceremony in their home. This is when the family gives thanks for a successful harvest and prays for continued good harvests in the years to come.’53

Peningkatan hasil padi pula dikaitkan dengan layanan baik yang diterima oleh semangat padi daripada manusia. Untuk itu, ia datang dan kekal mengikut orang yang melayannya. Sekiranya tanaman padi hidup subur dan mengeluarkan banyak hasil tuaian, ini bererti semangat padi telah datang membantu. Seiring dengan layanan ini juga, amalan menuai padi dilakukan dengan penuh tertib melalui beberapa peringkat amalan ritual memuja semangat padi.54

3.3.4 Tamatnya Tempoh Berpantang

Sebagai masyarakat yang terkenal dengan kepatuhan dan ketaatan kepada amalan adat istiadat seperti pengiraan bulan, bercucuk tanam, perkahwinan, kematian dan sebagainya. Maka tidak hairanlah, apabila menjalankan sebarang pekerjaan, masyarakat Kadazandusun akan melakukannya dengan penuh adat serta pantang larang. Demikian juga halnya dengan penanaman padi.

Menurut kepercayaan masyarakat Kadazandusun, untuk mendapatkan hasil padi yang baik petani hendaklah mematuhi amalan pantang larang bermula dari proses awal penanaman padi sehinggalah selesai tuaian pertama yang dilakukan oleh bobolizan melalui upacara mansuung do umoh. Ini adalah kerana dipercayai bahawa semangat padi mempunyai sifat yang sangat peka iaitu mudah tersinggung,

53 Susan Sinsua, Borneo Travel News, 3. 54 Temubual bersama Delima Sawin, Waris Bobolizan, Kampung Tahak Membakut, Jam 4.15 petang, 09 April 2014.

76 terganggu atau terperanjat dan mudah merajuk. Jika berlaku kegemparan walaupun sedikit, semangat padi akan cepat lari.55 Lantaran itu, sepanjang proses awal penanaman padi masyarakat Kadazandusun dilarang memukul gendang atau mengeluarkan bunyi-bunyian yang boleh menyebabkan semangat padi terkejut.

Bagi masyarakat Kadazandusun di Membakut, pada hari ketiga upacara mansuung do umoh semua orang kampung dibenarkan hadir ke upacara tersebut kerana setelah selesai ritual upacara, bobolizan akan mengarahkan semua orang yang hadir untuk meniup kungkuvak. Ketika meniup kungkuvak, suasana menjadi riuh dan bising dan setiap hadirin kelihatan riang. Kemudian bobolizan mengumpul padi yang tangkainya telah diambil untuk dibuat kungkuvak untuk dimasukkan ke dalam tempat penyimpanan padi (ketawai) ataupun disisipkan ke atap di mana ketawai padi itu terletak. Setelah upacara ini selesai, maka tamatlah segala pantang larang yang dikenakan ke atas semua orang Kadazandusun di kampung tersebut.56

3.3.5 Meraikan Tamatnya Menuai Padi bagi Sesuatu Musim

Setelah selesai musim menuai padi, satu upacara pesta yang di sambut secara besar- besaran akan diadakan. Sambutan pesta ini bertujuan untuk menyatakan perasaan gembira kerana telah mendapat hasil tuaian yang baik pada musim tersebut serta gembira kerana tamatnya bersawah padi pada musim tersebut. Semua penduduk kampung turut sama menyediakan pelbagai sajian untuk hari keramaian tersebut.

Menurut Benedict Topin, ‘After feeding the Bambarayon, an open-to-all merry making feast used to be celebrated in the main community gathering place in the

55 Moain, Kepercayaan dan Amalan Magis, 7. 56 Ismail Abbas & Charles Shaoung, Tarian-tarian Tradisional Sabah, (Kota Kinabalu: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1984), 33.

77 kampongs. Those present were traditionally served with chicken porridge, eggs and meat. Only the best (rice wine) are to be served.’57

Semasa pesta ini diraikan, seluruh penduduk kampung berpesta dengan meriah tanda kesyukuran. Kampung-kampung yang berhampiran di jemput ke pesta tersebut. Pelbagai acara tersedia seperti pertarungan olok-olok, minum minuman keras tempatan, menari dan bermacam hidangan makanan disajikan. Beberapa hari kemudian para jemputan akan membuat pesta keramaian sebagai balasan atas jemputan yang diberi.58

Jika di daerah Penampang, pesta yang diadakan secara besar-besaran ini dikenali sebagai moginakan. Moginakan adalah merupakan ‘the feast of re-union and thanksgiving.’59Manakala, bagi masyarakat Kadazandusun di Membakut pesta tersebut dikenali sebagai upacara paina. Upacara paina ini disambut setelah selesai menuai padi dengan harapan mohon doa restu dari Kinohaingan atau semangat padi agar dapat memberi hasil yang lebih lumayan di masa akan datang.60

3.4 PENUTUP

Pada umumnya, masyarakat Kadazandusun banyak mengalami perubahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial selepas kedatangan SBBU dan British. Walaupun banyak perubahan yang dilakukan oleh SBBU dan British ke atas masyarakat

Kadazandusun, namun pengamalan adat istiadat yang sering dijalankan oleh masyarakat ini tidak pernah mendapat sebarang bantahan atau larangan. Malahan, pihak SBBU dan British berusaha untuk mengenali dan mengkaji amalan adat

57 Topin, The Kadazan Kaamatan Festival, 4. 58 Kaamatan 10, 7. 59 Benedict Topin, The Magavau and Humabot Ceremony: A Fading of the Kadazandusun, 2003, 19. 60 “Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut,” Borneo Mail, (1995): 7.

78 istiadat yang menjadi pegangan oleh masyarakat Kadazandusun sejak nenek moyang mereka. Salah satu daripada adat istiadat yang menarik perhatian pihak SBBU dan

British ialah adat memuja semangat padi.

Amalan memuja semangat padi di akui wujud dalam kalangan masyarakat

Kadazandusun. Pengakuan mengenai kewujudan amalan memuja semangat padi ini terbukti melalui catatan di akhbar, buku serta melalui pengalaman pengkaji barat sewaktu menetap di Sabah iaitu semasa pentadbiran SBBU dan pentadbiran kerajaan

British. Catatan inilah akhirnya menjadi bukti kewujudan zaman awal perkembangan adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun.

79

BAB EMPAT

PERKEMBANGAN ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI, 1960-AN HINGGA 1980-AN

4.0 PENGENALAN

Catatan terawal mengenai padi di Membakut, ada dinyatakan melalui penulisan

Owen Rutter yang bertajuk British North Borneo: An Account of its History,

Resources and Native Tribes. Kekayaan hasil padi yang dimiliki oleh Membakut menjadi salah satu sebab pihak SBBU mengambilalih daerah tersebut.1 Selain itu, catatan mengenai padi di Membakut ada dinyatakan melalui akhbar The Borneo

Times iaitu laporan oleh Pembantu Pengarah Jabatan Pertanian Borneo Utara, Roland

Smith yang menyatakan bahawa terdapat sedikit kerosakan tanaman padi di

Membakut akibat daripada cuaca.2 Walaupun terdapat dua catatan mengenai padi di

Membakut, namun tiada catatan rasmi mengenai perkembangan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut. Maklumat mengenai perkembangan mengenai adat memuja semangat padi ini diperolehi melalui kerancakan amalan adat ini bermula tahun 1960-an hingga 1980-an. Sehubungan dengan itu, adat memuja semangat padi ini terus mengalami perkembangan seiring dengan peredaran masa.

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan dua isu utama mengenai perkembangan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut iaitu yang pertama bagaimanakah senario perkembangan adat memuja semangat padi dan isu yang kedua ialah apakah faktor perkembangan adat memuja semangat padi sekitar tahun 1960-an hingga 1980-an.

1 Rutter, British North Borneo, 137. 2 The Borneo Times, (1963): 4.

80

4.1 PENGEKALAN TRADISI MENDORONG KEPADA PERKEMBANGAN

ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI

Perkembangan adat memuja semangat padi di Membakut yang bermula pada tahun

1960-an hingga tahun 1980-an berkaitrapat dengan pengekalan tradisi masyarakat

Kadazandusun. Terdapat tiga aspek penting yang mengaitkan pengekalan tradisi tersebut. Antara aspek tersebut ialah adanya bobolizan. Aspek yang kedua ialah masyarakat Kadazandusun yang masih mengamalkan kepercayaan animisme. Aspek yang ketiga ialah kepatuhan kepada pantang larang berpadi.

4.1.1 Adanya Bobolizan

Masyarakat Kadazandusun di negeri Sabah amat mementingkan kepercayaan terhadap bobolizan.3 Begitu juga dengan masyarakat Kadazandusun di Membakut.

Bobolizan dianggap yang sangat arif dan pakar dalam adat istiadat dan pantang larang masyarakat Kadazandusun, kepakaran mereka ini menyebabkan status mereka dipandang tinggi, sangat dihormati dan disegani oleh masyarakat ini. Antara kepakaran bobolizan ialah menguasai ilmu roh dan kuasa ghaib, sehingga mereka dianggap doktor dalam pengubatan penyakit.4

Hanafi Hussin dalam artikelnya yang bertajuk „Bobohizan (gelaran bomoh bagi masyarakat Kadazandusun di Penampang) dan peranannya dalam kalangan

Masyarakat Kadazan daerah Penampang Sabah‟ menyatakan bahawa bobohizan merupakan orang perantaraan yang terdiri daripada kaum wanita sahaja disebabkan mereka mempunyai daya ingatan yang kuat untuk menghafal inait jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Kebolehan dan kepakaran bobohizan wanita dalam menghafal inait penting bagi menghubungkan manusia dengan alam ghaib serta mendapat

3 Evans, The Religion of the Tempasuk, 42. 4 Sansalu, Kadazandusun di Sabah, 94.

81 bantuan daripada divato (pembantu bobohizan di alam ghaib) sahaja.5 Pada dasarnya, peranan bobohizan di kampung hanya untuk membantu menyampaikan permintaan atau hasrat seseorang yang meminta perkhidmatan kepada roh-roh di alam ghaib. Makhluk alam ghaib akan bertindak menyembuhkan atau memulihkan keadaan seperti yang dipohon oleh bobohizan.6 Dalam amalan memuja semangat padi di Membakut, semangat padi dipanggil dan dipuja melalui penggunaan inait oleh bobolizan. Inait merupakan bacaan mentera yang menggunakan bahasa yang sukar difahami. Hanya golongan bobolizan sahaja yang memahami bahasa inait yang mereka gunakan. Bagi menghormati kepercayaan masyarakat Kadazandusun di

Membakut yang melarang keras bacaan inait tanpa menjalani upacara ritual kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kesan buruk kepada penduduk kampung maka pengkaji tidak dapat memperoleh maklumat mengenai inait memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut.7

Keberkesanan proses perhubungan bobolizan dengan makhluk di alam ghaib bergantung kepada beberapa perkara iaitu kelancaran perjalanan proses ritual, penyediaan kelengkapan peralatan yang diperlukan dan sajian yang dihidangkan.

Sekiranya persediaan untuk upacara ritual tidak lengkap, maka segala permintaan bobolizan tidak akan dipenuhi. Justeru, kepakaran bobolizan dalam mengendalikan sesuatu upacara ritual yang berkaitan dengan adat adalah sangat penting. Bagi masyarakat Kadazandusun di Membakut, mereka sangat mempercayai bahawa bobolizan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian dan

5Hanafi Hussin, “Bobohizan dan Peranannya di Kalangan Masyarakat Kadazan Daerah Penampang Sabah,” Jati Bil. 8, (2003): 20. 6 Ibid. 7 Temubual bersama Delima Sawin, Waris Bobolizan, Kampung Tahak Membakut, Jam 4.15 petang, 09 April 2014.

82 masyarakat Kadazandusun memerlukan bobolizan sebagai penghubung dengan alam ghaib.8

Hal ini kerana masyarakat Kadazandusun di Membakut mempercayai bahawa kewujudan semangat jahat khususnya yang sentiasa akan menganggu manusia sehingga mendatangkan pelbagai penyakit dan kematian kepada mereka. Maka, atas dasar kepercayaaan sebegitu menyebabkan masyarakat Kadazandusun di Membakut sangat mengambil berat dan berpegang teguh dengan peraturan-peraturan dalam adat mereka kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kemurkaan kuasa-kuasa ghaib ini.

Sekiranya berlaku sesuatu yang menganggu dalam kehidupan mereka, maka khidmat bobolizan akan dicari bagi tujuan memperbaiki dan mengembalikan keadaan seperti sedia kala.9

Keseimbangan perhubungan antara manusia di alam nyata dengan semangat atau roh adalah penting bagi memelihara dan mengelakkan masyarakat

Kadazandusun daripada ditimpa malapetaka. Begitulah juga dengan halnya dengan amalan memuja semangat padi. Bagi mengekalkan keseimbangan perhubungan manusia dengan semangat atau roh maka hendaklah dilakukan dengan mengadakan upacara ritual oleh bomoh atau pawang yang dikenali oleh masyarakat

Kadazandusun sebagai bobolizan. Perhubungan antara bobolizan dengan alam semangat atau roh ini dilakukan melalui bahasa inait yang agak sukar difahami oleh generasi muda sekarang.10 Kebolehan bobolizan menggunakan inait untuk memanggil, memuja dan merayu semangat padi dianggap sangat luar biasa oleh

8 Temubual bersama Delima Sawin, Waris Bobolizan, Kampung Tahak Membakut, Jam 4.15 petang, 09 April 2014. 9 Ibid. 10 “Pesta Kaamatan sangat Bermakna kepada Masyarakat Kadazandusun,” Utusan Borneo, (1994): 8.

83 masyarakat Kadazandusun. Lantaran itu, kedudukan bobolizan sangat dihormati oleh masyarakat Kadazandusun.

Biasanya bobolizan terdiri dalam kalangan kaum wanita, walau bagaimanapun terdapat juga bobolizan yang terdiri daripada kaum lelaki. Dalam masyarakat Kadazandusun di Membakut, bobolizan lelaki hanya menjalankan upacara perubatan be’asik, mikajang dan papunduk. Manakala, bagi bobolizan wanita, biasanya mereka mengetuai bagi kesemua upacara adat yang dijalankan di

Membakut kecuali upacara be’asik, mikajang dan papaunduk (rujuk kepada bahagian senarai istilah untuk perbendaharaan kata Kadazandusun). Kepercayaan masyarakat ini terhadap bobolizan juga dilihat melalui tahap kemampuan bobolizan menggunakan kuasa roh tertentu sebagai perantaraan untuk menghubungi kuasa ghaib yang dapat membantunya berhubung dengan Kinohaingan dan Suminundu ketika menjalankan upacara keagamaan untuk menghadapi bencana alam.11

Bagi melaksanakan upacara memuja semangat padi di Membakut, golongan bobolizan hendaklah terdiri daripada kaum wanita sahaja dan mereka haruslah mahir mengendalikan ritual adat ini. Persoalannya mengapa bobolizan wanita sahaja yang boleh menjalankan adat ini. ‘The positive ritual roles of women require that women learn much esoteric knowledge to become ritually competent. Since women have much domestic competency, it is not difficult for them to transfer this competency and mastery to the ritual realm.’12 Kaum wanita mempunyai jiwa yang halus dan mudah berhubung dengan makhluk-makhluk di alam ghaib berbanding lelaki.13

Sehubungan dengan itu maka bobolizan wanita sahajalah yang faham dan dapat

11 Sansalu, Kadazandusun di Sabah, 94. 12 Judith Hoch-Smith & Anita Spring (eds), Women in Ritual and Symbolic Roles, (New York: Plenum Press,1978), 15. 13 Appell, Social Anthropological Research, 8.

84 berhubungan dengan semangat padi dan juga dengan makhluk-makhluk halus yang lain.14

Selain itu juga, terdapat juga pegawai British lain seperti Thomas Rhys

Williams turut menyaksikan penggunaan khidmat bomoh wanita dalam amalan memuja semangat padi di daerah Sensuron melalui bukunya yang bertajuk The

Dusun: A North Borneo Society.

On Completion of the planting a ritual is performed by the female specialist. Each stage of the swidden cycle has one or more detailed ritual acts associated with it to insure the growth, yield and protection of the crop.15

Peranan bobolizan dalam masyarakat Kadazandusun sangat penting kerana ia mencakupi segala aspek kehidupan manusia terutamanya dalam pentadbiran di kampung. Antara peranan bobolizan iaitu bertindak sebagai penguatkuasa undang- undang tradisi dan pantang larang yang berkaitan dengan adat. Selain itu, bobolizan juga berperanan sebagai penasihat dalam pengamalan adat dalam masyarakatnya disebabkan kewibawaan dan penghormatan penuh yang diberikan oleh penduduk kampung kepadanya. Melalui peringatan, penasihat serta tunjuk ajar kepada masyarakat Kadazandusun agar menghormati.16

Bobohizan merupakan golongan pakar dalam upacara ritual yang bertindak sebagai pengantara manusia dengan alam roh atau dunia ghaib. Mereka diundang untuk melaksanakan upacara-upacara untuk memelihara keamanan dan keharmonian dan mengembalikan keseimbangan antara kedua-dua dunia tersebut. Bobohizan juga ialah penyembuh, pakar dalam ubat-ubatan tradisional yang menggunakan tumbuh- tumbuhan, bidan kampung serta penasihat tentang kepercayaan, budaya, tradisi, adat

14 “Pesta Kaamatan Sangat Bermakna kepada Masyarakat Kadazandusun”, Utusan Borneo, (1994), 8. 15 Williams, The Dusun, 70. 16 Ibid, 32.

85 resam dan pantang larang dalam tiga peristiwa penting dalam kehidupan seorang dari masyarakat Kadazan, iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.17

Bagi bobolizan dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut, mereka bukan sahaja mahir dalam ilmu perubatan tradisional malah golongan ini juga berperanan sebagai penasihat kepada adat istiadat dan pantang larang bagi kaum masyarakat Kadazandusun di Membakut. Peranan bobolizan ini juga turut diakui oleh Rita Lasimbang melalui pembentangan kertas seminarnya di Universiti

Malaysia Sabah bahawa,

Bobohizan sememangnya merupakan sumber utama untuk memberi maklumat dan pengetahuan masyarakat Kadazandusun. Bobohizan mengetuai dan mahir dalam hal-hal rohani dan hal ehwal kebudayaan yang mengandungi pengaruh yang besar dalam sistem politik masyarakat Kadazandusun tradisional. Bobohizan juga merupakan pakar ritual, pakar herba, ahli terapi, perunding kepada jawatankuasa Ketua Kampung, seorang guru budaya, adat dan pejuang hak-hak dan keperluan wanita serta Bobohizan juga merupakan tonggak kebenaran budaya dan adat. 18

Ilmu bobolizan tidak diperolehi secara turun temurun tetapi ilmu tersebut diperolehi daripada menuntut ilmu daripada bobolizan lain. Biasanya, bagi menarik minat mempelajari ilmu bobolizan, mereka sangat menggalakkan anak-anak gadis untuk mempelajari ilmu bobolizan. Galakan untuk mempelajari ilmu bobolizan dilakukan dengan membawa anak-anak gadis mereka ke setiap upacara ritual sama ada pengubatan mahupun upacara memuja semangat padi. Menurut Dayu Sansalu, anak gadis masyarakat Kadazandusun suku Tombonuo berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun, mulai dididik untuk menjadi bobolizan. Pada peringkat permulaan, mereka dibawa bersama dalam setiap upacara perubatan tradisional sebagai

17 Rita Lasimbang, “Ilmu Watan Suku Kaum Kadazan di Sabah,” (Penampang: Yayasan Bahasa Kadazandusun, 2007), 5. 18 Rita Lasimbang, “Exploring the Art of Bobohizan-Keeper of Kadazan Rituals and Chants,” Pembentangan Kertas Seminar di Borneo Research Council: 7th Biennial International Conference, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, (2002): 2-3.

86 pendedahan kepada tatacara perjalanan upacara.19 Atas sebab minat dan galakan inilah yang mendorong kepada lahirnya ramai golongan bobolizan bermula tahun

1960-an.20 Merujuk kepada jadual 4.1 merupakan senarai nama bobolizan generasi kedua di Membakut yang menjalankan adat memuja semangat padi di Membakut dalam tempoh dua dekad era perkembangan adat tersebut iaitu pada tahun 1960-an hingga 1980-an. Seramai 10 orang bobolizan yang berkemahiran mengendalikan upacara ritual memuja semangat padi. Berbanding sebelum 1960-an dianggarkan seramai lima orang bobolizan yang berkemahiran mengendalikan upacara ritual tersebut.21

Jadual 4.1 : Senarai Nama Bobolizan Generasi Kedua di Membakut yang Menjalankan Adat Memuja Semangat Padi, 1960-an hingga 1980-an.

BIL NAMA BOBOLIZAN NAMA KAMPUNG 01. Jamika Obon Kampung Tahak 02. Laipa Eta Kampung Tahak 03. Kuinah Tansir Kampung Tahak 04. Tianiu Kampung Bingkulas 05. Usal Anggur Kampung Bingkulas 06. Alih Billi Kampung Bingkulas 07. Andu Awat Kampung Mandangin 08. Etim Batunjan Kampung Mandangin 09. Anai Kampung Tandian 10. Ansiun Pagangan Kampung Madang Sumber : Disusun daripada temubual dengan Pirin Intang, Ketua Kampung Dungau Membakut, 04. 02. 2014.

4.1.2 Pengekalan Amalan Animisme

Kajian mendapati bahawa, sekitar tahun 1960-an sehingga tahun 1980-an masyarakat

Kadazandusun di Membakut masih mengamalkan kepercayaan animisme. Menurut

Jawin Aji yang merupakan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) di Membakut, sekitar tahun 1960-an hingga 1980-an, masyarakat Kadazandusun di Membakut

19 Sansalu, Kadazandusun di Sabah, 95. 20 Temubual bersama Ansiun Pagangan, Bekas Bobolizan, Kampung Madang Membakut, Jam 2.30 petang, 18 April 2015. 21 Temubual bersama Piunah Sadong, Waris Bobolizan, Kampung Takapan Membakut, Jam 5.00 petang, 10 November 2014.

87 masih lagi berpegang teguh kepada ajaran animisme ini disebabkan kurangnya usaha-usaha menjalankan kegiatan dakwah dalam kalangan pendakwah agama Islam dan Kristian ke atas masyarakat Kadazandusun di Membakut.22 Menurut Haji

Ibrahim Guan, memang tidak dinafikan bahawa sebelum tahun 1980-an terdapat segelintir masyarakat Kadazandusun di Membakut telah pun menganut agama Islam, namun ketiadaan kelas bimbingan agama Islam untuk mereka yang bergelar mualaf telah menjadi punca golongan ini kurang didedahkan dengan hukum agama Islam.23

Menurut Francis Lai, sebelum tahun 1980-an terdapat sebilangan besar masyarakat Kadazandusun di Membakut telah menganut agama Kristian. namun tidak melunturkan kepercayaan mereka terhadap pegangan animisme yang telah menjadi warisan sejak nenek moyang lagi. Ini adalah kerana, kepercayaan animisme telah berakar umbi ke dalam jiwa masyarakat Kadazandusun dan kepercayaan serta kepatuhan mereka tidak mudah untuk terhakis dengan sekelip mata, lantaran sejak kecil anak-anak masyarakat Kadazandusun telah dididik secara tidak formal tentang kepercayaan animisme.

Melalui pendidikan tidak formal ini, anak-anak Kadazandusun berpegang kepada kepercayaan bahawa, untuk menghindarkan sesuatu kejadian dan mendapat sesuatu perkara yang baik, mereka hendaklah melakukan upacara puja atau mengamalkan adat istiadat serta pantang larang. Maka tidak hairanlah mengapa masyarakat Kadazandusun masih mengamalkan upacara memuja semangat padi meskipun adanya pengaruh serta anutan agama Islam dan Kristian dalam kalangan masyarakat ini. Menurut Evans,

22 Temubual bersama Jawin Aji, Wakil Ketua Anak Negeri Membakut, Jam 3.00 petang, 24 April 2014. 23 Temubual bersama Ibrahim Guan, Pegawai Agama Bahagian Kaunseling, JAHEINS Membakut, Jam 3.34 petang, 24 November 2015.

88

The religion of the Kadazandusuns is largely animistic though with it is combined a belief in a supreme deity, who has a wife and in minor deities or major spirits. Their ceremonies as might be expected, are chiefly concerned with those supernatural being who may, according to their ideas, affect human affairs favourably or unfavourably. These ranging from the positively malevolent to the potentially or actually beneficent. Those which are implacably hostile must be driven away by means of magic.24

Selain itu, melalui jurnal artikel Pryer yang bertajuk On the Natives of British

North Borneo ada menyatakan bahawa, „oleh sebab keadaan sekeliling, sama ada peribumi Islam atau bukan Islam mempercayai kewujudan hantu, makhluk halus, semangat dan roh.‟25 Ini membuktikan bahawa walaupun adanya pengaruh daripada agama Islam atau Kristian, kepercayaan terhadap pegangan nenek moyang masih utuh dalam jiwa mereka. Sehubungan itu, maka tradisi adat memuja semaangat padi masih terus dijalankan oleh setiap kampung di daerah kecil Membakut.

4.1.3 Kepatuhan kepada Pantang Larang Berpadi

Istilah pantang larang merupakan sesuatu yang dilarang melakukannya menurut adat atau kepercayaan.26 Pantang larang diamalkan dalam masyarakat agar dapat menjamin kehidupan dalam acuan selamat dan jauh daripada perkara-perkara buruk.27 Maka, tidak hairanlah mengapa masyarakat Kadazandusun sangat patuh kepada amalan pantang larang. Yang nyata, akibatnya sering dikaitkan dengan kuasa makhluk halus atau semangat dan bukan berasaskan aspek sains atau pemikiran yang logik.28

24 Evans, Studies in Religion, Folk-Lore and Custom, 3 25 W. B. Pryer, “The Natives of British North Borneo,” The British North Borneo Herald, (1886): 230. 26 Kamus Dewan Edisi Keempat, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010), 1135. 27 Hamidah Abdul Wahab, “Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu Sarawak,” International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) No. 1, ( 2013): 91. 28 Ani Haji Omar, “Pantang Larang dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis dari Perspektif Teori SPB4K,” Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 7 Bil. 1 (2014): 79.

89

Bagi masyarakat Kadazandusun di Membakut amalan pantang larang telah menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, tidak hairanlah kehidupan masyarakat ini dipenuhi dengan banyak pantang larang. Masyarakat

Kadazandusun di daerah ini juga sangat taat dan patuh kepada amalan pantang larang dengan mendukung prinsip biar mati anak jangan mati adat. Pantang larang berpadi merupakan pantang larang yang paling penting dan sangat dipatuhi oleh masyarakat

Kadazandusun di Membakut kerana ianya melibatkan padi yang merupakan sumber makanan utama Kadazandusun. Sekiranya pantang larang ini tidak dipatuhi atau dilanggar, dikhuatiri semangat padi akan merajuk atau lari ke tempat lain. Apabila semangat padi telah lari ke tempat lain, maka hasil tuaian padi dipercayai akan merosot.

Lantaran itu, kepatuhan terhadap pantang larang berpadi ini telah mendorong masyarakat Kadazandusun di Membakut mengamalkan adat memuja semangat padi.29 Hasil kajian mendapati bahawa pantang larang berpadi masyarakat

Kadazandusun di Membakut boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama merupakan pantang larang yang harus dipatuhi sebelum selesai upacara ritual memuja semangat padi. Bahagian yang kedua pula merujuk pantang larang sebelum selesai menuai padi ataupun sebelum upacara paina. Berikut dilampirkan pembahagian pantang larang berpadi menurut kepercayaan masyarakat

Kadazandusun di Membakut.

Jadual 4.2: Pantang Larang Semasa Upacara Ritual Memuja Semangat Padi. BIL CONTOH PANTANG LARANG 01. Dilarang menanak nasi bercampur dengan air santan kelapa ataupun membuat kolupis menggunakan hasil tuaian pertama. 02. Dilarang memasak ikan keli ataupun ikan masin bercampur dengan timun

29 Temubual bersama Idah Intang, Kampung Dungau Membakut, Jam 11.30 petang, 10 November 2014.

90

03. Dilarang melintas atau turun ke sawah padi Sumber: Maklumat diperolehi daripada temubual bersama bekas bobolizan, waris bobolizan, mamadangau, Ketua Kampung di Membakut.

Jadual 4.3: Pantang Larang Sebelum Selesai Musim Menuai Padi atau Upacara Paina. BIL CONTOH PANTANG LARANG 01. Dilarang mengusung mayat melintasi sawah padi 02. Dilarang mengambil batang padi dan meniup batang padi tersebut atau mangkukuvak 03. Dilarang memukul gong atau membunyikan sebarang alat 04. Dilarang menumbuk mangga bercampur dengan udang atau bilis kering 05. Dilarang makan jeruk ikan atau sinambata 06. Dilarang memasak ayam bercampur dengan air santan kelapa 07. Dilarang menghasilkan minuman keras tradisi Kadazandusun atau nassi, sekiranya terdapat orang luar yang membawa nassi tersebut maka dilarang membawa masuk ke dalam rumah. 08. Dilarang menangkap ikan di sawah padi orang lain 09. Dilarang menghempas batang padi yang telah masak Sumber: Maklumat diperolehi daripada temubual bersama bekas bobolizan, waris bobolizan, mamadangau, Ketua Kampung di Membakut.

4.2 FAKTOR –FAKTOR LAIN YANG MENDORONG KEPADA

PERKEMBANGAN ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI

Budaya menghormati padi sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat

Kadazandusun, begitu juga dengan budaya masyarakat Kadazandusun di Membakut.

Melalui upacara adat memuja semangat padi ini telah membuktikan bahawa masyarakat Kadazandusun sangat menghormati dan bergantung kepada sumber padi.

Sehubungan dengan itu, adat ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan kepentingannya kepada masyarakat Kadazandusun. Selain daripada faktor pengekalan tradisi yang menjadi pendorong kepada perkembangan adat memuja semangat padi, terdapat juga empat faktor lain yang turut menyumbang ke arah perkembangan adat memuja semangat padi. Antara empat faktor tersebut ialah peranan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), perkembangan Pesta

Menuai, perkembangan ritual memuja semangat padi dan perkembangan penanaman padi.

91

4.2.1 Peranan KDCA

Kesedaran berpersatuan dalam kalangan masyarakat Kadazandusun mula timbul dalam kalangan orang Kadazan di Penampang. Golongan belia Kadazan di

Penampang mula sedar kepentingan aktiviti berpersatuan setelah terdedah kepada kegiatan berpersatuan di Gereja dan sekolah St. Micheal, Penampang. Kedua-dua tempat tersebut memainkan peranan penting dalam mendorong orang Kadazan giat berpersatuan dan berorganisasi secara bersistematik.30 Persatuan Kadazan atau The

Society of Kadazans merupakan persatuan pertama yang ditubuhkan secara rasmi oleh pemimpin Kadazan yang berpendidikan tinggi di Penampang.31 Persatuan ini didaftarkan secara rasmi di Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 24 Ogos 1953 dengan tujuan menjaga kepentingan kebudayaan dan dialek Kadazan serta meningkatkan taraf ekonomi orang Kadazan di Penampang. Presidennya yang pertama ialah Joseph

Tinoi, Ketua Kampung daripada suku kaum Kadazan. Vincent Ligunjang daripada suku kaum Kadazan yang berpendidikan Inggeris dilantik sebagai Naib Presiden, manakala Richard E. Yap yang berdarah Sino-Kadazan dilantik sebagai Setiausaha.32

Penubuhan Persatuan Kadazan telah mendorong kepada penubuhan Persatuan

Belia Kadazan atau The Kadazan Youth Association pada tahun 1959 di Penampang.

Persatuan ini membantu Persatuan Kadazan menganjurkan kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan seperti Pesta Menuai. Selepas Persatuan Belia Kadazan, muncul pula Persatuan Belia Kadazan Sabah Bersatu atau United Sabah Kadazan Youth

Association. Persatuan ini dicadang dan diluluskan penubuhannya semasa Kongres

Belia Kadazan pada 14 dan 15 April 1963. Penubuhan persatuan ini bertujuan membantu belia Kadazan memajukan diri dari segi mental, moral, spiritual serta

30 Sansalu, Kadazandusun di Sabah, 260. 31 Herman J. Luping, Sabah’s Dilemma: The Political History of Sabah 1960 – 1994, (Kuala Lumpur: Magnus Books, 1994), 99. 32 Ibid.

92 membantu membina keyakinan diri mereka supaya menjadi orang yang berpendidikan dan dapat bersaing dengan bangsa lain. Namun demikian, persatuan ini semakin tidak aktif. Oleh itu, semua persatuan dibawah Persatuan Belia Kadazan

Sabah Bersatu disatukan menjadi Persatuan Kebudayaan Kadazan atau Kadazan

Cultural Association (KCA).33

Persatuan Kebudayaan Kadazan Sabah atau Kadazan Cultural Association

(KCA) telah ditubuhkan pada tahun 1963.34 Penubuhan persatuan ini adalah atas usaha oleh tujuh orang anak Kadazan dari Penampang iaitu Datuk Justin Stimol,

Francis Chu, Roger Dunstan, Datuk Pat Michael, Dominic Chu dan Datuk Richard

Maning. KCA ditadbir secara berpusat di Penampang bagi meneruskan kegiatan yang dirancang Persatuan Belia Kadazan Bersatu. Semasa ucapan perasmian KCA,

Donald Stephens35 menyeru belia Kadazan di seluruh pelosok negeri Sabah supaya bersatu. Beliau juga berharap agar satu pergerakan belia berbilang bangsa dapat diwujudkan dalam usaha melahirkan pemimpin negara pada masa yang akan datang.36 Pada tahun 1992, KCA telah ditukar namanya kepada Kadazan Dusun

Cultural Association (KDCA) sebagai respon kepada seruan untuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Kadazan dan Dusun.37 Datuk Joseph Pairin Kitingan selaku

Presiden KDCA telah menggiatkan pelbagai usaha dan program bersama bagi memastikan penyatuan dan keseragaman ideologi diterima pakai oleh semua rumpun

Kadazandusun. Antara peranan KDCA ialah menggalakkan wujudnya persahabatan

33 Sansalu, Kadazandusun di Sabah, 278-289. 34 Temubual bersama Munam Charles, Kakitangan Pengurusan, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Penampang, Jam 2.00 petang, 24 Disember 2016. 35 Menggalakkan pengiktirafan kebudayaan masyarakat Kadazan melalui seksyen bahasa Kadazan, Sabah Times. Pada 24 November 1953, beliau membantu menubuhkan The Society of Kadazans. Pada Ogos 1961, Donald Stephen telah menubuhkan parti politik dan merupakan Presiden United National Kadazan Organization (UNKO). Beliau merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama selepas Sabah memperoleh tadbir urus sendiri pada 31 Ogos 1963 dan apabila Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. 36 Sansalu, Kadazandusun di Sabah, 290. 37 Pugh-Kitingan, Kadazan Dusun, 238.

93 dan persefahaman, memupuk cinta warisan kebudayaan Kadazandusun, membantu menyatukan dialek Kadazandusun, menggalakkan kebudayaan Kadazandusun, membantu dalam pendidikan dan kebajikan orang Kadazandusun dan menjadi ahli bertanggungjawab dalam komuniti, negeri dan negara.38

KDCA berperanan penting dalam mempromosikan Kaamatan (Pesta Menuai) kepada seluruh masyarakat di Malaysia khasnya dan kepada masyarakat luar negara amnya.39 Selain itu, KDCA juga berperanan untuk mempelbagaikan serta merancakkan lagi program yang bertujuan untuk penyatuan dan perpaduan semua rumpun Kadazandusun.40 Sehubungan itu, KDCA merupakan organisasi penting dan diibaratkan sebagai payung bagi masyarakat peribumi di Sabah, bukan hanya untuk masyarakat Kadazandusun tetapi komuniti peribumi lain. Persatuan ini telah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti sejak beberapa tahun yang lalu, termasuk Pesta Menuai.

4.2.2 Perkembangan Pesta Menuai

Pesta Menuai pada awalnya merupakan Tamu Besar yang diadakan sempena upacara pertabalan Ratu Elizabeth pada bulan Jun 1953 merangkumi semua daerah di Borneo

Utara. Semasa Tamu Besar berlangsung, pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan sambutan upacara pertabalan tersebut. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan sukan, tayangan wayang secara percuma, nyanyian, tarian dan pertunjukan bunga api. Tamu Besar yang diadakan di daerah Kota Belud telah dirakam dan disiarkan di seluruh Britain dan Amerika Syarikat. Tamu Besar yang diadakan di Kota Belud telah memberi kesedaran kepada pihak British akan

38 Ibid. 39 Temubual bersama Rita Alin, Kakitangan Pengurusan, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Penampang, Jam 2.00 petang, 24 Disember 2016. 40 Temubual bersama Beverly Judin, Kakitangan Pengurusan, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Penampang, Jam 2.00 petang, 24 Disember 2016.

94 kepentingan Tamu Besar sebagai tempat perkumpulan pelbagai kaum seperti kaum

Bajau dan kaum Dusun. Selain itu, dengan adanya Tamu Besar, pihak British dapat menyelia kegiatan aktiviti orang-orang tempatan.41

Sehubungan itu, pada 5, 6 dan 7 November 1956 semasa Persidangan Tahunan

Ketua-ketua Anak Negeri, OKK Sodomon telah memohon kepada kerajaan British supaya mewujudkan satu perayaan khas untuk masyarakat Kadazandusun sebagai tanda kesyukuran selepas musim menuai padi. Atas kepentingan perlunya satu perayaan khusus untuk masyarakat Kadazandusun iaitu perayaan selepas menuai padi, maka pihak British telah bersetuju dan meluluskan cadangan supaya perayaan

Pesta Menuai disambut pada 24, 25 dan 26 April setiap tahun.42 Pada tahun 1957, terdapat peningkatan jumlah tempat yang mengadakan Pesta Menuai iaitu sebanyak

17 buah daerah di Borneo Utara yang terlibat.43

Pesta Menuai yang ditaja dan diadakan oleh kerajaan British juga dikenali sebagai Tamu Besar kerana ia diadakan secara besar-besaran. Pada September 1959 kerajaan British telah mengadakan Tamu Besar di Tamparuli. Pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak British seperti pertandingan ratu cantik, persembahan tarian tradisional sumazau, pertandingan pakaian tradisional dalam kalangan ketua kampung, pertandingan sukaneka, pertandingan bola sepak dan persembahan daripada murid-murid sekolah.44

Pada tahun 1960, Donald Stephens mendesak agar permohonan cuti umum

Pesta Menuai di peringkat Borneo Utara dapat diluluskan oleh pihak British. Oleh

41 Hiroyuki, Sports, Beauty Contest and the Tamu Besar, 9. 42 “Buku Cenderamata Pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah,” Penampang, (1999), 5. 43 Ibid. 44 North Borneo News and Sabah Times, (1959): 4.

95 itu, pada 21 Februari 1960, kerajaan British telah mengiktiraf Pesta Menuai sebagai hari perayaan masyarakat Kadazandusun dan bersetuju mengisytiharkan cuti umum selama dua hari sempena sambutan perayaan tersebut iaitu pada 30 Jun dan 1 Julai setiap tahun.45

The Posts and Telegraphs Department announced the hours of business at Post Office counters throughout the Colony on Harvest Day Festival- Thursday, June 30 and Friday July 1- public holidays. The Kadazan Society has received news from other Kadazan Association throughout the Colony which says all the Association will hold special celebrations on 30th June and 1st July the two holidays which have been approved by the Government as a result of a request made by Kadazan Society for a Native Harvest Festival. 46

Sehubungan itu, Pesta Menuai disambut buat pertama kalinya di Borneo Utara.

Sambutan secara rasmi ini diadakan di padang sekolah St Micheal di Penampang.

Sebanyak 14 buah kampung di daerah Penampang telah mengambil bahagian dalam sambutan tersebut. Pelbagai aktiviti seperti tarian dan muzik tradisional dipersembahkan. Ramai pemimpin negeri dan masyarakat dari pelbagai daerah di

Sabah menghadiri perayaan itu. Terdapat juga pertandingan ratu cantik atau unduk ngadau, pertandingan pakaian tradisional Ketua-ketua kampung, permainan tradisional dan perlawanan bola sepak.47 Berikutan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Pesta Menuai terus disambut sebagai cuti negeri.48

Sambutan Pesta Menuai buat pertama kalinya di peringkat Borneo Utara merupakan satu langkah penting ke arah mencapai perpaduan yang lebih utuh dalam kalangan masyarakat Bumiputra di Borneo Utara. Pada tahun 1986, KCA memutuskan untuk mempunyai tarikh yang tetap bagi menyambut perayaan Pesta

Menuai. Sehubungan dengan itu, KCA telah menetapkan 30 dan 31 Mei setiap tahun

45 Luping, Sabah’s Dilemma, 101. 46 North Borneo News and Sabah Times, (1960): 4 47 “History of the Kaamatan Festival,” Pesta Kaamatan (Sabah Museum), (2001): 24. 48 Pugh-Kitingan, Kadazan Dusun, 240.

96 sebagai cuti umum bagi perayaan Pesta Menuai. Tanggal 1 Mei merupakan hari pelancaran Pesta Menuai yang akan disambut selama sebulan, bermula daripada peringkat kampung, daerah sehingga ke hari penutup iaitu kemuncak kepada sambutan Pesta Menuai di peringkat negeri pada 30 dan 31 Mei pada setiap tahun.

Semasa Kongres KCA diadakan kali kedua pada tahun 1986, nama Pesta Menuai telah ditukar kepada Pesta Kaamatan secara rasmi dan telah diterima pakai.49

Perubahan nama Pesta Menuai kepada Pesta Kaamatan dapat mengukuhkan lagi identiti masyarakat Kadazandusun serta mengembangkan Pesta Menuai hingga ke peringkat negeri dan negara.50

Bagi masyarakat Kadazandusun di Membakut, sambutan Pesta Menuai merupakan pesta keramaian yang menandakan kegembiraan tamatnya musim menuai dan mendapat hasil padi yang lumayan. Menurut Encik Ondoi Haji Hassim Dulau yang merupakan Pengerusi Perayaan Pesta Menuai Kampung Bawan Membakut tahun 1980, perayaan Pesta Menuai merupakan salah satu cara penghormatan masyarakat Kadazandusun di Membakut kepada semangat padi.51 Kemeriahan sambutan pesta ini turut diakui oleh Puan Idah iaitu salah seorang generasi tua yang pernah menyaksikan sambutan ini pada tahun 1960-an. Sebelum Pesta Menuai diisytiharkan sebagai cuti umum, masyarakat Kadazandusun di Membakut mengadakan pesta ini adalah secara sederhana iaitu ia disambut oleh keluarga yang menjalankan adat memuja semangat padi sahaja. Namun demikian, setelah pengisytiharannya sebagai cuti umum, Pesta Menuai disambut secara besar-besaran dengan penglibatan semua penduduk kampung bersama-sama bergotong royong membuat persediaan dan menjayakan sambutan Pesta Menuai.52

49 “History of the Kaamatan Festival,” Pesta Kaamatan (Sabah Museum), (2001): 24. 50 Hanafi Hussin, Ritual, Identiti dan Perubahan di Pantai Barat Sabah, Jati, Bil. 12(2007): 203. 51 Harian Express, (1980):7 52 Temubual bersama Idah Intang, Kampung Dungau Membakut, Jam 11.30 pagi, 10 November

97

Semasa sambutan, banyak aktiviti-aktiviti yang menarik disediakan oleh Ahli

Jawatan Kuasa (AJK) sambutan Pesta Menuai, antaranya ialah jamuan makanan, minuman, tarian tradisional Kadazandusun iaitu sumazau, nyanyian tradisional

Kadazandusun serta persembahan alat muzik tradisional Kadazandusun iaitu paina.

Kajian mendapati bahawa kemeriahan pesta selepas upacara memuja semangat padi di Membakut turut mempunyai persamaan dengan kemeriahan pesta selepas menuai padi di Pulau Visayan, Filipina. Menurut Arens,

Rich and poor, young and old, join to sing or recite a poem, to dine and to dance after the days work. People enjoy the happy atmosphere of the planting untill the day ends with pleasant good-bye’s and hopeful good luck’s from the harvesters to the owner of the newly planted rice field.53

4.2.3 Perkembangan Ritual Memuja Semangat Padi

Maklumat mengenai proses awal penanaman padi dan ritual memuja semangat padi sebelum tahun 1960-an tidak dapat diperolehi oleh pengkaji. Kajian mendapati tiada catatan mengenai proses awal penanaman padi dan ritual memuja semangat padi.

Namun demikian, berdasarkan maklumat yang diperolehi pengkaji daripada Puan

Ansiun yang merupakan bekas bobolizan dan waris bobolizan menyatakan menyatakan pada tahun 1960-an hingga tahun 1980-an, masyarakat Kadazandusun di

Membakut menjalankan proses awal penanaman padi serta upacara ritual memuja semangat padi mengikut susunan dan peringkat yang lebih teratur berbanding sebelum tahun 1960. Contohnya, sebelum memulakan proses awal penanaman padi pada tahun berikutnya, pesawah telah merancang lebih awal, musim yang sesuai untuk memulakan proses awal penanaman padi. Begitu juga halnya dengan ritual memuja semangat padi, pesawah telah merancang lebih awal persediaan awal untuk mengadakan upacara ritual memuja semangat padi. Berikut merupakan jadual proses

2014. 53 Richard Arens (eds), Folk Practices and Beliefs of Leyte and Samar, (Tacloban City: Divine Word University Publications, 1982), 7.

98 awal penanaman padi dan ritual memuja semangat padi mengikut peringkat dan pelaksanaannya.

Jadual 4.4: Proses Awal Penanaman Padi Masyarakat Kadazandusun di Membakut, 1960-an hingga 1980-an. Peringkat Pelaksanaan 01. Mamalanga pana’akan Membersihkan tapak semaian 02. Manau’ok Menanam semaian 03. Mamalanga do umoh Membersihkan sawah padi 04. Mananom sina’ok Menanam padi 05. Magindad do pa’ai umansak Menunggu padi masak Sumber: Maklumat diperolehi hasil daripada temubual bersama bekas bobolizan, waris bobolizan, mamadangau dan ketua kampung di Membakut.

Jadual 4.5 : Upacara Ritual Memuja Semangat Padi Masyarakat Kadazandusun di Membakut, 1960-an hingga 1980-an. Peringkat Upacara ritual 01. Tumamoi Upacara ritual memanggil semangat padi 02. Mansuhud Upacara ritual yang dijalankan selepas tujuh hari upacara tumamoi. Upacara ritual ini juga memanggil semangat padi 03. Mansuung do umoh Upacara ritual yang dijalankan di sawah padi. Bertujuan untuk memberi makan kepada semangat padi 04. Mansuhud mongkizas Upacara ritual yang dijalankan selepas tiga hari upacara mansuung do umoh. Upacara ritual ini untuk meminta agar semangat padi kembali kepada asalnya di alam ghaib. Pegamal adat yang mempunyai peralatan gong akan memukul gong sebagai tanda bahawa mereka menjalankan adat memuja semangat padi 05. Paina Upacara ritual dengan mengadakan jamuan makan secara besar-besaran. Paluan gong, tarian serta nyanyian sepanjang paina dijalankan. Upacara ini merupakan tanda kegembiraan pesawah terhadap hasil padi yang lumayan serta tamatnya menuai padi pada musim tersebut Sumber: Maklumat diperolehi hasil daripada temubual bersama bekas bobolizan, waris bobolizan, mamadangau dan ketua kampung di Membakut.

99

4.2.4 Perkembangan Penanaman Padi

Masyarakat Kadazandusun merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan penanaman padi. Catatan pertama mengenai kegiatan penanaman padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun adalah melalui diari L. B. Von Donop yang merupakan Penguasa Pertanian Syarikat Berpiagam. Catatan diari tersebut bertarikh pada Mac 1882. Menurut L. B Von Donop, ‘I hope, teach the Dusun the system of rice irrigation, and thus stop their steady and destructive advance through the country; the people themselves appeared to be a race which would improve rapidly with civilisation.54

Manakala, pada tahun 1883 banyak catatan mengenai penanaman padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun ada terkandung di dalam akhbar The North

Borneo Herald and Official Gazette. Catatan tersebut ialah, „rice is cultivated, but as a rule only in sufficient quantity for the Natives’ own consumption. No regular system of irrigation is adopted, the ground is roughly and superficially ploughed with a wooden plough drawn by a buffaloe, and but one crop is raised in a year.55

Selain itu, „news has been received of heavy floods in the Papar-Kimanis District resulting in extensive loss of life and property at Papar, Benoni and Kimanis. The standing padi crops are wholly destroyed and it is feared that there will be great distress among the inhabitants.56 Seterusnya ialah catatan yang dibuat oleh L. A

Sanders yang merupakan penanam tembakau dari Deli Sumatra. Menurut L. A

Sanders, „1st August, the Abai river, where the Datu Tumongong, the Dusun chief of

54 The North Borneo Herald, 01 Mac, (1883): 4. 55 Ibid, 3. 56 Ibid, 5

100 the district, offered the travellers every assistance in procuring guides and porters, although it was the season for planting padi.57

Menyedari akan kepentingan padi terutamanya kepada penduduk di Sabah maka di bawah pentadbiran kerajaan British pelbagai usaha dijalankan meningkatkan hasil padi dan beras. Antara usaha yang dijalankan oleh pihak British ialah pada tahun 1947, British telah mewujudkan pembelian skim padi yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan beras kepada rakyat di Sabah.58 Selain itu, pada awal tahun

1960-an melalui penubuhan Jabatan Kerja Raya (Parit dan Seksyen Pengairan), kerajaan British telah memperkenalkan skim pengairan di beberapa kawasan sawah padi seperti di Papar, Tuaran dan Keningau.59 Kenyataan ini turut diakui oleh Luping yang menyatakan bahawa pada awal tahun 1960-an kerajaan British telah memperkenalkan sistem pengairan dan saliran yang baik ke sawah-sawah padi serta pengenalan benih padi yang baik.

Jika sebelum ini penanaman padi banyak bergantung kepada air hujan dan penuaian hanya boleh dilakukan setahun sekali. Tetapi atas usaha kerajaan British, telah membantu meningkatkan hasil padi dengan penanaman dan penuaian padi maka penanaman padi dapat dilakukan dua kali dalam setahun.60 Maka, catatan oleh

Luping tersebut, membuktikan bahawa sokongan dan bantuan daripada pihak British banyak membantu kepada perkembangan penanaman padi di Sabah yang bermula pada awal tahun 1960-an.

Selain itu, peningkatan hasil padi ini juga dapat dibuktikan melalui laporan pertanian yang dikeluarkan oleh North Borneo Government Extraordinary Gazette

57 The North Borneo Herald, 01 Ogos, (1883): 2 58 Sullivan & Leong (eds), Commemorative History of Sabah 1881-1981, 220. 59 Ibid. 60 Luping, Indigenous Ethnic Communities of Sabah, 91.

101 pada 27 Februari 1963 bahawa, „wet padi now represents a much increased proportion of our production, having risen from 25,000 tons or 76 per cent of home production in 1956 to 42,500 tons or 87 per cent in 1961. Prospects for the new padi crop are exceptionally good and good use has been made of funds provided under the new Development vote for planting and minor resettlement schemes to expand the area under wet padi in many districts, thus encouraging more permanent and secure ways of agriculture and of living for an appreciable number of native people.61

Dengan peningkatan hasil padi ini telah mendorong masyarakat

Kadazandusun di Sabah semakin rancak menjalankan upacara memuja semangat padi.62 Sehubungan dengan itu, ketiadaan rekod ataupun catatan mengenai perkembangan penanaman padi yang khusus di Membakut semasa pentadbiran

SBBU dan kerajaan British membataskan penulis mengumpul maklumat mengenai pekembangan penanaman padi di Membakut. Kajian mendapati bahawa perkembangan penanaman padi di Sabah berkaitrapat dengan perkembangan penanaman padi di Membakut. Hal ini kerana, catatan laporan hasil pertanian padi di

Sabah semasa pentadbiran British direkodkan merangkumi semua daerah di Sabah.

61 North Borneo Government Gazette Extraordinary, (1963): 105. 62 Luping, Indigenous Ethnic Communities of Sabah, 92.

102

Jadual 4.6 : Anggaran Statistik Keluasan Tanaman Padi, 1940 – 1963.

Pertanian 1940 1946 1951 1955 1960 1963 (padi) Padi 46,153 45,000 43,398 44,840 46,000 62,700 sawah Padi bukit 35,000 40,000 31,524 25,178 30,610 23,950 Sumber : Anwar Sullivan & Cecilia Leong (edited), Commemorative History of Sabah 1881-1981, (Kota Kinabalu: Jabatan Ketua Menteri, 1981), 219.

Jadual 4.7 : Populasi Industri Ekonomi di Borneo Utara pada Tahun 1960 Mengikut Peratus (%).

BIL INDUSTRI EKONOMI PERATUS (%) 01. Padi 44 02. Getah 14 03. Pembalakan 5 04. Kelapa 4 05. Perikanan 3 06. Lain-lain pertanian/perhutanan 11 07. Perkhidmatan bangunan 6 08. Pembinaan 2 09. Pengeluaran minyak - 10. Perdagangan 4 11. Perkilangan 4 12. Pengangkutan/perhubungan 2 13. Lain-lain industri 1 Jumlah 100 Sumber: L.W Jones, The Population of Borneo: A Study of the People of Sarawak, Sabah and Brunei (London: The Athlone Press, 1966), 157.

4.3 PENUTUP

Pengekalan tradisi berperanan penting membantu perkembangan adat. Begitu juga dengan amalan memuja semangat padi. Terdapat empat faktor pengekalan tradisi yang membantu perkembangan adat memuja semangat padi masyarakat

Kadazandusun di Membakut pada tahun 1960-an hingga 1980-an. Antara faktor tersebut ialah peranan KDCA, perkembangan Pesta Menuai, perkembangan ritual memuja semangat padi serta perkembangan penanaman padi. Namun demikian, adat ini semakin hari semakin hilang ditelan zaman kesan daripada pelbagai cabaran yang dihadapi. Cabaran ini akhirnya menjadi perintis kepada kemerosotan adat ini

103 sehingga ia tidak lagi diamalkan. Persoalannya apakah cabaran yang mendorong kepada kemerosotan adat ini. Kupasan mengenai cabaran adat memuja semangat padi akan dibincangkan di bab lima.

104

BAB LIMA

CABARAN DAN KELANGSUNGAN ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI, 1990-AN

5.0 PENGENALAN

Perkembangan arus pemodenan yang dibawa masuk oleh Barat semasa zaman kolonial telah memberi impak kepada bidang politik, sosial dan ekonomi Sabah.

Antara ketiga-tiga bidang tersebut, bidang ekonomi merupakan faktor yang menjadi tumpuan utama kolonial untuk melaksanakan proses pemodenan atas kepentingan untuk mengeksploitasi hasil ekonomi Sabah.1 Pengeksplotasian ini telah mendorong pihak British menggunakan teknologi yang moden untuk meningkatkan hasil pengeluaran ekonomi di Sabah khususnya penanaman padi. Walau bagaimanapun, kesan daripada penggunaan teknologi ini telah mengubah amalan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut.

Bermula tahun 1990-an, adat memuja semangat padi mengalami perubahan yang ketara berbanding tahun 1960-an hingga 1980-an. Perubahan ini disebabkan pelbagai cabaran yang dilalui oleh adat ini menongkah arus pemodenan. Antara perubahan yang paling ketara ialah adat ini tidak lagi diamalkan hingga masa kini.

Dalam konteks ini, bab lima akan membincangkan pelbagai cabaran telah mengubah amalan adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di

Membakut. Selain itu, turut dibincangkan ialah empat faktor lain yang mendorong kepada kemerosotan amalan adat ini. Empat faktor tersebut ialah faktor agama, dominasi kaum Brunei dalam sektor penanaman padi, tiada pakar ritual memuja semangat padi dan penggunaan teknologi dalam penanaman padi. Di samping itu, bab ini juga mengupas kelangsungan adat melalui tiga legasi yang ditinggalkan oleh

1 Sarda & Wong, Spirit of Borneo, 44.

105 adat memuja semangat padi kepada masyarakat Kadazandusun di Membakut. Antara legasi tersebut ialah pengamalan perayaan Pesta Menuai, pertandingan unduk ngadau dan sungandoi serta mempengaruhi sosiobudaya masyarakat Kadazandusun.

5.1 CABARAN DALAM ARUS PEMODENAN

Kemerosotan adat memuja semangat padi di Membakut bermula pada tahun 1990-an.

Semasa berlakunya kemerosotan dalam pengamalan adat ini, tiga aspek utama seperti melakukan proses awal penanaman padi, mengamalkan pantang larang berpadi dan mengamalkan adat memuja semangat padi tidak lagi dijalankan seperti pada tahun

1960-an hingga 1980-an. Hal ini turut diakui sendiri oleh Encik Jawin Aji yang menyatakan bahawa sekitar tahun 1990-an masyarakat Kadazandusun di Membakut tidak lagi menjalankan proses awal penanaman padi, pantang larang berpadi dan adat memuja semangat padi. Selain itu, sebarang aktiviti berkaitan adat memuja semangat padi tidak lagi pernah dibincangkan oleh penduduk kampung untuk diadakan. Pada kebiasaannya, sebelum diadakan adat memuja semangat padi, penduduk kampung

Kadazandusun akan berkumpul di rumah ketua kampung bagi membincangkan persediaan melaksanakan adat tersebut.2

Selain itu, Puan Ansiun turut mengesahkan bahawa sekitar tahun 1990-an sehingga pada masa kini beliau tidak pernah dipanggil oleh mana-mana pesawah

Kadazandusun untuk menjalankan upacara adat memuja semangat padi.3 Menurut

Encik Pitin, terhakisnya kepercayaan terhadap amalan memuja semangat padi berpunca daripada dua sebab iaitu kebanyakan waris pesawah telah memeluk agama

Kristian dan Islam, ini menyebabkan mereka tidak mempercayai wujudnya

2 Temubual bersama Jawin Aji, Wakil Ketua Anak Negeri Membakut, Jam 3.00 petang, 24 April 2014. 3 Temubual bersama Ansiun Pagangan, Bekas Bobolizan, Kampung Madang Membakut, Jam 2.30 petang, 18 April 2015.

106 semangat padi mempunyai kuasa untuk meningkatkan hasil padi. Manakala, sebab yang kedua ialah sikap generasi muda pada masa kini yang lebih mempercayai penggunaan teknologi moden seperti penciptaan benih padi yang bermutu tinggi dan boleh ditanam sehingga dua musim, jentera pembajak, penggunaan baja serta racun serangga dan racun rumput sebagai faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan hasil padi.4

Kesan daripada terhakisnya amalan memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut, adat ini tidak lagi diamalkan bermula pada tahun 1990-an sehingga pada masa kini. Apabila, adat memuja semangat padi tidak lagi diamalkan oleh Kadazandusun di Membakut, maka Pesta Menuai ini dijadikan sebagai simbolik kepada tanda penghormatan masyarakat Kadazandusun terhadap semangat padi. Semasa Pesta Menuai diadakan di Membakut, pukulan gong yang dikenali sebagai paina akan dilakukan sebagai simbolik berakhirnya musim menuai padi dan berakhirnya pantang larang berpadi.

5.2 FAKTOR CABARAN ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI

Pada umumnya perubahan dan perkembangan hidup sesebuah masyarakat pasti akan berlaku, tidak kira sama ada ianya berlaku secara lambat ataupun secara cepat.

Biasanya perubahan berlaku sesuai dengan perkembangan kepentingan masyarakat.

Menurut Teori Evolusi Multilinear menyatakan bahawa setiap masyarakat melalui perubahan budaya menuju ke tahap yang sempurna. Walau bagaimanapun tidak semua masyarakat dapat mencapai ke tahap yang sempurna, terdapat juga masyarakat yang tidak mencapai tahap yang dikhendaki (mundur).5

4 Temubual bersama Pitin Junah, Ketua Kampung Limadang Membakut, Jam 8.30 pagi, 11 Julai 2015. 5 Nur Djazifah Er, Proses Perubahan Sosial di Masyarakat, (Lembaga Penelitian dan Pengabdian Kepada Masyarakat, Universitas Negeri Yogyarkata, 2012), 6.

107

Begitu juga halnya dengan masyarakat Kadazandusun di Membakut yang turut mengalami perubahan budaya dalam aspek amalan adat memuja semangat padi.

Akan tetapi, perubahan budaya masyarakat Kadazandusun di Membakut dalam aspek amalan adat ini tidaklah mencapai kesempurnaan (kekal diamalkan), sebaliknya perubahan tersebut membawa kepada kemerosotannya hingga tidak lagi diamalkan pada masa kini. Kajian mendapati bahawa kemerosotan amalan memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut berpunca daripada empat faktor iaitu faktor agama, dominasi kaum Brunei dalam sektor penanaman padi, tiada pakar ritual memuja semangat padi dan penggunaan teknologi dalam penanaman padi.

5.2.1 Faktor Agama

Sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) dan kuasa kolonial

British ke Sabah, rata-rata masyarakat Kadazandusun di Membakut mengamalkan kepercayaan animisme. Melalui kepercayaan animise ini, masyarakat Kadazandusun di Membakut percaya bahawa adanya semangat baik dan semangat jahat yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Sehubungan dengan itu, bagi menjaga hubungan baik serta tidak mendatangkan bencana atau kemusnahan kepada manusia, masyarakat Kadazandusun di Membakut kerap mengadakan pelbagai jenis ritual.

Sebagai contoh, masyarakat Kadazandusun di Membakut mengadakan ritual memuja semangat padi, bertujuan agar mendapat hasil tuaian padi yang lebih lumayan.

Namun demikian, kepercayaan animisme ini semakin hilang beransur-ansur sejajar dengan peredaran zaman. Memuja semangat padi merupakan salah satu daripada amalan dalam sistem kepercayaan animisme masyarakat Kadazandusun di

108 daerah ini. Ini adalah kerana dalam sistem kepercayaan animisme masyarakat

Kadazandusun percaya wujudnya semangat yang boleh membantu meningkatkan rezeki manusia. Sehubungan dengan itu, apabila hilangnya kepercayaan animisme, maka secara tidak langsung ianya juga memberi kesan kepada hilangnya kepercayaan terhadap adat memuja semangat padi yang selama ini menjadi amalan masyarakat Kadazandusun di Membakut.

Mengenai kedatangan Islam ke Sabah, agama Islam dipercayai sampai ke beberapa kawasan berhampiran Sabah kira-kira pada abad ke-10 melalui hubungan perdagangan dengan China. Negeri China menerima pengaruh Islam melalui kedatangan sebuah kapal dagang orang Arab dari Mai (Mindoro) ke Canton di negeri

China pada tahun 982.6 Penduduk di beberapa kawasan di pantai barat Sabah seperti

Weston, Kuala Penyu, Sipitang, Papar dan termasuk di kawasan kajian iaitu

Membakut dipercayai menerima Islam melalui Kesultanan Brunei seawal-awalnya pada akhir abad ke-15 atau awal abad ke-16.7 Raja Brunei yang mula-mula memeluk

Islam ialah Alak ber Tata yang memerintah negeri itu pada abad ke-15. Oleh itu,

Brunei menerima Islam atau diperintah oleh raja beragama Islam pada abad ke-15.

Peranan Kesultanan Brunei sebagai sumber kedatangan Islam ke Sabah memang jelas, ini kerana Kesultanan Brunei pernah menguasai sebahagian dari negeri Sabah.

Dengan itu, Islam tersebar dengan mudah melalui Kesultanan Brunei sehingga ke

Membakut.8

Selepas penjajahan SBBU dan kerajaan British ke atas Sabah, banyak perubahan yang telah dibawa oleh mereka sama ada dalam aspek ekonomi, politik

6 Caser Adib Majul, Muslim in the Philippines, (Quezon City :The University of the Philippines, 1973), 39. 7 Mat Kib, Kristian di Sabah, 4. 8 Muhiddin Yusin, Islam di Sabah, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990), 5.

109 mahupun sosial. Salah satu perubahan yang paling ketara ialah membawa masuk mubaligh-mubaligh kristian ke Sabah yang bertujuan untuk menyebarkan agama

Kristian. Disebabkan pegawai SBBU menganut mazhab Anglikan, perkembangan awal gereja Anglikan mendapat perhatian para pentadbir SBBU. Mazhab Basel yang berasal dari negara China telah dibawa masuk ke Sabah melalui Persatuan Misi Basel atas kepentingan ekonomi SBBU dalam bidang pertanian ketika itu. Kedua-dua mazhab ini bertumpu di Kudat dan Sandakan, iaitu pusat pentadbiran SBBU.

Manakala, mazhab Katolik hanya dapat menjalankan aktivit pendakwahan di kawasan pedalaman sahaja pada peringkat awal kemasukannya. SBBU juga memberi sokongan kepada pertumbuhan dan perkembangan sekolah misi Gereja Anglikan,

Katolik dan Basel.9

Bagi mengekang penyebaran agama Kristian di Sabah, penduduk Islam di

Sabah berusaha menubuhkan pertubuhan yang mempunyai organsisasi yang mantap dan boleh menyebarluaskan agama Islam demi kepentingan umat Islam. Pada tahun

1967, hasrat ini dapat direalisasikan apabila parti USNO (United Sabah National

Organization) menguasai tampuk pemerintahan negeri Sabah setelah memenangi pilihanraya.10 Selepas kemenangan parti USNO, cadangan penubuhan USIA (United

Sabah Islamic Association) telah dipersetujui semasa Kongres Umat Islam Sabah di

Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada 14-16 Ogos 1969. Penubuhan USIA ini amat penting bagi menjaga kepentingan umat Islam di Sabah. Antara kejayaan terbesar

USIA ialah berjaya mengislamkan Donald Stephen dan isterinya June Lutter serta anak-anaknya pada 5 Januari 1971 dan Tun Datu Mustapha bin Datu Harun

9 Mat Kib, Kristian di Sabah, 19. 10 Hamdan Aziz, “Peranan USIA dalam Pendidikan, Dakwah dan Politik di Sabah, Malaysia: 1969- 1979,” Jurnal Kajian Sejarah dan Pendidikan Sejarah, (2013): 168.

110 memaklumkan bahawa sehingga Mei 1974, USIA berjaya mengislamkan hampir

100,000 ribu orang iaitu dalam masa lima tahun.11

Kejayaan penyebaran Islam yang dilakukan oleh USIA semasa pentadbiran parti USNO telah mendorong masyarakat Kadazandusun untuk memeluk agama

Islam. Tambahan pula, ketua bagi masyarakat Kadazandusun atau dikenali sebagai

Huguan Siou iaitu Donald Stephen turut memeluk Islam telah menarik minat masyarakat Kadazandusun untuk memeluk agama Islam. Begitu juga dengan masyarakat Kadazandusun di Membakut, berita pengislaman Donald Stephen telah memberi perangsang kepada mereka untuk memeluk agama Islam.

Dengan adanya pengaruh agama Islam dan Kristian ke atas masyarakat

Kadazandusun di Membakut, maka kepercayaan animisme yang telah menjadi pegangan mereka sejak nenek moyang lagi telah terlerai sedikit demi sedikit sehingga memberi kesan terhadap amalan adat memuja semangat padi yang selama ini telah menjadi darah daging bagi masyarakat ini. Oleh itu, terbukti bahawa penyebaran agama Islam dan Kristian di Membakut telah menghakis kepercayaan animisme ini. Ini kerana, menurut ajaran Islam mempercayai selain daripada Allah

SWT adalah perbuatan syirik. Malah menurut Ardiah, Zaidah dan Rokiah,

Kepercayaan animisme menjadi pegangan dan pelbagai ritual diamalkan oleh Orang Dusun. Namun, selepas kedatangan agama Islam dan Kristian, kepercayaan tersebut semakin ditinggalkan secara beransur- ansur oleh masyarakat setempat. Walaubagaimanapun, terdapat ritual atau upacara-upacara tertentu yang masih diamalkan sehingga kini. Kewujudan semangat padi masih dipercayai tetapi upacara pemujaan semangat padi tidak diamalkan secara serius oleh masyarakat setempat khususnya penganut agama Islam. Orang Dusun yang beragama Islam tidak lagi menggunakan khidmat Bobohizan dalam upacara berkaitan dengan penanaman padi. Ritual agama seperti kenduri telah diamalkan oleh mereka yang beragama Islam untuk memohon perlindungan dan

11 Ibid, 174

111

dimurahkan rezeki serta sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t terhadap hasil padi yang telah dituai.12

Jadual 5.1 menyenaraikan bilangan masjid dan surau di Membakut. Pada tahun 2010, terdapat sembilan buah masjid dan 11 buah surau yang dibina di

Membakut. Manakala, jadual 5.2 menyenaraikan pada tahun 2010 sebanyak empat buah gereja Basel di Membakut.

Jadual 5.1 : Bilangan Masjid dan Surau di Membakut pada Tahun 2010. Bilangan Senarai Nama Masjid dan Surau 01. Masjid An-Naba, Kg Binsulok 02. Masjid As- Saa‟adah, Kg Pimping 03. Masjid Jamek, Kg Brunei 04. Masjid Nurul Iman, Pekan Membakut 05. Masjid Nur Ikhwan, Kg Bambangan 06. Masjid Al-Huda, Rancangan Mawao 07. Masjid Nurul Karim, Kg Mawao 08. Masjid Nur Ehsan, Kg Lumat 09. Masjid An-Nur, Kg Lambunau 10. Surau At-Taha, Kg Binsulok 11. Surau Al-Uswah, Kg Binsulok 12. Surau Al-Hamid, Kg Madang 13. Surau Dakwahtul Islamiyah, Kg Pimping 14. Surau Kota, Kg Laut Pimping 15. Surau Dakwahtul Ummah, Kg Saga-Saga 16. Surau Al-Hijrah, Kg Brunei Laut 17. Surau Ar-Rahman, Kg Pelalai 18. Surau Kg Sindok 19. Surau Nur Islam, Kg Lumantak 20. Surau Kg Baitam Sumber : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Cawangan Membakut, 2010.

12 Ardiah Jamali, Zaidah Mustapha & Rokiah Ismail, “Pola dan Faktor yang Mempengaruhi Peminuman Minuman Keras Remaja Dusun Malaysia,” Geografia Malaysian Journal of Society and Space ISSN 2180- 249, (2009), 87.

112

Jadual 5.2 : Bilangan Gereja Basel di Membakut pada Tahun 2010.

Bilangan Senarai Nama Gereja Basel 1 Gereja Basel Kg Bingkulas 2 Gereja Basel Kg Dungau 3 Gereja Basel Kg Tiong Baru 4 Gereja Basel Kg Bawan

Sumber : Disusun daripada hasil temubual dengan Sakiah Baginda, Pastor Gereja Basel Kg Dungau dan Bingkulas Membakut, Jam 4.00 petang, 27. 11. 2015.

Jadual 5.3 menyenaraikan perbandingan bilangan gereja Katolik yang dibina di Membakut. Namun, pada tahun 2010, terdapat pertambahan bilangan gereja iaitu sebanyak enam buah.

Jadual 5.3 : Perbandingan Bilangan Gereja Katolik di Membakut pada Tahun 1980 dan 2010. Tahun Bilangan Gereja Katolik

1980 1 buah 1. Gereja Besar St. Patrick, Pekan Membakut 2010 7 buah 1. Gereja Besar St. Patrick, Pekan Membakut 2. Gereja Kecil St. Veronica, Kg Tiong Baru 3. Gereja Kecil St Philip, Kg Sinuko 4. Gereja Kecil St. Thomas, Kg Poring 5. Gereja Kecil St. Paulus, Kg Tamalang 6. Gereja Kecil St. Petrus, Kg Penopok 7. Gereja Kecil Kristus Raja, Kg Tahak Sumber : Disusun daripada hasil temubual dengan Godfrey Daya, Wakil Gereja St Patrick Membakut, Jam 4.00 petang, 07.12.2015.

5.2.2 Dominasi Kaum Brunei dalam Sektor Penanaman Padi

Kedudukan kawasan-kawasan di Pantai Barat Sabah yang berhampiran dengan

Brunei memudahkan penghijrahan orang Islam dari Brunei ke Sabah. Ini terbukti dengan terdapatnya segolongan besar orang berketurunan Brunei yang tinggal di

113

Sabah hingga ke hari ini. Majoriti penduduk di beberapa kawasan perkampungan orang Islam di negeri Sabah seperti Papar, Sipitang, Menumbuk dan Membakut adalah berketurunan Brunei.13 Di Membakut, masyarakat Brunei merupakan suku kaum yang paling ramai menetap di kawasan tersebut. Terdapat 13,337 kaum Brunei daripada 21,900 orang jumlah keseluruhan penduduk di Membakut. Berdasarkan daripada angka tersebut, dapat dibuktikan bahawa masyarakat Brunei merupakan masyarakat paling ramai menetap di Membakut.

Kegiatan utama ekonomi masyarakat Brunei di Membakut adalah penanaman padi. Penguasaan masyarakat ini dalam penanaman padi disebabkan kehidupan mereka yang sudah sebati dengan penghasilan padi. Kegiatan penanaman padi telah mereka warisi sejak nenek moyang mereka lagi. Maka tidak hairanlah ada dalam kalangan masyarakat ini yang tinggal di sebuah pondok berhampiran dengan sawah padi mereka apabila tiba musim menanam padi sehingga tamat musim menuai padi.

Pembinaan pondok ini memudahkan mereka dapat menjaga tanaman padi daripada serangan serangga perosak mahupun gangguan burung pipit.14

Dominasi kaum Brunei dalam sektor penanaman padi merupakan salah satu cabaran yang mendorong kepada lenyapnya adat memuja semangat padi masyarakat

Kadazandusun di Membakut. Hal ini kerana, kaum Brunei merupakan penganut agama Islam, maka amalan pemujaan semangat amat bertentangan dengan ajaran agama Islam dan merupakan perbuatan syirik yang boleh memesongkan akidah manusia. Selain itu juga, bagi meningkatkan hasil padi yang lumayan, kaum Brunei menggunakan teknologi moden seperti jentera pembajak, benih padi yang berkualiti

13 Yusin, Islam di Sabah, 5. 14 Temubual bersama Suraya Tajul @ Tajual, Kampung Pimping Membakut, Jam 10.00 pagi, 11 November 2016.

114 serta menggunakan baja organik yang telah disediakan oleh Jabatan Pertanian cawangan Membakut.15 Oleh yang demikian, amalan adat memuja semangat padi semakin hilang kepentingannya disebabkan majoriti yang menguasahakan penanaman padi merupakan kaum Brunei yang bukan pengamal adat memuja semangat padi. Hal ini juga menjelaskan mengapa adat memuja semangat padi semakin merosot di Membakut.

Kajian mendapati bahawa berdasarkan rekod Jabatan Pertanian Beaufort di daftar lot padi negeri Sabah bagi tahun 2010, jumlah penanam padi di Membakut adalah sebanyak 503 orang. Sebanyak 407 orang merupakan penanam padi kaum

Brunei berbanding dengan kaum Kadazandusun ialah sebanyak 123 orang. Angka ini menunjukkan bahawa kaum Brunei mendominasi penanaman padi di Membakut.

Antara kawasan penanaman padi yang didominasi oleh kaum Brunei ialah di Kg

Pimping iaitu blok satu hingga blok sepuluh dan di Kg Brunei di blok satu hingga tiga. Manakala, bagi kaum Kadazandusun pula menguasai di blok satu (Kg Brunei), blok empat (Kg Takapan, Kg Bawan, Kg Gana), blok lima (Kg Matunjung, Kg

Lampijas, Kg Kayai), blok enam (Kg Limadang) dan blok satu (Kg Pimping).

Dominasi kaum Brunei ke atas penanaman padi adalah disebabkan kebanyakan tanah sawah di Membakut dimiliki oleh kaum Brunei.16

15 Temubual bersama Suraya Tajul @ Tajual, Kampung Pimping Membakut, Jam 10.00 pagi, 11 November 2016. 16 Temubual bersama Yusuf Ag Mun, Pembantu Pertanian Kanan Daerah Beaufort, Jam 2.30 petang, 06 April 2015.

115

Jadual 5.4 : Bilangan Pesawah Kaum Kadazandusun di Membakut pada Tahun 2010. BIL PESAWAH KADAZANDUSUN BLOK/KAMPUNG 01. 21 orang Blok 1/Kampung Brunei 02. 44 orang Blok4/Kampung Takapan/kampung Bawan/Kampung Gana 03. 21 orang Blok 5/Kampung Matunjung/ Kampung Lampijas/Kampung Kayai 04. 29 orang Blok 6/Kampung Limadang 05. 8 orang Blok 1/Kampung Pimping Sumber: Disusun daripada Daftar Lot Padi Negeri Sabah Tahun 2010, Jabatan Pertanian Beaufort.

Jadual 5.5 : Bilangan Pesawah Kaum Brunei di Membakut pada Tahun 2010. BIL PESAWAH BRUNEI BLOK/KAMPUNG 01. 44 orang Blok 2/Kampung Brunei 02. 54 orang Blok 3/Kampung Brunei 03. 15 orang Blok 1/Kampung Pimping 04. 54 orang Blok2/Kampung Pimping 05. 33 orang Blok 3/Kampung Pimping 06. 30 orang Blok 4/Kampung Pimping 07. 25 orang Blok 5/Kampung Pimping 08. 46 orang Blok 6/Kampung Pimping 09. 36 orang Blok 7/Kampung Pimping 10. 16 orang Blok 8/Kampung Pimping 11. 45 orang Blok 9/Kampung Pimping 12. 9 orang Blok 10/Kampung Pimping Sumber: Disusun daripada Daftar Lot Padi Negeri Sabah Tahun 2010, Jabatan Pertanian Beaufort.

5.2.3 Tiada Pakar Ritual Memuja Semangat Padi

Pakar ritual atau lebih dikenali sebagai bobolizan merupakan sekelompok masyarakat yang mempunyai identiti sosial berbeza dengan ahli masyarakat

Kadazandusun yang lain. Perbezaan ini menunjukkan golongan ini dipandang tinggi oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah. Menurut William,

Thus, in Dusun society, a ritual specialist most often is a person with a high capacity for learning and retaining an enormous body of ritual language and action. They are typically the most poised persons in crises, and often exercise authority over large areas of the daily life of the people of their communities. Ritual specialists tend usually to be dominant in social situations, assertive and demanding of others,

116

especially with reference to behavior adhering to expected customary uses.17

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat ramai pakar ritual memuja semangat padi atau bobolizan dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di

Membakut. Kerancakan aktiviti memuja semangat padi ini giat dijalankan sekitar tahun 1960-an sehingga 1980-an. Namun demikian, kerancakan amalan adat memuja semangat padi semakin merosot bermula tahun 1990-an hingga 2010 dan sehingga pada masa kini amalan ini tidak lagi dijalankan. Salah satu faktor kepada hilangnya amalan adat ini adalah berpunca daripada ketiadaan pakar ritual yang boleh menjalankan adat memuja semangat padi. Menurut bekas bobolizan Kampung

Madang, Puan Ansiun, ketiadaan bobolizan ini disebabkan ramai yang telah meninggal dunia.18

Selain itu, sikap masyarakat Kadazandusun terutama sekali waris bobolizan yang tidak berminat untuk mempelajari ilmu memuja semangat padi daripada ibu atau nenek mereka yang berketurunan bobolizan juga mendorong kepada ketiadaan pakar ritual memuja semangat padi. Menurut salah seorang waris bobolizan, Puan

Rosnah, beliau dan kesemua adik beradiknya tidak berminat mempelajari ilmu bobolizan kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi sebelum mencapai tahap bobolizan. Selain itu, untuk mempelajari ilmu bobolizan juga memerlukan seseorang berjiwa bersih dan suci kerana banyak mentera yang perlu dihafal bertujuan untuk memanggil semangat.19

17 Williams, The Dusun, 20. 18 Temubual bersama Ansiun Pagangan, Bekas Bobolizan Kampung Madang Membakut, Jam 2.30 Petang, 18 April 2015. 19 Temubual bersama Rosnah Ansun, Waris Bobolizan, Kampung Tahak Membakut, Jam 3.00 petang, 24 April 2015.

117

Rasa takut dan gerun kepada kuasa yang ada pada semangat padi menjadi faktor mengapa ibu dan beliau sendiri tidak mempelajari ilmu bobolizan daripada neneknya. Walau bagaimanapun, beliau telah diamanahkan oleh neneknya yang merupakan salah seorang bobolizan yang sangat terkenal di kampung Tahak

Membakut untuk mewarisi alat-alat kelengkapan bobolizan.20 Ini turut diakui sendiri oleh Puan Ansiun bahawa tidak ada seorang pun anak atau cucunya yang berminat untuk mempelajari ilmu bobolizan. Ketiadaan waris atau individu Kadazandusun yang sanggup mempelajari ilmu bobolizan ini menyebabkan Puan Ansiun berasa sangat sedih kerana beliau yakin setelah beliau meninggal dunia maka akan hilanglah salah satu daripada budaya masyarakat Kadazandusun di Membakut iaitu ilmu bobolizan tanpa meninggalkan waris.21

Faktor ini juga turut disokong oleh Pertubuhan Bahasa Kadazandusun melalui kajian yang mereka jalankan ke atas golongan bobolizan di Sabah terutamanya di daerah Penampang. Hasil daripada kajian tersebut juga menyatakan bahawa,

„Therefore, there is a problem for the future of the Bobohizan, namely in re- generation as recruting new learners does not seem to be possible. There are no new learners to the Bobohizan and that there are only seven practising Bobohizan left in Penampang, today. And it can be expected that without any new learners of this will be the last generation of the Bobohizan in Penampang.‟22 Maka, nyatalah bahawa dari tahun ke tahun golongan bobolizan ini semakin mengalami zaman kemerosotannya. Dan, nescaya suatu hari nanti golongan ini hanya tinggal sebagai nama untuk diingati oleh generasi akan datang.

20 Temubual bersama Delima Sawin, Waris Bobolizan, Kampung Tahak Membakut, Jam 4.15 petang, 09 April 2015. 21 Temubual bersama Ansiun Pagangan, Bekas Bobolizan Kampung Madang Membakut, Jam 2.30 Petang, 18 April 2015. 22 “Communities, Cultures and Change in Malaysia: Indigeneity, Identity and Social Transformation,” Kadazandusun Chair and the School of Social Sciences Universiti Malaysia Sabah, (2005): 1.

118

Gambar 5.1: Bobolizan Terakhir Kaum Kadazandusun di Membakut, Puan Ansiun Pagangan.

Sumber: Kajian Lapangan Norisah Pirin, Kampung Madang Membakut, 18. 04. 2015.

5.2.4 Penggunaan Teknologi dalam Penanaman Padi

Dalam mengharungi dunia yang serba moden ini, budaya teknologi telah banyak mempengaruhi cara pemikiran, tindakan serta amalan dalam sesebuah masyarakat.23

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Norhani Bakri dan Rugayah Mohamed yang bertajuk Keunggulan Budaya Teknologi Dalam Memacu Kemajuan Bangsa.

Budaya teknologi merupakan soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang disemai dalam sesebuah masyarakat berkaitan penggunaan teknologi.24 Seiring dengan pembudayaan teknologi dalam bidang pertanian, maka tidak hairanlah mengapa masyarakat Kadazandusun di Membakut tidak lagi mengamalkan adat memuja semangat padi. Hal ini diakui kebenarannya oleh Puan Ansiun bahawa bermula pada tahun 1990, beliau tidak lagi dipanggil untuk menjalankan upacara ritual memuja

23 Norhani Bakri & Rugayah Mohamed, “Keunggulan Budaya Teknologi dalam Memacu Kemajuan Bangsa,” Jurnal Kemanusiaan, (2008), 1. 24 Ibid, 2.

119 semangat padi kerana kebanyakan pesawah-pesawah Kadazandusun telah menggunakan kaedah moden untuk menjalankan kegiatan penanaman padi seperti jentera pembajak dan baja.25

Sejak tahun 1994, pihak Jabatan Pertanian Sabah ada memberi bantuan subsidi tahunan pembajakan sawah dan subsidi baja kepada pesawah yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Membakut. Pemberian subsidi pembajakan sawah sebanyak M200.00 serta pemberian subsidi baja sebanyak 11 karung bagi seekar sawah yang terdiri daripada baja jenis urea, NPK Blue dan baja organik (urea).

Manakala bagi subsidi kewangan merupakan pemberian wang ringgit sebanyak

RM200.00 bagi seekar sawah yang bertujuan mengurangkan kos pengeluaran pesawah. Pemberian subsidi ini bukan hanya dapat mengurangkan kos pengeluaran pesawah malah membantu meningkatkan pendapatan petani.26 Sehubungan itu, dengan adanya teknologi moden yang membantu meningkatkan hasil padi maka kepercayaan terhadap adanya semangat padi yang dapat membantu meningkatkan hasil yang lumayan semakin terhakis dalam kalangan anak muda masyarakat

Kadazandusun.

Selain itu, sistem pengairan dan saliran turut memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan hasil padi. Sistem pengairan ini pada awalnya diperkenalkan oleh kerajaan British untuk membantu pesawah padi meningkatkan hasil padi. Kesinambungan usaha pihak British diteruskan lagi oleh pihak kerajaan negeri Sabah yang berusaha menambahbaik sistem pengairan dan saliran kepada penduduk negeri Sabah. Sebagai contoh, pada tahun 1978 terdapat sembilan buah

25 Temubual bersama Ansiun Pagangan, Bekas Bobolizan, Kampung Madang Membakut, Jam 2.30 petang, 18 April 2015. 26 Temubual bersama Yusuf Ag Mun, Pembantu Pertanian Kanan Daerah Beaufort, Jam 2.30 petang, 06 April 2015.

120 kampung di Membakut dengan keluasan tanah sebanyak 645 hektar serta ukuran sepanjang 9655 meter, yang terlibat dengan sistem pengairan dan saliran termasuk pembinaan taliair iaitu Kampung Tandian, Kampung Dungau, Kampung Piasau,

Kampung Tahak, Kampung Bingkulas, Kampung Mandangin, Kampung Mandaya,

Kampung Lampijas dan Kampung Kaiai.27

Manakala, pada tahun 2010 terdapat 20 buah kampung yang terlibat dengan sistem pengairan dan saliran di Membakut. Antaranya ialah kampung Tandian, kampung Dungau, kampung Piasau, kampung Tahak, kampung Bingkulas, kampung

Mandangin, kampung Mandaya, kampung Lampijas, kampung Kaiai, kampung

Takapan, kampung Gana, kampung Bawan, kampung Sg Damit, kampung Bandau, kampung Brunei, kampung Limadang, kampung Jambo, kampung Tamoi, kampung

Labak dan kampung Matunjung. Dengan keluasan tanah sebanyak 1314 hektar serta melibatkan ukuran sepanjang 22,338 meter.28 Berdasarkan perbandingan tahun 1978 dan tahun 2010, menunjukkan bahawa kerajaan negeri Sabah berusaha meningkatkan pengurusan sistem pengairan dan saliran di Membakut, khasnya untuk kepentingan pesawah padi.

Memang tidak dinafikan bahawa budaya teknologi serta pemberian subsidi dapat menggalakkan pesawah untuk menanam padi malah dapat meningkatkan hasil padi yang lumayan. Walau bagaimanapun tanpa disedari sedikit demi sedikit faktor inilah yang telah menghakis kepercayaan masyarakat Kadazandusun untuk mengamalkan adat memuja semangat padi. Ini adalah kerana tanpa adanya amalan adat memuja semangat padi, hasil padi yang mereka perolehi tetap meningkat. malah

27 Fail Maklumat Sistem Pengairan Sawah Padi di Membakut (1978), Jabatan Pengairan dan Saliran Beaufort. 28 Fail Maklumat Sistem Pengairan Sawah Padi di Membakut (2010), Jabatan Pengairan dan Saliran Beaufort.

121 ianya juga turut melenyapkan amalan bergotong royong yang telah sekian lama diamalkan dalam kalangan masyarakat Kadazandusun ketika tibanya musim menanam dan menuai padi. Menurut Jeffrey, „soon the Kadazandusun children will also not know what is “mitatabang.” When it is unknown, there is ignorance. When it is ignored no one will practice it. Sure, farming will soon be mechanized.‟29

5.3 SENARIO ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI SELEPAS 1990-AN

Perkembangan adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun di Membakut bermula pada tahun 1960-an hingga 1980-an. Semasa era perkembangan tersebut amalan adat memuja semangat padi rancak dijalankan oleh masyarakat

Kadazandusun. Namun, pada tahun 1990-an, adat ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam arus pemodenan. Cabaran yang dilalui akhirnya mendorong kepada kemerosotan adat ini sehingga menyebabkan adat ini tidak lagi diamalkan. Selepas tahun 1990-an, adat ini terus mengalami zaman kemerosotannya, sehingga pada masa kini yang mana proses awal penanaman padi, ritual memuja semangat padi serta pantang larang berpadi tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun di

Membakut. Kesemua aktiviti yang melibatkan penanaman dan penuaian padi bergantung sepenuhnya kepada penggunaan teknologi moden.

Berbanding pada masa perkembangannya, proses awal penanaman padi, ritual memuja semangat padi dan amalan pantang larang berpadi sangat dipatuhi oleh masyarakat ini. Ini disebabkan pada waktu tersebut penggunaan teknologi moden belum diperluaskan lagi oleh pihak kerajaan. Kenyataan ini turut disokong dengan pendapat Hanafi Hussin bahawa, „dengan mengalihkan kaedah penanaman tradisional kepada teknologi baru dan moden, maka ritual juga jarang diadakan dan

29 Jeffery G. Kitingan, “Towards an Empowered Community-the Way Forward,” Seminar KDCA ke Arah Komuniti Perkasa Kertas Kerja I, 27 dan 28 November 2004: 15.

122 di alaf baru ini berkemungkinan ia akan pupus.30 Sehubungan itu, bagi mengekalkan nilai budaya hormat terhadap semangat padi, masyarakat Kadazandusun mengadakan perayaan Pesta Menuai secara besar-besaran. Perayaan Pesta Menuai ini merupakan simbolik penghormatan oleh masyarakat Kadazandusun di Membakut kepada semangat padi.

Semasa perayaan Pesta Menuai satu upacara khas iaitu menuai padi yang akan disempurnakan oleh beberapa orang pemimpin masyarakat. Setelah selesai upacara menuai padi, pukulan gong paina akan dimainkan sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi dalam tahun ini. Memandangkan adat memuja semangat padi tidak lagi diamalkan, maka pukulan gong paina merupakan satu- satunya peringkat ritual memuja semangat padi yang masih kekal sehingga ke hari ini. Pukulan gong paina memainkan peranan penting semasa perayaan pesta menuai kerana melalui pukulan gong tersebut menandakan bahawa musim menuai padi bagi masyarakat Kadazandusun di Membakut telah tamat.31

Kajian mendapati bahawa usaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut seperti mana yang dikecapi sepanjang dua dekad yang lalu iaitu bermula pada tahun

1960-an sehingga 1980-an adalah terlalu sukar untuk dicapai. Ini berdasarkan pengakuan sendiri daripada satu-satunya bekas bobolizan yang masih hidup hingga sekarang iaitu Puan Ansiun yang menyatakan bahawa adalah terlalu sukar untuk menghidupkan semula amalan adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut.

30 Hussin, Ritual, Identiti dan Perubahan, 190. 31 Temubual bersama Piunah Sadong, Waris Bobolizan, Kampung Tahak Membakut, Jam 5.00 petang, 10 November 2014.

123

Hal ini turut diakui oleh waris bobolizan iaitu Puan Delima, Puan Rosnah, serta Encik Ahun yang menyokong kenyataan bekas bobolizan iaitu Puan Ansiun bahawa adalah sukar untuk mengembalikan zaman kegemilangan adat memuja semangat padi. Ini disebabkan tiada seorang pun dalam kalangan waris-waris bobolizan di Membakut mempelajari ilmu memuja semangat padi kerana mereka tidak berminat mempelajari ilmu tersebut. Selain itu, untuk mempelajari ilmu memuja semangat padi memerlukan kesabaran dan keberanian yang tinggi memandangkan memuja padi merupakan adat yang amat terpenting dalam kehidupan masyarakat Kadazandusun . Manakala, bagi mewakili pihak pemimpin masyarakat

Kadazandusun di Membakut iaitu Ketua Anak Negeri (KAN) Encik Robit juga sependapat dengan kenyataan bekas bobolizan iaitu Puan Ansiun dan waris-waris bobolizan bahawa adalah mustahil mengembalikan kerancakan amalan adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut disebabkan ketiadaan bobolizan dan waris bobolizan yang pandai menjalankan adat ini.32

32 Temubual Bersama Robit Awong, Ketua Anak Negeri Masyarakat Kadazandusun Membakut, Jam 2.30 petang, 24 April 2014.

124

Gambar 5.2 : Upacara Memotong Padi oleh Pemimpin Masyarakat Sebagai Simbolik kepada Menuai Padi.

Sumber: Kajian Lapangan Norisah Pirin, Perayaan Pesta Menuai Peringkat Daerah Kecil Membakut, 18. 05. 2014

5.4 LEGASI ADAT MEMUJA SEMANGAT PADI

Kemerosotan adat memuja semangat padi yang bermula sekitar tahun 1990-an telah menghakis amalan tersebut sehingga menyebabkan ia tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun di Membakut hingga ke hari ini. Namun, kehilangan pengamalan adat tersebut tidak bermakna hilangnya terus budaya memuja semangat padi. Ini kerana, legasi yang ditinggalkan oleh adat ini kekal diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun di Membakut hingga ke hari ini. Terdapat tiga legasi yang ditinggalkan oleh adat memuja semangat padi kepada masyarakat Kadazandusun di

Membakut dan kekal diamalkan oleh masyarakat ini hingga pada masa kini.

Antaranya ialah yang pertama perayaan Pesta Menuai, pertandingan unduk ngadau dan sugandoi serta mempengaruhi sosiobudaya masyarakat Kadazandusun.

5.4.1 Perayaan Pesta Menuai

Pesta Menuai merupakan salah satu daripada legasi adat memuja semangat padi yang kekal disambut hingga ke hari ini. Ia merupakan satu pesta yang dikaitkan dengan

125 amalan penanaman padi. Terdapat pelbagai sebutan tersendiri bagi Pesta Menuai mengikut suku kaum. Contohnya masyarakat Kadazandusun menyebut Pesta Menuai sebagai Tadau Kaamatan, Tadau Kokotuan atau Moginakan. Manakala, masyarakat

Rungus menamakannya sebagai Moginakan. Masyarakat Murut Timugon pula menamakan Pesta Menuai sebagai Orou Napangan Nanantab.33 Selepas pengisytiharan Pesta Menuai sebagai cuti umum oleh kerajaan British sejak tahun

1960, pesta ini dirayakan oleh masyarakat Kadazandusun pada setiap tahun. Pada tahun 1986, Kadazan Cutural Association (KCA) telah memutuskan untuk menetapkan tarikh Pesta Menuai pada 30 dan 31 Mei. Pada 1 Mei ditetapkan sebagai pelancaran Pesta Menuai yang berlangsung selama sebulan bermula dari peringkat kampung, daerah hingga ke peringkat negeri.34

Bagi masyarakat Kadazandusun, perayaan ini sangat bermakna kerana ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan sistem kepercayaan dan adat tradisi mereka iaitu padi yang mempunyai semangat dan harus dihormati.35 Memandangkan pada masa kini, amalan adat memuja semangat padi tidak lagi dijalankan oleh masyarakat Kadazandusun di Membakut, maka Pesta Menuai merupakan satu- satunya upacara yang diangkat oleh masyarakat ini sebagai simbolik kepada amalan adat memuja semangat padi untuk masyarakat Kadazandusun menunjukkan rasa hormat dan syukur kepada semangat padi atau bambaazon.36

Pada asalnya Pesta Menuai hanya disambut oleh masyarakat Kadazandusun yang menjalankan aktiviti penanaman padi sahaja. Sambutan Pesta Menuai juga pada

33 “Pengenalan Mengenai Pesta Kaamatan,” Buku Cenderahati Majlis Pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, KDCA, (1999): 3. 34 Ibid, 17. 35 Ibid, 19. 36 Temubual bersama Ansiun Pagangan, Bekas Bobolizan, Kampung Madang Membakut, Jam 2.30 petang, 18 April 2015.

126 awalnya hanya diisi dengan aktiviti seperti nyanyian, tarian serta jamuan makanan.

Hal ini diakui sendiri oleh Rutter yang menyatakan bahawa,

All the pagans have ceremonies connected with the planting of rice and the harvest. There are six different ceremonies, extending from planting to harvest, the first five being to ensure the well-being of the crop in its successive stages and the sixth being the harvest festival.37

Namun demikian, peredaran dari zaman ke zaman telah membawa kepada perubahan terhadap cara sambutan Pesta Menuai itu diadakan. Ini adalah kerana, pada masa kini perayaan Pesta Menuai mendapat bantuan kewangan daripada pihak kerajaan negeri Sabah untuk pembiayaan sepenuhnya semua aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sama ada di peringkat kampung, daerah kecil, daerah sehingga di peringkat negeri.38 Ini menandakan bahawa terdapatnya pengiktirafan daripada pihak kerajaan tempatan dan kerajaan negeri terhadap kesignifikan adat ini.

Kepentingan adat memuja semangat padi bukan hanya semata-mata sebagai tanda penghormatan kepada semangat padi. Malah kepentingan adat ini juga mengikat tali persaudaraan yang erat serta sebagai medium membentuk perpaduan kaum.

Nampaknya kerajaan negeri menyedari hakikat bahawa melalui sambutan Pesta

Menuai merupakan salah satu alternatif kerajaan untuk mengajak rakyat ke arah hidup secara bersatupadu dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain. Perpaduan kaum yang utuh amat penting bagi membentuk kestabilan politik negara. Oleh itu, maka tidak hairanlah pihak kerajaan negeri dan persekutuan mengiktiraf malah menyokong semua aktiviti yang dirancang sempena perayaan

Pesta Menuai.

Bagi masyarakat Kadazandusun di Membakut, sambutan Pesta Menuai diadakan secara sederhana tetapi meriah. Satu jawatankuasa khas dibentuk bagi

37 Rutter, The Pagans of North Borneo, 244. 38 Temubual bersama Benedict Topin, Pengerusi Pengamal Perubatan Tradisional Kadazandusun, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Jam 10.00 pagi, 21 Februari 2104.

127 melaksanakan sambutan pesta ini. Ahli jawatankuasa pelaksana terdiri daripada

Penolong Pegawai Daerah kecil Membakut, Penyelaras Kadazandusun Cultural

Association (KDCA) Daerah Kecil Membakut serta semua Ketua Daerah (KD),

Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua

Kampung (KK).39 Jadual di bawah menunjukkan senarai aktiviti Pesta Menuai di

Membakut pada tahun 2010.

Jadual 5.6: Aktiviti Sempena Sambutan Pesta Menuai Peringkat Membakut.

Bil Aktiviti 01. Pertandingan Unduk Ngadau 02. Pertandingan Bintang Sugandoi 03. Pertandingan bina badan 04. Pertandingan tarian sumazau 05. Pertandingan minuman tradisi 06. Persembahan muzik dan pukulan gong 07. Persembahan tarian tradisional 08. Pameran kraftangan 09. Cabutan tiket bertuah

Sumber: Buku cenderahati Pesta Kaamatan Peringkat Membakut, 2010.

Aktiviti di atas lebih kepada unsur kebudayaan dan jelas menunjukkan tujuan

Pesta Menuai adalah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di Sabah yang berbilang kaum dan agama. Walaupun pada mulanya perayaan ini hanya disambut oleh suku kaum Kadazandusun yang menjalankan kegiatan penanaman padi, namun pada hari ini perayaan Pesta Menuai lebih bersifat universal kerana perayaan ini turut dirayakan oleh semua suku kaum di Sabah tanpa mengira bangsa mahupun agama serta tidak melibatkan sama ada ianya berkaitan dengan individu yang mengerjakan penanaman padi atau tidak.

39 “Buku Cenderahati Perayaan Pesta Kaamatan,” Peringkat Daerah Kecil Membakut, 2015, 13.

128

5.4.2 Unduk Ngadau dan Sugandoi

Melalui perayaan Pesta Menuai, pelbagai aktiviti dan acara yang menarik disediakan seperti persembahan tarian sumazau, persembahan muzik tradisional, persembahan pukulan gong, pameran kraftangan, pertandingan sukan rakyat, pertandingan ratu cantik atau unduk ngadau dan pertandingan nyanyian atau sugandoi. Di antara aktiviti yang diadakan tersebut, terdapat dua acara yang dipertandingkan lahir daripada legasi adat memuja semangat padi iaitu pertandingan unduk ngadau dan sugandoi. Kedua-dua acara pertandingan ini dikaitkan dengan cerita mitos

Kadazandusun iaitu Huminodun yang dikorbankan oleh Kinohaingan dan bertukar menjadi semangat padi. Menurut catatan Marilyn Bokuta melalui artikelnya yang bertajuk Wings of Gold menyatakan bahawa,

The unduk ngadau, literally translated to mean the “zenith of the sun”, is no ordinary beauty contest. It is the highlight of the festival of Kaamatan, wherein a selection is made from the young native women from the various districts of Sabah, of the most beautiful to represent the ideal that stands for Huminudon.40

Pada asalnya pemilihan unduk ngadau bermula dengan pertandingan pakaian tradisi yang diadakan di peringkat kampung dan daerah. Pada tahun 1958, Kadazan

Cultural Association (KCA) mencadangkan untuk mengembangkan satu pemilihan ratu kebudayaan untuk wanita.41 Cadangan ini dikemukakan kerana pada ketika itu dikatakan wanita-wanita Kadazandusun yang belum berkahwin bersifat sangat pemalu.42 Sehubungan itu, melalui pertandingan unduk ngadau ini mereka dapat menghakis perasaan malu dalam diri untuk tampil berdepan dengan orang ramai.

Serentak dengan pengisytiharan Pesta Menuai sebagai cuti umum oleh kerajaan

40 Marilyn Bokuta, “The Unduk Ngadau,” Wing of Gold, Malaysian Airlines System (MAS), (1994): 48 & 49. 41 Kaamatan 101, 28. 42 Ibid.

129

British iaitu pada tahun 1960, maka pertandingan unduk ngadau peringkat negeri juga turut diadakan secara rasminya.43

Asal usul kewujudan pertandingan unduk ngadau dikaitkan dengan cerita mitos masyarakat Kadazandusun. Terdapat tiga cerita mitos yang berkaitrapat dengan asal usul pertandingan unduk ngadau ini. Yang pertama melalui buku

Benedict Topin yang bertajuk Adat Resam Masyarakat Kadazandusun yang menyatakan bahawa perkataan unduk ngadau ini berasal daripada perkataan

Kadazandusun tunduk dan ngadau. Tunduk bermakna tunas yang menggambarkan muda dan potensi untuk bertumbuh lagi. Ngadau pula merujuk kepada tadau

(matahari) pada waktu tengah hari yang melambangkan keluhuran, sinar dan kecantikan menyeluruh pada luar dan dalam diri Huminodun. Inilah yang dikatakan ciri asas model wanita Kadazandusun.44 Oleh itu, para bobolizan dan pemimpin tua- tua memilih seorang wanita yang difikir mereka paling cantik, paling anggun, sederhana tetapi paling suci hatinya, badannya, fikirannya dan jiwanya dalam kalangan semua wanita yang hadir pada majlis Pesta Menuai itu. Mereka melakukan ini dengan harapan dapat memilih seseorang yang pada pandangan mereka paling hampir menyerupai sifat dan sikap luhur Huminodun. Bagi mereka, kriteria yang paling hampir dengan Huminodun ialah unduk ngadau (puncak matahari). Ini kerana kecantikan Huminodun dikatakan amat menyerlah dan tiada tolok bandingnya.45

Cerita mitos kedua ialah melalui buku terbitan Jabatan Muzium Sabah yang bertajuk Kaamatan 101: Pengenalan Sejarah dan Budaya Pesta Kaamatan Negeri di

Bawah Bayu. Melalui buku ini menceritakan bahawa Ponizuvung atau Izaton (juga

43 North Borneo News and Sabah Times, (1960): 4. 44 Topin, Adat Resam Masyarakat Kadazandusun, 43. 45 Herman Scholz, “Huminodun the Mystical Origin of the Kadazandusun People,” New Sabah Times, (2008): 6.

130 dikenali sebagai Huminodun) iaitu anak perempuan tunggal Kinohaingan dikorbankan untuk menjadi makanan kepada manusia. Kerelaan dirinya dikorbankan untuk menyelamatkan manusia telah melahirkan nilaai-nilai murni dalam dirinya iaitu bersemangat, penuh kasih sayang, cantik dan sanggup berkorban.46 Berdasarkan nilai-nilai murni yang dimiliki oleh Ponizuvung tersebut, maka ianya telah menjadi elemen utama untuk memilih pemenang pertandingan unduk ngadau.

Manakala, cerita mitos ketiga ialah melalui artikel Herman Scholz yang bertajuk Huminodun: The Mystical Origin of The Kadazandusun People yang menyatakan bahawa,

To commemorate the greatest love of all, Kinoingan‟s sacrifice of His only daughter, the Kadazans idolise Huminodun and select the unduk ngadau (zenith of the sun, Harvest Beauty Queen) in order to remember that Ponumpuan was perfect, she was of total beauty of the heart, mind soul and body.47

Disamping itu juga, kecantikan dan keluhuran Huminodun dapat digambarkan menerusi inait para bobolizan yang dipetik daripada buku Benedict Topin bertajuk

Adat Resam Masyarakat Kadazandusun,

„Binabang kom sorong dilo tadau, kosorong do mato kabalangkason; bitua om pinanggor nu, nung rangahon poingunduk, kosungguh potoi tunduk ngadau nga isoi koposodon.‟ nung kopituka tadau molongkolong, kohunduk tadau winanus nu.‟

Maksudnya;

„Sinar cantikmu terang bagai matahari, berkilauan tak tertahan dek mataku memandang keanggunanmu, andai kecantikan dan kebaikanmu diukur dengan ketinggian, hingga sampai ke puncak matahari tetap jua kau tegak tidak bergoyah. berdepan dengan matahari bersinar, kecantikanmu boleh membenamkan matahari.‟

46 Kaamatan 101, 28. 47 Scholz, “Huminodun the Mystical Origin,” 6.

131

Demikianlah kecantikan Huminodun dipuja sebagai unduk ngadau dalam

Pesta Menuai. Oleh itu, unduk ngadau merupakan jiwa Pesta Menuai manakala

Huminodun merupakan jiwa unduk ngadau. Menurut Puan Martina Udong, pertandingan unduk ngadau ini diadakan sebagai simbolik kepada pujian kecantikan, kebaikan dan keanggunan hati, fikiran, tubuh dan jiwa Huminodun.48

Selain daripada pertandingan unduk ngadau atau ratu cantik, pertandingan sugandoi atau nyanyian turut berkaitrapat dengan legasi adat memuja semangat padi.

Ini terbukti melalui catatan jurnal J. Staal yang bertajuk A Heathen Dusun Prayer,

„The women sings it in a monotonous tone and it is hummed without a stop. It looks like a litany it is synonymic repetition althrough and it may well be that in former times this was sung by two or more women alternatively, as is done with some songs.49 Di samping itu, Benedict Topin juga menyatakan bahawa nyanyian sugandoi kaamatan berkaitrapat dengan bacaan inait atau mentera semasa pemujaan semangat padi. Ini dibuktikan melalui upacara ponogitan, apabila bobolizan menyempurnakan upacara pemujaan semangat padi diikuti dengan lagu-lagu rohani dan pemujaan yang dikenali sebagai Sugandoi Kaamatan.50 Justeru bagi setiap perayaan Pesta Menuai, acara pertandingan bintang sugandoi kaamatan diteruskan sebagai simbolik kepada kesinambungan dan penyempurnaan tradisi upacara pemujaan semangat padi. Berikut disertakan versi sugandoi daripada bobolizan

Tambunan yang dipetik daripada jurnal Benedict Topin yang bertajuk Adat Resam

Masyarakat Kadazandusun,

Sugandoi

Podsupi komburongoh, mongibur rinokian Supi posoluuto, buro‟o pokolukuyo

48 Temubual bersama Martina Udong, Kampung Limadang Membakut, Jam 1.30 petang, 18 Mei 2014. 49 J. Staal, A Heathen Dusun Prayer, (Kuching: R. C Mission,1927), 197-201. 50 Topin, Adat Resam Masyarakat Kadazandusun, 42.

132

Posoluuto tondika, posolukuyo rinadoi Nalampai do lumiyud, ni imak do lumotop Ngoyon ya soluuto, ngoyon ya solukuiyo Sakayon do mitonduli, udanon do miumbalik Siti pinogontodon, silo pinogiudan Naakan do tikus tikus, nuutut do beek beek Nasakai pod tombolog, nuudan pod tompiduk Nokosuang pod lingkut, nokorumpos pod tangkob Liningkut ku muntipan, tinangkob ku mukamban Pongkisai polipantayo, pokikai polibuato

Sugandoi………kiihoi…

Ternyata legasi yang ditinggalkan melalui amalan adat memuja semangat padi seperti unduk ngadau dan sugandoi masih kekal dipertandingkan hingga ke hari ini. Legasi yang ditinggalkan oleh adat ini banyak memberi signifikan kepada masyarakat Kadazandusun. Antaranya ialah unduk ngadau memberi signifikan terhadap sikap merendah diri, kasih sayang, dedikasi, ketaatan, berhemah tinggi, kesucian serta kecantikan yang tonjolkan dalam diri Huminodun.51 Manakala, sugandoi pula memberi signifikan terhadap sikap kepatuhan dan ketaatan melalui puji-pujian yang dialunkan daripada lagu mentera.52

Gambar 5.3: Pertandingan Ratu Cantik atau Unduk Ngadau Peringkat Membakut.

Sumber: Kajian Lapangan Norisah Pirin, Perayaan Pesta Menuai Peringkat Daerah Kecil Membakut, 16. 05. 2015.

51 Marilyn Bokuta, “The Unduk Ngadau,” Wing of Gold, Malaysian Airlines System Mei, (1994): 49. 52 Temubual bersama Rimo Pirin, Kampung Dungau Membakut, Jam 4.15 petang, 02 Februari 2014.

133

Gambar 5.4 : Pertandingan Nyanyian atau Sugandoi Peringkat Membakut.

Sumber: Kajian Lapangan Norisah binti Pirin, Perayaan Pesta Menuai Peringka Membakut, 16. 05. 2015.

5.4.3 Mempengaruhi Sosiobudaya Masyarakat Kadazandusun

Identiti amat penting untuk memperkenalkan sifat-sifat atau ciri-ciri sesebuah masyarakat. Perbezaan sifat serta ciri yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat menunjukkan bahawa masyarakat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri bergantung kepada identiti yang bagaimanakah yang akan ditonjolkan oleh masyarakat tersebut. Kajian mendapati bahawa legasi yang ditinggalkan hasil daripada amalan adat memuja semangat telah mempengaruhi sosiobudaya masyarakat Kadazandusun di Membakut. Pengaruh sosiobudaya tersebut boleh dilihat melalui dua aspek iaitu tarian tradisional dan muzik tradisional.

Aspek yang pertama ialah tarian tradisional. Bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah tarian sumazau sudah sinonim dengan identiti dan budaya mereka dan merupakan tarian tradisional yang sering dihubungkaitkan dengan perayaan Pesta

134

Menuai.53 Bagi masyarakat Kadazandusun Membakut, tarian sumazau masyarakat ini sangat berbeza dengan tarian sumazau masyarakat Kadazandusun yang lain di

Sabah. Tarian sumazau daerah kecil Membakut dikenali sebagai sazau paina atau tarian paina. Semasa zaman kegemilangan adat memuja semangat padi di

Membakut, biasanya tarian paina ini ditarikan bersama-sama dengan pukulan gong paina semasa peringkat ritual yang kelima iaitu upacara paina.54 Tarian ini ditarikan setelah selesai musim menuai padi dengan harapan serta mohon doa restu daripada

Kinohaingan atau semangat padi dapat memberikan hasil yang lebih lumayan pada masa akan datang. Sehingga ke hari ini, sudah menjadi satu identiti dan kewajiban bagi masyarakat Kadazandusun untuk membuat persembahan tarian paina tidak hanya ditarikan semasa sambutan Pesta Menuai, malah tarian ini turut ditarikan semasa upacara perkahwinan atau semasa upacara-upacara rasmi. 55

Manakala, aspek yang kedua ialah muzik tradisional. Masyarakat

Kadazandusun di Membakut sangat terkenal dengan alatan muzik tradisional. Antara alatan muzik tradisional masyarakat ini ialah sanang satu (gong besar satu), sanang dua (gong besar dua), tawak-tawak satu (gong kecil satu), tawak-tawak dua (gong kecil dua), kulintangan dan gendang. Pukulan gong yang menjadi identiti bagi masyarakat Kadazandusun di Membakut dikenali sebagai paina. Paina juga merupakan peringkat terakhir ritual memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut. Semasa zaman kegemilangan adat ini, masyarakat Kadazandusun dilarang keras membunyikan sebarang alatan selagi belum selesai menuai padi.

53 Nor Aina Dani, “Sumazau: Antara Dongeng, Makna dan Pemikiran,” Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Pengajian Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia (2007): 150. 54 Temubual bersama Martina Udong, Kampung Limadang Membakut, Jam12.30 petang, 18 Mei 2015. 55 “Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut,” Borneo Mail, (1995): 7.

135

Larangan membunyikan sebarang alatan ini berdasarkan kepercayaan mereka bagi mengelakkan semangat padi akan terkejut dan lari ke tempat lain.56 Menurut kepercayaan masyarakat Kadazandusun, apabila semangat padi telah lari ke tempat lain, ini boleh menyebabkan hasil padi akan menurun. Oleh itu, pukulan gong paina hanya akan dilakukan setelah selesai kesemua empat peringkat ritual memuja semangat padi iaitu tumamoi, mansuhud, mansuung do umoh dan mansuhud mongkizas.Pada masa kini, paina merupakan satu-satunya ritual memuja semangat padi yang masih lagi kekal dimainkan semasa sambutan perayaan Pesta Menuai.

5.5 PENUTUP

Memang tidak dinafikan bahawa arus pemodenan banyak memberi kebaikan kepada manusia terutamanya dalam aspek meningkatkan mutu kerja yang berkualiti serta dapat meningkatkan hasil yang diingini. Walau bagaimanapun, arus pemodenan juga turut menyumbang kepada wujudnya pelbagai cabaran terhadap segelintir budaya sesuatu kaum. Sebagai contoh, pemodenan dalam bidang penanaman padi di

Membakut telah mendorong kepada pelbagai cabaran dalam adat memuja semangat padi masyarakat Kadazandusun. Cabaran ini akhirnya telah menyebabkan berlakunya kemerosotan adat memuja semangat padi dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Membakut bermula pada tahun 1990-an sehingga pada masa kini adat ini tidak lagi diamalkan. Hilangnya adat amat dirasai oleh generasi tua kerana adat tersebut merupakan adat yang paling utama dan terpenting dalam kehidupan mereka.

Namun demikian, kehilangan adat memuja semangat padi dalam budaya masyarakat Kadazandusun di Membakut telah memberi cabaran kepada masyarakat ini untuk memelihara nilai-nilai budaya yang adapada adat memuja semangat padi.

56 Hussin, Ritual Padi Komuniti Kadazan, 171.

136

Melalui adat ini, masyarakat luar dapat mengenali lebih dekat lagi identiti masyarakat Kadazandusun di Membakut. Legasi yang ditinggalkan oleh adat ini telah memberi sinar harapan kepada generasi baru untuk lebih menghargai serta memelihara tinggalan warisan budaya nenek moyang mereka. Terdapat tiga legasi yang ditinggalkan oleh adat ini iaitu perayaan Pesta Menuai, unduk ngadau dan sugandoi serta mempengaruhi sosiobudaya masyarakat Kadazandusun.

137

BAB ENAM

PENUTUP

Masyarakat Kadazandusun merupakan masyarakat yang amat mementingkan adat.

Adat adalah begitu sinonim dengan amalan kepercayaan dan cara hidup masyarakat

Kadazandusun. Dalam ruanglingkup masyarakat Kadazandusun, adat diamalkan setiap hari ataupun mengikut musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Antara adat yang diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun termasuk adat memuja semangat tajau, adat memuja semangat rumah, adat memuja semangat sungai dan laut serta adat memuja semangat padi.

Adat memuja semangat padi merupakan salah satu adat yang terpenting dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah termasuk masyarakat

Kadazandusun di Membakut. Dalam sistem kepercayaan animisme yang diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun, padi dipercayai mempunyai semangat yang boleh membantu meningkatkan hasil tanaman padi. Untuk mendapatkan hasil padi yang baik, semangat padi hendaklah dijaga dan dilayan dengan baik. Penjagaan dan layanan yang baik ditunjukkan melalui upacara memuja semangat padi.

Amalan memuja semangat padi telah wujud sebelum kedatangan British ke

Sabah. Kewujudan awal amalan memuja semangat padi ada tercatat di akhbar British

North Borneo Asiatic Society Supplement To The British North Borneo Herald pada

1 Jun 1895 yang bertajuk Notes On Dusun Customs On The West. Semasa pentadbiran SBBU dan kerajaan British di Sabah, amalan memuja semangat padi tidak mendapat sebarang tentangan mahupun bantahan daripada kedua-dua pihak pentadbir tersebut, malah amalan ini mendapat perhatian pengkaji-pengkaji Barat melalui kajian yang mereka jalankan ke atas adat memuja semangat padi. Kemuncak

138 daripada pengiktirafan kerajaan British terhadap amalan memuja semangat padi adalah melalui pengisytiharan Pesta Menuai sebagai cuti umum bagi seluruh penduduk di Sabah pada tahun 1960. Pengisytiharan tersebut telah mendorong kepada perkembangan amalan ini dalam kalangan masyarakat Kadazandusun di

Membakut antara 1960-an hingga 1980-an. Selain daripada pengisytiharan Pesta

Menuai, terdapat juga faktor lain yang mendorong kepada perkembangan amalan memuja semangat padi. Antaranya ialah pengekalan tradisi masyarakat

Kadazandusun, peranan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), perkembangan Pesta Menuai, perkembangan ritual memuja semangat padi dan perkembangan proses penanaman padi.

Namun demikian, perkembangan adat ini menjadi semakin merosot sekitar tahun1990-an. Cabaran yang dihadapi oleh adat ini menyebabkannya sukar untuk kekal diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun. Faktor ketiadaan waris atau generasi muda dalam kalangan masyarakat Kadazandusun yang berperanan sebagai bobolizan, di samping perubahan dimensi pemikiran masyarakat pada era modenisasi kini serta peralihan nilai kepercayaan daripada animisme kepada tradisi beragama

(sama ada Islam atau Kristian) telah akhirnya memperlihatkan ritual pemujaan semangat padi kini kian terhakis. Suatu ketika dahulu generasi muda masyarakat

Kadazandusun diberi pendidikan untuk menjadi pewaris sebagai bobolizan. Namun, minat untuk mendalami pendidikan tradisional seperti pantang larang dan adat dalam kalangan anak-anak muda masyarakat Kadazandusun kian pudar ekoran pertembungan dengan arus kemodenan. Malah telah muncul tanggapan bahawa sistem pendidikan tradisional dan berkhidmat sebagai bobolizan hanya sekadar mengekalkan taraf hidup tradisional orang tua mereka yang sedia ada, sama ada sebagai petani atau bobolizan serta tidak mampu mengubah corak hidup masyarakat

139 mereka kepada taraf hidup yang lebih baik pada zaman kepesatan sains dan teknologi.

Perubahan cara hidup moden masyarakat Kadazandusun telah menghakis amalan kepercayaan dalam budaya kehidupan yang diwarisi sejak turun temurun.

Walau bagaimanapun, Pesta Menuai telah memainkan peranan sebagai medium utama untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di

Malaysia khasnya di Sabah. Pesta Menuai yang pada asalnya bermula daripada upacara ritual memuja semangat padi yang dilaksanakan berlandaskan kerjasama dalam kalangan masyarakat Kadazandusun, telah berjaya menyemai bibit-bibit awal semangat perpaduan. Oleh yang demikian, sewajarnya Pesta Menuai dapat diperkembangkan lagi bukan hanya sebagai perayaan bagi menghargai semangat padi, tetapi sebagai salah satu cara kerajaan Malaysia khasnya kerajaan negeri Sabah memupuk serta membina jati diri masyarakat bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa perayaan Pesta

Menuai. Ini kerana, kestabilan sesebuah negara banyak bergantung kepada keharmonian hidup rakyatnya.

Menyedari akan kepentingan adat memuja semangat padi kepada masyarakat

Kadazandusun di Membakut, terdapat tiga bentuk usaha pemuliharaan yang dilakukan oleh pemimpin masyarakat di Membakut bagi memelihara kelangsungan adat. Usaha yang pertama adalah pembentukan Ahli Jawatankuasa Pengumpulan

Adat Istiadat Masyarakat Kadazandusun dan Masyarakat Brunei Membakut yang dipengerusikan oleh Ketua Daerah Membakut Haji Muadi bin Saman serta dianggotai oleh Ketua-ketua Anak Negeri (KAN), Wakil-wakil Ketua Anak Negeri

(WKAN) dan Ketua-ketua Kampung (KK) selaku ahli jawatankuasa. Tujuan

140 pembentukan ahli jawatankuasa ini adalah untuk merekodkan perbicaraan, mencatatkan serta membukukan adat atau pantang larang suku kaum Kadazandusun dan Brunei Membakut. Melalui penubuhan jawatankuasa ini, usaha untuk memulihara kelangsungan adat dapat dilakukan dengan menjalankan pengumpulan serta pendokumentasian semua jenis-jenis adat serta pantang larang masyarakat

Kadazandusun dan Brunei Membakut. Pendokumentasian adat dan pantang larang ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan adat dan pantang larang sebelum merdeka dan bahagian yang kedua merupakan adat dan pantang larang selepas merdeka. Pendokumentasian ini penting bagi mengekalkan kelangsungan adat serta budaya masyarakat Kadazandusun dan Brunei di Membakut.

Usaha yang kedua ialah pemuliharaan satu aspek peringkat terakhir adat memuja semangat padi iaitu paina. Paina merupakan upacara pukulan gong yang dimainkan oleh penduduk Kadazandusun sebagai tanda berakhirnya tempoh pantang larang berpadi. Paina kekal diamalkan hingga ke hari ini kerana ia tidak bertentangan dengan agama Islam dan Kristian serta tidak memerlukan khidmat bobolizan. Pada masa sekarang paina juga dimainkan oleh generasi muda yang mahir memukul gong, kulintangan dan gendang. Rentak pukulan gong paina berbeza daripada rentak pukulan gong biasa. Biasanya pukulan gong paina akan dimainkan bersama-sama dengan tarian paina atau sazau paina yang ditarikan oleh beberapa orang penari wanita dan seorang penari lelaki. Bagi mengekalkan kelangsungan upacara paina, generasi tua berperanan penting mengajar anak-anak muda masyarakat Kadazandusun di Membakut cara-cara memukul gong paina. Ilmu yang diperturunkan oleh generasi tua ini terbukti mampu melahirkan pemukul gong paina yang berkemahiran. Semasa pertandingan paina yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh ahli jawatankuasa penganjur Pesta Menuai di Membakut pada 15

141

Mei 2015, ramai anak-anak muda Kadazandusun yang berumur sekitar 12 tahun hingga 17 tahun menyertai pertandingan tersebut.

Penganjuran program pertandingan paina dalam kalangan anak-anak muda adalah salah satu usaha memulihara dan memelihara warisan masyarakat

Kadazandusun Membakut. Di samping itu, wakil rakyat Membakut iaitu Yang

Berhormat Datuk Ariffin Mohd Arif turut menyokong usaha yang dilakukan bagi memelihara warisan budaya Kadazandusun Membakut. Melalui ucapan perasmiannya pada 15 Mei 2015 di Dewan Serbaguna Membakut, beliau menyeru semua generasi muda Kadazandusun di Membakut agar memelihara tradisi membuat gong serta berusaha mempelajari cara-cara pukulan gong paina dengan baik. Beliau juga berusaha memupuk bakat baru dengan mengeluarkan wang untuk mengupah individu yang boleh mengajar anak-anak muda cara memukul gong paina. Usaha awal yang ditunjukkan oleh pemimpin masyarakat Membakut adalah sangat dihargai dan menyingkap harapan agar kelangsungan adat ini melalui pemeliharaan paina dapat dikekalkan hingga selama-lamanya.

Usaha yang ketiga ialah melalui sambutan perayaan Pesta Menuai yang diadakan pada setiap tahun di Membakut. Perayaan Pesta Menuai merupakan landasan utama untuk masyarakat Kadazandusun di Membakut untuk terus memelihara legasi adat memuja semangat padi. Melalui sambutan perayaan ini, mereka dapat mengingati pengorbanan Huminodun melalui pertandingan unduk ngadau dan pertandingan sugandoi. Selain itu, masyarakat Kadazandusun boleh melakukan paluan gong paina bagi menandakan berakhirnya tempoh pantang larang berpadi bagi tahun tersebut. Maka, sewajarnya pujian harus diberikan kepada kerajaan negeri Sabah kerana sentiasa berusaha memelihara budaya menghormati

142 padi iaitu adat memuja semangat padi. Selain itu, sokongan serta usaha pemeliharaan ini dapat dibuktikan melalui peruntukan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri Sabah kepada jawatankuasa pelaksana sambutan perayaan Pesta

Menuai daerah kecil Membakut bagi mengadakan sambutan perayaan tersebut.

Usaha untuk memulihara pengamalan adat memuja semangat padi membuktikan bahawa adat ini masih lagi kekal mempengaruhi ruanglingkup kehidupan masyarakat Kadazandusun di Membakut. Pengamalan adat ini nyata memanifestasikan bahawa masyarakat Kadazandusun menyedari akan peripentingnya mengekalkan adat warisan tinggalan nenek moyang mereka dan berusaha memuliharanya melalui pelaksanaan upacara-upacara yang dijalankan sejak berdekad lamanya.

143

BIBLIOGRAFI

Arkib Negeri Sabah

Warta Kerajaan

North Borneo Government Gazette Extraordinary, 1963.

Laporan Kerajaan British

Colonial Report North Borneo, 1949.

Memorandum on Indirect Rule and the System of Administration of the Native of North Borneo, State of North Borneo,1935.

Fail Pejabat Daerah Kecil Membakut

Profail Daerah Membakut. Pejabat Daerah Kecil Membakut, 2012.

“Buku Cenderahati Perayaan Pesta Kaamatan Daerah Kecil Membakut.” Pejabat Daerah Kecil Membakut, 2012.

“Buku Cenderahati Perayaan Pesta Kaamatan.” Peringkat Daerah Kecil Membakut, 2015.

Fail Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Beaufort

Fail Maklumat Sistem Pengairan Sawah Padi di Membakut (1978), Jabatan Pengairan dan Saliran Beaufort, 1978.

Fail Maklumat Sistem Pengairan Sawah Padi di Membakut (2010), Jabatan Pengairan dan Saliran Beaufort, 1978.

Fail Pejabat Pertanian Beaufort

Daftar Lot Padi Negeri Sabah Tahun 2010, Jabatan Pertanian Beaufort, 2010.

Penerbitan Rasmi Kerajaan

“Buku Cenderamata Pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.” Penampang, 1999.

Kaamatan 101: Pengenalan Sejarah dan Budaya Pesta Ka’amatan Negeri di Bawah Bayu. Kota Kinabalu: Jabatan Muzium Sabah, 2014.

144

Padi dan Keajaibannya : Satu Pengenalan Ringkas kepada Budaya Padi di Sabah. Kota Kinabalu: Jabatan Muzium Sabah, 1993.

“Pengenalan Mengenai Pesta Kaamatan.” Buku Cenderahati Majlis Pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, 1999.

“Sejarah Pesta Kaamatan.” Jabatan Muzium Sabah, 2003.

Siaran Perangkaan Tahunan Sabah, Kota Kinabalu: Jabatan Bancian Penduduk, 1971.

Surat Rasmi Kerajaan

Mahkamah Anak Negeri Membakut (MANM): 100-04/KLT(1), 2014.

Pesta Menuai Peringkat Negeri Sabah. ANS/PS/KDCA/T/2/6, 1983.

Buku

Abdul Halim Bandan. Cerita Tradisi Sabah Pelbagai Kaum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.

Abu Talib Ahmad. Museums, History and Culture in Malaysia. Singapore : National University of Singapore, 2015.

Amat Juhari Moain. Kepercayaan dan Amalan Magis di Sekitar Penanaman Padi di Kalangan Orang Melayu di Malaysia. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia, 1990.

Alliston, Cyrill. Threatened Paradise North Borneo and Its People. London: Robert Hale,1966.

Anwar, Sullivan & Cecilia Leong (eds). Commemorative History of Sabah 1881- 1981. Kota Kinabalu: Jabatan Ketua Menteri, 1981.

Arenawati. Dusun: Satu Tinjauan dalam Konteks Kepercayaan, Kultus dan Hukum Adat di Sabah. Kota Kinabalu: Penerbitan Yayasan Sabah, 1978.

Arens, Richard (eds). Folk Practices and Beliefs of Leyte and Samar. Tacloban City: Divine Word University Publications, 1982.

Asmad. Seni Kehidupan dan Kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Associated Educational Distributors (M) Sdn Bhd, 1990.

Benedict, Ruth. Myth. The Encyclopedia of the Social Science XI, 1933.

Campbell, Joseph & Bill. DD Moyers. The Power of Myth. New York: Doubleday, 1988.

145

Dayu Sansalu. Kadazandusun di Sabah: Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881- 1967. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

Encyclopedia International. Bil. 1, New York: Grolier Incorporated, 1973.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 999.

Evans, I. H. N. Studies in Religion, Folk-Lore and Custom in British North Borneo and the Malay. London: Cambridge University Press, 1923.

Evans, I.H.N. Among Primitive People in Borneo. London: Seely Service & Co.Ltd, 1922.

Evans, I.H.N. The Religion of the Tempasuk Dusuns of North Borneo. London: Cambridge University Press, 1953.

Glyn-Jones, Monica. The Dusun of Penampang Plains in North Borneo. M.A (Cantab),1953.

Hill, R. D. Rice in Malaya: A Study in Historical Geography. Singapore: National University of Singapore, 1977.

Hoch-Smith, Judith & Anita Spring (eds). Women in Ritual and Symbolic Roles. New York: Plenum Press, 1978.

Hose, Charles & William McDougall. The Tribes of Borneo. London: Oxford University Press, 1912.

Hose, Charles. Natural Man: A Record from Borneo. London: MacMillan and Co. Limited,1926.

Ismail Abbas & Charles Shaoung. Tarian-tarian Tradisional Sabah. Kota Kinabalu: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1984.

Jones, L.W. The Population of Borneo: A Study of the People of Sarawak, Sabah and Brunei. London: The Athlone Press, 1966.

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.

Kirk, G. S. Myth: It’s Meaning and Functions in Ancient and Other Cultures. London: Cambridge University Press, 1970.

Kuntowijoyo. Pengantar Ilmu Sejarah. Yogyakarta: Bentang, 1997.

Luping, Herman J. Indigenous Ethnic Communities of Sabah: The Kadazandusun. Kuala Lumpur: Ministry of Information, Communications and Culture Malaysia, 2009.

Luping, Herman J. Sabah’s Dilemma: The Political History of Sabah 1960-1994. Kuala Lumpur: Magnus Books, 1994.

146

Majul, Caser Adib. Muslim in the Philippines. Quezon City: The University of the Philippines, 1973.

Mat Zin Mat Kib. Kristian di Sabah: 1881-1994. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003.

Mohd Razalee Goroh. Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/Kadazan Kota Belud. Kota Kinabalu: Jabatan Muzium dan Arkib Negeri Sabah, 1986.

Muhiddin Yusin. Islam di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.

Ooi Keat Gin (eds). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. California: ABC Clio, 2004.

Peletz, Michael Gates. A Share of the Harvest: Kinship, Property and Social History among the Malays of Rembau. California: University of California Press, 1988.

Phelan, Peter R. (Native Law in Sabah) Native Court and Customary Law of Sabah. Kota Kinabalu: Bro. Peter R. Phelan, 1993.

Phelan, Peter R. Comparisons: Sabah Local Culture and the Bible. Nabawan: Bro. Peter R. Phelan, 2007.

Piper, Jacqueline M. Rice in South-East Asia, Cultures and Landscapes. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1993.

Pritchard, E. Teori Agama Primitif (terjemahan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1987.

Pugh-Kitingan, Jacqueline. Kadazan Dusun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2012.

Qasim Ahmad. Penyelidikan: Pendekatan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2016.

Ranjit Singh, D.S. The Making of Sabah 1865-1941: The Dynamics of Indigenous Society. Kota Kinabalu: Bahagian Kabinet dan Dasar, 2011.

Rutter, Owen. British North Borneo : An Account of Its History, Resources and Native Tribes. London: Constable Company Limited, 1922.

Rutter, Owen. The Pagans of North Borneo. London: Hutchinson & Co, 1929.

Ryan, N. J. The Cultural Background of the Peoples of Malaya. Kuala Lumpur: Longsman of Malaya, 1962.

Sarda, James & Danny Wong. Spirit of Borneo: Martin and Osa Johnson’s Journey 1920 and 1935. Kuala Lumpur: Irah Communications, 2007.

Shim, P. S. Inland People of Sabah: Before, During and after Nunuk Ragang. Kota Kinabalu: Cultural Heritage of North Borneo, 2007.

147

Skutsch, Carl. Encyclopedia of the World’s Minorities. New York: Routledge, 2005.

Staal, J. A Heathen Dusun Prayer. Kuching: R. C Mission, 1927.

Valentine, C.A. Uses of Ethnohistory in an Acculturation Study. Kansas: University of Kansas, 1960.

West, Barbara A. Encyclopedia of the Peoples of Asia and Oceania. New York: Infobase Publishing, 2009.

Whelan, F.G. A History of Sabah. Singapore: MacMillan and Co(S) Ltd, 1970.

Whelan, F.G. Dusun Stories from Kota Belud. Kuching: Borneo Literature Bureau, 1969.

Whitehead, John. The Exploration of Kinabalu North Borneo. London: Gurney and Jackson,1893.

Williams, T.R. The Dusun: A North Borneo Society. New York : Holt, Rinehart and Winston, 1965.

Woolley, G.C. Tuaran Adat: Some Customs of Tuaran. West Coast Residency, North Borneo: Sandakan NAB No. 2, Government Printer, 1937.

Artikel dalam jurnal

Ani Haji Omar. “Pantang Larang dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis dari Perspektif Teori SPB4K.” Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 7 Bil. 1, (2014): 76-97.

Appell, George. “Social Anthropological Research among the Rungus Dusun: A Talk for the Sabah Society.” Sabah Society Journal, (1986): 1-15.

Ardiah Jamali Zaidah Mustapha & Rokiah Ismail. “Pola dan Faktor yang Mempengaruhi Peminuman Minuman Keras Remaja Dusun Malaysia.” Geografia Malaysian Journal of Society and Space ISSN 2180- 2491, (2009): 82-101.

Bank, E. “Rice Planting Customs in the Baram District, Sarawak.” JMBRAS – Bil. XVIII Bahagian. II, (1940): 83-104.

Burrough, Josephine Boenisch & Alik Jamin. “Traditional Methods of Dusun Rice Cultivation.” Sabah Society Journal, (1972): 344-364.

Edmundson, Anna, Baptist-John, Judeth. “Continuing Transformations: The Manarapoh Attire of the Lotud Kadazandusun.” The Sarawak Museum Journal, Bil. LVII No. 78-New Series, (2002): 64-86.

148

Hamidah Abdul Wahab. “Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu Sarawak.” International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) No.1 (2013): 84-105.

Hanafi Hussin. “Bobohizan dan Peranannya di Kalangan Masyarakat Kadazan Daerah Penampang Sabah.” Jati Bil. 8, (2003): 15-40.

Hanafi Hussin. “Ritual Padi Komuniti Kadazan Dataran Penampang Sabah.” Jati Bil. 10, (2005): 171-203.

Hanafi Hussin. “Ritual, Identiti dan Perubahan di Pantai Barat Sabah: Pengalaman Komuniti Kadazan Penampang.” Jati Bil. 12, (2007): 189-210.

Harrison, Tom & Barbara. “The Prehistory of Sabah.” Sabah Society Journal, Bil. IV, (1971): 350-365.

Hiroyuki, Yamamoto. “Sports, Beauty Contest and the Tamu Besar: The Origins of Harvest Festival in Sabah (North Borneo).” Sabah Society Journal Bil. 19, (2002): 1-15.

Low Kok On & Lee Yok Fee. “Investigating the Relationship between Kadazandusun Beliefs about Paddy Spirits, Riddling in Harvest-Time and Paddy-Related Sundait.” MALIM-SEA Journal of General, (2012): 71-97.

Norhani Bakri & Rugayah Mohamed. “Keunggulan Budaya Teknologi dalam Memacu Kemajuan Bangsa.” Jurnal Kemanusiaan, (2008): 1-14.

Ongkili, James P. “Kadazan Tribal Leadership and Ethnic Consciousness in Pre- Colonial Sabah.” Sabah Society Journal Bil. 16, (1999): 15-30.

Phelan, Peter R. “The Monogit Ceremony of the Kadazans (Dusuns) of the Penampang-Putatan Region.” Sabah Society Journal Bil. VI, No. 4(1979- 1980), (2012): 72-94.

Stall, J. “The Dusun of North Borneo: Their Social Life.” ANTHOROPOS Bil. XVIII, (1923): 923-928.

Rencana Dalam Majalah

“History Behind the Ka’amatan Festival Sabah.” Malaysian Borneo Bil. III, Mei 2010.

Bokuta, Marilyn. “The Unduk Ngadau.” Wing of Gold, Malaysian Airlines System (MAS), Mei, 1994.

Ibrahim Said. “Adat dicipta untuk Keharmonian.” Dewan Budaya Jilid 5, Bil. 6, Jun1983.

Sinsua, Susan. Borneo Travel News No.7, Jun-Julai 1991.

149

Kertas Kerja

Kitingan, Jeffery G. “Towards an Empowered Community-the Way Forward.” Seminar KDCA ke Arah Komuniti Perkasa. Kertas Kerja I. 27 dan 28 November 2004.

Lasimbang, Rita. “Exploring The Art of Bobohizan-Keeper of Kadazan Rituals and Chants.” Pembentangan Kertas Seminar di Borneo Research Council: 7th Biennial International Conference . Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 2002.

Tongkul, Felix. “Traditional Systems of Indigennous People of Sabah, Malaysia: Wisdom Accumulated Through Generations.” Penampang: PACOS TRUST. 2007.

Topin, Benedict. “Some Aspect of the Kadazandusun Culture.” The Kadazan Cultural Conference. Kota Kinabalu. 5-6 Disember. 1981.

Bahan Tidak Diterbitkan

Benedick, Ewon. “Aspirasi dan Sumbangan UPKO 1961-2012 Memartabatkan Bangsa.” Penampang: Pejabat UPKO, 2012.

“Communities, Cultures and Change in Malaysia: Indigeneity, Identity and Social Transformation.” Kadazandusun Chair and the School of Social Sciences, Universiti Malaysia Sabah, 2005.

Hashim Awang A.R. “Padi dalam Upacara Magis-Perubatan Melayu.”Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 2003.

Lai Francis L.T. “Membakut Recalled.” Arkib Negeri Sabah, 1974.

Lasimbang, Rita. “Ilmu Watan Suku Kaum Kadazan di Sabah.” Penampang: Yayasan Bahasa Kadazandusun, 2007.

Nur Djazifah Er. “Proses Perubahan Sosial di Masyarakat, Lembaga Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat.” Universitas Negeri Yogyarkata, 2012.

Nor Aina Dani. “Sumazau: Antara Dongeng, Makna dan Pemikiran.” Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Pengajian Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia, 2007.

Topin, Benedict. “Adat Resam Masyarakat Kadazandusun.” Kota Kinabalu: Kadazan Dusun Cultural Associatioan (KDCA), 2003.

Topin, Benedict. “Kadazandusunologi Om Rinait Doid Kadazandusun Tindal Kota Belud.” Kota Kinabalu: Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), 2012.

Topin, Benedict. “The Kadazan Kaamatan Festival.” Buku Cenderahati Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri, KDCA, 1989.

150

Topin, Benedict. “The Magavau and Humabot Ceremony: A Fading of the Kadazandusun.” 2003.

Rayner, F. Udong. “Nunuk Ragang.” Penampang: Koisaan Cultural Development Institute, 2001.

Sumber Akhbar

“History of the Kaamatan Festival.” Pesta Kaamatan (Sabah Museum), 2001.

“Ketua Tentera Sultan Brunei Pengasas Membakut,” Borneo Mail, 07 Mei 1995.

“Pesta Kaamatan Sangat Bermakna kepada Masyarakat Kadazandusun,” Utusan Borneo, 04 April 1994.

“Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut,” Borneo Mail, 12 Mac 1995 1 Oktober 1886.

B.N.B Asiatic Soc. Supplement to the British North Borneo Herald, 01 Jun 1895.

Luping, Herman J. “Kadazan: Their Past, Present and the Future.” Sabah Times, 19 November 1966.

North Borneo News and Sabah Times, 23 Jun 1960.

North Borneo News and Sabah Times, 04 September 1959.

North Borneo News and Sabah Times, 06 Januari 1961.

North Borneo News and Sabah Times, 11 April 1963.

O.K.K Pangeran Haji Omar, Pangeran Osman, “Dusun Custom in Putatan District,” North Borneo Native Affairs Bulletins, No.7, 1932.

Pryer, W.B, “The Natives of British North Borneo,” The British North Borneo Herald, 1 Oktober 1886.

Sabah Times, 29 Oktober 1963.

Scholz, Herman, “Huminodun the Mystical Origin of the Kadazandusun People,” New Sabah Times, 14 Disember 2008.

The Borneo Times, 02 Februari 1963.

The British North Borneo Herald, 01 Januari 1888.

The North Borneo Herald, 01 Julai 1883.

The North Borneo Herald, 01 Januari 1890.

The North Borneo Herald, 01 Mac 1883.

151

The North Borneo Herald, 01 Ogos 1883.

Wolley, G. C. “Dusun Adat: Some Customs of the Dusuns of Tambunan & Ranau.” Native Affairs Bulletin No.5, 1953.

Ucapan

Ariffin Arif. Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kawasan N24 Membakut, Sempena Perasmian Perayaan Pesta Menuai Peringkat Membakut, 15 Mei 2015.

George Ansim. Pengerusi Pelaksana Perayaan Pesta Menuai Peringkat Membakut, Sempena Perasmian Perayaan Pesta Menuai Peringkat Membakut, 15 Mei 2015.

Musa Haji Aman (Teks Ucapan). Ketua Menteri Sabah, Semasa Persidangan Dewan Undangan negeri Sabah pada 15 November 2013.

Sumber Temubual

Temubual bersama Ahun Kail, Kampung Tahak Membakut, Jam 3.30 petang, 09 April 2014.

Temubual bersama Ansiun Pagangan, Bekas Bobolizan, Kampung Madang Membakut, Jam 2.30 petang, 18 April 2015.

Temubual bersama Benedict Topin, Pengerusi Pengamal Pengubatan Tradisional Kadazandusun, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang, Jam 10.00 pagi, 21 Februari 2014.

Temubual bersama Beverly Judin, Kakitangan Pengurusan, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang, Jam 2.00 petang, 24 Disember 2016.

Temubual bersama Delima Sawin, Waris Bobolizan, Kampung Tahak Membakut, Jam 4.15 petang, 09 April 2014.

Temubual bersama Faridah Juhaidi, Kampung Tambulion Kota Belud, Jam 3.30 petang, 04 Disember 2015.

Temubual bersama Haji Muadi bin Saman, Ketua Daerah, Pejabat Daerah Kecil Membakut, Jam 10.00 pagi, 03 Februari 2014.

Temubual bersama Ibrahim Guan, Pegawai Agama Bahagian Kaunseling, JAHEINS Membakut, Jam 3.34 petang, 24 November 2015.

Temubual bersama Idah Intang, Kampung Dungau Membakut, Jam 11.30 pagi, 10 November 2014.

Temubual bersama Jawin Aji, Wakil Ketua Anak Negeri Membakut, Jam 3.00 petang, 24 April 2014.

152

Temubual bersama Juli Insing Tony, Kampung Mook Papar, Jam 2.00 petang, 08 Disember 2015.

Temubual bersama Lina Ipit, Kampung Dungau Membakut, Jam 5.15 petang, 01 Februari 2014.

Temubual bersama Martina Udong, Kampung Limadang Membakut, Jam 1.30 petang, 18 Mei 2014.

Temubual bersama Munam Charles, Kakitangan Pengurusan, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang, Jam 2.00 petang, 24 Disember 2016.

Temubual bersama Olat Aluan, Bekas Ketua Kampung Limadang Membakut, Jam 2.30 petang, 14 April 2014.

Temubual bersama Pirin Intang, Ketua Kampung Kampung Dungau Membakut, Jam 2.00 petang, 04 Februari 2014.

Temubual bersama Pitin Junah, Ketua Kampung Limadang Membakut, Jam 8.30 pagi, 11 Julai 2015.

Temubual bersama Piunah Sadong, Waris Bobolizan, Kampung Takapan Membakut, Jam 5.00 petang, 10 November 2014.

Temubual bersama Rimo Pirin, Kampung Dungau Membakut, Jam 4.15 petang, 02 Februari 2014.

Temubual bersama Rita Alin, Kakitangan Pengurusan, Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang, Jam 2.00 petang, 24 Disember 2016.

Temubual bersama Robit Awang, Ketua Anak Negeri Masyarakat Kadazandusun Membakut, Jam 10.00 pagi, 26 Januari 2014.

Temubual bersama Rod Rudolf Saimin, Kampung Minusoh, Telupid, Jam 9.00 pagi, 02 Februari 2014.

Temubual bersama Rosnah Ansun, Waris Bobolizan, Kampung Tahak Membakut, Jam 3.00 petang, 24 April 2015.

Temubual bersama Suraya Tajul @ Tajual, Kampung Pimping Membakut, Jam 10.00 pagi, 11 Januari 2016.

Temubual bersama Tialum Siwoi, Mamadangau, Kampung Limadang Membakut, Jam 3.00 petang, 14 April 2014.

Temubual bersama Vitus Bailen, Kampung Tanaki Tambunan, Jam 3.30 petang, 07 Disember 2015.

Temubual bersama Yusuf Ag Mun, Pembantu Pertanian Kanan Daerah Beaufort, Jam 2.30 petang, 06 April 2015.

153