BAB II GAMBARAN UMUM LOKASI PENELITIAN Suatu Kesulitan Yang
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
BAB II GAMBARAN UMUM LOKASI PENELITIAN Suatu kesulitan yang amat nyata sekali dalam menyusun bab ini ialah kurangnya bahan-bahan bertulis yang dapat dirujuk sebagai panduan permulaan untuk penulis. Oleh karena itu, maka seperti dinyatakan pada permulaan kajian ini bukanlah suatu kajian yang definitive dan kebenaran fakta sejarah yang terkandung di dalam penulisan ini boleh dipertikaikan. Sejarah tempatan boleh dianggap sebagai micro-history yang termasuk dalam bidang yang lebih besar yaitu macro history, yang di sini dapat kita fahamkan sebagai sejarah kebangsaan. Adalah difikirkan sesuai di sini untuk dipetik huraian yang dibuat oleh Teuku Ibrahim Alfian berkenaan dengan sejarah tempatan ini,27 Sejarah lokal adalah sejarah unit-unit yang lebih kecil daripada sejarah negeri dan sejarah negeri merupakan unit-unit sejarah yang lebih kecil pula daripada sejarah nasional atau sejarah kebangsaan. Pusat sejarah lokal adalah lingkungan sekitar. Konsep neighbourhood ini dipinjam dari Philip D. Jordan yang menyatakan bahwa kata ini disamping berarti distrik atau lokaliti berarti juga lembaga-lembaga politik, ekonomi dan sosial yang beroperasi dalam lokaliti itu. Penulis memilih cara naratif karena cara inilah yang sesuai dalam keadaan kurangnya sumber-sumber rujukan untuk dibandingkan kesahihan fakta ini. Walaupun demikian, penulis tidak akan menurut cara naratif ini secara mutlak. Di 27 Lihat Teuku Ibrahim Alfian, Sejarah Lokal dalam Pengkajian Sejarah Malaysia, Dewan Masyarakat, Januari, 1971. Pendapat Jordan yang dipetiknya itu terdapat dalam Philip D. Jordan, The Nature and Practise of State and Local History, 1958. 19 20 tempat-tempat yang sesuai untuk dibincangkan penulis akan cuba memberikan pendapat-pendapat yang sesuai. A. Gambaran Umum daerah Besut Besut ialah sebuah daerah yang terletak di dalam Negeri Terengganu. Menurut sejarah, Besut dahulunya merupakan sebuah negeri dan mempunyai rajanya tersendiri sebelum masuk di bawah naungan negeri Terengganu. Daerah Besut terletak paling ke utara di Negeri Terengganu dan ia bersempadan dengan daerah Pasir Puteh di Kelantan dengan luasnya 878.2 meter persegi.28 Oleh karena letaknya berhampiran dengan negeri Kelantan, maka bahasa penduduknya adalah sama dengan loghat Kelantan. Bahasa inilah yang membedakan penduduk Besut dengan penduduk negeri Terengganu di daerah-daerah yang lain. 28 Pesta Rakyat Besut Terengganu, (Kelantan : Meng Meng Printing & Stationery Co. Sdn. Bhd., 1976), hlm. 16 21 Peta 1. Peta Negeri Terengganu 22 Pekerjaan utama bagi penduduk daerah Besut adalah nelayan dan juga petani. Terdapat lima buah sekolah yang awal di bina di daerah ini dan termasuk sebuah sekolah menengah Inggeris. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Kampung Raja. Di sinilah terdapat Pejabat Daerah dan Tanah, Balai Polis daerah, Jabatan Kerjaraya dan beberapa jabatan yang penting lagi.29 Namun dari tahun ke tahun, penduduk di daerah ini semakin bertambah. Di bawah ini menunjukkan tabel data-data penduduk di daerah besut.30 No. Bangsa Jumlah Penduduk Peratus 1. Melayu 71, 028 97.88 2. Cina 1, 378 1.90 3. India 159 0.22 4. Lain-Lain 1 0.00 Jumlah 72, 566 100 Tabel 3 Jumlah penduduk di daerah Besut. B. Sejarah Lokasi Penelitian Besut pada awalnya diduduki dan diperintah oleh orang Pangan (orang asli). Kemudian diperintah oleh orang Melayu yang baru datang itu tidak dapat dipastikan dari mana tempat asalnya namun menurut sumber, orang-orang ini 29 Yusoff Nik Mohd Nor, dkk., Malaysia Dari Segi Sejarah, (Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 1983), hlm. 33. 30 Majlis Daerah Besut, Rancangan Tempatan Jerteh-Kg. Raja- Kuala Besut 2001-2010, (Kuala Terengganu : Percetakan Yayasan Islam Terengganu, 2002), hlm. 2-7 23 berasal dari Palembang. Ketua bagi orang Melayu ini dikatakan bernama Cik Latif. Adalah menarik ceritanya bagaimana Besut ini kemudiannya bertukar tangan dari orang Pangan kepada orang Melayu. Dikatakan bahwa ketua orang Pangan itu yang bernama Besut telah menyerahkan kawasan pemerintahannya itu kepada Cik Latif dengan tukaran hanya satu gantang mata kail. Dari sini kita ketahui bahwa nama daerah Besut itu berasal dari nama ketua orang Pangan itu.31 Berikutan dengan pertukaran kuasa itu, maka dikatakan ramai orang Pangan itu yang telah berpindah ke Ulu Besut. Namun begitu masih ada di antara mereka yang terus tinggal di kawasan tersebut, di sekitar Besut. Cik Latif kemudian memerintah Besut, yaitu menjadi rajanya. Beliau dan orang-orangnya kemudian telah membina sebuah perkampungan di tepi sungai Besut yang diberi nama Palembang, diambil sempena tempat asal mereka di Sumatera yaitu Palembang. Adalah dikatakan bahwa keturunan Cik Latif ini masih ada tinggal di daerah Besut pada masa ini.32 Cik Latif kemudian diganti oleh anaknya yaitu Cik Kamat. Semasa pemerintahannya, Besut telah diserang oleh lanun-lanun yang telah lama bermaharajalela di pulau-pulau sekitarnya. Antara ketua perompak lanun ini termasuklah Panglima Ebeh dan Panglima Garang. Untuk mententeramkan kekacauan ini, Cik Kamat telah memohon bantuan dari Terengganu. Permohonan bantuan ini telah diperkenankan oleh pemerintah Terengganu pada masa itu yaitu Sultan Mansur I (Marhum Berjanggut) yang memerintah dari 1726-1793. Baginda 31 Yusoff Nik Mohd Nor, dkk.,Op. Cit. hlm. 34 32 Keterangan ini diberikan oleh Ayah Su CIk Husin, Penghulu Kampung Seberang Kastam. Dia mengatakan keturunan Cik Latif ini masih ada yang tinggal di Kampung Palembang, Kampung Raja Besut. Namun begitu, penulis tidak berkesempatan untuk menemui orang yang dimaksudkan itu. 24 telah menghantar satu angkatan tentera ke Besut dengan diketuai sendiri oleh puteranya, Tengku Kadir. Lalu perompak-perompak tersebut telah berundur ke Pulau Perhentian. Berikutan dengan kejayaan itu, Tengku Kadir telah dianugerahkan oleh Sultan Terengganu kuasa untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula telah dilantik menjadi seorang Orang Besar Besut serta hak ke atas Pulau Rhu. Dari peristiwa ini, satu kesimpulan dapat diberikan tentan tarikh bilakah Besut dibuka. Ianya dibuka lebih kurang pada awal abad ke-18. Langkah pertama yang telah diambil oleh Tengku Kadir setelah dilantik sebagai raja pertama negeri Besut ialah memperkuatkan kedudukan dan pemerintahannya itu. Untuk ini beliau telah membina benteng-benteng pertahanan di sepanjang Sungai Besut berhampiran dengan Kota Palembang dan seterusnya juga mendirikan tempat kediaman yang baru di Kampung Raja. Besut terus aman dan damai di bawah pemerintahannya. Tengku Kadir telah digantikan oleh puteranya, Tengku Ali. Semasa pemerintahannya satu peperangan telah berlaku antara Besut dan Terengganu. Menurut Tuan Haji Salleh bin Haji Awang dalam bukunya Mengkaji Sejarah Besut, peperangan ini yang lebih dikenali sebagai Peperangan Besut, berlaku lebih kurang dalam tahun 1876 semasa pemerintahan negeri Terengganu diperintah oleh Sultan Omar. Punca peperangan ini tercetus adalah karena sikap Tengku Ali yang enggan tunduk ke bawah perintah Sultan Omar dan cuba pula untuk menderhaka. Pada suatu ketika, perselisihan ini hampir-hampir turut melibatkan orang-orang Kelantan. Sultan Omar telah menghantar satu angkatan perang dan 25 menyerang Besut. Tetapi pada saat terakhir, Tengku Ali telah melarikan diri ke Kelantan. 33 Antara sebab-sebab Tengku Ali memberontak terhadap Sultan Omar adalah karena dasar Marhum Baginda memerintah daerah-daerah secara langsung. Tengku Ali telah memerintah Besut selama 15 tahun dengan tidak mempunyai apa-apa hubungan yang rapat dengan pihak istana di Kuala Terengganu. Beliau telah berusaha secara rahsia untuk mendapatkan bantuan dari Kelantan supaya menurunkan baginda sultan dari tahtanya dengan menggantikan Tengku Cik Muda (putera Yamtuan Muda Tengku Abdullah). Namun, usaha Tengku Ali ini tidak berjaya. Arakian suatu persiapan telah diaturkan untuk melantik Tengku Ahmad anak saudara kepada baginda Sultan Omar sebagai Yamtuan Muda dan baginda telah menjemput Tengku Ali Besut supaya menghadiri istiadat ini. Tetapi beliau enggan memperkenankan jemputannya apabila baginda sultan menghantar pula beberapa orang utusannya untuk menjemput Tengku Ali. Mereka mendapati Tengku Ali sedang berkumpul di Kampung Raja dengan beberapa pasukan bersenjata dari Kelantan.34 Pihak baginda telah menghantar surat bantahan kepada pemerintah Siam di Singgora dan memberi amaran supaya pihak Kelantan jangan mencampuri hal ehwal di Besut. Setelah itu, baginda pun menghantar satu angkatan perang ke Besut seramai 8,000 orang ikut laut. Angkatan ini dikhabarnya diatur oleh Syed Sri Perdana (Engku Syed Zain bin Muhammad) yang dianggap sebagai Perdana Menteri baginda sultan. Angkatan ini telah membedil Besut dari arah laut dan 33 Pesta Rakyat Besut Terengganu, Op. Cit. hlm. 17. 34 Yusoff Nik Mohd Nor, dkk.,Op. Cit. hlm. 34 26 Tengku Ali sempat melarikan diri ke Kelantan dan meninggal dunia di sana pada 11 Zulkaedah 1292 H. kemudian, pemerintahan Besut diwakilkan kepada Tengku Ngah dan kemudiannya kepada Tengku Cik, anak kepada Tengku Kadir. Tengku Ngah dan Tengku Cik adalah bersaudara. Pada peringkat awalnya, Tengku Ngah yang telah menjadi pemerintah Besut. Tengku Ngah di kalangan pengikut-pengikutnya dikenali dengan gelaran Tengku Kelantan karena beliau beristerikan orang Kelantan. dikatakan semasa pemerintahan beliau, ramai orang Kelantan yang datang ke Besut terutama sanak saudara dan kenalan atau orang- orang isterinya. Dikatakan juga bahwa Tengku Kelantan ini tidak lama memerintah. Beliau menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada saudaranya yaitu Tengku Cik. Pada masa pemerintahan Tengku Ngah, dikatakan telah berlaku satu sengketa perebutan