PERANAN KUMPULAN DIKIR GAMUTRA DALAM PROSES KOMUNIKASI DI KAMPUNG RAJA, BESUT,

Nazirah Bt Muhamad

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2012 UNIVERSITI SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL: PERANAN KUMPULAN DIKIR GAMUTRA DALAM PROSES KOMUNIKASI DI KAMPUNG RAJA, BESUT, TERENGGANU

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya NAZIRAH BINTI MUHAMAD

Mengaku membenarkan tesis/ laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

I. Tesis/ laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakan ( ý )

SULZT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan kepentingan seperti termaktub di dalarn AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

andatangan Penulis n Penyelia hdiGhazali Abdullah Alamat Tetap: yaFah Kauan Krcatif P/S 4, Kampung Sungai Kelong, Gunaaz+cý. an h1,U. A1 S1ASARAWAK 16800 Pasir Puteh Kelantan

Tarikh: 516 1 r101 Tarikh ý Yj

Catalan * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * lika Tesis/ . Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Pus9t Khidmat N[akiugsyi Aicittemik v}VTYC.RSIT1 MALAYSIA SARAWAK

PERANAN KUMPULAN DIKIR GAMUTRA DALAM PROSES KOMUNIKASI DI KAMPUNG RAJA, BESUT, TERENGGANU

Nazirah bt Muhamad

21674

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2012 Projek bertajuk `Peranan Kumpulan Dikir GAMUTRA dalam Proses Komunikasi di

Kampung Raja, Besut Terengganu' telah disediakan oleh Nazirah bt Muhamad dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Saijana Muda Seni Gunaan dengan kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

4 i bulabýullah Tuan Haji "en ýý ý; dan Kreatit r..ranuu, t... ia c,;,,..... ('.-- ilnaan UNIVERSrr1Mk1.. AYS1A sP. xAwAx Tarikh: 05. Jun. 2012

i PENGHARGAAN

Yang inerah im saga, Yang kurik itit kendi, Yang indah itit bahasa, Yang balk ittt budi.

Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya telah memberi kekuatan mental dan fizikal sehingga saya beijaya menyempurnakan tesis bagi memenuhi keperluan Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan Pengurusan Seni ini. Penghargaan dan terima kasih kepada penyelia utama, En. Mohd Ghazali Abdullah kerana keikhlasan dan kesediaan memberi nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar sehingga tesis ini dapat diselesaikan. Seterusnya, tidak ketinggalan

institusi Negeri Sarawak, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seperti Perpustakaan

Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sarawak, Pusat Perkhidmatan Maklumat Akademik (CAIS)

UNIMAS, Pustaka Negeri Terengganu, Balai Kebudayaan Daerah Besut, Astaka Gong

Kemuntong, Jertih, Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Daerah Besut (MKDB) iaitu Tuan Haji

Yusoff Kasim, Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Besut (MKDB), En. Rozali Embong dan

Ketua Kumpulan Dikir GAMUTRA, En. Mohd Ariff Taib kerana memberi sumbangan yang bermakna terhadap kajian yang dijalankan.

Buat ibuku, Kamariah binti Abdullah dan keluarga yang tersayang, terima kasih di atas doa, pengorbanan wang ringgit dalam menyempurnakan tesis ini.

Terima kasih.

11 Pusat Kyidmat Mzlducrit Akademik U!ý'"vE! RS'! '''1 ",!AL+YS1 A c A R AWAK

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iii

SENARAI RAJAH viii

SENARAI GAMBAR FOTO viii

SENARAI SINGKATAN ix

ABSTRAK x

ABSTRACT xi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan I

1.2 Latar Belakang Kajian I

1.2.1 Sejarah Daerah Besut, Terengganu 2 1.2.2 Kampung Raja, Besut, Terengganu 5

1.3 Pennasalahan Kajian 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kaedah Kajian 8

1.7 Kerangka Kajian 9

1.8 Kepentingan Kajian 12

111 1.9 Skop Kajian 13

1.10 Pembahagian Tesis 14

BAB2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Sejarah Muzik 15

2.3 Definisi 22

2.4 Tinjauan ringkas alat-alat muzik dunia tamadun purba dan islam 23

2.5 Penggunaan alat muzik tradisional melayu dalam proses komunikasi

tradisi 25

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Pengumpulan Data 30

3.3 Lokasi Kajian 31

3.4 Sumber Data 32

3.4.1 Data Primer 32

3.4.2 Data Sekunder 33

3.5 Infonnan 35

3.6 Instrumen Kajian 35

3.7 Dokumentasi 36

3.8 Batasan Kajian 37

iv 3.9 Rumusan 38

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Sejarah penubuhan Kumpulan Dikir GAMUTRA 39

4.3 Struktur organisasi dan bidang kuasa GAMUTRA 2009-2011 41

4.4 Peralatan muzik GAMUTRA dan fungsi 42

4.4.1 Serunai 42

4.4.2 Rebab 43

4.4.3 Gendang Ibu dan Anak 45

4.4.4 Gendang Panjang 46

4.4.5 Gong 47

4.4.6 Canang 48

4.4.7 Gedombak 49

4.4.8 Rebana Ubi 50

4.4.9 Kompang 51

4.4.10 Kertuk 52

4.5 Temuramah 53

4.6 Mengenalpasti perkembangan Kumpulan Dikir GAMUTRA 60

V 4.7 Mengkaji peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Dikir GAMUTRA

dalam proses komunikasinya dengan masyarakat Kampung Raja, Besut 64

4.7.1 Rumusan 69

4.8 Mengenengahkan bentuk-bentuk persembahan Kumpulan Dikir

GAMUTRA kepada masyarakat urnurn 70

4.9 Mak Yong 71

4.10 Wayang Kulit 73

4.11 Seni Silat Melayu 75

4.12 Dikir Barat 76

4.13 Gasing 78

4.14 Rumusan 81

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 82

5.2 Rumusan 83

5.3 Cadangan 87

5.3.1 Mengadakan liputan secara meluas melalui media massa iaitu

elektronik dan cetak 87

5.3.2 Memperkenalkan pelbagai kaedah promosi kepada masyarakat 88

5.4 Cadangan untuk pengkaji pada masa hadapan 88

vi 5.5 Kesimpulan 89

RUJUKAN 91

LAMPIRAN 93

Lampiran A Perarakan kumpulan Majlis Kebudayaan Daerah Besut Terengganu

sempena sambutan ambang kernerdekaan pada tahun 2011 94

Lampiran B Antara barisan-barisan kontijen yang terlibat semasa perarakan 95

Lampiran C Sekumpulan pemain Gendang GAMUTRA 96

Lampiran D Persembahan gendang oleh Kumpulan Dikir GAMUTRA 97

Lampiran E Persediaan sebelum persembahan bermula oleh Kumpulan Dikir

GAMUTRA 98

Lampiran F Awok-awok dari kumpulan Dikir Barat Besut membuat

persembahan 99

Lampiran G Kerancakan oleh sekumpulan awok-awok Dikir Barat Besut

membuat persembahan 100

Lampiran H Persembahan semua gabungan alat-alat muzik oleh Kumpulan

Dikir GAMUTRA 101

Larnpiran I Persembahan wayang kulit oleh En. Saufi 102

Lampiran J Nyanyian lagu-lagu asli dan tradisional oleh ahli Kumpulan Dikir

GAMUTRA 103

Lampiran K Pementasan teater mak yong diiringi dengan muzik GAMUTRA 104

Lampiran L Ucapan Yang Amat Berhormat sebelum persembahan Kumpulan

Dikir GAMUTRA dipersembahkan sempena pesta Pekan Budaya

di Hulu Terengganu 105

vii Lampiran M Persembahan alat-alat muzik oleh Kumpulan Dikir GAMUTRA 106

Lampiran N Persembahan oleh ahli Kumpulan Dikir GAMUTRA 107

Lampiran 0 Paluan rebana ubi oleh pemain Kumpulan Dikir GAMUTRA 108

Lampiran P Paluan rebana ubi oleh pernain Kumpulan Dikir GAMUTRA 109

Lampiran Q Nyanyian lagu-lagu asli dan tradisional Pantai Timur oleh seorang

penyanyi tersohor di Besut, Terengganu 110

Lampiran R Poster Kumpulan Dikir GAMUTRA 111

SENARAI RAJAH

Bil. Rajah Tajuk Rajah Muka Surat

1.1 Peta Daerah Besut Terengganu 4 1.2 Peta lokasi Kampung Raja, Besut, Terengganu 5

1.3 Model proses komunikasi oleh Davis Foulger, 2004 9 1.4 Model proses komunikasi menggunakan muzik wayang kulit oleh Kumpulan Dikir GAMUTRA 11 1.5 Model akustik muzik GAMUTRA oleh Donald E. Hall, 2003 66

SENARAI GAMBAR FOTO

Bil. Gambar Tajuk Gambar Muka Surat

4.1 Kumpulan Dikir GAMUTRA 40

4.2 Struktur organisasi dan bidang kuasa GAMUTRA 2009-2011 41

4.3 Serunai dimainkan oleh Che Will 42

4.4 Rebab dimainkan oleh Usop Ismail 44

viii 4.5 Gendang ibu dan anak yang dimainkan oleh Pok Loh Daud Bersarna beberapa Kumpulan Dikir GAMUTRA 45

4.6 Gendang panjang yang dirnainkan oleh beberapa anak muda Kumpulan Dikir GAMUTRA 46

4.7 Gong 47

4.8 Canang 48

4.9 Gedombak 49

4.10 Rebana Ubi 50

4.11 Kompang 51

4.12 Kertuk 52

4.13 En. Rozali Embong, Pengurus Kumpulan Dikir GAMUTRA 54

4.14 En. Mohd Ariff Taib, Ketua Kumpulan Dikir GAMUTRA 56

4.15 Tuan Haji Yusoff Kasim, Yang Dipertua MKDB 58

SENARAI SINGKATAN

Undangan Negeri ADUN - Ahli Dewan

Akademi Seni Terengganu ASENI -

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

DUN - Dewan Undangan Negeri

GAMUTRA - Gabungan Muzik Tradisional

Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri JKKN -

Majlis Kebudayaan Daerah Besut MKDB -

PKMA Pusat Khidmat Maklumat Akademik -

UDM Universiti Darul Iman -

ix ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Dikir

GAMUTRA dalam proses komunikasi dengan masyarakat di Kampung Raja, Besut,

Terengganu. Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah (a) mengenalpasti perkembangan

Kumpulan Dikir GAMUTRA, (b) mengkaji peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Dikir

GAMUTRA dalarn proses kornunikasi dengan masyarakat Kampung Raja, Besut, Terengganu, dan (c) mengenengahkan bentuk-bentuk persembahan Kumpulan Dikir GAMUTRA kepada masyarakat umurn. Kaedah kualitatif seperti temuramah dan pemerhatian digunakan sebagai sumber maklumat. Penemuan kajian didapati bahawa proses komunikasi menjambatani antara penyampai clan penerima. Proses komunikasi ini bertindakbalas dan menyampaikan mesej melalui simbol verbal dan bukan verbal. Simbol ini dihantar melalui teknologi komunikasi iaitu melalui persembahan Dikir GAMUTRA sebagai lambang budaya penyatuan masyarakat. Hasil dapatan kajian didapati bahawa masyarakat Melayu di Kampung Raja, Besut, Terengganu kaya dengan pelbagai kesenian muzik tradisional yang unik dan istimewa. Kesenian ini merupakan lambang kebudayaan masyarakat di kampung tersebut.

X ABSTRACT

This study aims to look at how the role played by the Kumpulan Dikir GAMUTRA in the

The communication process with the community in Kampung Raja, Besut, Terengganu.

objective of this study are (a) identify development Kumpulan Dikir GAMUTRA, (b) examine

the role played by the Kumpulan Dikir GAMUTRA in the communication process with the

community Kampung Raja, Besut, Terengganu, and (c) to highlight the forms of presentation of

Kumpulan Dikir GAMUTRA to the public. Qualitative methods such as interviews and

observations are used as sources of information. Findings showed that the process of bridging

communication between the presenter and recipient. This communication process to respond and deliver the message through verbal and non-verbal symbols. This symbol is sent through communication technology through the presentation of Dikir GAMUTRA as a symbol of cultural

in Kampung Raja, Besut, consolidation of society. The findings showed that the Malays in Terengganu a rich artistic traditional music unique and special. Art is a cultural symbol the village.

X1 BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab satu merupakan bahagian yang menjelaskan tentang perkara yang terkandung

dalam penyelidikan. Dalam kajian ini, penyelidik akan mengupas mengenai tajuk yang

ingin dikaji oleh penyelidik iaitu peranan Kumpulan Dikir GAMUTRA dalam proses

kornunikasi dengan masyarakat di Kampung Raja, Besut, Terengganu.

1.2 Latar Belakang Kajian

Gabungan Alat Muzik Tradisional atau lebih dikenali sebagai GAMUTRA terkenal

sebagai satu kumpulan kesenian yang popular di Kampung Raja, Besut, Terengganu.

GAMUTRA adalah bersifat elastik dan fleksibel kerana gabungan yang penuh dengan nilai

estetika dan keasliannya. Ianya berfungsi sebagai hiburan yang berperanan untuk menyalurkan kornunikasi tradisional dalam masyarakat Melayu. Penggunaan alat muzik tradisional Melayu sebagai media warisan arnat penting dalam proses komunikasi kerana dapat menghubungkan silaturahim antara penggiat kumpulan tersebut. Disamping itu,

GAMUTRA dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat tempatan untuk memberi ruang hiburan kepada mereka.

1 1.2.1 Sejarah Daerah Besut Terengganu

Merujuk kepada Fail Pejabat Daerah Besut, 1980 menyatakan bahawa Daerah

Besut merupakan salah satu daerah daripada tujuh daerah di dalam negeri Terengganu.

Ianya merupakan pintu masuk ke negeri Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan

Darul Nairn. Terdapat beberapa bandar kecil di Daerah Besut seperti Jabi, Apal, dan

Kampung Raja. Besut, Terengganu dibahagikan kepada 15 iaitu Keluang, Kuala

Besut, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Hulu Besut, Jabi, Kerandang, Pelagat, Lubuk

Kawah, Pasir Akar, Tembila, Tenang, Kubang Bemban dan Bukit Kenak. Orang Besut

bertutur dalam bahasa dialek Kelantan.

Daerah im mempunyai keluasan 123,367.8 hektar persegi, terdiri daripada lima

buah pekan. Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula dibahagikan kepada lima

kawasan mengikut sempadan pilihanraya. Jumlah penduduknya ialah seramai 118,058

orang (bancian 1991) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dengan majoritinya bangsa

Melayu, diikuti bangsa Cina dan lain-lain bangsa. Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian dan nelayan (Fail Pejabat Daerah Besut tahun 1980).

Sejarah awal yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat

dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh

mengenai daerah ini curna sedikit, sebagaimana catatan Munsyi Abdullah dalam

'Pelayaran Abdullah Ke Kelantan' dari buku Tuhfatul Nafis (1858): karangan Raja Ali

Haji. Beliau menulis seperti berikut:

Balk sungguh, untung tiada berperang dengan perahu perahu perompak- perompak itu, kerana ia orang-orang Dayak datang dari Besut (http: //seiarahbesut. com/my)

2 Seterusnya Abdullah menulis:

Maka adalah kira-kira pukul empat petang ke , di tempat perompak itu (http: //sejarahbesut. com/my)

Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah

Besut, maka terdapat pelbagai cerita yang menerangkan asal usul Besut. Salah satu

ceritanya mengatakan kewujudan Besut adalah berpunca daripada zaman dahulu yang

dikatakan sebuah kawasan yang berada di bawah kekuasaan Kerajaan Siam. Mengikut

salah satu cerita nama Besut timbul daripada perkataan BE yang bermaksud DAERAH

manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau

penghujung. Faktor ini berdasarkan jarak jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat

Pentadbiran Siam dengan daerah Besut ini.

(http: //ptbesut. terengganu. ý o v. my)

Menurut cerita lain pula mengatakan bahawa asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulu diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya. Beliau adalah seorang ketua lanun yang sangat zalim dan menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di situ. Selepas kematiannya barulah kawasan Besut didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang

`Pangan'. Orang `Pangan' adalah orang yang masih tinggal di hutan ketika itu dan merupakan orang sakai. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama `Besut' dan dipercayai nama 'Besut' adalah berasal dari nama ketua orang `Pangan' tersebut.

(http: //ptbesut. terengganu. gov. my)

3 Ph@4

ý R L Z I R R! I FA51 RP UI E Ja q{ "`'m,,. º" " Chyinne 04 ýýýýR r``

lh Amh 0

hýý LHAN G s *-Row qýAo d ` Ko kh' a lilry1 ýýY" 60ruý w4m *y . I%r - a -; &"I - ý1 ý iý BE SU T ý d h Fid ''Y A wo a aipý&l 94 hmubui rUPWKX . 1 '*0 wmet E7IU

ýýýý I?.

Gambarajah 1.1: Peta Daerah Besut, Terengganu (2008)

( http: //ptbesut. terenQQanu. Qov.mý )

4 t'u: at Mbtdmat Maklumat Akadmik `NTVr'LS T'l1'ti' ALAYSiASA RAWAK

1.2.2 Kampung Raja, Besut, Terengganu

Kajian mengenai Kumpulan Dikir GAMUTRA akan dijalankan di Kampung

Raja, Besut, Terengganu. Hal ini adalah kerana daerah ini mempunyai keistimewaan

yang tersendiri kerana selain daripada mempunyai sejarah tinggalan istana lama dan tempat ukiran kayu yang terkenal, daerah ini juga telah berjaya mewujudkan satu

Kumpulan Dikir GAMUTRA yang mana telah menggabungkan beberapa elemen dalam muzik dan permainan tradisional dan seterusnya dijadikan sebuah kumpulan Muzik

Etnik Kreatif Tradisional.

(http: //ptbesut. terengganu. g o v. my)

84 T-187

ý ýý ý ý ' t ýý ,

57 T 150 T3 Kampong Karnpung Raja mg Rli 19 týx KsJ Iýýmr,ijnný "'' *ý:ý, IoI BýýIýlh KampLing Raýova RIýt17amp'ýntfg! RLýYMIL I 'ý ýtý Google Mapdata 6ý201 hýýap,T ý2011- Gambarajah 1.2: Peta Lokasi Kampung Raja, Besut, Terengganu (2011)

(http"//ptbesut terengganu. g_my_)o v

5 1.3 Permasalahan Kajian

Muzik sebagai satu unsur komunikasi yang mempunyai empat unsur asas utama

iaitu penyampai, penerima, mesej dan saluran. Mesej yang disampaikan merupakan idea

dan perasaan yang ingin dikongsikan bersama dengan penerima. Setiap mesej itu

mempunyai simbol yang berbeza iaitu simbol verbal dan bukan verbal. Perkataan bahasa

lebih kepada simbol verbal, manakala air muka, nada, suara, pergerakan badan dan

penampilan diri serta apa sahaja yang wujud dalam bunyi yang dituturkan atau peralatan

yang digunakan adalah simbol bukan verbal. Menurut Syarif (1966: 50) menyatakan

bahawa muzik berfungsi sebagai medium yang tersendiri kerana ianya boleh diwujudkan

dalam pelbagai bentuk saluran komunikasi yang mampu menghantar isyarat bunyi.

Sebagai contohºrya peralatan teknologi komunikasi seperti televisyen, radio dan internet.

Walaupun muzik boleh berfungsi sendiri sebagai medium yang berkesan dalam

penyampaian maklumat, tidak dinafikan muzik juga tidak dapat untuk melaksanakan

fungsi tersebut sepenuhnya. Ini kerana ianya boleh menyebabkan berlaku unsur yang boleh

merosakkan masyarakat sekiranya sesebuah komuniti itu tidak mempunyai sistem yang

jelas dan efektif. Menurut model matematik Shahnon & Weaver (1949: 1-2), menyatakan

keberkesanan proses komunikasi bergantung pada tahap gangguan yang dilalui oleh mesej

yang ingin disampaikan. Dengan menggunakan rujukan ini, persoalan yang timbul adalah

sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Dikir GAMUTRA dalam proses

komunikasi dengan masyarakat di Kampung Raja, Besut, Terengganu sehingga mampu

menarik minat mereka untuk mendengar dan melihat keunikan muzik tradisonal yang dipersembahkan.

6 1.4 Objektif Kajian

Objektif urnum kajian ini adalah untuk mengkaji mengenai peranan Kumpulan Dikir

GAMUTRA dalam proses komunikasi di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Objektif

kajian deskritif adalah seperti berikut:

a) Mengenalpasti perkembangan Kumpulan Dikir GAMUTRA

b) Mengkaji peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Dikir GAMUTRA dalam proses

komunikasinya dengan masyarakat Kampung Raja, Besut, Terengganu.

c) Mengenengahkan bentuk-bentuk persembahan Kumpulan Dikir GAMUTRA

kepada masyarakat umum.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini memberi fokus kepada peranan Kumpulan Dikir GAMUTRA dalam proses komunikasi di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Terdapat beberapa aspek yang menimbulkan persoalan. Antaranya ialah:

GAMUTRA a) Bagaimanakah perkembangan Kumpulan Dikir sejak awal

penubuhannya 1992 hingga sekarang?

GAMUTRA dalam b) Sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Dikir

proses komunikasinya dengan masyarakat kampung Raja, Besut, Terengganu?

Dikir GAMUTRA kepada c) Apakah bentuk-bentuk persembahan Kumpulan

masyarakat umum?

7 1.6 Kaedah Kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif sebagai pendekatan kajian. Kaedah

kualitatif deskritif ini dipilih berdasarkan kepada ciri-ciri yang terdapat dalam penyelidikan yang sedang dibuat:

a. Penyelidikan kualitatif dijalankan dalam situasi yang sebenar. Pengkaji

menjalankan 'fieldwork-'. Penyelidikan ini memerlukan pengkaji turut serta dan

mernerlukan pemerhatian yang jelas.

b. Penyelidikan kualitatif adalah deskriptif. Data yang dikumpul adalah dalam bentuk

perkataan, jurnal jurnal, artifak, karya-karya muzik Melayu tradisional yang dikaji,

nota lapangan dan lain-lain rekod rasmi.

c. Pengumpulan data bagi penyelidikan kualitatif ini akan dibuat melalui proses

lebih participant observation, kerana ia merupakan satu proses penyelidikan yang fenomena. fleksibel dan berubah mengikut konteks serta realiti sesuatu

kepada Pengumpulan data akan ditetapkan oleh batas kajian dengan menumpukan

dibuat fokus kajian. Pengumpulan data bagi penyelidikan ini akan melalui

pemerhatian dan temubual sahaja.

8 1.7 Kerangka Kajian

Model baru proses komunikasi oleh Davis Foulger, 2004

become creators when they reply or provide feedback

observe; ---- - I'' imagine and attribute and create interpret I Creators Messages consum_ ers

Languages ý' Media ý

C opyright, 2004, have perspectives of and relationships with Davis Foulger

Gambarajah 1.3: A Ecological Model of the Communication Process

Model proses komunikasi oleh Davis Foulger, 2004 menerangkan penyata asas

mengenai hubungan umum antara manusia, mesej, bahasa, media dan komunikasi.

Hubungan diringkaskan secara terperinci dalam gambarajah 1.3 iaitu proses komunikasi antara pencipta dan pengguna diselesaikan oleh tiga konstruksi dengan menggunakan bahasa untuk membina mesej dalam media bagi menggambarkan semua usul pengantaraan mesej.

Komunikasi mempunyai empat unsur asas utama iaitu penyampai, penerima, mesej dan saluran. Konsep komunikasi di atas sangat jelas dinyatakan sebagai suatu sistem dalam proses penyampaian maklwnat iaitu pencipta kepada penerima yang akan menghasilkan maklumbalas dan tindabalas seperti yang diharapkan. Mesej yang disampaikan merupakan idea dan perasaan yang ingin dikongsikan bersama penerima. Setiap mesej itu mempunyai

9 simbol yang berbeza iaitu simbol verbal dan bukan verbal. Perkataan bahasa lebih kepada

simbol verbal, manakala air muka, nada, suara, pergerakan badan dan penampilan diri serta

apa sahaja yang wujud dalam bunyi yang dituturkan atau peralatan yang digunakan adalah

simbol bukan verbal. Biasanya mesej yang disalurkan itu, menggunakan ruang laluan

media seperti peralatan teknologi komunikasi.

Proses komunikasi rnenggunakan muzik lagu wayang kulit boleh difahami dengan

rnenggunakan Model Proses Komunikasi (Davis Foulger, 2004). Gambarajah 1.4 menunjukkan contoh analisis Lagu Bertabuh berdasarkan model tersebut. Lagu Bertabuh dimainkan bagi menandakan persembahan wayang kulit hendak bennula. Proses kornunikasi inverbal berbentuk satu hala menggunakan muzik wayang kulit sebagai media dan disampai melalui tiga konstruksi yang berkaitan iaitu mesej, bahasa muzik seperti melodi, ritma, warna ton dan link dan gabungan melodi, ritma serta bunyi untuk rnenghasilkan bentuk muzik Lagu Bertabuh. Dalam proses ini wujud sebuah komuniti muzik yang terbahagi kepada dua kelompok iaitu pemuzik sebagai penyampai mesej dan pendengar sebagai penerima mesej. Para pemuzik terdiri daripada individu-individu yang mahir dan menguasai muzik wayang kulit. Kelompok penonton pula terdiri daripada kumpulan yang mendengar dan memahami rnesej.

Setiap alat media yang digunakan memiliki fungsi khusus yang tertentu. Alat muzik serunai dari jenis aerofon dua lelidah digunakan bagi menghasilkan melodi Lagu

Bertahuh menggunakan skala heptatonik (7 nada). Alat-alat muzik membranofon seperti gendang (ibu dan anak) dan gedombak (ibu dan anak) memberikan elemen ritma kepada muzik dan dimainkan secara tingkah-meningkah. Geduk (Ibu dan anak) memberikan gabungan melodi dan rentak yang bertujuan memberi kesan kepada lagu. Gabungan melodi,

10