Budaya, Seni & Warisan

Selain tarikan-tarikan pelancongan yang menakjubkan, mempunyai personaliti budaya tersendiri dan kelestarian tradisi kesenian, kebudayaan dan warisan negeri yang mempesona. Terengganu masih mengekalkan kesebatian cara hidup yang masih menonjolkan keaslian seni, budaya dan warisan.

Terengganu juga kaya dengan kepelbagaian adat resam dan tradisi yang masih menyerlah dalam cara hidup, kehalusan seni kraf, di dalam masakan dan makanan tradisionalnya, persembahan tarian yang mengasyikkan serta permainan-permainan tradisional yang menerujakan. Di sini, selain pengalaman menerokai semarak keunikan alam semulajadi, kepelbagaian tradisi dan kepersonaan warisan menjadi antara tarikan unik.

Negeri Cantik, Budaya Menarik Persembahan Kebudayaan

Kraftangan Permainan Tradisional Pelbagai Makanan Tradisional Terengganu

Monumen dan Tempat Bersejarah 4 BUDAYA, SENI & WARISAN

TARIAN ULEK MAYANG

Tarian lemah gemalai ini adalah paling popular di Negeri Terengganu. Menurut lagenda, sekumpulan nelayan telah dirempuh badai ketika berada di tengah laut. Salah seorang daripada nelayan telah dirasuk dan dibawa ke daratan. dipanggil untuk memulihkan kembali semangat rakan dan mengembalikan roh jahat ke laut. Dengan nyanyian dan tarian tujuh puteri diiringi oleh 10 - 15 penari dan irama muzik tradisional, ianya berjaya memulihkan semangat rakannya. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN 5

TARIAN GAMELAN Tarian Gamelan Terengganu masih terpelihara hasil daripada rasa kecintaan dan usaha pasangan DiRaja Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan Almarhumah Tengku Ampuan Mariam yang telah berjaya memartabatkan persembahan Gamelan Melayu.

Persembahan Tarian Gamelan kini telah dipertontonkan bukan lagi kepada kerabat DiRaja, malah keunikan persembahan warisan ini menjadi tontonan setiap masyarakat yang terus dinikmati oleh generasi mendatang. 6 BUDAYA, SENI & WARISAN

TARIAN ANAK BURUNG BANIONG

Dikenali juga sebagai Tarian Saba yang berasal dari Kampung Kuala Jingai di Hulu Dungun, pergerakan tarian ini meniru kelincahan anak burung baniong mengelilingi pokok saba yang diperbuat daripada pucuk daun kelapa. Asal usul tarian ini adalah merupakan tarian pemujaan terhadap semangat tanaman dan untuk mengembalikan semangat.

TARIAN ULEK SERKAP / BALAI

Tarian yang menggunakan peralatan bercucuk tanam ini mempunyai unsur memuja semangat padi bagi menghargai limpahan tanaman tersebut. Namun versi kontemporari diolah sebagai persembahan tradisional bagi tujuan mengekalkan tradisi dan warisan.

TARIAN ANAK TEDUNG

Tarian ini adalah merupakan antara komponen Tarian Saba yang selain sebagai hiburan, ia juga sebagai pemujaan untuk mengembalikan semangat yang lemah. Penari utama digelar Abang Penduang adalah perantara antara alam roh, penjaga pokok saba dengan tuan puteri. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN 7

RODAT

Rodat adalah hiburan tradisi masyarakat yang berunsur pengajaran dalam kehidupan. Persembahan tradisi masyarakat di Negeri Terengganu ini menggabungkan elemen irama muzik dan tarian dan biasanya dipersembahkan di dalam majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara, sambutan Hari Keputeraan Sultan dan juga di pesta-pesta kebudayaan. Persembahan Rodat kini telah mengalami sedikit perubahan pada cara persembahan namun masih mengekalkan tradisi warisannya. 8 BUDAYA, SENI & WARISAN

WAYANG KULIT

Wayang Kulit merupakan seni teater tradisional yang menggunakan boneka kulit dan skrin putih untuk membentuk bayang-bayang daripada cahaya lampu dan menjadi antara hiburan popular suatu masa dahulu. Terdapat sehingga 45 boneka berlainan yang dikawal oleh seorang Tok Dalang yang bijak memberi intonasi suara berlainan kepada setiap karakter. Persembahan wayang kulit kontemporari kini menceritakan kehidupan masyarakat moden yang biasanya melucukan. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN 9

DIKIR BARAT Persembahan berkumpulan yang masih popular ini diketuai oleh pendikir utama lelaki di mana setiap rangkap nyanyiannya akan diulangi oleh anggota kumpulan. Anggota kumpulan biasanya bertepuk tangan diiringi irama instrumen muzik tradisional. Di dalam pertandingan, dua kumpulan akan berdikir, masing-masing mengusik dan berjenaka di antara satu sama lain. Irama yang dipersembahkan biasanya berunsur pengajaran dan hiburan kontemporari yang telah diubahsuaikan secara berdikir. 10 BUDAYA, SENI & WARISAN

BATIK LUKIS TANGAN / BATIK TERAP

“Batik” bermaksud “melakar menggunakan lilin” di atas fabrik yang memaparkan refleksi motif flora dan fauna, geometri dan lanskap alam semulajadi. Batik Terengganu terkenal dengan warna ceria yang menonjol, beraneka alunan corak lembut dan semakin mendapat tempat di persada fesyen antarabangsa.

Terdapat dua jenis batik iaitu batik lukis tangan dan batik terap. Batik lukis tangan adalah rekaan corak dan motif mengikut kreativiti dan imaginasi menggunakan pen canting berisi lilin cair dan dilakarkan pada kain putih. Setelah itu, berus cat digunakan pula untuk mewarnai ruang-ruang antara corak lilin membentuk kepelbagaian warna tersendiri. KRAFTANGAN 11

Seni batik terap adalah kaedah blok kayu atau tembaga berbentuk seterika yang mengandungi corak halus batik yang dicelup ke dalam cairan lilin dan diterapkan pada kain putih mengikut kreativiti dan seterusnya ditambah dengan warna bersesuaian, dibilas dan dikeringkan bagi menghasilkan corak abstrak batik yang menarik.

Penghasilan produk berasaskan batik boleh didapati seperti beg tangan, alas kusyen, langsir, baju lelaki, pakaian wanita, crepe de chine, selendang, kaftan, tas tangan, alas meja dan pelbagai lagi kegunaan. 12 BUDAYA, SENI & WARISAN

TENUNAN

Songket atau menyungkit ialah aplikasi teknik yang mengadunkan tenunan benang emas atau perak bagi menghasilkan corak di atas fabrik sutera atau kapas. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman dan merupakan pakaian istiadat DiRaja dan golongan . Pakaian songket masih relevan di majlis-majlis perkahwinan, majlis- majlis rasmi DiRaja dan majlis-majlis keramaian negeri.

Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi dalam memperagakan elemen seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan antaranya beg, bingkai gambar, hiasan dinding dan kusyen. KRAFTANGAN 13 14 BUDAYA, SENI & WARISAN

ANYAMAN KRAFTANGAN

Anyaman merupakan sebahagian daripada aktiviti kehidupan masyarakat tempatan sejak berzaman. Kraf anyaman adalah merupakan industri kecil-kecilan masyarakat kampung yang dapat menghasilkan pendapatan sampingan yang lumayan.

Terdapat seni anyaman daun mengkuang, lidi nipah dan rotan yang dapat menghasilkan anyaman seperti tikar mengkuang, beg tangan, kipas tangan, selipar, bekas pensil, beg cenderahati, bakul anyaman, alas periuk, sarang burung, tudung lampu dan lain-lain yang hanya terhad kepada imaginasi penganyam. KRAFTANGAN 15

TEMBAGA

Seni pembuatan tembaga tradisional di Terengganu terkenal dengan produk yang berkualiti, motif yang imaginatif dan dekoratif serta halus pembuatannya. Kualiti produk tembaga masih mendapat permintaan tinggi seperti pemegang lilin, bekas air, peralatan memasak, pinggan, dulang, bekas buah, bekas tepung tawar, tepak sireh, bekas habuk rokok, keris cenderahati dan lain-lain barangan cenderamata. 16 BUDAYA, SENI & WARISAN KRAFTANGAN 17

SENI UKIRAN KAYU

Seni kraf tradisional di Terengganu masih mendapat permintaan tinggi di . Pengukir kayu mendapat inspirasi daripada seni Islam dan motif-motif alam semulajadi. Pengaruh seni ukiran kayu tradisional ini semakin menonjol pada bangunan-bangunan kerajaan, pusat-pusat pengajian tinggi, hotel dan resort. Seni ukiran kayu tradisional boleh didapati pada tiang seri, pintu utama, jendela, perabut, katil, kerangka cermin, kerusi sofa, kotak barang perhiasan malah seni ukiran kayu tradisional juga terdapat pada pembuatan bot tradisional Terengganu. 18 BUDAYA, SENI & WARISAN

Keris amat sinonim dengan budaya dan adat resam Melayu dan selain sebagai senjata, keris dikatakan mempunyai kuasa mistik dan ghaib serta menjadi sebahagian daripada peralatan perubatan tradisional Melayu. Lawatan ke pusat pembuatan keris sesuai bagi mereka yang berminat dan kepada pengumpul barangan antik. Mungkin terdapat beberapa jenis SENI PEMBUATAN KERIS TRADISIONAL keris dekoratif yang berkenan di hati. Seni pembuatan keris tradisional adalah merupakan seni yang semakin pupus namun di Terengganu kita masih boleh menyaksikan cara membuat keris yang diusahakan oleh masyarakat tempatan. KRAFTANGAN 19

REBANA UBI

Rebana ialah sejenis gendang Melayu digunakan dalam majlis dan pesta. Di antara jenis-jenis rebana, yang terbesar adalah Rebana Ubi yang telah diklasifikasikan sebagai dram. Rebana Ubi biasanya dihiasi dengan corak dan motif dekorasi menarik pada badan dan kebiasaanya 6 - 8 biji digunakan bagi menghasilkan irama pergendangan yang mengasyikkan. 20 BUDAYA, SENI & WARISAN

SENI PEMBUATAN LAYANG-LAYANG / WAU

Permainan layang-layang popular di sebelah Pantai Timur Semenanjung termasuk di Negeri Terengganu. Layang-layang atau wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz dan antara yang paling popular ialah wau bulan dan wau kucing.

Seni pembuatan layang-layang memerlukan minat, kesabaran, kemahiran dan pengetahuan fizik dan matematik tertentu dalam menentukan ketepatan dan keseimbangan. Terdapat juga layang-layang menggunakan reka corak batik atau dilukis oleh pereka batik yang menghasilkan reka corak yang lebih halus, kreatif dan dekoratif, sesuai dijadikan sebagai hiasan baik di kediaman mahu pun di pejabat.

SILAT KURA-KURA

Seni persilatan Melayu telah lama bertapak di Terengganu dan terdapat beberapa cabang persilatan dibangunkan. Namun di Hulu Terengganu, sejenis silat Melayu yang unik telah wujud, agak berbeza dengan lain-lain aliran silat utama yang ada. Segalanya bermula melalui pengamatan tajam dan aspirasi seorang guru silat di Hulu Terengganu lebih setengah abad yang lalu, yang telah telah menyaksikan pergaduhan antara dua ekor kura-kura. Guru silat tersebut amat terpesona dengan pergerakan pertahanan diri kura-kura tersebut dan mula meniru pergerakannya. Silat Kura-Kura masih diamalkan oleh masyarakat di daerah Hulu Terengganu dan sentiasa dijemput untuk mengadakan persembahan di kebanyakan majlis rasmi kerajaan dan korporat baik di dalam mahu pun di luar negara. PERMAINAN TRADISIONAL 21

GASING Permainan gasing masih lagi popular terutama di daerah Setiu dan Besut. Gasing Pangkah dimainkan dengan memangkah gasing lawan sementara Gasing Terbang dimainkan untuk berpusing lama. Gasing diperbuat daripada kayu sebesar pinggan, berat lebih kurang 5 kg dan diperkukuhkan dengan campuran gangsa dan timah dicelah-celah lekukan kayu untuk keseimbangan dan keupayaan berpusing. Gasing Terbang yang dilemparkan boleh berpusing hampir dua jam sementara Gasing Pangkah boleh mengetuk gasing lawan sekiranya dilemparkan menggunakan tenaga, strategi dan kemahiran. 22 BUDAYA, SENI & WARISAN

LAIN-LAIN PERMAINAN TRADISIONAL DI TERENGGANU

BOLA CETONG Permainan ini dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak lelaki yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Penjaga Tin dan Pembaling Tin. Selepas undian, sebanyak 8 - 20 biji tin disusun berbentuk piramid di atas para kayu yang diletakkan di atas 2 biji tin. Permainan bermula dengan Pembaling Tin mengambil giliran membaling bola getah untuk menjatuhkan kesemua susunan tin tersebut. Setiap anggota diberikan 3 peluang. Setelah kesemua tin dijatuhkan, Penjaga Tin akan membaling bola ke atas Pembaling Tin yang akan cuba mengelak sambil mengambil peluang untuk menyusun semula kesemua tin ke atas para kayu tadi. Mana-mana Pembaling Tin yang terkena balingan bola dikira terkeluar. Sekiranya kesemua Pembaling Tin terkena balingan, pasukan Pembaling Tin dikira kalah dan bertukar posisi namun sekiranya kumpulan Pembaling Tin berjaya menyusun kesemua GELEK RIM tin tersebut, kumpulan mereka diisytiharkan sebagai pemenang dan permainan bermula Permainan ini boleh dimainkan secara semula. individu atau berkumpulan dengan cara mengawal rim roda basikal menggunakan sebatang kayu. Kemahiran mengawal gelekan rim sambil berlari adalah perlu dan di dalam perlumbaan gelek rim, orang pertama yang berjaya menggelek ke garisan penamat akan diisytiharkan sebagai pemenang. Di dalam pertandingan berkumpulan, masing-masing menggelek menuju kepada kumpulan masing-masing dan mengambil giliran menerima rim yang digelek dan membawanya ke garisan penamat. Kumpulan yang pertama tiba di garisan penamat diisytiharkan pemenang. PERMAINAN TRADISIONAL 23

SEPAK RAGA RATUS Permainan ini biasanya menjadi kegemaran remaja dan dewasa. Pada kebiasaannya, seramai 6-20 orang membuat satu bulatan besar di tengah-tengah kawasan lapang dan menggunakan bola rotan atau bola getah untuk mengawal bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badan kecuali tangan dan menghantarnya ke mana-mana rakan di dalam bulatan tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola tidak lebih daripada tiga sentuhan berturut- turut dan pada sentuhan yang ketiga, bola hendaklah dihantar kepada pemain yang lain. Kemahiran mengawal bola menggunakan lutut dan kaki adalah satu kelebihan dan mana-mana rakan yang gagal mengawal bola akan menerima ejekan dari rakan-rakan yang lain. TING-TING TOR NUSUP / SEPAK BULU AYAM Beberapa biji anak batu atau guli diletakkan Permainan ini kebiasaannya dimainkan di dalam bekas tin susu dan ditutup. oleh kanak-kanak lelaki yang memerlukan Selepas undian lidi terpendek, satu bulatan minimum dua orang atau berkumpulan. dibuat dan salah seorang pemain akan Beberapa helai bulu ayam diikat pada melemparkan tin tersebut dan pencari 4 - 5 lapis getah tiub tayar yang digunting yang mendapat undian lidi terpendek akan sebesar syiling 50 sen dan diikat mencari tin tersebut dan mengembalikannya menggunakan tali benang atau gelung di dalam bulatan tadi sementara semua getah. Ianya dilemparkan kepada lawan pemain akan mengambil kesempatan yang akan menerima dan mengawal bersembunyi di kawasan persekitaran. bulu ayam tersebut menggunakan mana- Setiap kali pencari menemui pemain yang mana bahagian kaki hingga ke lutut. Bulu akan dikumpulkan di dalam bulatan tadi, ayam tersebut boleh disepak kembali dia akan membunyikan tin dan mana- kepada rakannya yang perlu mengawal mana pemain yang masih tidak ditemui dengan cara yang sama dan mana-mana akan tahu berapa ramai yang telah ditemui. pemain yang menjatuhkan bulu ayam di Kemahiran menyusup ke arah bulatan isytihar kalah. dan membunyikan tin sebelum sempat ditangkap oleh pencari akan menyebabkan permainan diulang dengan pencari yang sama tetapi sekiranya pencari berjaya menemui kesemua sekali lagi maka pemain yang pertama ditangkap akan menjadi pencari dan permainan disambung. 24 BUDAYA, SENI & WARISAN

KEPELBAGAIAN MASAKAN TRADISIONAL TERENGGANU

Masakan di Negeri Terengganu kelihatan tidak begitu menonjol. Hanya yang diperkatakan orang adalah keindahan pulau-pulau dan tasiknya. Pelancong selalunya melangkaui destinasi-destinasi di daratan, hanya berminat kepada tarikan pantai dan pulau. Namun mereka sebenarnya terlepas peluang merasai keenakan masakan dan makanan tradisional di Negeri Terengganu ini.

Kepelbagaian jenis masakan dan makanan tradisional yang boleh diperolehi dengan mudah. Masakan Terengganu terkenal dengan bahan-bahan segar dari laut, penggunaan rempah ratus yang pelbagai, rasa yang unik dan sudah semestinya penggunaan santan kelapa. Interaksi sejak berzaman melalui perdagangan dan penerokaan dengan jiran-jiran serantau telah membawa bersama gabungan budaya yang pelbagai dan ini juga telah menghasilkan kelainan dan citarasa tersendiri di dalam masakan dan makanan di Negeri Terengganu. PELBAGAI MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU 25

NASI DAGANG

Nasi Dagang adalah hidangan yang istimewa di Terengganu. Masakan ini dimasak menggunakan campuran beras biasa dan pulut dan campuran santan kelapa dan rempah ratus. Ianya dimakan bersama kuah ikan tongkol dan acar bercuka campuran potongan mentimun, lobak dan lada hiris. Penyediaan yang nampak ringkas sebenarnya memerlukan kemahiran yang tinggi. 26 BUDAYA, SENI & WARISAN

KEROPOK

Keropok Lekor merupakan makanan popular di Negeri Terengganu, diperbuat daripada isi ikan yang diproses dengan tepung sagu dan garam. Adunan ini digentel berbentuk sosej lebih kurang 15 - 25 sentimeter panjang dan direbus. Terdapat tiga jenis keropok iaitu keropok lekor rebus, keropok lekor goreng dan keropok keping. Terdapat juga keropok lekor ikan parang kukus berwarna putih kaum Peranakan Cina yang hanya terdapat di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Malah sos cilinya dengan campuran belacan dan lada adalah berlainan daripada sos berlada keropok lekor biasa. Sememangnya perusahaan keropok lekor Terengganu sentiasa sahaja menerima kunjungan pelancong yang ingin membawa pulang keropok lekor dan keping ke negeri masing-masing. PELBAGAI MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU 27

LAKSA TERENGGANU

Masakan ini diperbuat daripada pasta mee beras dan dimakan sama ada dengan kuah putih inti ikan atau kuah merah berkari. Campuran ulam-ulaman adalah satu kemestian dalam membangkitkan lagi rasa yang mengandungi hirisan kacang panjang, taugeh dan mentimun. Lada giling, belacan dan garam ditambah mengikut citarasa masing- masing.

LAKSAM

Masakan ini diperbuat daripada pasta mee beras atau gandum berbentuk pasta tebal yang digulung dan dipotong. Ianya hanya dimakan bersama kuah putih inti ikan. Sama dengan laksa, campuran ulam- ulaman adalah satu kemestian dalam membangkitkan lagi rasa yang mengandungi hirisan kacang panjang, taugeh dan mentimun. Lada giling, belacan dan garam ditambah mengikut citarasa masing- masing. 28 BUDAYA, SENI & WARISAN

KETUPAT SOTONG Satu lagi makanan popular yang terdapat di Negeri Terengganu. Sotong diisi dengan pulut berkuahkan santan kelapa yang dicampurkan dengan ramuan seperti hirisan halia, halba, bawang merah dan sedikit garam dan gula secukup rasa. Sotong biasanya disematkan dengan lidi untuk mengelakkan isi pulutnya terkeluar. Walaupun kuah santan dicampur dengan manisan gula melaka di daerah Besut, namun di daerah lain masih mengekalkan rasa yang asli.

KUAH SINGGANG Ini adalah antara masakan asli Terengganu. Ikan yang dimasak di dalam campuran kunyit, lengkuas, bawang merah, bawang putih, dan asam gelugor. Dimakan dengan nasi putih bersama kombinasi ulam-ulaman tradisional seperti pucuk gajus, ulam raja, pegaga dan mentimun. Sos budu yang dicampurkan dengan hirisan lada jarum bagi membangkitkan rasa pedas, dicicah bersama ikan dan ianya merupakan masakan paling mudah dan menyelerakan. KERABU AYAM GOLEK / PUCUK PAKU AYAM PERCIK TERENGGANU Kerabu pucuk paku merupakan adunan ulam- Masakan ini menjadi pilihan ulaman herba bersama masyarakat setempat dan pucuk paku dan digaul pengunjung. Ayam yang dengan sayuran segar, jus dikukus dan dipanggang limau, hirisan bawang dan di atas dapur arang. kelapa parut. Sedikit gula Seterusnya ayam akan dan garam ditambah untuk dipercik atau diperap keseimbangan rasa dan dengan ramuan berkuah dimakan mentah bersama yang diadun daripada lauk pauk yang lain. santan kelapa, bawang besar, halia, lada dan serai. PELBAGAI MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU 29

SATA OTAK-OTAK

Sata diperbuat daripada adunan isi Otak-otak merupakan hidangan popular berupa hirisan ikan yang diperap ikan dengan campuran bawang merah bersama santan dan campuran rempah seperti kunyit, cili merah, serai dan dan halia, digaul pula dengan santan jintan manis. Sedikit garam sebagai perasa dan ianya dibungkus di dalam dibungkus di dalam daun pisang dua belahan daun kelapa dan dicucuk dengan lidi di kedua-dua hujung berbentuk kon dan dicucuk pada batang sebelum dipanggang di atas dapur arang yang membara. buluh dan seterusnya dipanggang di atas dapur arang.

PULUT LEPA / PULUT PANGGANG

Makanan ini merupakan adunan pulut digaulkan dengan inti isi ikan di tengah, digaul pula dengan santan dan dibungkus di dalam daun pisang membentuk rupa sosej dan disusun di atas pemegang buluh dan dipanggang di atas dapur arang yang membara. 30 BUDAYA, SENI & WARISAN

LOMPAT TIKAM ASAM GUPAL NEKBAT Nama lompat dan tikam tidak Puding yang diperbuat daripada sagu Sejenis kuih tradisional pembasuh membawa apa-apa kaitan dengan diisi dengan inti kacang hijau dan mulut yang diperbuat daripada makanan pencuci mulut kegemaran dimasukkan ke dalam krim santan adunan tepung beras dan telur ramai ini. Tepung beras digunakan diadun dengan ramuan halia, bawang yang dibakar dalam acuan tembaga untuk menghasilkan lapisan pertama merah dan halba serta hirisan nangka sehingga gebu seperti bahulu. Ianya dan kedua dengan ditambah perasa untuk menghasilkan rasa yang enak. akan disira dalam air gula yang daun pandan bagi memberi warna dimasak dengan daun pandan dan kehijauan. Seterusnya air manisan cengkih dan dihidang. gula melaka ditambah menghasilkan rasa lemak manis yang seimbang.

EMAS SEJEMPUT Merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dihasilkan dengan menggunakan kuning telur, yang dimasak dalam air gula, kemudian adunan itu diangkat dan kemudiannya dibentuk JALA MAS dengan tangan. Sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi ianya disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak dan dihidang. PELBAGAI MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU 31

BEKANG Diperbuat daripada ROJAK KATIH PUTERI MANDI tepung beras Merupakan antara makanan Antara kuih pencuci mulut yang diadun dengan tradisional yang terkenal di disukai diperbuat daripada tepung telur dan dibakar Terengganu. Ia diambil daripada pulut diadun bersama kelapa parut di dalam acuan bahulu. urat keting lembu / kerbau yang dalam manisan gula melaka. Terdapat dua jenis kuah direbus selama beberapa jam dan sama ada kuah manis ianya dipotong kepada bahagian daripada adunan tepung - bahagian kecil sebelum dimasak beras, santan dan manisan bersama air cuka berlada. gula melaka atau kuah lemak daripada adunan tepung beras, TEPUNG PELITA santan, halia, isi ikan, bawang Diperbuat daripada tepung beras, besar dan halba. daun pandan, santan dan air gula, dimasukkan ke dalam kelongsong daun pisang dan dikukus. BRONOK Kuih daripada sagu dan gula dan diselaputi dengan kelapa parut dan terdapat dalam dua perasa, sama ada manis biasa atau manis gula melaka. 32 BUDAYA, SENI & WARISAN

MEMORIAL BATU BERSURAT TERENGGANU

Terdapat di Kampung Buluh, Kuala Berang, replika Batu Bersurat ini dibina untuk memperingati penemuan artifak bersejarah batu bertulisan jawi kuno yang telah diukir yang mengandungi deklarasi dan penggubalan undang-undang Islam oleh Raja Mandalika, Seri Paduka Tuan, bertarikh 1303 Masihi. Batu Bersurat asal dipamerkan di ruang utama bangunan Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

MASJID JAMBI

Dibina pada tahun 1937 di Kampung Pasir Gajah, Kemaman, Masjid Jambi adalah hasil kerja tangan penduduk kampung yang berasal dari daerah Jambi di Sumatera, Indonesia. Bahan-bahan pembuatan telah dibawa dari Jambi, sementara atap genting dibawa dari India. Terdapat sebuah replika tanduk kerbau di bahagian atapnya. Ciri reka bentuk masjid ini mengadunkan elemen seni reka tempatan dan tradisional Jambi menghasilkan sebuah masjid yang unik. MONUMEN DAN TEMPAT BERSEJARAH 33

PENINGGALAN LOMBONG BIJIH DI BUKIT BESI Terletak 85 km ke selatan dari Kuala Terengganu, bijih besi mula ditemui oleh sekumpulan ahli geologi Jepun pada tahun 1919 dan pada tahun 1923, Syarikat Kuhara Mining Company telah memperolehi hak untuk melombong bijih besi di Bukit Besi dan telah mengambil seramai 130 orang pekerja dari Jepun dan lebih 3,000 anak tempatan untuk bekerja di lombong tersebut. Hak melombong telah diambil alih oleh sebuah syarikat British selepas tamat Perang Dunia Kedua. Kemudiannya, Syarikat Eastern Mining & Metal Company, sebuah syarikat perlombongan dari Amerika Syarikat telah mengambil alih operasi dan menggaji seramai lebih 8,000 orang termasuk rakyat tempatan dan asing. Daerah Dungun telah menjadi antara pengeluar bijih besi terbesar dunia dengan keupayaan mengeksport bijih besi bagi memenuhi permintaan industri dunia.

Bagaimana untuk ke sana Bukit Besi terletak 33 km daripada bandar Dungun dan 90 km dari bandaraya Kuala Terengganu. Untuk ke sana, ambil jalan menghala ke bandar Al Muktafi Billah Shah terus ke pekan Bukit Besi di sebelah kiri. Untuk lawatan yang lebih informatif, adalah disarankan untuk mengambil khidmat Pemandu Pelancong atau menghubungi pihak Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Namun pada awal tahun 1970an, kegawatan ekonomi dan berkurangnya bijih besi adalah antara faktor yang menyebabkan lombong besi di Bukit Besi terpaksa ditutup. Pada hari ini, pengunjung masih boleh melihat peninggalan struktur kilang pemprosesan dan peralatan yang telah ditinggalkan seperti kilang memproses bijih besi, serombong asap, landasan keretapi, bangunan tempat menyimpan bijih, rumah pengurus dan masih terdapat bijih-bijih besi mentah bertaburan di merata-rata, sebagai peringatan kepada daerah yang pernah melonjakkan nama negeri di peta dunia. 34 BUDAYA, SENI & WARISAN Maklumat Penting Pulau Perhentian Besar Pulau Perhentian Kecil Redang Holiday Beach Villa Resort (2 star) Perhentian Island Resort (3 star) Shari La Island Resort (3 star) www.redangholiday.com www.perhentianislandresort.net www.sharilaresort.com t +609-624 5500 t +609-691 1111 / 2 / 3 / 4 t +609-691 1500 Redang Kalong Resort (3 orkid) Arwana Perhentian Resort (3 star) Ombak Dive Resort (2 star) t +609-622 1591 www.arwanaperhentian.com.my www.ombak.my (2 orkid) t +609-778 0888 t +609-691 1021 / 1202 Redang Lagoon Chalet t +609-827 2116 (2 star) (1 star) Coral View Island Resort D’Rock Garden Resort (2 orkid) www.coralviewislandresort.com t +6012-325 2162 Redang Reef Resort t +609-697 4943 t +609-622 6181 Mohsin Chalet (2 orkid) Flora Bay Resort (2 star) t +609-691 1363 Sari Pacifica Redang www.florabayresort.com www.saripacifica.com t +609-691 1666 / 7 Matahari Chalet (1 orkid) t +603-8942 8888 t +6019-912 2189 Abdul Chalet (2 star) Redang Island Resort www.abdulchalet.com Senja Bay Resort www.redangislandresort.com t +609-697 7058 www.senjabay.com t +603-2149 1870 t +609-691 1790 Tuna Bay Island Resort (2 star) Laguna Redang Island Resort www.tunabay.com.my Panorama Chalet www.lagunaredang.com.my t +609-690 2902 t +609-691 1590 t +609-631 0888 Mama’s Place (1 star) D’ Lagoon Chalet Redang Bay Resort t +609-690 4500 t +6019-985 7089 t +609-620 3200 New Coco Hut Chalet (1 star) Moonlight Chalet Redang Pelangi Resort t +609-697 4982 t +6019-985 8222 t +609-624 2158 The Barat Perhentian Bubu Long Beach Redang Mutiara Beach Resort Beach Resort (1 star) www.buburesort.com.my t +609-653 1158 t +609-691 1288 t +603-2142 6688 Redang Paradise Resort Bubbles Resort & Dive Centre (1 star) Pulau Redang t +603-9100 5488 t +609-690 2233 The Taaras Beach & Spa Resort (5 star) Pulau Lang Tengah Cozy Chalet (1 star) www.thetaaras.com t +609-697 4982 t +609-630 8899 Sari Pacifica Lang Tengah Resort www.saripacifica.com Flora Bay Chalet (3 orkid) Redang Beach Resort (3 star) t +603-8942 8882 t +609-697 7266 www.redang.com.my t +609-623 8188 Summer Bay Resort Samudera Beach Chalet (3 orkid) www.summerbayresort.com.my t +609-691 1677 Coral Redang Island Resort (2 star) t +609-623 9911 www.coralredang.com.my Fauna Beach Chalet (2 orkid) t +609-623 6200 D’ Coconut Island Resort t +609-691 1607 www.dcoconutlagoon.com t +603-4252 6686 35

Pulau Kapas Hotel Tanjong Vista (3 star) Sea View Hotel (3 orkid) www.hoteltanjongvista.com.my t +609-622 1911 Gem Island Resort & Spa (3 star) t +609-631 9988 www.gemisland.com.my Intan Beach Resort (3 orkid) t +603-6205 5555 Grand Puteri Hotel (3 star) t +609-631 8899 www.ywm.gov.my Kapas Island Resort (1 star) t +609-621 5555 Kenangan Hotel (3 orkid) www.kapasislandresort.com t +609-622 2688 t +609-631 6468 Sumai Suite Hotel & Apartments (3 star) Seri Hoover Hotel (3 orkid) Ombak Kapas Island Beach Resort www.sumaihotel.com t +609-623 3823 www.kapasisland.com t +609-631 0099 Indah Hotel (2 orkid) t +6010-909 1901 Hotel Seri Malaysia Kuala (2 star) t +609-623 3023 Qimi Private Bay Terengganu t +6019-951 8159 www.serimalaysia.com.my Qurata Riverside Resort t +609-623 6454 t +609-617 5500 Kapas Turtle Valley Chalet (2 star) t +6013-354 3650 Batu Burok Beach Resort Hotel Sentral KT www.bbbr.my t +609-622 0318 Pulau Tenggol t +609-622 1410 (2 star) Terengganu Hotel Tenggol Coral Beach Resort YT Midtown Hotel t +609-622 2900 www.tenggolisland.com www.hotelytmidtown.com.my t +603-4252 5668 t +609-622 3088 Sri Terengganu Hotel (2 star) t +609-622 1628 Tenggol Island Resort Seri Indah Resort www.pulautenggol.com t +609-622 1564 Ming Paragon Hotel & Spa t +609-623 9966 t +609-849 4822 Ming Star Hotel (2 star) Kuala Terengganu www.mingstarhotel.com City Point Hotel t +609-622 8666 t +609-630 9909 (4 star) Primula Beach Hotel (2 star) www.primulahotels.com.my Motel Desa J Suites Hotel t +609-622 2100 www.terengganuhotels.net www.jsuiteshotel.com t +609-622 3033 t +609-626 2888 Hotel Grand Continental (4 star) Terengganu Equestrian Kuala Terengganu (2 star) TY Hotel www.grandcontinental-hotels.com Country Resort t +609-628 4154 t +609-625 1888 t +609-617 7755 (1 star) Kuala Nerus Regency Waterfront (4 star) Hotel KT Mutiara t +609-617 8866 t +609-622 2655 Duyong Marina Resort (4 star) (3 orkid) www.duyongmarinaresort.com Permai Hotel Kuala Terengganu (3 star) Mini Indah Hotel t +609-627 7888 www.permaihotelkt.com.my t +609-622 9053 t +609-622 2122 TH Hotel & Convention Centre KT Beach Resort (3 orkid) Terengganu (4 star) Felda Residence Kuala Terengganu t +609-631 5555 www.thhotels.com.my (3 star) t +609-668 6666 w www.feldatravel.com.my KT Travellers Inn Sdn. Bhd. (3 orkid) t +609-632 1111 t +609-622 3666 Gem Beach Resort (3 star) www.gembeach.com.my t +609-669 5910 36 BUDAYA, SENI & WARISAN

KT Golf Resort (2 star) T’Lodge Kuala Besut Warisan Pahlawan Resort t +609-666 0613 t +609-697 8777 t +6019-981 8179 Quinara Al-Safir Chalet Lata Tembakah Sekayu Rest House www.quinara-alsafir.com t +609-695 6148 t +609-681 1259 t +609-667 4040 Jerteh Riverside Chalet & Restaurant Anggerik Impian Scout Inn Resort t +609-690 4054 www.anggerikimpian.com t +609-662 3100 t +6013-930 8081 Setiu Tawaquf Inn Dungun t +609-662 7377 Sutra Beach Resort & Spa (3 star) www.sutrabeachresort.com Tanjong Jara Resort (5 star) Rimba Hotel t +609-653 1111 www.tanjongjararesort.com t +609-666 6666 t +609-845 1100 Merang Suria Resort (3 star) Besut www.suriaresorts.com The Qamar Paka (4 star) t +609-653 1600 www.theqamar.com Tanjong Demong Beach Resort (3 star) t +609-827 3366 www.dbr.com.my Peladang Setiu Agro Resort (2 star) t +609-695 5500 www.agroresort.com Rumbia Resort Villa Paka (3 star) t +609-692 0039 / 59 www.rumbiaresort.com Hoover Hotel t +609-827 2020 t +609-697 1563 Penarik Inn Paradise (2 orkid) t +6013-326 0564 Ulek Beach Resort (3 star) D’Pinggiran Gunung Tebu Resort www.ulekbeachresort.com.my t +609-697 7854 Kembara Resort (1 orkid) t +609-848 1100 t +609-653 1770 D’Lata Belatan Chalet & Camp Hotel UiTM (2 star) t +609-669 6359 Terrapuri Heritage Village hoteluitmdungun.uitm.edu.my www.terrapuri.com t +609-848 1700 Taman Azimos Chalet t +609-624 5020 t +609-695 6530 Awang Beach Resort (3 orkid) Marang t +609-844 3500 Kem Damai Beach Resort www.kemdamai.com Seri Malaysia Marang (2 star) Seri Gate Hotel (2 orkid) t +609-695 7488 www.serimalaysia.com.my t +609-848 1648 t +609-618 2889 / 2012 Yaudin Guest House Six Villa Inn t +609-697 4887 Angullia Beach House (3 orkid) t +609-827 4398 www.angulliaresort.com Bukit Keluang Beach Resort t +609-618 1322 Merantau Inn www.bkbr.com.my t +609-844 1131 t +609-695 4100 Marang Village Resort & Spa (3 orkid) t +609-618 3894 Dahima’s Guest House Pusat Rekreasi La Hot Spring t +609-845 2843 t +6013-979 2291 Impiana Resort (2 orkid) t +609-618 1358 Pasir Raja Rest House Primula Pointray Besut t +609-884 1616 www.primulapointraybesut.blogspot.com Hulu Terengganu t +609-695 7888 Paka Inn AJ Hotel - Ajil (3 orkid) t +609-827 4573 The Manor Beach Resort t +609-686 2333 www.manorbeachresort.com Molek Inn t +609-695 0290 AJ Hotel - Kuala Berang (2 orkid) t +609-845 7303 t +609-681 5333 37

Mayang Sari Resort Lake Kenyir Bahtera Kenyir 1 www.mayangsari.com.my t +6019-943 3519 t +609-845 7885 Lake Kenyir Resort Taman Negara (4 star) Layar Kenyir Kemaman www.lakekenyir.com t +6019-925 8237 t +609-666 8888 Resorts World Kijal (5 star) Jelajah Kenyir www.rwkijal.com Rumah Peranginan Persekutuan t +6019-922 4457 t +609-864 1188 t +603-8880 0155 Kembara Kenyir (Arapaima Gigas) Hotel In Trend (2 star) Lake Land Resort t +6013-910 3841 t +609-858 9777 t +6019-995 0720 TKP 22 Kerteh Damansara Inn (2 star) Musang Kenyir Resort t +6013-932 8929 t +6017-542 7299 t +609-623 1888 Kelisa (2 star) t +6019-933 3467 Hotel Mehram Tanjung Mentong Resort t +609-859 8324 t +609-681 1831 Rumah Penginapan Home 2 Hotel (1 star) di Terengganu t +609-858 2333 Petang Island Resort www.pirkenyir.webs.com Homestay Kampung Pasir Raja, (1 star) t +609-622 1276 Dungun Pok Eng Tin Hotel t +6012-343 1649 t +609-859 9188 Surya Rakit Resort (1 star) t +6012-964 4555 Homestay Kampung Rhu Sepuluh, Seri Kemaman Inn Setiu t +609-859 1511 AKS Resort t +6014-964 5808 (3 orkid) Kerteh Lodge t +606-677 4036 Homestay Kampung Teluk Ketapang, t +609-826 4307 Operator Rumah Bot Kuala Nerus (3 orkid) www.homestayketapang.com Tiara Hotel di Tasik Kenyir t +6013-923 4837 t +609-859 1802 Raja Toman 1 (3 orkid) Homestay Felda Selasih, Kerteh Inn t +6013-992 8058 Jertih, Besut t +609-826 3080 t +6013-963 5047 (3 orkid) Raja Toman 2 Marjan Hotel t +6013-960 4532 Homestay Kampung Buloh, t +609-858 6767 Kuala Berang, Hulu Terengganu (2 orkid) Belida t +6019-987 3646 Hotel Chukai Utama t +6019-940 5558 t +609-858 9666 Homestay Felcra Keruak, Besut (2 orkid) Kelah Hunter 1 t +6013-987 5236 Kemaman Seaview Hotel t +6011-1996 6276 t +609-859 6337 Homestay Jerangau, Bukit Besi, Dungun (2 orkid) Kelah Hunter 2 Vista Hotel t +6019-934 6840 t +609-859 5599 t +6019-964 9210 Homestay Kampung Kubang Depu, New Budget Inn (2 orkid) TKP 58 Jerteh, Besut t +609-859 6888 t +6019-947 5716 t +6019-952 0577 Marina Hotel (2 orkid) Pan Dragon Houseboat Homestay Felcra Seri Bandi, Kemaman t +609-859 1241 t +609-617 3134 t +6012-961 8562 38 BUDAYA, SENI & WARISAN Nombor-Nombor Penting Maklumat Tambahan

Pelancongan Terengganu t +609-623 1553 f +609-631 0273 w tourism.terengganu.gov.my Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu e [email protected]

Lembaga Muzium Negeri Terengganu t +609-622 1444 f +609-623 1209 w museum.terengganu.gov.my

Bahagian Pelancongan dan Pembangunan t +609-666 8498 f +609-666 8979 w www.ketengah.gov.my Tasik Kenyir (KETENGAH)

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, t +609-626 2946 f +609-626 1946 w www.motac.gov.my Terengganu

Tourism Malaysia Terengganu t +609-630 9093 f +609-630 9091 w www.tourism.gov.my

Malaysia Airports Berhad Kuala Terengganu t +609-662 6667 f +609-662 6670 w www.malaysiaairports.com.my

Jabatan Imigresen Malaysia t +609-622 1424 f +609-623 6682 w www.imi.gov.my

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia t +609-620 4242 f +609-622 3828 w www.customs.gov.my Kecemasan

Polis / Bomba / Penyelamat t 999

Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Terengganu t +609-635 4722 f +609-622 6941 w www.rmp.gov.my

Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu t +609-621 2121 f +609-622 1820 w www.hsnzkt.moh.gov.my Senarai Syarikat Penerbangan

Malaysia Airlines Kuala Terengganu t +609-662 6600 f +609-662 6604 w www.malaysiaairlines.com

Air Asia Kuala Terengganu t +609-667 1017 w www.airasia.com

Firefly Kuala Terengganu t +609-667 5377 w www.fireflyz.com.my

Firefly Kerteh t +609-826 1485 w www.fireflyz.com.my

Malindo Air t +09-6676 5415 w www.malindoair.com

MHS Aviation Kerteh t +609-628 1122 f +609-826 1733 w www.mhsaviation.com 39

Persatuan-Persatuan Badan Bukan Kerajaan Pelancongan

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan t +609 612 2188 f +609 667 5188 e [email protected] Pengembaraan Malaysia (MATTA)

Persatuan Hotel Malaysia t +609 631 0099 f +609 626 3099 e [email protected] (MAH)

Malaysian Budget Hotel Association (MBHA) t +6019 919 2240 f +609 609 9763 e [email protected] Terengganu Chapter

Terengganu Tourism Association (PPNT) t +609 622 1891 f +609 624 2572 e [email protected]

Terengganu Nature Guide Association t +6019 917 8000 e [email protected] (TENAGA)

Persatuan Pemandu Pelacong t +6019 982 3877 Negeri Terengganu (TTGA)

Persatuan Homestay Terengganu t +6013 923 4837 e [email protected]

Dewan Perniagaan & Perindustrian India t +6012 956 7445 f +609 623 4095 Negeri Terengganu

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu t +609 622 2539 f +609 622 2540 e [email protected] Cawangan Terengganu

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina t +609 622 1352 f +609 623 0893 e [email protected] Terengganu

Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir t +60111 996 6276 e [email protected] / [email protected]

Persatuan Pengusaha Resort t +609 666 5019 f +609 666 5018 e [email protected] Kepulauan Redang

Persatuan Inap Desa Negeri Terengganu t +6013 923 4837 e [email protected] Lain-Lain Perkhidmatan

Terminal Bas MBKT t +609 627 1291 f +609 622 6570 w mbkt.terengganu.gov.my

Teksi Lapangan Terbang Kuala Terengganu t +6019-994 4090

Teksi Bandar Kuala Terengganu t +609-620 4881

Teksi Bandar Kuala Terengganu / Marang t +609-626 5150 40 BUDAYA, SENI & WARISAN

BAGAIMANA UNTUK KE SANA

Melalui Jalanraya Terengganu boleh diakses melalui jalinan rangkaian jalanraya dan lebuhraya dari hampir semua bandar dan bandaraya di Semenanjung Malaysia, Thailand dan Singapura. Laluan Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Simpang Pulai melalui Tasik Kenyir menawarkan kemudahsampaian yang selesa dan pemandangan yang indah. Memandu bersama rakan atau keluarga adalah amat menerujakan. Selain daripada kehijauan alam sekeliling di sepanjang perjalanan, udara yang segar tanpa pencemaran dan hentian rehat yang selesa boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Sekiranya melalui jalan pantai, pengunjung seolah disambut oleh pemandangan pantai dan kebiruan laut. Perjalanan dari selatan tanah air melalui Lebuhraya Segamat juga menawarkan keselesaan. Perkhidmatan bas mewah, teksi dan kereta sewa pandu ada terdapat di mana-mana bandar dan bandaraya utama di semenanjung. Melalui Udara Penerbangan Ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu MAS Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Air Asia Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dan dari Changi Airport, Singapura Firefly Dari Lapangan Terbang Subang, Selangor Malindo Air Dari Lapangan Terbang Subang, Selangor

Penerbangan Ke Lapangan Terbang Kertih, Kemaman Firefly Dari Lapangan Terbang Subang, Selangor Malindo Air Dari Lapangan Terbang Subang, Selangor

Sekretariat Beautiful Terengganu Tingkat 9, Wisma Darul Iman 20503 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

t +609-623 1553 f +609-631 0273 e [email protected] Beautiful Terengganu w www.beautifulterengganu.com Beautiful Terengganu Percuma HAK CIPTA TERPELIHARA. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula secara keseluruhan atau sebahagian tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit. Walaupun segala usaha telah dibuat untuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung di dalam adalah tepat semasa penerbitan, Sekretariat Beautiful Terengganu tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan dan ketidaktepatan yang mungkin berlaku.