STRATEGIFakulti PENGURUSAN Seni Gunaan TV3 DALAM Dan MELAKSANAKAN Kreatif

ANUGERAH JUARA LAGU (AJL)

NUR SYAZA BINTI KAMARUDDIN

53298

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ( Pengurusan Seni ) 2018

STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN

ANUGERAH JUARA LAGU (AJL)

PENGAKUAN

Projek bertajuk Strategi Pengurusan TV3 Dalam MelaksanakanAnugerah Juara Lagu

(AJL) ini telah disediakan oleh Nur Syaza Kamaruddin dan telah diserahkan kepada

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda

Seni Gunaan Dengan Kepujian Pengurusan Seni.

UNIVERSITl SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN JUDUL STRATEGI PENGURUSAN TV3 DALAM MELAKSANAKAN ANUGERAH JUARA LAGU (A.IL)

SES( PENGAJIAN :2015/2016

Saya : Nur Syaza Binti Kamaruddin

Mengaku membenarkan tesis/laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Makhmlat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untllk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangurikan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakan( I)

DSULIT (mengandungi maklumat yang berdajah keselamatan atau kepentingan termaktub di dalam AKTA RAHSIA DTERHAD RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan ~IDAK TERHAD oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

DiS3 hk3 i ~ .->

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh : 0_'rJ, Iao-l k Tarikh Ott' 0'" aol f{ Altoe Prot'''or Dr lien. Turon: Alamat tetap : F.culty of Apl'lirol anti C.... \:i.e ,">rt8 L-2-1 Apt Allggerik, UNTVElISITT MALAYSIA AARAWAK Taman Bunga Raya, Bulcit Beruntung, 48300, Rawang Selangof Darul Ehsan

Catatan. *TeslslLaporan dlmaksudkan sebagar lesis bagl IJazah Doktor Falsafah, Sari ana dan Sarjana Muda *Jika Tesi slLaporan ini SULIT atau TERHAD, sil a lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu sebagai Su'LIT atau TERHAD

Diterima untuk diperiksa oleh:

………………………………..

(Assc. Prof. Dr. Noria Tugang)

………………………………

Tarikh :

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sajahtera

Kepada Bonda Tersayang, Rohayah Binti Md Yunus:

Semoga setiap air mata yang jatuh dari matamu di atas segala kepentinganku, menjadi

sungai untukmu di syurga kelak.

Kepada Ayahanda Tersayang, Kamaruddin Bin Abdullah:

Semoga seluruh peluh dan titisan keringan yang kau keluarkan dalam perjuanganmu

mencari nafkah untuk kamu sentiasa berakah dan dibalas dengan syurga.

Kepada Nenda Dan Atokanda, Md Yunus B.Manaf & Ragayah Binti Salleh:

Jutaan terima kasih dalam memberi kata-kata semangat dan nasihat. Semoga ALLAH

S.W.T. memberi rezeki kesihatan dan umur berpanjangan. Kepada semua adik beradik, saudara-mara dan sahabat handai:

Terima kasih kepada Nur Syamimi , Atiq Zulqanain, Ahnaf Iskandar, Nur Syahindah,

Arwah adik-adik Nurul Anis, Mohd Anas dan Akiff Izuddin. Serta saudara mara yang

tersayang.

Kepada Penasihat Projek Tahun Akhir, Assc. Prof. Dr. Noria Tugang:

Terima kasih untuk setiap ilmu yang dicurahkan dan bantuan yang diberikan.

Aku akan mencari ilmu hanya kerana ALLAH, dan aku tidak akan mencari jika untuk

selain ALLAH. Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada

kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan.

-Imam Al-Ghazali-

Semoga Dirahmati dan Diberkati Allah S.W.T. Hendaknya.

ISI KANDUNGAN

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN 1

1.2 LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN 2-4

1.3 PERNYATAAN MASALAH 5-7 1.4 OBJEKTIF PENYELIDIKAN 7

1.5 KONSEP DAN TEORITIKAL PENYELIDIKAN 07-10

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 10-11

1.7 LIMITASI KAJIAN 11-12

1.8 LOKASI PENYELIDIKAN 12-13

1.9 SKOP PENYELIDIKAN 15

1.10 MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA MENJALANKAN 15

PENYELIDIKAN

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 PENGENALAN 16

2.2 LOKASI KAJIAN 17- 18

2.3 PERANAN 19

2.4 MEDIA PRIMA/ TV3 20-22

2.5 PENGURUSAN 23-28

2.6 ANUGERAH JUARA LAGU (AJL) 28-29

2.7 RUMUSAN 30

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PENGENALAN 31

3.2 KAJIAN KEPUSTAKAAN 32

3.3 KAEDAH LAPANGAN 33 3.4 KAEDAH PENYELIDIKAN KUALITATIF 33-35

3.5 KAEDAH TEMU BUAL 35- 37

3.6 INTRUMEN KAJIAN 37- 38

3.7 GAMBAR RAJAH 39- 41

3.8 ETIKA PENYELIDIKAN 41

3.9 RUMUSAN 42

BAB 4

ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN 43-44

4.2 PENGANALISAAN DATA 44

4.3 DAPATAN HASIL KAEDAH TEMURAMAH 44- 73

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 KESIMPULAN 74-78

5.2 CADANGAN KEPADA ORGANISASI 78-79

5.3 CADANGAN KEPADA PENGKAJI AKAN DATANG 80-81

RUJUKAN 82-84

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 85-86

LAMPIRAN 2 87-89

SENARAI GAMBAR 91-106

ABSTRAK

Penyelidikan ini menerangkan Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan

Anugerah Juara Lagu (AJL) di Sri Pentas. Permasalahan pemilihan lokasi menyebabakan pengkaji memilih dalam menerangkan faktor yang digunakan semasa pemilihan lokasi acara. Kaedah yang digunakan adalah bersifat kualitatif. Memerlukan perancangan rapi dalam meningkatkan pengurusan yang berkualiti sebagai sebahagian daripada seni pengurusan. Kajian ini dapat menyumbang kepada pembangunan industri kreatif Negara dalam pengurusan yang efektif.

ABSTRACT

This research explains the TV Management Strategy 3 In Implementing the Anugerah

Juara Lagu (AJL) at Sri Pentas. The problem of location selection causes the researcher to choose to explain the factors used during the event location selection. The method used is qualitative. Require intensive planning in improving quality management as part of the management art. This study contributes to the development of the National creative industry in effective management.

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bahagian yang menerangkan tentang pengenalan kajian, Latar belakang kajian, Permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian serta lokasi kajian. Fokus utama kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah mengenai Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu

(AJL).

Tajuk kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah berkenaan dengan Pengurusan

TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan salah satu rancangan tahunan di TV3 lanjutan peserta yang tercalon daripada rancangan Muzik-Muzik di Malaysia. Saban tahun Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan salah satu acara yang dinantikan oleh golongan industri seni Malaysia serta penduduk Malaysia sendiri. Anugerah Juara Lagu (AJL) telah memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia seni serta memberi impak besar kepada Negara.

Setiap tahun kita dapat lihat perbezaan pengurusan, pengacara, tema, penyanyi, reka bentuk pentas, dan kategori yang dipertandingkan. Perubahan dari Anugerah Juara Lagu

(AJL) yang pertama sehinggalah kini yang Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 melihatkan

Media Prima selaku tampuk kepimpinan mampu mengekalkan kedudukan dan keunggulan rancangan ini dalam pelbagai sudut seperti penerimaan masyarakat, perubahan sistem pengurusan yang semakin mantap, perubahan pengacara yang mampu memeriahkan sepanjang acara dijalankan serta perubahan genre lagu yang dipertandingkan.

1.2 Latar Belakang Penyelidikan

Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3 dalam kalangan masyarakat tempatan. TV3 merupakan sebuah rancangan swasta dan siaran percuma nasional pertama di Malaysia milik Media Prima Berhad. Pada 1 Jun 1984,

Media Prima Berhad memulakan siaran mereka sehinggalah kini tahun 2018 dimana kekal sebagai siaran televisyen yang digemari penonton.

Dibawah rangkaian Media Prima Berhad, terdapat beberapa rangkaian siaran bagi memastikan penonton mempunyai variasi pilihan dalam menonton siaran mereka.

Ia terbahagi kepada siaran televisyen, percetakan, radio, media digital yang merangkumi perkembangan kini dimana siaran televisyen lebih memfokuskan kepada media digital.

Selain itu, melalui anak syarikat media digital, Media Prima merangkumi inovasi teknikal, penyelesaian digital dan strategi kreatif. Ianya menawarkan perundingan digital holistic yang merangkumi penyelesaian kreatif, perkhidmatan platform pelbagai dan kepakaran e-dagang.

Di Radio, kumpulan diwakili oleh empat stesen radio yang popular iaitu Fly FM,

Hot FM, One FM dan Kool FM. Kumpulan Media Prima Berhad juga memiliki anak syarikat penciptaan kandungan, Primeworks Studio Sdn. Bhd yang terbahagi kepada

Primeworks Entertainment dan Primeworks Studio. Primeworks Entertainment menghasilkan setiap program yang terdapat di TV3 contohnya muzik-muik, Melodi,

Sarimah Talkshow, Mentor, dan Jalan-jalan cari makan. Primeworks Studio pula salah satu bahagian yang menyiapkan keseluruhan contant jalan cerita ilmiah seperti Wanita

Hari ini (WHI), Malaysia Hari Ini (MHI) dan rancangan ilmiah yang lain.

Menurut Dr. Tarcisius Chin (2007), pengurusan dapat dihuraikan sebagai pelbagai cara sama ada sebagai suatu seni atau sains. Selain itu, pengurusan juga merupakan proses, pelaksanaan kerja dengan manusia. Seterusnya, ia juga dapat dilihat sebagai satu proses menetapkan dan mencapai tujuan serta matlamat melalui lima fungsi pengurusan iaitu merancang, mengelola mengambil pekerja, membimbing dan mengawal.

Pekara ini bermaksud pengurus mengambil keputusan berkaitan dengan pekara yang hendak dicapai untuk sesebuah syarikat atau organisasi tersebut. Dalam hal ini hanya mereka menggunakan sumber, infrastruktur, sumber manusia, wang, proses dan sebagainya demi mencapai satu matlamat yang sama.

Pengurusan pihak Media Prima Berhad dalam memastikan perjalanan Anugerah

Juara Lagu berlangsung dengan jayanya telah melibatkan pelbagai alternatif. Anugerah

Juara Lagu (AJL) merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara acara tahunan untuk dipilih oleh juri professional sebagai lagu terbaik tahunan.

Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran

Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 dan beliau juga adalah perintis kepada penubuhan Muzik-muzik pada ketika itu. Pemilihan lagu-lagu Anugerah

Juara Lagu (AJL) berdasarkan lajutan dari muzik-muzik sebagai syarat kemasukan pertandingan. Pemilihan undian didalam carta mingguan juga menentukan peserta yang berjaya ke peringkat seterusnya atau terkeluar. Peserta pertandingan akhir di saringkan daripada juara bulanan. Anugerah Juara Lagu (AJL) diadakan pada awal tahun didalam lingkungan bulan Januari hingga Febuari. Anugerah Juara Lagu (AJL) menjadi pentas kepada artis dan pengubah lagu tanah air berentap bagi meningkatkan industri seni negara. Namun sehingga kini, skop pemarkahan muzik-muzik mengalami perubahan agar ia releven dengan situasi kini.

Menurut Zafir (2009), perubahan di dalam organisasi memerlukan seorang yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk berubah. Individu yang bertindak sebagai pencetus idea tersebut dan diandaikan bertanggungjawab untuk menguruskan proses perubahan dipanggil sebagai agen perubahan. Pengurus merupakan agen yang perlu memastikan samaada sesuatu perubahan itu berjaya dilaksanakan atau tidak.

Di dalam pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL), terdapat beberapa pembahagian kategori lagu yang akan dipertandingkan antaranya kategori balada, kategori Pop Rock, dan kategori Irama Etnik Kreatif. Manakala kategori khas pula,

Persembahan terbaik, Lirik Terbaik, Lirik Terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Mobile melalui undia.

Pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) terbahagi kepada pelbagai bidang dan kepakaran. Antaranya yang menjadi tunjang utama didalam AJL adalah bahagian bidang

Teknikal, Lampu, Audio Contol Sistem, Runner, dan Prop. Pembahagian dan perbezaan jabatan pengurusan didalam Anugerah Juara Lagu tidak membataskan kejayaan pihak produksi dalam menjalankan acara tahunan yang dinantikan ini kerana perbezaan kepakaran cekap dalam mengendalikan acara tahunan ini.

Menurut Zafir (2009), untuk melaksanakan peranan pengurus iaitu antara perseorangan, maklumat dan membuat keputusan, pengurus perlu memiliki enam bentuk kemahiran yang dapat dijelaskan seperti kemahiran konseptual, kemahiran kemanusiaan, kemahiran teknikal, kemahiran politik, kemahiran pengurusan masa, dan kemahiran membuat keputusan.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam setiap kajian atau penyelidikan yang dibuat ianya mempunyai kepentingan tersendiri, kajian yang dibuat tidak boleh dilakukan begitu sahaja, hal ini kerana ia perlu ada isu dan permasalahan yang menarik untuk dikaji dan menjadi bahan kajian akan datang. Kajian atau penyelidikan yang dibuat ini adalah bertujuan untuk memahami permasalahan. Di dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa pernyataan masalah berkenaan Pengurusan Pihak TV3 dalam

Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menurut Eksekutif Produksi Anugerah Juara Lagu (AJL), Nurhul Huda Hj

Khalid, dalam sesi menemu bual yang bertarikh 23 Ogos 2017 berkenaan Pengurusan

Pihak TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menurut beliau berkenaan permasalahan sepanjang AJL di jalankan antaranya adalah dalam memastikan teknikal dalam keadaan baik semasa ‘Soundcheck’ dan siaran langsung dijalankan selama 3 jam. Seterusnya adalah permasalahan pemilihan lokasi yang bersesuaian dengan acara yang dijalankan agar memudahkan semua pihak produksi, Artis yang terlibat dalam acara serta penonton yang menghadiri. Dan akhir sekali, permasalahan kajian adalah berkaitan dengan menganalisis impak penerimaan masyarakat terhadap Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa kini.

Melalui kajian dan hasil menemuramah bagi menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) masih mempunyai kelemahan dan permasalahan biarpun ia telah dijalankan sebanyak 31 tahun. Permasalahan ini kebanyakan terjadi semasa detik terakhir sebelum acara bermula secara langsung atau sebelum acara dijalankan. Masalah dari segi teknikal selalunya berpunca daripada barangan teknikal yang tidak diselenggara atau disambungkan dengan baik, malah teknikal juga akan mengalami masalah apabila artis yang membuat persembahan tidak membuat ‘soundcheck’ dengan betul. Di mana ‘soundcheck’ perlu dilakukan dengan tahap audio suara yang tinggi.

Menurut Fazilah (2009), beliau mengatakan kemahiran teknikal adalah merujuk kepada keupayaan seseorang mengaplikasikan pengetahuan atau kepakaran khusus didalam melaksanakan tugas. Ianya melibatkan pengetahuan dan kecekapan dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan kaedah, proses dan tatacara. Penggunaan alatan canggih dan berteknologi tinggi memerlukan kemahiran teknikal yang khusus dalam pengendaliannya. Kemahiran ini adalah paling penting bagi pengurus peringkat bawah kerana mereka terlibat secara langsung dalam menghasilkan output terakhir.

Pemilihan lokasi yang bersesuaian juga merupakan masalah utama dalam menjalankan Anugerah Juara Lagu (AJL). Pemilihan yang betul dan tepat amatlah penting dimana pihak pengurusan perlu menitikberatkan keselamatan pihak produksi yang bertugas, artis yang menghadiri bagi membuat persembahan dan tetamu yang hadir dalam menjayakan AJL. Pemilihan lokasi juga perlu melibatkan tahap keluasan persekitaran, kesalamatan lalu lintas pengunjung, kemudahan seperti tempat meletakkan kenderaan pengunjung, dan faktor cuaca merupakan pekara penting jika ia dilakukan ditempat terbuka. Selain itu, faktor pemilihan lokasi menjadi masalah apabila, tempat yang dikehendaki membuat penyelenggaraan.

Permasalahan seterusnya dalam menganalisis penerimaan masyarakat terhadap

Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa kini. Perubahan dan perkembangan Negara menyebabakan masyarakat lebih terdedah dengan pekara dan benda baharu. Perubahan dari Media Massa ke media digital menyebabkan sesetengah masyarakat kurang berminat dengan acara yang dijalankan sepanjang tahun. Menganalisi penerimaan masyarakat kini dan apakah yang menyebabkan mereka ingin dan nantikan untuk menonton Anugerah Juara Lagu (AJL) pada setiap tahun.

1.4 Objektif Penyelidikan

Objektif penyelidikan adalah matlamat yang ingin dicapai oleh pengkaji dalam kajian mengenai Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Melalui objektif yang telah dibuat oleh pengkaji, pengkaji telah mendapati hasil kajian samaada bertepatan dengan objektif yang dibuat atau bertentangan dengan apa yang difokuskan dalam kajian ini. Antara objektif pengkaji ialah:

1. Mengenalpasti kaedah pengurusan yang dilakukan oleh pihak TV3 dalam

menguruskan pentas Anugerah Juara Lagu.

2. Mengkaji faktor yang digunakan semasa pemilihan lokasi acara diadakan.

3. Menganalisis impak penerimaan masyarakat terhadap Anugerah Juara Lagu

(AJL) pada masa kini.

15. Konsep dan Teoritikal Penyelidikan

Konsep penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji didalam kajian ini ialah dengan berkaitan Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL) dalam memastikan setiap unit yang terlibat berjalan lancar sebelum, semasa dan selepas acara. Selain itu, pengkaji ingin melihat dari aspek strategi pengurusan yang dilakukan semasa acara ini diadakan dalam menguruskan pentas seperti teknikal, lampu, audio sistem, control room dan sebagainya. Selain itu, pengkaji mendapatkan sumber maklumat tentang kajian ini melalui informan iaitu Eksekutif Producer Anugerah Juara

Lagu (AJL),dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan pentas dan pengurusan AJL sebelum, semasa dan selepas.

Pengkaji telah menggunakan teori Henri Fayol (1841-1925) dalam membuat kajian diamana teori beliau membezakan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran pengurusan. Seterusnya, teori ini telah mengenalkan fungsi pengurusan yang khusus dan akhir sekali beliau telah mencadangkan 14 prinsip pengurusan didalam teori beliau.

Teori ini dipilih oleh pengkaji kerana ianya amat bersesuaian dengan kajian ini kerana pengkaji ingin menjadikan teroi Ini sebagai garis panduan dalam mengembangkan setiap isi permasalahan kajian yang berkaitan dengan pengurusan pentas Anugerah Juara Lagu

(AJL)

Melalui fungsi perancangan, pengkaji ingin mengkaji peranan production dalam menangani masalah teknikal sebelum, semasa dan selepas AJL berjalan. Selain itu, peranan pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah pemilihan lokasi yang bersesuaian agar semua pihak yang terlibat mendapatkan kemudahan yang ada. Akhir sekali peranan pihak pengurusan dalam memastikan masalah pemilihan artis gantian yang bersesuaian mengikut vokal penyanyi asal agar ianya tidak mendapat kritikan hebat dari para penonton dan penghibur seni yang lain. Pengurusan Pentas

Impak Anugerah Penerimaan Juara Lagu Pengurusan Masyarakat (AJL) Promosi

Pemilihan Lokasi

Rajah 1.0: Konsep Kajian

Kajian ini menerangkan Peranan Pihak TV3 dalam Pengurusan Pentas Anugerah

Juara Lagu (AJL) sebelum, semasa dan selepas acara dijalankan. Informan yang terlibat adalah Eksekutif Producer AJL sendiri iaitu Nurul Huda Khalil, Producer Muzik-muzik iaitu Aida Azira dan Ayau Azmi, Production Accistend iaitu Mohd Syazmin, wartawan iaitu Faris Isa dan Joseph Phen serta barisan penonton. Kajian ini, dijalankan di Sri

Pentas, Bandar Utama dan Stadium Shah Alam dalam mendapatkan bahan bukti.

Seterusnya apakah peranan pihak TV3 dimana mereka bertanggugjawab dalam memastikan pengurusan pentas AJL berjalan lancar seperti lighting, teknikal, audio sistem, control room, Q-artis, Q-card, pemilihan artis gantian dan pemilihan lokasi yang bersesuaian.

Di dalam kajian ini, mengapakah pengkaji ingin mengkaji berkaitan dengan pengurusan pentas AJL kerana ingin memastikan pada masa akan datang pengurusan berjalan secara lancar dan tersusun serta dapat memperbaiki setiap kekurangan didalam pengurusan agar ianya menjadi satu medium kebangaan negara dalam industri muzik serta pengurusan. Selain itu, ingin memastikan peranan pihak tv3 dalam menguruskan AJL mampu menarik kembali penonton pelbagai peringkat umur untuk menonton AJL.

Akhir sekali bagaimanakah kajian ini dijalankan dalam mendapatkan cara peyelesaian sesebuah acara ialah dengan memastikan teknikal dan audio sistem dalam keadaan baik melalui pemasangan dan based audio yang dikehendaki sebelum acara dijalankan secara langsung. Selain itu pemilihan lokasi yang bersesuaian mengikut kesesuaian pengunjung dan pihak produksi dalam menjalankan kerja.

1.6 Kepentingan Kajian

Dengan terhasilnya kajian ini, pengkaji berharap agar kajian ini akan menjadi salah satu medium rujukan yang penting kepada pihak-pihak yang berkenaan di dalam usaha meningkatkan pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa akan datang.

Kajian ini sangat penting terutama kepada pengkaji kerana ianya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Strategi Pengurusan TV 3 Dalam

Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL) dan seterusnya dapat menambah ilmu pengetahuan dari segi aspek pengurusan pentas dan kaedah pengurusan yang dilakukan.

Pengkaji juga ingin mengetahui sedikit sebanyak pekara yang berkaitan dengan

Anugerah Juara Lagu (AJL) seperti objektif AJL tersebut, sejarah perkembangan AJL, aktiviti dan perubahan yang dilalukan oleh pihak pengurusan AJL bagi menarik kedatangan dan penglibatan artis serta penonton. Selain itu, menarik masyarakat pelbagai kaum di Malaysia melihat dan menonton AJL di televisyen rumah masing- masing. Selain itu, kajian ini juga penting untuk pengkaji akan datang dalam membantu sedikit sebanyak petunjuk, kepentingan dan manfaat kepada pengkaji akan datang untuk mengkaji dari segi aspek pengurusan pentas, pemilihan lokasi dan memperbaiki lebih baik pengurusan pada masa akan datang.Tambahan pula, kajian ini juga penting kepada

Pihak TV3 sendiri sebagai rujukan didalam pengurusan dan dapat melakukan penambaikan untuk menguruskan pentas AJL dengan lebih baik pada masa akan datang.

1.7 Limitasi Penyelidikan

Limitasi di dalam kajian ini, pengkaji telah mendapati terdapat pelbagai faktor yang dihadapi oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini, Antaranya ialah sumber ilmiah, sumber internet dan sumber arkib.

Limitasi pengkaji dalam mendapatkan sumber ilmiah yang terdapat di Centre

For Academic Information Services (CAIS) seperti buku rujukan, jurnal, artikel yang bersesuaian dengan pengurusan pentas yang lengkap serta memerlukan teori penyelidikan yang sesuai untuk dikaitakan dengan tajuk kajian. Situasi ini menyebabkan pengkaji mempunyai masaalah dalam mendapatkan bahan kajian dan kurang bahan bacaan.

Seterusnya limitasi penyelidikan yang dihadapi oleh pengkaji ialah, mendapatkan bahan rujukan melalui internet. Terdapat pelbagai jenis sumber rujukan di internet, namun pengkaji mempunyai masalah apabila terdapat sesetengah bahan kajian bukalan dari sumber yang benar dimana sumber yang dimasukkan didalam internet adalah sumber yang mereka kaji. Namun ia hanya copy and paste dari sumber rujukan yang lain. Limitasi didalam kajian ini pengkaji perlu memastikan adakah sumber rujukan yang dimasukkan didalam blog dan sebagainya sahih ataupun tidak. Biarpun didalam internet mempunyai bahan kajian yang pelbagai dalam pengurusan, pengkaji menghadapi masalah apabila perlu memastikan ianya bersesuaian dengan tajuk kajian pengkaji.

Seterusnya, limitasi kajian yang pengkaji hadapi adalah mendapatkan sumber arkib. Bagi mendapatkan bahan ini, pengkaji perlu ke Arkib Negara bagi mendapatkan sumber ilmiah yang lama berkaitan dengan Anugerah Juara Lagu. Di Arkib Negara sudah pastinya pelbagai isu yang dihadapi oleh pihak pengurusan TV3 dalam memastikan Anugerah Juara Lagu (AJL) dalam keadaan dan kedudukan yang terbaik. Keratan akhbar, jurnal, majalah dan sebagainya.

Akhir sekali, didalam kajian ini, pengkaji menghadapi sedikit kekangan dalam mendapatkan maklum balas dari pihak TV3 bagi mendapatkan sumber berkaitan organisasi. Hal ini kerana sesetengah maklumat organisasi mempunyai privarsi tersendiri dan pengkaji mestilah memohon secara formal dan bersahsiah dalam mendapatkan maklum balas dari pihak yang berkenaan.

1.8 Lokasi Penyelidikan

Lokasi kajian merupakan tempat pengkaji menjalankan kajian yang dibuat bagi mendapatkan maklumat dan data kajian dalam memudahkan proses kajian yang dijalankan. Lokasi yang dipilih untuk menjalankan kajian adalah di Media Prima Berhad bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan. Terletak di laluan yang menghubungkan petaling jaya dan Damansara tersegam indah sebuah bangunan Sri Pentas yang menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk di negeri ini.

Keduduknnya yang strategik menjadikan bangunan ini sebagai salah satu bangunan yang menjadi perhatian masyarakat umum kerana sinonim dengan bidang penyiaran telivisyen di Malaysia. Lebih menarik lagi, Media Prima mempunyai tiga cawangan rangkaian bagi menjalankan recording dan live di studio pentas dua Shah Alam dan

Grandmarie, Shah Alam. Sri Pentas merupakan salah satu kawasan yang dikenali sebagai TV3 diamana pelbagai aktiviti penyiaran dijalankan disana.

Bangunan yang mempunyai menara mercu tanda dibahagian depan bangunan disamping mempunyai bahagian kiri dan kanan yang menempatkan pelbagai bahagian dalam penyiaran. Pada bahagian bawah Sri Pentas juga mempunyai dua studio yang di namakan Studio A dan Studio B dimana siaran harian seperti Malaysia Hari Ini (MHI),

Wanita Hari ini (WHI). Pada bahagian menara Utara pula, unit bahagian Balai Berita ditempatkan. Terdapat beberapa pecahan bahagian balai berita antaranya Buletin Utama,

Berita TV9, dan 8TV News. Bangunan Sri Pentas ini merupakan bangunan yang telah dibina pada tahun 1996 dan ianya di rasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad. Tujuan penubuhan bangunan ini bagi meningkatkan dan memperkembangakan insudtri seni dan budaya dengan berasaskan media penyiaran agar masyarakat mempunyai hiburan dan tahu mengenai penceritaan belakang tadbir pengurusan dalam sesebuah acara. Bangunan TV3 atau lebih mesra dengan Sri Pentas telah dibuka pada 22.10.1996 dengan dirasmikan sendiri oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohammad dengan majlis yang penuh gemilang.

1.8.1 Gambar Kawasan Kajian

Gambar 1.2 Lokasi Kawasan Kajian

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Gambar 1.3. Lokasi Kawasan Kajian

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

1.9 Skop Penyelidikan

Isu dalam kajian ini adalah mengenai kajian yang dilakukan oleh pegkaji khususnya dijalankan di Media Prima. Isu dalam kajian ini adalah Strategi Pengurusan TV 3 Dalam

Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL). Seterusnya kajian ini melibatkan informan daripada Eksekutif Producer, Anugerah Juara Lagu (AJL) dalam memberi data dan maklumat yang lengkap kepada pengkaji untuk melengkapkan lagi data dan maklumat dengan lebih jelas.

1.10 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Penyelidikan

Permasalahan didalam sesebuah kajian pastinya timbul dimana sesetengah pekara pengkaji tidak dapat mengelak daripada ia berlaku. Didalam kajian ini, pengkaji mempunyai kekangan masa dalam menyiapkan tugasan. Hal ini kerana pengkaji perlu bijak dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi oleh pensyarah dengan berkualiti dan tempoh masa yang diberikan.

Selain itu, masaalah atau kekangan yang dihadapi oleh pengkaji dalam meneruskan kajian ini ialah kekangan dari segi jarak lokasi kajian pengkaji dalam mendapatkan maklumat daripada pihak berkenaan seperti wakil pihak Anugerah Juara Lagu (AJL) dan sebagainya. Secara keseluruhannya, didalam kajian ini, pengkaji masih mampu atasi biarpun ianya mempunyai sedikit kekangan dalam mendapatkan maklumat namun pekara ini perlu diatasi bagi mendapatkan maklum balas yang dikehendaki.

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan

Bab dua dalam kesusasteraan kajian ini menerangkan tentang pekara-pekara yang berkaitan dengan sejarah kajian wacana yang lepas di mana konsep yang bersesuaian akan dikaitkan dengan tajuk atau isu utama kajian yang dijalankan oleh pengkaji iaitu

Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL), Sri Pentas,

Selangor Darul Ehsan.

Seterusnya, kajian yang lepas juga berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji dipilih bagi mendapatkan data dan maklumat kajian yang lebih lengkap dan tepat dalam menjalankan kajian. Rujukan daripada kajian-kajian yang lepas ini adalah sangat penting dalam menjalankan kajian, kerana ia menjadi bukti bahawa pengkaji lepas belum mengkaji tajuk kajian ini dan menjadikan kajian ini dan menjadikan kajian yang dilakukan oleh pengkaji lebih tersusun dan tidak berlaku percanggahan maklumat sehingga boleh menyebabkan masalah kekeliruaan dalam menjalankan kajian. Melalui kesusateraan kajian ini adalah sangat penting kepada pengkaji dimana pengkaji dapat meganalisa dan mendapatkan kesinambungan fakta serta huraian daripada kajian yang lepas daripada bahan bacaan seperti buku, tesis, jurnal, keratin akhbar, internet dan sumber Arkib Negara.

2.2 Lokasi Kajian

2.2.1 Malaysia

Malaysia adalah negara ke-43 teramai penduduk dan negara yang ke 66 terluas didunia dengan mempunyai jumlah penduduk seramai 30 juta. Malaysia juga dikenali sebagai negara monarki perlembagaan persekutuan yang terletak Asia Tenggara.

Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh laut china selatan semenanjung Malaysia serta Malaysia Timur yang terletak di bahagian utara Pulau

Borneo. Malaysia juga adalah salah satu negara perintis ASEAN. Mempunyai 13 buah negeri dan wilayah persekutuan, ianya menjadikan Malaysia negara yang berbilang etnik dan berbilang agama. Sejak 1970, Malaysia merupakan salah satu pengeluar utama dalam mengeluarkan pelbagai sektor ekonomi (Malaysia, 2017).

Semenanjung Malaysia telah ditakrifkan sebagai Bandar atau pusat ekonomi yang sibuk dan membangun dengan pelbagai kegiatan ekonomi seperti eksport dan import, pertanian, pelancongan, perniaaan dan tidak terkecuali sebagai pusat pendidikan tinggi, namun Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak tidak terkecuali mengikuti perkembangan tersebut. Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang berperanan sebagai pusat pelancongan dan ianya merupakan sumber pendapatan segelintir penduduk Sabah dan Sarawak. Flora dan fauna yang pelbagai menjadi satu daya tarikan buat Sabah dan

Sarawak apabila ia telah menawarkan pakej pelancongan yang pelbagai termasuk aktiviti menyelam ke dasar lautan yang cantik dan menakjubkan.

2.2.2 Petaling Jaya

Petaling Jaya yang biasanya sinonim dikenali sebagai "PJ" oleh penduduk tempatan mahupun penduduk negeri lain adalah sebuah bandaraya utama di Malaysia yang mula dibangunkan sebagai bandar satelit untuk . Selain itu, terletak di Daerah Petaling Selangor dengan keluasan kira-kira 97.2 kilometer persegi (37.5 meter persegi).

Petaling Jaya telah diberikan status bandar pada 20 Jun 2006. Petaling Jaya juga dikelilingi oleh ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur ke timur, Sungai Buloh ke utara, ibu

Kota Selangor, Shah Alam ke barat dan Subang Jaya ke selatan. Kepesatan Petaling Jaya berkembang dengan cepat di mana Petaling Jaya merupakan bandar perindustrian yang luas dengan pelbagai syarikat tempatan mahupun antarabangsa. Petaling Jaya dibahagikan kepada beberapa bahagian. Sesetengah bahagian mempunyai nama mereka sendiri (SS1 sebagai Kampung Tunku), manakala bahagian lain dikumpulkan bersama

(SS3, SS4, SS5, SS6 dan SS7 sebagai sebahagian daripada Kelana Jaya). Selain itu,

Petaling Jaya juga merangkumi bandar raya Damansara yang kaya. Pada tahun 1995, 1

Utama memulakan operasi di Bandar Utama malah pada tahun 1996 syarikat komunikasi Media Prima Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai TV3 memulakan operasi mereka di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Petaling Jaya mula dikenali dengan lebih terkenal apabila Media Prima mula bertapak di Bandar Utama dan pada ketika itu pelbagai rancangan dan program yang dijalankan oleh TV3 di lakukan di banguna Media Prima. Bandar Utama lebih dikenali sebagai bangunan TV3 di mana ianya cukup terkenal pada masa dahulu sehinggalah kini. Petaling Jaya merupakan lokasi kajian yang akan pengkaji jalankan kajian dalam mendapatkan bahan maklumat daripada pihak produksi dan barisan wartawan Anugerah

Juara Lagu. Secara keseluruhanya Petaling Jaya merupakan sebuah bandar kecil yang mampu berkembang dengan pesat kesan daripada perkembangan dunia teknologi.

2.3 Peranan

2.3.1 Konsep Peranan

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi kedua menyatakan, Konsep peranan merupakan watak dimana ianya dilakukan oleh seseorang. Konsep kedua pula, peranan bermaksud tugas dimana bahagian atau pekerjaaan yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu. Didalam pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL), pihak Tv3 memainkan peranan penting dalam menguruskan pentas.

Media Prima atau lebih dikenali sebagai TV3 bukan sahaja berperanan dalam memastikan Anugerah Juara Lagu (AJL) berjalan dengan jayanya, malah mereka juga berperanan dalam memastikan semua kakitangan mereka berada didalam kondisi yang baik sebelum,semasa dan selepas acara dijalankan. Berperanan menjaga imej dan mutu kualiti acara menjadi titik tolak kerjayaan didalam organisasi mereka.

Menurut Shorter Oxford English Dictionary, Volume 2 N-Z (2002) menyatakan

‘Role is the characteristic or expected function of a person or thing, esp (Psychology) in a particular setting on environment”. Anugerah Juara Lagu (AJL) mempunyai peranan yang tersendiri dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat di dalam bentuk muzik.

Peranan berfungsi sebagai pelengkap kepada pengurusan dan ia saing berkait rapat dalam menjayakan sesuatu pekara.

2.4 Media Prima / TV 3

Media Prima atau lebih dikenali TV3 sebuah syarikat media yang terkemuka di

Malaysia. Media Prima berperanan sebagai sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis bentuk saluran melalui rancangan yang mereka hasilkan dalam menyampaikan isu serta maklumat kepada penonton.

Menurut Robert dan Gorham di dalam buku mereka iaitu ‘Introduction to Media

Production’ menyatakan media adalah sejenis bentuk dan saluran yang digunakan oleh seseorang atau sesebuah organisasi dalam menyampaikan informasi atau pesanan.

Perkataan media berasal daripada Latin. Sumber (a source) dan pesanan (a receiver).

Media juga berperanan dalam menyampaikan pesanan dan merupakan satu medium komunikasi yang baik dalam memberi ilmu pengetahuan, hiburan, sosial budaya kehidupan, agama, berita semasa, jenayah dan sebagainya.

Media Prima mempunyai pelbagai kelengkapan di dalam perniagaan berkaitan dengan media termasuk media Telivisyen, cetak, radio, Out-of-home, serta kandungan yang pelbagai. Media prima juga merupakan antara syarikat yang tersenarai serta berjaya memasuki Bursa Saham Malaysia juga diantara 100 syarikat yang tersenarai terbesar mempunyai saham yang tertentu. Media prima juga mempunyai kepentingan ekuiti di stesen telivesyen besar yang terkemuka di Malaysia seperti TV3, 8TV, Ntv7, dan Tv9. Media prima juga mempunyai bahagian media cetak iaitu New Staraits Times

Press (Malaysia) berhad (NSTP) dan akhbar nasional, Newstraits Time, Berita Harian dan Metro.– Sumber Laman Web Rasmi Media Prima.

Menawarkan pelbagai rancangan hiburan dan drama tempatan mahupun luar negara menyajikan Media Prima atau lebih dikenali sebagai TV3 menjadi satu daya tarikan kepada pelbagai umur dan agama. Siaran di TV3 lebih kepada ilmiah dan golongan sasaran mereka adalah orang dewasa dan remaja kerana disiaran TV3 ianya lebih kepada menyampaikan isu semasa dan mempunyai masej yang boleh diadaptasi didalam kehidupan seharian seperti rancangan Wanita Hari Ini dimana ia disediakan khas bagi golongan wanita bekerjaya dan wanita suri rumah. Malaysia Hari Ini, mula bersiaran langsung pada pukul 7 pagi dimana ia lebih kepada penyampaian isu semasa kepada semua golongan lapisan masyarakat. Pada sebelah malam pula, TV3 menyajikan siaran mengenai kehidupan masyarakat dimana siaran Majalah 3 berperanan menceritakan norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia dalam pelbagai jenis isu agama, ekonomi, perayaan, dan sebagainya.

Siaran TV9 pula lebih menumpukan golongan sasaran mereka ialah kanak- kanak, remaja dan belia di mana siaran mereka lebih kepada animasi seperti Upin dan

Ipin, Kampung Boy, Boboiboy. Pada belah malam siaran lebih memfokuskan kepada golongan remaja dan belia seperti Hijabista Sunsilk, Sis, Pop TV, Galakasi, NTV7 dan 8TV pula memfokuskan siaran mereka kepada masyarakat Cina dan India di Malaysia namun orang melayu juga boleh menontonya kerana ianya berkonsepkan 1 Malaysia dimana tiga kaum ini masih digabungkan dalam pelbagai siaran. Masih mempunyai drama dan rancangan yang pelbagai serta sesuai untuk peringkat umur menyebabkan

Media Prima atau TV3 mampu mengekalkan kedudukan mereka sebagai syarikat penyiaran yang masih kekal relevan dihati masyarakat Malaysia apabila setiap siaran yang disediakan merangkumi seluruh agama, bangsa dan kaum di dalam Malaysia.

Menurut Cambridge Advance Learner’s Dictionary Information to The Public.

(Edisi ketiga), 2000 mengatakan media sebagai akhbar atau penyiaran dalam menyampaikan maklumat kepada orang lain. Di dalam pengurusan Anugerah Juara

Lagu, Media Prima memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan pentas

AJL sentiasa dalam keadaan teratur dan mengikut duration yang telah diperuntukan.

Duration bagi siaran secara langsung mestilah diseliaan dengan baik bagi mengelakkan tindakan saman dan isu menjadi lebih besar.

Di dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), Media Prima bukan sahaja memastikan pengurusan pentas dan tempat agar sentiasa teratur, malah Media Prima juga berperanan dalam memastikan setiap syarikat tajaan yang memberi tajaan kepada Anugerah Juara

Lagu mestilah mengikut undang-undang yang disediakan bagi memastikan siaran berjalan dengan lancar. Media Prima juga bertanggungjawab dalam membekalkan semua barangan logistik dan teknikal dalam keadaan baik untuk digunakan secara langsung dalam Anugerah Juara Lagu agar masalah dapat dibendung secara awal.

Keseluruhannya di dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), Media Prima merupakan pihak yang paling bertanggungjawab dan paling berpengaruh dalam menyediakan pelbagai infrastruktur dan kemudahan terhadap kakitangan media prima sendiri dalam menyiapkan tugasan mereka dari pelbagai aspek seperti bahagian teknikal, logistik, reka bentuk pentas, pereka peragaan, audio sistem, dan tajaan dalam memastikan setiap kakitangan Media Prima menyiapkan semua tugasan berjalan lancar semasa hari

Anugerah Juara Lagu.

2.5 Pengurusan

Pengurusan merupakan proses yang digunakan oleh seseorang pengurus dalam usahanya untuk mencapai matlamat. Menurut Robbins dan De Cenzo (2008) di dalam buku pengurusan organisasi. Pengurusan bermaksud proses menyempurnakan sesuatu tugas dengan cekap dan berkesan memalui individu lain. Dessler (2001) pula mendifinasikan pengurusan di dalam dua dimensi iaitu pertama menggambarkan pengurus di dalam organisasi dan kedua adalah melihat apakah yang pengurus lakukan.

Selain itu Dessler (2008) juga menambah satu lagi fungsi kepada pengurusan iaitu penstafan dan menjalankan fungsi pengurusan kepada Lima iaitu perancangan, pengorganisasian, penstafan, pengarahan dan pengawalan.

Menurut Makhbul, (2009) mengatakan pengurusan disifatkan sebagai ‘seni melakukan pekara-pekara tertentu melalui individu lain’. Takrifan yang diberikan oleh

Mary Parket Follet ini menunjukkan bahawa para pengurus bertindak memenuhi matlamat-matlamat organisasi dengan cara menguruskan individu lain supaya melakukan apa-apa tugas yang difikirkan perlu tanpa mereka sendiri melakukannya.

Pengurusan di dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan asas utama dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar dan sistematik. Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan salah satu acara mega yang diuruskan oleh pihak TV3 pada setiap awal tahun. Majlis yang berperanan memberi penghargaan kepada barisan penyanyi, pengkarya dan pencipta muzik di Malaysia pastinya memerlukan persiapan pengurusan rapi agar ia tampil dengan berkualiti.

2.5.1Pengurusan Pentas

Pengurusan pentas Augerah Juara Lagu (AJL) melibatkan pelbagai pihak seperti

Lighting and Design, Audio system, graphic, technical sebagainya. Pengkaji mengkaji pengurusan, teknikal dan lighting.

Menurut Carlos, (2005) Pentas diwujudkan dengan pelbagai tujuan. Pentas melambangkan sesebuah acara itu mempunyai daya tarikan yang tersendiri dalam menarik pengunjung untuk melihat dan menjadi penonton. Pentas didalam sesebuah majlis bertujuan sebagai tempat pemberian dan penyampaian hadiah, pembentangan dalam menyampaikan sesuatu, tempat sebagai membuat persembahan didalam pelbagai jenis acara dan sebagainya.

Didalam pengurusan Anugerah Juara Lagu, pemilihan saiz pentas, reka bentuk, kedudukan LCD Screen, saiz acara (termasuk saiz penonton), dan susun satur tapak pentas, amatlah penting dipertimbangkan dalam sesebuah pengurusan berkaitan dengan pentas bagi memastikan pengurusan teknikal, audio sistem serta penyanyi yang membuat persembahan mempunyai ruang yang cukup dalam menghasilkan gimik persembahan berjalan dengan baik. Didalam pengurusan pentas, sesebuah pengurusan perlu menitikberatkan mengenai garis penglihatan tetamu mengenai saiz pentas dan reka bentuk pentas bagi memastikan jarak penglihatan ia tampil jelas dipandangan mata penonton jika sesebuah acara itu dijalankan pada waktu malam, jaraknya juga mestilah bersesuaian.

Menurut Brenda (2005) menyatakan pemilihan pengurusan pentas perlulah menitikberatkan sebelas aspek berikut antaranya ialah mengikut kesesuaian dengan tema acara yang dijalankan, keselesaan penonton yang menghadiri, jarak penglihatan untuk penonton dari segi cahaya yang dipancarkan daripada pentas, tempat penyimpanan barangan produksi dan sebagainya, laluan pintu masuk dan keluar dari pentas acara dijalankan, kawasan pentas (jika berkaitan), peralatan perlindungan yang sistematik jika keadaan cuaca buruk, keselamatan dan akses untuk kenderaan kecemasan dan akhir sekali ialah pemiundahan laluan jika terdapat kesekakan.

2.5.2 Pengurusan Teknikal

Menurut Musburger, (2009) ‘Quality audio is extremely important in media production. Poor-quality sounds can destroy the impact of hight quality visuals. High- quality sounds not only enhance accompanying visuals, but they can directly affect emotions and develop additional ceratives dimensions and reponses’. Kualiti teknikal dalam audio sangatlah penting di dalam pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana ia membawa imej TV3 sebagai penganjur acara dan sekaligus memastikan acara yang hasilkan berkualiti untuk di dengari dan ditonton samaada secara langsung mahupun di kaca telivesyen.

Menurut Lourie (2013) menyatakan latihan teknikal adalah satu bahagian yang lebih menarik untuk proses pentadbiran pentas. Penghasilan jadual untuk latihan selalunya akan disediakan oleh pengurus atau pengarah teknikal, di mana mereka yang akan menentukan waktu yang diperlukan pada setiap persembahan atau ucapan bagi memastikan tiada pertindihan masa yang tidak mencukupi untuk latihan dan semasa rancangan dijalankan secara langsung. Selain itu, beliau menyatakan latihan teknikal selalunya akan dijalankan tujuh hari sebelum acara dijalankan dalam memastikan semuanya didalam keadaan yang sistematik. Hal ini menunjukkan di mana Anugerah

Juara Lagu (AJL) masih mengikut standards operating procedure (SOP) yang telah di tetapkan didalam unit teknikal.

Selain itu menurut Emily (1998) di dalam buku beliau iaitu Stage Management

Basics menyatakan di dalam bahagian pengurusan terdapat enam langkah pengurusan teknikal mesti dijalankan sebelum acara dimulakan. Antaranya ialah Dry tech, Cue-to- cue, Tech rehearsal, Quick-change rehearsal, Sitzprobe dan Dress rehearsal. Bagi Dry tech latihan teknikal akan dijalankan tanpa melibatkan sebarang penyanyi di mana mereka hanya memfokuskan kepada latihan audio dan muzik. Cue-to-cue pula latihan teknikal dengan bahagian tertentu nyanyian penyanyi bagi memfokuskan bahagian untuk dikawal oleh system audio. Seterusnya Tech rehearsal pula perkembangan sepanjang keseluruhan, selalunya lebih dari beberapa hari. ini adalah keadaan yang paling biasa di mana barisan peserta akan berkumpul untuk membuat latihan teknikal.

Quick-change rehearsal pula peluang untuk penyanyi dan bahagian pengurusan pakaian barisan penyanyi untuk membuat pertukaran pakaian dan masa yang ditetapkan hanyalah satu minit bagi memastikan teknikal microphone dapat dipasang dalam keadaan segera tanpa sebarang masaalah. Akhir sekali adalah Sirtzprobe dan Dress

Rehesal dimana ketika ini unit teknikal akan berada dalam keadaan sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Kualiti teknikal di dalam acara mega perlulah dijaga dengan rapi kerana sedikit kesalahan dan kecuaian akan memberi kesan kepada seluruh audio sistem teknikal yang lain. Jika tidak diselenggara dengan baik, audio sistem dan teknikal akan mengalami masalah dan sekaligus menganggu perjalanan majlis.

2.5.3 Pengurusan Pemilihan Lokasi

Di dalam pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) pemilihan lokasi merupakan salah satu objektif yang pengkaji kaji. Menurut Wagen. (2005) menyatakan ‘ The event managers needs to carefully consider the planning implications of choosing an unusual venue in preference to a standard venue requiring decoration only to match the theme’.

Pemilihan lokasi di dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) menggunakan analisis SWOT dimana setiap acara yang dijalankan dinilai berdasarkan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam menentukan setiap tema yang ingin dijalankan.

Selain itu, menurut Brenda (2005) pemilihan lokasi perlulah menekankan potensi, suasana lokasi acara dijalankan, kemudahan pengangkutan awam dengan baik, tempat letak kenderaan yang mencukupi, kapasiti tempat duduk yang cukup, ruang hiasan, bunyi dan pencahayaan, logistic, kemudahan mendapatkan makanan dan minuman bagi pekerja dan peenonton serta keselamatan penonton sebelum,semasa dan selepas acara dijalankan. Selain itu, peka dengan kemudahan bagi orang kurang upaya atau (OKU) mestilah diutamakan seperti menyediakan lift dan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan mereka sepanjang menghadiri acara yang diajalankan.

Kesemua elemen ini memainkan peranan penting dalam pemilihan lokasi.

Lynn (2005) di dalam buku beliau iaitu Event Management menyatakan bagi membuat sesuatu pemilihan lokasi, tenaga produksi atau pengurusan perlulah menitikberatkan empat elemen yang penting di dalam menentukan sesuatu dengan menggunakan analisis SWOT.

Berdasarkan keseluruhan yang dinyatakan diatas merupakan elemen penting dalam pemilihan lokasi untuk menjalankan Anugerah Juara Lagu (AJL) di mana bahagian pengurusan amat mementingkan aspek keselamatan untuk pasukan bertugas dan tetamu yang menghadirkan diri semasa acara ini dijalankan. Selain itu, berdasarkan temu bual bersama pengurus produksi AJL mereka menyatakan antara aspek yang sangat diutamakan dalam pemilihan lokasi adalah persekitaran lokasi dimana adakah lokasi yang dipilih tertutup ataupun terbuka serta faktor meletakkan kereta bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

2.6 Anugerah Juara Lagu (AJL)

Anugerah Juara Lagu (AJL) bermula pada tahun 1986, dibawah pentadbiran

Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 dan beliau juga adalah perintis kepada penubuhan Muzik-muzik pada ketika itu. Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan sebuah rancangan pertanding hasil terbitan TV3 yang membariskan lagu- lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri professional sebagai lagu terbaik tahunan dengan pelbagai fasa antaranya juri-juri membuat penilalian berdasarkan lirik lagu, vokal penyanyi dan sebagainya.

Pemilihan bukan sahaja pada pemilihan seorang juri, malah pemilihan dijalankan secara berkumpulan dan mereka membincangkan serta membahaskan setiap lirik lagu yang di garap dengan baik ataupun tidak. Tempoh pemilihan lagu atau didalam dunia produksi memanggil sesi ‘Prejudge’ memakan masa yang lama bagi memastikan lagu itu sesuai untuk dibawa kepada pertandingan agar ianya tidak menjadi isu kepada masyarakat.

2.6.1 Konsep Anugerah

Cambridge Advance Learner’s Dictionary Information to The Public. (Edisi ketiga), menyatakan Konsep bagi anugerah adalah seseorang yang memenangi hadiah atau peranugerahan dari bakat, tenaga kerja yang mahir atau kerja yang berkualiti seperti bidang pengarang terbaik, televisyen, reka bentuk atau memenangi pertandingan lagu.

2.6.2 Konsep Muzik

Konsep bagi muzik pula ialah sejenis bunyi yang dihasilkan melalui instrument muzik, nyanyian,komputer atau kombinasi dari teknologi dalam memberi kemudahan kepada pendengar dalam memahami setiap lirik yang dimainkan sekali serentak dengan instrument dan ianya dipanggil muzik. Muzik mempunyai pelbagai jenis antara yang terkenal ialah muzik klasik, balada, rock dan metal. Cambridge Advance Learner’s

Dictionary Information to The Public. (Edisi ketiga),

Menurut Leong (2017), di dalam tesisnya iaitu “The Trends of The Independent

Music Industry in Malaysia’ menyatakan bahawa Greenberg (2016) ahli antrapologi dan ahli sosiologi masih belum menemukan sepenuhnya sejarah manusia yang tidak mempnyai unsur muzik dalam kehidupan mereka. Muzik penting kepada kebanyakan manusia dalam kehidupan mereka. Ia lebih kepada bersifat hiburan dan bertidak sebagai peneman pada sesetengah individu atau masyarakat.

Anugerah Juara Lagu (AJL) mempunyai peranan apabila menjadikan muzik sebagai satu pertandingan kepada barisan pengkarya dalam mengembangkan industri muzik kearah yang lebih tinggi. Anugerah berperanan sebagai penghargaan kepada pengkarya muzik tempatan Malaysia agar semua pihak yang menjayakan merasai kemanisan dalam penghasilan karya mereka. Muzik gabungan harmoni, melodi, irama dalam struktur yang disukai oleh seseorang akan menyebabkan ianya tampil dengan keindahan semulajadi. Gabungan muzik seirama berjaya menghasilkan satu rentak yang sedap didengari dan menghasilkan kesinambungan perpaduan dalam masyarakat apabila sesebuah muzik itu diterima dalam sesebuah kelompok.

2.7 Rumusan

Kesimpulannya walaupun Anugerah Juara Lagu (AJL) mengalami perubahan demi perubahan, kini perubahan secara tetap telah dilakukan ke atas semua format rancangan hinggalah sistem carta mingguan. Hal ini kerana pihak TV3 dan produksi ingin memastikan kualiti Anugerah Juara Lagu berada dalam momentum yang tersendiri. Carta 20 diperkenalkan seperti digunakan oleh Muzik-Muzik 32 yang kini.

Format carta memberi peluang kepada lagu-lagu baru menembusi carta pada setiap mingguan. Lagu-lagu yang berjaya menembusi tahap saringan juga melibatkan juri-juri pilihan daripada produksi Muzik-Muzik akan dibawa ke peringkat separuh akhir untuk memilih 12 buah lagu yang akan dipertandingkan ke peringkat akhir untuk dinobatkan sebagai juara lagu.

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kaedah yang digunakan para penyelidik dalam mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan berkaitan dengan tajuk yang dijalankan oleh penyelidik. Ia bertujuan untuk memperkuatkan tajuk utama yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh para penyelidik. Pengkaji percaya bahawa di dalam metodologi penyelidikan dapat menjelaskan hasil kajian. Bab tiga ini juga merupakan aspek yang amat penting dalam sesebuah kajian yang dijalankan oleh pengkaji bagi mendapatkan data dan maklumat dalam melakukan kajian lapangan. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah yang betul dalam mengumpul data ianya meningkatkan dan menguatkan hasil kajian.

Selain itu, melalui metodologi kajian ini pengkaji dapat membuat kerangka kajian yang lebih baik dan lebih tersusun secara sistematik untuk mendapatkan panduan kepada pengkaji didalam mendapatkan maklumat dan data-data supaya ianya mengikut kehendak kajian. Semua bentuk data dan maklumat yang diperolehi bertujuan untuk megukuhkan lagi fakta yang di jalankan oleh pengkaji, Metodologi kajian ini juga termasuklah kaedah kualitatif, prosedur pengumpulan data, persempelan dan polupasi, kerangka kajian, data primier dan data sekunder serta intrumen kajian. Bab ini juga akan mengupas dengan lebih mendalam dari segi bentuk data, kekuatan dan kelemahan penyelidikan kaedah kualitatif yang dipilih oleh pengkaji dalam menjalankan kajian mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL).

3.2 Kajian Kepustakaan

Kaedah kepustakaan sangat penting dilakukan oleh penyelidik kerana ia akan memberi gambaran awal mengenai bidang yang hendak dikaji dan akan dijadikan sebagai bahan rujukan sepanjang kajian dilakukan. Maklumat yang diperolehi oleh penyelidik merupakan maklumat daripada pengkaji terdahulu yang diterbitkan melalui buku, jurnal, artikel, risalah, akhbar, ensiklopedia, Arkib dan kertas-kertas kerja melalui seminar dan juga perbincangan.

Pengkaji juga telah mengunjungi beberapa buah perpustakaan untuk mendapatkan maklumat terutamanya daripada bahan-bahan bertulis dan bercetak seperti buku, majalah, Surat khabar, risalah dan sebagainya. Antaranya ialah Pustaka Negeri

Sarawak, Pusat Khidmat Maklumat Akademik Universiti Malaysia Sarawak (PKMA

Unimas) dan juga Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK).

Selain itu, pengkaji juga mendapatkan bahan kajian di Arkib Negara dalam mendapatkan risalah dan bahan rujukan yang lepas dimana ia merupakan sumber penting dalam kajian pengkaji. Antara bahan yang menjadi rujukan pengkaji juga ialah buku, tesis, Surat khabar, artikel, jurnal, dan laman sesawang Media Prima. Rujukan melalui internet juga turut dilakukan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat yang sukar dicari terutamanya dari buku, jurnal, dan artikel. Tujuan pengumpulan maklumat kajian kepustakaan ini adalah untuk mendapatkan maklumat daripada pengkaji terdahulu mengenai aspek dan isi yang dikaji oleh pengkaji.

3.3 Kaedah Lapangan

Kajian lapangan merupakan satu kaedah pemerhatian dimana pengkaji sendiri turut berada dilokasi kajian dalam mendapatkan sumber maklumat yang tepat. Pengkaji menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan maklumat dan data untuk kajian yang akan dibuat iaitu mengenai Strategi Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara

Lagu (AJL), Sri Pentas.

Kaedah ini sangat penting bagi pengkaji kerana dengan kaedah pemerhatian pengkaji akan mendapat jawapan yang tepat daripada pemasalahan kajian berkaitan dengan Peranan Pihak TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Melalui kaedah pemerhatian ini pengkaji mendapat lebih maklumat yang terperinci kerana pengkaji sendiri berada semasa acara ini berjalan secara langsung mahupun tidak langsung. Contohnya, pengkaji mengetahui antara kaedah pengurusan yang dilakukan oleh pihak TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Melalui kaedah ini, pengkaji akan turun ke lokasi kejadian untuk membuat pemerhatian dengan lebih jelas.

3.4 Kaedah Penyelidikan Kualitatif

Kaedah kualitatif telah dipilih oleh pengkaji dalam membuat kajian. Kaedah kualitatif bermaksud kajian lapangan (fieldwork) di mana pengkaji akan pergi membuat kajian lapangan ke kawasan kajian bagi pengumpulan data dan menjalankan kajian.

Kaedah kajian lapangan ini melibatkan seperti kajian pemerhatian, temu bual dan dokumentasi berkaitan dengan topik kajian yang dijalankan. Seterusnya kaedah kepustakaan juga turut digunakan oleh pengkaji di mana kajian dijalankan dengan merujuk kepada bahan-bahan bertulis, kamera digital dan telifon bimbit. Selepas mendapat semua data dan maklumat, pengkaji akan membuat analisa terlebih dahulu sebelum memasukkan maklumat yang berkaitan didalam kajian. Pengkaji juga menggunakan kaedah kualitatif untuk menghuraikan setiap kenyataan dalam kajian pengkaji. Kaedah ini juga melibatkan beberapa cara dalam mendapatkan maklumat iaitu kaedah temu bual dan pemerhatian. Berikut merupakan kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan maklumat kajian:

3.4.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct observation) dan juga pemerhatian melalui penglibatan (Paticipation-observation).

3.4.1 Pemerhatian Secara Terus (Direct observation)

Kaedah pemerhatian secara terus dilakukan oleh pengkaji dengan memerhatikan gelagat, tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan oleh pengunjung Anugerah Juara

Lagu dan tidak terlepas juga pasukan produksi dalam menjayakan dan menguruskan

Anugerah Juara Lagu. Pengkaji akan memerhatikan segala tindakan yang dilakukan dari hari pertama sehinggalah hari kejadiaan acara ini bersiaran secara langsung di TV3.

3.4.2 Pemerhatian Melalui Penglibatan (Participant observation)

Dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji menggunakan kaedah secara pemerhatian melalui penglibatan (participant observation). Hal ini kerana pengkaji bertindak sebagai pemerhati dan ahli produksi sepanjang Anugerah Juara Lagu

(AJL) berjalan secara langsung. Kaedah ini mampu menyebabkan pengkaji sendiri merasai, melihat dan memperlajari pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) sepanjang acara ini dijalankan.

Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan maklumat dan data untuk kajian yang dibuat iaitu mengenai Peranan Pihak

TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), Sri Pentas. Kaedah ini sangat penting bagi pengkaji kerana dengan kaedah pemerhatian pengkaji akan mendapat jawapan yang tepat daripada pemasalahan kajian berkaitan dengan Strategi

Pengurusan TV 3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL). Melalui kaedah pemerhatian ini pengkaji akan mendapat lebih maklumat yang terperinci kerana pengkaji sendiri berada semasa acara ini berjalan secara langsung mahupun tidak langsung.

Contohnya, pengkaji mengetahui antara kaedah pengurusan yang dilakukan oleh pihak

TV3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Melalui kaedah ini, pengkaji juga turun ke lokasi kejadian untuk membuat pemerhatian dengan lebih jelas.

3.5 Kaedah Temu Bual

Pengkaji akan menggunakan kaedah ini dengan menemu bual beberapa orang informan yang terdiri daripada pihak Media Prima dan pihak Anugerah Juara Lagu

(AJL) bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan lebih tepat. Dengan kaedah kajian temu bual ini pengkaji akan memberikan beberapa soalan kepada informan berkenaan dengan isu utama kajian iaitu Peranan

Pihak Tv3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Setiap maklumat yang diperolehi daripada informan adalah dengan melalui teknik rakaman video atau rakaman audio dan dengan mengambil gambar. Setelah sesi temu bual selesai, pengkaji juga menggunakan semua bahan yang direkod untuk dijadikan bahan rujukan dengan mengulang semua rekod yang disimpan bagi mendapatkan data. Dalam menggunakan kaedah kualitatif ini, kaedah temu bual amatlah penting bagi pengkaji memperolehi semua maklumat bersama dengan informan.

3.5.1 Temu Bual Mendalam

Temu bual mendalam merupakan insturemen yang sangat penting dalam kajian kualitatif. Kaedah ini pengkaji akan menemu bual responden dengan terperinci berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Melalui kaedah ini pengkaji akan lebih memahami keseluruhan maklumat dengan lebih meluas dan terperinci. Kajian ini memberi tumpuan pada organisasi yang terlibat secara langsung dalam memberi maklumat dan data yang diperlukan kepada pengkaji bagi mengukuhkan lagi objektif kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Antara organisasi yang terlibat terdiri daripada:

 Jabatan sumber manusia Media Prima Berhad

 Kumpulan produksi Anugerah Juara Lagu

 Penonton yang menghadiri ke Anugerah Juara Lagu (AJL)

3.5.2 Temu Bual Kumpulan Fokus (Focus Group Dissuscion)

Temu bual kumpulan fokus merupakan teknik pengumpulan data yang baik dalam menjalankan penyelidikan kualitatif. Melalui kaedah ini, penyelidik akan memilik sekumpulan responden yang mempunyai ciri tertentu bagi mengadakan sesi perbincangan dalam mendapatkan maklumat. Kaedah ini memberi peluang bagi berkongsi dan membuat perbandingan tentang pengalaman dan pandangan informan tentang isu yang dikaji oleh pengkaji.

Dalam kajian yang dijalankan ini adalah kumpulan sebagai contoh pengunjung, perkarya, kakitangan pekerja atau tempat yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Persampelan yang dipilih daripada informan adalah perlu bersesuaian dengan isu dan tajuk utama kajian yang dijalankan iaitu mengenai Peranan

Pihak Tv3 dalam Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), Sri Pentas.

Persampelan ini terdiri daripada organisasi dan individu yang terlibat dalam pentadbiran

Pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) sendiri dan juga bahagian unit pasukan produksi. Antara organisasi dan individu yang terlibat adalah:

i) Pihak pengurusan Media Prima/ TV3

ii) Pihak Pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL)

- Ketua bahagian unit hiburan Eksekutif Producer

- Producer Muzik-muzik

- Penata Cahaya dan Pentas

- Pengurus Artis ( PA)

3.6 Instrumen Kajian

Dalam menjalankan kajian instrument kajian ini merupakan satu elemen yang penting kepada pengkaji. Instrument kajian ini boleh membantu pengkaji dalam merekod dan mendapatkan data serta sebagai bukti yang kukuh dalam menjalankan kajian berkenaan dengan Pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL). Berdasarkan beberapa topik penyelidikan ini, Ia memerlukan pengkaji untuk turut menjalankan pemerhatian. Pemerhatian turut serta seperti menyakaksikan sendiri acara Anugerah

Juara Langsung (AJL) yang dilakukan dalam kelompok sosial yang dikaji. Pengkaji juga menjalankan individual-in-depth interview dengan face-to-face terhadap informan yang pakar dalam pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL). Ini kerana ia bertujuan untuk memastikan kefahaman pengkaji terhadap pengurusan dengan lebih sistematik.

i) Soalan Temu Bual Bersama Informan

Pengkaji menyediakan beberapa soalan bagi mengadakan sesi temu

bual secara mendalam dan temu bual secara berkumpulan bersama-

sama informan yang telah dikenalpasti. Soalan yang disediakan

mempunyai kaitan dengan isu kajian bagi mencapai objektif yang

telah ditetapkan.

ii) Informan Informan merupakan golongan individu yang disasarkan oleh

pengkaji dimana beliau mempunyai kepakaran dalam setiap aspek

pengurusan dalam bidang kajian penyelidik. Informan yang dipilih

pengkaji terdiri daripada beberapa orang kakitangan pengurusan

Anugerah Juara Lagu (AJL)

iii) Diari Dan Cacatan Harian

Diari pengkaji merupakan satu catatan kajian yang mencatatkan

secara ringkas mengenai setiap maklumat atau aktiviti sebelum,

semasa dan selepas kajian lapangan dijalankan. Diari merupakan

pekara paling penting dalam kajian pengkaji kerana ia merupakan

sumber dalam membuat rujukan dalam kajian pemerhatian.

3.7 Gambar Rajah

Dalam menyelesaikan kajian ini, pengkaji juga memasukkan beberapa gambar rajah mengenai aspek pengurusan terhadap Anugerah Juara Lagu (AJL) bagi memudahkan sumber maklumat tersusun semasa kajian dijalankan. Antara instrument kajian yang digunakan adalah seperti bahan-bahan bertulis, kamera digital, komputer dan telefon bimbit.

Pengkaji memilih tiga bentuk intrumen kajian adalah kerana ia merupakan peralatan yang sangat penting dan diperlukan semasa melakukan kajian ini. Hal ini kerana pengkaji akan melakukan sesi temu bual bersama informan yang terlibat.oleh itu, pengkaji menggunakan kamera digital dan telifon bimbit bagi memudahkan kerja serta memudahkan data dan maklumat dapat direkodkan. Antara instrument yang digunakan adalah terdiri daripada:-

i) Kamera Digital Kamera digital yang digunakan merupakan sebagai alat penting untuk

pengkaji menjalankan pendokumentasian maklumat dan data yang

disampaikan oleh informan ketika sesi temu bual dijalankan dan kamera

digital tersebut juga digunakan untuk mengambil gambar dan membuat

rakaman informan sebagai bahan bukti yang akan digunakan dalam kajian

yang dilakukan oleh pengkaji. ii) Komputer

Komputer riba merupakan salah satu intrumen kajian yang pengkaji gunakan

dalam menyiapkan keseluruhan kajian. Aktiviti mencatat, membuat kajian,

dan membuat keseluruhan data dimasukkan ke dalam komputer bagi

menghasilkan satu kajian yang lengkap. Selain itu, komputer juga bertindak

sebagai salah satu medium bagi pengkaji mendapatkan maklumat melalui

internet dan seterusnya menghasilkan satu kajian yang lengkap dalam

pelbagai sumber dapatan kajian. iii) Bahan-Bahan Bertulis

Bahan-bahan bertulis seperti buku nota dan pen diperlukan semasa temu bual

dijalankan. Melalui catatan ianya membantu pengkaji membuat rangka

keseluruhan maklumat dengan lebih cepat dan lengkap. Bahan-bahan bertulis

ini juga berfungsi untuk pengkaji mencatat segala maklumat dan data yang

diberikan daripada informan semasa kaedah temu bual dijalankan dengan

informan. iv) Telefon Bimbit

Bagi instrument kajian seterusnya adalah penggunaan telifon bimbit.

Pengkaji menggunakan aplikasi rakaman suara di dalam telifon bimbit

tersebut semasa kaedah sesi temu bual dijalankan untuk mendapatkan data

dan maklumat berkaitan dengan soalan yang akan ditanyakan oleh pengkaji

kepada informan. Pengkaji mengambil langkah selamat dengan menggunakan perakam suara daripada telefon bimbit kerana pengkaji

merasakan setiap kajian yang dijalankan mestilah wajar bersiap sedia dengan

masaalah teknikal jika rakaman melalui kamera digital mempunyai masaalah.

Jadi melalui perakam suara ini juga mampu dijadikan bahan bukti tentang

kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Setelah temu bual selesai, pengkaji

akan mengulang semua rekod yang telah disimpan dan menulis semula

maklumat dan data yang diperolehi. Telefon bimbit ini juga digunakan oleh

pengkaji untuk menghubungi pihak pengurusan Anugerah Juara Lagu

sebelum membuat kajian lapangan di lokasi kajian.

3.8 Etika Penyelidikan

Mengikut konteks kajian ini, pengkaji perlu mematuhi Garis Panduan Etika

Penyelidikan Pascasiswazah Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kesemua maklumat di dalam garis panduan mestilah dipatuhi sepanjang tempoh kajian ini diijalankan. Antara contoh garis panduan yang mesti dipatuhi adalah seperti menghormati cara bekerja pasukan Anugerah Juara Lagu (AJL) memaklumkan kepada informan atau kelompok sosial yang dikaji mengenai kajian yang dijalankan, menjaga dan melindungi identiti informan atau responden dan tiada unsur paksaan terhadap pihak informan pengkaji atau responden dalam memberi maklumat kajian.

Selain itu, pihak informan yang terlibat dalam kajian ini akan dimaklumkan mengenai topik penyelidikan yang sedang dijalankan sebelum menjalankan sesi temubual. Ia bertujuan bagi mengelakkan berlakunya salah faham tentang setiap maklumat dalam kajian. Pengkaji juga mengambil langkah keselamatan dalam mengekalkan kerahsian identiti pihak informan yang tidak mahu diri mereka dikenali.

3.9 Rumusan

Kesimpulannya, di dalam bab metodologi kajian ini adalah merupakan salah satu kaedah yang sangat penting dalam membuat kajian terutamanya untuk mengumpul, mendapatkan, mengemaskini data dan maklumat. Melalui kaedah ini setiap maklumat yang diperolehi dirakam, dicatat dan seterusnya dianalisa bagi memastikan data yang diperolehi betul dan tepat digunakan dalam kajian. Maklumat dan data hasil daripada temu bual akan dianalisis semula untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan yang diperlukan sahaja.

Kaedah lapangan yang dijalankan oleh pengkaji adalah berbentuk kualitatif iaitu melalui pemerhatian secara terus (Direct ovservation), pemerhatian melalui penglibatan

(Participant observation). Pengkaji juga menggunakan beberapa instrument kajian yang bersesuaian dalam mendapatkan data dengan tepat sepanjang kajian dijalankan. Di dalam kajian ini juga setiap proses analisa data dan teknik memproses data agar maklumat yang diperolehi lebih sistematik dan sahih. Segala kaedah kajian penyelidikan seperti kaedah perpustakaan, kaedah lapangan dan kaedah kualitatif menjadi sumber utama pengumpulan data kepada pengkaji. Setelah data diperolehi, pengkaji akan dapat menganalisis data dan dapat menghasilkan dapatan kajian yang lengkap serta tersusun.

Kesimpulannya, metodologi kajian merupakan bahagian penting dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Hal ini sedemikian kerana melalui metodologi kajian, pengkaji akan mendapat data dan maklumat mengenai isu kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Secara keseluruhannya metodologi kajian harus dilakukan dengan tersusun dan kemas suapaya data yang diperolehi dapat menjawab segala persoalan dan isu mengenai kajian yang dijalankan.

BAB 4

ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Penganalisian data merupakan kesinambungan daripada Bab satu, dua dan tiga,

dalam bahagian ini, keseluruhan data yang telah diperolehi dalam kajian ini akan

dianalisis untuk mendapatkan keputusan yang berkaitan dengan kajian yang

dijalankan. Pemerolehan data dalam Bab ini adalah melalui kaedah metodologi,

iaitu menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah ini membantu pengkaji mencapai

objektif kajian dan menyelesaikan permasalahan kajian.

Pengumpulan data melalui kaedah kualitatif adalah dengan menjalankan

Kajian Lapangan (fieldwork), Pemerhatian Secara Terus (Direct observation),

dan Pemerhatian Melalui Penglibatan (Participant Observation). Melalui kaedah pertama yang digunakan oleh pengkaji iaitu kajia lapangan, pengkaji sendiri pergi membuat kajian lapangan ke kawasan kajian bagi pengumpulan data dan menjalankan kajian.

Kaedah kedua, pemerhatian secara terus dilakukan oleh pengkaji dengan memerhatikan gelagat, tingkah laku dan perbuatan yang akan dilakukan oleh pengunjung Anugerah Juara Lagu (AJL) dan tidak terlepas juga pasukan produksi dalam menjayakan dan menguruskan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Akhir sekali kaedah pemerhatian melaui penglibatan. Pengkaji sendiri bertindak sebagai pemerhati dan ahli produksi sepanjang Anugerah Juara Lagu (AJL) berjalan secara langsung. Temuramah ini juga mampu membantu pengkaji dalam melengkapkan keseluruhan objektif kajian pengkaji dalam mendapatkan data yang tepat.

4.2 Penganalisaan Data

Bahagian penganalisian data ini merupakan bahagian yang

menyenaraikan keseluruhan data yang diperolehi seperti dinyatakan di dalam

Bab tiga iaitu kedah kualitatif banyak membantu pengkaji dalam

mendapatkan keseluruhan maklumat mengenai Peranan Pihak TV3 Dalam

Menguruskan Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dari sumber yang sahih

dan tepat.

4.3 Dapatan Hasil Kaedah Temuramah

Kaedah temuramah seperti yang dinyatakan dalam Bab tiga dimana ia

merupakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif bermaksud kajian lapangan (fieldwork) di mana pengkaji pergi membuat kajian lapangan ke kawasan

kajian bagi pengumpulan data dan menjalankan kajian. Kaedah kajian

lapangan ini melibatkan seperti kajian pemerhatian, temu bual dan

dokumentasi berkaitan dengan topik kajian yang dijalankan.

Setiap maklumat yang diperolehi direkodkan dan dijadikan sebagai

dapatan kajian. Temuramah telah dibuat pada bulan Febuari lalu bersama

beberapa informan dari produksi Anugerah Juara Lagu (AJL). Kaedah

temuramah ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan

kajian seterusnya mencapai objektif kajian.

4.4 Analisis Data Hasil daripada Temu Bual Pengkaji Bersama Informan

PERANCANGAN

PENGORGANISASIAN PENGAWALAN

PENGARAHAN PENSTAFAN

Rajah 4.1: Proses Perancangan.

Kaedah pengurusan yang dilakukan oleh pihak TV3 dalam menguruskan pentas

Anugerah Juara Lagu (AJL) melibatkan pelbagai unit dan jabatan di TV3. Pihak produksi membuat perancangan yang terliti dalam pelbagai aspek pengurusan pentas.

Bukan sahaja pengurusan pentas, malah melibatkan teknikal, pengurusan sumber manusia iaitu pengorganisasian bagi memasikan semuanya tersusun.

Penstafan memainkan peranan penting didalam pengurusan Anugerah Juara Lagu

(AJL) kerana staff atau krew produksi yang banyak memainkan peranan penting dalam memastikan pelancaran acara. Pengarahan yang diketuai oleh pengurus projek iaitu

Encik Muhd Sufian dan dibantu oleh eksekutif producer iaitu Puan Nurhul Huda Hj

Khalid dan pengawalan pula dibantu oleh semua pihak termasuk pihak pengurusan dan pihak keselamatan.

Berdasarkan hasil temu bual pengkaji bersama informan mereka menyatakan setiap kali AJL bermula pastinya akan wujud pelbagai masalah dari segi penghasilan, kemasukan dan kedudukan pentas dan props. Pengurusan AJL selalunya diuruskan oleh pengurus pentas, penolong pengurus pentas dan pembantu pentas. Mereka akan bertanggungjawab dalam menyediakan pelan lantai selepas lawatan tapak yang dijalankan sebelumnya. Kegunaan pelan lantai adalah bertujuan sebagai panduan untuk memastikan acara berjalan mengikut perancangan serta memberi panduan kepada semua crew produksi dalam melaksanakan tugasan. Selain itu, sebagai panduan untuk pegawai atasan atau pengurus projek mengetahui status sebenar perjalanan acara dan akhir sekali sebagai rujukan dan medium penambahbaikan pada masa hadapan.

Menurut Pn Nurhul Huda Hj Khalid selaku eksekutif manager, Pengurusan didalam Anugerah Juara Lagu (AJL) akan mula dijalankan seawal pada bulan tiga dimana tamat sahaja AJL tahun sebelumnya, pihak produksi akan membuat perbicangan tema dan sebagainya. Pengurusan pentas akan bermula seminggu sebelum majlis dijalankan dimana semua krew produksi akan berkampung ditempat acara dijalankan untuk proses latihan dan sebagainya.

Pengurusan pentas AJL akan bermula dengan pemasangan barangan teknikal dan pentas. Pemasangan barangan teknikal dari segi control room, camera, audio sistem, paparan digital, layar pentas, pencahayaan, set janakuasa dan pertugas teknikal akan dijalanakan seminggu awal. Hal ini kerana pemasangan yang rumit menyebabkan semua krew teknikal mestilah memastikan kesemua barang dapat berfugsi dengan baik.

Anugerah Juara Lagu (AJL) menggunakan special effect pada papan layar sepanjang acara dijalankan. Pemasangan papan layar dan lighting memerlukan jangka masa yang lama untuk memastikan special effect tersebut berjaya dilaksanakan. Di dalam pengurusan teknikal bahagian lampu adalah penting bagi krew produksi mempunyai pengetahuan berkaitan dengan sistem cahaya dan bunyi. Pencahayaan memainkan peranan penting dalam sesebuah acara.

Aspek yang ditekankan dalam penghsilan cahaya yang menarik adalah gabungan garisan dala penghasilan bentuk lampu yang digunakan, tekstur supaya memberi kesan teknikal dalam persembahan pada papan layar dan permukaan pakaian penyanyai.

Tekstur sebenarnya dihasilkan melalui arah cahaya lampu, yang mampu menghasilkan bayang-bayang dan bentuk yang menarik. Seterusnya mereka perlu juga tahu elemen dalam penghasilan lighting yang menarik adalah pergerakan, warna, komposisi, keseimbangan, titik perspektif, dimensi dan akhir sekali adalah kawasan objek atau imej.

Circuit lightboard Dimmers (Plug) Light

Rajah 4.2: Layout sistem teknikal lampu. Pemasangan barell lighting akan mula dipasangkan bagi memastian lampu atas pentas dapat dipancarkan semasa acara berjalan. Pemasangan barell lighting memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pemasangannya. Hal ini kerana pemasangan yang tidak betul boleh menimbulkan masalah semasa acara berjalan. Selain itu, selalunya sebelum acara semua krew yang berkaitan dengan teknikal akan menjalankan perbincangan bagi memastikan pergerakan lighting pada setiap persembahan berbeza dan tampil dengan keceriaan.

Gambar 4.1: Pemasangan Barangan Teknikal

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji.

Pemasangan lampu mengambil masa selama dua hari untuk memasang keseluruhan lampu yang mempunyai voltan kekuatan sendiri dan saiz yang yang berbeza. Selepas keseluruhan lampu dipasang ujian pemasangan akan dijalankan seharian untuk melihat masalah didalam pemancaran lampu. Setiap barangan elektrikal yang dipasang memerlukan kekuatan janakuasa dalam memastikan arus elektrik dapat menampung kesemua bahan teknikal. Untuk Anugerah Juara Lagu (AJL), krew produski menggunakan generotors/ power yang mempunyai kekuatan sebanyak 10 kVA atau

1650 kV bagi menampung kekuatan arus elektrik dalam memastikan bahagian teknikal, switch off dan lighting mampu berfungsi dengan baik, hal ini kerana kekuatan elektrik yang diperlukan oleh satu pemancaran lampu LED dan enam pancaran LCD Screen yang digunakan juga mengambil kekuatan elektrik sebanyak 10 kVA dalam sesebuah acara besar. Pengurusan seterusnya adalah Pemasangan LED dan LCD Screen sebelum pemasangan pentas dan sebagainya. Pemasangan LCD Screen memerlukan perhatian yang sepenuhnya bagi memastikan keseluruhan alatan elektronik dipasang dan di gantung dalam keadaan baik dan tidak menjejaskan keselamatan krew produksi dan penonton. LCD Screen selalunya akan digunakan sebanyak tiga didalam Anugerah Juara

Lagu (AJL) bagi memastikan penonton yang berada diaras atas, sudut kiri dan kanan dapat melihat dengan jelas setiap peresembahan yang dipertandingkan. Pemasangan barangan teknikal bukan sahaja melibatkan audio sistem sahaja, malah melibatkan teknikal okestra, control room, pemasangan camera dan pemasangan janakuasa.

Gambar 4.2: Pemasangan LCD Screen

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Penghasilan jadual serta RO (Running Oder) untuk latihan dan pelan lantai selalunya akan disediakan oleh pengurus atau pengarah teknikal, di mana mereka yang akan menentukan waktu yang diperlukan pada setiap persembahan atau ucapan bagi memastikan tiada pertindihan masa yang tidak mencukupi untuk latihan dan semasa rancangan dijalankan secara langsung. Selain itu, beliau menyatakan latihan teknikal selalunya akan dijalankan tujuh hari sebelum acara dijalankan dalam memastikan semuanya didalam keadaan yang sistematik. Hal ini menunjukkan di mana Anugerah

Juara Lagu (AJL) masih mengikut standards operating procedure (SOP) yang telah di tetapkan didalam unit teknikal.

Gambar 4.3: Pelan Lantai dan Kedudukan Kamera

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Gambar 4.4: RO (Running Oder)

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Selain itu bahagian pengurusan teknikal terdapat enam langkah mesti dijalankan sebelum acara dimulakan. Antaranya ialah Dry tech, Cue-to-cue, Tech rehearsal, Quick- change rehearsal, Sitzprobe dan Dress rehearsal. Bagi Dry tech latihan teknikal akan dijalankan tanpa melibatkan sebarang penyanyi di mana mereka hanya memfokuskan kepada latihan audio dan muzik. Cue-to-cue pula latihan teknikal dengan bahagian tertentu nyanyian penyanyi bagi memfokuskan bahagian untuk dikawal oleh sistem audio.

Seterusnya Tech rehearsal pula perkembangan sepanjang keseluruhan, selalunya lebih dari beberapa hari. Ini adalah keadaan yang paling biasa di mana barisan peserta akan berkumpul untuk membuat latihan teknikal. Quick-change rehearsal pula peluang untuk penyanyi dan bahagian pengurusan pakaian barisan penyanyi untuk membuat pertukaran pakaian dan masa yang ditetapkan hanyalah satu minit bagi memastikan teknikal microphone dapat dipasang dalam keadaan segera tanpa sebarang masalah.

Akhir sekali adalah Sirtzprobe dan Dress Rehesal dimana ketika ini unit teknikal akan berada dalam keadaan sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Bagi pengurusan semasa kemasukkan pentas adalah dengan memastikan props dalam keadaan selamat dan kukuh untuk digunakan. Kebersihan persekitaran pentas dan permukaan lantai pentas mestilah dalam keadaan rata dan bersih bagi memudahkan urusan kemasukkan props dan ketika camera secara langsung bergerak dapat mengawal kecacatan dalam pergerakan camera.

Berdasarkan hasil temu bual Pn Nurhul Huda menyatakan apabila props masuk ketika sesi latihan teknikal dan sebagainya berjalan, pemasangan props sangat mengambil masa yang lama untuk memastikan pasukan yang bertangungjawab memasang dengan betul keseleuruhan props tersebut. Props mestilah tidak terlau besar dan berat kerana ingin memudahkan pihak produksi membawa dan mengeluarkan props tersebut semasa acara berjalan. Selain itu, saiz keluaran props juga mestilah berdasarkan sukatan keluasan saiz pentas.

Gambar 4.5: Perubahan props

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Menjadi satu masalah kepada krew pengurusan pentas kerana mereka perlulah pantas dalam setiap perubahan props yang akan naik ke pentas dan mestilah bekerja dengan pantas untuk menurunkan kembali. Setiap perubahan props ke pentas ia telah ditentukan masa yang tepat supaya tidak memberi sebarang masalah kepada bahagian lain. Bagi pengurusan pentas terbahagi kepada dua pertama adalah pentas yang melibatkan persembahan artis dan yang kedua pentas yang hanya melibatkan pengacara majlis dan MC manager. Pembahagian ini adalah kerana bagi memudahkan pengurusan dibahagian switch off camera dalam mengalihkan kamera dan memfokuskan kepada pengacara majlis tanpa mempamerkan krew prop yang bertugas ketika itu.

Pengurusan pentas akan bermula apabila pemasangan LCD Screen dan semua barangan teknikal yang berkait rapat dengan teknik pergantungan dan sebagainya.

Penekanan kepada aspek teknikal, lighting dan pengurusan pentas membawa kepada latihan sebelum acara dijalankan.

Gambar 4.6: Pemasangan Keseluruhan Teknikal.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Menurut En Muhd Sufian dan Pn Nurhul Huda menyatakan, pengurusan

Anugerah Juara Lagu (AJL) menekankan aspek raptai sebagai latihan sebelum keseluruhan acara dijalankan. Bagi acara sebesar ini, mengadakan taklimat raptai dan raptai penuh adalah satu kewajipan bagi memastikan tiada masalah berlaku semasa acara terutamanya dalam aspek teknikal dan audio sistem.

Tujuan raptai dijalankan adalah bertujuan menjelaskan kepada semua krew produksi dengan tanggungjawab masing-masing. Menentukan susunan pengisian dalam acara serta menjangka masa dengan lebih tebat. Selain itu, didalam raptai sebagai medium untuk memperbaiki kelemahan atau masalah yang timbul semasa raptai. Dan akhir sekali bertujuan sebagai menyelaras acara yang dirancang dan membiasakan semua krew produksi dengan persekitaran lokasi yang sebenar.

Pengurusan pihak produksi dijalankan dengan sistematik dimana terdapat tiga jenis raptai yang dijalankan dimana melibatkan semua bahagian didalam krew produksi

AJL. Pertama adalah raptai jenis kelompok. Raptai ini akan diadakan secara segmen atau berdasarkan satu aktiviti pengisian acara sahaja. Semasa raptai peringkat kelompok ini, pihak produksi hanya akan menjalankan raptai diantara barisan penyanyi yang terlibat sahaja. Berdasarkan hasil tinjaun pengkaji semasa latihan raptai AJL, pihak produksi mengambil masa satu hari untuk menjalankan raptai nyanyian dan audio teknikal sahaja.seterusnya raptai secara biasa dimana menyentuh dan merangkumi semua aktiviti pengisian dalam sesebuah acara. Semasa raptai ini, pengacara majlis juga akan terlibat dalam menjalankan tugasan mereka. Dan akhir sekali adalah raptai penuh juga dikenali sebagai Full Dress/ Full Rehearsal dimana raptai diadakan secara keseluruhan seperti hari kerjadian.

Gambar 4.7: Raptai sebelum acara bermula.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Semasa raptai ini kesemua pihak memainkan peranan terutamanya audio sistem, teknikal, lighting dan pengurus pentas juga mula memainkan peranan. Pada Raptai penuh ini, pihak pengurusan akan mengambil masa yang lama dalam memastikan keseluruhan aspek acara mencapai piawan. Hal ini bermakna semasa raptai setiap suara penyanyi mestilah direkod untuk auto tune yang mengambil masa agak alam untuk seorang penyanyi. Kemudian merekod jenis lampu yang akan dipancarkan pada setiap persembahan. Setiap persembahan mempunyai perbezaan tembakan lighting bagi menimbulkan variasi dalam acara tersebut. Berdasarkan pengalaman pengkaji yang berasa di hari kejadian raptai Anugerah Juara Lagu 32 pada 11 febuari yang lepas, pihak produksi mengambil masa seharian untuk menjalankan keseluruhan raptai.

Di dalam raptai pihak pengurusan pentas akan memberikan perhatian kepada pekara-pekara mustahak seperti berikut antaranya adalah, aspek teknikal dimana sistem audio, mekanisme perasmian, kedudukan tetamu, okestra dan logistik pengurusan.

Selain itu memastikan acara yang dijalankan tidak menarik masa yang lama dan memastikan keseluruhan acara berjalan dengan baik dimana setiap props yang dibawa naik dalam keadaan yang baik dan dipasang dengan betul serta memastikan semua krew produksi peka dengan persekitaran,

Gambar 4.8: Raptai teknikal dan okestra.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Menurut Pn Nurhul Huda, selaku eksekutif producer Anugerah Juara Lagu

(AJL), Beliau menyatakan pemilihan lokasi untuk mengadakan acara gemilang ini perlulah dirancang dengan teliti untuk menggelakan masaalah akan datang. Terdapat lapan lokasi acara Anugerah Juara Lagu (AJL) pernah dijalankan dan lokasi acara ini kerap dijalankan adalah di Stadium Putra , Kuala Lumpur atau kini lebih dikenali sebagai Axeata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. CADANGAN LOKASI

SENARAI SEMAK BILIK PRODUKSI KEMUDAHAN ASAS

PENETAPAN LALUAN LALUAN KECEMASAN PERGERAKAN TETAMU KEHORMAT

Rajah 4.3: Aspek Yang Ditekankan Semasa Pemilihan Lokasi.

Pemilihan lokasi di dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) perlulah menekankan potensi kemudahan asas. Seperti,suasana lokasi acara dijalankan, kemudahan pengangkutan awam dengan baik, tempat letak kenderaan yang mencukupi, kapasiti tempat duduk yang cukup, ruang hiasan, bunyi dan pencahayaan, logistik, kemudahan mendapatkan makanan dan minuman bagi pekerja dan khalayak serta keselamatan penonton sebelum,semasa dan selepas acara dijalankan. Selain itu, peka dengan kemudahan bagi orang kurang upaya atau (OKU) mestilah diutamakan seperti menyediakan lift dan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan khalayak sepanjang menghadiri acara yang diajalankan, seterusnya bilik persalinan, dewan makan untuk tetamu VVIP, bilik menunggu, penetapan laluan pergerakan tetamu kehormat, laluan kecemasan dan akhir sekali laluan pihak produksi.

Gambar 4.9: Keperluan Yang Diutamakan Oleh Pihak Produksi Iaitu Ruang

Pesiapan.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Bagi pemilihan lokasi, ia menjadi salah satu tanggungjawab pihak produksi di bawah seliaan En Sufian Isa. Ini kerana AJL merupakan acara yang dinantikan dan ia memerlukan kawasan yang besar dan luas dimana mampu menampung jumlah khalayak.

Agak sukar untuk memilih kawasan yang mempunyai ruang yang kecil dan agak susah untuk mengawal jika ruang yang di tempah terlalu besar. Selain itu, terdapat juga sesetengah kawasan mempunyai utiliti ataupun kemudahan yang berbeza dan tidak cukup menampung keperluan pihak produksi Anugerah Juara Lagu (AJL).

Dalam pemilihan lokasi untuk diadakan Anugerah Juara Lagu (AJL), pihak pengurusan akan menghantar wakil untuk turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil bagi membuat tinjauan ke lokasi kawasan dan mengambil ukur saiz keluasan saiz pentas, melihat utiliti yang disediakan dan sebagainya. Selepas membuat lawatan tapak, pihak pengurusan akan memulakan tugasan mereka dengan menyediakan pelan lantai bagi laluan tetamu kehormat, semua peralatan dan barangan produksi dan akhir sekali menyediakan simbol atau petunjuk arah bagi kemudahan informasi penonton.

Lawatan ke lokasi kejadian merupakan satu tugasan yang penting kerana mereka bertanggungjawab dalam melihat prasarana lokasi kejadian, kemudahan yang diperlukan dan membuat perbincangan diantara pihak stadium dengan pihak produksi bagi memastikan tiada masalah dalam komunikasi. Di dalam pengurusan pada tahun ini dan sebelumnya mereka akan membuat perbincangan selepas membuat lawatan berskala ke stadium dengan memikirkan tindakan yang perlu diambil.

Teknik SWOT sangat membantu mereka dalam membuat keputusan dalam menentukan lokasi STRENGTH WEAKNESS

OPPORTUNITY THREATS

Rajah 4.4: Analisi SWOT

Bagi pemilihan tempat Anugerah Juara Lagu (AJL32) kali ini, pihak produksi memilih Axiata Arena, Bukit Jalil kerana ia terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam seperti kemudahan dalam pengangkutan awam LRT Bukit Jalil yang memudahkan orang awam memilih pengangkutan LRT sebagai pilihan pertama bagi mereka yang malas menempuh kesesakan lalu lintas dan sekaligus memudahkan pihak keselamatan dalam mengawal trafik lalu lintas dan dapat mengurangkan kesesakan kenderaan di sekitar stadium.

Gambar 4.10: Sekitar luar kawasan acara.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Di dalam pengurusan pemilihan tempat ini juga, pihak prokduksi menggunakan teknik SWOT dalam membuat keputusan yang tetap bagi memilih sesuatu tempat untuk di adakan Augerah Juara Lagu (AJL). Menurut En Zamzuri Zaini, beliau menyatakan kekuatan didalam pelaksanaan AJL adalah mempunyai kekuatan dalaman organisasi.

Contohnya pada AJL kali ini keseluruhan krew produksi AJL mempunyai semangat dan komitemen serta pengetahuan mengenai bahagian yang diuruskan ataupun mempunyai kemahiran keseluruhan dalam pelbagai kedudukan.

Semangat kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan menyebabkan Anugerah

Juara Lagu (AJL) mempunyai satu pasukan produksi yang kukuh disamping mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran didalam bidang teknikal, pengurusan, audio director dan sebagainya. Mempunyai krew yang mahir dalam seperti producer yang berpengalaman dalam memberi arahan shoot dan plooting yang baik kepada camera man dalam mengawal pergerakan camera sehingga menjadikan keseluruhan penonton dan barisan artis berjaya dirakam ketika acara berjalan secara langsung.

Kekuatan seterusnya adalah dalam memilih Axiata Arena, Bukit Jalil ini dalam mengadakan AJL di sini adalah kerana ruang yang besar dalam menampung jumlah tenaga kerja, alatan audio sistem dan mempunyai ruang yang startegik bagi kemasukan props dan generotors/ power yang mempunyai kekuatan sebanyak 10 kVA atau 1650 kV bagi menampung kekuatan arus elektrik dalam memastikan bahagian teknikal, switch off dan lighting mampu befungsi dengan baik, hal ini kerana keluatan elektrik yang diperlukan oleh satu pemancaran lampu LED dan enam pancaran LCD Screen yang digunakan juga mengambil kekuatan elektrik sebanyak 10 kVA dalam sesebuah acara besar.

Gambar 4.11: Control Room. Bilik yang dikhaskan untuk mengawal camera.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Kedudukan yang strategik bagi meletakkan mesin generotors ini sangat penting dalam memastikan ia mempunyai ruang udara yang cukup bagi menggelak sebarang kebakaran. Seterusnya kekuatan dalam menentukan tempat juga kerana pihak produksi menyatakan kedudukan stadium yang berdekatan dengan station LRT juga menyebabkan ia menjadi punca utama dalam pemilihan lokasi tersebut. LRT station

Bukit Jalil merupakan station yang paling berdekatan denga Arena Axiata dimana ia mampu mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas dan mampu menampung ruang parking yang cukup.

Bagi kelemahan dalam pemilihan tempat yang diadakan adalah keselamatan penonton didalam stadium, hal ini kerana suasana didalam stadium yang gelap kerana kekurangan sumber cahaya menyebabkan jarak penglihatan mata penonton menjadi terhad untuk memasuki ke tempat duduk. Selain itu, ruang yang kecil untuk laluan penonton ke kawasan tempat duduk sangat terhad dan berisiko besar untuk penonton yang menghadiri ke stadium tergelincir dan jatuh ke bawah. Pihak produksi terpaksa juga menutup ruang kiri dan kanan pentas kerana ingin memastikan jarak penglihatan mata penonton ke pentas persembahan dapat dilihat dengan jelas. Hal ini juga menyebabkan jumlah ticket yang dikeluarkan oleh pihak produksi terpaksa dikurangkan kerana mengikut saiz jumlah kerusi yang sesuai untuk digunakan sahaja, dan sekaligus jumlah penonton terpaksa dikurangkan oleh pihak produksi bagi mengelakkan sebarang isu selepas acara AJL.

Gambar 4.12: Kerusi yang dipenuhi tetamu.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Menurut Puan Nurhul Huda Hj Khalid selaku eksekutif producer Anugerah Juara

Lagu (AJL), Peluang yang pihak pengurusan AJL gunakan adalah mereka dapat memperkenalkan lokasi untuk diadakan AJL kepada masyarakat yang ingin datang ke stadium dan sekaligus memuaskan kedua-dua pihak diantara pihak stadium dan pihak pengurusan apabila dapat menjalankan promosi secara besar-besaran bagi memenuhkan setiap tempat duduk yang di sediakan. Selain itu, peluang kepada pihak produksi dalam mendapatkan ruang bekerja yang lebih selesa apabila Arena Axiata baru sahaja tamat dalam tempoh menaik taraf stadium. Jadi pelbagai kemudahan yang kebanyakkan sudah diselenggara dengan baik seperti sistem teknikal dan kemudahan utiliti sehingga ia tidak menjadi satu risiko besar kepada pihak pengurusan produksi dalam aspek yang tertentu.

Peluang dalam mendapatkan tajaan juga merupakan salah satu aspek dalam pengurusan

Anugerah Juara Lagu (AJL). Tajaan merupakan salah satu sumber kewangan yang banyak membantu pihak produksi dalam menjalankan promosi dan sekaligus menaikkan kedua-dua pihak yang terlibat.

Ancaman bagi pihak pengurusan produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) adalah perubahan masa yang dihadapi oleh pihak produksi apabila secara tiba-tiba pihak stadium menunda tarikh ke tarikh yang lain. Situasi ini pernah berlaku kepada pihak pengurusan apabila pihak stadium menunda tarikh ke hari yang lain disebabkan acara yang melibatkan kebangsaan. Menjadi satu ancaman kepada pihak pengurusan produksi

AJL apabila mereka terpaksa memaklumkan pertukaran tarikh tertentu kepada semua bahagian di dalam Media Prima dan memberi masalah kepada pihak produksi kerana mereka telah membuat penempahan kesemua bahagian pada bulan Januari dan terpaksa memaklumkan kembali ke bahagian teknikal mengenai pertukaran tarikh kepada bulan febuari. Situasi ini, berkemungkinan besar ia menimbulkan kekeliruan dan percanggahan maklumat dalam penentuan tarikh Anugerah Juara Lagu (AJL).

Kelakuan buruk orang awam juga akan dikelaskan sebagai ancaman kerana tindakan luar kawalan daripada penonton akan menjadikan pengurusan produksi menjadi satu masalah apabila dengan tiba-tiba mereka bertindak agresif dan timbul pergaduhan. Biarpun ini merupakan acara bersifat hiburan, tetap wujud juga kemungkinan besar wujud pergaduhan dianatara fan club peminat dari artis-artis yang bertanding. Selain itu, kelakuan penonton yang membawa masuk makanan dan minuman di dalam stadium juga dianggap sebagai ancaman kerana berkemungkinan besar penonton akan membuang sampah merata-rata dan risau mengancam penonton yang berada di aras bawah dengan balingan sisa makanan ataupun minuman atau lebih bahaya objek keras. Jadi ia juga dianggap satu ancaman besar pada pihak produksi.

Di dalam pemilihan tempat, pihak produksi juga mengambil kira faktor keselamatan kerana ia melrupakan pekara penting dalam pengurusan sesuatu acara.

Keselamatan yang dimaksudkan meliputi keselamatan tetamu, keselamatan persekitaran dan keselamatan peralatan. dua jenis keselamatan yang perlu diambil perhatian ialah, persekitaran dan peralatan. Bagi keselamatan penonton, pihak pengurusan meletakkan penunjuk arah pada setiap tingkat bagi memudahkan penonton mengetahui aras kedudukan kerusi masing-masing.

Gambar 4.13: Penunjuk Arah

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Akhir sekali, didalam mengekalkan langkah keselamatan juga, pihak produksi mengambil langkah berjaga-jaga dalam keselamatan dengan pemeriksaan keselamatan di pentas utama dan persekitaran lokasi acara. Kawalan keselamatan lalu lintas yang ketat. Menyediakan pas keselamatan untuk semua krew produksi dan mengadakan taklimat keselamatan sebelum acara dijalankan bagi memastikan semua masalah dapat di kawal.

Anugerah Juara Lagu kini hampir mencecah 33 tahun pada 2019 kelak. Setiap tahun pastinya mempunyai elemen, tema, perubahan, dan pengurusan yang berbeza.

Setiap perubahan pengurusan menjadikan Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai sebuah acara yang dinantikan oleh masyarakat pada setiap tahun kerana pasti mempunyai persembahan-persembahan menarik dan kretif daripada barisan penyanyi ataupun daripada pihak pengurusan. Setiap perubahan yang dilalukan mengikut persekitaran semasa dari media telivisyen ke media digital seperti facebook, Youtube, Istagram dan sebagainya menjadikan Anugerah Juara Lagu (AJL) mampu menarik peminat dalam semua peringkat umur dan kaum di Malaysia. Selain itu, pengurusan produksi yang mementingkan perkauman seperti memasukkan senarai calon penyanyi dari kaum Cina dan India menjadikan ia variasi dalam persembahan tahunan Anugerah Juara Lagi

(AJL). Perubahan demi perubahan dari segi pengurusan produksi, pengurusan susunan persembahan dari barisan peserta, element muzik yang bersesuaian dengan masa kini menjadikan Anugerah Juara Lagu (AJL) masih kekal relevan menjadi pilihan masyarakat dalam menontonya.

Penerimaan masyarakat merupakan pekara penting dalam mengekalkan

Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai acara yang dinantikan. Pihak pengurusan Anugerah

Juara Lagu (AJL) akan memastikan setiap tahun tema yang mereka akan cuba bawakan adalah untuk kepuasan penonton di rumah yang menontonnya. Menurut penonton yang menghadiri semasa Anugerah Juara Lagu 32 baru-baru ini iaitu Encik Azli Bin Abdul

Aziz menyatakan antara pekara yang beliau akan nantikan pada Anugerah Juara Lagu

(AJL) pada setiap tahun adalah teman yang akan dibawakan oleh pihak pengurusan, persembahan pembukaan dan penutupan yang bersemangat serta kreatif.

Gambar 4.14: Persembahan pembukaan

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji Persembahan pada pembukaan selalunya diberikan lagu-lagu yang mampu menarik minat dan hati penonton di stadium atau di rumah dengan persembahan yang bertenaga. Antara artis yang mampu memeriahkan majlis pembukaan seperti Stacy,

Akim &The Majistret dan barisan artis lain-lain yang bersemangat dalam tarian dan nyanyian beliau. Bagi majlis penutupan pula menapilkan artis-artis lama dan lagu lama yang juga satu langkah mampu mengembalikan nostalgia semua penggiat seni di

Malaysia dengan turut menyanyi sekali. Persembahan pembukaan dan penutup yang bertenaga selalu diantikan oleh penonton dan menjadikan penonton di stadium dan di rumah bersemangat dalam menonton Anugerah Juara lagu (AJL).

Penerimaan masyarakat terhadap Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa kini juga adalah disebabkan persembahan daripada calon yang bertanding kreatif dan bertenaga apabila sesetengah persembahan mempunyai arrengment muzik yang berbeza dari lagu yang asal. Perubahan pembawakkan rentak lagu yang berbeza dari lagu asal atau album asal. Contohnya menampilkan arrangement muzik tradisional atau moden dalam pertandingan.

Terdapat juga composer dan artis yang mempunai daya kreatif yang tinggi apabila menjadikan lagu-lagu mereka mengikut rentak pop atau dangdut biarpun lagu asalnya berentak balada. Situasi ini terjadi didalam persembahan Aizat Amdan yang membawa lagu Sungai Lui menggunakan elemen muzik tradisional dengan menggunakan muzik angklung di dalam persembahan beliau. Selain tu, persembahan dari Datuk Sri yang merupakan perembahan yang paling dinantikan apabila beliau naik ke pentas kerana pelbagai jenis elemen muzik dan tarian yang beliau akan persembahkan.

Penggunaan props yang menarik seperti Anugerah Juara Lagu 32 baru-baru ini menampilkan persembahan daripada Khai Bahar yang menggunakan prop yang kreatif apabila prop yang digunakan melibatkan bayangan manusia, Lentern, penambahan mini pentas, dua penari yang akan menceriakan persekitaran pentas dan api menjadikan persembahan beliau semakin meriah apabila tiba masanya penyanyi itu keluar daripada pentas tambahan tersebut. Pengunaan pentas dan prop tambahan menjadikan persembahan itu tampil bertenaga dan menarik perhatian penonton untuk menjerit.

Gambar 4.15: Penggunaan props yang menarik

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Menurut En Azli juga, beliau menyatakan pilihan baju yang digayakan oleh barisan penyanyi merupakan elemen yang beliau sendiri sebagai penonton nantikan.

Tidak dapat dinafikan terdapat sesetengah fesyen pakaian penyanyi agak pelik, namun ia masih tampil dengan segar mengikut perkembangan permodenan kini. Penggunaan warna yang menarik serta pakaian yang digayakan tidak terlalu mencolok mata dan bersesuaian menyebaban Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak lagi menerima pelbagai reaksi negative daripada penonton. Selain itu, persembahan tema tradisional yang masih dinantikan seperti pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL).

Elemen budaya tradisional yang dinyanyikan oleh altimet dengan memakai pakaian tanjak dan menggunakan persembahan dikir barat dari negeri Kelantan biarpun lagu yang dibawakan adalah berunsurkan Pop-Rap namun mereka membuat perubahan arrangement muzik dalam persembahan sehingga ia tampil dengan tarikan penonton yang turut terhibur dengan persembahan beliau.

Gambar 4.16: Persembahan berunsurkan tradisional.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Selain itu, menurut En Aiman Azizi dari Shah Alam, yang juga merupakan salah seorang penonton Anugerah Juara Lagu 32 di Arena Axiata menyatakan , perubahan dari segi promosi yang dijalankan merupakan salah satu pekara yang dinantikan oleh penonton. Jika dahulu pihak pengurusan menjalankan promosi hanya melibatkan telivisyen. Kini perubahan yang dijalankan menggunakan digital media sebagai platform dalam mempergiatkan promosi dalam menggunakan Facebook, Twitter, Istagram dan lain-lain.

Penggunaan digital media menyebabkan promosi dapat tersebar dengan luas apabila ianya di kongsi oleh pengikut laman sesawang berikut selain itu, penghasilan video dan montaj yang kreatif menjadikan promosi Anugerah Juara Lagu (AJL) semakin diketahui umum.

Seterusnya adalah kerana, elemen tiga kaum dan budaya yang masih dikekalkan oleh pihak pengurusan. Setiap tahun pihak pengurusan akan menampilkan penyanyi dari pelbagai kaum di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Menjemput barisan penyanyi lama atau veteran untuk turut membuat persembahan istimewa menjadikan Anugerah Juara

Lagu (AJL) mampu menarik minat penonton dari pelbagai peringat umur di Malaysia kerana mereka dapat merasakan kenangan lama apabila melihat dan menonton persembahan dari penyanyi lama. Persembahan irama rentak melayu seperti lagu-lagu dari persembahan Nuraniza idris selalunya mampu menarik perhatian penonton kerana persembahan tersebut pastinya membawa ramai barisan penari bagi memeriahkan kawasan pentas.

Persembahan yang iaramanya adalah rentak melayu, tarian melayu, dan pakaian tradisional selalnya menjadikan penonton lebih tertarik dan tertunggu dengan persembahan khas dalam acara. Selain itu, persembaha dari barisan lagenda Rock,

Balada dan Pop yeah-yeah yang masih mendapat perhatian penonton sehingga kini apabila perubahan pebawakan lagu dimodenkan dengan rentak dan irama baru seperi pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL) baru-baru ini membuat persembahan iaitu Dato A

Rahman Hassan, Dato Awie, Siti Sarah, dan Dato Jeffry Din menyebabkan barisan penonton dan artis yang berada di stadium tambil dengan turut menari. Suasana ini mendapat pujian daripada rata-rata penonton yang menonton kerana mereka menyatakan pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) pada setiap tahun pasti akan tampilkan sesuatau yang unik dan menyeronokkan.

Gambar 4.17: Persembahan istimewa.

Sumber: Kajian Lapangan Pengkaji

Akhir sekali menurut informan yang ketiga pula iaitu, Cik Nur wafa menyatakan, pengacara majlis yang di pilih oleh pihak produksi juga sebtiasa menghiburkan hati dengan gurauan dan usikan mereka yang mencuit hati penonton. Selain itu gimik dari pengacara majlis juga meruakan elemen tarikan penting untuk penonton menonton

Anugerah Juara Lagu (AJL) ini lagi biarpun program ini sudah mencecah 32 tahun lamanya.

Pada tahun 2012 pihak pengurusan anugerah juara lagu (AJL) telah mendapat pengiktirafan ‘Anugerah Juara Lagu: Longest Running Songs & Lyrics Competition” yang diberikan oleh YB Senator Datuk Maglin yang ketika itu Timbalan Menteri

Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan Malaysia. Malaysia Book of Records turut mengangkat Anugerah Juara Lagu mewakili kategori Hiburan dan seni (Art &

Entertainment) di atas usaha dan impak terhadap industri muzik Malaysia. Seterusnya pada tahun 2017 pengurusan Anugerah Juara Lagu 31 (AJL) berjaya memenangi anugerah rancangan terbaik dalam Anugerah Skrin 2017, kemenangan ini menandakan pengurusan produksi AJL menjalankan tugasan dengan terbaik dan menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap AJL masih releven. Pada tahun 2018 Anugerah Juara

Lagu (AJL) 32 juga berjaya membuktikan satu lagi penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 6.5 juta.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan Bab ini merupakan Bab terakhir dalam kajian ini, iaitu secara keseluruhannya membincangkan mengenai cadangan dan rumusan kajian. Kajian ini telah menganalisis semua data dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan untuk dimasukkan ke dalam Bab satu hingga Bab empat. Oleh demikian, Bab lima ini akan menerangkan mengenai pendapat, cadangan dan rumusan terhadap kajian yang telah dijalankan selama ini. Cadangan yang akan dikemukakan dalam kajian ini adalah mengikut logik dan kesahihan dapatan kajian. Cadangan ini juga akan menjawab kepada objektif dan permasalahan kajian.

Kesimpulan merupakan ringkasan keseluruhan kajian iaitu dari Bab satu hingga

Bab empat. Bab satu membincangkan mengenai pengenalan kepada kajian yang dijalankan iaitu objektif kajian untuk menjelaskan matlamat-matlamat utama kajian dalam menyelesaikan permasalahan kajian yang wujud. Objektif kajian ini telah dikaji bukan sahaja kepada keinginan terhadap kajian tersebut tetapi juga untuk pembaca supaya dapat melihat peranan Anugerah Juara Lagu (AJL) kepada masyarakat. Di dalam bab ini juga kajian menyentuh skop kajian dan kepentingan kajian.

Manakala rumusan kajian pula berkaitan dengan keseluruhan kajian dan dapat memberi lebih penjelasan serta kefahaman terhadap kajian yang ingin dijalankan. Kajian dirumus mengikut hasil lebih penjelasan serta kefahaman terhadap kajian yang dijalankan. Kajian dirumus mengikut hasil dapatan melalui Bab satu hinggalah Bab empat.

Permasalahan kajian merupakan topik yang paling penting dalam sesebuah kajian. Kajian telah menganalisis dan mengkaji beberapa faktor untuk melihat permasalahan yang wujud dikalangan pihak pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL). Selain itu, tujuan tajuk ini dikaji adalah kerana ia masih belum dikaji oleh mana-mana organisasi mahupun para cendiakawan-cendiakawan lain. Kajian ini juga mendapati bahawa isu ini merupakan isu yang penting kerana melibatkan pengurusan pihak produksi yang perlu dikaji dan diberi perhatian agar penambahbaikan pada masa akan datang dapat membantu.

Bab dua pula membincangkan mengenai sorotan kesusasteraan yang akan memberi tumpuan kepada huraian buku dan ia juga adalah sebagai bukti bahawa kajian yang dikaji ini benar-benar wujud serta dapat mengetahui beberapa banyak kajian yang dijalankan oleh pengkaji lepas berkaitan dengan topik yang dikaji sekarang. Sorotan kesusateraan membantu kajian mengisi ruang-ruang kosong yang ditinggalkan oleh pengkaji lepas dimana pengkaji-pengkaji lepas hanya mengkaji sebilangan jenis pengurusan sahaja, namun hasil kajian pembacaan daripada penulisan penyelidik terdahulu terbukti bahawa tiada satupun kajian mengenai Strategi Pengurusan Tv3

Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Di samping itu, sorotan kesusasteraan ini merupakan pengumpulan idea dari penulis lain yang telah mengemukakan pandangan dari sudut sendiri atau informasi yang berkaitan dengan kajian ini. Terdapat beberapa sumber lain yang digunakan didalam kajian ini seperti buku, artikel, risalah dan lain-lain lagi untuk mengkaji maklumat yang berkaitan bagi menguatkan atau mengaitkan lagi idea dalam kajian ini. Sumber-sumber ini juga digunakan untuk membantu kajian dalam menghasilkan konsep kerangka kerja yang sangat penting dalam sesuatu kajian. Idea yang dikemukakan oleh beberapa penulis buku telah dikupas untuk mengembangkan ideanya dalam kajian ini.

Kesimpulan Bab tiga pula ialah berkaitan dengan Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data dan maklumat yang tepat. Bahagian ini secara umumnya membincangkan dengan lebih mendalam dan terperinci lagi tentang metodologi yang akan digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang Strategi

Pengurusan Tv3 Dalam Melaksanakan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Bagi mendapatkan hasil kajian yang baik, pengkaji menggunakan kaedah kajian seperti kaedah keperpustakaan dimana pengkaji memilih untuk mendapatkan rujukan melalui kaedah iaitu kaedah kualitatif. Tujuan kajian ini digunakan adalah untuk mengukuhkan lagi dapatan dan sumber kajian serta menyokong kajian dari segi kesahihan maklumat dan hasil data yang diperolehi supaya dapat mencapai objektif dan menyelesaikan permasalahan kajian.

Kaedah kepustakaan amat penting untuk menyelesaikan beberapa aspek mengenai pengurusan dan dijadikan bahan bukti kepada kajian yang dijalankan. Dalam kajian ini, penggunaan kaedah keperpustakaan adalah merujuk kepada buku-buku, risalah, artikel, laman web dan tesis. Bahan-bahan yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah bahan yang berkaitan dengan pengurusan pentas dan produksi.

Kesemua bahan yang diperolehi ini adalah dari Pusat Khidmat Maklumat Akademik

(PKMA) di UNIMAS, Pustaka Negeri Sarawak dan Media Prima.

Kaedah kualitatif merupakan kaedah yang dikumpul dan digunakan dalam menjalankan kajian ini untuk mendapatkan maklumat melalui temuramah, pemerhatian dan membuat catatan dan dokumentasi seperti mengambil gambar bersama informan kajian sebagai bahan bukti semasa menjalankan kajian ini. Pengkaji menemuramah informan dalam bidang yang berlainan antaranya adalah pada bahagian teknikal, set designer, props, audio director dan juga bahagian pengurusan dalaman. Kaedah ini juga akan membantu mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti kaedah pengurusan yang dilakukan oleh pihak TV3 dalam menguruskan pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Selain itu mengkaji faktor yang digunakan semasa pemilihan lokasi acara diadakan. Dan akhir sekali menganalisis impak penerimaan masyarakat terhadap Anugerah Juara Lagu

(AJL) pada masa kini.

Melalui Bab empat pula membincangkan tentang analisis dan dapatan kajian melalui kaedah temuramah yang dijalankan pada bulan febuari sebelum acara dijalankan, semasa dan selepas Anugerah Juara Lagu (AJL). Temubual dijalankan di bangunan Media Prima kerana semua krew produksi berada di satu bahagian yang sama dimana mereka akan menjalankan segala perbincangan yang melibatkan semua bahagian department. Soalan yang ditanya adalah berdasarkan tiga objektif yang ditetapkan didalam kajian ini. Di samping itu, kajian juga mendapatkan data dengan kaedah temuramah dimana pengkaji mengkaji eksekutif producer, assistant producer, producer, teknikal producer dan lain-lain. Selain itu, pengkaji juga menemuramah 10 orang awam untuk mendapatkan pendapat mereka mengenai pengurusan anugerah juara lagu (AJL).

Temuramah yang ditujukan kepada informan adalah dalam bentuk berstruktur dan temuramah tidak berstruktur. Temuramah berstruktur adalah temuramah yang berpandukan kepada senarai pertanyaan mengenai pengurusan teknikal, pentas dan sebagainya. Manakala temuramah tidak berstruktur adalah temuramah secara spontan, namun ia tetap terkawal dengan hala tuju kajian iaitu apakah pendapat mereka mengenai pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Hasil dapatan kajian ternyata bahawa pengurusan pentas Anugerah Juara Lagu

(AJL) mempunyai pelbagai langkah sebelum menjalankan acara. Pengurusan yang tersusun mengikut perancangan menjadikan acara itu dapat dijalankan dengan lancar.

Selain itu, pengurusan dari segi pemilihan tempat yang teliti melalui perancangan dan menggunakan teknik SWOT menjadikan pengurusan pihak produksi menjadi mudah.

Seterusnya, melalui hasil kajian dari Bab satu hingga empat ini telah Berjaya menyelesaikan permasalahan kajian dan mencapai ketiga-tiga objektif kajian. Oleh itu, sebagai pengurus pada masa akan datang perlulah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengurusan produksi berjalan dengan lancar agar pengurusan produksi dapat ditingkatkan. Oleh itu, dengan pelbagai strategi yang dilakukan oleh pihak pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) diharapkan dapat meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap pengurusan acara.

5.2 Cadangan Kepada Organisasi

Melalui kajian yang tekah dijalankan ini, beberapa bentuk cadangan dan idea yang perlu diketengahkan supaya strategi yang dilakukan oleh Pihak TV3 dalam pengurusan Anugerah Juara Lagu (AJL) akan lebih berkesan dalam pengurusan.

Cadangan yang akan dikemukakan adalah berkaitan dengan cara-cara penyelesaian masalah kajian.

Oleh itu, terdapat beberapa cadangan untuk menyelesaikan permasalahan kajian antaranya ialah pihak produksi perlulah memberi dan membuka peluang untuk pelajar

IPTA dan IPTS yang mengambil bidang berkaitan dengan pengurusan acara pentas dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti sukarelawan atau menjalankan latihan industri.

Ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran secara tidak langsung gambaran situasi bekerja secara nyata berkaitan dengan dunia produksi. Tindakan ini mampu melahirkan tenaga mahir kerja yang berkualiti dalam pengurusan teknikal, pentas, dan pengurusan organisasi itu sendiri.

Selain itu juga, mengembalikan persembahan dan barisan artis lama dalam membuat persembahan istimewa atau mempelbagaikan kemasukan penyanyi yang melibatkan pelbagai kaum di Malaysia. Mengembalikan persembahan barisan artis lama adalah sebuah langkah yang mampu menarik golongan berumur dimana ketika zaman mereka diputarkan lagu-lagu 60an, 70an dan 80an. Tindakan mengembalikan persembahan ini juga mampu mengembalikan aura penyanyi lama itu sendiri dan menarik golongan generasi kini berminat dalam mendengar lagu-lagu genre lama. Selain itu, persembahan yang mempelbagaikan kaum di Malaysia seperti menggabungkan artis- artis dari kaum Cina and India. Jika dahulu pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) pernah dijuarai oleh kumpulan Allycats dan Elezeberth Tan dengan persembahan dan lagu yang unik juga merupakan satu medium menarik pelbagai kaum menonton Anugerah Juara

Lagu (AJL).

5.3 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang

Terdapat banyak aspek mengenai Pengurusan Anugerah Juara (AJL) yang tidak disentuh didalam kajian ini kerana ia tidak berkaitan dan bersangkutan dengan objektif kajian yang dijalankan. Oleh yang demikian, kajian ini ingin memberi cadangan topik dan pandangan untuk kajian yang akan datang.

Cadangan-cadangan tersebut ialah memfokuskan kepada peranan pihak pengurusan dalam menjalankan pengurusan aliran ticket. Pengurusan ticket sebelum ini mempunyai masalah apabila ticket keluar lambat dan ia menjadikan penonton menanti dalam mendapatkan ticket bagi menonton Anugerah Juara Lagu (AJL) secara langsung.

Jadi dengan adanya kajian mengenai pengurusan dalam pengedaran ticket menjadi satu momentum kepada pihak pengurusan dalam memastikan ianya tidak mengalami masalah seperti lambat.

Kajian juga boleh mengkaji mengenai strategi pihak pengurusan didalam proses reka bentuk promosi. Strategi dalam menghasilkan reka bentuk promosi memainkan peranan penting. Penghasilan grafik yang menarik juga mampu menarik penonton menanti apakah kelebihan Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun ini dan seterusnya.

Penghasilan reka bentuk promosi yang menarik mampu menjadikan pengurusan tampil dengan kedudukannya yang tersendiri disamping tampil dengan megah.

Akhir sekali adalah, mengkaji pengurusan belakang tadbir dalam pengurusan artis. Pengurusan belakang tadbir selalunya mempunyai pelbagai situasi. Situasi tidak terkawal selalunya berlaku ketika acara dijalankan secara langsung. Mengkaji mengenai pengurusan belakang tadbir ini merupakan satu peluang bagi pihak produksi mengawal situasi tidak terkawal dengan menjadikan sesebuah situasi itu terkawal tidak kira berapa banyak masalah yang timbul.

RUJUKAN

Amaran, M. A. (2015). Melahirkan usahawan berjaya dalam kalangan siswazah. Kota

Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.

Alhadi, Said, and Wahyu Nanda Eka Saputra. “Integrasi Seni Kreatif dalam Konseling

dengan Pemanfaatan Seni Visual.” Jurnal Fokus Konseling, vol. 3, no. 2, 2017,

p. 108., doi:10.26638/jfk.384.2099.

Allen, P. (2011). Artist management for the music business. New York: Focal Press.

Brindle, M., & DeVereaux, C. (2015). The arts management handbook: new directions

for students and practitioners. London: Routledge, Taylor & Francis Group.

Cambridge advanced learners dictionary. (2010). Singapore: Cambridge University

Press.

Dasar & strategi pembangunan industri muzik Malaysia. (2005). Kuala Lumpur:

Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia

Dean, P. (2002). Production management: making shows happen. Marlborough:

Crowood Press.

DiMaggio, P. (1988). Managers of the arts: careers and opinions of senior administrators

of U.S. art museums, symphony orchestras, resident theatres, and local arts

agencies. Washington, D.C.: Seven Locks Press.

“Enriching the Ecosystem.” Media Prima Berhad, www.mediaprima.com.my/.

Jamaluddin, Zaharuzaman, et al. “Hubungan Amalan Pengurusan Kualiti Dan Prestasi

Organisasi Dalam Industri Pembuatan Di Malaysia.” Jurnal Teknologi, vol. 78,

no. 7, 2016, doi:10.11113/jt.v78.5825.

Kincman, L. (2017). The stage managers toolkit: templates and communication techniques to guide your theatre production from first meeting to final

performance. New York, NY: Routledge.

Krasilovsky, M. W., & Shemel, S. (2003). This business of music. United States:

Watson-Guptill Publications.

Makhbul, Z. M., Hasun, F. M., & Hanafiah, M. H. (2009). Pengurusan organisasi. Australia: Cenngage Learning.

Makhbul, z. m. (2009). pengurusan organisasi. singapore: cengage learning asia pte ltd.

Matusky, P. A., & Tan, S. B. (2017). The music of Malaysia: the classical, folk and

syncretic traditions. London and New York: Routledge. SQAS Musicology

Series

Musburger, R. B., & Kindem, G. A. (2013). Introduction to media production: the path

to digital media production. New York, United States: Focal.

Raymond, P., & Streeton, J. (2013). The RADA guide to singing on stage. London:

Methuen Drama.

Pick, J., & Anderton, M. (1999). Arts administration. London: E. & F.N. Spon.

Reese, D. E., Gross, L. S., & Gross, B. (2009). Audio production worktext: concepts,

techniques, and equipment. Amsterdam: Focal Press.

Roth, E., Allender-Zivic, J., & McGlaughlin, K. (2017). Stage management basics: a

primer for performing arts stage managers. New York: Routledge.

Shelley, S. L. (2014). A practical guide to stage lighting. New York, NY ; London:

Focal Press.

Shelley,S.L. (2013). A practical guide to stage lightning. 3rd, rev. ed. Oxford: Focal

Press. Shore, H. (1987). Arts administration and management: a guide for arts administrators

and their staffs. New York: Quorum Books.

Stevenson, A. (2007). Shorter Oxford English dictionary on historical principles.

Oxford: Oxford University Press.

Streeton, J., & Raymond, P. (2014). Singing on stage: an actors guide. London:

Bloomsbury Methuen Drama.

Tan, S. B. (1990). The performing arts in Malaysia: state and society. Asian Music, 137-

171.

Wagen, L. V., & Carlos, B. R. (2005). Event management: for tourism, cultural,

business,and sporting events. Upper Saddle River, NJ: Pearson/Prentice Hall.

LAMPIRAN 1

Senarai informan

Nama: Puan Nurhul Huda HJ Khalid

Jawatan: Eksekutif Producer Anugerah Juara Lagu (AJL)

Barisan Krew Produksi Anugerah Juara Lagu (AJL)

Project Manager : Muhd Sufian Isa - Wartawan : Faris Isa

Producer: Zamzuri Zaini (Ayau) : Zulkifli Muhammad

Assistant Producer: Josephine Phen : Mohd Nazmi

Pihak Produksi Anugerah Juara Lagu (AJL)

Lampiran 2

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Soalan Temuramah

Kajian ini adalah untuk mengkaji Strategi Pengurusan TV3 Dalam Melaksanakan

Anugerah Juara Lagu (AJL)

Pedoman: Di dalam borang temubual ini terdapat tujuh bahagian yang dipecahkan mengikut susunan. Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan akademik sahaja dan segala jawapan anda akan dijamin kerahsiaanya.

SEGALA MAKLUMAT ADALAH DIRAHSIAKAN DAN HANYA UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN

1) Boleh terangkan latar belakang tuan/ puan?

2) Berapa lama tempoh tuan/puan bekerja dan menjadi pengurus di dalam AJL ?

SIAPAKAH

- Siapakah sasaran golongan penonton TV3 atau pihak pengurusan AJL libatkan

dalam menjayakan acara ini?

- Siapakah pegawai/ pengurus AJL yang bertanggungjawab dalam memastikan

keseluruhan pengurusan AJL berjalan lancar sebelum, semasa dan selepas acara.

- Siapakah yang bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan

pentas,teknikal, dan audio berjalan dalam keadaan tersusun.?

- Siapakah yang bertanggungjawab dalam mencari lokasi sebelum acara

dijalankan.?

- Siapakah yang memberi sokongan moral kepada pihak pengurusan AJL dalam

memperkembangkan seni muzik di negara kita? Selain MEDIA PRIMA/TV3

adakah NGO dan badan kerajaan membantu dalam memperkembangkan AJL.

APAKAH

- Apakah cara atau langkah yang diambil oleh pihak TV3 / pengurusan AJL bagi

menarik minat masyarakat untuk menonton AJL.?

- Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan AJL semasa menjalankan

acara ini secara langsung atau sebelum ia berjalan?.

- Apakah faktor yang digunakan oleh pihak produksi AJL gunakan dalam

menentukan pemilihan gantian. - Apakah faktor utama yang digunakan dalam memastikan AJL masih sesuai

diadakan pada masa kini?

- Apakah medium tambahan yang digunakan dalam mempromosikan AJL?.

Bilakah

- Bilakah AJL dijalankan?

- Bilakah mulanya pihak produksi AJL akan membuat persiapan keseluruhan AJL

dari segi penghasilan promosi dan sebagainya?.

- Bilakah pihak produksi AJL akan memulakan tugasan mereka sebelum acara

dijalankan. Adakah akan memulakan tiga hari sebelum acara dijalankan atau

seminggu sebelum AJL dijalankan

KENAPA

- Kenapa TV3 menjadikan AJL sebagai sebuah acara gemilang dan ia sentiasa

dinantikan oleh penonton dan semua krew produksi?.

- Kenapa AJL sangat memainkan peranan yang besar dalam memberi

pengiktirafan kepada barisan penyanyi dan komposer lagu?.

- Jika kita lihat, penerimaan masyarakat terhadap AJL semakin kurang dari segi

penonton dalam pelbagai peringkat umur dan bangsa, Kenapa situasi ini boleh

berlaku dalam konteks pandangan tuan/puan?.

BERAPA

- Sejak AJL mula dijalankan, berapakah banyak tempat yang digunakan dalam

menjalankan acara ini?

- Berapa banyak perubahan AJL sudah dikemas kini, dan adakah ianya mengikut

perkembangan moden dalam penghasilan pentas, penggunaan lighting dan

sebagainya.?

- Berapa banyakah pembaharuan yang digubal dalam mengketegorikan jenis lagu

yang dipertandingkan di dalam AJL?. - Berapakah pegawai atau pengurus produksi yang pernah bertugas dalam

menjayakan AJL sepanjang 32 tahun AJL dijalankan?.

BAGAIMANA

- Bagaimanakah AJL mempromosikan atau menarik pengunjung untuk hadir

menyaksikan AJL secara langsung atau menarik penonton di televisyen?.

- Bagaimanakah AJL membantu penyanyi tempatan untuk mengembangkan karya

mereka dengan lebih baik?. Adakah dengan memberi anugerah, sampingan

seperti mempelbagaikan kategori pertandingan seperti anugerah vokal terbaik,

persembahan terbaik, anugerah undian penonton dan sebagainya?.

Lampiran 3

Transkrip Temu Bual.

Pengkaji: boleh terangkan latar belakang tuan/puan? Dan berapa lama tempoh tuan/puan bekerja dan menjadi pengurus di dalam AJL? Dan berapa lama tempoh tuan/puan bekerja dan menjadi pengurus di dalam AJL?

Responden :

Nama saya Nurhul Huda Binti Hj Khalid. Bertugas di Media Prima Berhad sebagai penerbit eksekutif di Jabatan Mass Entertainment Primeswork Studio (PMS) dan telah bekhidmat selama 22 tahun di Media Prima, berumur 44 tahun, asal perak dan anak bongsu dari lima adik beradik. Melanjutkan pengajian pertama di sekolah rendah & menengah di sekitar perak dan mendapat pendidikan daripada Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia (STPM) dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di ITM Shah Alam (pada ketika itu dan sekarang UITM) dalam bidang Mass Communication. Mendapat tawaran berkerja di Media Prima pada tahun 1996 yang ketika itu saya sendiri merupakan Fresh Graduate namun rezeki menyebelahi saya kerana tamat sahaja tempoh pengajian terus mendapat peluang pekerjaan. Namun pada peringkat permulaan saya hanya ditugaskan sebagai Assistend Producer (AP) dimana kami melakukan kerja di pejabat dan turun sebagai BJ (wartawan) bagi mendapatkan input dan content jalan cerita dan kini selepas berkhidmat dalam pelbagai bahagian di

PWS dan mempunyai pengalaman selama 5 tahun berturut-turut dalam mengendalikan acara terbesar dalam Malaysia iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL), kini saya telah dilantik sebagai Penerbit Eksekutif bagi rancangan Muzik-Muzik dan seterusnya mengetuai

Anugerah Juara Lagu 32 yang berlangsung pada 11 Febuari 2018 bertempat di Arena

Axiata, Bukit Jalil bermula pada pukul 9 malam.

Pengkaji: Siapakah sasaran golongan penonton TV3 atau pihak pengurusan AJL libatkan dalam menjayakan acara ini?

Responden: PN Nurhul Huda Hj Khalid

Anugerah Juara Lagu (AJL) asalnya menyasarkan semua peringkat umur, kaum dan agama yang teradapat di Malaysia. Jika kita lihat dari konsep kaum, sebelum ini AJL juga pernah melibatkan kumpulan Ellycats yang kaumnya kita sendiri tahu dari kaum india. Elizabeth tan penyanyi Malaysia yang berasal dari kaum cina, dan barisan penyanyi yang dari kaum melayu sendiri serta penyanyi kelahiran dari sabah dan

Sarawak sepeti stacy, dayang nurfaezah dan Jimmy Palikat. Jadi konsep AJL adalah menyatukan seluruh penyanyi Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Pengkaji: Siapakah pegawai/ pengurus AJL yang bertanggungjawab dalam memastikan keseluruhan pengurusan AJL berjalan lancar sebelum, semasa dan selepas acara.

Responden: Cik Josephine Phen

Bagi siapa yang bertanggungjawab dalam memastikan keseluruhan pengurusan AJL berjalan dengan lancar kalau sebelum, kami melibatkan semua bahagian yang berada di

MPB dan di bahagian mass entertainment sendiri yang bertanggungjawab adalah assistand producer. Beliau akan memastikan semua arahan, surat menyurat, tempahan teknikal, pengangkutan dan sebegainya. Selain itu, kami pihak produksi akan mengadakan perjumpaan dari pihak teknikal, pentas, dan pihak stadium sendiri bagi memastikan semua pengurusan lancar. Jika semasa dan selepas juga masih melibatkan semua pihak kerana AJL merupakan acara yang gemilang dan besar. Jadi mustahil semua pihak wajar turun semasa memasangan LED, audio system, stages dan sebagainya.

Pengkaji: Siapakah yang bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan pentas, teknikal, dan audio berjalan dalam keadaan tersusun.?

Responden: EN Zamzuri Jaini (Ayau) orang yang akan bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan pentas, teknikal dan audio berjalan lancar adalah En Sufian sebagai project manager dan dibantu saya sendiri bagi memastikan keseluruhan pemasangan ini lancar dan tiada kecederaan atau kebakaran. Jika pemasangan teknikal bagi AJL dipantau oleh abg zaidi tan yang merupakan teknikal producer. Set designer iaitu abg P.J, props iaitu rozaimi che di , audio director iaitu mohd zaidi atau wak, bagi lighting director adalah R. Nageswaran yang baru-baru ini memenangi Anugerah Skrin (ASK 2016). Jadi mereka orang yang akan bertanggungjawab dalam memastikan kesemua keperluan dalam keadaan sedia.

Pengkaji: Siapakah yang bertanggungjawab dalam mencari lokasi sebelum acara dijalankan? Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri

Bagi pemilihan lokasi, ia tanggungjawab pihak produksi dalam bawah seliaan En Sufian

Isa sebab AJL merupakan acara besar jadi ianya perlukan lokasi kawasan yang besar.

Jadi bagi AJL 32 lokasi acara akan dijalankan di stadium axiata. Sebelum ini, kami buat di axiata juga tapi disebabkan stadium ini naik taraf, jadi terpaksa tukar ke Shah Alam dan PWTC. Agak sukar buat dikawasan sana kerana ruang strategik itu agak susah nak dikawal kerana terlalu besar, dan ada sesetengah kawasan mempunyai utiliti yang berbeza dan tidak cukup menampung keperluan pihak produksi AJL. Untuk AJL, sepatutnya ianya diadakan pada bulan Januari. Namun pihak stadium memaklumkan yang bulan Januari tersebut akan diadakan perlawanan badbinton. Jadi agak tergesa-gesa pihak produksi membuat perubahan pada awal bulan dua. Jadi dia agak masalah pada produksi sebab kami dah tempahan semua bahagian pada bulan Januari dan terpaksa memaklumkan kembali ke bahagian teknikal di tukarkan kepada bulan febuari. Jadi ia bukan melibatkan teknikal sahaja malah seluruh bahagian di Media Prima dimaklumkan pekara berkenaan agar tayangan promotion tidak keluar awal. Apabila semua pengesahan tarikh baru kita dah maklumkan pada semua, akan ada crew yang turun macam kak huda, kak phen, abang ayau turun ke stadium untuk kita tengok lokasi kawasan dan mengambil ukur keseuaian saiz pentas dan sebagainya. Untuk turun ke lokasi kejadian sangat penting sebab kami kena melihat prasarana baharu stadium, kemudahan dan sebagainya di stadium baru. Sebab apa kami memilih axiata arena sebagai lokasi AJL salah satunya kemudahan pengangkutan awam seperti LRT Bukit

Jalil yang memudahkan orang awam memilih pengangkutan itu, dan sekaligus memudahkan pihak keselamatan dalam mengawal trafik lalu lintas dan dapat mengurangkan kesesakan kenderaan.

Pengkaji: Siapakah yang memberi sokongan moral kepada pihak pengurusan AJL dalam Reponden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Untuk sokongan moral sepenuhnya di bawah tanggungjawab Media Prima Berhad dan

TV3 selaku penyiar, kecuali ianya mempunyai tajaan dari pihak luar dan semuanya dari kami sendiri team AJL. Jadi setiap tajaan yang diberi kepada pihak pengurusan

Anugerah Juara Lagu merupakan sumbangan dari pihak luar dan ia juga masih di bawah tanggungjawab sepenuhnya pihak M.P.B dan TV3.

Pengkaji: Apakah cara atau langkah yang diambil oleh pihak TV3 / pengurusan

AJL bagi menarik minat masyarakat untuk menonton AJL.?

Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

AJL ini sebenarnya rancangan yang ditunggu dan dinantikan setiap tahun dan apa yang dinantikan oleh penonton adalah apakah tema AJL pada tahun ini, apakah persembahan pembukaan dan penutupan, apakah persembahan dari artis istimewa, apakah keunikan

AJL setiap tahun. Jadi rating AJL tak pernah jatuh sepanjang 32 tahun bersiaran mesti rating paling tinggi dalam 6 juta dan pada tahun ini sahaja rating mencatatkan 6.1 juta penonton yang menonton AJL secara langsung,television dan siaran Tonton On9.

Pengkaji: Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan AJL semasa menjalankan acara ini secara langsung atau sebelum ia berjalan?

Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen,

Masalah sentiasa berlaku dalam pengurusan. Dimana kita hendak mengawal keseluruhan krew produksi dalam memberi mereka kefahaman yang mendalam apakah jenis dan tema yang digunakan AJL pada setiap tahun. Untuk masalah secara langsung kami akan mengalami masalah daripada mengikut peruntukan masa yang diperlukan. Kalau semasa, masalah pada kak phen untuk control pengacara dalam memastikan mereka mengikuti skrip dan masa yang diberikan supaya mereka tidak lalai dan menyebabkan penonton bosan mendengar bebelan pengacara. Jadi agak besar peranan kak phen kat situ. Siaran ini berlangsung selama tiga jam, jadi tanggungjawab kepada kami mengikut masa yang diperuntukan dalam perjanjian. Jika sebelum AJL berlangsung selalunya kami mempunyai masalah dari segi pengurusan, tetapi kami mempunyai main power yang cukup untuk mengawal masalah tersebut.

Pengkaji: Apakah faktor yang digunakan oleh pihak produksi AJL gunakan dalam menentukan pemilihan gantian.

Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Bagi penentuan penyanyi gantian, kami menyerahkan kepada pihak asal artis tersebut untuk memilih artis gantian mereka sendiri. Jika kami yang memilih, selalunya akan menjadi isu kepada pihak kami kembali. Jadi bagi pemilihan artis gantian untuk menyanyikan lagu asal mereka, pihak artis asal dan koposer mereka mestilah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak produksi. Bagi pemilihan artis gantian selalunya mestilah menitikberatkan komitmen mereka kerana kita memerlukan komitmen mereka dalam pelbagai aspek promosi untuk iklan, menghadiri sidang media dan mereka juga selalunya akan berkampung di stadium berhari-hari bagi membuat latihan sound check dan sebagainya. Berdasarkan penglibatan artis gantian sebelum ini, terdapat juga penyanyi gantian juga mampu memenangi dalam beberapa bahagian AJL contohnya Aizat Hamdan yang mengantikan Yuna juga mampu menjadi juara keseluruhan.

Pengkaji: Apakah faktor utama yang digunakan dalam memastikan AJL masih sesuai diadakan pada masa kini?

Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Setiap tahun kami meletakkan target graf yang tinggi. Kami tidak mahu graf AJL menurun. Jadi setiap kali AJL nak bermula, kami pihak production akan mula membuat persiapan seawall mungkin. Ini bermakna tamat sahaja AJL yang lepas pada bulan januari, seawal bulan april kami akan duduk berbincang dan memikirkan tema AJL akan datang segala teknik baru dan benda baru yang ada dalam pasaran kami selalunya akan cuba mengkaji dunia berkenaan agar sesuai untuk digunakan dalam tema AJL yang akan datang. AJL ini tidak boleh diketepikan kerana selagi komposer yang terdapat di

Malaysia ni mengangkat lagu tempatan selagi itu AJL ini kekal relevan dilakukan. Jadi

AJL berperanan sebagai mengangkat komposer dan penyanyi ke atas, jadi kami akan pastikan AJL ni akan sentiasa menarik dan menghiburkan semua orang.

Pengkaji: Apakah medium tambahan yang digunakan dalam mempromosikan

AJL?

Responden: Sidang media memang penting untuk digunakan sebagai platform proses promosi. Televisyen memang digunakan sebagai promosi dan ianya sentiasa berputar di iklan kerana AJL merupakan program dibawah siaran rangkaian TV3. Bagi platform digital media, kami memang memberi keutamaan pada Istagram, Twitter dan Facebook sebagai platform paling utama kerana ia merupakan populasi perkembangan dunia yang terkini. Selain itu, langkah-langkah yang diambil utuk promosi contohnya kamu mengadakan showcase yang melibatkan kesemua finalis AJL bagi tujuan mempromosikan lagu mereka disamping membantu mempromosikan AJL secara langsung. Siaran radio juga memainkan peranan penting seperti Hot FM, Kool FM, dan

Fly FM dalam tujuan promosi dimana mereka akan mempromosikan AJL selama ianya diperlukan.

Pengkaji : Macam yang saya lihat, terdapat juga sesetengah pihak membuat video busking dan ada juga siaran radio seperti Kool FM membuat video nyanyian yang melibatkan DJ radio mereka dengan menyanyikan keseluruhan lagu-lagu finalis. Adakah itu di kira satu promotion?

Responden: Pn Aida Azira Ada yang sesetengah itu langkah dari pihak mereka sendiri. Macam Kool FM itu merupakan inisetif mereka sendiri untuk membuat video. Masuk je bulan Januari di media prima ini ibarat mulanya sesi berkempen. Jadi semua department yang ada didalam Media Prima akan membuat tugasan promosi seperti Meet & great, busking, membuat video nyanyian masing-masing. Selain itu melalui rancangan muzik-muzik juga tidak ketinggalan kerana mereka juga akan membuat promosi. Jadi acara kempen ini setiap tahun tidak sama dan ianya inisetif pihak memasing,

Pengkaji : Bilakah AJL dijalankan?

Responden: En Zamzuri, En Daniel

AJL selalunya akan diadakan pada bulan Januari dalam setiap tahun. Jika ia lewat dijalankan bermakna terdapat sedikit masalah teknikal seperti pemilihan tempat dan sebagainya. Untuk AJL 32 pada tahun ini ia dijalankan pada bulan febuari kerana terdapat masalah teknikal,

Pengkaji: Bilakah mulanya pihak produksi AJL akan membuat persiapan keseluruhan AJL dari segi penghasilan promosi dan sebagainya?

Responden: Pn Aida Azira

Tugasan kami akan bermula pada bulan april untuk membincangkan keseluruhan aspek dalam pengurusan. Untuk promosi keseluruhan akan bermula pada bulan december dan januari. Jadi semua bahagian yang terdapat didalam Media Prima akan mengambil bahagian tersendiri. Kami sebagai kepala hanya memantau keseluruhan promosi yang dijalankan.

Pengkaji : Kenapa TV3 menjadikan AJL sebagai sebuah acara gemilang dan ia sentiasa dinantikan oleh penonton dan semua krew produksi dan kenapa AJL sangat memainkan peranan yang besar dalam memberi pengiktirafan kepada barisan penyanyi dan komposer lagu?. Responden : Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Sebab AJL merupakan satu program yang paling berprestij dalam mengangkat lagu-lagu ciptaan tempatan. Kita tidak boleh matikan dia. Sebab kalau kami matikan AJL ini bermakna industri muzik kita tidak akan berkembang dengan pesat. AJL merupakan platform yang sangat baik dan berguna untuk artis-artis baharu yang sudah mempunyai album atau tidak untuk mereka tingkatkan taraf kehidupan diri. Kalau kita tengok dari dahulu lagi kuasa AJL kepada seseorang penyanyi apabila mereka berjaya melangkah ke pentas akhir AJL market mereka automatik akan naik kerana agak sukar untuk memasuki AJL. Jadi tidak mustahil setiap komposer akan memandang kehadapan dalam penghasilan lagu yang berkualiti untuk dapatkan tempat memasuki AJL. Jadi apabila mereka gagal untuk mendapat tempat ke peringkat akhir iaitu pentas AJL, semestinya mereka akan berasa sedikit ralat dan mustahil tidak kecewa. Jadi ini macam rezeki, apabila mereka menghasilkan lirik yang berkualiti berkemungkinan besar akan layak ke peringkat akhir. Situasi ini akan menyebabkan mereka lebih teguh dalam usaha untuk memasuki pentas AJL.

Pengkaji : Jika kita lihat, penerimaan masyarakat terhadap AJL semakin kurang dari segi penonton dalam pelbagai peringkat umur dan bangsa, Kenapa situasi ini boleh berlaku dalam konteks pandangan tuan/puan?.

Responden: Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Dalam pengurusan AJL setiap percalonan lagu di terima masuk. Kita menerima setiap percalonan lagu daripada setiap artis dan komposer yang menghantar lagu mereka.

Berdasarkan penghantaran itu pihak pengurusan akan memilih, jadi berdasarkan lagu yang diputarkan di radio dan mendapat permintaan pendengar luar melalui carta undian penonton kita dapat menyenarai pendek 30 buah lagu yang dicalonkan untuk saringan terakhir. Maksudnya melalui percalonan mingguan muzik-muzik kita akan berikan carta mingguan kemudian kita kita calonkan 30 buah lagu. Jadi muzik-muzik adalah ramuan kepada semua undian–undian itu sampailah ke semi final muzik-muzik. Semi final muzik-muzik yang memilih lagu-lagu untuk ke AJL adalah juri. Juri-juri yang bertauliah dapat mendengar dan menilai lagu yang layan untuk ke AJL. Pemilihan ini bukan main pilih sahaja. Bukan kerana lagu itu popular di corong radio dan ia main masuk sahaja. Ia secara keseluruhan melalui juri yang mampu menilai teknikal, tempoh dalam lagu, keberkesanan dalam penghasilan lirik dan yang lain dalam pemilihan lagu yang layan ke

AJL tapi bergantung kepada rezeki dimana tidak semestinya lagu tersebut popular dan jumlah downlood yang ramai lagu ini layak ke AJL. Orang hantar percalonan, dan kita dari pihak production membuka kepada public vote dan orang awam juga layak memilih. Jadi dari percalonan pilihan dan juri lah membawa lagu tersebut ke semi final dan langkah terakhir adalah AJL. Semasa semi final juga nyanyian dan lirik lagu mereka juga masih dinilai oleh juri. Jadi setiap juri mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan AJL membawa lagu yang berkualiti.

Pengkaji : Sejak AJL mula dijalankan, berapakah banyak tempat yang digunakan dalam menjalankan acara ini? Dan berapa banyak perubahan AJL sudah dikemas kini, dan adakah ianya mengikut perkembangan moden dalam penghasilan pentas, penggunaan lighting dan sebagainya.?

Responden : : Pn Nurhul Huda, Cik Josephine Phen, En Zamzuri, Pn Aida Azira

Terdapat 8 stadium AJL pernah melangsungkan siaran di sana. dan stadium yang paling banyak selama tempoh 32 tahun AJL bertapak dalam dunia muzik malaysia ialah Axiata

Arena, Bukit Jalil. Bagi perubahan , setiap tahun AJL mengalami perubahan mengikut trend semasa untuk menampilkan ia lebih segar dan tidak ditelan lapuk. Perkembangan dalam pengunaan lighting dan teknikal mempunyai perubahan kerana kebanyakan sistem telah diperbaharui oleh media prima sendiri selaku pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan ia diselenggara dengan baik. Bagi penghasilan pentas juga kami akan pastikan ia bersesuian dengan masa kini dari segi design, saiz pentas dan penggunaaan lampu LED yang menarik bagi menampilkan impak besar dalam penghasilan pentas.

Temu Bual Bersama Penonton Yang Hadir Ke Anugerah Juara Lagu 32 (AJL)

En Azli Bin Abdul Aziz.

Alamat – No 113 Jalan Kasturi 4D, Seksyen BB8 Bukit Beruntung, 48300 Rawang

Selagor Darul Ehsan.

Tempat Pengajian : UITM Kampus Jengka, Pahang.

Fakulti : Civil Engineering

Pengkaji :

Seperti yang En lihat dan tonton AJL sebeleum-sebelum ini, dan dibandingkan pula dengan AJL32 yang en hadir dan lihat secara live dari segi persiapan dari A-Z di Arena

Axeata ni, pada pendapat encik apa impak yang paling besar sehingga menyebabakan encik sendiri ingin turun atau tonton AJL ni setiap tahun. Tapi bila AJL ni encik berminat untuk turun adakah disebabkan promosi AJL yang menarik dan boleh dianggap gempak atau finalis untuk tahun ni En berminat sangat-sangat atau disebabkan lagu-lagu yang tercalon adalah senarai lagu yang en sendiri minat. Dan adakah en tertarik dengan setiap tahun tema yang dibawa oleh AJL?

Informan : pada pendapat saya, keinginan saya untuk turun ke AJL setiap tahun adalah disebabkan oleh minat saya yg mendalam tehadap bidang muzik disamping menyokong artis kegemaran saya, bagi saya ianya acara tahunan yang mesti kita hadir atas dasar menyokong industri seni tanah air. Kalau cakap dari segi tema yang AJL tampil pada tahun ini, memang betul saya agak tertarik dengan tema Fesyen dan Muzik yang cuba ditonjolkan pada tahun ini. Sebab melalui muzik juga mampu melahirkan fesyen yang unik. Untuk promosi juga boleh dikatakan punca utama untuk saya turun melihat AJL dengan lebih dekat sebab saya tertarik dengan promosi AJL yang saya tengok di TV dan dihadapan sogo. Macam di Sogo hari itu dia menampilkan semua finalis AJL dan mereka bernyanyi secara live tanpa muzik yang kuat juga sedap. Sebab itu saya sanggup beratur 9 feb 2018 jumaat lepas untuk mendapatkan ticket AJL yg limited sebab promosi mereka sentiasa gempak.

Pengkaji :

Untuk kekuatan teknikal seperti audio bass, adakah bagi En Azli merasakan ianya sedap didengari dan adakah En merasa puas hati dengan kekuatan teknikal didalam AJL? Dan apa pendapat en bagi lokasi ajl ini diadakan adakah ia sesuai dan selesa untuk diadakan pada akan datang?

Informan :

Dari segi teknikal, semua berjalan dengan lancar dan pada pendapat saya yang kurang mahir mengenai teknikal ni, semuanya sedap didengari dan tiada masalah teknikal sepanjang bermula sehinggalah penghujung AJL. Jadi kita boleh nampak kekuatan krew production dalam memastikan teknikal berjalan dengan baik dan tidak memekik ditelingan penonton. Untuk pemilihan tempat yang boleh dikatakan tepat dan sesuai disebabkan akses kemudahan awam yang dekat, serta fasiliti yang sempurna yang mampu tampung crowd ( penonton ) yang ramai dan berdekatan dengan station LRT memudahkan orang awam naik pengangkutan awam.

Pengkaji :

Kalau en azli lihat dari segi penggunaan lampu LED yang digunakan adakah en rasa tertarik dengan susunan dan pancaran lampu yang dipancarkan?

Dari segi sistem lighting yang dipancarkan ia sgt sempurna dengan sistem lampu yang kuat dan cantik disusun pada setiap penyanyi. Contoh persembahan orang pertama menggunakan LED yang coraknya berbeza dengan persembahan kedua dan seterusnya.

Semuanya bagi saya berjalan dengan lancar. Cuma kekurang pada AJL kali ni adalah kawasan red carpet yang kurang serta kecil namun ianya telah diselesaikan dengan persedian pentas di luar arena.

Lampiran 4

Suasana dalam dan luar Stadium semasa Anugerah Juara Lagu 32

(Sumber: Kajian Lapangan)