Tiket penerbangan tiada harga siling, lantai

KUALA LUMPUR: Tiket penerbangan domestik tidak dikenakan harga siling dan lantai bagi mengelak manipulasi syarikat operasi ketika musim perayaan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk . Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat antara kementerian dan syarikat penerbangan pada 4 September lalu. “Sebagai langkah interim, kerajaan tidak akan menetapkan harga siling dan lantai bagi mengelak harga tiket penerbangan dimanipulasi pihak berkaitan. “Keadaan itu boleh menyebabkan harga tiket menjadi lebih tinggi walaupun bukan pada musim perayaan. “Kerajaan juga akan meneruskan harga tiket ditentukan pasaran semasa yang mana syarikat penerbangan negara menetapkan kadar tambang dengan mengambil kira permintaan, keadaan ekonomi serta faktor lain,” katanya pada sesi soal jawab di , semalam. Beliau menjawab soalan asal Hasanuddin Mohd Yunus (PH-AMANAH Hulu Langat) yang mahu kerajaan menyatakan langkah terbaik bagi memastikan syarikat penerbangan tidak menaikkan harga tiket ketika musim perayaan.

Komitmen syarikat penerbangan Kamarudin berkata, kerajaan sudah mendapatkan komitmen syarikat penerbangan untuk meningkatkan kapasiti penerbangan melebihi 20 peratus bagi tempoh tujuh hari sebelum musim perayaan, khususnya laluan yang mendapat permintaan tinggi. “Kementerian akan mendapatkan kerjasama operator lapangan terbang, syarikat pengendalian darat, perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan teksi untuk melanjutkan operasi di lapangan terbang sepanjang tujuh hari terbabit. “Justeru, orang ramai dinasihatkan membuat perancangan dengan membeli tiket penerbangan lebih awal bagi mendapatkan tawaran harga lebih murah berbanding pembelian saat akhir,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN | M/S: 12 | 30 OKTOBER 2018