Tiket Penerbangan Tiada Harga Siling, Lantai KUALA LUMPUR

Tiket Penerbangan Tiada Harga Siling, Lantai KUALA LUMPUR

Tiket penerbangan tiada harga siling, lantai KUALA LUMPUR: Tiket penerbangan domestik tidak dikenakan harga siling dan lantai bagi mengelak manipulasi syarikat operasi ketika musim perayaan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar. Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat antara kementerian dan syarikat penerbangan pada 4 September lalu. “Sebagai langkah interim, kerajaan tidak akan menetapkan harga siling dan lantai bagi mengelak harga tiket penerbangan dimanipulasi pihak berkaitan. “Keadaan itu boleh menyebabkan harga tiket menjadi lebih tinggi walaupun bukan pada musim perayaan. “Kerajaan juga akan meneruskan harga tiket ditentukan pasaran semasa yang mana syarikat penerbangan negara menetapkan kadar tambang dengan mengambil kira permintaan, keadaan ekonomi serta faktor lain,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam. Beliau menjawab soalan asal Hasanuddin Mohd Yunus (PH-AMANAH Hulu Langat) yang mahu kerajaan menyatakan langkah terbaik bagi memastikan syarikat penerbangan tidak menaikkan harga tiket ketika musim perayaan. Komitmen syarikat penerbangan Kamarudin berkata, kerajaan sudah mendapatkan komitmen syarikat penerbangan untuk meningkatkan kapasiti penerbangan melebihi 20 peratus bagi tempoh tujuh hari sebelum musim perayaan, khususnya laluan yang mendapat permintaan tinggi. “Kementerian akan mendapatkan kerjasama operator lapangan terbang, syarikat pengendalian darat, perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan teksi untuk melanjutkan operasi di lapangan terbang sepanjang tujuh hari terbabit. “Justeru, orang ramai dinasihatkan membuat perancangan dengan membeli tiket penerbangan lebih awal bagi mendapatkan tawaran harga lebih murah berbanding pembelian saat akhir,” katanya. SUMBER: BERITA HARIAN | M/S: 12 | 30 OKTOBER 2018 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us