Selasa 12 Mac 2013

M A L A Y S I A

MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH AHLI

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KHAS

K A N D U N G A N

PELANTIKAN SEMULA SEORANG AHLI Mengangkat Sumpah (Halaman 1)

USUL: Pemilihan Timbalan Tuan Yang di-Pertua (Halaman 1)

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA Mengalu-alukan Perlantikan Semula Ahli (Halaman 2) MMS 12.3.2013 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia AK Brodi 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 7. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 8. “ Tuan A. Kohilan Pillay A/L G. Appu - Timbalan Menteri Luar Negeri I 9. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin - Timbalan Menteri Kewangan I 10. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar 11. “ Dato’ Boon Som A/L Inong 12. “ Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah 13. “ Puan Chew Lee Giok 14. “ Tuan Chiew Lian Keng 15. “ Datuk Chin Su Phin 16. “ Datuk Chiw Tiang Chai 17. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak) 18. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan II 19. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik) 20. “ Tuan Gan Ping Sieu (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Belia dan Sukan II“

21. “ Dato’ Sri Iris Jala @ - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 22. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman 23. “ Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

24. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh 25. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan) 26. “ Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya (Sabah) 27. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 28. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor) 29. “ Tan Sri Dr. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

30. “ Tuan Lihan Jok (Sarawak) 31. “ Dato’ Lim Nget Yoon (Pahang) MMS 12.3.2013 ii

32. Yang Berhormat Dr. Lucas bin Umbul (Sabah) 33. “ Datuk Maglin A/L Dennis D’Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

34. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit 35. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

36. “ Dato’ Maznah binti Mazlan - Timbalan Menteri Sumber Manusia

37. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor 38. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah () 39. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis) 40. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah) 41. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah 42. “ Dato’ Nallakaruppan A/L Solaimalai 43. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat 44. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim 45. “ Datuk Seri G. Palanivel - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

46. “ Datuk Pau Chiong Ung 47. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

48. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah 49. “ Puan Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu) 50. “ Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang) 51. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal 52. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka) 53. “ Tuan Saiful Izham bin Ramli (Kedah) 54. “ Tuan Subramaniam A/L Veruthasalam 55. ” Dato’ Syed Ibrahim bin Kader 56. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor) 57. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang) 58. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus 59. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu)

MMS 12.3.2013 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Dato’ Lamien bin Sawiyo

Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Che Seman bin Pa Chik

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki Yoogeswari A/P Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad Hazwani Zarifah binti Anas Siti Aishah binti Md Nasir

MMS 12.3.2013 1

MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KHAS Selasa, 12 Mac 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

PELANTIKAN SEMULA SEORANG AHLI

10.04 pg. MENGANGKAT SUMPAH

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah:

- Yang Berhormat Senator Datuk Doris Sophia AK Brodi

USUL

PEMILIHAN TIMBALAN TUAN YANG DI-PERTUA

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Perkara 56(1) Perlembagaan Persekutuan dan Peruntukan Peraturan Mesyuarat 5(1), Majlis Mesyuarat Dewan Negara akan menjalankan urusan memilih Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Saya telah menerima hanya satu cadangan nama orang yang hendak dipilih sebagai Timbalan Tuan Yang di-Pertua daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekarang Dengan segala hormatnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan cadangan Usul Memilih Timbalan Tuan Yang di-Pertua.

MMS 12.3.2013 2

10.07 pg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri ]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mencadangkan bahawa Yang Berhormat Senator Datuk Doris Sophia AK Brodi dipilih menjadi Timbalan Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, dan mengikut Peraturan Mesyuarat 5(2), Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul ini. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana seorang Ahli sahaja yang dicadangkan, dan disokong menjadi Timbalan Tuan Yang di- Pertua, maka menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 5(2), saya dengan ini memasyhurkan bahawa Yang Berhormat Datuk Doris Sophia AK Brodi dipilih menjadi Timbalan Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara... [Tepuk]

[Timbalan Tuan Yang di-Pertua memakai jubah rasmi] [Timbalan Tuan Yang di-Pertua mengangkat Sumpah Setia]

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Doris Sophia AK Brodi mengambil tempat duduknya sebagai Timbalan Tuan Yang di-Pertua di dalam Dewan ini.

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN PELANTIKAN SEMULA AHLI

10.11 pg. Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Doris Sophia AK Brodi yang dilantik sebagai Timbalan Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara dan mengalu-alukan pelantikan semula beliau. Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti mana lafaz sumpah dan ikrar taat setia yang telah dilafazkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, ingin saya mengingatkan dan juga termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut hadir bahawa kita semua hendaklah betul-betul berazam untuk memahami, menghayati, mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara yang tercinta. MMS 12.3.2013 3

Janganlah sesekali kita langgar dan mengingkari sumpah dan ikrar setia kita yang sama-sama kita dengar sebentar tadi oleh kerana ini telah menjadi kelaziman bahawa di masa sekarang ini kita perlulah betul-betul komited dalam perjuangan kepada bangsa dan negara kita. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya percaya Yang Berhormat sendiri pun telah menduduki Kerusi sebagai Timbalan Yang di-Pertua hendaklah seterusnya memberi sokongan, pemahaman dan bimbingan, taat setia kita kepada negara yang tercinta, dan bersama-sama kita mendukung, berikrar dan patuh kepada Peraturan-peraturan Perlembagaan kerana kerap kali kita dengar ramai juga Ahli-ahli kadangkala melanggar peraturan-peraturan mesyuarat dan juga Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna kita telah ingkar kepada lafaz setia sebentar tadi. Saya percaya dan yakin bahawa Yang Berhormat sebagai telah mengalami dan komited, saya percaya Yang Berhormat boleh memberikan taat setia dan kerjasama dan mendukung segala hasrat dan iltizam negara kita. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut hadir, di masa-masa kebelakangan ini telah jelas menampakkan bahawa negara kita berada dalam keadaan yang aman damai tetapi ada kalanya juga berlaku peristiwa-peristiwa yang tidak diingini sebagaimana contoh yang berlaku di Sabah baru-baru ini. Kerajaan kita ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat mestilah memahami komitmen untuk keselamatan negara dan ketenteraman awam seluruhnya. Saya mengingatkan diri saya supaya kita hendaklah sentiasa berazam dan terus memartabatkan dan memperkasakan Dewan Negara ini. Sama- samalah kita berikrar mencari jalan bagaimana kita hendak menunjukkan kepada masyarakat dan di seluruh dunia bahawa Malaysia ini mengamalkan satu sistem yang cukup baik, dan dalam suasana aman yang begitu baik, dan kita cuba untuk mempertingkatkan mutu dan komitmen kita, cara kita berhujah di dalam Dewan yang mulia ini. Janganlah mengeluarkan kata-kata yang kesat dan kadangkala mengguris perasaan orang dan ini bukan tempatnya. Dewan ini adalah dewan yang mulia. Saya percaya Ahli Yang Berhormat semua dapat mendukung hasrat yang sama-sama kita ikrarkan. Tanpa membuang masa lagi, saya berharap Ahli Yang Berhormat sebagai Timbalan Yang di-Pertua dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah dan membantu saya dalam perjalanan Dewan ini, dengan lebih cekap dan lebih beramanah. Ahli-ahli Yang Berhormat, kini selesailah Majlis Angkat Sumpah kita pada hari ini. Sekian, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.15 pagi.]