Laporan Penyata Rasmi Dewan Negara Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Laporan Penyata Rasmi Dewan Negara Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua Naskhah belum semak LAPORAN PENYATA RASMI DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 12 Rabu 23 September 2020 K A N D U N G A N USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 (Halaman 32) Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020 (Halaman 67) Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020 (Halaman 88) Rang Undang-undang Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020 (Halaman 103) DN 23.9.2020 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Rabu, 23 September 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 10.04 pg. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Lim Ban Hong] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga telah selesai semua urusan kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini, diputuskan dan diluluskan dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan” Timbalan Yang di-Pertua: Menteri? Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I [Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng]: Saya menyokong. Timbalan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua urusan kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini, diputuskan dan diluluskan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan. [Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] DN 23.9.2020 2 JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Soalan nombor 1. YB. Datuk Haji Bashir bin Haji Alias tidak hadir] Tuan Muhamad Zahid bin Md. Arip: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan. Oleh sebab Yang Berhormat Datuk Haji Bashir bin Haji Alias, bolehkah tidak soalan saya itu saya pangku? Maknanya tetap dikemukakan di dalam Dewan yang mulia ini... Timbalan Yang di-Pertua: Boleh. Tuan Muhamad Zahid bin Md. Arip: ...Saya mohon penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Kita sudahkan dahulu yang ini. Baik Yang Berhormat Senator Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim. 2. Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, cadangan penghapusan pusat-pusat penjudian haram di kawasan perumahan terutama di bandar-bandar. Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang bertanya. Memang menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia untuk mengambil perhatian yang serius bagi menangani masalah perjudian haram di dalam negara kita, sama ada yang melibatkan premis-premis haram dan juga perjudian secara online. Oleh sebab itulah, Ketua Polis Negara sentiasa mengeluarkan arahan-arahan tertentu supaya tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan jenayah judi haram ini dapat kita banteras di dalam negara kita. Di antara lain, langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia adalah mengadakan operasi bersepadu bersama dengan agensi-agensi yang lain seperti SPRM dan juga pihak berkuasa tempatan serta mengambil tindakan undang-undang, penguatkuasaan undang-undang terhadap sindiket-sindiket, ketua sindiket dan individu- individu yang terlibat. Ini sama ada kita lakukan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1957, di bawah Akta Pertaruhan 1953 dan juga tindakan yang lebih keras yang kita ambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia adalah mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUA) 2001. DN 23.9.2020 3 Bagi premis-premis yang mempunyai utiliti seperti tenaga bekalan elektrik dan juga bekalan air, pihak PDRM bekerjasama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad supaya punca-punca bekalan elektrik ini dapat kita putuskan dan juga bekalan air dengan pihak Jabatan Bekalan Air. Jadi, judi secara online ini, pihak Menteri Kewangan telah menjemput pihak KDN untuk bersama-sama membincangkan supaya akta baharu atau satu undang- undang yang lebih kita perketatkan, atau kita tambah baik untuk kita menangani masalah judi secara online. ■1010 Izinkan saya jika dibenarkan oleh Timbalan Tuan Yang di-Pertua, setakat ini, jumlah sindiket perjudian yang telah kita tumpaskan adalah 120 dan jumlah ketua sindiket atau ahli sindiket yang telah kita ambil tindakan di bawah POCA adalah seramai 240 orang. Jumlah ketua sindiket atau ahli sindiket yang kita ambil tindakan di bawah AMLA adalah empat orang dan juga premis perjudian yang telah kita batalkan permit perniagaan di bawah PBT adalah sejumlah 33. Bilangan premis yang telah kita buat pemotongan dengan kerjasama pihak TNB adalah berjumlah 1,233, dan permohonan sekatan laman web yang telah kita lakukan adalah- laman web yang telah kita sekat di bawah SKMM adalah berjumlah 1,383 dan nilai wang yang telah kita rampas untuk tahun ini adalah berjumlah RM4.9 juta iaitu menghampiri RM5 juta. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Yang Berhormat Menteri kita dan ada... Ir. Md. Nasir bin Hashim: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan daripada saya- Tuan Yang di-Pertua, di sini... [Mengangkat tangan]. Timbalan Yang di-Pertua: Sila. Ir. Md. Nasir bin Hashim: Soalan saya, adakah kerajaan akan menggubal undang- undang yang lebih ketat kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan haram ini seperti merotan dan sebagainya? Ini kerana, yang saya lihat sekarang ini, undang-undang yang ada adalah terlampau lembut dan dengan cara mendenda mereka ini semacam tidak efektif sangat. Sekian. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Memang sepertimana yang telah saya sebutkan tadi, kita pihak Kementerian Dalam Negeri sentiasa memperhalus dan berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan yang telah mengeluarkan lesen dan juga PBT yang mengeluarkan lesen perniagaan bagi sesuatu aktiviti perniagaan. Kita juga telah berbincang dengan Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan iaitu perjudian secara online mesti kita perketatkan, kita tambah baik daripada segi DN 23.9.2020 4 perundangan. Insya-Allah Yang Berhormat Senator, satu pandangan yang baik untuk kita rotan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan judi haram ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat, sila. Tuan Idris bin Haji Ahmad: Terima kasih. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan saya ialah berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan pusat perjudian haram ini. Timbul tohmahan daripada kalangan masyarakat kerana kadang-kadang report yang dibuat terhadap polis- polis yang berdekatan ataupun pihak berkuasa yang berdekatan, tiba-tiba tindakan itu tidak boleh diambil. Kadang-kadang terpaksa datangnya daripada pihak yang berjauhan untuk ambil tindakan. Jadi, apakah benar dakwaan yang berlaku selama ini terhadap kegiatan judi haram ini? Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said: Terima kasih kepada tok guru saya, Yang Berhormat Senator. Kita memandang serius bagi mana-mana anggota kita di lapangan sebagai penguat kuasa undang-undang yang terlibat dengan memberi maklumat-maklumat tertentu bila kita ingin mengadakan penguatkuasaan undang-undang seperti operasi dan sebagainya. Kita tidak akan bertolak ansur. Oleh sebab itulah isu-isu mengenai perjudian ini kita ambil tindakan yang tegas dan kita mestilah bekerjasama seperti agensi yang saya sebutkan awal tadi iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga yang melibatkan mengeluarkan lesen perniagaan, pihak berkuasa tempatan dan juga SKMM yang kita mesti sekat daripada segi akaun-akaun yang terlibat dengan perjudian secara online ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ada lagi? Kalau tidak ada, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said. Beliau telah menjawab persoalan kita nombor dua tadi. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya pergi pula kepada Yang Berhormat Senator Tuan Muhamad Zahid bin Md. Arip. Dipersilakan. Tuan Muhamad Zahid bin Md. Arip: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, saya mulakan dengan pantun, Paya Rumput Sungai Udang; Boleh tangkap ikan pelaga; Speaker menjemput soalan mendatang; Soalan saya nombor tiga. DN 23.9.2020 5 Timbalan Yang di-Pertua: Oh, terima kasih. Tuan Muhamad Zahid bin Md. Arip: Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Nombor tiga. 3. Tuan Muhamad Zahid bin Md. Arip minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan, apakah langkah jangka pendek dan panjang bagi menyelesaikan masalah parkir khususnya melibatkan kediaman flat di Kuala Lumpur. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Seri Dr. Santhara]: Terima kasih atas soalan tadi. Yang Berhormat Senator Tuan Muhamad Zahid,
Recommended publications
  • Islamic Education in Malaysia
    Islamic Education in Malaysia RSIS Monograph No. 18 Ahmad Fauzi Abdul Hamid i i RSIS MONOGRAPH NO. 18 ISLAMIC EDUCATION IN MALAYSIA Ahmad Fauzi Abdul Hamid S. Rajaratnam School of International Studies i Copyright © 2010 Ahmad Fauzi Abdul Hamid Published by S. Rajaratnam School of International Studies Nanyang Technological University South Spine, S4, Level B4, Nanyang Avenue Singapore 639798 Telephone: 6790 6982 Fax: 6793 2991 E-mail: [email protected] Website: www.idss.edu.sg First published in 2010 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior written permission of the S. Rajaratnam School of International Studies. Body text set in 11/14 point Warnock Pro Produced by BOOKSMITH ([email protected]) ISBN 978-981-08-5952-7 ii CONTENTS 1 Introduction 1 2 Islamic Education 7 3 Introductory Framework and Concepts 7 4 Islamic Education in Malaysia: 13 The Pre-independence Era 5 Islamic Education in Malaysia: 25 The Independence and Post-Independence Era 6 The Contemporary Setting: Which Islamic 44 Education in Malaysia? 7 The Darul Arqam—Rufaqa’—Global Ikhwan 57 Alternative 8 Concluding Analysis 73 Appendixes 80 Bibliography 86 iii The RSIS/IDSS Monograph Series Monograph No. Title 1 Neither Friend Nor Foe Myanmar’s Relations with Thailand since 1988 2 China’s Strategic Engagement with the New ASEAN 3 Beyond Vulnerability? Water in Singapore-Malaysia Relations 4 A New Agenda for the ASEAN Regional Forum 5 The South China Sea Dispute in Philippine Foreign Policy Problems, Challenges and Prospects 6 The OSCE and Co-operative Security in Europe Lessons for Asia 7 Betwixt and Between Southeast Asian Strategic Relations with the U.S.
    [Show full text]
  • Gandingan Muka Lama, Muka Baru Ketuai Umno Bahagian
    30 APR 2001 Umno-Rangkuman GANDINGAN MUKA LAMA, MUKA BARU KETUAI UMNO BAHAGIAN KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Persidangan perwakilan Umno bahagian yang berlangsung sepanjang bulan ini menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masing-masing mengekalkan jawatan ketua bahagian Umno Kubang Pasu dan Kepala Batas. Di KEDAH, Dr Mahathir yang menerajui Umno Kubang Pasu sejak 1974, ialah antara 11 daripada 15 ketua bahagian yang mengekalkan jawatan itu, enam daripadanya tanpa bertanding. Kemenangan tanpa bertanding jawatan ketua bahagian turut menjadi milik Penasihat Agama Perdana Menteri Datuk Paduka Abdul Hamid Othman (Sik), Setiausaha Politik Tun Daim Zainuddin, Datuk Arzmi Abdul Hamid (Merbok) dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Kulim/Bandar Baharu). Selain Menteri Besar Datuk Seri Syed Razak Syed Zain yang menang tanpa bertanding di Kuala Kedah, tiga lagi muka baru wujud setelah bekas timbalan ketua bahagian merebut jawatan ketua dengan menyingkirkan "boss" masing-masing. Mereka ialah anggota exco kerajaan negeri Datuk Zainol Mohamed Isa yang menewaskan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Raja Ariffin Raja Sulaiman di Baling; bekas anggota exco Abdul Rahman Ariffin menumpaskan Datuk Hanafi Ramli di Jerlun dan bekas anggota exco Datuk Ghazali Ibrahim menyingkirkan bekas timbalan menteri kewangan Datuk Dr Afiffuddin Omar di Padang Terap. Di bahagian Padang Terap, Jawatankuasa Pemilihan Umno Kedah memutuskan untuk menggantung aktiviti jawatankuasa baru yang dipilih, berikutan terdapat aduan mengenai kertas undi melebihi jumlah perwakilan yang diumumkan oleh pengerusi tetap semasa mesyuarat. Kes itu telah dirujuk kepada Majlis Tertinggi Umno. Pemilihan di Kedah juga menyaksikan Ketua Pemuda Umno Kulim/Bandar Baharu Azimi Daim yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, gagal mengisi jawatan timbalan ketua bahagian itu apabila tewas kepada penyandangnya, Abdul Halim Abdul Rahman.
    [Show full text]
  • Timbalan Menteri (Dikemas Kini Pada 20 April 2021)
    UNTUK KEGUNAAN RASMI SAHAJA TIMBALAN MENTERI (DIKEMAS KINI PADA 20 APRIL 2021) 1. YB Dato’ Eddin Syazlee bin Shith Timbalan Menteri Kerja Raya D.P.N.S.(NS) Kementerian Kerja Raya Tingkat 5, Blok A, Kompleks Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50580 Kuala Lumpur. (YBhg. Datin Dr. Nurul Azlin binti Dato’ 03–2771 4009 Ibrahim) 03–2711 3312 [email protected] SU: Puan Masliza Repi binti Ahmad Repi 03–2771 4009 [email protected] 2. YB Dato' Haji Kamarudin bin Jaffar Timbalan Menteri Luar Negeri D.S.N.S.(NS), B.C.M.(Mlk) Kementerian Luar Negeri Aras 3, Wisma Putra No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62602 Putrajaya. (YBhg. Datin Yushazlinda binti Yaacob) 03–8887 4605 03–8889 2826 [email protected] SU: Puan Siti Nur Hafiza binti Mansor 03–8887 4005 [email protected] 3. YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Timbalan Menteri Pertahanan Aziz Kementerian Pertahanan S.S.A.P.(Phg), D.I.M.P.(Phg), Aras 5, Wisma Pertahanan A.I.S.(Sel) Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur. (YBhg. Datin Sri Norihan binti Ayob) 03–2071 5040 03–2071 4961 1 [email protected] SU: Puan Rossila binti Ab Wahab 03–2071 5040 [email protected] 4. YB Tuan Muslimin bin Yahaya Timbalan Menteri Pendidikan I A.M.N.(Pers), P.P.T.(Sel) Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 9, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. (YBhg. Puan Hanisah binti Paiman) 03–8884 6035 03–8889 4755 [email protected] SU: Encik Muhammad Zulfadli bin Ab Rahman 03–8884 6061 [email protected] 5.
    [Show full text]
  • MTC-PJC to Build Malaysia's Longest Glulam Bridge
    timber VO L . 22 NO. 3 2016 ISSN 1394-6196 malaysiaPublished by Malaysian Timber Council New Minister and Deputy Minister of Plantation Industries and Commodities MTC dialogue with timber association members Sporting excellence with KTL floors Cover Story MTC-PJC to build Malaysia’s longest Glulam bridge 2 EDITORIAL Vol. 22 No. 3 Timber Malaysia Dear Readers, His Hon. Datuk Seri Mah Siew Keong Council’s programmes and activities are in has been appointed the new Minister of tune with the industry’s expectations and Plantation Industries and Commodities. requirements (turn to page 4). He replaces His Hon. Datuk Amar Douglas Uggah Embas who is now a Deputy Chief Under SPOTLIGHT, we highlight the HMinister in his home state of Sarawak. journey of Kim Teck Lee (KTL), a We congratulate Datuk Seri Mah on his timber-based company that started off appointment and, at the same time, thank in the mid-sixties as a sawmill but has Datuk Amar Douglas for his stewardship diversified over the past half century into during his tenure as Minister of Plantation a leading manufacturer and exporter of Industries and Commodities. Among the value added timber products including many issues that had always remained high mouldings, lam parquet and prefinished on Datuk Amar Douglas’s agenda were flooring. The most successful yet is their the Malaysia-EU FLEGT-VPA negotiations, range of high quality sports flooring which when completed will ensure a which has taken the world by storm with ‘green’ lane for Malaysia’s timber exports import orders coming from Europe, the to EU countries.
    [Show full text]
  • Teks-Ucapan-Pengumuman-Kabinet
    TEKS UCAPAN YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB PERDANA MENTERI MALAYSIA PEMBENTUKAN KABINET BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera KABINET BERORIENTASIKAN HASIL Keluarga Malaysia yang saya kasihi sekalian, 1. Segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana atas berkat dan rahmat-Nya, dapat saya mengumumkan barisan Kabinet yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. 2. Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat. Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik. 3. Umum mengetahui saya menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya. Justeru, pembentukan Kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya. 4. Saya akui bahawa kita sedang berada dalam keadaan yang getir akibat pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi dan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik negara. 5. Berdasarkan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita akan hidup bersama COVID-19 sebagai endemik, yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. 6. Dunia mencatatkan kemunculan Variant of Concern (VOC) yang lebih agresif dan rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka yang telah divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID- 19. 7. Oleh itu, kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini. Kita perlu terus mengawal segala risiko COVID-19 dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 41 Khamis 25 Julai 1996 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1] USUL-USUL: Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 - Peguam Negara-Pendakwaan Terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri -Y.B. Tuan Lim Guan Eng (Kota Me'iaka) [Ruangan 17] Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat Mengikut Peraturan 16(3) [Ruangan 97] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (Pindaan) 1996 [Ruangan 20] Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1996 [Ruangan 60] UCAPAN PENANGGUHAN: Kempen Inflasi Sifar -Y.B. Tuan Lim Guan Eng (Kota Melaka) [Ruangan 97] Ditcrhit olch: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2!KHl 25 JULAI 1996 AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATo' MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, OATo' SERI OR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, D.K.I., D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.N.M., P.I.S. (Kubang Pasu). Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, DATo' SERI ANWAR BIN IBRAHIM, D.U.P.N., S.S.A.P., S.S.S.A., D.G.S.M., S.P.N.S., S.P.D.K., D.M.P.N. (Permatang Pauh).
    [Show full text]
  • Khamis, 10 Disember 2020 Mesyuarat Dimulakan Pada Pukul 10.00 Pagi DOA [Tuan Yang Di-Pertua Mempengerusikan Mesyuarat]
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 51 Khamis 10 Disember 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 7) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 21) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 Jawatankuasa:- Jadual:- Kepala B.45 (Halaman 23) Kepala B.46 (Halaman 52) Kepala B.47 (Halaman 101) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2021 Jawatankuasa:- Kepala P.45 (Halaman 23) Kepala P.46 (Halaman 52) Kepala P.47 (Halaman 101) Meminda Jadual Di Bawah P.M. 57(2) – Mengurangkan RM45 juta Daripada Peruntukan Kepala B.47 (Halaman 82) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 83) Meminda Jadual Di Bawah P.M. 66(9) – Mengurangkan RM85,549,200 Daripada Peruntukan Kepala B.47 (Halaman 102) DR. 10.12.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Khamis, 10 Disember 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta dua minit, saya ada masalah di kawasan saya. Dua minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Padang Serai ingin sampaikan masalah-masalah rakyat di kawasan, terutama sekali PKPD telah dilanjutkan di Taman Bayam, Taman Kangkung 1 dan 2, Taman Cekur Manis, Taman Sedeli Limau, Taman Bayam Indah, Taman Halia dan Taman Kubis di kawasan Paya Besar. Parlimen Padang Serai hingga 24 Disember 2020 iaitu selama empat minggu.
    [Show full text]
  • 20 MP Pemuda BN Ikrar Tak Lompat Parti Malaysiakini.Com Aug 24, 2008 Muda Mohd Noor
    20 MP Pemuda BN ikrar tak lompat parti Malaysiakini.com Aug 24, 2008 Muda Mohd Noor Semua 20 ahli parlimen Pemuda BN membuat ikrar taat setia akan terus bersama parti itu dan tidak akan mengkhianati parti itu dan jauh sekali menyertai mana-mana parti lain. Ikrar taat setia itu dibacakan oleh ahli parlimen Petrajaya, Fadillah Yusof yang juga timbalan menteri sains, teknologi dan innovasi dalam sidang akhbar di Permatang Pauh hari ini. Selain Fadillah, mereka yang hadir di majlis tersebut termasuklah ketua Pemuda BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Razali Ibrahim (Muar), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Datuk Idris Haron (Tangga Batu), Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud). Ahli-ahli parlimen Pemuda yang turut menyatakan taat setia mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Datuk Mukhriz Mahathir (Jerlun), Raimie Unggi (Tenom), Salleh Kalbi (Silam), Datuk Liow Tiong Lai (Bentong) dan Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam). Turut berbuat demikian ialah Hou Kok Chung (Kluang), Wee Jeck Seng (Tanjong Piai), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman (Kota Samarahan), Hasbi Habibollah (Limbang/Bukit Mas) dan Chua Tee Yong (Labis). Hishammuddin terus menunjukkan borang taat setia yang telah ditandatangani oleh ahli-ahli parlimen terbabit. "Semua ahli parlimen Pemuda BN membuat ikrar sebegini rupa dan jika ada yang kata kami akan melompat parti, ia adalah kelentong semata-mata," kata Fadillah. Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Hishammuddin berkata, taat setia ini dibuat sebagai inisiatif awal bagi mengelak desas-desus mengenai ahli parlimen BN melompat parti dimanipulasi. Katanya, adalah mustahil pembangkang untuk mendapat seorang pun ahli parlimen Pemuda BN.
    [Show full text]
  • Persatuan Geologi Malaysia
    WARTA GEOLOGI GEOLOGICAL SOCIETY OF MALAYSIA PERSATUAN GEOLOGI MALAYSIA Jilid 47 APRIL Volume 47 No. 1 2021 No. 1 ISSN 0126 - 5539; e-ISSN 2682 - 7549 PP2509/07/2013(032786) RM 70.50 Warta Geologi PERSATUAN GEOLOGI MALAYSIA Editor Wan Hasiah Abdullah Geological Society of Malaysia Geological Society of Malaysia, Malaysia Council 2020/2021 Editorial Board Azman A. Ghani President : Abd. Rasid Jaapar University of Malaya, Malaysia Vice President : Ahmad Nizam Hasan Harry Doust Secretary : Farah Fazulah Abdullah Assistant Secretary : Norazianti Asmari Vrije Universiteit Amsterdam, The Netherlands Treasurer : Lim Choun Sian Robert Hall Editor : Wan Hasiah Abdullah University of London, UK Immediate Past President : Mazlan Madon Howard Johnson Councillors : Ahmad Tariq Ahmad Ziyad Imperial College London, UK Awg Mohd Faizal Awg Mohamad Hamssin Ibrahim Komoo Maryam Syazana Dzulkefli Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Tan Chun Hock Alfredo Lagmay Joy Jacqueline Pereira University of the Philippines, the Philippines Nur Iskandar Taib Lee Chai Peng Tan Boon Kong Yunus Abdul Razak University of Malaya, Malaysia Ian Metcalfe The Geological Society of Malaysia (GSM) was founded in 1967 University of New England, Australia with the aim of promoting the advancement of geoscience, Mohd. Nawawi Mohd. Nordin particularly in Malaysia and Southeast Asia. The Society has a membership of about 700 geoscientists based in Malaysia Universiti Sains Malaysia, Malaysia as well as abroad. Ng Tham Fatt Warta Geologi is published three times yearly (April, August, University of Malaya, Malaysia December) by the Society. Warta Geologi publishes peer- Peter R. Parham reviewed short geological communications and original research on Earth Science. The scope includes local and regional Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia geology, conservation geology, economic geology, engineering Joy J.
    [Show full text]
  • And AWAY! by Ili Aqilah
    www.ipohecho.com.my FREE COPY IPOH Your Voiceechoecho In The Community Since 2006 April 16 - 30, 2017 PP 14252/10/2012(031136) 30 SEN FOR DELIVERY TO YOUR DOORSTEP – ISSUE ASK YOUR NEWSVENDOR 256 100,000 print readers 1,687,057 online hits in March (verifiable) Living Costs: UP! UP! and AWAY! By Ili Aqilah sk any Malaysian and they will agree that the hike in prices on groceries and GST charges are two primary factors that create hardships in their lives. Before Athe implementation of GST, dining out used to be cheaper but nowadays, some restaurants would even charge GST on each menu item and when the bill comes, pay a further 10 per cent for service. Many now opt to cook at home, buying raw materials such as meat, vegetables and seafood at the market. While this certainly saves money, it is hard to deny how much the prices on groceries have increased over the years. Hence the question remains, with the rising cost of living, how much can we save? Continued on page 2 1001 SIDES OF IPOH nown fondly as the “Town That Tin Built”, Ipoh has its origins from the booming tin outcrops believed to be trade of the 1880s. From a humble beginning Ipoh has transformed into a bustling over 250 million years Kmetropolis bursting at its seams. The town was accorded city status in May 1988 and old. The more popular from thence there was no looking back. ones are the Kek Look Lonely Planet, the world’s largest travel portal, has accredited Ipoh as the 6th most Tong Cave, Tambun Cave preferred destination to visit in Asia.
    [Show full text]
  • Law in a Plural Society: Malaysian Experience Zaki Azmi
    BYU Law Review Volume 2012 | Issue 3 Article 1 9-1-2012 Law in a Plural Society: Malaysian Experience Zaki Azmi Follow this and additional works at: https://digitalcommons.law.byu.edu/lawreview Part of the Human Geography Commons, Law and Society Commons, Legal History Commons, and the Rule of Law Commons Recommended Citation Zaki Azmi, Law in a Plural Society: Malaysian Experience, 2012 BYU L. Rev. 689 (2012). Available at: https://digitalcommons.law.byu.edu/lawreview/vol2012/iss3/1 This Conference Proceeding is brought to you for free and open access by the Brigham Young University Law Review at BYU Law Digital Commons. It has been accepted for inclusion in BYU Law Review by an authorized editor of BYU Law Digital Commons. For more information, please contact [email protected]. 01-AZMI.FIN (DO NOT DELETE) 2/8/2013 2:39 PM Law in a Plural Society: Malaysian Experience Address Given by Former Chief Justice of Malaysia, Zaki Azmi* I. INTRODUCTION This paper concentrates mainly on how Malaysia, a country composed of many races and religions, creates and enforces its laws in order to sustain the peace that has lasted more than half a century. I have recently retired as a judge, so my view on this subject is from a judge’s perspective. Malaysia is located just north of the equator, about halfway around the world from Utah. It is geographically divided into two main regions by the South China Sea. These two regions are the Peninsula Malaysia and Sabah and Sarawak. Peninsula Malaysia was known as Malaya, but in 1963, the British colonies
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 18 Selasa 13 April 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.60 (Halaman 22) Maksud B.62 (Halaman 38) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 (Halaman 66) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 20) Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.2) 2009 Jawatankuasa:- Maksud P.62 (Halaman 38) Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.1) 2010 (Halaman 72) Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.13.4.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I.
    [Show full text]