Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Bil. 17 Isnin 6 April 2015 K A N D U N G A N UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM TAN SRI DATO’ SRI DR. HAJI JAMALUDDIN BIN DATO’ MOHD. JARJIS (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 23) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Halaman 24) Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Halaman 29) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) Menyerahkan Rang Undang-undang Kepada Jawatankuasa Pilihan (Halaman 157) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 169) Merentikan Kuat Kuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat (Halaman 216) 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Isnin, 6 April 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM TAN SRI DATO’ SRI DR. HAJI JAMALUDDIN BIN DATO’ MOHD. JARJIS Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan amat dukacita dan sedih, saya bagi pihak Yang di-Pertua memaklumkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Allahyarham Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis, Ahli Parlimen Rompin telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu, 4 April 2015 bersamaan 14 Jamadil Akhir 1436 hijriah dalam satu tragedi nahas helikopter yang turut mengorbankan lima lagi nyawa. Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada negara. Saya bagi pihak Tuan Yang di-Pertua, ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham YBhg. Puan Sri Datin Seri Dr. Kalsom bin Ismail serta seluruh ahli keluarga Allahyarham. Kia berdoa moga-moga Allah S.A.W. akan mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Allahyarham adalah seorang pemimpin berwibawa yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat. beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Rompin sejak tahun 1990 selama enam penggal dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang. Allahyarham berkebolehan tinggi, memainkan peranan yang penting terutamanya menerajui beberapa kementerian sebagai Menteri Kabinet, antaranya Menteri Kewangan Kedua, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Di samping itu Allahyarham juga telah memegang jawatan penting di dalam dan di luar negara seperti Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, dan Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Allahyarham amat bermakna di dalam negara mahupun menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Oleh yang demikian saya menjemput ahli-ahli Yang 2 Berhormat sekalian bangun. Kepada yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham dan kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit. [Semua ahli bangun membaca Al-Fatihah dan ahli-ahli bukan Islam bertafakur] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas yang menggunakan terminal KLIA 2. Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi]: Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Pengangkutan saya menzahirkan perasaan simpati yang tidak terhingga dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter AS365N2 Dauphin 9M/IGB. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan ingin saya tegaskan sekali lagi di Dewan yang mulia ini, pihak kerajaan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengetahui punca kejadian nahas tersebut. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, antara kemudahan perkhidmatan yang disediakan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di bangunan terminal KLIA2 adalah seperti berikut; (i) Perkhidmatan aero-bridge di setiap pintu berlepas sebanyak 80 aero-bridge di 68 pintu berlepas; ■1010 (iii) perkhidmatan buggy 24 jam di tempat letak kereta di seluruh Terminal KLIA2; (iv) ruang menunggu, daftar masuk, laluan khas untuk golongan OKU dan juga inclined ramp di pintu utama bangunan terminal. (v) tandas OKU di seluruh Terminal KLIA2; (vi) empat lif di ‘airside’ untuk kegunaan penumpang berkerusi roda; (vii) pertandaan braille di semua lif-lif di KLIA2; (viii) perkhidmatan kerusi roda secara percuma, ada 30 unit kerusi roda secara percuma; (viiii) kemudahan 16 buah walklator di seluruh bangunan Terminal KLIA2. Terima kasih Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan merancang menjadikan semua lapangan terbang di Malaysia mesra pengguna iaitu mempunyai kemudahan menepati piawaian dan keperluan industri khusus untuk orang kurang upaya, warga emas dan kanak- kanak? Contohnya membina laluan khas walklator yang lebih extensive, ramp dan lif yang lebih banyak, 3 tanda arah yang lebih jelas, dan susun atur lantai terutamanya susun atur kedai, gerai agar memudahkan pergerakan orang kurang upaya, warga emas dan kanak-kanak supaya lebih bersifat mesra pengguna. Satu nota khusus iaitu untuk KLIA, saya dapati bahawa susun atur pelan lantai perlu dikaji dan di struktur semula kerana penumpuan atau perhatian lebih diberikan kepada kedai-kedai yang bersifat komersial yang diletak di persimpangan jalan dan ia menjadi satu gangguan kepada pergerakan trafik. Bukan itu sahaja, ia menyebabkan kekeliruan di kalangan pengguna-pengguna khusus kepada warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri beri jawapan kepada ini. Terima kasih. Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Yang di-Pertua, mengenai penambahbaikan di KLIA2 khususnya kepada golongan kurang upaya, pihak MAHB sedang merancang untuk menambah lagi walklator. Pada tahun ini pihak MAHB akan memperuntukkan RM38 juta bagi menambah lagi 16 walklator termasuk khususnya di bahagian terminal yang ada slope, yang curang. Ini akan memberi kemudahan bukan sahaja kepada golongan kurang upaya malah kepada semua penumpang dan pengguna di KLIA2. Selain itu juga pihak pengurusan MAHB sedang merancang untuk membuka partition di terminal bagi mewujudkan satu command facilities untuk semua gate. Pada masa ini di setiap gate dia mempunyai compartments tersendiri. Jadi, dengan pembukaan compartment ini akan memudahkan ruang yang lebih luas. Di samping itu juga, seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Tinggi mengenai unit-unit komersial, pihak pengurusan juga sedang merancang untuk membuat relocation unit- unit komersial yang menyempitkan laluan. Jadi, pada tahun ini kita akan lihat banyak pembangunan yang saya sebutkan ini di KLIA bagi memberi kemudahan kepada pihak pengguna di KLIA2. Terima kasih. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu pengalaman pada tahun lepas di mana saya bawa ibu bapa saya menggunakan AirAsia untuk pergi ke luar negara. Ini memang satu pengalaman bagi saya yang paling susah bagi orang tua, khususnya kalau kita pergi ke gate tempat menunggu untuk penerbangan ke luar negara. Saya masih ingat bila kami balik ke KLIA2 kami berjalan, orang tua jalan 45 minit baru sampai ke tempat imigresen. Saya cuba lihat sama ada terdapat kereta dalam lapangan terbang itu yang boleh kita panggil mereka bawa orang tua untuk pergi ke tempat imigresen tetapi tidak dapat. [Disampuk] Maksudnya buggy. Soalan saya ialah kenapakah KLIA2 ini yang nampaknya lebih besar, lebih mewah daripada KLIA dan juga kerana ia sepatutnya untuk penerbangan kos rendah ia seolah-olah design nya adalah untuk orang-orang bersenam, untuk jalan-jalan, bersiar-siar atau bersukan dalam lapangan terbang yang begitu besar ini. Kalau kita tidak ada begitu banyak low cost flight untuk KLIA2, bolehkah kerajaan fikir sama ada kita boleh tumpukan kepada tempat yang lebih dekat supaya orang tua dan juga OKU tidak perlu berjalan begitu jauh untuk pergi ke gate yang begitu jauh. Saya lihat ia adalah unutilized. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Seputeh. 4 Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya rasa semua Ahli Yang Berhormat dari luar negeri ini semua ada pengalaman yang mana setiap kali kita guna KLIA2, we are cursing, why so far away from the place that we supposed to go. [Dewan riuh] Minta... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya cukuplah. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Penjelasan daripada pihak Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Soalannya pendek kenapa kerajaan tidak menyediakan buggy untuk orang tua dan OKU, terpaksa berjalan 45 minit. Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Yang di-Pertua, mengenai jauh ialah kerana KLIA2 ini dibina dengan mempunyai 68 gate. Jadi, khususnya kalau penerbangan antarabangsa ia memang di terminal antarabangsa. Mengenai buggy ini saya dimaklumkan bahawa untuk pengguna OKU dan juga warga emas, mereka perlu memaklumkan terlebih dahulu untuk mengguna pakai