Dewan Negara Parlimen Kedua Belas Penggal Kedua Mesyuarat Pertama
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
[Dokumen belum disemak] DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA Bil. 5 Khamis 2 April 2009 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Halaman 29) DN 2.4.2009 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA Khamis, 2 April 2009 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Tuan Yang di-Pertua: Dewan Negara menghargai kehadiran Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri... [Tepuk] 1. Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah kerajaan merancang untuk menambah peruntukan kredit mikro bagi memastikan lebih banyak perniagaan kecil mendapat akses dari kredit seperti TEKUN dan Tabung Amanah Ikhtiar memandangkan ia banyak membantu golongan tersebut meskipun jumlahnya masih terbatas. Timbalan Menteri Kewangan I [Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa dari semasa ke semasa menambahkan peruntukan kepada TEKUN dan juga kepada Amanah Ikhtiar Malaysia. Dari segi TEKUN sehingga ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM807 juta. Di samping itu di bawah Pakej Kedua Rangsangan Ekonomi, kerajaan menambah RM50 juta dan sekarang ini mengadakan produk baru iaitu satu jaminan untuk pembiayaan mikro sebanyak RM10 juta sedang dimuktamadkan. Di bawah sistem ini, apa yang berlaku ialah pembekal kepada usahawan mikro akan diberi jaminan. Sekiranya tidak dibayar oleh pembeli, akan dibayar oleh kerajaan. Usahawan mikro adalah mereka yang jumlah jualan RM250,000 ke bawah setahun dan bagi industri pertanian di bawah RM200,000. Dari segi Amanah Ikhtiar, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM573 juta di bawah belanjawan tahun 2008 telah memberi sebanyak RM100 juta untuk program kredit mikro bandar. Dari segi pembiayaan, TEKUN telah memberi pembiayaan sebanyak RM175,000 pembiayaan manakala Amanah Ikhtiar RM1.2 juta pembiayaan. Sekiranya ada individu yang tidak memperoleh pembiayaan daripada kedua-dua badan ini, mereka boleh melaporkan kepada kerajaan kerana daripada perbincangan kita dengan pihak TEKUN dan juga Amanah Ikhtiar Malaysia, bahawa semua permohonan yang layak untuk memperoleh pinjaman daripada TEKUN dan Amanah Ikhtiar telah mereka biayai. DN 2.4.2009 2 Tuan Yang di-Pertua: Bermakna kerajaan komited untuk memantapkan dan mengembangkan Program Mikro Kredit? Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh, kemudian Tuan Ahmad bin Hussin dan Dato’ Haji Ikhwan. Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah memandangkan negara sedang menghadapi kegawatan ekonomi sekarang ini, sudah tentu ada daripada peminjam-peminjam sama ada daripada TEKUN ataupun Amanah Ikhtiar ini yang mungkin menerima kesan negatif. Adakah cadangan kerajaan sama ada untuk mengurangkan kadar faedah yang dikenakan kepada peserta tersebut memandangkan keadaan yang agak sulit ataupun melanjutkan tempoh pembayaran ataupun membekukan pembayaran untuk sementara? Terima kasih. Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, dari segi TEKUN, NPLnya 14% sehingga kini di mana Yang Berhormat nyatakan tadi, ada kemungkinan di bawah keadaan ekonomi yang merosot ini, NPL mungkin akan bertambah. Dari segi Amanah Ikhtiar, NPLnya 1.2%. Di dalam perbincangan kita dengan kedua-dua pihak, sistem pembiayaan ini telah berjalan dengan begitu lancar. Buat masa ini, kerajaan belum lagi berfikir sama ada untuk kurangkan faedah TEKUN - 4%, Amanah Ikhtiar Malaysia - 10% ataupun untuk menstrukturkan pembayaran balik. Namun demikian, untuk makluman Dewan yang mulia, kerajaan telah mengambil tindakan untuk mengarahkan semua sektor perbankan sekiranya pelanggan berhadapan masalah pembayaran, mereka boleh menstrukturkan balik pinjaman kepada tempoh yang lebih panjang lagi. Saya percaya sekiranya terjadi sesuatu yang kritikal ke atas usahawan yang memerlukan kepada campur tangan kerajaan, kerajaan akan campur tangan. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Ahmad bin Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan. Soalan tambahan saya ialah Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM telah dapat membantu rakyat miskin di luar bandar yang jarang melibatkan diri di dalam dunia perbankan. Bagi rakyat miskin di bandar dan... Tuan Yang di-Pertua: Pertanyaan Yang Berhormat. Tuan Ahmad bin Hussin: ...Yang sentiasa dihantui oleh Ah Long, AIM ada menyediakan program kewangan mikro bandar. Soalan saya, apakah syarat-syarat untuk mendapatkan pembiayaan di bawah program tersebut? Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan pinjaman TEKUN? Terima kasih. Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, apa yang akan dilakukan oleh pihak TEKUN, pegawai TEKUN akan membuat penyiasatan. Syaratnya DN 2.4.2009 3 adalah viability project. Bermakna bahawa usahawan telah menjalankan perniagaan dan perniagaan itu mempunyai daya maju, satu perniagaan yang genuine. Itu syarat-syaratnya. Di samping itu, kita mesti melihat kepada cita-cita kerajaan. Kerajaan tidak semata-mata mahu usahawan mikro ini terus usahawan mikro. Maka pembiayaan berbentuk lain disediakan supaya mereka dapat graduate daripada mikro. Mikro dari segi pinjaman hanya RM50,000 ke bawah. Akan tetapi kita menyediakan peruntukan yang lebih besar di dalam bentuk lain untuk usahawan ini apabila mereka graduate, mereka boleh menjadi usahawan besar. Ini kerana dari segi natural processnya, dengan izin, usahawan bermula dengan mikro, kemudian SME dan kemudiannya menjadi usahawan besar. Jadi itulah cita-cita kerajaan. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Haji Ikhwan Salim. ■1010 Dato’ Haji Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan tambahan saya, untuk mereka yang sudah berjaya dengan pinjaman TEKUN yang kalau tidak silap saya maksimumnya RM50,000. Adakah kerajaan bercadang untuk membantu mereka terus kepada tahap yang lebih tinggi, maknanya mungkin RM150,000 hingga RM200,000. Terima kasih. Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya nyatakan tadi, di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan disediakan satu skim yang dinamakan Skim Pembiayaan MARA di mana pinjaman sebanyak RM500,000 boleh diperoleh. Setelah graduation di peringkat itu, kita menyediakan SME Bank dan kemudian di bawah SMIDEC kita mempunyai peruntukan di bawah SMIDEC. Jadi, maknanya tangga untuk naik daripada mikro kepada SME dan seterusnya itu telah disediakan oleh pihak kerajaan. 2. Puan Heng Seai Kie minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk menjana tenaga elektrik melalui proses nuklear memandangkan ia terbukti economical dalam jangka panjang. Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato' Joseph Salang anak Gandum]: Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tenaga nuklear merupakan satu daripada alternatif potensi sumber tenaga baru bagi penjanaan elektrik di negara ini. Dalam perancangan pembekalan elektrik pada masa hadapan, pihak kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menimbangkan penjanaan elektrik dari sumber nuklear sekiranya berhadapan situasi di mana ketiadaan pilihan sumber tenaga yang lain. Ini adalah berasaskan faktor bahawa kos penjanaan tenaga nuklear adalah jauh lebih murah serta mampu menghasilkan kualiti tenaga yang tinggi. DN 2.4.2009 4 Di samping itu penjanaan elektrik dari bahan api nuklear dapat menampung permintaan yang semakin meningkat serta membantu menjamin keselamatan pembekalan elektrik. Walau bagaimanapun, pendekatan bagi penjanaan elektrik menggunakan tenaga nuklear adalah tidak sama seperti pendekatan yang digunakan bagi penjanaan elektrik menggunakan bahan api sedia ada yang lain seperti arang batu dan gas. Ia melibatkan pelbagai aspek kritikal yang memerlukan perancangan yang rapi dengan lead time, dengan izin, sekurang-kurangnya selama 10 hingga 15 tahun. Justeru itu, sebelum sebarang inisiatif diambil untuk mewujudkan dasar berkaitan penggunaan tenaga nuklear, kajian dan penelitian yang menyeluruh terhadap kesediaan serta potensi negara dalam bidang ini perlu dibuat. Ini... Tuan Yang di-Pertua: Masanya sekarang jika Yang Berhormat memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengemukakan pertanyaan tambahan. Dato' Joseph Salang anak Gandum: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Puan Heng Seai Kie dan Datuk Maijol Mahap. Puan Heng Seai Kie: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah dengan merujuk kepada kebocoran radiasi yang berlaku di nuclear power plant di Chernobyl, Rusia pada tahun 1986, berhubung dengan aspek kritikal yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, adakah penjanaan tenaga elektrik melalui proses nuklear ini selamat terutama sekali terhadap masyarakat umum dan alam sekitar? Sekian. Dato' Joseph Salang anak Gandum: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Heng. Memang benar sebagai mana kita semua sedia maklum bahawa apa yang berlaku pada tahun 1986 di Chernobyl adalah sangat menakutkan masyarakat dunia berkenaan dengan penjanaan elektrik menggunakan tenaga nuklear. Walau bagaimanapun itu adalah satu insiden yang berlaku dan setelah itu tidak ada lagi berlaku di mana-mana. Adalah didapati bahawa teknologi yang sedia ada cukup selamat dan didapati