Parlimen Kedua Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Parlimen Kedua Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga Naskhah belum disemak PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 19 Rabu 14 Disember 2011 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (Halaman 33) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 49) DN 14.12.2011 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA Rabu, 14 Disember 2011 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Pau Chiong Ung minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan: (a) berapakah jumlah perbelanjaan dan bilangan notebook 1Malaysia telah pun diagihkan kepada pelajar-pelajar sehingga kini; dan (b) jumlah pelajar yang telah pun mendapat manfaat dan apakah tindakan Kementerian untuk menangani masalah penyelenggaraan komputer riba yang bermasalah. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I [Dato' Joseph Salang anak Gandum]: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung atas pertanyaan yang dikemukakan. Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng, Yang Berhormat Senator Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan dan Yang Berhormat Senator Dato' Azian bin Osman bertarikh 15, 19 dan 22 Disember 2011 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu komputer riba 1Malaysia. Setakat ini iaitu pada fasa satu dan fasa dua telah dilaksanakan yang melibatkan pengagihan sebanyak 472,900 unit komputer riba 1Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM470 juta. Bagi negeri Pulau Pinang, sejumlah 10,700 unit telah diagihkan kepada para pelajar. Pemilihan penerima komputer riba 1Malaysia adalah berdasarkan kepada kriteria kelayakan di mana penyaringan senarai penerima dilakukan oleh pejabat pelajaran daerah (PPD), sekolah-sekolah yang terlibat dan ketua masyarakat setempat. Syarikat yang berjaya dalam pembidaan perlu menyediakan pusat servis di setiap lokasi yang dibekalkan komputer riba 1Malaysia bagi menangani masalah penyelenggaraan komputer. Selain itu, pembekal juga perlu mematuhi prosedur operasi standard ( standard operating procedure ) yang digariskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). DN 14.12.2011 2 Jumlah keseluruhan komputer riba yang diperuntukkan melalui program ini adalah sebanyak satu juta unit dan berdasarkan anggaran kiraan yang dibuat inisiatif ini akan menyumbang kepada 15% penembusan jalur lebar negara bersamaan dengan satu juta langganan isi rumah di mana jumlah isi rumah terkini adalah 6.7 juta unit. Sekian, terima kasih. Tuan Pau Chiong Ung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan diberi tadi. Soalan saya ialah kita berterima kasih kepada kementerian kerana mengagihkan komputer 1Malaysia kepada pelajar-pelajar dan rakyat. Apa yang menyedihkan ialah para pelajar tidak dibenarkan menggunakan komputer tersebut di kawasan sekolah. Oleh kerana banyak kawasan pedalaman, luar bandar masih tidak mempunyai akses talian dan liputan internet, adakah kementerian merancang untuk meluaskan liputan di kawasan pedalaman luar bandar dan juga menghapuskan caj talian internet kepada para pelajar yang tinggal di kawasan yang masih belum ada akses talian internet. Yang kedua, banyak aduan diterima seperti komputer 1Malaysia tidak berkualiti dan mudah bermasalah. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri beri sedikit pandangan. Sekian, terima kasih. Dato' Joseph Salang anak Gandum: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di- Pertua, bagi menjawab pertanyaan yang pertama iaitu berkenaan dengan memperluaskan accessibility ataupun kawasan yang diliputi oleh perkhidmatan jalur lebar, ya memang tujuan kerajaan melalui kementerian kami dan SKMM sentiasa memperluaskan capaian atau coverage di tepi bandar dan juga pedalaman dan sebagaimana yang telah diumumkan bahawa SKMM sedang memperluaskan kawasan ini melalui kampung tanpa wayar dan juga sebagaimana yang telah diumumkan juga iaitu berkenaan dengan pembangunan menara telekomunikasi di T3 iaitu di area pedalaman. ■1010 Melalui terbangunnya menara-menara tersebut, maka area ataupun kawasan akan diperluaskan di mana liputan akan ada lebih-lebih lagi berkenaan dengan cellular service iaitu perkhidmatan cellular melalui 3G maka internet boleh diakses oleh pengguna-pengguna telefon bimbit yang canggih. Berkenaan dengan pertanyaan yang kedua, berkenaan dengan kualiti. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, semua komputer riba 1Malaysia yang dibekalkan walaupun jenamanya pelbagai tetapi ianya semua mengikut standard mandatori yang ditetapkan oleh SKMM. Setiap pengagihan diambil, dipilih untuk ujian oleh SKMM tidak kurang dari lima sampel iaitu lima unit komputer riba dari setiap pembekal untuk diuji dan dikaji selidik oleh SKMM. Saya percaya dengan adanya standard mandatori yang digariskan oleh SKMM, maka kita boleh percaya walaupun jenama komputer ini tidak sama tetapi standardnya atau kualitinya semua sama. Terima kasih. Tuan Ahmad bin Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penggunaan yang meluas kedua- dua medium yakni internet dan televisyen kini membentuk masyarakat yang bergantung sepenuhnya kepadanya untuk mendapat maklumat sehingga meminggirkan kandungan sesebuah buku. DN 14.12.2011 3 Budaya membaca buku di Malaysia agak rendah berbanding negara luar yang mana di Eropah, amalan membaca buku ini adalah satu budaya. Jadi, saya hendak tanya pada kementerian, adakah kementerian membuat kajian terhadap kesan negatif dan positif terhadap pelajar-pelajar yang mendapat notebook 1Malaysia. Adakah kriteria tambahan yang diguna oleh kementerian untuk memilih dan melantik pembekal-pembekal yang benar-benar berwibawa untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan seperti yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Sekian, terima kasih. Dato' Joseph Salang anak Gandum: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di- Pertua, memang disedari bahawa penggunaan komputer adalah sebagai alternatif kepada pembacaan buku-buku. Bagaimanakah impaknya kepada masyarakat di masa hadapan, itu belum kita dapat pasti walaupun memang ada pengkaji-pengkaji hendak tahu. Akan tetapi penggunaan komputer adalah fenomena yang baru dan mungkin belum kita dapat kesan dengan betul bagaimanakah impaknya. Akan tetapi saya percaya ianya adalah satu alternatif sekiranya kita pegang buku dan baca ataupun kita baca dari komputer pun sama juga. Isi kandungannya mungkin sama, hanya penerbitan buku itu tidak dicetak, ianya diterbitkan dalam komputer. Berkenaan dengan kualiti ataupun supply kualiti. Memang setiap pembekal dikaji oleh SKMM sebelum ianya diberi kawasan untuk dibekalkan komputer. Sebagaimana yang telah saya katakan, ini adalah pembida-pembida. Walaupun kita tahu bahawa pembekal yang sedia ada, pembekal yang besar- besar, memang lebih berkualiti dan pembekalan mereka mungkin – cara pembekalan dan kualiti produk mereka mungkin lebih tinggi. Akan tetapi kita mesti ingat kita harus menghidupkan juga pembekal- pembekal yang kecil. Oleh yang demikian, kita ada sedikit serba salah, walaupun kita hendak mematuhi standard yang tinggi tetapi kita juga harus ingat kehendak kita untuk menghidupkan yang kecil-kecil ini dan memupuk supaya mereka juga boleh menjadi pembekal yang besar. Terima kasih. 2. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, jumlah kedai runcit di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) di seluruh negara dan nyatakan sejauh manakah program ini dapat memodenkan prasarana kedai runcit terpilih serta mampu meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kedai runcit berkenaan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, Program Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional sedia ada bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama hypermarket tempatan dan asing sebagai tanggungjawab sosial syarikat terbabit membangunkan peruncit-peruncit tempatan. Elemen-elemen yang diterapkan dalam program transformasi ini ialah perubahan fizikal kedai, peralatan dan mesin terutamanya memperkenalkan point of sales system , pencahayaan kedai, kekemasan lantai, susun atur atau layout kedai serta program latihan kepada peruncit dalam pengurusan kedai yang lebih sistematik. DN 14.12.2011 4 Pada tahun 2011, kerajaan menyasarkan sebanyak 500 buah kedai runcit dimodenkan di seluruh negara. Sehingga 9 Disember tahun ini, sebanyak 465 buah kedai runcit termasuk kedai runcit koperasi telah berjaya dimodenkan manakala 35 buah kedai lagi dalam pelbagai peringkat pelaksanaan di seluruh negara. Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima daripada peruncit yang menyertai program ini, purata jualan mereka meningkat di antara 11% hingga 63%. Dalam masa yang sama mereka juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan kedai runcit yang lebih sistematik serta pembinaan modal insan yang lebih baik. Di samping itu, pengguna juga turut mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek TUKAR ini dan antaranya ialah pilihan barangan yang lebih banyak, lebih selesa dan produk yang dikehendaki mudah didapati di kedai tersebut. Ini secara tidak langsung akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara seperti mana sasaran Gross
Recommended publications
  • Naskhah Belum Disemak PARLIMEN KEDUABELAS PENGGAL
    Naskhah belum disemak PARLIMEN KEDUABELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 20 16 Disember 2008 Selasa K A N D U N G A N PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 1) URUSAN MESYUARAT (Halaman 2) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (Halaman 22) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 88) ii DN. 16.12.2008 AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Dilantik) 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Ir. Wong Foon Meng, D.P.M.T. (Dilantik) 3. “ Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik) 4. “ Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah (Dilantik) 5. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 6. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis) 7. “ Dato’ Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim (Kelantan) 8. “ Datuk Akbar bin Ali (Melaka) 9. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 10. “ Tan Sri Amirsham A. Aziz (Dilantik) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 11. “ Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah) 12. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak) 13. “ Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad (Dilantik) 14. “ Datuk Chandrasekar Suppiah (Dilantik) 15. “ Datuk Chew Vun Ming (Dilantik) 16. “ Tuan Chiw Tiang Chai (Dilantik) 17. “ Dato’ Daljit Singh Dalliwal 18. “ Dato Sri Empiang Jabu (Sarawak) 19. “ Dato’ Gooi Hoe Hin (P. Pinang) 20. “ Puan Heng Seai Kie (Perak) 21. “ Dato’ Ir. Hiang A Li (Pahang) 22.
    [Show full text]
  • BERNAMA.COM :: General Election 2013
    JOHOR | KEDAH | KELANTAN | MELAKA | NEGERI SEMBILAN | PAHANG | PULAU PINANG | PERAK | PERLIS | SELANGOR | TERENGGANU | SABAH | SARAWAK | W.P. KUALA LUMPUR | W.P. LABUAN | W.P. PUTRAJAYA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2013 - JOHOR GENERAL ELECTION 2013 RESULTS - JOHOR KAWASAN PILIHANRAYA PARLIMEN PERATUS UNDI NAMA-NAMA CALON DAN PARTI UNDI YANG STATUS MAJORITI & DEWAN UNDANGAN NEGERI UNDI DITOLAK DIPEROLEHI Names Of Candidates And Party Status Majority Parliament & State Constituencies Voting Votes Votes Polled Percentage Rejected 1. SUBRAMANIAM A/L K.V P140SEGAMAT 84.9 950 20037 MNG 1217 SATHASIVAM (BN) 2. DATO CHUA JUI MENG (PKR) 18820 KLH N14001 - BULOH KASAP 85.5 497 1. FIRDAUS BIN MASOD (PAS) 6078 KLH 2. NORSHIDA BINTI IBRAHIM (BN) 9448 MNG 3370 N14002 - JEMENTAH 84.4 428 1. LEE HONG TEE (BN) 10585 KLH 2. TAN CHEN CHOON (DAP) 12781 MNG 2196 P141 SEKIJANG 87.1 587 1. JULAILEY BIN JEMADI (PKR) 16927 KLH 2. ANUAR BIN ABD. MANAP (BN) 19934 MNG 3007 N14103 - PEMANIS 87 365 1. LAU CHIN HOON (BN) 10305 MNG 1329 2. NORMALA BINTI SUDIRMAN 8976 KLH (PAS) N14104 - KEMELAH 87.2 229 1. NATRAH BINTI ISMAIL (PKR) 7657 KLH 2. AYUB BIN RAHMAT (BN) 9917 MNG 2260 1. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH P142LABIS 84.9 689 15468 KLH (DAP) 2. CHUA TEE YONG (BN) 15821 MNG 353 1. MOHD AZAHAR BIN IBRAHIM N14205 - TENANG 86.3 337 7921 MNG 1586 (BN) 2. MD ZIN BIN JOHAR (PAS) 6335 KLH N14206 - BEKOK 83.8 298 1. TAN CHONG (BN) 7842 KLH 2. LIM ENG GUAN (DAP) 9243 MNG 1401 P143PAGOH 86.8 809 1.
    [Show full text]
  • Dewan Negara
    Bil. 5 Rabu 2 Mei 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 1) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA Mengalu-alukan Pelantikan Semula Ahli dan Kedatangan Ahli Baru (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 20) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - YB Tuan Khoo Soo Seang (Halaman 21) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DN 2.5.2012 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Puan Doris Sophia ak Brodi 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 7. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis) 8. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Luar Negeri I 9. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan I 10. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak) 11. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik) 12. “ Dato’ Boon Som a/l Inong (Dilantik) 13. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik) 14. “ Tuan Chiew Lian Keng (Dilantik) 15. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik) 16. “ Datuk Chiw Tiang Chai (Dilantik) 17. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak) 18. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan II 19.
    [Show full text]
  • Edisi 97 • 8 - 14 April 2018 •
    BIL 97 8 - 14 APRIL 2018 Kerana jumpa Mahathir, Gerakan Islam Pas 2 ulama dihina iktiraf peranan sekongkol Tun M sokong perjuang undang- isu undang Palestin zalim ms8 ms8 ms9 GELOMBANG perubahan kini bergerak dari utara Semenanjung menuju ke seluruh negara. Perhimpu- nan Jelajah Pakat- an Harapan (JPH) yang diadakan di Alor Setar dan Utan Aji, Perlis mendapat sambut- an luar biasa. Para pengkaji pula mera- malkan, tsunami politik Melayu sedang berlaku di Kedah. PULUHAN ribu menyertai himpunan Jelajah - Pakatan Harapan di Kedah dan Perlis dan ribuan juga yang mengikuti siaran langsung melalui Laporan penuh internet. muka 2 2 NASIONALNASIONAL EDISI 97 • 8 - 14 APRIL 2018 • Gelombang perubahan dari Utara ELOMBANG Pakatan Ha- di Kedah dan Perlis itu. rapan (PH) kini bergerak “Hebat sambutan rakyat Perlis! Gdari utara ekoran sambu- Gelombang Pakatan Harapan tan hebat pengundi di Kedah dan bakal tumbangkan kerajaan GST Perlis terhadap Jelajah Pakatan Barisan Nasional,î tulis beliau Harapan (JPH) hujung Mac lalu. dalam Facebooknya. Selepas berjaya menarik pu- Semasa JPH di Kedah, beliau luhan ribu penyokong di Kedah, menulis “Lautan manusia di Jelajah JPH membuat kejutan lagi di Perlis Pakatan Harapan Kedah sekarang sehari selepas itu, negeri yang ini. Tahniah rakyat Kedah!” selama ini kurang cenderung den- Semasa berucap di Permatang gan himpunan politik. Pauh selepas itu, Wan azizah ber- Dalam himpunan JPH di Utan kata, gelombang tsunami Melayu Aji 30 Mac lalu, ribuan rakyat Perlis sejak kebelakangan ini semakin menyertai perhimpunan yang membimbangkan Umno dan BN. dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Malah dengan menyemaraknya Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan kebangkitan ini Umno dan BN se- Azizah Ismail itu.
    [Show full text]
  • Dai-Am Mahkamah Tinggi Mai.Aya Di Johor Bahru
    DAI-AM MAHKAMAH TINGGI MAI.AYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAI(ZIM PETISYEN PILIHAN RAYA NO: 2013 Dalam petkata Seksyen 8, Seksyen 10 (a), Seksyen 26 (1), Seksyen 32 (a) 0), (.) dan (e), Seksyen 34 (b), Seksyen 35 dan Seksyen 36 Akta I(esalahan Pilihan Raya 1954 Dan Dalam petkata Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya,7954 Dan Ddam petkata Petaturan 79 Peratutan-Pemturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 Dan Dalam petkata Peratutan 3, Peratutan-Perahuan Pilihan Raya @engundian Pos) 2003 Dan Dalam perkzra, Perkara 45, 48, 49, 775 dan 779 Perlembagaan Pets ekutuan Dan Dalam petkata Pilihan Raya Umum ke-13 bagr I(awasan Patlimen P.158 Kerusi Dewan Rakyat Tebtau, Johot Darul Tzkzim untuk Pilihan Raya Umum yang diadakanpada 5 haribulan Mei 2013. ANTARA CHOONG SHIAU YOON ... PEMPETISYEN DAN 1. KHOO SOO SEANG S\N 3RAF4XLTQSDO **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2. PEGA\yAI PILIHANRAYA UMUM KE.13 BAGI KAWASAN PARLIMEN P.158 KERUSI DESTAN RAKYAT TEBRAU, IOHOR DARUL TAKZIM J. SURUHANJAYA PILIHANRAYA MAI,,TYSIA ... RESPONDEN-RESPONDEN PETISYEN PILIHAN RAYA Petisyen Choong Shiau Yoon QJRIC No. 571207-08-6171) beralamat di No 21, Jalan Suteta Ji.gg" 2, Tzrmall Suteta, 8 1 200 Johor Bahru, Johor. 1,. Pempetisyen adalah seorang calon pada pilihan nya di atas dan Lryak untuk mengemukakan petisyen ini di bawah Seksyen 34 (b) Akta I(esalahan Pilihan Raya 1.954. 2. Pempetisyen menyatakan babawa pilthantaya umum telah dijalankan pzda hari 5 Mei 2013(selepas ini dirujuk sebagai "Hari Mengundi") y*g mana Responden Pettama, Khoo Soo Seang (selepas ini dirujuk sebagai "Responden Pettamarr) y^flgmew^kili Parti Barisan Nasional dan Pempetisyen, Choong Shiau Yoon (selepas ini di-i"k sebagai "Pempetisyen") yang mewakili Pati I(eadilan Rakyat adalzh calon-calon, dan Responden ke-2, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Umum ke-13 Kawasan Padimen P.
    [Show full text]
  • 23 April 2012
    Bil. 1 Isnin 23 April 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS Diterbitkan Oleh: PENGGAL KELIMA CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA MESYUARAT PERTAMA 2012 K A N D U N G A N PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: Mengangkat Sumpah Di Luar Dewan (Halaman 1) Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Halaman 1) Memperkenankan Akta-akta (Halaman 1) Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 2) URUSAN MESYUARAT (Halaman 4) UCAPAN TAKZIAH Kematian Mendiang Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan (Halaman 4) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 4) USUL-USUL: Jalan-jalan Masuk Ke Parlimen Menjunjung Kasih Titah Ucapan (Halaman 23) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - YB Tuan Khoo Soo Seang (Halaman 23) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 53) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DN 23.4.2012 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Puan Doris Sophia ak Brodi 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik) 5. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 6. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis) 7. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Luar Negeri 8. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan 9. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak) 10. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik) 11. “ Dato’ Boon Som a/l Inong (Dilantik) 12. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik) 13.
    [Show full text]
  • Dewan Negara
    Bil . 8 Khamis 6 Mei 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 21) Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 70(1) - Pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pemilih (Halaman 21) Meminda Aturan Urusan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 13(2) (Halaman 22) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010 (Halaman 22) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 (Halaman 27) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Halaman 45) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Halaman 76) Rang Undang-undang Persaingan 2010 (Halaman 98) Rang Undang-undang Suruhanaya Persaingan 2010 (Halaman 109) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DN 6.5.2010 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah) 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik) 5. “ Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah (Dilantik) 6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 7. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis) 8. “ Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim (Kelantan) 9. “ Datuk Akbar bin Ali (Melaka) 10. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Luar Negeri I 11. “ Tan Sri Amirsham bin A. Aziz (Dilantik) 12. “ Dato’ Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan II 13.
    [Show full text]
  • 117 Tuan Khoo Soo Seang [
    SOALAN NO. : 117 DEWAN RAKYAT MALAYSIA SOALAN BUKAN LISAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DARI PAD A TUAN KHOO SOO SEANG [ TEBRAU ] NO.RUJUKAN DR043 Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan laporan terkini mengenai Biochemical Oxygen Demand (BOD) sungai di seluruh Negara dan pencapaian penguatkuasaan yang telah diambil oleh Kementerian bagi memastikan sumber air serta tadahan terpelihara. JAWAPAN: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau kualiti air sungai di seluruh Negara setiap tahun. Pada tahun 2015, sejumlah 349 atau 73 peratus daripada 477 sungai yang diawasi telah menunjukkan kandungan Biochemical Oxygen Demand (BOD) yang tinggi pada tahap tercemar sehingga melebihi 6 miligram per liter (mg/I) atau Kelas Ill, National Water Quality Standards Malaysia (NWQSM). Antara sungai-sungai yang menunjukkan kandungan BOD yang sangat tinggi iaitu melebihi Kelas V (NWQSM) ialah Sungai Semenchu, Sungai Buluh, Sungai Tukang Batu, Sungai Ayer Merah, Sungai Rambah, Sungai Sengkuang, Sungai Sebulung dan Sungai Tampoi di Negeri Johor, manakala di Negeri Pulau Pinang pula adalah Sungai Jelutong dan Sungai Rambai. Umumnya, kandungan BOD yang tinggi dalam air sungai adalah disebabkan oleh pelepasan bahan buangan organik mudah daripada pelbagai punca sama ada daripada. industri mahu pun sisa buangan daripada aktiviti komersil dan domestik. lni termasuklah air basuhan daripada pasar basah, premis-premis makanan dan kumbahan. Berdasarkan rekod tahun 2015, Jabatan Alam Sekitar berjaya menjalankan sejumlah 12,613 pemeriksaan ke atas industri yang melepaskan efluen ke alur air atau sungai. Keseluruhan pematuhan bagi industri tersebut adalah melebihi 97%. Sejumlah 154 kes telah dibicarakan bagi kesalahan berkaitan dengan pelepasan efluen atau kumbahan ke alur air dengan jumlah kutipan denda denda sebanyak RM 2,667,800.00.
    [Show full text]
  • Dewan Negara Parlimen Kedua Belas Penggal Kedua Mesyuarat Pertama
    [Dokumen belum disemak] DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA Bil. 5 Khamis 2 April 2009 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Halaman 29) DN 2.4.2009 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA Khamis, 2 April 2009 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Tuan Yang di-Pertua: Dewan Negara menghargai kehadiran Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri... [Tepuk] 1. Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah kerajaan merancang untuk menambah peruntukan kredit mikro bagi memastikan lebih banyak perniagaan kecil mendapat akses dari kredit seperti TEKUN dan Tabung Amanah Ikhtiar memandangkan ia banyak membantu golongan tersebut meskipun jumlahnya masih terbatas. Timbalan Menteri Kewangan I [Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa dari semasa ke semasa menambahkan peruntukan kepada TEKUN dan juga kepada Amanah Ikhtiar Malaysia. Dari segi TEKUN sehingga ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM807 juta. Di samping itu di bawah Pakej Kedua Rangsangan Ekonomi, kerajaan menambah RM50 juta dan sekarang ini mengadakan produk baru iaitu satu jaminan untuk pembiayaan mikro sebanyak RM10 juta sedang dimuktamadkan. Di bawah sistem ini, apa yang berlaku ialah pembekal kepada usahawan mikro akan diberi jaminan. Sekiranya tidak dibayar oleh pembeli, akan dibayar oleh kerajaan. Usahawan mikro adalah mereka yang jumlah jualan RM250,000 ke bawah setahun dan bagi industri pertanian di bawah RM200,000.
    [Show full text]
  • 10 Julai 2012
    Bil. 12 Selasa 10 Julai 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N PEMSYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: Kebenaran Bercuti (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 (Halaman 21) USUL: Menangguhkan Mesyuarat di Bawah Peraturan Mesyuarat 15(3) (Halaman 64) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: Dasar Ladang Kelapa Sawit Untuk Menyokong Penternakan -YB Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Halaman 64) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DN 10.7.2012 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 7. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 8. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Timbalan Menteri Luar Negeri I 9. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Timbalan Menteri Kewangan I 10. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak) 11. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik) 12. “ Dato’ Boon Som a/l Inong (Dilantik) 13. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik) 14. “ Tuan Chiew Lian Keng (Dilantik) 15. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik) 16. “ Datuk Chiw Tiang Chai (Dilantik) 17. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak) 18.
    [Show full text]
  • Dewan Negara
    Bil. 9 Rabu 9 Mei 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA Diterbitkan Oleh CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA PARLIMEN KEDUA BELAS 2012 PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Halaman 20) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 (Halaman 37) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 (Halaman 49) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2012 (Halaman 54) Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 (Halaman 61) Rang Undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Halaman 70) Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 (Halaman 93) Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 (Halaman 95) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Halaman 96) USUL-USUL: Meminda Aturan Urusan Mesyuarat Di Bawah P.M. 13(2) (Halaman 19) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 19) Diterbitkan Oleh CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DN 9.5.2012 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Puan Doris Sophia ak Brodi 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 7. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis) 8. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Luar Negeri I 9.
    [Show full text]
  • No. Soalan : 114 Pemberitahuan Pert Any Aan
    NO. SOALAN : 114 PEMBERITAHUAN PERT ANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN BUKAN LISAN DARIPADA YB. TUAN KHOO SOO SEANG [TEBRAU] SO ALAN YB. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah produk-produk pelancongan baharu yang dirangka oleh Kementerian sebagai strategi dalam memastikan kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa ke Malaysia, terutama di negeri Johor. 1 JAWAPAN: DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan produk-produk pelancongan berteraskan eko-pelancongan, pulau-pulau dan pantai-pantai yang indah, beli-belah, sukan dan rekreasi, agro-pelancongan serta taman-taman tema yang menarik jutaan pelancong dari dalam dan luar negara melawat Malaysia setiap tahun. Johor khasnya merupakan sebuah negeri yang mempunyai produk-produk pelancongan yang dinyatakan dan telah berjaya menarik kedatangan ramai pelancong. Untuk promosi pelancongan negeri Johor, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan Johor dalam mempromosikan 1O ikon pelancongan di negeri Johor iaitu; i. Bangunan Sultan Ibrahim; ii. Kota lskandar; iii. Muzium Diraja Sultan Abu Bakar; iv. Pulau Rawa; v. Pulau Sibu; vi. Danga Bay; vii. Taman Negara Endau Rompin; viii. Gunung Ledang; ix. Desaru; dan x. Taman Negara Tanjung Piai Tambahan itu, negeri Johor telah dipromosikan sebagai sebuah destinasi percutian berkeluarga berteraskan taman tema sebagai salah satu tarikan utama di negeri Johor seperti Legoland dan Hello Kitty. Johor juga dipromosikan sebagai destinasi beli-belah terutamanya di Johor Premium Outlet dan Bandaraya Johor Bharu. Di samping itu, Kementerian turut mempromosikan homestay sebagai salah satu tarikan utama ke negeri Johor. Terdapat 21 buah perkampungan homestay di negeri Johor yang dipromosikan untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
    [Show full text]