Laporan AGM Pauitm 2014
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MESYUARAT AGUNG KE – 4 2014 PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (2008) (PAUiTM) Persatuan Alumni UiTM Malaysia (No Pendaftaran PPM-003-10-04072009) A-1-1 Jalan Multimedia 7/AH I-City, Seksyen 7 40100 Shah Alam Selangor. Tel :03-55100091 Fax: 03-55100089 NOTIS MESYUARAT AGUNG KE EMPAT DIMAKLUMKAN, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia (2008) akan diadakan mulai jam 8.00 malam, 18hb Mei 2014 bersamaan Ahad di Concorde Hotel, 40000 Shah Alam, Selangor (Tel : 03-55100091) AGENDA 1. Ucapan dari Presiden; 2. Meneliti, mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Ketiga; 3. Perkara Berbangkit 4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan; 5. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan; 6. Membincang dan menerima usul yang diterima; 7. Lain-lain hal; Bagi pihak PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (2008) TN HJ SHUKRI ISHAK Setiausaha Agung s.k YBhg Dato Mohd Zaini Hassan – Presiden 1 Kata Alu-aluan Menteri Pendidikan II Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, UiTM berjaya melahirkan graduan sebagaimana acuan Model Graduan UiTM, ekoran kejayaan mereka dalam bidang masing-masing. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada barisan kepemimpinan Persatuan Alumni UiTM Malaysia kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab yang boleh dibanggakan dalam me- mastikan kredibiliti Alumni UiTM berada di tahap yang sepatutnya. Sesungguhnya kita memandang tinggi aspirasi serta komitmen Alumni UiTM dalam membantu menjadi- kan UiTM sebagai sebuah universiti terbilang dan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Saya juga amat tertarik dengan usaha Persatuan Alumni UiTM Malaysia menggerakkan Tabung Kebajikan Alumni UiTM RM1 Bilion yang dijangka menjadi pencetus kepada semangat ‘giving back’ dan berwakaf kepada masyarakat. Dengan kekuatan alumni yang besar dan seiring dengan semangat memberi balik itu, saya yakin kempen tabungan tersebut akan berjaya dan dapat memberi faedah kepada semua anak bangsa. Untuk pengetahuan semua, kempen seumpama itu bukanlah sesuatu yang asing dan telah menjadi “satu cara hidup” di dalam institusi alumni universiti-universiti ternama di negara-negara Barat. Sehubungan itu, selaku Penaung tabung itu, saya menyeru semua alumni UiTM khususnya dan rakyat Malaysia amnya supaya menyokong usaha Persatuan dalam menjayakan kempen tersebut. Formulanya amat mudah: 500,000 alumni x RM2,000 seorang = RM1,000,000,000.00 Di kesempatan ini juga, saya meminta semua alumni UiTM supaya tabah menghadapi pelbagai cabaran mendatang melalui persediaan pembangunan minda yang lebih terbuka, kreatif dan berkesan. Lebih penting sekali ialah faktor kerjasama dan kesatuan antara ahli-ahli alumni. Perlu diingat, kekua- tan sesuatu persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu. Melihatkan logo Persatuan Alumni UiTM Malaysia iaitu sepohon pokok, saya turunkan pepatah Melayu yang menggambarkan kekuatan: “Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.” Selamat Bersidang dan Selamat Maju Jaya. Sekian, Wasalam. YANG BERHORMAT DATO’ SERI IDRIS JUSOH, Menteri Pendidikan II 1 Kata Alu-aluan Presiden Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera ALHAMDULILLAH kita telah berusia empat tahun hari ini! Bagi seorang manusia ia sudah boleh berlari, memanjat dan cukup nakal. Namun begitu, di tahap kritikal ini ia amat memerlukan sokongan dan asuhan daripada semua pihak. Setelah mengambil alih kerusi Presiden daripada penyandang dan juga pengasas-semula Persatuan Alumni UiTM Malaysia, Yang Berbahagia, Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin Mohamed tahun lalu, kita tidak menoleh ke belakang lagi. Kita tidak mahu melihat Alumni UiTM, yang mendabik dada dengan siswazahnya yang besar iaitu 530,000; terkubur sekali lagi! Kekuatan Alumni UiTM mesti terus diperkasa. Semua chapters (gugusan) Alumni UiTM yang melata di seluruh negara dan dunia harus disatukan di bawah satu payung. Maka itu wujudlah wadah Persatuan ini. Bak kata pepatah “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” - kita tiada pilihan selain bertaut dan berganding bahu di atas satu tujuan, demi falsafah kewujudan UiTM itu sendiri. Sepanjang setahun ini, barisan kepemimpinan Persatuan telah memikirkan kaedah terbaik merangka struktur organ- isasi untuk menjalinkan hubungan dengan semua gugusan Alumni di atas nama: “Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal (padat) tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya.” Oleh itu, atas nasihat dan asuhan daripada pihak UiTM melalui Pusat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN), kami bersetuju bahawa keahlian Persatuan adalah berasaskan kepada gugusan atau chapters alumni yang secara automatik menjadi ahli Persatuan. Kepimpinan gugusan akan diletakkan di bawah Majlis Perundingan Bersama, yang akan mempunyai peluang untuk memimpin kesinambungan Persatuan ini di masa akan datang. Sepanjang setahun lalu juga, kita telah merangka pelbagai program untuk memperkenalkan kepada semua Alumni UiTM mengenai kewujudan kami. Alhamdulillah kini, fungsi dan peranan kami telah mulai diketahui. Demi Alumni UiTM, kami berikrar akan merangka pelbagai aktiviti kebajikan, pendidikan, perekonomian, ke- masyarakatan, riadah dan sebagainya. Oleh itu, saya mewakili barisan kepemimpinan Persatuan Alumni UiTM Malaysia menjemput semua Alumni UiTM: Jom bersama-sama kami! Ingatlah kepada pepatah Melayu ini: “Kuat lilit kerana simpulnya!” (Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu). Sekian, terima kasih. DATO’ MOHD ZAINI HASSAN Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia (2008) 2 PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA No. Pendaftaran : PPM-10-04072009 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA SESSI 2013-2015 Presiden : Dato Mohd Zaini Hassan Timbalan Presiden : Dato Ahmad Shafee Sabaruddin Naib Presiden 1 : Mohd Zumaidi Tambi * Naib Presiden 2 : Prof Dr Za’faran Hassan Naib Presiden 3 : Mohd Hafizi Abdul Halim Naib Presiden 4 : Datin Sri Azlina Ahmad Naib Presiden 5 : Rosli Ismail* Naib Presiden 6 : Dato Zulkifli Salleh Setiausaha Agung : Mohd Shukri Ishak Penolong Setiausaha : Afiza Abdul Aziz Bendahari : Marlia Abd Majid Penolong Bendahari : Zaifiella Farina Zainuddin AJK : Noor Akmal Kamarolzaman AJK : Mohd Nasir Harun AJK : Osman Ismail AJK : Afandi Dolah AJK : Dzul Izzat Misnon* AJK : Fairul Nazmie Osman AJK : Ruhaidah Md Salleh* AJK : Mohd Hafidz Mohd Daud* AJK : Munir Haris* AJK : Mohamad Afdhal Shahadar* AJK : Abidsa Hj Yusop* AJK : Mohd Zhafrie Johari* AJK : Paiza Idris AJK : Kamaruddin Rahmat AJK : Muhammad Izzat Eshak* * Letak jawatan atau tidak aktif. Perlukan pergantian secara lantikan 3 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE - 3 PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA (2008) Tarikh : 21hb Disember , 2012 (Jumaat) Masa : 8.00 malam Tempat : Bilik Galeri 1, Tkt 3, Hotel Concorde Shah Alam Pengerusi : YB Dato Sri Ir Mohd Zin b Mohamed AGENDA: 1. Bacaan Doa 2. Ucapan Alu-aluan oleh Presiden PAUiTM, YB Dato Sri Ir Mohd Zin bin Mohamed; 3. Ucapan dan Perasmian oleh Tetamu Jemputan Khas, YB Dr Hj Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia; 4. Jamuan Ringan 5. Mesyuarat Agung Kali Ketiga PAUiTM Malaysia. • Laporan Setiausaha bagi Aktiviti PAUiTM; • Laporan Bendahari untuk Kewangan; 6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PAUiTM bagi sessi 2011-2013; 7. Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa PAUiTM bagi sessi 2013-2015; 8. Ucapan Presiden baru; 9. Bersurai 4 PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA No. Pendaftaran : PPM-10-04072009 AGENDA PERKARA TINDAKAN Bacaan Doa Majlis dikendalikan oleh Saudara Mohd Fairul Nazmie Osman Makluman yang menjemput YBhg Dato Ahmad Shafee untuk membacakan semua doa. Kata-kata aluan dari Pengacara Majlis; 1) Mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih atas kehadiran semua Alumni ke mesyuarat pada kali ini; 2) Memaklumkan tentang meneruskan agenda yang dah lama di tunggu-tunggu; Ucapan Presiden Presiden PAUiTM, YB Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed PAUiTM menyampaikan ucapan alu-aluan; Makluman semua 1) Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir; 2) Akan melepaskan jawatan Presiden untuk diberikan kepada calon yang benar-benar boleh menggerakkan Persatuan ini. 3) Kekangan masa serta tanggungjawap di dalam parti tidak memungkinkan beliau untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Persatuan dan ini adalah satu kerugian. 4) Ini adalah AGM kali ke3 sejak penubuhan PAUiTM pada tahun 2009. Persatuan ini berbeza dengan Jabatan Alumni Induk yang dikendalikan terus oleh UiTM. Dengan lafaz Bismillah, AJK PAUiTM sessi 2011-2013 dibubarkan pada tepat jam 9.00 malam. Perlantikan Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Fairul Nazmie Osman. Makluman Pengerusi dan Afiza Abdul Aziz sebagai Pencatat Minit Mesyuarat pada kali ini. semua Pencatat Mesyuarat Pemilihan AJK Baru Pemilihan dibuka. Pencalonan dibuka kepdaa setiap jawatan. PAUiTM Keputusan untuk semua pencalonan adalah melalui undian dengan keputusan sebulat suara. Jawatan : PRESIDEN 1. YBhg Dato’ Zaini Hasan Cadangan oleh : Dato Ahmad Shafee Sokongan oleh : Dato Sri Mohd Zin Jawatan : TIMBALAN PRESIDEN 1. YBhg Dato Ahmad Shafee Sabaruddin Cadangan oleh : En Mohd Hafizi Abdul Halim Sokongan oleh : Dato Sri Mohd Zin 5 PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA No. Pendaftaran : PPM-10-04072009 AGENDA PERKARA TINDAKAN Jawatan : NAIB PRESIDEN 1. Tn Haji Zumaidi Tambi Cadangan oleh : En Mohd Zhafrie Johari Sokongan oleh : Tn Hj Shukri Ishak 2. Prof Dr Za’faran Hassan Cadangan