MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 3 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 4

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1352-MQT0126

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim [ Kuala ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah wujud keperluan untuk memberikan permit teksi kepada pihak syarikat tertentu dan bukannya secara terus kepada pemandu teksi.

2. PR-1352-MQT0123

Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rasional penutupan beberapa Institut Pendidikan Guru yang ditukar statusnya kepada kolej vokasional dan politeknik sedangkan masih timbul isu kekurangan guru di kawasan pedalaman.

3. PR-1352-MQT0121

Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah penambahbaikan yang telah dan akan dijalankan oleh Kementerian di kawasan PPR dalam memberi kesejahteraan hidup kepada golongan masyarakat bandar di negara kita.

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 3 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 28

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1352-L02694

Datuk Rozman Bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah jenis penyelidikan dan pembangunan (R&D) potensi pasaran yang telah Kementerian laksanakan melalui inisiatif yang digagaskan China 'One Belt One Road' bagi memperluaskan industri sarang burung yang mempunyai potensi besar sebagai makanan tambahan kesihatan.

2. PR-1352-L02753

Dato' Seri Dr. [ Permatang Pauh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kesan penghantaran flotila ke Myanmar pada 3 Februari 2017, apakah tindakan Kerajaan terhadap keengganan Myanmar membenarkan pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyiasat dakwaan kes bunuh, rogol dan seksa oleh tentera Myanmar terhadap Rohingya; dan sama ada Kerajaan bercadang memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar .

3. PR-1352-L01424

Dato' Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilangan akaun- akaun media sosial palsu yang telah disiasat dan dikenal pasti serta apakah tindakan penguatkuasaan dan undang-undang yang telah diambil untuk mengekang gejala penyebaran berita palsu dan fitnah.

AUM DR 3/8/2017 2

4. PR-1352-L02258

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan pelan tindakan lengkap dengan langkah-langkah strategik untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam indeks antarabangsa utama berkaitan daya saing, inovasi dan keusahawanan berasaskan teknologi serta sasaran jangka masa terdekat, pertengahan dan panjang.

5. PR-1352-L01690

Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana usaha sama awam - swasta serta perjanjian antara Kerajaan pada ketika ini bagi tujuan mempromosikan industri pelancongan kesihatan negara. Apakah inovasi mahupun perancangan masa panjang Kementerian terhadap industri ini.

6. PR-1352-L01601

Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan status eksport minyak kelapa sawit kepada negara-negara di Benua Amerika dan Eropah sepanjang tahun 2016 sehingga Jun 2017 dan bagaimanakah sokongan dan penerimaan masyarakat mereka.

7. PR-1352-L01433

Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah unit lampu jalan kampung yang akan dipasang di seluruh negara terutama di Parlimen Paya Besar menerusi Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 (LJK8) di bawah peruntukan RM100 juta yang diumumkan dalam Bajet 2017.

8. PR-1352-L02292

Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pelaksanaan program Dwi Bahasa (DLP) di seluruh negara dan kekangan-kekangan yang dihadapi dalam program tersebut.

9. PR-1352-L02417

Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai tahap Langkawi sebagai Pulau Rendah Karbon seperti pelancaran oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2015 dalam program "Langkawi Low Carbon Island 2030".

3 AUM DR 3/8/2017

10. PR-1352-L02375

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan pekerjaan yang diwujudkan antara 2013- 2016, jenis industri, negeri, kurungan gaji serta bilangan peluang pekerjaan tersebut yang dipenuhi oleh pekerja migran.

11. PR-1352-L01757

Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) adakah Kementerian mengkaji semula isu tiada kenaikan

pangkat walaupun telah berkhidmat lebih 10 tahun menjadi punca ramai doktor pakar meletak jawatan di hospital Kerajaan serta kes doktor yang terpaksa bekerja melebihi masa sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan akibat kepenatan; dan

(b) apakah Kementerian mempunyai satu pelan kerjasama antara hospital Kerajaan dan swasta dengan menawarkan kepada doktor pakar hospital swasta untuk memberi khidmat di hospital Kerajaan dalam tempoh masa tertentu.

12. PR-1352-L02526

Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dengan kebanjiran motosikal elektrik yang masuk ke negara ini, adakah pihak Kerajaan telah memberikan kebenaran untuk penggunaannya di atas jalan raya utama.

13. PR-1352-L01517

Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kementerian dapat memberikan lebih banyak lagi peruntukan untuk membina baru dan menaik taraf jalan-jalan kecil / jalan kampung terutama di Sarawak.

14. PR-1352-L02633

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dengan terperinci daripada tahun 2008 sehingga Jun 2017 jumlah peruntukan dan pengagihan mengikut jenis daripada Kementerian bagi sekolah-sekolah Cina, Tamil dan Mubaligh di seluruh negara mengikut pecahan negeri.

AUM DR 3/8/2017 4

15. PR-1352-L01883

Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah strategi Kementerian dalam menangani pertambahan bilangan warga tua menjelang tahun 2030.

16. PR-1352-L02222

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rancangan untuk membina SJKC, SJKT dan SMJK yang baru pada 2 tahun yang akan datang.

17. PR-1352-L01595

Tan Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah keuntungan dan kebaikan yang diperoleh oleh Malaysia apabila Proton memeterai perjanjian dengan rakan strategik asing.

18. PR-1352-L02035

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) jumlah yang diperlukan dan jumlah kekurangan pekerja

dalam sektor perladangan di negara ini; dan

(b) bagaimanakah Kerajaan mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor ini.

19. PR-1352-L02172

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk melonggarkan syarat penempatan persekolahan bagi kanak-kanak pelarian (refugees children) agar mereka dapat pendidikan yang sewajarnya, dalam asas kemanusiaan.

20. PR-1352-L01861

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju mengubah syarat kelayakan bantuan bulanan kebajikan yang menetapkan bahawa pendapatan keluarga penerima mesti kurang daripada RM1,000 sebulan, memandangkan gaji minimum untuk Semenanjung Malaysia telah ditetapkan pada RM1,000 sebulan.

5 AUM DR 3/8/2017

21. PR-1352-L01450

Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah [ Tambun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil kajian Kerajaan dalam menilai kenaikan pendapatan per-kapita negara dengan kualiti taraf hidup rakyat.

22. PR-1352-L01987

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada beliau akan menangani kebimbangan Dong Zong atas kekurangan komitmen Kerajaan kepada keperluan pendidikan Cina khususnya kepada dua memorandum mereka yang diberikan kepada Perdana Menteri pada tahun 2011 dan 2012, atas keperluan membina 45 sekolah SJKC tambahan dalam negara kita.

23. PR-1352-L01528

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status pelaksanaan projek MRSM seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2017.

24. PR-1352-L02150

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah pembayaran RM26.7 juta setiap tahun sebagai (Pembayaran Khas kepada Sabah melalui Artikel 112C / Artikel 112D / Bahagian IV Kurungan (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia) telah dipersetujui (oleh Kerajaan Sabah) dan kenapakah jumlah RM26.7 juta ini tidak dinaikkan kepada jumlah yang sepatutnya (mengikut 2/5 daripada kutipan cukai yang datang dari Sabah).

25. PR-1352-L02127

Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang akan diambil untuk mengekang kegiatan buli yang semakin menjadi-jadi dan mempunyai unsur jenayah, seperti contoh kebelakangan ini yang beberapa pelajar yang meninggal dunia akibat buli di sekolah, adakah tindakan tegas akan diambil oleh Kementerian untuk kes-kes buli.

26. PR-1352-L01815

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) status permohonan DOE oleh projek Mega '' Melaka

Gateway" dan jenis kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian dan apakah kesan-kesan yang perlu diatasi oleh projek tambak laut; dan

AUM DR 3/8/2017 6

(b) apakah syarat-syarat yang perlu diikuti dan bagaimanakah dengan pemantauan oleh Kementerian ini.

27. PR-1352-L01548

Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah Kerajaan untuk menggalakkan 'venture capital funding' daripada sektor swasta untuk syarikat startup bagi meningkatkan inovasi dan transformasi ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi dan strategi Kerajaan untuk membantu syarikat- syarikat "startup" selari dalam usaha menjadikan tahun 2017 sebagai tahun "startup".

28. PR-1352-L02080

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permohonan surat kelahiran dan taraf kewarganegaraan dari kalangan kaum India melalui Program Mydaftar. Berapakah daripada jumlah permohonan itu yang telah diluluskan dan nyatakan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan serta syarat-syarat yang dikenakan kepada permohonan yang dimaksudkan melalui program Mega Mydaftar.

29. PR-1352-L01603

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan sejauh mana tanah DBKL yang telah dijual kepada para pemaju tanah berjaya dibangunkan dengan mematuhi syarat- syarat yang dikenakan seperti bilangan unit rumah mampu milik, unit perniagaan dan harga yang ditawarkan dan perancangan bagi tanah yang belum dibangunkan.

30. PR-1352-L02662

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status siasatan laporan-laporan polis yang dibuat oleh Maria Chin bt Abdullah berkenaan ugutan-ugutan bunuh yang dibuat terhadapnya, keluarganya, Dato S. Ambiga dan Mandeep Singh a/l Karpall Singh di dalam laporan-laporan polis Kelana Jaya/011249/16 dan Sg Senam/008704/16.

31. PR-1352-L02235

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah rancangan dan usaha Kerajaan Pusat untuk membantu menyelesaikan masalah banjir di Parlimen Bayan Baru. Senaraikan cadangan dan nilai projek-projek tebatan banjir dari Kerajaan Pusat.

7 AUM DR 3/8/2017

32. PR-1352-L01631

Dato' Sri Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah peratus pertumbuhan perdagangan Malaysia bagi tahun 2017 dan berapakah pula perbandingan antara tahun 2016 dan 2017.

33. PR-1352-L02282

Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kementerian menetapkan satu garis panduan bagi penetapan harga getah yang diambil oleh setiap kilang. Ini kerana di Malaysia terdapat 25 buah kilang getah yang membeli getah daripada penoreh dengan harga yang berbeza-beza.

34. PR-1352-L01952

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) bilangan orang dari Sarawak yang berstatus 'bukan

warganegara' di rekod Jabatan Pendaftaran Negara; dan

(b) jumlah orang yang berjaya memohon kewarganegaraan, jumlah orang yang masih belum dapat kelulusan dan jumlah orang yang gagal memohon kewarganegaraan.

35. PR-1352-L01699

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah reaksi dan tindakan Kerajaan Pusat keatas

desakan sebilangan masyarakat, terutama sekali pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang memviralkan isu 'Malaysia Agreement 63' yang dikatakan tidak dipatuhi; dan

(b) apakah perkembangan dan keputusan yang telah dicapai oleh jawatankuasa teknikal penurunan kuasa autonomi kepada negeri Sabah dan Sarawak, seperti mana yang selalu dikatakan oleh pihak-pihak tertentu.

36. PR-1352-L02486

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional Ketua Setiausaha Perbendaharaan dilantik menjadi anggota lembaga pengarah kepada lebih 20 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti 1MDB, Petronas, TRX City Sdn. Bhd. dan lain. Apakah jumlah bayaran elaun dan fi kepada Tan Sri Irwan yang diterima daripada GLC tersebut pada tahun 2016 dan setengah tahun 2017.

AUM DR 3/8/2017 8

37. PR-1352-L02181

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah Kerajaan (khususnya atas talian) untuk menangani penyebaran pengajaran IS atau Daesh di Malaysia dan lebih penting untuk menghalang rakyat Malaysia dari pergi ke Mindanao untuk berperang di Marawi.

38. PR-1352-L02478

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci berapakah perbelanjaan yang telah PETRONAS keluarkan bagi projek-projek gergasi seperti RAPID, pelaburan di Kanada dan Brazil serta apakah pulangan IRR bagi setiap projek tersebut.

39. PR-1352-L01616

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk membina balai polis di Pekan Kapit, di Sungai Asap, dan di Sungai Tunoh, Bukit Mabong.

40. PR-1352-L02622

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jenis subsidi yang diberi seperti beras dan diesel nelayan. Apakah wujud penyelewengan dan langkah mengatasinya.

41. PR-1352-L02064

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) mengapakah KTMB menghentikan perkhidmatan Tren

ETS secara terus dari Seremban ke Bukit Mertajam dan Butterworth; dan

(b) apakah usaha Kerajaan dan KTMB dapat memastikan penduduk di Negeri Sembilan khususnya di Seremban dapat menikmati perkhidmatan Tren ETS yang dapat terus berhubung dengan semua bandar utama tanpa transit di Kuala Lumpur.

42. PR-1352-L01568

Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [ Sungai Besar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk meneruskan pemberian bantuan kepada pesawah padi yang terjejas akibat penyakit hawar daun bakteria (BLB) yang menyerang tanaman padi mereka.

9 AUM DR 3/8/2017

43. PR-1352-L02211

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan-tindakan yang selanjutnya boleh diambil oleh Kementerian sekiranya award yang dikeluarkan oleh Tribunal Pengurusan Strata tidak dipatuhi oleh pihak-pihak yang terlibat.

44. PR-1352-L02476

Datin Mastura Binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai rakyat Malaysia yang dikenal pasti menyertai perjuangan Daesh.

45. PR-1352-L02146

Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah statistik kadar kes jenayah rasuah yang telah direkodkan semenjak lima tahun lalu dan apakah pelan tindakan yang lebih efektif yang akan diambil oleh pihak Kerajaan pada masa hadapan bagi membanteras jenayah rasuah ini.

46. PR-1352-L01461

Datuk Abd Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Kerajaan akan menaik taraf dan mengaspal Jalan Telaga dalam Daerah Pitas yang merupakan jalan yang ramai pengguna luar bandar menggunakannya dan mendapat rungutan paling banyak sekali mengenai ketidak selesaan jalan tersebut.

47. PR-1352-L01971

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Malaysia sedang berada di atas landasan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

48. PR-1352-L02376

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam usaha kerajaan untuk menjayakan peniagaan 'e-hailling', apakah initiative kerajaan dalam membolehkan penumpang mendapat perlindungan insurans. Bolehkah syarikat-syarikat insurans yang sedia ada mengadakan pakej perlindungan bagi tujuan tersebut. Senaraikan secara terperinci initiatif-initiatif baru yang akan dilaksanakan serta wujudnya insentif Kerajaan bagi menggalakkan usahawan tempatan dalam membangunkan industri sedemikian.

AUM DR 3/8/2017 10

49. PR-1352-L01816

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa lamakah masa penungguan graduan perubatan baru untuk mendapatkan "housemanship training" dan dengan jumlah housemen yang besar, bagaimanakah Kementerian Kesihatan akan memastikan kualiti "housemanship training" tidak akan terjejas.

50. PR-1352-L01853

Tuan Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah Kerajaan untuk turut memberikan pendedahan dan akses kepada penduduk luar bandar sebagai pelabur runcit bagi membangunkan portfolio ekonomi mereka melalui aktiviti pasaran saham.

51. PR-1352-L01500

Datuk Jumat Bin Idris [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan kelulusan Jemaah haji pada tahun 2017 bagi negeri Sabah dan khususnya kawasan Sepanggar.

52. PR-1352-L02754

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Malaysia berhubung dengan serangan Arab Saudi ke atas Yaman, dan penjelasan berhubung jumlah anggota tentera Malaysia yang bertugas di Yaman serta siapakah yang bertanggungjawab membayar gaji mereka ketika bertugas di sana; serta perincikan skop tugasan misi yang dilaksanakan mereka.

53. PR-1352-L02598

Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian akan menyediakan pinjaman secara Qard al-Hassan bagi pembiayaan perumahan rakyat.

54. PR-1352-L02612

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menyelaraskan perlaksanaan TVET di bawah Jabatan Perdana Menteri agar keberkesanan program mencapai matlamat tenaga mahir pada tahun 2020.

11 AUM DR 3/8/2017

55. PR-1352-L01563

Puan Zuraida Binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik mengenai jumlah pesakit wanita yang menghidapi penyakit kanser payudara dan kanser serviks dari tahun 2010 hingga 2016.

56. PR-1352-L01416

Dato' Wira Othman Bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa peruntukan bantuan awal persekolahan yang dihantar ke sekolah-sekolah tidak mencukupi hingga pihak sekolah terpaksa membuat rayuan dan lambat diterima.

57. PR-1352-L01534

Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan selain penarikan pelaburan dan pembukaan pasaran baru, adakah Malaysia mempunyai strategi yang komprehensif untuk tingkatkan hubungan dua hala Malaysia - China khususnya dalam konteks pelaburan, dagangan dan pemindahan teknologi dan apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi membolehkan Malaysia lebih memahami negara, ekonomi dan masyarakat China secara lebih khusus.

58. PR-1352-L02561

Dr. Izani Bin Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status perkembangan projek Lebuh Raya Central Spine Road agar dapat menangani kesesakan lalu lintas yang membabitkan pengguna dari Lembah Klang ke Kelantan khususnya pada musim perayaan.

59. PR-1352-L02007

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan hasil penubuhan Trilateral Maritime Patrol (TMP) menerusi inisiatif tiga pasukan keselamatan iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina yang dilihat bagi memantapkan keselamatan perairan negara sekaligus menghalang aktiviti keganasan daripada bertapak di rantau ASEAN ini.

60. PR-1352-L01887

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pihak mana yang bertanggungjawab ke atas kewajipan kontrak untuk mengorek dan mendalamkan dasar laut daripada 11m ke 15m di Pelabuhan Pulau Pinang setelah pengendali asalnya iaitu Penang Port Sdn. Bhd. telah ditukar milik daripada Seaport Terminal (Johore) ke MMC Corp. Bhd.

AUM DR 3/8/2017 12

61. PR-1352-L02505

Puan Rubiah Binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menyelaraskan pembinaan Pusat Riadah Belia di setiap kawasan Parlimen khasnya di Parlimen Kota Samarahan bagi memastikan alatan sukan sentiasa terpelihara dan mampu menarik golongan belia untuk beriadah.

62. PR-1352-L02078

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan maklumat terperinci tentang bilangan buruh asing berdaftar dalam sektor pembuatan dan pembinaan yang diupah oleh majikan beralamat di daerah Johor Bahru dan di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, mengikut kewarganegaraan dan bidang kerja mereka.

63. PR-1352-L02700

Datuk Rozman Bin Isli [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kes muflis yang telah direkodkan sepanjang tempoh 2014 hingga Januari 2017 yang berpunca daripada pembiayaan peribadi serta apakah strategi Kerajaan dalam mengurangkan kadar hutang isi rumah yang kian meningkat.

64. PR-1352-L01585

Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sikap dan tindakan Kerajaan terhadap kelulusan oleh Kerajaan Israel untuk pembinaan perumahan baru di Tebing Barat Palestin.

65. PR-1352-L01643

Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan KPI yang hendak dicapai pada tahun 2018 & 2020 berkaitan Human Development Index (HDI), Legatum Prosperity Index (LPI), World Happiness Index (WHI), Corruption Perception Index (CPI), Global Peace Index (GPI), Ease of Doing Business Index (EDBI), dan World Competitiveness Index (WCI).

66. PR-1352-L02382

Datuk Mohd Idris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah keluarga penduduk kampung Bumiputera dalam Rengit, Batu Pahat, berapa keluarga yang memiliki rumah sendiri, berapa pula yang berkongsi rumah dan berapa keluarga yang tidak mempunyai rumah. Bila projek rumah terbengkalai disitu boleh disiapkan untuk membolehkan keluarga yang tidak berumah mengisinya.

13 AUM DR 3/8/2017

67. PR-1352-L01801

Dato' Sri Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah perancangan menangani masalah Jalan Johor Bahru ke Pontian khasnya di kawasan Pengkalan Raja yang berterusan rosak di sepanjang tahun yang memberikan imej negatif kepada Kerajaan.

68. PR-1352-L01806

Dato' Abdullah Sani Bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kedudukan TTPA dalam isu pekerja setelah Amerika Syarikat menarik diri daripada menganggotai badan tersebut.

69. PR-1352-L02498

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah agensi dan jabatan di bawah

seliaan Kementerian dalam memastikan orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara terutamanya di Bintulu dapat bertahan dan berdaya saing dalam mengharungi keadaan ekonomi yang semakin mencabar terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah; dan

(b) bagaimana Kementerian memantau langkah tersebut dijalankan dan bagaimana Kementerian memastikan langkah tersebut berjaya.

70. PR-1352-L01902

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha Kerajaan menggalakkan ternakan ikan demi menstabilkan bekalan dan harga ikan sebagai sumber makanan yang sihat.

71. PR-1352-L02724

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa pegawai pihak berkuasa tempatan yang memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap bulan yang telah ditetapkan oleh Kementerian untuk memeriksa restoran dan gerai makanan bagi memastikan semua restoran bebas daripada sebarang masalah seperti tandas kotor dan masalah perosak seperti tikus dan lalat.

AUM DR 3/8/2017 14

72. PR-1352-L01789

Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

(a) adakah insentif kewangan yang diberikan oleh Kerajaan

kepada para ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara hanya terhad diberikan kepada para ahli sukan yang berjaya memenangi pingat di kejohanan- kejohanan rasmi yang elit dan berprestij sahaja seperti Sukan Olimpik atau Paralimpik sahaja; dan

(b) adakah Kerajaan juga memberi insentif kewangan kepada dua pelajar sekolah daripada Sepang iaitu adik Nor Fahaty Hanum binti Mazli dan adik Muhammad Firhad Hakimi bin Mazli yang berjaya memenangi pingat gangsa di kejohanan The 15th Japan W.A.T.A. Open International Taekwondo Championship Osaka, Japan.

73. PR-1352-L01893

Tuan Anuar Bin Abd Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah hasil siasatan kejadian insiden nahas pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang mengorbankan dua anggotanya dan apakah langkah-langkah yang diambil pihak Kementerian bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

74. PR-1352-L01997

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) tindakan yang diambil untuk membanteras perbuatan

membuli dan keganasan di sekolah; dan

(b) tindakan yang diambil untuk mendidik guru-guru dan ibu- bapa untuk mengelakkan perbuatan membuli daripada berlaku.

75. PR-1352-L02553

Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perkembangan insentif ternakan lebah madu kelulut yang diperkenalkan sejak 2016 di negeri Sarawak. Berapakah jumlah bantuan insentif bagi pemohon dari Sarawak.

15 AUM DR 3/8/2017

76. PR-1352-L01457

Datuk Sapawi Bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana manfaat diperoleh rakyat dan Kerajaan menerusi pengecualian dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Jun lepas, di mana dasar tersebut dikatakan mempengaruhi harga barangan di Malaysia Timur.

77. PR-1352-L01738

Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sejauh manakah pencapaian Institusi Pengajian Tinggi Swasta IPTS dalam kedudukan ranking dunia dan apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian bagi membantu IPTS memperbaiki kedudukannya dalam ranking tersebut.

78. PR-1352-L02574

Tuan Haji Nasrudin Bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah peluang pekerjaan mengikut sektor dan menjelaskan sama ada ia sepadan dengan jumlah graduan mengikut bidang pengajian pada masa ini.

79. PR-1352-L01436

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan tindakan drastik rombakan sistem pengurusan dan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi menangani gejala dera serta buli dalam kalangan pelajarnya.

80. PR-1352-L02583

Tuan Idris Bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah wang zakat Yayasan Lembaga Tabung Haji yang diagih kepada asnaf di seluruh negara dan berapakah nilai dan bilangan asnaf yang diagih di dalam Parlimen Bukit Gantang.

81. PR-1352-L01837

Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah sebab-sebabnya kes buli di sekolah- sekolah kebangsaan meningkat dan apakah langkah-langkah Kementerian Pendidikan untuk mengawal atau menghapuskan terus kes-kes buli ini.

AUM DR 3/8/2017 16

82. PR-1352-L02604

Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan jumlah penerima biasiswa MyPhD semenjak Program MyBrain15 diperkenalkan dan sejauh mana pencapaian sasaran 60,000 pemegang PhD dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.

83. PR-1352-L02355

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa jumlah kos telah dibelanja ke atas unit PEMANDU, apakah hasil pencapaian unit itu dan status kedudukan terkini badan Kerajaan ini.

84. PR-1352-L02734

Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Malaysia akan terus mengamalkan dasar khusus setiap kaum melalui peruntukan tertentu.

85. PR-1352-L01775

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah faedah-faedah yang diterima oleh balu dan anak-anak juruterbang yang terkorban dalam kemalangan HAWK baru-baru ini.

86. PR-1352-L02316

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan masih dalam perancangan untuk menutup Maktab Perguruan Rajang (IPG Kampus Rajang) di Bintangor, Sarawak, mengapa.

87. PR-1352-L01986

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan mengenai projek Littoral Mission Ship dari segi :-

(a) jangkaan berat kapal dan kelajuan maksimum, perbezaan

misi di antara kapal Kelas Kedah dan LMS; dan

(b) sama ada reka bentuk Type 056 dari China akan dipakai.

17 AUM DR 3/8/2017

88. PR-1352-L02346

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menyediakan kemudahan dan peralatan untuk membuat diagnosis dan rawatan bagi penyakit Tuberculosis (TB) di dalam setiap penjara dan melakukan tapisan (screening) bagi penyakit Tuberculosis (TB) untuk semua banduan baru semasa memasuki penjara.

89. PR-1352-L02401

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan merujuk kepada kes T. Nhaveen dan Zulfarhan Osman bin Zulkarnain nyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk mewujudkan undang-undang yang memberi tumpuan terhadap kes-kes yang mempunyai elemen pembulian.

90. PR-1352-L02392

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dua orang pegawai Kerajaan Persekutuan dengan pengetahuan khas tentang topologi dan penaburan penduduk yang menasihati Suruhanjaya Pilihan Raya dalam persempadanan semula Sarawak (2015), Sabah (2016) dan Tanah Melayu (2016-7) seperti dikehendaki oleh Perkara 115(2) Perlembagaan Persekutuan.

91. PR-1352-L01922

Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) langkah Kementerian terhadap amalan penjimatan tenaga

terutamanya kepada perindustrian dan kilang-kilang; dan

(b) status terkini program MySuria dan keberkesanan dalam memanfaatkan tenaga solar serta pembangunan inisiatif ini pada masa depan.

92. PR-1352-L01933

Dr. Azman Bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat akhirnya akan mengenakan GST ke atas 60 barang-barang makanan seperti pengumuman pihak Kastam di bulan Jun yang kemudiannya dibatalkan.

AUM DR 3/8/2017 18

93. PR-1352-L02546

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa peruntukan perbelanjaan bekalan dan perbelanjaan pembangunan diperuntukkan untuk Kementerian Pertahanan dalam tahun 2015, 2016 dan juga 2017 adalah untuk dibelanjakan di Negeri Sarawak. Apakah peratusan peruntukan tersebut terdiri daripada peruntukan keseluruhan di bawah Kementerian Pertahanan.

94. PR-1352-L02440

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan hasil siasatan dan tindakan ke atas syarikat yang menjalankan skim cepat kaya (money games) JJPTR dan MRI sehingga menyebabkan pelabur-pelabur orang awam mengalami kerugian besar.

95. PR-1352-L02118

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa projek BRT dirancangkan sebagai projek Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) dan bukan projek 100% dibiayai oleh Kerajaan Malaysia seperi projek LRT dan MRT.

96. PR-1352-L01865

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perbelanjaan yang telah dikeluarkan ke atas Transformasi Ladang selama lima tahun daripada 2011 sehingga 2016. Apakah kejayaan yang telah dicapai daripada pelaksanaan transformasi ladang ini telah dapat membantu para petani di Kelantan.

97. PR-1352-L02332

Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes buli dan kongsi gelap dan cara mengatasinya sejak 2015 hingga kini.

98. PR-1352-L01730

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan angka hutang terkini KWSP dan nyatakan pendekatan yang diambil oleh KWSP terhadap kerugian akibat penjualan saham FGV. Adakah kepentingan pelanggan KWSP akan terjejas.

19 AUM DR 3/8/2017

99. PR-1352-L02772

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :-

(a) apakah kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan

Persekutuan untuk menaikkan taraf sebuah Institut Pendidikan Tinggi Swasta kepada Kolej Swasta; dan

(b) bagaimana Kerajaan Persekutuan memastikan bahawa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) termasuk Institut Kemahiran dan Kolej Swasta memberikan pendidikan dan kemudahan yang sewajarnya kepada pelajar 'pelajar mereka'. Apakah pemantauan dilakukan oleh Kementerian untuk memastikan pendidikan pelajar-pelajar di Institut Kemahiran dan Kolej Swasta pada tahap yang sewajarnya. 20 AUM DR 3/8/2017

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2017

2. Menteri Pengangkutan * Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini. 21 AUM DR 3/8/2017

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R.25/2017 ) Rang Undang-Undang Bantuan Guaman Bacaan Kali (Pindaan) 2017 Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

2. ( D.R.26/2017 ) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir “ dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017

[ Menteri Kewangan ]

3. ( D.R.27/2017 ) Rang Undang-undang Sistem Insurans “ Pekerjaan 2017

[ Menteri Sumber Manusia ]

4. ( D.R.20/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan “ Wilayah Kedah (Pindaan) 2017

[ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

5. ( D.R.23/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan “ Johor Tenggara (Pindaan) 2017

[ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

6. ( D.R.21/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan “ Terengganu Tengah (Pindaan) 2017

[ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

7. ( D.R.22/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan “ Kelantan Selatan (Pindaan) 2017

[ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

22 AUM DR 3/8/2017

8. 7( D.R.13/2017 ) Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Bacaan Kali . Sempadan Malaysia 2017 Yang Kedua

[ Menteri Dalam Negeri ]

9. ( D.R.17/2017 ) Rang Undang-Undang Pencegahan “ Jenayah (Pindaan) 2017

[ Menteri Dalam Negeri ]

10. .( D.R.20/2016 ) Rang Undang-Undang Membaharui “ Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(1) dan subseksyen 11(2), Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.43/2017, ST.44/2017, ST.48/2017, ST.49/2017, ST.50/2017 dan ST. 51/2017 disahkan."

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 6(1), Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.45/2017, ST.46/2017 dan ST.47/2017 disahkan."

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 17(5) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.42/2017 disahkan."

23 AUM DR 3/8/2017

14. PR-1352-U(27)038 Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang- undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut:

Pindaan Seksyen 2

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

15. PR-1352-U(27)039 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 60 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan antara satu sama lain dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan Impian Malaysia."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

16. PR-1352-U(27)040 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan seluruh negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

24 AUM DR 3/8/2017

17. PR-1352-U(27)041 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan semua rakyatnya kebebasan beragama. Dan mengambil maklum juga bahawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kesamarataan hak untuk warganya bagi menjalani kehidupan harian mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, Malaysia sebagai negara peneraju gerakan kesederhanaan global dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, telah berjaya memahat nama di persada antarabangsa dimana Malaysia menjadi model penerimaan kepelbagaian agama dan kaum sebagai sumber kekuatannya. Dan mengambil maklum juga bahawa, konsep penerimaan kepelbagaian agama dan bangsa melalui Gagasan 1Malaysia adalah model yang terbaik dalam mewujudkan keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kaum dan agama di negara ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, sejak akhir-akhir ini, perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semakin terhakis memandangkan terdapat segelintir rakyat yang tidak lagi peka kepada kepentingan untuk mengekalkan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semata-mata untuk kepentingan politik atau kepentingan individu mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, insiden-insiden yang boleh menyebabkan keruntuhan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama di negara ini kian menular dan yang terkini adalah dimana Azril Mohd Amin telah dengan lantang menggesa Kerajaan untuk mengharamkan "Christian Evangelicalism" dengan tanpa mengambil kira apa yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia.

Maka, bagi menangani perkara-perkara yang boleh menggangu-gugat perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama yang negara ini kecapi oleh negara sekian lama, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah dengan segera mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang bertanggungjawab agar tidak menjadi teladan di masa akan datang demi untuk kepentingan negara."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18. PR-1352-U(27)042 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan graduan dinegara ini adalah pada tahap yang amat minima dan keadaan ini telah menjadikan sumber tenaga manusia negara ini kurang berdaya saing di luar negara. Dan mengambil maklum juga bahawa, kebanyakan bahan-bahan rujukan untuk pengajian yang terdapat diatas talian dan buku-buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Mengambil maklum juga bahawa oleh kerana tidak dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik, sumber tenaga manusia dan para graduan dari negara Malaysia tidak berpeluang untuk berkerja dan bersaing di peringkat global. 25 AUM DR 3/8/2017

Dan mengambil maklum juga bahawa sumber tenaga manusia daripada negara-negara yang membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran mereka, misalnya negara Filipina, adalah lebih mendapat pasaran tenaga kerja di peringkat antarabangsa. Mengambil maklum juga bahawa Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru Sabah telah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sejak penubuhannya pada tahun 1903 sehinggahlah dimansuhkan pada lewat tahun 1970an. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera meluluskan penubuhan sekolah menengah aliran Bahasa Inggeris, sekurang- kurangnya satu sekolah menengah disetiap kawasan Parlimen sebagai permulaan dan bagi kawasan Parlimen P.173 Putatan, Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru sebagai perintis."

[ Menteri Pendidikan ]

19. PR-1352-U(27)043 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, masalah setinggan dibandar adalah masalah yang saban hari saban meningkat kerana migrasi dari luar bandar ke bandar, terutama sekali untuk tujuan mencari pekerjaan. Dewan ini hendaklah juga mengambil maklum bahawa migran ekonomi yang berpindah daripada luar bandar ke bandar ini adalah dari golongan yang kurang berkemampuan / berpendapatan rendah dan mereka tidak mampu untuk membeli atau memiliki rumah-rumah yang dibina oleh pihak pemaju atau prima yang ada pada ketika ini, dimana kebanyakkan mereka ini hanya mampu untuk membayar kadar sewaan dibawah RM350.00 sebulan.

Dan mengambil maklum juga bahawa, matlamat Kerajaan mensasarkan sifar setinggan terutama sekali dikawasan bandar adalah agak sukar untuk dicapai selagi masalah perumahan bagi migran yang dimaksudkan diatas tidak ditangani secara tuntas, Dan mengambil maklum juga bahawa, Program Perumahan Pakyat (PPR) yang dahulunya untuk sewaan tanpa had masa dilihat sebagai satu langkah alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dan sekaligus memberikan kumpulan sasar untuk menduduki rumah yang agak selesa. Tetapi malangnya, status PPR tersebut telah dipinda kepada status rumah transit untuk pendudukan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun. Dan mengambil maklum juga bahawa Program Perumahan Pakyat atau PPR yang ada sekarang ini merupakan sumber alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dimana rumah-rumah PPR ini diubah syarat daripada sewaan kepada sewa beli bagi membolehkan mereka yang dimaksudkan diatas untuk akhirnya memiliki rumah mereka sendiri. Maka, bagi menangani masalah setinggan bandar dan kekurangan perumahan untuk golongan kurang mampu, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan hendaklah meminda syarat pendudukan rumah PPR diseluruh negara daripada syarat sewaan bulanan kepada syarat sewa-beli."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ] 26 AUM DR 3/8/2017

20. PR-1352-U(27)044 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Chinese Independent School di Malaysia menjalankan taksiran peperiksaan persekolahan mereka melalui sijil yang dikenali sebagai Unified Examination Certificate (UEC) yang mana dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Unified Examination Certificate - Junior Middle (UEC-JM), Unified Examination Certificate Vocational (UEC-V) dan Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC-SML). Dan mengambil maklum juga bahawa, persijilan UEC telah pun diguna pakai dalam persekolahan oleh United Chinese School Committees Association Of Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1975. Dan mengambil maklum juga bahawa sijil UEC yang diperkenalkan oleh UCSCAM ini telah diikiraf oleh universiti diserata negara seperti di United Kingdom, United States of America, Taiwan, Hong Kong, China, Australia, Canada, Singapore dan lain-lain negara. Dan mengambil maklum juga bahawa malangnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau secara khususnya, Lembaga Akreditasi Negara tidak mengiktiraf sijil UEC ini terutama sekali bagi kemasukkan ke universiti awam Malaysia, walaupun National University Of Singapore yang berkedudukan tempat keempat universiti terbaik di dunia mengiktiraf sijil UEC ini.

Dan mengambil maklum juga bahawa dengan ketiadaan pengiktirafan yang dimaksudkan diatas, negara Malaysia secara tidak langsung mengalami kerugian yang besar dimana pemegang sijil UEC ini terpaksa meneruskan pendidikan tinggi mereka di luar negara dimana aliran wang keluar daripada negara ini dan juga kecenderungan lepasan sijil UEC ini untuk terus berkerja di luar negara adalah tinggi, di mana dalam hal ini negara Malaysia akan kerugian "aliran keluar" tenaga mahir ke luar negara. Maka, bagi menangani masalah ini, dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate bagi manfaat negara."

[ Menteri Pendidikan ]

21. PR-1352-U(27)045 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kesan pemanasan global dan perubahan cuaca kini menjadi topik perbualan harian diseluruh pelusuk dunia dimana ianya bukan lagi satu fenomena tetapi telah menjadi realiti yang mana setiap warga dunia mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan impaknya keatas kehidupan manusia. Dan mengambil maklum juga bahawa salah satu penyebab utama kedua-dua masalah diatas adalah akibat daripada kesan penebangan pokok-pokok disebabkan aktiviti ekonomi seperti pembukaan ladang dan sebagainya. Dan mengambil maklum juga bahawa pihak berkuasa tempatan berperanan untuk mengambil bahagian dalam usaha 27 AUM DR 3/8/2017

untuk langkah mitigasi bagi mengatasi kedua-dua masalah diatas walaupun dalam bentuk kecil, dengan menanam lebih banyak pokok-pokok diseluruh kawasan seliaan mereka.

Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan Malaysia hendaklah meminta pihak berkuasa tempatan untuk segera menanam lebih banyak pokok-pokok dikawasan dibawah seliaan mereka disamping memperbanyakkan kempen menanam pokok untuk menyemai budaya menanam pokok di kalangan rakyat setempat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

22. PR-1352-U(27)046 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa Kabinet Malaysia pada 19 Mac 2011 telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa Statut Rom "Rome Statute of the International Court (ICC)" Namun, sebarang tindakan kesertaan tidak dilakukan sehingga kini. Diharapkan Dewan ini akan mengambil keputusan dengan mengarahkan Kementerian Luar Negeri dan Peguam Negara untuk menfailkan kertas kerja yang diperlukan tanpa melengahkan masa lagi."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

23. PR-1352-U(27)047 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini membahaskan keadaan bon Kerajaan Malaysia."

[ Menteri Kewangan ]

24. PR-1352-U(27)048 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa bahawa Laporan penuh Jawatankuasa Siasatan Bebas mengenai kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 hendaklah diumumkan untuk makluman dan pengetahuan rakyat tentang punca-punca berlakunya kebakaran tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah dan mengelakkan tragedi kebakaran berulang lagi di mana-mana hospital atau pusat perubatan."

[ Menteri Kesihatan ]

28 AUM DR 3/8/2017

25. PR-1352-U(27)049 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara."

[ Menteri Pertahanan ]

26. PR-1352-U(27)050 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini bersetuju mengurangkan peruntukan untuk JPM dan menyalurkan kepada peruntukan bagi hal ehwal pendidikan, pengangkutan awam, kesihatan dan kebajikan rakyat. Peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri telah dihadkan tahapnya pada tahun 2008 iaitu masing-masing sebanyak RM3.4 bilion bagi peruntukan pengurusan dan RM3.5 bilion untuk pembangunan. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM6.9 bilion. Berbanding 2017, anggaran peruntukan pengurusan dan pembangunan telah melepasi tahap ditetapkan pada 2008 tersebut iaitu masing-masing sebanyak RM4.92 bilion dan RM11.02 bilion yang membawa kepada jumlah keseluruhan RM15.94 bilion."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

27. PR-1352-U(27)051 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memuatkan semua Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab, Jawapan-Jawapan Pertanyaan Bertulis, serta Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceedings) bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ke dalam portal rasmi Parlimen Malaysia untuk memastikan ketelusan Parlimen."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

29 AUM DR 3/8/2017

28. PR-1352-U(27)052 Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru- baru mengeluarkan kenyataan bahawa "ketupat segera" yang dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya atau oleh penjual- penjual satay boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser.

Ini kerana beg plastik yang mengandungi bahan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) digunakan untuk merebus ketupat dalam masa yang lama akan merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah terpeluwap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Kementerian Kesihatan mesti mengambil tindakan segera menyiasat dan mengambil tindakan bagi menasihati pengguna dengan kadar segera. "

[ Menteri Kesihatan ]

29. PR-1352-U(27)055 Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari masyarakat umum berpendapat terdapat kecelaruan Kementerian Dalam Negeri mentadbir dan mengendalikan pendaftaran pekerja dan pendatang asing di negara ini. Adalah dicadangkan setiap warga asing yang menetap di negara ini sama ada sebagai pekerja, pelajar, pengajar, atau investors jika tinggal lebih lama dari satu masa yang layak seperti yang diberikan dalam visa, mereka mestilah memohon Kad Izin Tinggal Terbatas (KITT). Di dalam kad ini akan tersimpan nama, negara asal pemegang kad, tempuh tinggal yang dibenarkan, no. pasport, nama majikan, alamat dan no. telefon majikan, maklumat kesihatan dan lain-lain . KITT ini, seperti Mycard, diwarna dengan berbagai warga bagi memisahkan kategori mereka. Dengan mempunyai KITT ini, mereka tidak perlu lagi membawa pasport mereka. Juga amat mudah bagi pihak berkuasa mengesan mereka jika mereka tidak berada di tempat yang diluluskan untuk bekerja, atau mereka menghilangkan diri dari majikan mereka "

[ Menteri Dalam Negeri ]

30. PR-1352-U(27)057 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota Menteri Kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Dewan Rakyat tiap-tiap tahun pada bulan Disember."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

30 AUM DR 3/8/2017

31. PR-1352-U(27)059 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan selaras dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu di mana Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dibentang dan dikaji semula di Dewan Rakyat dengan kadar segera."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

32. PR-1352-U(27)060 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa cukai pelancongan perlu dimansuhkan memandangkan industri pelancongan terutama pengusaha hotel tempatan bakal berhadapan dengan risiko kemerosotan jumlah pelancong dan seterusnya akan menjejaskan peluang pekerjaan. Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil maklum bahawa pengenalan cukai ini juga berisiko melembapkan aktiviti ekonomi dan menjejaskan pendapatan rakyat yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan."

[ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

33. PR-1352-U(27)061 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa banyak pengusaha teksi persendirian mahu pun berdaftar di bawah syarikat swasta menghadapi kesukaran dan ada yang terpaksa menutup operasi mereka. Salah satu punca permasalahan ini adalah dengan kewujudan Uber dan GrabCar yang jauh lebih efisien daripada operasi mereka melalui penggunaan teknologi aplikasi dengan menggunakan telefon pintar. Maka dengan menyedari hakikat ini, Dewan yang mulia ini hendaklah membahaskan langkah-langkah strategik bagi menyelamatkan pengusaha teksi yang ada dalam menghadapi persaingan daripada Uber dan GrabCar ini."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

34. PR-1352-U(27)063 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menggesa Kerajaan untuk menghentikan pembinaan pusat penyembelihan ayam di pasar borong Selayang sehingga kajian kesesakan lalu lintas dan alam sekitar dapat dilakukan."

[ Menteri Wilayah Persekutuan ] 31 AUM DR 3/8/2017

35. PR-1352-U(27)065 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Malaysia untuk membawa isu ketegangan Saudi dan Qatar ke OIC dan mewujudkan satu mekanisme pendamaian."

[ Menteri Luar Negeri ]

36. PR-1352-U(27)067 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gegaja pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai - kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama. "

[ Menteri Kewangan ]

37. PR-1352-U(27)068 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan."

[ Menteri Dalam Negeri ]

38. PR-1352-U(27)069 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai -nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

[ Menteri Pendidikan ]

32 AUM DR 3/8/2017

39. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] akan mencadangkan :-

“Bahawa pada 24.07.2017, saya telahpun menerima surat pemberitahuan bertarikh 21.07.2017 dimana 3 soalan pertanyaan jawab lisan saya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) dan Peraturan Mesyuarat 23 (1)(g).

Saya kepilkan di sini sesalinan surat-surat berkenaan untuk rujukan mudah Tan Sri

Dengan segala hormatnya, saya usulkan supaya keputusan tersebut dikaji semula menurut Peraturan 43 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat di atas alasan-alasan berikut:

1. Pertanyaan PR1352-LO2403 berkaitan status siasatan kes 1MDB dan SRC bukan dikeluarkan dengan tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang dan yang belum jadi masalah sepertimana dinyatakan.

(i) Kes 1MDB dan SRC sedang disiasat oleh PDRM pada 12.04.2017, Ketua Polis Negara telahpun menyatakan bahawa kertas siasatan telahpun dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya. (Sila lihat laporan Malay Mail Online yang dilampirkan di sini bertarikh 12.04.2017 yang jelas kandungannya.)

(ii) Oleh yang demikian, sebab soalan PR1352-LO2403 ditolak iaitu dengan tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum jadi tidak betul dan perlu diketepikan.

(iii) Adalah jelas bahawa soalan tersebut tidak melanggar mana-mana peraturan mesyuarat dan seharusnya dijawab.

2. Pertanyaan PR1352-LO2404 berkenaan dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh negara kita, Malaysia dalam saman DOJ di Amerika Syarikat khususnya di mana ianya melibatkan wang berbilion ringgit:

(i) Ini tidak sama sekali melencungkan perkara yang sedang dibicarakan oleh Mahkamah.

(ii) Tindakan mesti diambil oleh Malaysia untuk melindungi hak-hak kami dalam kes itu dan juga pastikan bahawa usaha dijalankan untuk menuntut semula wang yang boleh dituntut untuk negara kita khususnya di mana ianya melibatkan satu jumlah wang yang cukup besar.

(iii) Tindakan yang dicadangkan perlu dinyatakan dengan terperinci dan oleh itu, keputusan Tuan Speaker untuk menolaknya seharusnya diketepikan dan soalan tersebut perlu dijawab. 33 AUM DR 3/8/2017

3. Pertanyaan PR1352-LO2412 berkenaan dengan sama ada ataupun tidak mana-mana Kerajaan lain telahpun meminta bantuan bersama dalam siasatan kes 1MBD atau SRC:

(i) Perkara ini bukan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah.

(ii) Pada 14.04.2017, pihak berkuasa Switzerland telahpun dilaporkan menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama sekiranya apa-apa bantuan diminta oleh Malaysia berkenaan siasatan SRC dan 1MDB. (Sila lihat petikan daripada Malaysiakini bertarikh 14.04.2017.)

(iii) Pada 16.06.2017, Peguam Negara kita, Tan Sri Apandi Ali pula dilaporkan berkata bahawa tiada mana-mana negara yang meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kes 1MDB. (Sila lihat petikan daripada NST bertarikh 16.06.2017.)

(iv) Jadi cukup jelas bahawa soalan PR1354-LO2412 adalah berkenaan perkara undang-undang yang sudah terjadi dan oleh itu sebab atas mana soalan itu ditolak tidak berasas sama sekali. Ianya seharusnya dijawab.

Saya dengan segala hormatnya ingin menegaskan sekali lagi bahawa soalan- soalan yang ditanya itu adalah relevan dan perlu dijawab oleh Menteri- Menteri berkenaan.

Saya juga difahamkan bahawa banyak soalan-soalan berkenaan 1MDB dan/ atau perkara yang berhubungkait dengannya telahpun ditolak.

Soalan-soalan ini adalah penting dan berkaitan dengan perkara-perkara yang sedang berlaku dan diketahui umum sepertimana dinyatakan dan oleh yang demikian, adalah tugas dan tanggungjawab saya selaku Ahli Parlimen untuk membangkitkannya dalam Dewan Rakyat.

Saya dengan itu merayu supaya usul saya dibenarkan dibahaskan dan keputusan Tuan Speaker itu dikaji semula dan diketepikan dengan serta- merta.”

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

34 AUM DR 3/8/2017

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2017 DIBENTANGKAN

DR. 5 Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara 3 Ogos 2017 - Pengurusan Syarikat RISDA  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah / RISDA

35 AUM DR 3/8/2017

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU ) ( KAMAR KHAS )

Tarikh Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Ucapan Bertanggungjawab

1. 3.8.2017 1. YB Dato’ Dr. Noraini 1. Isu Notis Pemotongan 1. YB Menteri (Khamis) Binti Ahmad Bekalan Elektrik Lampu Jalan Tenaga, Teknologi (Parit Sulong) Kampung Di Kawasan Hijau dan Air Parlimen Parit Sulong

2. 3.8.2017 2. YB Dr. Ong Kian 2. Dasar ‘Zero Net Deforestation 2. YB Menteri (Khamis) Ming and Degradation’ Sumber Asli dan Alam Sekitar (Serdang)

** Ucapan-ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)