Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat

Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 3 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 4 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1352-MQT0126 Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah wujud keperluan untuk memberikan permit teksi kepada pihak syarikat tertentu dan bukannya secara terus kepada pemandu teksi. 2. PR-1352-MQT0123 Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rasional penutupan beberapa Institut Pendidikan Guru yang ditukar statusnya kepada kolej vokasional dan politeknik sedangkan masih timbul isu kekurangan guru di kawasan pedalaman. 3. PR-1352-MQT0121 Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah penambahbaikan yang telah dan akan dijalankan oleh Kementerian di kawasan PPR dalam memberi kesejahteraan hidup kepada golongan masyarakat bandar di negara kita. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 3 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 28 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1352-L02694 Datuk Rozman Bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah jenis penyelidikan dan pembangunan (R&D) potensi pasaran yang telah Kementerian laksanakan melalui inisiatif yang digagaskan China 'One Belt One Road' bagi memperluaskan industri sarang burung yang mempunyai potensi besar sebagai makanan tambahan kesihatan. 2. PR-1352-L02753 Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kesan penghantaran flotila ke Myanmar pada 3 Februari 2017, apakah tindakan Kerajaan terhadap keengganan Myanmar membenarkan pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyiasat dakwaan kes bunuh, rogol dan seksa oleh tentera Myanmar terhadap Rohingya; dan sama ada Kerajaan bercadang memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar . 3. PR-1352-L01424 Dato' Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilangan akaun- akaun media sosial palsu yang telah disiasat dan dikenal pasti serta apakah tindakan penguatkuasaan dan undang-undang yang telah diambil untuk mengekang gejala penyebaran berita palsu dan fitnah. AUM DR 3/8/2017 2 4. PR-1352-L02258 Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan pelan tindakan lengkap dengan langkah-langkah strategik untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam indeks antarabangsa utama berkaitan daya saing, inovasi dan keusahawanan berasaskan teknologi serta sasaran jangka masa terdekat, pertengahan dan panjang. 5. PR-1352-L01690 Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana usaha sama awam - swasta serta perjanjian antara Kerajaan pada ketika ini bagi tujuan mempromosikan industri pelancongan kesihatan negara. Apakah inovasi mahupun perancangan masa panjang Kementerian terhadap industri ini. 6. PR-1352-L01601 Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan status eksport minyak kelapa sawit kepada negara-negara di Benua Amerika dan Eropah sepanjang tahun 2016 sehingga Jun 2017 dan bagaimanakah sokongan dan penerimaan masyarakat mereka. 7. PR-1352-L01433 Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah unit lampu jalan kampung yang akan dipasang di seluruh negara terutama di Parlimen Paya Besar menerusi Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 (LJK8) di bawah peruntukan RM100 juta yang diumumkan dalam Bajet 2017. 8. PR-1352-L02292 Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pelaksanaan program Dwi Bahasa (DLP) di seluruh negara dan kekangan-kekangan yang dihadapi dalam program tersebut. 9. PR-1352-L02417 Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai tahap Langkawi sebagai Pulau Rendah Karbon seperti pelancaran oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2015 dalam program "Langkawi Low Carbon Island 2030". 3 AUM DR 3/8/2017 10. PR-1352-L02375 Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan pekerjaan yang diwujudkan antara 2013- 2016, jenis industri, negeri, kurungan gaji serta bilangan peluang pekerjaan tersebut yang dipenuhi oleh pekerja migran. 11. PR-1352-L01757 Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) adakah Kementerian mengkaji semula isu tiada kenaikan pangkat walaupun telah berkhidmat lebih 10 tahun menjadi punca ramai doktor pakar meletak jawatan di hospital Kerajaan serta kes doktor yang terpaksa bekerja melebihi masa sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan akibat kepenatan; dan (b) apakah Kementerian mempunyai satu pelan kerjasama antara hospital Kerajaan dan swasta dengan menawarkan kepada doktor pakar hospital swasta untuk memberi khidmat di hospital Kerajaan dalam tempoh masa tertentu. 12. PR-1352-L02526 Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dengan kebanjiran motosikal elektrik yang masuk ke negara ini, adakah pihak Kerajaan telah memberikan kebenaran untuk penggunaannya di atas jalan raya utama. 13. PR-1352-L01517 Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kementerian dapat memberikan lebih banyak lagi peruntukan untuk membina baru dan menaik taraf jalan-jalan kecil / jalan kampung terutama di Sarawak. 14. PR-1352-L02633 Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dengan terperinci daripada tahun 2008 sehingga Jun 2017 jumlah peruntukan dan pengagihan mengikut jenis daripada Kementerian bagi sekolah-sekolah Cina, Tamil dan Mubaligh di seluruh negara mengikut pecahan negeri. AUM DR 3/8/2017 4 15. PR-1352-L01883 Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah strategi Kementerian dalam menangani pertambahan bilangan warga tua menjelang tahun 2030. 16. PR-1352-L02222 Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rancangan untuk membina SJKC, SJKT dan SMJK yang baru pada 2 tahun yang akan datang. 17. PR-1352-L01595 Tan Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah keuntungan dan kebaikan yang diperoleh oleh Malaysia apabila Proton memeterai perjanjian dengan rakan strategik asing. 18. PR-1352-L02035 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :- (a) jumlah yang diperlukan dan jumlah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan di negara ini; dan (b) bagaimanakah Kerajaan mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor ini. 19. PR-1352-L02172 Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk melonggarkan syarat penempatan persekolahan bagi kanak-kanak pelarian (refugees children) agar mereka dapat pendidikan yang sewajarnya, dalam asas kemanusiaan. 20. PR-1352-L01861 Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju mengubah syarat kelayakan bantuan bulanan kebajikan yang menetapkan bahawa pendapatan keluarga penerima mesti kurang daripada RM1,000 sebulan, memandangkan gaji minimum untuk Semenanjung Malaysia telah ditetapkan pada RM1,000 sebulan. 5 AUM DR 3/8/2017 21. PR-1352-L01450 Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah [ Tambun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil kajian Kerajaan dalam menilai kenaikan pendapatan per-kapita negara dengan kualiti taraf hidup rakyat. 22. PR-1352-L01987 Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada beliau akan menangani kebimbangan Dong Zong atas kekurangan komitmen Kerajaan kepada keperluan pendidikan Cina khususnya kepada dua memorandum mereka yang diberikan kepada Perdana Menteri pada tahun 2011 dan 2012, atas keperluan membina 45 sekolah SJKC tambahan dalam negara kita. 23. PR-1352-L01528 Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status pelaksanaan projek MRSM seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2017. 24. PR-1352-L02150 Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah pembayaran RM26.7 juta setiap tahun sebagai (Pembayaran Khas kepada Sabah melalui Artikel 112C / Artikel 112D / Bahagian IV Kurungan (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia) telah dipersetujui (oleh Kerajaan Sabah) dan kenapakah jumlah RM26.7 juta ini tidak dinaikkan kepada jumlah yang sepatutnya (mengikut 2/5 daripada kutipan cukai yang datang dari Sabah). 25. PR-1352-L02127 Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang akan diambil untuk mengekang kegiatan buli yang semakin menjadi-jadi dan mempunyai unsur jenayah, seperti contoh kebelakangan ini yang beberapa pelajar yang meninggal dunia akibat buli di sekolah, adakah tindakan tegas akan diambil oleh Kementerian untuk kes-kes buli. 26. PR-1352-L01815 Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    36 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us