Dewan Negara
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bil. 28 Rabu 9 Disember 1998 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA KANDUNGAN PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Ruangan 1) URUSANMESYUARAT (Ruangan 1) JAWAPANLISANBAGIPERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 1999 (Ruangan 34). USUL: Krisis Ekonomi Asia- Peraturan Pengawasan Mata Wang Dunia - Y.B. Dato 'Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Ruangan 15) Diterbit Oleh: CA WANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 199 DN.9.12.1998 • AHLI-AHLI DEW AN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato' Bentata Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Chong Kah Kiat, P.G.D.K., J.S.M., J.P. (Dilantik) " Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah bin Gaddam (Dilantik) " Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum (Dilantik) " Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak) Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik) " Datuk Haji Abdul Majid bin Haji Baba, P.B.M., B.K.T., J.P. (Melaka) Tuan Haji Abdul Wahid bin Varthan Syed Ghany (Dilantik) Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, A.M.P. (Pedis) " Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang) " Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah) " Dato' Charem Intachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik) Dato' Chet Singh s/o Karam Singh (Pulau Pinang) Tuan Chin Kon Tow @ Chin Kong Too, A.M.N., B.K.T., J.P. (Melaka) " Datuk Christina Lodine Tibok@ Christine Vanhouten (Sabah) Puan Faridah binti Abu Hassan (Dilantik) " Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik) Dato' Ghazi@ Hasbullah bin Haji Ramli, D.I.M.P. (Selangor) Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain (Dilantik) Tuan Hanipah bin Ahmad, P.J.K. (Pedis) Datuk Haji Hashim bin Safm@ Shafm, D.M.S.M. (Dilantik) Puan Hajah Hunaizah binti Mohd. Noor (Kelantan) " Datuk Haji Ibrahim bin Ali, D.M.S.M. (Dilantik) " Tuan Ibrahim bin Daud, J.S.M., K.M.N., P.L.P., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Johor) ii DN.9.12.1998 Yang Berhormat Puan Jarnilah binti Ibrahim (Kelantan) " Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye, A.S.M., S.M.T., P.J.K., J.P. (Dilantik) " Tuan Janggu Anak Banyang, P.B.K. (Sarawak) Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik) Puan Karnilia binti Ibrahim (Dilantik) Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik) Puan Rajah Khadijah binti Haji A wang (Terengganu) Datuk Khoo Keok Hai (Dilantik) Tuan Khoo Lay Hin (Dilantik) Dato' P. Krishnan all Permual (Dilantik) " Tuan Long bin Jidin (Dilantik) " Tuan N. Marimuthu all Nadeson, A.M.P., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Dilantik) " Dato' Dr. T. Marimuthu (Dilantik) " Puan Rajah Mastika Junaidah binti Rusin (Dilantik) Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin, D.S.A.P. (Dilantik) " Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi, A.M.P., P.P.N., P.:J.K. (Perak) " Datuk Norjan binti Khan Bahadar (Dilantik) " Tuan S. Parasuraman all Sanasamy @ Sinnasamy (Kedah) Puan Rajah Ramlah binti Kassirn (Pahang) " Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik) " Datuk Haji Sairin bin Karno (Sabah) " Tuan Haji Salleh@ Hassan bin Ali, P.J.K. (Terengganu) " Puan Sri Sarasa Pasamanickam, A.M.N., P.I.S. (Dilantik) " Puan Rajah Selemiah binti Hashim, P.P.N., A.M.N., P.K.T. (Dilantik) " Puan Siti Hawa @ Karimah binti Mohd. Noor (Dilantik) Puan Tan Ah Eng (Johor) Tuan Tan Ek Huat (Perak) DN.9.12.1998 lll Yang Berhormat Dato' V.K.K. Teagarajan, D.P.M.S., A.M.N. (Dilantik) " Tuan Tee Thiong Hock, S.S.A., A.M.~, P.J.K. (Selangor) " Dato' Ting Check Sii, D.I.M.P. (Dilantik) To' Puan Wan Seri@ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik) Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik) " Datuk Yee Lung Fook Geoffrey (Dilantik) " Dr. Yeow Seng Huat (Pahang) Tuan Yim Chee Chong @ Yim Kok Kheong (Negeri Sembilan) Tuan Zainal bin Rampak (Dilantik) Datuk Zainudin bin Maidin (Dilantik) " Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan) iv DN.9.12.1998 DEWAN NEGARA PEGAWAI-PEGAW AI KANAN Setiausaha Dewan Negara Abdullah bin Abdul Wahab Ketua Penolong Setiausaha Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Penolong Setiausaha Nor Hayatee binti Abdullah Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah CAWANGAN DOKUMENTASI Pegawai Penerbitan Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan Pelapor Perbahasan Parlimen Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Hajah Supiah binti Dewak Mohd. Saleh bin Mohd. Yusop Mohamed bin Osman Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor Ramlah binti Mohd. Yusuff Nora'ini binti Hetam Miskiah binti Hassan Rosnani binti Ahmad Pembaca Pruf Abu Bakar bin Hasan CAWANGAN BENTARA Bentara Mesyuarat Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamarudin bin Abdullah DN.9.12.1998 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA Rabu, 9 Disember 1998 Mesyuarat dimulakan pada pukullO.OO pagi DO;\ [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhonnat, saya telah menerirna satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat tersebut. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang. [Setiausaha membacakan Perutusan] "8 Disember 1998 Perutusan Daripada Dewan Rakyat Kepada Dewan Negara Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya: 1. Rang Undang-undang Perbekalan 1999. Yang Ikhlas, t.t. YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT." URUSAN MESYUARAT Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Dato' Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh]: Tuan Yang di-Pertua, saya akan mencadangkan supaya Rang Undang undang yang tersebut di dalam perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini iaitu Rang Undang-undang Perbekalan 1999. Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN SUKOM DAN PERSIDANGAN APEC- JUMLAH PELANCONG ASING 1. Datuk Haji Sairin bin Karno minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan berapa ramaikah pelancong yang datang ke negara kita: (a) sepanjang Sukom diadakan; dan (b) semasa APEC berlangsung di Kuala Lumpur. 2 DN.9.12.1998 Timbalan Menteri kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Dafo' Teng Gaik Kwan]: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini adalah sama dengan soalan yang d.ikemukakan oleh Yang Berhormat Datuk Norjan binti Khan Bahadar pada hari ini, oleh yang demjkian saya memohon izin untuk menjawab kedua-dua soalan sekali gus. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini Jabatan Imigresen Malaysia masih belum mengemukakan angka ketibaan pelancong ke Malaysia sepanjang tempoh Sukom. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian penginapan hotel yang dijalankan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, kadar penginapan hotel di Lembah Klang naik pada minggu ketiga bulan September 1998 terutama di Seri Kembangan yang meningkat kepada 74.3% berbanding 52.8% pada minggu pertama bulan yang sama. Kira-kira 8,000 orang peserta telah menghadiri Persidangan APEC, ini termasuk delegasi wakil-wakil media dan para isteri delegasi. Sekian. Tuan N. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, soalan tarnbahan. Berapa ramaikah pelancong dari negara India dan China datang ke negara ini dan nyatakan juga sejauh manakah kerajaan telah melonggarkan visa? Dato' Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah boleh dikatakan keluar dari soalan asal, tetapi saya cuba memberi jawapan. Tuan Yang di-Pertua, soalannya berapa ramaikah pelancong dari India dan China yang datang ..... Tuan Yang di-Pertua: Ini hanya semasa Sukom dan sepanjang Persidangan APEC yang berlangsung baru-baru ini sahaja. India tidak ada datang. [Ketawa] Dato' Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, saya boleh memberi satu angka jugalah, dari China pada tahun 1997 seramai 158,679 orang dibandingkan pada tahun 1996 pelancong dari China seramai 135,743 orang dan saya minta maaf kerana tidak ada angka dari India. Tuan Yang di-Pertua: Baiklah, tidak apalah. Datuk Haji Hashim bin Satin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Secara perbandingan boleh atau tidak saya dapat tabu berapakah jumlah secara hitung panjang sebelum dari Sukom dan Persidangan APEC dan apakah ada kesan-kesan positif atau sebaliknya untuk pengetahuan kita. Dato' Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, sebelum APEC dan Sukom, kedatangan pelancong dari luar negara yang masuk ke negara kita dari tahun 1996 adalah sebanyak 7.1 juta orang, perbelanjaan ialah RM11.2 bilion dan pada tahun 1998 ini kedatangan ialah 6.8 juta orang pelancong dan perbelanjaan ialah RM12.8 juta tetapi saya tidak ada angka-angka yang sepenuhnya, saya cuma ada angka untuk setahun ke setahun sahaja pada tahun 1997 hingga tahun 1998. Puan Rajah Mastika Junaidah binti Rusin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya tadi mendengar jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa pada tahun 1997 kehadiran pelancong sebanyak 6.8 juta, tetapi perbelanjaan sebanyak RM12.8 juta, pada hal pada tahun 1996 perbelanjaan sebanyak RM11.2 bilion, kalau saya tidak silap tadi. Jadi, nampaknyak angka perbelanjaan begitu jauh berbeza. Saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat kenapa perbezaan 'million' dan 'billion' itu merupakan satu angka yang begitu jauh. Yang keduanya, apakah usaha-usaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan untuk mengambil peluang dan juga kesempatan semasa Sukom dan semasa Persidangan APEC untuk menyedarkan para pelancong dan juga menangkis dakyah-dakyah buruk yang dikeluarkan oleh media asing. DN.9.12.1998 3 Pada masa sekarang ini kita dapati sektor pelancongan kita telah pun mendapat tekanan yang begitu hebat terutamanya kawasan yang baru dibangunkan seperti Pulau Langkawi, ramai di antara operator yang terlibat dalam usaha pelancongan ini sekarang menghadapi masalah untuk •mendapatkan ataupun untuk memasarkan produk mereka dan juga masalah untuk membayar pinjaman yang mereka telah laburkan untuk memasuki sektor pelancongan.