SIARAN AKHBAR Press Release

PEJABAT MEDIA & KOMUNIKASI JABATAN KETUA MENTERI

09 Februari, 2021

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan peruntukan khas RM100,000.00 kepada 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata peruntukan khas kepada setiap seorang wakil rakyat pembangkang itu untuk membantu mereka menangani masalah di kawasan masing-masing berikutan penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

Atas rasa penuh tanggungjawab, saya memberikan peruntukan khas ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan negeri (GRS). Peruntukan ini adalah untuk membantu wakil rakyat pembangkang dalam usaha meringankan beban rakyat di kawasan masing-masing akibat pandemik ini.

Pemberian peruntukan khas ini sejajar dengan usaha kerajaan GRS yang sentiasa mahu memastikan semua rakyat yang berdepan cabaran pandemik ini dapat dibantu dengan sebaiknya, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Anak. Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Masyarakat Cina dan Ketua Kampung bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dan Pantai Dalit, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk (ADUN Kiulu); Pembantu Menteri Kewangan, Jasnih Daya (ADUN Pantai Dalit) dan Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Husain.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berharap peruntukan itu sedikit sebanyak dapat membantu memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan DUN yang dikuasai pembangkang.

Katanya, peruntukan khas yang membabitkan jumlah keseluruhan RM3.1 juta itu akan disalurkan secepat mungkin kepada semua ADUN pembangkang melalui Pejabat Daerah di kawasan masing-masing. Tamat

Pejabat Media & Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 31, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel.:088-369000/369854/369856/369841/369844, Faks: 088-215626