09 FEB 2021 Peruntukan Khas 100K Untuk ADUN Pembangkang

09 FEB 2021 Peruntukan Khas 100K Untuk ADUN Pembangkang

SIARAN AKHBAR Press Release PEJABAT MEDIA & KOMUNIKASI JABATAN KETUA MENTERI 09 Februari, 2021 KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengumumkan peruntukan khas RM100,000.00 kepada 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata peruntukan khas kepada setiap seorang wakil rakyat pembangkang itu untuk membantu mereka menangani masalah di kawasan masing-masing berikutan penularan pandemik COVID-19 di negeri ini. Atas rasa penuh tanggungjawab, saya memberikan peruntukan khas ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Peruntukan ini adalah untuk membantu wakil rakyat pembangkang dalam usaha meringankan beban rakyat di kawasan masing-masing akibat pandemik ini. Pemberian peruntukan khas ini sejajar dengan usaha kerajaan GRS yang sentiasa mahu memastikan semua rakyat yang berdepan cabaran pandemik ini dapat dibantu dengan sebaiknya, katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Anak. Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Masyarakat Cina dan Ketua Kampung bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dan Pantai Dalit, di sini hari ini. Yang turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu); Pembantu Menteri Kewangan, Jasnih Daya (ADUN Pantai Dalit) dan Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Husain. Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berharap peruntukan itu sedikit sebanyak dapat membantu memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan DUN yang dikuasai pembangkang. Katanya, peruntukan khas yang membabitkan jumlah keseluruhan RM3.1 juta itu akan disalurkan secepat mungkin kepada semua ADUN pembangkang melalui Pejabat Daerah di kawasan masing-masing. Tamat Pejabat Media & Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 31, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel.:088-369000/369854/369856/369841/369844, Faks: 088-215626.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us