Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

BAB 10 : PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

10.1 Pengertian Kemerdekaan

Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 (5 Safar 1377 Hijrah) merupakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. membawa erti bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing. Merdeka juga bererti bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara. Perjuangan kemerdekaan mengambil masa yang Panjang dan penuh berliku.

Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan. Takrif kemerdekaan menurut Kamus Dewan Negara yang merdeka juga bermakna negara yang berdaulat, iaitu mempunyai kuasa tertinggi.

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani Tun Temenggong Jugah anak Barieng

Rashid Rida Mahatma Gandhi Takrif kemerdekaan beberapa tokoh Nelson Mandela Soekarno

Tunku Abdul Rahman Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun Fuad Stephens

Takrif Kemerdekaan

Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah). Beliau yakin, rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dengan bersatu padu bagi memper- tahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara [Sayyid Jamal al-Din al-Afghani].

Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat. Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem kha- lifah dan menghapuskan ikatan perkauman [Rashid Rida].

Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral. Setiap negara berhak mengu- ruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni [Mahatma Gandhi].

Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna ku- lit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas. Kebebasan boleh di- capai melalui politik. bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan penderitaan. Seluruh rakyat perlulah bersatu dalam satu negara menuju masa depan [Nelson Mandela].

1 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

Kemerdekaan bererti bebas selama-lamanya. Kebebasan ini merangkumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik. Pandirlah sesuatu bangsa penjajah jika berfikir bangsa yang dijajah itu akan terus didominasi oleh mereka. Rakyat yang dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai satu pembebasan. Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas dan kasta [Soekarno, Presiden Indonesia].

Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan se- buah negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan dan kebebasan [].

Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terjamin dan menjadi lebih kuat. Penduduk peribumi sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Di samping itu, dengan kemerdekaan ini kita dapat mengatasi ancaman komunis [Tun Te- menggong Jugah anak Barieng].

Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin. Usaha pembangunan yang pesat berlaku di Persekutuan Tanah Melayu mampu menaikkan semangat baharu masyarakat [Tun Fuad Stephens].

Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepe- nuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun [Tun Dr. Mahathir Mohamad].

Kemerdekaan memberikan hak untuk rakyat menentukan sendiri bentuk dan hala tuju negara tanpa pengaruh kuasa luar. Penghayatan terhadap erti merdeka menuntut rakyat mengenali sejarah negara seterusnya mengukuhkan jati diri terutama bagi mengisi kemerdekaan ini.

10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Pada 8 Julai 1957, Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah berucap dalam Radio Malaya menyeru seluruh Persediaan dibuat melalui penu- rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan buhan jawatankuasa persediaan meriah supaya kekal dalam sejarah negara. fizikal dan sambutan. Tumpuan upacara sambutan kemerdekaan adalah di Padang Kelab Pada 3 Ogos 1957, jam 7:33 pagi, Dato' Abdul Ra- dan Stadium Merdeka. zak Hussein memaklumkan rakyat menerusi Radio Malaya tentang atur cara sambutan kemerdekaan terutama pada tarikh 31 Ogos 1957.

2 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

Jawatankuasa Persediaan Fizikal

Penonjolan identiti negara perlu Pembinaan sebuah stadium diberikan perhatian oleh jawa- tankuasa Persediaan Fizikal. Prasarana fizikal yang disediakan untuk meraikan kemerdekaan Istana untuk Yang di-Pertuan Agong

1. Tunku Abdul Rahman mencadangkan sebuah lagu rasmi kebangsaan dicipta bagi di- perdengarkan semasa upacara Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 2. Sebuah Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk dengan dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Pen- erangan). Lagu berasal daripada lagu Terang Bulan, lagu negeri yang liriknya ditulis oleh Saiful Bahari dicipta sebagai lagu kebangsaan negara 3. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah sedia ada akan dijadikan bendera ke- bangsaan. Reka bentuk bendera dicipta oleh Mohamed Hamzah, kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri . Bendera Persekutuan mula dikibarkan dengan rasminya pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan Selangor. 4. Penggunaan Jata Negara diperkenankan oleh Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1957. 5. Bunga raya dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan.

Jawatankuasa Sambutan

Berperanan untuk memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota dan negeri. Bangunan di sekitar bandar, jalan raya dan Padang Kelab Selangor dihiasi lampu. Sebanyak 75 ribu bendera Persekutuan Tanah Melayu turut ditempah khas dari kilang kain di Jepun dan dibawa dengan kapal laut

Menteri dan pegawai tinggi kerajaan disediakan pakaian khas ilhamTunku Abdul Rahman sendiri. Sejenis pakaian dari negeri , iaitu "baju muskat" diubah suai lengkap dengan seluar satin hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok yang direka untuk menteri.

Kerajaan menganjurkan kursus khas berkaitan dengan protokol yang diikuti oleh

sebanyak 300 orang pegawai kerajaan selama tiga hari. Mereka bertindak sebagai pega-

wai penerangan dan pegawai pengiring tetamu serta pegawai jemputan luar negara.

Selain itu, semua pegawai dan kakitangan kerajaan diberikan gaji seminggu lebih awal untuk memberikan peluang menyambut kemerdekaan.

10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah yang dinantikan setelah melalui perjalanan yang panjang menuju kemerdekaan. Permulaan sambutan diraikan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.

Menjelang tengah malam 30 Ogos 1957, jalan sekitar bandar dipenuhi ken- deraan. Jalan sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan kaki menuju ke Pa- dang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu hiasan dan kedai dibuka sehingga larut malam. 3 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

Kronologi Sambutan Pemasyhuran Kemerdekaan

10:00 malam

Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam diketuai oleh Sardon Jubir mengambil tempat duduk.

10:30 mlm

Sebanyak 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat mengambil tempat di ten- gah padang menghadap Jalan Raja (menara jam). Perbarisan diketuai oleh Ismail Bontak.

11:58 mlm

Semua lampu di padang dan di sekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan men- jadi gelap gelita.

12:00 mlm

1. Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12:00 tengah malam dan diikuti dengan laungan "Merdeka" oleh orang ramai. 2. Tunku Abdul Rahman dibawa ke hadapan pentas menghadap ketiga-tiga tiang bendera. 3. Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu God Save The Queen sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu (Bendera Union Jack diturunkan dan disambut dengan tepukan dan laungan "Merdeka"). 4. Bendera Persekutuan Tanah Melayu kemudian dinaikkan dengan diiringi lagu Nega- raku yang diperdengarkan buat kali pertama kepada umum pada malam bersejarah itu. Sorakan “Merdeka" dilaungkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman mem-

12:10 mlm

Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan perwakilan negeri. Beliau kemudiannya mengambil tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Peri- katan seramai 24 orang yang diketuai oleh Abdul Majid Othman tampil membawa dulang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebutir Pingat Emas. Pingat ini berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku Abdul Rahman di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta, ditulis perkataan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air", gelaran yang diberikan kepada Tunku Abdul Rahman. Rantai emas dikalungkan oleh Sardon Jubir ke leher Tunku Abdul Rahman diikuti dengan laungan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" sebanyak tiga kali.

12:25 mlm

Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan dengan penuh semangat.

12:55 mlm

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.

4 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka

Upacara sambutan kemerdekaan diadakan dengan gemilang pada pagi 31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Perarakan barisan pasukan tentera dan orang ramai di- anggarkan berjumlah 20 ribu orang membanjiri stadium. Mereka datang seawal pukul 6:00 pagi dan, mereka tidak berganjak walaupun hujan turun pada awalnya

Kronologi Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka

8:15 pagi

1. Tunku Abdul Rahman tiba di pekarangan stadium dan diikuti dengan ketibaan Raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri serta Duke dan Duchess of Gloucester. 2. Duke of Gloucester yang mewakili kerajaan British telah memberikan ucapan dan menye- rahkan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepadaTunku Abdul Rahman. 3. Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan bagi mengisytiharkan ba- hawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan kedaulatan.

11:00 pagi

1. Istiadat Mengangkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong yang diadakan di Balairong Seri, Istana Negara. 2. Upacara ini kemudian, disusuli dengan pelantikan jawatan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka.

1:30 tengah hari

Majlis jamuan di Residensi diadakan bagi mengucapkan selamat jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

5:25 petang

Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke England. Beliau diberikan penghormatan dengan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batal- ion Keempat Askar Melayu.

1. Dengan tangan di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali dengan gemanya dan disahut oleh para hadirin yang terdiri daripada pelbagai bangsa. 2. Kemudian, disusuli dengan laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari yang sayup kedengaran menandakan rasa kesyukuran terhadap kemerdekaan negara kita. 3. Majlis diteruskan dengan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi lagu kebangsaan, iaitu Negaraku. Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan menan- dakan Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdau- lat.

5 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

Kemerdekaan yang diperoleh memberikan kesan terhadap negara kita terutama pada peringkat awal kemerdekaan. Perkara ini dapat dilihat melalui penglibatan negara kita di dalam dan di luar negara sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial.

Politik

Peringkat Negara Peringkat Antarabangsa

Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan Dasar Luar Menganggotai Komanwel

Demokrasi Berparlimen Diiktiraf Pertubuhan Pertahanan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Pentadbiran Negara Penyertaan dalam Blok Sterling Misi Pengaman PBB Cabaran Kerajaan Persekutuan

Peringkat Negara

Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan

Setelah merdeka, negara kita mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan. Yang di- Pertuan Agong menjadi ketua utama negara dengan bidang kuasa fertentu.

Demokrasi Berparlimen

1. Sistem Demokrasi Berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan dan pemerintah melalui pilihan raya. Pelaksanaan pilihan raya memberi rakyat hak ber- suara dan memilih wakil untuk menentukan hala tuju masa depan dan kesejahteraan negara. 2. Hasil kemerdekaan yang dicapai membolehkan parlimen berkuasa menggubal un- dang-undang pada peringkat Persekutuan. Pada peringkat negeri pula, Dewan Un- dangan Negeri berkuasa menggubal undang-undang. 3. Keberkesanan undang-undang mampu memakmurkan negara.

Pentadbiran Negara

1. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. 2. Beliau mengekalkan ahli kabinet yang ada dan membuat perubahan dengan melantik Dato' Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri. 3. Buat kali pertama dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu mempunyai seorang Menteri Luar sebagai tanda kebebasan negara menjalankan dasar luar negara. Jawa-

6 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

Cabaran Kerajaan Persekutuan

1. Menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan, khususnya dalam bidang profesional, pendidikan tinggi, keselamatan dan pertahanan. 2. Tunku Abdul Rahman dan Dato' Abdul Razak Hussein memberikan komitmen yang ting- gi bagi melaksanakan penggantian ini secara berperingkat dengan melantik rakyat tem- patan dalam pelbagai bidang.

Peringkat Antarabangsa

Dasar Luar

1. Kerajaan memberikan perhatian melalui pengukuhan Kementerian Luar. Pada awal ta- hun 1957, kumpulan pertama pegawai dihantar ke Britain untuk mendapatkan latihan. 2. Tokoh yang berperanan penting menentukan dasar luar negara ialah Tan Sri Muham- mad Ghazali Shafie dan Dr. Ismail Abdul Rahman yang pernah dilantik menjadi Menteri Luar. 3. Negara kita juga menjalinkan hubungan dengan negara luar seperti Indonesia, India, Australia, New Zealand, Mesir dan Jepun.

Menganggotai Komanwel

1. Persekutuan Tanah Melayu diterima untuk menyertai pertubuhan Komanwel. 2. Pertubuhan Komanwel bermanfaat untuk merapatkan hubungan sosioekonomi dengan negara ahli. 3. Komanwel juga menjadi medan untuk negara kita mempamerkan komitmen terhadap isu yang dihadapi oleh negara anggota.

Pertahanan Negara

1. Sebelum merdeka, negara kita dilindungi melalui pembentukan kerjasama pertahanan Britain, Australia dan New Zealand. 2. Selepas merdeka. Tunku Abdul Rahman ingin mengekalkan hubungan baik dengan Britain dan negara Komanwel. 3. Keadaan negara yang belum mempunyai kekuatan pertahanan menyebabkan negara memerlukan bantuan Britain dengan memeterai perjanjian pertahanan yang dinamakan Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) pada tahun 1957.

Penyertaan dalam Blok Sterling

1. Negara menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan antarabangsa. 2. Kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang berpendapatan tinggi da- ripada hasil getah dan bijih timah memperkuat kedudukan mata wang Pound Sterling. 3. Penyertaan Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai kedudukan ekonomi yang ku- kuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel turut memperkukuh kedudukan ekonomi ahli-ahlinya.

7 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

1. Negara kita diterima menjadi ahli PBB dalam persidangannya pada 17 September 1957 merupakan anggota PBB yang ke-82. 2. Bendera negara kita dikibarkan dalam satu upacara rasmi di ibu pejabat PBB di New York pada 15 Oktober 1957. 3. Dengan menyertai PBB. negara kita turut menjunjung prinsip PBB untuk melindungi hak asasi manusia.

Misi Pengaman PBB

1. Negara kita turut terlibat daiam misi pasukan pengaman PBB di Congo. 2. Pemilihan ini menggambarkan kepercayaan dan pengiktirafan tertinggi PBB kepada se- buah negara baharu untuk bersama-sama terlibat dalam pengurusan konflik an- tarabangsa.

Ekonomi

Rancangan Malaya Pertama Pembangunan Luar Lembaga Kemajuan Tanah Bandar 1956-1960 Persekutuan (FELDA)

Institusi Kewangan Tempatan Rancangan Buku Merah

Rancangan Malaya Pertama 1956-1960

Rancangan ini bertujuan: 1. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan tumpuan pada sektor luar bandar. 2. Mempelbagaikan keluaran pertanian supaya tidak hanya bergantung pada pengeluaran getah. 3. Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

1. Ditubuhkan pada tahun 1956 untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan semula masyarakat. 2. Keluarga dari kawasan luar bandar dipindahkan ke rancangan tanah FELDA untuk me- nanam getah atau kelapa sawit. 3. Perumahan dan kemudahan asas disediakan untuk peneroka.

Pembangunan Luar Bandar

1. Kementerian Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada 17 November 1959, hasil penstrukturan pentadbiran yang bertanggungjawab untuk membangunkan infra- struktur, sosial dan ekonomi luar bandar. 2. Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah bagi merancang dan menyelaraskan pelaksanaan projek pembangunan. 3. Kerajaan memberikan keutamaan kepada penyediaan kemudahan asas untuk penduduk luar bandar.

8 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

Institusi Kewangan Tempatan

1. Malay National Bank atau Bank Kebangsaan Melayu merupakan bank pertama khusus untuk orang Melayu ditubuhkan di Klang Street, Kuala Lumpur oleh Maarof Zakaria. 2. Bank Negara mula beroperasi pada 26 Januari 1959, bagi menggalakkan kestabilan kewangan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi negara. 3. Kwong Yik Bank ditubuhkan pada 1913 di Kuala Lumpur.

Rancangan Buku Merah

1. Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961. 2. Buku ini mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas seperti jalan kampung, jambatan, surau, bekalan air dan bekalan elektrik. 3. Pemantauan dan maklum balas berdasarkan rekod yang terdapat dalam Buku Merah diletakkan di dalam Bilik Gerakan Kemajuan Negara pada peringkat daerah, negeri dan pusat.

Sosial

Pendidikan Penubuhan Dewan Bahasa Jabatan Penerangan dan Pustaka

Kesihatan Kemudahan Asas

Pendidikan

1. Pendidikan merupakan wadah untuk membina sebuah bangsa bagi negara yang ber- satu. 2. Kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji semula Penyata Jawa- tankuasa Pelajaran 1956 yang lalu. 3. Penyata ini memberikan penekanan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

1. Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh apabila Fasal 1 Perkara 152 dalam Per- lembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahawa bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan. 2. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di , Johor, se- bagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran.

Jabatan Penerangan

1. Penubuhan jabatan ini bertujuan menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam dan di luar negara. 2. Selaras dengan fungsinya sebagai lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat berkaitan dengan falsafah, dasar dan wawasan negara terutama menjelang ke- merdekaan dan pada tahun-tahun awal negara merdeka.

9 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

Kesihatan

1. Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar. 2. Ketika mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara mempunyai sebanyak 65 buah hospital. 3. Kementerian Kesihatan memainkan peranan penting dalam pemulihan isu sosial serta pembangunan masyarakat demi kesejahteraan rakyat.

Kemudahan Asas

1. Penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur kepada masyarakat diberikan per- hatian oleh kerajaan pada awal kemerdekaan. 2. Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih diutamakan demi keselesaan dan kesihatan penduduk. 3. Kemudahan ini bertujuan membantu usaha meningkatkan taraf hidup, di samping me- rapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar.

10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

1. Bagi sebuah negara yang merdeka, kedaulatan merujuk kuasa tertinggi yang menen- tukan sesebuah negara bebas daripada kongkongan kuasa luar. Wilayah pengaruh, kerajaan, keunggulan undang-undang, lambang dan rakyat merupakan aspek kedau- latan negara kita. 2. Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kedaulatan atau kuasa tertinggi. 3. Kedaulatan ini membolehkan kita membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik negara.

Kedaulatan

Wilayah Keunggulan undang- Rakyat pengaruh undang

Kerajaan Lambang

Wilayah pengaruh

1. Merujuk kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu. 2. Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada , Kedah. Perak, Pulau Pinang,Selangor, , Melaka, , Johor, dan . Setiap negeri berdaulat diketuai oleh sama ada Sultan atau Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri.

10 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

Kerajaan

1. Merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mentadbir nega- ra. 2. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. 3. Dalam amalan demokrasi, kuasa memerintah dipegang oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya [rakyat bertanggungjawab memilih wakil mereka melalui pili- han raya].

Kedaulatan undang-undang

1. Bermaksud kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah undang-undang. 2. Kedaulatan undang-undang penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekal- kan demi kesejahteraan negara. 3. Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kedaulatan negara yang merdeka dan memelihara hak rakyat.

Lambang kebangsaan

1. Jata Negara, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan bunga kebangsaan merupa- kan identiti dan jati diri rakyat. 2. Lambang ini juga menjadi simbol perpaduan. 3. Setiap elemen pada lambang ini mempunyai pengertian berdasarkan sosiobudaya dan sejarah negara. 4. Lambang ini mempunyai nilai kedaulatannya tersendiri dan lambang jati diri negara. Lambang ini perlu diberikan penghormatan sebagai simbol rasmi negara.

Rakyat

1. Mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara dan negara juga mempunyai hak terhadap rakyat. 2. Semua pihak bertanggungjawab untuk menggunakan hak masing-masing dengan bijak bagi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara. 3. Pengiktirafan sebagai rakyat membolehkan kita mendapat hak asasi, iaitu hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. 4. Sebagai warganegara, kita perlu mematuhi perlembagaan negara.

Rumusan

1. Prinsip kedaulatan, iaitu kuasa tertinggi yang diperoleh melalui perjuangan yang ber- liku perlu dikekalkan bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara. 2. Kemerdekaan yang diperoleh wajar dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga. Ke- merdekaan yang berkait rapat dengan kedaulatan menuntut kita memberikan kese- tiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap ibu pertiwi. 3. Semangat jiwa merdeka generasi lalu dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara perlu diteladani dan disyukuri supaya generasi akan datang terus menikmati kedaulatan negara yang dicintai ini.

11 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin Bahagian A: Soalan Struktur

1. Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bersamaan dengan 5 Safar 1377 Hijrah meru- pakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. a. Apakah maksud kemerdekaan?

......

...... 2 markah

b. Namakan DUA tokoh yang memberikan takrifan kemerdekaan

i......

ii...... 2 markah

c. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan kemerdekaan negara kita?

......

......

...... 3 markah

d. Andaikan anda seorang pemimpin negara, jelaskan persiapan yang anda akan lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan

......

......

...... 3 markah

2. Gambar berikut menunjukkan bendera Negara kita

a. Siapakah yang mencipta bendera negara kita?

...... 1 markah

12 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

b. Apakah nama bendera kebangsaan negara kita?

...... 1 markah

c. Jelaskan maksud lambang-lambang berikut

i. Warna biru

......

ii. Warna merah

......

iii. Bulan sabit bewarna kuning

...... 3 markah

d. Mengapakah negara-negara di dunia mempunyai bendera masing-masing?

......

......

...... 3 markah

e. Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab rakyat terhadap bendera kebang- saan

......

...... 2 markah

3. Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah yang dinantikan setelah melalui perjalanan yang panjang menuju kemerdekaan. a. Di manakah permulaan sambutan kemerdekaan diraikan pada malam 30 Ogos 1957?

...... 1 markah

b. Namakan pegawai British yang menyertai peristiwa bersejarah sambutan kemerdekaan di stadium Merdeka

i......

ii...... 2 markah

13 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

c. Nyatakan kronologi peritiwa sambutan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman

......

......

...... 3 markah

d. Jelaskan peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan dalam usaha mengekalkan kemerdekaan Negara kita

......

......

...... 2 markah

Bahagian C: Soalan Esei

1. Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk mem- bangunkan ekonomi negara. a. Jelaskan tentang Rancangan Malaya Pertama yang diperkenalkan pada tahun 1956-1960 4 markah

b. Nyatakan peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

4 markah

c.i Apakah langkah yang diambil untuk memajukan Kawasan luar bandar terutamanya diawal kemerdekaan tanah air 6 markah

c.ii Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat 6 markah

2. Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kedaulatan atau kuasa tertinggi. Kedaulatan ini membolehkan kita membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik negara. a. Jelaskan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

10 markah

b. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Ma- laysia untuk mengekalkan kedaulatan negara

10 markah

14 BAB SEPULUH: Pemasyhuran Kemerdekaan

1. Pernyataan berikut adalah 5 Petikan berikut adalah ucapan pengertian kemerdekaan oleh seorang tokoh tentang ke- seorang tokoh. merdekaan Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun sukar Kemerdekaan ibarat tempat supaya setiap komuniti hidup dalam Tokoh X perhentian dalam perjalanan harmoni. yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang Siapakah tokoh tersebut? ms A Rashid Rida Tokoh X ialah 234 B Nelson Mandela ms A Tunku Abdul Rahrnan C Mahatma Gandhi 235 B Mahatma Gandhi D Sayyid Jamal al-Din al-Afghani C Tun Fuad Stephens D Tun Dr. Mahathir Mohamad Takrif kemerdekaan menurut Ka- mus Dewan ialah bebas daripada 6 Siapakah yang memaklumkan ten- I. kurungan tang atur cara sambutan ke- ms II. pencerobohan merdekaan terutama pada tarikh 234 III. penindasan 31 Ogos 1957 kepada rakyat IV. naungan menerusi Radio Malaya? A I dan II ms A Tunku Abdul Rahrnan B I dan IV 236 B Tun Saadon bin Jubir C II dan III C Dato' Abdul Razak Hussein D III dan IV D Tun Dr Ismail Abdul Rahman

3 Menurut Rashid Rida, kedaulatan 7 Gambar berikut adalah bendera sesebuah negara adalah dengan Jalur Gemilang yang menjadi rnenghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan kebanggan bangsa dan negara Malaysia. ms A Penjajahan kuasa asing 234 B Penindasan rakyat C Penindasan ekonomi D ikatan perkauman

4 Menurut Tun Temenggong Jugah Bendera Persekutuan mula anak Barieng, melalui kemerdekaan, dikibarkan dengan rasminya di keselamatan negeri akan lebih terja- min dan menjadi lebih kuat. ms A Stadium Merdeka Siapakah beliau 236 B Padang Bandar Hilir ms A Pemimpin Parti PESAKA C Padang Kelab Selangor 235 B Ketua Menteri D Istana Sultan Selangor C Ketua Menteri Sarawak D Pemimpin Parti USNO

15 8 Lagu Negaraku dicipta sebagai 13 Bagi memastikan sambutan ke- lagu kebangsaan negara. Lagu ini merdekaan negara berjalan berasal daripada lagu Terang Bu- dengan lancar, beberapa jawa- lan, iaitu lagu negeri tankuasa diwujudkan. Jawatan- ms A Johor kuasa Perayaan Ibu Kota Perseku- 236 B Perak tuan dipengerusikan oleh C Kelantan ms A Tunku Abdul Rahman Al-Haj D Terengganu 237 B Dato' Abdul Razak Hussein C Saadon bin Jubir 9 Siapakah pencipta lirik lagu Nega- D H.S. Lee raku yang menjadi lagu kebang- saan negara kita? 14 Semasa pemasyhuran ke- ms A Mohamed Hamzah merdekaan sebanyak 300 orang 236 B Yaacob Abdul Latif pemuda membentuk perbarisan ke- C Saiful Bahari hormat di tengah padang D Ali Ahmad menghadap Jalan Raja. Perbarisan ini diketuai oleh 10 Pernyataan berikut berkaitan pem- ms A Dr. Ismail Abdul Rahman binaan Stadium Merdeka 238 B Tun Abdul Razak Stadium Merdeka direka bentuk oleh C Abdul Majid Othman S. E. Jewkes mempunyai 22 ribu tem- D Ismail Bontak pat duduk serta 3000 daripadanya tempat duduk berbumbung, 15 Tepat 12.00 tengah malam ben- dera Union Jack mula diturunkan Tempoh masa untuk menyiapkan- dengan diiringi lagu “God Save The nya ialah selama Queen”. Bendera Union Jack di- ms A Lima bulan turunkan oleh 236 B Enam bulan ms A Ali Ahmad C Lapan bulan 238 B Tahir Abdul Majid D Satu tahun C Mohamed Hamzah 11 Berapakah jumlah bendera D Saadon bin Jubir Persekutuan Tanah Melayu ditem- 16 Rantai emas dikalungkan oleh Sar- pah khas dari kilang kain di Jepun don Jubir ke leher Tunku Abdul untuk memeriahkan sambutan ke- Rahman. Apakah yang terukir pada merdekaan? pingat yang dikalungkan ke leher ms A 25 ribu Tunku? 237 B 50 ribu I. Peta Semenanjung Tanah C 75 ribu Melayu D 100 ribu ms II. gambar Tunku Abdul Rahman 12 Menteri dan pegawai tinggi kera- 239 III. gambar Jata Negara Malaysia jaan disediakan pakaian khas ilham IV. gambar bendera Malaysia Tunku Abdul Rahman iaitu "baju muskat". Pakaian ini berasal dari A I dan II B I dan IV ms A Negeri Kedah C II dan III 237 B Negeri Perak D III dan IV C Negeri Selangor D Negeri Sembilan 16 17 Tokoh yang mewakili kerajaan 21 Buat kali pertama dalam sejarah British dalam upacara menye- Persekutuan Tanah Melayu rahkan Surat Perlembagaan Se- mempunyai seorang Menteri Luar. rahan Kuasa kepadaTunku Abdul Jawatan ini disandang oleh Rahman ialah ms A Dato' Abdul Razak Hussein ms A Quen Elizabeth 242 B Muhammad Ghazali Shafie 240 B Duke of Gloucester C Dr. Ismail Abdul Rahman C Duke of Wellington D Tunku Abdul Rahman

D Sir Donald MacGillivray 22 Apakah tujuan Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel? 18 Pentas terapung berbentuk kerang ms A Melambangkan kekuatan 243 dibina di Lake Garden. Kuala negara l,unrpur bersempena dengan sam- butan kemerdekaan negara. B Mengukuhkan semangat perpaduan Antara artis yang membuat C Merapatkan hubungan sosio- persembahan ialah ekonomi I. P. Ramlee D Membantah campur tangan ms II. Saloma asing 241 III. Sarimah IV. Jins Shamsuddin 23 Negara kita diterima menjadi ahli A I dan II PBB dalam persidangannya pada B I dan IV 17 September 1957. Negara kita C II dan III merupakan anggota PBB yang ke D III dan IV ms A Lapan puluh 243 B Lapan puluh satu 19 Sejak merdeka, Malaysia telah C Lapan puluh dua mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Pernyataan manak- D Lapan puluh tiga ah yang berkaitan dengan sistem 24 Pada tahun 1960 Malaysia me- tersebut? nyertai misi pengaman PBB yang ms A Perlembagaan ditetapkan oleh menunjukan pengiktirafan tertinggi 242 Yang di-Pertuan Agong PBB kepada negara kita. B Badan Kehakiman menggubal Di manakah pasukan pengaman undang-undang negara kita dihantar? C Pentadbiran dikuasai monarki ms A Iran berkuasa mutlak 243 B Congo D Rakyat berhak bersuara dan C Anggola memilih wakil D Afrika Selatan

20 Pengamalan Sistem Raja Berper- 25 Apakah yang terkandung dalam lembagaan termaktub dalam Rancangan Buku Merah dilancar- Perlembagaan Malaysia menetap- kan pada 25 Januari 1961? kan Yang di-Pertuan Agong men- ms A Mengandungi projek berkaitan jadi 244 dengan kemudahan asas ms A Ketua negara B Memantau pengurusan 242 B Ketua Kerajaan kewangan Negara C Mengetuai Dewan Negara C Menetapkan sistem pentadbiran kerajaan D Mengetuai Dewan Rakyat D Mengawal mutu perkhidmatan kerajaan 17 26 Apakah tujuan Rancangan Malaya 30 Kerajaan mengeluarkan Penyata Pertama diperkenalkan pada ta- Rahman Talib bagi mengkaji hun 1956-1960? semula Penyata Jawatankuasa ms I. Meningkatkan pertumbuhan Pelajaran 1956. Apakah 244 ekonomi penekanan Penyata tersebut? II. Membuka kawasan pertanian ms A Kenaikan darjah secara au- baru 245 tomatik III. Menyediakan kemudahan B Penekanan kepada bahasa pinjaman Melayu IV Mengurangkan kadar ke- C Sistem persekolahan sama . miskinan D Kurikulum seragam A I dan II B I dan IV 31 Penyata Rahman Talib yang C II dan III menggantikan Penyata Pelajaran D III dan IV 1956 telah memberikan penekanan kepada isu 27 Apakah tujuan penubuhan Lem- ms A Sekolah venakular baga Kemajuan Tanah Persekutu- 245 B Sekolah aliran Inggeris an (FELDA)? C Bahasa pengantar di sekolah ms A Memasarkan hasil pertanian D Pembinaan negara bangsa 244 B Menggalakkan kegiatan indus- tri desa 32 Bagi memperkukuhkan kedudukan C Meningkatkan pengeluaran bahasa Melayu, Dewan Bahasa tanaman makanan dan Pustaka telah ditubuhkan pada D memajukan tanah baharu 22 Jun 1956. secara besar-besaran Di manakah Dewan Bahasa dan Pustaka di tubuhkan? ms A Kuala Lumpur 28 Bank Kebangsaan Melayu merupa- 245 kan bank pertama untuk orang B Klang, Selangor Melayu ditubuhkan di Klang Street, C Batu Pahat, Johor Kuala Lumpur. D Johor Bahru, Johor Tokoh yang bertanggunjawab menubuhkan Bank tersebut ialah 33 Antara usaha pihak kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf ms A Maarof Zakaria 244 B Zakaria Ahmad hidup, di samping merapatkan ju- rang antara penduduk luar bandar C Sa’adon Jubir dengan bandar ialah menyediakan D Zainal Abidin Ahmad I. subsidi baja ms II. bantuan makanan 29 Kementerian Pembangunan Luar Bandar diwujudkan pada 17 Novem- 2 III. bekalan elektrik ber 1959. IV. bekalan air bersih Apakah keutamaan kementerian ini A I dan II bagi merancang dan menyelaraskan B I dan IV projek pembangunan? C II dan III D III dan IV ms A penyediaan kemudahan asas 244 B penyediaan kemudahan elektrik C penyediaan kemudahan peru- 34 Rajah berikut berkaitan dengan mahan sistem pemerintahan dalam D penyediaan kemudahan Persekutuan Malaysia. kesihatan 18 Yang di-Pertuan Agong Kawasan yang mempunyai sem- padan untuk membentuk Perseku- tuan Tanah Melayu merujuk Badan Pelaksana Badan Kehakiman ms A jajahan takluk 246 B negeri bersekutu Badan Perundangan C wilayah pengaruh D wilayah naungan Berdasarkan sistem tersebut, Kera- jaan merupakan institusi yang ber- 38 Apakah yang menjadi asas kedau- tanggungjawab untuk latan negara kita yang merdeka ms I. Mengurus negara bagi memelihara hak setiap 246 II. Mentadbir negara rakyat? III. Memerintah negara ms A Perlembagaan Persekutuan IV. Mendaulatkan negara 246 B Rang Undang-undang A I dan II B I dan IV C Badan Perundangan C II dan III D Mahkamah D III dan IV 39 Mengapakah jata negara penting kepada negara dan bangsa Ma- 35 Apakah yang membolehkan negara laysia? kita membuat keputusan tentang ms A Simbol perpaduan rakyat hal yang berhubung dengan pen- 247 B Merupakan identiti bangsa tadbiran dan politik negara? C Mempertahan semangat ke- ms A lambang negerian 246 B Kedaulatan D Melambangkan kemajuan C Wilayah pengaruh ekonomi D Keunggulan undang-undang 40 Apakah maksud bulan sabit pada 36 Kerajaan merupakan institusi yang Jata Negara? bertanggungjawab untuk mengu- ruskan dan mentadbir negara. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu I. Kementerian ms II. Menteri kabinet 246 III. Mahkamah IV. Badan Perundangan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV ms A Keberanian 247 B Perpaduan rakyat 37 Maklumat berikut adalah tentang C Islam agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu D Negeri-negeri Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Perlis, Ked- ah, Perak. Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kelan- tan dan Terengganu

19