Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin

Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin BAB 10 : PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 10.1 Pengertian Kemerdekaan Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 (5 Safar 1377 Hijrah) merupakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. Merdeka membawa erti bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing. Merdeka juga bererti bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara. Perjuangan kemerdekaan mengambil masa yang Panjang dan penuh berliku. Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan. Takrif kemerdekaan menurut Kamus Dewan Negara yang merdeka juga bermakna negara yang berdaulat, iaitu mempunyai kuasa tertinggi. Sayyid Jamal al-Din al-Afghani Tun Temenggong Jugah anak Barieng Rashid Rida Mahatma Gandhi Takrif kemerdekaan beberapa tokoh Nelson Mandela Soekarno Tunku Abdul Rahman Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun Fuad Stephens Takrif Kemerdekaan Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah). Beliau yakin, rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dengan bersatu padu bagi memper- tahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara [Sayyid Jamal al-Din al-Afghani]. Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat. Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem kha- lifah dan menghapuskan ikatan perkauman [Rashid Rida]. Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral. Setiap negara berhak mengu- ruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni [Mahatma Gandhi]. Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna ku- lit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas. Kebebasan boleh di- capai melalui politik. bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan penderitaan. Seluruh rakyat perlulah bersatu dalam satu negara menuju masa depan [Nelson Mandela]. 1 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin Kemerdekaan bererti bebas selama-lamanya. Kebebasan ini merangkumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik. Pandirlah sesuatu bangsa penjajah jika berfikir bangsa yang dijajah itu akan terus didominasi oleh mereka. Rakyat yang dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai satu pembebasan. Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas dan kasta [Soekarno, Presiden Indonesia]. Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan se- buah negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan dan kebebasan [Tunku Abdul Rahman]. Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terjamin dan menjadi lebih kuat. Penduduk peribumi Sarawak sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Di samping itu, dengan kemerdekaan ini kita dapat mengatasi ancaman komunis [Tun Te- menggong Jugah anak Barieng]. Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin. Usaha pembangunan yang pesat berlaku di Persekutuan Tanah Melayu mampu menaikkan semangat baharu masyarakat [Tun Fuad Stephens]. Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepe- nuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun [Tun Dr. Mahathir Mohamad]. Kemerdekaan memberikan hak untuk rakyat menentukan sendiri bentuk dan hala tuju negara tanpa pengaruh kuasa luar. Penghayatan terhadap erti merdeka menuntut rakyat mengenali sejarah negara seterusnya mengukuhkan jati diri terutama bagi mengisi kemerdekaan ini. 10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Pada 8 Julai 1957, Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah berucap dalam Radio Malaya menyeru seluruh Persediaan dibuat melalui penu- rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan buhan jawatankuasa persediaan meriah supaya kekal dalam sejarah negara. fizikal dan sambutan. Tumpuan upacara sambutan kemerdekaan adalah di Padang Kelab Selangor Pada 3 Ogos 1957, jam 7:33 pagi, Dato' Abdul Ra- dan Stadium Merdeka. zak Hussein memaklumkan rakyat menerusi Radio Malaya tentang atur cara sambutan kemerdekaan terutama pada tarikh 31 Ogos 1957. 2 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin Jawatankuasa Persediaan Fizikal Penonjolan identiti negara perlu Pembinaan sebuah stadium diberikan perhatian oleh jawa- tankuasa Persediaan Fizikal. Prasarana fizikal yang disediakan untuk meraikan kemerdekaan Istana untuk Yang di-Pertuan Agong 1. Tunku Abdul Rahman mencadangkan sebuah lagu rasmi kebangsaan dicipta bagi di- perdengarkan semasa upacara Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 2. Sebuah Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk dengan dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latiff (Pengarah Jabatan Pen- erangan). Lagu Negaraku berasal daripada lagu Terang Bulan, lagu negeri Perak yang liriknya ditulis oleh Saiful Bahari dicipta sebagai lagu kebangsaan negara 3. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah sedia ada akan dijadikan bendera ke- bangsaan. Reka bentuk bendera dicipta oleh Mohamed Hamzah, kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor. Bendera Persekutuan mula dikibarkan dengan rasminya pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan Selangor. 4. Penggunaan Jata Negara diperkenankan oleh Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1957. 5. Bunga raya dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan. Jawatankuasa Sambutan Berperanan untuk memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota dan negeri. Bangunan di sekitar bandar, jalan raya dan Padang Kelab Selangor dihiasi lampu. Sebanyak 75 ribu bendera Persekutuan Tanah Melayu turut ditempah khas dari kilang kain di Jepun dan dibawa dengan kapal laut Menteri dan pegawai tinggi kerajaan disediakan pakaian khas ilhamTunku Abdul Rahman sendiri. Sejenis pakaian dari negeri Kedah, iaitu "baju muskat" diubah suai lengkap dengan seluar satin hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok yang direka untuk menteri. Kerajaan menganjurkan kursus khas berkaitan dengan protokol yang diikuti oleh sebanyak 300 orang pegawai kerajaan selama tiga hari. Mereka bertindak sebagai pega- wai penerangan dan pegawai pengiring tetamu serta pegawai jemputan luar negara. Selain itu, semua pegawai dan kakitangan kerajaan diberikan gaji seminggu lebih awal untuk memberikan peluang menyambut kemerdekaan. 10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah yang dinantikan setelah melalui perjalanan yang panjang menuju kemerdekaan. Permulaan sambutan diraikan pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Menjelang tengah malam 30 Ogos 1957, jalan sekitar bandar Kuala Lumpur dipenuhi ken- deraan. Jalan sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan kaki menuju ke Pa- dang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu hiasan dan kedai dibuka sehingga larut malam. 3 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin Kronologi Sambutan Pemasyhuran Kemerdekaan 10:00 malam Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam diketuai oleh Sardon Jubir mengambil tempat duduk. 10:30 mlm Sebanyak 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat mengambil tempat di ten- gah padang menghadap Jalan Raja (menara jam). Perbarisan diketuai oleh Ismail Bontak. 11:58 mlm Semua lampu di padang dan di sekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan men- jadi gelap gelita. 12:00 mlm 1. Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12:00 tengah malam dan diikuti dengan laungan "Merdeka" oleh orang ramai. 2. Tunku Abdul Rahman dibawa ke hadapan pentas menghadap ketiga-tiga tiang bendera. 3. Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu God Save The Queen sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu (Bendera Union Jack diturunkan dan disambut dengan tepukan dan laungan "Merdeka"). 4. Bendera Persekutuan Tanah Melayu kemudian dinaikkan dengan diiringi lagu Nega- raku yang diperdengarkan buat kali pertama kepada umum pada malam bersejarah itu. Sorakan “Merdeka" dilaungkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman mem- 12:10 mlm Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan perwakilan negeri. Beliau kemudiannya mengambil tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Peri- katan seramai 24 orang yang diketuai oleh Abdul Majid Othman tampil membawa dulang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebutir Pingat Emas. Pingat ini berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku Abdul Rahman di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta, ditulis perkataan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air", gelaran yang diberikan kepada Tunku Abdul Rahman. Rantai emas dikalungkan oleh Sardon Jubir ke leher Tunku Abdul Rahman diikuti dengan laungan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" sebanyak tiga kali. 12:25 mlm Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan dengan penuh semangat. 12:55 mlm Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati. 4 Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan Cikgu Rosle Yasin Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka Upacara sambutan kemerdekaan diadakan dengan gemilang pada pagi 31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Perarakan barisan pasukan tentera dan orang ramai di- anggarkan berjumlah 20 ribu orang membanjiri stadium. Mereka datang seawal pukul 6:00 pagi dan, mereka tidak berganjak walaupun hujan turun pada

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    19 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us