Draft Buku Konvensyen Pentadbir 2019 (MB)
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
PERTISAS UTM KONVENSYEN PENTADBIR 2019 PENDAHULUAN Konvensyen Pentadbir 2019 merupakan satu medan pertemuan bersifat formal untuk perkongsian pengalaman, pengetahuan dan amalan-amalan terbaik antara agensi dan universiti. Konvensyen peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS) Universiti Teknologi Malaysia dan dibantu oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI). TEMA KONVENSYEN Tema yang dipilih bagi konvesyen kali ini ialah “Pentadbir Sejahtera Aspirasi Negara”. Ini adalah bersesuaian dengan pentingnya untuk melatih dan menggilap pentadbir yang berkualiti dalam masa yang sama tidak mengabaikan aspek kerohanian. Seorang pentadbir tidak semestinya sekadar memenuhi tuntutan pekerjaan semata-mata, sebaliknya dalam konteks yang lebih besar, pentadbir berkualiti akan menyumbang kepada modal insan dan bakat yang diperlukan untuk membangun, mengurus dan menerajui pentadbiran sebuah organisasi. Kesejahteraan pentadbir adalah penting bagi memastikan pengurusan pentadbiran yang kukuh tanpa mengabaikan pengurusan mental dan emosi modal insan. Kekuatan dan keunggulan modal insan inilah yang akan dapat melestarikan pentadbiran organisasi khususnya dan secara langsung dapat menyumbang kepada pembangunan negara secara amnya. OBJEKTIF Objektif Konvensyen Pentadbir 2019 adalah: 1. Meningkatkan pengetahuan melalui kepelbagaian perkongsian ilmu dalam kalangan pentadbir. 2. Menggalakkan budaya penulisan dan penerbitan artikel di kalangan para pentadbir. 3. Memberi inspirasi dan ilham di kalangan pentadbir supaya bersedia dengan cabaran serta merebut peluang dalam mempertingkatkan jati diri selari dengan keperluan organisasi masa hadapan. 4. Menyokong budaya kreatif dan inovatif di kalangan pentadbir LOKASI DAN TARIKH Perincian Konvensyen Pentadbir 2019 : Tempat : KSL Hotel, Johor Bahru Tarikh : 2 & 3 Oktober 2019 (Rabu & Khamis) Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang KONSEP Konsep yang diketengahkan adalah perkongsian ilmu melalui pembentangan kertas kerja oleh peserta dan ucaptama yang akan disampaikan oleh beberapa tokoh atau public figure yang terkenal di Malaysia. Sesi pembentangan dibahagikan kepada 3 parallel session mengikut sub bidang iaitu: a. Kesejahteraan Pendidikan dan Sains Kemanusiaan b. Kelestarian Sains dan Teknologi c. Kreativiti Pengurusan dan Pentadbiran Konvensyen ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada para pentadbir untuk seiring dengan professional yang lain dalam menyumbang dan menggerakkan hala tuju pentadbiran dan pengurusan organisasi selari dengan Revolusi Industri 4.0. Ia juga diharap dapat membantu meningkatkan kompetensi para pentadbir supaya sentiasa relevan dengan arus dan cabaran terkini. Selain itu, konvensyen ini diharap dapat menjadi wadah perbincangan dan jaringan kerjasama di antara para pentadbir pelbagai skim dan organisasi untuk sama-sama menjayakan dan mengetengahkan bakat, kreativiti serta keunikan untuk mempelbagaikan fungsi bidang dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai staf pengurusan dan profesional. Sasaran Peserta Penyertaan Konvensyen Pentadbir 2019 dibuka kepada semua pentadbir seluruh Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Jabatan – jabatan Kerajaan dan Pentadbiran Negeri. ISI KANDUNGAN Kata Aluan Menteri Besar Johor 1 Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia 2 Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia 3 Pengarah Konvensyen Pentadbir 2019 4 Senarai Pengucaptama 5 Abstrak KP-A-01 Pembangunan Model Kompetensi Sumber Manusia 6 KP-A-02 Cabaran-cabaran Pengurusan Di Institusi Pengajian Tinggi Swasta Daripada Perspektif Kampus Cawangan Antarabangsa 7 KP-A-03 UTM Sinergy 4.0: Menyelusuri Satu Perubahan Dan Kejayaan 8 KP-B-01 Pengurusan Dan Pentadbiran Ke Arah Mewujudkan Bandar Hijau 9 KP-B-02 Pentadbir Sebagai Penulis Penyelidikan; Inisiatif & Strategi 10 KP-B-03 Penilaian Risiko Bagi Pelaksanaan Projek Pelan Lanjutan Pembangunan Individu (AIDP) 11 KP-B-04 Memperkasakan SDGs Ke arah UTM Tanpa Plastik Sekali-guna 12 KP-B-05 Penilaian Kelestarian Green Leaf Ke Arah Mengadaptasi Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Di Kalangan Warga Kampus 13 KP-B-06 Pembangunan Sistem Pengurusan Data Di UTM Ke Arah Revolusi Industri 4.0 14 KP-B-07 Penulisan Ilmiah: Panduan Kepada Pentadir Bukan Akademik 15 KP-C-01 Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Di Universiti Malaysia Perlis 16 KP-C-02 Endowmen Dan Wakaf Perkongsian Amalan Terbaik 17 KP-C-03 Pengkomersialan Harta Intelek Universiti: Menjana Keuntungan Secara Beretika 18 KP-C-04 Pengukuhan Pengurusan Dan Pentadbiran Institusi Penyelidikan - Kajian Ke Research Institute For Sustainable Environment (RISE) 19 KP-C-05 Model Pengurusan Endowmen Bagi Penyaluran Bantuan Makan Pelajar Terpilih 20 KP-C-06 Communicating Strategy Across The Organisation: Lessons Learnt 21 KP-C-07 Investigating Factors Affecting The Success Of Transformation Of Institutional Governance 22 KP-C-08 Sustaining Tacit Knowledge Through UTMLEAD Mentoring For Excellence (M4E) Program 23 KP-C-09 Tadbir Urus Kompetitif Mensejahtera Ekosistem Penyelidikan Universiti 24 KP-C-10 Penilaian Dalam Penentu Keberkesanan Fakulti Di UTM 25 Penaja Utama 26 Bersama 26 Senarai Jawatan Kuasa Induk & Kecil 27 KATA ALUAN MENTERI BESAR JOHOR Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Selamat Sejahtera. Terlebih dahulu bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, saya diberikan ruang dan peluang untuk menyampaikan kata-kata aluan sempena Konvensen Pentadbir 2019 yang bertemakan “Pentadbir Sejahtera, Aspirasi Negara” anjuran Jabatan Pendaftar dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Saya percaya konvensyen ini menjadi platform atau landasan yang sangat bertepatan untuk para pentadbir mengupas dan berbincang mengenai isu-isu serta perkara-perkara penting berkaitan dengan hal-hal pentadbiran. Ia juga merupakan medan pertemuan bersifat formal untuk perkongsian pengalaman, pengetahuan dan amalan-amalan terbaik antara agensi dan universiti. Bertepatan dengan temanya, pegawai tadbir atau pentadbir perlulah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh berdedikasi, berintegriti dan beramanah demi memastikan Negeri Johor dan Malaysia yang kita cintai mencapai wawasan yang dicitakan. Oleh itu, adalah amat bersesuaian apabila konvensyen ini menjadi medan untuk melatih dan menggilap pentadbir yang berkualiti. Umumnya, UTM yang juga sebuah universiti penyelidikan telah banyak menjalankan aktiviti ke arah mensejahterakan masyarakat di Johor. Malah, sudah banyak jalinan kerjasama strategik bersama pihak luar termasuklah dengan Kerajaan Negeri Johor berjaya direalisasikan. Oleh itu, saya berharap segala ikhtiar ini bersifat lestari dan mampan seterusnya diperkasakan dari masa ke semasa. Akhir kata, saya mendoakan segala apa yang dicitakan oleh pihak UTM berjaya direalisasikan. Kepada para pentadbir, galas tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas, tekun serta berintegriti. Sekian, terima kasih. YAB DATO’ DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL MENTERI BESAR JOHOR 1 KATA ALUAN NAIB CANSELOR Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurniaNya maka dengan ini Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menganjurkan Konvensyen Pentadbir 2019 ini di peringkat kebangsaan. Saya mewakili pihak UTM juga mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Johor khususnya Pejabat Menteri Besar Johor atas sumbangan penajaan yang diberikan bagi penganjuran program ini. Penglibatan para pentadbir daripada pelbagai skim perkhidmatan sama ada agensi-agensi kerajaan dan swasta seharusnya diberi pujian atas dasar komitmen untuk menambah baik mutu perkhidmatan kepada para pelanggan. Peranan pentadbir di sesebuah jabatan kerajaan mahupun swasta tidak seharusnya dipandang mudah kerana golongan ini sebenarnya penggerak sebagai tulang belakang kepada sesebuah organisasi. Melalui penganjuran program seumpama ini diharap semua pentadbir mendapat manfaat seterusnya memberi inspirasi agar mutu perkhidmatan dan profesionalisme dalam tugasan sentiasa dipertingkatkan. Tema konvesyen kali ini ialah “Pentadbir Sejahtera, Aspirasi Negara”, bersesuaian dengan hasrat negara bagi meningkatkan kualiti pentadbir sama ada daripada aspek rohani mahupun jasmani. Menjadi cabaran utama dalam sesebuah organisasi adalah budaya sedia ada yang sukar untuk diubah dan sukar untuk menerima perubahan. Dalam cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) pada masa ini, mentaliti dan cara bekerja para pentadbir adalah kritikal untuk memastikan penerimaan budaya kerja yang berbeza dan tidak seperti dahulu. Para pentadbir perlu sentiasa bersedia dan mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk menambah baik penyampaian dalam perkhidmatan dalam organisasi. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa pelaksana atas penganjuran program ini. Terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan Konvensyen Pentadbir 2019 ini. Sekian, terima kasih. PROF. DATUK IR. DR. WAHID BIN OMAR Naib Canselor UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2 KATA ALUAN PENDAFTAR ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan dan menyampaikan sekalung penghargaan kepada semua jemputan, pegawai dari Pejabat Menteri Besar Johor, penaja yang telah bersama-sama memberi sokongan kepada pelaksanaan program ini, Pengarah Program dan barisan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus memastikan program