Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 1 )

SIARAN MEDIA

www.rtm.gov.my my www.rtm.gov.my

y

Cinta Abadi Kepada PenciptaNya Dalam Drama “Ya Solihin” Arahan Fauzi Nawawi Di TV2

KUALA LUMPUR, 5 Januari 2016 – Dalam keadaan situasi yang begitu mencabar dengan pelbagai gejala sosial yang membelenggu masyarakat kita terutama golongan remaja, bermacam pendekatan diambil bagi mengelakkan ianya terus berlaku dan berulang. Meskipun ianya agak sukar namun usaha perlu dilakukan berterusan bukan sekadar bagai melepas batuk ditangga. Setiap seorang daripada kita mempunyai tanggungjawab dalam usaha sekurang-kurangnya untuk mengecilkan kadar kemungkinan berlakunya gejala negatif ini.

Mengisahkan seorang pemuda yang ditugaskan oleh seorang gurunya untuk menyampaikan hak dan kebenaran dalam agama Islam, Radio Televisyen (RTM) membawakan sebuah drama bersiri bertajuk “Ya Solihin” mengisi slot Galeri Famili, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 petang.

Sedang bersiaran menemui penonton saluran TV2, menariknya 13 episod ini menonjolkan sisi berbeza pelakon Fauzi Nawawi sebagai pengarah drama yang mengetengahkan kemunculan pelakon Hafidz Rosdi, Abu Bakar Juah, Shawal AF, Shawn Ng, Lisdawati, Uqasha Senrose serta penampilan khas Dato’ Jalaluddin Hassan.

Ikuti perjalanan kisah watak utama Solihin seorang pemuda yang keluar mengembara ke dunia luar setelah tamat pengajian tahfiznya. Dia seorang yang bersikap berkecuali, kuat berusaha untuk memperbetulkan serta menjelaskan perkara sebenar jika berlaku permasalahan dikalangan umat Islam.

Tujuan dia mengembara keluar adalah untuk mempertingkatkan lagi ilmu agamanya disamping melihatkan kebesaran alam ciptaan Allah. Dalam perjalanan diri mengenali kekerdilan diri dan rohani untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping memuji kebesaran Al-Khaliq.

RTM-MALAYSIA RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 1 )

Pada masa sama dia membawa harapan agar insan yang beragama dan meminati Islam dapat memperbetulkan agama, akidah dan cinta mereka kepada Allah agar lebih bermakna.

Melalui perjalanan pengembaraannya inilah terbentuknya apa yang dinamakan cinta hakiki iaitu cinta abadi kepada penciptaNya. Prinsip yang dipegangnya “Sampaikanlah Ilmu Walau Sepotong Ayat”.

Namun pengembaraannya tidak semudah yang disangka. Di perjalanan dia bertemu dengan pelbagai dugaan yang membentuk jiwanya menjadi lebih tabah dan tidak berputus asa.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi :

NURUL FARIZA IBRAHIM Seksyen Perhubungan Media & Publisiti, Bahagian Perhubungan Raya, Jabatan Penyiaran Malaysia Tingkat 2, Wisma TV, ANGKASAPURI 50614 Tel : 603 2288 7166 Emel : [email protected]

RTM-MALAYSIA RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my