Rtm Eksplorasi Ke Angkasapuri
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI Nama: AHMAD HANZALAH BIN HASHIM (1528317) JUITA BINTI ZULKHAIRI (1611548) MARNI SULASTRI BINTI SOFIAN (1615974) NURFARAHANI BINTI KAHARUDDIN (1610736) Tajuk Tugasan: LAPORAN: EKSPLORASI KE RTM (HARI MEDIA DAN DIGITAL) Course Coordinator/Facilitator: ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN Tarikh Hantar: MINGGU 12 MARKS /100 /10 /15 /20 /30 Marker’s Signature: Student’s Signature: Date: Date: 1.0 PENGENALAN RTM Angkasapuri yang juga dikenali sebagai Wisma RTM ialah sebuah kompleks penyiaran Jabatan Penyiaran Malaysia / Radio Televisyen Malaysia (RTM) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pusat Penyiaran Malaysia yang diberi nama "Angkasapuri" dibuka dengan rasminya pada 17hb Februari 1968 oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman. Sebelum Angkasapuri dibuka, Pusat Penyiaran negara ini sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sejarah perkembangannya bermula apabila Persatuan Wayarles Tanah Melayu di Kuala Lumpur memulakan siarannya di Bukit Petaling pada tahun 1930. Dari sini ia mula berpindah ke Bangunan Guthric dan kemudian ke Bangunan Oriental di Jalan Tun Perak. Selepas itu ia berpindah lagi ke Hospital Tang Lin dan akhirnya ke Rumah Persekutuan, Jalan Raja, Kuala Lumpur selama kira-kira 15 tahun sebelum berpindah ke Angkasapuri. Sementara studio sementara Televisyen Malaysia yang ditempatkan di sebuah bangunan di Jalan Ampang berhampiran dengan Dewan Tunku Abdul Rahman atau kini dikenali sebagai Pusat Pelancongan Malaysia telah memulakan siarannya pada 28hb Disember 1963. Walau bagaimanapun, Jabatan Televisyen yang ditempatkan sementara di Jalan Ampang sejak tahun 1963 hanya dipindahkan ke Angkasapuri lebih kurang 2 tahun kemudian, iaitu pada 6hb November 1969. Peringkat kedua bagi projek Pusat Penyiaran ini hanya selesai dilaksanakan dalam tahun 1972, apabila Bangunan Radio yang kini dikenali sebagai Wisma Radio siap pembinaannya dan memulakan siarannya pada 9hb Mei 1972 tepat pada jam 12.00 tengah malam. Pada 29hb Ogos 1988, Bangunan Angkasapuri dan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) telah mencipta sejarah apabila sebuah bendera gergasi berukuran 85.3 meter panjang dan 24.3 meter bersamaan 60 gulung kain telah dinaikkan oleh 500 orang kakitangan Kementerian Penerangan. Bendera gergasi tersebut dinaikkan selama 10 minit bermula jam 9.00 pagi dan ia disaksikan oleh 5000 orang kakitangan Kementerian Penerangan. Proses membuat bendera gergasi ini memakan masa selama dua minggu. Kompleks Angkasapuri terletak di Bukit Putra di bawah jajahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bangunan ini setinggi 10 tingkat didirikan di atas kawasan yang luasnya kira-kira 33 ekar dan menghadap ke arah Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Petaling Jaya. Tujuh tingkat daripadanya hanya dikhaskan bagi kegunaan pejabat sahaja. Setiap tingkat mempunyai keluasan 11,000 kaki persegi. Di bangunan utama Angkasapuri, kerja-kerja pentadbiran dan perancangan untuk penerbitan dan penyiaran dilakukan. Di sebelah selatan bangunan ini terdapat sebuah bangunan dua tingkat yang digunakan untuk kerja-kerja penerbitan dan penyiaran. Di bangunan ini terdapat beberapa buah studio rakaman dan bilik penyiaran yang mana di sinilah rancangan-rancangan televisyen diterbitkan dan disiarkan. Kedua-dua blok bangunan tujuh tingkat (Bangunan Pentadbiran) dan dua tingkat (Bahagian Penerbitan dan Penyiaran) ini dihubungkan oleh sebuah anjung dan sebuah balai sambutan untuk menjadi sebuah kompleks penyiaran yang terbesar di Asia Tenggara. 2.0 PERSOALAN Persoalan bagi permasalahan ini adalah seperti berikut: 1. Adakah pelajar yang akan menjalani latihan industri di RTM Angkasapuri mengetahui jabatan-jabatan yang ada? 2. Apakah skop kerja bagi pelajar yang akan menjalani latihan industri di RTM Angkasapuri? 3.0 OBJEKTIF Berdasarkan permasalahan yang dikemukakan, tujuan utama video ini dihasilkan adalah untuk memberi sedikit sebanyak pendedahan mengenai RTM Angkasapuri kepada pelajar yang akan mengikuti latihan industri di sana. 4.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian dapat ditakrifkan sebagai suatu kaedah yang saintifik berdasarkan formula-formula yang digunakan oleh para pengkaji atau penyelidik. Sesuatu kajian dijalankan dengan tujuan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah di samping boleh dijadikan sebagai alternatif lain untuk menimba sesuatu pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan diri. Bagi melaksanakan projek Eksplorasi ke RTM ini, beberapa kaedah kajian telah dilakukan; 4.1 Mendapatkan data A. Kajian Perpustakaan Kami telah membaca bahan bacaan berkaitan dengan RTM seperti surat khabar, majalah, artikel dalam usaha untuk menyiapkan projek ini dan menambahkan lagi kefahaman kami mengenai RTM supaya kami dapat melakukan lawatan dan rakaman video dengan pengetahuan yang mencukupi mengenai sejarah dan selok- belok mengenai RTM B. Melayari internet Kemudahan internet digunakan bagi mendapatkan maklumat yang mendalam dengan melayari laman sesawang berkenaan tajuk kajian kumpulan kami. Kemudahan internet ini turut berkepentingan untuk kami memuat turun maklumat mengenai RTM yang merupakan sumber utama rujukan kami dalam menyiapkan tugasan ini. 4.2 Mengumpul data C. Temu ramah Kami telah melakukan temubual bersama seorang pembaca berita RTM iaitu Encik Peter Carlos @ Amin untuk mendapatkan maklumat mengenai tanggungjawab beliau sebagai seorang pembaca berita dan pengalamannya berkhidmat di RTM untuk mengukuhkan dapatan kajian kami dan menambahkan lagi pengetahuan kami mengenai skop kerja sebagai pembaca berita. D. Lawatan Kaedah lawatan dan pemerhatian juga turut dijalankan bagi menyempurnakan projek Eksplorasi ke RTM ini, kami telah melawat RTM Angkasapuri dan meninjau setiap bilik yang terdapat di dalamnya seperti bilik berita, muzium, bilik pakaian, bilik VIP, dan pelbagai studio untuk rancangan-rancangan RTM. Petugas di muzium telah berkongsikan kepada kami mengenai bagaimana sejarah tertubuhnya RTM, penubuh dan pengarah RTM serta setiap peralatan komuniksi yang terdapat di dalam muzium tersebut sejak dari era awal penubuhan RTM. E. Menganalisis data Kaedah ini dilakukan setelah kami berjaya menyiapkan satu video berkenaan tajuk projek dan setiap maklumat yang perlu dikongsi bagi memenuhi tajuk projek dianalisis untuk dijadikan sebagai satu laporan khas berkaitan tajuk. 5.0 SOROTAN LITERATUR Menurut McQuail (1987), komunikasi massa ialah suatu proses di mana organisasi media menghasilkan dan menyalurkan maklumat atau mesej kepada khalayak ramai dan mesej-mesej kepada khalayak ramai dan mesej tersebut akan dilihat, digunakan dan difahami oleh penontonnya sekaligus ianya mempengaruhi mereka. Media massa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat atau mesej kepada orang ramai hari ini adalah seperti surat khabar, majalah, televisyen, radio, filem, internet, muzik rakaman dan sebagainya. Menurut McQuail dan Windhal (1981) dan Tan (1981) dalam Shamsuddin A. Rahim (2003), individu yang menonton televisyen atau mendengar radio, bertujuan mendapatkan berita, ada yang ingin mendapatkan hiburan dan tidak kurang juga yang menganggap televisyen atau radio sebagai ‘teman’ yang perlu sentiasa berada di sampingnya, walaupun ia tidak banyak memberi perhatian kepada apa yang disiarkan melalui televisyen atau radio tersebut. I. Khalayak adalah individu yang aktif, iaitu mereka mempunyai tujuan dan matlamat tertentu apabila mendedahkan diri kepada media. II. Dalam proses komunikasi massa, daya usaha untuk menentukan pemilihan media untuk memenuhi sesuatu keperluan ditentukan oleh khalayak III. Media sentiasa bertanding dengan sumber-sumber lain untuk memuaskan keperluan khalayak. Robert McLeish (2005) menyatakan televisyen dan radio menjadi alat untuk memotivasikan diri. Antaranya ialah : I. Untuk memberikan maklumat - peranan yang dimainkan oleh wartawan media. II. Untuk mendidik - membolehkan khalayak mendapatkan ilmu dan kemahiran. III. Untuk berhibur - membuatkan khalayak ketawa, berehat, atau meluangkan masa, dengan sesuatu yang menyenangkan. IV. Untuk menyakinkan - menyediakan sokongan dalam pergaulan atau persahabatan. V. Untuk kejutan - stesen yang sesuai. VI. Untuk membuat keuntungan - cara untuk mendapatkan kehidupan. VII. Untuk berseronok dengan apa yang dilakukan - cara untuk menyatakan artistik. VIII. Untuk melakukan perubahan - berjusng untuk masyarakat yang baharu. IX. Untuk memelihara status quo - mengembalikan mengukuhkan sesuatu nilai. X. Untuk menukar kepercayaan seseorang - memsukkan kepatuhan ke agama baru. XI. Untuk menunjukkan pilihan - membantu rakyat, membolehkan pendengar untuk membuat pilihan. Antara sebelas perkara yang digariskan oleh Robert McLeish itu, tiga daripadanya telah menjadi teras dalam penubuhan Radio dan Televisyen Malaysia iaitu untuk memberikan maklumat, untuk mendidik dan berhibur. Dalam usaha untuk mengukir mnegukir populariti stesen RTM, Menteri Penerangan , Komunikasi, dan Kebudayaan pada ketika itu, Datuk Seri Rais Yatim menyeru kumpulan pemikir dan penerbitan radio di Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu sentiasa mencari kaedah serta inovasi terbaru bai memastikan khalyak setia bersama stesen itu. Inisiatif ini penting kerana dunia penyiaran saat ini berdepan dengan persaingan sengit. (Bernama, 17 November 2011) 6.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN Bermulanya perjalanan kami satu kumpulan ke RTM Angkasapuri pada cuti pertengahan penggal semester 1 2018/2019. Tajuk yang dipilih adalah “Eksplorasi ke RTM Angkasapuri”. Objektif utama kami ke sana adalah untuk menyelesaikan masalah kebanyakan pelajar Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa