MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020

HARI SELASA : 15 SEPTEMBER NO SOALAN: 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah proaktif diambil Kerajaan dalam pembangunan mampan sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu bagi mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal yang meningkat saban tahun. NO SOALAN: 1

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan aspirasi negara untuk menjadikan sebagai negara bersih dan mempunyai pengurusan sisa pepejal yang mampan, pembangunan ekonomi juga perlu seiring dengan kelestarian alam sekitar. Antara langkah proaktif yang telah diambil oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam pengurusan sisa pepejal yang mampan selaras dengan Kluster 3 di bawah Dasar Kebersihan Negara iaitu ekonomi kitaran adalah melalui perkara-perkara berikut:

(i) Menggalakkan pelaksanaan pengasingan sisa di punca (separation at source – SAS); dan

Kementerian telah melaksanakan program pengasingan sisa di punca (separation at source – SAS) bagi sisa pepejal isi rumah sejak 1 September 2015 yang melibatkan komuniti isi rumah dan orang awam. Pelaksanaan SAS turut diperluaskan kepada sektor komersial, perindustrian, keinstitusian dan pembinaan bermula pada tahun 2018.

(ii) Menggalakkan amalan kitar semula.

Pada masa kini, Kadar Kitar Semula Kebangsaan telahpun mencapai 30.67% dan KPKT telah menetapkan sasaran Kadar NO SOALAN: 1

Kitar Semula Kebangsaan sebanyak 40% pada tahun 2025. KPKT telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk menggalakkan amalan kitar semula bagi mengurangkan jumlah sisa seperti melaksanakan Program Komuniti Sifar Sisa (ZeComm) di Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih.

2. Selain itu, sebagai langkah perancangan untuk jangka masa panjang, KPKT sedang melaksanakan kajian Extended Producer Responsibility (EPR) untuk meneliti mekanisme terbaik bagi pelaksanaan EPR di seluruh Malaysia. Pelaksanaan EPR di Malaysia kelak dijangka dapat mengoptimumkan kos pengurusan sisa pepejal melalui perkongsian tanggungjawab bersama pengeluar produk terhadap sisa pepejal yang dijana sekaligus mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung Kerajaan.

3. Di samping itu, KPKT juga sedang menyediakan Garis Panduan Pembangunan Waste Eco Park (Integrated) yang akan menjadi rujukan agensi dan pihak yang berkenaan untuk membangunkan waste park. Pembangunan waste park secara berpusat akan menambah baik pengurusan aktiviti kitar semula dengan menyediakan fasiliti lengkap dalam satu kawasan untuk memudahkan kawalan dan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

4. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh KPKT ini adalah sebagai langkah untuk mengurangkan penjanaan sisa dan ianya akan dapat membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan seterusnya meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan NO SOALAN: 1

sedia ada. Keadaan ini akan dapat mengurangkan kos pengendalian dan pelupusan sisa pepejal yang ditanggung oleh Kerajaan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan berapakah jumlah lesen pengedar tepung, gula, gas dan minyak masak yang telah dikeluarkan oleh Kementerian dan berapa banyak lesen yang telah dibatalkan terutamanya di Negeri Perlis.

NO SOALAN: 2

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Di bawah Seksyen 7, Akta Kawalan Bekalan 1961, urusniaga barang- barang kawalan berjadual memerlukan lesen barang kawalan berjadual, (Lesen CSA) yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia iaitu Ketua Setiausaha KPDNHEP. Ia bertujuan untuk menjamin bekalan domestik yang stabil, dan sebagai mekanisme pemantauan serta pengumpulan data barang kawalan.

Bagi tahun 2020, lesen borong CSA di negeri Perlis yang masih aktif bagi produk tepung gandum, gula, gas LPG dan minyak masak adalah seperti berikut;

Tepung gandum; 10 Gula; 7 Gas LPG; 5 Minyak masak; 12

Setakat ini tiada sebarang lesen CSA bagi syarikat di negeri Perlis yang dibatalkan atas tindakan kes. Walau bagaimanapun, Kementerian sentiasa menjalankan penguatkuasaan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemain industri mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta bekalan barang kawalan berjadual stabil dalam pasaran.

NO SOALAN: 2

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Haji Idris Bin Ahmad minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik dan data berkaitan pengangguran di kalangan siswazah yang memiliki ijazah pertama sejak tahun 2015 hingga Julai 2020.

NO SOALAN: 3

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berdasarkan Statistik Siswazah 2019, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengklasifikasikan siswazah adalah merujuk kepada individu memiliki sijil tertinggi daripada universiti, kolej, politeknik, badan yang diiktiraf atau setaraf, dengan tempoh pengajian sekurang- kurangnya dua tahun iaitu diploma dan ke atas.

2. Kerajaan telah mengenalpasti punca atau sebab graduan gagal mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian. Antaranya ialah

a) kelulusan atau CGPA yang rendah menyebabkan majikan kurang minat mengajikan mereka, b) ketidak sepadanan antara bidang pengajian dengan keperluan pasaran kerja, c) kegagalan siswazah mendapat maklumat tentang kekosongan jawatan; d) memohon kerja berdasarkan lokasi tertentu yang menyebabkan mismatch antara bidang pengajian dan kekosongan jawatan; dan e) memiliki soft-skills atau insaniah yang rendah.

3. Untuk makluman ahli dewan yang mulia ini, berdasarkan Laporan Statistik Siswazah 2016, pengangguran siswazah pada 2016 adalah seramai 145,800 orang atau pada kadar 4.0%. Manakala bagi tahun NO SOALAN: 3

2017, pengangguran siswazah adalah seramai 154,500 orang atau pada kadar 4.0%.

4. Selanjutnya bagi tahun 2018, jumlah pengangguran siswazah adalah seramai 161,300 orang atau pada kadar 3.9% dan jumlah pengangguran siswazah bagi tahun 2019 adalah sebanyak 170,300 orang atau pada kadar 3.9%.

5. Dalam pada itu, sebagai langkah mengatasi masalah penggangguran, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional (JKPN) pada 5 Jun 2020 oleh YAB Perdana Menteri yang berperanan untuk membincangkan long-term reform initiatives memandangkan terdapat isu-isu pasaran pekerjaan yang bersifat structural seperti mismatch dan sebagainya.

6. Jawatankuasa ini akan menjadi medium bagi memastikan hasrat Kerajaan membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif pasaran pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh mana pencapaian pelatih-pelatih lepasan skim PROTÉGÉ dalam keboleh pasaran di dalam industri semenjak ia dilancarkan.

NO SOALAN: 4

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan antara instrumen penting Kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang telah dijenamakan semula dan ditambah baik sejak September 2019 melalui Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

2. Dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui PROTÉGÉ telah melaksanakan program PROTÉGÉ-Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW) bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), syarikat-syarikat penerima Perolehan Kerajaan di bawah arahan Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan (PP/PK1.2), institusi kewangan melalui kerjasama Bank Negara Malaysia dan Financial Industry Collective Outreach (FINCO) serta syarikat-syarikat swasta.

3. PROTÉGÉ-RTW melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama industri bagi tempoh 8 hingga 12 bulan untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran para graduan mendapatkan peluang pekerjaan. Seramai 6,248 graduan telah berjaya menerima manfaat daripada program PROTÉGÉ-RTW dan angka ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Daripada jumlah tersebut, NO SOALAN: 4

seramai 1,043 graduan telah berjaya diserap oleh syarikat atau mendapat pekerjaan selepas tamat menjalani program.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 5

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ ISA BIN AB HAMID TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Dato’ Isa Bin Ab Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah dan projek serta bajet yang disalurkan oleh RISDA dalam Pembangunan Usahawan Desa Orang Asli untuk tahun 2018-2020. NO SOALAN: 5

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, RISDA telah melaksanakan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bertujuan untuk menggalakkan pekebun kecil dan ahli isirumah menceburi bidang keusahawanan di samping menambah pendapatan isirumah yang bergantung kepada hasil kebun getah. Program AET ini adalah terbuka kepada semua pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA termasuk masyarakat Orang Asli di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA).

Sepanjang tahun 2018 sehingga bulan Julai 2020, RISDA telah meluluskan permohonan bantuan berjumlah RM 90,000 kepada masyarakat Orang Asli.

Sebagai makluman Yang Berhormat, permohonan bantuan Program AET ini masih dibuka. Pekebun kecil termasuk masyarakat Orang Asli yang berminat boleh hadir ke pejabat RISDA yang berdekatan. Kelulusan boleh diberikan jika permohonan tersebut menepati kriteria yang telah ditetapkan.

RISDA dan KPLB sentiasa membuat hebahan kepada masyarakat melalui media massa, media social, hari bertemu pelanggan dan pelbagai majlis serta aktiviti yang diadakan di lapangan.

Saya juga memerlukan bantuan dari Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menyampaikan informasi berkenaan program-program yang ditawarkan NO SOALAN: 5 oleh RISDA dan KPLB seperti Program AET ini kepada masyarakat Orang Asli di kawasan masing-masing.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 6

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk John Ambrose minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan senarai barang makanan import yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan apakah kesan dari segi jumlah bekalan dan harga jualannya. NO SOALAN: 6

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bekalan makanan negara sentiasa dalam keadaan mencukupi dan stabil. Bekalan barang makanan import juga tidak terjejas.

2. Walaubagaimanapun mengikut data Kementerian, terdapat pengurangan import bagi daging lembu / kerbau, daging kambing / bebiri, keratan ayam dan daging babi pada bulan April dan Mei 2020. Antara empat (4) produk pertanian tersebut, pengimportan daging lembu / kerbau mencatatkan penurunan paling ketara sebanyak 72% pada bulan April berbanding Mac 2020.

3. Namun demikian, pengurangan import ini tidak menjejaskan bekalan daging lembu / kerbau negara disebabkan permintaan rendah sepanjang PKP kerana penutupan premis hotel, restoran dan kedai makan serta majlis sosial seperti keraian dan perkahwinan yang tidak dibenarkan.

4. Selain itu, pengimportan daging lembu / kerbau pada tiga (3) bulan pertama tahun 2020 berupaya menampung bekalan sepanjang PKP termasuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal. Hal ini secara tidak langsung telah menstabilkan bekalan dan harga untuk tempoh enam (6) bulan pertama tahun 2020.

NO SOALAN: 6

5. Pada masa yang sama, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) juga sentiasa memantau bekalan makanan secara harian dan melaporkan status terkini kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak pelaksanaan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020. Kementerian dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memantau harga sepanjang tempoh PKP dan didapati harga barangan makanan utama adalah sentiasa terkawal.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 7

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jenis-jenis bantuan kewangan dan program latihan yang disediakan untuk atlet-atlet yang bertanding pada peringkat antarabangsa.

NO SOALAN: 7

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) melaksanakan program pembangunan dan latihan persediaan atlet berprestasi tinggi dengan kerjasama:

(a) Institut Sukan Negara (ISN) (b) Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) (c) Majlis Olimpik Malaysia; dan (d) Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Program Podium dan Program Pelapis Kebangsaan memberikan penekanan kepada prestasi atlet berdasarkan sasaran pingat (dengan izin: performance-based) di temasya Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA. Pelan periodisasi yang bersistematik dan berstruktur ini melibatkan semua pemegang taruh, termasuklah jurulatih.

3. Para atlet yang berlatih di bawah kendalian MSN secara sepenuh masa ditawarkan pakej latihan yang khusus termasuklah: - Elaun latihan bulanan; - Kemudahan penginapan dan rejim pemakanan; - Pendedahan latihan dalam dan luar negara; - Pertandingan dalam dan luar negara; - Peralatan latihan dan pertandingan; NO SOALAN: 7

- Kepakaran jurulatih; - Perkhidmatan sains dan perubatan sukan; serta - Program binaan dan kebajikan.

4. Jumlah elaun menerusi Skim Latihan Atlet adalah mengikut prestasi. Setiap atlet boleh menerima: (a) Untuk Sukan Olimpik - RM7,500 (b) Sukan Asia dan Komanwel - RM6,000 atau RM4,500 (c) Kejohanan Dunia / Asia / Komanwel - RM3,500 (d) Sukan SEA sebanyak RM2,000 (e) Atlet program asas - RM800 (f) Atlet separa masa pula sebanyak RM500.

5. Sebagai dorongan untuk meningkatkan prestasi, Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) pula disediakan sejak tahun 1986 untuk atlet-atlet yang cemerlang di temasya antarabangsa. Sebagai contoh, untuk pingat emas: (a) Di Sukan Olimpik – RM 1 juta; (b) Sukan Komanwel dan Sukan Asia – RM 80,000; (c) Sukan SEA serta kejohanan individu di peringkat Asia, Komanwel dan Dunia – RM 20,000 bagi pingat emas pertama.

6. Untuk atlet yang telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) pula menawarkan elaun bulanan berjumlah RM2,000 bermula dari tarikh kelayakan dalam tempoh setahun sebelum temasya.

NO SOALAN: 7

7. Pemenang pingat Olimpik dan Paralimpik akan menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) sepanjang hayat secara bulanan:

(i) Pemenang pingat emas akan menerima elaun RM5,000; (ii) Pingat perak RM3,000; dan (iii) Pingat gangsa RM2,000.

8. Antara program latihan yang disediakan adalah Program Podium yang diwujudkan sebagai persediaan untuk menghadapi temasya:

(i) Sukan Olimpik Tokyo 2020; (ii) Sukan Asia 2022; (iii) Sukan Komanwel 2022; dan (iv) Sukan SEA 2021, tertakluk kepada situasi semasa.

9. Di samping itu, Program Pelapis Kebangsaan yang merangkumi 16 jenis sukan teras bertujuan untuk mewujudkan kumpulan atlet terbaik remaja sebelum diserap ke Podium. Atlet Pelapis Kebangsaan ini juga akan menyertai temasya sukan remaja seperti Sukan Olimpik Remaja, Sukan Remaja Asia dan Sukan Remaja Komanwel serta kejohanan- kejohanan antarabangsa.

10. Bagi sukan permotoran, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara menyediakan pelbagai insentif kewangan dan latihan, termasuklah melalui Sepang International Circuit (SIC) bagi atlet dalam sukan permotoran dua roda.

NO SOALAN: 7

11. Atlet permotoran yang berbakat berpeluang menyertai perlumbaan di seluruh dunia termasuklah:

- Idemitsu Asian Talent Cup (ATC); - European Talent Cup (ETC); - CEV FIM dan MotoGP;

Usahasama bersama SIC akan dapat memastikan kesinambungan pelapis muda sukan permotoran negara.

(i) Pada tahun 2019, Kementerian telah memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM 760,072 kepada SIC dan RM 100,000 kepada pelumba motor negara Hafizh Syahrin.

(ii) Manakala pada tahun 2020, SIC diperuntukkan RM 1,020,000 untuk latihan dan persiapan atlet permotoran negara; manakala Saudara Hafizh Syahrin menerima RM 600,000.

12. Kesemua ini hanyalah sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk membangunkan bakat-bakat sukan di setiap peringkat, membudayakan sukan di kalangan masyarakat, serta membina ekosistem sukan yang lestari demi negara yang kemakmurannya dapat dikecapi bersama.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 8

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan bagaimana penguatkuasaan terhadap kilang-kilang yang beroperasi bagi mengelakkan pencemaran terhadap air sungai seperti yang berlaku di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang. NO SOALAN: 8

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus melipatgandakan tindakan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) kepada semua kilang-kilang dikenalpasti berisiko menyumbang kepada pencemaran air sungai.

2. JAS menjalankan penguatkuasaan di lapangan secara berkala ke atas kilang-kilang bagi memastikan mereka mematuhi AKAS 1974 sepenuhnya. Penguatkuasaan adalah merangkumi Seksyen 25 Akta tersebut iaitu kawalan terhadap pelepasan efluen ke perairan daratan, alur air atau sungai berhampiran. 3. Berdasarkan kepada rekod JAS, terdapat 57,396 kilang yang menjalankan pelbagai jenis aktiviti perindustrian beroperasi di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 3,480 kilang menghasilkan efluen perindustrian.

4. Pada tahun 2020, Jabatan juga telah mengambil inisiatif berimpak tinggi dengan melaksanakan Ops Gempur, iaitu operasi ke atas kilang secara besar-besaran dengan kerjasama dari pelbagai agensi.

5. Bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Ogos 2020, JAS telah menjalankan 66 Operasi di seluruh Negara yang melibatkan pemeriksaan ke atas 2,398 kilang dari pelbagai jenis industri. Sebanyak 2,819 tindakan penguatkuasaan di bawah AKAS 1974 telah diambil ke NO SOALAN: 8 atas pihak-pihak yang didapati tidak mematuhi undang-undang tersebut termasuk kesalahan berkaitan pencemaran air.

6. Di peringkat global pula, menurut Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB), jenayah alam sekitar merupakan jenayah terancang keempat terbesar selepas dadah, penggubahan wang haram, dan pemerdagangan manusia yang mencecah sehingga USD258 bilion pada tahun 2016. Menurut PBB juga, angka ini meningkat antara 5% hingga 7% setiap tahun. Isu jenayah alam sekitar bukan sahaja mengancam kelestarian negara dan kesihatan manusia, malah juga menggugat keselamatan negara.

7. Oleh yang demikian, semalam Yang Berhormat Menteri KASA telah mengumumkan satu pasukan Petugas Khas Cegah Jenayah Alam Sekitar yang melibatkan kerjasama antara unit penguatkuasa JAS, SPAN, JBK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Unit ditubuhkan secara pentadbiran ini dijangka akan dapat beroperasi pada awal Oktober.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 9

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Mohd Yusmadi Bin Mohd Yusoff minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pendirian Kerajaan terhadap amalan perubatan menggunakan "Stem Cell”. NO SOALAN: 9

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya membenarkan amalan perubatan menggunakan ‘stem cell’ yang telah terbukti kesahihannya dari segi keberkesanan (efficacy) dan keselamatannya (safety) kepada pesakit.

3. Pada tahun 2009, KKM telah mengeluarkan satu piawaian kebangsaan bertajuk National Standards For Haematopoeitic Stem Cell Therapy (dengan izin) berkaitan indikasi penyakit-penyakit yang boleh dirawat melalui transplantasi sel stem yang telah diiktiraf melalui evidence-based medicine seperti penyakit kanser darah dan beberapa penyakit genetik yang lain.

4. Manakala rawatan transplantasi menggunakan ‘stem cell’ yang belum terbukti kesahihannya dari segi keberkesanan dan keselamatan kepada pesakit, ia perlu dilaksanakan di bawah kajian klinikal dan perlu mematuhi kriteria penyelidikan (research protocol) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Mohan A/L Thangarasu minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan langkah-langkah yang telah dilaksanakan Kerajaan setakat ini dalam membendung isu-isu perpaduan yang bertambah buruk sejak dua tahun yang lalu. NO SOALAN: 10

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Antara langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan setakat ini dalam membendung isu-isu perpaduan yang bertambah buruk sejak dua tahun yang lalu adalah seperti berikut :

1. Merangka Dasar Perpaduan Negara yang mengambilkira semua inisiatif dan perancangan strategik Kementerian seperti menubuhkan:

a) Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) yang berperanan menasihati Kerajaan dalam hal-ehwal perpaduan dan integrasi nasional serta menangani isu dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia;

b) Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara (JKPPN) sebagai forum perbincangan isu dan masalah yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional yang dianggotai oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perpaduan Negeri; dan

c) Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri (JKTPN) yang akan memainkan peranan menjelaskan isu-isu semasa dan menjawab persoalan yang menjadi pertikaian (contestation) di peringkat akar umbi. NO SOALAN: 10

2. Membangunkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) yang menggariskan usaha-usaha Kementerian dan Agensi dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia yang bersifat spesifik, inklusif dan holistik.

3. Menjenama semula inisiatif Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari aspek fungsi KRT dan program / aktiviti berimpak tinggi yang melibatkan semua kaum.

4. Memperkasa Pengantara atau Mediator Komuniti dalam menyelesaikan pertikaian atau perselisihan dalam kalangan masyarakat.

5. Menjenama semula Tabika Perpaduan melalui pemerkasaan silibus Tabika Perpaduan (TBK) dan Taska Genius Perpaduan.

6. Memperkasa Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN) adalah satu manifestasi penghayatan Pendidikan Rukun Negara.

7. Mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Agama (HARMONI) atas persetujuan bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan JAKIM yang akan memainkan peranan memupuk perhubungan yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama berteraskan semangat saling hormat- menghormati dan bekerjasama di semua peringkat.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan langkah segera yang dilakukan oleh pihak Kementerian dalam strategi memulihkan aktiviti perdagangan dan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. NO SOALAN: 11

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bagi memulihkan aktiviti perdagangan dan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, strategi dan langkah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah seperti berikut:

i. Bagi meningkatkan pelaburan di Malaysia, pelbagai Inisiatif dan strategi telah diperkenalkan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan dilaksanakan melalui agensi di bawah MITI iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) seperti berikut:-

a. Pengecualian cukai 100% selama 10 tahun untuk pelaburan baharu dalam sektor pengilangan dengan pelaburan harta tetap antara RM300 - RM500 juta;

b. Pengecualian cukai 100% selama 15 tahun untuk pelaburan baharu dalam sektor pengilangan dengan pelaburan harta tetap melebihi RM500 juta;

c. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% selama 5 tahun bagi syarikat sedia ada di Malaysia yang memindahkan fasiliti pengilangan luar negara ke Malaysia dengan pelaburan harta tetap melebihi RM300 juta; NO SOALAN: 11

d. Galakan elaun pelaburan semula Reinvestment Allowance (RA) tambahan, bagi tahun taksiran 2020 hingga 2022 untuk syarikat sedia ada dalam aktiviti pembuatan dan pertanian terpilih yang melaksanakan pelaburan semula;

e. Kelulusan Lesen Pengilangan (Manufacturing License – ML secara fast track, melalui platform digital e-ML untuk industri yang tidak sensitif dalam tempoh dua (2) hari bekerja; dan

f. Penubuhan Unit Penyelarasan dan Akselerasi Projek (Project Acceleration and Coordination Unit – PACU) untuk mempercepatkan kelulusan dari pelbagai agensi dan pelaksanaan projek pelaburan di Malaysia dalam pelbagai peringkat. ii. untuk meningkatkan eksport negara, MITI telah memperkenalkan inisiatif dan strategi melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) seperti berikut:

a. Program eTRADE untuk membantu syarikat pengeksport mempromosi produk dan perkhidmatan ke pasaran global menerusi penyenaraian di dalam 20 platform e-Dagang antarabangsa terpilih; dan

b. Geran Pembangunan Pasaran (Market Development Grant – MDG) membantu meringankan beban kewangan yang dialami oleh syarikat pengeksport pengusaha kecil dan sederhana (PKS) Malaysia. NO SOALAN: 11

Tuan Yang di-Pertua,

2. Adalah diharapkan dengan strategi-strategi dan langkah segera yang diambil oleh pihak Kementerian serta agensi-agensinya, serta sokongan pelbagai pihak akan dapat mempercepatkan pemulihan aktiviti perdagangan dan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan merancang untuk mengadakan undang-undang yang lebih keras dengan denda berat dan hukuman penjara mandatori dengan mengenakan bayaran kepada pesalah untuk membersihkan air dan menggantung lesen kilang yang terlibat dalam pencemaran air mentah yang masa kini menjadi suatu ancaman di seluruh negara dan menjejaskan ribuan isi rumah.

NO SOALAN: 12

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengambil berat segala bentuk aktiviti yang merosakkan alam termasuk pencemaran air. Berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) sedia ada, bagi kesalahan pencemaran air, denda maksima yang boleh dikenakan adalah sebanyak RM100 ribu atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. 2. Berdasarkan rekod, sebanyak 525 premis telah diambil tindakan penguatkuasaan kerana didapati melakukan kesalahan berkaitan pencemaran air.

3. Manakala sebanyak 815 tindakan penguatkuasaan telah diambil yang merangkumi:

a. 224 Notis Arahan; b. 517 kompaun dengan nilai RM1.034 juta; c. 20 Penahanan Operasi Kelengkapan; d. 6 premis digantung lesen; dan e. 48 kertas siasatan untuk tindakan mahkamah, sehingga kini sebanyak 39 premis telah didakwa dan disabitkan kesalahan dengan jumlah denda bernilai RM1.051 juta.

NO SOALAN: 12

4. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2020, jumlah keseluruhan kadar kompaun dan denda mahkamah adalah sebanyak RM2.085 juta. 5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses pindaan AKAS 1974 sedang dilaksanakan oleh pihak Kementerian, antara perkara yang diambilkira dalam pindaan tersebut adalah meningkatkan denda maksima bagi kes pencemaran air di samping memastikan had denda minima supaya pendekatan ini akan bersifat deterrent (dengan izin). Jumlah denda maksima dan minima masih sedang dimuktamadkan mengambil kira pandangan pelbagai pemegang taruh dan pakar-pakar alam sekitar. Pindaan AKAS 1974 akan dibentang di dewan yang mulia ini pada tahun hadapan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Hj. Bashir Bin Hj. Alias minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pesakit Labuan yang perlu dirujuk ke Hospital termasuk rawatan susulan untuk tahun-tahun terakhir ini. Apakah perancangan bagi meningkatkan kemudahan dan kepakaran di Hospital Labuan agar pesakit boleh dirawat sepenuhnya di Hospital Labuan.

NO SOALAN: 13

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Hospital Labuan merupakan sebuah hospital pakar minor berkapasiti 122 katil. Pada masa ini, Hospital Labuan mempunyai pakar residen dalam sepuluh (10) bidang kepakaran iaitu bidang Perubatan Am, Pembedahan Am, Pediatrik, Anestesiologi, Obstetrik dan Ginekologi, Ortopedik, Kecemasan, Psikiatri, Radiologi serta Patologi.

2. Di samping itu, Hospital Labuan juga menerima perkhidmatan pakar dari Hospital Queen Elizabeth yang bertugas secara penggiliran tetap dalam bidang-bidang lain.

3. Hospital Labuan juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Hospital Kluster Wilayah II yang diketuai oleh Hospital sebagai lead hospital dan Hospital Labuan, Hospital Tuanku Azizah dan Institut Perubatan Respiratori sebagai non-lead hospital.

4. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2018, seramai 117 pesakit yang dirujuk keluar ke hospital berpakar terdekat iaitu Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas. Manakala pada tahun 2019, seramai 141 orang pesakit yang dirujuk keluar. Kadar penggunaan katil di Hospital Labuan adalah sebanyak 55.53% pada tahun 2018 dan juga tahun 2019. NO SOALAN: 13

Tuan Yang di-Pertua,

5. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum akan keperluan untuk menaiktaraf kemudahan di Hospital Labuan selaras dengan perancangan perkhidmatan perubatan yang bakal disediakan di hospital tersebut.

6. Permohonan projek pembangunan Farmasi Steril (Bilik Bersih) Hospital Labuan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-11. Projek ini sedang dalam peringkat memuktamadkan skop projek bagi tujuan tender.

7. Selain itu, KKM bercadang untuk menaiktaraf infrastruktur hospital termasuk sistem gas perubatan dan sistem penghawa dingin. Bagi perancangan jangka masa panjang, KKM juga bercadang untuk membina sebuah kompleks pakar baru bagi menempatkan klinik pakar, pusat rawatan harian dan lain-lain. KKM akan memohon pelaksanaan projek-projek ini di dalam Rolling Plan RMK-12 akan datang.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Manolan bin Mohamad minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan Jawatankuasa Kabinet mengenai isu-isu masyarakat minoriti khususnya untuk masyarakat Orang Asli yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 12 Jun 2019 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. NO SOALAN: 14

JAWAPAN

[YB DATUK SHABUDIN BIN YAHAYA, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG- UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sebelum ini telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu Masyarakat Minoriti (JKKMIMM) dengan peranan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

i. menggubal dasar dan hala tuju berkaitan hak kumpulan minoriti berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan;

ii. menilai dan meluluskan strategi bagi menangani tujuh (7) isu utama berkaitan komuniti terpinggir yang iaitu pendidikan, kesihatan, tanah, ekonomi, infrastruktur, kebudayaan dan kepimpinan;

iii. menimbang dan meluluskan program/projek berkaitan kumpulan minoriti untuk tindakan Jawatankuasa peringkat Eksekutif dan Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kluster;

iv. memperakukan syor dan keputusan JKKMIMM untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri; dan

NO SOALAN: 14

v. memantau keberkesanan pelaksanaan ke atas keputusan yang telah dibuat oleh JKKMIMM.

Keanggotaan JKKMIMM ini adalah terdiri daripada wakil-wakil Kementerian, ahli-ahli akademik, wakil non-government organization (NGO), pemain industri dan wakil-wakil persatuan dan golongan profesional yang berkaitan. Jawatankuasa ini telah bersidang buat kali pertama (kick off) pada 17 Januari 2020.

Penyusunan semula Kementerian-Kementerian di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional telah menyaksikan empat (4) bidang tanggungjawab utama telah diwujudkan seperti berikut :

i. Ekonomi; ii. Keselamatan; iii. Pembangunan Infrastruktur; dan iv. Pendidikan dan Sosial.

Berikutan daripada penyusunan semula tersebut, Kerajaan sedang meneliti dan menyemak semula peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu Masyarakat Minoriti yang diwujudkan sebelum ini dengan objektif untuk memastikan fungsinya yang lebih fokus, tersusun dan holistik. Ini termasuklah meneliti semula hala tuju Jawatankuasa berkenaan supaya selaras dengan objektif tersebut.Kerajaan juga sentiasa komited untuk mencari mekanisme yang terbaik bagi membantu masyarakat minoriti mendapat hak yang sewajarnya.

NO SOALAN: 14

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tumpuan dan usaha yang lebih komprehensif dalam memastikan norma baharu pencegahan pandemik COVID-19 diutamakan rakyat dan bagaimana Kerajaan membendung kes import atau kes COVID-19 dalam kalangan pekerja asing di Malaysia yang didapati menginap di rumah-rumah kongsi pekerja yang sesak.

NO SOALAN: 15

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bagi memastikan norma baharu pencegahan pandemik COVID-19 diutamakan oleh rakyat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif memperkasakan komuniti bagi menjaga kesihatan kendiri daripada dijangkiti COVID-19 melalui pendekatan “Cegah dan Didik, Amal, Patuh dan Pantau” (CAPP). CAPP dalam Program Pengurangan Risiko Daerah COVID-19 (District Risk Reduction Programme - DRRP) ini adalah bertujuan untuk melindungi daerah hijau supaya kekal bebas daripada jangkitan COVID-19 dan menukar daerah kuning kepada hijau dalam tempoh 14 hari. Inisiatif ini bagi memastikan masyarakat lebih bertanggungjawab dan bertindak sebagai barisan hadapan bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti setempat daripada penularan COVID-19. Pendekatan ini juga selari dengan salah satu daripada tujuh (7) strategi yang telah digariskan bagi pelaksanaan PKPP – iaitu “Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti”.

2. Sejak awal Jun 2020, YB Menteri Kesihatan bersama pegawai- pegawai kanan KKM telah membuat sesi taklimat (roadshow) dan perbincangan dengan YAB Menteri Besar dan YAB Ketua Menteri bagi mendapatkan komitmen negeri, di mana taklimat mengenai Program Kesedaran dan Pemerkasaan Komuniti Bagi Menangani COVID-19 ini telah diberikan. Selain itu, Pegawai Kesihatan Daerah juga telah diberikan taklimat dan amanat untuk memaklumkan NO SOALAN: 15

pencapaian aktiviti berkaitan DRRP ini dalam agenda Mesyuarat Tindakan Daerah masing-masing.

3. Bagi menjayakan lagi pelaksanaan inisiatif CAPP dalam DRRP ini dalam komuniti, kerjasama dan komitmen dari kementerian dan agensi lain termasuk kerajaan negeri amat diperlukan. Setiap agensi perlu berganding bahu mempromosikan CAPP bagi mencegah penularan COVID-19 ini dalam kawasan dan skop tanggungjawab masing-masing. Bagi tujuan tersebut,YAB Perdana Menteri telah melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Pagoh, Johor pada 8 Ogos 2020 yang lalu. Melalui kempen tersebut, ahli masyarakat telah diseru untuk memainkan peranan masing-masing sebagai "petugas barisan hadapan" dan terus mengamalkan norma baharu dalam usaha membantu kerajaan memerangi penularan COVID-19.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Kes import adalah melibatkan pengembara dan pemastautin tetap Malaysia yang tiba dari luar negara dan kemudiannya disahkan dengan ujian pengesanan COVID-19 sebagai positif COVID-19

dalam tempoh 14 hari beliau balik dari luar negara termasuk warganegara dan bukan warganegara. Kes tempatan pula adalah orang yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau orang yang mendapat jangkitan COVID-19 daripada orang lain di dalam Malaysia serta disahkan positif COVID-19.

5. Kerajaan telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pelbagai sektor dan sub-sektor. Pematuhan kepada SOP ini NO SOALAN: 15

adalah paling utama dalam memastikan kes COVID-19 di negara kita terus berkurang.

6. Bagi isu penginapan pekerja asing di rumah-rumah kongsi pekerja di Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan SOP Sektor Pelbagai yang merangkumi kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ) / hostel / asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor. SOP ini telah menetapkan beberapa arahan tetap seperti berikut:

i. Menghadkan pergerakan penghuni;

ii. Kawasan gunasama disanitasi sekurang-kurangnya tiga (3) kali sehari;

iii. Patuh safe work procedure di tempat penginapan;

iv. Patuh Prosedur Pencegahan COVID-19 yang ditetapkan KKM dari masa ke semasa;

v. Patuh arahan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa; dan

vi. Sebarang keperluan ujian COVID19 adalah tertakluk kepada arahan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Ismail Bin Yusop minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah pendekatan yang diambil oleh pihak Kementerian khususnya bagi membantu Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk dipertingkatkan produktiviti dalam memastikan PKS terus berdaya saing serta boleh memenuhi permintaan pasaran semasa. NO SOALAN: 16

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian ini melalui agensi-agensinya iaitu TEKUN Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Institut Keusahawanan Negara Insken (INSKEN), UDA Holdings, Protege, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) telah, sedang dan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan lagi produktiviti serta memastikan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) terus berdaya saing dan mampu memenuhi permintaan pasaran semasa. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan Kementerian merangkumi aspek kemudahan kewangan, akses kepada pasaran, serta pembangunan kapasiti kepada usahawan dan bakal usahawan, melalui agensi dibawah MEDAC.

2. Antara inisiatif dan kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh MEDAC serta agensi-agensi di bawahnya kepada usahawan- usahawan adalah seperti berikut:

i. SME Bank – Sehingga Ogos 2020, SME Bank telah meluluskan pembiayaan sebanyak hampir RM33.7 bilion kepada melebihi 18,944 usahawan (2005-2020).

NO SOALAN: 16

ii. TEKUN Nasional – Sehingga Julai 2020, TEKUN Nasional telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM6.1 bilion kepada seramai 460,324 usahawan (1998-2020)

iii. Bank Rakyat – Sehingga Julai 2020, Bank Rakyat telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM4.65 bilion, kepada seramai 2,073 usahawan (2001-2020)

3. MEDAC melalui agensinya iaitu SME Bank, SME Corp., Perbadanan Nasional Berhad (PNS) & INSKEN menyediakan pelbagai program pembangunan kapasiti dan latihan keusahawanan dan produk seperti berikut, antaranya;

i. SME Bank- Centre for Entrepreneur Development & Research Sdn. Bhd. (CEDAR)

• SME Bank Strategic Series (SBSS) – Account & Financing • SME Bank Strategic Series (SBSS) – Business Planning • SME Bank Upward migration program – program peningkatan usahawan untuk pengembangan perniagaan.

ii. SME Corp • Program Business Scale Up (Biz-Up) • Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) iii. Perbadanan Nasional Berhad (PNS) • Program Business In Transformation (BIT) • Program Pembangunan Francaisor, NO SOALAN: 16

• Program Pemantapan Francaisor, • Program Latihan Keusahawanan. iv. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) • INSKEN Bizlive (iaitu sesi perkongsian secara dalam talian), • INSKEN Industry Based Business Coaching (IBBC), • INSKEN e-BizClinic, • INSKEN Online Business Coaching, • Business Enhancement Programme (BEP) dan • INSKEN Business Training.

4. MEDAC melalui agensinya, SME Corp. melaksanakan program- program dalam meluaskan akses pasaran antaranya seperti:

• SMEs Go Global • Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB)

5. MEDAC percaya melalui program-program yang dijalankan ini dapat mempertingkatkan produktiviti para PKS untuk terus berdaya saing baik di peringkat lokal mahupun di peringkat global.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah yang diambil untuk memperkasa Dewan Negara dan adakah pihak Kerajaan mempunyai perancangan untuk menurunkan had kelayakan umur untuk menjadi senator di Dewan Negara.

NO SOALAN: 17

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kaukus Dewan Negara telah ditubuhkan pada 12 Disember 2019 melalui Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih (DN. 2 Tahun 2019). Dimana Kaukus ini telah dibentuk oleh Kerajaan terdahulu dan Kerajaan sekarang ini akan meneliti dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan.

Kaukus tersebut bertujuan untuk menerajui dan meneruskan usaha- usaha reformasi Dewan Negara, berperanan sebagai badan rundingan dan inkuiri terhadap isu-isu semasa dan permasalahan rakyat secara lebih efektif, memperkasakan peranan ahli Dewan Negara dalam parliamentary diplomacy dan memberi fokus kepada pembangunan kapasiti Ahli Dewan Negara.Dalam hal ini, Kerajaan sentiasa berkerjasama dengan pihak kaukus dalam usaha memartabatkan Dewan Negara.

Berkaitan menurunkan had kelayakan umur untuk menjadi Ahli Dewan Negara, Kerajaan belum ada perancangan mengenainya.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DAROPADA : YB DATUK PAUL IGAI TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Paul Igai minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk menggalakkan pekerja tempatan khususnya golongan belia yang sedang menganggur mengambil peluang bekerja di sektor pertanian.

NO SOALAN: 18

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sektor pertanian merupakan sektor yang amat penting bagi membekalkan makanan negara. Untuk makluman, Kementerian telah membuat pelbagai usaha dan perancangan untuk menarik minat belia dalam sektor pertanian dan industri pembuatan makanan.

Golongan belia sangat diberikan keutamaan di dalam menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntungkan untuk petani, penternak, nelayan dan usahawan makanan. Ini adalah selaras dengan hasrat dan usaha Kementerian untuk meremajakan sektor pertanian.

Keseriusan kerajaan dibuktikan dengan penubuhan Unit Agropreneur Muda pada tahun 2014 bagi menyelaras hala tuju dan agenda pembangunan belia di dalam sektor agromakanan negara. Kementerian sentiasa berusaha untuk meremajakan sektor pertanian dengan melaksanakan antara lain program-program seperti berikut:

1. Program Agropreneur Muda

Program Agropreneur Muda telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) untuk meremajakan sektor pertanian. Secara ringkasnya, Program Agropreneur Muda menawarkan tiga (3) perkhidmatan iaitu bantuan Geran sehingga NO SOALAN: 18

RM20,000, pinjaman sehingga RM200,00 dan bimbingan teknikal kepada semua belia.

Melalui Program Agropreneur Muda, para belia dibantu dengan geran in-kind contribution dan pembiayaan mudah serta latihan teknikal dengan sasaran 1,200 orang agropreneur muda berumur 18 hingga 40 tahun bagi tahun 2020.

Kementerian melalui Unit Agropreneur Muda secara aktif menganjurkan kursus-kursus webinar, sesi taklimat Geran Agropreneur Muda dan perkongsian kisah-kisah kejayaan agropreneur muda secara langsung melalui live streaming di media sosial.

Penganjuran secara aktif Jelajah Agropreneur Muda di seluruh negara juga dilaksanakan bagi mempromosikan Program Agropreneur Muda. Malahan, pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti pemantauan projek, taklimat dan lawatan kerja ke tapak- tapak projek bagi memastikan mereka sentiasa diberikan keutamaan dan bantuan bimbingan.

2. Program Mobiliti Tenaga Kerja dalam Sektor Agromakanan atau MyFutureAgro

Pelaksanaan Program Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agromakanan atau MyFutureAgro khas kepada yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA), Kementerian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk melaksanakan NO SOALAN: 18

Program Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agromakanan atau MyFutureAgro pada tahun ini dan tahun 2021. Kementerian menyasarkan seramai 6,000 peserta yang terdiri daripada graduan, penganggur dan lepasan sekolah akan mendapat manfaat sepanjang program ini dilaksanakan sehingga tahun 2021.

3. Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) Dilaksanakan di bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada semua generasi belia berumur di antara 18 hingga 25 tahun yang berkelayakan. Program ini menawarkan pembelajaran di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

4. Program Geran Pemadanan (Pembiayaan Modal)

Program High Impact Product (HIP) dan Program Change Upgrade Product (CUP) merupakan bantuan peruntukan yang disalurkan dalam bentuk Geran Pemadanan atau matching grant.

5. Program Pembangunan Modal Insan Program Pembangunan Modal Insan turut dirangka bagi menarik minat belia dalam sektor pertanian. Program ini adalah program pembangunan latihan usahawan industri makanan bertujuan bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan.

NO SOALAN: 18

Bagi memperkukuhkan lagi penglibatan belia di dalam sektor ini, Kementerian, selepas pembentukan kerajaan baru pada Mac 2020 giat mengadakan sesi engagement bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk menjalinkan kerjasama strategik merentas Kementerian demi menarik lebih ramai belia menyertai sektor pertanian.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada bentuk kerjasama antara Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri dalam usaha memperkasakan golongan belia secara holistik di negara ini. NO SOALAN: 19

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai penyelaras kepada pembangunan belia, sentiasa berkolaborasi dengan pemegang taruh termasuk kerajaan negeri bagi memperkukuh dan menyerlahkan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara berpandukan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara. Ini selari dengan Dasar Belia Malaysia Konsep IV: Merentas Pelaksana dan Generasi iaitu melibatkan kerjasama kerajaan negeri bagi menjayakan pembangunan belia Malaysia.

Pelbagai program telah dijalankan, antaranya ialah :

1. Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) merupakan platform mengetengahkan isu-isu pembangunan belia kepada pihak kerajaan. MPBN memberi ruang kepada pertubuhan-pertubuhan belia untuk mengemukakan usul, pandangan dan cadangan bagi memartabatkan dan meneruskan agenda pembangunan belia di negara ini selaras dengan matlamat Dasar Belia Malaysia.

2. Majlis Perundingan Belia Negeri menjalankan fungsi ini di peringkat negeri dengan kerjasama agensi-agensi negeri dan persekutuan.

NO SOALAN: 19

(i) Agensi-agensi KBS di peringkat negeri seperti Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri sentiasa bekerjasama dengan Exco Kerajaan Negeri dan juga pertubuhan-pertubuhan belia untuk memperkasa agenda belia, membangunkan infrastruktur fizikal dan memberi sokongan dan nasihat.

(ii) Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah memainkan peranan untuk menggembleng tenaga dan melakukan koordinasi dengan persatuan-persatuan belia di akar umbi agar lebih tersusun dan berfokus. Ini juga untuk menggalakkan agar para belia terus berpersatuan.

(iii) Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, penglibatan Kerajaan- kerajaan Negeri dan pemegang-pemegang taruh di peringkat akar umbi adalah lebih menyeluruh berbanding sebelum ini.

3. Pihak kementerian turut melaksanakan program pembangunan jati diri belia bersama pasukan keselamatan negara. Program Pelayaran Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Skim Belia) dilaksanakan dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Pelaksanaan program ini menerapkan elemen kepimpinan, kerjasama berpasukan dan semangat patriotism dalam diri peserta belia. Pada tahun 2019, sebanyak tiga siri pelayaran telah dilaksanakan dan pada tahun 2020 ini hanya satu akibat COVID-19.

4. Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) di bawah Kementerian juga bertujuan melatih belia-belia berjawatan di dalam organisasi agar bakat serta potensi kepimpinan dapat terus ditingkatkan. NO SOALAN: 19

Ini ditumpukan kepada belia berpertubuhan di bawah umur 30 tahun selaras dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) dan transisi kepimpinan belia yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2021. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran kepimpinan di kalangan belia dan memperkasakan pertubuhan belia. Ianya dianjurkan oleh setiap daerah di seluruh negara melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah dengan pemantauan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

5. Program Jati Diri Belia Berisiko yang merupakan salah satu inisiatif dalam membendung gejala sosial dalam kalangan anak muda. Program tersebut ialah Kem Anak Muda (KAMU) yang telah dilaksanakan pada tahun 2019. Program ini dilaksana dengan melibatkan pelbagai institusi dan perkhidmatan sosial yang dapat membantu belia berisiko menjalankan fungsi dan peranan sosial secara berkesan. Bagi tahun 2019 hingga 2020 sebanyak 8 program telah dilaksanakan dengan jumlah penyertaan seramai 555 orang yang terdiri daripada 345 peserta lelaki dan 210 peserta perempuan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL SINGH TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Suresh Singh A/L Rashpal Singh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah bilangan graduan-graduan dari bidang farmasi dan kedoktoran yang masih belum ditempatkan setakat Julai 2020 dan apakah langkah-langkah diambil untuk mempercepatkan penempatan mereka.

NO SOALAN: 20

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan pengambilan graduan perubatan sebanyak enam (6) kali setahun. Buat masa ini, tempoh masa menunggu pengambilan tersebut adalah di antara 8 hingga 9 bulan. Terdapat peningkatan tempoh menunggu bagi graduan perubatan berikutan penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan urusan pengambilan terpaksa ditangguhkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Sehingga kini, sebanyak empat sesi ambilan tahun 2020 telah dilaksanakan oleh pihak KKM dengan perincian berikut:

i. Sesi pengambilan pertama pada 3 Februari 2020 melibatkan seramai 740 org;

ii. Sesi pengambilan kedua pada 16 Mac 2020 melibatkan 915 orang;

iii. Sesi pengambilan ketiga pada 20 Julai 2020 melibatkan 1,071 orang;

iv. Sesi pengambilan keempat pada 24 Ogos 2020 melibatkan 950 orang; dan NO SOALAN: 20

v. Sesi pengambilan kelima yang melibatkan penawaran kepada 907 orang graduan perubatan telah dibuat pada 2 September 2020.

3. Sehubungan itu, bilangan graduan perubatan yang telah lulus tapisan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tetapi masih menunggu penempatan adalah seramai 635 orang. Mereka akan ditawarkan pelantikan serterusnya bagi sesi pengambilan keenam tahun ini yang dijadualkan pada 26 Oktober 2020 tertakluk kepada kekosongan slot latihan siswazah sedia ada.

4. Tiada graduan farmasi yang menunggu penempatan buat masa ini memandangkan kesemua 208 orang yang lulus tapisan SPA sehingga 31 Julai 2020 telah dilantik.

5. Bagi memendekkan tempoh menunggu penempatan latihan siswazah dan khidmat wajib ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa membuat penambahbaikan, antaranya adalah :

(a) menambah bilangan Hospital Latihan Siswazah iaitu daripada 38 buah pada 2009 kepada 48 buah pada tahun 2019;

(b) bekerjasama dengan Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia bagi meningkatkan slot penempatan latihan siswazah di Hospital Universiti seperti PPUM, HUKM dan HUSM sehingga 950 slot latihan siswazah; dan

NO SOALAN: 20

(c) meningkatkan slot latihan siswazah daripada 10,835 pada tahun 2013 kepada 12,153 pada masa ini.

6. Selain daripada langkah-langkah yang dinyatakan, Kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan Moratorium Penawaran Kursus Baru Bidang Perubatan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara sejak 2011 sehingga 2021, dan telah memohon agar dilanjutkan selama lima (5) tahun lagi iaitu sehingga 2026. Moratorium tersebut meliputi tiga (3) aspek berikut:

(a) tiada pertambahan universiti kolej perubatan baru;

(b) tiada pertambahan Program Pengajian Perubatan yang baru; dan

(c) tiada pertambahan kuota pelajar Pengajian Perubatan.

7. KKM akan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu lantikan kontrak ini agar pendekatan yang dilaksanakan lebih menyeluruh dan dapat menambahbaik kerjaya pegawai dalam jangka masa panjang.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan daripada jumlah 525 sekolah Tamil, berapakah sekolah yang disediakan dengan kemudahan pra-sekolah. Apakah langkah-langkah yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memastikan semua sekolah Tamil mempunyai kemudahan pra-sekolah.

NO SOALAN: 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam melaksanakan peluasan kelas prasekolah tanpa mengira lokasi di kawasan yang berkeperluan. KPM berhasrat meningkatkan enrolmen prasekolah seperti yang terkandung dalam Anjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang tahun 2020.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan membuka prasekolah di semua jenis institusi bawah KPM termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah berdasarkan permintaan, keperluan dan kesesuaian tempat. Kelas prasekolah baharu KPM dilaksanakan secara berterusan mengikut unjuran keperluan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Sehingga Julai 2020, sebanyak 247 buah SJKT di seluruh negara telah dilengkapi dengan kemudahan prasekolah.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian akan mempertimbangkan cadangan untuk melengkapkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (ESSCOM) dengan kelengkapan aset udara sendiri bagi memperkukuhkan rondaan udara di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

NO SOALAN: 22

JAWAPAN

Tuan Yang Di-pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui agensi-agensi penguatkuasaan KDN sentiasa proaktif dalam usaha mempertingkatkan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama agensi penguatkuasaan di bawah KDN dan ATM. Tanggungjawab mengawal keselamatan dan kedaulatan negara di atur gerak dengan menggunakan kekuatan anggota dan aset daripada pelbagai agensi seperti Polis di-Raja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengekang aktiviti pencerobohan, pengedaran dadah dan jenayah rentas sempadan.

Kementerian ini menghargai keprihatinan YB dalam mengusulkan supaya ESSCOM mempunyai kelengkapan aset udara sendiri bagi memperkukuhkan rondaan udara di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Kementerian sentiasa komited dalam melakukan penambahbaikan, walaubagaimanapun kementerian berpandangan keperluan untuk mewujudkan aset udara bagi ESSCOM pada masa ini masih belum menjadi keutamaan. Ini selari dengan langkah memperkasakan agensi penguatkuasaan di bawah ESSCOM seperti PDRM, APMM dari segi pertambahan aset penting seperti Dron, radar dan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) yang berkeupayaan tinggi. NO SOALAN: 22

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian akan membuka lebih ruang untuk kerjasama dan kolaborasi antara Kementerian dan NGO-NGO kebajikan dalam memperkukuhkan sistem bantuan dan sokongan kepada warga-warga emas, golongan kurang upaya dan yang berpendapatan rendah.

NO SOALAN: 23

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama strategik dengan mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Korporat dan Government- Linked Company (GLC) dalam memperkukuhkan sistem bantuan dan sokongan kepada kumpulan sasar kementerian.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO sebagai rakan kongsi strategik, Kementerian telah menyediakan bantuan kewangan melalui pemberian Bantuan Kewangan Kerajaan dan Bantuan Khas Perbendaharaan untuk tujuan pelaksanaan program Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Langkah ini bertujuan memastikan perkhidmatan kebajikan yang terbaik dapat diberikan secara langsung kepada kumpulan sasar.

Antara program kerjasama strategik yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bersama NGO, Syarikat Korporat dan GLC adalah seperti berikut:

i. Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) yang dilaksanakan di seluruh Negara dengan kerjasama Empat (4) buah NGO iaitu Majlis Pusat Kebajikan Se-Malaysia (MPKSM), Persatuan USIAMAS, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Majlis Perkhidmatan Sabah; NO SOALAN: 23

ii. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang dilaksanakan dengan kerjasama MPKSM, Persatuan USIAMAS dan NGO lain di peringkat komuniti;

iii. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dilaksanakan bersama NGO di peringkat komuniti serta dengan sokongan Syarikat Korporat dan GLC; iv. Program Penyumberluaran Perkhidmatan Institusi Rumah Seri Kenangan Sri Iskandar bersama NGO dan Syarikat Korporat; dan

v. Pengurusan sumbangan di bawah CSR oleh Syarikat Korporat dan GLC kepada kumpulan sasar Kementerian seperti yang telah dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Kementerian sentiasa mengalu-alukan mana-mana NGO, Syarikat Korporat dan GLC untuk menjalinkan kerjasama strategik demi kepentingan dan kesejahteraan kumpulan sasar di bawah Kementerian. Ini juga adalah selaras dengan prinsip kebajikan adalah tanggungjawab bersama.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kawalan kualiti yang dilaksanakan pihak Kementerian terhadap Institusi Pengajian Tinggi yang menyediakan pelbagai lulusan ijazah supaya mengikut permintaan tenaga kerja tempatan dan global.

NO SOALAN: 24

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat.

Bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi adalah berkualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberikan kelulusan ke atas penawaran sesuatu program pengajian, hanya setelah proses semakan dan pengesahan terhadap kualiti program pengajian tersebut dilaksanakan melalui penilaian akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau dengan izin Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Proses semakan kualiti program pengajian atau penilaian akreditasi oleh MQA, meliputi pematuhan kualiti berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menekankan kepada pemupukan bakat pelajar secara seimbang dan berdaya saing dari segi ilmu pengetahuan; kemahiran; dan sikap. MQA turut membuat semakan terhadap kualiti program berdasarkan standard program yang telah ditanda aras dengan amalan baik antarabangsa dan turut mengambil kira input daripada pihak industri serta pihak berkepentingan agar penawaran program menepati keperluan semasa.

Sehingga 31 Ogos 2020, MQA telah mengakredit sebanyak 15,367 program pengajian di pelbagai tahap dan bidang pengajian. Program yang telah diakredit MQA disenarai dalam Daftar Kelayakan Malaysia yang boleh dirujuk secara dalam talian oleh semua pihak.

NO SOALAN: 24

Di samping proses mengakreditasi program pengajian oleh MQA, Kementerian juga turut melaksanakan saringan awal yang ketat terhadap program-program akademik yang hendak ditawarkan oleh Universiti Awam. Proses saringan ini dilaksanakan secara bersama dengan beberapa Jabatan dan Agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam; Jabatan Perangkaan Malaysia; Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA); Talentcorp; Malaysia Investment Development Authority (MIDA), Badan Profesional dan sebagainya. Proses saringan yang ketat ini dilaksanakan bagi memastikan program-program akademik atau bidang pengajian yang menjadi fokus dan keperluan guna tenaga negara sahaja yang ditawarkan oleh IPT, di samping mengelakkan berlakunya lambakan graduan dalam bidang-bidang pekerjaan yang tidak diperlukan.

Kementerian turut melaksanakan pelbagai insiatif lain untuk memastikan program akademik yang ditawarkan, relevan dan terkini seperti memperkasakan program 2u2i, memperkenalkan program apprenticeship di mana pelajar ditempatkan di industri untuk tempoh tertentu bagi melengkapkan kursus pengajian; memaksimakan pendekatan Work Based learning supaya pelajar memperolehi pengalaman dan kemahiran secara terus daripada industri; dan memperkenalkan program Service Learning Malaysia, University for Society (SULAM) yang membolehkan pelajar mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam membantu menyelesaikan permasalahan di komuniti melalui kursus dalam program akademik mereka. Kementerian juga telah menerbitkan Kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan untuk dijadikan panduan kepada universiti awam dalam membangunkan program-program akademik seiring dengan keperluan pekerjaan abad ke-21.

NO SOALAN: 24

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Razali Bin Idris minta MENTERI KEWANGAN menyatakan komitmen dan jaminan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pelaburan luar negara dan setakat mana pelaburan luar negara memberikan pulangan dari segi keuntungan modal dan tukaran asing serta adakah menepati profil risiko pulangan pelaburan kepada pencarumnya. NO SOALAN: 25

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang dirangka untuk mengoptimumkan pulangan jangka panjang dengan mengambil kira had toleransi risiko KWSP sebagai sebuah dana simpanan persaraan. KWSP telah melantik dan berkerjasama dengan perunding global yang mempunyai kredibiliti yang tinggi di dalam merangka SAA yang bersesuaian dengan profil risiko dan pulangan KWSP. SAA ini dikaji semula setiap tiga tahun bagi memastikan jangkaan pulangan dan risiko adalah relevan dengan situasi dan keadaan pasaran modal semasa, perubahan polisi, regulatori, perakaunan dan bekalan aset di pasaran.

2. Sehingga Jun 2020, pelaburan luar negara mewakili 30% daripada keseluruhan nilai aset pelaburan KWSP, selaras dengan kelulusan Kementerian Kewangan yang membenarkan KWSP melabur sebanyak 32% di pasaran luar negara untuk tempoh 2017-2019 dan telah dilanjutkan untuk tempoh 2020-2022 sehingga kajian semula SAA yang kini diperingkat akhir diluluskan.

3. Pelaburan luar negara KWSP telah bermula pada tahun 2006 sebagai sebahagian daripada inisiatif KWSP untuk mendiversifikasi pelaburannya merentasi pelbagai kelas aset, negara, pasaran dan mata wang. Pelaburan luar negara yang terkini melibatkan lebih NO SOALAN: 25

daripada 40 negara dan 29 mata wang telah berjaya mengimbangi risiko pelaburan KWSP dan meningkatkan pulangan pelaburan keseluruhan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK INSOL TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sasaran peratusan penutup hutan (forest cover) di Malaysia dan apakah inisiatif Kerajaan bagi mengekalkan keluasan hutan di Malaysia.

NO SOALAN: 26

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan berkaitan perhutanan.

2. Walau bagaimanapun, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa komited dalam usaha memelihara khazanah hutan negara dan memastikan sasaran dan komitmen negara seperti yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan tercapai.

3. Dalam hubungan ini, antara langkah-langkah yang diambil bagi menjaga dan mengekalkan hutan-hutan simpan oleh KeTSA melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan adalah seperti berikut:

(i) mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan- kawasan berhutan sebagai HSK dengan sasaran untuk meningkatkan jumlah kawasan HSK di Semenanjung Malaysia kepada 5 juta hektar menjelang tahun 2020; NO SOALAN: 26

(ii) meningkatkan keluasan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (Totally Protected Area - TPA) selaras dengan Dasar Hutan Sabah 2018 iaitu meningkatkan keluasan TPA di seluruh Sabah kepada 30% menjelang tahun 2025;

(iii) mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemulihan kawasan hutan antara lainnya melalui Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Bersesuaian di Pesisiran Pantai Negara, Projek Central Forest Spine (CFS), Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Terosot di Semenanjung Malaysia dan Inisiatif Heart of Borneo;

(iv) melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] bagi memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal yang melibatkan proses pendengaran awam (public hearing) serta memantapkan penguatkuasaan hutan, meningkatkan kadar denda dan hukuman bagi membendung kesalahan hutan;

(v) melaksanakan aktiviti rawatan hutan dan silvikultur dalam Hutan Simpanan Kekal seluas 250 hektar di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Manakala, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, seluas 1,640 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal telah dikenal pasti untuk tujuan yang sama;

(vi) melaksanakan dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu dengan agensi kerajaan yang NO SOALAN: 26

berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan;

(vii) menyedia, melaksana dan memantau Catuan Tebangan Tahunan (CTT) setiap tempoh Rancangan Malaysia bagi kawasan hutan pengeluaran dalam HSK;

(viii) menjana pendapatan melalui potensi baharu selain daripada kayu balak termasuk inisiatif REDD Plus dan bayaran bagi perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services – PES) bagi mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pembalakan;

(ix) memperkasa amalan pengurusan hutan berkekalan dengan membangun dan mengaplikasikan teknologi terkini dalam penguatkuasaan hutan bagi tujuan pemantauan perubahan kawasan hutan; dan

(x) kerjasama dan engagement dengan Kerajaan Negeri antara lainnya melalui platform Majlis Tanah Negara untuk membincangkan berkenaan dasar dan perundangan untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah bagi maksud perhutanan dalam usaha meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan pentadbiran tanah negara.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG TARIKH ; 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah pihak Kementerian akan mengkaji semula kriteria baharu menaik taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah digunakan sejak 2008. Apakah persediaan Kementerian dalam menaik taraf bandar yang akan berhadapan dengan cabaran pertambahan penduduk. NO SOALAN: 27

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pada masa ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak mempunyai cadangan untuk mengkaji semula kriteria baharu naik taraf Pihak Berkuasa tempatan (PBT) yang telah digunakan sejak tahun 2008. Walau bagaimanapun, KPKT sedia menimbang cadangan tersebut jika terdapat keperluan yang berkaitan seperti perkhidmatan PBT, kesejahteraan penduduk dan kelestarian alam sekitar.

2. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, pertambahan penduduk dalam kawasan bandar memberi tekanan kepada PBT dalam pengurusan bandar seperti peluang pekerjaan, perumahan, jaringan pengangkutan, pencemaran alam sekitar dan lain-lain. Bagi memastikan bandar-bandar yang ditadbir oleh PBT mampu berhadapan dengan cabaran pertambahan penduduk, KPKT mengangkat agenda Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) untuk dilaksanakan di peringkat PBT agar semua PBT dapat meningkatkan usaha untuk mencapai 17 SDG menjelang 2030.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dalam usaha menangani matlamat tersebut, beberapa pendekatan dan kerangka seperti Bandar Pintar (Smart Cities) diwujudkan dalam merancang, NO SOALAN: 27

membangun dan menguruskan bandar ke arah bandar yang lebih inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR. YAAKOB BIN SAPARI TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Dr. Yaakob Bin Sapari minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk mengawal sempadan negara dari diceroboh masuk oleh pendatang asing, pelarian atau aktiviti penyeludupan dadah, rokok dan lain-lain terutamanya di kawasan pantai dan hutan dan berapa banyak tangkapan yang telah dibuat dari tahun 2015 hingga 2020.

NO SOALAN: 28

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan sentiasa komited melaksanakan langkah-langkah strategik bagi memastikan kawalan sempadan tanah air sentiasa terpelihara, tidak dibolosi dan dicemari dengan penyeludupan serta jenayah rentas sempadan melalui:

(a) Penubuhan National Task Force (NTF) pada 1 Mei 2020 melalui pelaksanaan Ops Benteng yang bertujuan untuk mengekang kemasukkan PATI ke tanah air yang diketuai oleh ATM dan dianggotai oleh agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM, APMM, JIM, AKSEM, RELA, dan ESSCOM. Dengan adanya kerjasama ini, segala bentuk penugasan dan atur gerak aset dapat diselaraskan dengan lebih sempurna bagi tujuan pemantauan khususnya melibatkan jalan laut.

(b) Agensi penguatkuasaan seperti PDRM, APMM, JIM, dan AKSEM telah mengambil langkah drastik khususnya di daratan bagi mengenalpasti lorong–lorong tikus bagi kegiatan penyeludupan rentas sempadan. Antaranya ialah dengan membuat risikan secara berkala ke lokasi yang dikenalpasti.

(c) Memperkasakan aset-aset termasuklah menempatkan lebih banyak pos-pos statik dan pos-pos sementara Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM di sempadan darat negara. NO SOALAN: 28

(d) Meneliti dan mempertimbangkan penggunaan teknologi terkini sebagai contoh pemasangan sensor, kamera litar tertutup dan penggunaan dron di sepanjang sempadan negara bagi membendung penyeludupan dan jenayah rentas sempadan negara amnya.

Tuan Yang Di-pertua, Pada masa yang sama, Kerajaan turut mengambil langkah-langkah khusus di kawasan perairan dalam menangani dan memastikan kawalan sempadan tanah air kita tidak lagi menghadapi masalah penyeludupan dan jenayah rentas sempadan. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan maritim sentiasa terjamin seperti berikut:

(a) Mempertingkatkan rondaan di kawasan strategik dengan menggunakan aset-aset Pasukan Polis Marin, APMM dan TLDM secara optima;

(b) Mempertingkatkan pemeriksaan terhadap bot-bot yang keluar masuk dari dan sebaliknya bagi memastikan bot-bot berkenaan tidak diguna untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Tumpuan pemeriksaan adalah pada bot barter trade dan bot nelayan untuk memastikan penumpang dan bot tidak digunakan untuk tujuan yang salah;

(c) Meningkatkan aktiviti risikan dan melancarkan operasi khas dan bersepadu dengan gabungan kepakaran PDRM, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am, Agensi Penguatkuasaan Maritim NO SOALAN: 28

Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, AKSEM, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia;

(d) Mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran khususnya Polisi Air dan Udara (POLAIRUD) Indonesia dalam menangani permasalahan di perairan sempadan seperti mengadakan mesyuarat bilateral untuk membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di sempadan;

(e) Mengadakan pertemuan di laut (Rendezvous) di antara bot ronda Malaysia dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina dalam pertukaran maklumat kegiatan haram dan ancaman yang sering berlaku di sempadan perairan untuk mempertingkatkan keberkesanan operasi dengan perancangan yang lebih teliti.

Hasil daripada operasi yang dijalankan, sejak tahun 2015 sehingga Ogos 2020, sebanyak 34,132 kes telah disiasat dengan jumlah tangkapan sebanyak 26,490 dan jumlah nilai rampasan adalah sebanyak RM891,090,114.30 direkodkan.

Sekian, terima kasih, NO SOALAN: 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perancangan Kementerian dalam memastikan semua pertubuhan badan bukan Kerajaan OKU diberi bantuan dana bagi menyokong usaha mereka dalam membantu Kerajaan melaksanakan program pasca COVID-19 khusus buat golongan OKU.

NO SOALAN: 29

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melihat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau dikenali sebagai Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) sebagai rakan strategik yang melengkapi usaha Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan sehingga ke peringkat akar umbi.

Pada 5 Jun yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk menjana semula ekonomi Negara bagi pasca COVID-19. KPWKM telah diperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk menggalakkan NGO di bawah kumpulan sasar KPWKM bagi menjalankan program-program yang berkaitan melalui Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP).

Peruntukan BKP adalah Bantuan Kewangan Kerajaan disalurkan kepada NGO bagi tujuan pelaksanaan program Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bantuan Kewangan Kerajaan disalurkan bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO dalam program dan khidmat kebajikan. Juga sebagai rakan kongsi Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlukan, di samping perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan.

NO SOALAN: 29

Permohonan peruntukan tersebut terbuka kepada semua NGO yang berdaftar dengan mana-mana Pendaftar yang diiktiraf atau mana-mana badan Kerajaan yang diberi kuasa melalui undang-undang Negara dan menjalankan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita, keluarga dan masyarakat.

Sekian,terima kasih. NO SOALAN: 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji semula Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi meningkatkan penalti dan hukuman yang dianggap terlalu rendah dikenakan ke atas individu yang ingkar terutamanya dalam tempoh pandemik COVID-19 memandangkan berlakunya kluster baru iaitu Sivagangga disebabkan keingkaran individu tidak bertanggungjawab.

NO SOALAN: 30

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (342) dan Peraturan- Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020 [P.U. (A) 181/2020] boleh dikenakan kompaun. Kadar kompaun yang diperuntukkan ini adalah RM1,000, merupakan kadar maksimum denda dan ia juga terpakai bagi kesalahan- kesalahan lain di bawah Akta 342 ini.

2. Kompaun adalah salah satu tindakan awal prosiding jenayah di mana kegagalan untuk membayar kompaun yang dikenakan akan menyebabkan suatu tindakan pendakwaan dimulakan di mahkamah. Sekiranya disabitkan kesalahan, maka penalti dan hukuman bagi kesalahan tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam seksyen 24 Akta 342, iaitu:

"24. Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah akta ini, yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan, apabila disabitkan-

(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya. NO SOALAN: 30

(b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

(c) berkenaan dengan kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi 200 ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.”

3. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti untuk meminda Akta 342 termasuk penalti dan kompaun seperti yang termaktub dalam seksyen 24 dan seksyen 25 Akta 342. Sementara menunggu Akta 342 dibuat pindaan, bagi yang melakukan kesalahan di bawah Akta 342 boleh dikenakan kompaun maksima sebanyak RM 1,000.00.

Sekian, terima kasih NO SOALAN: 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED YASSIN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kekerapan kebakaran berlaku di luar bandar yang melibatkan bangunan tinggi, apakah langkah yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk menambah baik mutu perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negara. NO SOALAN: 31

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini tiada rekod menunjukkan kebakaran melibatkan bangunan tinggi di luar bandar yang dihadiri oleh pihak JBPM. Merujuk kepada aspek kebombaan, definisi bangunan tinggi ialah mana-mana bangunan yang mempunyai ketinggian lantai tertinggi diduduki melebihi 18.5 meter. Secara umumnya, bangunan tinggi dipasang dengan sistem pepasangan keselamatan kebakaran iaitu alat pemadam api, sesalur pancur kering/basah, lif bomba dan lobi menentang kebakaran.

2. Pematuhan kepada pepasangan di bangunan ini dilaksanakan sebelum pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Manakala jika bangunan tinggi termasuk dalam premis ditetapkan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1984, pemeriksaan dan pengujian pepasangan keselamatan kebakaran dilaksanakan setiap tahun oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi tujuan pengeluaran Perakuan Bomba.

3. Berdasarkan statistik kebakaran yang direkodkan oleh JBPM, bagi tahun 2018 sebanyak 233 kes kebakaran yang melibatkan bangunan tinggi di negara ini iaitu melibatkan hotel (45 kes) dan rumah apartment/kondo (188 kes). Manakala bagi tahun 2019 sebanyak 270 kes kebakaran direkodkan melibatkan hotel (36 kes) dan rumah apartment/kondo (234 kes). Bagi tahun 2020 sehingga bulan Julai NO SOALAN: 31

sebanyak 113 kes kebakaran yang melibatkan hotel (17 kes) dan rumah apartment/kondo (96 kes).

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan JBPM kepada rakyat, JBPM telah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya:

i. Merancang dan membina balai-balai bomba baharu di lokasi yang strategik bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kebombaan khususnya pencapaian Response Time;

ii. Memperlengkapkan kapasiti logistik operasi termasuk kelengkapan pemadaman bagi menangani sebarang insiden yang berlaku; dan

iii. Memberi latihan kebombaan melibatkan pemadaman, penyelamatan dan pengungsian bangunan kepada Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) di premis-premis ditetapkan yang bertindak sebagai First Responder sewaktu berlaku kecemasan atau kebakaran di bangunan tersebut.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan bilangan kilang yang telah diambil tindakan kerana membuang bahan cemar ke dalam sungai sehingga merosakkan alam sekitar serta kadar denda yang dikenakan kepada pengusaha kilang tersebut sejak Januari sehingga Ogos 2020. NO SOALAN: 32

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) memandang serius isu-isu pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran air yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat. Tindakan tegas di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan-Peraturan dibawahnya digunakan ke atas kilang-kilang yang didapati tidak mematuhi undang-undang tersebut.

2. Bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2020, sebanyak 525 premis telah diambil tindakan penguatkuasan kerana didapati melakukan kesalahan berkaitan pencemaran air di bawah perundangan tersebut. Sebanyak 815 tindakan penguatkuasaan telah diambil merangkumi 224 Notis Arahan, 517 kompaun dikeluarkan dengan nilai RM1.034 juta, 20 Penahanan Operasi Kelengkapan, 6 premis digantung lesen dan 48 kertas siasatan disediakan untuk tindakan mahkamah.

3. Bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2020 tersebut juga, sebanyak 39 premis yang telah melakukan kesalahan di bawah AKAS 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dengan jumlah denda keseluruhan bernilai RM1.051 juta.

Sekian. terima kasih. NO SOALAN: 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPA BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI KEWANGAN menyatakan unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini dan tahun hadapan, serta langkah-langkah yang akan diambil bagi mengatasi kadar pengangguran dan kes kebankrapan yang dijangka meningkat naik pada suku keempat tahun ini. NO SOALAN: 33

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Ekonomi Malaysia mencatatkan penguncupan sebanyak 8.3 peratus dalam tempoh separuh pertama 2020 berikutan langkah pembendungan yang ketat pada peringkat global dan dalam negeri bagi mengawal penularan pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, susulan daripada kegiatan ekonomi yang telah dibuka kembali pada awal bulan Mei 2020 dan sokongan dasar dalam negeri yang berterusan, ekonomi dijangka pulih secara beransur-ansur terutamanya pada separuh tahun kedua setelah mencatatkan penguncupan mendadak pada suku kedua tahun 2020. Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia telah disemak semula dan diunjur menyusut antara -5.5 peratus hingga -3.5 peratus pada tahun 2020, sebelum kembali pulih dalam julat pertumbuhan antara 5.5 peratus hingga 8 peratus pada tahun 2021.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Bagi mengurangkan impak negatif penularan wabak COVID-19 terhadap operasi pasaran buruh, Kerajaan telah melaksanakan inisiatif subsidi upah, Program Pengekalan Pekerjaan, hiring incentive (dengan izin), program peningkatan kemahiran dan latihan semula serta bantuan mobiliti di bawah pakej PRIHATIN dan NO SOALAN: 33

PENJANA. Inisiatif tersebut dijangka dapat menstabilkan semula pasaran pekerjaan seterusnya mengurangkan kadar pemberhentian pekerja. Justeru, sehingga Julai 2020, kadar pengangguran berjaya mencatat pengurangan kepada 4.7% atau 745,100 orang berbanding tahap tertinggi 5.3% atau 826,100 orang pada Mei 2020. Ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan dalam operasi pasaran buruh dan keberkesanan pelaksanaan pelbagai inisiatif penstabilan pekerjaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan di bawah pakej rangsangan tersebut. Kerajaan yakin bahawa ekonomi berupaya kembali kepada tahap guna tenaga penuh dalam tempoh terdekat selaras dengan pelaksanaan kesemua inisiatif yang diumumkan dan pemulihan ekonomi global.

3. Bagi mengelakkan pertambahan mendadak kes kebankrapan pula, Kerajaan telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2020 bagi meningkatkan nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan. Selain daripada penggubalan undang-undang, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah dan akan terus melaksanakan pelbagai program bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang isu muflis dengan melaksanakan program bersama masyarakat (outreach programme) serta MdI Prihatin. Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat, memberikan pendidikan dan mewujudkan kesedaran kepada orang awam bagi menerangkan kesan dan akibat daripada perintah kebankrapan. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua golongan supaya masalah ini dapat ditangani di peringkat awal lagi. Selain itu, Kerajaan juga melalui Agensi NO SOALAN: 33

Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia telah dan akan terus mengadakan program-program untuk memberi kesedaran tentang pengurusan kewangan termasuklah muflis. Program ini juga melibatkan perancangan kewangan kepada semua golongan supaya dapat menangani masalah pengurusan kewangan di peringkat pra kebankrapan.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Bergerak ke hadapan, Kerajaan akan terus memperkemas dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, terus menyokong perniagaan dan merancakkan ekonomi melalui Belanjawan 2021 yang merupakan pelan jangka sederhana dan akan dibentangkan pada bulan November 2020.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia telah membenarkan sektor kawalan keselamatan untuk mengambil warga negara asing daripada Pakistan untuk menggantikan warga negara asing daripada Nepal.

NO SOALAN: 34

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pada masa sekarang Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya membenarkan pengambilan warganegara Nepal sahaja untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di dalam syarikat kawalan keselamatan bagi menampung keperluan semasa dalam sektor ini. Kerajaan Malaysia masih tidak membenarkan sektor kawalan keselamatan untuk mengambil warga negara asing daripada Pakistan atau mana-mana negara lain untuk menggantikan warganegara Nepal.

Dasar Kementerian untuk membenarkan pengambilan warganegara Nepal sebagai pengawal keselamatan adalah sebagai langkah sementara sahaja. Ini adalah bertujuan untuk dijadikan contoh dan model kepada pengawal keselamatan tempatan dari aspek imej, kualiti kerja, disiplin, setia dan patuh kepada arahan yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih. `NO SOALAN: 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI TARIKH : 15 SEPTEMEBR 2020

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh mana prospek eksport tenaga elektrik hidro Sarawak ke Kalimatan Barat dan peluang atau manfaat yang boleh dijana ekoran cadangan pemindahan Pusat Pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Timur menjelang 2024.

`NO SOALAN: 35

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan pembekalan elektrik di negeri Sarawak adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri termasuklah perkara-perkara berkaitan eksport elektrik ke negara jiran seperti Indonesia dan Darussalam.

2. Eksport tenaga elektrik dari Sarawak ke Kalimatan Barat (KALBAR) telah dimulakan sejak tahun 2016 di bawah kerjasama Brunei- Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP- EAGA). Projek ini melibatkan penyaluran bekalan elektrik dengan kapasiti 200MW daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) kepada Perusahaan Listrik Negara (PLN), syarikat utiliti Indonesia. Ia disambungkan melalui talian berkapasiti 275kV dari Mambong di Sarawak ke Bengkayang di Kalimantan Barat.

3. Cadangan pemindahan Pusat Pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur menjelang 2024 ini dijangka berupaya membuka peluang kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan kapasiti eksport, tertakluk kepada persetujuan Kerajaan Indonesia

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi Minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah terkini mahasiswa OKU di IPT sehingga Disember 2019 serta apakah usaha Kementerian bagi meningkatkan jumlah OKU mendapat pendidikan tertiari. NO SOALAN: 36

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan data sistem MyMOHES, sehingga 31 Disember 2019, terdapat seramai 1,234 orang pelajar OKU atau 0.2 peratus daripada 567,625 enrolmen pelajar di universiti awam. Daripada jumlah tersebut 1,106 atau 89.6 peratus merupakan pelajar warganegara dan 128 atau 10.4 peratus merupakan pelajar bukan warganegara.

Kementerian amat prihatin terhadap keperluan khusus yang diperlukan oleh kelompok pelajar tertentu dan berpegang kepada prinsip inklusiviti pendidikan untuk semua. Justeru sebagai usaha untuk meningkatkan bilangan OKU di peringkat pengajian tertiari, Pelan Tindakan Bagi Meningkatkan Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Kurang Upaya Di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada tahun 2012, sebagai panduan kepada IPTA menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada pelajar OKU. Pelan Tindakan ini seterusnya ditambahbaik melalui Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya Di Institusi Pendidikan Tinggi yang dilancarkan pada 11 Ogos 2019 bagi memastikan kemudahan dan sistem sokongan pendidikan yang berterusan dapat diberikan kepada pelajar-pelajar OKU yang berjaya mendapat tempat di IPT.

Satu sistem berasaskan web yang dinamakan Projek Kerangka Kampus Inklusif Meningkatkan Kemasukan Pelajar OKU ke NO SOALAN: 36

Universiti Awam Malaysia (MyU-OKU) juga sedang dibangunkan oleh kementerian untuk membantu universiti awam melaksanakan penilaian kendiri terhadap ketersediaan setiap universiti awam dalam mewujudkan kampus inklusif bagi memastikan pelajar yang berkeperluan khas tidak terpinggir. Ketersediaan universiti awam dinilai berasaskan instrumen untuk menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas yang meliputi aspek tadbir urus; pengajaran dan pembelajaran; perkhidmatan sokongan dan aksesibiliti; dan ketersambungan persekitaran kampus.

Dalam memastikan pelajar berkeperluan khas tidak terpinggir, 19 universiti awam juga telah menubuhkan Unit Perkhidmatan OKU yang berfungsi sebagai unit perkhidmatan dan sokongan khusus kepada pelajar dan kakitangan berkeperluan khas di universiti berkenaan. Unit Perkhidmatan OKU ini dipertanggungjawabkan secara terus kepada

Naib-naib Canselor di universiti masing-masing.

Kementerian juga menyediakan peluang pendidikan tertiari dalam aliran kemahiran bagi OKU di Politeknik dan Kolej Komuniti. Terdapat lima (5) buah Politeknik yang menyediakan peluang pengajian kepada OKU bagi mendapatkan Sijil Kemahiran sama ada melalui laluan kemasukan biasa atau laluan kemasukan khas. Bagi laluan kemasukan biasa, OKU yang memohon perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala bagi laluan kemasukan khas, OKU hanya perlu menamatkan pembelajaran sehingga Tingkatan Lima. Selain itu, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu bidang tujahan utama di Kolej Komuniti sejak diberikan mandat sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat pada tahun 2004. Terdapat lima (5) buah Kolej Komuniti yang menyediakan peluang pengajian kepada OKU bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Khas. NO SOALAN: 36

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Liew Chin Tong minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk merancakkan semula pembangunan ekonomi di Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Johor selepas krisis COVID-19 dan pelaburan IRDA dalam mencipta peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan yang telah hilang pekerjaan di Singapura.

NO SOALAN: 37

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada Iskandar Malaysia terutamanya kepada sektor pelancongan khususnya dalam industri perhotelan dan taman tema, sektor pendidikan berikutan pengurangan jumlah pelajar antarabangsa yang masuk ke Iskandar Malaysia dan sektor logistik yang turut terjejas dari segi jumlah kargo yang masuk ke Malaysia. Selain itu, isu pengangguran rakyat Malaysia turut berlaku disebabkan pemberhentian kerja oleh majikan di Singapura.

2. Bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dalam negara, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berpandangan bahawa pembukaan pintu masuk negara seperti di Tambak Johor dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) adalah sangat penting bagi meningkatkan pergerakan manusia ke Iskandar Malaysia. Peningkatan pergerakan manusia (people mobility) terutamanya dari Singapura dan negara-negara yang dikategorikan selamat akan membantu pembangunan ekonomi dalam pelbagai sektor terutamanya pelancongan, pendidikan dan logistik. Pembukaan pintu masuk juga membolehkan pelabur asing, pekerja mahir dan separa mahir bukan tempatan serta pelajar antarabangsa dapat memasuki Iskandar Malaysia untuk menjalankan aktiviti ekonomi dalam pelbagai sektor. Buat masa ini pembukaan pintu masuk di Tambak Johor dan LINKEDUA telah NO SOALAN: 37

dilaksanakan secara berperingkat dan inisiatif ini perlu diperluaskan bagi membantu pemulihan ekonomi di Iskandar Malaysia yang terjejas disebabkan COVID-19.

3. Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui IRDA turut merangka beberapa strategi untuk mempergiatkan kegiatan ekonomi di Iskandar Malaysia. Ini termasuklah pemberian bantuan dan sokongan kepada pelabur sedia ada, pemberian insentif kepada pelajar dan pengajar yang melanjutkan pelajaran dan memulakan kerjaya di Educity, Iskandar Malaysia, pemberian insentif khusus kepada sektor yang terjejas serta usaha untuk memudahkan proses pertimbangan kelulusan kepada pelabur. Di samping itu, IRDA juga turut merancang untuk meneroka sektor baharu yang berpotensi seperti pertanian moden bagi mempelbagaikan sumber ekonomi di Iskandar Malaysia.

4. Bagi usaha untuk mengurangkan pengangguran rakyat tempatan disebabkan pemberhentian pekerja oleh majikan di Singapura, Kerajaan secara dasarnya sentiasa berusaha mempelbagaikan program dan inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran dan kemahiran. Kerajaan melalui IRDA dan pelbagai agensi lain yang berkaitan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada individu yang memerlukan untuk meningkatkan kebolehan masing-masing dalam bidang keusahawan dan peningkatan kemahiran. Melalui program keusahawanan dan peningkatan kemahiran ini, individu tersebut akan lebih berupaya dalam meneruskan kehidupan. Selain itu, terdapat juga ruang di mana individu yang terkesan boleh memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan mikro untuk memulakan perusahaan kecil dan sederhana. NO SOALAN: 37

5. Kerajaan percaya bahawa dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah dirancang bukan sahaja akan menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi negara bahkan mampu untuk menangani masalah pengangguran tenaga tempatan di Iskandar Malaysia.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan penekanan dan usaha Kementerian untuk mengekang gejala sosial bawah umur seperti pembuangan bayi dari tingkap atas rumah yang terjadi di , Perak baru-baru ini.

NO SOALAN: 38

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sememangnya memandang serius terhadap gejala sosial yang melibatkan remaja bawah umur dan pembuangan bayi yang berlaku di dalam masyarakat kita. Usaha itu membendung masalah ini bukanlah terletak kepada Kementerian semata-mata tetapi memerlukan komitmen daripada semua pihak termasuk NGO, swasta dan Ibu bapa.

Justeru, Kementerian melalui LPPKN akan terus melaksanakan pelbagai program pencegahan dan intervensi seperti berikut :

(i) Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) Program PEKERTI memberi kemahiran dan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial serta memupuk sikap yang positif serta menghindari daripada tingkah laku yang berisiko. Program ini juga turut menyentuh berkaitan kesan dan akibat hubungan seks dalam kalangan remaja, pembuangan bayi serta undang-undang berkaitan dengannya. Ia turut dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan telah memberi manfaat kepada 293,994 peserta sejak tahun 2011.

NO SOALAN: 38

(ii) Program KafeTEEN Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial juga diterapkan melalui 18 buah Pusat Remaja KafeTEEN di seluruh negara. Dari tahun 2006 sehingga Mac 2020, seramai 687,565 golongan remaja telah mendapat manfaat daripada penganjuran program- program pendidikan dan pembangunan kemahiran diri, 35,458 remaja telah menerima perkhidmatan kesihatan reproduktif dan 13,864 remaja mendapat perkhidmatan kaunseling sosial. Aplikasi mykafeTEEN, pula telah diakses oleh 5,064 remaja pada tahun 2019.

(iii) Program Pendidikan Keibubapaan Kursus pendidikan keibubapaan dan perkahwinan yang mencakupi pelbagai aspek sosial dilaksanakan untuk memberi pengetahuan kepada ahli keluarga mengenai ilmu kekeluargaan. Sepanjang tahun 2006 sehingga 2019 sebanyak 15,965 program pendidikan keibubapaan yang memberi pengetahuan kepada 2,755,719 ahli keluarga.

(iv) Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) Program PEKA dilaksanakan pada sejak 2016 untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa atau penjaga terhadap isu pengabaian, kecuaian, penderaan dan perlindungan kanak- kanak. Sejak tahun 2018 sehingga 2019, seramai 9,640 ahli keluarga telah mendapat manfaat daripada program tersebut.

NO SOALAN: 38

(v) Program Promosi Pengukuhan Nilai Teras Keluarga Sempena program pengukuhan nilai seperti Bulan Keluarga Kebangsaan, Hari Ibu, Hari Bapa dan Bulan Kaunseling, LPPKN mengadakan aktiviti perkongsian ilmu dan panduan kekeluargaan. Melalui program ini seramai 85,726 telah mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kekeluargaan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ ISA AB. AHAMID TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Dato’ Isa Ab. Ahamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan langkah-langkah dan pendekatan baharu JAKOA untuk mengatasi proses pembayaran kewangan yang lambat setiap tahun seperti bayaran tambang bas, elaun Tok Batin, biasiswa IPTA, wang saku dan lain-lain lagi. NO SOALAN: 39

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah cuba mencari kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan langkah- langkah dan pendekatan baharu bagi mengatasi pembayaran lewat berkaitan bayaran tambang pengangkutan, elaun Tok Batin, biasiswa IPTA, wang saku dan lain-lain.

Di antara langkah- langkah dan pendekatan baru yang dilaksanakan oleh pihak JAKOA ialah membuat pembayaran secara electronic fund transfer (EFT) bagi bayaran elaun berkenaan.

Pihak JAKOA juga telah mengadakan perundingan dengan pihak berkepentingan seperti pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi mencari kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan isu kelewatan pembayaran biasiswa kepada pelajar Orang Asli.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB HAJAH SABANI BINTI MAT TARIK : 15 SEPTEMBER 2020

Hajjah Sabani Binti Mat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang negara yang sebenar dan apakah perancangan jangka pendek serta jangka panjang yang diambil oleh Kementerian bagi menangani prestasi ekonomi negara yang tidak baik di bawah Kerajaan yang lalu serta dalam menghadapi COVID-19. NO SOALAN: 40

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berdasarkan pengiraan had statutori, nisbah hutang terkumpul Kerajaan Persekutuan kepada KDNK pada akhir-Jun 2020 adalah 53.2% (akhir-2019: 48.7%), masih di bawah had 55% KDNK yang ditetapkan. Jumlah pinjaman untuk tahun 2020 akan turut mengambil kira tambahan pinjaman bagi membiayai pelaksanaan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi dengan suntikan langsung fiskal berjumlah RM45 bilion, yang diperoleh sepenuhnya menerusi pinjaman domestik.

2. Semua langkah yang telah diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi adalah bersifat one-off agar tidak membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Hal ini adalah penting bagi memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara kekal pada paras terkawal. Selain itu, Kerajaan akan kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal untuk menghadapi krisis luar jangka pada masa hadapan.

3. Sebagai usaha dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara, Kerajaan menggunakan pendekatan strategi 6 fasa atau “6R”, iaitu: NO SOALAN: 40

a. Ketegasan (resolve) dalam mengawal Covid-19 dengan melaksanakan PKP; b. Ketahanan (resilience) melalui pakej Rangsangan ekonomi PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan untuk meningkatkan kemampuan rakyat dan ekonomi; c. Menjana semula (restart) ekonomi secara teratur dan terkawal; d. Melaksanakan strategi pemulihan (recovery) ekonomi; e. Memperkasa (revitalize) ekonomi secara menyeluruh; dan f. Menyusun semula (reform) struktur ekonomi untuk kita melangkah ke era ‘new normal’.

4. Dalam hal ini, Kerajaan telah bertindak proaktif dengan melaksanakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi bernilai RM295 bilion bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dalam menangani krisis COVID-19, meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, membantu perniagaan dan memulihkan semula ekonomi negara. Antara inisiatif yang telah diumumkan termasuklah:

a. Memberi bantuan tunai (Bantuan Prihatin National) secara one- off sehingga RM1,600 kepada golongan isi rumah B40 dan M40 serta individu bujang; b. Memberi kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kadar maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan; c. Memberi bantuan tunai kepada pemandu e-hailing dan pemandu teksi sepenuh masa; NO SOALAN: 40

d. Memperkenalkan Program Subsidi Upah bagi membantu majikan mengekalkan pekerja daripada dibuang dan hilang pendapatan; e. Memberi kemudahan moratorium pinjaman selama enam bulan oleh institusi perbankan dan agensi Kerajaan; f. Menyediakan Geran Khas PRIHATIN sebanyak RM3,000 untuk setiap PKS mikro bagi menampung keperluan aliran tunai perniagaan yang terjejas; g. Memberi insentif cukai bagi merancakkan semula pasaran hartanah dengan memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah dan memberi pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah; h. Memberi pengecualian cukai jualan ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan dan kereta penumpang yang diimport; dan i. Memperuntukkan sebanyak RM4 bilion bagi pelaksanaan projek infrastruktur berskala kecil seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif serta meningkatkan kemudahan pelancongan.

5. Bergerak ke hadapan, Kerajaan akan terus memperkemas dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, terus menyokong perniagaan dan merancakkan ekonomi melalui Belanjawan 2021 yang merupakan pelan jangka sederhana dan akan dibentangkan pada bulan November 2020.

NO SOALAN: 40

6. Selain itu, Fasa ke-6 iaitu Menyusun Semula (Reform) yang merupakan pelan jangka panjang pula, Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021 – 2025 (RMKe-12) yang dijadualkan semula untuk dibentangkan pada awal tahun hadapan sedang dirangka dengan mengadakan libat urus bersama semua pihak berkepentingan bagi memastikan pertumbuhan jangka sederhana adalah berkualiti, inklusif dan mampan. RMKe-12 bermatlamat untuk membolehkan ekonomi dipulihkan sepenuhnya serta memastikan kesejahteraan rakyat dapat ditingkatkan dan kekayaan negara dapat dikongsi bersama.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN IR. MD. NASIR BIN HASHIM TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan harga rumah yang masih tinggi di pasaran. Adakah Kerajaan bercadang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan bandar. NO SOALAN: 41

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan standard pengukuran antarabangsa, harga rumah yang mampu dimiliki rakyat di Malaysia iaitu RM211,428 iaitu pada paras ambang 3.0 iaitu 3 kali ganda pendapatan penengah tahunan (RM5,873 x 12). Namun begitu bagi tahun 2019 harga rumah yang mampu dimiliki rakyat di Malaysia masih tinggi iaitu pada harga RM288,951 (paras 4.1) melebihi paras ambang 3.0 standard pengukuran antarabangsa.

2. Ini adalah disebabkan, penentuan harga rumah adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya adalah lokasi, harga tanah, kos bahan binaan, kos bahan mentah, kos pematuhan seperti caj premium tanah, caj sumbangan utiliti yang dikenakan oleh pembekal perkhidmatan utiliti serta kadar keuntungan yang diambil oleh pemaju.

3. Semua jabatan dan agensi perumahan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan terus menfokuskan penyediaan RMM kepada rakyat terutamanya di kawasan bandar melalui pelaksanaan program dan skim perumahan seperti berikut:

NO SOALAN: 41 i) Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menawarkan rumah kepada pembeli rumah pertama dari golongan B40 berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan dan golongan setinggan; ii) Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang menawarkan insentif RM30,000 bagi pembeli rumah pertama dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan isi rumah di bawah RM10,000 sebulan; iii) Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) yang merupakan program khusus kepada penjawat awam dari kalangan B40 dan M40 untuk memiliki rumah yang lebih rendah dari harga pasaran; iv) Perumahan PR1MA yang menawarkan perumahan kepada golongan B40 dan M40 berpendapatan isi rumah di bawah RM15,000 sebulan untuk memiliki rumah; dan v) Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), di mana individu yang berkelayakan dan memiliki tanah sendiri boleh memohon program Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk membina rumah dengan harga RM75,000 (Semenanjung Malaysia) dengan subsidi Kerajaan berjumlah RM20,000. Manakala baki RM55,000 dibiayai melalui pinjaman yang ditawarkan oleh SPNB dengan bayaran balik ansuran yang lebih rendah. NO SOALAN: 41

vi) KPKT akan terus membina RMM, justeru, pihak Kementerian mengalu-alukan penyediaan tapak yang sesuai di kawasan bandar oleh Kerajaan Negeri.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR NUING JELUING TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Dr Nuing Jeluing minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan mekanisme program subsidi petrol yang akan dilaksanakan dan berapakah jumlah kos tanggungan Kerajaan untuk subsidi ini

NO SOALAN: 42

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

KPDNHEP bersama Kementerian Kewangan pada 9 Julai 2020 telah bersetuju agar bantuan bersasar kepada golongan B40 bagi menampung kenaikan harga petrol RON95 melalui Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan dan cadangan ini akan dimuktamadkan melalui pembentangan Memorandum Jemaah Menteri oleh Kementerian Kewangan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah pelan yang dirangka dalam mengatasi isu kesesakan dalam penjara dan menjadikannya tempat untuk pemulihan dan bukan sebagai tempat menjalani hukuman semata-matanya.

NO SOALAN: 43

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menangani masalah kesesakan penghuni di dalam penjara, Jabatan Penjara Malaysia bukan sahaja mengambil pendekatan pembinaan penjara baru malah beberapa langkah proaktif turut diambil untuk menangani atau mengurangkan masalah tersebut. Di samping itu ada di antara langkah tersebut turut membantu mengembangkan lagi program pemulihan yang dilaksanakan terhadap penghuni. Di antaranya adalah: i. Melaksanakan pemindahan banduan dari penjara sesak ke penjara yang kurang sesak dan mengubahsuai penjara sedia ada bagi meningkatkan kapasiti; ii. Mempergiatkan pelaksanaan Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib dan Program Pemulihan Pemasyarakatan agar lebih ramai banduan terlibat dalam program pemulihan di luar penjara. Sehingga kini program-program tersebut telah melibatkan seramai 59,018 orang banduan menjalani pemulihan di luar penjara.

NO SOALAN: 43 iii. Pada masa kini Sistem Parol telah diperkembangkan melalui program Corporate Smart Internship (CSI), manakala Program Pemulihan Pemasyarakatan telah diperkasakan melalui Program Pemulihan Pemasyarakatan Industri. Kedua-dua program ini membolehkan banduan menjalani latihan pekerjaan dalam sektor perkilangan, perladangan dan perkhidmatan di luar penjara, menikmati insentif gaji yang setaraf dengan pekerja lain, mengurangkan belanja pengurusan serta banduan boleh terus bekerja selepas mereka dibebaskan;

iv. Melalui pindaan Peraturan-Peraturan Penjara 2000, Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) bagi banduan yang dihukum penjara kurang dari 1 tahun akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Dijangkakan pada peringkat awal ini sekitar 3,000 banduan di mana hukumannya di bawah 1 tahun, layak dipertimbangkan bagi Pelepasan Banduan Secara Lesen. v. Meneliti keperluan pindaan perundangan berkaitan cadangan penyahjenayahan kesalahan penyalahgunaan dadah serta dasar pengalihan penyalahgunaan dadah dari hukuman penjara ke program rawatan dan pemulihan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang pada 21 Julai 2020. Satu akta baharu yang dicadangkan bagi menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 sedang diperhalusi. Cadangan pindaan ini mempunyai kaitan dengan statistik banduan sabitan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 berjumlah 4,075 banduan di seluruh penjara di Malaysia; dan

NO SOALAN: 43

vi. Meneliti kesesuaian alternatif lain kepada hukuman pemenjaraan dan pelaksanaan program pemulihan di luar penjara yang boleh dilaksanakan di Malaysia contohnya tahanan rumah (home detention), perintah koreksional (correctional order) dan perintah pengawasan penjara (prison supervision).

Jabatan Penjara Malaysia turut memperkasakan program pemulihan di dalam penjara dalam aspek membina semula masa depan banduan agar mereka insaf, pulih, berkemahiran, mampu berdikari serta tidak mengulangi kesilapan setelah dibebaskan. Antara langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan dalam menjayakan usaha ini adalah: i. Menggalakkan pembelajaran akademik kepada banduan untuk peringkat persekolahan dan pengajian tinggi. Pada masa kini terdapat seramai 2,081 penghuni penjara mengikuti pembelajaran akademik dan 39 daripada mereka adalah di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah; ii. Latihan secara tidak bersijil dan bersijil di bengkel-bengkel perusahan, akaun amanah dan usaha sama. Pada ketika ini terdapat seramai 8,393 penghuni sedang mengkuti latihan kemahiran di 385 bengkel perusahaan, akaun amanah dan usaha sama. Semenjak tahun 2012 hingga Disember 2019, seramai 19,885 penghuni telah didaftarkan untuk mengikuti program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan seramai 15,730 penghuni telah berjaya menerima sijil kemahiran tersebut dengan kerjasama dari Kementerian Sumber Manusia;

NO SOALAN: 43

iii. Latihan kemahiran secara bersijil juga ditawarkan kepada penghuni dalam bentuk latihan pekerjaan dengan beberapa syarikat swasta yang akan mengambil banduan berkenaan untuk bekerja setelah dibebaskan; dan iv. Banduan turut menjalani ujian psikologi, program keagamaan, motivasi, kaunseling dan lain-lain aktiviti berasaskan fasa-fasa pemulihan sepertimana yang ditetapkan oleh Program Pembangunan Insan iaitu program pemulihan yang dibina untuk Jabatan Penjara Malaysia. Peningkatan keberkesanan pemulihan dan latihan mampu mengurangkan kemasukan semula banduan ke penjara selepas mereka dibebaskan.

Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama dengan Agensi kerajaan lain yang berkaitan, sentiasa komited dan bekerjasama dalam memastikan inisiatif-inisiatif dalam menangani masalah kesesakan di penjara ini dilaksanakan. Seterusnya kaedah pemulihan yang lebih bersifat berperikemanusiaan dan bukan sebagai tempat menjalani hukuman semata-mata telah digunapakai oleh Jabatan Penjara yangmana ianya selaras dengan dasar pentadbiran sepertimana prinsip yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020 (SELASA)

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan sama ada Kerajaan telah mengiktiraf (recognize) kepercayaan agama yang diamalkan oleh masyarakat orang asal di Malaysia dan bersetuju memasukkan wakil orang asal di dalam keahlian Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) sebagai mewakili agama tradisi masyarakat orang asal.

NO SOALAN: 44

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

KERAJAAN berhasrat untuk mengekalkan keanggotaan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang kini telah dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) pada 14 Ogos 2020.

Keahlian terdiri daripada wakil-wakil badan agama: • Islam • Buddha • Kristian • Hindu • Sikh • Tao dan; • Bahai

Kerajaan tidak pernah menafikan kewujudan kepercayaan suku adat dan kepercayaan animisme masyarakat orang asal atau Orang Asli yang masih diamalkan di negara ini.

Merujuk kepada Statistik Bilangan Penduduk Orang Asli sehingga Jun 2018 (sumber data.gov.my) adalah seramai 178,189 orang.

NO SOALAN: 44

Antara agama-agama yang dianuti oleh masyarakat Orang Asli;

• Islam • Buddha • Kristian • Hindu dan; • Bahai.

Daripada jumlah keseluruhan masyarakat Orang Asal, seramai 58,047 orang mengamalkan kepercayaan animisme. Manakala agama suku adat sebanyak 14,975 orang, tiada agama sebanyak 42,757 orang dan lain lain sebanyak 2,740 orang.

KEPERCAYAAN ORANG ASAL BILANGAN Animisme 58,047 orang Agama Suku Adat 14,975 orang Tiada agama 42,757 orang Lain lain 2,740 orang

Walau bagaimanapun Kerajaan tidak pernah meminggirkan suara mewakili masyarakat orang asal. Melalui penubuhan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), wakil orang asal telah dilantik untuk berkongsi pandangan dalam usaha penyatuan nasional dari pelbagai sudut serta mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik bagi menangani isu dan cabaran perpaduan dalam mengukuhkan agenda perpaduan nasional

NO SOALAN: 44

Selain itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan agensi di bawah Kementerian Luar Bandar juga bertanggungjawab sepenuhnya menjaga hal ehwal masyarakat Orang Asli termasuk amalan tradisi setiap suku kaum yang wujud di negara ini.

Kementerian Perpaduan Negara terus proaktif memberi perhatian kepada semua kelompok masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, fahaman agama dan kepercayaan adat resam kerana perpaduan adalah tonggak utama kestabilan negara.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PRTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan setakat mana pembalakan di Negeri Kelantan mematuhi piawaian dan undang-undang alam sekitar.

NO SOALAN: 45

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas hasil hutan. Bidang kuasa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, salah satu kriteria utama dalam Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) ialah pengawalan terhadap pembukaan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) untuk pengusahasilan melalui pelaksanaan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan di semua negeri termasuk negeri Kelantan pada setiap Rancangan Malaysia Lima Tahun. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe11), CTT yang ditetapkan untuk negeri Kelantan adalah 27,085 hektar. Bagi tempoh 2016 hingga 2019, seluas 10,861 hektar kawasan hutan telah diusahasilkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan jumlah ini masih mematuhi CTT bagi negeri Kelantan.

3. Pelaksanaan CTT juga merupakan salah satu keperluan utama dalam Pensijilan Pengurusan Hutan. Sejak kebelakangan ini, aspek NO SOALAN: 45

pensijilan kayu merupakan keperluan yang penting di pasaran antarabangsa. Melalui pelaksanaan Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (MC&I) bagi negeri- negeri yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran hasil kayu balak termasuk negeri Kelantan, kayu-kayan negara akan dapat terus diperdagangkan dan diterima di pasaran antarabangsa. Pensijilan MC&I ini merupakan kayu pengukur pelaksanaan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selain turut mencerminkan perlaksanaan pengurusan hutan mampan yang diamalkan di negara kita. Pada masa kini, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah selesai menjalani audit tahap satu dan dijangka akan memperolehi pensijilan MC&I pada tahun 2021.

4. Manakala pembalakan di luar Hutan Simpanan Kekal (HSK) iaitu di kawasan Tanah Kerajaan (TK) dan Tanah Berimilik (TM) dilakukan untuk tujuan pembangunan tanah dan lazimnya dilakukan secara tebang habis bagi maksud pengubahan hutan kepada kegunaan tanah yang lain. Bagi perlesenan pembalakan di kawasan TK dan TM, ianya tertakluk kepada keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Jabatan Perhutanan Negeri akan hanya mengeluarkan lesen pembalakan selepas laporan EIA diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Puan Lim Hui Ying minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai hasrat untuk memperkenalkan peruntukan kepada parti-parti politik yang menerima peratusan sokongan yang besar di dalam sesebuah pilihan raya walaupun tidak menang, seperti mana yang diamalkan di negara-negara lain seperti negara Jerman.

NO SOALAN: 46

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini, SPR tidak mempunyai sebarang mekanisme khusus bagi mewujudkan peruntukan kepada parti parti politik. Walau bagaimanapun, Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang cadangan untuk meneliti perkara tersebut sekiranya bersesuaian dilaksanakan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan rancangan Kerajaan memperkenalkan lebih banyak program mengenai Sarawak di saluran-saluran TV RTM untuk mempromosikan pelancongan, seni dan budaya bagi Sarawak.

NO SOALAN: 47

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, kementerian menerusi Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan menerusi tawaran kandungan yang lebih baik agar setiap dasar dan usaha kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat secara efektif dan efisien serta usaha mempromosi budaya dan adat resam yang pelbagai di negara ini diperhebat daripada semasa ke semasa.

2. Menerusi 5 saluran TV dan 34 stesen radio, RTM telah berusaha menyajikan kandungannya agar seimbang daripada seluruh pelusuk tanah air dan pastinya dapat memenuhi keperluan setiap kumpulan masyarakat, termasuk di Sarawak.

3. Menerusi siaran TV OKEY umpamanya, RTM berusaha memastikan kandungan saluran berkenaan dapat menyuntik semangat perpaduan di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Saluran ini banyak mengetengahkan program kepelbagaian budaya, etnik dan adat resam masyarakat Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak, serta sebagai medium penyampaian berita dan informasi mengenai masyarakat setempat. Malah bahasa dialek tempatan seperti Iban turut digunakan dalam berita di TV Okey agar RTM dapat mendekati rakyat dengan menyampaikan mesej-mesej penting kerajaan. Adalah dimaklumkan, rancangan yang berunsurkan budaya dan NO SOALAN: 47

seni di Sarawak merupakan satu keperluan yang telah ditetapkan saluran TV Okey menerusi perancangan tahunannya. Ia mewakili 10% daripada keseluruhan siaran di saluran berkenaan.

4. Secara keseluruhan, sejak Januari hingga Julai 2020, RTM menerusi 5 saluran TVnya telah menyiarkan rancangan berbentuk pelancongan, seni dan budaya bagi Sarawak berjumlah 316 jam. Ia menerusi rancangan bergenre dokumentari, travelog, Public Service Announcement (PSA), kapsul dan bicarawara. Antara rancangan berkenaan ialah Majalah Colors Of Sarawak, Kenyalang Terbang Tinggi, Raon Di Bumi Kenyalang, Kanvas Sarawak, Sayau Kopusan Borneo dan Jateman, Drama Antara Laut China Selatan, dan Filem Anak Langkau : The Iban Warrior.

5. Selain itu, kementerian juga telah menetapkan sambutan Hari Malaysia bagi tahun 2020 ini diadakan di Sibu, Sarawak. Oleh kerana itu, daerah-daerah di Sarawak juga akan menerima limpahan manfaat daripada penganjuran berkenaan terutama promosi pelancongan, seni dan budaya masyarakat setempat. RTM akan turut mengadakan siaran langsung acara pada hari yang berkenaan iaitu 16 September 2020 di TV1 dan juga lintas langsung di Saluran Berita pada jam 7.30 malam.\

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Muhammad Zahid Bin Md Arip minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah FELCRA bersedia melangkah jauh dengan menubuhkan MRSM FELCRA khususnya untuk generasi baharu FELCRA dan jika bersedia, bolehkah projek ini diumumkan pada pembentangan bajet yang akan datang. NO SOALAN: 48

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pengurusan FELCRA Berhad sehingga kini masih menumpukan kepada teras perniagaan utamanya iaitu dalam bidang perladangan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MARA tiada perancangan untuk pembinaan MRSM khusus yang baharu setakat ini. Ini adalah kerana, terdapat 53 buah MRSM sedia ada di seluruh negara dengan kapasiti pelajar seramai 38,000 dan bermula 2021 - 2024, sejumlah sembilan (9) buah MRSM baharu akan dibuka secara berfasa yang akan turut meningkatkan jumlah MRSM sedia ada kepada 62 buah dengan jumlah kapasiti pelajar seramai 47,700 orang pelajar.

Permohonan kemasukan ke MRSM adalah terbuka kepada semua pelajar dan pemilihan akan dilaksanakan berasaskan kepada dasar dan peraturan yang telah ditetapkan oleh MARA.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED YASSIN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah konkrit yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membanteras isu penyalahgunaan dan memperdagangkan dadah sintetik yang semakin berleluasa di negara kita, terutamanya di Sabah. NO SOALAN: 49

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Dalam Negeri amat memandang serius isu penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara kita. Usaha-usaha yang dilaksanakan merangkumi pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah, program rawatan dan pemulihan dadah dan tindakan penguatkuasaan terhadap penagih serta pengedar dadah. Di negeri Sabah, tindakan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut: i. Program pendidikan pencegahan dadah dilaksanakan dengan tujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada semua golongan masyarakat agar tidak terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Kumpulan sasar program pencegahan ini terdiri daripada institusi pendidikan, tempat kerja dan komuniti. Dari tahun 2019 sehingga Julai 2020, sebanyak 761 program telah dilaksanakan di Sabah, iaitu:

a. 12 program Institusi Keluarga; b. 191 program Institusi Pendidikan termasuk Program Intelek Asuhan Rohani, Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) dan Tomorrow’s Leaders; c. 42 buah program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD); d. 114 buah program bersama komuniti; dan e. 402 ceramah antidadah.

NO SOALAN: 49 ii. Program Rawatan dan Pemulihan juga dilaksanakan dengan memberi fokus terhadap pengekalan kepulihan seseorang penagih dadah dan pengamalan gaya hidup yang berkualiti. Dalam hal ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan di dalam komuniti yang boleh diperolehi di 9 Pejabat AADK Daerah dan 4 Pusat Khidmat AADK di Sabah. Fasiliti-fasiliti ini menyediakan program rawatan dan pemulihan dengan penerapan elemen biopsiko-sosial spiritual dan melaksanakan latihan kerjaya serta peluang penempatan pekerjaan yang bersesuaian. iii. Dari aspek penguatkuasaan terhadap penagih dadah, sebanyak 338 Ops Cegah AADK telah dilaksanakan pada tahun 2019 sehingga Julai 2020. Ops Cegah ini bertujuan mengesan penyalahguna dadah yang ingkar untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, sebanyak 66 Ops Bersepadu, iaitu operasi pengesanan dan penahanan penagih dadah yang diadakan secara bersama di antara AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen Malaysia telah diadakan. Daripada Ops ini, sebanyak 2,208 orang telah disahkan postif dadah, hasil daripada ujian saringan awal yang dijalankan. iv. Selain itu, Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM juga mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan bagi mengesan dan menangkap serta mengambil tindakan undang-undang ke atas individu atau sindiket pengedaran dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Langkah seterusnya yang diambil adalah NO SOALAN: 49

tindakan perlucuthakan harta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 ke atas pengedar-pengedar dadah untuk melumpuhkan aktiviti sesuatu sindiket secara total. v. PDRM turut memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dengan mewujudkan elemen Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) di beberapa buah negeri termasuk Sabah. Penubuhan SNN ini bertujuan untuk meluaskan jaringan kerjasama antara negara jiran seperti Filipina, Indonesia dan Thailand. Mengikut statistik PDRM, pada tahun 2019, jumlah tangkapan di negeri Sabah yang melibatkan dadah sintetik adalah seramai 4,745 orang manakala tangkapan sehingga 31 Julai tahun ini adalah sebanyak 2,296 orang.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISANDEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020,PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ SERI DR. IBRAHIM SHAH BIN ABU SHAH TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan bagi membantu usahawan PKS yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

NO SOALAN: 50

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) komited dalam usaha untuk membantu usahawan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

2. Sebagai langkah memastikan usahawan dapat terus bertahan, MEDAC telah membangunkan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang mengandungi 29 program jangka pendek dan sederhana di bawah enam (6) strategi yang dilaksanakan dalam tempoh bermula Mei 2020 hingga Mei 2021. Strategi-strategi yang dirangka adalah seperti:

i. meningkatkan keyakinan rakyat; ii. memperkasakan keupayaan dan kapasiti; iii. meningkatkan akses dan bantuan pembiayaan; iv. meningkatkan penggunaan teknologi; v. membuka dan memperluaskan pasaran; dan vi. menyampaikan perkhidmatan berkesan.

3. Pelan ini akan memanfaatkan lebih 20,000 penerima yang terdiri daripada usahawan mikro, perusahaan kecil sederhana, usahawan sosial, startup dan koperasi serta melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM372.85 juta.

NO SOALAN: 50

Tuan Yang di-Pertua,

4. MEDAC dan agensi-agensi di bawahnya iaitu TEKUN Nasional, SME Corp., SME Bank, Bank Rakyat, UDA Holding, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Institut Koperasi Malaysia (IKM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melaksanakan beberapa insiatif bagi memastikan usahawan mampu bertahan dalam menghadapi impak COVID-19. 5. Antara insiatif yang diambil dan dilaksanakan oleh MEDAC menerusi agensi-agensi di bawah kementerian adalah:

i. penyediaan pembiayaan kepada usahawan, ii. penjadualan semula pinjaman; iii. penangguhan bayaran balik atau moratorium pinjaman; iv. latihan serta bimbingan keusahawanan secara dalam talian; dan v. pelaksanaan program berimpak tinggi.

6. Inisiatif tersebut merangkumi Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) melalui TEKUN Nasional, Skim Special Relief Facility oleh SME Bank dan Skim BR Care oleh Bank Rakyat. Di bawah program PENJANA pula, beberapa inisiatif telah disediakan seperti pembiayaan TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS) melalui TEKUN Nasional, SME Technology Transformation Fund (STTF) dan Skim SME-Go melalui SME Bank dan pembangunan Portal MyAssist MSME oleh SME Corp.

NO SOALAN: 50

7. Melalui inisiatif-inisiatif ini, Kementerian percaya akan dapat membantu usahawan dalam mendepani impak penularan COVID- 19.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan sejauh mana usaha yang dibuat DBKL dalam memastikan lesen-lesen perniagaan warga tempatan tidak diseleweng untuk kegunaan warga asing serta bagaimana aktiviti pengesanan dan penguatkuasaan lebih tegas DBKL menghapuskan semua peniagaan yang dijalankan oleh warga asing di Ibu Negara Kuala Lumpur.

NO SOALAN: 51

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maklum dengan isu dan permasalahan ke atas penyelewengan lesen perniagaan warga tempatan kepada warga asing dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tindakan penguatkuasaan sememangnya diambil. Antara langkah dan usaha yang dilakukan bagi memastikan penyelewengan ini tidak terus berlaku, DBKL telah menempatkan anggota penguatkuasa pada setiap hari bagi membuat pemantauan dan mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan peruntukan di bawah :-

1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016; 2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016; 3) Undang-Undang Kecil Pelesenan Pasar (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016; 4) Undang-Undang Kecil Pasar Borong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2002.

Bagi perkara ini, jika DBKL mendapati berlakunya pelanggaran ke atas syarat lesen perniagaan seperti premis perniagaan dikendalikan oleh warga asing yang tiada permit kerja sah atau menggajikan warga asing tanpa kebenaran, tindakan Notis Kompaun dikeluarkan kepada pengusaha/ NO SOALAN: 51 pemilik perniagaan dan tindakan tutup premis serta merta akan dilaksanakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator jua, larangan menyerahkan atau memindahkan lesen kepada pihak lain merupakan satu kesalahan. Bagi memastikan tiada perlanggaran syarat atau menyalahgunakan lesen seperti aktiviti sewaan kepada warga asing, pemeriksaan berkala dijalankan oleh DBKL dari semasa ke semasa. Jika didapati pelesen telah melanggar syarat-syarat lesen, tindakan pembatalan lesen akan dibuat ke atas premis berkenaan.

Manakala bagi tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana warga asing yang didapati menjalankan aktiviti perniagaan/ penjajaan tanpa lesen, tindakan sitaan serta merta terhadap pelbagai barangan perniagaan akan dilaksanakan dan semua barangan yang disita tidak boleh dituntut semula oleh warga asing tersebut.

Selanjutnya, DBKL telah mengadakan Operasi ‘TEGAS’ iaitu tindakan bersepadu ke atas warga asing bersama-sama dengan Agensi Kerajaan lain supaya penguatkuasaan yang lebih efektif boleh dilakukan.

Dimaklumkan, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 yang berkuatkuasa bermula 18 Mac 2020, DBKL telah melaksanakan tindakan khas terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing yang tiada permit kerja sah serta didapati beroperasi tanpa kebenaran. Sehingga 20 Ogos 2020, DBKL telah menutup serta merta sejumlah 261 NO SOALAN: 51 premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. DBKL akan terus bekerjasama dengan Agensi Kerajaan yang berkaitan untuk melaksanakan tindakan khas ini dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan membuka peluang kepada usahawan Sabah untuk membangunkan industri Bambu di Sabah khasnya dalam penghasilan benih serta menyediakan program "buy back guarantee" dan apakah industri hiliran yang dibangunkan oleh Kerajaan di kawasan pedalaman Sabah.

NO SOALAN: 52

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan sentiasa membuka peluang kepada semua usahawan untuk terlibat dalam pembangunan industri komoditi seperti industri buluh termasuk usahawan di Sabah. Peluang pembangunan kepada usahawan ini termasuklah bagi pengeluaran benih buluh. Sementara bagi program buy back guarantee, buat masa ini belum lagi dilaksanakan, walau bagaimanapun Kementerian melalui Lembaga Perindustrian Malaysia (MTIB) dalam usaha untuk menarik pelabur-pelabur dari luar dan dalam negara terlibat dalam pembangunan industri pemprosesan buluh. Selari dengan usaha ini, MTIB akan membuat perjanjian dengan syarikat- syarikat pelabur supaya melaksanakan program corporate social responsibility (CSR) dalam bentuk buy back guarantee untuk buluh-buluh yang dihasilkan oleh pekebun-pekebun kecil terlibat.

Buat masa ini, belum ada industri hiliran yang dibangunkan di pedalaman Sabah, namun begitu, beberapa inisaiatif telah dilaksanakan untuk usahawan di Sabah seperti berikut:

1. Penganjuran Seminar berkaitan potensi dan pembangunan industri buluh pada tahun 2019. Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 100 peserta terdiri daripada pemain-pemain industri buluh di Sabah; dan

NO SOALAN: 52

2. Pelaksanaan program-program pembangunan dan latihan industri buluh bagi penyediaan tapak semaian untuk penghasilan anak benih buluh. Program ini juga turut melibatkan pemain industri dan usahawan daripada Sabah. Program dan latihan ini dilaksanakan secara in-situ di ladang dan pusat pemprosesan serta secara praktikal bersama penanam buluh dan pengeluar produk buluh supaya perserta dapat melihat sendiri potensi industri ini.

Selain itu, bagi menggalakan penyertaan usahawan pekebun kecil dalam perladangan buluh, MTIB turut menyediakan insentif berbentuk pinjaman mudah di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) bagi kategori skala kecil iaitu keluasan di antara 4 hektar hingga 40 hektar. Setakat ini, terdapat sebuah syarikat dari Sabah telah memohon peruntukan di bawah program ini dan proses penilaian sedang dilaksanakan.

Kementerian juga telah mengemukakan permohonan projek pembangunan industri buluh melalui Rancangan Malaysia Ke 12 (RMKe- 12). Ia merangkumi penyediaan insentif berbentuk anak pokok buluh dan baja serta kemudahan mesin asas bagi pekebun-pekebun kecil yang berhasrat menceburi industri buluh.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kadar peratusan penembusan rangkaian "fiber optic" di Sabah dan adakah Kerajaan akan meneruskan program National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) di Sabah yang membabitkan 50 kawasan fasa pertama. NO SOALAN: 53

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, kadar penembusan jalur lebar talian tetap di Sabah adalah pada tahap 3.3% setakat suku pertama 2020 iaitu bersamaan 128,100 langganan bagi perkhidmatan ini. Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dan sentiasa memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi. Setakat suku kedua 2020, sebanyak 107,332 sambungan tersedia di bawah inisiatif jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dan sebanyak 48,450 sambungan tersedia di bawah insiatif jalur lebar pinggir bandar (SUBB) dan jalur lebar luar bandar (RBB) di Sabah.

2. Manakala bagi inisiatif penyediaan perkhidmatan liputan jalur lebar mudah alih 3G dan 4G yang telah dirancang sebelum ini di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), sebanyak 50 tapak di Sabah telah pun bermula sejak 15 Februari 2020. Kesemua menara komunikasi baharu ini dijangka siap dan beroperasi secara berperingkat bermula suku pertama 2021.

3. Pada masa yang sama, SKMM juga telah bekerjasama dengan pihak industri dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk membangunkan satu pelan infrastruktur digital yang dikenali sebagai JENDELA (Jalinan Digital Negara) bagi memantapkan kualiti dan liputan perkhidmatan di seluruh negara dengan NO SOALAN: 53

menggunakan pelbagai teknologi. Melalui pelan ini, semua perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dimudahcara oleh pelbagai kementerian dan agensi terbabit termasuklah di peringkat negeri.

Sekian , terima kasih. NO SOALAN: 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Kamarudin bin Abdun minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah status memperkasakan institusi Parlimen sebagai sebuah badan bebas dalam membuat keputusan.

NO SOALAN: 54

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang memperhalusi dan mengkaji dengan teliti hala tuju untuk memperkasakan Parlimen termasuk reformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah program-program yang telah dirancang oleh pihak Kementerian di seluruh negara dalam usaha untuk memulihkan sektor pelancongan dalam negara selepas penularan COVID-19 dan bagaimanakah cara-cara untuk memastikan keberkesanan program tersebut. NO SOALAN: 55

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Di antara program-program yang telah dirancang oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam usaha untuk memulihkan sektor pelancongan dalam negara selepas penularan COVID-19 termasuklah:

i) “Siri Jelajah Semarakkan Pelancongan Domestik” bagi menggalakkan pelancongan dalam negara yang telah dilancarkan pada 13 Jun 2020 oleh Kementerian ini di seluruh negara. Setakat ini, siri promosi ini telah diadakan di negeri Selangor, , Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur, Perlis dan Kedah. Siri promosi akan diteruskan secara berperingkat sehingga hujung tahun yang akan melibatkan pendedahan kepada produk-produk pelancongan baru serta produk warisan seni dan kebudayaan negara;

ii) Pembukaan semula Istana Budaya (IB) pada 17 Julai 2020 bagi merancakkan semula industri seni persembahan secara langsung (live performance);

iii) Menawarkan penggunaan ruang-ruang di premis-premis MOTAC dan agensi-agensi di bawahnya secara percuma untuk NO SOALAN: 55

pementasan atau persembahan oleh penggiat seni seperti dewan auditorium di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di seluruh negara. Inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu penggiat seni terus berkarya malah boleh merancakkan kembali industri pelancongan; iv) Menganjurkan acara-acara persembahan seni dan budaya di seluruh negara. Sehingga kini, terdapat 12 persembahan seni dan budaya yang dijadualkan untuk dipentaskan mulai September hingga Disember 2020, dimulakan dengan persembahan Colours of Malaysia oleh Orkestra Tradisional Malaysia pada 23 September 2020 yang akan datang.

v) Pelancaran “Pakej Istimewa Cuti-Cuti Malaysia Bagi Penjawat Awam” pada 3 September 2020 bagi menggalakkan lagi penjawat awam untuk bercuti dalam negara seterusnya membantu meningkatkan pendapatan operator pelancongan yang turut serta; vi) Pelaksanaan “Siri Jelajah Kempen Pembudayaan Norma Baharu” yang akan dijalankan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memberi pendedahan kepada penggiat industri pelancongan di 6 buah zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Sabah dan Sarawak akan norma-norma baharu yang perlu di amalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP); NO SOALAN: 55

vii) memberikan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan melancong dalam negara sehingga 31 Disember 2021;

viii) bekerjasama dengan persatuan-persatuan berkaitan pelancongan dengan pelaksanaan program webinar berkenaan pelancongan domestik; dan

ix) melaksanakan Familiarization Trip (Fam Trip) bagi kumpulan media, agensi pelancongan, krew-krew penggambaran televisyen, personaliti media sosial tempatan bagi membuat liputan serta penggambaran di lokasi-lokasi pelancongan yang menarik di seluruh negara.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Ismail bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status terkini kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International dan usaha-usaha Kerajaan memastikan gejala rasuah dapat diperangi.

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2019, Malaysia telah berjaya menaikkan skor daripada skor 47 kepada skor 53 berbanding pada tahun 2018 daripada kedudukan ke-61 ke kedudukan ke-51, yang terbaik dalam tempoh 20 tahun. Peningkatan pencapaian negara dalam Indeks Persepsi Rasuah ini membuktikan keseriusan Kerajaan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif-inisiatif Kerajaan berhubung governans, integriti dan anti-rasuah.

Manakala pembanterasan rasuah oleh SPRM sentiasa dipertingkatkan dan diperkemaskan sama ada dalam aspek operasi, pencegahan dan pendidikan. SPRM juga menambahbaik kaedah penyiasatan dalam kes-kes rasuah dan salahgunakuasa di negara ini. Antara lain ialah melaksanakan pengurusan penyiasatan berkesan dalam kes-kes High Profile and Public Interest. Penggunaan kaedah analisa kewangan dan perisikan sedang diperkembangkan lagi kerana jenayah rasuah semakin kompleks.

Sehingga ke hari ini, masyarakat dapat menyaksikan SPRM begitu agresif mengekang rasuah di negara ini. Tindakan ini merangkumi tangkapan dan pendakwaan yang membawa tertuduh ke muka pengadilan. Beberapa kes salahguna kuasa yang menyebabkan ketirisan dalam pengurusan dana rakyat telah disiasat dan dituduh. Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah penyelesaian yang boleh diambil untuk mengatasi jumlah dividen yang diterima oleh peserta Tanam Semula Komersial (TSK) yang terlalu kecil serendah RM 100 sebulan. NO SOALAN: 57

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pada masa ini, purata jumlah dividen bulanan yang telah dibayar kepada peserta program Tanam Semula Komersil (TSK) adalah berjumlah RM 184.39 sehektar.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah dividen TSK yang rendah adalah harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang rendah, kos pembangunan tanah yang tinggi, peningkatan harga input pertanian seperti baja dan racun rumpai, kadar upah tenaga kerja yang meningkat setiap tahun dan kekerapan bencana alam serta serangan perosak dan penyakit. Selain itu, kebanyakkan projek TSK telah berusia lebih daripada 20 tahun dan selayaknya ditanam semula.

Justeru itu, RISDA Plantations Sdn. Bhd. (RPSB) yang merupakan agen pengurusan TSK telah mengambil inisiatif bagi menangani persoalan jumlah dividen yang rendah seperti membuat kawalan kos yang optimum iaitu hanya melaksanakan kerja-kerja pembangunan yang diperlukan sahaja mengikut Amalan Pertanian Baik (GAP). Selain itu, sekiranya harga MSM dapat ditetapkan pada nilai minimum RM2,500 per tan metrik, maka projek TSK akan mempunyai lebihan pendapatan seterusnya dividen yang lebih tinggi boleh dibayar kepada peserta.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Paul Igai minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai orang tempatan khasnya di Sarawak yang masih mempunyai kad pengenalan sementara mengikut daerah dan kaum dan apakah langkah yang diambil untuk penyelesaian masalah ini.

NO SOALAN: 58

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga 17 Ogos 2020, sebanyak 560 orang pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) yang beralamat di negeri Sarawak. Perincian bilangan pemegang MyKAS berkenaan mengikut daerah dan kaum adalah seperti mana berikut:-

Kaum a. Melayu : 13 orang; b. Cina : 10 orang; c. Etnik Sabah : 16 orang; d. Etnik Sarawak : 395 orang; dan e. Lain-Lain Kaum : 126 orang.

42 Daerah dan Kaum

ETNIK ETNIK LAIN- BANDAR MELAYU CINA JUMLAH SABAH SARAWAK LAIN BALINGIAN 0 0 0 3 0 3 BARAM 0 0 0 60 59 119 BAU 0 1 0 4 1 6 BEKENU 0 0 0 2 0 2 NO SOALAN: 58

BELAGA 0 1 0 28 0 29 BETONG 0 0 1 0 0 1 BINTANGOR 0 0 0 1 0 1 BINTULU 2 0 0 14 5 21 ENGKILILI 0 0 0 4 0 4 JULAU 0 0 0 4 0 4 KABONG 1 0 0 0 0 1 KANOWIT 0 0 0 2 0 2 KAPIT 0 0 0 95 3 98 KOTA 0 0 0 1 1 2 SAMARAHAN KUCHING 1 3 0 9 5 18 LAWAS 0 0 1 26 0 27 LIMBANG 1 0 0 1 3 5 LINGGA 0 0 0 1 0 1 LONG LAMA 0 0 0 2 0 2 LUBOK ANTU 0 0 0 19 0 19 LUNDU 0 0 0 3 2 5 MATU 0 0 0 0 1 1 MIRI 2 0 14 38 19 73 MUKAH 0 0 0 3 3 6 NIAH 0 0 0 7 4 11 OYA 0 0 0 0 1 1 PAKAN 0 0 0 6 0 6 PUSA 1 0 0 1 0 2 ROBAN 0 0 0 1 0 1 SARATOK 0 0 0 2 0 2 SARIKEI 0 2 0 6 4 12 NO SOALAN: 58

SEBAUH 0 0 0 5 0 5 SERIAN 0 0 0 14 2 16 SIBU 0 3 0 14 7 24 SIBUTI 1 0 0 2 1 4 SIMUNJAN 2 0 0 4 3 9 SONG 0 0 0 3 0 3 SPAOH 1 0 0 0 0 1 SRI AMAN 1 0 0 5 0 6 SUNDAR 0 0 0 0 1 1 TATAU 0 0 0 3 1 4 TEBEDU 0 0 0 2 0 2 JUMLAH 13 10 16 395 126 560

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MyKAS dikeluarkan kepada individu dengan Sijil Kelahirannya didaftarkan dengan taraf Belum Ditentukan atau maklumat ibubapa tanpa dokumen pengenalan diri. Dalam hal ini, antara langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani isu kewarganegaraan pemegang MyKAS adalah melalui permohonan kewarganegaraan Malaysia sama ada melalui pendaftaran atau penaturalisasian, tertakluk kepada pematuhan syarat dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 [L.N.82/1964] serta perundangan berkaitan yang berkuatkuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen.

Kementerian melalui JPN sentiasa mengambil langkah proaktif dalam memastikan urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri individu yang berkelayakan dapat dilaksanakan dengan mudah di seluruh negara NO SOALAN: 58 termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar melalui inisiatif berterusan iaitu Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang merangkumi Program Pendaftaran Bergerak (Unit Mobile) dan Bas Mobile. Program MEKAR menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah khidmat nasihat berkaitan pendaftaran Kad Pengenalan, Kelahiran dan Kematian.

Sukacita diingatkan bahawa ibu bapa dan penjaga kepada individu yang bertaraf ‘Belum Ditentukan’ atau ‘Bukan Warganegara’ bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan kewarganegaraan, dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal bagi mengelakkan ketiadaan dokumen pengenalan diri, keberadaan tidak sah di Malaysia dan seterusnya disalah anggap sebagai tidak memiliki kewarganegaraan dari mana-mana negara (stateless).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Mohan A/L Thangarasu minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang dirancang untuk diambil oleh Kerajaan dalam membantu meningkatkan kapasiti pelajar- pelajar pengajian tinggi dari latar belakang B40 dan M40 untuk menyambung pengajian secara atas talian dalam usaha membendung pandemik COVID-19.

NO SOALAN: 59

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian mengambil berat dan komited dalam membantu pelajar yang menghadapi kesulitan menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian terutama pelajar-pelajar pengajian tinggi dari latar belakang B40 dan M40.

Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian ialah mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti capaian liputan internet mengikut keberadaan pelajar untuk tujuan pemetaan liputan capaian internet. Selain itu, Kementerian juga telah mengedarkan 871 maklumat lokasi kemudahan pusat internet di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada universiti awam. Kemudahan ini boleh diakses oleh semua pelajar di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak secara percuma. Kementerian juga telah mengalakkan pelajar untuk mengakses Internet melalui Eduroam yang sedia ada di kampus universiti awam yang berdekatan semasa berada di luar kampus.

Bagi membolehkan PdP dijalankan dengan lebih baik dan dapat diakses oleh semua pelajar, pensyarah turut menyediakan bahan pembelajaran yang boleh diakses oleh pelajar melalui beberapa platform dan kaedah seperti Massive Open Online Courses (MOOC), Learning Management System (LMS), YouTube dan sebagainya. Universiti awam juga telah NO SOALAN: 59 mengoptimumkan penggunaan kaedah Open Distance Learning (ODL) sendiri untuk berkongsi bahan pengajaran serta menjalankan PdP dalam talian. Inisiatif untuk menghantar bahan pengajaran secara pos bagi memudahkan pelajar di luar bandar dan yang menghadapi masalah capaian internet turut juga dilaksanakan oleh universiti awam.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TAN SRI RADZI BIN TAN SRI SHEIKH AHMAD TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tan Sri Radzi Bin Tan Sri Sheikh Ahmad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa banyak pusat jagaan anak yatim dan orang tua mengikut negeri yang didaftar di bawah Akta Pusat Jagaan yang mendapat bantuan Kerajaan. Berapa kos makan dan minum seorang anak yatim dan orang tua setiap hari yang ditanggung oleh Kerajaan. Adakah Kerajaan bercadang untuk menambah kos makan minum tersebut memandangkan kos bahan mentah dan kos bahan langsung kian meningkat.

NO SOALAN: 60

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi Bantuan Kewangan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang memberikan perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar JKM iaitu Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Kanak-kanak.

Sehingga bulan Jun 2020, JKM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.54 juta kepada 89 buah pusat jagaan kanak-kanak yang memenuhi syarat kelayakan Jabatan. Senarai pusat jagaan kanak-kanak mengikut negeri adalah seperti berikut:

PSK KANAK-KANAK NEGERI JUMLAH JUMLAH BANTUAN PSK (RM) Perlis 2 160,120.00 Kedah 11 572,400.00 Pulau Pinang 5 150,092.00 Perak 17 814,900.00 Selangor 20 1,613,416.00 Kuala Lumpur 6 229,464.00 Negeri Sembilan 4 245,000.00 Melaka 3 288,584.00 Johor 3 132,000.00 Pahang 4 269,000.00 Terengganu 5 300,000.00 Kelantan 3 287,000.00 Sarawak 3 147,576.00 Sabah 3 334,720.00 JUMLAH 89 5,544,272.00

NO SOALAN: 60

Bagi tempoh yang sama, JKM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.87 juta kepada 22 buat pusat jagaan warga emas. Senarai pusat jagaan kanak-kanak mengikut negeri adalah seperti berikut:

PSK WARGA EMAS NEGERI JUMLAH JUMLAH BANTUAN PSK (RM) Kebangsaan 3 1,786,000.00 Pulau Pinang 3 248,336.00 Perak 2 179,000.00 Selangor 7 329,000.00 Johor 2 100,000.00 Pahang 1 60,000.00 Terengganu 2 157,000.00 Kelantan 2 10,000.00 JUMLAH 22 2,869,336.00

Pada masa ini, di bawah peruntukan JKM, bantuan yang disalurkan masih sebanyak RM8.00 sehari bagi kos perbelanjaan dan penyediaan makan dan minum kepada penghuni di pusat jagaan. Sebagai menyokong usaha Kerajaan, PSK wajar mengambil inisiatif untuk mendapatkan dana lain bagi menampung kos tambahan makan minum penghuni mengikut keperluan.

Pengiraan bantuan kewangan yang disalurkan juga mengambil kira prestasi kewangan semasa PSK tersebut. Ini adalah selaras dengan prinsip kebajikan tanggungjawab bersama melalui kerjasama strategik antara kerajaan dan PSK.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:

(a) mengenai berapakah jumlah hospital-hospital yang telah dibaik pulih dan juga pembinaan baru, apakah perkembangan terkini berkenaan hospital-hospital ini; dan

(b) setelah negara dilanda COVID-19, dan belum ada penemuan vaksin, adakah ada perancangan Kerajaan untuk menubuhkan hospital khas bagi pesakit COVID-19.

NO SOALAN: 61

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa berusaha menambahbaik capaian sistem perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

2. Sepanjang Rancangan Malaysia ke-11, sebanyak 14 buah hospital telah siap dibaik pulih, manakala sebanyak 31 buah hospital lagi kini sedang dibaik pulih.

3. Selain itu, dua (2) buah hospital baharu telah siap dibina iaitu Hospital Kuala Krai pada tahun 2018 dan Hospital Rembau pada tahun 2019. Manakala, terdapat sembilan (9) buah hospital baharu masih dalam pembinaan iaitu:

i. Hospital Tanjung Karang, Selangor; ii. Hospital Bachok, Kelantan; iii. Hospital Dungun, Terengganu; iv. Hospital Sri Aman, Sarawak; v. Hospital Parit Buntar, Perak; vi. Hospital Pendang, Kedah; vii. Hospital Kemaman, Terengganu; viii. Hospital Lawas, Sarawak; dan ix. Hospital Bera, Pahang.

NO SOALAN: 61

4. Sementara itu, terdapat tiga (3) buah hospital baharu masih dalam Fasa Pra Pelaksanaan melibatkan aktiviti perancangan, reka bentuk dan perolehan iaitu :

i. Hospital Pasir Gudang, Johor; ii. Hospital Seri Iskandar, Perak; dan iii. Hospital Petra Jaya, Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Pada masa ini, sebanyak 38 hospital daripada 146 buah hospital KKM dan 1 hospital pengajar telah dikenalpasti sebagai hospital hibrid COVID-19, di mana perawatan pesakit COVID-19 serta pesakit bukan COVID-19 diberikan. Jumlah katil yang dikhaskan kepada pesakit COVID-19 di dalam 39 hospital ini ialah sebanyak 2,387 katil.

6. Di samping itu, sebanyak 15 fasiliti luar selain hospital COVID-19 seperti Institut Latihan KKM, Pusat Belia dan Sukan, asrama jururawat dan sebagainya juga telah dikenalpasti untuk menempatkan pesakit COVID-19 dan PUI yang stabil. Fasiliti-fasiliti ini menyumbang sebanyak 1,349 katil.

7. Sehingga kini, kadar penggunaan katil di kesemua hospital dan fasiliti bukan hospital yang merawat pesakit COVID-19 adalah masih rendah iaitu sebanyak 7%.

8. Kerajaan turut telah membina Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS, Serdang yang telah NO SOALAN: 61

beroperasi bermula 16 April 2020 hingga 15 Julai 2020. Ia telah dibangunkan dalam jangkamasa 3 hari sahaja dengan kapasiti maksimum 1,104 katil. Pusat ini telah berjaya merawat seramai 1,362 pesakit dalam tempoh tersebut.

9. Justeru, KKM tiada perancangan bagi pembinaan sebuah hospital khas untuk perawatan pesakit COVID-19 pada masa ini memandangkan jumlah katil COVID-19 sedia ada masih mampu menampung jumlah kes pada masa ini.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan usaha yang dilakukan pihak Kementerian dalam memastikan setiap bantuan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi PENJANA sampai kepada kelompok dan individu yang sepatutnya secara lebih efektif dan efisyen. NO SOALAN: 62

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sebagai langkah memulihkan ekonomi yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19, Kerajaan telah memperkenalkan:

i. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion pada 27 Mac 2020 bagi merangsang ekonomi, membantu rakyat dan menggalakkan aktiviti ekonomi domestik;

ii. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat tambahan (PRIHATIN TAMBAHAN) pada 6 April 2020 bernilai RM10 bilion bagi menyokong kelangsungan perniagaan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); dan iii. Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun 2020 bernilai RM35 bilion yang bertujuan untuk memulihkan dan menjana semula ekonomi negara dalam jangka masa pendek.

Kesemua pakej-pakej ini keseluruhannya bernilai RM295 bilion dan merangkumi lebih daripada 80 initiatif yang berteraskan rakyat, perniagaan dan ekonomi. Initiatif ini dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian, Agensi dan pihak swasta, dan sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

NO SOALAN: 62

Dalam memastikan kesemua inisiatif di bawah PRIHATIN dan PENJANA sampai kepada individu dan kelompok sasar secara efektif dan berkesan, ia akan dipantau rapat oleh Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), Kementerian Kewangan bagi memastikan pelaksanaannya dibuat secara cekap dan berkesan serta bantuan sampai kepada golongan telah disasarkan dengan sepenuhnya.

Pihak LAKSANA juga akan dari masa ke semasa membuat penilaian kepada inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuk menilai kaedah pelaksanaannya serta mencadangkan langkah-langkah intervensi atau penambahnaikan. Sekiranya perlu, pihak Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk meningkatkan peruntukan bagi membantu golongan sasar terlibat tertakluk kepada kedudukan Kewangan Kerajaan.

Kementerian Kewangan turut membangunkan laman sesawang khusus bagi PENJANA di www.penjana.treasury.gov.my bagi membolehkan masyarakat umum mendapatkan maklumat mutakhir berkaitan inisiatif- inisiatif yang ada di bawah PRIHATIN dan PENJANA. Selain itu, rakyat juga boleh menghubungi talian hotline PENJANA di 03-88824666 bagi pertanyaan berkaitan pakej rangsangan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Razali bin Idris minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penjawat awam OKU yang telah diberi kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam dan jumlah penjawat awam OKU yang masih statik (tiada pergerakan dalam mana-mana gred pangkat).

NO SOALAN: 63

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap pegawai awam yang layak sememangnya sentiasa diberi ruang dan peluang kenaikan pangkat untuk mengisi jawatan di pelbagai peringkat selaras dengan peruntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 - Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam. Peraturan ini juga terpakai kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Proses pemilihan adalah berdasarkan merit, prestasi, kelayakan, kompetensi, daya kepimpinan, integriti dan kesesuaian penerimaan di peringkat Kementerian atau Jabatan. Ini adalah bagi memastikan pegawai yang mengisi jawatan-jawatan berkenaan adalah terdiri daripada pegawai yang kompeten dan berkebolehan.

Seramai 2,122 pegawai daripada 3,598 pegawai OKU, iaitu 58.97% telah menerima kenaikan pangkat berdasarkan kekosongan jawatan dan memenuhi kriteria kenaikan pangkat. Pecahannya mengikut kumpulan adalah seperti beriut:

Kumpulan Dinaik Pangkat Pengurusan Tertinggi 5 Pengurusan & Profesional 884 Pelaksana 1,233 JUMLAH KESELURUHAN 2,122

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 64

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan bekalan pekerja asing di dalam negara mencukupi semasa tempoh penularan COVID-19 dan adakah Kementerian merancang untuk membenarkan kemasukan pekerja asing untuk memenuhi permintaan sektor-sektor tertentu tanpa kompromi aspek kesihatan pada tempoh pandemik ini.

NO SOALAN: 64

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan pada masa ini telah membekukan pengambilan pekerja asing baharu mengambil kira penularan wabak pandemik COVID-19 serta impak pandemik tersebut kepada pasaran pekerjaan negara. Tempoh ini akan digunakan oleh Kementerian ini untuk mengambil pendekatan “all out” bagi memastikan pencari kerja warganegara diserapkan dalam pasaran pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran dan menjamin kelangsungan hidup rakyat.

2. Bagi membantu industri yang memerlukan khidmat pekerja asing sedia ada yang terkesan akibat pandemik ini, Kerajaan bermula 10 Jun 2020 telah menjalankan program pertukaran majikan bagi membolehkan majikan yang tidak dapat meneruskan penggajian pekerja asing mereka supaya menyerahkan pekerja-pekerja tersebut kepada majikan baharu. Proses ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta hanya untuk sektor pekerjaan yang sama.

3. Berhubung dengan rancangan untuk membenarkan kemasukan pekerja asing untuk memenuhi permintaan sektor-sektor tertentu tanpa kompromi aspek kesihatan, sebarang keputusan berhubung perkara tersebut akan dibuat tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan berhubung status dan impak COVID-19.

NO SOALAN: 64

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Dato’ Raja Kamarul Bahrin bin Raja Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kriteria untuk SPRM membuka semula kes lama atau kes yang telah ditutup oleh SPRM setelah menerima aduan dari orang awam.

NO SOALAN: 65

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai sebuah badan bebas dalam menjalankan penyiasatan terhadap kes-kes rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan, SPRM akan membuka semula kertas siasatan sekiranya terdapat fresh evidence di dalam kes tersebut. Berdasarkan bukti-bukti baru ini, siasatan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional mengikut lunas undang-undang.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPATBELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah kelahiran hidup di Negeri Sabah pada tempoh-tempoh berikut, 1963- 1970, 1971-1980, 1981-1990, 1991-2000 dan 2001-2020.

NO SOALAN: 66

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Selaras dengan peruntukan dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sabah Cap. 123) 1948 bagi negeri Sabah, dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sarawak Cap.10) 1951 bagi negeri Sarawak, kelahiran setiap individu di Malaysia sama ada bertaraf warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara, hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana individu itu dilahirkan dengan butir-butir kelahirannya.

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 1963 hingga tahun 2020, sebanyak 2,559,693 kelahiran hidup yang didaftarkan di negeri Sabah. Perincian jumlah kelahiran berkenaan mengikut tahun adalah seperti mana berikut:- a. Tahun 1963 hingga tahun 1970: 92,742 orang; b. Tahun 1971 hingga tahun 1980: 216,072 orang; c. Tahun 1981 hingga tahun 1990: 502,586 orang; d. Tahun 1991 hingga tahun 2000: 636,121 orang; dan e. Tahun 2001 hingga tahun 2020: 1,112,172 orang.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Tuan Adrian Banie Lasimbang minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Perikatan Nasional akan membentangkan semula usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi utama penubuhan Persekutuan Malaysia.

NO SOALAN: 67

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, satu kertas kabinet akan diangkat kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat bagi mencadangkan supaya satu jawatankuasa kerja ditubuhkan bagi membincangkan mengenai hala tuju pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, di bawah pentadbiran Kerajaan sebelum ini, masih belum terdapat sebarang draf Rang Undang-Undang berkenaan Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Oleh yang demikian Kerajaan memerlukan sedikit masa bagi menggerakkan semula perbincangan mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 68

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Datuk John Ambrose minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah Kementerian ingin membantu golongan graduan untuk terlibat dalam pertanian moden seperti tanaman fertigasi, nanoteknologi dan kaedah moden yang lain seperti hidroponik. Dengan cara ini, sekaligus membantu golongan pelajar mendapatkan pendapatan dan membekalkan bekalan makanan kepada masyarakat setempat

NO SOALAN: 68

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa peka dan bersedia untuk membantu golongan graduan melibatkan diri dalam sektor agromakanan. Pelbagai inisiatif dan program telah disediakan untuk memperkasa golongan graduan di dalam pertanian moden seperti tanaman fertigasi, nanoteknologi dan hidroponik. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian antara lain telah mengambil inisiatif-inisiatif berikut:

1) Perluasan skop Program Agropreneur Muda di bawah bidang tanaman meliputi sistem fertigasi, tanaman hidroponik, akuaponik dan penggunaan agroteknologi. Pada tahun 2016 hingga 2020, seramai 954 orang belia telah mendapat kelulusan Geran Agropreneur Muda bagi menjalankan projek-projek fertigasi berjumlah RM 17.4 juta. Manakala bagi projek-projek hidroponik dan akuaponik, Kementerian telah meluluskan perluasan skop tersebut mulai Jun 2020.

Bagi pencapaian keseluruhan dari tahun 2016 sehingga Ogos 2020, seramai 6,349 orang peserta agropreneur muda dari seluruh negara telah mendapat manfaat daripada Geran Agropreneur Muda yang melibatkan peruntukan RM111.02 juta. Jumlah pembiayaan khas agropreneur muda (pinjaman) pula adalah seramai 58 usahawan berjumlah RM3.9 juta dari tahun 2017 hingga Ogos 2020.

NO SOALAN: 68

2) Kementerian juga telah melaksanakan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) di bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Program PLKPK yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) ini menawarkan pembelajaran di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang merangkumi sembilan (9) bidang. Antaranya tanaman, ruminan, akuakultur, teknologi penangkapan ikan dan pemasaran.

Dari tahun 1969 sehingga tahun 2019, seramai 19,565 orang graduan telah berjaya dilahirkan. Penggunaan teknologi moden dalam pertanian merupakan di antara silibus pembelajaran yang digunapakai dalam PLKPK seperti tanaman cili fertigasi, hidroponik, penggunaan simulasi elektronik dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan badan yang bertanggungjawab menggubal dan memantau sukatan pelajaran dan sistem pendidikan di institusi kebajikan yang melibatkan penempatan kanak-kanak seperti rumah kanak-kanak dan lain-lain.

NO SOALAN: 69

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Semua kanak-kanak di Malaysia wajib mendapat pendidikan sewajarnya. Hal ini seiring dengan kehendak Konvensyen Mengenai Hak Kanak- Kanak (CRC) yang telah ditandatangani oleh Malaysia pada 28 Disember 1994 dan telah diguna pakai pada 7 Februari 1995. Berdasarkan konvensyen ini, empat (4) hak dan keperluan kanak-kanak yang mesti dipenuhi adalah Kelangsungan Hidup, Perlindungan, Perkembangan dan Penyertaan. Bagi kanak-kanak yang ditempatkan di institusi kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mereka juga diberi hak dan peluang untuk mendapat pendidikan sama seperti kanak-kanak di luar sana.

JKM mempunyai 36 buah institusi kanak-kanak meliputi Rumah Kanak- kanak, Sekolah Tunas Bakti, Asrama Akhlak dan Taman Seri Puteri. Pendidikan adalah salah satu daripada perkhidmatan yang disediakan kepada kanak-kanak yang ditempatkan di institusi memandangkan ia adalah elemen penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan bagi kanak-kanak. Pendidikan yang disediakan adalah terdiri daripada pendidikan formal dan pendidikan bukan formal.

Bagi kanak-kanak yang ditempatkan di institusi kanak-kanak JKM, mereka mengikuti pendidikan formal di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kurikulum standard yang diguna pakai oleh KPM adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah NO SOALAN: 69

(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kanak- kanak ini dihantar ke sekolah luar yang berdekatan dengan institusi, secara harian menggunakan kenderaan institusi.

Pendidikan formal di institusi kanak-kanak juga meliputi Latihan Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET) pelbagai bidang seperti elektrik, kimpalan, jahitan dan masakan. Sukatan pelajaran bagi bidang TVET ini pula mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Bagi persijilan GIATMARA pula, sukatan pelajaran adalah berdasarkan kepada modul yang ditetapkan oleh GIATMARA.

Di samping itu, JKM turut menjalinkan kerjasama bersama agensi lain seperti Yayasan Peneraju Bumiputera bagi program galakan pembelajaran dan GIATMARA serta Akademi Binaan Malaysia di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi program latihan TVET.

Pendidikan bukan formal adalah pendidikan yang dilaksanakan dalam institusi merangkumi pendidikan am seperti pengurusan rumah tangga, pembangunan diri, komunikasi dan kebudayaan, pendidikan sosial seperti kesihatan, kemasyarakatan, keusahawanan dan etika serta pendidikan rohani seperti agama, moral dan sivik. Sukatan pelajaran bagi pendidikan bukan formal ini disediakan oleh JKM dengan kerjasama beberapa agensi lain sebagai contoh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam pembangunan Modul Pemerkasaan Rohani bagi Kanak- kanak Institusi JKM. Terkini, JKM sedang dalam proses pembangunan NO SOALAN: 69 bagi Modul Pemulihan Dadah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Aktiviti pendidikan ini dilaksanakan oleh kakitangan institusi atau dengan kerjasama agensi kerajaan serta badan korporat. Ini bagi memastikan pendidikan tersebut kekal relevan dan mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan CRC.

Sekian, terima kasih.