15 September No Soalan: 1

15 September No Soalan: 1

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020 HARI SELASA : 15 SEPTEMBER NO SOALAN: 1 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020 Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah proaktif diambil Kerajaan dalam pembangunan mampan sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu bagi mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal yang meningkat saban tahun. NO SOALAN: 1 JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, 1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bersih dan mempunyai pengurusan sisa pepejal yang mampan, pembangunan ekonomi juga perlu seiring dengan kelestarian alam sekitar. Antara langkah proaktif yang telah diambil oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam pengurusan sisa pepejal yang mampan selaras dengan Kluster 3 di bawah Dasar Kebersihan Negara iaitu ekonomi kitaran adalah melalui perkara-perkara berikut: (i) Menggalakkan pelaksanaan pengasingan sisa di punca (separation at source – SAS); dan Kementerian telah melaksanakan program pengasingan sisa di punca (separation at source – SAS) bagi sisa pepejal isi rumah sejak 1 September 2015 yang melibatkan komuniti isi rumah dan orang awam. Pelaksanaan SAS turut diperluaskan kepada sektor komersial, perindustrian, keinstitusian dan pembinaan bermula pada tahun 2018. (ii) Menggalakkan amalan kitar semula. Pada masa kini, Kadar Kitar Semula Kebangsaan telahpun mencapai 30.67% dan KPKT telah menetapkan sasaran Kadar NO SOALAN: 1 Kitar Semula Kebangsaan sebanyak 40% pada tahun 2025. KPKT telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk menggalakkan amalan kitar semula bagi mengurangkan jumlah sisa seperti melaksanakan Program Komuniti Sifar Sisa (ZeComm) di Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih. 2. Selain itu, sebagai langkah perancangan untuk jangka masa panjang, KPKT sedang melaksanakan kajian Extended Producer Responsibility (EPR) untuk meneliti mekanisme terbaik bagi pelaksanaan EPR di seluruh Malaysia. Pelaksanaan EPR di Malaysia kelak dijangka dapat mengoptimumkan kos pengurusan sisa pepejal melalui perkongsian tanggungjawab bersama pengeluar produk terhadap sisa pepejal yang dijana sekaligus mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung Kerajaan. 3. Di samping itu, KPKT juga sedang menyediakan Garis Panduan Pembangunan Waste Eco Park (Integrated) yang akan menjadi rujukan agensi dan pihak yang berkenaan untuk membangunkan waste park. Pembangunan waste park secara berpusat akan menambah baik pengurusan aktiviti kitar semula dengan menyediakan fasiliti lengkap dalam satu kawasan untuk memudahkan kawalan dan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. 4. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh KPKT ini adalah sebagai langkah untuk mengurangkan penjanaan sisa dan ianya akan dapat membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan seterusnya meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan NO SOALAN: 1 sedia ada. Keadaan ini akan dapat mengurangkan kos pengendalian dan pelupusan sisa pepejal yang ditanggung oleh Kerajaan. Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 2 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020 Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan berapakah jumlah lesen pengedar tepung, gula, gas dan minyak masak yang telah dikeluarkan oleh Kementerian dan berapa banyak lesen yang telah dibatalkan terutamanya di Negeri Perlis. NO SOALAN: 2 JAWAPAN Tuan Yang di Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Di bawah Seksyen 7, Akta Kawalan Bekalan 1961, urusniaga barang- barang kawalan berjadual memerlukan lesen barang kawalan berjadual, (Lesen CSA) yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia iaitu Ketua Setiausaha KPDNHEP. Ia bertujuan untuk menjamin bekalan domestik yang stabil, dan sebagai mekanisme pemantauan serta pengumpulan data barang kawalan. Bagi tahun 2020, lesen borong CSA di negeri Perlis yang masih aktif bagi produk tepung gandum, gula, gas LPG dan minyak masak adalah seperti berikut; Tepung gandum; 10 Gula; 7 Gas LPG; 5 Minyak masak; 12 Setakat ini tiada sebarang lesen CSA bagi syarikat di negeri Perlis yang dibatalkan atas tindakan kes. Walau bagaimanapun, Kementerian sentiasa menjalankan penguatkuasaan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemain industri mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta bekalan barang kawalan berjadual stabil dalam pasaran. NO SOALAN: 2 Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 3 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020 Tuan Haji Idris Bin Ahmad minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik dan data berkaitan pengangguran di kalangan siswazah yang memiliki ijazah pertama sejak tahun 2015 hingga Julai 2020. NO SOALAN: 3 JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 1. Berdasarkan Statistik Siswazah 2019, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengklasifikasikan siswazah adalah merujuk kepada individu memiliki sijil tertinggi daripada universiti, kolej, politeknik, badan yang diiktiraf atau setaraf, dengan tempoh pengajian sekurang- kurangnya dua tahun iaitu diploma dan ke atas. 2. Kerajaan telah mengenalpasti punca atau sebab graduan gagal mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian. Antaranya ialah a) kelulusan atau CGPA yang rendah menyebabkan majikan kurang minat mengajikan mereka, b) ketidak sepadanan antara bidang pengajian dengan keperluan pasaran kerja, c) kegagalan siswazah mendapat maklumat tentang kekosongan jawatan; d) memohon kerja berdasarkan lokasi tertentu yang menyebabkan mismatch antara bidang pengajian dan kekosongan jawatan; dan e) memiliki soft-skills atau insaniah yang rendah. 3. Untuk makluman ahli dewan yang mulia ini, berdasarkan Laporan Statistik Siswazah 2016, pengangguran siswazah pada 2016 adalah seramai 145,800 orang atau pada kadar 4.0%. Manakala bagi tahun NO SOALAN: 3 2017, pengangguran siswazah adalah seramai 154,500 orang atau pada kadar 4.0%. 4. Selanjutnya bagi tahun 2018, jumlah pengangguran siswazah adalah seramai 161,300 orang atau pada kadar 3.9% dan jumlah pengangguran siswazah bagi tahun 2019 adalah sebanyak 170,300 orang atau pada kadar 3.9%. 5. Dalam pada itu, sebagai langkah mengatasi masalah penggangguran, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional (JKPN) pada 5 Jun 2020 oleh YAB Perdana Menteri yang berperanan untuk membincangkan long-term reform initiatives memandangkan terdapat isu-isu pasaran pekerjaan yang bersifat structural seperti mismatch dan sebagainya. 6. Jawatankuasa ini akan menjadi medium bagi memastikan hasrat Kerajaan membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif pasaran pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 4 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020 Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh mana pencapaian pelatih-pelatih lepasan skim PROTÉGÉ dalam keboleh pasaran di dalam industri semenjak ia dilancarkan. NO SOALAN: 4 JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 1. Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan antara instrumen penting Kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang telah dijenamakan semula dan ditambah baik sejak September 2019 melalui Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). 2. Dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui PROTÉGÉ telah melaksanakan program PROTÉGÉ-Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW) bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), syarikat-syarikat penerima Perolehan Kerajaan di bawah arahan Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan (PP/PK1.2), institusi kewangan melalui kerjasama Bank Negara Malaysia dan Financial Industry Collective Outreach (FINCO) serta syarikat-syarikat swasta. 3. PROTÉGÉ-RTW melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama industri bagi tempoh 8 hingga 12 bulan untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran para graduan mendapatkan peluang pekerjaan. Seramai 6,248 graduan telah berjaya menerima manfaat daripada program PROTÉGÉ-RTW dan angka ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Daripada jumlah tersebut, NO SOALAN: 4 seramai 1,043 graduan telah berjaya diserap oleh syarikat atau mendapat pekerjaan selepas tamat menjalani program. Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 5 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ ISA BIN AB HAMID TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020 Dato’ Isa Bin Ab Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah dan projek serta bajet yang disalurkan oleh RISDA dalam Pembangunan Usahawan Desa Orang Asli untuk tahun 2018-2020. NO SOALAN: 5 JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Yang Berhormat Senator, RISDA telah melaksanakan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bertujuan untuk menggalakkan pekebun kecil dan ahli isirumah menceburi bidang keusahawanan di samping menambah pendapatan isirumah yang bergantung kepada

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    224 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us