<0125707>F7100
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MODEL: F7100 MALAY ENGLISH ISSUE 1.0 P/N : MMBB0125707 PRINTED IN KOREA BUKU PANDUAN PENGGUNA Telefon GPRS & MMS BUKU PANDUAN PENGGUNA MODEL: F7100 Sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum mengendalikan telefon bimbit anda. Simpan ia untuk rujukan masa depan. T•E•L•E•F•O•N•G•P•R•S•&•M•M•S MALAY Telefon GPRS & MMS BUKU PANDUAN PENGGUNA MODEL: F7100 Sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum mengendalikan telefon bimbit anda. Simpan ia untuk rujukan masa depan. MALAY 1 1 Pendahuluan Tahniah atas pembelian telefon selular F7100 yang maju dan padat, yang direka bentuk untuk beroperasi dengan teknologi komunikasi bergerak digital yang terkini. Panduan pengguna ini mengandungi maklumat penting mengenai penggunaan dan pengendalian telefon ini. Sila baca semua maklumat dengan teliti untuk prestasi optimum dan untuk mencegah sebarang kerosakan atau penyalah gunaan telefon ini. Sebarang perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan dengan nyata di dalam panduan pengguna ini boleh mentaksahkan waranti bagi alat ini. Untuk Keselamatan Anda Amaran Telefon Bimbit mesti dimatikan Jangan pegang telefon di sepanjang masa di dalam dalam tangan anda semasa pesawat. memandu. Jangan gunakan telefon anda Untuk keselamatan anda, berdekatan dengan stesen gunakan HANYA bateri dan minyak, depot bahan bakar, pengecas yang ditentukan loji kimia atau operasi TULEN. peletupan. Jangan pegang telefon dengan Simpan telefon di tempat yang tangan yang basah semasa ia selamat jauh dari capaian dicas. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak. Ini termasuk kejutan elektrik atau kerosakan bahagian-bahagiannya yang yang serius pada telefon anda. kecil yang boleh menimbulkan bahaya tercekik jika dipisahkan. MALAY 3 Untuk Keselamatan Anda Awas Matikan telefon di sebarang Panggilan kecemasan mungkin tempat di mana peraturan khas tidak terdapat di bawah semua menghendakinya. Misalnya, rangkaian. Oleh itu, anda tidak jangan gunakan telefon anda di harus bergantung semata-mata hospital kerana ia boleh pada telefon ini untuk panggilan menjejas peralatan perubatan kecemasan. yang peka. Gunakan hanya aksesori Semua pemancar radio TULEN bagi mengelakkan mempunyai risiko gangguan kerosakan pada telefon anda. jika berdekatan dengan barangan elektronik. Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dan sebagainya. Bateri harus dibuang menurut Jangan buka bahagian- undang-undang yang bahagian telefon atau bateri. berkaitan. MALAY 4 Garis panduan untuk penggunaan yang selamat dan cekap Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin merbahaya atau menyalahi undang-undang. Maklumat terperinci lanjut diberi di dalam buku panduan ini. Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio Maklumat pendedahan gelombang radio dan Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate, SAR) Telefon bimbit model F7100 telah direka bentuk supaya mematuhi keperluan keselamatan yang berkenaan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang bertujuan memastikan keselamatan ini bagi semua orang, tidak kira umur dan kesihatan. • Garis panduan pendedahan gelombang radio menggunakan unit pengukuran yang disebut Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate), atau SAR. Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah berpiawai dengan telefon memancar pada aras kuasa tertinggi yang diiktiraf dalam semua jalur frekuensi yang digunakan. • Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara paras SAR bagi pelbagai model telefon LG, semua model ini direka bentuk agar mematuhi garis panduan yang relevan bagi pendedahan kepada gelombang radio. • Had SAR yang disarankan oleh Suruhanjaya Perlindungan Sinaran Bukan Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation Protection, ICNIRP) antarabangsa, iaitu 2W/kg dipuratakan pada sepuluh (10) gram tisu. • Nilai tertinggi SAR bagi telefon model ini yang diuji oleh DASY4 untuk penggunaan pada telinga ialah 0.0319 W/kg (10g). • Maklumat data SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah menerima had SAR yang disarankan oleh Institusi Jurutera Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan pada satu (1) gram MALAY tisu. 5 Garis panduan Penjagaan dan penyenggaraan produk Amaran: Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk digunakan khususnya bersama model telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti bagi telefon ini, dan mungkin merbahaya. • Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang berkelayakan apabila kerja pembaikan diperlukan. • Jauhkan dari alat elektrik seperti TV, radio atau komputer peribadi. • Unit ini harus dijauhkan dari sumber haba seperti penyinar atau alat memasak. • Jangan jatuhkan ia. • Jangan dedahkan unit ini kepada getaran atau kejutan mekanikal. • Salut telefon boleh rosak jika ditutup dengan balutan atau pembalut vinil. • Jangan gunakan bahan kimia yang keras (seperti alkohol, benzena, pencair, dll.) atau bahan pencuci untuk membersihkan telefon anda. Terdapat risiko ini boleh menyebabkan kebakaran. • Jangan dedahkan unit ini kepada asap dan habuk yang berlebihan. • Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh menjejas maklumat pada jalur-jalur magnet. • Jangan ketuk skrin dengan benda tajam; ini boleh merosakkan telefon. • Jangan dedahkan telefon ini kepada cecair atau lembapan. • Gunakan aksesori-aksesori seperti cuping telinga dengan berhati- hati. • Jika anda meletakkan telefon anda di dalam kocek atau beg tanpa menutup reseptakel telefon (pin palam kuasa), benda-benda MALAY berlogam (seperti duit syiling, klip kertas atau pen) boleh melitar pintas telefon. Sentiasa tutup reseptakel apabila tidak digunakan. • Jangan sekali-kali meletakkan telefon anda di dalam ketuhar gelombang mikro kerana ini akan menyebabkan baterinya meletup. 6 Garis panduan • Hanya kakitangan berdaftar sahaja yang harus menservis telefon dan aksesori-aksesorinya. Pemasangan atau servis yang tidak betul boleh menyebabkan kemalangan dan akibatnya mentaksahkan waranti. • Jangan gunakan telefon jika antenanya rosak. Jika antena yang rosak bersentuhan dengan kulit, ia mungkin menyebabkan sedikit kelecuran. Sila hubungi Pusat Servis Berdaftar LG untuk menggantikan antena yang rosak. • Label telefon mengandungi maklumat penting bagi tujuan sokongan pelanggan. Jangan tanggalkan ia. Operasi cekap telefon Untuk menikmati prestasi optimum dengan penggunaan kuasa yang minimum sila: • Pegang telefon sepertimana anda memegang telefon lain. Semasa becakap langsung ke dalam mikrofon, halakan antena ke atas dan melepasi bahu anda. Jika antena boleh dipanjangkan/dipendekkan, ia harus dipanjangkan semasa panggilan. • Jangan pegang antena semasa telefon digunakan. Jika anda memegangnya, ia boleh menjejas mutu panggilan, ia juga boleh menyebabkan telefon beroperasi pada aras kuasa yang lebih tinggi daripada apa yang diperlukan dan memendekkan masa bual dan masa tunggu sedia. • Jika telefon bimbit anda menyokong inframerah, jangan sekali-kali menghalakan alur inframerah ke arah mata sesiapa. Peranti elektronik Semua telefon bimbit boleh mendapat gangguan, yang boleh menjejas prestasinya. • Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan dengan MALAY kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran. Elakkan daripada meletakkan telefon di atas perentak jantung, iaitu di dalam kocek dada anda. 7 Garis panduan • Sesetengah alat bantuan pendengaran boleh mendapat gangguan daripada telefon bimbit. • Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dll. • Jangan bengkokkan, calarkan, atau dedahkan kepada elektrik statik. Keselamatan di jalan raya Periksa undang-undang dan peraturan tentang penggunaan telefon bimbit di sesuatu kawasan apabila anda memandu. • Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu. • Berikan perhatian penuh kepada kegiatan memandu. • Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat. • Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika keadaan memandu menghendakinya. • Tenaga RF boleh menjejas sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta, kelengkapan keselamatan. • Semasa menaiki kereta, jangan tinggalkan telefon atau pasang kit bebas tangan berdekatan dengan beg udara. Jika kelengkapan wayarles tidak dipasang dengan betul dan beg udara diaktifkan, anda boleh mendapat kecederaan yang serius. Tempat peletupan Jangan gunakan telefon di tempat peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan-sekatan, dan ikut sebarang undang-undang atau peraturan. Persekitaran yang boleh meletup • Jangan gunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan berdekatan dengan bahan bakar atau bahan kimia. MALAY • Jangan angkut atau simpan gas, cecair mudah bakar, atau bahan letupan di dalam petak simpanan kenderaan anda, yang mengandungi telefon bimbit anda dan aksesori-aksesorinya. 8 Garis panduan Di dalam pesawat Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat. • Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki sebarang pesawat. • Jangan gunakan ia di lapangan terbang tanpa kebenaran kakitangan. Maklumat dan penjagaan bateri • Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecas semula. Tidak seperti sistem-sistem bateri lain, tidak ada kesan memori yang boleh menjejas prestasi bateri. • Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas-pengecas LG direka bentuk supaya memaksimumkan hayat bateri. • Jangan buka pek bateri atau melitar pintas ia. • Pastikan sentuhan-sentuhan logam pek bateri sentiasa bersih. •