Pena Ketua Pengarang
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
1 PENA KETUA PENGARANG “Selaku penyambung warisan, harus memainkan karakter sebagai pembela nusa dan bangsa dengan terus berjuang, terus bekorban dan terus berusaha mengekalkan apa yang dikecapi kini” lhamdulillah merafak kesyukuran kepada Yang Maha Esa di atas nikmat kesihatan yang baik seraya rezeki yang dilimpah- Akan kepada kita dalam menongkah arus perjalanan kehidupan dalam mencari keredhaanNya. Sebagaimana telah kita sedia maklum, dalam tempoh ini pelbagai hari peristiwa yang mencalit tentang pergorbanan telah kita raikan seperti Hari Raya Aidil Adha, Hari Kemerdekaan, Hari Pahlawan, Hari Penubuhan Malaysia dan tidak dilupakan juga Hari Angkatan Tentera Malaysia. Hatta, bersempena dengan peristiwa-peristiwa tersebut, terpalit diri untuk menyampaikan serta memperingatkan akan semangat perjuangan yang harus terus dipupuk dalam jiwa selaku warganegara juga sebagai anggota badan beruniform. Keamanan dan keharmonian yang dikecapi kini umum diketahui adalah hasil keperihan dan pengorbanan insan-insan terdahulu, selayaknya digelar pejuang, bermati-matian dalam usaha untuk mengembalikan kedaulatan Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Semangat kepahlawanan serta keberanian jelas terpampang di setiap bait tuturcara, tingkah laku serta pemikiran setiap individu dengan tujuan yang satu iaitu demi mengembalikan senyuman serta gelak tawa pada generasi mendatang. Oleh hal yang sedemikian, pengorbanan pejuang-pejuang ter- dahulu janganlah dipersia begitu sahaja. Usai sudah peranan mer- eka dan kini kita selaku penyambung warisan, harus memainkan karakter sebagai pembela nusa dan bangsa dengan terus berjuang, terus bekorban dan terus berusaha mengekalkan apa yang dikecapi kini. Benar, ada mungkin kita tidak punyai kekentalan seumpama Lt Adnan, tidak punyai keberanian seumpama Kapt Hassan serta tidak segagah pejuang-pejuang lagenda pada masa dahulu. Namun, tidak mustahil untuk kita miliki semua itu sekiranya semangat pengor- banan telah kita pupuk dan pujuk dalam jiwa ini dari masa ke semasa. Suka diingatkan juga bahawasanya keinginan ini tidak akan ter- capai andai terasnya tidak dikuasai terlebih dahulu. Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan Ke-59, “Sehati Sejiwa”, itulah teras utama dalam menggapai objektif tersebut di mana tanpa perpaduan dan semangat bersatu, ketumbukan ini akan menjadi goyah dan rapuh. Malah sejarah telah membuktikan, hanya dengan perpaduan yang utuh barulah berjaya tertubuhnya sebuah negara bernama Malaysia. Justeru, marilah kita memupuk nilai perpaduan yang telah terbentuk berkurun lama agar warna keharmonian kekal selamanya. Dikesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada semua warga Angkatan Tentera Malaysia khususnya dan para pembaca amnya agar pejuang-pejuang negara khasnya anggota-anggota veteran terus dihargai dan diingati kerana perit jerih merekalah yang memberi peluang serta ruang untuk kita mengecapi nikmat kemerdekaan dan kedaulatan. Dirgahayu oh tanah airku. Jul - Sep 2016 207 1 Isi Kandungan 04 | Bersama Pemimpin Paparan Menarik 55 | Trup TD 58 |MKTD 59 | Medan Barat 62 | Medan Timur/1 Div 69 | MK Latihan 70 | 2 Div Bulanan 76 | 3 Div 38| Pengerusi RAD Diraikan 80 | 4 Div 48| IJCET Uji Kepakaran Dua Negara 94 | PW I Norizah Pemanah Negara 50|2 Eks Taiha Tombak Perkukuh Hubungan www.btdmonline.net | 207 Sidang Editorial PENAUNG Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor KETUA PENGARANG Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor PENASIHAT KEWARTAWANAN Kol Mohamad Fauzi Abdul Majid PENGARANGKol Zulkifli Dato’ Hj Tahir Lt Kol Hj Ahmad Nazran Hj Ashari PENOLONG PENGARANG WARTAWAN SjnKapt Saiful Aminin Fazley Hafizhin Rusli, Minhad Kpl Nurulhaswani Ruzaini, LKpl Ainur Aisyah Yahaya, En Luqmanul Arif Abd Karim dan Cik Tengku Norsuraya Tengku Abd Rahman JURUGAMBAR PW II Mohd Shahril Mat Ali dan Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan GRAFIK SSjn Nor Rizam Hamad dan En Mohd Rizal Ghazali KORESPONDEN TRUP TD Kapt Muhammad Arajah Benjare, Sjn Mohd Shahrul Nizam Rencana Kpl Amuthan Paraman, Pbt Nurul Hanis Suhaimi, 18| Perwira-perwira 1957 Pbt Najeeha Nordin Artikel berkisar perwira-perwira pada era kemerdekaan negara seperti MEDAN BARAT Dol Said, Dato’ Bahaman dan pejuang seangkatan mereka Mej Suria Sulaiman, Kpl Mohd Qayyum Ismail, LKpl Fawzia Idayu, Pbt Zahiruddin Abdullah 22| Sehati Sejiwa: Satukan Rakyat Malaysia Tema Sambutan Hari Kemerdekaan sememangnya menggambarkan MEDAN TIMUR/1 DIVISYEN Kapt Siti Rabia Aldania Johari, SSjn Azli Md Mustafa, Kpl Wan situasi terkini akan perpaduan rakyat Malaysia Muhammad Azim Wan Ibrahim, Kpl Chung Nyek Chu, Sjn Lim 34| Bingkisan Sang Pahlawan Rantai dan Pbt Mohamad Alif Hj Abd Rahman Artikel yang menyentuh budaya masyarakat kini dalam menghargai 2 DIVISYEN pahlawan-pahlawan dan apakah erti seorang pahlawan SSjn Vashantha Kumari Suppiah, Kpl Eylas Mamat, LKpl Mohamad 3 DIVISYEN SSjnYusri Rose Yusof, Ainullah LKpl Mohd Ahmad, Hafiz Kpl Che Mohd Hanafi, Rozaini Pbt Safrin Abd Rahman,Juani Kpl 4 DIVISYEN MejYuszailan Aisyah Mohd Ismail, Yusof, Sjn Pbt Roslan Siti Fatin Idris, Shafina Sjn Jamaliah Ghazali Hj Mat, Sjn Che Azham Che Rahman, Kpl Fatin Izzati Amir, Kpl Mohd Ikram LKpl Siti Zubaidah Ramlan, KUALAMohammadon, LUMPUR Kpl Mohd Fauzi Abdul, Kpl Mohd Zulkifli Awang, Mej (Ust) Ramizi Remli, SSjn Taha Mohd Taib, Kpl Mohd Nazer Abu Bakar dan LKpl Mohd Nazari Ramli 41| Air Mata Pejuang Yang Tidak Didendang BTDM mengalu-alukan artikel, idea dan Agama kritikan anda agar dapat dikongsi bersama. Setiap surat atau artikel perlu ada nama penuh dan di tandatangani. Segala sumbangan artikel boleh disalurkan terus kepada: 90| Inspirasi Kemerdekaan Islam Pengarang BTDM, Tingkat 8-11, Kisah-kisah kemerdekaan yang boleh dijadikan inspirasi untuk Markas Tentera Darat, mendalami erti kemerdekaan sebenar dari sudut agama. Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 92| Korban Pemangkin Kemerdekaan 50634 KUALA LUMPUR Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim menjadi dorongan para atau pejuang tanah air dalam menerapkan semangat rela berkorban e-mail: [email protected] demi menuruti perintah agama Faks: 03-26985536/03-26923195 Tel: 03-20716290 94 | PW I Norizah Pemanah Negara Jul - Sep 2016 207 3 Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya KUALA LUMPUR: Seramai 33 pegawai serta 583 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun ATM Ke-83 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin di Dataran Panglima Tentera Darat pada 19 Sep 2016. HUT ATM pada tahun ini masih mengekalkan tema pada ta- hun lepas iaitu ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara yang mana sebanyak 15 Panji-panji Rejimen serta Skudron Perkhidmatan ATM terlibat secara langsung dalam perbarisan kali ini. Dalam perbarisan ini turut menyaksikan seramai 10 warga ATM menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan 10 kakitangan awam Kementerian Pertahanan menerima Sijil Kepujian PAT manakala penerima Anugerah Kesiagaan PAT bagi Perkhidmatan TDM dianugerahkan kepada Markas 21 Grup Gerak Khas dan TLDM pula dianugerahkan kepada Markas Angkatan Kapal Selam serta perkhidmatan TUDM dianugerahkan kepada Pangkalan Udara Butterworth. Dalam ucapan PAT, beliau menzahirkan sukacitanya den- gan mengucapkan sekalung tahniah serta syabas kepada kon- tinjen perbarisan yang mempersembahkan satu perbarisan yang cukup bersemangat, segak dan mantap pada hari ini. “Walaupun kita terpaksa menempuhi hutan belan- tara, gelora samudera dan ribut angkasa, namun bak sumpah pahlawan silam, biar guruh berdentum di langit, walau bumi berkeping dua, angkatan kita tidak akan se- sekali berundur serta membiarkan petualang dan anasir yang cuba menangguk di air keruh atau mengganggu- gugat keamanan dan kestabilan bumi merdeka ini,” ujarnya. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Abdul Rahim Mohamad Radzi, PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTU, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan dan mantan-mantan panglima ATM. 4 Tahun ATM Menjadi Benteng Negara “angkatan kita tidak akan sesekali berundur serta membiarkan petualang dan anasir yang cuba menangguk di air keruh”..... Jul - Sep 2016 207 5 BERSAMA PEMIMPIN Tabung Pahlawan Hargai Perwira Negara Tambahan dari itu, majlis ini turut memberi bantuan wang tunai kepada veteran serta balu yang terlibat dalam musibah serta bencana alam malahan memberi bantuan peralatan perubatan seperti tongkat dan kerusi roda kepada VKU serta balu yang cacat. Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Tabung Pahlawan kerana tidak menge- nal jemu membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). “Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa ber- satu memberi penghargaan yang sewajarnya kepada kepada pahlawan negara yang masih berkhidmat atau sudah tiada kerana sehingga ke hari ini telah ramai perajurit terkorban dalam mempertahankan negara kerana mereka sanggup di- Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim hujani peluru, bermandikan darah dan keringat serta nyawa di badan menjadi taruhan asalkan ibu pertiwi aman sejahtera KUALA LUMPUR: Penaung Tabung Pahlawan, Datin Sri daripada ancaman musuh negara,”ujarnya. Rosmah Mansor menyempurnakan Majlis Pelancaran Turut hadir Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2016 bertempat di hotel Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan, terkemuka sekitar Kuala Lumpur pada 31 Jul 2016. Datuk Mohd. Johari Baharom, Panglima Angkatan Tentera, Tujuan utama pelancaran adalah untuk memberi bantuan Jen Tan