Talking Point Yb Dato Sri Rohani Binti Abdul Karim Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat Merangkap Ahli Parlimen P201
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
TALKING POINT YB DATO SRI ROHANI BINTI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT MERANGKAP AHLI PARLIMEN P201. BATANG LUPAR SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PENGAWALAN HAKISAN PANTAI DI SEBUYAU 10 MARCH 2018 (SABTU) PUSAT KEMAHIRAN GIATMARA SEBUYAU 1 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Tahun Perkasa Wanita 2018! Wanita Gemilang! 1. Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan redha dan izinNya, maka pada hari yang sangat bermakna ini, kita semua dapat berkumpul di Majlis Pecah Tanah Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Sebuyau. 2. Majlis pada hari itu cukup bertuah menerima kehadiran Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana sudi turun padang ke Parlimen Batang Lupar, khususnya dalam DUN Sebuyau yang mana Datuk Sri sendiri adalah merupakan bekas Ahli Parlimen Batang Lupar sebelum bertukar dengan saya ke Parlimen Santubong, pada tahun 2014. 3. Pastinya YB Datuk Sri sendiri memang tidak asing lagi dengan masalah hakisan di kawasan ini yang sememangnya kerap menjadi topik hangat baik dalam media massa dan social media. 4. Dengan kehadiran YB Menteri pada pagi ini dalam usaha untuk memenuhi dan menyelesai masalah hakisan ombak laut ini yang sememangnya amat diharap-harapkan oleh masyarakat yang sering terkena banjir air masin di kawasan ini. Setidak-tidaknya dengan ada majlis yang bakal kita saksikan pada pagi ini dapat memberi jaminan kepada rakyat bahawa pihak kerajaan BN sentiasa peka akan apa juga permasalahan ini khususnya di kawasan luar bandar seperti di DUN Sebuyau ini. 2 5. Banjir air masin yang terjadi selama ini telah banyak memusnahkan hasil-hasil pertanian dan tanaman kontan malah telah menyebabkan beberapa buah rumah di sini telah ditenggelami oleh air. Malah seluruh kawasan pasar Sebuyau telah ditenggelami oleh air masin dan menimbul banyak kesulitan kepada masyarakat di kawasan ini disamping ianya juga telah menyebabkan Pusat Giat Mara terpaksa berpindah tempat beroperasi beberapa kali. 6. Pihak Giat Mara sedang menunggu penyiapan dokumentasi dari Jabatan Tanah Dan Survei untuk perpindahan Tapak Baru Mara berdekatan dengan Kawasan Masjid Baru. 7. Oleh yang demikian, saya amat berharap dengan adanya projek pengawal hakisan pantai ini dapat meleraikan beberapa isu yang sering ditimbulkan. 8. Selaku wakil rakyat di kawasan ini, saya merayu kepada YB Menteri NRE agar dapat ditambahkan peruntukan hakisan pantai ini memandangan kawasan Parlimen Batang Lupar di ketiga-tiga DUN. Memang sentiasa kerap menghadapi masalah ini disebabkan keadaan geografi terletak di persisiran laut iaitu DUN Beting Maro dan Dun Lingga. 3 9. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ilmu yang sangat bermanfaat ini, terutamanya kepada pihak penganjur, iaitu Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Zon Sarawak kerana telah berusaha sehabis baik bagi memastikan kelancaran program ini serta mencapai kepada objektif penganjurannya. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 4 .