JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018)

Sumber Yang Membincangkan Lambang Kebijaksanaan Islam

Wan Zaliha binti Wan Othman, Amanah binti Mohd Noor & Rashinawati binti Abd Rashid

Abstrak Perbincangan secara kualitatif akan meneliti dan membincangkan sumber yang digunakan oleh pengarang dalam novel Manikam Kalbu dan novel 1511 [Kombat] untuk mendedahkan produk-produk yang dihasilkan oleh orang Islam sebelum ini. Objektif perbincangan ini menceritakan bagaimana asal-usul kegemilangan dan produk-produk Islam yang dihasilkan oleh umat Islam sebelum ini namun tidak diiktiraf malahan telah ditenggelamkan faktanya. Dalam aspek berpakaian, muzik, seni sastera dan termasuklah dari aspek kepercayaan kepada Nabi Muhammad SAW, perbincangan ini menunjukkan bagaimana asal-usul yang bersumberkan Muslim Spain Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974) dan lain-lain sumber membuktikan bagaimana kegemilangan Islam ini telah diterima di seluruh dunia namun tenggelam kerana pelbagai faktor. Cadangan perbincangan ini menunjukkan produk- produk yang dihasilkan oleh orang Islam yang terkenal sehingga kini bukan sahaja perlu diiktiraf oleh dunia malahan perlu dipatenkan supaya orang Barat tidak boleh mengaku produk tersebut adalah ciptaan dan milik mereka.

Abstract This qualitative discussion will examine and discuss the sources used by authors in the novel Manikam Kalbu and the 1511 [Kombat] novel to expose the products produced by Muslims back then. The objective of this discussion is to explain how the origins and Islamic products produced by Muslims back then was not recognized and have been drowned in fact. In the aspect of dressing, music, literature and including aspects of belief in the Prophet Muhammad, this discussion shows how the origin of Muslim Spain's Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974) and other sources proved how the glory of Islam this has been accepted by worldwide but drowned for various factors. The suggestion of this discussion shows that the products produced by well-known Muslims to date not only need to be recognized by the world but must be patented so that Westerners can not claim that the product is their creation and belongings.

1.0 Pendahuluan

Objektif perbincangan ini akan memperlihatkan pelbagai sumber yang digunakan oleh pengarang dalam novel Manikam Kalbu untuk mengetengahkan pelbagai jenis produk Islam. Produk-produk ini telah berjaya mengetengahkan kecemerlangan hasil kerja umat Islam pada zaman kegemilangan pemerintahan Islam. Permasalahan utama perbincangan ini membincangkan bagaimana hasil-hasil seni Islam telah dimanipulasi sehingga menenggelamkan hak-hak kepunyaan, keistimewaan, kelebihan dan pemilikan ekslusif orang Islam. Hak dan keistimewaan produk yang dihasilkan oleh orang Islam dikhuatiri tidak lagi diperakui oleh dunia. Metodologi perbincangan ini secara kualitatif terhadap bukti-bukti yang diambil dari sumber-sumber yang bersesuaian.

Perbincangan ini juga turut membincangkan aspek kepercayaan dan akidah umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Aspek tersebut membincangkan bagaimana kewujudan Rasulullah SAW telah dinafikan oleh pihak-pihak yang berkuasa sedangkan realiti sejarah menunjukkan kebenaran nyata yang sebenar yang sukar dinafikan oleh dunia. Perbincangan

519 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) ini akan dimulakan untuk membincangkan bagaimana asal-usul yang dibincangkan dalam buku yang dijadikan sebagai sumber iaitu buku Muslim Spain Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974). Buku ini dijadikan panduan oleh pengarang dalam novel Manikam Kalbu untuk mereka menjelaskan kepada dunia bahawa beberapa produk Islam telah dimanipulasi dunia. Novel Manikam Kalbu ini mengisahkan dua zaman yang berbeza dan berlainan yang dihubungkan dengan cerita tentang kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana.

Pengarang novel ini mencipta novel tersebut untuk memperlihatkan beberapa perkara termasuklah perihal makna dan falsafah Melayu yang terkandung dalam ciptaan setiap fesyen dan busana yang dicipta. Novel Manikam Kalbu ini mengisahkan bagaimana cerita daripada dua zaman yang berbeza dan sebahagian kandungan ceritanya merujuk peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Kesemua cerita ini dikaitkan dengan data atau fakta yang bersumberkan cerita Ziryab dalam Muslim Spain Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974). Fakta ini dijadikan sebagai sumber utama untuk memberitahu orang ramai tentang falsafah dan budaya yang ada dalam pakaian orang Melayu.

2.0 Perihal Pereka Fesyen

Dalam novel Manikam Kalbu ini, Ziryab sebagai watak utama dalam Manikam Kalbu adalah watak sebenar yang diambil daripada nama pereka Islam yang terkenal yang bernama Abul Hasan Ali ibnu Nafi yang lahir di Iraq pada tahun 789 Hijrah. Berikut adalah keterangan yang menjelaskan bagaimana watak Abul Hasan Ali ibnu Nafi yang juga dikenali sebagai Ziryab sebenarnya timbul dalam Manikam Kalbu. Keterangan tentang ZIryab ini menceritakan perihal pereka fesyen yang terkenal yang merupakan orang Islam dan sangat disegani oleh masyarakat dan juga dalam kalangan orang istana.

Dalam novel tersebut, watak tersebut timbul apabila Cikgu Natasya menceritakan perihal pereka fesyen terkenal yang lahir pada tahun 789 Hijrah. Berikut adalah kata-kata Cikgu Natasya:

“Ziryab nama pereka fesyen terkenal Islam. Dia juga seorang ulama.” “Ziryab itu nama sebenarnya Abul Hasan Ali ibnu Nafi. Dia lahir di Iraq pada tahun 789 Hijrah. Beliau ahli muzik dan anak murid kepada ulama muzik terkenal, Ishak al-Mausili ketika era kehebatan dinasti Abbasiyah. Malah dia sangat masyhur di Andalusia dan dikatakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan fesyen musim dingin dan fesyen musim panas. Juga fesyen untuk musim gugur dan musim bunga. Ziryab juga bertanggungjawab memperkenalkan seni dandanan rambut termasuklan barangan kecantikan seperti produk kosmetik, ubat gigi, dan deodoran ke Eropah (Manikam Kalbu: 54-56).

Kata-kata Cikgu Natasya ini adalah untuk menjelaskan kepada pembaca tentang ketokohan dan kemasyhuran Ziryab. Kata-kata ini juga dapat memberi perangsang serta menasihati Ziryab agar beliau meneruskan niat dan bakatnya dalam rekaan busana Muslim. Kata-kata ini juga juga diucapkan kerana Ziryab agak ragu-ragu dengan kebolehannya dan khuatir dia tidak mampu untuk merealisasikan cita-cita dan niatnya dalam bidang rekaan busana muslim ini. Kata-kata nasihat daripada Cikgu Natasya ini memberi perangsang juga

520 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) mengingatkan Ziryab untuk berdakwah melalui rekaan fesyen terkini. Penggunaan watak Ziryab dalam Manikam Kalbu yang berpandukan kepada watak sebenar semasa zaman Abbasiyah dan terkenal di Andalusia menunjukkan berlaku penjenamaan semula watak sebenar dari zaman tersebut ke dalam novel Manikam Kalbu. Menerusi pakaian juga akan menggambarkan kepatuhan syariah yang boleh membawa dakwah untuk kebaikan kepada umat Islam. Jika diteruskan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan semasa membolehkan setiap rekaan boleh diterima tanpa melanggar sebarang syariat dalam berpakaian.

Sumber teks yang dirujuk untuk menggambarkan kelebihan dan ketokohan Ziryab pada zaman kerajaan Andalusia:

But the most important émigré was Ali Ibn Nafi, known as Ziryab (789 – 857). He was probably a client (mawla) who was brought up and educated in Baghdad. According to Ibn Rabbihi, he was a black slave of the famous musician Ibrahim al- Mawsili, the leading musician of the day who trained him in the arts of music and singing. He was so gifted that his special talents attracted the attention of the Caliph Harun al-Rasjid… (Anwar G. Chejne, 1974: 372).

Sumber yang dipetik ini menjelaskan dan mendedahkan ketokohan Ziryab. Cikgu Natasya menonjolkan ketokohan Ziryab untuk membincangkan isu berkaitan busana Muslim dalam novel ini. Ketokohan Ziryab di zaman Abbasiyah ini telah dijadikan panduan kepada pengarangnya iaitu Faisal Tehrani untuk menamakan watak Ziryab dalam novel Manikam Kalbu. Ketokohan dan kepakaran Ziryab ini ditafsirkan kepada seorang watak remaja yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang jahitan busana muslim. Kebolehan Ziryab dalam novel ini adalah menunjukkan kepakaran secara warisan yang diperoleh daripada neneknya bernama Zainon Abdullah yang pernah menjadi tukang busana istana Maziah, Istana Bukit Chandan dan (Manikam Kalbu: 350).

Dalam novel tersebut, Ziryab diberikan peranan yang lebih besar untuk menyesuaikan busana Melayu dengan keperluan semua zaman yang tidak menyalahi etika dan hukum untuk orang Islam dan masih bersandarkan syariah Islam. Beliau telah mencipta busana berasaskan baju kurung untuk orang perempuan dan baju Melayu untuk orang lelaki yang boleh digunakan dan bersesuaian untuk semua majlis.

Perbincangan busana ini adalah untuk menyampaikan dakwah menerusi berpakaian dan mengikut syariat yang ditentukan oleh agama. Kehadiran watak Ziryab dalam Manikam Kalbu ini diadakan oleh pengarang untuk memperkukuhkan konsep dakwah dalam mengajak manusia melakukan islah (nilai pembaikan) melalui etika berpakaian yang betul. Nilai pembaikan melalui tingkah laku dapat mempamerkan kebaikan dari segi sikap ke arah pegangan hidup yang lebih baik (Kamariah Kamarudin, 2006: 246). Sikap dan peribadi yang mulia mencerminkan keindahan dan kebaikan agama Islam itu sendiri. Hal tersebut juga menjelaskan pengarang secara tidak langsung bertindak sebagai pendakwah dalam memahamkan khalayak pembaca melalui corak berpakaian untuk menutup aurat. Ini juga adalah peringatan jihad kepada umat Islam agar berpakaian mengikut syarak dan tidak menyalahi kehendak agama Islam yang menjadi tuntutan dan kewajipan kepada semua umat Islam.

Di samping memakai baju mengikut trend terkini untuk kecantikan, ia juga menjelaskan bagaimana keindahan membawa kebaikan dan kebaikan tidak bermakna

521 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) sekiranya tidak memancarkan keindahan (Hashim Awang, Dewan Sastera, Februari 1994: 14). Keindahan berpakaian dengan cara menutup aurat ini turut menterjemahkan orang Islam turut menyahut pembaharuan fesyen terkini tanpa menyalahi hukum dan syariat beragama. Interpretasi di sebalik peristiwa tersebut menjelaskan lagi yang orang Islam boleh berpakaian dengan mengikuti peredaran masa asalkan tidak melanggar hukum. Hal tersebut menunjukkan orang Islam juga tidak ketinggalan dalam arus kemodenan berpakaian. Orang Islam juga boleh menerima perkembangan gaya berpakaian terkini tanpa melanggar syariat berpakaian dalam agama. Kesannya, orang Islam sentiasa menerima perubahan tanpa ada sebarang percanggahan dengan syariat.

Di samping mendedahkan Ziryab sebagai pereka busana Islam, sumber ini juga menjelaskan beliau merupakan seorang yang terkenal dalam bidang muzik dan nyanyian kerana beliau telah diajar untuk bermain alat muzik dan menyanyi dengan baik oleh Ibrahim al-Mawsili. Beliau belajar dengan serius sehingga terkenal sebagai seorang pemuzik dan penyanyi di negara tersebut. Oleh itu, pemimpin pada masa itu Khalifah Harun al-Rasyid telah mengundang beliau untuk membuat persembahan di hadapannya (Anwar G.Chejne, 1974: 372). Kebolehan Ziryab tersebut menyebabkan pemerintah Abd. Al-Rahman II mengurniakan pendapatan yang lumayan kepadanya iaitu gaji berjumlah 200 dinar setiap bulan. Di samping itu juga, Ziryab dibayar 20 dinar lagi bari setiap bayaran perkhidmatan kepada anak lelakinya dan bonus tahunan 3000 dinar. Bayaran khas lain untuk persembahan festival pula diberikan sebanyak 500 – 1000 dinar (Ibid: 372). Kebolehan dan rasa tanggungjawabnya membolehkan beliau dikenali dan dikagumi oleh pemerintah dan juga pihak istana.

Pendedahan kepakaran yang terserlah yang dimiliki oleh Ziryab dalam bidang nyanyian ini juga turut menceritakan sumber untuk produk Islam yang lain. Sumber ini menjadikan kreativiti yang dimiliki oleh watak-watak yagn dikenal pasti membolehkan produk-produk Islam dikenali di serata dunia. Sumber yang telah diketengahkan oleh pengarang ini juga turut memperkenalkan orang yang bertanggungjawab dan arif dalam memperkenalkan produk seperti minyak wangi, deodoran, dan kosmetik serta mengetengahkan seni dan kaedah dandanan rambut. Berikut adalah petikan yang membuktikan hal tersebut: Ziryab became the boon-companion of his patron, and introduced new fashions in hair styles, culinary arts, table etiquette, and dresses for every season and occasion (Anwar G. Chejne, 1974: 372)

Bukan itu sahaja, Ziryab juga dikatakan sebagai seorang yang arif dan bertanggungjawab dalam mereka baju dan fesyen untuk kegunaan empat musim iaitu musim dingin, musim panas, musim bunga, dan musim gugur (Ibid). Pakaian empat musim ini seolah-olah tidak diketahui lagi tuannya sehingga kini kerana rekaan tersebut tidak diberi hak milik sepenuhnya. Rekaan ini lama kelamaan hilang begitu sahaja dan tidak disebut hak sesiapa sehinggalah sekarang. Tambahan pula rekaan tersebut boleh diubahsai mengikut citarasa dan kesukaan perekanya. Rekaan itu juga direka mengikut arus perkembangan zaman dan sesuai dengan kehendak pelanggan semasa. Itulah yang menjadikan rekaan Ziryab ini tidak lagi diperkatakan dan sehingga kini masyarakat dunia tidak mengetahui asal- usul pereka baju untuk kegunaan empat musim ini.

Meskipun Ziryab mempunyai banyak kelebihan, kepakaran, dan bakat semulajadi sehingga menjadikan beliau terkenal di seluruh Andalusia, beliau juga turut terkenal dalam bidang muzik dan nyanyian. Ziryab dikatakan dapat menghafal 1000 lagu dalam ingatannya

522 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) dan berjaya mencipta pelbagai jenis lagu. Beliau juga turut mengajar pelajar dan memperkenalkan tiga tahap kurikulum dalam muzik iaitu belajar irama muzik, menguasai melodi, dan memperkenalkan maknanya (Ibid: 373). Sumbangan Ziryab dalam bidang ini membolehkan kerajaan Andalusia memberikan perhatian lebih kepada bidang muzik sehingga melahirkan penulis-penulis buku dalam bidang muzik, antaranya Ibn. Abd Rabbihi dan Yahya al-Khudujji yang masing-masing menulis buku bertajuk ‘a collection of song’ dan ‘a book of song’ (Ibid: 373).

Kelebihan Ziryab ini tidak diperakui dan perlahan-lahan dilupakan oleh masyarakat meskipun kepakaran yang dimiliki oleh Ziryab ini menunjukkan kelebihan yang ada pada orang Islam pada zaman pemerintahan Abbasiyah. Kelebihan ini telah memberikan laluan kepada orang lain terutama bagi masyarakat yang melihat dari aspek kepentingan ekonomi dan politik kepada negara mereka. Kelebihan ini turut dimanipulasi untuk kepentingan individu dan juga kepentingan negara amnya yang sukar dikesan pemilikan asal kerana tiada hak milik sebenar dan disahkan oleh mana-mana pihak yang berwajib. Sumber yang digunakan ini juga secara tidak langsung mendedahkan bagaimana produk-produk Islam disalahgunakan untuk kepentingan mereka. Hal ini terjadi kerana umat Islam sendiri tidak menggerakkan kekayaan asal dan kemahiran yang dimiliki. Sedangkan menghasilkan produk keluaran Muslim yang berkualiti merupakan suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain (Mohd Asri Zainul Abidin, 2008:201).

Jelasnya, novel Manikam Kalbu ini berjaya merungkai kepakaran dan bakat yang dimiliki oleh Ziryab dan mengetengahkan produk-produk Islam. Hal ini juga dapat menyerlahkan kebijaksanaan dan kepakaran tokoh Islam yang dapat mengharumkan negara dan sekaligus mengharumkan agama Islam itu sendiri. Disebabkan kelebihan yang dimiliki oleh tokoh ini membolehkan Faisal Tehrani sebagai pengarang menggunakan nama tersebut untuk digunakan kembali sebagai watak penting dalam novel ini. Bukan itu sahaja, kearifan, ketokohan dan bakat semulajadi yang ada pada Ziryab menjadi ilham dan idea kepada pengarang untuk meneruskan cerita dalam novel Manikam Kalbu dalam mengetengahkan produk-produk Islam dan memperkatakan persoalan mencipta dan mereka busana berasaskan syariat berpakaian dalam Islam.

Daya kreativiti yang tinggi dan proses kepengarangan dengan merujuk sumber daripada buku Muslim Spain Its History and Culture oleh Anwar G.Chejne ini berjaya merungkai kearifan orang Islam dalam bidang rekaan baju sehingga membolehkan pengarang mencipta novel dalam usaha untuk mengetengahkan busana Muslim untuk kegunaan orang Islam. Secara tidak langsung, sumber ini berjaya merungkai dan mengenal pasti hasil kerja orang Islam namun kerana faktor-faktor tertentu telah melenyapkan hak milik ekslusif orang Islam.

Rujukan sumber itu juga penting untuk meyakinkan rakyat agar tidak menyalahtafsirkan konsep pemakaian Islam dengan tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa. Islam tidak pernah menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam atau menyebabkan orang salah faham terhadap Islam (Mohd Asri Zainul Abidin, 2008: 92). Fesyen pakaian yang tidak melanggar syariat dan nilai kesopanan bangsa adalah dibolehkan dan diharuskan yang melambangkan juga ketinggian budaya berpakaian dalam Islam. Hal tersebut juga membolehkan orang bukan Islam melihat Islam ini mudah diamalkan dan tidak terlalu mengongkong umatnya dalam aspek berpakaian dan juga hal-hal kehidupan yang lain.

523 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018)

Konsep pemakaian Islam ini dapat dijelaskan kepada dunia tentang kelebihan dan falsafah yang terkandung di sebalik pakaian tersebut. Di samping dapat mengkomersialkan inovasi penciptaan baju kurung dan baju Melayu ke peringkat dunia, penjelasan berbentuk peringatan juga dapat memperjelaskan konsep pemakaian Islam agar tidak disalahtafsirkan oleh orang bukan Islam. Hal itu penting kerana ada dalam kalangan orang bukan Islam yang tidak memahami konsep berpakaian bagi orang Islam.

Kemenangan Manikam Kalbu dalam pertandingan mencipta inovasi baju Melayu dan baju kurung itu juga turut mendedahkan falsafah di sebalik rekaan tersebut. Falsafah rekaan baju kurung itu, dalam Manikam Kalbu menyatakan bahawa baju kurung yang boleh dipakai oleh orang lelaki ataupun orang perempuan menunjukkan busana tersebut dikurung oleh syarak bukan hanya sekadar untuk dipakai semata-mata. Baju kurung juga dimanifestasikan sebagai dikurung oleh adat dan pemakainya terhindar daripada sifat-sifat yang keji. Oleh yang demikian, pemakaiannya bukan sekadar memakai untuk keselesaan dan untuk kecantikan. Kata-kata Manikam Kalbu memperlihatkan kebaikan daripada berpakaian dan falsafah rekaan baju tersebut terserlah daripada petikan ini:

“Adapun kurung itu bermakna dikurung adat … Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong.” (Manikam Kalbu: 127)

Falsafah penciptaan baju kurung yang berbutang lima itu pula merujuk kepada rukun Islam yang menjadi pegangan akidah umat Islam. Manakala butang yang satu melambangkan akidah orang Islam dengan mengesakan Allah yang satu. Berikut adalah keterangan yang menceritakan tentang hal tersebut:

“Ampun tuanku, beribu ampun. Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam yakni yang atas itu mengucapkan dua kalimah syahadah, yang keduanya itu solat lima waktu, justeru sesuai sekali baju kurung dibawa ke masjid. Rumah ketiganya itu mengingatkan kepada puasa Ramadan dan yang keempatnya supaya si pemakai sedar akan kewajipan berzakat dan yang terakhir ialah jika ada kemampuan, eloklah si pemakainya naik haji.”

“Teruskan! Teruskan!” “Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu. …” (Manikam Kalbu: 127)

Penjelasan yang diberikan oleh Manikam Kalbu amat menarik perhatian Sultan sehingga kemenangan berpihak kepada beliau apabila pertandingan busana diadakan di istana. Baginda Sultan amat kagum dengan ilmu dan kepetahan anak muda tersebut sehinggakan beliau tidak sedikitpun terpengaruh dengan puterinya untuk tidak memberi kemenangan kepada Manikam Kalbu. Kemenangan yang diperoleh Manikam Kalbu menyebabkan Sultan sangat gembira sehingga Baginda membawa Manikam Kalbu belayar ke negeri China. Kebijaksanaan mereka busana menyerlahkan kebolehan dan bakat semulajadi yang dimiliki oleh Manikam Kalbu. Manikam Kalbu sangat teruja dan gembira kerana kreativiti jahitan baju kurung rekaannya diiktiraf oleh Sultan. Beliau juga turut ditawarkan untuk mempelajari ilmu dengan lebih lanjut di Negeri China. Tawaran ini amat

524 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) menggembirakan Manikam Kalbu dan beliau berazam untuk mempelajari ilmu berbusana dengan lebih baik lagi.

Sumber: Teks Bible dalam 1511H [Kombat] Sumber daripada Bible dalam 1511H [Kombat] ini dikenal pasti ketika doktor yang beragama Islam yang bernama Abdul Kader Aras bertelingkah dengan pesakitnya yang mengalami halusinasi hypnogogic1 ketika tidur dan apabila terjaga dia dijangkiti pula hypnopompic yang menyebabkan perasaan kadang-kadang gembira dan kadang-kadang bersedih. Pesakit tersebut berazam bersungguh-sungguh untuk menghancurkan Islam dan menghapuskan umat Nabi Muhammad SAW dengan cuba menghalau orang-orang Islam di Amerika. Niat dan hajatnya ini tidak kesampaian kerana kumpulan askarnya mengalami kekalahan dan niat jahat itu ditentang habis-habisan oleh doktor yang merawatnya.

Penentangan doktor tersebut dengan membawa hujah yang terkandung dalam Bible tentang kewujudan Nabi Muhammad SAW dan sekaligus meminta pesakitnya itu membaca Gospel St. John ayat 7 bab 16 tentang Paracletos dan bab John ayat 26. Berikut adalah petikan tersebut yang menjelaskan kewujudan Nabi Muhammad SAW dalam Bible yang menjadi kitab orang Kristian: And I will ask the father, and he shall give you another Paracletos, that he may stay with you forever (1511 H [Kombat]: 29).

Faisal Tehrani telah memetik sumber rujukan dia atas daripada kitab Bible yang bertajuk Prophecies for Muhammad in the Bible yang telah dikemaskini pada 16 Januri tahun 2000.2 Kitab tersebut daripada Injil versi The Revised Version of the Bible terbitan British and Foreign Bible Society. Petikan asal daripada Bible tersebut seperti berikut: “And I will pray the Father, and He will give you another Paraclete, that he may abide with you into the age.” (John 14: 16)

Petikan daripada Bible di atas menjelaskan tentang paraclete adalah panggilan kepada Spirit of truth dan bukannya Holy Spirit dan maksud kedua-dua frasa ini adalah berbeza. Merujuk Hipogram, berlakunya ubahsuai daripada teks yang dirujuk yang melibatkan dialog dan dapat dikesan dengan jelas untuk mengetahui latar belakang teks yang sebelumnya. Daripada petikan yang dirujuk oleh pengarang tersebut, telah berlaku pertukaran beberapa perkataan daripada teks yang asal untuk memantapkan proses penceritaan selanjutnya. Perkara ini diperhatikan dalam petikan yang pertama perkataan pray ditukarkan kepada ask, will ditukarkan kepada shall, abide ditukarkan kepada stay dan with you into the age ditukarkan kepada with you into the age forever.

Sebahagian daripada perkataan yang ditukarkan oleh pengarang daripada proses modifikasi tersebut menegaskan lagi bahawa orang yang dimaksudkan dalam kitab Bible tersebut ialah nabi Muhammad SAW bukannya Paracletos3 yang dipercayai sebagai holly

1 Hypnogogic dan hypnopompic bermaksud halusinasi dalam keadaan terjaga - Ia juga bermaksud Sleep paralysis consists of a period of inability to perform voluntary movements either at sleep onset (called hypnogogic or predormital form) or upon awakening (called hypnopompic or postdormtal form). Untuk keterangan lanjut sila lawati http://www.stanford.edu/~dement/paralysis.html. 2 Keterangan lanjut dalam http://www.mostmerciful.com dalam artikel bertajuk Moses and Isaiah Prophesied the Coming of Jesus. Petikan ini turut membincangkan Jesus, Luke, dan al-Quran yang telah diturunkan untuk keturunan Nabi Muhammad SAW. 3 Paracletos adalah bahasa Greek yang menyamai Paraclete bermaksud The Holy Spirit as advocate or Counselor (Concise Oxford English Dictionary, terbitan Oxford University Press, edisi kesebelas, 2004: 1037)

525 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) spirit4 oleh Kristian. Malahan, menurut doktor berkenaan yang telah menuturkan Bible tersebut, Paracletos berasal daripada kalimat Yunani Kuno yang merupakan bahasa asal Gospel St. John yang membawa maksud “yang terpuji” daripada suku kata “peri” dan “celotis”. Doktor tersebut menegaskan bahawa Paracletos orang yang dimaksudkan dalam kitab tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Nabi Muhammad SAW.

Perkataan paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani klasik dan perkataan dan perkataan yang lebih tepat adalah periclytos. Kalimat ini berasal daripada suku kata ‘peri’ dan ‘cleotis.’ Apabila kalimat ini dicantumkan ianya membawa maksud yang terpuji (Danial Zainal Abidin, 2008: 278). Kepercayaan orang Kristian terhadap Paracletos sebenarnya ialah Nabi Isa ternyata tidak tepat kerana terdapat beberapa pendapat daripada Bible sendiri yang menunjukkan percanggahan tentang hal tersebut (ibid: 278). Oleh itu, pengkaji mendapat sumber daripada Bible ini diambil oleh Faisal Tehrani dan dibuat pengubahsuaian untuk mendedahkan kebenaran tentang Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul Terakhir dan bukannya Nabi Isa yang menjadi kepercayaan penganut agama Kristian.

Pengubahsuaian kehadiran Nabi Muhammad SAW dalam kitab Bible dapat dikenal pasti dengan menyalin semula petikan asal daripada kitab tersebut. Pengarang menggugurkan beberapa perkataan dan menukarkannya dengan perkataan yang bersesuaian. Meskipun berlakunya pengubahsuaian tersebut, namun Faisal Tehrani masih lagi memberi tumpuan dan perhatian kepada peristiwa dan cerita sejarah tentang kewujudan Nabi Muhammad SAW dalam perspektif berbeza berasaskan sejarah asal. Kajian autonomi sejarah dalam sastera boleh menimbulkan perspektif yang baru sebagai pertimbangan terhadap pembacaan unsur-unsur sejarah untuk tujuan penulisan (Kristeva 1977: 36).

Elemen agama yang diubahsuai oleh pengarang menjelaskan tentang perbincangan Nabi Muhammad SAW dalam kitab Bible. Malahan, Nabi Muhammad SAW turut disebut di dalam kitab Taurat dan Kitab Injil yang disampaikan melalui Nabi Musa dan Nabi Isa seperti yang dibuktikan dalam surah al-Maidah, ayat 66 dan surah as-Saff, ayat 6 (Johari Yaman, 2008: 68-73). Petikan daripada Al-Quran surah al-Maidah, ayat 66 yang berbunyi “Dan kalau mereka bersungguh menegakkan (menjalankan perintah Allah) dalam Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (al-Quran) nescaya mereka akan makan rezeki (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah mereka (bumi).”

Manakala surah as-Saff, ayat 6 pula berbunyi: “Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibn Maryam berkata: “Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad.”

Proses pengubahsuaian itu dapat diinterpretasikaan bahawa cerita yang dibawa oleh pengarang menunjukkan orang Kristian tidak meneliti asal-usul Paracletos yang terdapat dalam kitab mereka. Kercayaan mereka selama ini Paracletos ialah al-Masih yang membawa kebenaran kepada agama Kristian ialah Nabi Isa. Sedangkan di sebaliknya asal perkataan Paracletos daripada kalimat Yunani bermaksud yang terpuji adalah merujuk kepada Nabi

4 Holy Spirit bermaksud The third person of the Trinity; God as Spiritually active in the world – in Christinity (Ibid: 681)

526 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018)

Muhammad SAW. Dakwah yang jelas menunjukkan pengarang turut menggunakan Kitab Injil dan Bible untuk membincangkan Nabi Muhammad dalam novel 1511H [Kombat] secara ringkas untuk menegaskan kewujudan Nabi Muhammad SAW.5

Dalam peristiwa yang sama yang telah berlaku pengubahsuaian, perbincangan kewujudan Nabi Muhammad SAW turut dirujuk daripada Kitab Injil. Hal ini dilakukan oleh pengarang kerana tertarik dengan fikiran-fikiran luar yang kemudiannya diambil untuk ditulis dalam karya (Mana Sikana, 1998: 78). Hal tersebut dapat dilihat apabila doktor Islam yang merawat orang kafir tadi menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW memang ada dibincangkan dalam kitab Injil. Namun, perkara tersebut telah dimanipulasi sehingga menafikan hal yang sebenarnya. Pengakuan ini dinafikan oleh pesakitnya dan beliau tidak mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW terdapat dalam kitab Injil. Penafian ini dijelaskan oleh Doktor Abdul Kader Aras dengan keras untuk menegah pesakitnya daripada terus mengeluarkan hujah tanpa bukti yang jelas. Berikut adalah petikan tersebut:

Doktor berkata bahawa Muhammad ada dalam Injil.

Doktor muda berhujah bahawa Nabi Muhammad S.A.W memang ada dalam injil, tetapi fakta ini digelapkan. (1511 H [Kombat]: 26)

Hujah ini dipetik daripada sumber sebenar yang ditulis oleh Ustaz Johari Yaman bertajuk Mengenali Rasulullah (2008: 73) dan sumber daripada buku Kitab Sirah Rasulullah SAW tulisan Syeikh Muhammad al-Khudhari Bik dan diterjemahkan oleh Ust. Hj. Mohd Asri Hj. Hashim (2009: 51). Berikut adalah wacana yang dipetik daripada kedua- dua buku tersebut:

Kitab Injil Barnaba telah menyebut nama Muhammad secara jelas. Kitab ini baru saja ditemui tetapi ia disembunyikan oleh tangan-tangan yang jahil.

Cerita dari sumber tersebut memberitahu tentang Nabi Isa yang menjelaskan kepada kaumnya tentang kehadiran Muhammad atau dikenali juga dengan nama Ahmad. Dalam sumber itu juga dibincangkan sifat-sifat Muhammad yang akan membawa kebenaran kepada dunia. Nabi Isa sendiri amat meyakini akan kehadiran Nabi Muhammad SAW. Novel 1511H [Kombat] ini juga turut menceritakan hal yang sama tentang kebenaran kewujudan Nabi Muhammad SAW. Kedua-dua wacana yang dipetik ini menunjukkan berlakunya pengubahsuaian sumber terhadap fakta yang telah dilakukan oleh pengarang untuk menegaskan bahawa nama Nabi Muhammad SAW memang jelas terkandung dan dibincangkan dalam kitab Injil walaupun tidak diakui oleh orang kafir.

Nabi Isa yang dikatakan “Tuhan” juga oleh pengahut agama Kristian turut mengakui kehadiran Nabi Muhammad SAW. Maka, sepatutnya pengakuan Nabi Isa tersebut turut diperakui oleh pengikut-pengikut Nabi Isa yang lain yang menganut agama Kristian. Namun, hal itu tidak berlaku kerana agama Kristian tetap tidak mahu mengakui wujudnya Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir seperti yang diakui oleh pesakit tersebut kepada doktor yang merawatanya. Ketidakakuan itu berlaku kerana mereka berpegang kepada Nabi Isa yang dikatakan pernah dianiaya dan dibunuh oleh musuh-musuhnya.

5 Pengarang turut memindahkan Injil dalam Deuteronomy ayat 2, Bible bab Genesis ayat 20, Bible bab Isaiah ayat 14 – 17, dan Gospel pada bab John ayat 26.

527 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018)

Penggunaan kitab Injil (Bible) yang dirujuk dalam sumber tersebut oleh Faisal Tehrani untuk disesuaikan dalam karya menunjukkan proses pindaan dalam karya untuk menegaskan kewujudan Nabi Muhammad SAW. Faisal Tehrani turut memasuki gereja ketika berada di Jerman pada tahun 2006 sewaktu perayaan Krismas untuk memperlihatkan perkaitan rujukan sumber tersebut. Beliau melihat sendiri bagaimana perjalanan upacara keagamaan masyarakat Kristian di sana untuk memperlihatkan perkaitan dan simbolisme upacara penyembahan terhadap Nabi Isa. Asas ini turut dijadikan sumber untuk memindahkan Bible tersebut dalam karya dengan membuat sedikit pengubahsuaian.6 Pengubahsuaian ini dilakukan untuk memberi kekuatan perjalanan plot yang dibina untuk melengkapkan proses kreatifnya.

Interpretasi peristiwa tersebut menjadi fakta yang digunakan oleh pengarang dalam karya adalah perkara yang sebenar dan bukannya rekaan magis pemikirannya. Hal tersebut terbukti melalui kewujudan Nabi Muhammad SAW yang turut diakui dalam kitab Injil dan Bible. Faisal Tehrani menggunakan sumber sebenarnya untuk berdakwah berasaskan kebenaran agar pembaca memperakui kebenaran serta kemurnian Islam (Hashim Awang, Dewan Sastera, 1993: 74). Sumber yang sebenar ini penting untuk meyakinkan khalayak terutama bagi masyarakat bukan Islam yang sentiasa menolak kehadiran Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah.

Cerita tersebut ditimbulkan pengarang untuk tidak mendatangkan keraguan dalam sejarah Islam supaya barat tidak menukarkan fakta sebenarnya sebagai usaha serangan pemikiran untuk mencemarkan kebenaran tentang kewujudan Rasulullah sekaligus mencemarkan gambaran peribadi Rasulullah, sejarah Islam dan sistem hidup dan warisan Islam (Osman Hj. Khalid, 2002: 31). Inilah dakwah yang cuba disampaikan oleh Faisal Tehrani kepada khalayaknya. Teknik penulisan sedemikian membuktikan bahawa kebenaran dan kebijaksanaan Islam sekaligus menyangkal hujah-hujah yang dikemukakan oleh Barat tentang Nabi Muhammad SAW.

Sumber: Sirah Nabi Sirah Nabi turut digunakan dalam novel 1511H [Kombat] untuk menggambarkan ketokohan watak utama berasaskan keagungan Nabi Muhammad SAW. Sumber yang dirujuk dalam novel ini ialah Sirah Rasulullah, Penghulu Para Anbiya (1994) karya Abdullah A.M. Pengubahsuaian dari sumber asal tersebut adalah untuk mengungkapkan kebenaran tentang kelebihan yang terdapat pada Rasulullah. Berikut adalah pernyataan tersebut:

Dia menyingkap singletnya dan terzahir tanda yang seakan bercahaya. “pada belikat habib ini tertulis Sharjeel dan pada belikat enta tertera larikan tulisan Khaleed (1511 H [Kombat]: 61).

Catatan sumber asal pula adalah seperti berikut:

Paderi berkata: … kami dapati sifat-sifatnya ada di dalam kitab suci Ilahi. Lagipun ada meteri di belikatnya. Khatamun Nubuwah - sekeliling juga cahaya menyinari (Abdullah A.M. 1995: 45).

6 Wawancara pengkaji dengan Faisal Tehrani pada 9 Mac 2011 pada jam 3.00 petang di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA), Jalan Tun Ismail, . Menurut Faisal Tehrani, pemerhatian ini juga digunakan untuk menyiapkan novel Tuhan Manusia dalam isu pluralisme beragama.

528 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018)

Sumber asal ini menceritakan perihal bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Abu Talib yang pernah membawa beliau kepada seorang Paderi. Paderi tersebut telah mengakui pelbagai kelebihan yang diperhatikan terhadap sifat Rasulullah dan beliau mengakui bahawa sifat-sifat mulia Nabi Muhammad terdapat dalam kitab Allah SWT dan jelas kelihatan di bahagian belikatnya. Bukan itu sahaja, Paderi tersebut juga dapat melihat cahaya yang mengelilingi dan mengiringi Rasulullah SAW.

Pengarang novel telah mengubahsuai cerita yang asalnya berlaku kepada Rasulullah SAW ketika beliau masih kecil (berumur 12 tahun) dan telah dibawa oleh Abu Talib kepada seorang paderi. Paderi tersebut mengakui bahawa budak yang dibawa kepada beliau mempunyai tanda-tanda sebagai seorang yang bakal menerajui pucuk pimpinan alam semesta. Interpretasi daripada peristiwa tersebut menunjukkan kelebihan Rasulullah turut diakui oleh Paderi Kristian menunjukkan agama Kristian tidak menafikan kewujudan Nabi Muhammad SAW.

Ketokohan awal Rasulullah SAW diubahsuai kepada watak Muhammad Ameen dan tanda yang tertera di belikatnya itu menunjukkan kelebihan yang telah dikurniakan sejak dilahirkan.7 Persamaan yang jelas dalam kedua-dua peristiwa ini menunjukkan pengarang mengubahsuai kelebihan yang ada pada Rasulullah SAW untuk diberikan kepada Muhammad Ameen untuk meyakinkan khalayak tentang kelebihan Rasulullah SAW. Jelas sekali, pengubahsuaian yang dilakukan merujuk ketokohan dan kelebihan yang ada pada Nabi Muhammad SAW dapat memperkukuhkan lagi ketokohan dan kewujudan Nabi Muhammad SAW melalui proses kepengarangan penulisannya.

Kesimpulan

Sumber yang digunakan oleh pengarang terhadap Muslim Spain Its History and Culture dan Sejarah Melayu berjaya mengetengahkan kepakaran orang Islam dan orang Melayu yang berkaitan dengan rekaan busana yang sesuai untuk orang Islam. Kepakaran Ziryab dalam rekaan busana Muslim bukan sekadar mendedahkan kepakarannya mereka busana atau pakaian empat musim, namun hal ini juga mendedahkan bagaimana Ziryab turut arif atau pakar dalam memperkenalkan fesyen rambut, barangan seni untuk kecantikan, ubat gigi dan produk-produk kecantikan kosmetik yang lain. Sumber-sumber yang dibincangkan tersebut dapat menceritakan perihal kehebatan Islam dan kegemilangan tamadun Islam yang pernah bertapak di negara Timur Tengah suatu ketika dahulu. Kehebatan ini masih lagi kuat kesan-kesannya dan dimanfaatkan oleh masyarakat dunia. Kehebatan dan kecerdikan yang dimiliki oleh orang Islam ini memperlihatkan bahawa mereka juga terserlah dari aspek pemikiran.

RUJUKAN

Anwar G. Chejne, 1974. Muslim Spain its history and culture. United Kingdom: The University of Minnesota Press, Minneapolis.

Faisal Tehrani, 2007. Manikam Kalbu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7 Ketokohan Muhammad Ameen ini juga disesuaikan dengan sumber sewaktu tokoh Qa’qa bin Amr at- Tameemi ditanya oleh Rasulullah dalam medan peperangan (1511H [Kombat]: 62).

529 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018)

Ghazali Darusalam, 1996. Dinamika ilmu dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hashim Awang, 1994. Dewan Sastera, Februari 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibnu Hadjar Emha dlm. Abdul Latif Abu Bakar etc (pnyl), 2004. Busana Melayu Serumpun. Melaka: Institut Seni Melaka.

Julia Kristeva (edited: Toril Moi), 1986. The Kristeva reader. Southampton, Great Britain: Camelot Press Ltd.

Kamariah Kamaruddin, 2006 (tesis PhD). Novel-novel berunsurkan Islam: Satu analisis berdasarkan teori takmilah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Asri Zainul Abidin, 2008. Mengemudi bahtera perubahan minda. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Tun Seri Lanang yang dikaji dan diperkenalkan oleh Muhammad Haji Salleh, 1997. Sulalat al-Salatin ya’ni Perteturun Segala Raja-raja Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

W.G. Shellabear, 1975. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Yusof Zaky Yacob (alihbahasa), 1975. Muhammad Qutb – Salah faham terhadap Islam. : Sharikat Dian Darulnaim Sendirian Berhad.

Al-Quran

Surah Al-A’raf, ayat 26. Surah al-Nahl, ayat 125.

530