Sumber Yang Membincangkan Lambang Kebijaksanaan Islam

Sumber Yang Membincangkan Lambang Kebijaksanaan Islam

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) Sumber Yang Membincangkan Lambang Kebijaksanaan Islam Wan Zaliha binti Wan Othman, Amanah binti Mohd Noor & Rashinawati binti Abd Rashid Abstrak Perbincangan secara kualitatif akan meneliti dan membincangkan sumber yang digunakan oleh pengarang dalam novel Manikam Kalbu dan novel 1511 [Kombat] untuk mendedahkan produk-produk yang dihasilkan oleh orang Islam sebelum ini. Objektif perbincangan ini menceritakan bagaimana asal-usul kegemilangan dan produk-produk Islam yang dihasilkan oleh umat Islam sebelum ini namun tidak diiktiraf malahan telah ditenggelamkan faktanya. Dalam aspek berpakaian, muzik, seni sastera dan termasuklah dari aspek kepercayaan kepada Nabi Muhammad SAW, perbincangan ini menunjukkan bagaimana asal-usul yang bersumberkan Muslim Spain Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974) dan lain-lain sumber membuktikan bagaimana kegemilangan Islam ini telah diterima di seluruh dunia namun tenggelam kerana pelbagai faktor. Cadangan perbincangan ini menunjukkan produk- produk yang dihasilkan oleh orang Islam yang terkenal sehingga kini bukan sahaja perlu diiktiraf oleh dunia malahan perlu dipatenkan supaya orang Barat tidak boleh mengaku produk tersebut adalah ciptaan dan milik mereka. Abstract This qualitative discussion will examine and discuss the sources used by authors in the novel Manikam Kalbu and the 1511 [Kombat] novel to expose the products produced by Muslims back then. The objective of this discussion is to explain how the origins and Islamic products produced by Muslims back then was not recognized and have been drowned in fact. In the aspect of dressing, music, literature and including aspects of belief in the Prophet Muhammad, this discussion shows how the origin of Muslim Spain's Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974) and other sources proved how the glory of Islam this has been accepted by worldwide but drowned for various factors. The suggestion of this discussion shows that the products produced by well-known Muslims to date not only need to be recognized by the world but must be patented so that Westerners can not claim that the product is their creation and belongings. 1.0 Pendahuluan Objektif perbincangan ini akan memperlihatkan pelbagai sumber yang digunakan oleh pengarang dalam novel Manikam Kalbu untuk mengetengahkan pelbagai jenis produk Islam. Produk-produk ini telah berjaya mengetengahkan kecemerlangan hasil kerja umat Islam pada zaman kegemilangan pemerintahan Islam. Permasalahan utama perbincangan ini membincangkan bagaimana hasil-hasil seni Islam telah dimanipulasi sehingga menenggelamkan hak-hak kepunyaan, keistimewaan, kelebihan dan pemilikan ekslusif orang Islam. Hak dan keistimewaan produk yang dihasilkan oleh orang Islam dikhuatiri tidak lagi diperakui oleh dunia. Metodologi perbincangan ini secara kualitatif terhadap bukti-bukti yang diambil dari sumber-sumber yang bersesuaian. Perbincangan ini juga turut membincangkan aspek kepercayaan dan akidah umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Aspek tersebut membincangkan bagaimana kewujudan Rasulullah SAW telah dinafikan oleh pihak-pihak yang berkuasa sedangkan realiti sejarah menunjukkan kebenaran nyata yang sebenar yang sukar dinafikan oleh dunia. Perbincangan 519 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) ini akan dimulakan untuk membincangkan bagaimana asal-usul yang dibincangkan dalam buku yang dijadikan sebagai sumber iaitu buku Muslim Spain Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974). Buku ini dijadikan panduan oleh pengarang dalam novel Manikam Kalbu untuk mereka menjelaskan kepada dunia bahawa beberapa produk Islam telah dimanipulasi dunia. Novel Manikam Kalbu ini mengisahkan dua zaman yang berbeza dan berlainan yang dihubungkan dengan cerita tentang kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Pengarang novel ini mencipta novel tersebut untuk memperlihatkan beberapa perkara termasuklah perihal makna dan falsafah Melayu yang terkandung dalam ciptaan setiap fesyen dan busana yang dicipta. Novel Manikam Kalbu ini mengisahkan bagaimana cerita daripada dua zaman yang berbeza dan sebahagian kandungan ceritanya merujuk peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Kesemua cerita ini dikaitkan dengan data atau fakta yang bersumberkan cerita Ziryab dalam Muslim Spain Its History and Culture (Anwar G. Chejne: 1974). Fakta ini dijadikan sebagai sumber utama untuk memberitahu orang ramai tentang falsafah dan budaya yang ada dalam pakaian orang Melayu. 2.0 Perihal Pereka Fesyen Dalam novel Manikam Kalbu ini, Ziryab sebagai watak utama dalam Manikam Kalbu adalah watak sebenar yang diambil daripada nama pereka Islam yang terkenal yang bernama Abul Hasan Ali ibnu Nafi yang lahir di Iraq pada tahun 789 Hijrah. Berikut adalah keterangan yang menjelaskan bagaimana watak Abul Hasan Ali ibnu Nafi yang juga dikenali sebagai Ziryab sebenarnya timbul dalam Manikam Kalbu. Keterangan tentang ZIryab ini menceritakan perihal pereka fesyen yang terkenal yang merupakan orang Islam dan sangat disegani oleh masyarakat dan juga dalam kalangan orang istana. Dalam novel tersebut, watak tersebut timbul apabila Cikgu Natasya menceritakan perihal pereka fesyen terkenal yang lahir pada tahun 789 Hijrah. Berikut adalah kata-kata Cikgu Natasya: “Ziryab nama pereka fesyen terkenal Islam. Dia juga seorang ulama.” “Ziryab itu nama sebenarnya Abul Hasan Ali ibnu Nafi. Dia lahir di Iraq pada tahun 789 Hijrah. Beliau ahli muzik dan anak murid kepada ulama muzik terkenal, Ishak al-Mausili ketika era kehebatan dinasti Abbasiyah. Malah dia sangat masyhur di Andalusia dan dikatakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan fesyen musim dingin dan fesyen musim panas. Juga fesyen untuk musim gugur dan musim bunga. Ziryab juga bertanggungjawab memperkenalkan seni dandanan rambut termasuklan barangan kecantikan seperti produk kosmetik, ubat gigi, dan deodoran ke Eropah (Manikam Kalbu: 54-56). Kata-kata Cikgu Natasya ini adalah untuk menjelaskan kepada pembaca tentang ketokohan dan kemasyhuran Ziryab. Kata-kata ini juga dapat memberi perangsang serta menasihati Ziryab agar beliau meneruskan niat dan bakatnya dalam rekaan busana Muslim. Kata-kata ini juga juga diucapkan kerana Ziryab agak ragu-ragu dengan kebolehannya dan khuatir dia tidak mampu untuk merealisasikan cita-cita dan niatnya dalam bidang rekaan busana muslim ini. Kata-kata nasihat daripada Cikgu Natasya ini memberi perangsang juga 520 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH e-ISSN: 2289-8042 SPECIAL ISSUE (2018) mengingatkan Ziryab untuk berdakwah melalui rekaan fesyen terkini. Penggunaan watak Ziryab dalam Manikam Kalbu yang berpandukan kepada watak sebenar semasa zaman Abbasiyah dan terkenal di Andalusia menunjukkan berlaku penjenamaan semula watak sebenar dari zaman tersebut ke dalam novel Manikam Kalbu. Menerusi pakaian juga akan menggambarkan kepatuhan syariah yang boleh membawa dakwah untuk kebaikan kepada umat Islam. Jika diteruskan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan semasa membolehkan setiap rekaan boleh diterima tanpa melanggar sebarang syariat dalam berpakaian. Sumber teks yang dirujuk untuk menggambarkan kelebihan dan ketokohan Ziryab pada zaman kerajaan Andalusia: But the most important émigré was Ali Ibn Nafi, known as Ziryab (789 – 857). He was probably a client (mawla) who was brought up and educated in Baghdad. According to Ibn Rabbihi, he was a black slave of the famous musician Ibrahim al- Mawsili, the leading musician of the day who trained him in the arts of music and singing. He was so gifted that his special talents attracted the attention of the Caliph Harun al-Rasjid… (Anwar G. Chejne, 1974: 372). Sumber yang dipetik ini menjelaskan dan mendedahkan ketokohan Ziryab. Cikgu Natasya menonjolkan ketokohan Ziryab untuk membincangkan isu berkaitan busana Muslim dalam novel ini. Ketokohan Ziryab di zaman Abbasiyah ini telah dijadikan panduan kepada pengarangnya iaitu Faisal Tehrani untuk menamakan watak Ziryab dalam novel Manikam Kalbu. Ketokohan dan kepakaran Ziryab ini ditafsirkan kepada seorang watak remaja yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang jahitan busana muslim. Kebolehan Ziryab dalam novel ini adalah menunjukkan kepakaran secara warisan yang diperoleh daripada neneknya bernama Zainon Abdullah yang pernah menjadi tukang busana istana Maziah, Istana Bukit Chandan dan Istana Bukit Serene (Manikam Kalbu: 350). Dalam novel tersebut, Ziryab diberikan peranan yang lebih besar untuk menyesuaikan busana Melayu dengan keperluan semua zaman yang tidak menyalahi etika dan hukum untuk orang Islam dan masih bersandarkan syariah Islam. Beliau telah mencipta busana berasaskan baju kurung untuk orang perempuan dan baju Melayu untuk orang lelaki yang boleh digunakan dan bersesuaian untuk semua majlis. Perbincangan busana ini adalah untuk menyampaikan dakwah menerusi berpakaian dan mengikut syariat yang ditentukan oleh agama. Kehadiran watak Ziryab dalam Manikam Kalbu ini diadakan oleh pengarang untuk memperkukuhkan konsep dakwah dalam mengajak manusia melakukan islah (nilai pembaikan) melalui etika berpakaian yang betul. Nilai pembaikan melalui tingkah laku dapat mempamerkan kebaikan dari segi sikap ke arah pegangan hidup yang lebih baik (Kamariah Kamarudin, 2006: 246). Sikap dan peribadi yang mulia mencerminkan keindahan dan kebaikan agama Islam itu sendiri. Hal tersebut juga menjelaskan pengarang secara tidak langsung bertindak sebagai pendakwah dalam memahamkan khalayak pembaca melalui corak berpakaian untuk

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    12 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us