PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, RINGKASAN EKSEKUTIF

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENGENALAN

Projek ini bertajuk “PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH.” Projek yang dicadangkan merupakan sebuah kilang bertujuan untuk mengisi gas campuran ethylene oxide (ETO) dengan

karbon dioksida (CO 2) untuk kegunaan perubatan.

2.0 PENGERAK PROJEK DAN JURUPERUNDING

Pengerak Projek untuk projek ini ialah Tomoe Sdn. Bhd. (TMSB). Sebelum penubuhan kilang TMSB di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), sebarang surat menyurat boleh dialamatkan ke pejabat Tomoe Industrial Gas Malaysia Sdn. Bhd. (TIGM) di Pulau Pinang. TMSB boleh dihubungi di:

TOMOE MALAYSIA SDN. BHD. 1-05-05 E Gate, Lebuh Tunku Kudin 2, 11700 Gelugor, .

Tel : 04-659 2177 Faks : 04-658 2177

Hubungi : Mr. Daisuke Sakuma (Pengarah Urusan) : Ms. Hon Wan Yee (Eksekutif Penjualan)

Sa Yaeng Enterprise (SYE) telah dilantik oleh untuk menjalankan kajian Penilaian Awal Kesan Alam Sekitar (PEIA) ini. SYE boleh dihubungi di:

SA YAENG ENTERPRISE 42, Jalan Saujana 2, Taman Industri Saujana, Mukim Seluang, 09600 Kulim, Kedah Darul Aman.

Tel : 012-460 4415 Faks : 04-4843533

Hubungi : En. Mohd Shahril Mohd Amin (Pengarah Urusan)

RE-1

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

3.0 LOKASI

Cadangan Projek berada di latitud N 05° 25’ 24’’ dan longitud E 100° 34’ 32” di atas Lot 13 (Pt 2493) Fasa 3 KHTP. Ia terletak kira-kira 6 km dari Kulim, 15 km dari Bukit Mertajam dan 3.2 km dari Kulim Perdana.

Ketersampaian ke tapak Projek adalah mudah dari Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), E15, melalui simpang empat Lebuhraya Perdana yang terletak kira-kira 2.5 km dari lokasi. Dari simpang empat Lebuhraya Perdana, harus menghala terus sehingga simpang empat yang seterusnya; simpang Lebuh Perdana – Jalan Hi- Tech 1. Di sini, pusing ke kanan dan menghala terus sehingga tiba ke selokan kanan menuju ke into Jalan Hi-Tech 13. Apabila tiba di lampu isyarat, pusing ke kiri dan tapak projek berada di sebelah kanan.

Sekiranya dari Kulim, tapak boleh dihubungi melalui Jalan Tunku Putra yang menyambung simpang Jalan Lunas dan Jalan Serdang. Pusing ke kanan ke Jalan Serdang sehingga tiba di simpang ke Lebuhraya Perdana di kiri. Hala terus sehingga tiba di simpang empat kedua iaitu Lebuh Perdana – Jalan Hi-Tech 1. Pusing ke kiri dan terus sehingga selokan ke kanan masuk ke Jalan Hi-Tech 13 dan setrusnya di lampu isyarat yang pertama, pusing ke kiri dan tapak berada di sebelah kanan.

Pelan kunci tapak dan pelan lokasi tapak adalah ditunjukkan di Rajah RE.1 dan Rajah RE.2.

4.0 KEPERLUAN UNDANG-UNDANG

Cadangan Projek yang melibatkan pembinaan kilang meproses petrokimia yang merupakan aktiviti yang ditetapkan menurut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling), 2015 di bawah Jadual Pertama 6(d): Petrokimia – Keupayaan pengeluaran setiap keluaran atau gabungan keluaran kurang daripada 50 tan sehari.

Berdasarkan Jadual ini, PEIA adalah mandatori dan kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar (DOE) adalah diperlukan sebelum pelaksanaan Projek. PEIA ini adalah dijalankan berdasarkan keperluan di atas.

RE-2

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

KULIM HI TECH PARK

Rajah : RE.1 Tajuk : Pelan Kunci Tapak

Skala : Tidak Mengikut Skala Disediakan oleh / Sumber : KHTP : CKS / Jan 2016 Tarikh

RE-3

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

KULIM HI TECH PARK

Project Site

Rajah : RE.2 Tajuk : Pelan Lokasi Tapak

Skala : Tidak Mengikut Skala Disediakan oleh / Sumber : KHTP /TMSB : CKS / Jan 2016 Tarikh

RE-4

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

5.0 KENYATAAN KEPERLUAN

Keperluan Projek adalah berdasarkan kepada pertimbangan berikut:

• Selaras dengan polisi pembangunan negeri: Cadangan Projek berada di KHTP, satu kawasan yang dikhususkan untuk pembangunan perindustrian seperti yang ditetapkan dalam ‘Draf Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2004 – 2020’. Oleh itu, cadangan Projek merupakan maklumbalas positif terhadap seruan penguatkuasa tempatan untuk perkembangan industri di kawasan ini.

• Kemampanan persekitaran – Polisi kebangsaan: Selaras dengan Model Ekonomi Baru (NEM), 2010 negara kita ingin mencapai pertumbuhan ekonomi yang seimbang dengan kemampanan persekitaran. Oleh itu, industri dengan teknologi yang lebih bersih adalah digalakkan. Cadangann projek merupakan kilang mengisi ETO ke dalam silinder untuk kegunaan perubatan. Dengan demikian, Projekk ini merupakan maklumbalas positif untuk menyokong kemampanan persekitaran kerana sangat sedikit buangan yang akan dijana dari operasi manakala pencemaran yang terhasil juga amat minima.

• Manfaat ekonomi: Malaysia merupakan negara berkedudukan strategik di dalam Asia Tenggara. Oleh itu, penempatan kilang di sini akan membolehkan kilang pengeluaran ini menjadi hub serantau untuk membekalkan silinder gas perubatan sediada di dalam Malaysia dan ke Singapura. Dengan demikian, Projek ini adalah perlu untuk membolehkan kilang menjadi pembekal serantau bagi pasaran Malaysia dan Singapura pada kos yang kompetitif. Sejurusnya, dengan kilang serantau di Malaysia juga akan merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui industri yang mengakibatkan impak pencemaran yang minima ke persekitaran sekeliling.

6.0 HURAIAN PROJEK

6.1 Susunatur

Luas kawasan keseluruhan Lot 13 IZP 3, KHTP ialah 2.176 acres (kira-kira 0.8806 ha). Tanah dimiliki oleh Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC), yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Projek akan menyewa tapak tanah dari KTPC dengan pajakan 60 tahun dan pilihan pembaharuan selama 39 tahun.

Cadangan kilang ialah membina dua bangunan berasingan di mana satu ialah kilang pengeluaran setingkat manakala bangunan sebuah lagi ialah banguan setingkat dengan pejabat tingkat berbahagi. Terdapat pemampan perimeter 7m dari sempadan tanah di mana 5m ialah pemampan garis hijau mandatori manakala tambahan 2m ialah garis bangunan kilang.

Bangunan kilang pengeluaran akan dibina di tengah tapak tanah. Ke arah sempadan tenggara ialah bangunan pejabat.

RE-5

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

Di sebelah seksyen pejabat ialah ‘warehouse’. Di hujung pula, sebelah ‘warehouse’ ialah kawasan penyelenggaraan. Kawasan yang selebihnya dirancang untuk infrastruktur dan utiliti seperti rumah pengawal, jalan keluar masuk, simpanan jalan, tempat letak kenderaan dan landskap.

Rancangan gunatanah keseluruhan untuk Lot 13 adalah seperti di Jadual RE.1 manakala pelan susunatur projek ditunjukkan dalam Rajah RE.3

Jadual RE.1 – Rancangan Gunatanah Keseluruhan Lot 13

Unit Gunatanah Luas (m2) Peratus (%) Bangunan Luas bina kilang pengeluaran 1 9.5 - Kawasan pengisian - 692m 2 836 1.9 - Utiliti - 114m 2 - Makmal QA/QC – 30m 2 Kawasan kanopi 171 Kawsan terbuka kawasan tangki dan - 492.8 5.6 penggahar basah Pejabat, ‘warehouse’ dan 1 496 5.6 penyelenggaraan Rumah pengawal dengan tandas Jalan keluar masuk, simpanan jalan, tempat letak kenderaan - 5,110.2 58.1 Landskap Garis pemampan perimeter Lain-lain Kawasan terbuka (timur laut) - 1700 19.3 Jumlah 2 8,806 100

6.2 Konsep dan Rekabentuk

Konsep cadangan Projek adalah untuk mengisi gas ETO sebagai campuran ETO-

CO 2 atau ETO asli ke dalam silinder dan dram gas untuk tujuan pembekalan kegunaan sebagai gas perubatan.

Cadangan Projek mempunyai kapasiti yang direka untuk memproses kira-kira 60T ETO dan 70T CO2 setiap bulan. Dengan kapasiti yang direka, anggaran 129.4 T produk dalam bentuk campuran gas ETO-CO2 atau ETO asli bagi kegunaan perubatan dijangka setiap bulan. Produk diisi dalam silinder 47L, 108L atau dram 700kg dan 900kg. Projek ini direka untuk beroperasi secara berkala untuk sesi kerja biasa dari 8am ke 5pm, 8 jam sehari untuk 26 hari sebulan.

RE-6

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

6.3 Komponen

Penerangan komponen Projek adalah dijelaskan dibawah:

• Struktur dan Infrastruktur: Cadangan kilang ini merupakan dua bangunan kilang di mana satu adalah kilang pengeluaran dan satu ialah bangunan pejabat-‘warehouse’-penyelenggaraan dengan pejabat tingkat-berbahagi di bawah satu bumbung. Bersebelahan kilang pengeluaran ialah kawasan terbuka untuk kawasan tangki dan penggahar basah manakala rumah pengawal terletak bersebelahan bangunan pejabat-‘warehouse’- penyelenggaraan berdekatan dengan pintu masuk utama. Infrastruktur lain termasuk jalan masuk utama, simpanan jalan dan tempat letak kenderaan, landskap, garis pemampan perimeter dan kawasan terbuka di sempadan timur laut.

• Peralatan: Peralatan utama di kilang ini ialah 4 unit pengisian silinder, 3 unit penyediaan silinder, masing-masing 2 unit pengisian dram; penyediaan dram dan header unit CO 2, dan 1 unit sistem penggahar basah sebagai sistem pengawalan pencemaran udara.

• Bahan mentah: Bahan mentah yang diperlukan ialah ETO dan CO 2. Bahan ini dibeli dalam bentuk cecair dan dihantar terus ke kilang dalam tangki ISO dan CE.

• Sistem Penggahar Basah: Sisa ETO dari pengisian akan dialirkan untuk digahar di sistem penggahar basah. Selain dari itu, semua gas selepas ‘purging’ di unit penyediaan akan dialirkan untuk penggaharan ETO juga. Sistem penggahar basah yang digunakan ialah penggahar 3 peringkat di mana ia mampu menggahar sehingga 99.9964% ETO. Ketika kilang beroperasi pada kapasiti maksima dijangka 5,687 kg sisa ETO akan dialirkan untuk penggaharan.

• Produk siap: Produk akhir dari proses pengisian ialah campuran gas ETO- CO 2 dalam silinder 47L atau 108L cylinders dan gas ETO asli dalam 700kg atau 900kg drams. Produk akhir campuran ETO-CO 2 adalah dalam komposisi pelbagai peratusan mengikut keperluan dan kehendak pelanggan yang boleh

merrangkumi dari 10% ETO - 90% CO 2 ke 90% ETO – 10% CO 2. Kapasiti pengeluaran yang dijangka ialah 129.4 T gas ETO dan ETO-CO 2 per bulan.

• Penjanaan sisa: Untuk proses pengisian, tiada sisa yang dijana secara langsung kecuali lebihan gas dari header unit ETO dan buangan gas ETO dari tangki ISO yang sangat minima. Gas sisa ini dialirkan ke penggahar basah. Sisa gas hampir dijana sepenuhnya dari proses penyediaan silinder, semasa aktiviti ‘purging’. Gas dari ‘purging’ juga dialirkan ke penggahar basah. Semasa penyediaan silinder, pemeriksaan visual dibuat ke atas semua silinder yang dikembalikan. Silinder berkarat di dalam akan dihantar ke penyelenggaraan untuk ‘sand blasting’ dan seterusnya pembasuhan menggunakan aliran air panas. Efluen dari pembasuhan akan dikumpul

RE-8

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

dalam tangki lazim seperti tangki IBC 1m 3 dan distor di kawasan penyelenggaraan dan dilupus sebagai SW 422.

• Pengangkutan: Untuk bahan mentah, tangki pukal ETO akan dihantar dari pelabuhan kerana ia dibeli dari luar negara. Manakala pengangkutan CO 2 dan N2 di dalam tangki pukal akan bermula dari kilang tempatan yang dibeli. Kedua-dua bahan mentah dan produk akhir akan diangkut menggunakan perkhidmatan kontraktor pengangkutan.

• Kemudahan asas: Sumber tenaga pekerja yang diperlukan untuk Projek ialah 15 orang. Manakala pejabat mempunyai 5 kakitangan. Bekalan air bersih untuk kegunaan pejabat akan dibekalkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA). Bekalan tenaga elektrik akan diperoleh dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) manakala kemudahan telekomunikasi akan disediakan oleh Telekom Malaysia (TM). Kumbahan dari tandas akan disambung ke sistem saliran kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) untuk rawatan di loji rawatan kumbahan (STP), KIM128. Sisa pepejal yang dijana akan dikumpul mengikut jadual oleh kontraktor, Solid Waste & Public Cleaning Management Corporation, SWCorp Malaysia dan dibuang ke tapak pelupusan.

6.4 Huraian Proses

Carta aliran keseluruhan proses ditunjuk dalam Rajah RE.4 .

Pertama sekali, silinder dan dram terguna diterima kembali dari pelanggan dan disimpan dengan rapi di kawasan penstoran. Silinder dan dram akan melalui

proses ‘purging’ menggunakan gas N2 untuk memastikan dalamnya adalah kosong sepenuhnya di unit penyediaan.

Selepas itu, pemeriksaan visual dijalankan. Sebarang silinder yang telah pudar warna akan dihantar ke penyelenggaraan untuk dicat. Pemeriksaan visual juga termasuk melihat keadaan dalam silinder. Silinder dengan dalam yang berkarat akan dihantar ke penyelenggaraan untuk menghilangkan karat melalui ‘sand blasting’ diikuti dengan pembasuhan menggunakan air panas. Sebarang silinder yang lama dan rosak akan disimpan di kawasan penyelenggaraan untuk dijual sebagai besi buruk.

Silinder dan dram kosong yang telah disedia akan dihantar untuk pengisian di unit pengisian. ‘Cylinder management system’ melalui ‘management system server’,

akan menentukan formula pengeluaran dan jumlah campuran gas ETO-CO 2 atau ETO asli akan diisikan secara automatik sehingga mencapai berat yang diingini.

Sampel akan dikumpul untuk ‘quality control’ dan ‘quality assurance’ menggunakan peralatan GC di makmal.

Produk akhir dari proses pengisian ialah campuran gas ETO-CO 2 dalam silinder 47L atau 108L dan gas ETO asli dalam dram 700kg atau 900kg yang akan

RE-9

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

dihantar ke pelanggan yang ditetapkan dan ditukar kembali dengan silinder kosong.

Proses melibatkan pusingan kitar semula berterusan penggunaan silider dan

dram di antara pelanggan dan TMSB.

Dari segi pelepasan udara, sisa gas ETO dijana semasa proses ‘purging’. Sisa ETO juga dijana dari ETO berlebihan dari unit header ETO dan juga pembuangan gas dari tangki ISO. Sisa gas ETO akan dialirkan ke penggahar basah 3 peringkat dengan kadar kemampuan 99.9964%.

Proses pengisian tidak menggunakan sebarang air, oleh itu, tiada efluen dijana. Tetapi, efluen dijana secara ‘batch basis’ semasa proses pembasuhan di kawasan penyelenggaraan. Efluen mengandungi campuran glycco, acid sulfuric dan water turut dijana.

6.5 Imbangan Jisim

Berdasarkan kepada carta aliran proses, imbangan jisim keseluruhan proses pengisian ditunjukkan dalam carta berikutnya. Berdasarkan input kapasiti

rekabentuk operasi sebanyak 60T ETO/ bulan dan 70T CO 2/bulan, produk akhir yang dijangka ialah 129.4 T/bulan dengan 1% ETO hilang sebagai sisa semasa proses. Dengan kemampuan kadar penggaharan sebanyak 99.9964%, pelepasan ETO dari cerobong penggahar basah adalah dijangka rendah sebanyak 0.002 T/bulan.

Imbangan Jisim (Kapasiti Rekabentuk) Huraian (dalam T/bulan) Masuk Keluar Pengisian

i) Bahan mentah CO 2 70 ii) Bahan mentah ETO 60 iii) Lebihan ETO & Pelupusan 0.6 ‘Purging’

i) N 2 5.687 ii) Sisa gas ETO 5.087 iii) Lebihan ETO & Pelupusan 0.6 Penggahar basah

i) Sisa gas ETO 5.687 ii) Pelepasan ETO 0.0002 iii) Efluen – ETO digahar 5.6868 Produk i) Produk akhir 129.4 Jumlah 141.374 141.374

RE-10

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

Petunjuk: ‘Unloading’ & Penstoran Gas N 2 Silinder dan dram kosong Gas CO 2 Besi buruk Gas ETO

Aliran proses Lama / rosak

Penjanaan sisa N2 N2 Unit Penyediaan Pemeriksaan visual Cecair ‘Purging’

Warna pudar / Keadaan baik berkarat di

CO 2 Unit Header CO 2 dalam Cecair CO 2 Unit Pengisian Penyelenggaraan Telah dibaiki Pengisian gas mengikut Cat, ‘Sand-blasting’ formula Pencucian air panas ETO Unit Header ETO Cecair ETO

Pembuangan gas tangki ISO ETO Penstoran & ‘Loading’ Efluen basuhan Gas ETO berlebihan Hantar produk akhir ke

pelanggan Penggahar Tangki basah Pemampan Sisa gas ETO ETO Efluen Penggahar basah Pelupusan BBT Pelepasan

Rajah. : RE.4 Tajuk : Carta Aliran Proses

Disediakan / Sumber : TMSB : CKS / Jan 2016 Tarikh

RE-11

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

7.0 PILIHAN PROJEK

Pilihan berikut telah dipertimbangkan dan penilaian dalam perancangan cadangan Projek:

Pilihan Tapak Projek berada di dalam estet perindustrian sedia ada yang berada dalam zon perindustrian ditetapkan. Tapak Projek mempunyai ‘buffer’ melebihi 500m dari kawasan kediaman terdekat dan justeru itu, tapak merupakan lokasi strategik untuk cadangan Projek.

Tapak juga dipilih atas keadaan persekitaran sedia ada. Topografi di tapak secara umumnya adalah rata dengan ‘platform level’ telah dicapai semasa pembangunan Fasa 3 KHTP. Keadaan sedia ada di tapak ialah tanah separa-bersih dengan pohon renek dan belukar. Maka ia tidak merupakan tapak yang berekologi sensitif.

Pilihan Teknologi Untuk projek ini, teknologi yang digunakan adalah mudah di mana gas diisikan terus ke dalam tangki yang lebih kecil melalui kawalan berkomputer. Tiada sebarang pembaziran dan semua kebocoran akan diminimakan dengan sambungan paip dan injap yang ditutup rapi. Tiada penjanaan efluen langsung dari proses dan efluen yang dijana dari unit penggahar adalah sangat minima.

Pada masa kini, teknologi ini telah digunakan dalam kilang yang serupa di rantau ini. Sokongan teknologi dan rekabentuk dari Jepun telah disalin di kilang lain seperti Indonesia dan menunjukkan rekod yang baik.

Pilihan susunatur Sebaik ditawarkan tanah, penggerak projek telah berusaha memastikan susunatur yang terbaik untuk Projek. Orientasi komponen yang dicadangkan dan keluar masuk kilang adalah penting untuk memastikan operasi yang lancar, selaras dengan panduan KHTP.

Secara keseluruhan, pilihan ‘Dengan Projek’ adalah disokong berdasarkan pertimbangan berikut:

• Projek akan membolehkan kemampanan persekitaraan kerana sangat sedikit buangan akan dijana dari operasinya manakala pencemaran yang amat minima akan dilepaskan ke persekitaran sekeliling. • Projek adalah berasaskan teknologi terbukti yang menjana sisa yang minima. • Projek akan menjana lebh peluang pekerjaan dan perniagaan di rantau Kulim. • Projek dapat menaikkan imej syarikat sebagai ‘corporate citizen’ yang bertanggungjawab di bawah industri bersih

RE-12

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

8.0 KEADAAN ALAM SEKITAR SEDIA ADA

Parameter Huraian

Persekitaran Fizikal

Topografi Tapak projek berada di latitud N 05° 25’ 24’’ dan longitud E 100° 34’ 32”. Topografi di tapak secara umumnya adalah rata dengan ‘platform level’ telah dicapai semasa pembangunan Fasa 3 KHTP. ‘Mean sea level’ tapak kira-kira 50m.

Geologi Kumpulan Triassic – ‘interbedded sandstone, siltstone and shale; widespread volcanics, mainly tuffs or rhyolitic to dacitic composition in Central Peninsula’. Batu kapur banyak di bahagian bawah. ‘Conglomerate’ dan ‘chert’ juga dominan setempat.

Tanah Siri Rengam-Jerangau

Hidrologi Saliran semulajadi sekitar kawasan Projek telah diubah oleh pembangunan yang sediaada. Sebarang air permukaan dari tapak akan dialirkan ke sistem longkang monsun di sempadan timur laut dan tenggara tapak. Longkang monsun ini merupakan sebahagian sistem saliran yang disediakan oleh KHTP.

Potensi air < 2,500 gelen/jam/perigi bawah tanah

Cuaca Cuaca tropika tipikal dengan suhu seragam, kelembapan tinggi dan hujan lebat.

Data Cuaca (2014) Butterworth, Seberang Perai

Hujan Tahunan 2,265.2 mm

Min Suhu Tahunan 27.7 °C

Min Kelembapan Relatif Harian Tahunan 80.8%

Kualiti air Kualiti air ‘baseline’ di takat persampelan W1 dan W2 masing-masing berada dalam Class III dan Class II manakala W3 dalam Class III.

Kualiti udara Kualiti udara ‘baseline’ yang direkod di stesen pengawasan, A1, A2 dan A3, adalah di dalam tahap MMAQS untuk parameter TSP and 3 PM 10 . Manakala, Kepekatan <0.005 mg/Nm dikesan untuk semua parameter disampel di AA1 iaitu ETO, kabus asid sulfurik, SO 3 dan CO 2.

Tahap bunyi Tahap bunyi bising yang direkod di stesen pengawasan N1, N2 dan N3 bising untuk waktu siang dan malam.

RE-13

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

Parameter Huraian

Sumber Biologi

Ekosistem Tapak Projek berada di kawasan industri KHTP yang tidak dikelaskan sebagai kawasan sensitif alam sekitar (ESA). Keadaan sedia ada di tapak ialah tanah separa-bersih dengan pohon renek dan belukar dan tumbuhan sedia ada adalah tumbuhan yang biasa ditemui di kebanyakan kawasan bandar di negara ini. Tiada habitat biologi penting ditemui di dalam tapak Projek dan kawasan sekelilingnya.

Persekitaran Manusia dan Gunatanah

Gunatanah 3 Gunatanah semasa tapak Projek ialah tanah separa-bersih. km Gunatanah di kawasan terdekat dengan tapak ke utara, timur dan selatan ialah jalan raya dan jauh sedikit ke utara adalah kilang industri di dalam KHTP. Di sebelah sempadan barat ialah tanah lapang yang bakal dibangunkan. Syarikat Air Darul Aman (SADA) bersebelahan tapak di sempadan barat daya. Tangki air milik SADA berada di sini.

Di dalam lingkungan 1 km dari sempadan tapak, terdiri daripada kawasan industry. Di utara ialah First Solar Malaysia Sdn Bhd dan Abbot Manufacturing Malaysia Sdn Bhd, di barat laut ialah Saint Gobain Malaysia Sdn Bhd. Ke arah barat daya ialah kawasan perindustrian Taman Industri Waja. Ke timur ialah loji rawatan kumbahan IWK, KIM128, yang dibina khusus untuk KHTP Fasa 3. Jauh lagi ke timur ialah kawasan utama pentadbiran dan perniagaan KHTP, pusat perniagaan KHTP. Jauh lagi ke timur laut ialah 2 tasik / kolam takungan, salah satu dari tasik-tasik di KHTP.

Gunatanah dalam lingkungan 2 km dari tapak Projek ke utara, barat dan selatan ialah kediaman. Kampung Padang China terletak di utara manakala Taman Nilam Baiduri, Taman Emas, Taman and Taman Lobak Indah di timur. Ke selatan ialah Kulim Heights, Taman Kulim Techno City dan Taman Suasa. Dalam Taman Kulim Techno City terdapat sekolah, SMK Hi-Tech Kulim dan SK Taman Hi Tech. Gunatanah industri adalah ke timur di mana terletaknya KHTP Fasa 1 dan Fasa 2. Pusat IT KTHP just terletak bersebelahan pusat pentadbiran dan perniagaan. Gunatanah dalam the 2-3 km lingkungan adalah campuran pembangunan kediaman, industri dan perniagaan. Ke utara ialah Kampung Kebun Tembakau dan utara lagi ialah BKE, jalan utama ke KHTP. Kebanyakan gunatanah kediaman ialah di selatan dan barat termasuk Kulim Golf & Country Resort, Kulim Techno City, Taman Senangin dan Kulim Perdana di selatan. Kawasan perumahan ini adalah pembangunan bercampur, maka kedai komersial terdapat di sepangjang Jalan Kulim-Mahang. Ke barat ialah kawasan kediaman Taman Sawi, Taman Kobis, Taman Kucai, Taman Tiram Indah, Taman Lobak Indah dan Kampung Sungai Seluang. Ke timur projek kebanyakannya kawasan industri KHTP Fasa 1 dan Fasa 2. Kawasan perindustrian yang terletak di barat ialah Kawasan Perusahaan Kulim. Rajah RE.5 hingga Rajah RE.7 masing-masing menunjukkan gunatanah dalam lingkungan 1 km, 2 km dan 3 km dari tapak Projek.

RE-14

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

Parameter Huraian

Infrastruktur dan Kemudahan asas

Elektrik Elektrik di KHTP dibekalkan oleh jaringan voltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bekalan air Bekalan air di KHTP dibekalkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA)

Telekomunika Talian telekomunikasi di KHTP disediakan oleh Telekom Malaysia si (TM).

Jaringan jalan KHTP dapat dihubung dengan seluruh negara melalui lebuhraya sedia ada seperti NSE dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE). Jalan sedia ada di KPNU adalah laluan dua arah yang mempunyai jaringan yang sempurna bagi perjalanan lancar di dalam kawasan tersebut

Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) ialah pembekal kemudahan kumbahan di kawasan ini. For KHTP Fasa 3, IWK STP khusus, KIM128 telah disediakan.

Sisa pepejal Pelupusan sisa pepejal KHTP pada masa ini diuruskan oleh Solid Waste & Public Cleaning Management Corporation, SWCorp Malaysia.

RE-15

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

(i)

(c) (h) Petunjuk:

Project Site (d) (g) (a) Tangki Air SADA (b) Approx. 1 km (f) (a) (b) Kompleks Sukan

(c) First Solar

(d) Saint Gobain (e) (e) Taman Industri Waja

(f) KHTP Business Center

(c) (g) Loji Kumbahan IWK (KIM128)

(h) Tasik / kolam

(i) Abbot Manufacturing (M) Sdn Bhd

Rajah : RE.5 Skala : Seperti ditunjuk Tajuk : Gunatanah dalam jejari 1 km dari Tapak Projek

Sumber : Google Map, 2015 Disediakan / Tarikh : CKS / Jan 2016

RE-16

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

(a) 1 1000 2000

Petunjuk:

Project Site

(a) Kampung Padang China Approx. 1 km (b) (b) KHTP Phase 1

(c) KHTP IT Center

(d) KHTP Phase 2 Approx. 2 km (c) (e) Taman Kulim Techno City (i) (d) (f) Kulim Heights

(j) (h) (g) Taman Suasa & Taman PKNK

(h) Taman Nilam Baiduri

(g) (f) (i) Taman Emas (e) (j) Taman Perak

Rajah : RE.6 Skala : Seperti ditunjuk Tajuk : Gunatanah dalam jejari 2 km dari Tapak Projek

Sumber : Google Map, 2015 Disediakan / Tarikh : CKS / Jan 2016

RE-17

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

1 1500 3000 (a)

Petunjuk: (b) Project Site (l) (a) Kampung Paya Serdang

(j) (b) Kampung Kebun Tembakau (c) (k) Approx. 1 km (c) KHTP Phase 1 Approx. 3 km (d) KHTP Phase 2

(e) Kulim Golf & Country Resort

(i) (f) Kulim Perdana Approx. 2 km (d) (g) Taman Senangin

(h) Kawasan Perusahaan Kulim

(h) (i) Taman Sawi & Taman Kobis

(g) (e) (j) Taman Kucai

(k) Taman Tiram Indah (f) (l) Kampung Sungai Seluang

Rajah : RE.7 Skala : Seperti ditunjuk Tajuk : Gunatanah dalam jejari 3 km dari Tapak Projek

Sumber : Google Map, 2015 Disediakan / Tarikh : CKS / Jan 2016

RE-18

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

9.0 POTENSI IMPAK TERHADAP ALAM SEKITAR DAN CADANGAN LANGKAH-LANGKAH TEBATAN

Kesan Sumber Impak Darjah Impak Cadangan Langkah-langkah Tebatan

FASA PEMBINAAN Pencemaran Aktiviti pengangkutan Tidak nyata ke • ‘Hoarding’ atau pengadang angin harus dibekalkan sekeliling tapak udara sedikit pembinaan untuk mengurangkan penyebaran habuk Pelepasan asap dari • ‘Stockpiles’ harus ditutup dengan ‘tarpaulin’ atau penutup plastik kenderaan pembinaan & • Lori atau kenderaan yang membawa tanah, pasir, batu kelikir atau bahan mesin yang setara haru ditutup dengan ‘tarpaulin’, plastic atau bahan yang setimpal • Kosongkan ‘loader’ dengan perlahan dan biarkan ‘bucket’ dekat kepada trak semasa ‘dumping/ unloading’ • Kerapkan jirusan air atau gunakan ‘water browser’ di dalam tapak, terutamanya di jalan keluar masuk utama • ‘Wash trough’ atau kemudahan mencuci tayar harus disediakan di pintu masuk utama • Pasang ‘gravel pad’ atau ‘grizzly’ di takat keluar masuk ke tapak • Semua lori dan kenderaan mesti diselenggara dengan baik untuk mengurangkan pelepasan asap hitam • Had laju 30 km/jam harus dilaksanakan di tapak • Pembakaran terbuka adalah dilarang sama sekali.

Pencemaran air Hakisan tanah & Tidak nyata • Pasang perangkap mendap yang mudah atau pagar mendapan untuk pemendapan mengurangkan impak pemendapan dari larian tapak Projek. • Menjalankan pengawasan kualiti air.

Kumbahan Sedikit • Pastikan pembinaan tandas yang betul dengan tangki septik menurut spesifikasi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan Kementerian Kesihatan (MOH). • Penyelenggaraan berkala tangki septik.

RE-19

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

Kesan Sumber Impak Darjah Impak Cadangan Langkah-langkah Tebatan Pencemaran Pergerakan kenderaan Sedikit • Hadkan waktu operasi untuk aktiviti pembinaan dan kenderaan kepada bunyi bising pembinaan waktu siang (jam 0800 hingga 1800). • Sediakan pengadang untuk tapak pembinaan. Mesin pembinaan • Pemeriksaan dan penyelenggaraan kerap peralatan dan mesin. • Menjalankan pengawasan kualiti bunyi bising.

Buangan Penyelenggaraan mesin dan Sedikit • Sebarang buangan terjadual dijana akan dikendali mengikut keperluan EQ terjadual kenderaan pembinaan (SW) 2005. • Sediakan tempat penyimpanan buangan terjadual khusus, di atas Cat dan pelarut terpakai permukaan yang keras dan dilindungi dari hujan. • Pelupusan hanya melalui kontraktor berlesen DOE.

Sisa pepejal Sisa pembinaan Sedikit • Sediakan tong yang mencukupi untuk sisa domestik di sekeliling tapak Projek. Sisa domestik dari kem • Galakkan penggunaan semula bahan pembinaan untuk mengurangkan sisa pekerja pembinaan. • Berikan amaran awal kepada pekerja supaya tidak membuang sampah merata-rata. • Amalkan amalan kebersihan di tapak. • Larangan ketat terhadap pembakaran terbuka sisa pembinaan dan sisa domestik.

Trafik Kenderaan berkaitanan Sedikit • Jadualkan pengangkutan bahan pembinaan dan pergerakan kenderaan pembinaan dan aktiviti berat pada waktu tidak sibuk. pengangkutan • Pilih jalan dengan trafik yang lebih ringan untuk aktiviti pengangkutan. • Amaran keselamatan di lokasi strategik.

Kesihatan dan Aktiviti pembinaan Sedikit • Pekerja harus mematuhi langkah keselamatan dan memakai topi, pakaian keselamatan dan sarung tangan keselamatan apabila menjalankan tugas yang memerlukan perlindungan ini. • Peralatan bantuan kecemasan mestilah sentiasa disediakan di tapak.

RE-20

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

Kesan Sumber Impak Darjah Impak Cadangan Langkah-langkah Tebatan

FASA OPERASI Pencemaran Pelepasan dari ceroboong Sedikit • Mewujudkan program pengawasan persekitaran dan penyelenggaraan udara penggahar basah untuk sistem penggahar basah bagi memastikan penyebaran kepekatan pencemar yang rendah. • Mengikut dengan ketat jadual dan ‘checklist’ penyelenggaraan menurut kehendak dan spesifikasi pengeluar. • Membuat pengawasan sistem ‘scrubber’ mengikut ‘Technical Guidance on Performance Monitoring of Air Pollution Control Sistem’ JAS dan dioperasikan oleh ‘competent personnel’ seperti yang diperlukan oleh JAS yang harus dilatih dan disijilkan di bawah ‘Certified Environmental Professional in Scrubber Operation’ (CePSO). • Mewujudkan prosedur tindakan kecemasan sekiranya sistem gagal dan dikajisemula senantiasa untuk meminimakan penyebaran tidak terkawal ke atmosfera.

Pencemaran air Tumpahan dan pelepasan Sedikit • Tangki simpanan akan ditempatkan di atas permukaan yang keras, dalam bahan kimia cecair dan kawasan penahanan berbenteng dengan kapasiti penyimpanan 120%. Pencemaran efluen luar jangkaan • Tiada penambahan bahan kimia secara manual dibenarkan. tanah dan air • Pemeriksaan kerap untuk kebocoran paip dan tangki. bawah tanah • Pad penyerapan, boom dan peralatan untuk menghalang and mengeluarkan tumpahan mestilah sentiasa disediakan dan mudah dicapai di kilang. • Peralatan perlindungan peribadi dibekalkan kepada pekerja dan digunakan bila perlu. • Pengawasan berkala di takat pelepasan air larian permukaan kilang.

Pencemaran Kompresor dan pam Sedikit • Landskap di kawasan sempadan kemudahan perolehan. bunyi bising • Tiada aktiviti pengangkutan dijadualkan pada waktu malam. Kenderaan pengangkutan • Sebarang aduan atas bunyi bising harus dilayan segera dan tindakan diambil. • Pemeriksaan dan penyelenggaraan kerap peralatan yang menjana bunyi bising yang tinggi.

RE-21

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

Kesan Sumber Impak Darjah Impak Cadangan Langkah-langkah Tebatan • Menjalankan program pengawasan bunyi bising.

Buangan Efluen – ‘scrubber’ (SW206) Sedikit • Buangan terjadual dijana dikendali, disimpan dan dilupus menurut EQ (SW) terjadual 2005 pada sepanjang masa. Efluen – penyelenggaraan • Kawasan penyimpanan khusus ditetapkan dengan jelas atas permukaan (SW422) yang keras dan dilindungi dengan bumbung. • Bahan buangan dijana harus dilupus oleh kontraktor buangan terjadual Minyak terpakai berlesen DOE. (SW305 & SW306)

Sarung tangan dan kain terpakai (SW410)

Sisa pepejal Sisa domestik dari pejabat Tidak nyata • Sediakan tong yang mencukupi di kawasan pejabat, pantri dan zon operasi dan pantri untuk pengumpulan sisa domestik. • Galakkan pengurangan kegunaan, penggunaan semula dan kitar semula Sampah dari zon operasi plastik, kertas dan bahan-bahan lain untuk mengurangkan sisa. • Galakkan kesedaran supaya tidak membuang sampah merata-rata dan Besi buruk mengamalkan amalan kebersihan. • Larangan ketat terhadap pembakaran terbuka sisa domestik.

Trafik dan Aktiviti pengangkutan bahan Sedikit • Pengangkutan bahan mentah dan produk akhir harus dihadkan kepada pengangkutan mentah dan produk waktu siang sahaja dan sebaiknya semasa waktu tidak sibuk. • Pilihan jalan dengan trafik yang lebih ringan.

RE-22

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

Kesan Sumber Impak Darjah Impak Cadangan Langkah-langkah Tebatan Kesihatan dan Aktiviti operasi Sedikit • Takrifkan SOP dalam bentuk manual untuk aktiviti utama kilang dan keselamatan dibekalkan kepada staf utama operasi. • Kekalkan program penyelenggaraan berkala untuk pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan semua peralatan dan sistem di kilang. • Kendali buangan terjadual di kilang menurut keperluan yang diterangkan dalam EQ (SW) 2005, terutamanya DOE ‘Guidelines for Packaging, Labelling, Storage and Transportation’. • Sekiranya berlaku kecemasan, aktifkan ERP. • Menjalankan dril dan latihan yang kerap.

RE-23

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

10.0 PENILAIAN RISIKO KUALITATIF

Penilaian risiko kualitatif telah dijalankan untuk projek ini untuk mengenalpasti bahaya berpotensi berkaitanan dengan operasi dan untuk meramal potensi kerosakan di reseptor tapak dan luar tapak, bangunan serta alam sekeliling. Fokus penilaian risikoo kualitatif (QRA) ini adalah bahaya dan risiko berkait dengan bahan kimia yang digunakan dalam Projek. QRA ini disediakan mengikut EIA Guidelines on Risk Assessment, 2004, JAS .

Di dalam penilaian ini, pelepasan tidak terancang ETO dari simpanan pukal merupakan kebimbangan utama dan dengan pengenalan punca pencucuhan, ia akan menyebabkan kebakaran. Dalam rekabentuk, kawasan tangki ISO adalah dibekalkan dengan sistem penyejukan untuk memastikan suhu ETO adalah terkawal. Pelepasan ETO dari tangki ISO untuk kegunaan operasi adalah juga dibawah aliran terkawal. Jadual RE.2 menunjukkan bahaya berkemungkinan yang dikenalpasti akibat kejadian pelepasan.

Jadual RE.2 – Pengenalpastian Bahaya KEJADIAN SISTEM PUNCA AKIBAT BERBAHAYA BERKEMUNGKINAN

Kebocoran ETO Pembendungan • Kerosakan kepada Kebocoran besar dari dari tangki ISO bertekanan struktur bangunan kawasan penstoran menyebabkan melepaskan bahan kerosakan teruk ke kimia mudah terbakar dinding tangki ISO

• Karat, Kebocoran dari • Tekanan berlebihan, muncung / ‘drain • Kerosakan plug’ / hos / gasket mekanikal, • Kesilapan manusia Kebocoran semasa pertukaran dibendung di dalam hos, kawasan tangki ISO • Kesilapan manusia bergantung kepada semasa jumlah pelepasan. penyelenggaraan

Kebocoran ETO Silinder • Impak pelanggaran Pelepasan bahan dari aktiviti bertekanan ketika ‘unloading’ kimia mudah terbakar pengisian silinder penuh dalam kawasan • Silinder jatuh operasi menyebabkan kerosakan injap Kebocoran dari • Kesilapan manusia muncung / ‘drain semasa menangani plug’ / hos / gasket silinder mengandungi ETO • Kerosakan mekanikal silinder

Senario akibat untuk pelbagai kejadian disimulasi dan dianalisa untuk menganggar jarak kesan semasa kejadian kebakaran yang menyebabkan api jet.

RE-24

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

Keamatan radiasi tertinggi dan jarak kesan untuk api jet berpunca dari kerosakan teruk paip dan tangka ditunjukkan di Jadual RE.3.

Jadual RE.3 – Kerosakan Berpunca dari Pelepasan dan Kerosakan Teruk Pembendungan ETO

Kejadian Keamatan Radiasi Jarak Kesan (m) Akibat (kW/m 2) Tangki ISO Silinder Api jet 5.0 33m 10 12.5 11m 10 25.0 10m 10 37.5 10m 10 Panjang maks. api 43m 10 (m) Tempoh bakar 14 min 11min (min) BLEVE 5.0 339 137 12.5 211 57 25.0 140 85 37.5 103 43 Diameter bola api 141m 55 Tempoh bakar 10 saat 5 saat (min) Apri ‘flash’ Kawasan mudah LEL = 332m LEL = 332m terbakar* 60% LEL = 138 m 60% LEL = 138 m Letupsan awan Ancaman OP pada 138 77 wap 6.8 kPa Ancaman OP pada 332 31 17.2 kPa Ancaman OP pada Tahap Kebimbangan tidak dilebihi at 48.7 kPa

Berdasarkan kepada jarak keamatan radisi, jika berlaku kebakaran, kontur RI Projek dijangka akan terkandung di dalam sempadan tapak Projek (kira-kira keluasan 70m x 190m) untuk senario silinder. Untuk kerosakan teruk tangki ISO, kesan boleh dirasai dalam lingkungan 330m dari punca dan jarak ini masih berada di dalam zon kawasan industri. Penduduk terdekat tapak Projek adalah berada di luar lingkungan 500m. Juga, tangka air di sebelah tapak Projek di atas tanah tinggi memberikan zon pemampan kepada reseptor terdekat.

Untuk Projek ini, adalah penting untuk mengintegrasi keselamatan sebagai aspek penting dan pengurangan risiko sebagai elemen penting di dalam rekabentuk dan prosedur operasi. Pengurangan risiko pertama selalunya ialah pengurangan melalui rekabentuk yang baik dan ini telah diambil kira dalam rekabentuk kilang ini. Langkah-langkah penebatan dicadangkan untuk menangani secara khusus bahaya yang dikenalpasti dalam kajian ini dan mengurangkan lagi risiko asal. Cadangan dibuat selaras dengan amalan kejuruteraan yang baik untuk memastikan langkah-langkah keselamatan yang secukupnya telah ditempatkan untuk sebarang kemungkinan.

RE-25

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

11.0 PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP)

Satu kumpulan pengurusan alam sekitar (EMT) terdiri daripada Pengurus Projek, sebagai orang yang bertanggunjawab ke atas kilang, dan penyelia kerja harus ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan lancar pengurusan alam sekitar di kilang ini.

Dalam pengurusan alam sekitar, program pengawasan alam sekitar dan audit alam sekitar harus dirancang dan dilaksanakan untuk mengawasi dan menilai prestasi pelaksanaan Projek ke atas alam sekitar. Dengan pengesanan awal, tindakan baikpulih yang bersesuaian boleh dilakukan dengan segera untuk menggelakkan pencemaran masa hadapan kepada alam sekitar.

Untuk fasa pembinaan dan operasi, adalah dicadangkan agar Laporan Kualiti Pengawasan Alam Sekitar (EQMR) berkala dihantar kepada DOE. EQMR merupakan laporan yang mengumpulkan semua keputusan dan penemuan dari pengawasan alam sekitar yang dijalankan untuk pelepasan cerobong, udara ambien, tahap bunyi bising sempadan dan pengawasan kualiti air larian permukaan di Projek.

Frekuensi pengawasan boleh diubah sekiranya keputusan pengawasan adalah sejajar dan sentiasa mematuhi had pelepasan yang dibenarkan, tertakluk kepada kelulusan DOE. Program audit berkala, selalunya secara tahunan, juga dicadangkan dan laporan dihantar kepada DOE.

12.0 PELAN TINDAKBALAS KECEMASAN (ERP)

ERP kilang ini dibuat dengan tujuan agar semua prosedur akan ditakrifkan untuk menghadapi kejadian dan kemalangan yang mungkin berlaku semasa fasa operasi Projek.

Objektif ERP adalah untuk membolehkan pasukan pengurusan untuk bertindak cepat, jimat masa dan effektif terhadap kecemasan agar dapat mengurangkan kesan kecemasan terhadap alam sekitar, pekerja dan kesihatan dan keselamatan awam. Rangka kerja ERP dalam EIA ini menerangkan prosedur ERP yang penting untuk disediakan untuk kilang ini dalam menghadapi kejadian letupan tangki, kebakaran, kebocoran gasn dan tumpahan / kebocoran yang berpotensi. Keperluan untuk penubuhan ERT dalaman dan keperluan komunikasi luaran juga diterangkan dalam rangka kerja ERP ini.

RE-26

PROPOSED ETHYLENE OXIDE (ETO) FILLING PLANT AT KULIM HI-TECH PARK, KEDAH RINGKASAN EKSEKUTIF

13.0 KESIMPULAN

Secara umumnya, pembangunan cadangan Projek tidak dijangka akan menyebabkan kesan alam sekitar yang nyata untuk kedua-dua fasa pembinaan dan fasa operasi Projek. Langkah-langkah kawalan penebatan yang bersesuaian diperlukan untuk mengurangkan kesan berpotensi yang dikenalpasti telah dimasukkan ke dalam rekabentuk Projek dan juga akan dimasukkan ke dalam prosedur operasi semasa fasa operasi.

Untuk memastikan pelaksanaan Projek adalah berdasarkan kepada huraian dan komitmen seperti yang diterangkan di dalam EIA ini, suatu Pelan Pengurusan Alam Sekitar dan program pengawasan dan audit dicadangkan untuk memantau dan menilai prestasi alam sekitar Projek sepanjang operasi Projek.

Secara umum, cadangan Projek merupakan suatu projek yang mesra alam dan berkesedaran lestari yang menyumbang kepada pengurangan sisa, sumber dan kelestarian persekitaran dan pada masa yang sama mengembangkan aktiviti ekonomi bermanfaat dan menyediakan peluang pekerjaan. Seperti mana-mana projek industri yang lain, Projek ini juga dijangkan akan mendatangkan kesan negatif namun dengan pemasangan peralatan kawalan penebatan yang mencukupi dan amalan pengurusan alam sekitar yang baik semasa operasi, manfaat Projek ini melebihi kesan negatif berpotensi yang dijangka sedikit dan diramal berada dalam tahap yang boleh diterima kepada persekitaran yang sedia ada.

RE-27