Dewan Negara Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Negara Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga Naskhah belum disemak DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 17 Khamis 12 Disember 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (halaman 27) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 63) DN.12.12.2013 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Khamis, 12 Disember 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta Perdana Menteri menyatakan status dan tahap pengurusan mengenai keselamatan data, dokumen dan rahsia negara dan tindak balas kerajaan terhadap ancaman pengintipan dan pencerobohan asing terhadap keselamatan data, dokumen dan rahsia negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih kepada soalan yang telah disampaikan. Implikasi kepada kebocoran rahsia kerajaan, akibat daripada pengintipan dan pencerobohan asing terhadap keselamatan data, dokumen dan rahsia negara ini sekiranya ada akan menyebabkan kerugian yang amat besar kepada ekonomi, pertahanan dan keselamatan negara atau boleh menjejaskan fungsi kerajaan dan imej negara. Walau bagaimanapun, hingga ke tarikh ini kerajaan melalui Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan tidak menerima laporan rasmi daripada kementerian, jabatan, agensi mengenai kes-kes pengintipan rahsia kerajaan seperti yang dimaklumkan dalam media. Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan perlindungan seperti di bawah bagi menjamin keselamatan data, dokumen dan rahsia rasmi negara supaya tidak jatuh ke tangan negara asing dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab: (i) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia sentiasa mengeluarkan Pekeliling Keselamatan dari semasa ke semasa selaras dengan Arahan Keselamatan dan Akta Rahsia Rasmi 1972; (ii) mengadakan program-program pendidikan dan kempen kesedaran keselamatan kepada penjawat awam dan sektor swasta supaya memberi perlindungan kepada rahsia kerajaan; (iii) mengarahkan semua penjawat awam membuat akuan bersumpah yakni perakuan selaras Akta Rahsia Rasmi 1972 sebagai peringatan awal supaya menjaga rahsia kerajaan; (iv) menjalankan inspektorat atau pun inspectorate keselamatan dan juga inspektorat anugerah khas keselamatan perlindungan atau pun star rating DN.12.12.2013 2 kepada semua kementerian, jabatan, agensi kerajaan peringkat persekutuan dan negeri; (v) melaksanakan sistem tapisan keselamatan dan sistem e-Vetting terhadap penjawat awam, kontraktor, vendor yang memberikan perkhidmatan kepada kerajaan dan juga pekerja-pekerja swasta yang bertugas di sasaran penting negara bagi proses pengesanan latar belakang dilaksanakan berdasarkan penglibatan di dalam pertubuhan dan persatuan sama ada di dalam atau pun di luar negara. Tapisan keselamatan ini dilaksanakan oleh cawangan khas PDRM dengan berdasarkan rekod PDRM dan lain-lain agensi seperti Jabatan Penjara, Jabatan Insolvensi, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain yang berkaitan; dan (vi) mengadakan kolaborasi strategik dengan MAMPU, PDRM, SKMM, MKN, Cyber Security Malaysia dan lain-lain agensi bagi menangani pelbagai bentuk ancaman dari luar dan dalam negara. Sehingga tarikh ini, Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri tidak menerima laporan rasmi mengenai kes-kes kebocoran rahsia kerajaan yang dilaporkan bagi lima tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga tahun 2013. Walau bagaimanapun, pihak KPKK sentiasa memastikan agar dokumen dan maklumat rahsia rasmi diberi perlindungan seperti mana yang telah ditetapkan dalam buku arahan keselamatan. Pejabat KPKK merupakan kuasa pusat terhadap keselamatan dokumen dan maklumat rahsia rasmi kerajaan. Pejabat ini sentiasa mengadakan program-program pendidikan meliputi kursus-kursus jangka pendek, kempen dan penerangan serta menjalankan pemeriksaan keselamatan ke semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan memberi peringatan supaya mematuhi peraturan keselamatan perlindungan yang telah ditetapkan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat kenyataan pada 5 November 2013 bahawa Malaysia menolak sebarang bentuk pengintipan dan surveillance dengan izin, oleh mana- mana pihak yang menjejaskan kedaulatan negara serta menjejaskan hubungan dua hala. Wisma Putra telah meminta penjelasan dari Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia pada 30 Oktober 2013. Tindakan tersebut disusuli arahan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra untuk memanggil Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia pada 1 November 2013 bagi menyerahkan nota bantahan kepada Amerika Syarikat terhadap isu ini. Nota bantahan tersebut mengatakan bahawa Malaysia amat terkejut dengan dakwaan kegiatan pengintipan dilakukan oleh Amerika Syarikat melalui kedutaan besar mereka di Malaysia yang menceroboh kedaulatan negara dan hak privasi seseorang. Wisma Putra juga turut menyatakan kekesalan dan kekecewaan Malaysia terhadap aktiviti pengintipan yang dilakukan dan kementerian meminta agar kegiatan tersebut dihentikan serta- merta kerana ia akan memberi kesan buruk terhadap kerjasama dua hala di antara kedua belah pihak. Wisma Putra telah bekerjasama dan berbincang bersama agensi-agensi yang terlibat bagi menyusun langkah yang perlu diambil bagi mengekang aktiviti tersebut. Sekiranya wujud, juga untuk mencari bukti kukuh bagi menyokong pendedahan yang telah dibuat oleh Edward Snowden. DN.12.12.2013 3 ■ 1010 Wisma Putra akan terus memantau perkembangan isu ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat bukti kukuh berhubung dengan hal ini. Terima kasih. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya – Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi garis, cara- cara, langkah kerajaan untuk menangani ketirisan. Walau bagaimanapun, masih terdapat ketirisan itu sehingga kini. Saya ingin bertanya bagaimanakah kerajaan menangani ketirisan dan kebocoran maklumat dan urusan rahsia rasmi kerajaan di mana ketirisan ini disebabkan oleh sikap tidak amanah penjawat awam yang tinggi dan juga anggota keselamatan seperti pegawai tentera kita yang mengambil upah membocorkan maklumat rahsia keselamatan untuk negara lain. Ada juga maklumat yang dibocorkan yang dikategorikan rahsia besar kerajaan. Adakah satu skim atau rejim yang lebih efektif tentang prosedur merekodkan dan menyimpan dokumen rahsia negara terutama yang melibatkan elemen keselamatan negara? Adakah kerajaan perlu meminda... Timbalan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat. Berapa soalan? Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Sedikit sahaja. Ini last. Adakah kerajaan perlu meminda Akta Rahsia Rasmi supaya dapat dikenakan penalti atau hukuman yang lebih berat memandangkan Akta Rahsia Rasmi kerajaan ini terakhir dipinda pada 2006 dan dalam tempoh tujuh tahun terdapat banyak perkembangan teknologi maklumat dan seharusnya dalam isu ini kerajaan hendaklah mengikut peredaran masa. Terima kasih. Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, Akta Rahsia Rasmi yang ada sekarang ini kalau sekiranya mereka membocorkan rahsia seumumnya, maka mereka akan dihukum mandatori satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun. Ini yang telah termaktub dalam Akta Rahsia Rasmi. Baru-baru ini sebenarnya benda ini telah pun dibentangkan dan ditarik balik. Mungkin akan dibentangkan lagi dalam mesyuarat yang akan datang. Akan tetapi buat sementara waktu ini, akta ini boleh cover apa yang telah saya sebutkan. Akan tetapi kalau sekiranya dia melibatkan penderhakaan iaitu bocor rahsia rasmi yang menyebabkan ancaman keselamatan dan sebagainya, dalam Akta Rahsia Rasmi ini juga menyebut bahawa dia boleh dihukum sehingga seumur hidup. Jadi sekarang ini hukuman sedia ada dan peraturan sedia ada. Apa yang penting sekarang ini kita hendak buktikan bahawa terdapat orang ataupun orang- orang yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat itu melakukan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan kita boleh ambil tindakan. Ini kerana tuduhan Yang Berhormat sebutkan itu agak serius sebab ia melibatkan pegawai-pegawai tentera membocor rahsia kepada negara-negara lain. Insya- Allah kalau Yang Berhormat boleh bagi maklumat yang agak terperinci sedikit, kita akan ambil tindakan dan siasatan mengenainya. Jadi buat sementara waktu, Akta Rahsia Rasmi mampu untuk memberi hukuman kepada mereka yang terlibat dengan membocorkan rahsia kerajaan dan juga yang jadi penderhaka kepada negara. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya hendak tahu, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjawabnya. Saya difahamkan ada seorang penceramah dari KDN. Penceramah DN.12.12.2013 4 ini membuat kenyataan yang amat kontroversi iaitu melibatkan akidah orang Islam. Jadi semasa Imam Abdul Rahman Al-Sudais datang ke perhimpunan agung tempoh hari, dia ada menyatakan bahawa Imam Al-Sudais ini adalah tergolong daripada orang Wahabi, pengikut Wahabi. Saya harap adakah Yang Berhormat Menteri tahu perkara ini berlaku dan saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi jawapan. Sekian, terima kasih. Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Terima kasih kepada soalan yang telah dibangkitkan. Sebenarnya ini telah menjadi isu yang besar dalam media sosial di mana pegawai yang berkenaan dengan berani membuat ceramah di merata tempat menghukum orang sebagai
Recommended publications
  • Konsep Pendinding Dalam Akidah Islam: Kajian Kes Terhadap Usahawan Melayu Kelantan
    KONSEP PENDINDING DALAM AKIDAH ISLAM: KAJIAN KES TERHADAP USAHAWAN MELAYU KELANTAN (Shielding against Black Magic in the Islamic Faith: A Case Study on Kelantanese Entrepreneurs) Mohd Nizam Sahad [email protected] Nurul Suhaida Ibrahim [email protected] Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia Abstrak Makalah ini meneliti konsep pendinding dan amalannya dalam kalangan usahawan Melayu Kelantan bagi menghindari gejala sihir yang digunakan oleh pesaing dalam perniagaan. Pendinding yang diamalkan hendaklah memohon perlindungan daripada Allah SWT dan selaras dengan kehendak dan syariat Islam. Kajian dijalankan terhadap sejumlah usahawan Melayu Kelantan kerana orang Melayu Kelantan, khususnya wanita, banyak yang terlibat dalam dunia perniagaan. Kajian dilaksanakan menggunakan dua kaedah, iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kaedah kajian kepustakaan digunakan untuk membina kerangka konsep yang berkaitan dengan pendinding dalam akidah Islam, manakala kajian lapangan dilakukan dalam bentuk temu bual dengan usahawan Melayu Kelantan yang terpilih. Hasil kajian menunjukkan bahawa segelintir usahawan Melayu Kelantan masih lagi tidak mengamalkan konsep pendinding yang sebenar menurut perspektif akidah Islam kerana terlibat dengan kepercayaan yang mengandungi unsur syirik dan khurafat. Kata kunci: pendinding, usahawan Melayu Kelantan, akidah Islam, perniagaan 223 MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 9 BIL. 2 2016 Abstract This article takes a close look at the concept of shields and its practice among Malay business people to ward off any black magic that may be used against them by business rivals. Such shields should be sought through the help of Allah SWT and should be in line with the demands and rules of Islam. The research involved a number of Malay entrepreneurs from the state of Kelantan because the Malays of Kelantan, especially the women, are, to a great extent, involved in business.
    [Show full text]
  • Case Study Women in Politics: Reflections from Malaysia
    International IDEA, 2002, Women in Parliament, Stockholm (http://www.idea.int). This is an English translation of Wan Azizah, “Perempuan dalam Politik: Refleksi dari Malaysia,” in International IDEA, 2002, Perempuan di Parlemen: Bukan Sekedar Jumlah, Stockholm: International IDEA, pp. 191-202. (This translation may vary slightly from the original text. If there are discrepancies in the meaning, the original Bahasa-Indonesia version is the definitive text). Case Study Women in Politics: Reflections from Malaysia Wan Azizah Women constitute half of humanity, and it follows that any decision-making, whether at the personal, family, societal or public levels, should be mindful of and involve the participation of women in the making of those decisions. Women’s political, social and economic rights are an integral and inseparable part of their human rights. Democracy is an inclusive process, and therefore in a functioning democracy, the points of view of different interest groups must be taken into account in formulating any decision. The interest and opinions of men, women and minorities must be part of that decision-making process. Yet far from being included in the decision-making process, women find themselves under-represented in political institutions. Numerous challenges confront women entering politics. Among them are lack of party support, family support and the "masculine model" of political life. Many feel that Malaysian society is still male dominated, and men are threatened by the idea of women holding senior posts. In the political sphere this is compounded by the high premium placed on political power. This makes some men even less willing to share power with women.
    [Show full text]
  • Persatuan Geologi Malaysia
    ISSN 0126-5539 PERSATUAN GEOLOGI MALAYSIA NEWSLETTER OF THE GEOLOGICAL SOCIETY OF MALAYSIA KANDUNGAN (Contents) CATATAN GEOLOGI (Geological Notes) T.T. Khoo: On the trail of Hang Tuah's footprint 81 PERTEMUAN PERSATUAN (Meetings of the Society) Malam Jurutera III 85 Annual General Conference 2002 -Report 87 Ucapan oleh Dr. Ismail Yusoff, Pengerusi Penganjur AGC 2002 88 Ucapan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Ghani Rafek, Presiden PGM 90 Ucapan Perasmian oleh Y.A.B. Dato' Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz 92 Nik Mat Programme 96 Poster Presentation 99 Abstracts of Papers 103 Abstracts of Posters 121 BERITA-BERITA PERSATUAN (News of the Society) Keahlian (Membership) 137 Pertukaran Alamat (Change of Address) 137 Current Addresses Wanted 138 Pertambahan Baru Perpustakaan (New Library Additions) 138 BERITA-BERITA LAIN (Other News) 14th SEAPEX Exploration Conference Singapore 139 Quotable Quotes 140 Kalendar (Calendar) 141 fb­ I Majlis (Council) 2002/03 Presiden (President) Abdul Ghani Rafek Naib Presiden (Vice-President) Mohd. Shafeea Leman Setiausaha (Secretary) Ahmad Tajuddin Ibrahim Penolong Setiausaha (Asst. Secretary) Ismail Yusoff Bendahari (Treasurer) Lee Chai Peng Pengarang (Editor) TehGuanHoe Presiden Yang Dahulu (Immediate Past President) : Ibrahim Komoo <. Ahll-Ahll Majlls;~CoUnclllorS) . 2002-2004 2002-2003 Abdul Rahim Samsudin Abdul Rasid Jaapar Chow Weng Sum Liew Kit Kong Ibrahim Abdullah Tan Boon Kong Nik Ramli Nik Hassan Wan Fuad Wan Hassan Jawatankuasa Kecil Pengarang (Editorial Subcommittee) Teh Guan Hoe (PengerusilChairman) Fan Ah Kwai Ng Tham Fatt J.J. Pereira Lembaga Penasihat Pengarang (Editorial Advisory Board) Aw Peck Chin C.A. Foss Mazlan Madon Tan Boon Kong Azhar Hj. Hussin N.S. Haile Ian Metcalfe Tan Teong Hing K.R.
    [Show full text]
  • Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 Unleash the Moment, Unfold the Stories
    PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE RELEAS E CITRAWARNA@KUALA LUMPUR 2016 UNLEASH THE MOMENT, UNFOLD THE STORIES KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2016 – “Fun,” “magnificent” and “enthralling” were just some of the words used to describe Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 which was held beautifully tonight along Jalan Raja at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. The event was officiated by the Minister of Tourism and Culture Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Also present were the Deputy Tourism and Culture Minister, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Secretary-General of Ministry of Tourism and Culture Malaysia (MOTAC), YBhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng and Deputy Secretary-General MOTAC, YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah. Some 63 Mega Fam representatives from 11 countries also joined in the celebration. They represented international media and tour operators invited by Tourism Malaysia under the Mega Fam programme, an initiative to give international media and travel agents a first-hand exposure of Malaysia so that more publicity could be generated overseas for Malaysia as a top choice tourist destination. This year’s Citrawarna@Kuala Lumpur, with the concept of “Myth and Folklore” and themed “Unleash the Moment, Unfold the Stories,” was participated by almost 1,000 performers and featured a unique street performance based on the mythical and legendary folk stories from each state in Malaysia. Among the artistes involved in the Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 performances were Ruminah Sidek, Arja Lee, Reen Rahim, Ben Barhasa, Afifah Nasir, Mathin, Nornadira Johari, Vanidah Imran and Terrence Dass. Myths and folklores that represented each state were: STATE FOLKLORE ELEMENT Perlis Jentayu Canggung Terinai Mak Inang Kedah Merong Maha Wangsa Royal parade Perak Limau Purut Princess Bubu Lenggok Dabus Kelantan Cik Siti Wan Kembang Asyik Wau Bulan MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD (MINISTRY OF TOURISM & CULTURE, MALAYSIA) No.
    [Show full text]
  • Dewan Negara
    Bil. 17 Khamis 12 Disember 2013 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (Halaman 21) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 50) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2013 DN 12.12.2013 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang d-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik) 4. “ Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik) 5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis) 6. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar – Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 7. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 8. “ Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah - Senator - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 9. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 10. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik) 11. “ Puan Bathmavathi a/p K.Krishnan (Dilantik) 12. “ Dato’ Boon Som a/l Inong (Dilantik) 13. “ Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah (Selangor) 14. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik) 15. “ Tuan Chiew Lian Keng (Dilantik) 16. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik) 17. “ Datuk Chiw Tiang Chai (Dilantik) 18. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak) 19. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik) 20. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) – Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 21.
    [Show full text]
  • Marriage of the Disciplines of Literature and Geography (Gis)”: Analysing the Location and Function of Mountains in Selected Works of Asian Literature
    MALAY LITERATURE “MARRIAGE OF THE DISCIPLINES OF LITERATURE AND GEOGRAPHY (GIS)”: ANALYSING THE LOCATION AND FUNCTION OF MOUNTAINS IN SELECTED WORKS OF ASIAN LITERATURE By Rahimah Haji A. Hamid ([email protected]) Tarmiji Masron ([email protected]) School of Humanities Universiti Sains Malaysia Abstract Mountains and hills (hereinafter referred to as mountains) are a special part of God’s creation. In addition to being mentioned in the Qur’an as being “bolts” of the Earth and water catchment areas, mountains are seen in a variety of religious and cultural traditions as being sacred and special places. There are thus many Asian literary works that boast of mountains existing in their locations. This paper seeks to examine why mountains are such an important element in the life of society by examining them in terms of their location and function. This study will use spatial information technologies such as Geographic Information System (GIS) to aid understanding of literary works, namely by taking the views of Harvey (1973) that “geographical space has a close relationship with the culture of a place”. Thus the location of an area will be linked to its function in terms of cultural space, social space, economic space, ideological space, and space movement. In this article, GIS will be used to map the location mountains that play a role in literary works to try to see 130 7.ML.indd 130 7/25/11 5:02:23 PM RAHIMAH HAJI A. HAMID & TARMIJI MASRON the elements of space and the location of the mountain together with “MARRIAGE OF THE DISCIPLINES OF the cultural and narrative elements of the work.
    [Show full text]
  • Dewan Negara Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum semak DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 21 Khamis 19 Disember 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 29) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2013 (Halaman 29) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 (Halaman 73) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013-12-20 (Halaman 87) Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 (Halaman 98) DN 19.12.2013 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Khamis, 19 Disember 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] Timbalan Yang di-Pertua: Selamat pagi, salam sejahtera, salam bahagia kepada semua. Kita mulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus. Silakan Yang Berhormat. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah strategi kerajaan dalam mengekang kos rawatan dan perubatan kesihatan yang semakin meningkat setiap tahun. Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Datuk Yunus. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan ini sebelum saya menjawab saya hendak memberikan satu senario keadaan sekarang di Malaysia iaitu sekarang ini bajet untuk tahun 2013 bagi Kementerian Kesihatan adalah sebanyak RM20 bilion manakala pada Bajet 2014 sebanyak RM22 bilion. Daripada bajet itu, kos untuk perubatan, ubatan dan consumeable maknanya yang bukan ubat, jenis tiub pakai buang, vaccine reagent semua sekali semua sekali RM3.3 bilion di antaranya, yang lain adalah untuk emolumen dan pentadbiran yang lain.
    [Show full text]
  • EDISI 88 • 4 - 10 FEBRUARI 2018 • Amanah
    BIL 88 4 - 10 FEBRUARI 2018 Campurtangan asing atau Undi protes takut penipuan BN terdedah hanya ulangi kekecewaan Brexit Selepas anjing dan babi, kini ms2 monyet pula ms8 ms9 MOMENTUM Pakatan Harapan melonjak apabila 14 duta negara Eropah menemui Tun Mahathir dan pimpinan PH yang lain manakala kajian Institut Darul Ehsan (IDE) di kalangan orang kampung dan Felda pula mendapati beliau mendapat sokongan mereka. Pimpinan PH dalam sidang media mereka baru-baru ini. Kini mereka diiktiraf masyarakat antarabangsa, Kedudukan manakala sokongan di kalangan pengundi Pas menjelang PRU 14 orang Melayu dan masyarakat Felda berasaskan empat pula melonjak. kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali Laporan penuh lihat muka 2 dan 8 sejak 2015. 2 NASIONALNASIONAL EDISI 88 • 4 - 10 FEBRUARI 2018 • Amanah Momentum PH melonjak OKONGAN kepada Pakatan Harapan terhadap pencalonan itu sebaik saja selesai menjadi tarikan di mana sahaja beliau pergi, keuzuran. Tetapi ini tidak terpakai kepada Dr (PH) melonjak selepas Tun Dr Maha- Konvensyen PH yang mencalonkan Tun di kawasan Felda, kawasan luar bandar,” Mahathir. Kenapa orang tak nak umur tua? Sthir Mohamad dipilih sebagai calon Mahathir sebagai calon PM. katanya sebagaimana dilaporkan oleh The Kerana bila dah tua ni, uzur dan sebagainya, perdana menteri, samada di peringkat an- Menurut timbalan pengerusi IDE, Profe- Malaysian Insight. tetapi tidak bagi Dr Mahathir,” kata Redzuan tarabangsa maupun di kampung-kampung sor Datuk Dr Redzuan Othman, disebabkan Menurut Redzuan, yang menjadi kebim- yang pernah menjadi dekan fakulti sastera yang selama ini menjadi kubu BN. Umno sudah memerintah Malaysia selama bangan responden yang ditemui IDE den- dan sains sosial Universiti Malaya (UM) dan Ketika 16 duta negara-negara Eropah lebih 60 tahun dan mempunyai kekuatan gan usia tua Dr Mahathir kerana ia dikaitkan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pili- mengunjungan beliau dan pimpinan PH akar umbi yang kukuh, PH memerlukan dengan keuzuran.
    [Show full text]
  • Peace-Making, Adat and Tama Bulan Wang
    Journal of Borneo-Kalimantan. Vol 6(1) 2020 JOURNAL OF BORNEO-KALIMANTAN (JBK) Peace-Making, Adat and Tama Bulan Wang Valerie Mashman Associate Research Fellow Institute of Borneo Studies Corresponding author: Valerie Mashman ([email protected]) ABSTRACT Resident Charles Hose was credited with “the true civilization of the Baram people.” However, a careful examination of the role of Penghulu Tama Bulan Wang demonstrates that pacification of the Baram was achieved less by the mediation of Charles Hose and more by the role of local chiefs such as Penghulu Tama Bulan Wang. His source of power was the existing customary institution of chieftainship and the adat or system of customary law, which provided safeguards for preventing conflict, for making peace and creating alliances. The role of this local cultural component in establishment of the state of Sarawak has been underplayed in colonial accounts of peace-making and the contemporary written history of the state. Key words: Adat, Baram, Hose, Kenyah, Peace-making, Tama Bulan Copyright: This is an open access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial- ShareAlike 4.0 International (CC BY-NC-SA 4.0) license which permits unrestricted use, distribution, and reproduction in any medium, for non-commercial purposes, provided the original work is properly cited. INTRODUCTION Plate 1: War-cap of Tama Bulan32 32 Image sourced from https://www.britishmuseum.org/collection/object/A_As1900-680 74 |Journal of Borneo-Kalimantan Vol.6 No.1, Institute of Borneo Studies, UNIMAS Tama Bulan’s war cap in the British Museum acquired by Resident Charles Hose, and his shield in the Museum of Archaeology and Anthropology in Cambridge, a personal gift to visiting anthropologist Alfred Cort Haddon, are very significant artefacts which are important to the narrative of the establishment of the state of Sarawak (Plates 1 and 2).
    [Show full text]
  • Technology Package for Brinjal
    TECHNOLOGY PACKAGE FOR BRINJAL By Lim Lee Lee, Megir Gumbek & Dr. Lily Eng Department of Agriculture, Sarawak 1 CONTENTS PAGE 1. Introduction ................................................................................ 3 2. Plant Botany .............................................................................. 4 3. Crop Requirement ..................................................................... 5 4. Recommended Variety .............................................................. 5 5. Cultural Practices ...................................................................... 6 6. Pest and Disease Management ................................................ 7 7. Harvesting ................................................................................. 13 8. Post-harvest Handling ............................................................... 13 9. Production Economics ............................................................... 13 10. References for Further Reading .................................................................................. 16 11. Acknowledgement ..................................................................... 17 2 1. INTRODUCTION Brinjal originated from India is now extensively grown in many tropical and sub- tropical areas. It is a popular fruit vegetable among the Malaysians. The fruits can be cooked in many ways – steamed, boiled, grilled or fried. The acreage of brinjal grown in Sarawak is shown in Table 1. Table 1 : Estimated area of brinjal planted in Sarawak. Estimated area (ha) Division
    [Show full text]
  • Warta Kerajaan S E R I P a D U K a B a G I N D a DITERBITKAN DENGAN KUASA
    M A L A Y S I A Warta Kerajaan S E R I P A D U K A B A G I N D A DITERBITKAN DENGAN KUASA HIS MAJESTY’S GOVERNMENT GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 60 TAMBAHAN No. 14 7hb Julai 2016 TMA No. 40 No. TMA 102. AKTA CAP DAGANGAN 1976 (Akta 175) PENGIKLANAN PERMOHONAN UNTUK MENDAFTARKAN CAP DAGANGAN Menurut seksyen 27 Akta Cap Dagangan 1976, permohonan-permohonan untuk mendaftarkan cap dagangan yang berikut telah disetuju terima dan adalah dengan ini diiklankan. Jika sesuatu permohonan untuk mendaftarkan disetuju terima dengan tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan, syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan tersebut hendaklah dinyatakan dalam iklan. Jika sesuatu permohonan untuk mendaftarkan di bawah perenggan 10(1)(e) Akta diiklankan sebelum penyetujuterimaan menurut subseksyen 27(2) Akta itu, perkataan-perkataan “Permohonan di bawah perenggan 10(1)(e) yang diiklankan sebelum penyetujuterimaan menurut subseksyen 27(2)” hendaklah dinyatakan dalam iklan itu. Jika keizinan bertulis kepada pendaftaran yang dicadangkan daripada tuanpunya berdaftar cap dagangan yang lain atau daripada pemohon yang lain telah diserahkan, perkataan-perkataan “Dengan Keizinan” hendaklah dinyatakan dalam iklan, menurut peraturan 33(3). WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 9852 [7hb Julai 2016 Notis bangkangan terhadap sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu cap dagangan boleh diserahkan, melainkan jika dilanjutkan atas budi bicara Pendaftar, dalam tempoh dua bulan dari tarikh Warta ini, menggunakan Borang CD 7 berserta fi yang ditetapkan. TRADE MARKS ACT 1976 (Act 175) ADVERTISEMENT OF APPLICATION FOR REGISTRATION OF TRADE MARKS Pursuant to section 27 of the Trade Marks Act 1976, the following applications for registration of trade marks have been accepted and are hereby advertised.
    [Show full text]
  • Mohd. Mokhtar-Ritchie, Hanita (2011)
    Mohd. Mokhtar-Ritchie, Hanita (2011) Negotiating melodrama and the Malay woman: female representation and the melodramatic mode in Malaysian-Malay films from the early 1990s-2009. PhD thesis http://theses.gla.ac.uk/3340/ Copyright and moral rights for this thesis are retained by the author A copy can be downloaded for personal non-commercial research or study, without prior permission or charge This thesis cannot be reproduced or quoted extensively from without first obtaining permission in writing from the Author The content must not be changed in any way or sold commercially in any format or medium without the formal permission of the Author When referring to this work, full bibliographic details including the author, title, awarding institution and date of the thesis must be given Glasgow Theses Service http://theses.gla.ac.uk/ [email protected] NEGOTIATING MELODRAMA AND THE MALAY WOMAN: Female Representation and the Melodramatic Mode in Malaysian-Malay Films from the Early 1990s - 2009 By HANITA MOHD. MOKHTAR-RITCHIE Thesis Submitted for the Degree of Doctor of Philosophy DEPARTMENT OF THEATRE, FILM AND TELEVISION STUDIES SCHOOL OF CULTURE AND CREATIVE ARTS UNIVERSITY OF GLASGOW SEPTEMBER 2011 Copyright © Hanita Mohd. Mokhtar-Ritchie, 30th September 2011 ii ABSTRACT Melodrama does not only point to a type of aesthetic practice but also to a way of viewing the world. This thesis is inspired by the idea proposed by Christine Gledhill (1988) that at the core of cultural negotiation in melodrama is gender representation which is the cultural product resulting from the linking of textual and social subjects.
    [Show full text]