Dewan Negara Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga

Dewan Negara Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 17 Khamis 12 Disember 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (halaman 27) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 63) DN.12.12.2013 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Khamis, 12 Disember 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta Perdana Menteri menyatakan status dan tahap pengurusan mengenai keselamatan data, dokumen dan rahsia negara dan tindak balas kerajaan terhadap ancaman pengintipan dan pencerobohan asing terhadap keselamatan data, dokumen dan rahsia negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih kepada soalan yang telah disampaikan. Implikasi kepada kebocoran rahsia kerajaan, akibat daripada pengintipan dan pencerobohan asing terhadap keselamatan data, dokumen dan rahsia negara ini sekiranya ada akan menyebabkan kerugian yang amat besar kepada ekonomi, pertahanan dan keselamatan negara atau boleh menjejaskan fungsi kerajaan dan imej negara. Walau bagaimanapun, hingga ke tarikh ini kerajaan melalui Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan tidak menerima laporan rasmi daripada kementerian, jabatan, agensi mengenai kes-kes pengintipan rahsia kerajaan seperti yang dimaklumkan dalam media. Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan perlindungan seperti di bawah bagi menjamin keselamatan data, dokumen dan rahsia rasmi negara supaya tidak jatuh ke tangan negara asing dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab: (i) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia sentiasa mengeluarkan Pekeliling Keselamatan dari semasa ke semasa selaras dengan Arahan Keselamatan dan Akta Rahsia Rasmi 1972; (ii) mengadakan program-program pendidikan dan kempen kesedaran keselamatan kepada penjawat awam dan sektor swasta supaya memberi perlindungan kepada rahsia kerajaan; (iii) mengarahkan semua penjawat awam membuat akuan bersumpah yakni perakuan selaras Akta Rahsia Rasmi 1972 sebagai peringatan awal supaya menjaga rahsia kerajaan; (iv) menjalankan inspektorat atau pun inspectorate keselamatan dan juga inspektorat anugerah khas keselamatan perlindungan atau pun star rating DN.12.12.2013 2 kepada semua kementerian, jabatan, agensi kerajaan peringkat persekutuan dan negeri; (v) melaksanakan sistem tapisan keselamatan dan sistem e-Vetting terhadap penjawat awam, kontraktor, vendor yang memberikan perkhidmatan kepada kerajaan dan juga pekerja-pekerja swasta yang bertugas di sasaran penting negara bagi proses pengesanan latar belakang dilaksanakan berdasarkan penglibatan di dalam pertubuhan dan persatuan sama ada di dalam atau pun di luar negara. Tapisan keselamatan ini dilaksanakan oleh cawangan khas PDRM dengan berdasarkan rekod PDRM dan lain-lain agensi seperti Jabatan Penjara, Jabatan Insolvensi, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain yang berkaitan; dan (vi) mengadakan kolaborasi strategik dengan MAMPU, PDRM, SKMM, MKN, Cyber Security Malaysia dan lain-lain agensi bagi menangani pelbagai bentuk ancaman dari luar dan dalam negara. Sehingga tarikh ini, Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri tidak menerima laporan rasmi mengenai kes-kes kebocoran rahsia kerajaan yang dilaporkan bagi lima tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga tahun 2013. Walau bagaimanapun, pihak KPKK sentiasa memastikan agar dokumen dan maklumat rahsia rasmi diberi perlindungan seperti mana yang telah ditetapkan dalam buku arahan keselamatan. Pejabat KPKK merupakan kuasa pusat terhadap keselamatan dokumen dan maklumat rahsia rasmi kerajaan. Pejabat ini sentiasa mengadakan program-program pendidikan meliputi kursus-kursus jangka pendek, kempen dan penerangan serta menjalankan pemeriksaan keselamatan ke semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan memberi peringatan supaya mematuhi peraturan keselamatan perlindungan yang telah ditetapkan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat kenyataan pada 5 November 2013 bahawa Malaysia menolak sebarang bentuk pengintipan dan surveillance dengan izin, oleh mana- mana pihak yang menjejaskan kedaulatan negara serta menjejaskan hubungan dua hala. Wisma Putra telah meminta penjelasan dari Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia pada 30 Oktober 2013. Tindakan tersebut disusuli arahan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra untuk memanggil Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia pada 1 November 2013 bagi menyerahkan nota bantahan kepada Amerika Syarikat terhadap isu ini. Nota bantahan tersebut mengatakan bahawa Malaysia amat terkejut dengan dakwaan kegiatan pengintipan dilakukan oleh Amerika Syarikat melalui kedutaan besar mereka di Malaysia yang menceroboh kedaulatan negara dan hak privasi seseorang. Wisma Putra juga turut menyatakan kekesalan dan kekecewaan Malaysia terhadap aktiviti pengintipan yang dilakukan dan kementerian meminta agar kegiatan tersebut dihentikan serta- merta kerana ia akan memberi kesan buruk terhadap kerjasama dua hala di antara kedua belah pihak. Wisma Putra telah bekerjasama dan berbincang bersama agensi-agensi yang terlibat bagi menyusun langkah yang perlu diambil bagi mengekang aktiviti tersebut. Sekiranya wujud, juga untuk mencari bukti kukuh bagi menyokong pendedahan yang telah dibuat oleh Edward Snowden. DN.12.12.2013 3 ■ 1010 Wisma Putra akan terus memantau perkembangan isu ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat bukti kukuh berhubung dengan hal ini. Terima kasih. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya – Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi garis, cara- cara, langkah kerajaan untuk menangani ketirisan. Walau bagaimanapun, masih terdapat ketirisan itu sehingga kini. Saya ingin bertanya bagaimanakah kerajaan menangani ketirisan dan kebocoran maklumat dan urusan rahsia rasmi kerajaan di mana ketirisan ini disebabkan oleh sikap tidak amanah penjawat awam yang tinggi dan juga anggota keselamatan seperti pegawai tentera kita yang mengambil upah membocorkan maklumat rahsia keselamatan untuk negara lain. Ada juga maklumat yang dibocorkan yang dikategorikan rahsia besar kerajaan. Adakah satu skim atau rejim yang lebih efektif tentang prosedur merekodkan dan menyimpan dokumen rahsia negara terutama yang melibatkan elemen keselamatan negara? Adakah kerajaan perlu meminda... Timbalan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat. Berapa soalan? Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Sedikit sahaja. Ini last. Adakah kerajaan perlu meminda Akta Rahsia Rasmi supaya dapat dikenakan penalti atau hukuman yang lebih berat memandangkan Akta Rahsia Rasmi kerajaan ini terakhir dipinda pada 2006 dan dalam tempoh tujuh tahun terdapat banyak perkembangan teknologi maklumat dan seharusnya dalam isu ini kerajaan hendaklah mengikut peredaran masa. Terima kasih. Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, Akta Rahsia Rasmi yang ada sekarang ini kalau sekiranya mereka membocorkan rahsia seumumnya, maka mereka akan dihukum mandatori satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun. Ini yang telah termaktub dalam Akta Rahsia Rasmi. Baru-baru ini sebenarnya benda ini telah pun dibentangkan dan ditarik balik. Mungkin akan dibentangkan lagi dalam mesyuarat yang akan datang. Akan tetapi buat sementara waktu ini, akta ini boleh cover apa yang telah saya sebutkan. Akan tetapi kalau sekiranya dia melibatkan penderhakaan iaitu bocor rahsia rasmi yang menyebabkan ancaman keselamatan dan sebagainya, dalam Akta Rahsia Rasmi ini juga menyebut bahawa dia boleh dihukum sehingga seumur hidup. Jadi sekarang ini hukuman sedia ada dan peraturan sedia ada. Apa yang penting sekarang ini kita hendak buktikan bahawa terdapat orang ataupun orang- orang yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat itu melakukan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan kita boleh ambil tindakan. Ini kerana tuduhan Yang Berhormat sebutkan itu agak serius sebab ia melibatkan pegawai-pegawai tentera membocor rahsia kepada negara-negara lain. Insya- Allah kalau Yang Berhormat boleh bagi maklumat yang agak terperinci sedikit, kita akan ambil tindakan dan siasatan mengenainya. Jadi buat sementara waktu, Akta Rahsia Rasmi mampu untuk memberi hukuman kepada mereka yang terlibat dengan membocorkan rahsia kerajaan dan juga yang jadi penderhaka kepada negara. Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya hendak tahu, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjawabnya. Saya difahamkan ada seorang penceramah dari KDN. Penceramah DN.12.12.2013 4 ini membuat kenyataan yang amat kontroversi iaitu melibatkan akidah orang Islam. Jadi semasa Imam Abdul Rahman Al-Sudais datang ke perhimpunan agung tempoh hari, dia ada menyatakan bahawa Imam Al-Sudais ini adalah tergolong daripada orang Wahabi, pengikut Wahabi. Saya harap adakah Yang Berhormat Menteri tahu perkara ini berlaku dan saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi jawapan. Sekian, terima kasih. Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Terima kasih kepada soalan yang telah dibangkitkan. Sebenarnya ini telah menjadi isu yang besar dalam media sosial di mana pegawai yang berkenaan dengan berani membuat ceramah di merata tempat menghukum orang sebagai

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    141 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us