KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 15)

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Halaman 16)

Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2001 (Halaman 43)

USUL-USUL: Menangguhkan Bacaan Kali Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Di Bawah Peraturan Mesyuarat 62 (Halaman 35)

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan (Halaman 36)

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan (Halaman 71)

USUL MENTERI: Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (Halaman 71)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002

DR.9.4.2002 i

AHLI-AHLI

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(), D.K.(Perlis), D.K.(), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu) “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis) “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. , S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) “ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Beruas) “ Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit) “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri , S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) “ Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) “ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei) “ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh) “ Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P, S.M.J, P.I.S. (Bakri) “ Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar) “ Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan) “ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu) “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar) “ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian) “ Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh) “ Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

ii DR.9.4.2002

Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara) “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu) “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) “ Menteri Pertanian, Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi, S.I.M.P., P.G.B.K., D.P.M.S., J.S.M., J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Kuala Rajang) “ Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.I.M.P. (Lembah Pantai) “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran) “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai) “ Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol) “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. () “ Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A. (Titiwangsa) “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. () “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Kerk Choo Ting, D.P.M.P. (Taiping) “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang) “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat) “ Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna) “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk , P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong) “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat) “ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar) “ Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) “ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu ) “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya) “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak) “ Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam)

DR.9.4.2002 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai) “ Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Mohamed Khaled bin Haji Nordin P.I.S. (Johor Bahru) “ Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort) “ Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) “ Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading) “ Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen (Raub) “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) “ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin) “ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik) “ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B. (Santubong)

iv DR.9.4.2002

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab) “ Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun) “ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang) “ Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam) “ Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang) “ Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (Sungai Benut) “ Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar) “ Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai) “ Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman) “ Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C, D.P. () “ Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang) “ Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah) “ Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) “ Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) “ Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut) “ Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit) “ Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh) “ Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis) “ Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu) “ Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A. (Hulu Langat) “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) “ Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan) “ Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah) “ Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu) “ Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) “ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) “ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) “ Tun Dato’ Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok) “ Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor, D.S.D.K. (Pendang) “ Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

DR.9.4.2002 v

Yang Berhormat Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) “ Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal) ” Dato Goh Siow Huat (Rasah) “ Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar) “ Tuan Hassan bin Mohamed (Besut) “ Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas) “ Dato’ Hew See Tong, D.P.M.P., J.P. (Kampar) “ Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat) “ Tuan Hoo Seong Chang (Kluang) “ Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian) “ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) “ Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram) “ Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P. (Rompin) “ Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong) “ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) “ Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman) “ Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau) “ Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau) “ Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau) “ Tuan Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran) “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat) “ Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka) “ Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang) “ Tuan Kong Cho Ha (Lumut) “ Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan) “ Tuan Lee Kah Choon (Jelutong) “ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai) “ Tuan Lim Hock Seng (Bagan) “ Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong) “ Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim) “ Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan) “ Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) “ Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau) “ Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit) “ Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau) “ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading) “ Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala ) “ Tuan bin Che Daud (Kuala Krai)

vi DR.9.4.2002

Yang Berhormat Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor) “ Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau) “ Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa) “ Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli) “ Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said Keruak, P.G.D.K. (Kota Belud) “ Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) “ Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang) “ Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau) “ Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam) “ Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus) “ Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat) “ Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu ) “ Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun) “ Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah) “ Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan) “ Tuan Ng Lip Yong (Batu) “ Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar) “ Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok) “ Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang) “ Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar) “ Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam) “ Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu) “ Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang) “ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian) “ Tuan Robert Lau Hoi Chew, J.B.S., (Sibu) “ Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran) “ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong) “ Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah) “ Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A. (Sepang) “ Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik) “ Tuan Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) “ Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau) “ Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat) “ Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar ) “ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan) “ Puan Sukinam Domo (Batang Sadong) “ Tan Sri Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

DR.9.4.2002 vii

Yang Berhormat Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu) “ Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling) “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras) “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) “ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang) “ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) “ Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur) “ Dato’ Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng) “ Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. () “ Dato’ Tiong Thai King (Lanang) “ Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) “ Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar) “ Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok) “ Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran) “ Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang) “ Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru) “ Datuk Yong Teck Lee, P.G.D.K., P.J.N. (Gaya) “ Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang) “ Dato' Seri Hajah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak) “ Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap) “ Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., P.A.T., D.P.M.P., J.S.M., P.J.N. “ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia “ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. “ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas, P.J.N. “ Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N., J.M.N., S.M.S., A.M.K.

viii DR.9.4.2002

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN JURUBAHASA SERENTAK DOKUMENTASI Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Azhari bin Hamzah Mazidah binti Mohamed Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Paizah binti Haji Salehuddin Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Mohamed bin Osman BENTARA MESYUARAT Hajah Norishah binti Mohd. Thani Mejar (B) Zakaria bin Salleh Zaiton binti Yaacob Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Abd. Talip bin Hasim Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus Noorhazmah binti Hamzah Jamilah Intan binti Haji Bohari PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN Nurziana binti Ismail KOMPUTER Noor Effarizan binti Mat Satib Mohd Shah bin Rahman Taharah binti Mohamed Sulaiman bin Sirad Nik Elyana binti Ahyat Azzahar bin Hashim Marzila binti Muslim Syed Azuddin bin Syed Othman PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN Habibunisah Mohd. Azir PERUNDANGAN Abu Bakar bin Hasan Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN Zafniza binti Zakaria MESIN CETAK Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Kamal bin Oyub Mazlina binti Ali Haji Latif bin Ismail Norlaila binti Abdullah Sidi Kamaroddin bin Mohd. Yusof Alias bin Mohd. Nor

DR.9.4.2002 1

MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 9 April 2002 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan [Tebrau] minta Menteri Pertahanan menyatakan anggota wanita yang berkhidmat dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan berapa pula pegawai yang berpangkat Leftenan hingga ke atas. Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah keseluruhan anggota wanita yang sedang berkhidmat di dalam angkatan tetap adalah seramai 3,707 orang. Daripada jumlah keseluruhan ini, jumlah pegawai wanita ialah seramai 421 orang yang mana seramai 352 orang berpangkat leftenan ke atas dan selebihnya iaitu 69 orang berpangkat leftenan muda. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya pertamanya, mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pertahanan dapat menganjurkan BSA 2002 exhibition dan conference, ada gambar menteri bersalam dengan robot, ada gambar dua wanita pegang senjata moden, SMGPK mesingan daripada Angkatan Tentera Udara Malaysia dan tahniah kepada kementerian…. Beberapa Ahli: Soalan, soalan. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ini hendak soallah, mana soalan dikemukakan dahulu, ia mengekorlah. [Ketawa] Tahniah atas jawapan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen angkatan tentera wanita seramai 3,707 orang yang berpangkat leftenan ke atas 150 orang. Inilah tahniah kepada kerajaan memberikan hak istimewa kepada wanita, tidak seperti PAS, PAS asyik menghalang wanita dalam semua perkara, jadi ini tahniah. Saya hendak bertanya boleh atau tidak kaum wanita diberi peluang, pangkat leftenan itu rendah sangat atau kapten, sampai ke satu peringkat major jeneral tidak bolehkah supaya ramai orang lelaki tabik kepada wanita, jadi, kita beri peluang. Yang kedua, boleh atau tidak wanita diberi peluang untuk mengambil kursus yang agak keras sedikit seperti membawa jet, saya tidak tahu daripada segi lelaki dan wanita adakah sama, boleh membawa jet pejuang, boleh mengendali kapal selam, adakah diberi peluang juga kepada wanita dalam perkara ini. Sila. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tebrau. Saya dalam kesempatan ini juga memaklumkan silalah datang ke DSA yang diadakan di The Mines dengan secara percuma. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dua perkara yang beliau telah timbulkan mengenai dengan wanita sama ada wanita mempunyai tempat dan ruang untuk dinaikkan pangkat menjadi jeneral, saya dapati bahawa kerajaan dan juga pimpinan pada hari ini menganggap bahawa golongan kelompok wanita ini adalah satu kumpulan manusia yang mempunyai kebolehannya, cuma saya tidak tahu mengapa pembangkang hendak sekat wanita. Kalau kita lihat bukan hanya golongan selaku menjadi pegawai-pegawai kementerian-kementerian, mereka mengepalai menjadi KSU, menjadi Gobenor Bank

2 DR.9.4.2002

Negara, kebolehan wanita ini perlu dihargai, bukan hanya menjadi seorang ibu melahirkan anak tetapi juga berkeupayaan untuk mempertahankan negara. Tidak harus ada sekatan ataupun menghalang mereka asalkan mereka berupaya menutup aurat dan berbagai-bagai, tidak mencegah daripada akidah perjuangan agama kita, tetapi harus landasan diberikan. Saya kesal bahawa ada sesetengah pihak sehingga wanita juga diketepikan, wanita hanya layak untuk di dapur sahaja. Tetapi kita didapati di Kementerian Pertahanan wanita mempunyai kebolehan sehingga ke peringkat kolonel - Dr. Rashida binti Ishak menjadi seorang pakar, bahkan di samping itu ada juga yang menjadi pilot, wah bukan main lasak, ada kebolehan dia hendak terbangkan, bukan hanya hendak menggunakan kapal terbang, tetapi hendak guna senjata pun mereka berkeupayaan. Begitu juga seperti yang ditanya sama ada hendak naik pangkat besok nanti menjadi major jeneral, insya-Allah, sekiranya ruang dan kebolehan mereka, selaras dengan apa yang kita kehendaki, tidak ada had untuk mereka hendak dinaikkan pangkat kerana kita tahu mereka adalah kumpulan yang mempunyai tenaga, pemikiran dan kebolehan yang perlu digerakkan untuk membantu negara ini, bukan hanya dalam membangun negara ini bahkan juga mempertahankan negara ini daripada anasir-anasir seperti militan, kumpulan KMM dan lain-lain.

2. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah pengangguran yang meningkat dengan ketaranya dan amat meruncingkan di kalangan graduan universiti, lepasan institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah. Berapa jumlah graduan universiti, lepasan institusi pengajian tinggi dan sekolah dapat ditampung melalui tindakan-tindakan yang diambil. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat bagi Permatang Pauh. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bawah pakej rangsangan baru yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada September 2001 yang berjumlah RM4.3 bilion telah memperakukan untuk melaksanakan dua pakej latihan iaitu pertama, program khas peningkatan latihan kemahiran pekerja yang diberhentikan dan penganggur. Kedua, program sangkutan dan latihan di kalangan siswazah dan pemegang diploma menganggur. Di bawah dua pakej latihan ini terdapat sembilan skim bantuan untuk menangani masalah siswazah dan pelajar sekolah yang menganggur iaitu: (i) skim latihan pekerja diberhentikan kerja dan penganggur; (ii) skim latihan graduan untuk ICT dan bahasa; (iii) skim melanjutkan pengajian; (iv) skim sangkutan dan latihan (SSL); (v) skim sangkutan membantu pengajar; (vi) skim sangkutan kajian; (vii) skim usahawan tani komersial siswazah; (viii) skim sangkutan dan latihan swasta; (ix) skim sangkutan meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana dalam ICT. Skim-skim bantuan ini dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, Kementerian Sumber Manusia melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) melaksanakan skim latihan diberhentikan kerja dan penganggur serta Skim Latihan Graduan untuk ICT dan bahasa. Kerajaan telah menyediakan kira-kira 30,000 tempat bagi siswazah menganggur dan 10,000 tempat yang diberi pekerja yang diberhentikan kerja dan lepasan sekolah yang masih menganggur setelah tiga tahun menamatkan persekolahan.

DR.9.4.2002 3

Tuan Hoo Seong Chang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ucapkan terima kasih kepada kementerian seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kerajaan memang meluluskan dua pakej latihan ataupun kursus bagi graduan diploma universiti dan juga pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyertai kursus tersebut. Di sini saya ingin bertanya daripada segi pekerja yang diberhentikan kerja, dahulu memang kita ada satu pendaftaran, sebab saya dari Johor, mungkin dari segi pekerja yang bekerja di Singapura, apabila mereka balik dan diberhentikan kerja. Bolehkah Yang Berhormat menyatakan sedikit-sebanyak tentang keadaan yang sebenar. Yang kedua, tentang graduan universiti sama ada mereka tidak dapat kerja adalah kerana mereka sangat memilih kepada sesuatu pekerjaan ataupun ada apa-apa sebab yang lain yang tidak dapat mereka mencari satu pekerjaan untuk graduan universiti. Sekian, terima kasih. Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan daripada sahabat saya Yang Berhormat bagi Kluang. Yang Berhormat membangkitkan isu iaitu Skim Latihan Pekerja Diberhenti dan juga Skim Latihan Graduan khususnya merujuk kepada pekerja daripada Singapura. Bila negara mengalami kelembapan ekonomi ekoran daripada kelembapan Amerika dan juga Jepun khususnya selepas 11 September tahun lepas, rekod yang dimaklumkan kepada Jabatan Tenaga Rakyat sehingga 31 Disember 2001, seramai 38,000 pekerja yang diberhentikan. Mereka ini terdiri daripada pelbagai sektor tetapi majoriti 60% adalah terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor elektronik dan juga elektrik. Kerajaan memperuntukkan RM117 juta untuk pekerja- pekerja yang diberhentikan termasuk pekerja daripada Singapura. Malah kita mengadakan satu booth yang kita buka pada tiap-tiap hari Selasa dan juga hari Khamis di Tambak Johor di Kompleks CIQ di mana diberi kemudahan untuk mereka pekerja Malaysia yang diberhentikan di Singapura untuk mendaftar dengan Jabatan Tenaga Rakyat dan seterusnya memang kita buka peluang latihan ini kepada semua warganegara Malaysia termasuk mereka yang diberhentikan di Singapura. Tuan Yang di-Pertua, Singapura tidak ada skim ini. Malaysia adalah satu- satunya negara dalam dunia yang mengadakan skim tersebut di mana pekerja yang diberhentikan ini bukan sahaja yuran untuk mereka mengikuti kursus ini dibayar sepenuhnya oleh kerajaan, ada sampai RM10,000 untuk sepenuh masa, sudah itu pula kita tambah lagi dengan elaun maksimumnya RM500 atau setengah daripada gaji yang terakhir mereka terima. Kerajaan PAS tidak buat pun. Kedua, Skim Latihan Graduan (SLG) sama ada graduan ini pilih kerja atau sebab-sebab lain, kita kena realistik, dalam ekonomi yang tidak menentu majikan lebih suka memilih pekerja yang betul-betul mahir. Majikan tidak akan mengeluarkan dana mereka untuk melatih pekerja. Maka pekerja yang mahir adalah diperlukan bagi meningkatkan produktiviti, walaupun mereka mungkin mempunyai ijazah sarjana muda kelas pertama atau kelas kedua (atas) tetapi mereka ini tidak berkemahiran, sebab itu majikan lebih suka mencari mereka yang mahir. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri soalan tambahan saya, berapakah pecahannya mengikut jantina antara mereka ini dan juga adakah persaingan antara mereka yang telah diberhentikan kerja dengan graduan-graduan dan kriteria apabila hendak menolong yang mana satu kerana yang diberhentikan kerja itu selalunya mempunyai tanggungan dan apakah tidak, kalau tidak ada pekerjaan atau job market yang menunggu ramai yang masuk ke institusi pengajian tinggi ini merasakan bahawa pelaburan mereka tidak akan dibalas dengan kalau tidak adanya kerja, kalau boleh berikan saya pecahannya dan juga bagaimana mencari keberkesanannya apabila kerajaan telah membelanja begitu banyak untuk skim ini. Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Permatang Pauh. Pecahan ini saya tidak ada, saya mohon untuk memberi jawapan secara bertulis, pecahan mengikut jantina atau dengan izin, gender segregation, tetapi maklumat yang saya ada untuk Skim Latihan Pekerja Yang Diberhentikan 3,425 orang yang terlibat, yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM18,000,900, sementara Skim Latihan Graduan ini, mereka yang mengikuti skim tersebut adalah 4,094 orang sahaja, kalau dijangkakan 40,000 graduan maknanya 10% sahaja mengikuti skim ini, ini

4 DR.9.4.2002

tidak bermakna bahawa skim ini tidak mendapat sambutan. Skim ini banyak manfaatnya kerana saya setiap hari di waktu makan tengah hari saya berjumpa dengan golongan ini yang berada di Lembah Klang dan tujuan kita mengadakan program ini adalah untuk mengangkat, dengan izin, employability, suasana ekonomi sekarang telah berubah di mana tidak ada lagi, dengan izin, long term employment tetapi ada long term employability, dengan izin. Jadi, Yang Berhormat Permatang Pauh menyatakan priority tadi sebenarnya semua sekali kita tumpukan, kedua-duanya penting bagi membangunkan ekonomi negara, kita harapkan dengan adanya kemahiran dan ketrampilan ini dapat menjadikan mereka lebih produktif dan lebih employable dan boleh diambil bekerja oleh majikan masing-masing. Terima kasih.

3. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan berapa ramaikah pencapaian kerajaan dalam melahirkan usahawan kecil dan sederhana yang berjaya sejak dasar Masyarakat Perdagangan dan perindustrian (BCIC) dilaksanakan. Adakah faktor-faktor penghalang kejayaan mereka dan program kerajaan dalam membantu usahawan IKS tersebut. Menteri Pembangunan Usahawan [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Setiu bertanyakan soalan ini. Tidak ramai yang bertanya kepada kementerian saya. Tuan Yang di-Pertua, sejak Dasar BCIC dilaksanakan dalam tahun 1970, sehingga tempoh RMK Ketujuh iaitu 1996 hingga 2000, kerajaan telah membangunkan seramai 17,415 usahawan dalam pelbagai bidang ke- usahawanan seperti pembuatan, perkilangan dan perkhidmatan. Di samping itu, usahawan bumiputera juga telah dapat menceburi bidang- bidang yang dahulunya tidak atau kurang diceburi oleh usahawan bumiputera, seperti bidang pengangkutan, peruncitan, pelancongan dan pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dapat dinafikan pelbagai halangan telah dihadapi oleh usahawan bumiputera, di antaranya ialah pertama, kurang pengetahuan dan kemahiran; modal yang kecil; penguasaan pasaran yang terhad; dan kualiti barangan yang rendah. Fakta ini telah menyebabkan perniagaan dan perusahaan yang mereka jalankan adalah di peringkat skala kecil. Keduanya, kurang upaya menguasai penggunaan teknologi dan teknologi maklumat dalam pengurusan perniagaan menyebabkan usahawan bumiputera kurang mampu menguasai pasaran, khususnya di peringkat antarabangsa. Yang, ketiga halangannya ialah pengwujudan networking yang kurang mantap dan menyeluruh di kalangan usahawan bumiputera menyebabkan kelemahan dalam aspek pertukaran maklumat dan juga peluang-peluang perniagaan baru. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat menyedari dan peka atas halangan- halangan yang dihadapi oleh usahawan bumiputera. Bagi tujuan ini, kementerian telah melaksanakan pelbagai program pembangunan usahawan bagi meningkatkan lagi bilangan usahawan bumiputera. Aktiviti utama yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah:- (i) program pembudayaan dan latihan bertujuan untuk memberi latihan dan bimbingan serta kemahiran dalam pelbagai bidang perniagaan; (ii) penyediaan dana bertujuan untuk menyediakan kemudahan modal teroka dan modal pusingan untuk memula dan mengembangkan perniagaan; (iii) program pembangunan perniagaan yang bertujuan untuk menyediakan peluang-peluang perniagaan seperti francais, vendor, mentor dan program bersepadu perabot; (iv) program premis perniagaan bertujuan untuk penyediaan premis perniagaan termasuk kilang bimbingan bagi

DR.9.4.2002 5

usahawan yang menceburi dalam bidang pembuatan dan perkilangan; dan (v) program pemasaran dan promosi bagi meluaskan lagi pasaran produk usahawan bumiputera sama ada domestik ataupun antarabangsa. Strategi pembangunan sedia ada akan diteruskan dengan pendekatan baru dalam pelaksanaan program dan projek bagi memastikan matlamat Dasar BCIC bagi meningkatkan pembangunan bumiputera keseluruhannya dapat tercapai untuk pembangunan negara selaras dengan matlamat Dasar Wawasan Negara. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih kepada menteri yang saya rasa antara menteri yang rajin datang ke Parlimen bersama-sama dengan Menteri Kerja Raya. Mungkin soalan tidak ramai yang bertanya kerana mereka dapati bahawa pihak kementerian atau pihak kerajaan, khususnya dalam melahirkan masyarakat dagangan bumiputera ini nampak hanya indah khabar dari rupa. Pelbagai tabung yang telah diamanahkan kepada kementerian lesap. Antaranya yang kita ketahui seperti tabung ada yang RM19 bilion sampai sekarang kita tidak tahu apa cerita dan yang terbarunya dengan pelaburan PNS sendiri di Hong Kong yang melibatkan puluhan juta ringgit juga telah lesap, itu tidak termasuk Tabung Haji lagi. Soalan saya ialah adakah pihak kerajaan sedar bahawa dalam suasana kita berhadapan dengan kepastian AFTA yang akan datang yang akan dilaksanakan pada tahun 2003 dan WTO nanti, syarikat-syarikat multi nasional kita terpaksa menjadi lebih kompetitif dan mempertahankan, kita terpaksa berhadapan dengan dua keadaan, pertamanya, mereka terpaksa berhadapan dengan pasaran yang bersifat global, mesti lebih kompetitif, yang keduanya, mereka juga terpaksa melaksanakan dasar kerajaan untuk memastikan BCIC berjaya. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dalam keadaan begini, syarikat-syarikat multi nasional sekarang apabila mereka diamanahkan oleh kerajaan untuk membela vendor, mentor-mentee dan francais tetapi apabila mereka berhadapan dengan tekanan globalisasi, mereka terpaksa menjadi lebih kompetitif, ertinya mereka terpaksa menggugurkan syarikat-syarikat vendor… Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang Berhormat, panjang sangat itu. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: ....soalan saya ialah bagaimanakah dasar kerajaan sebenarnya dalam memastikan BCIC ini berjaya kerana sekarang ini banyak syarikat multi nasional telah menggugurkan dan memberhentikan perlantikan vendor-vendor dan mentor-mentee mereka. Terima kasih. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan itu betul, ada dalam itu. Pertamanya saya hendak beritahu, kalau kurang minat untuk hendak bertanya saya itu, bukan kerana dana kena lesap, tidak, tidak betul! Ada 14 dana dalam kementerian saya, habis semua duit kita beri pinjam, bukan lesap orang sapu – tidak! Habis semua diberi pinjaman dan ini termasuk TEKUN, SJUK, CGC menunjukkan sambutan yang begitu baik sekali kepada dana yang disediakan oleh kementerian saya. Jadi, berkenaan dengan macam PNS itu, ia bukan soal lesap, ia soal mungkin ada berlaku penyalahgunaan kuasa, duit itu ada, tetapi HA masuk kerana hendak tahu kemungkinan kerana ada laporan terhadap ketua eksekutif yang ada laporan, yang disiasat iaitu kemungkinan ada berlaku penyalahgunaan kuasa dalam memberi dana itu, wang tidak lesap. Jadi, Yang Berhormat, saya kena betulkan, takut nanti reporters pick up nanti, dia kata duit sudah habis, itu tidak betul! Keduanya, betul Yang Berhormat sebut berkenaan dengan multi-nasional, mereka telah menghentikan perlantikan vendor, bukan kerana AFTA tetapi kerana ekonomi kita telah meleset, sebenarnya kalau ada AFTA sekali pun, kalau sistem vendor itu boleh membantu mengurangkan harga barangan mereka, maka sistem vendor itu akan diteruskan.

6 DR.9.4.2002

Jadi, soalnya di sini bukan dengan kedatangannya AFTA itu menyebabkan sistem vendor itu dihentikan, ia tidak akan dihentikan, asalkan bahawa sistem vendor itu boleh membantu merendahkan harga mereka kepada tahap yang kompetitif, saya rasa MNC akan terus melantik vendor. Cuma sekarang ini yang dia berhenti melantik vendor ialah kerana kemelesetan ekonomi, itu dia. Saya ingin menyatakan di sini bahawa walaupun AFTA dan WTO ini akan diperkenalkan tidak berapa lama lagi, kerajaan akan terus memberi bantuan, pertolongan kepada syarikat-syarikat bumiputera, kerana ia tidak menyalahi peraturan AFTA, sebab kita akan terus membantu syarikat-syarikat bumiputera supaya mereka akan dapat bersaing, bukan sahaja dengan syarikat bukan bumiputera tempatan, tetapi juga dengan syarikat-syarikat luar negara. Dato’ Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri yang berkenaan, adakah satu perancangan ataupun langkah yang telah diambil untuk membantu bagi pekerja-pekerja yang telah diberhentikan beramai- ramai oleh Perwaja, sebab Perwaja ini adalah syarikat kerajaan melalui MOF Incorporated yang sepatutnya kerajaan mengambil perjalanan dan oleh kerana mereka ini sudah mempunyai kemahiran, bilangannya sudah sampai ribu dan ini tidak dapat diselesaikan oleh Kementerian Sumber Manusia, tidak boleh hendak menyelesaikannya sehingga tidak ada satu langkah yang dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia walaupun Timbalan Menteri bercakap macam-macam, tetapi tidak ada langkah yang diambil. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri yang berkenaan sama ada, ada langkah untuk membantu orang yang sudah mempunyai kemahiran untuk menjadikan mereka ini sebagai usahawan. Terima kasih. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sebenarnya kita bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, sebab semua maklumat itu akan disediakan oleh kementerian dan mereka juga mengadakan latihan, tetapi seperti Ahli Yang Berhormat sebutkan betullah, mereka ini semua sudah ada kemahiran. Jadi, sudah tentu itu bukan dalam bidang Kementerian Sumber Manusia, sebab Kementerian Sumber Manusia memberi latihan. Bagi kementerian saya, kita memang setiap syarikat iaitu katalah macam syarikat-syarikat yang besar-besar seperti MAS dan syarikat-syarikat yang lain-lain, apabila sahaja berlaku pemberhentian pekerja yang begitu ramai, maka kementerian saya mula sekali trigger satu situasi, di mana kementerian sayalah yang mula-mula sekali cuba menghubungi untuk memastikan supaya mereka ini boleh menggunakan kemahiran mereka untuk menjadi usahawan. Jadi, memang betullah Yang Berhormat tanya itu memang betul iaitu bahawa kementerian kita bersedia mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka dan kita bersedia untuk memberi kerjaya gantian kepada mereka sebagai usahawan. Kita memang berminat dengan mereka sebab mereka ada kemahiran dan sudah tentu mereka pun sudah bekerja lama dan dengan syarikat seperti Perwaja, dan mereka berminat untuk menjadi tauke, jadi di situlah di mana kami akan menyediakan dengan premis perniagaan untuk mereka. Kalau macam di Dungun atau di mana, kalau ada premis perniagaan, kementerian saya dan juga MARA sedia beri, kita ada, dengan sewa yang berpatutan kita tidak mengenakan sewa yang tinggi, dan kita juga menyediakan dana kalau mereka hendak berniaga, tidak ada masalah kepada kita, jawapannya, ya, kita bersedia untuk membantu mereka.

4. Puan Komala Devi a/p M. Perumal [Kapar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan ada rancangan untuk memper- baiki dan memperluaskan jalan dari Pekan Kapar ke Bandar Klang. Menteri Kerja Raya [Dato' Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kerajaan Persekutuan memang ada rancangan untuk memperbaiki dan memperluaskan jalan dari Pekan Kapar ke Bandar Klang dan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM127.2 juta di bawah Rancangan Malaysia Kelapan bagi melaksanakan projek ini. Skop projek yang terlibat ialah membaiki pulih dan menaikkan taraf Jalan Persekutuan 5 dari KM 426 hingga KM 451 kepada empat lorong dua hala.

DR.9.4.2002 7

Walau bagaimanapun oleh kerana terdapat cadangan daripada pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan projek ini secara penswastaan. Pelaksanaan projek ini oleh Kementerian Kerja Raya ditangguhkan sehingga keputusan daripada Unit Perancang Ekonomi diperolehi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila Yang Berhormat bagi Kapar. Puan P. Komala Devi: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas jawapan tadi [Ketawa] [Disampuk] … Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, diam Yang Berhormat, diam. Puan P. Komala Devi: …walaupun projek dapat ditangguhkan tapi ada harapan lagi. Soalan tambahan. Jalan dari Pekan Kapar ke Pekan Meru sesak sebab terdapat banyak taman perumahan di sebelah jalan berkenaan. Jadi, adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memperluaskan jalan dari Pekan Kapar ke Pekan Meru dan dari Pekan Meru ke Kuala Selangor melalui Bukit Cerakah sebab bilangan penduduk pun telah bertambah naik dan jalan tersebut telah dengan izin rigid saturation point, terima kasih. Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang saya telah jelaskan tadi, walaupun kita ada juga rancangan, tapi apabila sahaja kita dapat arahan daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, kita tidak boleh teruskan mana-mana satu projek, sampai kita dapat keputusan daripada mereka. Tuan Mohamed Sayuti bin Said: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri Kerja Raya. Ekoran daripada, Kapar menyebut Kuala Selangor, kenalah Kuala Selangor bangun. Jalan merupakan peng- hujung utama dan arah seseorang menuju ke destinasi yang dituju dengan selamat. Kerajaan Pusat telah memberi peruntukan untuk upgrade Jalan Kuala Langat ke Bernam yang mana sedang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun yang lalu, yang melibatkan Menteri sendiri hadir di Kuala Selangor. Apa yang masalahnya berlaku di Kuala Selangor ialah projek tersebut berjalan dengan perlahan yang mana mengakibatkan kesesakan lalu lintas terutama pada hari Sabtu dan Ahad… Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, persoalan Yang Berhormat, ini mengenai Pekan Kapar dan bandar Klang. Tuan Mohamed Sayuti bin Said: Ya, ada ekoran dengan Kuala Selangor. Soalannya, bilakah projek ini akan siap dan berapakah jumlah kos pembinaan projek tersebut. Terima kasih. Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, jikalau projek-projek baru kita boleh meneruskan dengan tanpa apa-apa gangguan tetapi jalan ini jalan lama dan juga ada beberapa perkhidmatan bawah tanah, iaitu paip air dan cable elektrik, beberapa bahan kena dipinda sebelum kita boleh mulakan kerja. Oleh kerana itulah, kita lewat memulakan pembinaan, jadi saya minta Ahli Yang Berhormat bahawa projek ini bernasib baik, projek besar telah diberi kepada kawasan Yang Berhormat.

5. Puan Lim Bee Kau [Padang Serai] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sejauh manakah tindakan yang diambil oleh pihaknya bagi memastikan kebajikan para pekerja-pekerja ladang di seluruh negara terbela dan bilakah masalah gaji minimum bulanan dapat diselesaikan. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latif bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, pekerja-pekerja di sektor perladangan di negara ini yang berkesatuan secara umumnya diliputi bawah perjanjian kolektif antara MAPA, iaitu Malaysian Agricultural Producers Association yang mewakili pihak majikan dan NUPW atau National Union of Plantation Workers yang mewakili pihak pekerja. Perjanjian kolektif yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak ini meliputi semua aspek tentang kontrak perkhidmatan yang melibatkan unsur-unsur kewangan dan bukan kewangan.

8 DR.9.4.2002

Perjanjian kolektif ini juga merangkumi perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan pekerja-pekerja ladang. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, NUPW dan MAPA telah pun mencapai persetujuan pelaksanaan pendapatan minimum RM325 sebulan di samping elaun-elaun insentif yang lain untuk pekerja yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit. Perjanjian telahpun dimeterai pada Februari 2001. Kedua-dua pihak ini masih dalam proses perundingan untuk menentukan kadar gaji bulanan bagi pekerja-pekerja di ladang-ladang getah pula. Kementerian Sumber Manusia menggalakkan kedua-dua pihak ini mengadakan rundingan dan mencapai persetujuan supaya kebajikan pekerja-pekerja ladang dapat dipertingkatkan. Puan Lim Bee Kau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Walaupun kita dapati bahawa pekerja-pekerja di ladang ini memang merupakan satu golongan yang menghadapi banyak masalah dari segi kebajikan dan juga gaji. Jadi kita dapati bahawa masalah minimum ataupun gaji minimum bulanan itu mungkin boleh diselesaikan dalam masa yang singkat, tapi apa pula masalah yang boleh, ataupun apakah cara untuk mengatasi ladang-ladang swasta yang tidak menjadi ahli kepada MAPA. Jadi pekerja-pekerja ini tidak termasuk dalam golongan yang dalam perbincangan di antara NUPW dengan MAPA. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian apa terjadi kepada pihak-pihak yang tidak termasuk dalam MAPA ini, terima kasih. Dr. Abdul Latif bin Ahmad: Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat bagi Padang Serai. Bagi sektor pekerja di bawah naungan MAPA dan juga NUPW ia merangkumi sehingga 90% daripada pekerja-pekerja ladang. Hanya sedikit sahaja mereka-mereka yang tidak di bawah naungan MAPA dan NUPW. Jadi kita, kementerian memang mengiktiraf kedua-dua organisasi in bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan bukan sahaja gaji tetapi juga perkara-perkara yang bukan di bawah kewangan. Oleh kerana dia hanya kecil, biasanya kita pihak kementerian tidak campur tangan dan kita biarkan kepada suasana pasaran untuk menentukan gaji dan juga upah bagi pekerja-pekerja yang di luar daripada naungan MAPA dan juga NUPW. Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kementerian ini perlu lebih telitilah untuk memastikan bahawa kita harus menyedari sumber-sumber pendapatan negara, khususnya daripada kelapa sawit datang daripada usaha-usaha kerja peladang-peladang, pekerja-pekerja buruh ini. Soalan saya, tidakkah kerajaan berhasrat untuk memberi pengiktirafan secara langsung kepada pekerja-pekerja ladang ini supaya menjadi daya tarikan kepada belia-belia tempatan untuk memasuki profesion ini, sebab kerajaan harus menyedari bahawa dengan penghantaran pulang buruh-buruh asing dan sebagainya mungkin industri perladangan ini akan kosong dan tidak begitu menjana, jadi cuba bayangkan kalau kerajaan minta semua sektor-sektor peladang di seluruh negara ini termasuk di Sabah, di Sarawak supaya mereka compulsory gaji bulan di bagi yang berpatutan kepada pekerja-pekerja buruh ini kerana ini akan menaikkan ekonomi kita. Jadi kementerian ini harus peka, harus mengkaji dan bagi pandangan-pandangan kepada kerajaan untuk kepentingan kita semua, terima kasih. Dr. Abdul Latif bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, jangan marah Yang Berhormat. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat cohort majikan-majikan yang mempamerkan kekosongan di sektor perladangan ini memang banyak, lebih dari kekosongan dari sektor pembuatan. Seperti kita sedia maklum kerja-kerja di sektor perladangan ini membabitkan kerja-kerja yang kita kategorikan sebagai 3D iaitu dangerous job, difficult job dan dirty job. Jadi usaha untuk menggalakkan mereka-mereka khususnya rakyat tempatan untuk berkhidmat dalam sektor perladangan dibuat bukan sahaja oleh kementerian tetapi oleh majikan secara agresif tetapi nampaknya laungan majikan ini tidak disahut oleh pelbagai sebab-sebab pull dan push factor. Salah satu cara yang mungkin boleh dibuat adalah dengan memperkenalkan unsur-unsur atau elemen-elemen mechanization di mana lebih banyak peralatan-

DR.9.4.2002 9

peralatan yang lebih canggih digunakan bagi memastikan produktiviti di ladang digunakan semaksimum dengan melibatkan guna tenaga buruh yang minimum dan perkara tersebut umpamanya dalam RISDA dan telahpun menunjukkan kejayaan yang baik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita boleh mengadakan pelbagai insentif kepada pekerja untuk bekerja di sektor ladang tetapi ada sektor lain yang lebih menjanjikan suasana pekerjaan yang lebih glamour yang membuatkan anak-anak tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor ladang walaupun kalau diikutkan campur dengan insentif-insentif lain biasanya mereka yang berada di bawah naungan MAPA dan NUPW ini mendapat gaji bulanan secara kasar antara RM800 hingga RM1,200 sebulan. Terima kasih.

6. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop [Alor Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan, setakat ini berapa banyak pertubuhan yang dikenal pasti mengamalkan ajaran sesat ataupun pihak-pihak yang mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi mereka sehingga boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini kerajaan telah mengenal pasti sebanyak lima pertubuhan yang mengamalkan ajaran sesat. Lima kumpulan pertubuhan yang dikenal pasti terlibat dengan ajaran sesat tersebut ialah: (i) Kumpulan Al-Mas; (ii) Kumpulan bekas Al-Arqam; (iii) Pertubuhan Nasrulhaq; (iv) Budi Suci Sejati; dan (v) Kumpulan Al-Ma’unah. Selain daripada itu, terdapat 19 bentuk ajaran-ajaran bukan pertubuhan yang turut mengamalkan ajaran sesat. Terima kasih. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, daripada apa Yang Berhormat beritahu tadi, kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam ajaran sesat tidak termasuk parti politik. Jadi apa yang saya hendak tahu daripada Yang Berhormat, sejauh mana pihak kerajaan telah dapat mengenal pasti isu-isu agama yang ditimbulkan oleh parti pembangkang terutama PAS ini [Disorak] yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya sehinggakan boleh menggugat akidah segolongan umat Islam negara kita. Dan mengapakah kerajaan tidak mengambil tindakan tegas ke atas parti ini sehingga mengharamkan parti ini? [Disorak] Ini kerana parti ini boleh diiktiraf sebagai parti ajaran sesat. Terima kasih. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Alor Gajah. Yang pertama saya hendak menyatakan kuasa untuk mengharamkan ataupun tidak parti PAS ini ialah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Walau bagaimanapun, setakat hari ini PAS adalah sebuah parti politik yang sah kerana ianya berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Yang menjadi kekeliruan ialah dasar perjuangan PAS itu Islam seperti yang termaktub dalam Fasal 3, Perlembagaan PAS. Pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya ulama telah mengelirukan dasar perjuangan PAS ini sehinggakan ahli-ahli PAS menganggap PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Sedangkan kita tahu bahawa Islam itu adalah agama Allah yang maha suci dan PAS adalah parti politik ciptaan manusia yang serba kekurangan dan juga banyak kelemahannya. Oleh kerana PAS menganggap mereka sempurna seperti Islam, maka pemimpin-pemimpin mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengkafirkan sesama orang Islam. Pada Ogos 1993, Dewan Ulama PAS telah mengeluarkan hukum ataupun fatwa: (i) orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk negara, menjadi kafir atau haram;

10 DR.9.4.2002

(ii) mereka juga menyatakan sesiapa di atas parti-parti yang berkongsi itu menjadi haram, jika reda menjadi kafir tetapi jika tidak menjadi haram sahaja; (iii) pada November 1979, isu fatwa mengkafirkan oleh Haji Mustafa bin Haji Abu Bakar telah menyatakan sembahyang berimamkan orang Barisan Nasional adalah tidak sah. Sembelihan orang BN tidak boleh dimakan. Nikah yang dilakukan oleh jurunikah kerajaan tidak sah. Pada 31 Mei 1980, ucapan Setiausaha Penerangan PAS Kelantan, UMNO tidak tunduk kepada hukum Tuhan adalah kafir; dan (iv) 1 April 1981, ucapan Awang Bakar, Gong Duit, Besut, Terengganu. UMNO berkongsi mentadbirkan negara dengan orang bukan Islam adalah munafik dan UMNO menentang ajaran Islam adalah kafir. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, pada 13 November 1984, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali yang ke-32 menitahkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia supaya mengeluarkan fatwa tuduhan kafir mengkafirkan oleh PAS terhadap ahli-ahli UMNO. Pada 21 November 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang dan membuat keputusan seperti berikut: (i) dari kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dengan Ijmak di sisi Ahli Sunah bahawa orang yang telah mengucap dua kalimah syahadah dihukum sebagai orang Islam. Darah dan harta bendanya terpelihara. Tidak lagi boleh disingkapkan segala perihal peribadinya yang telah lalu dan tidak juga boleh dipersoalkan tentang erti apa yang telah dilafazkannya; (ii) bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong Persatuan Islam SeMalaysia (PAS) atau oleh sesiapa jua bahawa Ahli-ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pemimpin atau pegawai kerajaan yang beragama Islam sebagai kafir atau sebaliknya adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian, Ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap dua kalimah syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak yang berkuasa agama Islam di Malaysia; (iii) fatwa juga telah menyatakan sesiapa yang membuat tuduhan atau tanggapan bahawa Ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta-merta. Pada 3 Disember 1984, Majlis Raja-Raja bersidang dan bersetuju menerima fatwa yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Begitu juga pada 18 hingga 19 Februari 1986 di mana mengenai fatwa Hadi Awang telah pun dibuat ketetapan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-16 yang bersidang di Pekan, telah memutuskan mengenai amanat Haji Hadi seperti berikut: (a) bercanggah dari segi ajaran Islam; (b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agamanya; dan (c) bercanggah dengan prinsip dakwah islamiah dan kita sedia maklum kemuncak peristiwa hasil daripada Amanat Haji Hadi

DR.9.4.2002 11

maka berlakulah Peristiwa Memali dan semasa… Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat. [Dewan gamat] Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, ini satu... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan berapa Yang Berhormat. Saya tanya... Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: 36(1), 36(6) semua boleh pakai. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya! Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Ini satu sangkaan yang jahat. Sedangkan Yang Berhormat bagi Marang telah berulang-ulang kali telah pun membuat jawapan dan berulang-ulang kali meminta supaya dapat bermuzakarah dengan Majlis Fatwa mengenai apa yang disebut oleh beliau… Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Janganlah timbulkan benda-benda begini dalam keadaan dia tidak ada di sini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudah, cukup Yang Berhormat. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Tuduhan-tuduhan yang melulu. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Saya ingat, Tuan Yang di-Pertua kena buat keputusan mengenai ini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya. Terima kasih. Duduk, duduk lah. [Dewan riuh] Ya, ya, duduklah. Yang Berhormat kadang kala itulah bila kita buat jawapan itu, ikutlah mana yang sesuai Yang Berhormat. Kalau boleh hendak berhenti, berhentilah Yang Berhormat. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak seperti pemimpin PAS. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Cakap bab agama separuh-separuh. Saya baca ini, keputusan fatwa. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukuplah Yang Berhormat. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Ini keputusan fatwa. Kalau Yang Berhormat tidak hormati keputusan fatwa, hah, inilah perangai pemimpin-pemimpin PAS. Ini saya baca ini keputusan fatwa. Sama ada PAS hendak terima ataupun tidak, itu soal PAS. Saya, kewajipan saya Yang di-Pertua hendak dibacakan fatwa ini kerana ini ditanya oleh Yang Berhormat bagi Alor Gajah sama ada segala kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS ini telah pun dikaji oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya menyatakan memang ada. Sebab itu saya membaca apa keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukuplah Yang Berhormat. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Jadi inilah yang saya hendak baca. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Seorang Ahli: Carry on, carry on…

12 DR.9.4.2002

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Ya, betul. Izinkan saya baca. Ini Majlis Fatwa, ini amanah yang patut saya kena baca. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan berapa Yang Berhormat? Dato’ Mustafa bin Ali: 26(1), (6). Saya akui… Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukup Yang Berhormat. Dato’ Mustafa bin Ali: Sebahagian yang disebut tadi keputusan tetapi yang terakhir menghubungkan amanat Hadi dengan Memali tidak ada fatwa tentang itu. Tetapi diada-adakan oleh yang menjawab. Ini bohong. [Dewan riuh] Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Beralih kepada yang lain Yang Berhormat. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak habiskan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya belum habis, dia menyampuk. Inilah susahnya PAS tidak mahu dengar sampai habis. Jadi kita ini Yang Berhormat kena dengar sampai habis. Agama pun kena dengar sampai habis. Saya menyatakan bahawa peristiwa kemuncak amanat Hadi Awang ialah kemuncaknya ialah peristiwa di Memali. Apabila berlaku peristiwa Memali maka Majlis Fatwa telah membuat fatwa bahawa Ibrahim Libya tidak mati syahid. Tetapi pemimpin PAS kata, dia mati syahid. Jadi yang saya hendak nyatakan di sini ialah segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dipertikaikan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, peraturan berapa Yang Berhormat? Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya last. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan yang ke berapa Yang Berhormat? Dato’ Mustafa bin Ali: 36(1). Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha… Dato’ Mustafa bin Ali: 36(1). Seorang Ahli: Sudah, duduk lah. [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya. Dato’ Mustafa bin Ali: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen membaca keputusan Majlis Fatwa. Tetapi apa yang dia sebut itu bukan keputusan Majlis Fatwa yang dirangkum sekali. Ini kelentong ini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terpulanglah kepada PAS ini. Saya hendak baca fatwa yang terakhir yang telah dibuat pada 15 Februari 2001. Okey, fatwa tersebut: (i) Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan. Ini PAS seronoklah, sebab boleh menggunakan perkataan Islam malahan digalakkan tetapi hendaklah mendisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariah Islam dan

DR.9.4.2002 13

boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada. (ii) Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam. Dari itu, adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain selain menepati Rukun Iman dan Rukun Islam seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak-pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamalkan, mengajar, menyeru atau menyebarkan dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk di dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng. (iii) Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang orang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamalkan, mengajar, menyeru atau menyebarkan dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan penyebaran ajaran salah dan menyeleweng. Tuan Yang di-Pertua, kalau pemimpin PAS tidak kiralah PAS jawi kah, PAS rumi, masih berterusan tidak mematuhi dan menghormati fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan maka memang sesuailah huruf P-A-S ini maksudnya ‘Parti Ajaran Sesat’. Terima kasih. [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Jeli, Jeli. Tak payahlah begitu Yang Berhormat. Saya tahulah. Jeli, hem… Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Nampaknya Yang Berhormat telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan sama ada orang tersebut telah mati dan telah pun berada dalam UMNO sekarang ini. Dua-tiga orang sudah berada dalam UMNO, patutnya tangkap yang itu dahulu kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti mana yang diberikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya hendak tanya sekarang kenapakah pihak PAS sudah beberapa kali memohon pihak kerajaan atau UMNO supaya diadakan muzakarah tetapi pihak UMNO sudah hampir bersetuju [Disampuk] …dengar! Dengar nih! Dan minta faham…. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya teruskan Yang Berhormat. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Relax, relax…. [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan bising Yang Berhormat. Yang Berhormat, diamlah! Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: ‘Sipu’ tak dak tahu ini… [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Jeli, teruskan. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Kenapakah pada tahun 1986 muzakarah atau debat yang tajuknya telah ditentukan oleh UMNO, pengerusi telah ditentukan oleh UMNO, tempat ditentukan oleh UMNO, hampir nak menjadi tiba-tiba UMNO telah mengguna Majlis Raja-Raja yang selama ini mengisytiharkan anak bulan tidak kelihatan tiba-tiba yang ini anak bulan tidak kelihatan maka debat terpaksa dibatalkan. Kenapa sekarang? Kita minta muzakarah semula supaya jelas. Terima kasih.

14 DR.9.4.2002

[Dewan riuh] Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih, Yang Berhormat daripada Jeli jangan marah, Yang Berhormat kalau dari segi istailah Yang Berhormat ini mualaflah sebab baru masuk PAS [Ketawa]..dulu tak masuk PAS, dulu kuat sokong UMNO ini. Jadi siapa baru masuk PAS itu dikira macam mualaf dalam PAS lah. Saya nak nyatakan bahawa muzakarah ini Yang Berhormat, kita dah buat kita dah cadang dan ini yang saya katakan tadi bukannya keputusan saya, keputusan Majlis Fatwa. Kalau betul-betul PAS boleh menghormati keputusan Majlis Fatwa buat apanya hendak muzakarah lagi. Dan baru-baru ini kita telah pun panggil untuk bermuzakarah, ini Yang Berhormat Timbalan Menteri salah seorang wakil, apa yang jadi PAS tidak terima letak berbagai-bagai syarat. Kalau kita hendak bincang untuk perpaduan Melayu dan Islam, jangan ada syarat, duduk dahulu semeja barulah kita bincang. Ini tidak, Setiausaha PAS mengambil kesempatan merendah-rendahkan wakil-wakil daripada UMNO, inikah cara PAS untuk mewujudkan perpaduan Melayu, perpaduan Islam. Jadi kita harap PAS kena akur dengan keputusan yang telah majlis Fatwa buat.

7. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh [Selangau] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan berapa peruntukan telah diagihkan kepada negeri Sarawak dan Sabah bagi pembinaan jalan-jalan kampung, elektrik, air paip dan telefon luar bandar pada tahun 2002 termasuk kawasan Parlimen P.187 Selangau. Menteri Pembangunan Luar Bandar [Dato' Haji Azmi bin Khalid]: Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2002, peruntukan yang diluluskan kepada negeri Sarawak bagi Program Jalan Kampung adalah sebanyak RM39.273 juta; Program Bekalan Elektrik Luar Bandar sebanyak RM102 juta dan Program Bekalan Air Luar Bandar sebanyak RM45.5 juta. Bagi negeri Sabah pula, peruntukan yang diluluskan bagi Program PJK Jalan Kampung (PJK) adalah sebanyak RM37.066 juta; Program Bekalan Elektrik Luar Bandar sebanyak RM65 juta dan Program Bekalan Air adalah sebanyak RM45.5 juta. Khusus bagi kawasan Parlimen Yang Berhormat Selangau iaitu P.187 Sarawak, kementerian sedang memuktamadkan senarai projek jalan kampung dan bekalan air luar bandar. Oleh itu, peruntukan bagi kedua-dua program belum lagi ditetapkan. Manakala bagi Program Bekalan Elektrik Luar Bandar, dua projek sedang dilaksanakan yang akan memberi manfaat kepada 303 pengguna dengan kos RM1.9 juta dan dijangka siap sebelum akhir tahun 2002. Sementara itu, projek telefon luar bandar dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar di atas jawapan yang begitu jelas dan prihatin terhadap kemajuan seluruh negara lebih-lebih lagi kepada negeri Sarawak dan Sabah oleh kerana kebanyakan kawasan luar bandar di dua buah negeri itu seperti kemudahan asas belum mencukupi termasuk jalan-jalan kampung dan bekalan elektrik. Soalan saya Yang Berhormat, bilakah pelaksanaan projek ini seperti jalan kampung dan bekalan elektrik luar bandar dapat dimulakan tahun ini, memandangkan sekarang sudah bulan April tetapi nampaknya pelaksanaannya terutamanya di kawasan Selangau belum dimulakan. Sekian, terima kasih. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Tuan Yang di-Pertua, semua program dan projek yang dilaksanakan kalau ia dalam peringkat perancangan, ia memakan masa sedikit tetapi kalau sudah dijalankan, projek-projek ini perlu disiapkan dalam tempoh yang sedekat-dekatnya. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, program-program pembangunan bagi infrastruktur di negeri Sabah dan Sarawak memang diberi keutamaan oleh Kerajaan Pusat dan kementerian saya dipertugaskan untuk melaksanakan dengan sebaik dan secepat-cepatnya. Terima kasih. Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, jumlah yang diperuntukkan di bawah tiga Kepala tadi hampir RM150 juta apabila dijumlahkan bagi jalan kampung, elektrik dan bekalan air dan ini adalah kira-kira RM20 juta lebih, lebih banyak dari tahun lalu.

DR.9.4.2002 15

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya sebab pada masa-masa lampau ialah masalah kelewatan penggunaan peruntukan ini seperti pada tahun lalu sekadar 66% sahaja yang telah siap digunakan. Saya ingin bertanya apakah tindakan pihak kementerian supaya bagi tahun ini peruntukan yang telah ditentukan ini dapat dipakai sepenuhnya di negeri Sabah? Terima kasih. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Tuan Yang di-Pertua, memang pada tahun lalu, tahun 2001, terdapat kelewatan dalam pelaksanaan bukan sahaja di Sabah dan Sarawak bahkan di seluruh negara memandangkan ianya adalah tahun pertama Rancangan Malaysia Kelapan dan banyak perlantikan dari segi perlantikan proses, perlantikan kontraktor, perunding dan sebagainya memakan masa tetapi ini semua selesai dalam tahun 2001. Maka tahun 2002 dan seterusnya tidak dijangka akan wujud kelewatan. Terima kasih. Seorang Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa Soal Jawab sudah cukup. Minta maaf, Yang Berhormat, sudah habis. [Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANG AKTA PENYELARASAN PENCEN (PINDAAN) 2002 Bacaan Kali Yang Pertama Rang Undang-Undang Suatu Akta untuk meminda Akta Penyelarasan Pencen 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor]: dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

RANG UNDANG-UNDANG AKTA SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2002 Bacaan Kali Yang Pertama Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor] dibaca kali

RANG UNDANG-UNDANG AKTA PENCEN (2002) Bacaan Kali Yang Pertama Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor] dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

RANG UNDANG-UNDANG AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN (PINDAAN) 2002 Bacaan Kali Yang Pertama Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Penyelarasan Pencen 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor] dibaca kali yang pertama, akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

16 DR.9.4.2002

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga 11.07 pagi. Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi bantuan bersama dalam perkara jenayah antara Malaysia dan negara-negara lain dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana Rang Undang-undang ini adalah Rang Undang-undang yang baru, maka saya mohon mengambil masa untuk memberi penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, berikutan dengan keputusan kerajaan supaya digubal suatu undang-undang khusus untuk membolehkan Malaysia memperoleh dan memberi bantuan bersama dalam perkara jenayah dengan negara lain, maka Rang Undang-undang Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 dibentangkan di Parlimen ini. Pola jenayah pada masa sekarang adalah melibatkan kegiatan jenayah yang melintasi sempadan antarabangsa daripada kegiatan pengedaran dadah, penyeludupan orang, penyeludupan senjata hinggalah kegiatan keganasan. Pendapatan daripada kegiatan seperti pengedaran dadah dan penyeludupan senjata pula disalurkan untuk membiayai kegiatan jenayah lain termasuk keganasan antarabangsa. Dalam pada itu, ramai penjenayah berjaya melepaskan diri daripada tindakan keadilan disebabkan bukti tidak mencukupi untuk mendakwa atau mensabitkannya. Penjenayah dapat berselindung dalam sistem perundangan negara tertentu disebabkan ketidakselarasan dalam sistem perundangan antara negara-negara dan juga kekurangan kerjasama berkesan antara pihak berkuasa. Tindakan untuk membanteras kegiatan jenayah yang melintasi sempadan antarabangsa itu tidak akan berkesan tanpa usaha dan kerjasama antarabangsa. Bagi maksud itu sudah tiba masanya setiap negara menggalakkan kerjasama antarabangsa dengan agensi-agensi yang terlibat dalam sistem keadilan jenayah di semua peringkat di seluruh dunia. Ini dapat memastikan semua agensi dapat memberikan bantuan bersama supaya penyiasatan dan perbicaraan boleh dijalankan dengan licin dan keadilan dicapai. Rang Undang-undang Bantuan Bersama dalam perkara jenayah ini dicadangkan untuk mencapai tujuan tersebut. Rang Undang-undang ini juga merupakan tindak balas Malaysia terhadap inisiatif-inisiatif badan-badan antarabangsa untuk mengadakan suatu sistem bantuan bersama dalam perkara jenayah yang menyeluruh dan berkesan. Ini termasuklah: (i) Skim Komanwel bagi bantuan bersama dalam perkara jenayah atau dikenali sebagai The Harare Scheme yang telah dicadangkan sebagai asas bagi perundangan negara- negara Komanwel untuk menyelaraskan kehendak dan tatacara memberi bantuan bersama dalam perkara jenayah di kalangan Negara-negara Komanwel. Rang undang- undang ini telah digubal selaras dengan prinsip yang dinyatakan dalam skim berkenaan; (ii) empat puluh syor Pasukan Petugas Tindakan Kewangan Terhadap Pengubahan Wang Haram atau Financial Action Task Force on Money Laundering (FATF). FATF telah diasaskan di sidang kemuncak ekonomi Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) pada tahun 1989 sebagai satu tindak balas kepada gejala pengubahan wang haram yang semakin berleluasa dan

DR.9.4.2002 17

telah menerbitkan 40 syor itu sebagai suatu aturan yang menyeluruh bagi membanteras pengubahan wang haram. Syor-syor itu telah diterima pakai sebagai piawaian antarabangsa bagi langkah balas terhadap pengubahan wang haram. Salah satu syor penting adalah mengenai bantuan bersama dalam penyiasatan dan pendakwaan pengubahan wang haram. Rang Undang-undang ini akan menepati syor berkenaan; (iii) beberapa treaty antarabangsa yang sedang dikaji oleh Malaysia juga mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai bantuan bersama sedemikian. Treaty itu termasuklah Convention Against Transnational Organized Crime dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai keganasan antarabangsa seperti International Convention for The Separation of The Financing of Terrorism, International Convenction for The Separation of Terrorist Bombing dan Convention for The Separation of Unlawful Acts Against The Safety of Maritime Navigation. Rang Undang-undang ini akan membolehkan Malaysia memenuhi obligasi konvensyen-konvensyen berkenaan sekiranya Malaysia memutuskan untuk menjadi negara anggota kepada konvensyen-konvensyen tersebut. Rang Undang-undang ini juga akan melengkapkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 yang telah mula berkuat kuasa pada 15 Januari 2002 ini. Dengan adanya Rang Undang-undang Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002, penyiasatan terhadap kegiatan pengubahan wang haram di peringkat antarabangsa akan menjadi lebih berkesan lagi. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini peruntukan undang-undang di Malaysia mengenai bantuan bersama dalam perkara jenayah bagi maksud penyiasatan adalah diperuntukkan dalam Bahagian VII Seksyen 45 hingga 55, Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 dan terhad untuk kes dadah sahaja. Selain daripada itu, tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan bantuan diberi kepada negara asing bagi memperolehi maklumat penyiasatan semata-mata. Rang Undang-undang ini tidak akan menjejaskan bantuan bersama yang boleh diberi di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988. Maka dengan penggubalan akta yang dicadangkan ini, akan wujud dua kemudahan untuk bantuan bersama dalam perkara jenayah dengan tatacara di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 dikhaskan bagi perkara berkaitan dengan dadah sahaja. Undang-undang yang membenarkan supaya kerjasama diberikan untuk memperolehi keterangan terkanun dalam Aturan 66 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 iaitu melalui Letter of Request atau Negotiatory Letter. Kadar-kadar ini secara amnya hanya terpakai bagi kes-kes sivil tetapi dalam kes Datuk Mohd. Hashim Shamsuddin melawan Attorney-General Hong Kong, 1986 [2MLJ 112] dan Lorraine Esme Osman melawan Attorney-General Hong Kong, 1986 [2MLJ 288], telah diputuskan ianya terpakai untuk kes jenayah juga. Walaupun demikian, penggunaannya terhad kepada kaedah itu hanya terpakai sekiranya permintaan berkenaan dibuat oleh mahkamah dan kes berkenaan sudah berada dalam mahkamah negara asing. Kes-kes yang masih dalam peringkat penyiasatan, tidak termasuk dalam keadaan ini. Peruntukan-peruntukan lain bagi bantuan kerjasama untuk negara asing dan Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah terhad untuk kes sivil sahaja. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian I rang undang-undang ini memperkatakan mengenai perkara permulaan. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

18 DR.9.4.2002

Fasal 2 mengandungi takrif ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan. Fasal 3 menggariskan tujuan akta yang dicadangkan iaitu bagi membolehkan Malaysia memberikan dan memperolehi bantuan antarabangsa dalam perkara jenayah termasuklah: (a) memberikan dan memperolehi keterangan dan benda; (b) membuat perkiraan untuk orang memberikan keterangan atau membantu dalam penyiasatan jenayah; (c) mendapatkan, melucuthakkan atau merampas harta berkenaan dengan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing; (d) menyekat urusan mengenai harta atau membekukan harta, yang boleh didapatkan berkenaan dengan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing; (e) melaksanakan permintaan bagi penggeledahan dan penyitaan; (f) mencari dan mengenal pasti saksi dan orang yang disyaki; (g) menyampaikan proses; (h) mengenal pasti atau mengesan hasil jenayah, harta dan peralatan yang didapati daripada atau yang digunakan dalam perlakuan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing; (i) mendapatkan penalti kewangan berkenaan dengan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing; dan (j) memeriksa benda dan premis. Dalam Fasal 4, akta yang dicadangkan tidak akan menghalang perolehan bantuan daripada Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) atau mana- mana organisasi antarabangsa yang lain ataupun menghalang kerjasama antarabangsa dalam bentuk selain yang diperuntukkan di bawah akta yang dicadangkan atau kerjasama antarabangsa di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain seperti di bawah Bahagian 7 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988. Fasal 5 menjelaskan bahawa akta yang dicadangkan tidak membenarkan pengekstradisian atau penangkapan atau penahanan dengan tujuan pengekstradisian mana-mana orang. Akta Ekstradisi 1992 hendaklah terpakai bagi kes-kes berkenaan. Bahagian II - Fasal 6 hingga 15 memperkatakan permintaan oleh Malaysia kepada negara asing bagi bantuan dalam perkara jenayah di Malaysia. Fasal 6 membenarkan permintaan bagi bantuan dalam perkara jenayah dibuat oleh Malaysia kepada sesuatu negara asing sementara Fasal 7 memperuntukkan bahawa permintaan itu hendaklah dibuat atau hendaklah dibuat oleh atau melalui peguam negara menerusi saluran diplomatik. Fasal 8 dan 9 masing-masing bertujuan untuk memberikan Peguam Negara kuasa untuk meminta pihak berkuasa negara asing yang berkenaan untuk mengaturkan supaya keterangan diambil di negara asing itu dan dihantar kepadanya bagi maksud sesuatu perkara jenayah di Malaysia dan kehadiran seseorang yang berada di negara asing itu di Malaysia untuk memberikan keterangan atau bantuan dengan sesuatu perkara jenayah di Malaysia. Fasal 10 memperuntukkan bahawa seseorang tidak akan dikenakan apa-apa penalti atau liabiliti sekiranya orang itu enggan datang ke Malaysia menurut satu permintaan di bawah fasal 9. Fasal 11 memperuntukkan bahawa seseorang yang dibawa masuk ke Malaysia menurut satu permintaan di bawah akta yang dicadangkan tidak boleh ditahan, didakwa atau dihukum atau dikenakan apa-apa guaman sivil bagi sesuatu kesalahan, perbuatan atau peninggalan mengikut mana-mana yang berkenaan jika,

DR.9.4.2002 19

kesalahan, perbuatan atau peninggalan itu berlaku sebelum dia berlepas dari negara asing itu bahawa orang itu tidak dikehendaki memberikan keterangan dalam mana- mana prosiding di Malaysia selain prosiding yang dengannya permintaan itu berhubungan. Fasal 12 memperuntukkan bahawa sesuatu pernyataan yang diberikan oleh seseorang yang berada di Malaysia menurut satu permintaan di bawah Fasal 9 tidak boleh digunakan terhadapnya kecuali berhubung dengan kesalahan sumpah bohong atau penghinaan mahkamah. Namun pernyataan sedemikian boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan atau sebagai keterangan tentang fakta yang dinyatakan dalam pernyataan itu sekiranya dalam memberikan keterangan itu orang itu membuat pernyataan yang tidak selaras dengan pernyataan itu. Fasal 13, 14 dan 15 masing-masing bertujuan untuk memberi Peguam Negara kuasa untuk meminta pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu negara asing menguatkuasakan sesuatu perintah perlucuthakan yang dibuat di Malaysia terhadap harta yang dipercayai terletak di negara asing itu, mengenal pasti dan mencari orang yang terlibat dengan atau yang dapat memberikan keterangan atau bantuan yang berkaitan dengan sesuatu perkara jenayah di Malaysia dan melaksanakan penyampaian apa-apa proses bagi maksud sesuatu perkara jenayah di Malaysia. Bahagian III, Fasal 16 hingga 41 memperkatakan permintaan negara asing kepada Malaysia bagi bantuan dalam perkara jenayah di negara asing itu. Fasal 16, 17 dan 18 menetapkan negara asing yang kepadanya Malaysia boleh memberikan bantuan dalam perkara jenayah yakni negara asing yang mempunyai treaty atau perjanjian lain dengan Malaysia mengenai pemberian bantuan bersama dalam perkara jenayah dan negara yang berkenaannya Menteri telah mengeluarkan satu arahan khas di bawah fasal 18. Fasal 19 memperuntukkan bahawa sesuatu permintaan oleh sesuatu negara asing yang ditetapkan kepada Malaysia bagi bantuan dalam sesuatu perkara jenayah hendaklah dibuat kepada Peguam Negara melalui saluran diplomatik. Fasal ini juga menyatakan maklumat yang mesti dikemukakan bersama dengan permintaan itu. Fasal 20 menyatakan keadaan dalamnya Peguam Negara boleh menolak permintaan bagi bantuan yang dibuat oleh sesuatu negara asing yang ditetapkan. Keadaan itu termasuklah sekiranya pihak berkuasa berkenaan negara asing itu tidak mematuhi terma mana-mana treaty atau perjanjian lain antara Malaysia dengan negara asing itu, permintaan itu berhubung dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang atau sesuatu kesalahan yang bersifat politik, permintaan itu berhubung dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang berkenaan dengan sesuatu kesalahan tentera di bawah undang-undang Malaysia yang bukan juga satu kesalahan di bawah undang-undang jenayah biasa Malaysia. Dipercayai permintaan itu telah dibuat bagi maksud untuk menyiasat, mendakwa, menghukum atau selainnya memudaratkan seseorang kerana bangsa, agama, jantina, keturunan etnik, kerakyatan ataupun pendapat politik orang itu. Kesalahan yang berkenaan dengan perjanjian itu tidak menjadi satu kesalahan di Malaysia. Pemberian bantuan itu akan menjejaskan kedaulatan, keselamatan, ketenteraman awam atau kepentingan awam penting lain di Malaysia. Pemberian bantuan itu akan menjejaskan perkara jenayah di Malaysia dan pemberian bantuan itu dikehendaki pengambilan langkah-langkah yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Fasal 21 bertujuan untuk menetapkan kesalahan tertentu yang tidak boleh dianggap sebagai kesalahan bersifat politik bagi maksud menolak permintaan bagi bantuan bersama dalam perkara jenayah. Ini termasuklah kesalahan yang diwujudkan di bawah mana-mana treaty antarabangsa, pelbagai pihak yang Malaysia dan negara asing yang ditetapkan merupakan anggota dan yang ditetapkan dalam treaty pelbagai hala itu sebagai satu kesalahan yang tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan bersifat politik bagi maksud bantuan bersama dalam perkara jenayah. Fasal 22 hingga 29 bertujuan untuk memberi Peguam Negara kuasa untuk membenarkan tindakan tertentu diambil di Malaysia bagi maksud sesuatu perkara jenayah di sesuatu negara asing yang ditetapkan. Ini termasuklah mengaturkan pengambilan keterangan di Malaysia, membuat permohonan ke mahkamah untuk

20 DR.9.4.2002

mendapatkan perintah terhadap seseorang supaya mengemukakan atau memberikan access kepada sesuatu benda yang tertentu, mengaturkan kehadiran seseorang yang berada di Malaysia termasuk banduan dan orang di bawah tahanan yang telah bersetuju untuk memberikan keterangan atau bantuan di sesuatu negara asing yang ditetapkan dan mengaturkan tahanan dalam jagaan seseorang yang singgah di Malaysia dalam perjalanannya di antara negara-negara asing yang ditetapkan bagi maksud memberikan keterangan atau bantuan berhubung dengan sesuatu perkara jenayah. Fasal 30 menjadikan suatu kesalahan jika seseorang yang singgah di Malaysia sedemikian lari daripada jagaan semasa berada di Malaysia dan orang itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Fasal 26 menjadikannya suatu kesalahan jika seseorang gagal mematuhi perintah yang dibuat menurut akta yang dicadangkan. Orang itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Fasal 31 mengadakan peruntukan bagi penguatkuasaan perintah pelucuthakan asing mengenai harta atau untuk menyekat urusan mengenai harta yang dengan semunasabahnya dipercayai berada di Malaysia atas permintaan sesuatu negara asing ditetapkan. Penguatkuasaan perintah pelucuthakan asing itu akan dilakukan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat menurut fasal 44. Fasal 35 dan 36 mengadakan peruntukan bagi Peguam Negara mendapatkan waran geledah atas permintaan pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu negara asing jika Peguam Negara mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa benda berhubung dengan perkara jenayah di negara asing yang ditetapkan itu berada di Malaysia. Fasal 37 memberi kuasa tertentu kepada pegawai yang diberi kuasa melaksanakan waran geledah. Fasal 39 bertujuan untuk memberi Peguam Negara kuasa untuk memberikan bantuan dalam mencari atau mengenal pasti dan mencari seseorang yang dipercayai berada di Malaysia jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu dapat memberikan keterangan atau bantuan yang berkaitan dengan sesuatu perkara jenayah di negara asing yang ditetapkan. Fasal 40 bertujuan untuk memberi Peguam Negara kuasa untuk melaksanakan pencapaian proses kepada seseorang yang berada di Malaysia atas permintaan pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu negara asing yang ditetapkan. Dan yang akhir Bahagian IV Fasal 42 hingga 44 rang undang-undang ini memperkatakan perkara berbagai termasuk pengesahan dokumen, perwakilan kuasa Peguam Negara dan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan akta yang dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua, masalah kegiatan jenayah lintas sempadan merupakan satu masalah dunia yang semakin berleluasa dan menyentuh kedaulatan dan keselamatan semua negara termasuk Malaysia. Kerajaan telah menyatakan komitmennya dan telah bertindak untuk meningkatkan keupayaan Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa asing yang ditetapkan di peringkat antarabangsa agar kegiatan jenayah lintas sempadan dapat dibanteras dengan lebih berkesan. Rang undang-undang yang dicadangkan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha tersebut. Saya mohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Siapa sokong? Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Zainal Abidin bin Zin]: Saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama “Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi bantuan bersama dalam perkara jenayah antara Malaysia dan negara-negara lain dan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya” dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Batang Lupar.

DR.9.4.2002 21

11.25 pagi. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, nampaknya tidak ada orang lain hendak bercakap ini. Seorang Ahli: Nampaknya macam itulah. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Boleh? …boleh, sampai pukul 5.30 pun boleh Yang Berhormat. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Nampaknya tidak ada orang lain hendak bahas. Jadi silalah Yang Berhormat… Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Cuma masa bagi dengan saya sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih. Terima kasih saya, mengatakan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah menrangka satu lagi prasarana ataupun infrastruktur perundangan negara untuk membolehkan perhubungan kita sama ada yang telah diwujud secara treaty ataupun konvensyen direalisasikan dalam negara ini. Nampaknya Malaysia mengambil jalan yang positif dan proaktif untuk mewujudkan yang mana suasana untuk membanteraskan jenayah bukan sahaja di dalam negara ini tetapi juga untuk jenayah transborder ataupun melintasi batasan negara. Jadi undang-undang ini baru diwujudkan sebagai tambahan kepada beberapa undang-undang yang ada cirinya menunjukkan bahawa perundangan Malaysia akan dikuat kuasa atau boleh dikuatkuasakan di luar negara. Sebagai mana undang-undang di negara lain juga boleh dikuatkuasakan di Malaysia tetapi malangnya tidak ada satu rangka perundangan yang membolehkan pihak berkuasa daripada negara kita menguat kuasa di negara lain sebegitu juga negara lain ke negara kita. Jadi dengan wujudkan undang-undang ini hampir selesailah tugas dan tanggungjawab Malaysia untuk mewujudkan prasarana perundangan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu daripada segi dasar persoalan, kalau kita lihat sebagaimana yang telah disebut oleh setiausaha Parlimen, undang-undang ini adalah susulan daripada Harare Scheme salah satu daripadanya dan juga treaty-treaty yang telah kita wujudkan. Di Harare Scheme adalah melibat negara-negara Komanwel dan negara-negara Komanwel ini memang mempunyai satu asas latar belakang undang-undang yang bersama. Asalnya daripada England dan diturun kepada negara-negara Komanwel mungkin juga diubahsuai mengikut citarasa dan kesesuaian keadaan di negara-negara tersebut. Jadi kalau kita lihat perhubungan ini ada hubungkaitnya hanya kepada Komanwel, nescaya Harare Scheme ini boleh direalisasikan menerusi persoalan ataupun kesamaan undang-undang dasar prinsip dan falsafah yang kita wujudkan di negara Komanwel yang kita warisi daripada England. Tetapi malangnya perhubungan dekat kita ialah dengan negara ASEAN. Negara ASEAN tidak mewarisi semuanya falsafah, perundangan dan konsep dan semuanya daripada undang-undang Komanwel umpamanya di ASEAN kita mempunyai Filipina yang terdekat kita Indonesia, Thailand, Myanmar, Cambodia mereka ini tidak mewarisi undang-undang Komanwel. Undang- undang mereka berlainan dan berbagai-bagai dan mungkin tidak terlibat dengan Harare Scheme kerana Harare Scheme hanya melibat negara-negara Komanwel jadi ini mungkin boleh dikatakan ada termasuk dalam United Nations Convention dalam organised crime, anti-terrorism dan berbagai lagi konvensyen-konvensyen yang telah diwujudkan. Tetapi malangnya negara Komanwel mempunyai landasan yang berlainan daripada konvensyen-konvensyen ini makna dia ada perhubungan perbezaan di antara konvensyen dengan Harare Scheme ini sedikit. Jadi di dalam keadaan yang sedemikian falsafah undang-undang kita mungkin berlainan umpamanya ada negara- negara di dunia yang bukan ahli Komanwel yang mewarisi undang-undang daripada negara-negara lain yang mempunyai satu konsep dan falsafah undang-undang yang berlainan yang diwarisi jiran kita di negara ASEAN mungkin daripada Francis, daripada negara Dutch umpamanya ini berlainan macam Indonesia, Filipina mungkin berlainan mungkin juga Thailand. Jadi apakah mekanisme supaya perbezaan ini boleh diselaraskan untuk menguatkuasakan undang-undang yang kita wujudkan ini. Sudahkah semua treaty kita

22 DR.9.4.2002

dimeteraikan di antara kita dengan semua negara yang berdekatan dengan kita iaitu negara ASEAN. Oleh kerana ini amat penting sekali kerana masalah yang terbesar kita hadapi sekarang ialah penjenayah yang lari daripada Selatan Filipina memasuki ke Malaysia iaitu ke negeri Sabah yang berdekatan sekali mungkin juga ke Sarawak ataupun menerusi Indonesia memasuki Sabah dan Sarawak. Jadi dalam keadaan sedemikian persoalan undang-undang, persamaan undang-undang dan peruntukan undang-undang di negara ini mesti ada persamaan yang tertentu kalau tidak bidang kuasa undang-undang ini akan terbatas dan terhad penguatkuasaannya. Jadi dalam keadaan yang sedemikianlah kenapa diversity ini mestilah kita atasi supaya Harare Scheme tidak tinggal begitu sahaja untuk orang persamaan di antara kita dengan Singapura mungkin yang mewarisi undang-undang yang sama, mungkin kita dengan sebahagian daripada negara-negara di Afrika yang sebahagian besar daripadanya ialah negara Komanwel. Jadi ini amatlah penting untuk kita atasi soalan treaty, soalan rujukan treaty ini mencukupikah pegawai-pegawai kita di Kementerian Luar Negeri untuk menyemak dan melihat undang-undang ini supaya menjadi tidak pecah-belah… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Bagan Datok. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Sila. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Batang Lupar kerana beliau adalah merupakan seorang peguam dan juga bekas seorang pegawai polis dan beliau tentu maklum dan faham tentang akta ini secara mendalam. Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau pegawai-pegawai polis kita yang jelas telah memberikan kerjasama di peringkat antarabangsa diletakkan di Interpol, Polis Antarabangsa supaya penjenyah daripada Malaysia yang berada di luar negara dapat dikesan dengan lebih awal atau penjenayah daripada luar yang menyorok di Malaysia, Yang Berhormat sebutkan di Sabah dan Sarawak tidak kurang juga di Semenanjung juga dapat dikesan dengan mudah kalau adanya pegawai kita diletakkan di Interpol dan adakah Yang Berhormat mempunyai pengalaman dengan Interpol di mana Interpol memberikan kerjasama umpamanya apabila kes Perwaja yang sedang di dalam penyiasatan, banyak dokumen dan banyak bahan-bahan bukti itu ada di Switzerland umpamanya kurang mendapat kerjasama daripada negara berkenaan dan institusi kewangan di negara berkenaan seolah-olah ada immunity untuk menyerahkan dokumen-dokumen dan barang bukti itu ke Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, secara mendalam, mungkin saya tidak boleh menjawab soalan Yang Berhormat bagi Bagan Datok tetapi secara khususnya perhubungan polis kita dengan Interpol adalah amat baik sekali dan perwujudan relationship ataupun hubungan ini telah diwujudkan beberapa lama dan banyak pertukaran intelligence dan maklumat telah kita buat di antara jabatan polis dengan polis Interpol. Tetapi buat sementara, dalam pengalaman saya, saya tidak mengetahui sama ada secara fizikalnya ada pegawai-pegawai kita duduk di pejabat Interpol ataupun mengetuai satu-satu seksyen Interpol untuk menguruskan Intelligence Report, untuk menguruskan maklumat ini, untuk menyalurkan maklumat ini seberapa cepat yang mungkin dan membantu negara host, dengan izin, iaitu negara di mana pegawai ini bertugas untuk memberi maklumat secepat mungkin kepada negara Malaysia. Jadi saya amat menyokong imbasan ataupun cadangan Yang Berhormat bagi Bagan Datok supaya kita mengadakan pegawai kita di Ibu Pejabat Interpol kalau tidak salah saya di France dan Intelligence Networking kita di seluruh dunia menerusi cawangan-cawangan, seksyen-seksyen dan biro-biro Interpol ini supaya senang kita mendapat maklumat-maklumat dan maklumbalas yang cepat. Tetapi yang kedua, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Bagan Datok, soal masalah kita mendapat bantuan atau kerjasama dari pihak kerajaan luar negara, daripada satu perkara yang ingin saya sentuh selepas ini iaitu soal konsep, falsafah dan istilah. Umpamanya di negara kita mempunyai istilah-istilah yang berlainan dengan istilah atau falsafah yang diterima pakai oleh negara-negara lain umpamanya kalau sesuatu kesalahan itu yang didapati menjadi satu kesalahan jenayah di negara kita ini mungkin tidak dipandang sebagai satu kesalahan jenayah di negara lain.

DR.9.4.2002 23

Begitu juga dengan kesalahan yang dianggap kesalahan politik di negara ini atau di negara lain dianggap kesalahan jenayah di negara kita. Jadi kalau ada pertindihan atau masalah tidak sehaluan istilah dan maknanya mendatangkan satu masalah perhubungan untuk menentukan penghantaran balik penjenayah-penjenayah negara kita daripada negara lain. Begitu juga penjenayah yang berlaku di negara ini yang mana daripada negara lain oleh kerana interpretasi yang berlainan dari segi undang-undang, konsep dan falsafah ini juga mendatangkan masalah untuk mereka meminta penjenayah mereka yang ada di negara kita ini balik ke negara mereka oleh kerana masalah interpretasi undang-undang ini kerana proses penghantaran balik ini bukan sahaja daripada peringkat Attorney-General (AG) tetapi juga akan diproses menerusi permohonan-permohonan yang akan diadili oleh pihak mahkamah. Jadi mahkamah akan menginterpretasikan segala permohonan berlandaskan undang- undang kita. Begitu juga mahkamah negara lain yang menghakimi permohonan kita berlandaskan falsafah, pendapat dan istilah undang-undang di negara mereka sendiri. Jadi inilah menjadi satu masalah yang terbesar kepada negara kita. Umpamanya kalau kita lihat extradition of Pinochet daripada negara Eropah ke negara mereka sendiri, wujudlah interpretasi yang berlainan, persoalan yang berlainan hinggalah mendatangkan kes itu berpanjangan di mahkamah dan mencetuskan tindakan politik. Akhirnya pihak peguam dan negara yang berkenaan akan menggunakan dua garisan iaitu satu garis panduan menerusi selok belok perundangan dan yang kedua, menggunakan pressure ataupun tekanan politik untuk mendapat kembali penjenayah tersebut, jadi dalam keadaan yang sedemikian, kenapa perhubungan menerusi treaty kita di antara negara-negara terutamanya dengan negara jiran kita. Jadi dalam konteks inilah Tuan Yang di-Pertua, saya menekankan bahawa perhubungan kita dengan negara ASEAN kerana mereka inilah negara jiran yang terdekat sekali, kerana kita tidak hendak penjenayah dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand pergi ke negara kita tetapi dalam negara ini mereka akan menjalankan jenayah mereka dan berleluasa kerana perundangan kita belum dikemaskan. Begitu juga dengan penjenayah daripada negara kita untuk mengelakkan daripada tindakan undang-undang di negara ini lari ke Indonesia, ke Thailand, ke Filipina dan ke negara lain yang berdekatan. Jadi perhubungan kita dari segi treaty dan perundangan mestilah dikemaskinikan. Jadi dalam persoalan itulah maka pentingnya sama ada negara- negara ASEAN sebagai tindakan yang pertama mewujudkan undang-undang yang sama sebagai reciprocal ataupun tindakbalas kepada perundangan yang kita wujudkan di negara kita ini barulah undang-undang ini boleh mendatangkan kesan kalau tidak undang-undang ini akan wujud di bawah beberapa konvensyen, skim dan citarasa kita sendiri untuk mendatangkan keadilan kepada rakyat sejagat tetapi malangnya negara- negara jiran mungkin tidak melihat tindakan yang sedemikian sebagai keutamaan kepada mereka. Jadi untuk mendatangkan kesan yang baik menerusi Kementerian Luar Negeri, saya bermohon meminta mencadangkan supaya diperbanyakkan lagi mereka yang pakar daripada segi treaty, mereka yang pakar dari segi undang-undang antarabangsa, mereka yang pakar untuk menyelidiki konvensyen dan skim-skim yang wujud di dunia ini sama ada diluluskan oleh pihak serantau ataupun antarabangsa umpamanya macam ASEAN, EU, Amerika Syarikat dan sebagainya, kalau tidak bolehlah sesebuah negara itu menjadi tempat persembunyian kepada penjenayah- penjenayah yang melarikan diri kerana kita banyak melihat. Saya masih terkenang satu cerita yang benar berlaku, semasa sebuah negara jiran hendak membina sebuah masjid, apabila jiran ini menasihatkan kepada sultannya, kita kena buatkan estimate untuk membina masjid ini tetapi sultan mengatakan duit kita banyak tidak payahlah buat estimate, buatlah seberapa yang saya suka, yang seelok mungkin, kalau saya senang hati dengan pembinaan itu nanti, saya akan bayarkan harganya. Jadi, pegawai kanan yang dianggap sebagai pegawai yang begitu baik, cekap, telus, semua sekali baik, membina masjid, terbinalah sebuah masjid yang tersergam indah, kilau-kilauan dilihat. Tetapi malangnya RM100 juta yang di katakan, hanya RM50 juta digunakan untuk membina masjid. Yang RM50 juta dimasukkan ke dalam poket pegawai kanan Mat Salleh. Selepas itu, bila diketahui beliau sudah bersara di satu

24 DR.9.4.2002

negara di Afrika, di mana negeri ini Great Britain tidak mempunyai perhubungan treaty dan tidak mempunyai perhubungan perundangan dengan negara-negara tersebut sampai sekarang, mungkin sudah jadi jutawan yang sejak tahun 1950-an. Jadi, perkara ini senang berlaku, macam mana Yang Berhormat bagi Bagan Datok sebut tadi. Tan Sri Eric Chia lari ke negara lain dan negara itu pula membuat karenah mereka sendiri, kena falsafah mereka sendiri, kena pendapat mereka sendiri, kefahaman mereka sendiri, istilah mereka sendiri, perundangan mereka sendiri, penglihatan polis-polis dan pihak kehakiman mereka sendiri yang telah menentu dan menetapkan bahawa si penjenayah ini ataupun orang yang disangka telah melakukan jenayah ini tidak dapat dibawa balik, oleh kerana masalahnya tidak ada penyelarasan perundangan yang telah ditetapkan ataupun dibuat rapi. Jadi, konvensyen skim, kita boleh sebutlah berpuluh-puluh telah dikeluarkan oleh pihak United Nations, serantau dan sebagainya, tidak akan menjadi apa dan tidak mendatangkan kesan kepada mana-mana negara, kepada mana-mana orang, kalau tidak treaty ini diperkemaskinikan, prasarana undang-undang tidak diperkemaskinikan, istilah tidak diselaraskan, istilah pendapat falsafah tidak diselaraskan, ini juga akan mendatangkan kesan negatif kepada prasarana undang-undang yang kita wujudkan ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita melihat jauh ke negara lain, semua negara Komanwel kita kena melihat jiran-jiran kita dulu, adakah mereka telah mewujudkan undang-undang yang sama? Adakah kita telah buat treaty dengan mereka? Macam mana pula extradition treaty kita dengan negara-negara ini? Apa juga perundangan yang kita wujudkan segala soalan kekebalan, kuasa, permohonan ini semualah ini diselaraskan supaya mendatangkan kesan kepadanya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, berpindah saya kepada persoalan-persoalan yang khusus dalam undang- undang ini walaupun saya baru terima semalam tetapi semalam kita kerja sampai pukul 1.00, jadi tidak ada masa membaca kertas ini. Saya baru baca pagi ini. Saya semalam, kerja 18 jam, jadi telah turun pukul 6.00 pagi, habis pukul 12.00 malam, tidur pukul 2.30. Semua kawan-kawan kerja lapan jam tetapi ada sedikit masa, setengah jam, saya baca pagi ini tadi. Banyak istilah yang baik ditunjukkan dalam undang- undang ini tetapi satu persoalan yang saya hendak bangkitkan di sini, soalan kesalahan berat. Di sini, dua kesalahan berat yang telah disebutkan iaitu hukuman maksimum bagi kesalahan itu ialah hukuman mati. I don’t have quarrel with that, dengan izin. Yang kedua, tempoh minimum penjaraan tidak kurang daripada satu tahun. Kalau ini di lihat daripada cara literal, istilah ini menunjukkan bahawa kesalahan-kesalahan trafik pun telah termasuk ataupun terangkum dalam perundangan ini kerana ada juga kesalahan-kesalahan trafik, boleh di katakan kesalahan-kesalahan yang kecil, boleh dimasukkan dalam persoalan kurang daripada satu tahun. Hanya perkataan key ataupun kunci di sini ialah tidak kurang iaitu minimum punishment satu tahun. Ini juga dimasukkan sebagai satu kesalahan berat. Jadi, kalau perkara ini berlaku, dengan sendirinya ini menjadi undang-undang kita. Ini bermakna, undang-undang yang kita kuasakan di negara kita, macam mana pula kalau negara lain yang menggunakan minimum dia sendiri, yang lebih tinggi daripada kita? Tidakkah ini akan mendatangkan satu suasana yang kurang adil kepada masyarakat Malaysia, rakyat Malaysia dibandingkan dengan undang-undang yang mungkin lebih ringan sikit atau memandangkan satu-satu jenayah itu lebih ringan sikit. Saya tidak payah menyentuh persoalan hukuman mati, oleh kerana hukuman mati ini kalau orang kena 20 tahun, 25 tahun, seumur hidup pun cukuplah itu, boleh sudah masuk dalam istilah nombor satu ini. Ini kerana banyak negara di dunia ini menganggapkan hukuman mati ini satu hukuman yang barbaric walaupun negara kita masih mengamalkan undang-undang mati. Jadi, yang kedua, saya juga ingin menyentuh persoalan interpretasi menteri. Pada masa sekarang, menteri kita ialah menteri yang selalu dihubungkaitkan dengan undang-undang ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tetapi di sini, interpretasi ada mengatakan erti "menteri" yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi hal-ehwal undang-undang. Di negara lain, banyak negara-negara memang istilahkan "menteri undang-undang." Kita di sini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kita kena memperbetulkan persoalan istilah ini, iaitu menteri kita mestilah menteri yang digazette sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang. Kalau tidak digazette sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang, apa

DR.9.4.2002 25

jua keputusan menteri di bawah undang-undang ini tidak mendatangkan kesan undang- undang. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Ahli Parlimen menjawab soalan ini nanti supaya perasaan kecurigaan saya yang mungkin dialami semua orang dapat diperbetulkan. Yang ketiga, persoalan interpretasi "premis". Ini banyak orang PAS memang dia minat soalan premis ini nanti. Kenapa satu undang-undang ada, ada interpretasi premis lain? Undang-undang lain ada premis lain. Jadi, undang-undang ini, premises ia pun lain juga maknanya. Ini satu struktur, biasanya kita ada interpretasi struktur tetapi undang-undang ini tidak memberi. Mungkin boleh dicari dalam interpretasi act ataupun ordinan. Maknanya, bangunan khemah kenderaan air, hovercraft, pesawat terbang. Jadi, interpretasi ini, saya kurang jelas masalah ini sebab di sini kenderaan air, selepas itu, hovercraft. Kenapa pula hovercraft didefinekan begitu precise, dengan izin, yang mana sudah disebut kenderaan air tetapi kenderaan darat ini tidak disebut, lori, kereta dan sebagainya, sama ada persoalan kenderaan yang disebut kenderaan ini termasuk kereta api? Jadi, kalau tidak termasuk kereta api, kena lihat Interpretation act ataupun ordinan yang lain untuk memberi makna kepada kenderaan ini sama ada termasuk kereta api. Kalau tidak, maknanya, interpretasi ini belum begitu jelas. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagaimana yang saya telah sebutkan tadi, saya hanya berupaya membaca muka surat 1 sampai muka surat 11 undang-undang ini. Jadi dalam keadaan yang sebegitu singkat tadi, saya tidak berkemampuan mengetahui semua persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam undang-undang ini. Jadi, saya berharaplah supaya undang-undang perundangan kita ini bukan sahaja hendak diselaraskan, sepatutnya diselaras ke seluruh negara yang berdekatan sekali tetapi kita kena menyelaraskan undang-undang kita ini dengan semua negara. Yang penting sekali, kita kena melihat di mana negara kita ada hubungan rapat ini. Yang satu tadi, saya sudah sebutkan ASEAN. Yang kedua, negara yang mana kita mempunyai hubungan rapat. Hubungan rapat, maknanya orang business kita, pekerja kita, ada bekerja di sana, ada membuat perniagaan di sana. Kita kena menghubungkan perundangan mereka, melihat perundangan mereka dan menghubungi mereka, supaya perkara ini boleh diselaraskan. Dan sejauh manakah kemampuan Kementerian Luar Negeri untuk menyelaraskan dalam soal undang-undang dan treaty ini? Sebagaimana yang telah saya sebut beberapa tahun yang lepas, kadang- kadang kita melihat apabila ada perbincangan, terutama sekali treaty dan sebagainya, dengan negara-negara lain, sama ada jiran atau orang lain, kita biasanya mempunyai pandangan yang begitu sempit untuk menginterpretasikan sesuatu, ataupun melihat sesuatu. Kenapa saya berkata sedemikian? Ialah, kalau kita lihat dalam konteks yang terdekat sekali - bukan soal jenayah tetapi soal ekonomi, apabila kita menandatangani beberapa treaty, ada juga persefahaman kita dengan negara Singapura umpamanya, kita play the role of a good guy sentiasa, supaya kita dapat diterima oleh pihak sebelah. Playing the role of a good guy ini memang baik, kerana kita menggunakan diplomasi sedemikian tetapi dalam kita mempromosikan diplomasi ala Malaysia dengan memainkan peranan, playing the role of a good guy ini, kita telah erode hak kita dan persamaan hak di antara negara kita dengan negara lain. Umpamanya, kita lihat kereta-kereta, teksi, lori dan sebagainya, masuk daripada Singapura ke sini dan kita masuk dari sini ke Singapura. Teksi sahaja tidak boleh menggunakan kemudahan- kemudahan teksi di Singapura tetapi dalam masa yang sama, teksi Singapura boleh masuk ke sini. Teksi orang Brunei boleh masuk sampai ke Miri untuk menghantar passenger dan sebagainya tetapi kita tidak dibolehkan masuk ke Brunei. Begitulah lori dan bermacam-macam lagi. Jadi dalam keadaan sedemikian menunjukkan bahawa apabila perundingan bilateral agreement dan treaty kita ini dibuat, dengan sendirinya kita telah banyak memberi kesan bahawa kita menunjukkan sikap tidak mengetahui semua masalah yang akan wujud pada masa hadapan. Mungkin kita boleh membuat satu treaty yang open-ended ataupun cengkaman, ataupun interpretasi yang besar, supaya boleh senang kita pada masa hadapan membuat variation ataupun perubahan di antara negara kita dengan negara lain. Tetapi kita tidak boleh sentiasa berbaik-baik sahaja, menunjuk baik sahaja atau menunjukkan frustration dan selepas itu give up macam budak-budak kecil.

26 DR.9.4.2002

Umpamanya, selepas negotiation berpanjangan, marah dengan kawan sebelah, mungkin negara jiran, ataupun negara di mana kita hendak berunding dan kita okey sahaja, bersetuju sahajalah. Apa sahaja yang kita sebut kita setuju sahaja tetapi di dalam masa yang sama mereka mendapatkan keutamaan, kita tidak mendapat keutamaan. Begitulah juga kalau kita lihat daripada persoalan mengenai kemasukan penerbangan kapal terbang – itulah sebab mengapa Kota Kinabalu tidak mendapat the first landing rights, kenapa Kuching tidak mendapat the first landing rights – oleh kerana setiap kali kita membuat tawaran kepada negara-negara asing, the first landing rights ke negara kita ialah dengan Kuching, Kuala Lumpur dengan Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dengan Johor, Kuala Lumpur dengan itu .. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, adakah semua ini ada berkaitan dengan perkara jenayah? Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ada Tuan Yang di-Pertua, sebab kapal terbang ini membawa penjenayah masuk. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, baik. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Jadi, kita kena jaga landing rights ini. Jadi bila diberi dalam keadaan sebegini, sebagai example, Tuan Yang di- Pertua, yang kita kadang-kadang memberi banyak leeway kepada negara-negara asing ini semasa membincangkan perkara treaty. Begitulah penjelasan saya sebagai imbasan kepada perundangan kita – kita mewujudkan satu perundangan yang cukup lengkap, perundangan yang begitu ketat tetapi apabila negara jiran kita mendatangkan satu perundangan, dengan falsafah mereka sendiri, dengan kemahuan mereka sendiri, pendapat mereka sendiri, maknanya kita telah menekan rakyat kita sendiri meng- gunakan undang-undang ini dan yang tidak akan diiktiraf di negara lain, kerana banyak dalam perundangan ini menyatakan jenayah di negara ini yang boleh dianggap juga jenayah di negara mereka sendiri – kalau tidak, penerangan ini tidak boleh direalisasikan. Jadi, begitu juga kalau kita lihat umpamanya, apakah yang dikatakan jenayah politik? Kalau di Indonesia pada masa sekarang, mungkin mereka tidak mempunyai satu interpretasi yang betul atau interpretasi yang berlainan, kerana pendapat yang berlaku tiga tahun dahulu telah berlainan dengan apa yang mereka lihat sekarang. Kalau hendak melihat macam mana perkara interpretasi ini boleh dilihat, pergilah ke Kalimantan. Kalau pergi ke Kalimantan, pada satu ketika Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke Kalimantan, dan berlakulah perlanggaran di antara kereta orang Malaysia dengan kereta orang Filipina. Jadi, apabila kita hendak membincangkan persoalan kesalahan, berbincang mengenai soalan ganti rugi dan sebagainya, dengan pemandu ini, dengan seketika itu polis datang dengan berkata, “Pak, di sini kita menggunakan undang adat Pak, undang-undang nasional tidak dipakai”. Dengan sendirinya undang- undang nasional yang diluluskan oleh Parlimen di Jakarta tidak ada kesan langsung di Kalimantan tetapi sebaliknya mereka menggunakan undang-undang adat. Kita melanggar pun salah, kita kena langgar pun salah. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Bagan Datok. Hendak bagi jalan kepada dia, bukan? Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tidak habis lagi. [Bercakap tanpa pembesar suara] Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya ingat dia sudah habis bercakap Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Tetapi jangan kata apa. Dia ingatkan Yang Berhormat sudah habiskan ucapan. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Terima kasih, saya sengaja mengusik. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat bagi Batang Lupar, kerana ini ada kaitan dengan akta ini, mengenai peristiwa yang berlaku kepada jemaah haji kita di Mekah, kebetulan mereka membawa kereta di negara berkenaan. Jadi, oleh kerana berlaku perlanggaran di antara kereta jemaah kita dengan kereta orang Saudi, maka yang bersalah tetap orang Malaysia. Alasannya, seperti Yang Berhormat kata tadilah, sebab katanya, kalau orang Malaysia tidak datang, maka tidak berlaku perlanggaran. Jadi yang bersalah orang Malaysia.

DR.9.4.2002 27

Adakah peristiwa yang sama berlaku di Indonesia atau di Filipina, di mana yang menjadi mangsa orang ataupun negara yang tidak ada undang-undang seperti ini, di mana dari segi memperoleh bahan bukti, kesamaan dari segi perundangan, kesamaan istilah, kesamaan tafsiran, ini tidak dapat diselaraskan kerana tidak ada protokol – yang dipanggil protokol antara negara bagi memperoleh dan mengambil jenayah, memperoleh barang bukti dan beberapa perkara yang ada kaitan dengannya. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Memang wujud Tuan Yang di- Pertua perkara yang sedemikian. Saya pun baru mendapat maklumat sebagaimana Yang Berhormat bagi Bagan Datok bagi. Persoalan sebagaimana yang berlaku di Kalimantan berlaku juga di Saudi Arabia. Berkemungkinan di banyak negara lain yang mengatakan, “Okay, kita di sini tidak menggunakan undang-undang nasional tetapi kita menggunakan undang-undang adat”. Umpamanya, kalau di Thailand, kalau kita melanggar, tidak kiralah siapa yang memandu kereta besar, dialah yang bersalah. Tidak kira persoalan evidence, persoalan the facts tidak berbangkit – persoalannya ialah memandu kereta besar. Maknanya, kalau memandu rumah di jalan, mesti salah kalau rumah tidak dipandu atas jalan, mesti tidak berlanggar katanya. Kalau tidak pandu lori atas jalan tidak akan berlanggar. Jadi falsafah undang-undang ini adalah falsafah undang-undang yang jauh, berlainan sekali dengan negara kita. Jadi, adakah kita menggunakan interpretasi undang-undang ini yang mengatakan bahawa kesalahan jenayah, termasuk yang mana kesalahan itu mempunyai hukuman minimum bagi kesalahan itu ialah kurang daripada satu tahun. Umpamanya, kalau undang-undang memandu kereta dengan merbahaya di sini, mungkin tidak merbahaya di negara lain, melainkan kalau dia memandu lori ataupun prime-mover. Jadi adalah amat penting untuk kita menyelaraskan kerana apabila kita sudah jadi globalize, dengan izin, nanti orang Malaysia akan ditemui di Filipina, memandu dan menjalankan perniagaan di Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan berbagai-bagai lagi. Maknanya, undang-undang di rantau ini mestilah diselaraskan sebegitu rupa supaya tidak banyak perbezaannya walaupun falsafah asal kita mempunyai perbezaan- perbezaan oleh kerana kita telah mewarisi daripada negara-negara yang colonize ataupun yang menakluki kita pada zaman dahulu. Jadi ini adalah amat penting. Begitu jugalah persoalan-persoalan kita dengan negara-negara di luar kawasan kita ini iaitu negara China umpamanya, macam mana? Di Indo China macam mana? Di mana letaknya kemampuan kita untuk mewujudkan satu team peguam yang mahir dan mengetahui bukan sahaja dari segi perundangan, peguam yang mengetahui selok-belok semua perniagaan, semua aspek ekonomi, semua soal-soal di mana Malaysia nanti akan pada satu ketika pergi ke negara-negara ini dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti orang-orang tempatan. Kerana selepas melakukan satu kesalahan di sini balik ke Malaysia dia fikir ia tidak melakukan kesalahan. Jadi, bila balik ke sini baru dia tahu kerana ada permohonan extradition supaya dia dihantar balik ke negara Di mana mereka telah melakukan kesalahan dan dihakimi di negara tersebut. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bercakap sedikit tidak berapa panjang baru mukadimah, biarlah saya serah, mungkin Yang Berhormat bagi Kepong hendak bercakap, dia suka merapu Yang Berhormat bagi Kepong ini, kalau tidak diberi peluang dia akan marah nanti. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong undang-undang ini. Terima kasih. Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. 12.07 tgh. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian]: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang-undang Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 yang merupakan satu akta yang baru ataupun rang undang-undang yang baru kepada kita semua. Semalam kita ada perbincangan yang hangat dan hampir larut malam. Kita telah menentang ataupun membangkang apa yang telah dibentangkan semalam tetapi hari ini suka saya jelaskan bahawa kita menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini dan kita tidak akan minta belah bahagian seperti yang telah kita lakukan semalam

28 DR.9.4.2002

dan ini dengan sendirinya seharusnya membetulkan pandangan Backbenchers bahawa tujuan kami berada di sini untuk membangkang semua perkara. Ini telah kita buktikan berkali-kali adalah tidak benar. Satu rang undang- undang baru sebelum ini mengenai money laundering telah kita sokong sepenuhnya dan begitu juga dengan bil ini kita sokong sepenuhnya sebagai bukti bahawa kehadiran kita ialah dalam bentuk memberikan pandangan yang konstruktif bagi kebaikan kita bersama di atas prinsip-prinsip demokrasi berparlimen yang kita nikmati pada hari ini. Rang undang-undang ini ialah untuk mendapatkan kerjasama dan memberikan kerjasama bagi membanteras jenayah-jenayah di negara kita dan juga mungkin dilakukan di luar negara tetapi berkaitan dengan kepentingan negara kita secara global. Saya merujuk khusus kepada apa yang telah berlaku dalam kes Perwaja di mana kes ini telah dimulakan penyiasatan pada tahun 1996 selepas bekas Timbalan Perdana Menteri memberikan laporan terperinci di dalam Dewan ini berkenaan dengan salah laku, penyelewengan dan keadaan-keadaan yang tidak baik yang berlaku di dalam pengurusan Perwaja melalui laporan khas yang telah dibuat oleh Price Waterhouse dan ekoran daripada itu BPR telah pun menyiasat dan pada satu ketika Ketua Pengarah BPR telah membuat satu kenyataan akhbar bahawa siasatan telah pun genap ataupun lengkap 95% daripada keseluruhan penyiasatan yang dirangkakan. Kemudian timbul alasan bahawa negara kita tidak dapat meneruskan pendakwaan terhadap penyelewengan terhadap kes ini kerana kita tidak mendapat kerjasama dari sebuah negara iaitu Switzerland di mana akaun-akaun telah dibuka dan wang daripada urus niaga Perwaja telah disalurkan kepada akaun ini sejumlah sekurang-kurangnya RM76 juta. Kenyataan ini telah berulang kali diungkapkan dan yang terakhir ialah kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita semasa mengunjungi pelajar- pelajar kita di London, di mana mengikut Perdana Menteri ada dua sebab mengapa pendakwaan tidak boleh dilakukan terhadap kes ini. Sebab yang pertama ialah keengganan pihak berkuasa ataupun pihak bank dan pihak-pihak lain daripada Switzerland memberikan keterangan di mahkamah kita. Yang kedua ialah kerana pihak berkuasa Switzerland enggan memberikan dokumen-dokumen yang tertentu terutama berkenaan dengan dua akaun yang dibuka di Geneva dan Zurich. Kenyataan ini telah mendapat respons daripada pihak berkuasa Switzerland, yang pertama ialah Mr Arrith Slashly, Kuasa Usaha Switzerland di Kuala Lumpur dan saya telah berhubung dengan Encik Arrith bertanyakan kedudukan yang sebenar dan hasil daripada itu saya dibekalkan dengan satu faks kenyataan akhbar yang dibuat oleh jurucakap Kementerian Kehakiman Switzerland Encik Palco Gally. Daripada kedua-dua kenyataan ini, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kenyataan asal Encik Palco Gally respons daripada kenyataan media Perdana Menteri dikeluarkan dalam bahasa German dan dalam kenyataan itu adalah jelas menurut Encik Palco Gally bahawa Kementerian Kehakiman Switzerland yang pertama telah mempunyai rang undang-undang seperti ini di negara mereka iaitu Bantuan Bersama Jenayah. Yang kedua mereka telah pun ditemui pegawai-pegawai BPR dan juga wakil daripada Jabatan Peguam Negara beberapa kali di Switzerland, yang terakhir ialah dalam bulan Mei 2001. Yang ketiga, mereka berkata mengikut undang-undang mereka iaitu Bantuan Bersama Jenayah Antara- bangsa, mereka diwajibkan melalui undang- undang untuk memberikan keterangan. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa pihak berkuasa Switzerland enggan memberikan keterangan di dalam mahkamah terbuka di Malaysia adalah ternafi dengan sendirinya kerana ini adalah kehendak undang-undang yang sama yang wujud di Switzerland. Sebenarnya negara-negara lain telah pun mewujudkan rang undang-undang ini sama seperti rang undang-undang atau Akta Money Laundering yang telah diwujudkan di negara-negara maju jauh lebih awal daripada apa yang kita laksanakan sekarang. Yang keempat, mengikut Encik Palco Gally, dokumen kedua-dua akaun yang wujud di Switzerland telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa negara kita dalam bulan Mei tahun 2001 iaitu satu tahun yang lalu. Yang kelimanya, Encik Palco Gally menyebutkan bahawa sehingga hari ini pihak berkuasa Malaysia tidak pernah memohon untuk membekukan kedua-dua akaun yang berkenaan dan ini menimbulkan tanda tanya. Sebab mengikut rang undang-

DR.9.4.2002 29

undang kita ini satu daripada tujuan rang undang-undang ini ialah untuk membolehkan akaun dan juga harta yang disimpan di negara asing berkaitan dengan kejadian jenayah yang dilakukan dalam negara kita boleh diminta untuk dibekukan. Ini menimbulkan beberapa persoalan kepada kita semua. Yang pertama ialah adakah pihak berkuasa negara kita iaitu Jabatan Peguam Negara dan BPR yang telah pun menemui pihak kehakiman Switzerland beberapa kali tidak memberikan laporan yang tepat kepada Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri terdorong untuk membuat satu kenyataan terbuka yang boleh menimbulkan kehormatannya di peringkat antarabangsa menjadi terjejas. Kerana dalam dunia global pada hari ini kenyataan negara kita tidak akan menjadi sepi, tinggal terbiar tidak diberikan respons oleh negara lain. Switzerland bukan sebuah negara yang tidak mempunyai integriti untuk memberikan kenyataan balas dan daripada dua kenyataan balas ini menunjukkan dengan jelas bahawa Perdana Menteri telah membuat satu kenyataan yang silap dan kenyataan yang silap ini sama ada berpunca daripada laporan yang tidak tepat ataupun berpunca daripada satu usaha untuk melindungi apa yang telah berlaku. Saya berharap kedua-dua telahan saya ini adalah tidak tepat tetapi oleh kerana kita dalam dunia antarabangsa yang terbuka dengan sendirinya dua kenyataan Encik Palco Gally dan Arrith Slashly ini memerlukan penjelasan daripada pihak kerajaan, memerlukan tindak balas daripada pihak kerajaan. Apakah sebenarnya yang telah berlaku, apakah kenyataan Encik Arrith Slashly dan Encik Palco Gally adalah tidak benar? Adakah kenyataan Perdana Menteri masih benar selepas dua pihak berkuasa Switzerland ini memberikan keterangan. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri telah memberikan gambaran dalam Dewan ini bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah pun memberikan kenyataan ekoran daripada kenyataan Switzerland itu dalam surat khabar Utusan Malaysia, katanya pada hari Sabtu, dua minggu yang lepas. Saya telah menyemak kenyataan akhbar tersebut pada hari itu juga tetapi saya tidak berpeluang untuk memberikan penjelasan. Kenyataan akhbar itu sama sekali tidak memberikan penerangan terhadap percanggahan dua kenyataan di antara Perdana Menteri kita dengan pihak berkuasa Switzerland. Apa yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri hanya satu para ringkas iaitu BPR bolehlah meneruskan siasatan hasil daripada kenyataan daripada pihak berkuasa Switzerland itu. Yang kita perlukan sekarang ialah mengapakah dua kenyataan bercanggah yang menjejaskan negara kita ini boleh wujud? Tetapi yang lebih penting pada saya, Tuan Yang di-Pertua, ialah kita berharap dengan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa Switzerland boleh mendorong kita untuk menghilangkan semua - apa yang dipanggil - halangan bagi menyudahkan siasatan dan kita ingin melihat bahawa pihak yang telah menyeleweng dalam kes Perwaja dibawa ke mahkamah kerana telah saya ulang bekali-kali bahawa ini adalah satu kedudukan dan penyelewengan yang merugikan negara dalam jumlah yang sangat besar. Bagi orang yang sudah hidup mewah, mereka tidak merasa apa-apa dengan RM 1.4 bilion yang kita peruntukkan pada tahun 2002, RM1.3 bilion pada tahun 2001, RM1 bilion ataupun hampir RM1 bilion untuk tahun 2000, tetapi bagi orang miskin, ini adalah satu jumlah besar yang boleh menentukan perubahan hala hidup mereka bersama keluarga mereka. Jika kita menentukan 4% interest kepada para pelajar, tidak kira mereka miskin ataupun kaya, sesiapa sahaja yang dapat melanjutkan pelajaran, kalau di Kelantan satu keluarga mungkin ada sampai 4 orang satu keluarga pada satu masa duduk di institusi pengajian tinggi dan mereka mendapat pinjaman kerajaan, mereka dikenakan 4% interest, mengapa tidak peruntukan yang berjumlah hampir RM6 bilion yang kita telah hanguskan untuk Perwaja itu digunakan untuk faedah mereka? Jika sekiranya kita tidak menghadapi penyelewengan seperti ini? Itulah yang telah memberikan kesan kepada jiwa saya, mengapa saya membangkitkan perkara ini berulang kali. Tiap-tiap satu penyelewengan yang telah menghancurkan kewangan negara kita adalah peluang untuk kita membaiki taraf hidup rakyat kita dengan lebih baik. Oleh kerana itu, dalam sebuah negara bukan tidak ada para penyeleweng. Para penyeleweng akan sentiasa wujud. Apa yang membezakan negara yang baik ialah punishment and reward mesti berlaku dengan seadilnya. Jika kesalahan telah

30 DR.9.4.2002

berlaku punishment mesti dilaksanakan tanpa memilih bulu. Tanpa pemilihan bulu inilah yang akan menentukan neraca keadilan. [Membaca sepotong ayat al-Quran] ”Jika, Fatimah anak kesayangan perempuan Nabi Muhammad sendiri mencuri…..” [Membaca sepotong ayat al-Quran] “….. saya sendiri akan potong tangannya.” Kenyataan ini hasil daripada satu usaha oleh satu orang sahabat yang sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w. berjumpa dengan Nabi untuk melepaskan seorang VIP daripada dikenakan pendakwaan kerana kesalahan jenayah yang telah dilakukan. Tetapi Nabi kata, “Kasih sayang kita berdua, hubungan persahabatan kita berdua, tidak boleh meletakkan undang-undang di bawah. Walaupun yang kamu cuba hendak bela ialah orang yang kamu kasihi dan jika anak aku sendiri mencuri, aku akan sendiri memotong tangannya.” Ini adalah satu distinction, satu perbezaan yang telah dibawa oleh Islam untuk memberikan kekuatan jiwa kepada para pemimpin untuk melaksanakan kedaulatan undang-undang kepada sesiapa sahaja dan dengan itu akan memberikan mesej kepada semua pihak bahawa para penyeleweng tidak akan dibela. Pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita baca surat khabar dalam ruangan perniagaan, kita akan lihat … Tuan Saupi bin Daud: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya! Tanah Merah bangun. Tuan Husam bin Haji Musa: Saya habiskan dahulu, Tuan Yang di-Pertua. Masa saya singkat. Insya-Allah kalau ada masa saya beri. Tuan Yang di-Pertua: Biar dia habis dahulu. Tuan Husam bin Haji Musa: Dalam surat khabar New Straits Times pada hari ini dalam ruangan laporan perniagaan, kes PNS telah membuat pelaburan di sebuah syarikat di Hong Kong tanpa kelulusan Ahli Lembaga dan bagaimana PNS telah mengalami kerugian, bagaimana PERNAS telah mengalami kerugian, bagaimana Tabung Haji telah mengalami masalah, walaupun yang dibawa sekarang ialah kes tentang Ahmadi Hassan melabur wang dalam pasaran kewangan pasaran pertukaran wang negara asing ataupun FOREX sebanyak RM200 juta. Tetapi ada lagi banyak, sekurang-kurangnya 3 kes lain. Walaupun kita tidak mendapat peluang untuk mendapatkan penjelasan dalam Dewan ini tetapi semua ini pada hakikatnya ialah suatu usaha yang akan memberikan mesej kepada para pengurus kita, para pemimpin kita, pada semua peringkat rakyat kita, pada polis kita, pada pegawai imigresen kita bahawa penyelewengan dan kesalahan jenayah akan diperangi oleh negara kita tanpa memilih bulu. Ini akan menimbulkan kepuasan hati kepada rakyat dan menimbulkan kestabilan dan kesejahteraan. Kita bukan mempunyai satu dendam peribadi dengan Eric Chia. Tidak ada! Tetapi melindungi sesiapa sahaja adalah satu perkara yang memberikan kesan buruk kepada negara kita. Tuan Saupi bin Daud: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Tanah Merah bangun. Tuan Husam bin Haji Musa: Saya bagi Tanah Merah dahulu. Tuan Yang di-Pertua: Em. Tanah Merah! Tuan Saupi bin Daud: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Saya tertarik dengan apa yang Yang Berhormat riwayatkan mengenai anakanda Rasulullah sendiri. Dalam konteks ini kalau kita lihat dengan negara kita di Malaysia, kes-kes yang berlaku, penyelewengan dan perkara-perkara yang sangat menyayat hati kita, penipuan dan sebagainya, tetapi sentiasa terlepas kerana faktor-faktor kroni dan juga faktor orang kesayangan orang-orang tertentu. Di dalam kes penjenayah ini kita lihat penjenayah-penjenayah besar yang dianggap jerung selalunya terlepas tetapi penjenayah-penjenayah kecil, yang orang kata hidup segan mati tidak mahu… [Disampuk] Ikan bilis, selalu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Saya minta kalau perkara ini selalu kita bangkitkan, parti pembangkang dianggap orang yang menabur fitnah dan selalu….

DR.9.4.2002 31

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, hendak tanya apa itu? Yang Berhormat beri ucapan. Tuan Saupi bin Daud: Bukan ucapan, cuma saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Daripada kenyataannya tadi adakah penjenayah yang dimaksudkan ini terlepas disengajakan oleh pihak kerajaan dan tidak tertakluk kepada undang-undang yang kita bincangkan? Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua, saya sentiasa mengutamakan positivism daripada negativism. Saya berharap rang undang-undang ini dengan sendirinya menghapuskan semua alasan yang telah diberikan oleh kerajaan dan kita ingin melihat satu aksi yang lebih bermakna hasil daripada rang undang- undang ini. Jika kita membentangkan rang undang-undang ini, kita mempunyai undang-undang yang baik, kita mempunyai penyiasatan yang baik, kita mempunyai dokumen yang lengkap tentang penyelewengan. Tetapi jika kita tidak mempunyai kehendak politik yang tegas, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Ini telah diulang beberapa kali. Dan, tanggungjawab untuk memberikan tindakan politik yang tegas ini adalah tanggungjawab kerajaan. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Kemaman bangun, ya! Tuan Husam bin Haji Musa: Ya? Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak habiskan. Saya rasa kita… Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Husam bin Haji Musa: Nanti sekejap, saya akan habiskan. Saya ingin hendak mengulangi apa yang telah…. Tuan Yang di-Pertua: Tidak beri jalan. Tuan Husam bin Haji Musa: Ya! Tidak beri sekarang. Saya hendak rumuskan apa yang telah saya ucapkan tadi, iaitu spesifik dalam kes Perwaja. Satu aksi yang tegas mesti ditunjukkan daripada rang undang-undang ini, kalau tidak buang masa sahaja kita bercakap, Ahli Dewan Rakyat telah dibayar elaun untuk bersidang, lampu kita buka, kita siapkan rang undang-undang ini, rang undang-undang ini lulus tetapi aksi pertama yang kita akan perolehi daripada rang undang-undang ini ialah kes Perwaja kerana alasannya tinggal satu sahaja. Alasannya ialah kita tidak mempunyai dokumen akaun di Switzerland, kita tidak mempunyai kerjasama pihak berkuasa Switzerland, pihak berkuasa Switzerland telah pun memberi jaminan kerjasama akan diberikan, dokumen akaun telah pun diserahkan. Malaysia tidak membekukan kedua-dua akaun ini. Ini memerlukan penjelasan. Ini memerlukan tindakan. Dan tindakan itulah yang akan menjawab tuduhan dan sangkaan rakyat jelata. Kalau tidak ada angin pokok tidak bergoyang. Kalau kerajaan sendiri smart, tidak ada sebab bagi kita untuk berjaya memfitnah kerajaan. Tetapi kalau kerajaan bertindak dalam aksi yang mencurigakan, kalau kita tidak fitnah pun, orang akan nampak. Rakyat kita bukan lagi satu zaman yang tidak terpelajar dan maklumat-maklumat boleh mereka perolehi. Sebelum saya menggulung saya beri kesempatan kepada rakan saya dari Kemaman. Tuan Yang di-Pertua: Kemaman. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat. Dalam kita hendak meluluskan rang undang-undang ini, sedarkah Yang Berhormat bahawa dalam laporan Straits Times Singapura baru-baru ini dilaporkan bahawa kita adalah juga pelindung kepada penjenayah di mana Mugabe, Presiden Zimbabwe telah menyimpan atau mengeluarkan wang daripada negara mereka sebanyak USD10 juta dan disimpan di Malaysia dan dilaporkan oleh Bank Negara dan juga oleh Straits Times Singapura tetapi tidak dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan.

32 DR.9.4.2002

Jadi, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat mengenai kegiatan Malaysia sebagai pelindung kepada jenayah dan dalam masa yang sama kita buatkan rang undang-undang ini untuk bantuan bersama dalam perkara jenayah. Sekian. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bukankah ada kenyataan yang mengatakan tidak ada wang disimpan oleh Mugabe di Malaysia? Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua… Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Bank Negara ada keluarkan kenyataan. Tuan Husam bin Haji Musa: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Husam bin Haji Musa: Kalau boleh saya berikan sedikit penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Husam bin Haji Musa: Sebenarnya dalam laporan surat khabar New Straits Times Malaysia ada satu kolum kecil penjelasan Bank Negara Malaysia mengakui bahawa Mugabe ada menyimpan wang di negara kita. Soal sesiapa menyimpan wang di negara kita, kita kena berlaku adillah, Yang Berhormat bagi Kemaman, tidak menjadi masalah bagi kita, siapa hendak simpan kita tidak boleh menghalang mereka, Mugabe, Osama ataupun mana-mana pihak. Yang berbangkit daripada rang undang-undang ialah sama ada wang yang disimpan itu adalah wang jenayah ataupun tidak dan wang daripada korupsi ataupun tidak. Mungkin yang Yang Berhormat bagi Kemaman maksudkan ialah Mugabe merasa selamat untuk menyimpan wang di negara kita. Itu adalah satu sebab politik yang lain. Saya tidak berani mengulas kerana saya tidak mempunyai fakta tentang itu tetapi memang benar Bank Negara ada membuat kenyataan bahawa Mugabe ada menyimpan wang di negara kita dan itu tertakluk kepada tafsiran politik masing-masing. Saya tidak ingin mentafsirkan sesuatu yang di luar daripada bukti-bukti yang saya rasa cukup untuk saya menyuarakan kepentingan negara dalam sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, adalah elok bagi kerajaan untuk menghapuskan keraguan itu jika sekiranya timbul, untuk memberikan penjelasan kerana Robert Mugabe adalah satu pemimpin yang kontroversial selain daripada amalan kronisme yang berlaku di Indonesia,… Zimbabwe. [Ketawa] Pasal semalam kita kerap banyak menyebut Zimbabwe tetapi saya rasa itu adalah tanggungjawab kerajaan. Saya tidak akan masuk dalam satu perkara yang saya tidak jelas tentangnya. Saya rasa itulah perkara-perkara yang saya rasa bertanggungjawab untuk dibentangkan di Dewan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kepong. Yang Berhormat, jangan panjang sangatlah. Dr. Tan Seng Giaw: Tidak, tidak. Tuan Yang di-Pertua: Nampaknya tidak ada…. Dr. Tan Seng Giaw: Tidak panjang, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada bangkangan, tidak ada kontroversi dalam perkara ini ya. 12.28 tgh. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan panjangkan ucapan saya seperti biasa. Tuan Yang di-Pertua: Selepas itu menteri menjawab ya. Dr. Tan Seng Giaw: Saya nampak ramai Ahli Parlimen yang hendak balik ke kawasan hari ini dengan cepat…. Tuan Yang di-Pertua: Ya lah.

DR.9.4.2002 33

Dr. Tan Seng Giaw: ….sebelum berakhir sesi. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 adalah perlu untuk negara ini supaya kita boleh mengadakan pengekstradisian yang lebih teratur di dalam negara kita ini. Saya nampak daripada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam rang undang-undang ini adalah sangat rumit bagi orang biasanya dan ini adalah kena-mengena dengan Interpol kita di Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa. Saya ada beberapa cadangan supaya kita dapat menguatkuasakan rang undang-undang ini dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri ataupun Timbalan Menteri, adakah rang undang-undang ini diguna pakai untuk Malaysia dan Singapura kerana saya nampak dengan Singapura, biasanya nampak ada ekstradisi dari Singapura kepada Malaysia dan sebaliknya. Adakah ini satu perjanjian yang khas di antara negara Malaysia dengan Singapura? Biasanya tidak nampak pihak polis ataupun Peguam Negara melalui Interpol untuk menangkap penjenayah yang lari dari Malaysia dan sebaliknya dan apakah perjanjian yang diadakan di antara Singapura dengan Malaysia untuk maksud jenayah termasuklah golongan militan? Baru-baru ini dengan berlakunya peristiwa 11 September di Amerika Syarikat itu, ada beberapa orang yang ditangkap di Singapura dan juga di Malaysia, saya nampak ada hubungan di antara polis Malaysia dan polis Singapura untuk menahan orang-orang yang disyaki sebagai militan di kedua-dua negara ini. Saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan keadaan yang sebenarnya mengenai hubungan Singapura dengan Malaysia dari segi penjenayahan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak buat satu cadangan iaitu daripada peruntukan-peruntukan ini ada masalah penjenayahan komersial. Kita hendak minta mereka yang dari negara asing melalui Peguam Negara kita untuk mengekstradisikan mereka daripada negara-negara asing kepada negara ini. Saya percaya kita perlu mengkaji semula commercial crimes di Malaysia ini sama ada ia dapat berfungsi dengan berkesan, mungkin kita dapat merombak semula ataupun keluarkan jabatan itu sebagai jabatan yang lain untuk memberi kesan kepadanya. Sebab kalau kita nampak sama ada dari segi Perwaja yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Kubang Kerian ataupun kes-kes yang lain, kalau dilaporkan kepada commercial crimes kita, tindakan yang diambil oleh pihak commercial crimes itu sangatlah lambat. Kadang kala berbulan-bulan atau bertahun-tahun tidak nampak lagi. Saya diberitahu sebab perkara ini susah hendak kita mengemukakan saksi dan bukti. Kadang kala dilaporkan kepada pihak commercial crimes dan mungkin kerana faktor-faktor tertentu, mereka tidak mengambil tindakan. Saya diberitahu bahawa kalau seorang penjenayah itu komersial kerana dia sangat kaya, dia boleh berbisik-bisik dengan sesetengah pegawai di dalam commercial crimes dan kes itu ditundakan. Fail itu tidak dibuka. Sama ada ini benar ataupun tidak, saya pun tidak tahu, Tuan Yang di-Pertua sebab kita susah hendak membentangkan bukti dan saksi tetapi itulah aduan yang seringkali saya dengar mengenai jenayah yang dilakukan oleh seseorang di dalam bidang komersial dan pihak commercial crimes tidak begitu berkesan untuk mengambil tindakan. Saya berharap Yang Berhormat Menteri, pihak polis Malaysia dan Peguam Negara boleh menyiasat dan termasuklah ACA kita, Anti-Corruption Agency, dapat mengambil tindakan menyiasat sama ada Jabatan Commercial Crimes ini benar-benar berkesan untuk menjalankan tugas. Itulah cadangan saya. Saya tak tahulah di negara-negara lain seperti , United Kingdom ataupun Amerika Syarikat sama ada commercial crimes mereka lebih berkesan berbanding dengan Malaysia, tetapi kita hendak jadi Malaysia yang maju patutlah kita ada jabatan penjenayahan komersial yang moden, yang maju. Itulah cadangan saya, seterusnya.... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, rang undang-undang ini berkenaan dengan bantuan bersama dalam... Dr. Tan Seng Giaw: Itu memang ada kena mengena... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat berucap perkara dalam negeri, itu tidak ada disebutkan.

34 DR.9.4.2002

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ada siasatan, di sini ada kena secara tidak langsung, kerana kalau ada jabatan penjenayahan komersial kita ada berkesan, kita boleh mengesan penjenayah-penjenayah yang di luar negara kita dan kita boleh mengambil tindakan terhadapnya. Itulah maksud saya, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Okeylah. Dr. Tan Seng Giaw: Walaupun Tuan Yang di-Pertua kata tidak begitu relevan sekarang. Tuan Yang di-Pertua, maksud saya kita mesti letakkan tahap kita lebih tinggi sedikit untuk bersama-sama kita menyaksikan rang undang-undang ini apabila dijadikan akta kelak boleh dikuatkuasakan dengan baik dan seterusnya seperti biasa saya berharap rang undang-undang ini yang memberi kuasa kepada Peguam Negara dan juga menteri yang begitu besar tidak akan disalahgunakan. Setiap kali kita ada rang undang-undang yang lebih draconian ataupun mempunyai kuasa yang lebih, ini bermakna sesetengah pihak ‘kambing hitam’ di dalam polis ataupun di jabatan yang lain boleh menyalahgunakan. Saya berharap Yang Berhormat dapat mengambil perhatian supaya kuasa yang diberi kepada orang-orang yang tertentu ini tidak akan disalahgunakan. Tuan Yang di-Pertua, saya nampak Fasal-fasal 17 dan 18 memberi menteri kuasa untuk menentukan negara yang kepadanya Malaysia boleh memberikan bantuan dalam perkara jenayah. Di sini kerana kita dapat tengok macam mana kriteria akan digunakan oleh menteri, kuasa tidak ada jadual di dalamnya memberi butiran terhadap kriteria yang akan digunakan oleh pihak menteri untuk menentukan negara dan kepadanya Malaysia boleh memberikan bantuan dalam perkara jenayah. Saya berharap Yang Berhormat akan menerangkan apakah kriteria yang akan digunakan untuk maksud ini. Fasal 11 memperuntukkan "seseorang yang dibawa masuk ke Malaysia menurut suatu pemindaan di bawah akta yang dicadangkan ini tidak boleh ditahan, didakwa atau dihukum atau dikenakan apa-apa guaman sivil bagi sesuatu kesalahan, perbuatan atau peninggalan mengikut mana-mana yang berkenaan jika kesalahan, perbuatan atau peninggalan itu berlaku sebelum dia berlepas dari negara asing itu dan bahawa orang itu tidak akan dikehendaki memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding di Malaysia selain prosiding dengannya pemindaan itu berhubungan." Tuan Yang di-Pertua, memang ini satu perkara yang rumit kita menguruskan semua ini dan sebab itulah saya minta Yang Berhormat menerangkan kepada kita semua ini apakah justification ataupun sebab-musabab kita adakan Fasal 11 ini. Fasal 12 juga yang memperuntukkan bahawa sesuatu pernyataan yang diberikan oleh seseorang yang berada di Malaysia menurut suatu pemindaan di bawah Fasal 9 tidak boleh digunakan terhadapnya kecuali berhubung dengan kesalahan sumpah bohong atau penghinaan mahkamah. Pernyataan sedemikian boleh juga digunakan untuk mencabar kebolehpercayaannya atau sebagai keterangan tentang fakta yang dinyatakan dalam pernyataan itu sekiranya dalam memberikan keterangan itu orang itu membuat pernyataan yang tidak selaras dengan pernyataan itu. Tuan Yang di-Pertua, bagi sayalah mungkin saya bukan sebagai seorang peguam tidak begitu nyata bagi saya apakah maksud ini, di sebelahnya satu bahagian dia kata suatu pernyataan yang diberi oleh seseorang yang berada di Malaysia menurut satu pemindaan di bawah Fasal 9 tidak boleh digunakan terhadapnya. Kemudian dia kata pernyataan sedemikian boleh juga digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan ataupun sebagai keterangan tentang fakta yang dinyatakan dalam pernyataan itu dan sebagainya. Ini memang bagi saya satu kekaburan dan saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan ini. Seterusnya mengenai Fasal 25 yang mengadakan peruntukan tentang kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah bagi orang yang mematuhi perintah yang dibuat menurut Fasal 23 dan juga Fasal 38 saya nampak, yang juga mengadakan peruntukan bagi kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah bagi orang yang mematuhi waran yang dikeluarkan di bawah akta yang dicadangkan ini. Tuan Yang di-Pertua, memang dari masa ke semasa saya ada nampak pihak polis ataupun jabatan yang lain ada memberi kekebalan daripada tindakan sivil atau

DR.9.4.2002 35

jenayah terutamanya pihak polis yang tidak mengambil tindakan kerana ada keterangan yang diberi kepada seseorang itu, dan itulah salah satu syarat yang memujuk pihak tertentu untuk memberi keterangan. Di sini Fasal 25 dan Fasal 38 saya pun tak tahu macam mana pihak Yang Berhormat menetapkan bahawa kekebalan yang akan diberi kepada orang yang dimaksudkan itu, sebab itulah saya berharap pihak Yang Berhormat dapat beri keterangan yang lebih terang sedikit untuk kita semua. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak membangkitkan satu perkara mengenai rangkaian Al-Qaeda. Pada mulanya sejurus selepas peristiwa 11 September di New York, memang ada media asing yang mengatakan kita di Malaysia ada terlibat ataupun secara tidak langsung memberi perlindungan kepada elemen-elemen yang kena mengena dengan Al-Qaeda dan pihak kerajaan pun ada menafikan siaran berita sedemikian kerana kita bukan sarang untuk penjenayah-penjenayah seumpama itu. Saya berharaplah kita bukan sarang, tetapi saya hendak bertanya Yang Berhormat adakah pihak Amerika Syarikat minta bantuan bersama dalam perkara ini untuk menahan ataupun membanteras semua ahli Al-Qaeda di negara ini ataupun ahli- ahli militan yang lain. Adakah pihak Amerika Syarikat meminta sebab kalau kita baca kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, beliau pun ada menyebut kalau pihak Amerika Syarikat hendak kita mengambil tindakan baik negara itu meminta pertolongan secara rasmi. Adakah pihak Amerika Syarikat pernah membuat permintaan secara rasmi kepada Malaysia untuk mengesan ataupun menahan ahli-ahli Al-Qaeda di negara ini ataupun pertubuhan militan yang lain. Tuan Yang di-Pertua, dalam itu saya hendak pendekkanlah sebab mengambil masa yang panjang juga dan di sinilah saya menekankan sekali lagi supaya kita apabila meluluskan kelak rang undang-undang ini menjadi akta selepas diwartakan itu, ia boleh dikuatkuasakan dengan berkesan dan juga semua penjenayah yang lari daripada Malaysia dapat ditangkap di negara-negara yang tertentu dan dihantar balik kepada kita untuk dikenakan tindakan yang wajar. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, ada satu Usul, sila kemukakan Usul.

USUL

MENANGGUHKAN BACAAN KALI KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 62

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:- "Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang- undang Juruukur Bahan (Pindaan) 2002 sehingga Rang Undang- undang Akademi Undang-undang Malaysia 2002 yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini sebagai nombor 5 hingga nombor 18 ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat yang akan datang." Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan. Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan. Usul dipersetujukan.

36 DR.9.4.2002

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT DAN PENANGGUHAN

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:- "Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga telah selesai perbahasan dan diluluskan Rang Undang-undang Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002, (Perkara 1), Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multi- media Malaysia (Pindaan) 2001, (Perkara 2) dan Usul-Usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan Per- sempadanan Bahagian Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya 2002 (Kertas Statut 15 Tahun 2002) dan mengenai Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Parlimen Wilayah Persekutuan Putrajaya (Kertas Statut 14 Tahun 2002), (Perkara 3) dan Usul Menteri Luar Negeri mengenai Seksyen 10, Akta Prosedur Kewangan 1957, (Perkara 4) dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini atau pada jam 6.30 petang mengikut mana yang terkemudian dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan." Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan. Usul dikemukakan bagi diputus dan disetujukan. Usul dipersetujukan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, boleh menjawab. 12.49 tgh. Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat bagi Butang Lupar, Kubang Kerian dan Kepong yang telah mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar yang begitu jelas dan faham mengenai tujuan rang undang-undang ini dikemukakan. Yang Berhormat membangkitkan mengenai perbezaan di antara sistem undang-undang negara ASEAN menjadi halangan kepada penguat- kuasaan undang- undang dan juga beliau membangkitkan sama ada masalah ini boleh diatasi dengan negara ASEAN menjadi anggota kepada konvensyen yang berkaitan dan undang- undang domestiknya dikemaskinikan dengan sewajarnya. Saya ingin menjelaskan bahawa penggubalan Konvensyen Bangsa- Bangsa Bersatu yang berkaitan dan kemasukan khusus bagi peruntukan mengenai bantuan bersama sememangnya bertujuan untuk menyelaraskan dan mengurangkan masalah perbezaan sistem dan juga kehendak undang-undang khususnya antara negara berlatarbelakangkan civil law dan common law. Sekiranya semua negara menerima pakai konvensyen itu dan mengemas- kinikan undang-undang domestiknya, masalah itu semuanya dapat diatasi. Malaysia sendiri sedang meneliti konvensyen berkaitan dan sedang berusaha ke arah itu. Mengenai isu yang Ahli Yang Berhormat ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan "kerjasama antarabangsa dalam perkara jenayah" dan juga "apakah

DR.9.4.2002 37

tujuan kerjasama antarabangsa dalam perkara jenayah." Kerjasama antarabangsa dalam perkara jenayah diperlukan kerana bentuk jenayah masa kini adalah jenayah rentas sempadan yang tidak menghormati sempadan negara atau kedaulatan negara dan kian melibatkan kumpulan-kumpulan jenayah, contohnya pengedaran dadah, penyeludupan senjata, pengedaran orang khususnya wanita dan kanak-kanak, penyeludupan pendatang tanpa izin, keganasan dan kelanunan. Kerjasama ini bertujuan untuk mengatasi kelemahan dalam sistem keadilan dunia supaya penjenayah tidak dapat berselindung di mana-mana negara dan terlepas daripada keadilan disebabkan perbezaan dalam undang-undang jenayah dan kesukaran memperolehi bukti mengenai kesalahan, kelemahan yang dikenal pasti termasuk perbezaan di antara kehendak sistem sivil dan juga sistem common law dan di antara kehendak undang-undang di negara-negara yang berlainan. Bentuk kerjasama antarabangsa sedia ada termasuklah ekstradisi, bantuan bersama dalam perkara jenayah, kerjasama dalam menyekat dan melucuthakkan hasil jenayah, pemindahan banduan untuk menjalani hukuman di negara asalnya, pemindahan prosiding. Malaysia telah menggubal undang-undang untuk membolehkan ekstradisi di bawah Akta Ekstradisi 1992, Seksyen 16 Akta Kesalahan Penerbangan 1984 (Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah). Kita telah memperkenalkan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan) Harta 1988, dan juga Aturan 66 (Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi) 1980. Bagi kerjasama dalam menyekat dan melucuthakkan hasil jenayah, kita telah ada Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988 dan juga Akta Pengubahan Wang Haram. Tidak wujud masalah pentafsiran undang-undang dalam hal penyerahan balik penjenayah antara Malaysia dengan negara-negara lain. Ekstradisi di Malaysia dikawal selia oleh Akta Ekstradisi 1952. Di bawah Seksyen 2 Akta itu, Malaysia bersedia melaksanakan sesuatu permintaan untuk mengekstradisi seseorang tertuduh atau orang yang disabitkan ke negara yang meminta jika terdapat treaty ekstradisi di antara Malaysia dengan negara itu. Terma bagi ekstradisi akan ditentukan oleh terma treaty itu. Permintaan oleh Malaysia kepada sesebuah negara asing dibuat di bawah Seksyen 32 Akta. Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Akta Ekstradisi Malaysia. Berkenaan dengan kes Nur Misuari, mengikut Seksyen 8 Akta Ekstradisi, dengan izin, "a fugitive criminal from abroad cannot be surrendered to a country seeking his return, if the offence in respect of which his return is sort of a political character." Rang undang-undang ini juga jelas mengatakan bahawa kerajaan tidak akan memberi kerjasama jika ianya merupakan jenayah yang berbentuk political dan dijelaskan juga bahawa jikalah yang dianggap political itu melibatkan cubaan membunuh head of state, dengan izin, head of government itu akan terkeluar daripada rang undang-undang ini. Dalam kes Nur Misuari tidak ada kes begitu, tetapi kerajaan kita mengikut jawapan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri semalam, walaupun mengakui bahawa Nur Misuari melakukan jenayah politik, Nur Misuari ditangkap tanpa dokumen perjalanan bermakna dalam undang-undang antarabangsa, he is a stateless person tetapi kita mengambil keputusan untuk menghantar balik Nur Misuari ke Filipina, bagaimana kita hendak menjelaskan tindakan kerajaan begini? Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat, saya rasa jawapan Yang Berhormat sudah tahu. Sebab semalam bila Yang Berhormat sudah baca, itu telah pun dijawab oleh Kementerian Luar Negeri dan alasan- alasan yang diberi oleh pihak Kerajaan Malaysia saya ingat sudah pun dijelaskan dalam jawapan kepada Ahli Yang Berhormat. Di bawah Seksyen 2 Akta itu, setakat ini Malaysia mempunyai treaty ekstradisi dengan empat iaitu Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat dan juga Hong Kong. Di bawah Seksyen 3 akta itu Malaysia boleh meletakkan sesebuah negara sebagai

38 DR.9.4.2002

sebuah negara yang dengannya ekstradisi boleh dilaksanakan walaupun tidak ada treaty ekstradisi dibuat denganya. Terma bagi ekstradisi akan ditentukan oleh akta itu. Keadaan ini lazimnya dilaksanakan atas persefahaman yakni bantuan yang sama akan diberi kepada Malaysia jika perlu, di antara syarat yang dikenakan adalah duel criminality yakni kesalahan yang berkaitan merupakan kesalahan di kedua-dua negara yang meminta dan negara yang diminta. Seksyen 8 dan 9 akta menetapkan alasan untuk menolak sesuatu permintaan bagi ekstradisi dan ini termasuklah kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan suatu kesalahan politik. Yang ketujuh, Seksyen 49 akta memperuntukkan bahawa menteri mempunyai budi bicara untuk tidak membenarkan ekstradisi warga negara Malaysia, dengan syarat bahawa tindakan untuk mendakwa orang itu diambil oleh pihak berkuasa Malaysia. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli Yang Berhormat bagi Kepong bangun. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan, ada empat negara di bawah Akta Ekstradisi 1952. Ini tidak termasuk Singapura, di bawah akta apakah Singapura diletakkan sebab kerjasama di antara kedua-dua negara terhadap penjenayahan dan sebagainya adalah begitu rapat seolah-olah ini sebuah negara, apakah aktanya? Tidak ada? Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tidak berapa jelas soalannya Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Singapura Yang Berhormat. Adakah hubungan kita dengan Singapura juga membolehkan kita bertukar-tukar penjenayah dan sebagainya ya. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Ha, itu, saya akan jawab bila sampai apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Kepong. Tadi mengenai Nur Misuari yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Tumpat. Nur Misuari telah tidak dianggap sebagai fugitive of render dan telah dideport di bawah Akta Imigresen dan ini bukanlah merupakan suatu ekstradisi dan tiada permintaan dibuat di bawah akta itu oleh Filipina. Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar juga membangkitkan mengenai istilah "menteri", hendaklah diwartakan dengan jelas kerana di Malaysia tiada Menteri Undang-undang mungkin akan menimbulkan masalah daripada segi interpretasi. Fungsi menteri telah ditetapkan di bawah Perintah Fungsi-fungsi Menteri 1969. Jelas di bawah perintah-perintah tersebut, hal undang-undang telah dipertanggungjawabkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri. Perintah tersebut perlu dibaca bersama dengan rang undang-undang ini. Oleh yang demikian, tidak akan berlaku keraguan tentang menteri yang bertanggungjawab tentang undang-undang. Perintah Fungsi- fungsi Menteri 1969 disiarkan dalam warta dan dibuat di bawah Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969. Mengapa hovercraft disebut secara khusus dalam takrif "premis". Hovercraft mesti disebut secara khusus kerana ia boleh bergerak di kedua-duanya, di atas darat dan juga di atas air. Takrif "kesalahan berat", takrif ini diselaraskan dengan pendapatan kesalahan ekstradisi di bawah Akta Ekstradisi 1992 dan juga selaras dengan kehendak di bawah konvensyen dan juga piawaian antarabangsa. Dimaklumkan juga bahawa di bawah Kanun Acara Jenayah apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara melebihi enam bulan sudah dianggap kes waran. Ini bermakna kes sedemikian diklasifikasikan sebagai kes tangkap. Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat untuk mewujudkan keperluan kepakaran dalam hal undang-undang antarabangsa khususnya dalam melaksanakan treaty antarabangsa, Jabatan Peguam Negara sedar akan kepentingan diwujudkan kepakaran dalam hal pelaksanaan undang-undang antarabangsa di semua peringkat. Kepakaran ini perlu untuk membolehkan Malaysia memainkan peranannya di peringkat

DR.9.4.2002 39

antarabangsa dan memastikan pendirian dan juga kepentingan Malaysia disokong dan dipertahankan. Di Jabatan Peguam Negara, unit khusus telah diwujudkan dan di Bahagian Penasihat dan Antarabangsa untuk mengendalikan hal berkaitan dengan undang- undang antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bolehkah sambung petang nanti? Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat] 2.30 ptg. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang berhormat, Dewan kita sambung semula. Sekarang saya jemput Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri menyambung jawapan. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat bagi Kubang Kerian telah menyentuh sepanjang ucapannya mengenai penyiasatan kes Perwaja. Saya ingin menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, sesungguhnya penyiasatan Badan Pencegah Rasuah terhadap penyelewengan pengurusan kewangan Perwaja Steel Sendirian Berhad bermula pada tahun 1996. Siasatan hanya akan dianggap selesai setelah BPR mempunyai bahan-bahan bukti yang diperlukan bagi membolehkan pendakwaan di mahkamah dijalankan. Ke arah ini BPR telah mengambil berbagai tindakan mengikut peruntukan undang-undang bagi mendapatkan bahan bukti termasuklah bukti dan keterangan yang dipercayai berada di luar negara seperti di Switzerland, Hong Kong dan juga Jepun. Perlu diingat penyelesaian kes ini bukan satu tugas yang mudah, lebih-lebih lagi kes yang disiasat melibatkan pelbagai transaksi di dalam dan di luar negara. Sebelum bulan Mei 2001 iaitu bagi tempoh lima tahun sebelumnya terdapat beberapa tindakan yang memerlukan kerjasama dari pihak berkuasa Switzerland. Hanya pada bulan Mei 2001 seperti yang dinyatakan oleh Kedutaan Switzerland pihak BPR memperoleh kerjasama yang amat menggalakkan, yang membolehkan siasatan seterusnya dijalankan. Ini adalah berikutan dengan perbincangan yang dibuat di antara pihak BPR dan juga pihak berkuasa Switzerland di Bern. Pertemuan ini merupakan satu perkembangan yang positif kerana sebelum ini, sebelum Mei 2001 kerjasama tersebut masih belum di perolehi. Memang benar sebelum bulan Mei 2001 siasatan BPR terhadap kes penyelewengan pengurusan kewangan Perwaja Steel Sendirian Berhad tidak memperolehi kejayaan yang menggalakkan. Ianya berkaitan mendapatkan bahan bukti dari Switzerland yang tidak dapat diperoleh ketika itu. BPR hanya telah memperoleh beberapa dokumen penting selepas pertemuan di Bern tahun lepas iaitu lebih kurang 10 bulan yang lepas. Sejak pertemuan tersebut kerjasama yang diberikan oleh pihak berkuasa Switzerland adalah menggalakkan. Kerjasama tersebut amat diperlukan dan kenyataan Kedutaan Switzerland itu amat dihargai dan dialu-alukan. Adalah menjadi harapan BPR, kerjasama tersebut dan dengan lain-lain negara dapat dijalin dan ditingkatkan bagi membolehkan semua bentuk siasatan dapat disegerakan daripada masa yang akan datang. BPR akan terus berusaha untuk menyelesaikan siasatan kes Perwaja ini dan kesungguhan ini tidak pernah luntur. Kerjasama yang diberikan oleh pihak berkuasa Switzerland tidak bermakna kita telah mendapat semua bahan bukti yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan BPR

40 DR.9.4.2002

terhadap kes penyelewengan pengurusan kewangan Perwaja Steel Sendirian Berhad itu. Satu lagi tindakan BPR berhubung dengan siasatan ini adalah mendapatkan kerjasama pihak berkuasa Jepun dan usaha ini sedang dijalan- kan. Malah pada bulan November 2001, BPR telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa di Jepun bagi mendapatkan kerjasama mereka berhubung siasatan kes Perwaja tersebut. Secara keseluruhannya, kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak boleh dilihat dan dianggap sebagai meragukan. Tuduhan Yang Berhormat bagi Kubang Kerian bahawa kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu bertujuan untuk melindungi para penyeleweng, serta menghalang proses keadilan kerana motif tertentu adalah tidak benar sama sekali. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak pernah campur tangan dalam siasatan yang dijalankan oleh BPR yang sehingga kini tiada pihak yang menghalang BPR daripada meneruskan siasatan kes ini. Malahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kenyataannya itu juga telah menyatakan ketegasan kerajaan, supaya mereka yang terlibat dengan sebarang penyelewengan dibawa ke muka pengadilan, sekiranya terdapat bukti dan keterangan yang mencukupi untuk berbuat demikian. Ketegasan kerajaan untuk membantu BPR bagi mempercepat sesuatu kes siasatan di luar negara dibuktikan apabila hari ini kerajaan telah pun membentangkan Rang Undang-undang Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 yang sedang kita bicarakan. Jadi tuduhan Yang Berhormat mengatakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pembohong, melindungi penjenayah-penjenayah adalah tidak tepat. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak bagi jalan kepada Kubang Kerian. Ya, sila. Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Setiausaha Parlimen. Saya ada beberapa perkara yang ingin dipohon penjelasan. Yang pertama seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kita telah mendapat kerjasama yang bagus daripada Switzerland sejak pada bulan Mei 2001 tetapi mengapakah pula Perdana Menteri membuat kenyataan bahawa kita tidak dapat kerjasama dan sebab itu siasatan dan pendakwaan ke atas kes ini tidak dapat dilaksanakan. Yang kedua seperti yang disebut oleh ‘Falkugali’ bahawa kerajaan belum meminta untuk membekukan kedua-dua akaun yang berkenaan yang bernilai lebih daripada RM76 juta. Mengapakah BPR atau Jabatan Peguam Negara tidak mengambil tindakan membekukan akaun berkenaan. Jika tidak, mungkin wang itu akan dipindahkan ke dalam akaun yang lain dan ini akan menyulitkan pula keadaan untuk kita mendapat dokumen berkenaan dengan akaun baru yang dialihkan itu. Yang ketiga saya ingin tahu, apakah lagi perkara-perkara yang kita perlukan kerjasama dan bahan-bahan yang tidak lengkap, sehingga dalam tempoh satu tahun yang lepas, selepas daripada pertemuan Mei itu, kita tidak mempunyai follow up untuk mendapatkan kerjasama dan bahan-bahan lain yang dikatakan tidak lengkap tersebut. Sekian, terima kasih. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih. Yang pertama, mengenai kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya telah nyatakan tadi bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak langsung campur tangan mengenai kes Perwaja ini, maka Yang Berhormat masa itu membuat kenyataan seperti yang saya nyatakan bahawa kita hanya baru dapat kerjasama yakni dalam tempoh 10 bulan kebelakangan ini. Sebelum itu, bantuan sebelum itu memang sukar kita untuk mendapatkan kerjasama daripada Kerajaan Switzerland dan mengenai menyatakan bekukan harta yang didapati wujud di Switzerland, sebab itu hari ini kita perkenal undang-undang ini kerana sebelum ini kita tidak ada undang-undang untuk kita memohon untuk kepada pihak Switzerland, untuk kita membekukan harta seperti yang didakwakan wujud di Switzerland. Jadi telah pun dibentangkan tadi salah satu tujuan permohonan yang boleh kita pohon di dalam rang undang-undang ini untuk memohon kepada pihak mahkamah

DR.9.4.2002 41

di sana, kepada Menteri Undang-undang kalau di Switzerland untuk memohon kepada mereka, untuk kita membekukan harta seperti yang didakwa itu. Sebab itu hari ini kita lihat undang-undang ini, kita dahulukan. Tadi saya sudah baca, lima, enam undang- undang kita tarik tetapi undang-undang ini, kita bawa hari ini juga supaya kita hendak mempercepat proses, seperti proses untuk kita menyelesaikan kes-kes yang melibatkan jenayah di luar negara. Mengenai yang ketiga, saya ingat Yang Berhormat kena baca Akta Pencegah Rasuah, Seksyen 24(1) bahawa setiap siasatan kes jenayah BPR ini, kita tidak boleh reveal, kita tidak boleh dedahkan kepada mana-mana pihak, melainkan kepada dua orang sahaja iaitu kepada Peguam Negara dan juga kepada pegawai penyiasat BPR dan apabila kes ini yang didakwa telah dicaj di mahkamah, barulah perkara ini boleh kita dedahkan. Selagi ia tidak didakwa di mahkamah ianya masih lagi tertakluk di bawah Seksyen 24(1). Jadi Yang Berhormat juga ada menyatakan seolah-olah kerajaan kita ini hendak melindungkan berbagai-bagai penyelewengan. Saya menafikan tuduhan tersebut kerana kita lihat, macam MAS, kita lihat kita tidak ada halangan mereka membuat laporan. Kemudian kes PPRT, Kementerian Pembangunan Luar Bandar pun sekarang ini kita sedia maklum masih di dalam kes penyiasatan. Baru-baru ini kes Amanah Ikhtiar Malaysia juga sedang di dalam siasatan BPR. Kes Tabung Haji Yang Berhormat timbulkan, saya sudah berulang kali bercakap di Dewan yang mulia ini bahawa kes Tabung Haji ini, sekarang ini kita sedang menyiasat di dalam internal enquiry. Apabila kita dapati dari penyiasatan, kita menyiasat pegawai-pegawai kita yang tertakluk di bawah Perintah Am Tabung Haji mengenai pegawai-pegawai. Maka daripada keterangan pegawai-pegawai itu, pegawai-pegawai berkenaan saya percaya, Jawatankuasa Tatatertib akan dapat maklumat, akan dapat tahu di mana mungkin ada berlaku penyelewengan ataupun berlaku rasuah. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga telah mengumumkan di Dewan ini bahawa jika ada kita dapati penyelewengan, jika ada unsur-unsur rasuah, kita akan lapor kepada pihak BPR ataupun kepada pihak polis. Jadi Yang Berhormat pihak pembangkang kena percayalah kepada integriti kedua-dua badan ini, terutama kepada BPR tapi kalau kita sudah laporkan pun, Yang Berhormat membuat berbagai-bagai tohmahan dan tuduhan, maka apa juga yang kita buat sudah tentu tidak akan memuaskan hati pihak pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kepong, beliau mendesak pihak Amerika Syarikat meminta bantuan daripada Malaysia untuk membanteras ahli-ahli Al- Qaeda ataupun ahli-ahli militan yang ada di Malaysia. Berdasarkan kempen anti keganasan yang dilancarkan akan berdasarkan kenyataan Presiden Bush pada 20 September 2001, Amerika Syarikat sememangnya menekan supaya kesemua negara bersatu dan berusaha untuk membanteras kegiatan Al-Qaeda ini. Namun, tindakan yang telah diambil oleh Malaysia adalah berdasarkan resolusi majlis keselamatan khususnya Resolusi 1267,1333,1373 dan Resolusi 1390. Menurut Resolusi 1373 lain- lain negara perlu mengambil tindakan untuk mencegah dan membanteras pembiayaan keganasan khususnya kepada Al-Qaeda, Osama bin Laden dan juga sekutunya. Bagi mematuhi Resolusi 1373, pihak Bank Negara Malaysia dan juga Labuan Offshore Financial Authority ataupun LOFSA, masing-masing telah mengeluarkan arahan pekeliling yang menyenaraikan nama orang yang berkaitan dengan Al-Qaeda kepada semua institusi kewangan dengan arahan untuk membekukan aset orang itu, sekiranya dikesan hartanya berada di Malaysia. Jadi mengenai tindakan-tindakan yang lain yang kita ambil kepada golongan militan di negara kita, ianya tidak ada kena mengena dengan undang-undang antarabangsa tapi ianya adalah berkaitan dengan undang-undang di negara kita sendiri dan juga Yang Berhormat bagi Kepong kurang faham, dia pun tidak datang. [Melihat ke tempat duduk Yang Berhormat bagi Kepong] Mengenai jenayah perdagangan dan kesalahan rasuah, saya ingin maklumkan kesalahan rasuah ianya meliputi di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997, ia melibatkan pemberian dan juga penerimaan habuan untuk sesuatu tujuan yang tidak sah di sisi undang …. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bagun]

42 DR.9.4.2002

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Arau berdiri Yang Berhormat. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: …dan untuk satu faedah yang tertentu. Faedah itu boleh terdiri daripada faedah kewangan barang atau selainnya. Nanti Yang Berhormat, saya hendak habiskan yang ini beza antara BPR dengan commercial crimes ini. Jenayah perdagangan pula merangkumi kesalahan- kesalahan pecah amanah, jenayah, tipuan, pemalsuan, pengambilan deposit secara tidak sah, manipulasi pasaran saham dan juga kesalahan yang seumpamanya. Ciri utama kesalahan jenayah perdagangan ialah ia melibatkan faedah kewangan kepada orang yang melakukan kesalahan itu. Kesalahan-kesalahan itu adalah ke atas organisasi atau institusi kewangan di mana orang tersebut beroperasi Jadi saya ingat, dia pun tidak datang Tuan Yang di-Pertua, buang masa saya jawab saja. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila Arau. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat, saya hendak minta laluan. Tadi Yang Berhormat ada menyebutkan berkenaan dengan tindakan antarabangsa pada kumpulan-kumpulan militan dan juga kumpulan-kumpulan yang ada kaitan dengan Al- Qaeda. Baru-baru ini Nur Misuari berada di negara kita dalam satu keadaan yang menimbulkan masalah dan Filipina menganggap bahawa ia adalah kumpulan pemberontak di Filipina. Kita telah menghantar Nur Misuari dihantar balik ke Filipina sedangkan setahu saya tidak ada permohonan daripada Filipina. Adakah permohonan ekstradisi oleh Kerajaan Filipina kepada Kerajaan Malaysia. Apakah logiknya ataupun apakah pendirian kerajaan menghantar Nur Misuari balik ke Filipina dan adakah kaitan dengan akta yang sedang kita bahaskan ini? Terima kasih. Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Arau. Tadi saya telah terangkan apabila ditanya oleh Yang Berhormat bagi Tumpat mengenai kes Nur Misuari ini. Sebagaimana kita sedia maklum sewaktu Nur Misuari ini ditangkap ia tiada mempunyai apa-apa dokumen perjalanan maka ia sudah tentu dianggap sebagai pendatang tanpa izin. Di dalam proses negara kita, apabila mereka ini datang tanpa apa-apa dokumen maka kita anggap mereka ini sebagai pendatang tanpa izin maka ianya tertakluk di bawah Undang-undang Imigresen. Jadi proses kita untuk menghantar balik pendatang tanpa izin ialah seperti biasa, di mana apabila pendatang tanpa izin kita kena dapat pengesahan dahulu daripada kedutaan negara mereka. Dalam kes Nur Misuari ini, Kerajaan Filipina telah mengesahkan bahawa Nur Misuari ini ialah rakyat Filipina dan sebab itu kita menghantar pulang Nur Misuari ini di bawah Akta Imigresen. Ini bukan merupakan satu ekstradisi dan Kerajaan Filipina juga memang tidak ada minta Nur Misuari ini dihantar melalui permohonan ekstradisi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kepong juga ada membangkitkan mengenai kriteria-kriteria yang digunakan oleh Menteri untuk memutuskan sama ada untuk menimbangkan sesuatu permohonan daripada satu-satu negeri. Menteri akan membuat keputusannya berdasarkan treaty antara negara-negara yang berkaitan atau berasaskan Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah ini. Kaedah kenyataan ini lazimnya dilaksanakan atas persefahaman reciprocity iaitu bantuan yang sama akan diberikan kepada Malaysia apabila diminta kelak. Akhir sekali Yang Berhormat bagi Kepong membangkitkan mengenai sama ada terdapat aturan khas bagi extradisi antara Malaysia dan juga Singapura. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa di bawah Bahagian V Akta Extradisi 1992 telah membuat peruntukan khas bagi pemulangan penjenayah yang berada di Malaysia, Brunei dan juga Singapura. Ertinya, kalau seorang penjenayah itu melakukan kesalahan di Malaysia dan melarikan diri ke Singapura, pihak Kerajaan Malaysia hanya memerlukan dikeluarkan waran dan waran tangkap itu hendaklah diendorse di

DR.9.4.2002 43

Singapura. Apabila telah endorse waran tersebut, maka waran itu seolah-olah dikeluarkan oleh Kerajaan Singapura dan waran itu nanti akan dijalankan, akan diexecute oleh pihak polis Singapura dan apabila penjenayah ini dapat ditangkap maka ia terus disurrender bukannya diextradisi hanya diserahkan sahaja kepada Kerajaan Malaysia. Jadi, saya ingat itu sahaja, Tuan Pengerusi. Lain-lain itu saya tidak payah ulaslah. Yang Berhormat bagi Kepong pun tiada di dalam Dewan ini, jadi saya beritahulah bila saya berjumpa dia di luar Dewan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal 1 hingga 44 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PINDAAN) 2001 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

2.50 ptg. Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia [Tuan Chia Kwang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2001 dibacakan kali yang kedua sekarang. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Silakan. Tuan Chia Kwang Chai: Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2001 yang dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan yang mulia ini adalah suatu langkah susulan kerajaan untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan keberkesanan rangka kawal selia ke atas aktiviti industri komunikasi dan multimedia. Sejajar dengan hasrat ini adalah perlu bilangan keanggotaan Ahli Suruhanjaya ditambahkan dan hasil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang melebihi keperluannya dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan. Untuk tujuan ini, Rang Undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2001 ini dicadangkan. Untuk membangunkan lagi industri Komunikasi dan Multimedia, satu industri yang sedang berkembang pesat dari segi teknologi dan perkhidmatannya, kerajaan pada tahun 1998 telah menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai sebuah badan kawal selia. Pada awal penubuhannya, bilangan anggota Suruhanjaya yang diperuntukkan ialah lima ahli. Sejajar dengan perkembangan pesat industri bercantum ini, pihak kerajaan mohon mencadangkan bilangan anggota Suruhanjaya ditambah dari lima orang kepada tujuh orang. Pada masa ini keanggotaan Ahli Suruhanjaya terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang wakil kerajaan dan tiga orang lain. Adalah dicadangkan dengan pertambahan dua orang ahli baru, kepelbagaian isu yang terletak di bawah urusan SKMM dapat ditangani dengan lebih berkesan lagi.

44 DR.9.4.2002

Dengan menambahkan bilangan ahli ini juga, ia akan meningkatkan lagi keupayaan kredibiliti SKMM dalam mengawal selia dan memajukan industri komunikasi dan multimedia. Kerajaan juga turut mencadangkan agar hasil SKMM yang melebihi keperluannya dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan. Adalah didapati jumlah hasil yang diperolehi oleh SKMM khususnya daripada kutipan fi lesen, caj pentadbiran, levi dan sebagainya adalah melebihi keperluan setelah mengambil kira perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, di bawah penyusunan semua industri komunikasi dan multimedia, adalah penting bagi kerajaan menggalakkan pelaburan dengan mewujudkan suasana persaingan yang sihat dan pasaran yang berdaya maju. Adalah diharapkan dengan pindaan yang dicadangkan, SKMM akan terus muncul sebagai satu badan kawal selia yang berwibawa, berintegriti dan telus. Pindaan kepada Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia diharapkan dapat memastikan matlamat-matlamat tersebut dicapai demi kepentingan wawasan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sokong. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zain]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana pindaan ini agak sedikit, tidak banyak, hanya tiga perkara sahaja tambahan pula kalau kita merujuk kepada 36(1), maka saya limitkan masa bagi seorang bercakap 20 minit. Ya, Petaling Jaya Utara. 2.55 ptg. Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara]: Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia kerana mengemukakan pindaan rang undang-undang yang dapat mempertingkatkan dan memperkukuhkan keberkesanan rangka kawal selia ke atas industri komunikasi dan multimedia Diharap dengan kelulusan pindaan rang undang-undang ini, keanggotaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertambah daripada lima orang kepada tujuh orang akan dapat meningkatkan keupayaan dan kredibiliti SKMM dalam mengawal selia dan memajukan industri komunikasi dan multimedia negara ini. Tuan Yang di-Pertua, pada beberapa minggu yang lepas semasa membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya pernah mencadangkan kerajaan supaya mengambil langkah yang sesuai untuk mengawal selia sistem telefon bimbit prabayar yang mempunyai 4,364,000 orang pengguna setakat akhir bulan Disember 2001 ataupun 58.4% daripada 7,472,000 jumlah pengguna telefon bimbit. Ini adalah untuk menghalang golongan jahat daripada menyalahgunakan sistem ini untuk melakukan jenayah yang mengancam keamanan masyarakat. Sejak cadangan saya itu dilaporkan secara meluas dalam surat khabar, saya telah menerima aduan daripada beberapa orang awam yang juga menghadapi masalah gangguan oleh golongan jahat melalui telefon prabayar. Seorang wanita dari Johor Bahru telah diganggu oleh pengguna sistem prabayar pada siang dan malam pada akhir tahun 2001 tetapi walaupun aduan telah dibuat kepada pihak syarikat telefon DiGi pada 25 Februari 2002 dan membuat laporan polis di Balai Polis Skudai, Johor pada 14 Januari 2002, nombor repotnya: TPR

DR.9.4.2002 45

515/2002. Syarikat telefon DiGi pada 4 Mac 2002 telah menjawab bahawa pembuat panggilan tidak dapat dikenal pasti kerana menggunakan sistem prabayar. Pihak polis juga memberitahu tiada tindakan yang boleh diambil terhadap pembuat panggilan kerana tiada bukti yang kukuh memandangkan dia menggunakan sistem prabayar. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun] Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada dua orang berdiri Yang Berhormat, hendak minta penjelasan. Hendak beri jalan? Puan Chew Mei Fun: Mereka hendak kacau sahajalah. Duduk. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: [Ketawa] Yang Berhormat, jangan cakap macam itu. Bagikah tidak? Puan Chew Mei Fun: Tidak, tidak, tidak. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat. Sila duduk. Sila duduk. Mana kita tahu dia hendak kacau ataupun tidak. Sila Yang Berhormat. Puan Chew Mei Fun: Okay, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Seorang lagi lelaki pula memberitahu saya bahawa setelah telefon bimbit prabayarnya dicuri, dia pernah meminta syarikat telefon menamatkan perkhidmatan. Tetapi malangnya permintaan ini ditolak kerana syarikat telefon tidak tahu siapakah yang sebenarnya memegang telefon bimbit tersebut dan selagi pemegang telefon terus menambah nilai panggilan, perkhidmatan akan diteruskan. Justeru itu, dia berasa sangat marah kerana bukan sahaja telefonnya telah dicuri, dia sendiri pula yang dicurigai membuat laporan palsu manakala pada masa yang sama, pencuri masih menggunakan telefon bimbitnya secara terang-terang tanpa sedikit rasa takut. Tuan Yang di-Pertua, kita semua faham bahawa kesenangan untuk membeli dan merahsiakan identiti pengguna, merupakan keistimewaan telefon bimbit prabayar. Tetapi malangnya, apabila keistimewaan ini disalahgunakan dan terpesong daripada tujuan kegunaan telefon yang sebenar serta mendatangkan ancaman kepada orang lain mahupun masyarakat, kerajaan perlu meminta semua kedai telefon mendaftarkan nama pembeli sistem prabayar. Tuan Yang di-Pertua, tujuan utama telefon adalah untuk berkomunikasi dan prinsip asasnya ialah mendedahkan identiti anda semasa berkomunikasi supaya keberkesanan komunikasi adalah lebih menonjol kecuali bagi mereka yang mempunyai niat jahat, sesiapa sahaja yang berbudi bahasa tidak akan merahsiakan diri semasa menggunakan telefon. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Larut berdiri Yang Berhormat. Puan Chew Mei Fun: Kita sudah mempunyai… Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat..... Puan Chew Mei Fun: Ya? Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Larut berdiri Yang Berhormat. Puan Chew Mei Fun: ….kita sudah mempunyai.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat hendak bagi jalankah tidak? Puan Chew Mei Fun: Habiskan ini dahulu!

46 DR.9.4.2002

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi lagi, Yang Berhormat. Puan Chew Mei Fun: Kita sudah mempunyai telefon awam yang dapat digunakan oleh mereka yang ingin merahsiakan diri untuk melakukan perbuatan jahat. Jadi tidak haruslah kita memberi satu lagi peluang atau kesenangan kepada mereka yang jahat untuk melakukan kesalahan. Sila. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila Larut. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat bagi Petaling Jaya Utara. Saya hendak bertanya sedikit. Kita tahu bahawa kemudahan telefon bimbit prepaid - dengan izin - adalah untuk memudahkan perhubungan komunikasi para pengguna dan bukan untuk tujuan-tujuan nakal ataupun tidak sihat. Adakah Yang Berhormat setuju supaya kemudahan ini diberhentikan sahaja kalau ia menimbulkan suatu ancaman kepada penerima panggilan sebagaimana Yang Berhormat pernah membangkitkan di mana Yang Berhormat sendiri pernah menerima panggilan misteri dalam Dewan ini? Minta penjelasan. Kalau tidak, kita minta supaya telefon jenis ini dihapuskan kalau ia boleh mengancam keselamatan mana-mana penerima. Terima kasih. Puan Chew Mei Fun: Terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Larut. Saya ingat tidak perlu kita memberhentikan perkhidmatan ini tetapi kita mesti monitor dengan lebih ketat dan saya mencadangkan supaya kementerian akan mendaftarkan semua pengusaha bagi mendaftarkan semua pengguna telefon bimbit prabayar. Tuan Yang di-Pertua, mengikut pemahaman kita, Singapura dan Jerman mempunyai undang-undang yang memastikan pengguna-pengguna sistem prabayar mesti didaftarkan. Ini bererti, kedua-dua negara itu bersetuju bahawa pendaftaran nama pengguna sistem prabayar adalah perlu. Walaupun angka kes jenayah yang berhubung dengan telefon prabayar secara terus atau tidak terus yang telah menjadi satu halangan atau kesulitan dalam siasatan polis tidak diberitahu semasa saya tanya dalam perbahasan yang lepas, tetapi sebagaimana angka yang saya sebutkan tadi, kini negara kita mempunyai seramai 4,364,000 orang pengguna telefon bimbit prabayar yang tidak didaftarkan. Sekiranya satu peratus daripada pengguna ini menggunakan sistem prabayar untuk melakukan perbuatan jahat, ini bermakna lebih kurang 43,640 telefon yang disalahgunakan dan kesan negatifnya terhadap ketenteraman masyarakat sukar dibayangkan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk mengawal selia sistem prabayar dari segi pentadbiran: (i) memastikan semua kedai telefon mendaftarkan nama dan butir-butir pembeli sistem prabayar; (ii) membuat pendaftaran untuk pengguna-pengguna telefon prabayar yang sedia ada; (iii) membuat penambahan nilai panggilan sehingga semuanya didaftarkan; dan (iv) memastikan semua syarikat telefon membekalkan maklumat penggunaan telefon semasa menerima permintaan polis supaya senang untuk mereka menyiasat. Tuan Yang di-Pertua, mengikut pemahaman saya, sekiranya syarikat telefon sudi mengeluarkan modal, teknologi komunikasi pada masa kini walaupun tidak mampu mengenal pasti semua pengguna telefon bimbit secara seratus peratus, tetapi ia sudah dapat memudahkan penyiasatan pihak polis. Justeru itu dari segi teknologi, kita seharusnya: (i) memastikan semua syarikat telefon memasang - dengan izin - additional switch software yang dapat mengesan kedudukan di mana sesuatu panggilan itu dibuat;

DR.9.4.2002 47

(ii) memastikan syarikat telefon memberikan pertolongan yang diperlukan oleh pihak polis termasuk mendengar percakapan orang yang disyaki atau - dengan izin - wire tapes; dan (iii) membantu pihak polis membeli peralatan-peralatan canggih yang dapat mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan. Selain itu, apabila menerima laporan berkenaan dengan gangguan oleh telefon prabayar, pihak polis tidak harus menggunakan alasan bahawa telefon itu tidak berdaftar dan membiarkan mangsa mengalami gangguan secara berterusan Saya berharap Polis Johor Bahru akan menyiasat kes yang saya sebutkan tadi supaya mengembalikan ketenteraman fikiran kepada mangsa dan memberi amaran kepada mereka yang menyalahgunakan telefon bimbit supaya jangan sekali-sekali cuba berbuat demikian kerana mereka akan ditahan oleh pihak polis. Tuan Yang di-Pertua, permintaan saya supaya kerajaan mengawal selia telefon prabayar tidak bermakna telefon bimbit yang lain tidak bermasalah. Pada hal walaupun ramai pembeli telefon terpaksa mendaftarkan diri tetapi ada juga yang sengaja membekalkan maklumat palsu. Selain itu, teknologi yang canggih pada masa kini membolehkan pengguna menggunakan kelengkapan canggih telefon bimbit untuk merahsiakan identitinya. Oleh itu saya berpendapat bahawa kerajaan harus menetapkan semua syarikat telefon mesti menjalankan pemeriksaan lebih ketat semasa mendaftar untuk para pelanggan bagi memastikan tiada kesilapan supaya dapat mengurangkan peluang menggunakan maklumat palsu dan memastikan semua jenis telefon bimbit di dalam negara kita tidak boleh memasang sebarang kelengkapan yang dapat merahsiakan identiti pengguna atau mampu memperdayakan orang lain melalui pelbagai cara lain. Tuan Yang di-Pertua, dengan cadangan-cadangan di atas, saya menyokong penuh ke atas Pindaan Rang Undang-undang Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2001 dan berharap supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan saya dengan serius. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Pokok Sena dahulu, ya! Tidak apa, saya bagi semua. 3.09 ptg. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi kesempatan dan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam pindaan kepada undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia. Pindaan ini seperti yang telah pun disebut oleh kerajaan tadi bahawa antaranya bertujuan meminda untuk menambahkan bilangan anggota suruhanjaya daripada tiga kepada lima. Saya pada prinsipnya bersetuju terhadap pindaan ini khususnya penambahan kepada bilangan anggota bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan bekerja dalam pelaksanaan tugas-tugas yang telah pun dimandat dan diamanahkan kepada Suruhanjaya. Saya percaya bahawa tugas yang berat ini sudah tentu tidak dapat dilaksanakan dengan bilangan anggota yang sedikit dalam suasana dan perkembangan telekomunikasi dan multimedia di Malaysia ini yang semakin meningkat dan berkembang. Apatah lagi yang kita harapkan ialah daripada penambahan bilangan ini dapatlah anggota-anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ini menjadi satu badan yang dapat melaksanakan fungsi sebagai pengawal selia kepada menjaga kepentingan-kepentingan bukan sahaja kepada operasi-operasi program telekomunikasi dan multimedia tetapi untuk menjaga kepentingan pengguna. Ini yang saya hendak tekankan bahawa antara tujuan daripada kewujudan suruhanjaya ini adalah juga untuk menjaga kepentingan pengguna seperti mana yang telah pun disebut daripada Akta Komunikasi bukan Akta Suruhanjaya itu iaitu sepuluh dasar kebangsaan industri komunikasi dan multimedianya ialah untuk menjaga soal- soal yang berkaitan dengan kepentingan pengguna. Maka sudah tentulah bahawa suruhanjaya juga tidak terlepas daripada tugas dan tanggungjawab yang berat ini.

48 DR.9.4.2002

Akan tetapi apa yang malang bagi masyarakat Malaysia dalam tempoh yang terdekat baru-baru ini ialah pengumuman Syarikat Telekom yang telah mengumumkan satu kenaikan atau yang dinamakan pengimbangan semula tarif perkhidmatan telefon yang telah dibuat oleh pihak Telekom yang saya kira sepatutnya suruhanjaya ini dapat memastikan supaya bebanan ini tidak dikenakan ke atas pengguna-pengguna keseluruhannya. Sedangkan Telekom telah mengisytiharkan keuntungan baru-baru ini iaitu hasil pendapatannya RM9.7 bilion iaitu pertambahan sebanyak 9.7% dari apa yang dicapai pada tahun 2000. Kemudian keuntungan sebelum cukai yang terkumpul oleh Telekom ialah sebanyak RM2.4 bilion iaitu pertambahan sebanyak 95.4%. Manakala keuntungan bersih pula ialah RM1.8 bilion bersamaan peningkatan 196.9%. Saya ucapkan tahniah atas pengurusan telekom yang begitu baik dan cekap untuk menghasilkan keuntungan tetapi saya kira bahawa keuntungan yang berlipat ganda yang ditunjukkan daripada pencapaian Telekom ini seolah-olah macam tidak memberikan apa-apa makna kepada rakyat yang telah banyak membantu. Pengguna- pengguna ini yang telah banyak membantu untuk meningkatkan keuntungan yang berlipat ganda seperti mana yang dicapai oleh Telekom. Mulai 1 Mac, pengguna- pengguna yang begitu setia kepada Telekom Malaysia seolah-olah dibalas kesetiaan mereka itu dengan kelulusan yang dibuat oleh pihak kerajaan sendiri iaitu dengan menaikkan tarif telefon yang kini bukan lagi sesuatu yang luxury ataupun yang mewah tetapi ia merupakan satu keperluan kepada kehidupan rakyat. Oleh sebab itu persoalan yang berbangkit ialah, wajarkah Telekom dengan berselindung di sebalik pengimbangan semula tarif perkhidmatan telefon serta kempen KTKM telekomunikasi membina masyarakat berilmu, tarif perkhidmatan telefon dinaikkan di saat rakyat menghadapi permasalahan ekonomi dan sosial. Ada orang kena berhenti kerja, graduan yang tidak mempunyai pekerjaan dan sebagainya. Sepatutnya di saat-saat begini, kita berpendapat bahawa sebagai sebuah syarikat korporat milik kerajaan ini yang berterus-terusan mengaut keuntungan setiap tahun mempunyai sedikit perasaan timbang rasa terhadap pengguna dengan menangguhkan dahulu rancangan kenaikan tarif itu ke suatu masa yang mungkin difikirkan lebih sesuai. Ini adalah kerana bagi saya bahawa kenaikan sewa sebanyak 29% dan 10% pada pelanggan perniagaan dan kediaman adalah satu penindasan yang sangat ketara terutama kepada penduduk kampung yang tidak mempunyai alternatif lain untuk menikmati kemudahan telekomunikasi bagi menyertai masyarakat berilmu yang dikehendaki oleh kerajaan. Kenaikan kadar panggilan tempatan sebanyak 13% dan kadar panggilan telefon payphone sebanyak 50% adalah sesuatu yang sangat tidak logik di saat Telekom Malaysia mengaut keuntungan saban tahun kerana bagi rakyat jelata payphone dan panggilan tempatanlah merupakan penggunaan harian mereka berbanding dengan panggilan jauh. Adalah sangat tidak adil di saat sebahagian besar rakyat tidak dapat menggunakan perkhidmatan alternatif telefon selular kerana kekurangan liputan, perkhidmatan yang satu-satunya menjadi tempat bergantung rakyat pengguna kebanyakan dinaikkan tarif ini. Kita tidak nampak di manakah rasionalnya. Dengan menaikkan tarif telefon ini akan mendekatkan jurang digital antara pengguna luar bandar dan bandar, juga konsep menang-menang (win-win) yang didakwa oleh Ketua Operasi ataupun CEO Telekom baru-baru ini. Janganlah hendak berselindung di sebalik akta global, trend, kempen, slogan masyarakat berilmu, konsep win-win, kadar yang adil, kadar yang anti persaingan, kadar yang berdaya saing dan bermacam-macam aneka kata-kata manis, di sebaliknya Telekom Malaysia mengaut keuntungan dan menindas pengguna- pengguna. Saya juga tidak faham kenapakah kerajaan khususnya Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia boleh membenarkan Telekom menaikkan kadar tarif ini kecuali memang hasrat kerajaan untuk memastikan keuntungan Telekom yang berlipat ganda tanpa perlu berbuat apa-apa. Mulai 1 Mac, dengan pejam mata, Telekom sudah boleh untung. Pejam mata dengan kenaikan kadar sewa telefon ini, pejam mata sahaja Telekom sudah boleh mencipta keuntungan. Saya mintalah kalau boleh pihak Telekom dapat mengisytiharkan berapa sebenarnya keuntungan segera yang sudah boleh dijangka hasil daripada kenaikan kadar-kadar sewa ini. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: [Bangun]

DR.9.4.2002 49

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri, Yang Berhormat. Ada yang berdiri, Bagan Datok. Sila, Bagan Datok. Ya, Bagan Datok. Api, tekan sekali lagi. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: [Menekan butang pembesar suara] Api, dia datang lambat ni, sebab Pokok Sena dia kacau! Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat bagi Pokok Sena ada melontarkan pandangan bahawa Syarikat Telekom Malaysia telah menindas pengguna dan mengatakan pejam mata sahaja Telekom Malaysia ini boleh untung dengan menaikkan tarif yang baru. Persoalannya, adakah Yang Berhormat sedar bahawa kos pembinaan infrastruktur yang dikendalikan oleh Syarikat Telekom Malaysia ini telah dirancang begitu lama dan dalam era digital sekarang ini menjadikan era analog memerlukan Telekom Malaysia meletakkan pertambahan modal pembinaan infrastruktur telekomunikasi ini dengan jumlah yang banyak? Jadi bagi mengelakkan daripada peminjaman atau pertambahan modal daripada luar di mana bon pinjaman luar itu harus dibayar dengan awal, maka kaedah yang dibuat oleh Telekom hanya menaikkan sedikit sahaja daripada kadar itu supaya ianya tidak membebankan keseluruhan pengguna-pengguna. Ini bukan penindasan. Saya minta pandangan. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Datuk. Api tidak ada itu sebabnya Rompin tidak datang, mahu jaga api. Sepatutnya kalau tidak naiklah tidak tindas, kalau naik ini mestilah tindas. Saya rasa Yang Berhormat mungkin tidak tahu tentang perkembangan yang berlaku dalam telekomunikasi di Malaysia. 95% infrastructure telekomunikasi adalah milik Telekom. Tetapi sebahagian besar syarikat- syarikat telekomunikasi yang lain ini menggunakan infrastruktur yang diberikan oleh Telekom sedangkan syarikat-syarikat telekomunikasi ini boleh mengenakan caj yang lebih murah daripada caj yang dikenakan oleh Telekom. Jadi, kenapa kita menyediakan satu infrastruktur, orang lain boleh sediakan perkhidmatan yang lebih murah, sewa line yang lebih murah sedangkan Telekom pula mengenakan, seolah-olah bagi saya hendak cover syarikat-syarikat ini yang telah menggunakan perkhidmatan Telekom dan fee yang dibayar kepada Telekom ini terlalu rendah maka dikenakan ke atas pengguna-pengguna Telekom sendiri. Sebab itu saya katakan bahawa pejam mata dengan kenaikan ini boleh untung, maknanya sebulan RM20 juta dengan kenaikan bayaran ini. Satu tahun RM240 juta, Telekom sudah boleh untung dan sudah boleh buat perkiraan keuntungan segera. Jadi, oleh sebab itu saya kira bahawa dengan keuntungan ini Telekom akan terus menjadi penaja kepada pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk hendak gahkan kerajaan. Sepatutnya sebagaimana Yang Berhormat katakan tadi bahawa memang penyediaan infrastrukturnya besar dan sebagainya tetapi kenapa Telekom boleh membiayai umpamanya Le Tour de Langkawi sampai RM8 juta satu tahun. Setiap tahun program tetap RM8 juta, takkan tidak boleh untuk bantu rakyat. Telekom kata bahawa untuk menyediakan infrastruktur di luar bandar khususnya di Sabah dan di Sarawak, bagi kawan-kawan saya yang tidak ada lagi perkhidmatan Telekom umpamanya, takkan tidak boleh kita menyediakan kalau kita boleh untuk program Le Tour de Langkawi , mai sorong kayuh gerek sahaja sampai RM7, RM8 juta. Gerek tahu? Basikal. Lumba basikal RM8 juta, pergi ke Sukan Komanwel sampai hampir dekat RM200 juta Telekom membiayai. Kemudian pergi ke Everest RM40 juta. Takkan semua ini yang kita rasa bahawa benda-benda yang tidak banyak memberikan keuntungan yang besar kepada kehidupan masyarakat hanya sekadar untuk kita hendak gah, hendak megah dan sebagainya tetapi apa yang penting ialah kepentingan untuk rakyat. Takkan tidak boleh Telekom menyediakan satu peruntukan kalau dikatakan bahawa untuk menyediakan infrastruktur di kawasan luar bandar takkan hendak kenakan ke atas pengguna-pengguna yang lain. Jadi, oleh sebab itu bagi saya bahawa sudah tentulah keuntungan ini akan membolehkan Telekom terus menjadi penaja kepada program-program dan aktiviti yang bertujuan untuk hendak gahkan kerajaan dan juga untuk menyelamatkan syarikat- syarikat kroni yang berada di peringkat ICU. Apa yang menjadi persoalan kita ialah kenapa di saat suasana persaingan perniagaan yang begitu sengit sama ada di dalam dan di luar negara sekarang ini

50 DR.9.4.2002

terutamanya daripada operator perkhidmatan telefon selular dan VOIP, Telekom pula boleh menaikkan kadar sewa. Orang dok berlumba bersaing buat tawar pakej dan sebagainya, umpamanya macam Celcom sampai kepada kadar sewa RM10 sebulan mengikut pakej, tiba-tiba Telekom menaikkan kadar sewa. Ini tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya dia bersaing ke arah untuk hendak mengurangkan lagi supaya menarik lebih banyak pelanggan datang kepada dia. Celcom, Maxis dan sebagainya bersaing memberikan pakej yang begitu baik, yang begitu murah sedangkan sebahagian daripada mereka ini juga merupakan syarikat-syarikat yang menggunakan infrastruktur Telekom. Telekom hanya dalam program equal access umpamanya hak sama rata. Maknanya Telekom boleh menggunakan infrastruktur yang mereka sedia, sedangkan infrastruktur yang disediakan oleh syarikat-syarikat lain hanya 5%. Maknanya syarikat lain yang akan menggunakan infrastruktur Telekom yang lebih sedangkan Telekom mengenakan kadar sewa yang lebih tinggi dan lebih besar kepada rakyat dalam negara kita khususnya pengguna-pengguna Telekom. Sebab itu persoalan yang saya bangkitkan di sini bahawa dalam suasana persaingan ini kenapakah Telekom boleh mengenakan sedangkan jika dua tahun yang lalu kita lihat bahawa kadar sewa untuk telefon selular RM60, sekarang tinggal RM20, RM10 mengikut pakej-pakej yang saya sebutkan tadi yang ditawarkan oleh mereka ini. Sebab itu kita boleh lihat bahawa tindakan ini adalah satu tindakan yang saya kira bahawa lebih banyak kepada suatu bentuk tekanan dan mengenakan suatu kadar sewa yang saya anggap sebagai sesuatu yang tidak sewajarnya yang dilakukan oleh pihak Telekom. Kemudian juga kita lihat juga bahawa seperti yang saya katakan tadi kenapa kerajaan khususnya pihak Telekom ada juga di kalangan umpamanya dalam satu perkhidmatan yang disebut tadi oleh Yang Berhormat dalam analog dan digital data line umpamanya. Kenapa pada tahun ini ada pelanggan Telekom dalam digital data line ini ada 65,000 pelanggan yang menggunakan dan melanggan dengannya seperti mesin ATM ini menggunakan data line, mungkin Yang Berhormat bagi Larut tidak tahu perkara ini, dia menoreh getah sahaja sebelah sana. [Ketawa] Tidak ada apa! Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan kacau dia hendak berehat Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Dia hendak berehat, dia dengar Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Baik. Ada 65,000 pelanggan yang saya difahamkan. Tiba-tiba pada 1 Mei 2001 kadar tarif untuk digital data line ini telah dikurangkan sebanyak 45% sedangkan yang guna ini bukan orang kampung, bukan orang Larut, bukan mereka yang pergi menoreh dia pakai sistem analog digital data line, tidak. Tetapi ini merupakan company seperti kilang-kilang elektronik, MIMOS dan sebagainya dan sebahagian daripada syarikat-syarikat ini saya difahamkan ada syarikat-syarikat yang berhutang dengan Telekom tidak bayar. Ada syarikat sampai RM50 juta, RM40 juta hutang untuk data line RM10 juta bil telefon tidak bayar. Saya boleh senaraikan kalau pihak kementerian hendak, cuma hari ini saya tidak bawa fail yang menunjukkan bahawa ada company banyak yang tidak bayar, sedangkan kalau orang kampung berhutang sebulan, dua bulan tidak bayar - potong. Macam itu juga dalam bil elektrik umpamanya saya sebut di sidang Belanjawan dulu, Syarikat Perwaja hampir setengah bilion, RM400 juta lebih. Dua syarikat iaitu Syarikat Perwaja Gurun dan juga Perwaja di Kemaman tidak bayar hutang hampir tujuh tahun tidak bayar hutang, tidak ada. Tenaga Nasional tidak ambil tindakan apa-apa sedangkan dalam Akta Elektrik memperuntukkan bahawa 15 hari tidak bayar boleh potong tanpa notis. Begitu juga dengan Telekom… Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masuk ini Yang Berhormat, di sini? Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Tidak, saya tunjuk contoh perbandingan sahaja. [Ketawa] Kadang-kadang macam Tampin pun tidak berapa faham kena beri contoh, sebab itu dia duduk melengung itu.

DR.9.4.2002 51

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila masuk Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Jadi, sebab itu saya katakan bahawa persoalan saya kenapa sedangkan ini pelanggan yang agak besar 65,000 dan jumlah penggunaannya besar walaupun kalau hendak banding 65,000 dengan jumlah yang lain mungkin dia masih ada pelanggan-pelanggan dan pengguna lain yang lebih besar tetapi volume yang digunakan, jumlah wang yang sepatutnya dibayar kepada Telekom itu besar. Kenapa mereka telah dikurangkan sebanyak 45% sedangkan bila kurang pun macam elektrik – elektrik kita berikan kadar dia kurang kepada pengguna industri dengan harapan dia guna volume yang banyak dia akan bayar lebih sedangkan bila dia guna dia tidak bayar pun, ia berhutang tidak bayar sampai tujuh tahun tidak bayar. Begitu juga ada syarikat-syarikat termasuk syarikat-syarikat dan agensi-agensi kerajaan yang tidak bayar kepada Telekom RM50 juta, RM40 juta dalam data line RM10 juta dalam bil elektrik. Ini bagi saya bahawa sesuatu yang tidak wajar kepada pelanggan-pelanggan ini dikurangkan sedangkan pelanggan-pelanggan ini adalah pelanggan perniagaan yang besar, jauh lebih kaya daripada pelanggan perniagaan kecil yang dinaikkan sewa bulanan mereka sehingga 29% apa lagi jika hendak dibandingkan dengan pelanggan-pelanggan perkhidmatan data yang kaya ini dengan pelanggan kediaman yang terdiri daripada rakyat kebanyakan. Jadi, sebab itu bagi saya bahawa ini merupakan satu perkara yang seharusnya dilihat untuk masa depan ini oleh suruhanjaya ini, kalau boleh suruhanjaya ini dapat membuat satu cadangan recommendation supaya disemak kembali tentang tarif telefon ini dan dapat dibuat ataupun dibalikkan semula tarif itu kekal seperti mana yang ada sebelum ini. Kemudian apakah ini bermakna Telekom Malaysia telah menaikkan tarif perkhidmatan telefon sepuluh bulan lebih selepas pengurangan kadar tarif pelanggan data yang lalu bagi menampung kekurangan hasil akibat daripada pengurangan kadar perkhidmatan data. Jadi, saya bimbang, takut nanti bahawa kerana dia sudah kurang pendapatan dalam perkhidmatan data, jadi, dia hendak cover balik keuntungan dia maka dia ambil daripada pengguna-pengguna ini. Kalau inilah yang berlaku saya rasa bahawa adalah tidak adil untuk rakyat, untuk orang kampung dan sebagainya. Apakah ini juga termasuk dalam apa-apa yang dikatakan sebagai imbangan semula tarif yang dijadikan asas utama kenaikan tarif telefon, tidakkah ini seolah-olah merompak pelanggan kebanyakan rakyat jelata untuk menampung dan memberi subsidi kepada pelanggan-pelanggan Telekom Malaysia yang kaya-raya. Apa yang lebih menghairankan kita ialah bagaimana pula boleh jadi operator voice over internet protocol yang berjumlah lebih 30 syarikat pada waktu ini boleh memberikan perkhidmatan telefon yang murah sehingga lebih 50% berbanding kadar yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia, sedangkan sebahagian besar daripada syarikat VOIP ini menggunakan infrastruktur yang dipunyai oleh Telekom Malaysia. Mereka menggunakan infrastruktur Telekom Malaysia umpamanya macam Time Cell dan sebagainya Kita telefon, maknanya mereka menggunakan Telekom, mereka boleh tawarkan kepada orang lain menggunakan peralatan telefon yang lebih murah sedangkan telefon yang menyediakan infrastruktur mengenakan kadar yang lebih tinggi sama ada kadar tarif ataupun kadar sewa bulanan telefon. Apakah kerana kadar sewaan infrastruktur syarikat VOIP daripada Telekom ini sangat murah sehinggakan membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang lebih murah daripada Telekom yang menjadi tuan punya infrastruktur telekomunikasi ini. Ini sudah menjadi terbalik, kita yang menyediakan infrastruktur, kita caj lebih mahal, orang yang menggunakan sewa infrastruktur kita boleh bagi dengan perkhidmatan yang lebih murah. Kita hanya dail macam Time Cell 1-800 toll free kemudian kita minta nombor dan sebagainya makna kita akan dapat murah, dia hanya bayar fee yang terlalu rendah kepada Telekom. Jadi, adakah Telekom…. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat, masa cukup Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ya, okay hendak habis sudah. Adakah Telekom hendak cover semua ini, mengenakan kepada pengguna-pengguna. Jadi, akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kalau benarlah begitu mengapakah Telekom tidak menaikkan kadar sewaan infrastruktur terhadap syarikat VOIP ini, sebaliknya menaikkan kadar tarif pelanggan-pelanggan yang terdiri daripada rakyat biasa. Berapa

52 DR.9.4.2002

sangatlah untung TM hasil daripada panggilan tempatan pengguna biasa berbanding hasil daripada perkhidmatan data dan syarikat VOIP ini. Secara kesimpulan bolehlah dikatakan bahawa suruhanjaya melalui kementerian telah gagal menjadi pengawal selia yang efektif dan menjaga kepentingan rakyat sebagai pengguna. Ternyata slogan telekomunikasi membina masyarakat yang berilmu terpaksa di bayar oleh rakyat kebanyakan dengan harga yang terlalu mahal. Semasa Kerajaan Barisan Nasional melancarkan program penswastaan serta dasar liberalisasi perniagaan 10 tahun yang lalu adalah bertujuan untuk menjanjikan suatu perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dengan mewujudkan persaingan namun terbukti dalam industri telekomunikasi beberapa syarikat telekomunikasi yang diberikan lesen telah pun menggulung tikar akhirnya terpaksa diambil alih. Rupanya Celcom sekarang ini Perdana Menteri kata Telekom bersedia hendak ambil alih, kemudian Adam dan lingkup kemudian…. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis ya. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: …dan macam-macam lagi. Jadi, saya harap kepada suruhanjaya dapat melakukan satu pengawal selia yang baik untuk menjamin kepentingan pengguna dan dengan penambahan bilangan jawatankuasa anggota suruhanjaya ini akan dapat memberikan khidmat yang lebih baik untuk kepentingan masyarakat dan rakyat. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Batang Lupar. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat] 3.28 ptg. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menerima baik cadangan kementerian untuk meminda Akta Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dengan menambah ahli Suruhanjaya Multimedia ini kerana saya orang yang banyak mengkritik soalan suruhanjaya ini oleh kerana fungsi tanggungjawab mereka. Mungkin masalah saya ialah oleh kerana tidak ada penjelasan daripada pihak suruhanjaya ini kepada Ahli Parlimen mengetahui fungsi tanggungjawab tugas mereka dan apakah telah mereka buat semenjak suruhanjaya ini diwujudkan. Ataupun mereka duduk di Putrajaya, duduk dalam hawa dingin, swivel chair tidak jalan sana sini, melihat doctorate certificate mereka sahaja. Jadi itulah sebab rungutan saya oleh kerana saya pandang industri multimedia ini ada hubung-kait dengan pendidikan, soal sosial ekonomi rakyat Malaysia keseluruhan. Jadi kalau Suruhanjaya Multimedia ini tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab dan amanah kepada mereka dengan sebaik mungkin nescaya rugilah masyarakat Malaysia daripada persoalan ataupun desakan multimedia dalam pendidikan, industri, ekonomi dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya pernah menyuarakan supaya ahli daripada jawatankuasa ini ataupun suruhanjaya ini dilantik daripada ahli politik. Sebab-sebab seruan saya ialah oleh kerana nampaknya daripada luar saya tidak melihat apakah kebaikan telah diberi oleh suruhanjaya ini kepada pulangan kepada orang politik yang telah meluluskan undang-undang, memberikan tempat, memberikan peluang, memberi kedudukan kepada mereka, pulangan politik yang saya sebut macam ini ialah kita melihat daripada orang luar bandar. Saya wakil rakyat luar bandar, sebagai wakil rakyat luar bandar semenjak 1998 apabila suruhanjaya ini diwujudkan, apakah tindakan yang telah diambil oleh mereka untuk memperkukuhkan lagi kedudukan multimedia ataupun infrastruktur komunikasi di luar bandar. Saya belum melihat penambahan telefon, saya belum melihat teknologi baru diimplementasikan, saya belum melihat apa-apa pun di luar bandar kalau berdiri di kawasan saya, saya masih melihat orang masih berkomunikasi cara lama. Tidaklah guna tin dengan tali di antaranya, tidak guna macam tu. Ada juga fixed telefon menggunakan radio and local loop tidak lagi mencukupi kerana hanya boleh digunakan sebagai komunikasi telefon biasa. Tidak boleh digunakan untuk internet apabila Kementerian Pendidikan berkata, kita hendak hantar semua sekolah di luar bandar dengan komputer. Tapi kalau telefon tidak mempunyai signal radio, komunikasi

DR.9.4.2002 53

ataupun perhubungan yang boleh menggunakan internet access dengan sendirinya komputer itu adalah menjadi word processor begitu sahaja. Jadi saya ingin bertanya juga persoalan dana yang diwujud pada tahun 1994 iaitu universal research fund, yang saya dimaklumkan, makluman ini mungkin salah dan tidak betul dan saya ingin minta diperbetulkan, benarkah tidak suruhanjaya ini berkuasa untuk membelanjakan dana yang telah diwujudkan di bawah undang-undang multimedia ini? Kalau ya, berapakah banyak dana yang telah dikumpul hingga sekarang ini? Saya ingin persoalan ini dijawab dan semua Ahli Parlimen di sini mendengar. Yang ketiga, kalau dana ini telah diwujudkan, telah dikumpul dan berapa banyakkan telah di belanja untuk tujuan dana ini? Tujuan dana ini tidak lain dan tidak bukan, bukan hendak beli kerusi yang empuk ataupun kereta yang Mercedes, BMW suruhanjaya, dana ini digunakan untuk menghantarkan prasarana multimedia ke luar bandar. Oleh kerana tempat ini, tempat yang tidak economical untuk telekomunikasi company menghantarkan prasarana ini. Jadi kalau ada perbelanjaan ini digunakan di bandar dengan sendirinya suruhanjaya ini atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab telah tidak melihat peruntukan undang- undang yang memperuntukkan dana ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya terasa terkilan, saya terasa terdesak dan saya terasa hot tidaklah, hari ini saya kurang hot sedikit. Hari ini saya rasa sedih, sebab beberapa hari yang lepas saya rasa hot hari ini saya rasa sedih sebab tidak ada benda- benda yang positif yang saya lihat daripada ini melainkan pertimbangan untuk menambahkan ahli jawatankuasa ini. Saya tidak tahu siapa yang dilantikkan nanti, saya ataupun orang-orang ahli yang banyak certificate, yang duduk di swivel chair dan duduk di Putrajaya tidak pernah pun datang ke mana-mana tidak melihat pun yang orang kampung, kawasan yang tidak dapat telefon, tidak dapat apa benda. Ini perkara- perkara yang pokok. Kenapa dana ini diwujudkan, adakah perbelanjaan telah ditentukan kepadanya? Adakah telah target ataupun sasaran ini telah diambil tindakan? Benarkah tuduhan saya, tuduhan saya ini, saya yang mengatakan mengikut maklumat yang saya terima, prasarana untuk di luar bandar di Sarawak khususnya akan hanya siap pada tahun 2019? Kalau pada tahun 2019 industri ICT sudah tidak ada lagi kerana pusingan industri ini bertukar. Pada ketika itu saya tidak tahu apa industri lagi. Jadi industri ICT akan menjadi satu prasarana kepada industri yang akan datang. Kalau komunikasi pada ketika ini tidak baik, tidak diperbaiki dan menunggu tahun 2019, nescaya kita akan jauh ke belakang. Dalam industri yang akan datang, mungkin industri yang bercorak lain tetapi prasarananya ialah ICT. Jadi inilah kenapa saya rasa terdesak supaya soal prasarana di luar bandar itu mesti dipercepatkan. Tidak ada pilihan lain untuk kerajaan. Kerajaan telah mewujudkan dana, undang-undang dan kerajaan telah mewujudkan suruhanjaya, kerajaan berharap orang di luar bandar di mana saya datang, di mana lebih daripada 50% Ahli Parlimen di Dewan ini datang berkehendakkan perkhidmatan diberikan. Kalau suruhanjaya ini tidak berkemampuan alihkan mereka itu, ganti dengan orang lain. Duit ada, sekarang hendak beri peruntukan lagi. Kalau duit dikumpul daripada fees, charges dan sebagainya yang berlebihan, balik masukkan ke dalam sumber kewangan kerajaan. Kita akan lulus di Dewan ini juga tetapi telefon di kampung-kampung dan di luar bandar tidak ada juga. Apa hendak bantah balik? Di mana duit yang dihantar balik dengan kerajaan? Di mana duit yang dibelanjakan untuk prasarana di luar bandar? Jadi saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya memberitahu kepada suruhanjaya ini tugas dan tanggungjawab mereka kalau betullah persoalan saya ini, atau betul maklumat yang saya terima ini, suruhanjaya ini ialah untuk menguruskan dana ini dan berkuasa atas bidang dana ini, penggunaan dana ini, gunakanlah dana ini untuk memanjangkan, untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prasarana multimedia di luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, berpindah saya kepada soal lain. Saya hendak sentuh sedikit mengenai telefon. Banyak yang telah disebutkan yang telefon ini memang betul juga RM2.1 juta atau RM2.2 bilionkah keuntungan Telekom? Kita kena naikkan caj juga. Okaylah kalau hendak naikkan cajnya macam Yang Berhormat sebut tadi, mungkin kita tidak payah pinjam wang dari luar negara, kita tidak payah jual bon, tidak

54 DR.9.4.2002

payah benda lain supaya Telekom ini mencukupi sumber kewangannya untuk membina prasarana Telekom itu sendiri, menaikkan tahap kedudukan Telekom itu sendiri kepada teknologi-teknologi yang baru untuk menggantikan perkara-perkara yang lama supaya dapat menghantar dan menyumbangkan lagi perkhidmatan di luar bandar dan sebagainya. Kita terima tetapi orang di luar bandar belum boleh memberi sumber kewangan kepada pihak Telekom untuk Telekom membuat prasarana di luar bandar itu sendiri. Minta tolong kalau tidak dapat orang lain di luar bandar tidak payah naikkan, gunakan rate yang lama. Orang yang di luar bandar yang mungkin pendapatannya mungkin RM400, RM500 dan RM600 sebulan, tolonglah mereka ada satu telefon, itu sahaja kecanggihan yang ada di rumah mereka, radio, televisyen itulah sahaja yang ada. Jadi mereka tidak gunakan SMS dan sebagainya. Jadi tolonglah kalau tidak dapat diturunkan rate ini, sekurang-kurangnya orang di luar bandar itu diberi kemudahan yang berpatutan atau rate yang rendah atau mengikut rates yang lama. Jadi ini amat penting supaya orang luar bandar; sudahlah pendapatan mereka RM500, ini pun juga tidak menentu, hujan lebat, gelombang besar tidak boleh tangkap ikan, ribut taufan tidak dapat tanam padi ataupun pergi ke ladang, semua ini akan menjejaskan kedudukan orang di luar bandar. Mungkin kita tidak tahu atau kita tidak peka kepada soal ini kerana kalau hujan kita masuk dalam kereta, kalau rumah tidak ada apron, kita gunakan chauffeur semua kita boleh buat kerana kita ada duit. Tetapi di luar bandar, kalau hujan turun, hujanlah dia. Kalau ribut taufan, ributlah dia. Baru-baru ini, baru tiga minggu lepas orang di kawasan saya mati karam di laut. Kenapa? Kerana keadaan sedia ada iaitu natural fenomena macam gelombang dan sebagainya tidak respect kepada keadaan manusia. Jadi kita yang boleh membantu, tolong bantu sedikit. Telefon ini kalau hendak dinaikkan juga harganya daripada yang ada ini, turunkan orang luar bandar, bagi luar bandar murah. Kita subsidize, naiklah semua ini, Ahli Parlimen boleh naik sedikit, menteri boleh naik sedikit, orang korporat yang besar-besar di bandar naik sedikit tidak apa, tetapi luar bandar tolong turunkan. Tuan Yang di-Pertua, …. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: [Bangun] Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Silakan. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang tertarik dengan hujah-hujah yang dikemukakan oleh saudara saya Yang Berhormat bagi Batang Lupar mengenai dengan telefon di luar bandar. Oleh kerana kebanyakan telefon bimbit misalnya yang ada pada hari ini tidak dapat digunakan di luar bandar kecuali dengan kod 011 masa dahulu yang berat. Adakah Yang Berhormat setuju bilakah kerajaan kita yang begitu canggih sekarang hendak mencari formula? Kalau telefon wireless itu tidak dapat dilaksanakan untuk mencari telefon bimbit yang menggunakan kod 011 itu dipelbagaikan semula. Sekian, terima kasih. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Yang Berhormat bagi Selangau, kawasannya lebih kurang macam kawasan saya juga. Selangau jalan kaki atas jalan, dalam hutan, dalam semak, duri dan sebagainya. Kawasan saya banyak laut, gelombang, sungai yang besar-besar, buaya, ikan terubok, semua ada. Jadi environment atau keadaannya sama. Saya bersetuju iaitu handphone pikul [Disampuk] yang besar itu. Handphone pikul itu sahaja yang boleh digunakan di luar bandar. Kalau hendak pakai kena bawa back pack, simpan di belakang. Kalau tidak kena pikul di bahu - 011. Tetapi ada yang 011 sebesar ini, sorry lah tidak boleh pakai. Kawasan saya tidak boleh pakai tetapi tower hampir mencecah langit - di kawasan saya. Jadi inilah keadaannya orang kampung hendak beli handphone 011 tetapi sekarang sudah jadi canggih. Yang canggih hanya boleh digunakan sebagai handphone biasa yang lain iaitu 012, 013, 014, 015, 018, 019 …..semua macam itu tetapi ada yang tinggal mungkin orang sini tidak tahu lagi sudah boleh masuk muzium 011 yang handpack atas pikul itu yang bukan bimbit, yang pikul. Tetapi zaman dahulu iaitu tahun 1991 ke 1992, orang Sarawak, orang timbermen, bila dengar telefon itu datang, dia semua beli. So, apabila duduk di meja empat orang, tidak ada tempat untuk letak minuman lagi, semua handphone atas meja, hendak cakap dengan kawan sebelah pun guna telefon juga. Jadi ini boleh, tetapi telefon itu tidak ada lagi, 011

DR.9.4.2002 55

hendak dipotong maknanya bil telefon tidak sampai, handphone yang kita pakai sekarang pun tidak sampai di luar bandar. 011 besar dahulu tidak boleh dipakai, tidak diperbaiki teknologinya, tidak boleh dipakai lagi akan dipotong perkhidmatan 011 - saya dimaklumkan. Kalau inilah maknanya orang luar bandar semua akan dipotong komunikasinya dengan orang bandar. Inilah digital divide, digital isolated, sebut apa sahaja digital, pilihan raya datang, semua pergi luar bandar berduyun-duyun minta Yang Berhormat semua kena sokong. Kalau tidak sokong, Parlimen kurang orang. Orang bandar semua sokong DAP sahaja. Yang DAP hentam kerajaan. Tolonglah orang luar bandar itulah tampuknya, kuasa kita di sini, tolong orang luar bandar. Jadi saya tidak berganjak soal ini, saya tidak bimbang menyebut persoalan ini kerana saya balik jumpa dengan orang luar bandar. Dr. Maximus Johnity Ongkili: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat …. Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sekadar ingin menambah dan meminta pandangan Yang Berhormat bagi Batang Lupar mengenai Atur 011 yang mana beliau katakan tadi, kemungkinan akan di phased out dengan izin. Setujukah Yang Berhormat, bahawa bagi tempat-tempat yang terpencil ini, Atur 011 sahaja yang sebenarnya menjadi alat perhubungan di luar bandar dan ia tidak harus di phased out ataupun ditamatkan, bahkan ia perlu diperbaharui kerana bukan sahaja alat-alatnya yang ketinggalan zaman tetapi juga ia ketinggalan dari segi kemajuan teknologi Tuan Yang di-Pertua, kerana selalu Atur 011 ini, kena klon oleh pihak pencuri talian walhal ia menjadi satu talian asas bagi penduduk luar bandar. Setujukah Yang Berhormat bahawa tumpuan harus diberikan untuk memperluas, mengemas kini dan update line ataupun talian 011 ke luar? Terima kasih. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju. Saya minta Suruhanjaya ini memberi arahan dengan pihak Telekom supaya membuat satu research semula, buatkan satu research untuk Atur 011 boleh diperkecil, jangan buat telefon pikul, buatkan telefon bimbit yang boleh digunakan di luar bandar, tidak sebagaimana Atur 011 yang wujud pada masa sekarang, tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan, umpama- nya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Bandau iaitu, boleh diklon. Kalau diwujudkan ciri keselamatan.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh gulung Yang Berhormat. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Gulung Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Boleh gulung. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Orang luar bandar kawan orang dalam bandar ini Tuan Yang di-Pertua. Sayalah punya ucapan… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ucapan kena gulung. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, ya. Saya hendak menggulung sokongan saya ini kepada multimedia ini dan penambahan ahli jawatankuasa suruhanjaya ini dan saya juga bersetuju dana kewangan ini, kalau habis, tidak cukup dan tidak habis dibelanjakan dibahagikan, kepada pindaan ini, saya sokong tetapi saya memohon kepada suruhanjaya ini supaya betul-betul mengawal selia industri multimedia ini. Kalau semasa kita mengawal industri, jangan lupa kepada orang di luar bandar. Kalau ada masa, kita melihat, telefon orang di luar bandar, naik, jangan lupa orang luar bandar itu tidak ada naik gaji. Dia bukan kerja dengan kerajaan, bukan kerja dengan syarikat, dia tidak ada union, tidak ada apa benda. Jadi, dia orang ini minta dijagakan, fees mereka jangan dinaikkan, tolong lihat sedikit. Soalan-soalan Atur 011 itu tadi, janganlah terminate servisnya dan dicanggihkan teknologinya serta dibanyakkan infrastruktur di semua kawasan, bukan sahaja di Batang Lupar tetapi juga di Baram, di Belaga, di Hulu negeri Sabah, semua

56 DR.9.4.2002

boleh menggunakan Atur 011. Kita sentiasa akan di belakang Telekom walau apa sahaja tindakan dan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu, saya menyokong. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kepong. Dr. Tan Seng Giaw : Baik. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya mencadangkan selepas Yang Berhormat bagi Kepong, saya membenar- kan seorang lagi dan selepas itu, saya minta kementerian menjawab. 3.59 ptg. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini kerana ia merupakan satu pindaan yang penting. Maksudnya ialah untuk menambah bilangan anggota suruhanjaya, selain pengerusi dan wakil kerajaan daripada tiga kepada lima orang anggota dan juga memasukkan kutipan wang kepada Kumpulan Wang Disatukan. Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya, saya hendak menyoal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang sangat lewat untuk membuat kajian dan siasatan ke atas semua menara telekomunikasi dan struktur antena di seluruh negara. Hanya pada 18 Januari sahaja, bahawa MCMC telah membuat keputusan untuk berbuat demikian. Ini memang sangat lewat kerana menara telekomunikasi dan juga struktur antena di seluruh negara bermula lebih 1 dekad. Inilah masalah kita, tambahkan tiga anggota kepada lima anggota dan baik kita mengkaji semula, apa yang telah dilakukan oleh pihak MCMC, yang bagi saya tidak cukup prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat. Saya hendak bertanya, sama ada pasukan petugas telah pun diadakan untuk mengambil tindakan khas dan siapakah yang menjadi anggota kepada pasukan petugas tersebut? Perkara ini berlaku dengan hangat dan rungutan-rungutan daripada rakyat adalah kedengaran terutamanya ia bermula daripada Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, ada sesetengah penduduk yang tidak puas hati dengan menara yang dekat dengan kediaman-kediaman mereka dan inilah merupakan satu kecuaian pihak MCMC untuk memastikan semua menara dan struktur antena itu mengikut standard dan piawaian antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini, saya nampak kajian-kajian akan diadakan terhadap semua pembekal telefon bimbit termasuk Telekom Malaysia, TM Cellular, Timecell, Maxis, Celcom dan Digi. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan, apakah pemeriksaan yang akan diadakan untuk tujuan tersebut? Di sini, saya ingin menyoal mengenai rangka kerja, peraturan mengenai perkongsian infrastruktur radio komunikasi ataupun rangka kerja peraturan REG 2002. Apakah standard yang ditetapkan oleh rangka kerja peraturan tersebut, sebab setakat ini, walaupun pengumuman telah pun dibuat oleh MCMC mengenai pasukan petugas ini, kita belum tahu, apakah kriteria dan standard yang digunakan oleh pasukan itu untuk menyiasat menara telekomunikasi dan struktur antenanya. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi kerana para penduduk adalah bimbang kesan-kesan terhadap kesihatan mereka. Walaupun standard yang ditetapkan oleh pihak antarabangsa menunjukkan kesan-kesan tidak banyak terhadap para penduduk tetapi MCMC mesti tekankan dengan kriteria yang digunakan oleh pihak antara- bangsa dan juga dengan kerajaan sendiri, sama ada menara-menara tersebut menjejaskan kesihatan kita. Tidak cukuplah bagi pihak kementerian untuk mengatakan bahawa semua ini tidak akan menjejaskan kesihatan. Ini tidak akan dipercayai oleh para penduduk yang khuatir akan terjadinya kerosakan kepada kesihatan mereka. Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya, saya hendak menyentuh sedikit sebanyak mengenai kemudahan perkhidmatan telekomunikasi dan usaha untuk mengimbangkan tarif talian tetap. Tarif talian tetap sudah dinaikkan daripada tiga sen ini kepada lima sen, terutamanya untuk panggilan tempatan. Tuan Yang di-Pertua, kita hendak menyaksikan perkhidmatan kemudahan telekomunikasi ini dipertingkatkan. Setakat ini, penembusan komunikasi asas talian tetap masih rendah iaitu, kira-kira 22 bagi setiap 100 orang penduduk dan kita nampak matlamat Rancangan Malaysia

DR.9.4.2002 57

Kelapan ialah untuk meningkatkan penembusan komunikasi asas talian tetap kepada 35% pada tahun 2005. Matlamat itu adalah baik kerana kita mestilah meningkatkan kemudahan perkhidmatan kita supaya kita boleh menjadi satu negara yang maju kerana telekomunikasilah yang penting, teknologi ini semakin hari semakin canggih, dan rakyat Malaysia mestilah mengambil kesempatan untuk menggunakan teknologi ini dengan lebih luas. Tuan Yang di-Pertua, dari segi kemudahan perkhidmatan telekomunikasi ini, di pihak kerajaan hendak memperkenalkan liberalisasi pelesenan pembekal kemudahan rangkaian, iaitu pada peringkat local loop. Liberalisasi ini telah pun dimulakan pada Oktober tahun lepas, dan di sinilah kita khuatir, kebijaksanaan dan juga keadilan yang dilakukan oleh pihak kementerian. Apakah kriteria yang digunakan untuk memberi lesen kepada pembekal-pembekal kemudahan rangkaian? Sebab ini adalah satu perkara yang kita perlu titik beratkan supaya jangan berlaku penyelewengan dan diberi kepada orang-orang yang tidak mampu ataupun tidak patut diberi kepadanya. Tuan Yang di-Pertua, biasanya dengan teknologi yang canggih ini, ada syarikat-syarikat daripada luar, orang-orang daripada luar negara ini, yang bersubahat dengan orang-orang tempatan untuk mendapat lesen kerana dunia yang bersaing, dunia yang sangat kompetitif, mereka mempunyai rancangan yang tertentu. Mereka hantar orang-orang yang pandai untuk membuat siasatan, risikan. Hendak saya berhentikah sekarang? Masa berjalan - 4.30 sudah habis. Itulah masalah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya memang sokong. Kalau Yang Berhormat fikir sudah cukup, saya memang sokong. Dr. Tan Seng Giaw: Tidak, Tuan Yang di-Pertua. Banyak lagi yang hendak saya bercakap. Semua ini pun adalah cadangan yang bernas dan membina, mengenai liberalisasi pelesenan pembekal kemudahan rangkaian. Tuan Yang di-Pertua, biasanya orang-orang daripada luar, daripada syarikat- syarikat besar, termasuk daripada Amerika Syarikat, Eropah, mereka mempunyai perisik-perisik yang canggih yang dapat mengetahui apakah bilangan lesen, siapa yang terlibat, siapa yang boleh memberi lesen dan sebagainya. Mereka menggunakan kaedah-kaedah yang canggih untuk mengenal pasti orang-orang yang boleh mendapat lesen itu. Ini memang satu perkara yang kita mesti teliti, mesti berjaga-jaga, kerana kita tidak mahu memberi lesen kepada orang-orang yang kita tidak patut memberinya, yang menggunakan cara-cara yang tidak baik, yang menyeleweng, yang menyogok wang kepada segelintir pegawai-pegawai, kambing hitamlah, yang mendapat untung, yang menjadi brokernya. Biasanya, dia datang untuk membuat kajian dan kemudian dia tahu siapa yang ada lubang, ada saluran, yang boleh mendapatkan lesen, dan kemudian dia bersubahat dengan mengadakan satu syarikat berkongsi dengan orang-orang tersebut, dan kemudian melalui cara-cara yang tertentu untuk mendapatkan lesen itu. Inilah kita mesti berjaga-jaga. Saya berharap kementerian akan mengambil perhatian mengenai hal seperti ini. Telinga rabit dipasangkan subang, kaki untut dipakaikan gelang dan jari kudung dimasukkan cincin. Itulah masalah yang berlaku setiap kali, dan Yang Berhormat bagi Jelebu pun tahu, sebab beliau pernah menyebutkan mengenai rasuah yang berlaku berkenaan dengan pendatang tanpa izin. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, liberalisasi pelesenan pembekal, kita mesti berjaga-jaga mengenai pelaksanaan program Pemberian Perkhidmatan Sejagat - Universal Service Provision (USP), dan melalui akta yang dibentangkan hari ini juga syarikat-syarikat telekomunikasi berlesen, dimestikan membuat sumbangan kepada tabung USP. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan setakat ini apakah kutipan yang telah diperolehi oleh pihak kementerian untuk tabung USP ini? Tuan Yang di-Pertua, selain daripada mewujudkan tabung USP ini, kita diberi tahu bahawa di dalam Rancangan Malaysia Kelapan ini kerajaan sudah memperuntukkan sebanyak RM1 bilion sebagai peruntukan tambahan kepada sumbangan industri. Saya tidak khuatirlah kalau kita boleh menggunakan RM1 bilion ini dengan baik dan boleh mengelakkan daripada memasukkan cincin kepada jari

58 DR.9.4.2002

kudung syarikat-syarikat yang tertentu, saya pun sokong. Tetapi walau bagaimanapun, kita mesti mengambil perhatian mengenai hal yang saya sebutkan tadi. Mengenai perseimbangan tarif yang telah pun berkuat kuasa pada 1 Mac tahun ini, walaupun pihak Menteri sudah menyebutkan bahawa ini tidak akan membebankan rakyat, terutamanya yang membuat panggilan jauh kebangsaan dan panggilan antarabangsa dan subsidi masih adakan untuk tarif panggilan tempatan, iaitu 5 sen bagi setiap satu minit panggilan. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kementerian dapat mempertimbangkan semula mengenai perseimbangan tarif tersebut supaya rakyat Malaysia tidak akan rugi dan supaya mereka boleh menggunakan teknologi telekomunikasi ini dengan lebih luas lagi. Tuan Yang di-Pertua, walaupun Yang Berhormat Menteri sudah menyatakan yang kerajaan yakin pengimbangan tarif talian tetap ini tidak akan membebankan rakyat malah akan menguntungkan lagi sesetengah golongan rakyat seperti mereka yang banyak membuat panggilan jauh kebangsaan dan panggilan antarabangsa, saya berharap kementerian akan mengambil kira kesan ke atas rakyat ini selepas perseimbangan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, menurut Menterinya, kesan kepada pengguna bergantung kepada amalan penggunaan telefon. Bolehkah Yang Berhormat terangkan apakah yang dimaksudkan sebagai bergantung kepada amalan penggunaan telefon, seolah-olah penggunaan oleh rakyatnya ada pelbagai cara, dan apa yang digunakan sekarang tidak disukai oleh pihak kementerian- nya. Misalnya kepada pengguna yang banyak melakukan panggilan tempatan perlu membayar lebih sedikit daripada kadar bayaran pada masa yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, kalau pengguna yang boleh menggunakan panggilan jauh, tempatan dan juga antarabangsa, itu satu golongan yang tertentu terutamanya peniaga atau pedagang-pedagang. Tetapi bagi orang biasa, orang kampung, orang biasa yang tidak pandai untuk membuat panggilan jauh dan kebanyakannya tidak ada panggilan jauh. Mereka terpaksa membayar lebih daripada kadar yang pernah dibayar sebelum 1 Mac tahun ini. Itulah kerugian ke atas kebanyakan pengguna yang hanya menggunakan panggilan tempatan sahaja. Sebab itu saya menyeru supaya pihak kementerian mempertimbangkan semula di dalam usaha untuk melaksanakan pengimbangan takrif tersebut. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu Suruhanjaya Komunikasi sudah pun dijangka mengumumkan penalti baru terhadap para pengendali telekom yang tidak menunaikan janji mereka dalam menyediakan rangkaian perkhidmatan yang sedia ada atau masa depan. Penalti baru itu dikenakan kepada rangkaian generasi ketiga (3G) dan rangkaian sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan dengan keadaan siapa yang diberikan lesen untuk rangkaian generasi ketiga – (3G) ini. Apakah kriteria yang digunakan untuk memberikan lesen kepada syarikat-syarikat bagi generasi ketiga (3G) ini. Tuan Yang di-Pertua, yang kita tahu kadangkala lesen diberi tidak menurut standard ataupun kriteria yang munasabah, cuma kepada segelintir yang bagi kitalah tidak melalui saluran-saluran yang tertentu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulunglah. Dr. Tan Seng Giaw: Boleh gulung dah? Banyak lagi itu. Tuan Yang di-Pertua, sebab saya sebutkan MC-MC ini merupakan agensi yang mengendalikan permohonan tender-tender yang bersaing untuk menawarkan perkara 3G yang membenarkan laluan internet jalur lebar tanpa wayar. Ini memang satu teknologi baru, walaupun kita lewat berbanding dengan Amerika Syarikat untuk menggunakan jalur lebar tanpa wayar. Walau bagaimanapun, kita berharap lesen-lesen yang diberi oleh MC-MC ini adalah kepada yang patut kita berikan supaya kita boleh menyaksikan perkhidmatan yang lebih baik untuk negara ini. Tuan Yang di-Pertua, MC-MC telah pun mengumumkan bahawa sebagai tambahan kepada harga spektrum 3G sebanyak RM50 juta para pemenang tender juga perlu mengemukakan bon tambahan RM50 juta

DR.9.4.2002 59

yang akan menjadi yuran penalti sekiranya rangkaian mereka tidak seperti yang dijanjikan. Saya bersetuju kita mesti mengadakan penalti kepada syarikat-syarikat yang membekalkan spektrum 3G ini, kalau mereka tidak boleh mengadakan perkhidmatan yang baik. Tetapi walau bagaimanapun, ini bermakna sebelum kita berbuat demikian kita mesti memberi lesen kepada syarikat-syarikat yang benar-benar mampu memberi perkhidmatan yang sempurna kepada rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: [Bangun] Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada dua, Yang Berhormat saya boleh membenarkan kedua-dua tetapi kedua Yang Berhormat kena bersetuju seorang sepuluh minit. Jadi, saya membenarkan Yang Berhormat bagi Bachok memulakan dahulu. 4.10 ptg. Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok]: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Rompin kerana sokong Bachok berucap. [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya mengambil masa sepuluh minit yang diizinkan ini. Pertama sekali saya mengalu-alukan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini atas asas untuk memastikan keterlibatan lebih banyak kepakaran dalam industri komunikasi dan multimedia ini dalam negara kita. Cuma di pihak saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian dari sudut keahlian sekarang adakah ianya telah memenuhi dari sudut asas pergerakan kemajuan di bidang telekomunikasi dan multimedia negara hari ini berdasarkan kepada keahlian suruhanjaya yang ada kita dapati telah pun ada di kalangan jurutera, telah ada juga ahli undang-undang, telah ada juga mereka yang pakar dalam bidang multimedia. Soalan tambahan yang diizinkan melalui pindaan Seksyen 6C ini untuk menambah dua lagi ahli, saya berpandangan perlu ditambah dua lagi itu daripada mereka yang pakar dalam cyber law dan juga dalam industri komunikasi itu sendiri. Berbangkit daripada tanggungjawab asas kepada Suruhanjaya Komunikasi ini untuk mengawal selia industri-industri penyiaran dan IT serta telekomunikasi ini sebagai matlamat kepada menjayakan kewujudan Akta Komunikasi Multimedia 1998, operasi suruhanjaya ini yang telah pun masuk tiga tahun lima bulan pada fikiran saya bermula daripada 1 November 1998, sebenarnya telah menghadapi banyak cabaran yang dimusykilkan oleh rakyat ataupun oleh pengguna kemajuan telekomunikasi dan multimedia itu sendiri. Di sebalik prinsip yang dijayakan oleh suruhanjaya ini iaitu untuk memastikan ketulusan dan ketetapan, sebenarnya suruhanjaya perlu meng- adakan siasatan secara lebih bebas dan terbuka dalam memastikan perkhidmatan-perkhidmatan ditawarkan oleh pelesen-pelesen ataupun orang yang menerima lesen memberikan kepuasan yang maksimum pada pihak pengguna khususnya ataupun sesiapa sahaja yang menerima perkhidmatan ini. Demikian juga dalam bidang pengawal seliaan kita dapati saluran yang diguna pakai oleh pihak suruhanjaya ialah menerusi forum-forum yang diadakan bagi memastikan access kepada perkhidmatan, kemudian pematuhan kepada kandungan standard dan hak-hak pengguna dipatuhi secara maksimum oleh pihak yang diberi lesen. Demikian juga di sebalik hak pengguna sendiri kita dapati suruhanjaya diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kawal selia dan ianya bertaraf mandatori dari sudut pelesenan itu sendiri dan suruhanjaya sendiri mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setakat kejayaan pengawal seliaan itu memenuhi hak pengguna dan dipatuhi oleh pihak pemegang lesen. Berbangkit daripada isu yang tersebut pertama sekali dalam melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan undang- undang komunikasi dan multimedia di dalam negara ini sampai sekarang saya ingat pihak kementerian khususnya belum mempunyai satu jawapan yang khusus berbalik daripada isu pembinaan menara dan juga antenna yang menjadi heboh di dalam negara kita. Kita dapati pihak Suruhanjaya Komunikasi sebelum ini telah pun mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi yang terbabit dalam pembinaan menara dan antenna ini. Sampai sekarang ianya masih menjadi isu. Di

60 DR.9.4.2002

antaranya pandangan-pandangan yang boleh memberi kepuasan kepada pihak pengguna, di sebalik pembinaan antenna ataupun menara telekomunikasi khususnya yang dibina oleh Celcom ataupun TIMECel, Maxis dan sebagainya, kerana isu kesan daripada radiasi itu tidak…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Rompin bangun. Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Masa tidak ada. Sedikit, dua ayat sahaja. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ayat yang pertama memuji Yang Berhormat bagi Bachok. Kalau inilah kaedah yang wakil rakyat PAS bercakap di luar bandar, alhamdulillah. Isu IT, belajarlah lebih daripada Yang Berhormat bagi Tumpat dan Yang Berhormat bagi Kepong. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat tentang menara ini, adakah Yang Berhormat bersetuju, kadang-kadang di luar bandar ini menara pun tidak ada. Orang hendak pakai 019, 012. Menara pun tidak ada. Ada telefon pun orang sudah pakai. Adakah Yang Berhormat setuju supaya dalam isu menara ini bahawa di luar-luar bandar juga mungkin suruhanjaya buat satu peraturan sebagai tanggungjawab sosial mereka ini tumpukan juga di kawasan-kawasan luar bandar. Nampaknya menara ini semua di dalam bandar sahaja. Kalau biar pada mereka, di luar bandar mungkin pendapatan sekarang ini tidak banyak tetapi perlu juga sebagai tanggungjawab mereka memastikan mereka beri juga supaya pendedahan di luar bandar juga mendapat khidmat mobile telephone. Minta pandangan 'Datuk'. 'Datuk', insya-Allah. Tuan Wan Nik bin Wan Yusoff: Terima kasih Yang Berhormat bagi Rompin. Jawapan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Rompin tadi sebenarnya perlu dijawab oleh pihak kementerian sendiri. Berdasarkan kepada soalan yang begitu panjang lebar, dihurai dan dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat bagi Batang Lupar tadi. Kerana Yang Berhormat bagi Batang Lupar antara yang mewakili Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional yang tidak puas hati dalam isu-isu yang berbangkit. Dan, saya ingat Yang Berhormat bagi Batang Lupar yang banyak bercakap ini perlu dinaik taraf untuk tempoh penggal akan datang. Untuk redakan sedikit percakapan beliau. Berbalik di sebalik isu antena dan menara ini, pandangan daripada Institut Pendidikan Teknologi Nuklear Malaysia memang mengakui ada radiasi di sebalik pembinaan menara tersebut. Persoalannya ialah ia dikatakan tidak membahayakan kesihatan tetapi tidak ada satu pihak yang mewakili doktor pakar dalam bidang kanser misalnya, yang membuat pengesahan dalam perkara ini. Saya ingat pihak kementerian perlu memberi perhatian supaya mendapat pandangan daripada doktor pakar dalam bidang perubatan, bukannya pakar radiasi daripada pihak Teknologi Nuklear. Demikian juga saya ingin membangkitkan berhubung dengan isu kenaikan tarif yang dipuji-puji oleh banyak pihak kononnya Telekom yang bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan ini dan mengenakan tarif, memberi suatu kelegaan kepada pengguna. Tetapi daripada analisis yang saya terima di dapati di sebalik kenaikan tarif ini sebenarnya telah memberi satu kesan yang begitu ketara yang perlu dipertimbangkan semula untuk kita lihat kerana Telekom yang telah pun mengumumkan keuntungan sebelum cukai RM2.4 bilion ini sebenarnya merupakan suatu keuntungan yang boleh dipertimbangkan untuk diturunkan tarif yang lebih baik lagi. Kenaikan tarif telefon yang bermula 1 Mac dengan satu alasan tarif yang diturunkan itu bertujuan untuk pembangunan prasarana telekomunikasi di bandar dan juga di luar bandar di atas asas untuk mengurangkan jurang yang ada dalam bidang ini, merupakan suatu perkara yang harus dianalisa dan perlu diberi satu perhatian. Pihak Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah meletak suatu asas bahawa majoriti pengguna akan menikmati pegangan bayaran bil telefon mulai Mac adalah berada pada taraf yang rendah sedangkan dalam kenyataan yang sama juga Menteri menyebut, memang ada pengguna yang terpaksa membayar bil yang lebih tinggi berikutan dengan perubahan ataupun kenaikan tarif itu.

DR.9.4.2002 61

Dalam kenyataan akhbar oleh pihak Menteri pada 22 Februari 2002, Menteri menegaskan bahawa rungutan pengguna timbul kerana pengguna tidak faham dan kurang jelas tentang tarif baru panggilan tetap yang disediakan oleh pihak Telekom. Sebenarnya tidak berbangkit soalan tidak faham. Apa yang jelas ialah semua panggilan tempatan menerusi talian tetap telah dikenakan 8 sen untuk dua minit pertama berbanding dengan 9 sen setiap 3 minit pertama sebelum ini. Ini bermakna …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh gulung. Tuan Wan Nik bin Wan Yusoff: Ini bermakna tambahan 4 sen bagi setiap minit seterusnya ini telah memberi suatu beban iaitu tarif baru bayaran per minit ialah 4 sen sedangkan tarif lama per minit ialah 3 sen. Ini membuktikan kenaikan satu sen untuk purata seminit. Jika diambil purata tetap menunjukkan bahawa kenaikan berlaku bukannya penurunan sebenar- nya. Begitu juga kadar tarif antarabangsa, kita dapati telefon yang berbayar di peringkat antarabangsa pada amnya melalui proses penurunan semuanya. Yang turunnya lebih banyak daripada apa yang sepatutnya diturunkan oleh pihak kerajaan itu sendiri. Apa yang diketahui umum talian di Eropah, Australia telah diturunkan begitu banyak mendadak termasuklah di Singapura sendiri menurunkan tarif daripada 51 sen kepada 19 sen seminit. Begitu juga di Australia, daripada 50% penurunannya berbanding tahun 2001. Dalam hal ini nampaknya Telekom Malaysia boleh buat untung besar, melebihi daripada keuntungan yang diisytiharkan. Kemudian, di sebalik isu… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukup, Yang Berhormat. Tuan Wan Nik bin Wan Yusoff: Akhir sudah ini! Akhir sekali saya juga ingin membangkitkan persoalan tidak puas hati pengguna-pengguna internet di sebalik tawaran access telefon yang disediakan menerusi talian telefon ini. Kita dapati kadar access yang dilalui oleh pengguna Internet di Malaysia puratanya adalah paling tidak puas hati dan kajian yang dibuat oleh Taylor Nelson Sofres misalnya telah mendapati kemerosotan access ini berikutan bertambahnya pengguna-pengguna Internet. Oleh itu, kehadiran kewujudan Suruhanjaya Komunikasi ini di antara lain perlu juga memantau dan juga mengambil langkah memperbaiki perkhidmatan Internet ini dalam tempoh untuk menjayakan industri ICT dalam negara. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bagan Datok, 10 minit dan selepas Yang Berhormat, pihak kerajaan boleh jawab. 4.22 ptg. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih dan saya bangun untuk turut menyokong satu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1948. Saya tidak berhajat untuk cakap panjang seperti mana Yang Berhormat bagi Kepong. Yang Berhormat bagi Kepong masuk bakul angkat sendiri, kononnya saranan yang diberikan bernas. Sebenarnya pemikiran beliau tetap terkepung dan tidak terlepas daripada tempurung itu. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia adalah merupakan suruhanjaya yang penting, yang dibuat dan diwujudkan bagi menangani permasalahan masa depan. Walaupun pindaan akta ini hanya menyentuh dua aspek sahaja iaitu penambahan anggota suruhanjaya dan juga memasukkan kelebihan keperluan kewangan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan tetapi saya memandang bahawa oleh kerana peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kelapan telah memberikan satu jumlah yang besar iaitu sebanyak RM5.19 bilion bagi pelaburan mengikut dasar-dasar ICT yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Bagi saya peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bukan sekadar sebagai sebuah badan kawal selia tetapi juga adalah sebagai sebuah badan yang menjadi stimulus dan pemangkin kepada perkembangan komunikasi dan multimedia dalam waktu yang terdekat ini. Saya mengucapkan syukur kerana apa yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan tadi menjurus ke arah mendefinisikan semula

62 DR.9.4.2002

komunikasi dan multimedia dari segi convergence iaitu pencantuman di antara teknologi dan industri di mana kita lihat pencantuman dalam definisi kepada komunikasi dan multimedia menyebutkan bahawa ianya merupakan proses seperti mana perkhidmatan dan infrastruktur bagi sektor-sektor komunikasi, penyiaran dan pengkomputeran yang berasaskan kepada teknologi, digital bergerak ke arah integrasi yang melibatkan penawaran, kandungan, video, imej, data dan suara daripada industri penyiaran teknologi maklumat dan komunikasi yang kemudiannya dapat disalurkan melalui infrastruktur yang sama dan sekarang ini Internet dengan menggunakan terminal yang sama iaitu seperti terdapat pada PC dan televisyen. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana adanya suruhanjaya ini, bagi saya peranan suruhanjaya ini 'menanggungjawabi' dan 'menggarisbawahi' beberapa peranan yang dulunya dimainkan oleh Kementerian Penerangan. Sekarang ini aspek penyiaran diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia dan saya fikir suruhanjaya ini memainkan peranan yang penting untuk memantau aspek-aspek penyiaran. Saya berterima kasih kerana pihak ASTRO telah diberikan per- tanggungjawaban untuk menyalurkan penyiaran pada RTM1, RTM2, TV 3, ntv7 dan TV Pendidikan, dan ini merupakan satu pendekatan yang baik dan pada hemat saya penggunaan penyiaran ini akan menjimatkan kos broadcasting di mana kita dapati gambar-gambar penyiaran lebih jelas. Tetapi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sama ada footprint yang begitu luas yang diperolehi oleh ASTRO dan belanja infrastruktur yang begitu banyak telah memperolehi faedah kepada penyebarluasan maklumat-maklumat dari negara ini kepada negara-negara jiran atau ia mencakupi ke kawasan luar bandar yang dahulu sebelum diliputi oleh foot print yang luas melalui sistem digital penyiaran ini. Saya juga khuatir terhadap penggunaan saluran telekomunikasi yang menyiarkan daily magazines dan daily papers yang tidak tertakluk kepada kebenaran KDN. Saya ingin tahu, siapakah yang mengawal selia terhadap kandungan-kandungan daily magazines dan daily papers ini yang tidak lagi berbentuk konvensional tetapi berbentuk multimedia ini. Saya fikir dari segi content ini penting untuk dilihat kerana dasar komunikasi negara belum wujud lagi dan saya harap apabila ada dasar komunikasi negara yang akan digubal, harus mengambil kira bukan hanya faktor teknologi tetapi faktor pengisian kepada program-program berkenaan. Bagi saya, di dalam hal ini kita harus tidak boleh lari daripada aspek e-dagang juga di mana kita dapati daripada penambahan Ahli Suruhanjaya ini, aplikasi e-dagang di dalam transaksi perdagangan yang dibuat oleh Suruhanjaya ini mempunyai potensi yang tinggi bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi negara…. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Parit Sulong bangun. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya ada 10 minit sahaja tetapi saya bagi kebenaran. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya sahabat saya yang menyebut mengenai soal e-dagang, e-ekonomi dan juga digital divide sebagaimana yang disebut oleh pihak pembangkang sebentar tadi. Saya mendapat tahu bahawa pihak TNB mempunyai beribu-ribu kilometers fibre optic installation, dengan izin, di seluruh negara untuk melaksanakan urusan-urusan online. Adakah saudara mahu melihat supaya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia ini juga memberi lesen kepada TNB supaya ia melaksanakan program telekomunikasi luar bandar untuk membanteras kemungkinan berlakunya digital divide di luar bandar? Terima kasih. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan saranan saudara Yang Berhormat bagi Parit Sulong kerana saya tahu bahawa TNB mempunyai rangkaian fibre optic sejauh 10 ribu kilometer yang menjangkau bukan sahaja ke kawasan luar bandar tetapi kawasan-kawasan pedalaman yang saya fikir TNB harus diberikan peranan sebagai player yang memainkan peranan untuk menjadi

DR.9.4.2002 63

ejen pemangkin dan menjadi supplement dan compliment terhadap sistem telekomunikasi yang ada. Bukan kerana saya memuji Yang Berhormat bagi Rompin yang menjadi Pengerusi TNB tetapi oleh kerana beliau cukup proaktif dan beliau cukup prihatin terhadap permasalahan yang timbul, terutamanya oleh kerana infrastruktur yang ada pada TNB, saya bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Parit Sulong agar TNB diberikan lesen berkenaan agar faedah diperoleh oleh rakyat banyak secara keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyarankan agar penggunaan e- dagang di dalam dan di luar negara hendaklah diperhatikan dengan lebih teliti dan kerajaan hendaklah melipat-gandakan usaha untuk menambahkan undang-undang komunikasi dan multimedia. Setakat ini kita hanya mempunyai lima akta Parlimen yang menyokong penggunaan e-dagang, IT dan multimedia seperti Digital Signature Act 1997, Telemedicine Act 1997, Copyright Amendment Act 1997, Computer Crimes Act 1997 dan juga Telecommunication and Multimedia Act 1998. Bagi memudahkan transaksi perdagangan di dalam dan luar negara, beberapa akta yang sedia ada, pada hemat saya perlu dipinda, umpamanya Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barangan, Akta Sewa Beli dan lain-lain lagi. Setakat ini, penggunaan Akta Kontrak 1950 masih lagi dikuatkuasakan dan belum ada pindaan terhadap perkara ini sedangkan aspek-aspek multimedia dan telekomunikasi telah begitu jauh meninggalkan akta itu sendiri dan akta ini lahir sebelum saya sendiri lahir, Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada itu, salah satu daripada polisi yang termaktub di dalam akta ini sebelum ianya dipinda di dalam Dewan yang mulia ini adalah bertujuan dan juga berhajat untuk meningkatkan tahap keyakinan pengguna bagi menjamin hak pengguna dengan meletakkan Akta Perlindungan Pengguna yang sedia ada dan bagi saya, harus ada percantuman di antara Akta Perlindungan Pengguna dan akta ini sendiri supaya ianya memberikan laluan kepada transaksi yang menggunakan e-dagang dan apa yang lebih penting lagi ialah kerangka undang-undang siber yang sedia ada perlu dibaiki untuk membantu mempercepat proses perkembangan k-ekonomi ini. Satu lagi perkara yang ingin saya sentuh adalah mengenai Majlis ICT Bumiputera. Sebagaimana yang pernah disebut oleh sahabat saya, Yang Berhormat bagi Arau, yang mendesak supaya Majlis ICT Bumiputera ini diwujudkan. Jadi, saya harap pihak kerajaan serius di dalam mewujudkan dan mengisi program-program dalam Majlis ICT Bumiputera ini agar keterlibatan semua pihak terutamanya masyarakat bumiputera yang rata-rata masih ketinggalan dalam sektor ini dapat dipertingkatkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sudah boleh gulung. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Akhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggulung mengenai telekomunikasi, oleh kerana tadi kawan-kawan membangkitkan tentang telekomunikasi tanpa wayar (wireless telecommunication) masih banyak lagi black spots kawasan-kawasan tertentu yang tidak dapat dihubungi antara satu tempat dengan satu tempat, umpamanya kalau di highway pun, kita lihat tower banyak tetapi antara satu tower dengan satu tower, kita tidak dapat berhubung dengan orang. Walaupun nampak canggih tower itu tetapi black spots ini harus ditangani. Begitu juga di Bandaraya Kuala Lumpur sendiri, oleh kerana syarikat telekomunikasi tanpa wayar ini mempunyai territorial rights sendiri, protokol antara satu cellular phone dengan satu cellular phone yang lain tidak dapat dicantumi disebabkan oleh hak territory syarikat-syarikat tertentu dan saya fikir sebagai sebuah negara yang maju, tibalah masanya protokol antara syarikat-syarikat telekomunikasi ini dipertingkatkan. Begitu juga dari segi sistem 3G, kalau Jepun telah mengadakan ‘Dokomo’ maka Malaysia jangan harus ketinggalan untuk melaksanakan sistem yang menyerupai sistem ini. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, sila 4.33 ptg.

64 DR.9.4.2002

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia [Tuan Chia Kwang Chye]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi PJ Utara, Yang Berhormat bagi Pokok Sena, Yang Berhormat bagi Batang Lupar, Yang Berhormat bagi Kepong, Yang Berhormat bagi Bachok dan akhirnya Yang Berhormat bagi Bagan Datok yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang pindaan Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia ini. Isu-isu yang telah disentuh atau dibangkitkan oleh keenam-enam Yang Berhormat ini berkenaan dengan tarif re-balancing ataupun keseimbangan tarif atau tarif baru untuk telefon talian tetap dan isu berkenaan dengan menara telekomunikasi, isu berkenaan dengan perkhidmatan sejagat, infrastruktur, termasuk isu prabayar (prepaid), lain-lain berkenaan dengan internet dan sebagainya. Saya ingin menegaskan berkenaan dengan perseimbangan tarif atau tarif baru yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini iaitu pada 1 Mac berkenaan dengannya. Saya ingin menegaskan di sini tidaklah benar bahawa subsidi untuk golongan yang miskin telah dihapuskan dan seperti yang saya nyatakan dahulu bahawa subsidi terus diadakan untuk golongan yang miskin dan tidaklah benar bahawa golongan miskin dikenakan tarif baru atau kenaikan tarif adalah kena pada golongan miskin khasnya golongan di luar bandar kerana dalam tarif rebalancing, dengan izin, atau tarif baru ini terdapat bahawa sewa bulanan untuk rakyat berpendapatan rendah terutama di kawasan luar bandar yang mendapat perkhidmatan melalui ibu sawat yang kurang daripada 500 talian atau exchange line capacity tidaklah mengalami kenaikan kadar sewa ini. Bagi golongan yang kurang upaya yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat mereka juga dikecualikan daripada membayar apa jua sewa bulanan bagi telefon talian tetap ini. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa sebab dan justifikasi di mana kita perlu mengadakan keseimbangan tarif ini dan bukanlah satu program untuk menaikkan tarif kerana dalam tarif rebalancing ini, ada tarif yang naik sehingga 60% dan ada yang naik sedikit. Pengimbangan tarif pelaksanaan untuk diselaraskan dengan peruntukan di bawah Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang mana menetap- kan supaya kadar tarif lebih berasaskan kos. Yang keduanya, pengimbangan tarif juga adalah untuk mengurangkan subsidi silang di mana pada masa lepas, hasil daripada panggilan nasional dan panggilan antarabangsa, syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Telekom Malaysia digunakan untuk memberi subsidi kepada kos panggilan tempatan. Dengan tarif baru ini, tarif tempatan akan mengurangkan subsidi ini daripada RM150 juta kepada subsidi RM110 juta setahun. Ini bermakna bahawa cuma kadar subsidi ini dikurangkan iaitu RM40 juta. Yang ketiga, tarif dan kadar tarif baru diharapkan akan menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam bidang pemasangan talian komunikasi terutama di kawasan luar bandar. Jadi, adalah tidak benar tanggapan bahawa kenaikan kadar sewa dan tarif panggilan tempatan akan membebankan rakyat berpendapatan rendah. Ini adalah kerana kadar panggilan jauh dalam negara, nasional, iaitu trunk calls, dan panggilan antarabangsa telah diturunkan dengan banyak dan kadar panggilan tempatan hanya mengalami peningkatan yang amat kecil. Kajian yang dijalankan oleh Telekom Malaysia Berhad, Tuan Yang di-Pertua mendapati bahawa hanya 4% sahaja daripada jumlah panggilan adalah merupakan panggilan tempatan iaitu panggilan sekitar 20 km dari sesebuah ibu sawat Telekom. Manakala panggilan selebihnya merupakan panggilan bercampur di antara panggilan tempatan, panggilan nasional dan panggilan antarabangsa. Sekiranya kita melihat struktur kadar baru, kita dapati bahawa penurunan kadar bagi panggilan jauh adalah lebih banyak berbanding dengan peningkatan kadar panggilan tempatan. Kesimpulannya di sini lebih ramai pengguna akan menikmati penjimatan atas keseluruhan kos panggilan yang akan dibuat.

DR.9.4.2002 65

Selain daripada itu bagi panggilan tempatan untuk dua minit pertama, kadar yang dikenakan ialah 8 sen berbanding dengan 9 sen pada kadar lama bagi 3 minit pertama. Ini sudah tentu akan menguntungkan pengguna kerana kajian yang dijalankan juga oleh Telekom Malaysia menunjukkan bahawa bagi panggilan tempatan kira-kira 74% adalah merupakan panggilan singkat iaitu dalam tempoh dua minit kurang. Tuan Yang di-Pertua, kita patutlah mewujudkan satu industri atau perkhidmatan telekomunikasi yang mapan atau sustainable di mana kita dapat bersaing dan mengikut trend-trend persaingan antarabangsa dan oleh sebab ini perimbangan tarif ini adalah dijalankan dan mana-mana kita terdapat golongan yang kurang berupaya dan golongan yang tidak mampu, kita akan mengadakan rancangan yang spesifik untuk menangani masalah yang timbul itu. Tuan Yang di-Pertua, itu adalah isu-isu yang telah dibangkitkan oleh empat Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kata tadi. Yang lain ialah berkenaan dengan isu Menara Telekom. Saya ingin umumkan di sini bahawa boleh dikatakan masalah boleh diselesaikan kerana garis panduan baru untuk sistem pemancar telah pun diputuskan oleh Majlis Kerajaan-kerajaan Tempatan semalam dan mengikut garis panduan ini, ini merupakan garis panduan di mana satu cara yang boleh dikatakan lebih memuaskan dapat menangani masalah Menara Telekom ini. Kita perlu memandang masalah berkenaan dengan Menara Telekom ini dari dua segi iaitu dari segi kesihatan dan yang kedua dari segi kelulusan atau permit daripada pihak berkuasa tempatan. Dari segi kesihatan, telah ada banyak kajian yang dijalankan oleh dengan izin, World Health Organization (WHO) dan lain-lain badan seperti National Radioactive Prevention Board dan lain-lain badan yang mengatakan bahawa tidak ada bukti yang di mana Menara Telekom akan menjejaskan kesihatan penduduk-penduduk di sekelilingnya. Ini telah pun dinyatakan beberapa kali, jadi kita perlu ambil satu pendekatan di mana kita mesti meneliti dan membaca kajian-kajian atau laporan yang dijalankan sama ada laporan atau kajian yang dijalankan oleh badan-badan tempatan termasuk universiti-universiti di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kepong bangun. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Tadi Yang Berhormat menerangkan bahawa garis panduan sudah dikeluarkan pada semalam. Ini adalah garis panduan yang diadakan oleh pihak Pasukan Petugas yang ditubuhkan sejak bulan Januari tahun ini, dan kalaulah kajian itu menunjukkan Menara tersebut tidak menjejaskan kesihatan, adakah perlu bagi pihak kementerian menetapkan garis panduan ini terlebih dahulu, kerana kita belum tahu lagi sama ada radiasi ini akan menjejaskan kesihatan ataupun tidak, kerana kajian perlu dijalankan bertahun-tahun untuk mengetahui kesan yang sebenarnya radiasi, kadangkala kesannya tidak nampak pada jangka masa yang pendek. Oleh itulah saya pun khuatir apakah pihak kementerian tidak menetapkan satu garis panduan terlebih dahulu, sehingga ada aduan dan sungutan dan orang-orang yang tersinggung kerana menara-menara yang diletakkan di tempat yang di anggap tidak sesuai oleh pihak para penduduk. Bolehkah Yang Berhormat terangkan sama ada dengan garis panduan yang telah dikatakan tadi, dengan adanya garis panduan ini Pasukan Petugas pun sudah dibubarkan? Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, tidak benar bahawa tiada kajian yang dijalankan dan seperti yang saya kata, satu jawatankuasa yang mengkaji berkenaan dengan radio atau ignition daripada frekuansi telah dijalankan oleh jawatankuasa di mana agensi-agensi seperti Malaysian Institute of Nuclear Techonology dan universiti-universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebagainya telah mengambil bahagian dan mereka telah pun memastikan bahawa tiada bukti di mana ignition daripada radioaktif ini telah, dan akan menjejaskan kesihatan. Mengikut kajian yang dijalankan oleh badan-badan antarabangsa, satu kajian yang meliputi lebih kurang 12 tahun sebagai satu baseline study pun telah dijalankan dan mereka telah menyatakan bahawa setakat ini tiada bukti yang mengatakan bahawa

66 DR.9.4.2002

Menara Telekom akan memberi apa-apa kesan yang buruk kepada penduduk sekelilingnya. Walau bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, segi yang kedua ialah berkenaan kelulusan daripada pihak tempatan dan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di mana permit untuk alat-alat yang boleh memancar mestilah memperolehi satu permit di mana satu approved type atau yang tidak meninggalkan kesan digunakan. Gelombangnya adalah di dalam lingkungan mengikut undang- undang Malaysia dan mesti diperolehi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Kelulusan untuk membina menara mestilah didapati oleh pihak berkuasa tempatan dan mengikut garis panduan ini, jaraknya sekarang ialah di antara 5 meter sehingga 30 meter, mengikut tingginya menara itu dan mengikut kegunaan rumah atau bangunan-bangunan di sekelilingnya. Ini adalah garis panduan. Lain-lain syarat pun telah dinyatakan dalam garis panduan ini. Tuan Yang di-Pertua: Kepong bangun pula. Ya. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, ini mengenai menara ini. Penjelasan yang terakhirlah. Semua yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi sudah pun diumumkan berkali-kali oleh pihak kementerian dan juga pihak syarikat-syarikat berkenaan. Jadi bukan satu perkara yang baru. Cuma pada bulan Januari tahun ini pihak MC telah pun menubuhkan satu pasukan. Saya hendak tahu sama ada pasukan itu sudah menyelesai dan membereskan tugas tersebut dan dibubarkan sama sekali ataupun masih berjalan. Itu soalan yang pertama. Yang keduanya, mengapa selepas satu dekad baru sahaja kita adakan garis panduan seumpama ini? Bukan soal sama ada ada kesan radiasi ataupun tidak, tidak wujud sekarang. Adakah garis panduan itu diadakan pada lebih satu dekad yang dahulu? Kita tidak perlulah tunggu lebih satu dekad dengan sungutan, rungutan dan aduan yang diadakan oleh pihak para penduduk, selepas satu dekad baru ada pasukan baru kita ada garis panduan. Ini bermakna ada satu kecuaian yang sangat besar. Tuan Chia Kwang Chye: Saya selalu menjawab dan memberi jawapan yang sama kerana pihak pembangkang selalu membangkitkan isu-isu dan tanya soalan yang sama dan jawapan saya tidak boleh berubah kerana memang saya bagi satu jawapan mengikut apa yang nyata. Jadi kalau hendak tanya lagi, saya akan jawab yang sama. Jadi harap-haraplah dengan ini jangan tanya lagi. Ambil satu pendekatan yang lebih bertanggungjawab terhadap penduduk-penduduk di mana sebagai seorang doktor menerangkan bahawa tidak ada bukti yang mengatakan bahawa emission daripada komunikasi ini akan menjejaskan kesihatan penduduk. Dengan ini kita barulah… [Disampuk] Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya akan pergi ke isu yang lain iaitu berkenaan perkhidmatan sejagat. Memang kerajaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengadakan peruntukan di mana mewujudkan satu dana universal service obligation fund atau dana perkhidmatan sejagat di mana kawasan atau kaum yang tidak mendapati perhubungan talian telefon atau komunikasi boleh menggunakan dana ini menjalankan projek untuk memberi perkhidmatan komunikasi kepada golongan atau kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan. Setakat ini, baru-baru ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil alih yang bertanggungjawab untuk menguruskan dana USO ini kerana sebelum tahun 2002 ini telah diuruskan oleh Telekom Malaysia. Selepas tahun ini, ianya akan diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Anggaran untuk setahun kutipan atau sumbangan daripada syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia dianggarkan lebih kurang RM300 juta setahun dan ini akan digunakan untuk menjalankan projek-projek khasnya di luar bandar di mana kawasan atau komuniti yang tidak mengadakan perkhidmatan telekomunikasi akan menikmati perkhidmatan ini. Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan pun telah meluluskan RM1 bilion untuk menjalankan satu projek sama dengan perkhidmatan sejagat di mana semua sekolah akan mengadakan perhubungan talian sebelum tahun 2005 dan projek ini pun dalam peringkat perancangan dan pelaksanaan dan negeri-negeri yang dipilih

DR.9.4.2002 67

adalah terdapat daripada Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri lain yang boleh dikatakan tidak mempunyai talian komunikasi. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar telah membangkitkan beberapa perkara mengenai dengan infrastruktur telekomunikasi khasnya di Sabah dan Sarawak. Teknologi yang digunakan setakat ini ialah yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar iaitu Radio Internet Loop (RIL), yang lain ialah Wireless Internet Loop ialah (WIL) dan baru-baru ini teknologi yang baru ialah CDMA iaitu Code Division Multiple Access di mana dengan kegunaan tiga teknologi ini sebanyak atau kemampuan 100,000 pelanggan atau orang boleh menikmati perkhidmatan ini. Tetapi setakat ini cuma 50,000 pelanggan atau orang dapat menikmati perkhidmatan ini. Ini bukan kesalahan dari kekurangan peralatan tetapi ini adalah masalah daripada permintaan di mana tempat-tempat yang tertentu tiada permintaan yang mencukupi untuk membina satu radio base station kerana satu radio base station boleh meliputi lebih kurang 1,000 pelanggan atau orang. Kos untuk mengadakan talian ini untuk seorang ialah lebih kurang RM3,000 mengikut teknologi yang terkini. Baru-baru ini, tahun yang lepas kita pun telah meluluskan satu projek CDMA yang akan digunakan seperti satu Wireless in Internet in a local loop di mana lebih daripada 150,000 orang akan menikmati perkhidmatan talian telefon melalui CDMA dan teknologi. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Batang Lupar, ya. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Kadang-kadang kita membuat suatu penetapan atau anggapan bahawa tiada demand kenapa teknologi itu tidak dihantar. Jadi saya berharap pihak kementerian…, saya tidak hendak bercanggah pendapat dengan Yang Berhormat dalam soal ini. Kadang-kadang ada orang beritahu dengan kami di Sarawak “Send me the car, then I’II send you the road”. Ini kadang-kadang ini insulting to people’s intelligence. Ada lagi kata “Macam inilah, tidak ada demand, then we don’t send you the technology”. For goodness sake! Kalau tidak ada tiang, macam mana orang hendak minta? Yang Berhormat, saya tahu, saya mewakili orang luar bandar, takkan semua orang luar bandar hendak hantar semua surat permohonan! Wakil rakyat dia sudah beritahu, tidak ada tiang, tidak ada itu, tidak ada benda, tidak dapatlah. Kalau umpamanya di Sebangan, 220 lines sahaja boleh dihantarkan untuk menggunakan radio in the local loop. Ini tidak ada internet excess technology. Kita hendak ganti kepada local loop technology (wireless technology). Jadi ini memakan masa yang panjang. Jadi dalam masa yang sama orang kampung mana tahu, kalau dia minta, hendak mintalah itu. Kalau betul-betul hendak buat census, saya menyeru semua Ahli Parlimen di sini, beri senarai kepada Yang Berhormat, kita hendak tengok berapa banyak orang hendak minta. Jadi jangan buat suatu tanggapan bahawa tidak ada demand. Demand sentiasa ada hanya kita belum boleh menyesuaikannya. Ahli Parlimen ataupun wakil rakyat tidak boleh berjanji dengan orang kampung melainkan kerajaan sudah hantarkan infrastruktur. Terima kasih. Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis penjelasan saya tadi. Kos atau permintaan adalah salah satu di antara sebab-sebab di mana wireless atau radio in local loop tidak dapat dilaksanakan. Sebab yang kedua ialah berkenaan dengan bentuk muka bumi atau geographical terrain dengan izin, di mana gunung atau bukit boleh menghalang transmission dan sebagainya dan kadang-kadang menara tidak tinggi untuk menerima transmission dari satu stesen ke satu stesen. Yang terakhir sekali ialah berkenaan dengan cuaca atau iklim yang kadang- kadang mengganggu transmission ini. Daripada 50,000 orang yang menikmati perkhidmatan perhubungan melalui wireless ini, lebih kurang 30% adalah daripada negeri Sabah dan Sarawak. Di mana 10,000 adalah di negeri Sarawak dan 4,500 di negeri Sabah. Manakala lain-lain adalah di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

68 DR.9.4.2002

Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan ialah berkenaan isu prepaid yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Petaling Jaya Utara. Walaupun perkara ini telah dijawab apabila menggulung titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, kita boleh ulangi di bawah tetapi saya tidak tahu sama ada peminat yang bernama Ah Hing itu masih telefon Yang Berhormat sebab mengikut laporan, namanya Ah Hing. Akan tetapi saya ingin menjawab di sini bahawa buat masa ini pelanggan kad prabayar atau prepaid telefon bimbit tidak dapat didaftarkan di dalam sistem bil pelanggan kerana kad tersebut dijual melalui wakil pengedar dengan izin, distributor atau ejen-ejen pengendali kad prabayar. Sehubungan dengan itu panggilan yang dibuat oleh pemanggil kad prabayar hanya dapat diketahui nombor pemanggil dan sistem tidak dapat memberi maklumat tentang nama dan alamat pemanggil. Jika masalah ini menjadi satu masalah besar…. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, pandang di sini ya. Pandang di situ nanti dia bangun pula. Tuan Chia Kwang Chye: Minta maaf Tuan Yang di-Pertua kerana ini isu spesifik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling bagi Jaya Utara jadi saya pandang ke sana. Saya akan pandang ke arah Tuan Yang di-Pertua. Jika masalah ini menjadi satu masalah besar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh meminta syarikat Telekom supaya mendaftarkan butir-butir berkenaan. Jika ini menjadi satu masalah yang besar dalam perkhidmatan ini. Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan 3G…. Tuan Yang di-Pertua: Larut bangun. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih, Yang Berhormat. Masalah telefon bimbit ini, telefon mudah alih kalau ia banyak menimbulkan masalah dan Telekom mempunyai dana yang begitu banyak, kenapa dasar Telekom tidak mahu bersaing dengan mana-mana syarikat? Umpamanya dengan TRI yang mengendalikan Celcom. Kenapa tidak Telekom mengambil alih sahaja pengurusan supaya tidak timbul masalah di kemudian hari termasuklah bailout? Minta penjelasan. Tuan Chia Kwang Chye: Minta ulang lagi yang pertama. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih. Maksud saya handphone, dengan izin, adalah untuk kemudahan berkomunikasi supaya tidak menimbulkan bebanan dan masalah. Dasar Telekom ialah untuk tidak bersaing dengan syarikat-syarikat yang menguruskan telefon mudah alih ini. Umpamanya TRI ataupun yang mengendalikan Celcom menghadapi masalah. Jadi daripada kemudian hari kerajaan terpaksa hendak bailout kan syarikat ini, kenapa tidak Telekom yang tidak mahu bersaing dengan syarikat-syarikat yang mengendalikan handphone ini mengambil alih daripada sekarang kesemua syarikat yang mengendalikan kemudahan telefon mudah alih ini. Minta sedikit penjelasan. Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, selepas industri telekomunikasi diliberalisasikan dari satu sistem monopoli kepada di mana lebih kurang lima syarikat yang besar memberi perkhidmatannya. Ini terpulanglah kepada industri atau syarikat-syarikat mewujudkan satu situasi persaingan dan terpulang juga kepada syarikat-syarikat tersebut sama ada mereka hendak bersaing atau bergabung untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik supaya suatu persaingan itu mungkin dapat merendahkan kos. Pada pandangan kementerian atau kerajaan, yang mustahak sekali ialah pengguna dapat membuat pilihan yang mana perkhidmatan atau syarikat yang mereka hendak pilih untuk mendapatkan perkhidmatan dan berharap bahawa melalui persaingan ini kos dapat direndahkan dan mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan 3G yang dipanggil oleh Yang Berhormat bagi Kepong. Saya ingin menerangkan di sini bahawa perkhidmatan selular generasi ketiga atau 3G yang boleh dikatakan IMP2000 ini akan membawa Malaysia ke suatu tahap baru dalam perkhidmatan telekomunikasi bergerak. Pada ketika ini, hanya Jepun melalui entiti ‘Dokomo’ telah melancarkan perkhidmatan 3G secara komersial. Di Korea Selatan Telecoms atau KT sudah pun menyediakan perkhidmatan 2.5G yang mempunyai ciri-ciri 3G. Negara-negara Eropah dijangka akan multimedia menjalankan perkhidmatan secara berperingkat mulai suku ketiga tahun ini.

DR.9.4.2002 69

3G ini merupakan integrasi atau cantuman teknologi komunikasi tanpa wayar dengan teknologi multimedia yang menggunakan dengan izin, satu platform broad band - jalur lebar tanpa wayar. Dalam konteks ini, teknologi 3G adalah satu enable dengan izin, kepada proses percantuman (convergence) termasuk kandungan dengan teknologi komunikasi yang terkini ini. Dengan teknologi 3G ini, kita harap bahawa cantuman internet multimedia seperti audio, video, voice, teks dan termasuk grafik boleh dapat ditawarkan melalui perkhidmatan ini. Kerajaan Malaysia memang sedang mengkaji negara-negara ini bagaimana cara mereka menangani masalah 3G ini. Baru-baru ini iaitu pada 28 Februari, kerajaan telah mengumumkan pakej di mana syarikat-syarikat telekomunikasi sama ada melalui satu konsortium atau persendirian dapat menghantar satu cadangan dan bagaimana mereka boleh melaksanakan perkhidmatan 3G ini di Malaysia. Mengikut satu cara di mana kriteria-kriteria berkenaan dengan kemampuan mereka dari segi teknologi dan kewangan, dari segi perkhidmatan atau program- program yang boleh mereka jalankan untuk 3G ini, kerajaan baru boleh dapat membuat satu keputusan untuk memilih syarikat yang paling sesuai dan memberi tiga lesen kepada konsortium atau syarikat yang boleh membuktikan bahawa mereka dapat melaksanakan perkhidmatan 3G di Malaysia dan saya berharap bahawa akhir tahun 2003 atau permulaan 2004 perkhidmatan 3G dapat diadakan di Malaysia. Oleh sebab 3G ini merupakan satu teknologi yang baru, kerajaan masih meneliti perkembangannya di negara-negara lain. Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Kepong. Dr. Tan Seng Giaw: Belum 3G lagi, dia lambat sikit. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dr. Tan Seng Giaw: Kita perlu perkhidmatan 3G untuk pembesar suara di dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, penjelasan yang terakhirlah bagi Yang Berhormat. Sungguhpun kita gembira kita dapat tahu teknologi yang terkini yang akan dibawa masuk ke Malaysia memang kita seronok. Walau bagaimanapun, soalan saya ialah yang pertama, mengenai tender-tender yang dibuat oleh pihak kementerian dan adakah Yang Berhormat akan memastikan dan menentukan semua tender itu adalah terbuka, adil dan saksama dan tidak akan melayan sesiapa sahaja yang mencari jalan-jalan yang lain yang tidak seronok, yang tidak baik. Sebab saya ada sebutkan masalah-masalah Malaysia sebab ada syarikat- syarikat menganggap Malaysia itu orang yang tidak begitu canggih dan mereka boleh menghantar pakar-pakar mereka untuk mengaburi mata kita dan untuk menyogok wang dan sebagainya supaya mereka dapat lesen. Kita tidak boleh melayankan syarikat- syarikat seperti ini, kita layankan syarikat-syarikat yang benar-benar mampu untuk memberi perkhidmatan yang sempurna kepada rakyat Malaysia. Itulah saya sarankan tadi dan apakah jawapan kepada soalan seumpama ini. Saya tidak khuatir teknologi yang terkini. Kita semua tahu cuma cara kita memberi lesen kepada penender, cara kita gunakan kriteria untuk memilih penender itu dan cara untuk menentukan semua perkhidmatan 3G ini adalah sempurna untuk rakyat Malaysia. Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, negara lain seperti United Kingdom dan lain-lain seperti Germany telah menggunakan cara lelong atau option di mana sehingga harga yang tertinggi sekali dapat memperolehi lesen ini. Mengikut kajian yang dijalankan biasanya syarikat yang dapat lesen 3G ini melalui cara lelong telah mengadakan satu kos lesen yang begitu tinggi dan mereka tidak mampu melaksanakan perkhidmatan 3G di negara-negara yang menjalankan 3G ini. Kita tidak menggunakan cara tender, yang saya sebutkan ialah cara ini di mana cadangan-cadangan yang dibuat oleh syarikat atau konsortium di mana mereka mesti membuktikan kemampuan atau feasibility cadangan itu sebelum lesen 3G ini diberi kepada syarikat yang dengan jayanya mengemukakan satu cadangan yang terbaik sekali.

70 DR.9.4.2002

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, …. Puan Chew Mei Fun: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Petaling Jaya Utara bangun ya. Puan Chew Mei Fun: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak minta satu penjelasan. Tadi Yang Berhormat beritahu kementerian hanya akan ambil tindakan apabila masalah ini jadi masalah yang besar. Soalan saya, mengapa kita tidak boleh ambil tindakan sebelum masalah ini jadi masalah yang besar dan macam mana kita boleh tahu atas kadar apa baru perkara ini dianggap sebagai masalah yang besar. Minta penjelasan. Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, pada akhir tahun 2001 atau Disember 2001 mengikut statistik yang diperolehi oleh kerajaan ialah pada keseluruhannya pengguna telefon selular adalah lebih kurang 7.5 juta orang. Di antara 2.5 juta orang ini lebih kurang 58% atau 4.4 angka yang diberi oleh Yang Berhormat adalah yang menggunakan sistem prepaid ini. Berbanding dengan aduan-aduan yang dibuat dengan masalah yang dihadapi ini, setakat ini bukan merupakan satu masalah yang besar. Walaupun saya tidak katakan bahawa tidak akan mengadakan cara-cara mengatasinya, jika perlu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi supaya mendaftarkan pengguna- pengguna prabayar atau prepaid ini. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya berkenaan dengan fungsi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Batang Lupar – sebelum ini saya mengatakan bahawa pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bukanlah di Putrajaya, sebaliknya di Putra World Trade Center tetapi bukan di Putrajaya. Sebagai satu badan regulatory tunggal bagi industri komunikasi dan multimedia, SKMM mempunyai 10 fungsi dan di antaranya ialah untuk menasihatkan Yang Berhormat Menteri tentang perkara-perkara berkenaan dengan objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia, melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang komunikasi dan multimedia dan mengawal selia segala perkara berhubung dengan aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak diperuntukkan dalam Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia. Dan lain-lain pun telah dinyatakan dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada keenam-enam Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2001 ini dan jika ada isu-isu yang tidak dapat dijawab, saya akan ambil kira dan jika perlu ambil tindakan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal 1 hingga 3 - Tuan Pengerusi: Sila Tumpat. 5.15 ptg. Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Tuan Pengerusi, saya sekadar ingin membawa dua perkara, berkenaan dengan pindaan rang undang-undang ini khusus kepada Fasal 2 yang meminda anggota suruhanjaya daripada tiga kepada lima.

DR.9.4.2002 71

Saya mengharapkan supaya daripada dua yang ditambah iaitu dipastikan seorang daripadanya adalah seorang yang pakar dalam bidang undang-undang, pakar dan minat kepada hak asasi dan demokrasi negara ini. Ini adalah kerana akhir-akhir ini khususnya dalam pilihan raya umum tahun 1999 yang lalu berlainan dengan amalan- amalan sebelum ini, Radio dan Televisyen Malaysia tidak lagi membenarkan apa yang dinamakan parti political broadcast. Ucapan-ucapan oleh pemimpin-pemimpin parti politik yang merupakan amalan tradisi negara ini yang dilakukan semenjak pilihan raya bermula, tiba-tiba dalam pilihan raya umum yang lalu, tidak lagi dibenarkan. Oleh itu suruhanjaya ini saya fikir adalah bertanggungjawab untuk memastikan supaya amalan ini dibuka semula untuk diamalkan dalam pilihan raya umum yang akan datang. Perkara yang kedua ialah berkaitan dengan internet media yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Bagan Datok tadi dari sudut keselamatannya, keabsahannya sama ada, dia kata akhbar-akhbar harian mingguan internet ini perlu dikawal oleh pihak Kementerian Dalam Negeri. Selain daripada sudut itu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak suruhanjaya multimedia ini memastikan bahawa internet media sama ada akhbar atau majalah, wartawan-wartawan mereka diberikan pas-pas wartawan, accreditation card supaya mereka boleh membuat liputan, urusan di Parlimen dan juga majlis-majlis rasmi kerajaan yang lainnya. Inilah dua perkara yang saya ingin cadangkan Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Ya, ya sila jawab ya. Tuan Chia Kwang Chye: Pindaan kepada Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dianggotai oleh seperti yang dikata seorang pengerusi dan seorang yang mewakili kerajaan dan tidak kurang daripada dua orang tetapi tidak melebih lima orang anggota yang lain seperti yang terkandung dalam Seksyen 6, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia melantik anggota-anggota untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak melebihi lima tahun. Anggota-anggota juga layak dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan untuk dua tempoh berturut-turut kerana pelantikan ahli-ahli SKMM tidak berasaskan daripada negeri ataupun kawasan asalnya atau dari parti mana-mana politik tetapi berasaskan kepakaran dan pengalaman mereka namun demikian, pilihan ahli politik tidak terhad kepada mana-mana golongan tetapi tentu… Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat sila jawab apa yang dia tanya tadi berkenaan dengan… Tuan Chia Kwang Chye: Yang kedua mungkin nampaknya itu dari dasarnya jadi kalau hendak jawab mungkin panjang sedikit. Okay, sekian, terima kasih. Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan. Tuan Yang di-Pertua: Ada satu usul, sila kemukakan usul.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT DAN PENANGGUHAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim]: Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) dan dengan tidak menghiraukan usul yang diluluskan pada pagi ini, usul di bawah seksyen 10 Akta Prosedur Kewangan 1957 (Perkara 4) dalam Aturan Urusan Mesyuarat tidak akan dibahaskan pada hari ini dan

72 DR.9.4.2002

hendaklah ia dibawa perbahasannya kepada Mesyuarat yang akan datang dan Mesyuarat hari ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang belum ditetapkan selepas sahaja Usul Persempadanan Pilihan Raya, Wilayah Persekutuan Putrajaya 2002, (Perkara 3) selesai diputuskan” hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan

USUL

PERSEMPADANAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

5.23 ptg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim]: Tuan Yang di-Pertua, saya dengan hormatnya mencadangkan bahawa Dewan yang mulia ini membuat ketetapan di bawah Seksyen 10 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, bahawa draf bagi perintah Perlembagaan Persekutuan, persempadanan bahagian Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tahun 2002 yakni kertas Statut 15 tahun 2002 yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini pada 27 Mac tahun 2002 bersama dengan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya bertarikh 12 Disember tahun 2001 mengenai persempadanan bahagian Pilihan Raya Parlimen, Wilayah Persekutuan Putrajaya, yakni kertas Statut 14 tahun 2002 dan yang akan dibuat di bawah Seksyen 12 Jadual tersebut untuk menguatkuasakan syor-syor yang terkandung dalam laporan tersebut adalah diluluskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, mengikut Fasal 3A, Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya adalah bertanggungjawab untuk mengkaji semula dan mempersempadankan bahagian pilihan raya apabila perubahan kerusi Dewan Rakyat dipinda oleh Parlimen. Ahli-ahli Yang Berhormat tentu masih ingat bahawa Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 yakni Akta A1095 yang diluluskan pada awal tahun 2001 dan berkuat kuasa pada 1 Februari 2001 telah mewujudkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pindaan ini juga telah menyentuh Perkara 46, Perlembagaan Persekutuan di mana jumlah kerusi Parlimen telah bertambah kepada 194 bahagian. Sesuai dengan perubahan tersebut Suruhanjaya Pilihan Raya telah menjalankan kajian semula bahagian Pilihan Raya Parlimen Putrajaya bermula pada 4 Oktober 2001. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tadi, tugas mempersempadankan bahagian pilihan raya Parlimen Putrajaya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya dan di dalam menjalankan tugasnya untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya ia perlu mematuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan. Di samping terdapatnya peruntukan berhubung dengan bilakah kajian semula itu boleh dimulakan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu juga mematuhi had tempoh kajian semula itu perlu disiapkan iaitu dalam tempoh masa dua tahun dari tarikh mula berkuatkuasanya undang-undang yang membuat pengubahan itu. Tugas kajian semula yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bermula pada 4 Oktober 2001 apabila notis pengesyoran persempadanan bahagian pilihan raya Putrajaya disiarkan dalam Warta dan kepada umum. Sukacita diberitahu kepada Ahli- ahli Yang Berhormat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun menyiapkan laporannya setelah mematuhi sepenuhnya prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Bahagian Dua Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. Laporan kajian semula persempadanan ini telah diserahkan kepada Perdana Menteri pada 14 Februari 2002 sebagaimana yang dikehendaki oleh Seksyen 8 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Laporan ini juga telah dibentangkan di dalam Dewan ini sebagai Kertas Statut No. 14 Tahun 2002 pada 26 Mac 2002. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan sedikit keterangan mengenai isi kandungan laporan tersebut. Bab A mengandungi maklumat-maklumat mengenai latar belakang yang menerangkan perkara-perkara bersabit dengan sejarah, penduduk

DR.9.4.2002 73

dan perumahan, keadaan muka bumi dan pentadbiran serta pembangunan. Dalam bab B pula ada diterangkan bagaimana aspek-aspek perundangan daftar pemilih, pembahagian daerah-daerah mengundi, peta dan pemetaan serta pelantikan pegawai di bawah Fasal 2 Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan diperbuat. Di dalam bab B ini, Suruhanjaya Pilihan Raya memberikan keterangan yang jelas mengenai kajian semula persempadanan yang dijalankan termasuk bidang kuasa dan tempoh selesainya unit kajian semula daftar pemilih pembahagian daerah-daerah mengundi dan nama bahagian pilihan raya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, daftar pemilih yang digunakan sebagai asas sebagaimana yang dikehendaki oleh Seksyen 3 Bahagian 1, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan iaitu daftar pemilih yang disahkan pada bulan Disember 2002. Jumlah pemilih bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya mengikut daftar pemilih berkenaan ialah 28 orang. Walau bagaimanapun adalah dijangkakan jumlah pemilih akan meningkat kepada lebih daripada 30 ribu orang pada tahun 2003 apabila semua perumahan dan kediaman komersial yang telah siap didiami oleh penduduknya. Bagi memudahkan pentadbiran pengurusan, pilihan raya dan pendaftaran pemilih bahagian pilihan raya Parlimen Putrajaya dibahagikan kepada lima daerah mengundi iaitu Taman Saujana Hijau, Taman Metropolitan, Taman Putra Perdana, Taman Puncak Puteri dan Taman Warisan. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Bab C, Laporan Persempadanan ini terdapat maklumat mengenai syor-syor Suruhanjaya Pilihan Raya, notis-notis yang dipamerkan serta tempat-tempat pameran untuk rayuan dan bantahan. Apabila syor pertama persempadanan dipamerkan mulai 4 Oktober 2001, tiada sebarang rayuan yang diterima. Oleh itu tiada sebarang siasatan awam yang perlu dijalankan. Lampiran- lampiran tersabit dengan maklumat-maklumat penting seperti peta-peta daerah mengundi, unjuran penduduk Putrajaya dan bahagian pilihan raya Parlimen yang dicadangkan ada terkandung di dalam Bab E laporan tersebut. Sementara Bab D dalam laporan ini mengandungi perakuan-perakuan Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai bahagian pilihan raya Parlimen Putrajaya, ulasan am dan penghargaan. Butir-butir lanjut mengenai segala perakuan Suruhanjaya Pilihan Raya ini adalah terkandung di dalam Jadual 1 dan Jadual 2 kepada laporan ini dan peta yang menunjukkan bahagian Parlimen Putrajaya adalah seperti mana yang diberikan dalam Bab F iaitu Jilid Kedua. Peta yang disediakan adalah berasaskan kepada peta asas yang paling kemas kini yang mengandungi semua precinct yang berada di dalam Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat adalah sependapat dengan saya bahawa kajian semula persempadanan Wilayah Persekutuan Putrajaya perlu diperbuat bukan semata-mata sebagai menetapi kehendak Perlembagaan tetapi ianya harus dijalankan memandang- kan kepada perkembangan pesat yang berlaku di Wilayah Persekutuan Putrajaya terutamanya di dalam bidang pembangunan infrastruktur dan ekonomi. Di samping itu, dengan adanya penambahan bilangan penduduk dan bilangan pemilih yang pesat lantaran Putrajaya akan dijadikan ibu negeri yang baru, maka perwujudan bahagian pilihan raya Parlimen Putrajaya akan mendapat perwakilan di Parlimen. Saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat akan menyambut baik kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya ini dan memberi sokongan terhadap syor-syor yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Ahli-ahli Yang Berhormat tentu sedia maklum bahawa Akta Perlembagaan Pindaan 2001 yakni Akta A1095 yang berkuat kuasa pada 1 Februari 2001 telah menambah satu lagi kerusi Parlimen menjadikannya sekarang kepada 194 kerusi. Namun demikian pindaan kerusi ini masih belum berkuat kuasa dan ianya akan dikuatkuasakan sebaik sahaja laporan dan perintah Perlembagaan Bahagian Pilihan Raya Parlimen Putrajaya ini diluluskan oleh Dewan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Draf Perintah Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Putrajaya 2002 adalah dibentangkan bersama ini sebagai Kertas Statut No. 15 tahun 2002 dan sebelum saya mencadangkan supaya Draf Perintah itu diluluskan oleh Dewan yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa penghargaan kepada Tuan Pengerusi, ahli-ahli, pegawai-pegawai dan kakitangan

74 DR.9.4.2002

Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah bekerja keras dengan penuh dedikasi bagi menjalankan urusan kajian semula bahagian pilihan raya ini dan seterusnya menyediakan laporan untuk dibentangkan di dalam Dewan ini dalam masa yang lebih pendek daripada yang dijangkakan. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan hormatnya mohon mencadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sokongan. Menteri Pembangunan Luar Bandar [Dato' Haji Azmi bin Khalid]: Sokong. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah satu usul yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terbuka untuk dibahas. Ya, Parit Sulong. 5.33 ptg. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Dengan takzimnya saya sependapat, saya menyokong dan saya yakin dengan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mewujudkan kawasan Parlimen baru Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ini akan menjadikan keseluruhan kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan kepada 12 kesemuanya dan di seluruh negara kepada 194. Saya berdoa kepada Allah S.W.T semoga kerusi Parlimen Putrajaya akan kelak dikuasai oleh Barisan Nasional menerusi Pilihan Raya Umum yang akan datang. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kerusi Parlimen Putrajaya akan menjadi satu-satunya kerusi Parlimen yang paling prestigious ataupun berprestij di Malaysia. Hari ini Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sinilah terletaknya kompleks pejabat kerajaan termasuk pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pejabat-pejabat lain yang indah termasuk Wisma Putra yang di atas bukit dan di sinilah juga terletaknya kompleks kediaman Perdana Menteri yang sering dipolemikkan oleh pihak pembangkang. Saya menyifatkan Putrajaya sebuah kawasan Parlimen yang prestigious kerana Putrajaya juga tidak lama lagi akan menjadi sebuah pusat pendidikan yang unggul di negara ini, menjadi pusat persidangan…. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Sekejap. Dan juga mempunyai sekelompok komuniti para diplomat asing yang dijangka berpusat di sebuah kawasan seluas 82 hektar. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat bagi Parit Sulong. Dalam sentuhan Yang Berhormat sebentar tadi bahawa insya-Allah kawasan Parlimen Putrajaya akan dikuasai oleh Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang. Apakah itu sebagai jaminan bahawa Putrajaya tidak akan dilelong atau dijual? Saya minta sedikit penjelasan. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, saya menuju ke arah itu tetapi buat sementara waktu, rakyat Putrajaya adalah rakyat yang rasional, terdiri daripada kelas menengah, yang terdiri daripada majoritinya kakitangan kerajaan, saya yakin mereka mempunyai satu political calculation dan juga pertimbangan yang rasional. Saya yakin mereka akan menyokong penuh Kerajaan Barisan Nasional. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, oleh itu, saya meramalkan bahawa beberapa parti pembangkang, oleh kerana Putrajaya ini prestigious, beberapa parti pembangkang pastinya akan berpusu-pusu ke Putrajaya untuk cuba-cuba menawan kerusi Parlimen yang sebentar tadi saya katakan, insya-Allah, akan dimenangi oleh Barisan Nasional. DAP mungkin akan berminat untuk mengadu nasib di Putrajaya. Keadilan dan PAS pun begitu juga. Ketiga-tiga parti pembangkang ini, sebenarnya kini sedang berantakan, berpecah-belah dan seolah-olah kehilangan arah di dalam perjuangan menentang

DR.9.4.2002 75

Barisan Nasional. [Tepuk] Terima kasih oleh kerana mengenangi kehancuran parti sendiri. [Tepuk] [Dewan gamat] Tuan Yang di-Pertua, lantaran itu, kawasan Parlimen Putrajaya ini nampaknya mungkin akan dijadikan satu-satunya kerusi Parlimen yang akan diidam-idamkan oleh PAS, oleh Keadilan, oleh DAP di samping Barisan Nasional yang saya katakan, insya- Allah, akan menempah kejayaan. Saya menjangkakan senario seperti ini, Tuan Yang di-Pertua, mungkin terjadi. Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan PAS, fikirkanlah masak-masak sebelum berura-ura bertanding di Putrajaya. Ingat-ingatlah apa yang telah PAS katakan mengenai Putrajaya sebelum ini. Ingatlah bahawa PAS pernah mengeluarkan kenyataan mencemuh, memperlekehkan Putrajaya. PAS pernah menyatakan bahawa Putrajaya perlu dilelong, dengan izin, to the highest bidder kerana kononnya, Putrajaya adalah lambang pembaziran Kerajaan Barisan Nasional, kononnya. PAS menentang keras Putrajaya dijadikan Wilayah Persekutuan dan PAS tidak berhenti-henti mengecam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional mengenai Putrajaya. Oleh itu, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, beringat-ingatlah, jangan sampai kata orang tua-tua, “akibat pulut santan biasa, sebab mulut badan binasa,”. Janganlah sampai PAS bertindak seolah-olah “meludah ke langit tetapi akhirnya akan terkena batang hidung sendiri”. Beberapa Ahli: Ya! Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, kalau ada pun pembangkang yang mempunyai option bertanding di Putrajaya kelak, hanyalah DAP atau Keadilan. PAS, dia sudah eliminate diri dia sendiri, awal-awal. Kalau DAP yang berminat, DAP pula ingat bahawa calon DAP kecundang di Ketari tempoh hari, kerana orang DAP kini tidak lagi menikmati keakraban dan kesetiaan PAS di dalam pilihan raya tersebut. Pihak Keadilan juga tidak boleh menjamin kemenangan DAP kerana parti ini sedang dalam krisis dalaman yang amat parah. Bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, saya amat yakin bahawa seramai 46,716 pengundi yang kelak dijangka berdaftar di Putrajaya pada tahun 2003, pastinya tidak akan mengizinkan kawasan Parlimen ini dikuasai oleh pembangkang. Saya optimis mengenai hal ini kerana majoriti pengundi Putrajaya, sebagaimana saya sebutkan tadi adalah kakitangan perkhidmatan awam yang rasional dan bijaksana. Saya yakin, mereka tidak rela Kerusi Parlimen prestigious di bandaraya di dalam taman ini dan terindah di negara ini, kelak dikuasai oleh pembangkang yang terbukti tidak mampu membela nasib dan masa depan bangsa, agama dan tanah air tercinta. Terlanjur saya bercakap dan berbicara mengenai pembangkang dan pilihan raya.... Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abdul Rashid: [Bangun] Tuan Ramli bin Ibrahim: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, ada yang berdiri Yang Berhormat. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak payahlah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hulu Terengganu. [Dewan gamat] Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Ketua Pembangkang, dia sudah lelong Putrajaya. Tidak payahlah. Tidak payah, tidak payah. [Dewan gamat] Beberapa Ahli: Tidak payahlah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak bagi, tidak bagi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, Yang Berhormat.

76 DR.9.4.2002

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak bagi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat...... Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abdul Rashid: Mungkin orang Putrajaya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hulu Terengganu, dia tidak bagi Yang Berhormat. [Dewan gamat] Seorang Ahli: Tidak payah. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak bagi, Yang Berhormat. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abdul Rashid: Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila duduk, Yang Berhormat. Dia tidak bagi. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abdul Rashid: Terima kasih, tidak payah. [Dewan gamat] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, dia tidak bagi. Duduk Yang Berhormat. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terlanjur saya berbicara mengenai pembangkang dan pilihan raya, Tuan Yang di-Pertua, wajar juga saya respons kepada suara-suara pembangkang di Dewan yang mulia ini, sepanjang perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan perbahasan Perbekalan Tambahan baru-baru ini dan juga perbahasan mengenai Akta Pilihan Raya semalam. Satu perkara yang amat melulu dan semberono menerusi perbahasan pihak pembangkang sepanjang sesi Parlimen kali ini adalah tuduhan-tuduhan kononnya, Kerajaan Barisan Nasional kini berada di dalam keadaan cemas. Kononnya, Barisan Nasional akan kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang. Kononnya, UMNO tidak lagi relevan kepada perjuangan orang Melayu dan kononnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kini sama dengan Presiden Zimbabwe iaitu, Mugabe, kononnya. [Dewan gamat] Dalam konteks ini, pembangkang mesti menerima hakikat bahawa pihak pembangkanglah yang kini sedang berkrisis dan berpecah-belah. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yeah! [Tepuk] Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Pakatan haram yang mereka namakan Barisan Alternatif kononnya, Barisan ‘Kiblat’, kini menjadi kucar-kacir. Pakatan itu tidak sempat didaftarkan pun. Pakatan tersebut sedang menuju zaman yang gelap di dalam politik Malaysia. Prestasi beberapa pilihan raya kecil peringkat zon dan peringkat Parlimen selepas pilihan raya 1999, adalah manifestasi kepada hakikat perpecahan pembangkang di Malaysia. Sejak Pilihan Raya Umum lalu, kita telah mengalami empat pilihan raya kecil peringkat Dewan Undangan Negeri iaitu, di Sanggang pada 1 April, 2000, di Lunas pada 21 Julai, 2001, di Indera Kayangan pada 19 Januari, 2002 dan terbaru sekali di Ketari pada 31 Mac, 2002 dan juga di Likas. Daripada empat pilihan raya kecil ini, Barisan Nasional memenangi tiga kerusi. Daripada lima, kita menang empat Dewan Undangan Negeri. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Pokok Sena berdiri, Yang Berhormat. Haa, Pokok Sena marah nanti. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak payahlah, dia tidak boleh bertanding untuk Putrajaya pun.

DR.9.4.2002 77

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Adakah Yang Berhormat hendak bagi? Hendak bagi Yang Berhormat? Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak bagi, tidak bagi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Tuan Mohamad bin Sabu: [Menyampuk] Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Dia sudah cukup.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, dia sudah cukup jadi pemanggil, pemukul loceng petang semalam. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terus, teruskan Yang Berhormat. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Lapan kalikah, tujuh kali dia panggil. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak apalah, taraf dia sekarang ini tukang pressing the bell. Jangan jadi bell boy sudahlah. [Tepuk] [Ketawa] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Nanti, nanti. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat. Duduk dulu. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua.... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, Yang Berhormat. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Kita juga memenangi pilihan raya kecil peringkat Parlimen di Teluk Kemang. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, menang pilihan raya. Jadi, inilah bukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional masih lagi diperlukan oleh rakyat, disokong oleh rakyat, dahulu, kini dan selamanya. Itu hakikatnya. [Tepuk] [Dewan gamat] Oleh itu, pembangkang perlu insaf dan menerima hakikat bahawa Barisan Nasional tetap unggul. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat.... Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Barisan Nasional tetap menerima sokongan yang berterusan daripada rakyat. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, Pokok Sena berdiri, Yang Berhormat. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Dia tidak bagi. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Sebaliknya, pembangkang kian berbalah. Di sesetengah pilihan raya kecil berkenaan, mereka tidak mencapai kata sepakat mengenai calon yang akan bertanding. Ada kawasan yang diidam-idamkan oleh DAP, direbut oleh Keadilan. Dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, PAS pergi sana, buat kempen roti canai, naik rumah, turun rumah, ajar wanita buat roti canai, kalah. Keadilan pergi sana, kalah. DAP bercelaru. Ada di kalangan Keadilan berlaga dengan PAS, di dalam satu ADUN. Adakah ini yang dinamakan pakatan pembangkang dalam erti kata pembangkang pada hari ini? Seorang Ahli: Astaghfirullahalazim!

78 DR.9.4.2002

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak!! Seorang Ahli: Eeeii.... teruk betul laaa!! Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya tidak mahu menyebut perkataan itu. Tuan Yang di-Pertua, hakikat seperti ini jadi semakin jelas, menerusi prestasi pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak saya katakan, itulah manifestasinya. Jadi, saya harap, sedarlah, sedar bahawa diri sendiri lemah, bahawa diri sendiri sedang kacau-bilau. Kita lihat Teluk Kemang, kita lihat Likas, kita lihat Ketari, Indera Kayangan, kita lihat Sanggang. Kalau ada kita kecundang pun, di Lunas. Itu pun oleh kerana mereka menggunakan anasir-anasir keganasan di dalam pilihan raya tersebut. Seorang Ahli: [Menyampuk] Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Oleh itu, janganlah bertindak melulu dan hentikanlah daripada membuat kenyataan-kenyataan semberono seperti kononnya Perdana Menteri Malaysia adalah seolah-olah Mugabe di Zimbabwe. Beberapa Ahli: Ya!! [Tepuk] Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Kedua-dua pemimpin ini Tuan Yang di- Pertua, adalah berbeza macam langit dengan bumi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia seorang pemimpin yang bertaraf dunia! [Tepuk] Beliau disegani oleh sebilangan besar negara membangun dan negara maju; beliau disegani di kalangan negara-negara ASEAN; beliau disegani oleh anggota OIC dan beliau juga digeruni oleh sesetengah pemimpin besar, termasuk Presiden Bush, yang sekarang ini telah menggeletar! Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merentas dunia. Dari Russia beliau terbang ke Jerman, beliau selepas itu pergi ke Poland. Tidak lama lagi saya dengar ke Morocco, Libya dan Bahrain. Beliau berada di negara China, beliau berada di negara Jepun. Sebelum itu beliau berada di Argentina dan beliaulah salah seorang pemimpin dunia kerdil yang menjejakkan kaki ke bumi Antartika. [Tepuk] Saya menyebutkan perkara ini sebagai satu dari bukti kecil sahaja, bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia janganlah disama- kan dengan Presiden Mugabe. Majoriti rakyat Malaysia bangga dengan prestasi dan nama baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Suara beliau suara yang tegas, suara yang berwibawa, suara yang berwawasan. Beliau berpandangan jauh dan beliau membina negara ini. Inilah profil ringkas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya harap pihak pembangkang berhentikanlah dan lihat diri sendiri dan kaji sendiri, sehingga meletakkan taraf ke peringkat yang paling rendah, sehingga menghalalkan perkataan-perkataan yang di luar daripada tata susila dan budi bahasa sebagai perkataan yang dihalalkan. Berbalik ke kawasan Parlimen Putrajaya, Tuan Yang di-Pertua, kawasan ini adalah kawasan smart neighbourhood. Ada smart school, ada smart environment, segala-galanya adalah on-line, dan segala-galanya adalah intelligent. Saya harap kawasan Parlimen Putrajaya ini akan dishowcasekan oleh kerajaan Barisan Nasional, supaya menjadi satu kawasan di mana kita eksperimen. Cadang-cadangan supaya kita pergi voting on-line, kempen on-line, kita menggunakan internet untuk berkempen, kita gunakan internet untuk membuang undi, kita gunakan internet untuk mengira undi, segala-galanya urusan secara intelligent, supaya kita melangkah ke alam digital, bukan sahaja di bidang pengurusan, di bidang perniagaan, di bidang kewangan, malah juga di bidang pengurusan pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya menyokong. Terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Kepong. Tuan Husam bin Haji Musa: Ramai pula yang hendak bercakap petang ini. Seorang Ahli: Tadi janji tiga orang sahaja. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya pun rasa gembiralah semua orang berminat di dalam perbahasan usul ini, termasuk Tuan Yang di-Pertua.

DR.9.4.2002 79

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya tidak berpeluang berbincang, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Oh ya! Baik. Tuan Yang di-Pertua, tadi kita mendengar suara yang paling lantang oleh Yang Berhormat bagi Parit yang Sulong menjadi bongsu - bongsu kerana fakta-fakta yang dibentangkan tadi tidak menepati apa yang sebenarnya berlaku di negara ini. Seorang Ahli: Sudah merapu! Dr. Tan Seng Giaw: Apa sahaja pun ada! Seorang Ahli: Mengampulah tu! Dr. Tan Seng Giaw: Dan Putrajaya merupakan sebuah bandaraya - bukan sahaja bandar – bandaraya yang terpintar, yang bistari, yang saya bersetuju dengan Parit yang sulung, yang bongsu tadi, Putrajaya mestilah menjadi satu contoh teladan kepada semua kawasan bahagian pilihan raya di negara ini. Itu memang satu perkara yang kita tekankan di sini. Dan saya boleh sebutkan di sini, apabila pihak kerajaan pada tahun 1980-an berminat untuk menjadikan Janda Baik sebagai Putrajaya, waktu itu kita pun ada membuat cadangan dan sebagainya. Malangnya Janda Baik tidak jadi baik. Seorang Ahli: Tinggal janda! Dr. Tan Seng Giaw: Tinggal janda sahajalah kerana faktor-faktor yang tertentu. Saya pernah mencadangkan supaya kita ada Putrajaya yang lain dan saya memanglah layak untuk membincangkan hal Putrajaya ini. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Rompin berdiri, Yang Berhormat. Hendak bagi? Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Menghina wanitakah? [Bercakap tanpa pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Rompin, sila. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: 36(6). Yang Berhormat bagi Kepong ini menghina wanita. Apa yang kata wanita di sana tidak baik ini? Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat, itu nama tempat. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Yang Berhormat bagi Kepong memerlukan pengundi wanita. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, baik Yang Berhormat bagi Rompin mempelajari apakah benda-benda dan tanah-tanah yang boleh di- bezakan dengan manusia. Dia tidak dapat membezakan di antara manusia dengan tanah. Itulah masalah sekarang. Seperti Parit yang Sulong tadi: Kaki tertarung inai padahannya Mulut terdorong emas padahannya Terdorong kaki badan merasa Terdorong lidah emas padahannya [Tepuk][Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Yang Berhormat, ya. Teruskan. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya akan ... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hebat pantun itu, Yang Berhormat. Teruskan. Dr. Tan Seng Giaw: Memang tepat, kerana memang ada suara yang begitu lantang yang membuat janji, tetapi tidak dapat dikotakan. Kita menyeru supaya mereka kotakan, sebab di Putrajaya kita ini kebanyakan penduduk di situ adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan. Patutlah kita adakan kakitangan kerajaan di Putrajaya, dan kakitangan kerajaan seperti hari ini, ada di dalam Dewan untuk menyaksikan,

80 DR.9.4.2002

mendengar, melihat dan menilai dengan sendiri, apakah hakikat dan kenyataan mengenai isu-isu, mengenai pentadbiran Barisan Nasional yang kurang rasional, dan banyaklah perkara-perkara yang dibuat, termasuk tender-tender yang diberi kepada projek-projek raksasa berbilion-bilion ringgit, pembaziran dan pemborosan yang dilakukan oleh pihak Barisan Nasional selama, entahlah berapa tahun. Dan itulah disaksikan, dilihat, diperhatikan oleh para kakitangan kerajaan, dan saya percaya mereka insaf, mereka sedar dan pada pilihan raya yang akan datang mereka akan memilih barisan pembangkang. [Riuh] Ya, barisan parti pembangkang. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Yang Berhormat bagi Rompin, ya. Dr. Tan Seng Giaw: Memang mereka akan, dan Parit yang Sulong dia hilang sama sekali. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Rompin, hendak minta jalan? Dr. Tan Seng Giaw: Tidak boleh cakap. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Kepong, hendak bagi jalan? Dr. Tan Seng Giaw: Tunggu sekejap, selepas saya menerangkan keadaan yang sebenarnya untuk kakitangan kerajaan yang hadir hari ini, supaya mereka dapat membawa message ini kepada setiap kakitangan kerajaan. [Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi, Yang Berhormat? Dia berdiri, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Dan kakitangan kerajaan ... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat hendak bagi jalan atau tidak? Dr. Tan Seng Giaw: Tidak demokratiklah. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila Yang Berhormat bagi Rompin. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kepong yang demokratik, tetapi demokratik pada mulut sahaja, bukan pada hakikatnya. Saya hendak tanya Yang Berhormat, saya dari segi kewibawaan Yang Berhormat dalam Dewan ini kita tidak menjadikan- nya satu isu. Yang Berhormat memang berwibawa. Tetapi saya hendak minta, supaya sebelum Yang Berhormat bercakap untuk barisan pembangkang: Pertama, memang tidak ada barisan alternatif. Yang kedua, bolehkah Yang Berhormat bercakap untuk DAP itu sendiri? Sebab Yang Berhormat sebagai yang senior patut menjadi Setiausaha Agong. Mana Setiausaha Agong sekarang? Mana pengerusi sekarang? Apakah kredibiliti Yang Berhormat? Hanya bercakap untuk Kepong, saya bersetuju, tetapi untuk Barisan Alternatif, tidak ada Barisan Alternatif lagi. Sudah berkecai! Di pilihan raya Ketari, tidak ada pembangkang. Ada DAP sendiri sahaja. Apakah sebenarnya Yang Berhormat? Adakah Yang Berhormat bercakap atas fakta atau igauan di siang hari sahaja? Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri memberi satu syarahan kepada Yang Berhormat bagi Rompin kerana dia lidah bercabang. [Ketawa] [Sorak] Seorang Ahli: Cabang limakah? Dr. Tan Seng Giaw: Cabang lima, enam, tujuh pun ada. Seorang Ahli: Lima!

DR.9.4.2002 81

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan Yang Berhormat, teruskan. Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun] Dr. Tan Seng Giaw: Sebab itulah - tunggu sekejap saya hendak menjawab soalan .…. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia minta tunggu dulu, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: .…yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Rompin yang tidak tahu apa yang dibahaskan di sini ialah usul untuk Putrajaya. Dia berminat kepada DAP sahaja. Itulah masalah Yang Berhormat bagi Rompin sekarang yang tidak mengenal keadaan yang sebenar. Seorang Ahli: Dia berminat hendak masuk DAP. Dr. Tan Seng Giaw: Dia hendak masuk DAP kita terima [Ketawa] kerana kita mempunyai peluang keemasan untuk memberi syarahan yang betul kepada dia…. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Sipitang berdiri, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: .... dan untuk mengajar mereka. Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun] Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada dua orang berdiri Yang Berhormat. Hendak bagi jalan? Hendak bagi siapa Yang Berhormat? Dr. Tan Seng Giaw: Di belakang dahulu, kemudian si padan kerana si padan itu teruk sekali! [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Kuala Kedah. Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya kawan-kawan daripada Barisan Nasional gembira perpecahan pembangkang ini. Kenapa mereka tumpang susah hati dan ada di antara mereka yang membisikkan kepada kita janganlah kamu teruk sebab kami pun mungkin akan berubah pada masa akan datang. Itu satu. Yang kedua Yang Berhormat bagi Kepong sepatutnya kami pembangkang berpecah gembiralah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, teruskan Yang Berhormat. Tuan Mohamad bin Sabu: Sebab BN boleh menang balik. Yang kedua kita tidak gembira dengan apa yang berlaku kepada MCA sekarang. Makna ada final countdown tidak lama lagi dan DAP open card sebab berlaku pada tahun 1986 selepas pertarungan hebat DAP boleh mendapat 24 kerusi di Parlimen ini. Bukankah DAP menunggu peristiwa itu? Minta penjelasan sedikit. Sebab MCA cukup padu sekarang ya. Dr. Tan Seng Giaw: Ya, hujah ataupun penjelasan yang diminta oleh Yang Berhormat bagi Kuala Kedah itu ada betul juga dan kita mesti tunggulah. [Ketawa] Doalah, Tuan Yang di-Pertua. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Yang Berhormat bagi Sipitang, hendak beri? Dr. Tan Seng Giaw: Ya, Sipitang, saya ingat Sipitang ini masalah di Sabah, tidak ada kena mengena Putrajayakah? Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Negara Malaysia Yang Berhormat.

82 DR.9.4.2002

Dr. Tan Seng Giaw: Malaysia, Malaysia, ya, ya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sepatutnya Kepong pun tidak kena. Ha! Sila Sipitang. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Kepong. Tadi Yang Berhormat bagi Kuala Kedah mengatakan barisan pembangkang pecah kita susah hati. Kita memang susah hati kerana bila mereka berpecah mereka sudah tidak tentu hala, masing-masing dengan jalan sendiri, pelbagai cara untuk menjadi pembangkang. Mereka sudah tidak jadi rasional, tidak menjadi pembangkang yang rasional, sebab itu kita susah hati. Begitu juga dengan Ketua Pembangkang. Semalam dia menuduh saya menyalahgunakan kuasa, saya minta tarik balik perkataan itu. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sabar Yang Berhormat. [Ketawa] Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Ini Ketua Pembangkang tidak rasional contohnya. Saya minta… Seorang Ahli: [Menyampuk] Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Itu betul saya minta tarik balik daripada Ketua Pembangkang. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat ini… Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Kepong. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dengan Kepong, Yang Berhormat ya. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Saya minta penjelasan dari Yang Berhormat bagi Kepong juga, apakah Kepong tidak sedar bila keadaan meminta sokongan barulah memuji-muji pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan baik, rasional dan sebagainya, sedar dengan apa yang kerajaan buat. Memang mereka sedar apa yang kerajaan buat semuanya baik-baik. Tetapi sedarkah pembangkang bahawa pembangkang menghentam SPR, menghentam polis, menghentam pegawai-pegawai kerajaan, tidak rasional. Bila minta sokongan mereka puji tetapi dalam masa yang sama mengutuk, menghina, merendahkan martabat kakitangan kerajaan. Inilah contoh pembangkang yang tidak rasional. Dr. Tan Seng Giaw: Saya memberi nasihat kepada Yang Berhormat bagi Sipitang, balik ke Sipitang dahulu untuk mempelajari keadaan sebenarnya, bukan sahaja di Sabah bahkan di seluruh negara. Di Sabah itu da Parti Barisan di situ, satu parti ada dua pengerusi. Itu masalah, dia tidak menjaga rumah sendiri dan belajar menjaga rumah orang lain pula. Saya menasihatkan cadangan yang kedua, membaca laporan di sini, Laporan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia mengenai persempadanan bahagian pilihan raya Parlimen, inilah yang kita bahas. Ini bukan kerana perkara yang lain. Saya tidak payah menyebut hendak bodek siapa pun. Sebut Putrajaya ada 20 precinct dan precinct ini dibahagikan kepada syarikat-syarikat yang tertentu. Ha! Itulah masalah kita dan para penduduk di Putrajaya boleh menyaksikan dengan sendiri, apakah syarikat-syarikat, kontraktor-kontraktor yang dilantik di kawasan Putrajaya. Mereka akan memikirkan mengapa kontraktor ini diberikan parcel ini, mengapa kontraktor itu diberikan precinct ini, 20 precinct kepada lima atau enam syarikat raksasa. Mengapa syarikat-syarikat ini dipilih? Mereka memang cerdik pandai untuk menyaksikan dan menilai dengan sendirinya, apa yang sebenarnya berlaku di Putrajaya. Saya setuju dengan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran negara, sebagai ibu kota pentadbiran negara, ini memang satu perkara yang baik tetapi cara untuk membina Putrajaya mesti kita mempersoalkan dan para kakitangan akan menyoalkan perkara ini dan pada pilihan raya akan datang, saya percaya mereka akan membuang

DR.9.4.2002 83

undi dengan baik, dengan mengikut hati sanubari mereka dan berani. Ha, inilah masalahnya. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, di… Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terus Yang Berhormat. Seorang Ahli: [Menyampuk] [Bercakap tanpa pembesar suara] Dr. Tan Seng Giaw: Oh! Itu banyak. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Terus Yang Berhormat, terus. Dr. Tan Seng Giaw: Kita mesti melayan Yang Berhormat bagi Sipitang dan juga Yang Berhormat bagi Rompin dan juga Parit Sulong. Memang ada, kita hendak…. Seorang Ahli: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Patutlah sempurna ia ada masalah di situ. Masalah lanun dan juga kidnapping dan sebagainya berlaku itu di Sempoerna tidak dapat dijaga dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah di hadapan kita sekarang dan yang pertama, ini satu bandar raya yang canggih, mengapa kita memasukkannya di dalam kategori bandar, bukan kategori bandar raya. Sebab itu satu bandar raya, ini bukan satu bandar sahaja bandar raya yang paling canggih di negara ini dan kita patut menunjukkan inilah bandar raya dan dimasukkan di dalam kategori bandar raya. Saya nampak kerana diunjurkan para penduduk pada tahun 2003, seramai 46,000 lebih dan sebab itulah satu kriteria yang digunakan untuk dimasukkan di dalam kategori bandar. Sebab itulah saya menyoal hal ini mengapa berbuat demikian. Saya nampak Yang Berhormat bagi Rompin pun tidak tahu hal ini. Tuan Yang di-Pertua, mengenai mengapa tarikh bermula… Seorang Ahli: [Menyampuk] Dr. Tan Seng Giaw: Memang ada modal. Tarikh bermula kajian untuk persempadanan ada ditetapkan pada 4 Oktober 2000. Walhal Akta Pindaan Perlembagaan berkuat kuasa pada 1 Februari 2001. Mengapa kita menunggu lapan bulan sebelum dikeluarkan notis untuk persempadanan Putrajaya. Ini memang satu tempoh yang sangat panjang iaitu lapan bulan dan saya mempersoalkan mengapa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya atau SPR mengambil masa yang begitu panjang untuk mengeluarkan notis bagi mengadakan persempadanan sedemikian. Seterusnya mengenai sekiranya unjuran untuk para penduduk di Putrajaya tidak sampai seramai 46,000 orang, kalau ia hanya 30,000 orang, apakah yang akan dibuat oleh pihak SPR? Ini memang satu soalan pokok kerana kita tidak tahu apa akan terjadi daripada sekarang pada tahun 2003. Kita tidak tahu, mungkin mereka akan berbuat demikian tetapi apakah SPR akan buat kalau unjuran tidak tepat. Selain daripada itu sepatutnya SPR membuat satu kaedah bagi menyelesaikan masalah para pemilih di dalam kawasan yang unik ini kerana kali yang pertama kita mewujudkan satu bandar raya dan kemudian kita unjurkan bilangan pemilih yang bakal diadakan di kawasan itu. Tuan Yang di-Pertua, mengenai cara untuk mengadakan persempadanan ini saya berharap SPR jangan menggunakan rural weightage. Ini bukan satu rural weightage atau weightage apa-apa pun. SPR mestilah berdasar kepada redistribution para penduduk atau bahagian para penduduk semula dengan adil dan saksama. Sebagai contoh teladan, sebab yang kita nampak di Bandaraya Kuala Lumpur sendiri bilangan penduduk termasuk di Bandar Tun Razak hanya lebih kurang 40 ribu pemilih waktu pilihan raya 1999. [Disampuk] Bukan 60 ribu. Pada mulanya 40 ribu. [Disampuk] Mana 60 ribu pula. Memang Ahli Parlimen ini tidak ada ingatan yang baik.

84 DR.9.4.2002

[Disampuk] Tidak prihatin kerana dia ada bawa sesetengah pemilih daripada Kepong ke Bandar Tun Razak. Patutlah meningkat kepada 60 ribu. [Dewan riuh seketika] Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mesti mengambil pusing mengenai pindahan pengundi dari Kepong ke Bandar Tun Razak. Mesti siasat sebab apa berlaku pindahan para pengundi dari Kepong ke Bandar Tun Razak. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, ini tidak ada kena mengena. Bukan Putrajaya, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Memang Putrajaya. Kita pun mengambil iktibar. Jangan kita melakukan seperti apa yang berlaku di Bandar Tun Razak. Satu iktibar. Jangan kita ikut Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang tidak melakukan adil. Tuan Yang di-Pertua, dia senyap sahaja kalau itu benar. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apalah Yang Berhormat. Jangan begitu Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Ya, teruskan. [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, dari segi saya sebutkan tadi mengenai redistribution, pembahagian semula para penduduk. Jangan ada weightage mana-mana pun kerana ini…. [Disampuk] Mesti ada sebab semalam Yang Berhormat bagi Rompin, dia kata rural weightage itu begitu baik, kita mesti tidak ada had kerana ini adil sehingga TNB menjadi monopoli untuk mengkontrol IPP. IPP mesti tunduk kepada TNB kalau tidak akan mati. Itu masalah monopoli Rompin. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap SPR akan menunjukkan satu bahagian pilihan raya yang boleh menjadi contoh teladan dari segi semua aspek, [Tepuk] dan termasuklah redistribution. Dan, juga untuk memastikan pilihan raya akan datang di kawasan Pilihanraya Putrajaya, kita mesti - saya mencadangkan - supaya kita adakan register untuk semua sumbangan bagi pilihan raya. Wang sumbangan, donations, maintaining a register of those making donations di Putrajaya dan di semua kawasan di 193 kawasan yang lain. A register of those making donations, campaign donations. Sumbangan untuk kempen pilihan raya, kita mesti ada satu register, satu daftar sebab setakat ini SPR tidak ada untuk memastikan pilihan raya, pembuangan undi dan sebagainya adalah mengikut kriteria yang ditetapkan. Setakat ini termasuk di Ketari, di mana-mana pun, kita nampak ada sumbangan, donations yang banyak tetapi tidak ada daftar. Kemudian, kita mesti ada satu kaedah yang lebih berkesan untuk mengawal selia pematuhan kawalan ke atas pilihan raya mengenai perbelanjaan untuk berkempen. Saya mengulangi bahawa di Ketari misalnya, perbelanjaan untuk berkempen oleh Barisan Nasional jauh melebihi had yang ditetapkan di dalam Akta Pilihan Raya. [Disampuk] Memang betul, memang betul! Saya berharap kita ada satu kawal selia untuk semua ini, monitoring compliance with the control on election campaign spending. Itu satu cara untuk memastikan semua pembuangan undi dan pilihan raya itu adil dan saksama. [Disampuk] Dan, saya nampak SPR sekarang tidak memainkan peranan yang lebih berkesan terhadap siaran di dalam media kita. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Shah Alam. Dr. Tan Seng Giaw: Shah Alam. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila Shah Alam. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat. Yang Berhormat ada baca Hansard semalam atau tidak? Benda yang sama juga Yang Berhormat cerita semalam. [Disampuk]

DR.9.4.2002 85

Dr. Tan Seng Giaw: Macam mana pula. Kita ada cadangkan banyak, bagaimana pilihan raya akan datang untuk bahagian Pilihanraya Putrajaya dapat dijalankan dengan teratur dalam erti demokrasi berparlimen. Itulah cadangan saya di sini dan SPR tidak memainkan peranan yang lebih berkesan di dalam hal-hal siaran media. Bukan sahaja tidak berkesan bahkan juga tidak memberi nasihat yang tepat kepada Barisan Nasional supaya jangan menyalahgunakan media kita. [Disampuk] Macam mana hendak duduk pula. Ada panjang lagi. [Tepuk] Ada points yang banyak, banyak. Sebab kalau kita hendak adakan pilihan raya yang baik, yang bererti demokrasi berparlimen maka SPR mestilah mengkaji bagaimana dapat memberi nasihat yang tepat kepada Barisan Nasional supaya jangan menyalahgunakan siaran media kita. [Disampuk] Di dalam semua pilihan raya, Yang Berhormat bagi Beruas pun tahu, tidak bagi peluang langsung kepada pihak pembangkang. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Ya! [Disampuk] Dr. Tan Seng Giaw: Dan, dialah yang kata, ini demokrasi berparlimen. Macam mana Yang Berhormat bagi Beruas menganggap ini demokrasi berparlimen. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya nampak urusetia Suruhanjaya Pilihanraya telah menubuhkan dua jawatankuasa kecil iaitu Jawatankuasa teknikal untuk mengkaji dan membuat perakuan kepada SPR dan seterusnya jawatankuasa kecil untuk penyediaan laporan ini. Saya berpendapat bahawa adalah tidak lengkap sebab laporan ini tidak dikaji oleh suatu jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk mengkaji laporan ini terlebih dahulu sebelum dibahaskan di Dewan yang mulia ini sebab walaupun laporan ini dikemukakan untuk dibahas hari ini, sepatutnya ia dikaji. Parlimen patut mengadakan satu jawatankuasa untuk mengkaji laporan ini terlebih dahulu sebab kita nampak kalau ada jawatankuasa untuk meneliti semua ini dan memberi cadangan kepada Dewan yang mulia ini, barulah lengkap dan barulah bermakna untuk dibahaskan di dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya mempunyai banyak perkara lagi untuk dibincangkan, saya akan mengakhiri ucapan saya dan mudah-mudahan di dalam pilihan raya akan datang, bahagian pilihan raya Putrajaya boleh menyaksikan perubahan dan saya berharap pemilih-pemilih akan memilih calon pembangkang. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kluang. 6.16 ptg. Tuan Hoo Seong Chang [Kluang]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini. Hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya mengikut kehendak Fasal 3A, Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan, mengkaji semula pembahagian Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada bahagian pilihan raya Parlimen. Kalau kita baca Jadual ke-13, peruntukan-peruntukan berhubung dengan persempadanan bahagian pilihan raya, prinsip-prinsip berhubung dengan persempadanan ataupun kawasan bahagian pilihan raya serta kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang tidak melebihi dua penggal Pilihanraya Umum. Sebahagian besar ia bergantung kepada bilangan penduduk dan pembangunan di sekitar kawasan tersebut. Misalnya, di kawasan Parlimen Kluang ini, kalau kita lihat pada tahun 1990, jumlah pengundi di kawasan Parlimen Kluang lebih kurang 72 ribu. Apabila sampai tahun 1995, setelah proses persempadanan semula, ia jatuh balik kepada 60 ribu pengundi tetapi sampai tahun 1999, pengundi meningkat semula lebih daripada 70 ribu, sekali lagi melebihi 70 ribu. Dari segi pembangunan di Parlimen Kluang ini, dari Majlis Daerah Kluang Utara, ia sudah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Kluang. Ini menunjukkan

86 DR.9.4.2002

bahawa pembahagian ataupun persempadanan semula kawasan adalah merujuk kepada bilangan penduduk dan juga pembangunan yang merupakan pembangunan yang pesat di kawasan yang tertentu. Maka, apabila kita sebut tentang Wilayah Persekutuan Putrajaya, Putrajaya dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, dan di sini saya ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan lambang identiti negara yang sangat-sangat dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Dahulu sebelum penyerahan Putrajaya kepada Kerajaan Persekutuan dan dibangunkan, ia sebenarnya sebahagian daripada kawasan di bawah mukim Dengkil, Sepang iaitu di negeri Selangor dan kawasan itu merupakan kawasan pertanian dan kini ia telah pun bertukar wajah. Kawasan yang begitu indah dan pembangunan yang begitu pesat yang berlangsung di kawasan Putrajaya dan seperti Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, kita percaya kawasan Parlimen baru iaitu kawasan Parlimen Putrajaya akan menjadi contoh kawasan Parlimen di seluruh negara kita. Tuan Yang di-Pertua, Wilayah Persekutuan Putrajaya secara rasminya ditubuhkan pada 1 Februari 2001, selaras dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 iaitu Akta A1095 dan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 ini telah memberi status kepada Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan yang mempunyai kedaulatan berasingan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan dengan erti kata yang lain, Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi sebuah negeri sebagaimana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dianggap sebagai sebuah negeri menurut Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan. Tadi kita ada mendengar tentang unjuran penduduk dan pemilih di Putrajaya untuk beberapa tahun yang akan datang. Kalau kita lihat pada 1 Oktober 2001, jumlah penduduk adalah lebih kurang 7,484 orang dan jumlah pengundi hanya 28 orang sahaja. Tahun ini, tahun 2002 dijangka jumlah penduduk akan meningkat kepada 60 ribu dan pengundi pun akan meningkat kepada 24 ribu dan kalau mengikut keadaan yang sedemikian, pada tahun 2003, jumlah penduduk akan meningkat kepada 116 ribu dan pengundi akan meningkat kepada 64 ribu. Walaupun Yang Berhormat bagi Kepong bimbang Putrajaya tidak akan mencapai jumlah pemilih ini tetapi saya penuh yakin, bukan sahaja ia akan mencapai jumlah penduduk dan juga pemilih, malah ia akan meningkat lebih daripada unjuran ini. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan dan pertambahan penduduk yang saya sebutkan tadi, secara tidak langsung akan menentukan ataupun kita memerlukan seorang wakil rakyat ataupun Ahli Parlimen bagi mengutarakan masalah dan keperluan penduduk setempat yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan awam dan swasta kepada pihak kerajaan. Jadi, seorang Ahli Parlimen boleh merancangkan keperluan penduduk setempat dari sudut sosioekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain serta memantau pembangunan di Putrajaya supaya ianya memenuhi kehendak penduduk setempat dan pada masa yang sama mencapai wawasan pihak kerajaan. Di samping itu, seorang Ahli Parlimen juga boleh mengemukakan permohonan kepada pihak kerajaan supaya disalurkan peruntukan pembangunan bagi menampung keperluan penduduk setempat yang difikirkan masih perlu dilaksanakan oleh pihak agensi kerajaan kerana peruntukan yang terhad itu. Selain dari itu, pada tahun 2001, kalau kita tengok statistik, jumlah pelancong yang melawat ke Putrajaya ialah seramai 469,153 orang, manakala pada tahun ini, sehingga bulan Februari sudah meningkat seramai 82,594 orang. Ini berdasarkan kepada jumlah inilah ternyata Putrajaya telah menjadi tempat tarikan pelancong sama ada dari dalam negara ataupun luar negeri. Jadi, oleh itu, pembangunan Putrajaya perlu diberikan perhatian khusus, bukan sahaja kerana kedudukannya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan tetapi juga sebagai tempat tarikan pelancong. Justeru itu, imej Putrajaya pada peringkat antarabangsa perlu dipelihara dan kerana ia merupakan lambang identiti negara kita dan dengan adanya wakil rakyat ataupun Ahli Parlimen bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya, perkara ini dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

DR.9.4.2002 87

Oleh yang demikian, saya menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Rantau Panjang. 6.25 ptg. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian sedikit dalam perkara ini. Terutamanya saya terima kasih banyak kerana pihak Suruhanjaya Pilihanraya ini, betul-betul memberi peluang kepada kita semua khususnya Ahli Parlimen ini untuk melihat, menilai bagaimana cara pihak Suruhanjaya Pilihanraya untuk menempah satu tempat bagi meletakkan calon Barisan Nasional akan terhumban di kawasan yang paling elok itu, Putrajaya. Setakat ini saya lihat kawasan Putrajaya ini, pegawai-pegawai kerajaan iaitu orang-orang cerdik pandai akan ditempatkan di situ dan akan jadi penghuni di situ dan inilah menjadi keyakinan kepada pihak kami khususnya pihak saya, kerana selama ini pun, orang-orang cerdik pandai khususnya pegawai-pegawai kerajaan ini, biasanya mereka ini tidak senang ditipu, tidak senang ditekan, tidak senang diugut, ataupun tidak mudah diugut, tidak mudah ditekan oleh pihak kerajaan. Jadi, saya yakin dan saya percaya sesiapa saja yang bertanding di sini, akan bertemulah dan akan berkesudahan dengan kekalahan yang teruk. Sebab itulah kita lihat, [Menyampuk] apabila diisytiharkan sahaja kawasan Putrajaya ini, seramai-ramai ini hanya seorang sahaja yang sanggup hendak bertanding, yang lain semua sudah tahu, tempat itu tempat maut. Seramai-ramai ada pemimpin UMNO di seluruh Malaysia ini, hanya seorang saja menawar diri untuk bertanding di Putrajaya. Kenapa yang lain tidak mahu? Ini menunjukkan semua yang lain sudah cerdik, sudah tahu tempat itu, tempat maut. Sebab itulah, barangkali semuanya di kalangan pemimpin Barisan Nasional sekarang ini berdoa mudah-mudahan Perdana Menteri sendiri akan bertanding di situ, kerana mereka selama ini hendak menjatuhkan Perdana Menteri takut, jadi cara dengan memberi peluang ini, inilah peluang untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat: Mahu ceramahkah? Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ada sikit-sikit ceramah, ada peluang sikit-sikit ceramah. [Ketawa] Menyentuh masalah-masalah pengundi, saya tidak rasa hairan kerana Kerajaan Barisan Nasional mampu untuk mengambil pengundi di situ. Jangkaan ini ialah dengan cara semua pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Putrajaya akan jadi pengundi di situ, akan daftar sebagai pengundi di situ. Kalau tidak cukup maka akan diambil pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, atau pengundi-pengundi UMNO yang lain dipaksa berada di situ sekejap, sebagai bermastautin, sama ada satu hari atau dua hari sebagai syarat untuk soal menjadi pengundi. [Disampuk] Boleh, boleh! Sila. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila Shah Alam. Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang @ Yang Barua Rantau Panjang. Tadi Yang Berhormat, duk sibuk, sibuk, duk bercerita Putrajaya ini, saya pun pelik bin ajaib, kerana kalau pindaan yang usul yang dibawa oleh pihak kerajaan ini, untuk menentukan bahawa penduduk di Putrajaya ini akan mempunyai wakil dalam Dewan yang mulia ini. Dulu masa kita bahaskan Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya pun, Yang Berhormat dan juga rakan-rakan sana tidak pernah hendak menyokong, masa pilihan raya Yang Berhormat dok kata pergi jual ini, Putrajaya sudah lelong. Kalau sudah lelong Yang Berhormat hendak sibuk cerita pasal hendak tentukan, apa ini dalam pilihan raya ini, saya pun rasa pelik dan ajaib. Apa realiti? Jadi saya ingat apa ini, Yang Berhormat ini berhentilah bercakap benda-benda ini. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih. Pada peringkat awal dan sekarang pun masalah lelong tetap lelong juga, kalau kita menang esok-esok tapi, [Dewan riuh] soalnya saya sokong sekarang ini kerana tempat ini dibuat, kerana tempat

88 DR.9.4.2002

ini dibuat sengaja untuk menghumbankan pemimpin UMNO di tempat itu. Ha! Itu saya setujulah! Buat tempat yang elok, dan inilah caranya pemimpin UMNO membunuh pemimpin mereka itu. Itu cara dia. Hendak buat cara lain tidak berani! Cara dalam pemilihan UMNO pun tidak berani! Tidak berani, terutama sekali sekarang ini, dah dua, tiga Timbalan Perdana Menteri sudah, habis lawan Perdana Menteri, hendak lawan Presiden, Timbalan Presiden, out! Siapa-siapa nak lawan Timbalan Presiden, orang itu akan jadi out! Jadi caranya ialah cara mengadakan satu kawasan pilihan raya yang strategik yang bagus kononnya, tempat yang bernama Putrajaya, jadi dengan cara inilah apabila pengundi-pengundi terdiri dari orang yang cerdik pandai, terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan, saya yakin, saya optimis. Perkara ini, bukan kata nak berbual di sini, bukan kata hendak menunjuk di sini, tapi saya yakin, dalam pilihan raya yang akan datang ini, kita boleh tengok sejauh mana kemampuan Barisan Nasional dalam menangani masalah pegawai kerajaan yang telah cemuh dengan kerajaan sekarang ini! Orang kampung boleh, kita tengok, insya-Allah, dan kita tengoklah, ini…. [Disampuk] UMNO ini. Kita tengok ini, pengundi ini. Pengundi ini, baru minggu lepas sahaja saya pergi ke Putrajaya, saya boleh tengok air muka, bila saya turun daripada lif, saya tengok air muka bersalam dengan saya dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain, apa air muka-muka mereka ini cukup-cukup suka dengan kedatangan kita dan saya yakin mereka ini, hei, kita tengok pandailah, tengok pegawai kerajaan ni. Air muka, kenyit, kita tahu sudah. Mahu jalan? Boleh kita bagi lagi! Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih, ini Yang Berhormat saya tengoklah, dia sebetulnya tidak bahas usul ini, dia cerita menggambarkan bagaimana akan datang. Tidak ada! Yang sebetulnya PAS seharusnya tidak ada stand, tidak ada locus standi untuk membahas dalam soal Putrajaya kerana awal-awal lagi sudah menidakkan Putrajaya ini. Ini saya cukup setuju dengan Tumpat, dia tahu tempat dia bercakap dan dia tahu mana tempat yang tidak bercakap. Jadi, Yang Berhormat cubalah tiru Tumpat sikit. Kasi kelas sikitlah!. Terima kasih. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya terima kasih. Dalam parti ini ada masanya, masa sekarang ini, masa saya serang, masa saya bertahan, saya bertahan. Jadi, kalau tidak sabar, tidak tahan, boleh keluar! Saya tidak apa-apa, cuma menghormati Timbalan Perdana Menteri di depan ini, duduklah dulu, yang ini biasanya dalam buku ini, sudah tidak ada semua orang ini, tidak ada ini, bila ada Timbalan Menteri yang tunggu ini. Hati tu sudah nampak hendak ke lain, hendak pergi ini, ini perangai Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat pembahagian daerah pengundi di kawasan ini yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Saya tengok kalau dianggarkan pengundi ada empat puluh ribu ataupun lima puluh ribu di masa akan datang, di tahun 2002 atau menjelang pilihan raya akan datang ini, saya tengok daerah pengundi ini hanya lima, tidak mencukupi dengan pengundi yang begitu ramai. Kalau lima daerah pengundi, kita katakan lima ribu orang dan satu tempat, satu daerah mengundi, ini satu perkara yang agak crowded lah. Waktu lima ribu orang bagi satu daerah mengundi jadi keadaan yang agak kelam kabut, waktu hari mengundi. Jadi saya mengharapkan supaya dengan penamaan pengundi yang dijangka ini, pengundi seramai ini, maka daerah mengundi sepatutnya dikembang dan dibanyakkan sikit, baru sesuai dengan keadaan. Kalau kita bandingkan di tempat-tempat yang lain, umpamanya di Rantau Panjang. Rantau Panjang ada 45 daerah mengundi. Undinya ada lebih kurang lima puluh ribu atau enam puluh ribu. Itu pun kita tengok, apabila buka sahaja pengundian, buka masa untuk mengundi sehingga hampir-hampir pukul lima, pukul enam itu masih berpuluh-puluh orang menunggu. Itu keadaan tidak ramai pengundi. Ini pula pengundi ramai, terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan yang kelas-kelas semua, tentulah mereka ini tidak akan berlumba-lumba untuk mengundi. Jadi sepatutnya kita perbanyakan daerah mengundi dan letakkan di tempat yang sesuai, sesuai dengan pegawai yang hendak pergi mengundi ini, jangan kita samakan para pengundi ini seperti di luar bandar terutama Sabah dan Sarawak di tempat yang pergi nun.

DR.9.4.2002 89

Sabah dan Sarawak dok tengah panas, satu hari pun tidak apa. Orang di sana, dia punya lain kedudukan dia, berpeluh di tengah panas pun tidak apa dia, tapi orang bandar ini lain, orang cerdik pandai ini lain sikit sebab waktu saya pergi pilihan raya di Sabah, Sarawak. Saya pergi pilihan raya di Sarawak baru-baru ini sebab saya terlibat di sana, kawasan Parlimen sahabat kita Batang Lupar, saya pergi di beberapa tempat peti undi, saya pergi di sana, saya tengok orang sana usaha, semua hendak mengundi, bersemangat walaupun berpeluh. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Sipitang bangun. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya, sila. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Tuan Yang di-Pertua, inilah contoh pemimpin PAS yang tidak rasional ini. Dia bercakap memuji pegawai kerajaan. Dia tidak tahukah Putrajaya itu kecil. Kawasannya dekat, cukuplah daerah mengundi, itulah difikirkan rasionalnya. Berbanding dengan Sabah yang luas macam satu negeri Perlis, memanglah terlalu banyak daerah mengundi. Kawasannya, lagipun pengundi- pengundinya adalah orang yang berdisiplin, tahu masa, ikut peraturan. Ini dia cakap merapu. Sekarang dia hendak minta sokongan pegawai kerajaan, dia tidak ingatkah apa yang PAS cakap kepada pengundi-pengundi, mula-mula Putrajaya dia tidak mahu. Selepas itu pengundi perempuan, pegawai kerajaan yang perempuan tidak payah kerja. Yang cantik lagi tidak payah kerja. Ingat orang tidak hendak makankah? Semua orang hendak makan, hendak dapat pekerjaan. Jadi bila dia hendak undi baru dia hendak puji lama-lama. Pegawai kerajaan jangan cepat lupa, jangan cepat lupa dengan perangai pemimpin-pemimpin PAS ini yang berdalih-dalih. Sekejap cakap lain, sekejap cakap lain. Sebab itu kita susah hati bila pembangkang berpecah, dia tidak ada yang tegur, dia tidak ada check and balance. Ketua pembangkang cakap lain, dia punya pengikut cakap lain. Ini yang kita susah hati. Kalau pembangkang di Amerika, Demokrat dengan Republican dia menyokong dengan apa yang kerajaan dia buat. Dia membangkang yang membina, bukan macam PAS ini, dia tidak suka kerajaan ini, dia tidak menyokong apa yang dibuat untuk kerajaan dia. Inikah contoh pembangkang yang baik? Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih, maksud saya, daerah mengundi bukan maksud kawasan yang luas. Walaupun kawasan yang sempit, pengundi ramai, tentulah kena buat daerah mengundi banyak sedikit supaya tempat mengundi juga kita perbanyakkan. Itu maksud saya. Kalau orang ada 5,000, kawasannya luas, apa gunanya macam Sabah dan Sarawak? Buat banyak pun tidak guna juga. Ini soalnya kawasan sempit, Putrajaya pengundinya akan menjadi antara 40,000 hingga 50,000 sudah tentulah daerah mengundi dan banyak tempat mengundi akan datang ini. Menyentuh masalah wanita apa itu semua, UMNO yang tidak tahu apa hal orang ini… wanita yang berada di dalam keadaan sekarang ini sudah mengetahui keadaan Kelantan, sebab pegawai wanita di Kelantan ada berulang-alik ke Kuala Lumpur. Pegawai wanita Kuala Lumpur ada juga berulang alik ke Kelantan. Dia tahu sudah. Dalam seminarnya, dalam kursusnya, dia tahu semuanya. [Disampuk] Sekejap, sekejap. Cuma pemimpin UMNO sahaja, pemimpin politik UMNO sahaja mengatakan Kelantan, diskriminasi sedangkan Menteri Besar pun telah memberitahu dan memberi penjelasan. Di pejabat Menteri Besar sendiri pun 60% terdiri daripada wanita-wanita. Yang dimaksudkan tadi dengan wanita cantik tadi, yang cantik yang disebutkan oleh Menteri Besar pun disalahtafsirkan oleh UMNO. Yang cantik maksudnya yang Menteri Besar sebut itu, cantik-cantik, bukan cantik. Cantik-cantik, maknanya yang cantik sungguh… [Dewan riuh] yang ini maksud dia. Hah ini…. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: Sila pandang Tuan Yang di-Pertua. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya, tak dekat sini? Saya pun tidak suka sangat tengok muka sebelah sini sebenarnya. [Menghalakan pandangan kepada beberapa ahli penyokong kerajaan]. Itu maksud saya dan saya rasa dari segi pegawai wanita yang dimaksudkan tadi dan saya yakin kalau pengundi wanita memang

90 DR.9.4.2002

sebahagian besarnya kalau kita tengok statistik pengundi, aliran pengundi baru-baru ini, memang wanita-wanita ramai mengundi PAS. [Dewan riuh] Ramai undi pembangkang, dia cemuh dah dengan Barisan Nasional ini. Barangkali pihak sebelah sini dia tidak tahu statistik ini, tidak baca, tidak tengok pun, tidak pandang. Dia reti bersyarah dia reti, projek, projek, projek sahaja. Tidak tahu hendak tengok aliran pengundi. Memang itu perangai dia. Sebab itu dia terkejut apabila keputusan pilihan raya, dia jatuh, dia terkejut. Tidak, dia kata baru ini pilihan raya di Ketari yang kita tengok baru ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat..... Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Panjang lagi? Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ada sedikit lagi. Sedikit lagi. Pilihan raya di Ketari baru-baru ini, pengundi Melayu yang menyokong DAP hanya 190, 198 undi kurang daripada biasa. Itu PAS tidak pergi kempen pun. Tetapi orang Melayu di situ faham. PAS di tiga tempat, di empat tempat, di Mempaga 1, Mempaga 2, Mempaga 3 walaupun lambang PAS, PAS tidak pergi ceramah tetapi dia faham. Sekurang-kurangnya mereka ini antikerajaan. Jadi benci kepada kerajaan, benci kepada Barisan Nasional. Bila PAS tidak bertanding, ada DAP - DAP, DAPlah dia tidak kira. Itu cerdik orang Melayu. Tetapi UMNO mengatakan bahawasanya PAS sabotaj menyebabkan orang PAS tidak keluar mengundi. Orang PAS tidak mengundi DAP, tidak betul. Statistik tidak pandai. Baca, minta dengan SPR tengok statistik yang sebenarnya. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato Mohd. Jarjis: [Bangun] Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ada lagi, hah boleh, boleh, boleh bagi. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato Mohd. Jarjis: Ini saya hendak minta penjelasan, saya ingat DAP tolong dengarlah baik-baik. Pengakuan PAS sendiri dia tidak berkempen untuk DAP di Ketari. Bermakna apa lagi, ada barisan pembangkang tak? Dah berkecai dah. Ini pengakuan sendiri, bukan kita kata, dia sendiri berkata, PAS tidak turun berkempen. Yang Seputeh ini besok pilihan raya jangan haraplah! Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Saya bukan mengatakan PAS tidak berkempen, pemimpin PAS tidak betul tetapi PAS hak kenyit mata, orang PAS faham, orang PAS cerdik. Orang PAS ini memang dia cerdik. Dia cari jalan juga untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Tidak pergi kempen pun dia faham kerana lama sudah PAS ini dengan UMNO ini dia tahu sudah. Itulah kata kalau PAS turun habis-habisan, apabila PAS turun habis-habisan, oh, habis lingkuplah, senanglah Ketari itu. Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja, saya sudah hendak penghabisan ini ialah rangka yang dibuat oleh SPR ini…. Saya hendak minta …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Larut bangun. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Sekejap, sekejap lagi. Dalam rangka menyiapkan peta ini, saya setuju, saya melihat peta yang di hadapan kita ini cara pemetaan yang dibuat ini memang sesuai. Cuma saya sebutkan tadi ialah penambahan daerah pengundi ini perlu dibuat sesuai dengan jangkaan penduduk di situ dan saya minta supaya waktu perkara ini hendak dipamerkan juga, saya rasa ianya perlu diletakkan di tempat-tempat yang tertentu bukan sahaja tertakluk di Balai Penghulu, seperti mana yang tersebut di sini, iaitu lapan tempat yang akan dipamerkannya. Jadi kalau boleh di pejabat-pejabat itu diperbanyakkan sedikit. Beberapa Ahli: [Menyampuk]. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya, bab, bab betul ya. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Sedikit sahaja. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat bagi Rantau Panjang, sempadan dengan Golok.Yang Berhormat beritahu, Yang Berhormat jadi suruhan, orang suruhan mempertahankan Tok Guru. Tok Guru, kata orang PAS lah. Fasal ‘barua’ ini. Hari ini

DR.9.4.2002 91

saya hendak bertanya Yang Berhormat, saya tengok Ketua Pembangkang tidak bercakap. Yang Berhormat bagi Tumpat dan rakan yang lain-lain pun tidak bercakap. Adakah Yang Berhormat ini terpaksa atau dipaksa atau terperangkap jadi jurucakap... Haaaa!!! Kalau begitu Yang Berhormat, tidak payahlah. Tidak payahlah Yang Berhormat berbahas di sini. Buat rugi masa sahaja. Pertama kalau PAS bertanding di Putrajaya pun….. insya-Allahlah, bukan takbur. Kalah…. mungkin lagi teruk! Dan tambah-tambah lagi PAS hari ini, saya tidak tahulah, kalau ikut ini apa nama, Era Baru ini - “PAS Kelantan bergolak”. Ha! Ketua Pembangkang boleh tengok ini, selepas ini. Saya kasihan Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat terpaksa bercakap ini. Biasa kalau dalam soal-soal ini, Ketua Pembangkang jarang-jaranglah kalau tidak bangun. Jadi, saya kasihan Yang Berhormat jangan terperangkap. Jadi, yang eloknya Ketua Pembangkanglah yang bercakap ataupun penasihat-penasihat seperti Yang Berhormat bagi Tumpat itu, Kubang Kerian itu yang sudah hari-hari duduk bersama dengan Presiden. Terima kasih, bagi penjelasan elok-eloklah. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih. Itu sahaja? Tak ada? Tak ada dah? Ah, terima kasihlah. Kalau itulah yang hendak dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Larut, saya rasa ramai lagilah di kalangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dalam Dewan ini yang boleh bercakap menyerupai itu. Sebab apa yang dimaksudkan dengan majalah, majalah itu majalah tidak laku diletak di luar itu, bagi free nak jual dua ringgit tak laku, tulis situ dua ringgit. Tetapi tak ada orang hendak beli. Telah dibuat oleh UMNO, budak UMNO buat majalah itu, nak melaga-laga pemimpin PAS, tak jadi. [Ketawa] Saya pun tak mahu tengok. [Ketawa] Jadi, jadi kena ajar pemimpin-pemimpin UMNO ini, tolong ajar kepada anak buah dia buat majalah pun buatlah yang munasabah yang sesuai. Hendak fitnah pun, fitnahlah yang munasabah. Hendak fitnah pun tak pandai. Usah. hai…teruklah UMNO ini! Jadi, saya pun tidak hendak sebut sangat. Yang dikatakan PAS bergolak itu dia hendak kaunter UMNO, UMNO bergolak, itu ramalan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat..... Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Itu sebenarnya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Hujah Yang Berhormat nampaknya tidak ada berkaitan dengan usul yang kita bincangkan. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ini kaitan dengan UMNO ini. Masalah UMNO bergolak ini. Putrajaya ini dibuat satu kawasan dengan planning dengan tujuan untuk mengalahkan Perdana Menteri apabila Perdana Menteri bertanding di situ. Jadi saya hendak bagi ingatan kepada UMNO. UMNO, UMNO lain sudah tahu. Sebab itu seorang sahaja di kalangan pemimpin UMNO tahu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ini bukan mesyuarat UMNO. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Ya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bukan mesyuarat UMNO. Kita membincangkan usul Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Soal Barisan Nasional, soal Barisan Nasional. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada lagikah Yang Berhormat? Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Kesimpulannya, saya menyokonglah cara yang dibuatkan oleh SPR ini untuk memberi ruang satu kawasan baru untuk menjadikan Barisan Nasional meletakkan seorang calon menempah maut di sini. Sekian, terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun]

92 DR.9.4.2002

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Berapa ahli lagi? Satu, dua, tiga, empat, lima. Yang Berhormat, saya ingat sudah ramai ahli diberi peluang berucap. Jadi saya minta kalau boleh saya mengehadkan masa. Setiap orang sepuluh minit. Sepuluh minit ya Yang Berhormat bagi Bandau. 6.46 ptg. Dr. Maximus Johnity Ongkili [Bandau]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berkaitan dengan pewujudan kawasan pilihan raya, P.194 – Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, sememangnya tujuan untuk mewujudkan kawasan pilihan raya P.194 - Putrajaya ini adalah berasas dan tepat pada masanya. Sebagai sampingan, namanya 194 – Putrajaya, ia dekat dengan nama Petra Jaya iaitu kawasan di Sarawak yang mana bekas Menteri Pertanian dahulu 168 – Petra Jaya. Jadi barangkali dalam sebutan lain kali, kalau mereka duduk berdekatan nanti ada masalah Petra Jaya dan Putrajaya. Nama itu sekadar satu perkataan sampingan. Tuan Yang di-Pertua, dengan wujudnya sebelum ini Akta Perbadanan Putrajaya 1995 dan seterusnya pengisytiharan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan, maka peringkat demi peringkat sampailah ke tahap pewujudan kawasan pilihan raya P.194 – Putrajaya. Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai keluasan seperti mana yang dimaklumkan 4,931 hektar atau kira-kira 49 kilometer persegi dan terletak di daerah Sepang. Jumlah penduduk pada Oktober 2001 ialah 7,484 orang mengikut kertas yang dibentangkan daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Jumlah pengundi seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat Menteri dikatakan 24 tetapi mengikut laporan yang diedarkan oleh pihak SPR ialah pada penghujung 2001, 84 orang. Tuan Yang di- Pertua, namun pada 2003, dijangka seperti mana yang dimaklumkan jumlah pengundi akan bertambah kepada 46,716 mengikut apa yang dimaklumkan di muka surat 3, laporan pihak SPR. Ini adalah berdasarkan kepada pembangunan bandar dan juga perumahan yang akan dilakukan dalam kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, tujuan untuk membentuk kawasan pilihan raya P.194 Putrajaya adalah seperti saya katakan tadi bukan sahaja wajib dan bukan sahaja berasas tetapi ia diperlukan. Ia diperlukan supaya ada jentera pentadbiran politik bagi kawasan tersebut dan supaya rakyat yang akan berpindah untuk bermastautin dalam wilayah tersebut dan khususnya kawasan kompleks kerajaan itu dan keseluruhan dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya akan dapat melaksanakan hak demokrasi mereka melalui proses pilihan raya nanti. Dengan itu rakyat dan penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya akan dapat memilih wakil rakyat mereka di dalam Parlimen ini. Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kawasan Parlimen yang dicadangkan ini iaitu P.194 – Putrajaya pasti akan menjadi antara satu kawasan pilihan raya yang telah pun disebut sebelum ini iaitu kawasan pilihan raya yang prestigious dengan izin, yang sangat penting dan strategik sesuai dengan kedudukan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Tahniah kepada bakal calon yang akan berjaya diletakkan oleh pihak Barisan Nasional di kawasan tersebut kerana kita percaya dia akan tetap menang dan mewakili Kerajaan Barisan Nasional di Dewan yang mulia ini nanti. Tuan Yang di-Pertua, dari segi pembangunan infrastruktur di kawasan Putrajaya, saya sekadar ingin memberi satu, dua pandangan, demi untuk mempertingkatkan apa yang sedia ada dan memberi input, buah fikiran. Kita sedia maklum adalah diakui bahawa pembangunan yang pesat yang dilakukan setakat ini dialu-alukan walaupun dari segi jadual barangkali adalah lewat daripada seperti mana yang ditetapkan pada masa dahulu dari segi persiapan-persiapan kompleks kerajaan, bangunan kerajaan dan seterusnya. Kita sedia maklum bahawa banyak lagi bangunan- bangunan yang akan dibina di tahun-tahun yang akan datang. Saya ingin mencadangkan supaya demi masa depan dan imej Pusat Pentadbiran Kerajaan ini supaya bangunan-bangunan yang dibina di situ pada masa akan datang harus juga dibina supaya ia mencerminkan budaya Malaysia dan pada masa ini pihak umum mengatakan bahawa bangunan-bangunan yang ada di situ selain daripada rumah kediaman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan

DR.9.4.2002 93

Menteri, pejabat-pejabat lain itu kelihatan seolah-olah seperti kotak-kotak sahaja. Orang-orang Sabah dan Sarawak yang melawat ke sana dia berkata, “Lawa tempat itu tetapi bangunan itu macam kotak-kotak sahaja”. Barangkali pada masa akan datang penyesuaian perlu dibuat supaya bangunan-bangunan di situ bukan sekadar mencerminkan seperti mana Westminster style dengan izin, sebagai suatu pusat pentadbiran tetapi juga mengambil kira ciri-ciri dan sifat-sifat kebudayaan Malaysia termasuk dari segi architecture budaya negara kita dan seterusnya. Pihak kita mencadangkan supaya para arkitek dan para perancang di tempat itu mengambil kira pandangan ini. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa kawasan Putrajaya berpotensi untuk menjadi pusat pentadbiran yang boleh dibina dengan mengambil kira konsep mesra alam ataupun dengan izin, nature-friendly kerana inilah satu-satunya pusat pentadbiran yang dirancang seperti juga pusat negara Australia iaitu Canberra. Oleh kerana ianya dirancang lebih awal dengan pelan induk yang teratur, maka pastilah hasilnya akan teratur. Akan tetapi dalam soal ini kawasan tersebut memang begitu indah sekali. Ia dikelilingi oleh kawasan tanah pertanian yang luas di mana topografinya adalah baik dan kelihatan indah sekali. Akan tetapi pada masa sekarang, kawasan tersebut hanya sekadar dikelilingi oleh tanaman kelapa sawit dan sedikit kawasan- kawasan perairan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya berpendapat bahawa kawasan pertanian di sekitar pusat pentadbiran itu dijadikan sebagai taman pertanian walaupun perlu ditanam semula memandangkan kebanyakan hutan-hutan asli telah pun dibersihkan oleh para pembuka tanah yang lebih awal melalui penanaman kelapa sawit. Barangkali kita harus tanamkan tanaman getah, buah-buahan, kayu jati, kayu sintang, pokok-pokok kelapa dan lain-lain lagi jenis tanaman untuk mencerminkan keindahan tempat itu dan dengan izin, boleh blend dengan bangunan-bangunan yang bukan sahaja bangunan yang kelihatan tegap dan menarik tetapi bangunan-bangunan yang mencerminkan budaya Malaysia juga. Saya berpendapat ini harus diambil kira pada masa-masa yang akan datang sesuai dengan perkembangan yang akan dilakukan bagi pusat pentadbiran tersebut. Tuan Yang di-Pertua, barangkali perusahaan perikanan juga boleh dimasukkan dalam cadangan ini. Tambahan pula pada sekitar tahun ini dalam tempoh tiga bulan terdapat 82,000 orang para pelancong datang dan tahun lalu, lebih daripada 400,000 orang yang melawat tempat tersebut yang mempunyai potensi yang hebat dan besar dari segi pusat pertanian pelancongan – eco-tourism, dengan izin…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, boleh gulungkah? Yang Berhormat, boleh gulung! Dr. Maximus Johnity Ongkili: Seterusnya dalam soal ini seperti mana yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, kawasan ini mempunyai kira-kira 49 hektar persegi dan kawasan saya di Bandau kira-kira 1,000 km persegi - 49 km persegi berbanding dengan kawasan Kinabatangan di mana Pulau Pinang, Perlis dan Kedah boleh dimasukkan ke dalam kawasan beliau. Maka kita berpendapat di sini bahawa bagi kawasan Putrajaya ini memanglah wajib walaupun kecil kerana ia pusat tumpuan jentera kerajaan dan juga tempat yang strategik. Pada keseluruhannya, kita mencadangkan juga supaya pihak kerajaan di masa-masa akan datang dalam menentukan sempadan-sempadan pilihan raya harus diambil kira tempat-tempat yang besar dan luas itu supaya diperkecil sesuai dengan asas-asas yang digunakan oleh pihak SPR untuk menubuhkan kawasan pilihan raya iaitu mengambil kira jumlah penduduk, taraf pembangunan, taraf infrastruktur dan sebagainya. Pada tahun ini sememangnya pihak negeri Sabah ada memohon tambahan kawasan pilihan raya yang mana belum pernah ditambah semenjak 20 tahun yang lalu. Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan dan parti-parti Barisan Nasional ialah menambah kawasan Dewan Undangan Negeri daripada 14 kepada 18 dan wakil Parlimen daripada enam menjadi lapan. Pihak kita berharap bahawa kita menubuhkan kawasan pilihan raya Putrajaya ini untuk kemegahan negara dan bagi penduduk di sana nanti serta masyarakat keseluruhannya. Dalam pada itu, kita harus juga mengambil perhatian terhadap

94 DR.9.4.2002

tempat-tempat terpencil supaya penubuhan sempadan pilihan raya itu bukan sahaja wajib tetapi tepat dengan keperluan masyarakat dengan memberi peluang kepada mereka untuk melakukan hak demokrasi masing-masing…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukup. Dr. Maximus Johnity Ongkili: Dengan kata-kata demikian, saya menyokong penuh. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kota Bharu. 6.55 ptg. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam kesempatan ini saya hanya ingin memberi respons saya kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat bagi Parit Sulong sebentar tadi. Ucapan politik beliau secara khusus menyerang dan mengecam parti-parti pembangkang khususnya PAS, DAP dan KeADILan dengan mengambil contoh beberapa pilihan raya terakhir seperti lima pilihan raya terakhir di mana kelima-lima kawasan ini adalah kawasan Barisan Nasional mempertahankan dirinya dan satu menang KeADILan dan empat menang Barisan Nasional. Seorang Ahli: Lima. Tuan Ramli bin Ibrahim: Lima, bukan empat? Ya terima kasih. Tetapi kelima-lima kawasan ini adalah kawasan Barisan Nasional. Pada anggapan saya Tuan Yang di-Pertua, kecaman ini terlalu melulu dan emosional sangat. Oleh itu, saya rasa Tuan Yang di-Pertua, pandangan Yang Berhormat bagi Parit Sulong ini tidak usah kita ambil kira sangat, tidak usah pedulilah, biarkan begitu sahaja. Selain daripada kecaman-kecaman kepada parti-parti pembangkang beliau juga memuji Perdana Menteri dengan begitu hebat sehingga beliau terlupa untuk memuji Timbalan Perdana Menteri. Saya rasa tidak adil kita puji Perdana Menteri sahaja dan tidak memuji Timbalan Perdana Menteri. [Sorak] [Sambil melihat kerusi Parit Sulong yang kosong] Tidak ada dah. Tetapi tidak apalah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, tidak apa, saya ingin memberi pandangan kepada Timbalan Perdana Menteri, orang tidak puji kita pun tidak apa sebab kadang-kadang puji-puji sangat ini pun kita tidak dapat belajar apa-apa. Tidak banyak yang dapat kita pelajari dari pujian yang terlalu tinggi. Sebab itu saya rasa satu sindrom di kalangan pimpinan Barisan Nasional sekarang ini memaksa mass media kerajaan dan separuh kerajaan memuji pemimpin mereka. Sehingga di Dewan ini bila sudah berucap terpaksa puji, padahal sebagai seorang Islam saya rasa Tuan Yang di-Pertua, secara jujur saya mengatakan ucapan-ucapan kita ini mesti dimulai dengan memuji Allah dan Rasul-Nya, tidak memuji pemimpin-pemimpin. Boleh puji pemimpin tetapi janganlah terlalu tinggi sangat sehingga kadang-kadang seolah kita meninggikan tempat jatuh pemimpin tersebut. Tuan Yang di-Pertua, ini pandangan saya secara jujurlah, ikhlas. Janganlah puji tinggi-tinggi sangat. Kadang-kadang kita pun rasa tidak sedaplah puji. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun] Tuan Ramli bin Ibrahim: Boleh, boleh terima kasih. Arau yang suka puji sangat ini. Silakan. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Kota Bharu. Tadi Yang Berhormat kata kita suka memuji. Saya rasa dalam Islam pun dia menggalakkan kita memuji, mendekatkan silaturahim dan juga mewujudkan hubungan yang baik. Tetapi saya hendak tanya pembangkang pula, pembangkang yang suka hendak keji orang, suka membesar- besarkan perkara-perkara yang tidak adapun. Adakah itu satu sikap yang jujur ataupun sikap dan amalan yang baik sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi secara ikhlasnyalah apa tujuan selalu memburuk-burukkan pemimpin di Dewan yang mulia ini dan juga di luar. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat]

DR.9.4.2002 95

Tuan Ramli bin Ibrahim: Masa sepuluh minit sahaja. Terima kasih. Boleh puji, tetapi jangan lebih sangat. Keji pun boleh Tuan Yang di-Pertua, sebab itu keji ini kalau kita faham ayat al-Quranlah [Membacakan sepotong ayat al-Quran] keji itu, yang bermaksud “Celakalah engkau wahai Abu Lahab”. Bermakna ada masanya kita boleh mengeji dan mengutuk orang jika kena pada tempatnya seperti memuja Abu Lahab. [Disampuk] Yalah, Abu Lahab. Saya cerita Abu Lahablah. Memang saya cerita Abu Lahab. Saya mengeji Abu Lahab. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Sila berucap dengan secara yang tertib sedikit. Tuan Ramli bin Ibrahim: Sebab dia ganggu, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, ya. Tuan Ramli bin Ibrahim: Berbalik kepada isu yang dibangkitkan sekarang ini, saya bagi pihak pembangkang, kita mengucapkan terima kasih dan tahniahlah kepada Suruhanjaya Pilihanraya kerana berjaya membuat persempadanan kawasan pilihan raya di Putrajaya dengan begitu baik sekali dan insya-Allah, Putrajaya nanti akan jadi satu bandar elit di mana akan mencerminkan civilized society serta masyarakat yang terpelajar dan dalam pilihan raya akan datang masyarakat yang terpelajar ini akan menentukan bentuk dan corak politik negara secara khusus. Kita harap pilihan raya yang akan diadakan di Putrajaya nanti akan dicontohi oleh pegawai-pegawai kerajaan. Dengan sebab itu soal Akujanji itu kita ketepikanlah sahaja sebab saya rasa Akujanji ini satu sandiwara biasa sahaja tidak merupakan suatu komitmen yang tegas seolah-olah pegawai kerajaan tidak boleh menyokong mana-mana parti yang bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Barisan Nasional. Sebab kita kena beza di antara kerajaan dengan parti itu. Parti itu adalah satu hal yang lain, kerajaan adalah satu hal yang lain. Sebab itu kecaman-kecaman pemimpin Barisan Nasional kepada pembangkang, apabila kita mengkritik UMNO dan mengkritik Barisan Nasional disamakan dengan mengkritik kerajaan adalah tidak betul sama sekali,sebab kesetiaan kita kepada kerajaan tidak boleh diragui. Kita menyertai pilihan raya – apa juga pilihan raya kita mengkritik beberapa dasar yang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh parti pembangkang tidak bermakna kita tidak setia kepada kerajaan dan negara ini khususnya ….. Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Larut bangun Yang Berhormat. Larut bangun, hendak beri jalan atau tidak? Ya. Tuan Ramli bin Ibrahim: Bolehlah sikit. Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kota Bharu. Minta penjelasan. Jadi, bermakna kalau PAS selama hari ini canang sana, canang sini hendak lelong Putrajaya, KeADILan tidak sokonglah. Itu minta penjelasan sikit. Tuan Ramli bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, sepanjang ingatan saya PAS tidak pernah untuk melelong Putrajaya. [Tepuk] Kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS untuk melelong mahligai Perdana Menteri yang agak terlalu mewah yang melibatkan wang pembayar cukai negara ini. [Tepuk] Beberapa Ahli: Ya. Tuan Ramli bin Ibrahim: Saya rasa saya juga menyokong cadangan ini sebab mana mungkin sebuah negara yang seperti membina sebuah istana yang begitu hebat sedangkan rakyat Sabah dan Sarawak menderita. Kita dengar beberapa ucapan daripada Sabah dan Sarawak tidak ada apa-apa. [Tepuk] Rumah Perdana Menteri begitu hebat nampak yang di luar, bahkan kalah jika dibandingkan dengan White House di Amerika Syarikat pada kita negara kecil, terlalu kecil Malaysia ini jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat. Sebab itu saya rasa apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang itu betul mahligai ini patut dilelong pada masa akan datang, tetapi bukan Putrajaya. Putrajaya bagus sebagai pusat pentadbiran. Jangan disamakan di antara bandar Putrajaya sebagai ibu kota bagi negara kita dengan mahligai Perdana Menteri yang dibina daripada wang rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kacau ini saya hendak cakap lain tadi.

96 DR.9.4.2002

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila teruskan Yang Berhormat Kota Bharu. Tuan Ramli bin Ibrahim: Saya hendak mengharapkan sebab ini, Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan Putrajaya menjadi satu bandar civilized society di mana mencerminkan dan mencorakkan bagaimana bentuk pilihan raya pada masa akan datang. Barangkali ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Parit Sulong. Kita mestilah membentuk satu pilihan raya berdasarkan elektronik pilihan raya, berdasarkan kempen menggunakan Internet. Maka ini bagus sebab barangkali dengan cara seperti ini kurang sikit gangguan-gangguan yang dibuat oleh mass media yang tidak bermoral. Sebab Internet sudah tidak boleh hendak ditapis lagi. Barangkali pegawai-pegawai kerajaan yang saya istilahkan sebagai birokrasi elit di sini, pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai pelajaran yang tinggi dapat menilai di antara yang benar dengan yang tidak benar dan tidak lagi timbul soal yang dikatakan fitnah yang dibangkitkan oleh parti pembangkang sebab kenyataan adalah benar belaka seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kubang Kerian banyak hal rasuah, penyelewengan adalah semua betul belaka, tidak ada yang tidak betul, tidak ada fitnahnya. Sebab itu saya rasa hal-hal ini dapat dinilai dengan baik oleh pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi penghuni di Putrajaya nanti. Tuan Yang di-Pertua… Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup ya. Tuan Ramli bin Ibrahim: Sikit lagi tidak boleh. Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, masa Yang Berhormat sudah cukup. Tuan Ramli bin Ibrahim: Baru hendak baca laporan sedikit…. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah. Tuan Ramli bin Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mudah- mudahan Usul ini ada sumbangannya kepada negara, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya Rompin, Rompin. Saya mintalah supaya janganlah main politicking sangatlah, kita hendak buat sempadan Putrajaya sahaja. Ini jadi politik lawan parti sana, parti sini… Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Tumpat. Tuan Yang di-Pertua: Tidak adalah.. Dato' Kamarudin bin Jaffar: Tidak adalah…. Parit Sulong itu, teruk… .kalau dia berpolitik, sekat dia Dato. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-Pertua, Tumpat boleh menghayati ucapan saya, saya belum mulakan lagi… [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Silakan Rompin. Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-Pertua terima kasih, saya bangun menyokong usul untuk mewujudkan satu kawasan pilihan raya yang baru di Putrajaya, syabas kepada kerajaan. Satu usaha yang amat baik sekali kerana merasakan bahawa rakyat masyarakat di Putrajaya perlu mendapat seorang wakil di Parlimen ini. Saya juga mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana menggunakan nama Putrayaja itu bahawa kerajaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri merasakan perlu kita mengingati Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri kita yang pertama yang mendapatkan kemerdekaan di negara kita. Amat wajar sekali kita menamakan satu kerusi Parlimen mengingati perjuangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Allahyarham Tunku Abdul Rahman kerana kalau tidak kerana beliau, kita tidak dapat sebuah negara yang aman damai seperti kita semua nikmati sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, kesempatan yang saya ingin ambil juga bahawa di kawasan ini sesuai diadakan seorang wakil rakyat bahawa perlu masyarakat di sana mengadakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh membela sosioekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain lagi untuk memastikan ia benar-benar dapat

DR.9.4.2002 97

dibela. Sebab disebelah sana dia mewakili kerana politik sahaja bukan membela rakyat, Tumpat jarang balik langsung. [Suara yang membantah dari pihak pembangkang] Tuan Yang di-Pertua, saya sungguh bangga tadi di sebelah sana pun dia terpaksa membangkang tetapi nawaitu hari ini kita nawaitu itu, kita berterima kasihlah, nampak menyokong juga. Dia terpaksa sokong kalau tidak Putrajaya akan tolak dia…. Ha, itu dia sebenarnya ini strategi pilihan raya sahaja, esok dia tidak boleh kata kita sokong juga pegawai kerajaan bahawa dia menyokong, bahawa dia hendak menunjukkan kepada pegawai kerajaan bahawa dia menyokong mereka, kononnya dia bersetujulah diwujudkan pilihan raya, hatinya itu saya tidak tahulah nawaitunya. Tuan Yang di-Pertua, kita juga yakin bahawa kawasan itu di dalam statistik kita dapat tahun lalu dahulu hampir 500 juta Tuan Yang di-Pertua, melawat kawasan Putrajaya sebagai kawasan pelancongan… Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: [Menyampuk] Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: 500,000 sorry, 500,000, .500 juta pula, 500,000 nasib baik kawan saya dari Bagan Datok dia dahulu Pengerusi Bank dia nombor-nombor ini mendekati hati dia.[Ketawa] 500,000 Tuan Yang di-Pertua bukan kecil jumlah yang melancong di sana dan kita difahamkan yang melancong di sana bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi rakyat daripada seluruh dunia dan saya difahamkan di sebelah sana pun buat lawatan juga. Beberapa Ahli Pembangkang: [Membantah dan menyampuk] Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Ya, yang membuat lawatan juga tetapi dia tidak dapat menerima…. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat tolonglah, tolonglah ya. Kita cuba menghabiskan mesyuarat kita dalam keadaan yang baik. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Ya, yang baik itu Tuan Yang di-Pertua di sebelah sana susah dia hendak menerima agaknya. Sebab selalunya siang malam tidak ada cerita lain, hendak kata itu berdosa saya tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, di Putrajaya tadi Kota Bharu ini dia mula-mula ucapannya baik, tetapi lepas itu melencong sedikit sampai kata mahligai, yang sebenarnya Putrajaya itu dahulunya Ahli Parlimen kita buat lawatan bahawa hanya 20% sahaja tempat tinggal, 80% terdiri daripada Dewan Banquet, surau, jamuan makan dan tempat di kediaman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak sampai 20% kawasannya. Itu hendak tuduh mahligai dan sebagainya, saya ingat kalau boleh Kota Bharu ikut, ikut BBC kita buat lawatan kita tunjuk sendiri. Itu bukan mahligai, itu tempat kediaman untuk kita, bukan rumah kediaman Perdana Menteri yang tidak sampai 20% yang 80% itu adalah kita punya, masyarakat kita punya, yang termasuk Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat kalau profesional macam dahulu pensyarah baik, penuntut ramai tetapi bila masuk parti ini kadang-kadang lain juga, tetapi kalau parti PAS tidak apa juga ini Adil yang kucar lana ini... [Ketawa]. Tuan Yang di-Pertua, tadi Kepong Tuan Yang di-Pertua, dia merasakan bahawa tentang SPR perlu kita mengucapkan tahniah juga kepada SPR memastikan wujud satu kawasan Pilihan Raya dan SPR ini disarankan supaya menguruskan pilihan raya yang baik termasuk di kawasan ini dan DAP, Kepong bercakap sebagai DAP saya tidak tahulah apa tauliah dia sebagai DAP sebagai kawasan dia bolehlah sebagai DAP dan saya tidak nampak dia punya locus standi, saya nampak DAP lepas kalah Ketari ini menghadapi kehancuran saya rasalah, tetapi kalau di lantik Kepong sebagai Setiausaha Agung boleh hidup semula, saya rasa... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua… Beberapa Ahli Pembangkang: [Membantah dan menyampuk] Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Tuan Yang di- Pertua… [Seorang Ahli Yang Berhormat Pembangkang masih menyampuk] berilah peluang saya hendak bercakap. Tuan Yang di-Pertua, di sebelah tadi kawan saya daripada Kuala Krai yang baru bercakap tadi, ya, .Rantau Panjang dia bercakap kadang-kadang panjang-panjang

98 DR.9.4.2002

sahaja. Saya nampak bahawa kemudian yang terakhir itu, dia menyokong tetapi oleh kerana dia ini orang politik terpaksalah juga menguatkan hujah politik cuba mengaburi mata rakyat, namun demikian dalam usaha untuk mengusulkan supaya kawasan Putrajaya diadakan sebagai satu lagi kawasan Parlimen, saya di kawasan Rompin dan saya yakin di sebelah sini semua menyokong dan kita memohon di sebelah sana di Putrajaya, semua penduduk-penduduknya yang terpelajar, intelektual, pegawai- pegawai kerajaan, harapan kita adalah supaya mereka ini tidak dapat menerima tipu helah, kadang-kadang boleh dianggapkan sebagai penipuan seperti yang dihebahkan di seluruh negara dan saya minta supaya macam dahulu ada ura-ura kononnya hendak dijual Putrajaya tetapi semenjak dia melihat sendiri, saya yakin ini akan menjadi satu matlamat parti PAS untuk menjualkan Putrajaya sebab apa, saya yakin semua penduduk-penduduk, kakitangan kerajaan tidak bersetuju kalau mereka itu dijual kepada negara lain. Saya hendak bertanya pada parti PAS sama ada bersetuju dijualkan supaya warga kerja Perkhidmatan Awam di Putrajaya dijual kepada negara lain saya hendak bertanya kawan saya di sebelah sana, sama ada beliau bersetuju atau tidak bersetuju? Saya yakin bahawa di Putrajaya semua kakitangan kerajaan tidak dapat tertipulah kadang-kadang dakyah oleh sebelah sana yang masih menyokong mereka ialah mereka yang hatinya tertutup dan jiwanya sudah mati, yang terdiri daripada ahli-ahlinya sahaja… [Tepuk] Ini kalau itu…. Tuan Yang di-Pertua: Ya, masa Yang Berhormat sudah hendak habis sudah, satu minit sahaja lagi. Yang Berhormat Rompin, masa Yang Berhormat ada satu minit lagi. Sila gulungkan, sila gulungkan Yang Berhormat. Beberapa Ahli: Ya, teruskan, teruskan. Beberapa Ahli Pembangkang: Kenapa hendak panjang sangat? Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-Pertua oleh kerana masa pun sudah agak kehabisan, saya mengambil kesempatan untuk menyokong Usul ini memang sudah sampai masanya, suatu kawasan Parlimen di wujudkan di Putrajaya. Bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terakhirnya di kawasan Putrajaya Tuan Yang di-Pertua sendiri telah menjadi Speaker saya lupa berapa tahun Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang kita bermesyuarat hujan, bocor, air-conditioning pun kadang-kadang kurang baik, apa salahnya kalau dalam perancangan akan datang dicadang- kan juga, di sana juga diwujudnya Parlimen kita, insya-Allah. [Tepuk] Kerana di mana-mana negara lain, kawasan bandar pentadbiran itu juga ia sewajarnya meliputi juga Bangunan Parlimen seperti di bangunan ini, mungkin bangunan ini nanti boleh dijadikan muzium perundangan negara dan sementara itu Tuan Yang di-Pertua semasa kita hendak pindah kepada satu bangunan yang baru di Putrajaya mungkin sesuai kesempatan yang saya ambil dibaiki Parlimen kita ini supaya seperti juga kemudahan-kemudahan seperti yang ada di negara lain kerana bila mereka melawat bandar yang moden di Putrajaya satu pusat pentadbiran yang kita semua bangga bila datang ke mari kita risau akan merosakkan imej yang baik mereka dapati di Putrajaya sana. Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Ada tiga lagi Ahli Yang Berhormat, saya mintalah kerana yang saya dengar ini bukan berkenaan dengan persempadanan.… [Tepuk] [Dewan ini riuh].Ya, persetujuan pilihan raya, ya. Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua: Kalau sesiapa yang hendak berucap berkenaan dengan perkara lain saya akan berhentikan ucapannya… [Dewan riuh] Seorang Ahli: Rompin tadi itu? Tuan Yang di-Pertua: Tadi tidak beri amaran, sekarang baru bagi amaran, ya. Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Ya Seputeh, cuba jangan bercakap berkenaan dengan perkara yang lain-lain kerana saya fikir kalau tidak siapa akan meloncat.

DR.9.4.2002 99

7.16 mlm. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya akan fokus ucapan saya dalam sepuluh minit ini terhadap Putrajaya sahaja. Dengan menjadikan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan, sekarang kita mempunyai tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia selain daripada Kuala Lumpur dan Labuan. Walau bagaimanapun saya mempunyai beberapa soalan terhadap pentadbiran di Putrajaya ini. Pertama, kenapakah ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini di bawah badan berkuasa yang berlainan iaitu Kuala Lumpur di bawah DBKL yang terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri manakala Labuan yang ditadbir oleh Perbadanan Labuan dan Putrajaya yang ditadbir oleh Perbadanan Putrajaya yang mana kedua-dua wilayah ini diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Soalnya sekarang ialah mengapakah ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini diletakkan di bawah kementerian yang berlainan dan bukan satu kementerian yang sama walhal ia ditadbir secara telus oleh Kerajaan Persekutuan. Apakah ini bermaksud bahawa Kerajaan Persekutuan kita dibahagikan kepada dua kategori di mana Labuan dan Putrajaya merupakan Wilayah Persekutuan kelas kedua. Kenapakah ketiga-tiga ini tidak diletakkan di bawah satu kementerian yang sama seperti di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya cara pentadbiran ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini boleh mempunyai koordinasi yang lebih baik? Soalan kedua, dari segi pentadbiran, DBKL diketuai oleh Datuk Bandar dan Ketua Pengarah yang merupakan pemegang jawatan eksekutif manakala Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan diketuai oleh pengerusi yang merupakan jawatan bukan eksekutif dan CEO yang merupaan pemegang jawatan eksekutif. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidak bersangkut dengan persempadanan Putrajaya, Yang Berhormat. Puan Teresa Kok Suh Sim: Ini berkenaan dengan pentadbiran Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua: Tidak bersangkut Yang Berhormat. Puan Teresa Kok Suh Sim: Saya hendak bangkitkan soal politik seperti apa yang dibentangkan tadi tetapi hanya…. Tuan Yang di-Pertua: Yalah bukan soal politik Yang Berhormat ucapkan tetapi tidak bersangkut dengan Perbadanan Putrajaya. Bersangkut dengan pemerintahan Wilayah Persekutuan yang berbeza. [Ketawa] Sila gulungkanlah. Puan Teresa Kok Suh Sim: [Ketawa] Gulung? Saya baru mula sahaja. Okay yang sebenarnya seperti apa yang dikatakan, sistem pentadbiran ini, adakah ini akan menjejaskan keberkesanan dari segi pentadbiran di Putrajaya. Selain itu, sekiranya kerajaan berikhtiar untuk membangunkan Putrajaya menjadi bandar raya pada masa kelak. Kenapakah kerajaan tidak menubuhkan Majlis Perbandaran Putrajaya yang setaraf dengan DBKL untuk memudahkan pentadbiran pada masa depan. Saya juga ingin tanya sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk menubuhkan Wilayah Persekutuan yang satu lagi. Kalau ya, apakah tempat itu kerana nampaknya kita tidak ada tempat yang mempunyai exclusivity untuk dijadikan Wilayah Persekutuan nanti. Tuan Yang di-Pertua, unjuran pemilih pada tahun 2003 adalah 46,716. Angka ini adalah jauh lebih kurang daripada mana-mana kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur misalnya, di kawasan saya Seputeh pada tahun 1999 kawasan saya mempunyai lebih daripada 72 ribu pengundi tidak termasuk pengundi hantu lagi. Perbezaan pengundi di antara kawasan Parlimen di bandar dan bandar raya adalah, di kawasan bandar mesti terdapat lebih daripada 40 ribu pemilih manakala di bandar raya mesti mempunyai 60 ribu pemilih. Memandangkan kerajaan ingin menjadikan Putrajaya sebagai satu bandar raya, mengapakah kerajaan tidak tunggu sehingga Putrajaya mencapai pemilih sehingga 60,000 baru mewujudkan kawasan Parlimen di Putrajaya. Apakah ini menunjukkan kerisauan Barisan Nasional yang ingin menguatkan sokongannya dan kerusinya di Parlimen dengan harapan pegawai- pegawai kerajaan yang duduk di Putrajaya akan mengundi kepada Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Wilayah Persekutuan dianggap sebagai negeri dari taraf dan mata orang awam dan ia diwakili oleh salah satu jalur di bendera

100 DR.9.4.2002

kita. Sekarang, saiz ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia telah merupakan saiz sebuah negeri dan malah ianya lebih besar daripada saiz negeri Perlis dan mungkin Kedah. Kita mempunyai 11 Ahli Parlimen sehingga sekarang. Apakah Kerajaan Persekutuan mempunyai rancangan untuk memajukan pentadbiran ketiga-tiga wilayah ini dengan menubuhkan institusi seperti Dewan Undangan Negeri untuk Wilayah Persekutuan supaya perkhidmatan dan pentadbiran yang lebih baik boleh dilaksanakan. Saya sebagai seorang Ahli Parlimen dari Kuala Lumpur, saya selalu dibebankan oleh masalah yang diakibatkan oleh ketidakberkesanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga pejabat saya seolah-olah menjadi cawangan perkhidmatan DBKL. Daripada rekod yang lepas, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan sahaja mengabaikan dan mengetepikan aduan daripada Ahli Parlimen parti pembangkang malah mereka tidak mempedulikan Ahli Parlimen Barisan Nasional malah termasuk menteri. Rekod di dunia menunjukkan cara yang paling baik untuk mentadbir sesebuah bandar dengan berkesan adalah dengan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seperti dalam tahun 60-an. Saya telah menghantar usul untuk memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dalam setiap sidang Parlimen sejak saya dipilih dan dalam usul saya, saya juga menyeru kerajaan mengadakan sistem pemilihan Datuk Bandar supaya penduduk dalam satu bandar boleh memilih Datuk Bandar mereka sendiri. Jadi saya berharap dengan adanya Putrajaya dan persempadanan Putrajaya dan juga pembentukan Putrajaya kerajaan akan menimbang semula cadangan ini supaya pentadbiran di Putrajaya akan dipantau dengan adanya Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Saya juga berharap kerajaan boleh mengambil keadaan DBKL di mana belanjawannya dan urusannya selalu kurang pemantauan dan sehingga menyusahkan rakyat boleh dicontohi oleh pihak pentadbir di Putrajaya. Saya juga berharap pihak pentadbiran di Putrajaya dapat belajar daripada masalah yang wujud di Kuala Lumpur khususnya dari segi perancangan bandar dan sistem pengangkutan yang teruk. Buat masa kini saya mendapati sistem pengangkutan awam di Putrajaya masih kurang baik. Susah bagi orang awam dari tempat lain untuk pergi ke Putrajaya. Hanya orang yang berkereta dapat pergi ke Putrajaya. Ramai orang yang tidak biasa dengan jalan di Putrajaya selalu sesat dalam perjalanannya kerana tanda-tanda jalan yang tidak jelas dan mengelirukan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Pembentukan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan dengan bangunan-bangunan yang canggih, environment kerja yang selesa dan sistem pengangkutan awam yang kurang sempurna ini mungkin akan mempengaruhi fikiran dan rancangan pemimpin dan pegawai kerajaan sehingga mereka menggubal dasar- dasar yang mungkin jauh daripada realiti rakyat dan penduduk di tempat lain kerana pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja dan duduk di Putrajaya kurang berpeluang untuk turun padang dan memahami kesusahan dan kepahitan hidup rakyat. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta gulung Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat sudah cukup. Puan Teresa Kok Suh Sim: Saya berharap kerajaan akan mengambil perhatian terhadap isu-isu yang dibentangkan. Sekian terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya Kubang Kerian. 7.25 mlm. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Putrajaya adalah satu kawasan yang eksklusif, sama ada dari segi kos pembangunannya, manusia yang mendudukinya, mahu pun kawasan pilihan raya yang kita sedang bincangkan untuk membentuk sempadannya pada hari ini. Mengikut buku yang telah dibentangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk perbahasan pada petang ini, kawasan pilihan raya yang kita akan bentukkan ini mempunyai - buat masa sekarang - 28 orang pengundi dan mereka tinggal dalam satu daripada lima kawasan peti undi iaitu di Taman Metropolitan. Kesemua mereka mendaftar dalam taman ini dan empat taman lain yang diwujudkan sebagai peti undi adalah kosong buat masa ini.

DR.9.4.2002 101

Oleh kerana itu, sesiapa sahaja yang berpeluang bertanding di kawasan ini adalah sangat beruntung, sama ada mereka menang ataupun kalah kerana undi yang perlu diperolehi hanyalah dalam beberapa belas undi. Dan mengikut rekod ini, Putrajaya untuk tahun tahun 2001, bilangan pengundinya ialah 84 orang, iaitu pada akhir 2001. Tetapi, kata SPR, unjuran bagi 2003 ialah 46,715 orang. Kita sekarang berada pada pertengahan tahun 2002 dan untuk mencapai 2003, kita ada lebih kurang masa satu tahun. Saya kurang yakin bahawa unjuran 46,000 orang ini akan dicapai. Jika sekiranya bilangan pengundinya adalah kecil dan kawasan ini adalah ekslusif, segala pembangunan telah mencapai tahap yang begitu excellent, sesiapa sahaja yang menjadi wakil rakyat di kawasan ini adalah beruntung. Komposisi pengundinya pada pandangan saya, Tuan Yang di-Pertua, ialah sebahagian besar daripada pegawai kerajaan akan mendaftar sebagai pemilik di kawasan ini. Kita semua tahu bahawa pengundian dijalankan melalui peti-peti undi yang tertentu dan pengundian pembilangan undi dijalankan di satu-satu tempat yang tertentu. Pembentukan kawasan pilihan raya yang eksklusif seperti ini memerlu- kan sikap keterbukaan politik daripada pemimpin-pemimpin kita dan se- bahagian besar daripada elit pentadbiran negara, mungkin akan mendaftar sebagai pengundi dan apa- apa sikap yang akan mereka tunjukkan melalui proses demokrasi yang sama rata bagi semua rakyat nanti, sama ada akan menyebelahi kerajaan ataupun pembangkang mestilah diterima secara yang terbuka. Saya rasa inilah satu komplikasi yang akan wujud, iaitu sekiranya kita telah membentuk kawasan ini menjadi kawasan pilihan raya, seharusnya kegiatan politik akan berlaku di kawasan ini termasuklah ceramah, aktiviti- aktiviti politik yang lain dan kemuncaknya ialah proses pengundian. Oleh kerana itu, demokrasi bukan sahaja membentuk satu sempadan pilihan raya yang eksklusif seperti ini, tetapi ialah bagaimanakah keterbukaan politik untuk menerima kegiatan politik di pusat pentadbiran yang begitu eksklusif ini dan juga keputusan politik yang akan bakal dibuat oleh para pengundi. Ini ada kaitan dengan kedudukan-kedudukan yang kita alami pada hari ini, yang saya tidak akan kembangkan dalam perbahasan ini. Saya juga bersetuju dengan Rantau Panjang bahawa lima kawasan ataupun peti undi yang kita bentukkan di sini, jika sekiranya benar unjuran SPR bahawa para pengundi akan menjadi 46,000 pada tahun hadapan, bermakna jika kita pecahkan kepada lima peti undi, kita akan ada lebih kurang 9,000 orang pengundi bagi tiap-tiap satu peti undi dan ini adalah satu bilangan yang besar jika sekiranya bilangan tersebut dicapai. Jika sekiranya, bilangan ini tidak dicapai, ia kekal hanya dalam ratusan para pemilik rumah yang kita andaikan akan berpindah dan kemudiannya mendaftar di sini, tetapi tidak berbuat demikian untuk menjaga kerahsiaan politik ataupun pengundian mereka. Kerahsiaan dan pengundian adalah satu perkara yang sangat penting. Bila kita buat lima peti undi dalam kawasan pilihan raya ini, kita akan tahu KSN duduk di mana, Ketua Setiausaha mana-mana kementerian duduk di mana dan undi ini akan dibuang dalam peti undi di mana mereka mendaftar sebagai pemilih. Jika sekiranya pembangkang akan mendapat undi yang lebih dalam satu-satu peti undi itu, syak wasangka akan timbul. Ini satu perkara yang saya yakin adalah jelas untuk kita perhatikan komplikasi yang akan dialami oleh para pengundi untuk menentukan sikap mereka, kecuali kita mempunyai satu keterbukaan politik. Saya bersetuju dengan back-benchers bahawa pembangkang harus menjadi seperti pembangkang Amerika, tetapi kerajaan juga haruslah menjadi seperti sebuah kerajaan demokratik seperti Amerika. Saya tidak hendak ulas perkara yang menimbulkan sensitif. Seorang Ahli: [Ketawa] Tuan Husam bin Haji Musa: Mengikut rekod ini, pengundi wanita adalah lebih besar daripada pengundi lelaki dan ada kemungkinan jika PAS diberi bertanding, PAS akan meletakkan calon wanita di sini. Ada kemungkinan. Jadi, jangan terkejut. Saya hanya memberikan satu imbasan, supaya political flexibility dicanaikan daripada sekarang kerana Putrajaya adalah satu kawasan yang sensitif untuk ditandingi dan untuk dilaksanakan satu contoh proses demokrasi yang benar-benar tinggi mutu dan nilainya, bukan satu kawasan yang ekslusif, tetapi restricted kepada sekatan-sekatan demokrasi dan politik yang akan berlaku.

102 DR.9.4.2002

Jadi, ingatan ini ialah untuk membolehkan kita mewujudkan sempadan pilihan raya ini bersekali dengan perkakas-perkakas demokrasi bagi membuktikan bahawa kawasan eksklusif ini boleh ditandingi secara bebas, keputusannya akan dihormati dan tidak ada tekanan-tekanan akan dikenakan kepada mana-mana pihak untuk bergerak melaksanakan aktiviti dan program politik dalam kawasan ini. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Arau. Selepas itu, menteri menjawab, ya. Seorang Ahli: Sepang. Tuan Yang di-Pertua: Sepang, ya? Oohh! Ya, Sepang. [Ketawa] Puan Chong Eng: [Menyampuk] 7.31 mlm. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pendek sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin: Sebagai Ahli Parlimen bagi Putrajaya setakat ini, saya juga rasa terpanggil untuk memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini, kerelaan kami bagi pihak pengundi dan rakyat Sepang untuk melepaskan Putrajaya apabila selesai persempadanan bahagian pilihan raya nanti, insya-Allah. [Tepuk] Beberapa Ahli Pembangkang. [Menyampuk] Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin: Tidak ada, gembira! Sebagaimana yang kita maklum, Tuan Yang di-Pertua, Selangor telah menyerahkan wilayahnya kali yang kedua kepada Kerajaan Persekutuan selepas Kuala Lumpur pada 1 Februari tahun 1974. Alhamdulillah, usaha kita tidak sia-sia. Jika kita lihat pembangunan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang pesat pada hari ini sehingga ramai orang dari serata negeri termasuk dari Kelantan dan Terengganu tertumpu di sini untuk mencari rezeki dalam pelbagai lapangan pekerjaan. Adalah dijangkakan bahawa 3.8 peratus sahaja rakyat yang akan tinggal di luar bandar. Keperluan tempat tinggal juga kian bertambah. Kuala Lumpur kini terkenal sebagai ibu kota pesat membangun dan dilawati oleh segenap pelancong daripada dalam dan luar negara. Kita juga berharap Putrajaya - yang dahulunya dikenali sebagai Perang Besar - juga akan mengalami kepesatan ekonomi dan dapat memberi sumbangan yang besar kepada rakyat. Kawasan ini dahulunya hanyalah ladang-ladang atau hutan dengan penghuni yang hanya 361 orang, yang tidak kita impikan akan bertukar dan sudah pun bertukar menjadi bandar yang hebat dan mungkin terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan. Dahulunya, tidak ramai orang yang mahu berkhidmat di kawasan Sepang yang malap seakan tempat “jin bertendang”, namun pembinaan Putrajaya yang memakan tanah seluas 4,931 hektar ini telah menceriakan suasana. Rakyat mendapat faedah daripada peningkatan peluang pekerjaan, peningkatan nilai harga tanah dan kunjungan para pelancong dari dalam dan luar negara. Ini adalah kesan baik daripada penubuhan Persekutuan Putrajaya. Langkah SPR yang akan melaksanakan persempadanan semula bahagian pilihan raya tahun depan sekaligus akan membawa kepada pertambahan kerusi peringkat Parlimen. Kita sedia maklum, sememangnya wujud pertambahan kerusi Parlimen dari penggal ke penggal. Misalnya, pada tahun 1964 dan 1999, membabitkan 104 kerusi Parlimen dari tahun 1999 sebanyak 193 kerusi Parlimen. Dengan ini, kita dapat membayangkan bahawa Putrajaya akan diwakili oleh seorang Ahli Parlimen. Keadaan ini amat tepat sekali memandangkan Putrajaya, yang mana bilangan penduduknya akan bertambah, sesuai dengan kemajuan prasarana, amat sesuai dengan prasarana, amat memerlukan wakil rakyat yang bertindak sebagai pemikir, perancang dan pelaksana yang akan mencorakkan pembangunan Putrajaya. Saya tahu, ramai yang berkeinginan untuk menjadi wakil rakyat bagi kawasan Putrajaya - termasuk PAS yang dulunya ingin melelong kawasan Putrajaya ini - namun begitu, saya berharap wakil rakyat yang akan dicalonkan nanti, terutama sekali calon Barisan

DR.9.4.2002 103

Nasional, insya-Allah, merupakan individu yang memahami masalah dan visi masyarakat kawasan yang akan ditadbir itu. Selain dari itu sebagaimana rakan-rakan saya semalam sewaktu membahaskan Akta Pilihan Raya, setiap individu yang ingin menjadi calon wakil rakyat itu perlulah benar-benar berwibawa, bukannya bertanding untuk mencuba nasib atau bersuka-suka sahaja tetapi biarlah mengetahui kehendak masyarakat, mempunyai pengalaman dan kepakaran di dalam pentadbiran sesuatu bidang. Dengan itu, barulah Putrajaya dapat berkembang sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang agung. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, kepada rakan-rakan dan penyokong Barisan Nasional janganlah risau, insya-Allah Parlimen Putrajaya akan tetap menjadi milik Barisan Nasional selepas persempadanan nanti seperti yang lepas-lepas sebelum berpisah dengan Parlimen Sepang. Ini Tuan Yang di-Pertua, terbukti calon PAS kononnya hebat tetapi dapat saya kalahkan dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya yang lepas. [Tepuk] Sekian, saya mohon menyokong. Beberapa Ahli: Syabas Yang Berhormat! Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri menjawab ya. 7.36 mlm. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian membahaskan usul berkaitan dengan persempadanan Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, sejumlah 10 orang kesemuanya telah membahaskan usul ini, dan kepada setiap yang telah mengambil bahagian tentulah mengharapkan bahawa Putrajaya pada suatu hari nanti, bukan hanya menjadi pusat negara dan pusat kegiatan pelbagai jenis dan juga corak perlakuan manusia tetapi juga mercu kepada segala-galanya yang baik untuk negara kita. Yang Berhormat bagi Parit Sulong dengan pandangan beliau bahawa pembangkang akan berpusu-pusu ke Putrajaya, ini adalah telahan yang beliau buat yang mana mungkin pada suatu hari mereka sendiri akan memadamkan label “lelong” yang pada suatu ketika dahulu telah dikeluarkan dari bibir pemimpinnya sendiri. Marilah kita lihat agar kenyataan itu akan memberi suatu tempeleng yang keras kepada PAS, dan Barisan Nasional juga akhirnya insya-Allah akan memenangi segala pilihan raya di sana. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kepong membuat sangsian terhadap kenapa lama sangat katanya tindakan untuk memper- sempadankan ini dilakukan. Saya suka merujuk kepada Fasal 3(a) Perkara 113 Perlembagaan yang memberi peruntukan bahawa kajian semula itu hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi dua tahun dari tarikh mula berkuat kuasanya undang-undang yang membuat pengubahan itu. Kalau dalam tempoh lapan bulan SPR berjaya mewujudkan persempadanan ini, saya kira itu adalah satu tempoh yang amat singkat dan tahniah kepada SPR. Kalau Yang Berhormat bagi Kepong tidak mahu memberi tahniah kepada SPR maka kita dari Barisan Nasional terus memberi tepukan dan pujian kepada SPR. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kluang telah mengemukaok kan pandangan supaya pentadbiran Persekutuan menjadi lebih efisien dan semua anggaran yang telah diperbuat menjelang tahun 2003 tercapai. Pandangan itu selaras dengan laporan persempadanan ini dan tiada apa-apa yang bercanggah dengannya. Mengenai pandangan Yang Berhormat bagi Rantau Panjang yang mengatakan bahawa Putrajaya adalah sesuatu yang mungkin dimonopoli oleh pihak berkuasa UMNO atau Barisan Nasional, ini memang impian Barisan Nasional dan UMNO. [Tepuk] Kita tidak mahu menyorokkan impian ini oleh kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, yang menjadi arkiteknya maka kita akan menjadi para masonnya dari UMNO dan BN. [Tepuk] Dikatakan bahawa lima daerah mengundi ini tidak cukup. Ini adalah pandangan yang dianggap sebagai terlalu awal oleh kerana sesuatu daerah mengundi itu boleh pada bila-bila masa dalam satu tahun diubah oleh SPR. Justeru, saya

104 DR.9.4.2002

memohon supaya Ahli Yang Berhormat meneliti kaedah-kedah pendaftaran dan juga kaedah-kaedah perjalanan pilihan raya supaya memahami apa yang telah diperuntukkan di dalam undang-undang. Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kubang Kerian bangun, Yang Berhormat. Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat sedikit pandangan Yang Berhormat, Arca Tiga Arkitek menyatakan bahawa mahligai Perdana Menteri nilainya ialah RM200 juta. Adakah ini benar? Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, semua huraian ini telah pun dijawab di Dewan ini dalam sidang yang lalu dan sidang-sidang yang sebelumnya. Oleh itu, sekiranya Yang Berhormat bagi Kubang Kerian memerlukan jawapan itu ditatap semula, saya hanya memohon supaya apa yang telah tercatat dalam rekod Dewan Rakyat ini diteliti semula. Jumlah yang disebutkan itu adalah sesuai dengan apa yang telah dihuraikan oleh Yang Berhormat bagi Rompin sebentar tadi, iaitu hanya sebahagian kecil daripada kompleks tersebut yang dihuni sebagai tempat residen, dan selainnya adalah untuk negara. Sahabat-sahabat dari PAS, DAP ataupun Keadilan boleh mengunjungi ke kawasan yang dinamakan sebagai kediaman Perdana Menteri. Tiada sesiapa yang menghalang dan sekiranya masih berminat untuk meneliti berapa kosnya, maka rekod di Parlimen ini pun boleh diteliti semula. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada ..... Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kubang Kerian bangun pula, Yang Berhormat. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Saya teruskan dahulu, Tuan Yang di- Pertua. [Disampuk] Oleh kerana ini hanya suatu usul, ini bukan akta di mana kita perlu meminda, dan di mana PAS hendak cuba sekali lagi barangkali untuk memasukkan pelbagai spanar kepada roda yang sedang berjalan. Saya kira ini tidak boleh diiktirafkan sebagai satu perasaan atau pendirian yang tulen demi demokrasi, yang sentiasa beliau-beliau di sana menyatakan tetapi tidak mengamalkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Bandau menyatakan bahawa bangunan-bangunan di Putrajaya katanya banyak seperti kotak sahaja. Jadi beliau pun berkata “Kotak, kotak” sahaja. [Mengajuk loghat Sarawak][Ketawa] Saya hendak menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya sering-sering ke Putrajaya. Lebih banyak struktur di sana yang mencerminkan artifak serta bentuk-bentuk yang lebih menarik. Masjidnya yang begitu indah, kompleks pejabat kerajaannya yang tersusun dengan struktur yang menarik, dan pada malam hari cuba-cubalah pergi ke seberang perairan Putrajaya dan lihat ke mari, dan cuba rasakan betapa indahnya kawasan ini yang satu hari akan menjadi “Gem of the Nation”, dengan izin. Walau bagaimanapun, saya percaya arkitek-arkitek akan datang akan cuba memperbaiki struktur tersebut tetapi pokoknya apa yang kita nilai setakat ini adalah terlalu awal, manakala Putrajaya selesai dengan pembangunannya, saya yakin ia terus menjadi kebanggaan setiap warga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Seputeh banyak mengemukakan perkara-perkara yang tidak berkaitan, cuma perlu saya nyatakan bahawa kerajaan terpaksa menentukan sistem pentadbiran bagi Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya di bawah pelbagai pihak berkuasa. Sama ada Putrajaya perlu satu hari mempunyai Datuk Bandar atau terus dengan sistem yang ada sekarang, hanya masa akan menentukan dan tuntutan zaman menentukannya sama. Tuan Yang di-Pertua, Parlimen baru yang digambarkan oleh Yang Berhormat bagi Rompin, kalau tidak silap saya, saya pernah menjawab masalah dan soalan ini di Dewan Negara tahun lalu dan jawapan itu saya fikirkan perlu disampaikan semula. Yakni tidak ada lagi penentuan dibuat oleh kerajaan sama ada untuk mewujudkan Parlimen atau bangunan Parlimen baru di Putrajaya atau sebaliknya. Ini juga terpaksa berasas kepada kemungkinan dan perkembangan kependudukan di Putrajaya serta perlunya sama ada bangunan tersebut boleh diwujud dan dirikan mengikut keperluan

DR.9.4.2002 105

semasa pada masa itu. Walau bagaimanapun pandangan ini adalah pandangan yang progresif dan mungkin pihak-pihak berkuasa di Putrajaya, khususnya mereka yang menyampaikan maklum balas kepada perancang akan membuat beberapa rumusan kemudiannya. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, Yang Berhormat bagi Kota Bharu, sambil menangkis ucapan Yang Berhormat bagi Parit Sulong mengatakan supaya kita jangan puji tinggi-tinggi sangat terhadap Perdana Menteri, dan di samping itu beliau melihat kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri minta dipuji juga. Kita tidak makan puji sebenarnya dalam Barisan Nasional. Tinggal lagi kalau parti Keadilan dan PAS hendak puji sedikit, kami terima [Ketawa] oleh kerana sistem yang diwujudkan oleh Barisan Nasionallah yang menyebabkan PAS, Keadilan dan DAP dapat tumpang semangkuk duduk dalam Dewan ini. [Tepuk] Ini sistem yang telah kita bina, dan apa salahnya kalau kita katakan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, dan dengan keadaan yang telah kita rasai dan kita lalui, kita akan memberi banyak lagi pujian serta penghargaan kepada para pemimpin kita. Tuan Yang di-Pertua, ada 11 celahan yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, memadai bagi saya hanya menyebut Yang Berhormat bagi Sri Gading, Rompin, Kuala Kedah, Sipitang, Shah Alam, Kinabatangan, Larut, Arau yang telah memberi pandangan-pandangan kesemuanya memberikan sokongan yang penuh kepada usul yang sempat dibawa atas nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya akhiri dengan menyatakan bahawa walau apa pun yang telah disebut oleh PAS, DAP dan KeADILan di Dewan ini, kita tetap menyatakan bahawa kawasan Putrajaya adalah the Gem of the Nation dengan izin. Tempat ini dahulu dikenali dengan nama Ladang Prang Besar. Oleh itu kalau sekali lagi kita berperang besar untuk menyelamatkan negara menerusi Putrajaya kita sanggup. Terima kasih. [Dewan riuh] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Kita perang lawan Barisan Nasional dulu. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, [Ketawa] Yang Berhormat bagi Pokok Sena dia suka bercakap di tempat duduk dia. [Ketawa] [Dewan riuh] Kadang- kadang kita beri dia berucap tetapi dia tidak puas. Dia bercakap pula dalam masa dia duduk. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Tidak ada di dalam peraturan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, tidak ada di dalam peraturan Yang Berhormat. Ya, saya setuju. Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri itu tadi hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut Artikel 10 Jadual ke 13 Perlembagaan Persekutuan, Usul ini hendaklah dipersetujui oleh tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan Ahli Dewan ini. Maka dengan ini saya mengarahkan belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi] Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, penghitung- penghitung undi sila ambil tempat masing-masing. [Pengundian dijalankan] • Kumpulan A Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting • Kumpulan B Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Kerk Choo Ting

106 DR.9.4.2002

• Kumpulan C Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail • Kumpulan D Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis • Kumpulan E Dato’ Mohd. Zain bin Omar • Kumpulan F Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat inilah keputusannya dan diharap janganlah terkejut. [Ketawa] Ahli-ahli yang bersetuju ialah 134; [Tepuk] Yang tidak bersetuju tidak ada. [Dewan gamat] [Tepuk] Dan yang tidak mengundi tidak ada [Dewan gamat]

YANG BERSETUJU: 134 YANG TIDAK BERSETUJU: - Tiada - [Nama Ahli-ahli yang bersetuju dan yang tidak bersetuju adalah seperti di lampiran] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Sokong pun depa marah, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, dia sokong jangan marahlah [Ketawa] Yang Berhormat, mintalah kita akan meneruskan mesyuarat kita. Oleh yang demikian Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diluluskan sekarang. [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menutupkan Majlis, saya bagi pihak Timbalan-timbalan Yang di-Pertua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang memberikan kerjasama kepada kami Speaker yang duduk di atas Kerusi ini. Kadang-kadang bukanlah senang selalu. [Ketawa] Kadang-kadang susah hendak menimbang perasaan orang tetapi bagaimanapun kita dapat menunaikan tugas kita kepada menjalankan mesyuarat dengan cukup elok dan diharapkan kita bekerjasama dengan bersungguh-sungguh untuk menjaga pemerintahan negara kita dalam sistem demokrasi supaya negara kita akan terus menjadi makmur, aman dan stabil. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akhirnya mengucapkan selamat pulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan selamat datang semula dalam bulan Jun ini. Dengan demikian Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dengan segala sukacitanya menutupkan mesyuarat ini dan ditangguhkan ke suatu masa yang tidak ditetapkan. [Tepuk] Dewan ditangguhkan pada pukul 7.58 malam.