SUHAKAM Laporan Tahunan 2019
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
LAPORAN TAHUNAN 2019SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA Malaysia LAPORAN TAHUNAN 2019SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA Malaysia CETAKAN PERTAMA, 2020 Hak cipta terpelihara Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Kesemua atau mana-mana bahagian laporan ini boleh disalin dengan syarat pengakuan sumber dibuat atau kebenaran diperolehi daripada SUHAKAM. SUHAKAM menyangkal sebarang tanggungjawab, waranti dan liabiliti sama ada secara nyata atau tidak terhadap sebarang salinan penerbitan yang dibuat tanpa kebenaran SUHAKAM. Adalah perlu memaklumkan penggunaan. Diterbitkan di Malaysia oleh SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) Tingkat 11, Menara TH Perdana 1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur E-mel: [email protected] URL : http://www.suhakam.org.my Dicetak di Malaysia oleh Mihas Grafik Sdn Bhd No. 9, Jalan SR 4/19 Taman Serdang Raya 43300 Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan Dalam Penerbitan ISSN: 2672 - 748X ANGGOTA SURUHANJAYA 2019 Dari kiri: Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal (Pesuruhjaya Kanak-kanak), Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, Datuk Godfrey Gregory Joitol, Encik Jerald Joseph, Tan Sri Othman Hashim (Pengerusi), Dato’ Mah Weng Kwai, Datuk Lok Yim Pheng, Dr. Madeline Berma dan Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila bt. Nik Saleh iv LAPORAN TAHUNAN 2019 KANDUNGAN PERUTUSAN PENGERUSI viii RUMUSAN EKSEKUTIF xvi BAB 1 MENERUSKAN MANDAT HAK ASASI MANUSIA 1.1 PENDIDIKAN DAN PROMOSI 2 1.2 KUASA MENASIHAT BERHUBUNG ASPEK 34 PERUNDANGAN DAN DASAR 1.3 ADUAN DAN PEMANTAUAN 41 1.4 KOMUNIKASI DAN KETERLIBATAN 89 ANTARABANGSA 1.5 SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 110 SUHAKAM DAN HARI HAK ASASI MANUSIA 2019 BAB 2 PEJABAT SABAH 115 BAB 3 PEJABAT SARAWAK 129 BAB 4 PEJABAT PESURUHJAYA KANAK-KANAK 139 BAB 5 BIDANG TEMATIK 5.1 ORANG ASLI/ASAL 154 5.2 KANAK-KANAK 165 5.3 WANITA DAN GENDER 172 5.4 PEMERDAGANGAN MANUSIA 177 5.5 PELARIAN DAN PENCARI SUAKA 180 5.6 ORANG KURANG UPAYA 182 5.7 PEKERJA 189 5.8 PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA 193 5.9 KESAMARATAAN DAN DISKRIMINASI 202 5.10 ISLAM DAN HAK ASASI MANUSIA 214 5.11 HUKUMAN MATI 223 BAB 6 PENTADBIRAN DAN KEWANGAN 227 SUHAKAM v LAMPIRAN LAMPIRAN I 240 Kenyataan Media LAMPIRAN II 242 Senarai Aktiviti LAMPIRAN III 263 Ceramah, Mesyuarat, Bengkel dan Persidangan – Peringkat Nasional LAMPIRAN IV 310 Ceramah, Mesyuarat, Bengkel dan Persidangan – Peringkat Antarabangsa LAMPIRAN V 316 Mesyuarat Bulanan – Kehadiran Pesuruhjaya SUHAKAM LAMPIRAN VI 321 Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan SUHAKAM LAMPIRAN VI I 343 Gambar Pegawai dan Kakitangan SUHAKAM SENARAI SINGKATAN 353 Perbincangan mengenai undang-undang “ hak asasi manusia, dasar, kelaziman dan amalan kini dilakukan secara terbuka dan telus dalam setiap peringkat masyarakat. Ini merupakan suatu perkembangan yang amat menggalakan. ” PERUTUSAN PENGERUSI viii LAPORAN TAHUNAN 2019 PERUTUSAN PENGERUSI Tahun 2019 merupakan tahun istimewa buat SUHAKAM yang menyambut ulang tahun ke-20 pada 9 September. Buat julung kalinya juga, Laporan Tahunan SUHAKAM dibahaskan di Parlimen menjadikan ia sebagai satu penanda aras yang penting buat SUHAKAM. Dewasa ini, jelas kelihatan kepekaan dan kesedaran masyarakat berkenaan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang berada pada tahap yang tinggi jika dibandingkan dengan tahun- tahun sebelumnya. Perbincangan mengenai undang-undang hak asasi manusia, dasar, kelaziman dan amalan kini dilakukan secara terbuka dan telus dalam setiap peringkat masyarakat. Ini merupakan suatu perkembangan yang amat menggalakan. Sebelum ini, perbincangan berkaitan hak asasi manusia sukar dilakukan dan hanya boleh berlaku dengan kerjasama antara kerajaan dan masyarakat sivil. Sungguhpun begitu, tahun 2019 juga menyaksikan beberapa ahli politik mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, isu penahanan kanak-kanak, moratorium terhadap hukuman mati mandatori sahaja, Sejak serbuan terhadap pengikut penubuhannya“ syiah, kegagalan pihak berkuasa pada tahun 1999, mempertahankan hak untuk SUHAKAM secara berhimpun dan kebebasan bersuara konsisten mengulangi (memberikan pendapat), termasuk seruannya agar peningkatan retorik perkauman laporan tahunannya dalam media. dibahaskan di Parlimen. Ia Rakyat Malaysia menaruh harapan mengambil masa yang tinggi terhadap kerajaan untuk selama 20 tahun membangunkan hak asasi manusia dan perubahan di negara ini selepas lebih setahun kerajaan untuk hal ini pentadbiran. Meskipun ramai yang tidak sabar menantikan perubahan, direalisasikan namun secara realitinya apa jua ” SUHAKAM ix perubahan tetap mengambil masa. Justeru, SUHAKAM mengalu-alukan pindaan perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi dan memperkenalkan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, begitu juga mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC). Walaupun telah berdepan dengan penangguhan dalam tempoh yang panjang, hari ini kita dapat lihat usaha ke arah itu telah bermula di sebalik beberapa isu yang mungkin melambatkan penubuhan IPCMC. SUHAKAM akan terus menyokong usaha kerajaan dalam pembaharuan dasar dan undang-undang berkaitan hak asasi manusia dan terlibat dalam merangka dan mengkaji semula undang- undang berkaitan gangguan seksual, anti diskriminasi terhadap wanita, pekerjaan, pekerja domestik dan pemansuhan hukuman mati mandatori. Walaupun perkembangannya agak perlahan namun SUHAKAM amat berharap semua usaha ini dapat disegerakan. Apa yang jelas, sepanjang tahun ini, reaksi terhadap SUHAKAM dan hak asasi manusia telah berubah. SUHAKAM dianggap sebagai pihak yang mempunyai reputasi dan kredibiliti dalam bidang hak asasi manusia dalam negara dan menerima sejumlah besar memorandum dari pelbagai organisasi masyarakat sivil dan individu tentang pelanggaran hak asasi manusia. Peranan SUHAKAM dipandang serius dan diikuti secara dekat oleh pihak media dan masyarakat. Tidak dapat dinafikan bahawa sehingga kini, pelaksanaan hak asasi manusia berada pada tahap yang rendah malah bukan dalam senarai keutamaan kerajaan. Sungguhpun begitu, SUHAKAM menaruh keyakinan tinggi terhadap senarai cadangan mengenai pembaharuan undang-undang yang berkaitan hak sivil, politik dan ekonomi rakyat Malaysia serta janji untuk pelaksanaannya. Sejak penubuhannya pada tahun 1999, SUHAKAM secara konsisten mengulangi seruannya agar laporan tahunannya dibahaskan di Parlimen. Ia mengambil masa selama 20 tahun dan perubahan kerajaan untuk hal ini direalisasikan, akhirnya Laporan Tahunan SUHAKAM 2018 telah dibahaskan pada 5 Disember 2019 buat pertama kalinya, menjadikan ia sebagai penanda aras terhadap kesedaran masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong memulakan sesi dengan menyoroti kerja yang dilakukan oleh SUHAKAM dengan perhatian khusus kepada kerjasama SUHAKAM x LAPORAN TAHUNAN 2019 dengan pihak berkuasa agama negeri, dan Kementerian Pendidikan dalam memperkenalkan pendidikan hak asasi manusia di sekolah serta nasihat mengenai dasar/undang-undang yang berkaitan dengan isu pelarian. Menteri juga mengulas mengenai Inkuiri Awam Kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat terutama mengenai dapatan inkuiri yang mana akan mendorong Malaysia ke arah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Semua Orang dari Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED). Beliau turut membangkitkan isu berkaitan hak kanak-kanak, termasuk perkahwinan kanak-kanak, penderaan dan eksploitasi seksual yang memberikan kesan terhadap akses pendidikan, kesihatan, kesaksamaan dan tiada diskriminasi. SUHAKAM Beberapa isu lain dalam Laporan “terus memainkan Tahunan SUHAKAM 2018 yang peranannya sebagai dibangkitkan oleh ahli parlimen hos kepada kontinjen seperti hak kanak-kanak, wanita, Suruhanjaya Serantau kesaksamaan dan tiada diskriminasi, Hak Asasi Manusia kemiskinan, kerakyatan, pelarian dan Bangsamoro Wilayah pencari suaka, orang kurang upaya, Autonomi Filipina, pekerja, golongan lesbian, gay, yang menyatakan biseksual dan transgender (LGBT), minat mereka mangsa pemerdagangan manusia, dalam menjadikan Orang Asli/Asal dan hak tanah, struktur kerja mangsa kehilangan paksa, undang- undang keselamatan, penglibatan SUHAKAM sebagai SUHAKAM dalam pembaharuan contoh. Semestinya dan nasihat undang-undang serta perkembangan ini pengukuhan SUHAKAM bagi mematuhi membanggakan sepenuhnya Prinsip Paris. sekaligus menunjukkan bahawa Kebanyakan ahli parlimen turut SUHAKAM merupakan menyokong dan mempercayai institusi yang bahawa SUHAKAM seharusnya dihormati di peringkat mendapat sokongan penuh, dibiayai antarabangsa serta dan diperkasakan secara efektif boleh dijadikan bagi membolehkan ia memenuhi model untuk peranannya sebagai sebuah institusi diteladani hak asasi manusia kebangsaan. ” SUHAKAM xi Dalam mengiktiraf kepentingan untuk menambah baik hak kanak- kanak di Malaysia, SUHAKAM turut mengalu-alukan pelantikan Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak pertama Malaysia yang mana mandat dan tugas beliau adalah berdasarkan Akta SUHAKAM. Tahun ini juga tugas menyiasat aduan pelanggaran hak asasi manusia tetap menjadi fokus utama, oleh itu SUHAKAM telah menyerahkan laporan Inkuiri Awam Kehilangan Paksa Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat kepada kerajaan. Hasil siasatan ini seterusnya mendorong kerajaan untuk membentuk pasukan petugas khas bagi menyiasat lebih lanjut kehilangan paksa ini. Selain itu, SUHAKAM turut bekerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan, Fortify Rights untuk menjalankan siasatan berkenaan penemuan kubur besar di Wang Kelian, Perlis. Laporan berjudul ‘Sold Like Fish’ ini mempunyai maklumat terperinci berkenaan kem pemerdagangan