SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM)

SIASATAN AWAM KE ATAS KEHILANGAN

AMRI CHE MAT

KEPUTUSAN MUKTAMAD

PANEL:

DATO’ MAH WENG KWAI (Pengerusi)

PROF. DATO’ DR AISHAH BIDIN

PROF. MADYA DR. NIK SALIDA SUHAILA BINTI NIK SALEH

3 April 2019 Kuala Lumpur

Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Diterbitkan oleh SUHAKAM Tingkat 11, Menara TH Perdana 1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel : 603-2612 5600 Faks : 603-2612 5620 E-mel : [email protected] URL : http://www.suhakam.org.my

Dilesenkan kepada Kesatuan Eropah tertakluk kepada terma dan syarat.

Mana-mana bahagian daripada dokumen ini tidak boleh dicetak atau diterbitkan semula dalam sebarang cara atau bentuk sama ada secara elektronik, salinan foto atau rakaman tanpa mendapat kebenaran SUHAKAM terlebih daluhu.

Dokumen ini telah dihasilkan dengan bantuan kewangan Kesatuan Eropah. Kandungan dokumen ini adalah tanggungjawab SUHAKAM dan tidak boleh dianggap mencerminkan kedudukan dan pandagan Kesatuan Eropah.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

SIASATAN AWAM KE ATAS KEHILANGAN AMRI CHE MAT: KEPUTUSAN MUKTAMAD, 3 APRIL, KUALA LUMPUR/ PANEL: DATO MAH WENG KWAI (PENGERUSI), PROF. DATO’ DR. AISHAH BIDIN, PROF. MADYA DR. NIK SALIDA SUHAILA BINTI NIK SALEH Mode of access: Internet eISBN 978-967-2275-13-6 1. Disappeared Persons - - Malaysia 2. Human Rights - - Malaysia 3. Missing Persons - - Investigations 4. Electronic Books. i. Mah, Weng Kwai Dato’. ii. Aishah Bidin, Prof., Dato’, Dr. iii. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Prof. Madya Dr. iv. SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA 323.4909595

2

Kandungan

A. Pendahuluan 7

Kehilangan Joshua Hilmi, Ruth Hilmi, Amri Che Mat Dan Pastor 7

B. Memorandum Yang Dikemukakan Kepada SUHAKAM 8

Panel Untuk Siasatan Awam Dan Terma-Terma Rujukan 11

Siasatan Awam Ke Atas Kehilangan Pastor Raymond Koh 13

C. Isu-Isu Untuk Ditentukan Oleh Panel 14

D. Pendirian Pihak-Pihak 14

Pendirian Peguam Bagi Pihak Keluarga 14

Pendirian Penolong-Penolong Pegawai SUHAKAM 15

Pendirian Majlis Peguam Malaysia 16

Pendirian Pegawai-Pegawai Polis Bagi Pihak PDRM 16

E. Keputusan Panel 17

F. Alasan-Alasan Keputusan 18

Undang-Undang 18

Prinsip-Prinsip Hak Asasi Manusia Yang Terpakai 18

Hak Mengenai Kehilangan Paksa Di Bawah Undang-Undang Antarabangsa 18

Hak Mengenai Kehilangan Paksa Di Bawah Undang-Undang Malaysia 20

Siasatan Awam 22

Apakah Siasatan Awam? 22

Kuasa-Kuasa Siasatan SUHAKAM 23

3

Elemen-Elemen Yang Perlu Dibuktikan Dalam Siasatan Awam 25

Taraf Pembuktian Dalam Siasatan Awam 28

Beban Bukti Dalam Kes Kehilangan Paksa 33

Kebolehterimaan Keterangan 35

Fakta-Fakta 38

Ringkasan Kejadian-Kejadian Sebelum Kehilangan Amri Che Mat 38

Amri Che Mat Mengamalkan Ajaran Shiah 38

Pemeriksaan Di Rumah Amri Che Mat 39

Siasatan Berasingan Mengenai Amri Che Mat Oleh Cawangan Khas 40

Perlis Hope 41

Shiah Di Malaysia 42

Status Shiah 42

Perhimpunan Shiah Di Ijok, Perak Pada 8 Mac 2014 45

Mesyuarat Antara Mufti Perlis Dan Cawangan Khas 47

Pemerhatian Rumah Amri Che Mat 50

Ringkasan Kejadian-Kejadian Selepas Kehilangan Amri Che Mat 52

Fakta-Fakta Kehilangan Amri Che Mat 52

Kejadian-Kejadian Selepas Kehilangan Amri Che Mat 54

Pertemuan Antara Sarjan Shamzaini Dan Norhayati 54

G. Pendapat Panel 55

Penjelasan-Penjelasan Yang Telah Diberikan Oleh Polis 55

Pengawasan Cawangan Khas Terhadap Ajaran Shiah Dan Pemerhatian Amri Che Mat 59

4

Kehilangan Paksa Ke Atas Amri Che Mat 61

Isu Identiti 61

Isu Kehilangan Tersebut 62

Keterangan Langsung Saiful Afdzan Dan Syed Amri 62

Bukti Mengikut Keadaan Vee Yak a/l Ban Jong 63

a) Pemerhatian Rumah Amri Che Mat 63

b) Kewujudan Toyota Vios Emas 64

Keterangan Sarjan Shamzaini Mohd Daud 68

Kelemahan Siasatan Polis 83

H. Kesimpulan 89

Kehilangan Paksa Oleh Ejen-Ejen Kerajaan 89

Kehilangan Paksa Oleh Ejen-Ejen Bukan Kerajaan 91

Keengganan Untuk Mengakui Pelucutan Kebebasan 91

Ciri-Ciri Yang Sama Antara Kedua-Dua Kehilangan 91

Isu-Isu Agama 92

Pengawasan Langsung 93

Modus Operandi Yang Serupa 94

Kewujudan Toyota Vios Emas 95

I. Cadangan-Cadangan Panel 96

Pihak-Pihak Berkuasa Untuk Menghormati Kebebasan Agama Sebagai Hak Asasi Manusia 96

Penentuan Batas Antara Polis Dan Pihak-Pihak Berkuasa Agama 97

Pembaharuan Tatacara Pengendalian Piawai 98

5

Kertas Siasatan 99

Kes-Kes Individu Yang Hilang, Penculikan Dan Kehilangan 99

Peranan Cawangan Khas 100

Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (“IPCMC”) 100

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Untuk Menyiasat Semula Kehilangan Amri Che Mat 101

Pembaharuan Undang-Undang 103

Pindaan-Pindaan Undang-Undang Di Malaysia 103

Meratifikasi Instrumen-Instrumen Antarabangsa 104

J. Jawapan Kepada Terma-Terma Rujukan 106

K. Penghargaan 107

Jadual 1: Senarai Saksi-Saksi Siasatan (“Inquiry Witnesses”) 109

Jadual 2: Senarai Ekshibit-Ekshibit 111

6

A. Pendahuluan

1. Ini adalah keputusan muktamad Panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (“SUHAKAM”) dalam Siasatan Awam ke atas kehilangan Amri Che Mat.

Kehilangan Joshua Hilmi, Ruth Hilmi, Amri Che Mat Dan Pastor Raymond Koh

2. Sejak November 2016, seorang lelaki Peter Pormannan A/L Annamalai (“Peter”) telah membuat pelbagai percubaan untuk menghubungi rakan-rakannya Joshua Hilmi (yang juga dikenali sebagai Hilmi Bin Hanim) dan isterinya, Ruth Hilmi. Alamat terakhir mereka adalah di Kampung Tunku, Petaling Jaya. Pada 6 Mac 2017, Peter telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang yang menyatakan bahawa walaupun telah mencuba sedaya upaya untuk mengesan Joshua Hilmi dan Ruth Hilmi, pasangan tersebut tidak dapat dihubungi. Joshua Hilmi dan Ruth Hilmi tidak lagi dilihat, ditemui atau didengar khabarnya (“not been seen, heard of, or heard from”) sejak November 2016 sehingga kini, dan mereka dipercayai telah "hilang".

3. Pada 24 November 2016 Amri Che Mat dilihat kali terakhir oleh isterinya Norhayati Mohd Ariffin (IW1) ("Norhayati") pada lebih kurang pukul 10:30 malam. Anak perempuan mereka Nur Masarrah pula telah melihat beliau keluar dari rumah mereka dengan keretanya pada lebih kurang jam 11.30 malam. Pada malam tersebut, keretanya dijumpai tersadai dengan tingkap- tingkapnya dipecahkan di suatu tapak pembinaan terbiar di Bukit Chabang, Kangar, Perlis. Amri Che Mat tidak pernah dilihat, ditemui atau didengar sehingga kini, dan adalah dipercayai telah "hilang".

7

4. Kurang daripada 3 bulan kemudian, pada 13 Februari 2017, Pastor Raymond Koh dilihat kali terakhir oleh isterinya, Susanna Liew Sow Yoke ("Susanna") pada lebih kurang pukul 10:15 pagi. Selepas itu, seorang lelaki bernama Roeshan Celestine Gomez (“Roeshan”) telah membuat satu laporan polis yang menyatakan bahawa pada lebih kurang 10:45 pagi, dia telah menyaksikan sebuah kereta dikepung (“boxed in”) oleh tiga (3) kenderaan pacuan empat roda yang berwarna hitam ("4WDs") ketika dia sedang memandu di Jalan SS4B/10, Kelana Jaya, Selangor. Pemandu kereta tersebut telah dilihat diheret keluar (“dragged out”) dari keretanya dan dimasukkan ke dalam salah satu daripada 4WDs tersebut. Kejadian ini telah dirakam oleh televisyen litar tertutup ("CCTV") dari dua (2) rumah yang berdekatan. Pastor Raymond Koh tidak pernah dilihat, ditemui atau didengar sejak itu, dan adalah dipercayai telah "hilang".

5. Ketiga-tiga kes kehilangan individu ini telah mendapat perhatian dan menjadi kebimbangan orang awam. Kejadian ini juga telah mengakibatkan orang awam menganggap bahawa kehilangan individu-individu tersebut mungkin adalah perbuatan-perbuatan Kerajaan dan/atau bahawa Kerajaan mungkin telah terlibat, menyokong atau menyembunyikan (“complicit, involved, supportive of or concealing”) kehilangan-kehilangan tersebut yang tidak pernah berlaku sebelum ini (“unprecedented disappearances”).

B. Memorandum Yang Dikemukakan Kepada SUHAKAM

6. SUHAKAM telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 ("Akta tersebut") untuk meneruskan usaha perlindungan dan pengukuhan hak asasi manusia di Malaysia.

7. Fungsi-fungsi SUHAKAM adalah dinyatakan dalam Seksyen 4 Akta tersebut, secara khususnya, Seksyen 4(1)(d) yang memperuntukkan bahawa salah satu

8

fungsi SUHAKAM adalah “untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia."

8. Selanjutnya, Seksyen 12 Akta tersebut telah memberi kuasa kepada SUHAKAM untuk bertindak atas kehendaknya sendiri untuk menyiasat mengenai pelanggaran hak asasi manusia atau bertindak atas aduan yang dikemukakan kepada SUHAKAM.

9. Pada 20 April 2017, oleh sebab kebimbangan serius yang melibatkan tiga (3) kes kehilangan tersebut, satu kumpulan gabungan persatuan sivil yang diketuai oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) telah mengemukakan satu Memorandum kepada SUHAKAM bagi pihak keluarga-keluarga kepada individu-individu yang telah dilaporkan hilang: Joshua Hilmi dan isterinya, Ruth Hilmi, aktivis sosial Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh ("Individu-Individu yang Hilang"). Dengan itu, SUHAKAM dipanggil (“called on”) untuk membantu keluarga-keluarga yang berkenaan, untuk menyiasat dan mengenal pasti kedudukan (“whereabouts”) Individu-Individu yang Hilang tersebut dan juga sebagai satu saluran komunikasi antara keluarga-keluarga yang berkenaan, pihak Polis dan Kerajaan Malaysia.

10. Pada 21 April 2017, Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail (“Pengerusi SUHAKAM”) telah mengeluarkan satu kenyataan media1 untuk menyeru pihak-pihak berkuasa supaya menggunakan segala saluran yang ada untuk mengesan nasib Individu-Individu yang Hilang tersebut, untuk mengambil semua langkah yang diperlukan untuk meringankan kebimbangan dan kegelisahan di kalangan orang awam, serta membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap kehilangan tersebut ke muka pengadilan.

1 Kenyataan Media No.14 Of 2017 (Memorandum from SUARA RAKYAT MALAYSIA (SUARAM)) https://www.suhakam.org.my/press-statement-no-14-of-2017-memorandum-from-suara-rakyat-malaysia- suaram/ 9

11. Sehingga Jun 2017, kehilangan Joshua Hilmi, Ruth Hilmi, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh masih tidak dapat diselesaikan. Ia harus ditegaskan bahawa sehingga kini, keluarga-keluarga Individu-Individu yang Hilang tersebut tidak menerima sebarang tuntutan wang tebusan (“demand for ransom”) untuk pembebasan mereka mahupun terdapat sesiapa atau mana- mana pihak yang mengakui tanggungjawab ke atas kehilangan Individu- Individu yang Hilang tersebut.

12. Pada 16 Jun 2017, SUHAKAM telah mengeluarkan satu kenyataan media2 yang menyatakan bahawa SUHAKAM akan menyiasat kehilangan Individu-Individu yang Hilang tersebut mengikut mandat dan kuasa-kuasa statutorinya. SUHAKAM selanjutnya telah menyatakan bahawa ia akan membantu pihak- pihak berkuasa dengan siasatan-siastan mereka yang sedang dijalankan dan menyeru individu-individu yang mungkin mempunyai maklumat yang relevan dan penting untuk tampil ke hadapan supaya kenyataan-kenyataan mereka dapat direkodkan oleh SUHAKAM.

13. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, SUHAKAM telah mengulangi seruannya kepada pihak-pihak berkuasa untuk menyiasat kehilangan- kehilangan tersebut dengan sepenuhnya dan secepat mungkin (“fully and expeditiously”), terutamanya sekiranya terdapat kecurigaan di kalangan orang awam bahawa kehilangan-kehilangan tersebut berkemungkinan kehilangan- kehilangan paksa (“enforced disappearances”).

2 Kenyataan Media No.20 of 2017 ((SUHAKAM Will Investigate the Cases Of Missing Persons / Disappearance Of Pastor Raymond Koh, Amri Che Mat, Pastor Joshua Hilmi and Ruth Hilmi, To Assist the Authorities with Their Ongoing Investigation) https://www.suhakam.org.my/press-statement-no-20-of-2017-suhakam-will-investigate-the-cases-of- missing-persons-disappearance-of-pastor-raymond-koh-amri-che-mat-pastor-joshua-hilmi-and-ruth-hilmi-to- assist-the-authoritie/ 10

Panel Untuk Siasatan Awam Dan Terma-Terma Rujukan

14. Pada 9 Ogos 2017, Pengerusi SUHAKAM telah mengeluarkan kenyataan media untuk mengumumkan bahawa SUHAKAM akan menjalankan Siasatan Awam ke atas kehilangan Joshua Hilmi dan Ruth Hilmi, aktivis sosial Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh.3 Dalam kenyataannya, SUHAKAM telah mengumumkan bahawa Siasatan Awam tersebut, yang dijadualkan untuk bermula pada Oktober 2017, akan mempertimbangkan, antara lain:

14.1. Sama ada kehilangan-kehilangan ini adalah kes-kes kehilangan paksa atau secara tidak sukarela, seperti yang ditakrifkan di bawah International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance (“ICPPED”) yang mendefinisikan kehilangan paksa sebagai suatu penangkapan, penahanan, penculikan atau apa- apa perbuatan lain yang melucutkan kebebasan oleh ejen-ejen Kerajaan atau individu-individu atau sekumpulan individu yang bertindak atas kebenaran, sokongan atau persetujuan Kerajaan (“arrest, detention, abduction or any other form of deprivation of liberty by agents of the State or by persons or groups of persons acting with the authorisation, support or acquiescence of the State”); dan

14.2. Sama ada pihak-pihak berkuasa, secara khususnya pihak Polis telah mengambil langkah-langkah yang memadai untuk menyiasat kes-kes ini.

15. Pada 5 Oktober 2017, menurut kenyataan media SUHAKAM pada 9 Ogos 2017, satu panel Siasatan Awam telah ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan tersebut. Panel tersebut terdiri daripada tiga orang Pesuruhjaya SUHAKAM

3 Kenyataan Media No. 29 Of 2017 (SUHAKAM's Public Inquiry on Disappearance Cases) https://www.suhakam.org.my/press-statement-no-29-of-2017-suhakams-public-inquiry-on-disappearance- cases/ 11

iaitu Dato’ Mah Weng Kwai (Pengerusi), Prof. Dato' Dr. Aishah Bidin dan Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh ("Panel").

16. Terma-Terma Rujukan4 Siasatan Awam (“Terma-Terma Rujukan”) adalah seperti berikut:

(a) Untuk menentukan sama ada kes-kes kehilangan ini adalah kes-kes kehilangan paksa seperti yang ditakrifkan di bawah International Convention for the Protection of all Persons from Enforced Disappearances atau kes-kes kehilangan secara tidak sukarela dalam pelanggaran undang-undang jenayah dan/atau undang-undang sivil dan/atau undang-undang hak asasi manusia yang terpakai (selepas ini dirujuk sebagai pelanggaran atau pelanggaran-pelanggaran yang sedemikian);

(b) Sekiranya (a) telah ditentukan semasa siasatan:

(i) Bagaimana pelanggaran atau pelanggaran-pelanggaran yang dikatakan tersebut berlaku; (ii) Untuk mengenal pasti individu/individu-individu atau agensi/agensi-agensi yang bertanggungjawab terhadap pelanggaran atau pelanggaran-pelanggaran yang dimaksudkan; (iii) Apakah arahan atau prosedur pentadbiran, atau pengurusan yang menyumbang kepada pelanggaran atau pelanggaran- pelanggaran yang dimaksudkan.

(c) Untuk mempertimbangkan sama ada pihak-pihak berkuasa, secara khususnya Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang memadai untuk menyiasat pelanggaran atau pelanggaran-pelanggaran yang dimaksudkan.

(d) Untuk mencadangkan langkah-langkah atau garis panduan yang boleh diambil untuk memastikan pelanggaran atau pelanggaran- pelanggaran yang dikatakan tersebut tidak berulang lagi.

4 Kenyataan Media Ke 41 Bagi Tahun 2017 ("Siasatan Awam SUHAKAM berkenaan insiden kehilangan beberapa individu") https://www.suhakam.org.my/ms/press-statements-no-41-of-2017-suhakams-public-inquiry-into-the- incidents-of-disappearances-of-individuals/ 12

Siasatan Awam Ke Atas Kehilangan Pastor Raymond Koh

17. Panel telah memulakan dengan pendengaran Siasatan Awam ke atas Kehilangan Pastor Raymond Koh pada 19 Oktober 2017. Walau bagaimanapun, pada 16 Januari 2018, Panel telah memutuskan untuk menghentikan Siasatan Awam ke atas Kehilangan Pastor Raymond Koh buat sementara waktu untuk menghormati surat bertarikh 15 Januari 2018 yang telah diterima daripada pihak Polis yang memaklumkan kepada Panel bahawa seorang suspek telah didakwa di mahkamah.5

18. Memandangkan Siasatan Awam ke atas Kehilangan Pastor Raymond telah dihentikan buat sementara waktu, Panel telah memutuskan untuk memulakan pendengaran Siasatan Awam ke atas kehilangan Amri Che Mat pada 22 Januari 2018.

19. Pada 15 November 2018, Panel telah menamatkan Siasatan Awam ke atas kehilangan Amri Che Mat. Pendengaran-pendengaran Siasatan Awam telah mengambil masa lebih kurang sepuluh (10) bulan sejak penghujung Januari 2018 sehingga awal November 2018 selepas sebanyak dua puluh tujuh (27) hari dan setelah mendengar kenyataan daripada dua puluh empat (24) orang saksi.6

20. Siasatan Awam ke atas kehilangan Joshua Hilmi dan isterinya, Ruth Hilmi belum dimulakan setakat ini.

5 Walaupun SUHAKAM diberi kuasa untuk menyiasat aduan-aduan mengenai pelanggaran hak asasi manusia, ia adalah tertakluk kepada peruntukan yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut yang memperuntukkan bahawa SUHAKAM tidak boleh menyiasat apa-apa aduan yang merupakan perkara prosiding yang belum selesai di mahkamah atau yang telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah. 6 Rujuk Jadual 1 dan Jadual 2 13

21. Keputusan berasingan bagi Siasatan Awam ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat akan diberikan dengan sewajarnya.

C. Isu-Isu Untuk Ditentukan Oleh Panel

22. Isu-isu utama yang perlu ditentukan oleh Panel dapat diringkaskan seperti yang berikut:

22.1. Sama ada kehilangan Amri Che Mat adalah satu kes kehilangan secara sukarela;

22.2. Sama ada kehilangan Amri Che Mat adalah satu kes kehilangan paksa seperti yang ditakrifkan di bawah ICPPED iaitu, oleh ejen-ejen Kerajaan atau individu-individu atau sekumpulan individu yang bertindak dengan kebenaran, sokongan atau persetujuan Kerajaan; dan

22.3. Sama ada terdapat keengganan untuk mengaku (“refusal to acknowledege”) kehilangan atau penyembunyian nasib atau kedudukan (“concealment of the fate or whereabouts”) Amri Che Mat oleh Kerajaan.

D. Pendirian Pihak-Pihak

Pendirian Peguam Bagi Pihak Keluarga

23. Pendirian Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat adalah bahawa Amri Che Mat telah diculik dan terdapat kecurigaan yang munasabah (“reasonable

14

suspicion”) bahawa "penculikan" Amri Che Mat telah dilakukan oleh Ejen-ejen Kerajaan.7

24. Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat selanjutnya berhujah bahawa jika keterangan tidak mencukupi untuk memutuskan bahawa Ejen-ejen Kerajaan sendiri yang melakukan "penculikan" Amri Che Mat, secara alternatifnya, terdapat kecurigaan yang munasabah bahawa "penculikan" Amri Che Mat telah dilakukan oleh individu-individu atau sekumpulan individu dengan kebenaran, sokongan atau persetujuan Kerajaan.8

Pendirian Penolong-Penolong Pegawai SUHAKAM

25. Pendirian Penolong-penolong Pegawai SUHAKAM (“Assisting Officers of SUHAKAM”) adalah bahawa atas imbangan kebarangkalian (“balance of probabilities”), ia boleh disimpulkan bahawa Amri Che Mat adalah mangsa kehilangan paksa yang telah berlaku pada 24 November 2016, yang telah dilakukan oleh sekumpulan personel terlatih dan agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia ("Polis"), terutamanya individu-individu dalam Cawangan Khas (“Special Branch”), secara langsung atau secara tidak langsung telah terlibat dalam kejadian kehilangan ke atas Amri Che Mat.9

7 Muka surat 3, Written Submissions in Reply dated 31 January 2019, Counsel on Behalf of the Family of Amri Che Mat 8 Muka surat 5, Written Submissions in Reply dated 31 January 2019, Counsel on Behalf of the Family of Amri Che Mat 9 Muka surat 25, Written Submissions dated 15 January 2019, Assisting Officers of SUHAKAM 15

Pendirian Majlis Peguam Malaysia

26. Peguam bagi pihak Majlis Peguam Malaysia (“Majlis Peguam”) telah menghujahkan bahawa berdasarkan analisis mereka terhadap keterangan saksi-saksi, kes kehilangan Amri Che Mat adalah satu kes kehilangan paksa.10

Pendirian Pegawai-Pegawai Bagi Pihak Polis

27. Pegawai-Pegawai bagi pihak Polis bersetuju dengan Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat, Penolong-penolong Pegawai SUHAKAM dan Peguam bagi pihak Majlis Peguam bahawa Amri Che Mat telah hilang dan bahawa kedudukan Amri Che Mat tidak dapat dikesan sehingga kini, namun, pendirian mereka adalah bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan penglibatan Polis dalam kejadian kehilangan Amri Che Mat.11

28. Pendirian Pegawai-Pegawai bagi pihak Polis adalah bahawa mereka telah bertindak mengikut fungsi mereka yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis dan bahawa segala tuduhan terhadap Polis mengenai penyiasatan, ketidakpatuhan kepada Tatacara Pengendalian Piawai dan penglibatan mana- mana individu yang dikaitkan dengan Polis dalam kehilangan Amri Che Mat adalah tidak berasas dan berniat jahat (“mala fide”).12

29. Polis telah menyakinkan Panel dan Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat, Penolong-penolong Pegawai SUHAKAM dan Peguam bagi pihak Majlis Peguam bahawa siasatan Polis dalam kes kehilangan Amri Che Mat masih diteruskan dan tindakan akan diambil serta merta jika terdapat petunjuk baru.13

10 Muka surat 20, Written Submissions dated 4 February 2019, Counsel of the Bar Council 11 Muka surat 20, Hujahan Bertulis, Pegawai Pemerhati Polis Diraja Malaysia (PDRM) 12 Muka surat 47, Hujahan Balasan Bertulis, Pegawai Pemerhati PDRM 13 Muka surat 20, Hujahan Bertulis, Pegawai Pemerhati PDRM 16

E. Keputusan Panel

30. Setelah membuat penilaian terperinci ke atas keterangan yang dikemukakan, dan setelah membaca serta mempertimbangkan hujahan-hujahan bertulis Peguam bagi pihak keluarga, Penolong-penolong Pegawai SUHAKAM, Peguam bagi pihak Majlis Peguam dan Pegawai-Pegawai bagi pihak Polis ("semua Pihak") dan setelah mendengar hujahan-hujahan lisan semua Pihak pada 6 Mac 2019, Panel ini telah mencapai satu keputusan muktamad.

31. Selepas mengadakan perbincangan dan setelah lama mempertimbangkan kes ini, Panel ini sebulat suara berpendapat bahawa Amri Che Mat adalah mangsa kehilangan paksa seperti yang ditakrifkan dalam Perkara 2 ICPPED yang telah berlaku pada 24 November 2016 pada lebih kurang pukul 11:30 petang.

32. Keterangan secara langsung dan keterangan mengikut keadaan (“direct and circumstantial evidence”) dalam kes Amri Che Mat membuktikan, atas imbangan keberangkalian, bahawa beliau telah diculik oleh ejen-ejen Kerajaan iaitu Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur.14

33. Panel ini selanjutnya berpendapat bahawa tiada keterangan untuk menyokong penegasan, seperti yang dicadangkan oleh Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat, bahawa Amri Che Mat telah diculik oleh individu-individu atau sekumpulan individu yang bertindak dengan kebenaran, sokongan atau persetujuan Kerajaan.

14 Rujuk perenggan 161 hingga 167 di bawah. 17

F. Alasan-Alasan Keputusan

Undang-Undang

Prinsip-Prinsip Hak Asasi Manusia Yang Terpakai

34. Hak asasi manusia dilindungi di bawah pelbagai instrumen, termasuk instrumen domestik dan instrumen antarabangsa. Perjanjian-perjanjian hak asasi manusia antarabangsa dan Perisytiharan-perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengkategorikan kehilangan paksa sebagai pelanggaran hak asasi manusia.

Hak Mengenai Kehilangan Paksa Di Bawah Undang-Undang

Antarabangsa

35. “Kehilangan paksa” ditakrifkan dalam Perkara 2 ICPPED seperti berikut:

“For the purposes of this Convention, “enforced disappearance” is considered to be the arrest, detention, abduction or any other form of deprivation of liberty by agents of the State or by persons or groups of persons acting with the authorization, support or acquiescence of the State, followed by a refusal to acknowledge the deprivation of liberty or by concealment of the fate or whereabouts of the disappeared person, which place such a person outside the protection of the law.”

36. Walaupun Malaysia bukan salah satu pihak yang menandatangani (“signatory”) ICPPED, Panel ini telah merujuk kepada dan mempertimbangkan definisi 'kehilangan paksa' berdasarkan ICPPED sebagai satu panduan apabila menangani isu berkenaan sama ada kehilangan Amri Che Mat dirangkumi dalam definisi kehilangan paksa yang melanggar atau menjadi pelanggaran- undang-undang hak asasi manusia.

18

37. Definisi "kehilangan paksa" mengikut ICPPED boleh dibahagikan kepada dua bahagian (“two limbs”). Bahagian pertama difahami sebagai penglibatan langsung Kerajaan dalam kehilangan dengan mengambil mangsa secara paksa (“forcefully taking the victim away”). Bahagian kedua difahami sebagai penglibatan Kerajaan secara tidak langsung dengan memberikan kebenaran, sokongan atau persetujuannya kepada individu-individu atau sekumpulan individu yang mengambil mangsa secara paksa. Kedua-dua bahagian definisi ini menekankan penglibatan dan penyertaan Kerajaan dalam kehilangan tersebut.

38. Perkara 2 ICPPED juga memperuntukkan bahawa apabila Kerajaan terlibat dalam pelucutan kebebasan (“deprivation of liberty”), ia mesti diikuti dengan keengganan Kerajaan untuk mengakui pelucutan kebebasan yang sedemikian atau penyembunyian nasib atau kedudukan orang yang telah hilang tersebut.

39. Hak mengenai kehilangan paksa juga dilindungi dalam Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (“UDHR”) seperti berikut:

"Perkara 3 Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri…

Perkara 6 Setiap orang adalah berhak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang- undang…

Perkara 9 Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang- wenangnya."

40. Menurut Seksyen 4(4) Akta tersebut, Panel harus memberi perhatian kepada UDHR setakat perisytiharan itu tidak bercanggah (“to the extent that it is not inconsistent”) dengan Perlembagaan Persekutuan.

19

Hak Mengenai Kehilangan Secara Paksa Di Bawah Undang-Undang Malaysia

41. Di Malaysia, hak mengenai kebebasan diri termaktub dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia ("FC") yang menyatakan bahawa:

“Kebebasan diri 5. (1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.”

42. Mengenai isu hak kehilangan paksa, satu perbezaan mesti dibuat antara 'kehilangan paksa', 'penculikan', 'abduksi' dan 'individu yang hilang’ dengan merujuk kepada, antara lain, Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan Seksyen 362 Kanun Keseksaan Malaysia.15

42.1. Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 memperuntukkan bahawa kes penculikan adalah di mana wang tebusan dituntut:

“Abduction, wrongful restraint or wrongful confinement for ransom 3.(1) Whoever, with intent to hold any person for ransom, abducts or wrongfully confines or wrongfully restrains such person shall be guilty of an offence and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, also be liable to whipping.”

42.2. Manakala, Seksyen 362 Kanun Keseksaan Malaysia memperuntukkan bahawa:

“Abduction 362. Whoever by force compels or by any deceitful means induces any person to go from any place, is said to abduct that person.”

15 Terdapat pelbagai kesalahan lain yang relevan kepada perbincangan mengenai kehilangan secara paksa, antara lain: Seksyen 359 hingga 369 Kanun Keseksaan. 20

42.3. Tiada definisi yang jelas untuk 'individu yang hilang' tetapi secara amnya apabila seseorang tidak dilihat atau didengar daripadanya dalam tempoh masa yang lama tanpa apa-apa berita mengenai kedudukannya atau sama ada dia masih hidup, dia adalah dikatakan sebagai individu yang hilang. Kes-kes yang kelihatan seperti tiada unsur-unsur jenayah, biasanya dikategorikan sebagai kes individu yang hilang.

43. Adalah penting untuk Kerajaan menjalankan siasatan-siasatan dengan segera dan memberikan keterangan dan penjelasan kepada keluarga individu yang telah hilang. Kewajipan ini adalah terkandung (“embedded”) dalam hak keluarga untuk mengetahui kebenaran mengenai apa yang telah berlaku kepada individu yang disayangi. Hak ini diperluaskan kepada ahli-ahli keluarga setakat mana ia merupakan satu pelanggaran integriti mental dan moral terhadap waris (“next of kin”) yang merupakan suatu akibat langsung daripada kehilangan paksa itu. Ini dijelaskan dalam kes Bamaca-Velazquez v Guatemala16 di mana Mahkamah Hak Asasi Manusia Inter-Amerika telah memutuskan:

"197. In this respect, the Commission declared that the right to the truth has a collective nature, which includes the right of society to "have access to essential information for the development of democratic systems", and a particular nature, as the right of the victims' next of kin to know what happened to their loved ones, which permits a form of reparation. The Inter-American Court has established the obligation of the State to investigate the facts while there is uncertainty about the fate of the person who has disappeared, and the need to provide a simple and prompt recourse in the case, with due guarantees."

16 IACHR Series C No 70 (Official Citation) [2000] IACHR 7 (Other Reference) IHRL 1453 (IACHR 2000) (OUP reference); IACHR Series C No 91 (Official Citation) [2002] IACHR 1 (Other Reference) IHRL 1474 (IACHR 2002) (OUP reference) 21

Siasatan Awam

Apakah Siasatan Awam?

44. Secara umumnya, siasatan awam adalah suatu semakan rasmi ke atas peristiwa-peristiwa atau tindakan-tindakan yang telah diarahkan oleh sebuah badan kerajaan. Siasatan awam menerima keterangan dan mengadakan pendengaran-pendengaran di forum yang lebih terbuka dan memberi tumpuan kepada kejadian yang lebih spesifik.

45. Orang awam dan organisasi-organisasi yang berkepentingan bukan hanya boleh mengemukakan hujahan bertulis yang dilakukan dalam kebanyakan siasatan, tetapi juga boleh mendengar keterangan lisan yang diberikan oleh saksi-saksi ketika pendengaran itu.17

46. Siasatan awam adalah satu mekanisme yang boleh digunakan bagi mencapai mandat SUHAKAM untuk menyiasat isu-isu hak asasi sistemik dengan tujuan untuk menyelesaikannya melalui cara-cara yang sistematik. Dengan menggunakan pendekatan hak asasi manusia yang luas, ia boleh meneliti situasi yang banyak berbanding dengan hanya satu aduan. Siasatan awam mempunyai dua tumpuan (“dual focus”), dengan memenuhi kedua-dua peranan penemuan fakta dan peranan pendidikan. Siasatan awam yang berkesan adalah satu siasatan yang disokong oleh pelaksanaan kuasa untuk menyaman saksi-saksi dengan sepina, untuk mengarah mereka mengemukakan dokumen-dokumen dalam pendengaran, dan mengemukakan laporan yang mengandungi cadangan-cadangan kepada semua pihak yang relevan yang kemudiannya akan diterbitkan untuk orang awam.18

17 Public Inquiry https://en.wikipedia.org/wiki/Public_inquiry 18 (2013, May 7). Report of the National Inquiry into the Land Rights of Indigenous Peoples (Rep.). Retrieved from https://drive.google.com/file/d/0B6FQ7SONa3PRbUlnUGcxdzdEWU0/preview 22

Kuasa-Kuasa Siasatan SUHAKAM

47. Seperti yang dinyatakan di atas, kuasa SUHAKAM untuk menjalankan siasatan adalah termaktub dalam Seksyen 12 Akta SUHAKAM yang menyatakan:

“Suruhanjaya boleh menyiasat atas kehendak sendiri atau atas aduan

12. (1) Suruhanjaya boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas suatu aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya oleh orang atau kumpulan orang yang terkilan atau seseorang yang bertindak bagi pihak orang atau sekumpulan orang yang terkilan, menyiasat pengataan mengenai pelanggaran hak asasi manusia orang atau kumpulan orang itu.

(2) Suruhanjaya tidaklah boleh menyiasat apa-apa aduan yang berhubungan dengan apa-apa pengataan pelanggaran hak asasi manusia yang -

(a) merupakan hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa rayuan; atau (b) telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah.

(3) Jika Suruhanjaya menyiasat suatu pengataan di bawah subseksyen 12(1) dan sementara menunggu penyelesaian siasatan itu, pengataan itu menjadi hal perkara mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, Suruhanjaya hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada melakukan siasatan itu.”

48. Kuasa-kuasa yang berhubungan dengan pelaksanaan siasatan awam adalah terkandung dalam Seksyen 14 Akta tersebut:

“Kuasa yang berhubungan dengan siasatan

14. (1) Suruhanjaya hendaklah, bagi maksud sesuatu siasatan di bawah Akta ini, mempunyai kuasa—

(a) untuk mendapatkan dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan oleh Suruhanjaya perlu atau patut didapatkan atau diperiksa;

23

(b) untuk menghendaki supaya keterangan itu, sama ada bertulis atau lisan, mana-mana saksi dibuat dengan bersumpah atau berikrar, sumpah atau ikrar itu yang berupa sumpah atau ikrar yang dikehendaki daripada saksi itu jika saksi itu memberikan keterangan dalam mahkamah undang-undang, dan untuk mentadbirkan atau menyebabkan ditadbirkan oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Suruhanjaya, suatu sumpah atau ikrar kepada tiap-tiap saksi itu;

(c) untuk memanggil mana-mana orang yang bermastautin di Malaysia supaya menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya bagi memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya, dan untuk memeriksa orang itu sebagai saksi atau menghendakinya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya;

(d) untuk menerima, walau apa pun apa-apa peruntukan Akta Keterangan 1950 [Akta 56], apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah; dan

(e) untuk membenarkan atau tidak membenarkan orang ramai mengikuti siasatan itu atau mana-mana bahagian siasatan itu.”19

49. Sebelum pendengaran Siasatan Awam, Penolong-penolong Pegawai SUHAKAM telah merekodkan pernyataan-pernyataan individu yang tampil ke hadapan untuk membantu SUHAKAM dengan memberikan maklumat yang berkaitan dengan kehilangan Amri Che Mat. Pegawai-Pegawai tersebut juga telah menjalankan siasatan yang bertujuan untuk menemubual individu- individu yang mungkin menjadi saksi dalam pendengaran Siasatan Awam tersebut.

50. Semasa pendengaran-pendengaran Siasatan Awam ini, pernyataan saksi-saksi yang telah direkod oleh Penolong-penolong Pegawai SUHAKAM sebelum Siasatan Awam ini, telah ditunjukkan kepada mereka. Saksi-saksi tersebut diminta untuk membaca pernyataan-pernyataan tersebut untuk mengesahkan kandungan yang dinyatakan di dalamnya. Pernyataan-pernyataan tersebut kemudiannya telah ditanda sebagai ekshibit. Setiap saksi seterusnya diperiksa oleh Peguam yang mewakili setiap pihak, termasuk Pegawai-Pegawai bagi

19 Rujuk Seksyen 8(a), 8(b) dan 8(c) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. 24

pihak Polis. Saksi-saksi yang tidak memberikan pernyataan mereka sebelum Siasatan Awam juga diperiksa oleh Peguam yang mewakili setiap pihak, termasuk Pegawai-Pegawai bagi pihak Polis. Semasa pendengaran tersebut, pelbagai rakaman video, gambar dan dokumen telah dikemukakan sebagai bukti dan ditandakan sebagai ekshibit. Semua saksi telah memberikan keterangan mereka setelah berikrar.

51. Pada penutup Siasatan Awam, Panel telah mengarahkan Peguam bagi pihak keluarga, Penolong-penolong Pegawai SUHAKAM, Peguam bagi pihak Majlis Peguam dan Pegawai-Pegawai bagi pihak Polis untuk mengemukakan hujahan- hujahan bertulis mereka berkenaan dengan semua isu yang dibangkitkan daripada Terma-Terma Rujukan Panel untuk pertimbangan Panel ini.

Elemen-Elemen Yang Perlu Dibuktikan Dalam Siasatan Awam

52. Definisi kehilangan paksa dalam ICPPED mengandungi pelbagai tahap kesalahan (“degrees of culpability”) Kerajaan mengenai kehilangan awal (“initial disappearance”). Tahap kesalahan Kerajaan adalah disenaraikan di bawah dalam susunan menurun:

52.1. Bahawa mangsa ditangkap atau ditahan oleh ejen-ejen Kerajaan;

52.2. Bahawa mangsa diculik oleh ejen-ejen Kerajaan;

52.3. Bahawa mangsa diculik oleh individu-individu atau sekumpulan individu yang bertindak dengan kebenaran Kerajaan;

52.4. Bahawa mangsa diculik oleh individu-individu atau sekumpulan individu yang bertindak dengan sokongan Kerajaan; atau

52.5. Bahawa mangsa diculik oleh individu-individu atau sekumpulan individu yang bertindak dengan persetujuan Kerajaan.

25

53. Dalam kes Amri Che Mat, tahap kesalahan pertama adalah tidak relevan. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Amri Che Mat telah ditangkap atau ditahan oleh ejen-ejen Kerajaan dalam menjalankan kuasa-kuasa mereka yang sah di sisi undang-undang. Keterangan adalah bahawa dia telah diambil atau telah "hilang secara paksa". Oleh yang demikian, tahap kesalahan Kerajaan yang relevan dalam kes Amri Che Mat, adalah tahap kesalahan kedua hingga kelima.

54. Oleh itu, Panel ini dikehendaki untuk menentukan sama ada keterangan, secara langsung dan/atau mengikut keadaan, membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa sama ada beliau diculik oleh ejen-ejen Kerajaan atau diculik oleh ejen-ejen bukan Kerajaan dengan kebenaran, sokongan atau persetujuan Kerajaan.

55. Selanjutnya, Panel ini juga dikehendaki untuk menentukan sama ada keterangan, secara langsung dan/atau mengikut keadaan, membuktikan atas imbangan kebarangkalian, bahawa selepas kehilangan Amri Che Mat telah berlaku, Kerajaan telah enggan mengakui pelucutan kebebasan individu tersebut atau telah menyembunyikan nasib atau kedudukan individu yang telah hilang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 2 ICPPED yang dinyatakan di atas.20

56. Dalam suatu kes kehilangan paksa, terdapat suatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan (“indivisible connection”) antara kehilangan awal dan keengganan untuk mengaku pelucutan kebebasan atau penyembunyian nasib atau kedudukan individu yang telah hilang. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah dalam kes Varnava & Ors v Turkey21:

"148. A disappearance is a distinct phenomenon, characterised by an ongoing situation of uncertainty and unaccountability in which there is a lack of

20 Rujuk kepada perenggan 35 di atas. 21 Appl. nos. 16064/90, 16065/90, 16066/90, 16068/90, 16069/90, 16070/90, 16071/90, 16072/90 and 16073/90, Council of Europe: European Court of Human Rights, 18 September 2009 26

information or even a deliberate concealment and obfuscation of what has occurred. This situation is very often drawn out over time, prolonging the torment of the victim's relatives. It cannot therefore be said that a disappearance is, simply, an “instantaneous" act or event; the additional distinctive element of subsequent failure to account for the whereabouts and fate of the missing person gives rise to a continuing situation."

57. Dalam kes Ng Yee Fong & Anor v EW Talalla [1986] 1 MLJ 25, Mohamad Azmi HMA telah memberikan definisi kepada perkataan “acquiescence” seperti berikut:

“… properly used where a person having a right, and seeing another person about to commit or in the course of committing an act infringing upon that right, stands by in such a manner as really to induce the person committing the act, and who might otherwise have abstained from it, to believe that he assents to its being committed; a person so standing by cannot afterwards be heard to complain of the act (see De Bussche v Alt (1878) 8 Ch D 286 314). In that sense the doctrine of acquiescence may be defined as acquiescence under such circumstances that assent may be reasonably inferred from it.”

58. Keluarga dan individu-individu lain yang bertindak bagi pihak Amri Che Mat tidak mempunyai kuasa penyiasatan Kerajaan untuk mendapatkan bukti mengenai identiti individu atau individu-individu yang menyebabkan kehilangan tersebut untuk membuktikan dengan tepat bahawa ia adalah kesalahan Kerajaan.

59. Selepas siasatan ini, sekiranya Panel ini mendapati bahawa kes ini merupakan kes kehilangan paksa, Panel ini diberi kuasa menurut Seksyen 13(2) Akta tersebut untuk merujuk kes ini kepada pihak-pihak berkuasa atau individu- individu yang relevan dengan cadangan-cadangan yang diperlukan.

60. Sebaliknya, sekiranya Panel ini mendapati bahawa kehilangan ini merupakan suatu kehilangan secara tidak sukarela di mana Kerajaan tidak terlibat, Panel ini juga mempunyai kuasa-kuasa di bawah Seksyen 13(2) Akta untuk merujukan kes ini kepada pihak-pihak berkuasa atau individu-individu yang relevan dengan cadangan-cadangan yang diperlukan.

27

Taraf Pembuktian Dalam Siasatan Awam

61. Tiada peruntukan dalam Akta tersebut yang menetapkan taraf pembuktian (“standard of proof”) yang akan digunakan dalam suatu siasatan awam. Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa tiada taraf pembuktian yang perlu dipenuhi dalam Siasatan Awam ini.

62. Siasatan awam adalah siasatan perisikan yang serupa dengan inkues (iaitu suatu siasatan ke atas kematian oleh koroner). Walaupun siasatan awam bukan suatu inkues atau perbicaraan sivil atau jenayah, Panel ini berpendapat bahawa taraf pembuktian yang patut digunakan dalam siasatan awam adalah taraf pembuktian yang sama seperti yang digunakan dalam inkues, iaitu, ‘imbangan kebarangkalian’ dan bukan ‘melampaui keraguan yang munasabah’ (“beyond reasonable doubt”).

63. Tujuan inkues adalah untuk menentukan sama ada terdapat mana-mana individu yang mungkin terlibat secara jenayah (“criminally concerned”) dengan sebab/punca kematian dan untuk mencapai satu keputusan (“verdict”). Manakala, tujuan siasatan awam ke atas kehilangan paksa seseorang adalah untuk menentukan sama ada Kerajaan adalah terlibat, dalam apa-apa cara sekalipun, dengan kehilangan secara tidak sukarela ke atas individu tersebut.

64. Prinsip-prinsip yang relevan dengan taraf pembuktian dalam inkues telah dibincangkan secara terperinci oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Teoh Meng Kee v Public Prosecutor [2014] 5 MLJ 741, di mana Mohammad Ariff HMR telah memutuskan seperti berikut:

“[48] The learned magistrate, and to a lesser extent, the High Court judge, cited and repeated the basic principles and rules on coronial jurisdiction…. The commonly accepted principles are as follows:

28

(a) an inquest is a fact finding exercise and not a method of apportioning guilt;

(b) in an inquest, there is no indictment, no prosecution, no defence and no trial. It is simply an attempt to establish facts;

(c) it is an inquisitorial and an investigation process, unlike a trial;

(d) a coroner’s verdict is not determined by probabilities but by established facts. A coroner is bound by evidence and can only find facts proved by evidence, not guesswork;

(e) if the evidence is insufficient to come to a definite finding, the coroner should record an open verdict;

(f) the function of a magistrate holding an inquiry under Chapter XXXII of the CPC is to inquire, when, where, how and after what manner the deceased came by his death and also whether any person is criminally concerned in the cause of death (s 337). The cause of death is defined under s 328 to include not only the apparent cause of death as ascertainable by inspection or post- mortem examination of the body of the deceased but also all matters necessary to enable an opinion to be formed as to the manner in which the deceased came by his death and as to whether his death resulted in any way from, or was accelerated by any unlawful act or omission on the part of any person. Hence, the magistrate holds an inquiry by examining witnesses on oath and while usually following the ordinary rules of evidence, he may admit any evidence which he thinks fit, especially hearsay evidence;

(g) the verdict of the magistrate is only an expression of a non-binding opinion of a proceeding where there is no accusation against any party;

(h) it follows that a coroner’s inquest is merely a court of law, not a court of justice. Its verdict does not amount to any conviction.

(i) many of these principles are outlined in our Practice Directions No 1 of 2007: Guidelines on Inquest (as restated in Practice Direction No 2 of 2014 Arahan Amalan Bil 2 Tahun 2014: Pengendalian Siasatan Kematian (Death Inquiry) Selaras Dengan Penubuhan Mahkamah Khas Koroner) To quote some of the parts immediately relevant to this appeal:

1. What is an Inquest? (a) It is not a trial. (b) There are no parties to prosecute and to defend. (c) It is only an inquiry by a magistrate as to the cause of death and the Prosecuting Officer is there not to prosecute anyone but only to assist the court with the examination of witnesses for the purpose of giving evidence...

29

(f) A magistrate Coroner shall not express any opinion on any matter until the conclusion of the inquest. (g) There is no conviction or punishment at the end of it. …

[70] ...the scheme and structure of the interlocking provisions under Chapter XXXII of the CPC mandate a lower standard. I am therefore of the view that the applicable standard should be the civil standard of proof on a balance of probabilities.

65. Dalam kes Teoh Meng Kee di atas, pada muka surat 774, Mah Weng Kwai HMR telah memutuskan seperti berikut:

“[108] It will be noted that s.328 of the CPC speaks of opinion. The section does not stipulate what the standard of proof is that has to be applied in an inquiry of death. Although s.328 of the CPC is silent on the standard of proof, of course, it cannot be said that there is no standard to be applied. That would be an unacceptable position in law. I am of the view that all that is required of the magistrate is to arrive at an opinion applying the balance of probabilities (civil) standard test on an objective basis. There must be sufficient evidence to arrive at an opinion, in particular whether the death resulted in any way from or was accelerated by any unlawful act or omission on the part of any other person.

STANDARD OF PROOF IN AN INQUIRY OF DEATH

[118] The next question of law of utmost importance to be determined in this case is the standard of proof to be applied in an inquiry of death. Both the learned magistrate and the learned High Court judge adopted the beyond reasonable doubt test. With respect, I am of the view that this is an error of law as the correct test to be applied is the civil standard of balance of probabilities. I say this for the following reasons:

(a) as stated earlier, an inquiry of death is not a criminal trial or proceeding. There is no accused person on trial and there is no one to be convicted and sentenced by the court upon a finding that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt;

(b) the rules on admissibility of evidence and procedure in an inquiry of death are not as strict as in a criminal trial. The magistrate is on a mere fact finding mission and is allowed to consider even hearsay evidence. In the case of Re Loh Kah Kheng (deceased) [1990] 2 MLJ 126 it was held that a coroner is not bound by the normal procedure of courts and rules of evidence;

30

(c) where the rules relating to evidence and procedure are lax, it will be inconsistent to require a magistrate to return a verdict at the close of an inquiry on a beyond reasonable doubt standard;

(d) it will be incorrect to require the family of Teoh Beng Hock to have to prove a case beyond reasonable doubt before the learned magistrate can return a verdict of homicide as the means to do so are severely limited. The family of Teoh Beng Hock, being members of the public, simply do not have the powers of investigation as possessed by the police. And where the threshold for proof in an inquiry of death is lower, it will not be correct nor necessary to expect members of the public to produce evidence on a beyond reasonable doubt standard and yet expect a verdict to be proved beyond reasonable doubt;

(e)a magistrate conducting an inquiry of death is merely to ascertain whether anyone is criminally concerned in the cause of death. He has no power to hold or find anyone criminally liable in the cause of death on a beyond reasonable doubt standard;

(f) in the event a person or persons is/are arrested for being criminally liable in the cause of death it is then for the prosecution to charge the person/s for an offence of homicide and where it will be incumbent upon the prosecution to prove a case beyond reasonable doubt before a conviction can be secured;

(g) for the police to effect an arrest of a suspect, all that the police have to show at that stage of investigations is that there is reasonable ground of suspicion to support the arrest. The police most certainly do not have to have reasonable grounds on a beyond reasonable doubt standard, before effecting the arrest. Now, if the police can effect an arrest based on reasonable suspicion (see Shaaban & Ors v Chong Fook Kam & Anor [1969] 2 MLJ 219) why then should the bar or threshold be raised in an inquiry of death to a standard beyond reasonable doubt before the learned magistrate can return a verdict of homicide? I see no basis for this approach as after all, in fact and in reality, the recording of evidence in an inquiry by the learned magistrate can be likened to an extension of investigations by the police. In Shaaban’s case it was held that the police are entitled to make an arrest if a reasonable suspicion existed that the suspect was concerned with the offence. It is unnecessary for the police to show that there was prima facie proof of such offence before an arrest.

[119] It is not in dispute that in an inquest the evidence adduced must be credible so as to become the basis for the coroners finding (see Inquest into the death of Sujatha Krishnan, deceased [2009] 5 CLJ 783); that the verdict must not be based on guesswork but on particulars which have been proved in evidence (see R v Huntback; exparte Lockley [1944] KB 606, Re Derek Selby, deceased [1971] 2 MLJ 277); a magistrate who conducts an inquiry must confine himself to the evidence made available to him and at the end of the

31

day must decide on that evidence alone (see Public Prosecutor v Shanmugam & Ors [2002] 6 MLJ 562); that a magistrate can only make a definite finding based on proved facts produced and not on mere conjectures (see Re Rumie Mahlie, deceased [2007] MLJU 280; [2007] 10 CLJ 69).

[120] In Victoria, Australia in the case of Anderson v Blashki [1993] VR 89 it was held that the standard of proof to be applied by the coroner in investigating a death is the civil standard of the balance of probabilities (see also Briginshaw v Briginshaw (1938) 60 CLR 336). In the infamous case of Inquest into the death of Azaria Chantel Loren Chamberlain [2012] NTMC 020, it was held by the High Court of Australia that in the coronial jurisdiction, the test applied is a balance of probabilities test.

[122] Returning to the issue of the standard of proof applicable in an inquiry of death, a useful comparison may be made with the standard applied in preliminary inquiries into cases (namely, capital offences) triable by the High Court before Chapter XVII, ss 138 151 of the CPC were deleted by Act A908. For purposes of committal of a case for trial in the High Court, reliance used to be placed by the prosecution on the phrase sufficient grounds for committing as provided for by the former s 140(i) of the CPC. What this meant was that there must be credible evidence shown by the prosecution for a case to be committed for trial. The standard of proof in a preliminary inquiry had always been on a standard lower than that of beyond reasonable doubt. In Public Prosecutor v Puspanathan a/l Sinnasamy & Ors [1996] 4 MLJ 165, Mohd Hishamudin J (now JCA) had occasion to say that for the purposes of the preliminary inquiry, the prosecution was only required to adduce sufficient evidence identifying the body of the deceased, and was not required to prove this beyond reasonable doubt. In a criminal trial, as opposed to a mere preliminary inquiry, the standard of proof is higher (see p 169 E F,H I; Teay Wah Cheong v Public Prosecutor [1964] 1 MLJ 21 and Fazal Din v Public Prosecutor [1949] MLJ 123 distinguished).”

66. Oleh itu, taraf pembuktian yang digunakan dalam Siasatan Awam di bawah Seksyen 12 Akta tersebut adalah berdasarkan imbangan keberangkalian (iaitu taraf atau kuantum bukti dalam kes sivil). Pada dasarnya, ini bermakna bahawa Panel ini berhak untuk menerima dan bergantung kepada keterangan yang mungkin benar dan tidak perlu dibuktikan dengan taraf melampaui keraguan yang munasabah (“does not need to be proved to be beyond reasonable doubt”).

32

Beban Bukti Dalam Kes Kehilangan Paksa

67. Mengenai beban bukti, iaitu, di atas bahu siapakah terletaknya beban untuk membuktikan kes, pendekatan yang telah diambil dalam kes-kes hak asasi manusia antarabangsa mengenai kehilangan paksa, mengilustrasikan bahawa beban bukti terletak pada Kerajaan itu sendiri. Ini diputuskan oleh beberapa mahkamah seperti berikut:

67.1. Bamaca-Velasquez v Guatemala22, Mahkamah Hak Asasi Manusia Inter-Amerika memutuskan bahawa:

"As this Court has often repeated, in cases of forced disappearance, the State's defense cannot rely on the impossibility of the plaintiff to present evidence in the proceedings since, in such cases, it is the State that controls the means to clarify the facts that have occurred in its jurisdiction and, therefore, in practice, it is necessary to rely on the cooperation of the State itself in order to obtain the required evidence.

...In cases such as forced disappearance - and others... - the State has better possibilities of assuming the function of proving what it denies, than the individual to prove what he affirms.”

67.2. Godinez Cruz v Honduras23, Mahkamah Hak Asasi Manusia Inter- Amerika telah memutuskan bahawa:

“141. In contrast to domestic criminal law, in proceedings to determine human rights violations the State cannot rely on the defense that the complainant has failed to present evidence when it cannot be obtained without the State's cooperation.

142. The State controls the means to verify acts occurring within its territory. Although the Commission has investigatory powers, it

22 IACHR Series C No 70 (Official Citation); [2000] IACHR 7 (Other Reference); IHRL 1453 (IACHR 2000) (OUP reference); IACHR Series C No 91 (Official Citation); [2002] IACHR 1 (Other Reference); IHRL 1474 (IACHR 2002) (OUP reference) 23 IACHR Series C no 10 (Official Citation); IHRL 1391 (IACHR 1990) (OUP reference) 33

cannot exercise them within a State's jurisdiction unless it has the cooperation of that State.”24

67.3. Varnava & Ors v Turkey25, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah telah memutuskan bahawa:

"184. As a logical development of this approach, in the situation where persons are found injured or dead, or who have disappeared, in an area within the exclusive control of the authorities of the State and there is prima facie evidence that the State may be involved, the burden of proof may also shift to the Government since the events in issue may lie wholly, or in large part, within the exclusive knowledge of the authorities. If they then fail to disclose crucial documents to enable the Court to establish the facts or otherwise provide a satisfactory and convincing explanation, strong inferences may be drawn.”

67.4. Bleier v Uruguay26, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu telah memutuskan bahawa:

"'13.3 With regard to the burden of proof, this cannot rest alone on the author of the communication, especially considering that the author and the State party do not always have equal access to the evidence and that frequently the State party alone has access to relevant information ... In cases where the author has submitted to the Committee allegations supported by substantial witness testimony, as in this case, and where further clarification of the case depends on information exclusively in the hands of the State party, the Committee may consider such allegations as substantiated in the absence of satisfactory evidence and explanations to the contrary submitted by the State party.27

68. Oleh itu, beban pembuktian dalam kes-kes kehilangan paksa adalah beban Kerajaan. Ini bermakna bahawa Panel ini berhak menerima andaian-andaian

24 Lihat juga Velasquez-Rodriguez v Honduras Inter-Am.Ct.H.R. (Ser. C) No. 4 (1988), Inter-American Court of Human Rights (IACrtHR), 29 July 1988 25 Appl. nos. 16064/90, 16065/90, 16066/90, 16068/90, 16069/90, 16070/90, 16071/90, 16072/90 and 16073/90, Council of Europe: European Court of Human Rights, 18 September 2009 26 Communication No. R.7/30, 29 March 1982 27 Lihat juga Salah Saker v Algeria (HRC, March 2006) 34

yang dikemukakan oleh Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat, Penolong- penolong Pegawai SUHAKAM dan Peguam bagi pihak Majlis Peguam terhadap Kerajaan. Ia adalah terserah kepada Kerajaan untuk mengemukakan bukti yang memuaskan serta memberikan penjelasan-penjelasan atas imbangan kebarangkalian untuk menunjukkan bahawa Kerajaan itu tidak, dalam apa-apa cara sekalipun terlibat dalam kes kehilangan individu tersebut berdasarkan definisi kehilangan paksa di bawah Perkara 2 ICPPED.

Kebolehterimaan Keterangan

69. Panel ini tidak dihadkan atau dibataskan (“constrained or limited”) oleh Akta Keterangan 1950 dalam penerimaan keterangan semasa Siasatan Awam ini. Pendekatan yang fleksibel akan diambil di mana keterangan yang biasanya tidak diterima dalam prosiding jenayah dan sivil, boleh diterima dalam Siasatan Awam ini. Ini diiktiraf oleh Seksyen 14(1)(a) dan (d) Akta tersebut yang menyatakan bahawa “Suruhanjaya hendaklah, bagi maksud sesuatu siasatan di bawah Akta ini, mempunyai kuasa — (a) untuk mendapatkan dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan oleh Suruhanjaya perlu atau patut didapatkan atau diperiksa;” dan “(d) untuk menerima, walau apa pun apa-apa peruntukan Akta Keterangan 1950 [Akta 56], apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah.”

70. Fleksibiliti ini selaras dengan taraf antarabangsa mengenai siasatan-siasatan hak asasi manusia dalam kes-kes berikut:

35

70.1. Dalam kes Bamaca-Velasquez v Guatemala28, Mahkamah Hak Asasi Manusia Inter-Amerika telah memutuskan bahawa:

“97. In an international tribunal such as the Court, whose aim. is the protection of human rights, the proceeding has its own characteristics that differentiate it from the domestic process. The former is less formal and more flexible than the latter, which does not imply that it fails to ensure legal certainty and procedural balance to the parties. This grants the Court a greater latitude to use logic and experience in evaluating the evidence rendered to it on the pertinent facts...

"131. Taking this into account, the Court attributes a high probative value to testimonial evidence in proceedings of this type, that is, in the context and circumstances of cases of forced disappearance, with all the attendant difficulties, when, owing to the very nature of the crime, proof essentially takes the form of indirect and circumstantial evidence."

70.2. Dalam kes Velasquez-Rodriguez v Honduras29, Mahkamah Hak Asasi Manusia Inter-Amerika berpendapat bahawa keterangan langsung tidak merupakan bukti yang hanya boleh dipertimbangkan secara sah (“not the only type of evidence that may be legitimately considered”). Keterangan mengikut keadaan, tanda-tanda dan anggapan, juga boleh dipertimbangkan dan diterima selagi menunjuk kepada kesimpulan- kesimpulan yang konsisten dengan fakta. Selanjutnya, mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa:

“131. Circumstantial or presumptive evidence is especially important in allegations of disappearances, because this type of repression is characterized by an attempt to suppress all information about the kidnapping or the whereabouts and fate of the victim."

71. Kes-kes kehilangan paksa biasanya disifatkan dengan percubaan Kerajaan untuk menyekat semua maklumat (“suppress all information”). Secara

28 IACHR Series C No 70 (Official Citation) [2000] IACHR 7 (Other Reference) IHRL 1453 (IACHR 2000) (OUP reference); IACHR Series C No 91 (Official Citation) [2002] IACHR 1 (Other Reference) IHRL 1474 (IACHR 2002) (OUP reference) 29 Inter-Am.Ct.H.R. (Ser. C) No. 4 (1988), Inter-American Court of Human Rights (IACrtHR), 29 July 1988 36

lazimnya, pengadu-pengadu dalam kes-kes sedemikian tidak mempunyai bukti langsung untuk menunjukkan bahawa ejen-ejen Kerajaan terlibat dalam kehilangan tersebut dan mereka harus bergantung kepada keterangan mengikut keadaan. Pengadu-pengadu juga secara lazimnya tidak mempunyai cara-cara untuk mengenal pasti dengan tepat bahawa ejen-ejen Kerajaan terlibat dalam kehilangan-kehilangan tersebut.

72. Keterangan yang telah dikemukakan kepada Panel ini untuk menunjukkan bahawa Kerajaan terlibat dengan kehilangan tersebut biasanya adalah bukti mengikut keadaan yang menimbulkan andaian bahawa ejen-ejen Kerajaan adalah terlibat dalam kehilangan itu. Adalah hanya melalui pelaksanaan kuasa siasatan Kerajaan, dimana penjenayah dan peranan mereka boleh dikenal pasti secara tepat.

73. Pertimbangan dalam kes-kes di mana keterangannya dibuat secara keseluruhannya mengikut keadaan telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] 1 MLJ 307 di perenggan E dan F, muka surat 307:

“It must, however, be borne in mind that in cases like this where the evidence is wholly circumstantial what has to be considered is not only the strength of each individual strand of evidence but also the combined strength of these strands when twisted together to make a rope. The real question is: is that rope strong enough to hang the prisoner?”30

74. Semasa Siasatan Awam dijalankan, Panel berhak dari segi undang-undang untuk mengguna pakai pendekatan yang tidak dihadkan serta fleksibel dalam penerimaan (“reception and admission”) keterangan, kedua-dua keterangan

30 Lihat juga Sunny Ang v Public Prosecutor [1963] 2 MLJ 195, di mana perayu telah disabitkan dengan kesalahan membunuh walaupun mayat si mati tidak ditemui dan pihak pendakwaraya telah bergantung kepada keterangan mengikut keadaan. 37

secara lisan dan dokumentari, yang berkemungkinan tidak wajar untuk diterima dalam perbicaraan sivil dan jenayah.

75. Untuk menganalisis keterangan yang terdapat dalam kes Amri Che Mat, Panel ini telah menggunakan pendekatan yang lebih inklusif dan bukan eksklusif. Oleh itu, Panel ini telah mengambil kira, antara lain, keterangan dengar cakap (“hearsay”), keterangan mengikut keadaan atau keterangan anggapan dalam menentukan kesan kumulatif keterangan yang telah dikemukakan dalam Siasatan Awam ini.

Fakta-Fakta

Ringkasan Kejadian-Kejadian Sebelum Kehilangan Amri Che Mat

Amri Che Mat Mengamalkan Ajaran Shiah

76. Amri Che Mat dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Muslim Sunni. Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat telah memaklum kepada Panel ini bahawa pada tahun 2004, beliau telah diperkenalkan kepada ajaran Shiah dan mula berminat dengan ajaran tersebut. Peguam dengan selanjutnya telah memaklumkan Panel ini bahawa Amri Che Mat telah melawat pusat-pusat pengamal Shiah di Iran dan Selatan Thailand untuk meneliti ajaran Shiah dan bahawa Amri Che Mat secara bebas telah bercakap di kalangan rakan- rakannya berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepercayaannya.31

77. Pada 8 Mac 2014, satu perhimpunan Shiah di Ijok, Perak telah diadakan. Amri Che Mat telah ditahan bersama dengan seratus tiga belas (113) orang yang lain

31 Muka surat 8, Written Submissions dated 18 January 2019, Counsel on Behalf of the Family of Amri Che Mat 38

di perhimpunan tersebut.32 Ini adalah kali pertama Amri Che Mat berhadapan dengan pihak-pihak berkuasa agama dan Polis disebabkan oleh aktiviti-aktiviti Shiah beliau.

Pemeriksaan Di Rumah Amri Che Mat

78. Pada petang 21 Oktober 2015, Mufti Perlis, Dato’ Dr Mohd Asri Zainal Abidin (IW10) (“Mufti”), dan pegawai-pegawai dari jabatan Mufti, bersama lebih kurang dua puluh (20) pegawai polis, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Polis Perlis, telah membuat lawatan ke rumah Amri Che Mat.

79. Mufti tersebut telah meminta untuk berjumpa dengan Amri Che Mat. Norhayati, yang berada di rumah pada masa itu, telah memaklumkan bahawa Amri Che Mat tiada di rumah dan telah menolak permintaan Mufti untuk masuk ke dalam rumah mereka. Walau bagaimanapun, Norhafizal bin Mohd Ariffin (IW6) (“Norhafizal”), adik ipar Amri Che Mat, yang berada di situ telah mengizinkan mereka masuk ke dalam rumah Amri Che Mat. Pegawai-pegawai dari pejabat Mufti serta Polis telah mengikut Mufti masuk ke dalam rumah.

80. Selepas dibenarkan masuk ke dalam rumah Amri Che Mat oleh Norhafizal, Mufti kemudiannya telah memeriksa ruang tamu. Gambar-gambar telah diambil semasa pemeriksaan tersebut, dan sebelum meninggalkan rumah itu, Mufti telah meminta Norhayati supaya memaklumkan kepada Amri Che Mat untuk berjumpa dengannya di Pejabat Mufti Perlis pada waktu pagi keesokan harinya.

81. Seperti yang diminta, Amri Che Mat telah hadir ke pejabat Mufti bersama Norhafizal pada hari berikutnya, iaitu pada 22 Oktober 2015. Mesyuarat itu dihadiri oleh Sarjan Wan Nasirudin Pawan dari Bahagian E2 Cawangan Khas

32 Sila rujuk perenggan 99 hingga 102 mengenai perhimpunan pengamal Shiah di Perak pada 8 Mac 2014. 39

yang berpusat di Kangar, Perlis; Dato’ Mat, seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis; dan pegawai-pegawai lain dari pejabat Mufti serta Jawatankuasa Fatwa Perlis.

82. Mesyuarat tersebut diadakan di dalam sebuah bilik mesyuarat di pejabat Mufti dan berlangsung selama lebih kurang satu jam. Semasa mesyuarat tersebut, Amri Che Mat ditanya oleh Mufti Perlis sama ada dia seorang pengamal Shiah, Amri Che Mat kemudiannya telah menjawab bahawa dia adalah seorang pengamal Shiah.

83. Semasa mesyuarat tersebut, Mufti telah memaklumkan kepada Amri Che Mat bahawa beliau telah menerima beberapa aduan mengenai aktiviti-aktivitinya. Amri Che Mat kemudiannya diberitahu oleh Mufti bahawa sekiranya dia ingin terus(deleted teruskan sebagai pengamal Shiah) mengamal ajaran Shiah, dia dan isterinya harus berbuat demikian secara tertutup (“behind closed doors”).

Siasatan Berasingan Mengenai Amri Che Mat Oleh Cawangan Khas

84. Berikutan mesyuarat tersebut di pejabat Mufti, ASP Razman Ramli (IW17) (“ASP Razman”), Ketua Cawangan Khas, Bahagian E2 di Kangar, Perlis, telah memberi keterangan bahawa unitnya telah mula menyiasat Amri Che Mat untuk menentukan sama ada beliau sedang menyebarkan ajaran Shiah melalui sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Perlis Hope.33 Dalam keterangannya, ASP Razman telah memutuskan bahawa beliau tidak berpendapat bahawa Amri Che Mat atau Perlis Hope sedang menyebar ajaran Shiah.34

85. Walau bagaimanapun, Dato’ Awaludin Jadid (IW19) (“Dato’ Awaluddin”) Ketua Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur dan pegawai-pegawai lain

33 Rujuk perenggan 87 hingga 90 mengenai Perlis Hope. 34 Muka surat 119, Nota Prosiding bertarikh 26.6.2018 (NP15) 40

dari Bahagian E2, Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur telah memberi keterangan bahawa mereka tidak bersetuju dengan keputusan ASP Razman berdasarkan maklumat perisikan mereka sendiri.35

86. Dato’ Awaludin telah memberi keterangan bahawa siasatan-siasatan Bukit Aman terhadap Amri Che Mat telah bermula lebih awal daripada siasatan ASP Razman dan bahawa beliau, Dato' Awaludin, mempunyai akses kepada maklumat perisikan yang lebih luas yang memutuskan bahawa Amri Che Mat dan Perlis Hope sebenarnya sedang menyebar ajaran Shiah. Dato’ Awaludin seterusnya memberi keterangan bahawa maklumat perisikan yang telah diperolehi Bahagiannya telah dikemukakan kepada Mufti semasa mesyuarat yang diadakan pada 7 Oktober 2016,36 iaitu lebih kurang dua belas (12) bulan selepas Mufti, pegawai-pegawai Mufti dan pegawai-pegawai polis melawat rumah Amri Che Mat pada 21 Oktober 2015.

Perlis Hope

87. Pada 17 Oktober 2015 Perlis Hope telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (“Registrar of Societies”), iaitu beberapa hari sebelum Mufti, pegawai-pegawai Mufti dan Pegawai-Pegawai Polis melawat rumah Amri Che Mat pada 21 Oktober 2015. Amri Che Mat merupakan salah seorang pengasasnya dan pejabat Perlis Hope terletak di kawasan yang sama dengan rumahnya, iaitu di C33 Kampung Padang Behor, Kangar.

88. Mohd Faisol Abd Rahman (IW3) (“Faisol”) seorang aktivis dan jurucakap Perlis Hope, serta Annuar bin Ismail (IW5) (“Annuar”), seorang ahli dan Setiausaha Perlis Hope, dalam keterangan mereka, telah menggambarkan Perlis Hope sebagai satu organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mendapat

35 Muka surat 28, Nota Prosiding bertarikh 23.7.2018 (NP20) 36 Rujuk perenggan 109 hingga 115 mengenai mesyuarat antara Polis dan pihak berkuasa agama pada 7 Oktober 2016. 41

sokongan dan pembiayaan daripada sukarelawan dan sumbangan awam. Faisol dan Annuar telah memaklumkan Panel ini bahawa kerja-kerja Perlis Hope adalah kerja amal yang bertujuan untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama. Aktiviti-aktiviti Perlis Hope adalah seperti mengedarkan beras kepada keluarga-keluarga yang memerlukan setiap bulan, membina dan membaik pulih rumah, mengedar pakaian seragam sekolah, membantu pesakit-pesakit kronik, dan mengedar makanan semasa bulan Ramadan.

89. Pada 20 September 2016, Dato' Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis (“Dato’ Seri Shahidan Kassim”), telah melabelkan Perlis Hope sebagai "PerIi No Hope" dalam pos awamnya di Facebook, menjejaskan kerja amal yang telah dilakukan oleh Perlis Hope dan membuat tuduhan bahawa Perlis Hope adalah satu organisasi Shiah.37

90. Selanjutnya, pada 21 September 2016, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (“JAIP”), Dr. Hazman Hassan (IW11) (“Dr Hazman”), telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang menuduh Perlis Hope sebagai sebuah organisasi Shiah yang menyamar sebagai pertubuhan amal dan memohon supaya Perlis Hope dilarang menjalankan kerja-kerja amalnya di sekolah-sekolah Perlis.38

Shiah Di Malaysia

Status Shiah

91. Shiah merupakan satu aliran Islam di mana pengamal-pengamalnya memegang kepercayaan yang amat berbeza daripada pengamal-pengamal Islam Sunni, yang merupakan majoriti umat Islam di seluruh dunia dan

37 Ekshibit 11(a) hingga (d) 38 Ekshibit 10 42

merupakan satu denominasi di mana amalan, konsep dan upacara agamanya diiktiraf di Malaysia.

92. Pada 1996, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, Malaysia, yang bersidang pada 5 May 1996 telah memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hanya boleh mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (“Keputusan Jawatankuasa Fatwa 1996”).

93. Keputusan Jawatankuasa Fatwa 1996 ini telah memutuskan bahawa ajaran Islam selain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah bercanggahan dengan Islam dan penyebaran mana-mana doktrin yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, iaitu Shiah, adalah haram.

94. Antara tahun 1998 dan 2013, sebelas (11) negeri di Malaysia telah mengeluarkan fatwa untuk menguatkuasakan Keputusan Jawatankuasa Fatwa 1996. Oleh itu, ajaran Shiah dianggap bercanggah dengan Islam, dan ditangani oleh pihak berkuasa Persekutuan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (“ISA”) serta pihak berkuasa agama negeri di bawah undang-undang agama Islam negeri masing-masing. Terdapat fatwa mengenai pengharaman ajaran Shiah yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Perlis pada 7 Ogos 2012.

95. Mengikut pendirian pihak-pihak berkuasa agama, organisasi-organisasi termasuk NGO, mereka telah menganjurkan seminar-seminar dan perbincangan mengenai isu penyebaran agama Shiah. Oleh itu, pengamal- pengamal Shiah dianggap sebagai masalah yang berhubung dengan kepercayaan Islam di Malaysia dan Polis telah bertindak berdasarkan kuasa- kuasa yang dianggap diberikan di bawah ISA untuk menangani ancaman yang disangkakan (“perceived threat”) tersebut.

43

96. Pada tahun 2012, ISA telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang berkuatkuasa pada 31 Julai 2012. SOSMA telah menyekat kuasa penahanan, meningkatkan hak-hak tahanan serta keluarga mereka dan telah menyebabkan penahanan tertakluk kepada semakan kehakiman dalam perbicaraan terbuka. Sejak penggubalan tersebut dan menurut keterangan yang telah dikemukakan, tiada sebarang laporan mengenai tindakan-tindakan yang diambil terhadap pengamal-pengamal Shiah di bawah SOSMA. Tiada sabitan yang berkaitan dengan penyebaran ajaran Shiah di bawah undang- undang agama Islam Negeri yang telah dilaporkan oleh pihak-pihak berkuasa agama negeri.

97. Pada 2013, kenyataan-kenyataan awam yang dikeluarkan menyatakan bahawa ajaran Shiah bukan sekadar isu penyimpangan agama, tetapi sebagai ancaman terhadap keselamatan negara. Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan dalam sidang akhbar pada 30 Julai 2013, bahawa Kementerian Dalam Negeri telah membuat pembentangan kepada Majlis Keselamatan Negara mengenai bahaya yang timbul akibat ajaran Shiah dan laporan itu akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

98. Kemudiannya pada tahun yang sama, terdapat perdebatan mengenai pemindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mentakrif Islam secara lebih spesifik dan terhad kepada Sunnah wal-Jamaah untuk mencegah penyebaran ajaran Shiah. Ini dilihat dalam kenyataan-kenyataan awam Timbalan Perdana Menteri pada masa itu dan juga bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar.39

39 Zahid Hamidi: Home Ministry To Propose Islam Is Defined in Constitution | Malay Mail https://www.malaymail.com/news/malaysia/2013/12/06/zahid-hamidi-home-ministry-to-propose-islam-is- defined-in-constitution/576747 44

Perhimpunan Shiah Di Ijok, Perak Pada 8 Mac 2014

99. Pada 8 Mac 2014, satu perhimpunan Shiah diadakan di Ijok, Perak. Polis telah dimaklumkan mengenai perhimpunan ini melalui surat bertarikh 3 Mac 2014 yang dihantar oleh Abdul Manap bin Abdul Hamid, Setiausaha Masyarakat Awam Syiah Imamiyyah (Ja'fari) Malaysia, kepada Pejabat Perdana Menteri, yang memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan satu sambutan Shiah di Kampung Haji Ismail, Kelian Gunung, Ijok, Perak pada 8 Mac 2014.

100. Surat yang bertarikh 3 Mac 2014 tersebut telah dirujuk daripada Pejabat Perdana Menteri kepada bekas KPN. KPN telah membuat catatan pada surat tersebut, yang menyatakan bahawa menurut "fatwa kebangsaan", Shiah adalah salah di sisi undang-undang, oleh itu, apa-apa perhimpunan yang diadakan oleh mereka juga akan menyalahi undang-undang. KPN juga telah mengarahkan Ketua Polis Perak untuk menghalang kumpulan-kumpulan Shiah daripada berhimpun.

101. Selepas mendapat arahan daripada KPN, Ketua Polis Perak telah mengambil maklum dan memberi arahan-arahan kepada Ketua Polis Daerah Selama untuk mengambil tindakan bersama Cawangan Khas dan jabatan agama negeri, dan untuk melapor kepada KPN.

102. Pada 8 Mac 2014 pada lebih kurang pukul 10:00 malam, satu kontinjen besar yang terdiri daripada pegawai-pegawai polis dan pegawai-pegawai dari jabatan agama telah menyerbu perhimpunan Shiah di Ijok, Perak. Laporan- laporan mengenai bilangan peserta yang terlibat adalah antara enam puluh (60) hingga seratus lima puluh (150) orang. Semua yang hadir, termasuk wanita dan kanak-kanak telah dikumpul dan dibawa ke lokap balai polis di Selama. Amri Che Mat adalah salah seorang daripada mereka. Semua dibebaskan pada keesokan harinya dan tiada saman yang dikenakan ke atas mereka.

45

Kenyataan-Kenyataan Mengenai Persepsi Terhadap Ajaran Shiah

103. Pada 13 Disember 2015, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Pengarah Bahagian Pencegah Keganasan, Cawangan Khas, Kuala Lumpur (“Dato’ Ayob”) telah memberi ucapan dalam satu acara yang bertajuk “Seminar Negara Islam, Jihad vs Militan.” Dalam ucapannya, Dato’ Ayob telah menceritakan tentang ancaman kepada keselamatan negara yang diakibatkan oleh Islamic State (“IS”) dan beliau menyatakan bahawa ideologi mereka adalah berdasarkan ajaran-ajaran cendekiawan Islam dari abad ke-14 Ibn Taimiyyah. Dato’ Ayob tidak membuat apa-apa rujukan kepada Shiah dalam ucapannya. Sebaliknya, Dato’ Ayob telah mendakwa bahawa majoriti mereka yang menyertai Islamic State menyatakan mereka adalah salafi40 tanpa pegangan agama yang kuat.

104. Keesokannya, pada 14 Disember 2015, Dato’ Seri Shahidan Kassim telah mempertanyakan pemahaman Dato' Ayob dan mempersoalkan kenyataan Dato’ Ayob yang dikatakan menentang salafi dan ajaran-ajaran Ibn Taimiyyah, seorang ulama sunni yang dihormati.

105. Beberapa hari kemudian, pada 18 Disember 2015, Mufti Perlis telah membuat satu siaran awam di Facebook untuk mempertahankan karya Ibn Taimiyyah. Dalam siaran tersebut, Mufti telah menyatakan bahawa pengamal Shiah telah memperdaya orang awam dengan menggunakan pelbagai kaedah. Selepas itu, Mufti telah menggunakan karya Zamihan Mat Zin (“Zamihan”) yang mengkritik Ibn Taimiyyah sebagai salah satu cara Shiah memperdaya orang awam.

106. Lebih sebulan kemudian, pada 20 Januari 2016, Mufti Perlis telah menyatakan bahawa Zamihan merupakan seorang pelajar kepada pengajar Shiah dari Jordan bernama Hasan Saqqaf. Dalam pos tersebut, Mufti Perlis juga telah menyatakan bahawa Dato’ Ayob adalah seorang pelajar Zamihan. Ini akan

40 Golongan Muslim dibawah kepercayaan Sunni. 46

memberi tanggapan bahawa Dato’ Ayob Khan sendiri adalah seorang pengamal Shiah.

107. Pada 13 Ogos 2016, Dato’ Ayob Khan telah memberi ucapan sempena "Seminar Ancaman Daesh dan Kafir Harbi." Dalam ucapannya, Dato' Ayob telah menyatakan bahawa dia bukan seorang Shiah dan sebenarnya terlibat dalam beberapa operasi yang berkaitan dengan Shiah, seperti penahanan dua belas (12) pemimpin Shiah di Kemunting, Perak pada 1997 dan penahanan lima (5) pengamal Shiah dalam satu operasi pada tahun 2000. Dato' Ayob Khan selanjutnya menjelaskan bahawa mereka yang telah ditangkap telah dihantar untuk pemulihan dan dibebaskan apabila pulih kerana walaupun Shiah diisytiharkan bertentangan dengan Islam oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, ini tidak memberi hak kepada pihak berkuasa untuk mengambil nyawa mereka. Dato’ Ayob Khan selanjutnya menyatakan bahayanya apabila beliau dilabelkan sebagai seorang pengamal Shiah kerana ini boleh mencetuskan keinginan ahli-ahli kumpulan ekstremis, IS, untuk membunuhnya.

108. Pada 21 Ogos 2016, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan dalam berita telah menggesa pihak-pihak berkuasa agama negeri untuk memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap aktiviti-aktiviti Shiah.

Mesyuarat Antara Mufti Perlis Dan Cawangan Khas

109. Pada 7 Oktober 2016, satu mesyuarat telah diadakan di pejabat Mufti Perlis atas permintaan Dato' Awaludin. Beberapa pegawai dari Bahagian E2,

47

Cawangan Khas, Bukit Aman dan Perlis telah hadir bersama beberapa pegawai dari pihak-pihak berkuasa agama Perlis.41

110. Dato’ Awaludin telah memberi keterangan bahawa beliau telah memohon untuk mengadakan mesyuarat tersebut untuk membincangkan maklumat perisikan berkenaan isu ekstremis agama (“religious extremism”) di Perlis, Kedah dan Selatan Thailand. Beliau menyatakan bahawa perbincangan mengenai pengamal-pengamal Shiah sebagai ahli-ahli extremis agama telah bertukar tumpuan kepada Perlis Hope dan Amri Che Mat. Beliau mendakwa bahawa Perlis Hope adalah satu samaran untuk aktiviti-aktiviti Shiah dan rumah Amri Che Mat sebenarnya merupakan sebuah pusat Shiah.42

111. Dalam keteranganDato’ Awaludin, beliau telah menjelaskan bahawa semasa ISA masih merupakan mekanisma yang sedia ada untuk menangani isu fahaman ekstremisme (social extremism), beliau dapat menangani penyebaran ajaran Shiah. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa sekarang beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk bertindak terhadap isu sebegini dan terpaksa menyerahkan maklumat perisikan kepada pihak-pihak berkuasa agama negeri untuk tindakan selanjutnya.

112. Mufti Perlis dan Dato’ Awaludin telah memberi keterangan bahawa selepas pembentangan terperinci di mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak masing- masing telah membuat kesimpulan bahawa perkara tersebut adalah sangat serius tetapi pihak yang lain bertanggungjawab untuk menanganinya. Dato’ Awaludin berpendapat bahawa oleh kerana hal ini melibatkan pelanggaran

41 Dari gambar-gambar yang dikemukakan, 10 orang telah hadir: Dato’ Awaludin and ACP Hanafi Mohd Sani dari E2, Bukit Aman; 3 pegawai dari E2 di Perlis: ASP Razman Ramli, Inspector Fadli, dan Sergeant Wan Nasirudin; Pegawai-Pegawai dari pihak berkuasa agama, Perlis: Mufti Perlis dan Pengarah JAIP Dr Hazman. 42 Muka surat 59, Nota Prosiding bertarikh 3.7.2018 (NP17) 48

undang-undang agama negeri, ia terserah kepada pihak-pihak berkuasa agama Perlis untuk mengambil tindakan terhadap Amri Che Mat dan Perlis Hope.43

113. Manakala Mufti Perlis berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti tersebut yang melibatkan aspek keselamatan negara adalah terserah kepada pihak polis untuk bertindak. Mufti juga telah memaklumkan kepada Dato’ Awaludin bahawa beliau tidak mempunyai bidang kuasa ke atas Perlis Hope yang merupakan sebuah pertubuhan berdaftar.44

114. Selepas mesyuarat itu, Mufti Perlis telah membuat satu siaran di Facebook dan mengadakan satu temubual akhbar berkenaan mesyuarat tersebut untuk menangani ancaman Shiah terhadap keselamatan dan kestabilan negara.

115. Pada 6 November 2016, Dato’ Awaludin telah memberi ceramah di 'Seminar Belia Menentang Keganasan' yang dianjurkan oleh sebuah Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seminar tersebut dihadiri oleh lebih kurang enam puluh (60) hingga seratus (100) orang, yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan ahli-ahli NGO Muslim, dan ia diadakan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Kuala Lumpur.

115.1. Fokus utama ucapan Dato' Awaludin adalah untuk memberi amaran mengenai kegiatan Shiah di negara ini. Beliau menyatakan bahawa terdapat keperluan segera untuk menangani penyebaran Shiah yang meningkat dan bahawa Shiah telah menyusup masuk ke dalam semua peringkat masyarakat termasuk Polis, badan Kehakiman, pihak berkuasa agama, dan pentadbiran. Menurut beliau, masalah ini tidak ditangani dengan sewajarnya.

43 Muka surat 77, Nota Prosiding bertarikh 3.7.2018 (NP17) 44 Muka surat 32, Nota Prosiding bertarikh 12.4.2018 (NP9) 49

115.2. Beliau telah memberi contoh di mana tiga (3) masjid Shiah di Satun dan satu pusat Shiah di Tangalam, di Selatan Thailand yang didakwa dijadikan pusat latihan untuk dua ratus (200) hingga tiga ratus (300) pendakwah Shiah Melayu dan bahawa mereka pula akan ditugaskan di Malaysia untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat (“inflitrate society”) untuk menyebar ajaran Shiah.

115.3. Beliau juga telah menyatakan bahawa individu-individu yang menyokong ajaran Shiah perlu dikenal pasti dan maklumat perisikan beliau menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti Shiah yang bermula di Perlis telah merebak ke Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan.

115.4. Dato’ Awaludin telah mengadu tentang pelucutan kuasa polis serta kekeliruan dalam pentadbiran berkaitan pengawasan organisasi- organisasi keagamaan. Oleh sebab berhadapan dengan ancaman yang mencemaskan serta kekurangan tindakan padu untuk menangani masalah ini, beliau telah menyeru para peserta dan masyarakat Muslim untuk bersatu dan membasmi masalah yang ditimbulkan oleh pengamal-pengamal Shiah.

Pemerhatian Rumah Amri Che Mat

116. Selama tiga (3) hari berturut-turut sebelum kehilangan Amri Che Mat, pemilik Bengkel JST Auto Mechanics, Vee Yak a/l Ban Jong (IW8) (“Vee Yak”) ternampak satu kejadian yang luar biasa. Bengkel motor beliau terletak lebih kurang seratus lima puluh (150) meter dari rumah Amri Che Mat di Jalan Padang Behor menuju ke arah Kangar. Bengkelnya terletak di sebelah jalan yang sama dengan rumah Amri Che Mat.

50

117. Vee Yak terlihat tiga (3) kereta, dua (2) daripadanya terletak di seberang jalan dari bengkelnya dan di hadapan sebuah restoran yang dikenali sebagai Kuali Hangat. Kereta-kereta tersebut terletak berhadapan rumah Amri Che Mat. Beliau terlihat sebuah Toyota Vios emas yang terletak di hadapan restoran dari pukul 9:30 pagi hingga pukul 12:00 petang, kemudiannya Toyota Vios itu beredar. Toyota Vios tersebut diganti oleh sebuah Honda Civic putih yang berada di lokasi yang sama dari pukul 12:00 petang hingga lebih kurang pukul 7:00 malam. Apabila Honda Civic tersebut beredar, ia akan diganti oleh kereta ketiga, iaitu sebuah Toyota Hilux hitam dari lebih kurang pukul 7:00 malam hingga lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Toyota Hilux tersebut terletak di jalan sebelah bengkel Vee Yak dan berhadapan rumah Amri Che Mat.

118. Vee Yak hanya dapat membuat pemerhatian-pemerhatian tersebut sehingga bengkel motornya tutup. Beliau biasanya akan menutup bengkelnya pada pukul 9:00 malam tetapi sekali-sekala beliau bekerja sehingga lewat malam untuk menyiapkan kerjanya. Pada ketiga-tiga (3) hari selepas beliau menyedari dan memerhatikan kehadiran kereta-kereta tersebut, beliau telah bekerja sehingga tengah malam. Pada ketiga-tiga (3) hari ketika beliau meninggalkan tempat kerjanya, Toyota Hilux tersebut masih terletak di luar bengkelnya. Beliau tidak dapat menyatakan bila Toyota Hilux tersebut beredar atau sama ada ia digantikan oleh kenderaan yang lain selepas tengah malam. Apa yang beliau dapat maklumkan kepada Panel ini adalah bahawa Toyota Vios tersebut berada di situ ketika beliau tiba di tempat kerja pada waktu pagi dan Toyota Hilux tersebut berada di situ ketika beliau meninggalkan bengkelnya sekitar tengah malam selama tiga (3) hari tersebut.

119. Vee Yak merasakan kejadian tersebut amat pelik kerana kereta-kereta tersebut bercermin gelap dan penumpang-penumpangnya telah berada di dalam kenderaan mereka dengan enjin yang dihidupkan sepanjang masa tersebut. Beliau bimbang bengkelnya sedang diperhatikan/diawasi oleh

51

tukang tarik kereta (car repossessors) atau orang yang berniat jahat terhadapnya. Beliau telah mencatatkan nombor pendaftaran salah satu kenderaan tersebut, iaitu kereta Toyota Vios dan mencatatkannya pada sebuah papan dalam bengkelnya. Nombor kenderaan yang telah direkodkan oleh beliau ialah PFC1623. Vee Yak telah menyimpan maklumat tersebut kepada dirinya sendiri sehingga dua (2) hari selepas kejadian kehilangan Amri Che Mat.

Ringkasan Kejadian-Kejadian Selepas Kehilangan Amri Che Mat

Fakta-Fakta Kehilangan Amri Che Mat

120. Pada 24 November 2016 pada lebih kurang pukul 7:30 malam, Amri Che Mat, semasa di rumah, berasa letih dan membuat keputusan untuk tidur dan telah meminta isterinya, Norhayati, untuk mengejut beliau pada pukul 10:30 malam. Seperti yang diminta, Norhayati telah mengejut beliau pada pukul 10:30 malam sebelum tidur. Ini adalah kali terakhir Norhayati bercakap dengan suaminya. Pada pukul 11:30 malam anak perempuan sulung mereka, Nur Masarrah, telah melihat ayahnya keluar dari rumah dalam kereta Toyota Fortuner hitam milik beliau.

121. Amri Che Mat telah meninggalkan rumahnya untuk berjumpa dengan kawannya Abdul Jamil bin Ahmad Jawi (IW2) (“Jamil”), di Jitra, Kedah, yang terletak lebih kurang empat puluh lima minit (45) dari rumahnya di Kangar. Dia pergi untuk berjumpa dengan Jamil untuk minum kopi dan bersembang, sesuatu yang biasa dilakukan olehnya. Beberapa minit sebelum itu, Amri Che Mat telah menghantar satu mesej kepada Jamil pada pukul 11:11 malam untuk menjemputnya minum kopi tetapi Jamil hanya dapat menjawab pada pukul 11:34 malam. Pada sekitar masa yang sama, tidak lama selepas membalas mesej Amri Che Mat, Jamil telah bercakap dengan Amri Che Mat melalui

52

telefon. Amri Che Mat kedengaran seperti tergesa-gesa dan hanya dapat menjawab 'ok, ok, ok' dan telah menamatkan panggilan tersebut secara tiba- tiba.

122. Ketika Amri Che Mat sedang memandu di Jalan Padang Behor, lebih kurang lima ratus (500) meter dari rumahnya dan ketika mendekati Restoran MakLang, seorang saksi bernama Saiful Afdzan bin Seinei (“Saiful Afdzan”), terdengar bunyi ciut tayar kereta dan cermin dipecahkan. Apabila Saiful Afdzan memandang dari restorannya (Restoran MakLang), dia terlihat tiga (3) kenderaan sedang mengepung (boxing in) kereta Amri Che Mat pada lebih kurang masa yang sama.

123. Seorang saksi lain, Syed Amri bin Abd Jalil (IW7) (“Syed Amri”) yang sedang menunggang motosikal dari arah yang bertentangan, telah menyaksikan kejadian tersebut dan telah menyangka bahawa suatu kemalangan telah berlaku.

124. Pada lebih kurang pukul 12:30 pagi keesokan hari, kereta Amri Che Mat yang tersadai dijumpai oleh Yousri bin Khalid (“IW4”) di sebuah tapak pembinaan terbiar di Bukit Chabang, Kangar, Perlis di mana tiga (3) daripada tingkapnya telah dipecahkan. Berikutan laporan polis yang dibuat oleh Yousri bin Khalid pada lebih kurang pukul 2:20 pagi, Polis telah berjaya mengesan Norhafizal, pemilik berdaftar kenderaan tersebut. Norhafizal adalah adik ipar Amri Che Mat.

125. Amri Che Mat tidak pernah dilihat, atau didengar sejak 24 November 2016 sehingga kini dan dipercayai telah "hilang".

53

Kejadian-Kejadian Selepas Kehilangan Amri Che Mat

126. Dua (2) hari selepas itu, lebih kurang pukul 9:00 pagi, pada hari Sabtu, 26 November 2016, Norhafizal dan Mohd Aizat bin Zahid (IW14) (“Aizat”) seorang rakan karib Amri dari Perlis Hope, telah pergi ke kawasan sepanjang Jalan Behor untuk cuba mengumpul maklumat mengenai kehilangan Amri Che Mat di mana mereka telah bertemu dengan Vee Yak.

127. Vee Yak telah memberi keterangan bahawa beliau telah menyampaikan maklumat mengenai tiga (3) kereta termasuk nombor pendaftaran Toyota Vios tersebut kepada Norhafizal dan Aizat. Aizat, dalam keterangannya menyatakan bahawa sebaik sahaja menerima maklumat tersebut daripada Vee Yak, beliau telah menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khor Yi Shuen (IW9) (Inspektor Khor) dan telah menyampaikan maklumat ini kepadanya pada 26 November 2016.

128. Pada 8 Disember 2016 Norhayati telah membuat laporan polis kedua yang menerangkan keterangan anak saudara lelaki Amri Che Mat, Sharizal Abd Manan, mengenai pemerhatian yang disyaki terhadap satu Toyota Hilux dan seorang penunggang motosikal di rumah Amri Che Mat. Sharizal Abd Manan tidak pernah disoal siasat oleh Polis dan tiada kenyataan yang telah direkod daripadanya.

Pertemuan Antara Sarjan Shamzaini Dan Norhayati

129. Beberapa bulan kemudian, pada malam 12 Mei 2018 lebih kurang pada pukul 10:30 malam, Sarjan Mohd Shamzaini Mohd Daud (IW20) (Sjn Shamzaini), seorang Sarjan di Bahagian E5 (Maklumat Perisikan Ekonomi) dari Cawangan Khas, Kangar, Perlis telah melawat Norhayati di rumahnya. Menurut Norhayati, Sjn. Shamzaini telah memberitahunya mengenai kehilangan suaminya. Mereka telah bersembang sambil duduk di beranda tingkat atas rumahnya. Anak

54

perempuan Norhayati, Nur Amirah binti Amri Che Mat (IW13) juga ada semasa perjumpaan tersebut.

130. Kunjungan oleh Sjn. Shamzaini berlangsung selama dua (2) jam semasa tempoh penangguhan Siasatan Awam ini. Keterangan direkod selama sembilan (9) hari bermula dari 22 Januari 2018 sehingga 12 April 2018 dan ditetapkan untuk disambung semula pada 16 Mei 2018. ASP Razman Ramli, ketua Bahagian E2 Cawangan Khas di Kangar, Perlis telah dijadualkan untuk memberi keterangan pada tarikh pendengaran seterusnya.

G. Pendapat Panel

Penjelasan-Penjelasan Yang Telah Diberikan Oleh Polis

131. Pihak Polis dan/atau pihak-pihak berkuasa agama telah memberi beberapa alasan kemungkinan (“possible reasons”) yang menyebabkan kehilangan Amri Che Mat, iaitu:

131.1. Bahawa beliau sedang menghadapi masalah kewangan sama ada dengan pelabur-pelaburdalam perdagangan pertukaran asing (“Forex”) yang tidak berlesen atau daripada pemiutang-pemiutang dan oleh itu telah hilang secara sukarela untuk mengelakkan diri dari mereka;

131.2. Bahawa terdapat seorang pelabur yang tidak berpuas hati dengan perniagaan Forex beliau atau seorang pemiutang telah menyebabkan kehilangannya;

131.3. Bahawa bapa saudara yang sebenar kepada empat (4) orang anak angkat Amri Che Mat dan Norhayati telah berasa marah terhadapnya

55

kerana mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada ajaran Shiah dan ini telah menyebabkan kehilangan Amri Che Mat;

131.4. Bahawa orang awam berasa sangat marah dengan Amri Che Mat oleh sebab aktiviti-aktiviti Shiah beliau dan telah menyebabkan kehilangannya;

131.5. Bahawa beliau telah memasuki satu perkahwinan berkontrak dengan wanita lain dan telah melarikan diri; dan

131.6. Bahawa beliau telah melarikan diri ke pusat Shiah di Satun, Thailand Selatan.

132. Panel ini akan membincangkan kemungkinan senario-senario tersebut mengikut urutan:

132.1. Masalah kewangan:

(a) Walaupun Amri Che Mat telah diisytiharkan sebagai seorang bankrap sebanyak dua kali, tiada bukti yang dikemukakan untuk menunjuk bahawa beliau adalah sasaran mana-mana pelanggan atau pemiutangnya. Tiada laporan yang telah dibuat terhadap Amri Che Mat berhubung dengan perniagaan Forex beliau ataupun tuntutan-tuntutan dibuat untuk pemulangan sebarang duit.

(b) ASP Roslan Remeli (IW12), telah memberi keterangan bahawa selepas menyoal siasat pelabur-pelabur Amri Che Mat mengenai perniagaan Forex beliau, dia telah berpendapat bahawa tiada sesiapa yang telah menunjukkan apa-apa unsur permusuhan (“animosity”) terhadapnya. Pihak Polis sendiri

56

telah menolak apa-apa kaitan antara perniagaan Forex Amri Che Mat dan kehilangannya.

(c) Walaupun Amri Che Mat adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan (“undischarged bankrupt”), terdapat bukti yang dikemukakan untuk menunjuk bahawa beliau telah menjelaskan semua hutangnya dan sedang berada dalam proses mendapat pelepasan sebagai seorang bankrap. Tiada hubungan yang boleh dijamin antara pemiutang-pemiutangnya dan kehilangannya.

132.2. Anak-anak angkat:

(a) Norhayati telah menjelaskan bahawa beliau dan Amri Che Mat telah mengambil empat (4) orang anak angkat untuk beberapa tahun kerana ayah mereka sedang mengalami masalah kewangan. Mereka sedang menjaga kebajikan (“well-being”) dan pendidikan mereka. Pada masa kehilangan Amri Che Mat, mereka sedang belajar di Thailand.

(b) Tiada apa-apa masalah dengan keluarga sebenar mereka dan pada hakikatnya, rancangan pengambilan anak adalah suatu relif terhadap kesukaran yang dihadapi oleh keluara tersebut. Inspektor Khor dalam keterangannya telah menyatakan bahawa dia telah menyoal siasat bapa saudara sebenar kanak- kanak tersebut dan tiada apa-apa yang negatif (“nothing untoward”) didapati semasa soal siasat tersebut. Adalah dinyatakan oleh ASP Roslan bahawa isu ini bukan lagi sebahagian daripada siasatan.

132.3. Aktiviti-aktiviti Shiah:

57

(a) Mengenai aktiviti-aktiviti Shiah Amri Che Mat, seperti yang telah dinyatakan di atas, pihak polis mahupun pihak-pihak berkuasa agama tidak dapat mengemukakan apa-apa aduan atau nama-nama pengadu daripada kalangan orang awam. Rujukan terbaik yang mereka kemukakan adalah dengan merujuk kepada khabar angin bahawa Mufti Perlis telah mendengar tentang ketidakpuasan hati di kalangan orang awam di kawasan kejiranan Amri Che Mat, tetapi tiada jiran yang mengemukakan apa-apa aduan dan daripada senarai orang yang disoal siasat oleh Inspektor Khor semasa siasatannya, tiada sesiapa yang sebenarnya merupakan jiran Amri Che Mat!

132.4. Perkahwinan berkontrak:

(a) Alasan-alasan yang diberi oleh Mufti Perlis bahawa Amri Che Mat mungkin telah melarikan diri ke Selatan Thailand atau melarikan diri dengan wanita lain tidak dapat dibuktikan. Tiada rekod imigresen yang menunjuk bahawa Amri Che Mat telah meninggalkan negara ini dan pasportnya pula ditinggalkan di rumah. Rancangan yang dibuat pada malam tersebut untuk bertemu dengan rakannya, Jamil, dan kesinambungan am hidupnya serta kegiatan pada masa kehilangannya, bercanggah dengan spekulasi tersebut. Norhafizal dan Norhayati juga telah memberi keterangan bertentangan dengan spekulasi ini.

133. Seperti yang dapat dilihat, tiada penjelasan yang diberi oleh pihak Polis dan pihak-pihak berkuasa agama selain spekulasi yang boleh dibongkar (“debunk”) dengan mudah. Pada hakikatnya, selain daripada kehilangan Amri Che Mat

58

yang boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti Shiah beliau, semua alasan-alasan lain telahpun membuktikan sebaliknya oleh pihak-pihak berkuasa sendiri.

Pengawasan Cawangan Khas Terhadap Ajaran Shiah Dan Pemerhatian Amri Che Mat

134. Berdasarkan dokumen-dokumen yang diekshibitkan, ia tidak dapat dinafikan bahawa isu ajaran Shiah diberikan perhatian serius oleh Mufti Perlis serta Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur dan dibincang secara awam. Juga tidak dapat dinafikan bahawa Amri Che Mat mendapat banyak perhatian dan berada di bawah pemerhatian pihak berkuasa agama dan Cawangan Khas kerana mereka telah berkomunikasi secara terus dengannya dan telah memberi amaran mengenai penyebaran kepercayaan Shiah beliau semasa mesyuarat yang diadakan pada 22 Oktober 2015. Juga tidak dinafikan bahawa mesyuarat pada 7 Oktober 2016 telah memutuskan bahawa ajaran Shiah dianggap sebagai suatu ancaman dan tindakan seharusnya diambil.

135. Mengenai isu-isu ajaran Shiah serta pemerhatian Amri Che Mat, Panel ini telah memerhati perkara-perkara yang berikut:

135.1. Mesyuarat antara pihak-pihak berkuasa agama negeri dan pihak Polis pada 7 Oktober 2016 merupakan satu mesyuarat yang diketuai oleh Mufti Perlis dan Dato’ Awaludin, kedua-duanya memegang jawatan tinggi dan kedua-duanya telah menyatakan pendapat kukuh terhadap ancaman keselamatan negara yang disebabkan oleh pengamal- pengamal Shiah di Perlis;

135.2. Pihak-pihak berkuasa agama dan Polis telah bersetuju dan telah membuat kesimpulan semasa mesyuarat pada 7 Oktober 2016, bahawa ajaran Shiah adalah satu ancaman yang serius. Walau

59

bagaimanapun, kedua-duanya menegaskan bahawa mesyuarat tersebut hanya berperanan untuk berkongsi maklumat risikan;

135.3. Tiada rekod berkenaan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut serta keputusan-keputusan yang dibuat; dan

135.4. Kedua-duanya telah menyatakan bahawa pihak yang lain mempunyai bidang kuasa atas isu tersebut.

136. Panel ini berpandangan bahawa mesyuarat tersebut diadakan untuk menentukan cara untuk menangani masalah ajaran Shiah yang dianggap sebagai ancaman, secara terselaras. Ini menimbulkan kebimbangan kerana tiada alasan munasabah yang telah dikemukakan mengenai penglibatan pihak Polis dalam isu-isu agama. Dato’ Awaluddin tidak menjelaskan secara terang mengenai apa ancaman-ancaman yang dimaksudkan, sama ada ancaman tersebut adalah yang benar ataupun yang, terhadap keselamatan negara. Masalah-masalah tersebut hanya dihuraikan secara am sebagai ancaman terhadap keselamatan negara.

137. Pihak-pihak berkuasa telah mendakwa bahawa mereka telah bertindak untuk mengatasi ancaman terhadap keselamatan negara. Walau bagaimanapun, ia harus diambil maklum bahawa jenis ancaman yang tepat (“exact kind of threat”), sama ada ia adalah penyebaran ajaran Shiah, keganasan, keselamatan atau ancaman keagamaan, tidak pernah ditakrifkan dengan sewajarnya ataupun dijelaskan dalam keterangan.

138. Tambahan pula, pihak Polis telah menegaskan bahawa mereka tidak lagi mempunyai kuasa untuk menangani ancaman tersebut berikutan pemansuhan ISA dan masalah tersebut harus diserahkan kepada pihak-pihak berkuasa agama. Namun demikian, berdasarkan bukti, walaupun kehilangan 'kuasa', pihak Polis didapati masih meninjau (“survey”) orang awam mengenai isu-isu

60

yang mereka sendiri katakan perlu diserahkan kepada pihak-pihak berkuasa agama!

139. Yang penting, pihak-pihak berkuasa agama negeri mahupun pihak Polis tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti tentang sebab Amri Che Mat dan/atau kerja-kerja amal Perlis Hope dilihat sebagai suatu ancaman terhadap sesiapa sahaja, apatah lagi ancaman terhadap keselamatan negara.

Kehilangan Paksa Ke Atas Amri Che Mat

Isu Identiti

140. Panel ini tidak mempunyai keraguan untuk memutuskan bahawa adalah Amri Che Mat yang diambil pada malam 24 November 2016 pada pukul 11:30 malam berdasarkan keterangan-keterangan langsung yang berikut:

140.1. Norhayati yang telah mengejut Amri Che Mat pada 24 November 2016 pada pukul 10:30 malam;

140.2. Abdul Jamil yang sepatutnya berjumpa dengan Amri Che Mat malam tersebut di Jitra, Kedah untuk minum teh tarik dan bersembang, dan ketidakhadiran Amri Che Mat walaupun telah bercakap di telefon dalam perjalanannya untuk berjumpa dengan Jamil;

140.3. Saiful Afdzan dan Syed Amri yang telah menyaksikan kejadian di Jalan Padang Behor, di antara lampu isyarat dan restoran Saiful Afdzan yang dikenali sebagai Restoran MakLang;

140.4. Yousri bahawa Toyota Fortuner dijumpai tersadai dengan tingkap- tingkapnya dipecahkan di sebuah tapak pembinaan terbiar di Bukit Chabang, Kedah; dan

61

140.5. Pihak Polis yang telah mengesahkan bahawa Toyota Fortuner yang didaftarkan atas nama Norhafizal telah dijumpai tersadai di Bukit Chabang, Kedah.

141. Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, Panel ini tidak mempunyai keraguan untuk memutuskan bahawa adalah Toyota Fortuner Amri Che Mat yang telah dikepung (“boxed in”) dan adalah Amri Che Mat yang diambil oleh penumpang-penumpang tiga (3) kenderaan 4WD di Jalan Padang Behor pada masa tersebut.

Isu Kehilangan Tersebut

142. Panel ini berpendapat bahawa bukti-bukti ini jelas menunjukkan penculikan paksa Amri Che Mat berdasarkan antara yang lain, bukti langsung Saiful Afdzan dan Syed Amri serta bukti mengikut keadaan Vee Yak.

Keterangan Langsung Saiful Afdzan Dan Syed Amri

143. Walaupun Saiful Afdzan tidak hadir ke Siasatan Awam ini sebagai saksi, pernyataannya yang telah direkodkan oleh pegawai-pegawai SUHAKAM pada 17 Mei 2017 telah dikemukakan dan ditandakan sebagai ekshibit. Pernyataan tersebut telah diterima sebagai keterangan.

144. Berdasarkan keterangan Saiful Afdzan dan Syed Amri, terdapat bukti langsung untuk membuktikan bahawa pada 24 November 2016 pada lebih kurang pukul 11:30 malam, tiga (3) kenderaan 4WD dilihat sedang mengepung (boxing in) sebuah kenderaan di Jalan Padang Behor.

62

145. Berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan, perhatian Saiful Afdzan dan sepupunya, Mohd Afiq Adli tertarik kepada insiden yang telah berlaku di hadapan restoran mereka oleh bunyi ciut tayar dan bunyi cermin dipecahkan.45

146. Saiful Afdzan telah memberi keterangan bahawa beliau telah melihat pemandu kenderaan yang telah dikepung (“boxed in”) keluar dari kenderaan untuk cuba melarikan diri dari tiga (3) kenderaan 4WD, tetapi pemandu tersebut telah ditangkap dan diseret ke dalam salah satu kenderaan tersebut.

147. Pada masa yang sama, Syed Amri yang sedang menunggang motosikalnya, menghampiri dari arah bertentangan, telah memberi keterangan bahawa dia telah melihat kenderaan-kenderaan tersebut berhenti di jalan. Memikirkan bahawa ia hanya satu kemalangan, Syed Amri teruskan perjalanannya dan meninggalkan tempat kejadian.

148. Keterangan pengawal iaitu Yousri, yang terjumpa kereta Amri Che Mat tersadai di tapak pembinaan terbiar pada awal pagi 25 November 2016 pada lebih kurang pukul 12.30 pagi, iaitu lebih kurang sejam selepas Amri Che Mat telah keluar dari rumahnya dalam Toyota Fortuner hitam beliau.

Bukti Mengikut Keadaan Vee Yak a/l Ban Jong

a) Pemerhatian Rumah Amri Che Mat

149. Walaupun keterangan Vee Yak mengenai pemerhatiannya terhadap tiga (3) kenderaan yang terletak berhampiran bengkelnya selama tiga hari berturut- turut serta hakikat di mana Vee Yak telah mencatat nombor kenderaan Toyota Vios emas (PFC1623) merupakan bukti langsung, situasi yang kelihatan sebagai pengawasan rumah Amri Che Mat oleh penumpang-penumpang tiga (3)

45 Seperti yang dinyatakan oleh Saiful Afdzan dalam video yang telah direkod oleh seorang pegawai dari SUHAKAM, ditandakan sebagai Ekshibit 96. 63

kenderaan pada masa tersebut, merupakan satu rantaian (“strand”) bukti mengikut keadaan (circumstantial evidence).46

150. Panel ini menerima bahawa keterangan Vee Yak adalah kredibel. Keterangannya menunjukkan dengan jelas bahawa rumah Amri Che Mat berada di bawah pengawasan penumpang-penumpang tiga (3) kenderaan tersebut yang terletak berhampiran bengkelnya selama tiga hari berturut- turut. Satu lagi rantaian bukti mengikut keadaan yang menyokong insiden pemerhatian ke atas rumah Amri Che Mat yang dikatakan, adalah keterangan anak saudara lelaki Amri Che Mat yang juga telah melihat kehadiran kereta- kereta dan motosikal-motosikal yang tidak biasa berhampiran rumah Amri Che Mat beberapa hari sebelum kehilangan beliau.

b) Kewujudan Toyota Vios Emas

151. Vee Yak telah memberi keterangan bahawa beliau telah menyerahkan maklumat mengenai tiga (3) kereta tersebut termasuk nombor pendaftaran Toyota Vios kepada Norhafizal. Selepas menerima maklumat tersebut daripada Vee Yak, Aizat dengan segeranya telah menghubungi Inspektor Khor dan telah memaklumkan Inspektor Khor tentang maklumat tersebut pada 26 November 2016.

152. Selain daripada memaklumkan Inspektor Khor mengenai kewujudan Toyota Vios emas dan nombor pendaftarannya, Aizat juga telah menyerahkan nombor pendaftaran tersebut kepada Annuar bin Ismail (IW5) (“Annuar”), salah seorang rakan dan ahli Perlis Hope. Annuar seterusnya telah menyerahkan maklumat tersebut kepada seorang Polis yang bernama Sarjan Asri, jirannya, dan telah meminta bantuannya untuk memeriksa kereta Toyota Vios tersebut.

46 Lihat kes Chan Chwen Kong dan Sunny Ang, perenggan 73 di atas. 64

153. Lebih kurang pukul 6:00 petang pada hari yang sama, 26 November 2016, Sarjan Asri, dan dua (2) pegawai polis yang lain, ASP Fauzi dan Inspektor Wan Shakirin telah bertemu dengan Aizat dan Annuar di Restoran D'Orange di Kangar. Pegawai-pegawai polis tersebut telah memberitahu Aizat dan Annuar bahawa mereka telah memeriksa nombor pendaftaran kereta Toyota Vios tersebut dan telah membuat kesimpulan bahawa oleh sebab kereta tersebut berada di Kuala Lumpur, tidak mungkin kereta ini berada di Kangar, Perlis pada masa tersebut. Mereka telah memberitahu Aizat dan Annuar bahawa kemungkinan besar, nombor pendaftaran yang dilihat oleh Vee Yak pada kereta Toyota Vios berkenaan adalah nombor pendaftaran yang palsu.

154. Tiada perkembangan mengenai perkara itu sehingga Inspektor Khor memberi keterangan di Siasatan Awam ini pada 3 April 2018 apabila beliau berkata bahawa selepas beliau menerima nombor pendaftaran kereta daripada Aizat, beliau telah membuat carian di Jabatan Pengangkutan Jalan ("JPJ") ke atas nombor tersebut dan telah memohon pegawai-pegawainya untuk menyoalsiasat dan merekodkan pernyataan pemilik kenderaan tersebut. Beliau pada mulanya menyatakan bahawa dia tidak ingat nama pemiliknya dan telah menafi bahawa ini adalah Toyota Vios yang dilihat oleh Vee Yak. Beliau menyatakan bahawa cermin kenderaan tersebut tidak segelap seperti yang dinyatakan oleh Vee Yak dan berdasarkan maklumat perisikan beliau, kenderaan tersebut berada di Kuala Lumpur pada masa tersebut, dan tidak pernah berada di Perlis.

155. Semasa pemeriksaan selanjutnya, Inspektor Khor telah ditunjuk butir-butir JPJ berkenaan kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran PFC1623. Beliau ditanya sama ada pemilik kenderaan itu adalah seorang lelaki bernama Saiful Bahari bin Abdul Aziz (“Saiful Bahari”) seperti yang dinyatakan dalam rekod JPJ. Beliau telah mengesahkan bahawa Saiful Bahari adalah pemilik dan individu yang mana pernyataannya telah direkodkan oleh pegawai beliau.

65

Apabila ditanya, beliau menyatakan bahawa beliau tidak mengingati pekerjaan Saiful Bahari.

156. Inspektor Khor telah diberi satu senarai soalan bertulis, termasuk soalan mengenai kereta Toyota Vios untuk beliau mengumpul maklumat mengenai pemilik tersebut semasa waktu rehat pendengaran Siasatan Awam ini. Senarai soalan tersebut dikemukakan oleh Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat kepada Inspektor Khor dengan persetujuan Panel ini. Dalam jawapan bertulisnya, Inspektor Khor telah mengenal pasti Saiful Bahari sebagai seorang pembantu tadbir yang bekerja di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak di Kuala Lumpur. Dalam keterangannya, Inspektor Khor telah menyatakan bahawa Saiful Bahari telah berhenti kerja di PULAPOL pada November 2017. Beliau menyatakan bahawa beliau telah cuba mencari Saiful Bahari di alamat rumahnya tetapi Saiful Bahari tidak dijumpai di sana. Inspektor Khor telah memaklumkan bahawa penyelia Saiful Bahari di PULAPOL adalah seorang Inspektor yang bernama Mohd Azizie Abd Hamid (IW21) (“Mohd Azizie”). Didapati kemudiannya bahawa Mohd Azizie sebenarnya memegang pangkat ASP dan bukannya Inspektor, yang berkhidmat di Cawangan Khas, Kuala Lumpur.

157. ASP Mohd Azizie telah memberi keterangan dalam Siasatan Awam ini pada 6 Ogos 2018 dan 27 Ogos 2018. Beliau telah memperkenalkan dirinya sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP) di Jabatan Pengurusan Logistik dan Perumahan, Cawangan Khas di Bukit Aman. Beliau telah menyatakan bahawa Saiful Bahari adalah satu-satunya kakitangan yang berkhidmat dengannya pada masa tersebut di PULAPOL dan telah memberi gambaran bahawa kerja Saiful Bahari adalah sebagai tukang serba boleh am yang berpangkat rendah, di mana tanggungjawabnya adalah untuk membersih dan menyelenggara penginapan Polis di PULAPOL. ASP Mohd Azizie telah menyatakan bahawa Saiful Bahari telah berhenti kerja pada awal November 2017, walaupun kontraknya hanya

66

akan tamat pada bulan Mac 2018. Seminggu selepas Saiful Bahari berhenti kerja, ASP Mohd Azizie menyatakan bahawa dia cuba menghubunginya dan juga telah pergi ke rumahnya tetapi Saiful Bahari tidak dapat dikesan. Beliau juga telah menyatakan bahawa Saiful Bahari tidak mungkin berada di dalam kereta Toyota Vios yang dilihat oleh Vee Yak pada November 2016 kerana berdasarkan Jadual Cuti yang disediakan olehnya, Saiful Bahari sedang bekerja di Kuala Lumpur sepanjang sepuluh (10) hari sebelum kehilangan Amri Che Mat. Beliau kemudiannya mengesahkan bahawa Jadual Cuti yang disediakannya adalah berdasarkan permohonan-permohonan cuti Saiful Bahari dan bertujuan untuk memberikan keterangan dalam Siasatan Awam ini.

158. ASP Mohd Azizie juga telah cuba untuk menjelaskan tentang lima puluh empat (54) hari cuti luar biasa yang diambil oleh Saiful Bahari, bahawa ia termasuk hujung minggu dan bahawa beliau telah memberikannya lebih daripada kelayakan kerana Saiful Bahari telah memohonnya! Tiada rekod-rekod lain selain daripada permohonan cuti longgar (“loose leave applications”) Saiful Bahari dan Jadual Cuti yang telah dikemukakan semasa Siasatan Awam ini. Penjelasan yang dikatakan diberikan oleh ASP Mohd Azizie bukan satu penjelasan yang memuaskan.

159. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, Panel ini membuat keputusan berikut:

159.1. Butir-butir Pendaftaran JPJ mengenai kereta Toyota Vios dengan nombor pendaftaran PFC 1623 adalah semasa setakat 10 April 2018. Berdasarkan butiran, pendaftaran tersebut adalah aktif dan kereta tersebut masih mempunyai perlindungan insurans sehingga 19 Februari 2019. Ini bermakna bahawa berdasarkan rekod-rekod JPJ, Saiful Bahari merupakan pemilik kereta Toyota Vios pada masa

67

tersebut dan bahawa beliau telah mengekalkan status pemilikannya termasuk cukai jalan dan insuransnya.

159.2. Walaupun demikian, Inspektor Khor telah mendakwa bahawa pihak Polis tidak dapat mengesan Saiful Bahari untuk memberi keterangan dalam Siasatan Awam ini.

159.3. Semasa pendengaran Siasatan Awam ini, keterangan Inspektor Khor yang berkaitan dengan pemilik kereta Toyota Vios emas adalah tidak terus terang (“free-flowing”). Kekurangan penjelasan dalam keterangan mengenai Saiful Bahari amat merisaukan dan kelihatan seperti berusaha untuk mengaburkan atau menyekat (“obscure or suppress”) sebarang rujukan kepadanya serta penglibatannya yang disyaki dalam kes ini.

160. Adalah penting untuk mengambil maklum bahawa pegawai-pegawai SUHAKAM tidak dapat menyerahkan sepina kepada Saiful Bahari untuk memastikan kehadirannya di Siasatan Awam ini sebagai saksi. Adalah penting juga untuk mengambil maklum bahawa tiada usaha yang diambil oleh pegawai-pegawai bagi pihak Polis untuk mengemukakan pernyataan polis yang direkodkan daripada Saiful Bahari sebagai ekshibit dan untuk digunakan sebagai bukti.

Keterangan Sarjan Shamzaini Mohd Daud

161. Pada malam 12 Mei 2018 pada lebih kurang pukul 10:30 malam, Sjn Shamzaini, seorang Sarjan dari Bahagian E5 (Maklumat Perisikan Ekonomi) Cawangan Khas di Kangar, Perlis telah melawat Norhayati di rumahnya. Menurut Norhayati, Sjn Shamzaini telah memberitahunya tentang kehilangan Amri Che Mat. Beliau telah memaklumkan Norhayati bahawa Amri Che Mat telah diculik oleh sekumpulan pegawai dari Unit E5 Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala

68

Lumpur di bawah arahan Dato’ Awaludin. Mereka telah bercakap selama 2 jam sambil duduk di beranda tingkat satu rumah Norhayati. Anak perempuan Norhayati, Nur Amirah, juga hadir ketika pertemuan tersebut.

162. Lawatan Sjn Shamzaini ke rumah Norhayati pada malam 12 Mei 2018 tidak dinafikan oleh Sjn Shamzaini. Namun demikian, Sjn Shamzaini telah menafikan kandungan maklumat yang dikatakan telah diberikan kepada Norhayati.

163. Versi kejadian-kejadian pada malam 12 Mei 2018 menurut Norhayati adalah seperti berikut:

163.1. Kunjungan Sjn Shamzaini tidak dimaklumkan lebih awal. Norhayati telah menjawab ketukan di pintu, dan beliau telah bertanya siapa. Sjn Shamzaini tidak menjawab dengan segera tetapi telah bertanya sama ada beliau adalah Norhayati. Apabila beliau mengesahkannya, Sjn Shamzaini telah memberitahunya bahawa dia ingin bercakap mengenai suaminya dan dia tidak boleh bercakap dengannya di luar rumah.

163.2. Norhayati kemudiannya telah meminta Sjn Shamzaini mengalihkan motosikalnya supaya tidak dilihat dan untuk mengikutnya naik tangga luar ke beranda tingkat satu. Anak perempuannya, Nur Amirah telah menyertai mereka di beranda. Sjn Shamzaini pada mulanya duduk di atas tangga. Namun demikian, apabila terlihat lampu kereta polis rondaan di jalan, dia berpindah ke bawah tangga supaya tidak dilihat dari jalan raya. Norhayati dan Nur Amirah pula duduk di atas lantai beranda.

163.3. Semasa berada di beranda, Sjn Shamzaini telah memperkenalkan dirinya sebagai "Sham" dan telah menunjukkan kad pengenalannya dan kad kuasa Polis beliau kepada Norhayati dan Nur Amirah. Beliau

69

telah memberitahu mereka bahawa beliau adalah seorang Sarjan dari Cawangan Khas, Kangar, Perlis di bawah arahan ASP Razman.

163.4. Menurut Norhayati, Sjn Shamzaini telah menemuinya untuk memberi maklumat mengenai kehilangan Amri Che Mat. Beliau telah memberitahu Norhayati bahawa Polis Perlis dan ASP Razman telah merancang untuk menahan Amri Che Mat disebabkan oleh aktiviti- aktiviti Shiah dan perdagangan Forex yang salah di sisi undang-undang. Namun demikian, tanpa pengetahuan ASP Razman, Amri Che Mat telah diambil oleh sepasukan dari Cawangan Khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur di bawah arahan Dato’ Awaludin.

163.5. Apabila Sjn Shamzaini memberitahunya mengenai penculikan oleh pasukan Cawangan Khas, Norhayati telah bertanyakan mengenai Pastor Raymond Koh. Sjn Shamzaini telah memberitahunya bahawa Pastor Raymond Koh telah diculik oleh pasukan yang sama kerana beliau telah “memurtadkan orang”47 iaitu, menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam. Beliau telah memberitahu Norhayati bahawa pasukan tersebut juga berada di bawah arahan Dato’ Awaludin.

163.6. Norhayati telah memberi keterangan bahawa Sjn Shamzaini telah memaklum kepadanya bahawa KPN pada ketika itu, Tan Sri Khalid bin Abu Bakar sedar akan operasi tersebut. Beliau juga telah memberitahunya bahawa Ketua Pegawai Polis Perlis pada ketika itu, Dato’ Ab Rashid dan bekas Ketua Cawangan Khas di Perlis, seorang bernama "Mat Ali" juga tahu akan operasi tersebut. Operasi tersebut

47 Ekshibit 54 dan 53 70

adalah kasar (“crude”) dan peninggalan kereta Amri Che Mat adalah tidak dirancang.

163.7. Sjn Shamzaini selanjutnya telah memberi maklumat kepada Norhayati bahawa Inspektor Khor telah diarahkan untuk memberi keterangan palsu mengenai kereta Toyota Vios emas dan bahawa keterangan Inspektor Khor telah dibincang dan dirancang terlebih dahulu oleh pihak Polis. Sjn Shamzaini juga telah memaklumkan Norhayati bahawa kereta Toyota Vios tersebut sebenarnya berada di situ semasa penculikan tersebut dan seorang lelaki bernama Azam Azahari berada di dalam kenderaan tersebut bersama dengan pemiliknya.

163.8. Sjn Shamzaini telah menyatakan bahawa beliau telah memberikan maklumat tersebut secara sukarela kerana apa yang dilakukan adalah tidak betul dan beliau tidak ingin terlibat. Sjn Shamzaini juga telah menyatakan harapannya agar penukaran kerajaan dapat mendedahkan kebenaran.

163.9. Pertemuan tersebut berakhir dengan Norhayati memberikan RM100.00 kepada Sjn Shamzaini untuk membeli satu telefon bimbit dan kad SIM supaya mereka dapat terus berhubung secara persendirian. Dia tidak meninggalkan apa-apa butiran untuk berhubung tetapi pemahamannya adalah bahawa beliau akan menghubungi Norhayati untuk memberikan maklumat selanjut kepadanya.

163.10. Sebaik sahaja Sjn Shamzaini meninggalkan tempat tersebut, Norhayati telah menghantar beberapa mesej perbualan WhatsApp dengan Aizat sebelum bercakap dengannya melalui telefon. Mesej-mesej perbualan WhatsApp tersebut walaupun trengkas (“while in shorthand”), mengandungi ringkasan mengenai pertemuan tersebut. Aizat telah 71

meminta Norhayati untuk membuat catatan mengenai pertemuan tersebut supaya beliau tidak lupa akan butir-butiran tersebut. Norhayati kemudiannya telah mencatatkan beberapa nota mengenai pertemuan tersebut dalam satu buku nota, yang telah dikemukakan sebagai bukti, iaitu Ekshibit 60(a) hingga (c).

163.11. Apabila Norhayati selesai membuat catatannya, Aizat dan seorang lelaki bernama Annuar telah pergi ke rumahnya di mana dia telah menceritakan (“recounted”) kepada mereka apa yang Sjn Shamzaini telah beritahu kepadanya. Selepas berjumpa dengan Aizat dan Anuar, Norhayati telah menghubungi Mohd Faisol Abd Rahman (IW3) (“Mohd Faisol”) dari Perlis Hope melalui mesej-mesej perbualan WhatsApp dan kemudiannya telah bercakap dengannya.

163.12. Norhayati telah menceritakan tentang lawatan Sjn Shamzaini dan maklumat yang diberikan oleh Sjn Shamzaini kepada Mohd Faisol.

163.13. Mohd Faisol telah menghubungi Sheryll Stothard (IW15) (“Sheryll Stothard”), seorang aktivis sosial dan penasihat kepada Norhayati. Sheryll Stothard kemudiannya telah menghubungi Norhayati pada lebih kurang pukul 7:00 pagi 13 Mei 2018 melalui mesej-mesej perbualan WhatsApp dan merancang untuk bercakap dengannya pada lebih kurang pukul jam 11:00 pagi, selepas berunding dengan peguam.

163.14. Berikutan perbincangan dengan Sheryll Stothard, dan apabila Norhayati tidak mendengar lagi daripada Sjn Shamzaini, Norhayati telah memutuskan untuk membuat satu laporan polis bagi mewujudkan satu rekod rasmi mengenai pertemuan dengan Sjn Shamzaini. Norhayati berasa bimbang untuk membuat laporan tersebut di Kangar memandangkan "kedudukan yang berhampiran" (“proximity”) dari rumahnya, jadi dia berniat untuk membuat laporan 72

di Kedah. Walau bagaimanapun, memandangkan Norhayati akan berjumpa dengan peguamnya di Selangor, dia telah memutuskan untuk membuat suatu laporan di sana. Norhayati telah berjumpa dengan peguamnya di pejabat mereka di Petaling Jaya, dan telah membuat laporannya pada 15 Mei 2018 di Ibu Pejabat Polis Selangor di Seksyen 9, Shah Alam.

163.15. Norhayati telah menafikan pertemuannya dengan Sjn Shamzaini pada pagi 12 Mei 2018 di luar rumahnya seperti yang dinyatakan oleh Sjn Shamzaini.

163.16. Norhayati juga telah menafikan bahawa perbualannya dengan Sjn Shamzaini pada malam 12 Mei 2018 di rumahnya adalah tentang hasrat Sjn Shamzaini untuk menyewa premis perniagaan yang digunakan oleh Ris a/l Chooi (Pharid) (IW16) (“Pharid”), yang terletak bersebelahan dengan rumah Norhayati.

164. Versi kejadian-kejadian tersebut menurut Sjn Shamzaini adalah seperti berikut:

164.1. Sjn Shamzaini telah menafikan bahawa beliau telah memberikan maklumat mengenai Amri Che Mat kepada Norhayati. Beliau telah menyatakan bahawa beliau telah mengunjungi rumah tersebut tanpa mengetahui bahawa ia adalah rumah Norhayati dan beliau telah diarahkan ke rumah Norhayati oleh seorang bernama Pharid yang mengendalikan Pharid Audio, sebuah bengkel aksesori kereta yang terletak bersebelahan rumah Norhayati.

164.2. Sjn Shamzaini pada mulanya, menyatakan bahawa dia telah pergi ke Pharid Audio pada pagi 12 Mei 2018 untuk menggelapkan (“tint”) tingkap keretanya. Oleh kerana kedai tersebut tutup, beliau telah cuba menghubungi Pharid dengan menelefon nombor Pharid yang

73

dipaparkan pada kain rentang yang tergantung di luar premis tersebut. Peristiwa ini berlaku pada pukul 8:56 pagi. Oleh kerana Sjn Shamzaini tidak dapat menghubungi Pharid, beliau telah membuat dua (2) percubaan selanjutnya. Berikutan itu, apabila masih tidak dapat menghubungi Pharid, beliau telah pergi ke sawah yang berhampiran dan menunggu di situ sehingga dapat bercakap dengan Pharid pada pukul 9:18 pagi.

164.3. Semasa perbincangannya dengan Pharid mengenai pemasangan penggelap tingkap keretanya, Sjn Shamzaini telah menyatakan bahawa beliau juga bertanyakan tentang penyewaan premis yang digunakan oleh Pharid, kerana dia ingin mengendalikan perniagaan bengkel keretanya di situ. Sjn Shamzaini menyatakan bahawa Pharid telah memberitahunya bahawa dia seharusnya bercakap dengan pemilik premis tersebut yang tinggal di rumah sebelah kerana dia tidak mempunyai nombor telefon pemiliknya.

165. Selepas menilai keterangan Sjn Shamzaini, Panel ini memutuskan seperti berikut:

165.1. Keterangan Sjn Shamzaini bercanggah dengan keterangan beberapa saksi:

(a) Pernyataan Sjn Shamzaini bahawa dia telah bertanya tentang penyewaan premis itu bercanggah dengan keterangan Pharid. Pharid mempunyai tempoh pajakan yang panjang atas premis tersebut di mana beliau telah menjalankan perniagaannya, dan pajakan itu hanya akan tamat pada tahun 2025. Mengikut keterangan Pharid, Sjn Shamzaini telah bertanya secara am jikalau terdapat mana-mana premis untuk disewa. Sjn Shamzaini tidak mungkin merujuk kepada premis Pharid kerana 74

Pharid sedang menjalankan perniagaannya di situ dan mempunyai pajakan yang berjangka masa panjang. Pharid tidak menunjukkan (“evince”) apa jua niat ataupun menyatakan kepada Sjn Shamzaini bahawa dia akan menutup perniagaannya! Pharid sendiri telah menyatakan bahawa tiada perbincangan dengan Sjn Shamzaini mengenai pengambil alihan pajakan premisnya.

(b) Selanjutnya, penegasan yang dibuat oleh Sjn Shamzaini bahawa dia telah bertanya mengenai penyewaan premis Pharid untuk menjalankan perniagaannya, adalah tidak berasas. Peraturan 5(1) Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 memperuntukkan bahawa seorang penjawat awam tidak boleh menjalankan perniagaan kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Jabatannya. Tiada kebenaran bertulis sedemikian ataupun bukti-bukti yang lain mengenai hasrat Sjn Shamzaini untuk menjalankan perniagaan pernah dikemukakan semasa Siasatan Awam ini.

(c) Percanggahan dengan keterangan kakak Sjn Shamzaini, Norhashimah binti Mohd Daud (IW22) (“Norhashimah”). Sjn Shamzaini menegaskan bahawa dia telah menelefon kakaknya pada 12 Mei 2018 untuk memberitahunya tentang hasratnya untuk membuka bengkel di Perlis. Walau bagaimanapun, keterangan Norhashimah adalah bahawa dia tidak ingat perbincangannya dengan Sjn Shamzaini dan adalah Sjn Shamzaini yang telah memberitahunya sebelum kehadirannya sebagai saksi di Siasatan Awam ini, bahawa mereka telah berbincang mengenai niat Sjn Shamzaini untuk membuka

75

bengkel.48 Terdapat juga beberapa situasi di mana Norhashimah telah menyatakan bahawa mereka tidak pernah bercakap tentang pembukaan bengkel di Perlis.49

(d) Sjn Shamzaini juga telah menegaskan bahawa dia telah bertemu dengan Norhayati dua kali pada 12 Mei 2018 iaitu, pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Beliau telah menyatakan bahawa selepas bercakap dengan Pharid, beliau terlihat seorang wanita keluar dari rumah bersebelahan kedai Pharid. Beliau telah pergi bertemu dengannya dan bertanya sama ada kedai tersebut buka dan apabila Norhayati memaklumkan bahawa kedai tersebut ditutup, beliau bertanya sama ada ia untuk disewa. Beliau telah menyatakan bahawa wanita tersebut kemudiannya bertanya beberapa soalan mengenai dirinya. Beliau telah memberitahunya bahawa namanya Sham, dan bahawa dia tinggal di Perlis sejak lima (5) hingga enam (6) tahun yang lalu. Beliau telah memberitahunya bahawa dia bekerja di Bahagian Cawangan Khas di Ibu Pejabat Polis di Kangar. Beliau kemudiannya menyatakan bahawa Norhayati telah memberitahunya bahawa dia sedang sibuk dan dia harus datang lagi pada waktu malam untuk bercakap dengannya. Versi kejadian ini bercanggah dengan laporan polis Sjn Shamzaini sendiri di mana beliau telah menyatakan bahawa dia hanya bertemu dengan Norhayati sekali sahaja iaitu pada waktu malam. Menurut keterangan Norhayati, Sjn Shamzaini hanya bertemu dengannya sekali sahaja pada 12 Mei 2018, iaitu pada waktu malam.

48 Rujuk muka surat 45 Nota Prosiding bertarikh 27 August 2018. 49 Rujuk muka surat 36 Nota Prosiding bertarikh 27 August 2018. 76

(e) Log panggilan telefon Sjn Shamzaini pada pagi 12 Mei 2018, sebelum beliau bertemu dengan Norhayati, menunjukkan bahawa dia telah menghubungi Aizat, seorang ahli Perlis Hope sebelum bercakap dengan Pharid. Ini menunjukkan bahawa sebelum bertemu dengan Norhayati, Sjn Shamzaini sudah mengetahui bahawa Norhayati mempunyai kaitan dengan Perlis Hope dan itu adalah sebab beliau menghubungi Aizat sebelum bercakap dengan Pharid. Sjn Shamzaini ingin Aizat memberikan nombor Norhayati kepadanya.

(f) Apabila beliau tidak dapat memperolehi nombor Norhayati daripada Pharid, beliau telah cuba menelefon Pharid dan Aizat sekali lagi pada malam tersebut. Hanya selepas gagal mendapatkan nombor telefon Norhayati, dia mengetuk pintu rumah Norhayati selepas pukul 10:00 malam tersebut.

(g) Ini juga bercanggahan dengan keterangan Sjn Shamzaini bahawa beliau telah pergi ke Pharid Auto untuk menggelapkan keretanya. Ini jelas merupakan suatu alasan untuk bercakap dengan Pharid bagi mendapatkan nombor telefon Norhayati. Sekiranya beliau benar-benar ingin menggelapkan cermin keretanya, beliau tidak akan menelefon Aizat sebelum menelefon Pharid, dan beliau tidak akan meminta Pharid untuk mendapatkan nombor Norhayati.

165.2. Pertamanya, adalah tidak patut (“incongruous”) untuk seorang pegawai polis dari Cawangan Khas Kangar, Perlis bertemu dengan isteri seorang lelaki yang mana kehilangannya merupakan subjek siasatan polis serta Siasatan Awam yang sedang dijalankan, di mana tindakan pegawai-pegawai Cawangan Khas, di Kangar, Perlis dan di

77

Bukit Aman, Kuala Lumpur adalah di bawah pemerhatian. Sjn Shamzaini pasti tidak boleh dengan seriusnya menegaskan bahawa dia tidak mengetahui identiti Norhayati kerana berdasarkan percanggahan-percanggahan yang dinyatakan di atas, Panel ini dengan selamatnya boleh membuat kesimpulan (“infer”) bahawa beliau mempunyai pengetahuan tentang siapa beliau akan bercakap dengan sebelum bertemu dengan Norhayati.

165.3. Keduanya, dan menurut ketidaksesuaian (“incongruence”) yang pertama, keterangan yang diakui oleh Sjn Shamzaini bahawa pertemuan pada malam 12 Mei 2018 telah berlangsung selama dua (2) jam, di mana Norhayati telah memperhadapkannya dengan serangkaian tuduhan mengenai peranan polis dalam kejadian kehilangan suaminya. Penyewaan premis yang diduduki Pharid tidak dibincangkan langsung kecuali secara sangat periferal. Sekiranya Sjn Shamzaini boleh dipercayai, ini bermakna bahawa dia telah meluangkan masa selama dua (2) jam untuk mendengar tuduhan dan kekesalan (“accusations and laments”) Norhayati tentang peranan polis dalam penculikan suaminya dan akhirnya telah meninggalkan tempat tersebut selepas Norhayati mengancam untuk membuat laporan polis terhadapnya dan menuduh beliau sebagai salah satu punca yang menyebabkan kehilangan suaminya!

165.4. Adalah tidak masuk akal untuk mencadangkan bahawa seorang pegawai polis akan duduk di atas beranda rumah Amri Che Mat selama dua (2) jam mendengar kekesalan isteri Amri Che Mat mengenai siasatan yang sedang dijalankan sedangkan tujuan dia ke sana adalah hanya untuk bertanya sama ada premis yang digunakan oleh Pharid adalah untuk disewakan. Seseorang akan menjangkakan bahawa apabila perbualan tersebut beralih kepada siasatan polis dan Siasatan

78

Awam yang sedang dijalankan, Sjn Shamzaini akan meninggalkan premis tersebut, sekiranya tujuannya (deleted memang adalah hanya) hanyalah untuk berbincang tentang penyewaan.

165.5. Satu penjelasan yang logik bagi panggilan telefonnya kepada Pharid adalah bahawa dia ingin mendapatkan nombor Norhayati daripadanya. Perbualan mengenai penyewaan adalah tidak masuk akal dan hanya boleh dianggap sebagai suatu muslihat (“ruse”) untuk menyembunyikan niat sebenarnya, iaitu untuk bercakap dengan Norhayati mengenai kehilangan Amri Che Mat. Secara kebarangkalian dia hanya ingin cuba bercakap dengan Norhayati untuk mengatur pertemuan dengannya bagi menyampaikan semua maklumat yang mana Norhayati telahpun menerangkannya.

165.6. Tiada justifikasi yang diberikan yang masuk akal mengenai sebab seorang pegawai polis akan pergi ke rumah seorang wanita pada waktu malam dengan pengetahuan bahawa suaminya telah hilang, kecuali dia mempunyai maklumat penting untuk disampaikan kepadanya.

165.7. Tindakan Sjn Shamzaini di mana beliau berpindah ke tempat duduk yang lebih rendah di tangga beranda Norhayati apabila terlihat lampu kereta rondaan pihak Polis adalah konsisten dengan seseorang yang tidak ingin dilihat.

165.8. Terdapat banyak kekeliruan dalam keterangan Sjn Shamzaini dalam laporan polis yang telah dibuat pada 18 Mei 2018. Adalah jelas bahawa Ketua dan Timbalan Ketua Cawangan Khas di Kangar, Perlis telah bercakap dengannya dan keterangan ini telah direkodkan pada 17 Mei 2018 oleh seorang pegawai polis berpangkat tinggi dari Bukit Aman, Kuala Lumpur. Sjn Shamzaini hanya membuat laporannya pada 18 Mei 79

2018 dan pihak polis tidak mengemukakan pernyataan saksinya di Siasatan Awam ini. Adalah jelas bahawa beliau mengalami tekanan yang ketara (“considerable pressure”) berikutan laporan Norhayati. Sekiranya beliau sememangnya dan sebenarnya diancam oleh Norhayati seperti yang dikatakan, beliau akan membuat laporan polis terhadapnya secepat mungkin dan bukannya tiga (3) hari selepas pertemuan tersebut.

166. Secara ringkasnya, keterangan Sjn Shamzaini penuh dengan percanggahan dan menimbulkan keraguan yang serius terhadap kredibiliti beliau. Sjn Shamzaini telah menunjukkan tingkah laku yang tidak konsisten dan ganjil apabila sedang menjelaskan cara dia mendapat nombor telefon Pharid dan Aizat. Panel ini berpendapat atas imbangan kebarangkalian bahawa versi kejadian-kejadian Norhayati adalah lebih dipercayai dan harus diterima berdasarkan alasan- alasan berikut:

166.1. Tindakan-tindakan Norhayati selepas lawatan Sjn Shamzaini adalah konsisten dengan tindakan-tindakan seseorang yang bercakap benar. Sekurang-kurangnya tindakannya menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang kredibel dan keterangan beliau tentang lawatan Sjn Shamzaini dan maklumat yang diberi oleh Sjn Shamzaini tidak boleh ditolak sebagai palsu atau seolah-olah tidak boleh dipercayai (“cannot be dismissed as fabricated or incredulous”).

166.2. Norhayati tiada alasan untuk membuat laporan polis terhadap Sjn Shamzaini yang pada masa itu merupakan seseorang yang tidak dikenali olehnya. Norhayati tidak akan mengetahui tentang kewujudan Sjn Shamzaini sekiranya beliau tidak bertemu dengannya pada malam tersebut. Dalam apa jua keadaan, laporan polis yang dibuat oleh Norhayati tidak membuat apa-apa tuduhan terhadap Sjn Shamzaini

80

seperti yang ditegaskan oleh beliau, tetapi hanya untuk merekodkan bahawa kejadian tersebut telah berlaku.

166.3. Keterangan Norhayati disokong oleh keterangan Nur Amirah, anak perempuannya, yang turut hadir semasa pertemuan tersebut. Nur Amirah bukan seorang di bawah umur dan merupakan seorang pelajar universiti. Dia telah memberi keterangan bahawa dia telah pergi ke dalam rumah untuk mendapatkan RM100.00 untuk diserahkan kepada Sjn Shamzaini bagi membolehkannya membeli telefon dan berhubung dengan ibunya.

166.4. Keterangan Norhayati juga disokong oleh keterangan kawan-kawan dan penasihat-penasihatnya serta Aizat dan Faisol, yang mana telah beliau hubungi dengan serta merta selepas lawatan Sjn Shamzaini. Terdapat tiada percanggahan dalam keterangan-keterangan mereka.

166.5. Nota-nota mengenai pertemuan tersebut yang dicatat oleh Norhayati sejurus selepas Sjn Shamzaini meniggalkan rumahnya adalah semasa dan merupakan keterangan sokongan yang kuat.(“contemporaneous and are strong corroborative evidence”)

166.6. Nota-nota Norhayati mengandungi fakta-fakta yang tidak mungkin datang dari mana-mana sumber lain selain daripada Sjn Shamzaini sendiri:

(a) Terdapat suatu rujukan kepada kereta Toyota Vios yang terletak di Jalan Semarak seperti yang direkodkan dalam notanya selepas lawatan tersebut. Jalan Semarak merupakan tempat di mana Pusat Latihan Polis (PULAPOL) terletak di Kuala Lumpur dan di mana seorang lelaki bernama Saiful Bahari bekerja pada November 2016. Tiada apa-apa petunjuk kepada

81

Jalan Semarak yang telah didedahkan dalam apa-apa keterangan yang dikemukakan dalam Siasatan Awam ini dan nota-nota beliau yang merujuk kepada Jalan Semarak hanya boleh datang daripada Sjn Shamzaini; dan

(b) Nama Azam Azahari yang telah direkodkan dalam nota Norhayati. Seperti yang dinyatakan, beliau merupakan seorang pegawai Cawangan Khas yang telah berkhidmat di Bukit Aman, Kuala Lumpur dan kemudiannya di Perlis dan kini dipindahkan (“on transfer”) ke Terengganu. Walaupun Sjn Shamzaini menafikan pengetahuan atau penglibatan dalam kehilangan Amri Che Mat, Norhayati tidak mempunyai cara untuk mengetahui tentang kewujudan individu tersebut melainkan nama Azam Azahari telah diberikan kepadanya oleh Sjn Shamzaini.

166.7. Laporan polis yang dibuat oleh Norhayati menambahkan kredibiliti keterangan beliau. Maklumat yang dilaporkan oleh Norhayati kepada pihak polis terdiri daripada tuduhan-tudahan yang sangat serius mengenai kehilangan paksa yang dijalankan oleh pihak Polis secara khususnya Cawangan Khas, Bukit Aman. Ia tidak dilakukan dengan sewenang-wenang dan sebagai seorang guru dan orang yang berpendidikan, beliau sedar akan akibat-akibat membuat satu laporan palsu.

167. Walaupun maklumat yang diberikan oleh Sjn Shamzaini kepada Norhayati semasa pertemuan mereka pada malam 12 Mei 2018 adalah keterangan

82

dengar cakap, Panel ini berpendapat bahawa keterangan tersebut masih boleh diterima menurut peruntukan seksyen 14 Akta tersebut.50

Kelemahan Siasatan Polis

168. Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat, Penolong-penolong Pegawai SUHAKAM dan Majlis Peguam telah menegaskan bahawa siasatan polis dalam kes kehilangan Amri Che Mat adalah siasatan "helah" (“sham”) dan bahawa kehilangan tersebut tidak ditangani dengan usaha atau ikhtiar yang serius oleh pihak Polis untuk mendedahkan kebenaran.

169. Setelah menilai keterangan saksi-saksi dan hujahan-hujahan Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat, Penolong-penolong Pegawai SUHAKAM, Peguam bagi pihak Majlis Peguam dan Pegawai-Pegawai bagi pihak Polis, Panel ini berpendapat bahawa sesungguhnya terdapat beberapa kelemahan dalam siasatan polis dalam kehilangan Amri Che Mat seperti yang diringkaskan di bawah:

169.1. Kelewatan melantik pegawai penyiasat.

(a) Pada 25 November 2016 lebih kurang pukul 2:22 pagi, Yousri telah membuat laporan polis bahawa dia telah menemui sebuah kenderaan dengan tiga (3) tingkapnya dipecahkan di Bukit Chabang, Kangar, Perlis.

(b) Lebih kurang pukul 6:00 pagi, Norhafizal telah menerima satu panggilan daripada pihak polis yang memaklumkan kepadanya bahawa sebuah kenderaan ditemui di Bukit Chabang, Kangar,

50 Rujuk perenggan 48 di atas. 83

Perlis dan meminta beliau pergi ke Balai Polis Kangar untuk mengecam kenderaan tersebut.

(c) Lebih kurang pukul 7:00 pagi, Norhayati dan Norhafizal telah tiba di tapak pembinaan terbiar di Bukit Chabang, Kangar, Perlis dan telah mengecam kereta Toyota Fortuner tersebut.

(d) Lebih kurang pukul 12:20 petang, Norhayati telah membuat suatu laporan polis yang menunjukkan kebimbangannya terhadap keselamatan suaminya. Beliau telah melaporkan bahawa dia tidak dapat menghubunginya dan bahawa kereta suaminya ditemui dengan tingkapnya dipecahkan dan dokumen-dokumen penting telah hilang.

(e) Panel ini telah memerhatikan bahawa walaupun Polis telah bertindak cepat terhadap laporan polis yang dibuat oleh Yousri dan berjaya mengesan pemilik Toyota Fortuner dalam masa empat (4) jam. Malangnya, Pegawai Penyiasat, Inspektor Khor hanya dilantik pada pukul 4:00 petang pada 25 November, lebih kurang empat belas (14) jam selepas penemuan Toyota Fortuner dilaporkan oleh Yousri.

(f) Panel ini berpendapat bahawa berdasarkan keadaan-keadaan yang sangat mencurigakan mengenai keadaan Toyota Fortuner itu dijumpai, iaitu dengan tingkapnya dipecahkan, dan cukai jalan serta nombor lesennya hilang, Polis sepatutnya melantik seorang pegawai penyiasat dengan segera, setelah Norhayati memberitahu kepada Polis pada lebih kurang pukul 7:00 pagi bahawa Amri Che Mat telah hilang. Dalam kes-kes seperti penculikan yang disyaki ataupun individu-individu yang hilang, permulaan siasatan yang awal adalah penting. 84

169.2. Mengklasifikasi kes tersebut sebagai kes individu hilang.

(a) Sepanjang Siasatan ini, saksi-saksi dari pihak Polis berpendapat bahawa klasifikasi kehilangan Amri telah diklasifikasikan dengan betul sebagai kes individu yang hilang. Mereka menegaskan bahawa mereka mempunyai bukti yang tidak memadai, untuk menaikkan klasifikasi tersebut kepada satu kes penculikan.

(b) Ia tidak boleh diterima bahawa Amri Che Mat yang berada di bawah pemerhatian Cawangan Khas di Kangar serta Bukit Aman, yang mana kehilangannya telah dilaporkan berserta dengan keretanya yang dijumpai dengan tingkapnya dipecahkan di sebuah tapak pembinaan terbiar, harus dianggap sebagai satu kes individu hilang yang tidak rumit dan di mana pegawai berpangkat rendah di Jabatan Siasatan Jenayah ("JSJ") akan dilantik untuk menyiasat kehilangannya.

(c) Polis tidak memberikan sebarang alasan yang boleh diterima atas keengganan mereka untuk mengklasifikasi semula kes Amri Che Mat.

169.3. Plantikan pegawai berpangkat rendah.

(a) Inspektor Khor telah ditugaskan sebagai Pegawai Penyiasat oleh ASP Roslan Remeli semasa mesyuarat dalaman JSJ.

(b) Inspektor Khor adalah seorang graduan universiti yang baru dan hanya menjadi sebahagian daripada pasukan polis sekitar enam (6) bulan sebelumnya. Dalam erti kata lain, Inspektor Khor adalah pegawai percubaan yang sangat muda (“junior”).

85

Inspektor Khor telah mengakui bahawa dia tidak berpengalaman kerana dia telah hanya mengendalikan dua (2) atau tiga (3) kes individu-individu yang hilang sebelum ini dan hanya tujuh puluh (70) kes-kes am yang lain. Inspektor Khor juga tidak mempunyai latihan JSJ khusus dan latihan khas yang telah diterima adalah untuk menangani keganasan rumah tangga.

169.4. Kekurangan-kekurangan dalam siasatan Inspektor Khor:

(a) Inspektor Khor telah menegaskan bahawa beliau telah memeriksa tempat kejadian sepanjang Jalan Padang Behor sejurus selepas beliau telah ditugaskan untuk mengendalikan kes tersebut tetapi beliau tidak dapat memperolehi apa-apa maklumat.

(b) Walau bagaimanapun, rakan-rakan Amri Che Mat secara aktif telah mencari jawapan mengenai kehilangan kawan mereka, Amri Che Mat. Sebarang maklumat relevan yang diperolehi adalah melalui usaha mereka sendiri dan telah disampaikan dengan segera kepada Inspektor Khor iaitu Pegawai Penyiasat kes tersebut. Walaupun telah diberikan maklumat mengenai individu-individu yang mungkin boleh menjadi saksi, pihak Polis telah lewat menyoal siasat saksi-saksi tersebut dan merekodkan pernyataan-pernyataan mereka.

(c) Terdapat tiga (3) saksi dalam kes penculikan Amri Che Mat: Saiful Afdzan, sepupunya Mohamad Afiq Adli ("Afiq") dan Syed Amri.

86

(d) Saiful Afdzan dan Afiq telah menyaksikan penculikan dari Restoran MakLang. Kedua-duanya tidak pernah disoal siasat oleh Polis. Malah, pernyataan Saiful Afdzan telah direkodkan oleh pegawai-pegawai SUHAKAM. Polis juga telah gagal untuk memastikan kehadiran Saiful Afdzan.

(e) Saksi ketiga, Syed Amri, telah memberi keterangan bahawa beliau telah disoal siasat dua kali oleh Polis, pertama kali tidak lama selepas 25 November 2016 dan sekali lagi seminggu kemudian. Adalah penting untuk mengambil maklum bahawa Syed Amri telah memberi keterangan bahawa selama kedua- dua soal siasat tersebut dijalankan oleh pihak Polis, tiada pernyataan yang telah direkodkan dan pernyataannya hanya direkodkan pada Januari 2018, lebih kurang empat belas (14) bulan selepas kehilangan Amri Che Mat.

(f) Terdapat juga kelewatan untuk menyoal siasat Vee Yak yang telah memberi keterangan bahawa beliau hanya disoal siasat oleh Polis sebulan kemudian di bengkelnya. Selanjutnya, Vee Yak telah memberi keterangan bahawa pernyataannya hanya telah direkodkan pada Oktober 2017, lebih kurang sebelas (11) bulan selepas kehilangan Amri Che Mat.

(g) Tambahan pula, Inspektor Khor pada mulanya telah menolak dengan segera maklumat yang telah diberikan oleh Vee Yak mengenai kereta Toyota Vios emas. Inspektor Khor telah menegaskan bahawa kereta tersebut berada di Kuala Lumpur pada masa tersebut dan tidak mungkin kereta yang dilihat oleh Vee Yak. Adalah penting juga untuk mengambil maklum bahawa Inspektor Khor telah mencapai kesimpulannya tanpa

87

bercakap dengan Vee Yak. Selain itu, setelah dimaklumkan bahawa pemilik kereta Toyota Vios emas berada di Kuala Lumpur, Inspektor Khor tidak menyoal siasat pemiliknya sendiri tetapi telah meminta pegawai lain untuk berbuat demikian. Oleh itu, Inspektor Khor telah mengenepikan Toyota Vios tanpa bercakap dengan Vee Yak atau pemilik kenderaan tersebut.

169.5. Keengganan untuk mendedahkan maklumat mengenai Saiful Bahari.

(a) Kekurangan penjelasan mengenai keterangan berkenaan Saiful Bahari amat merisaukan dan kelihatan seperti satu usaha padu untuk mengaburkan semua rujukan kepadanya serta penglibatannya. Ini disokong oleh maklumat yang dikemukakan oleh Sjn Shamzaini bahawa Inspektor Khor telah diarahkan untuk berbohong mengenai kereta Toyota Vios tersebut.

(b) Pemilik kereta Toyota Vios emas adalah Saiful Bahari. Keengganan mengenai identiti dan jawatannya sebagai pekerja kontrak dengan Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur telahpun dinyatakan di atas.

(c) Pegawai-pegawai yang diminta untuk memberikan maklumat berkaitan dengan Toyota Vios telah menolaknya dengan segera kerana dianggap tidak relevan dan tidak penting dalam siasatan polis oleh sebab kereta itu berada di Kuala Lumpur pada masa tersebut.

(d) Maklumat yang berkaitan dengan Saiful Bahari hanya didedahkan pada bulan Ogos 2018 semasa Siasatan Awam ini.

88

169.6. Kegagalan untuk mengesan Saiful Bahari dan memastikan kehadirannya di Siasatan Awam ini.

(a) Adalah sukar untuk menerima bahawa Polis tidak dapat mengesan dan mencari salah seorang pegawai mereka sendiri yang telah bekerja di sana selama lapan belas (18) tahun, walaupun beliau bukan lagi seorang anggota pasukan polis.

(b) Roeshan, seorang saksi dalam Siasatan Awam ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh telah memberi keterangan bahawa beliau telah menyaksikan beberapa lelaki keluar dari kenderaan-kenderaan yang telah mengepung (“boxed in”) kenderaan Pastor Raymond Koh. Jika Polis dapat mencari Saiful Bahari, dia dapat dipanggil untuk mengambil bahagian dalam kawad cam (“Identification Parade”) supaya Roeshan dapat mengecam sama ada orang tersebut berada di tempat kejadian jenayah tersebut pada masa itu.

170. Pernyataan-pernyataan yang dihuraikan di atas telah menggambarkan secara amnya, bahawa tiada rasa kesegeraan dalam pelaksanaan siasatan-siasatan oleh pihak polis. Pada hakikatnya, sikap acuh tak acuh (“lackadaisical attitude”) telah diamalkan oleh pegawai-pegawai polis dalam siasatan-siasatan terhadap kehilangan Amri Che Mat.

H. Kesimpulan

Kehilangan Paksa Oleh Ejen-Ejen Kerajaan

171. Panel ini berpendapat bahawa kehilangan paksa Amri Che Mat telah dilakukan oleh ejen-ejen Kerajaan iaitu, Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur, dalam definisi bahagian pertama di bawah Perkara 2 ICPPED.

89

172. Asas bagi kesimpulan ini boleh didapati dalam keterangan Norhayati yang telah memberi keterangan bahawa Sjn Shamzaini telah memberitahunya pada 12 Mei 2018 lebih kurang pukul 10:30 malam bahawa Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur telah menyebabkan kehilangan paksa Amri Che Mat.

173. Asas bagi kesimpulan ini juga berlandaskan bukti langsung Syed Amri dan Saiful Afdzan. Syed Amri telah memberi keterangan bahawa dia telah menyaksikan kereta Toyota Fortuner dikepung “boxed-in” di Jalan Padang Behor manakala Saiful Afdzan telah memberi keterangan bahawa dia telah menyaksikan pemandu kereta Toyota Fortuner tersebut dikejar oleh beberapa lelaki di hadapan restorannya, yang dikenali sebagai Restoran MakLang pada 24 November 2016 pada pukul 11:30 malam.

174. Bukti mengikut keadaan yang telah dikemukakan dalam pendengaran ini membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa adalah Amri Che Mat yang sedang memandu kereta Toyota Fortuner tersebut ketika dikepung (“boxed in”) pada masa tersebut dan lebih kurang sejam kemudian, kereta Toyota Fortuner Amri Che Mat dijumpai tersadai di sebuah tapak pembinaan terbiar di Bukit Chabang, Kangar.

175. Kesimpulan Panel ini juga disokong oleh bukti langsung Vee Yak yang telah memberi keterangan bahawa dia telah melihat tiga (3) kenderaan yang telah memerhatikan rumah Amri Che Mat secara bergilir-gilir tiga (3) hari sebelum kehilangannya dan bahawa beliau sebenarnya telah mencatatkan nombor kereta Toyota Vios emas tersebut (PFC1623). Vee Yak telah memaklum kepada Faisol dan Annuar tentang nombor tersebut, yang kemudiannya telah memaklumkan Inspektor Khor maklumat ini. Akan diambil maklum juga bahawa Sjn Shamzaini telah memaklumkan Norhayati bahawa kereta Toyota Vios emas tersebut berada di tempat kejadian apabila Amri Che Mat "diambil" (taken) pada masa tersebut. Kewujudan kereta Toyota Vios emas tersebut

90

telah dinyatakan oleh Norhayati dalam laporan polis beliau berikutan pertemuannya dengan Sjn Shamzaini.

Kehilangan Paksa Oleh Ejen-Ejen Bukan Kerajaan

176. Panel ini dengan selanjutnya berpendapat bahawa tiada keterangan untuk menyokong penegasan, seperti yang dicadangkan oleh Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat, bahawa Amri Che Mat telah diculik oleh individu- individu atau sekumpulan individu yang bertindak atas kebenaran, sokongan atau persetujuan Kerajaan.

Keengganan Untuk Mengakui Pelucutan Kebebasan

177. Kehilangan secara paksa Amri Che Mat telah, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 2 ICPPED: “followed by a refusal to acknowledge the deprivation of liberty or by concealment of the fate or whereabouts of the disappeared person, which place such a person outside the protection of the law”.

178. Kesimpulan ini mengenai keengganan Kerajaan, iaitu pihak Polis, untuk mengakui bahawa kehilangan paksa adalah disokong oleh hakikat bahawa sehingga kini, pihak Polis masih enggan mengklasifikasikan semula (“reclassify”) kehilangan Amri Che Mat sebagai satu kes kehilangan paksa daripada kes individu yang hilang.

Ciri-Ciri Yang Sama Antara Kedua-Dua Kehilangan

179. Keputusan Panel ini selanjutnya disokong oleh ciri-ciri yang sama (“common features”) antara kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat yang merupakan rantaian bukti mengikut keadaan, apabila mempertimbangkan kehilangan-kehilangan paksa Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh bersama- sama, iaitu:

91

179.1. Kereta-kereta yang digunakan oleh Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh untuk perjalanan mereka pada masa tersebut, telah dikepung (“boxed in”) oleh tiga (3) kenderaan 4WD hitam;

179.2. Tiga tingkap kenderaan Amri Che Mat dan satu tingkap kenderaan Pastor Raymond Koh telah dipecahkan; dan

179.3. Modus operandi kehilangan kedua-dua kes mempunyai persamaan yang amat ketara (“bore uncanny similarities”).

180. Ciri-ciri sama yang telah diperhatikan oleh Panel ini adalah seperti berikut:

Isu-Isu Agama

181. Amri Che Mat dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Muslim Sunni. Namun demikian, beliau kemudiannya telah berminat terhadap ajaran Shiah yang mana pengamal-pengamalnya mempunyai kepercayaan yang sangat berbeza daripada pengamal-pengamal Islam Sunni. Amri Che Mat adalah salah seorang pengasas Perlis Hope, satu organisasi yang membantu golongan miskin dan yang berkeperluan di kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama. Namun demikian, Perlis Hope disyaki oleh Menteri Besar Perlis pada ketika itu, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (“JAIP’), Dr. Hazman Hassan sebagai sebuah organisasi ajaran Shiah. Selanjutnya, rumah Amri Che Mat, yang bersebelahan dengan pejabat Perlis Hope, telah diperiksa oleh pegawai-pegawai Mufti Perlis bersama dengan pegawai-pegawai polis dari Cawangan Khas, Kangar, Perlis.

182. Pastor Raymond Koh adalah seorang pastor di Evangelical Free Church di Petaling Jaya dari tahun 1994 sehingga tahun 2004. Berikutan itu, beliau telah menubuhkan Harapan Komuniti bersama dua orang yang lain untuk menjalankan kerja-kerja sosial dan amal di kalangan masyarakat yang

92

terpinggir dan serba kekurangan. DUMC kemudiannya telah diserbu oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor ("JAIS") bersama dengan sepasukan polis, kerana terdapat beberapa individu Muslim yang didapati hadir di Majlis Makan Malam Kesyukuran.

183. Panel ini berpendapat bahawa Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh adalah individu-individu yang disasar oleh pihak-pihak berkuasa agama dan pihak Polis mengenai tuduhan-tuduhan berkenaan penglibatan mereka dalam perkara- perkara yang bertentangan dengan agama Islam di Malaysia.

Pengawasan Langsung

184. Panel ini juga mendapati bahawa terdapat pengawasan langsung terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh dalam organisasi masing-masing sebelum kehilangan mereka.

185. Adalah tidak dipertikaikan bahawa Amri Che Mat juga berada di bawah pengawasan ketat pihak-pihak berkuasa agama, Cawangan Khas di Kangar, Perlis dan Cawangan Khas di Kuala Lumpur. Pada sekitar Oktober 2015, Mufti Perlis, dan pegawai-pegawai dari jabatan Mufti telah memeriksa rumah Amri Che Mat selepas menerima beberapa aduan mengenai aktiviti-aktivitinya yang berkaitan dengan ajaran Shiah. Berikutan itu, pihak-pihak berkuasa agama dan pegawai-pegawai polis dari Cawangan Khas telah bercakap terus dengan Amri Che Mat dan telah memberi amaran kepada beliau mengenai penyebaran kepercayaan Shiah beliau semasa mesyuarat pada 22 Oktober 2015.

186. Sebaliknya, dalam kes Pastor Raymond Koh, berikutan serbuan JAIS di Majlis Makan Malam Kesyukuran dan Pengumpulan Dana yang dianjurkan oleh Harapan Komuniti, Susanna telah memberi keterangan bahawa Pastor Raymond Koh dan keluarganya sering dihenti dan dipersoal oleh pegawai- pegawai Cawangan Khas di pusat pemeriksaan imigresen Johor Bahru dan 93

Lapangan Terbang KLIA apabila pulang dari Singapura dan luar negara. Selanjutnya, Menteri Hal Ehwal Agama Islam Persekutuan, Jamil Khir Baharom juga telah mengesahkan bahawa Harapan Komuniti telah disiasat kerana terdapat aktiviti penukaran agama di kalangan Muslim.

Modus Operandi Yang Serupa

187. Panel ini berpendapat bahawa modus operandi kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat mempunyai persamaan yang amat ketara.

188. Dalam Siasatan Awam ke atas kehilangan Amri Che Mat, terdapat bukti langsung oleh Saiful Afdzan dan Syed Amri bahawa mereka terlihat sebuah kenderaan yang sepadan dengan diskripsi kereta Toyota Fortuner Amri Che Mat yang telah dikepung “boxed-in” oleh tiga (3) kenderaan 4WD. Pemandu tersebut kemudiannya cuba untuk melarikan diri daripada tiga (3) kenderaan 4WD tersebut, tetapi telah ditangkap dan diseret kembali ke dalam salah satu kenderaan tersebut.

189. Dalam Siasatan Awam ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh, Roeshan telah memberi keterangan bahawa dia terlihat sebuah kereta sedang dikepung (boxed-in) oleh tiga (3) kenderaan 4WD semasa beliau sedang memandu di Jalan SS4B/10, Kelana Jaya, Selangor. Pemandu tersebut telah dilihat tengah diseret keluar dari keretanya dan dimasukkan ke dalam salah satu kenderaan 4WD tersebut. Diskripsi mengenai modus operandi tersebut kemudiannya disokong oleh rakaman CCTV yang diperolehi keluarga Pastor Raymond Koh.

190. Selanjutnya, dalam kedua-dua kes ini, individu-individu yang mengheret Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh ke dalam salah satu kenderaan tersebut, telah dikatakan memakai pakaian hitam.

94

Kewujudan Toyota Vios Emas

191. Panel ini berpendapat selanjutnya bahawa Toyota Vios emas yang terletak berhampiran rumah Amri Che Mat sebelum kehilangannya dan bahawa Toyota Vios emas yang dilihat berada di tempat kejadian penculikan Pastor Raymond Koh bukan satu kebetulan sahaja (“no mere coincidence”).

192. Dalam Siasatan Awam ke atas kehilangan Amri Che Mat, Vee Yak telah memberi keterangan bahawa beliau telah melihat sebuah Toyota Vios emas yang terletak di seberang jalan dari bengkelnya selama tiga (3) hari berturut- turut sebelum kehilangan Amri Che Mat. Beliau telah mencatatkan nombor pendaftaran kereta Toyota Vios emas tersebut (PFC 1623) dan maklumat ini kemudiannya telah diberikan kepada Inspektor Khor oleh Aizat. Norhayati juga telah memberi keterangan bahawa Sjn Shamzaini telah memaklum kepadanya bahawa Toyota Vios emas tersebut sebenarnya berada di tempat kejadian semasa penculikan Amri Che Mat dan bahawa beliau harus menasihati peguamnya untuk menegaskan fakta tersebut dalam pendengaran seterusnya di hadapan Panel ini.

193. Dalam Siasatan Awam ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh, Roeshan telah memberi keterangan bahawa selain daripada tiga (3) kenderaan 4WD hitam tersebut, terdapat sebuah Toyota Vios emas di tempat kejadian di Jalan SS4/10, Kelana Jaya. Berikutan itu, beliau selanjutnya memberi keterangan bahawa terdapat seorang lelaki India yang telah mengarahkannya untuk berundur "back off" ketika dia semakin dekat dengan tempat kejadian tersebut. Berdasarkan rakaman CCTV yang diperolehi dalam Siasatan Awam ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh, adalah jelas bahawa lelaki India yang dinyatakan oleh Roeshan, adalah seorang penumpang Toyota Vios emas tersebut. Beliau telah mendekati kereta Roeshan apabila terlihat Roeshan semakin dekat.

95

I. Cadangan-Cadangan Panel

194. Menurut Terma-Terma Rujukan Panel ini yang terakhir, iaitu "Untuk mencadangkan langkah-langkah atau garis panduan yang boleh diambil untuk memastikan bahawa pelanggaran atau pelanggaran-pelanggaran yang dikatakan tersebut tidak berulang lagi", Panel ini membuat cadangan- cadangan yang berikut:

Pihak-Pihak Berkuasa Untuk Menghormati Kebebasan Agama Sebagai Hak Asasi Manusia

195. Hak asasi manusia (deleted asas) untuk kebebasan beragama dinyatakan secara jelas dalam Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia dan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dibaca dengan Perkara 11(4) yang menyatakan bahawa "Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam." Kebebasan beragama juga diiktiraf dalam beberapa instrumen yang lain seperti International Covenant on Civil and Political Rights (“ICCPR”), Declaration on the Elimination of All Forms of Intolerance and of Discrimination Based on Religion or Belief dan resolusi-resolusi Majlis Hak Asasi Manusia serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan lain-lain.

196. Oleh itu, adalah penting untuk Kerajaan dan ejen-ejennya, termasuk pihak Polis dan Pihak-Pihak Berkuasa Agama Negeri mengiktiraf dan menghormati hak ini.

96

Penentuan Batas Antara Polis Dan Pihak-Pihak Berkuasa Agama

197. Menurut keterangan-keterangan yang telah dikemukakan semasa Siasatan Awam ini, adalah jelas bahawa pihak Polis serta pihak-pihak berkuasa agama tidak pasti setakat mana (“extent”) kuasa dan bidang kuasa mereka mengenai penguatkuasaan terhadap penyebaran ajaran Shiah.

198. Semasa Siasatan Awam ini, terdapat kebimbangan mengenai interaksi antara pihak Polis dan pihak-pihak berkuasa agama negeri yang telah dibangkitkan, antaranya ialah:

198.1. Mesyuarat-mesyuarat serta perbincangan-perbincangan yang telah diadakan di mana perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu sengaja disekat daripada pengetahuan orang awam, sebab mesyuarat-mesyuarat diadakan, kandungan mesyuarat- mesyuarat tersebut, dan keputusan-keputusan yang telah dibuat tidak didedahkan. Tiada penerangan yang jelas mengenai apakah maklumat-maklumat yang telah dikongsi, kenapa ia dikongsi, atau berdasarkan kuasa apa maklumat tersebut boleh disebarkan, diberikan oleh pihak-pihak berkuasa agama atau Polis; dan

198.2. Tiada aduan-aduan rasmi yang dibuat kepada pihak-pihak berkuasa agama atau kepada pihak Polis yang boleh menjustifikasi pihak-pihak berkuasa agama atau pihak Polis untuk menyiasat aktiviti-aktiviti Amri Che Mat atau Perlis Hope. Jika pihak-pihak berkuasa agama mempunyai alasan yang kukuh untuk menyiasat aktiviti-aktiviti Amri Che Mat atau Perlis Hope, tiada alasan yang dapat dipertahankan atau diterima telah diberikan mengenai sebab kehadiran pihak Polis diperlukan pada masa tersebut. Tiada bukti untuk menunjukkan

97

bahawa terdapat risiko terhadap keselamatan pihak berkuasa agama atau mana-mana pihak yang lain pada bila-bila masa.

199. Panel ini berpendapat bahawa pihak Polis tidak sepatutnya terlibat dalam perkara-perkara agama melainkan sekiranya keadaan memerlukan campur tangan (“intervention”) mereka seperti yang dijelaskan dalam perenggan 200 di bawah. Oleh itu, penentuan batas yang jelas mengenai interaksi pihak polis dengan jabatan-jabatan lain seperti pihak-pihak berkuasa agama dalam kes ini serta agensi-agensi kerajaan perlu digubal, dikongsi dengan orang awam dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya.

200. Panel ini mengakui bahawa terdapat kemungkinan adanya keadaan di mana pihak-pihak berkuasa agama memerlukan bantuan pihak Polis untuk memastikan bahawa undang-undang dan ketenteraman (“law and order”) dikekalkan di negara ini, di mana pihak-pihak berkuasa agama mungkin tidak mempunyai sokongan atau infrastruktur yang memadai untuk menangani keadaan sedemikian. Oleh itu, Tatacara Pengendalian Piawai yang jelas diperlukan untuk mengawal penglibatan pihak Polis. Adalah penting untuk menekankan bahawa penglibatan pihak Polis untuk mengekalkan undang- undang dan ketenteraman hanya boleh dilaksanakan dalam keadaan-keadaan di mana ancaman-ancaman adalah ketara, serius dan pasti akan berlaku (“real, grave and imminent threats”) terhadap keselamatan negara ini.

Pembaharuan Tatacara Pengendalian Piawai Polis

201. Sepanjang Siasatan Awam ini, terdapat beberapa aduan yang telah dibuat terhadap pihak Polis. Kekurangan kerjasama, penindasan dan penyembunyian keterangan yang nyata oleh pihak Polis dilihat dengan jelas semasa pendengaran Siasatan Awam ini. Panel ini telah menerangkan beberapa

98

kelemahan dalam Siasatan-siasatan Polis dalam perenggan 168 sehingga 170 di atas. Oleh itu, Panel ini membuat cadangan-cadangan yang berikut:

Kertas Siasatan

202. Panel ini berpendapat bahawa, sekiranya pendedahan dokumen dalam Kertas Siasatan (“Investigation Paper”) yang diminta tidak menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan, dokumen-dokumen seperti pelan lakaran tempat kejadian patut dibatalkan pengelasan, diperolehi dan dikemukakan (“declassified, produced and be admitted”) dalam Siasatan Awam sebagai bukti untuk memudahkan siasatan Panel ini demi kepentingan keadilan dan kepentingan awam.

Kes-Kes Individu Yang Hilang, Penculikan Dan Kehilangan

203. Dalam kes-kes yang disyaki terdapat individu-individu yang hilang, menurut protokol pihak Polis, dua puluh empat (24) jam mesti berlalu sebelum kes tersebut boleh diklasifikasikan sebagai kes individu yang hilang. Panel ini menyeru pihak Polis untuk mengkaji semula protokol ini dalam kes-kes yang terdapat keadaan-keadaan luar biasa yang mencadangkan bahawa suatu penculikan atau kehilangan secara tidak sukarela seseorang telah berlaku.

204. Perbezaan antara kes-kes dalam klasifikasi ini adalah diperlukan supaya setiap kes ditangani dengan sewajarnya dan tiada masa yang dibazirkan. Siasatan- siasatan perlu dijalankan dengan segera untuk meningkatkan kemungkinan untuk mengesan individu-individu yang telah hilang dengan selamat.

205. Pembaharuan-pembaharuan Tatacara Pengendalian Piawai perlu melaksanakan latihan ketat (“stringent training”) ke atas protokol komunikasi untuk menangani kes-kes individu yang hilang dan memasukkan prosedur-

99

prosedur seperti untuk memaklumkan perkembangan kes kepada ahli-ahli keluarga dan orang awam dalam masa yang wajar.

206. Memandangkan Panel ini berpendapat bahawa Amri Che Mat adalah mangsa kes kehilangan paksa, Panel ini menggesa pihak Polis untuk mengklasifikasikan semula kes Amri Che Mat sebagai kes kehilangan paksa, daripada kes individu yang hilang, dan untuk memulakan semula siasatan dengan sewajarnya.

Peranan Cawangan Khas

207. Sepanjang Siasatan Awam ini, ramai yang telah membangkitkan kebimbangan mereka mengenai peranan dan fungsi yang dijalankan oleh Cawangan Khas dalam mengawasi ketenteraman awam (“public order policing”). Royal Police Commission telah mengiktirafkan bahawa tiada peruntukan undang-undang yang berkenaan dengan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa dan tugas-tugas Cawangan Khas.51 Panel ini mencadangkan supaya Cawangan Khas dipertanggungjawabkan dan kuasa-kuasanya serta tanggungjawabnya dinyatakan dalam undang-undang supaya dapat berfungsi secara adil dan bebas dan untuk mentakrifkan terma 'keselamatan' dengan jelas untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa, untuk melanjutkan penelitian agensi tersebut dan untuk meningkatkan akauntabilitinya.

Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (“IPCMC”)

208. Peguam bagi pihak keluarga Amri Che Mat, Penolong-penolong Pegawai SUHAKAM dan Peguam bagi pihak Majlis Peguam telah menegaskan bahawa ia akan menjadi sebahagian integral dalam siasatan utama ke atas kehilangan Amri Che Mat untuk menyiasat perlakuan siasatan pihak Polis sehingga kini. Ini

51 Report of the Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the 2005 100

adalah berdasarkan kepercayaan mereka bahawa siasatan-siasatan yang sedang dijalankan adalah suatu helah yang bertujuan untuk menyembunyikan identiti penculik-penculik dan pihak-pihak di sebaliknya dan bahawa sekiranya siasatan dijalankan atas siasatan itu sendiri, mereka yang mengawal siasatan tersebut akan didedahkan dan melalui mereka, identiti penculik-penculik juga akan didedahkan.

209. Ini menyokong seruan Majlis Peguam untuk menubuhkan IPCMC52 supaya tuduhan-tuduhan terhadap Polis seperti dalam kes ini dapat ditangani dengan sewajarnya.

210. Ramai yang telah menyeru supaya IPCMC ditubuhkan sebagai mekanisme pengawasan bebas (“independent oversight mechanism”) terhadap pihak Polis kerana orang awam mempunyai keyakinan yang rendah terhadap pihak Polis dalam mematuhi peraturan-peraturan dan perintah-perintah dalam menjaga kepentingan orang awam.

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Untuk Menyiasat Semula Kehilangan Amri Che Mat

211. Berikutan dapatan-dapatan Panel ini, ia diserahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dengan sewajarnya dan menghukum pesalah atau pesalah-pesalah yang bertanggungjawab. Segala usaha mesti dilaksanakan untuk mengesan penculik-penculik Amri Che Mat melalui siasatan polis yang menyeluruh. Sebagai permulaan, seorang Pegawai Penyiasat yang berpengalaman harus dilantik untuk menyiasat semula kes ini.

52 Cadangan dalam Report of the Royal Commission to Enhance the Management and Operation of the Royal Malaysian Police (2005) 101

212. Keluarga memerlukan konklusi (“closure”) dan jawapan hanya boleh diberikan oleh Kerajaan. Adalah dipercayai bahawa mereka yang telah ditugaskan setakat ini enggan memberikan jawapan kepada soalan-soalan ini, atau enggan mengambil langkah-langkah untuk mendapatkannya, oleh itu suatu pasukan petugas baru dan berasingan perlu ditubuhkan untuk menyiasat semula kes kehilangan Amri Che Mat.

213. Oleh itu, Panel ini mencadangkan bahawa sepasukan petugas khas ditubuhkan untuk membuka dan menyiasat semula kes Amri Che Mat sebagai kes kehilangan paksa dan bukan sebagai kes individu yang hilang.

214. Untuk memastikan pelupusan kes secara adil dan pelaksanaan siasatan- siasatan yang wajar, Panel ini mencadangkan garis panduan yang berikut untuk operasi Pasukan Petugas Khas tersebut:

214.1. Pasukan Petugas Khas tersebut perlu terdiri daripada penyiasat- penyiasat bebas yang dilantik oleh Peguam Negara. Sekiranya terdapat apa-apa konflik kepentingan, mereka tidak sepatutnya dilantik. Semasa melantik ahli-ahli Pasukan Petugas Khas, pihak-pihak pelantikan harus mengambil kira, antara lain, yang berikut:

(a) Individu-individu yang tidak mempunyai hubungan semasa atau terdahulu dengan siasatan-siasatan jenayah yang telah dijalankan ke atas kehilangan Amri Che Mat;

(b) Individu-individu yang tidak mempunyai hubungan semasa atau terdahulu dengan mana-mana ahli semasa atau terdahulu pasukan Bahagian E2 Cawangan Khas, Kangar, Perlis dan Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur;

102

(c) Individu-individu yang tidak mempunyai hubungan semasa atau terdahulu dengan ahli pihak-pihak berkuasa agama Perlis.

214.2. Pihak polis harus menyerahkan semua kertas-kertas siasatan dan/atau maklumat risikan yang telah diperolehi setakat ini berkaitan dengan kehilangan Amri Che Mat kepada Pasukan Petugas Khas tersebut untuk tindakan lanjutannya;

214.3. Pasukan Petugas Khas tersebut harus melapor kepada keluarga dan SUHAKAM pada selang masa yang tetap (“regular intervals”) mengenai perkembangan siasatan-siasatannya;

214.4. Pasukan Petugas Khas tersebut harus mengemukakan satu laporan mengenai dapatan-dapatan siasatan Pasukan Petugas Khas tersebut kepada orang awam secepat mungkin.

Pembaharuan Undang-Undang

Pindaan-Pindaan Undang-Undang Di Malaysia

215. Panel ini mencadangkan bahawa Kerajaan Malaysia patut mengkaji semula Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah untuk memasukkan (“incorporate”) kehilangan paksa atau kehilangan secara tidak sukarela di bawah suatu kategori khusus untuk kes-kes yang melibatkan individu-individu yang hilang. Dalam erti kata lain, pindaan-pindaan tersebut akan menjadikannya suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, sebagai tambahan kepada dan berasingan daripada kesalahan pemelarian dan penculikan (“abduction and kidnapping”).

103

Meratifikasi Instrumen-Instrumen Antarabangsa

216. Malaysia tidak meratifikasikan International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance 2006.

216.1. Dengan meratifikasikan Konvensyen tersebut, Malaysia akan memikul tanggungjawab antarabangsa untuk membanteras kehilangan paksa. Langkah-langkah yang dinyatakan dalam Konvensyen tersebut termasuk peruntukan-peruntukan mengenai, antaranya:

(a) keberkesanan siasatan-siasatan ke atas kehilangan paksa dan kehilangan secara tidak sukarela53;

(b) Mempertanggungjawabkan individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terhadap tindakan mereka54;

(c) penciptaan suatu kesalahan tambahan dalam undang-undang keseksaan (“penal”) dengan hukuman yang dipertingkatkan (“enhanced sentencing”) untuk kehilangan paksa55;

(d) memberikan maklumat kepada keluarga mangsa-mangsa56; dan

(e) latihan untuk pegawai-pegawai penguatkuasa undang- undang57.

53 Perkara 3, 12, 19 dan 22 ICPPED. 54 Perkara 6 dan 10 ICPPED. 55 Perkara 7 ICPPED. 56 Perkara 18 dan 24 ICPPED. 57 Perkara 23 ICPPED. 104

216.2. Secara ringkasnya, ICPPED memberikan garis panduan untuk mengenal pasti elemen-elemen kehilangan paksa dan dengan jelasnya menyatakan peranan Kerajaan dalam siasatan kesalahan tersebut dan kesalahan-kesalahan berkaitan yang lain.

216.3. Kerajaan harus menggunakan ICPPED untuk menghasilkan suatu rangka bagi memperkenalkan undang-undang yang menjenayahkan kehilangan paksa dan juga untuk mengukuhkan peruntukan- peruntukan yang sedia ada dalam undang-undang Malaysia.

217. Selanjutnya, Malaysia juga tidak meratifikasikan International Covenant on Civil and Political Rights 1966. Konvensyen ini mewajibkan ahli-ahlinya untuk melindungi dan mengekalkan hak-hak asasi manusia, seperti: kebebasan diri dan maruah manusia; kesamarataan di sisi undang-undang; kebebasan beragama dan privasi; kebebasan daripada penyeksaan, layanan buruk, dan penahanan sewenang-wenangnya; kesaksamaan jantina (“gender equality”), hak untuk perbicaraan yang adil; hak berkeluarga dan perpaduan keluarga; dan hak-hak minoriti.

218. Berikutan ratifikasi perjanjian-perjanjian antarabangsa yang dinyatakan di atas, Kerajaan harus mengambil langkah-langkah yang selanjutnya untuk memberikan kesahihan undang-undang kepada ICPPED dan ICCPR di Malaysia untuk membolehkan agensi-agensi menyelesaikan isu 'kehilangan paksa' dengan lebih baik.

219. Kesimpulannya, Panel ini menekankan bahawa dalam menjalankan Siasatan Awam ini, SUHAKAM telah melaksanakan kewajipannya untuk meneliti pelanggaran hak asasi manusia di bawah seksyen 4(1)(d) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, dan bahawa cadangan-cadangan dalam laporan ini dibuat di bawah kuasa-kuasa SUHAKAM di bawah seksyen 4(2)(b) Akta tersebut yang memperuntukkan bahawa SUHAKAM boleh menasihati 105

Kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa itu dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan/atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil.”

220. Dapatan-dapatan dan cadangan-cadangan di sini adalah hasil dapatan dan cadangan sebulat suara Panel Siasatan ini.

J. Jawapan Kepada Terma-Terma Rujukan

221. Panel ini telah mencapai kesimpulan-kesimpulan yang berikut berhubung dengan Terma-Terma Rujukannya:

221.1. Sebagai jawapan kepada perenggan (a):

● Kehilangan Amri Che Mat adalah suatu kes kehilangan secara paksa seperti yang ditakrifkan di bawah International Convention for Protection of all Persons from Enforced Disappearance; dan ● Kes kehilangan Amri Che Mat bukan suatu kes kehilangan sukarela atau kes kehilangan secara tidak sukarela yang melanggar undang-undang jenayah biasa;

221.2. Sebagai balasan kepada perenggan (b)(i), (ii) dan (iii):

● Kehilangan secara paksa ini telah dilaksanakan oleh Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur;

221.3. Sebagai balasan kepada perenggan (c):

● Panel ini berpendapat bahawa Polis Diraja Malaysia tidak mengambil langkah-langkah yang memadai untuk menyiasat kes kehilangan secara paksa Amri Che Mat;

106

221.4. Sebagai balasan kepada perenggan (d):

● Langkah-langkah atau garis panduan yang dicadangkan harus diambil untuk memastikan kehilangan paksa ini tidak berulang seperti yang dinyatakan dalam I. Cadangan-Cadangan Panel di atas.

K. Penghargaan

222. Panel ini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana sudi hadir, menyelidik dan memberi hujahan-hujahan mereka, dalam Siasatan Awam ini. Panel ini dengan selanjutnya mengucapkan terima kasih kepada Peguam bagi pihak keluarga dan Majlis Peguam kerana telah secara sukarela memberikan perkhidmatan pro bono kepada keluarga Amri Che Mat dan kepada Majlis Peguam masing-masing, Penolong-penolong Pegawai SUHAKAM dan Pegawai-Pegawai bagi pihak Polis untuk sumbangan mereka sepanjang Siasatan Awam ini.

223. Panel ini dengan dukacitanya ingin menyatakan simpati kepada keluarga Amri Che Mat dan orang tersayangnya atas kedukaan, kebimbangan dan kegelisahan (“grief, anxiety and sadness”) yang disebabkan oleh kehilangan paksa Amri Che Mat sejak 24 November 2016.

3 April 2019

107

………………s.g.d……………….... DATO’ MAH WENG KWAI

………………s.g.d………………..... PROF. DATO’ DR. AISHAH BIDIN

………………s.g.d………………..... PROF. MADYA DR. NIK SALIDA SUHAILA BINTI NIK SALEH

Peguam/Pegawai hadir dihadapan Panel:

108

Bagi pihak Keluarga Amri Che Mat: M. David Morais Khabir Dillon Raul Lee Bhaskaran Larissa Ann Louis

Bagi pihak SUHAKAM: Simon Karunagaram Joshua Ericsson Nur Adlin Abd Ghaffar Yustina Ishak

Bagi pihak Majlis Peguam: Roger Chan Weng Keng Mansoor Saat Cyrus Tiu Foo Woei

Bagi pihak Polis: SAC Dato’ Moktar SAC Dato’ Azman DSP Nuzulan ASP Irwan ASP Ismail

Jadual 1: Senarai Saksi-Saksi Siasatan (“Inquiry Witnesses”)

No. Saksi Siasatan (“IW”) Nama

IW1 Norhayati binti Mohd Ariffin

109

IW2 Abdul Jamil bin Ahmad

IW3 Mohammad Faisol bin Abd Rahman

IW4 Yousri bin Khalid

IW5 Annuar bin Ismail

IW6 Norhafizal bin Mohd Ariffin

IW7 Syed Amri bin Syed Abdul Jalil

IW8 Vee Yak a/l Ban Jong

IW9 lnspektor Khor Yi Shuen

IW10 Dato' Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

IW11 Dr. Hazman bin Hassan

IW12 ASP Roslan bin Remeli

IW13 Nur Amirah binti Amri

IW14 Mohd Aizat bin Zahid

IW15 Sheryll Christine Stothard

IW16 Ris a/l Chooi (Pharid)

IW17 ASP Razman bin Ramli

IW18 DSP Azam Azahari bin Othman

IW19 YDH CP Dato' Awaludin bin Jadid

IW20 Sarjan Mohammad Shamzaini bin Mohd Daud

IW21 ASP Mohd Azizie bin Abd Hamid

IW22 Norhashimah binti Mohd Daud

IW23 Tan Sri Dato’ Khalid bin Abu Bakar

IW24 Muhammad Faiz bin Abdul Rahman

110

Jadual 2: Senarai Ekshibit-Ekshibit

No. Ekshibit Butiran Ekshibit Tarikh ditanda

Laporan Polis No. BESERI/001673/16 yang Ekshibit 1 dibuat oleh Norhayati binti Mohd Ariffin 22.1.2018 bertarikh 25.11.2016

111

Laporan Polis No. KANGAR/008875/16 yang Ekshibit 2 dibuat oleh Norhayati binti Mohd Ariffin 22.1.2018 bertarikh 8.12.2016

Ekshibit Gambar Toyota Fortuner diambil pada 22.1.2018 3(a) hingga (d) 25.11.2016

Ekshibit Gambar Toyota Fortuner diambil pada 22.1.2018 3(e) hingga (f) 19.1.2018

Ekshibit Sukarelawan Perlis Hope memberi sumbangan 22.1.2018 4(a) beras

Ekshibit Sukarelawan Perlis Hope membina rumah Pak 22.1.2018 4(b) Dani

Ekshibit Sukarelawan Perlis Hope memberi sumbangan 22.1.2018 4(c) bubur lambuk

Ekshibit Sukarelawan Perlis Hope membaiki sebuah 22.1.2018 4(d) rumah

Ekshibit Gambar pemeriksaan MAIP diambil pada 22.1.2018 5(a) hingga (c) 21.10.15

Gambar mesyuarat bersama Dr Mohd Asri Ekshibit 6 Zainul Abidin di Pejabat Mufti Perlis diambil 22.1.2018 pada 22.10.2015

Screenshot pos Facebook oleh DrMaza.com Ekshibit 7 22.1.2018 bertarikh 7.10.2016

Screenshot pos Facebook dan gambar-gambar Ekshibit yang dimuatnaik oleh Jabatan Mufti Negeri 22.1.2018 8(a) hingga (m) Perlis bertarikh 7.10.2016

Artikel Sinar Harian Online “Mufti bimbang Ekshibit 9 22.1.2018 penularan Syiah di Perlis” bertarikh 13.10.2016

Surat daripada JAIP kepada Jabatan Pendidikan Ekshibit 10 Negeri Perlis bertarikh 21.9.2016 22.1.2018

112

Ekshibit Pos Facebook oleh YB Ds Shahidan Kassim 22.1.2018 11(a) hingga (d) bertarikh 20.9.2016

Ekshibit Gambar kereta Amri Che Mat 22.1.2018 12(a) hingga (d)

Artikel Berita Harian Online “Kehilangan aktivis Ekshibit 13 kebajikan di Perlis tiada kaitan culik” bertarikh 22.1.2018 27.11.2016

Screenshot perbualan WhatsApp antara Ekshibit 14 24.1.2018 Annuar dan Inspektor Khor

Ekshibit 15, Pos Facebook oleh DrMaza.com dan gambar- 24.1.2018 15(1) hingga (12) gambar yang dimuatnaik bertarikh 23.1.2018

Artikel Free Malaysia Today (FMT) Online “Asri Ekshibit 16 serang Amri, kata Syiah ancam ‘keselamatan 24.1.2018 negara’” bertarikh 23.1.2018

Video FMT “Asri serang Amri, kata Syiah ancam Ekshibit 17 24.1.2018 ‘keselamatan negara’”

Permohonan Semakan Rekod Keluar Masuk Ekshibit 18 Warga Malaysia (Amri Che Mat) bertarikh 24.1.2018 30.11.2016

Pengesahan Rekod Pergerakan Keluar Masuk Ekshibit 19 24.1.2018 (Amri Che Mat) bertarikh 14.7.2017

Short Message Service (SMS) antara Abdul Ekshibit 20 Jamil dan Amri Che Mat diterima pada 11:11 24.1.2018 p.m. bertarikh 24.11.2016

SMS antara Abdul Jamil dan Amri Che Mat Ekshibit 21 24.1.2018 dihantar pada 11:34 p.m. bertarikh 24.11.2016

Surat “Pemakluman Bagi Mengadakan Majlis Kesyukuran, Perkemahan Dan Sukan Sempena Ekshibit 22 24.1.2018 Wiladah Zainab Al-kubra 2014 (Hijrah 1435)” bertarikh 3.3.2014

113

Ekshibit Transkripsi nota yang ditulis tangan pada surat 25.1.2018 22(T) bertarikh 3.3.2014

Ekshibit Gambar -gambar Lokap Balai Polis Selama 24.1.2018 23(a) hingga (j)

Ekshibit Gambar Google Map lokasi Amri Che Mat 24.1.2018 24(a) hingga (c) dikatakan diculik

Ekshibit Profil Organisasi - Perlis Hope 25.1.2018 25(a) hingga (d)

Ekshibit Notis Pembatalan Projek “Bantuan Baju 25.1.2018 25(e) Sekolah Rendah” Perlis Hope

Keputusan carian kebankrapan ke atas Amri Ekshibit 26 25.1.2018 Che Mat bertarikh 23.1.2018

Ekshibit Video yang diambil dilokasi kereta Amri Che 25.1.2018 27(a) hingga (c) Mat dijumpai, diambil pada 4.11.17

Laporan Polis No. PDG BESAR/003254/16 yang Ekshibit dibuat oleh Yousri bin Khalid bertarikh 25.1.2018 28 25.11.2016

Ekshibit Percakapan Dalam Pemeriksaan Yousri bin 25.1.2018 29 Khalid bertarikh 25.11.2016

Ekshibit Sesalinan fotostat Pasport Amri Che Mat 19.3.2018 30(a) hingga (d)

Surat daripada Azri, Lee Swee Seng & Co Ekshibit kepada Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners 19.3.2018 31(a) bertarikh 14.3.2018

Surat daripada Azri, Lee Swee Seng & Co Ekshibit kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 19.3.2018 31(b) 14.3.2018

Surat daripada Tawfeek Badjenid & Partners Ekshibit kepada Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co 19.3.2018 32(a) & (b) bertarikh 15.3.2018

114

Ekshibit Surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia 19.3.2018 33 kepada Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co

Ekshibit Gambar anak angkat Amri Che Mat (Hashimah) 19.3.2018 34

Ekshibit Gambar anak angkat Amri Che Mat (Hashimi) 19.3.2018 35

Ekshibit Gambar anak angkat Amri Che Mat (Nur 19.3.2018 36 Masarah)

Ekshibit Gambar anak angkat Amri Che Mat (Hashimi) 19.3.2018 37

Ekshibit Floor plan rumah Amri Che Mat 19.3.2018 38

Ekshibit Sesalinan Bil Cukai Tanah Amri Che Mat 19.3.2018 39

Ekshibit WhatsApp bertarikh 26.11.2016 antara Sarjan 19.3.2018 40 Asri dan Annuar

Ekshibit WhatsApp bertarikh 28.11.2016 antara Sarjan 19.3.2018 41 Asri dan Annuar

Ekshibit Dokumen “Payment pada 11.8.2016” 19.3.2018 42

Ekshibit Rajah kasar tempat kejadian Amri Che Mat 20.3.2018 43 diculik

Ekshibit Gambar Tyre Shop 20.3.2018 44

Ekshibit Rajah kasar tempat kejadian Amri Che Mat 20.3.2018 45 diculik

Video tempat kejadian Amri Che Mat diculik di Ekshibit depan Restoran MakLang dirakam pada 20.3.2018 46 20.3.2018

115

Video tempat kejadian Amri Che Mat diculik di Ekshibit depan Restoran MakLang dirakam pada 21.3.2018 47 20.3.2018

Ekshibit Percakapan Dalam Pemeriksaan Vee Yak a/l 21.3.2018 48 Ban Jong bertarikh 16.10.2017

Ekshibit Gambar Toyota Vios dengan nombor 21.3.2018 49(a) hingga (c) pendaftaran PFC1623

Ekshibit Gambar sebuah Toyota Vios 21.3.2018 50

Carian Rasmi Pemilik Kenderaan PFC1623 Ekshibit dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan 3.4.2018 51 (JPJ)

Ekshibit Artikel Sinar Online “Wahabi tidak sesuai 12.4.2018 52 diamal di Malaysia” bertarikh 1.3.2015

Ekshibit Keputusan Carian Fatwa 12.4.2018 53(a) hingga (c)

Laporan Polis No. KANGAR/003635/18 yang Ekshibit dibuat oleh Norhayati binti Mohd Ariffin 16.5.2018 54 bertarikh 15.5.2018

Ekshibit Percakapan Saksi 112 (Norhayati binti Mohd 30.5.2018 55 Ariffin) bertarikh 15.5.2018

Ekshibit WhatsApp Call Log Norhayati binti Mohd 30.5.2018 56 Ariffin

Ekshibit WhatsApp antara Norhayati dan Aizat 30.5.2018 57(a) hingga (c)

Ekshibit Perbualan WhatsApp antara Norhayati dan 30.5.2018 58 Chon

Ekshibit Call Log Faizol menelefon Norhayati 30.5.2018 59

116

Ekshibit Bukunota Norhayati 30.5.2018 60(a) hingga (c)

Laporan Polis No. KANGAR/003707/18 yang Ekshibit dibuat oleh Mohamad Shamzaini bin Mohd 31.5.2018 61 Daud bertarikh 18.5.2018

Ekshibit Surat Perjanjian (Pajakan Kedai C32/1 31.5.2018 62 Kampung Padang Behor)

Ekshibit WhatsApp daripada telefon Aizat bertarikh 31.5.2018 63(a) & (b) 13.5.2018

Ekshibit Call Log Aizat 31.5.2018 63(c)

Ekshibit Call Log Aizat 31.5.2018 64(a) hingga (c)

Ekshibit Screenshot Facebook Perlis Hope 7.6.2018 65

Ekshibit Screenshot WhatsApp daripada Norhayati 7.6.2018 66 bertarikh 13.5.2018

Ekshibit Call Log Sheryll Stothard 7.6.2018 67(a)

Ekshibit WhatsApp antara Sheryll dan Faisol bertarikh 7.6.2018 67(b) 13.5.2018

Ekshibit Call Log Sheryll Stothard 7.6.2018 67(c)

Ekshibit WhatsApp antara Sheryll dan Norhayati 7.6.2018 67(d) bertarikh 13.5.2018

Dokumen-dokumen yang diserahkan kepada Ekshibit Insp Hazwani pada 15.5.2018, JSJ IPD Shah 7.6.2018 68(a) hingga (e) Alam

Ekshibit Call Log Ris a/l Chooi (Pharid) 26.6.2018 69(a) & (b)

117

Ekshibit Ekstrak dari Nota Prosiding (NP9) daripada kes 3.7.2018 70 Pastor Raymond Koh

Ekshibit Gambar -gambar Toyota Vios No. Pendaftaran 3.7.2018 71(a) hingga (d) PFC1623

Ekshibit Senarai soalan-soalan yang diserahkan kepada 3.7.2018 72 Insp. Khor Yi Shuen bertarikh 2.4.2018

Artikel The Rakyat Post Online “Bukit Aman Ekshibit dedah penyebaran Kristian menyamar Islam- 5.7.2018 73 Awaluddin Jadid” bertarikh 11.11.2015

Ekshibit Artikel Berita Harian Online “Militan terpesong 5.7.2018 74 diresapi ideologi salah” bertarikh 5.1.2016

Transkripsi video Youtube “Peringatan dan Ekshibit Amaran dari Dato’ Ayob Khan Pichay” 5.7.2018 75 diterbitkan pada 19.8.2016

Ekshibit Online “Cops : Stamp Out radicalism” 5.7.2018 76 bertarikh 21.8.2016

Berita Malaysiakini “Syiah, mazhab, Jakim Ekshibit timbul pada pertemuan CEP – Mufti” bertarikh 5.7.2018 77 27.6.2018

Ekshibit “Warta Kerajaan Negeri Perlis” bertarikh 5.7.2018 78 27.9.2012

Ekshibit Gambar Hadapan Rumah Puan Norhayati Di 6.7.2018 79 Kampung Padang Behor (1)

Ekshibit Gambar Rumah Puan Norhayati Di Kampung 6.7.2018 80(a) hingga (c) Padang Behor (2)

Artikel Malay Mail Online “Deputy Minister: Ekshibit ‘National Fatwa Council’ Incorrect Term” 23.7.2018 81 bertarikh 31.3.2016

Ekshibit Pos Facebook oleh Facebook Rasmi Polis Diraja 23.7.2018 82(a) hingga (c) Malaysia

118

Ekshibit Minister for Home Affairs, Malaysia & Anor v 23.7.2018 83 Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 418

Ekshibit Laporan Polis No. REDANG 23.7.2018 84 PANJANG/000164/14 bertarikh 9.3.2014

Ekshibit Sinar Online “Panggilan bongkar aktiviti Syiah” 23.7.2018 85 bertarikh 10.3.2014

Ekshibit Gambar Pharid Audio 24.7.2018 86

Ekshibit Public Officers (Conduct And Discipline) 24.7.2018 87 Regulations 1993 PU(A) 395/1993

Ekshibit Gambar banting dengan nombor telefon 24.7.2018 88 Pharid Auto

Ekshibit Call Log Sarjan Mohamad Shamzaini 24.7.2018 89 Mohd Daud

Ekshibit Location Ping untuk telefon Sarjan Mohamad 24.7.2018 90 Shamzaini Mohd Daud

Ekshibit Location Ping untuk telefon Norhayati binti 24.7.2018 91 Mohd Ariffin

Ekshibit Rekod Pergerakan Cuti Saiful Bahari bin Abd 27.8.2018 92 Aziz Tahun 2016

WhatsApp yang dihantar kepada Sarjan Ekshibit Mohamad Shamzaini Mohd Daud daripada 27.8.2018 93 Mohammad Faisol bin Abd Rahman

Ekshibit Screenshot pos lamanweb PDRM “114 28.8.2018 94 pengikut Syiah Ditahan”

Ekshibit Kertas Butir-butir Penyiasatan, Dalam Aduan 31.10.2018 95 No: KANGAR RPT 8554/2016

Ekshibit Video Saiful Afdzan 31.10.2018 96

119

Ekshibit Transkripsi video Saiful Afdzan 31.10.2018 96(T)

Ekshibit Keterangan Saiful Afdzan bin Seinei direkodkan 31.10.2018 97 oleh SUHAKAM bertarikh 17.5.2017

120

121