Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 26 Selasa 23 Oktober 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 9) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 34) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (Halaman 34) DR.23.10.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Selasa, 23 Oktober 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ahli-ahli Yang Berhormat, pada pagi yang penuh berkat ini, izinkan saya hadiahkan satu pantun kepada semua sebagai mukadimah. Mulia anak sempurna akhlak, Mulia tua sempurna agama, Mulia bangsa berbudi bahasa, Mulia Majlis tertib atur cara. Di bawah Peraturan Mesyuarat 24A, silakan Yang Berhormat Kota Melaka kemukakan soalan dalam masa satu minit ikut peraturan mesyuarat. Sila. 1. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Perdana Menteri menyatakan adakah benar bahawa kerajaan akan menubuhkan sebuah tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutamanya ketika menguruskan Pilihan Raya Umum Ke- 14 yang lalu dan untuk tujuan pemecatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 114(3) dan 125(3) Perlembagaan Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi dan juga kepada Yang Berhormat Kota Melaka, terima kasih atas soalan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, makluman mengenai penubuhan tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya diketahui melalui kenyataan akhbar dan juga media massa yang berkaitan pada 17 Oktober tahun ini. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang keterlibatan SPR mengenai perkara tersebut. Pada 15 Oktober 2018 tahun ini, Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi SPR dan juga empat orang anggota SPR memendekkan tempoh perkhidmatan mereka berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Pemendekan tempoh perkhidmatan tersebut tidak termasuk seorang anggota SPR iaitu Yang Berbahagia Dato’ Bala Singam a/l Karupiah yang masih meneruskan perkhidmatan beliau. Surat bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong telah pun dikemukakan kepada Istana Negara. Di samping itu, DR.23.10.2018 2 pemakluman mengenai perkara tersebut juga telah dibuat oleh SPR melalui kenyataan media pada tarikh yang sama pada 18 Oktober 2018. Berdasarkan kepada peruntukan Fasal (3) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik suatu tribunal untuk menilai mana-mana anggota SPR yang patut dipecat berdasarkan representasi oleh Perdana Menteri atas alasan tidak berdaya oleh sebab kelemahan tubuh ataupun akal atau apa-apa sebab lain untuk menunaikan fungsi jawatankuasa dengan sepatutnya. Dalam hal ini, keanggotaan tribunal diperuntukkan di bawah Fasal (4) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan. Buat masa ini, Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan perkembangan terkini mengenai peletakan jawatan anggota-anggota SPR, maka isu berhubung dengan penubuhan tribunal adalah tidak berbangkit lagi. Sekian, terima kasih. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Sungguhpun lima orang ahli SPR telah menyatakan bahawa mereka akan meletakkan jawatan, ini tidak menyelesaikan isu utama iaitu mengenai penyiasatan dan akauntabiliti terhadap pelbagai penipuan, manipulasi dan masalah yang berlaku semasa PRU ke-14 dan sebelumnya. Contohnya persempadanan semula, daftar pemilih ada pengundi hantu, undi pos dan Borang 14. Maka pada pendapat saya— saya ingin tanya kepada kerajaan— jika tidak ada penubuhan tribunal, bolehkan kerajaan tubuhkan satu RCI untuk siasat masalah semasa PRU ke-14 supaya kesalahan boleh diambil tindakan? Jika bukan tribunal dan RCI, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menyiasat dan memastikan perkara-perkara yang tidak harus berlaku dalam pilihan raya tidak akan berulang lagi? Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab soalan, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini dan juga Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan ini bahawa hari ini bersama-sama dengan kita di dalam Dewan yang mulia ini adalah para guru dan pelajar daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pendengaran) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra daripada Kota Bharu, Kelantan. [Tepuk] Kita ucapkan tahniah kepada para guru dan pelajar yang telah melawat Dewan yang mulia ini pada hari ini dan saya mengalu-alukan kehadiran mereka dan diharapkan lawatan ini memberi manfaat kepada mereka dan tetamu yang hadir pada hari ini. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, selamat datang. Sila Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab. Tempoh masa dua minit 30 saat. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat datang kepada guru-guru dan juga murid-murid. Mereka hanya faham dengan sign language, Tuan Yang di- Pertua. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, dengan pelantikan jawatan pengerusi yang baharu dalam SPR dan juga dengan pemendekan ahli-ahli anggota dalam SPR ini yang akan DR.23.10.2018 3 berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan, maka kita dapat faham bahawa SPR pada masa ini sedang menjalankan satu proses pembaharuan di mana satu era yang baru akan dipimpin oleh Yang Berbahagia Tuan Azhar Azizan @ Harun yang merupakan Pengerusi SPR yang baharu ini. ■1010 Saya yakin bahawa beliau akan menambah baikkan lagi proses SPR dan juga memberi idea-idea untuk reform SPR dan juga menyelesaikan masalah-masalah yang terdahulu. Mengenai isu-isu yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Kota Melaka mengenai persempadanan dan juga Borang 14, pengundi hantu dan semua ini telah pun dibincangkan dan juga di debate di Dewan yang mulia ini. Sebahagian isu mengenai Borang 14 ini telah pun menjadi alasan dalam petisyen election yang telah pun dimasukkan dalam mahkamah baru-baru ini. Mahkamah telah pun membuat keputusan mengenai salah laku pilihan raya tersebut. Saya difahamkan kebanyakan election dan petisyen telah pun didengar dan ada juga yang telah pun ditolak dan isu-isu itu telah pun dibangkit dalam mahkamah. Oleh yang demikian, saya yakin bahawa isu yang telah pun terlibat dengan salah laku ini dapat dikendalikan oleh pengerusi yang baru kita ini dalam SPR dan juga anggota baru yang akan dilantik nanti. Mengenai mengadakan satu penubuhan Asia ini, saya rasa buat setakat ini belum lagi sampai masanya untuk mengendali isu yang telah pun dikendalikan oleh pihak mahkamah dan juga nanti pada pengerusi yang baru itu. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila Yang Berhormat Ketereh untuk mengemukakan soalan tambahan kedua, tempoh masa 30 saat. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri boleh beri jaminan pelantikan pengerusi yang baru ini yang merupakan aktivis politik berbanding dengan pengerusi yang lama yang terdiri daripada pegawai tadbir kerajaan? Adakah ini akan menjamin bahawasanya SPR di masa akan datang dapat berfungsi dengan lebih baik, memandangkan penjawat itu mempunyai rekod sebagai aktivis kelompok politik yang tertentu? Maka, kita dapat faham bahawa SPR pada masa ini sedang menjalankan satu proses pembaharuan. Di mana, satu era yang baru akan dipimpin oleh Tuan Azhar Harun yang merupakan Pengerusi SPR yang baru ini. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab soalan. Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Yang Berhormat Ketereh... Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Tempoh masa dua minit 2 minit 30 saat. Datuk Liew Vui Keong: ...Atas soalan ini. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, pelantikan ini telah pun diterima dan di perkenan oleh Tuanku selepas nasihat daripada Perdana Menteri. Pelantikan tersebut telah pun diterima dengan baik oleh pihak kerajaan dan saya rasa DR.23.10.2018 4 beliau walaupun sebagai seorang aktivis, saya rasa dia akan dapat menjalankan tugas-tugasnya secara profesional. Secara untuk memastikan bahawa dalam Malaysia yang baharu ini, kita dapat mereformasi SPR ini kepada satu tahap yang lebih baik, yang lebih hemah dan lebih bertanggungjawab untuk memastikan isu-isu terdahulu terutamanya masalah-masalah yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi tidak akan wujud lagi. Saya juga rasa ramai anggota kerajaan dan juga Ahli-ahli Dewan Rakyat ini akan memberi sokongan yang penuh kepada Tuan Azhar bin Azizan Harun ini untuk menerajui SPR. Itu sahaja, terima kasih. 2. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan hasil lawatan misi perdagangan kementerian ke luar negara seperti Jepun dan Korea baru-baru ini dan apakah rancangan lawatan misi perdagangan kelak? Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Tuan Ignatius Dorell Leiking @ Darell Leiking]: Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada tobinai saya Yang Berhormat Tuan Chan Foong Hin daripada Kota Kinabalu atas soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan misi galakan perdagangan dan pelaburan ke Jepun dan Republik Korea