Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 28 Khamis 25 Oktober 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 9) USUL-USUL: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (Halaman 42) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 59) DR.25.10.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Khamis, 25 Oktober 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan perkembangan rancangan percubaan (pilot project) bagi program Food Bank Malaysia bersama pasar raya utama di seluruh negara sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara pada awal tahun hadapan (2019) dan apakah matlamat program Food Bank Malaysia tersebut dan siapakah golongan sasarnya. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Ledang. Program Food Bank Malaysia ini satu inisiatif baru iaitu kita bercadang untuk mengumpul lebihan makanan daripada sumber, kemudian diagihkan kepada golongan penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan. Tuan Yang di-Pertua, SWCorp. mengeluarkan satu statistik tentang lebihan makanan sehari 3,000 tan yang masih baik, masih elok, masih selamat untuk dimakan. Sejumlah 3,000 tan ini Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, kalau hendak disajikan makanan, ia boleh menyediakan atau menghidangkan makanan kepada hampir dua juta orang. Akan tetapi itulah yang kalau tidak diselamatkan akan terbuang. Ada empat tonggak utama yang membentuk objektif program ini. Pertama, ini satu Inisiatif Peduli Rakyat. Kedua, kita hendak tingkatkan kesedaran pengguna siapkan makanan sekadar yang perlu. Ketiga, supaya ada pengurusan lebihan makanan ini dibuat secara lebih sistematik. Keempat, kita juga akan ikut membantu industri peruncitan di Malaysia dalam menguruskan lebihan makanan ini. Sudah tentu objektifnya sekali gus akan membantu meringankan kos sara hidup golongan tersebut. Mereka dapat jimatkan perbelanjaan. Kalau kita dapat agihkan kepada seorang ibu tunggal yang ada lima orang anak, yang kerjanya cuma ambil upah membasuh pinggan di warung, kita ketuk pintu rumah dia dengan buah-buahan, sayur-sayuran, kek, roti dan DR.25.10.2018 2 makanan lebihan yang bernilai RM30, hari itu dia tidak payah pergi pasar malam, dia ada disposable income RM30 untuk esok bagi belanja anak ke sekolah. Tuan Yang di-Pertua, kita juga bercadang melalui program ini hendak mewujudkan struktur pengurusan lebihan makanan yang lebih tersusun dan lebih sistematik. Kemudian dapat mengatasi pembaziran makanan. Pilot project sedang berjalan sekarang sehingga bulan Disember di beberapa buah negeri dan kita bercadang roll out-nya akan dibuat mulai bulan Januari tahun hadapan. Data penerima itu kita dapat daripada jawatankuasa masjid, daripada pejabat zakat, daripada data eKasih, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan pelbagai lagi data. Itu adalah hasrat yang sedang kita usahakan di peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ledang untuk mengemukakan soalan tambahan pertama dalam tempoh 30 saat. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, 3,000 tan merupakan jumlah yang sangat besar. Itu adalah lebihan tetapi berapakah jumlah penerima bantuan ini? Siapakah rakan-rakan strategik pihak kementerian dalam melaksanakan program ini kerana ini program yang baik. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Silakan Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menjawab dalam tempoh masa 2 minit 30 saat. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rukun kejayaan program ini mesti ada penyumbang. Kementerian ini adalah kementerian yang menguruskan lesen peruncitan, TESCO Stores Malaysia, AEON, AEON Big, GCH Retail Malaysia, TF Value-Mart, My Hero Hypermarket. Mydin, Lulu, Econsave Cash and Carry dan 99 Speedmart Sdn. Malaysia yang sekarang ini telah pun kita runding dan bersetuju untuk ikut terlibat. Manakala Food Aid Foundation dan Kechara Food Bank, satu kumpulan NGO yang telah lama bergerak dan di Pulau Pinang Tuan Yang di-Pertua, negeri Tuan Yang di-Pertua sendiri, pernah jadi wakil rakyat, ada satu lagi yang namanya Mutiara Food Bank. Merekalah yang memulakan program ini di Pulau Pinang dan kementerian mengambil model itu untuk dilaksanakan di peringkat negeri. Setakat kita laksanakan pilot project ini Tuan Yang di-Pertua, berjalan di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor – Johor, mereka pergi ke kampung Orang Asli. Jabatan Agama Islam Johor terlibat, pelajar-pelajar UTM terlibat, pelbagai pertubuhan NGO ikut membabitkan diri. ■1020 Setakat kita laksanakan daripada Ogos hingga Disember, saat saya sedang bercakap ini sekarang, kita telah mengumpulkan sebanyak 835,000 kilogram lebihan makanan. 835,000 kilogram lebihan makanan ini boleh kita hidangkan kepada 25,000 ahli isi rumah setakat berjalan DR.25.10.2018 3 sekarang. So impaknya itu besar. Sebab itu saya hendak ambil peluang ini mengajak rakan-rakan Ahli Yang Berhormat ikut membantu memberikan sumbangan tenaga dan memperkenalkan badan-badan bukan kerajaan yang mahu ikut sama terlibat. Saya juga telah memanggil semua Exco kepenggunaan negeri-negeri untuk ikut sama-sama menyusun dan merancang dan selepas ini pilot projek kami akan sampai ke Kelantan juga dalam masa terdekat ini sebelum roll out di seluruh negara mulai tahun hadapan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput Yang Berhormat Jeli untuk mengemukakan soalan tambahan yang kedua dalam tempoh 30 saat. Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed [Jeli]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin tahu Yang Berhormat Menteri mengenai agihan pecahan antara penerima bandar dan luar bandar Yang Berhormat sebut tadi ada Orang Asli. Saya hendak tahu sama ada akan ada kaedah untuk menetapkan peratusan bandar, luar bandar kerana sebilangan besar miskin juga terdapat di luar bandar. Apakah kekangan kalau hendak diperluaskan ke luar bandar khususnya di Kelantan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat Menteri menjawab dalam tempoh masa dua minit, 30 saat. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail: Terima kasih sahabat saya dari Jeli. Untuk makluman, miskin ini ada di dalam bandar dan di luar bandar. Bahkan kemiskinan dalam bandar ini sebenarnya lebih tertekan kerana mereka tidak ada pilihan kerana telah pun berada di kawasan bandar. Maka itu program ini juga turut memasukkan dalam kawasan operasi kita kelompok miskin bandar. Dalam masa beberapa hari lagi, esok lusa kami akan mengerakkan program ini di sebuah rancangan PPR di kawasan Setiawangsa berdekatan dengan kita sahaja. Kita juga telah mengenal pasti di bahagian Pulau Pinang untuk makluman Yang Berhormat Jeli, di bahagian pulau yang terdapat banyak kes-kes insiden kemiskinan juga walaupun tidak besar bilangannya tetapi kami juga mengerakkan program yang sama di kawasan-kawasan kemiskinan bandar di mana kita kesan. Sebab data asal yang kita guna adalah data daripada pejabat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, e-Kasih. Kalau itu pun tidak cukup lagi, JKK dan jawatankuasa masjid antara yang menjadi penggerak kepada program ini di lapangan, mereka lebih tahu kes-kes kemiskinan dalam jawatankuasa kariah mereka. Jadi Jawatankuasa Kariah Masjid kalau wujudnya itu di kawasan bandar, mereka turut dikenal pasti untuk menerima sumbangan. Uniknya program ini adalah sukarelawan akan pergi ketuk pintu ke pintu, tidak ada ceremonial apa-apa, tidak ada majlis ucapan dan sebagainya tidak ada, kita terus gerakkan dan ia merupakan satu program massa, mass participation dan dengan impak perbelanjaan yang sangat minimum kerana semangat kesukarelawan ini adalah merupakan kunci utama. Rupanya dalam masyarakat kita ini semangat ini masih lagi utuh, apabila kita gerakkan program ini mereka tampil menawarkan diri untuk ikut membantu. DR.25.10.2018 4 Jadi saya mengambil maklum tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jeli bahawa kes kemiskinan luar bandar dan bandar harus mencakupi perkara yang menjadi tumpuan dalam hasrat kami menjayakan program ini. Insya-Allah apabila kami sampai ke Kelantan nanti kami juga akan sampai kepada kes-kes kemiskinan yang sebenar dan itu menjadi tumpuan, panduan apabila saya berikan kepada penggerak program ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau. 2. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan apakah rasional dan kesan jangka panjang bagi penjualan Menara FELCRA yang telah 50 peratus siap pembinaannya. Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Izinkan saya memberikan maklumat yang terkini supaya kita bersama- sama membangunkan