Kisah Sultan Dan Negro Di Jugra Dan Rekoh —
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
6/20/2021 Kisah Sultan dan Negro di Jugra dan Rekoh AKU BUDAK TELOK Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat tumpah darahku...berbagai pengalaman hidup, asam garam pahit manis kehidupan aku lalui di sini..Mana mungkin aku melupakanmu, Duhai kampungku, Telok Panglima Garang...kau tetap di hatiku Jun 15, 2021 KISAH SULTAN DAN NEGRO DI JUGRA DAN REKOH — Salam buat semua. Alhamdulilah, bertemu lagi kita ya. Kali ini Atok rasakan sudah lebih kerap kita bertemu. Ya lah, time PKP, tambahan pula PKP bersambung lagi dua minggu. Hai, mereput dan membuncitlah kita di rumah ya! Nak diapakan? Dah nasib badan! Salah kita semua juga. Terjerit-jerit PM dan menteri suruh sabar jangan balik beraya di kampung, kita buat tak dengar jer. Hah, kan dah kena semua sekarang! Datuk dan nenek kat kampung pun dah kena angkut ramai-ramai ke pusat kuarantin. Duduklah beraya ramai-ramai kat situ. Itu yang korang nak, kan? Bukan korang yang kat sini, maksud Atok korang yang kat sinun. DEGIL! Rileks, bukan Atok doakan yang buruk buat mereka. Atok hanya cakap bahasa terbalik, reverse psychology kata Omputeh. Takkanlah Atok nak doakan yang bukan-bukan buat diorang! Oklah...Apa khabar semua? Semoga sihat walaat belaka. Entri kali ini memang agak pelik. Atok pun tak tahu, nak gelak ke nak nangis. Macam mana pula Sultan kita, Almarhum Sultan Abdul Samad (SAS) boleh terkait dengan Awang Hitam dari Afrika? Betul, korang tak silap baca...Awang Hitam, bukan Panglima Hitam! Ya, Negro... rambut kerinting halus, kulit hitam metalik dan bibir tebal, asal dari Afrika. Bukan. Bukan Negrito. Atok tahu dan kenal Negrito. Memanglah mereka berambut kerinting, berkulit gelap TAPI mereka orang asli kita. Lahir kat sini. IC biru macam kita. Takkanlah Atok salah cakap atau tak reti membezakan. Memang sah diorang tu asal Afrika, bukan Islam. Entah-entah anak keturunan Kunta Kinte, hamba Afrika yang dibawa belayar ke Amerika untuk bekerja di ladang kapas orang putih. Yang itu Atok tak pasti, mungkin juga diorang ini bekas-bekas hamba yang dah dibebaskan dan dihantar pulang ke Liberia, Afrika. Tapi, kalau betulpun, apa diorang buat kat Tanah Melayu ini, atau lebih tepat lagi di Selangor ini dan apa hubungan sultan dengan mereka? Hah, ramai dah mula tunjuk muka serius baca tulisan Atok ini, bermakna korang ada minat nak tahu cerita ini dengan lebih lanjut lagi. Hah, itu baru intronya. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa Negro-negro ini berada di tempat yang begitu asing bagi kita dan mereka. Jangan pula korang salah faham dengan pertanyaan Atok ini. Memanglah mereka itu manusia, macam kita...tapi semua orang di Nusantara ini tak pernah tengok mereka. Setakat orang Tamil, Papua, Senoi, Semang dan Negrito tak ada hal dah. Mereka ini, pelik https://akubudaktelok64.blogspot.com/2021/06/kisah-sultan-dan-negro-di-jugra-dan.html 1/18 6/20/2021 Kisah Sultan dan Negro di Jugra dan Rekoh dan mencurigakan. Macam rusa masuk kampung, semua orang tercengang-cengang termasuklah geng Kunta kinte ini. Agaknya zaman dahulu pun dah ada Nigeria Scam atau Black Money kot? Orang Negro Afrika https://akubudaktelok64.blogspot.com/2021/06/kisah-sultan-dan-negro-di-jugra-dan.html 2/18 6/20/2021 Kisah Sultan dan Negro di Jugra dan Rekoh Orang Asli Negrito https://akubudaktelok64.blogspot.com/2021/06/kisah-sultan-dan-negro-di-jugra-dan.html 3/18 6/20/2021 Kisah Sultan dan Negro di Jugra dan Rekoh Orang Papua Takkanlah! Tapi apa kaitannya dengan sultan kita? Pelik jugak kan? Bukan sekali, tapi dua kali mereka berada di Selangor masa itu. Pertamanya di Jugra, tak lama kemudian di Rekoh pula. Lepas itu, terus ghaib. Hilang entah ke mana. Betul, Awang Hitam dah menjadi Lembaga Hitam pulak dah. So, kalau korang nak tahu cerita sebenarnya dari A sampai Z, tunggu....Atok nak minum kejap. Hehehe. Ceritanya begini...TAPI, Atok nak beritahu seperkara dahulu. Cerita ini ada versi fakta dan andaiannya. Faktanya ialah kehadiran dan kedatangan Awang Hitam ini ada, betul-betul wujud dan memang berlaku. Manusianya dan tempatnya. Cerita tentangnya ada dalam laporan berita dan Akhbar Inggeris di Singapura suatu masa dahulu. Andaiannya pula ialah pada perincian ceritanya, terpaksa dibuat andaian tentang mereka dan urutan peristiwa seterusnya kerana tiada penerangan jelas, hanya khabar angin dan khabar lisan orang-orang tua setempat. Tiada gambar, tiada nama. NOTHING. So, korang masih tak puas hati lagi? Nak dengar cerita Atok sebiji-sebiji? Hmm...dah Atok agak dah. Kisah Pertama Tarikh/Garis Masa: Sekitar 1850-an, mungkin 1855 Tempat: Sungai Keluang, Jugra Watak-watak: Sultan Abdul Samad (SAS),kontraktor berbangsa Amerika, 60 buruh berbangsa Afrika https://akubudaktelok64.blogspot.com/2021/06/kisah-sultan-dan-negro-di-jugra-dan.html 4/18 6/20/2021 Kisah Sultan dan Negro di Jugra dan Rekoh Tugasan: Membina terusan sepanjang 200 meter mencantumkan Sg. Keluang dengan Sg. Jugra untuk membentuk aliran sungai Langat kedua yang lebih pendek ke Selat Melaka Hasil Tugasan: Kewujudan Pulau Si Allang (Pulau Carey). Aliran arus sungai menjadi deras dan merbahaya kepada sampan dan tongkang Tarikh Siap: Tidak dinyatakan Kos Projek: Tidak dinyatakan Penerangan/Andaian: Pada tahun 1855, ketika berusia 51 tahun, baginda SAS (ketika itu belum lagi menjadi sultan) memikirkan kaedah untuk memendekkan masa pelayaran dari pedalaman Sungai Langat iaitu di Rekoh, Kajang dan Semenyih ke Jugra di Kuala Langat. Perjalanan memakan masa sekurang- kurangnya 5 hari bergantung kepada arus dan pasang surut sungai. Ini belum lagi termasuk perjalanan ke Kuala Sungai Langat di Pulau Lumut (Pulau Indah) yang jaraknya 12 tanjung dan telok. Jika dibina terusan sejauh 200 ela (meter), maka masa jarak perjalanan dapat dijimatkan. Tambahan pula, jeti Batu Ampar dapat dimanfaatkan. Maka diwar-warkan tender 'tak rasmi' ini di Singapura. Maka ada kontraktor Amerika yang berminat dengan tawaran tersebut. Dalam direct negotiation tersebut kontraktor itu ditawarkan hak melombong bijih timah di Rekoh. Maka, mereka membawa masuk 60 orang pekerja berkulit hitam itu, kemungkinan besar dari Liberia, Afrika sebagai buruh kasar. Setelah berjaya menyiapkan tugasan. Sultan menghantar mereka ke Rekoh sebagai memenuhi janji baginda. https://akubudaktelok64.blogspot.com/2021/06/kisah-sultan-dan-negro-di-jugra-dan.html 5/18 6/20/2021 Kisah Sultan dan Negro di Jugra dan Rekoh Kisah Kedua Tarikh/Garis Masa: Sekitar 1850-an, mungkin 1855 https://akubudaktelok64.blogspot.com/2021/06/kisah-sultan-dan-negro-di-jugra-dan.html 6/18 6/20/2021 Kisah Sultan dan Negro di Jugra dan Rekoh Tempat: Sungai Tangkas, Rekoh, Ulu Langat Watak-watak: Kontraktor berbangsa Amerika, 60 buruh berbangsa Afrika, Pembesar tempatan, pawang, penduduk tempatan Mendailing, Rawa, Minangkabau, Bugis Tugasan: Berjumpa Pembesar tempatan (nama tidak dinyatakan), mendapatkan keizinan melombong, mengikut SOP, membayar cukai hasil Hasil Tugasan: Kontraktor gagal memenuhi tuntutan dan arahan pembesar. Pembunuhan dan pembakaran bangsal dan lombong. Kontaktor dan buruh melarikan diri. Tarikh Siap: Tidak dinyatakan Kos Projek: Tidak dinyatakan Penerangan/Andaian: Pada tahun 1855/6, kontraktor Amerika (nama tidak diketahui) telah memulakan operasi melombong timah tanpa restu dan perkenan pembesar setempat serta tidak mengikut SOP yang ditetapkan. Sepatutnya mereka mendapatkan khidmat bomoh atau pawang yang bergelar Tok Pawang besar sebelum memulakan kerja-kerja melombong. Tercalar imej dan reputasi Tok Pawang Besar ini apabila khidmat konsultasinya tidak diperlukan bahkan dipinggirkan oleh Mat Saleh koboi yang tak percayakan langsung pantang larang serta khurafat Melayu ini. Malu besar dia! Jadi perkara ini diadukannya, atau orang-orangnya kepada pembesar di situ yang dikenali sebagai Tok Lili. Tok Lili pun agak marah dengan kebiadapan koboi-koboi bodoh sombong itu. Akibatnya pada suatu malam, ketika sedang tidur, mereka diserang oleh beberapa orang pendekar Melayu. Seramai 3 orang kulit putih Amerika serta 6 orang kulit hitam terbunuh dalam serangan itu. Yang lainnya melarikan diri ke dalam hutan menghala ke Bagan Terendah dalam kegelapan malam tersebut. https://akubudaktelok64.blogspot.com/2021/06/kisah-sultan-dan-negro-di-jugra-dan.html 7/18 6/20/2021 Kisah Sultan dan Negro di Jugra dan Rekoh Gambar sekadar hiasan. Tiada kaitan dengan kejadian di Rekoh An American prospector started a tin mine at Rekoh in 1855. However, the locals objected as he did not possess any consent and the venture was abandoned. There were altercations and eventually, the Americans left. https://akubudaktelok64.blogspot.com/2021/06/kisah-sultan-dan-negro-di-jugra-dan.html 8/18 6/20/2021 Kisah Sultan dan Negro di Jugra dan Rekoh Ulasan Atok: 1. Memang kejadian menyayat hati ini berlaku tapi kononnya pelombong dan buruh Negro ini kembali ke Jugra atau teruskan usaha melombong bijih timah di Kuala Langat adalah tidak benar. Tiada rekod tentang mereka pun di Kuala Langat selepas itu. Kemungkinan besar bagi Atok, mereka berundur ke Singapura dan meninggalkan terus Asia Tenggara kerana pengalaman hitam ini. Lagipun, mereka diserang kerana kesombongan mereka dalam memahami adat setempat. 2. Tuduhan bahawa pihak sultan telah mengingkari janji baginda terhadap Pelombong Amerika ini adalah tidak tepat. Ini kerana baginda telah membenarkan pelombong-pelombong Cina membuka lombong bijih timah mereka di Rekoh pada tahun 1867 serta berjaya mendapat hasil yang lumayan sehingga membawa kepada pembukaan Bandar Kajang dalam tahun 1870. Tapi timbul pula persoalan berikutnya, Mengapa mereka memilih Asia Tenggara dan bukan Amerika Utara atau Amerika Latin sebagai prospek